The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KONSEP PBL KU SEJAHTERA - ALEYSHA AHMAD

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aleysha1980, 2022-04-14 22:38:07

KERTAS KONSEP INOVASI - PBL KU SEJAHTERA

KERTAS KONSEP PBL KU SEJAHTERA - ALEYSHA AHMAD

ANUGERAH GURU INOVATIF TAHUN 2022
KATEGORI INDIVIDU PRASEKOLAH

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

ALEYSHA BT. AHMAD
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

GURU PRASEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24
JALAN PETOLA 24/8 SEKSYEN 24

40300 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
(BBA8015)

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

i Lampiran A 3
ii Lampiran B 4
iii Lampiran C 5 - 49

1.0 Pendahuluan 5-6
2.0 Kategori Pertandingan 7
3.0 Tajuk / Tema Inovasi 7
4.0 Sinopsis Inovasi
7–8

5.0 Objektif Inovasi 9
6.0 Kumpulan Sasaran 9
7.0 Kronologi / Latarbelakang 10
8.0 Isu Dan Masalah Yang Ditangani 10 – 12

9.0 Huraian Inovasi 13
9.1 Bahan Yang Digunakan Dan Langkah Penyediaan 13 – 35
9.2 Cara Penggunaan
9.3 Proses Penambahbaikan Inovasi 35

9.4 Kos Penghasilan PBL KU SEJAHTERA 35
9.5 Rancangan Pelajaran Harian 36 - 37
9.6 Keberhasilan Bahan 37 - 41
9.7 Potensi untuk disebar luas 42 - 43

9.8 Maklum Balas Bahan Inovasi PBL KU SEJAHTERA 44
9.9 Perkongsian PBL KU SEJAHTERA Bersama Ketua Panitia 45
9.10 Perkongsian PBL KU SEJAHTERA Bersama Pihak Luar 46 - 48
Penutup 48 - 49

10.0 Tindakan / Cadangan Susulan 49
11.0 Lampiran – Contoh RPH Seminggu 50 - 55

2

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

Lampiran A

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF TAHUN 2022
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

MAKLUMAT CALON

Kategori Anugerah : (tandakan √ dalam kotak berkaitan di bawah)

Individu Prasekolah √ Individu Rendah

Individu Menengah Kumpulan

Nama Calon: No. K.P: 800831-01-5998
ALEYSHA BT. AHMAD Jantina: PEREMPUAN

Alamat Institusi:
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24,
JALAN PETOLA 24/8, SEKSYEN 24, 40300 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

No. Telefon Institusi: 03-55418623
No. Telefon Bimbit Calon: 019-3660691 email: [email protected]

Jawatan Guru Prasekolah (Pra Intan)
Peringkat Ketua Unit Kurikulum Prasekolah
Sekolah AJK Kantin
AJK Bilik Kesihatan
Guru Penasihat Persatuan Pengakap
Guru Penasihat Kelab PSS
Guru Penasihat Permainan Dalaman
Guru Penasihat Rumah Hijau

Jawatan/Tugas Jurulatih Utama Prasekolah Daerah Petaling Perdana

(Luar Rasmi) (2017-2020)

Kelulusan BAC. SC. PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Akademik 2002/UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kelulusan Diploma Pendidikan Prasekolah (KPLI)
Ikhtisas 2005/Maktab Perguruan Ipoh Perak

Tajuk Inovasi : Modul “PBL” KU SEJAHTERA

3

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

Lampiran B

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF TAHUN 2022
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

PENGESAHAN MAKLUMAT CALON
SALINAN KAD PENGENALAN GURU YANG DICALONKAN

Saya mengaku bahawa salinan kad pengenalan yang dihantar (seperti yang ditunjukkan di
atas) mengiringi penerangan inovasi yang dicalonkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah
Petaling Perdana adalah butiran kad pengenalan saya yang terkini.

Saya mengaku bahawa inovasi saya merupakan inovasi asli dan tidak ditiru atau diambil
dari inovasi orang lain atau mana-mana sumber lain.

______________________________ ______1_4_._0_4_.2_0_2_2______
(Tandatangan Guru Yang Bertanding) (Tarikh)

Saya mengesahkan salinan kad pengenalan guru yang dicalonkan oleh Pejabat Pendidikan
Daerah Petaling Perdana untuk bertanding dalam Anugerah Guru Inovatif di bawah
kategori individu prasekolah / individu rendah / individu menengah / Agama / Teknik / Kolej
/ Kumpulan. (Potong pilihan yang tidak berkenaan)

_____________________________ ___________________
(Tandatangan dan Cap PPD) (Tarikh)

4

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

Lampiran C

“PBL” KU SEJAHTERA
MODUL PENGURUSAN “PROJEK BASED LEARNING”

1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia
persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pendidikan prasekolah bertujuan
memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara
menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS) melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti
yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan
kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri
kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk
menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak (sumber: KSPK).
Asasnya, murid-murid perlu mempunyai empat kemahiran iaitu membaca, menulis,
mengira dan menakul (4M). Kemahiran ini merangkumi keenam-enam tunjang dalam
kurikulum prasekolah dan adalah disarankan supaya kanak-kanak prasekolah dapat
melepasi atau berada sekurang-kurangya di Tahap 2 dalam semua tunjang/standard
pembelajaran sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Olehitu, kaedah
pembelajaran abad ke 21 perlu digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dan
pembelajarannya.

Apabila negara bertambah maju dan makmur, keperluan modal insan berkualiti turut
meningkat. Memang itulah yang menjadi matlamat sistem pendidikan kita: untuk
melahirkan individu yang bijak berfikir, bersifat ingin tahu, mampu mencipta inovasi
dan menyelesaikan masalah, serta sentiasa mencari idea-idea baru; individu
berkemahiran dan ada daya ketahanan, cintakan tanah air dan disemai nilai-nilai
moral tinggi. Kanak-kanak yang mendapat asuhan dan pendidikan yang baik sejak
kecil mempunyai kemahiran sosial dan kekuatan emosional. Mereka belajar bersikap
positif, menghargai nilai dan berkelakuan baik, yang menjadikan mereka warga
masyarakat yang berguna apabila dewasa.

5

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

Inovasi yang dihasilkan ini merupakan sebuah modul menjadi rujukan yang
menyeluruh kepada guru-guru tentang pengurusan perlaksanaan “Project Based
Learning” (PBL) di dalam pengajaran dan pembelajaran.

TUNJANG
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

(KSPK)

KOMUNIKASI

SAINS & Pemikiran KEROHANIAN
TEKNOLOGI & SIKAP & NILAI

FIZIKAL & INSAN KEMANUSIAAN
ESTETIKA SEIMBANG

Inovatif

KETRAMPILAN
DIRI

6

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

KONSEP “PROJECT BASED LEARNING” (PBL)
Murid mengkaji secara mendalam tentang sesuatu isu atau topik bagi menghasilkan
sesuatu produk.

MEMBINA SUARA DAN KEMAHIRAN
SOALAN UTAMA PILIHAN MURID ABAD KE-21

CARTA ALIR PELAKSANAAN “PROJEK BASED LEARNING”

PEMBENTANGAN MAKLUMBALAS DAN INKUIRI DAN
PRODUK SEMAKAN INOVASI

2.0 KATEGORI PERTANDINGAN BAHAN INOVASI:
Kategori Pertandingan adalah INDIVIDU PRASEKOLAH mewakili Pejabat Pendidikan
Petaling Perdana dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam.

3.0 TAJUK INOVASI:
Tajuk bahan inovasi yang dipertandingkan adalah “PBL” KU SEJAHTERA modul
pengurusan perlaksanaan pembelajaran berasaskan projek. “PBL” singkatan kepada
“Projek Based Learning” dalam bahasa inggeris yang merupakan salah satu kaedah
pembelajaran abad ke 21, KU merujuk kepada Kurikulum Standard Pendidikan
Malaysia (KSPK) dan SEJAHTERA merujuk kepada hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Kaedah Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek).

4.0 SINOPSIS INOVASI
Bermula pada tahun 2018, saya dapati masalah yang sering ada di kalangan murid
prasekolah selain daripada menguasai kemahiran 4M ialah kurang keyakinan untuk
bercakap, malu untuk menonjolkan bakat yang ada, tidak mahir di dalam
menggunakan bahasa dengan betul dan kurang minat untuk bergaul dengan rakan-
rakan yang lain. Kebanyakan murid di prasekolah ini juga tidak mampu untuk
bersoaljawab dengan baik dimana mereka agak sukar untuk memberikan idea atau
pendapat sendiri jika diminta khususnya untuk menerangkan sesuatu tajuk atau topik
di dalam tema pembelajaran. Selain itu juga, kebanyakan murid ini tiada motivasi
untuk menjadi ketua atau pemimpin di kalangan rakan atau kumpulan kecil di dalam
kelas.

7

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

Hasil pemerhatian saya, kebanyakan murid prasekolah juga lebih banyak diam
berbanding menjawab soalan yang diajukan kepada mereka. Situasi itu berlaku
mungkin disebabkan pengalaman sedia ada mereka yang agak terhad dan
dipengaruhi oleh faktor persekitaran mereka. Berdasarkan refleksi pengajaran dalam
tempoh tiga bulan pertama sesi persekolahan, saya dapati murid belum boleh
membina ayat secara berstruktur dan menyebut ayat dengan betul. Pada pandangan
saya, dengan hanya melalui aktiviti perbincangan di dalam kelas atau perbincangan
dalam kumpulan ianya tidak banyak membantu murid saya mengatasi permasalahan
ini. Oleh itu, bagi mengatasinya saya telah menghasilkan Modul “PBL” KU
SEJAHTERA.

Modul “PBL” KU SEJAHTERA ini mengandungi tiga (3) komponen utama.
Komponen pertama ialah “PBL” iaitu singkatan bagi “Project Based Learning”

merupakan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Abad 21.

Komponen kedua ialah KU merujuk kepada Kurikulum Standard Pendidikan Malaysia

merupakan kandungan pengajaran dan pembelajaran kelas Prasekolah. Komponen

ketiga ialah SEJAHTERA merujuk kepada hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk

melahirkan insan (murid-murid) yang mempunyai potensi yang menyeluruh, seimbang

dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS)

berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan seterusnya dapat

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara. Produk yang hendak dihasilkan melalui modul

ini juga selari dengan konsep Sekolahku SEJAHTERA yang diperkenalkan oleh YB.
Menteri Kanan Pendidikan Dato’ Dr. Radzi b. Jidin yang menekankan 14 elemen iaitu:

S – Selamat, Seronok, Sihat, E – Etika, Empati, J – Jati diri, A – Adab sopan, H –

Harmoni, T – Tekun,Teliti dan Terampil, E – Eksplorasi, R – Rasional dan A –

Artikulasi.

Secara asasnya, sekiranya modul ini digunakan bagi melaksanakan aktiviti “Project
Based Learning” di semua sekolah maka 14 elemen yang ada dalam konsep
Sekolahku SEJAHTERA secara tidak langsung dapat diterapkan, dihayati serta
diamalkan sehingga menjadi budaya bagi seluruh warga sekolah seterusnya dapat
melahirkan generasi masa depan yang berkeperibadian unggul dan mampu bersaing
di peringkat dunia.

8

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

5.0 OBJEKTIF INOVASI
5.1 Guru:
5.1.1 Guru dapat memahami proses perlaksanaan “PBL”.
5.1.2 Guru dapat merancang aktiviti “PBL” secara berfokus.
5.1.2 Guru dapat melaksanakan aktiviti “PBL” dengan sistematik.
5.1.3 Guru dapat mengenalpasti potensi murid sebelum melaksanakan “PBL”

5.2 Murid:
5.2.1 Murid dapat mengenalpasti potensi diri dan mengikuti aktiviti yang
dijalankan dengan cemerlang.
5.2.2 Murid dapat menunjukkan sahsiah diri yang baik dan boleh dicontohi.
5.2.3 Murid dapat menggunakan struktur ayat yang betul dan berhemah ketika
berkomunikasi.
5.2.4 Murid mempunyai keyakinan diri dalam melakukan aktiviti dengan
cemerlang.

6.0 KUMPULAN SASARAN
6.1 Murid Prasekolah
Fokus diberikan kepada murid yang tidak mempunyai kemahiran di dalam
berkomunikasi dengan betul, mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah,
tidak pandai bersosialisasi dengan rakan-rakan dan kurang motivasi untuk
menonjolkan bakat dan kebolehan yang ada di dalam diri masing-masing.
6.2 Guru
Individu penting yang menjadi perancang dan pelaksana sesuatu program
perlu ada maklumat yang jelas dan faham untuk melaksanakannya.
6.3 Ibu bapa, komuniti dan agensi-agensi yang terlibat.
Individu yang dapat memainkan peranannya bagi menyokong dan
menggalakkan penyertaan aktif anak-anak dalam aktiviti yang dilaksanakan.
Selain itu, mereka terlibat secara langsung dalam menilai produk yang
dihasilkan oleh murid-murid.

9

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

7.0 LATAR BELAKANG
Pengalaman mengajar di kelas prasekolah lebih kurang 10 tahun adalah sesuatu yang
cukup bermakna kepada diri saya sebagai seorang guru. Pelbagai situasi dirakamkan
termasuklah karenah murid-murid yang pelbagai membuktikan bahawa tahap
perkembangan kanak-kanak sesama mereka sangat berbeza. Hasil pemerhatian dan
penilaian yang buat terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid prasekolah
selain daripada tahap penguasaan 4M. Kebanyakan daripada murid-murid prasekolah
ini, tidak mempunyai kemahiran di dalam berkomunikasi dengan betul, mempunyai
tahap keyakinan diri yang rendah, tidak pandai bersosialisasi dengan rakan-rakan dan
kurang motivasi untuk menonjolkan bakat dan kebolehan yang ada di dalam diri
masing-masing.

Pada awal tahun 2017, saya telah dilantik menjadi Jurulatih Utama (JU) Prasekolah
Daerah Petaling Perdana. Melalui beberapa aktiviti JU yang telah saya hadiri, saya
sangat tertarik dengan perlaksanaan aktiviti “Project Based Learning” yang telah
dijalankan di Daerah Petaling Utama. Selain dari itu, saya juga telah menghadiri
kursus tentang bagaimana hendak menjalankan pendekatan “Project Based
Learning”. Bermula dari saat itulah saya merasakan, kaedah “Project Based Learning”
ini dapat menyelesaikan masalah yang saya dihadapi oleh murid saya. Pada pendapat
saya, belajar melalui pengalaman sebenar adalah sangat menyeronokkan dan dapat
memberikan suatu pengalaman yang berbeza kepada murid. Murid juga dapat terlibat
di dalam sesi pembelajaran secara aktif dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu
produk PBL. Oleh itu, saya sangat yakin melalui kaedah PBL ini, dapat mengatasi
masalah yang dihadapi oleh anak murid saya.

8.0 ISU DAN MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI
Setelah dilaksanakan modul “PBL” KU SEJAHTERA ini, didapati beberapa isu dapat
diselesaikan:
1. Tidak dapat menguasai kemahiran berkomunikasi dengan betul.
Kaedah penyelesaian seperti berikut:
1.1 Membuat penilaian tahap pengetahuan awal murid dengan menggunakan
slip penilaian satu yang diisi oleh ibubapa sebelum sesi PdPC.
1.2 Berkongsi video dengan ibu bapa mengenai cara berkomunikasi dengan
berkesan (Contoh pertuturan didalam kelas, kantin, pasaraya dan lain-lain).

10

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

1.3 Menyediakan set kad ayat ringkas untuk murid-murid. (Contoh dialog mengikut
situasi)

1.4 Memberi bimbingan berterusan kepada ibu bapa tema/tajuk “PBL” yang
hendak dijalankan.

1.5 Menyediakan aktiviti peneguhan melalui pendekatan main peranan.

Kesemua pendekatan ini dijalankan semasa fasa 1 “PBL” KU SEJAHTERA
dengan itu, murid mudah untuk menguasai kemahiran yang diperlukan.

2. Murid tiada keyakinan diri ketika memberi pendapat.
Kaedah penyelesaian seperti berikut:
2.1 Menjalankan konsep “Flipped Classroom” dimana perkongsian maklumat
dan info tentang tema/tajuk “PBL” yang hendak dijalankan bersama ibubapa
sebelum sesi PdPC dijalankan.
2.2 Menyediakan sudut info berfokus di dalam kelas berdasarkan tema/tajuk
“PBL” yang hendak dijalankan. (Contoh, Keluarga Saya, Makanan,
Pekerjaan, Kenderaan dan lain-lain).
2.3 Mengadakan sesi komunikasi berfokus di dalam kelas berdasarkan
tema/tajuk “PBL” yang hendak dijalankan. (Contoh: Guru kepada murid,
Murid kepada Murid).

Kesemua pendekatan ini dijalankan semasa fasa 1 “PBL” KU SEJAHTERA
dengan itu, murid mudah untuk menguasai kemahiran yang diperlukan.

3. Murid yang kurang bersosial dengan rakan-rakan.
Kaedah penyelesaian seperti berikut:
3.1 Menayangkan video serta info berkaitan tema/tajuk “PBL” yang hendak
dijalankan.
3.2 Menjalankan aktiviti stesyen dengan pertukaran setiap ahli kumpulan.
3.3 Menjalankan aktiviti main peranan berkaitan tema/tajuk “PBL” yang hendak
dijalankan.

Kesemua pendekatan ini dijalankan semasa fasa 1 dan 2 “PBL” KU SEJAHTERA
dengan itu, murid mudah untuk menguasai kemahiran yang diperlukan.

11

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

4. Murid kurang berkeyakinan untuk menonjolkan bakat dan kebolehan diri.
Kaedah penyelesaian seperti berikut:
4.1 Sesi bercerita tentang minat dan hobi bersama guru.
4.2 Aktiviti khas mengikut minat atau hobi. (Contoh: praktikal memasak, main
peranan mengikut kecenderungan masing-masing).

Kesemua pendekatan ini dijalankan semasa fasa 1 “PBL” KU SEJAHTERA
dengan itu, murid mudah untuk menguasai kemahiran yang diperlukan.

5. Murid kurang pengetahuan am.
Kebanyakannya murid tidak boleh memberi respon terhadap soalan yang
diajukan. Ini menjadikan mereka seorang yang pasif ketika bergaul bersama rakan
atau pun orang lain.
Kaedah penyelesaian seperti berikut:
5.1 Menayangkan video serta info berkaitan tema/tajuk “PBL” yang hendak
dijalankan.
5.2 Mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang hendak dipelajari berdasarkan
tema/tajuk “PBL” yang hendak dijalankan.
5.3 Melaksanakan kerja projek seperti membuat buku skrap dan lain-lain.

Kesemua pendekatan ini dijalankan semasa fasa 1 dan 2 “PBL” KU SEJAHTERA
dengan itu, murid mudah untuk menguasai kemahiran yang diperlukan.

Kesimpulannya, gabungan ketiga-tiga fasa dalam modul “PBL” KU SEJAHTERA
dapat mengatasi semua permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid saya secara
bersistematik.

12

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

9.0 HURAIAN INOVASI
9.1 BAHAN YANG DIGUNAKAN DAN LANGKAH PENYEDIAAN
Modul “PBL” KU SEJAHTERA yang digunakan serta dihasilkan dibuat secara
berperingkat bagi melihat keberkesanannya serta penambahbaikan dari
semasa ke semasa agar ia boleh digunakan selari dengan perkembangan
teknologi terkini. Bahan-bahannya adalah seperti berikut:
9.1 Komputer Riba
9.2 Mesin Pencetak (sedia ada)
9.3 Kertas A4
9.4 Dawai kokot
9.5 Stapler

9.2 CARA PENGGUNAAN
Modul “PBL” KU SEJAHTERA ini dapat dijalankan mengikut 3 fasa seperti

berikut

FASA “PBL” KU SEJAHTERA

FASA PERTAMA  Guru menerangkan konsep “PBL” kepada
(PERMULAAN / murid dan ibu bapa.
PENGENALAN)
 Guru dan murid menjalankan “Brainstoming”
untuk penetapan tajuk “PBL” KU
SEJAHTERA yang akan dijalankan.

 Guru berkongsi ‘Link’ dan info media sosial
berkaitan tema/tajuk “PBL” KU SEJAHTERA
yang hendak dijalankan kepada ibu bapa
untuk difahami bersama murid di rumah.

 Konsep ‘Flipped Classroom’ dilaksanakan
pada peringkat ini.

 Pengetahuan murid diukur dengan
menggunakan kaedah ‘Slip Penilaian 1’
yang dinilai oleh ibu bapa.

13

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

 ‘Main peranan’ dapat dikenalpasti pada
peringkat ini.

 Murid bersoal jawab bersama guru berkaitan
PBL yang akan dijalankan.

 Murid melaksanakan kerja projek seperti
membuat buku skrap dan lain-lain dengan
bimbingan guru.

Fasa Kedua  Murid diberikan tugasan berlainan mengikut
(Perkembangan / kepintaran - kenalpasti murid menggunakan
Perlaksanaan) ‘slip penilaian 1’

 Guru melaksanakan penilaian berterusan di
dalam kelas. (Anekdot & ippk)

 Murid melakukan aktiviti PBL berdasarkan
tajuk yang diberi.

 PBL dijalankan sepenuhnya oleh murid tanpa
bimbingan guru.

 PBL dilaksanakan secara bersistematik :
 Pengenalan produk
 Penghasilan produk
 Penjualan produk (jika ada)
 Promosi kepada pihak luar

 Setiap peringkat ini dinilai melalui ‘Slip
Penilaian 2’

 PBL dilaksanakan secara karnival dengan
menjemput pihak luar.

Fasa Ketiga  Karnival PBL KU SEJAHTERA dijalankan.
(Refleksi / Pentaksiran)  PBL dilaksanakan secara karnival dengan

menjemput pihak luar.
 Penilaian dijalankan secara pertandingan.

14

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA
 Penilaian tugasan murid
 Penilaian produk PBL secara keseluruhan

menggunakan ‘Slip Penilaian 3’ Penilaian
dilakukan oleh :
 Wakil ibubapa
 Pentadbir sekolah
 Wakil PPD/NGO
 Setiap pemarkahan yang tertinggi dikira
pemenang untuk kategori murid dan produk
PBL yang dihasilkan.
 “Slip Maklum Balas” perlu diisi oleh ibu bapa
dan pihak luar yang hadir semasa carnival

15

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA
BORANG 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24
JALAN PETOLA 24/8, 40300 SHAH ALAM

SLIP PENILAIAN 1
(Diisikan oleh ibubapa)

NAMA: _________________________________________________

KELAS: ________________________

Konstruk Pengetahuan Sedia Ada (Bulatkan pada nombor yang berkenaan)

Elemen A: Pengetahuan

ASPEK TRAIT SKALA MARKAH

Produk Menyatakan tajuk 1234 5

Bahan Menyenaraikan bahan yang diperlukan untuk 1234 5
menghasilkan produk

Sumber Menyatakan dimana bahan di perolehi 1234 5

Bahan Menerangkan bagaimana bahan itu di perolehi 1 2 3 4 5

Konstruk Pengetahuan

Elemen B: Kecenderungan Bakat

ASPEK TRAIT SKALA MARKAH
1234 5
Kemahiran Bercerita tentang proses menghasilkan produk. 1234 5
1234 5
Pengalaman menghasilkan produk
1234 5
Bersoal Kuantiti bahan untuk menghasilkan produk

Jawab Peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan

produk

Konstruk Keluarga

Elemen C: Kepatuhan Kepada Diri Sendiri

ASPEK TRAIT SKALA MARKAH
1234 5
Kebersihan Memberus gigi dua kali sehari 1234 5
Gigi 1234 5

Kebersihan Memotong kuku sekali seminggu
Kuku

Kebersihan Shampoo rambut 2 kali seminggu
Rambut

Kebersihan Menyikat rambut selepas mandi 1234 5
Rambut

Kebersihan Mandi setiap hari menggunakan sabun 1234 5
Badan 1234 5
Kebersihan Menyidai tuala selepas menggunakannya. 1234 5
Tuala Meletakkan pakaian kotor didalam tempat yang 1234 5
sepatutnya
Baju Kotor Menjaga kebersihan bilik

Kebersihan
Bilik

16

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

Konstruk Keluarga

Elemen D: Kepatuhan Kepada Ibubapa

ASPEK TRAIT SKALA MARKAH
1234 5
Kepatuhan Melakukan perkara yang disuruh oleh ibubapa
dan megikut arahan.

Bercakap Bercakap dengan sopan dan lembut dengan 1234 5
Dengan ibubapa.
Sopan

Merendah Memohon maaf bila melakukan kesalahan 1234 5
1234 5
Diri kepada ibubapa.

Menghargai Mengucapkan terima kasih jika menerima
sesuatu daripada ibubapa.

SKALA MARKAH:

1 - Sukar menyatakan / melakukan
2 - Boleh menyatakan / melakukan dengan bimbingan berulang kali
3 - Boleh menyatakan / melakukannya dengan sekali bimbingan
4 - Boleh menyatakan / melakukan secara konsisten tanpa bimbingan
5 - Boleh menyatakan / melakukan secara konsisten serta mampu mengimprovasi

MARKAH YANG DIPEROLEHI MARKAH
PERKARA / 20
/ 20
Pengetahuan Sedia Ada / 40
Kecenderungan Bakat / 20
Kepatuhan Kepada Diri Sendiri
Kepatuhan Kepada Keluarga / 100

JUMLAH

17

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA
BORANG 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24
JALAN PETOLA 24/8, 40300 SHAH ALAM

SLIP PENILAIAN 2
(Diisikan oleh guru)

NAMA: _________________________________________________

KELAS: ________________________

Konstruk Pengetahuan Sedia Ada (Bulatkan pada nombor yang berkenaan)

Elemen A: Pengetahuan

ASPEK TRAIT SKALA MARKAH

Produk Menyatakan tajuk 1234 5

Bahan Menyenaraikan bahan yang diperlukan untuk 1234 5
menghasilkan produk

Sumber Menyatakan dimana bahan di perolehi 1234 5

Bahan Menerangkan bagaimana bahan itu di perolehi 1 2 3 4 5

Konstruk Pengetahuan

Elemen B: Kecenderungan Bakat

ASPEK TRAIT SKALA MARKAH
1234 5
Kemahiran Bercerita tentang proses menghasilkan produk. 1234 5
1234 5
Pengalaman menghasilkan produk
1234 5
Bersoal Kuantiti bahan untuk menghasilkan produk

Jawab Peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan

produk

Konstruk Kebersihan

Elemen C: Kepatuhan Kepada Diri Sendiri

ASPEK TRAIT SKALA MARKAH
1234 5
Kebersihan Memberus gigi selepas makan 1234 5
1234 5
Gigi

Kebersihan Memotong kuku

Kuku

Kebersihan Menyikat rambut dengan kemas

Rambut

Ketrampilan Kekemasan Pakaian 1234 5

Diri

Kebersihan Menjaga harta benda sendiri seperti alat tulis 1234 5
Kelas Membuang sampah ke dalam tong sampah. 1234 5
Kebersihan Menjaga kebersihan bilik darjah 1234 5
Kelas Menyusun kasut dengan betul 1234 5
Kebersihan
Kelas
Kebersihan
Kelas

18

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

Konstruk Sosialisasi

Elemen D: Kepatuhan Kepada Guru

ASPEK TRAIT SKALA MARKAH
1234 5
Kepatuhan Melakukan perkara yang disuruh oleh guru dan

megikut arahan.

Bercakap Bercakap dengan sopan dan lembut dengan

Dengan guru. 1234 5

Sopan

Merendah Memohon maaf bila melakukan kesalahan 1234 5
1234 5
Diri kepada guru.

Menghargai Mengucapkan terima kasih jika menerima

sesuatu daripada guru.

SKALA MARKAH:

1 - Sukar menyatakan / melakukan
2 - Boleh menyatakan / melakukan dengan bimbingan berulang kali
3 - Boleh menyatakan / melakukannya dengan sekali bimbingan
4 - Boleh menyatakan / melakukan secara konsisten tanpa bimbingan
5 - Boleh menyatakan / melakukan secara konsisten serta mampu mengimprovasi

MARKAH YANG DIPEROLEHI MARKAH
PERKARA / 20
/ 20
Pengetahuan Sedia Ada / 40
Kecenderungan Bakat / 20
Kepatuhan Kepada Diri Sendiri
Kepatuhan Kepada Keluarga / 100

JUMLAH

19

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA
BORANG 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24
JALAN PETOLA 24/8, 40300 SHAH ALAM

SLIP PENILAIAN 2
(Diisikan oleh juri)

BORANG PEMARKAHAN
KARNIVAL “PROJECT BASED LEARNING” PRASEKOLAH

KELAS: ____________________________________

KRITERIA PENERANGAN SKOR MARKAH
Rekabentuk
Proses Tema/Tajuk 5
Objektif 5
Pengetahuan JUMLAH SKOR REKABENTUK
Pembahagian Tugasan 5
Mengumpulkan maklumat menggunakan 5
kaedah yang sesuai
Memperolehi maklumat daripada pelbagai 5
sumber 5
Mempamer sikap bersungguh-sungguh
JUMLAH SKOR PROSES 10
Pembentangan
Kebolehan berkomunikasi dalam sesi soal
jawab.
JUMLAH SKOR PENGETAHUAN

Kreativiti 10

Persembahan Kolaboratif ahli kumpulan 10
Keyakinan dan kelancaran komunikasi 10
Penghasilan Produk Akhir 10
Nilai murni/Elemen merentas kurikulum 10
Keceriaan Tempat 10
JUMLAH SKOR PERSEMBAHAN

JUMLAH SKOR KESELURUHAN

Panduan Skala Markah:

Skala Markah Skala Markah
(Pengetahuan dan Persembahan)
(Reka Bentuk dan Proses) Skor 1-2 Sangat Lemah
Skor 3-4 Lemah
Skor 1 Sangat lemah Skor 5-6 Sederhana
Skor 7-8 Baik
Skor 2 Lemah Skor 8-10 Cemerlang

Skor 3 Sederhana

Skor 4 Baik

Skor 5 Cemerlang

20

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

BORANG 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24
JALAN PETOLA 24/8, 40300 SHAH ALAM

SLIP MAKLUM BALAS
KARNIVAL “PBL” KU SEJAHTERA

(Diisikan oleh pengunjung)

NAMA : ________________________________________________________
JAWATAN : ________________________________________________________
INSTITUSI : ________________________________________________________
TARIKH : ________________________

TERIMA KASIH
ATAS KERJASAMA DAN MAKLUM BALAS YANG DIBERIKAN

21

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

PERBANDINGAN PBL DAN “PBL” KU SEJAHTERA

FASA “PBL” KU SEJAHTERA PBL

Fasa 1:  Guru menerangkan konsep  Pengenalan kepada
Pengenalan “PBL” kepada murid dan ibu murid

bapa.  Murid bersoal jawab
 Guru dan murid menjalankan bersama guru berkaitan
PBL yang akan
“Brainstoming” untuk penetapan dijalankan.
tajuk “PBL” KU SEJAHTERA

yang akan dijalankan.
 Guru berkongsi ‘Link’ dan info

media sosial berkaitan
tema/tajuk “PBL” KU

SEJAHTERA yang hendak

dijalankan kepada ibu bapa

untuk difahami bersama murid di

rumah.
 Konsep ‘Flipped Classroom’

dilaksanakan pada peringkat ini.
 Pengetahuan murid diukur

dengan menggunakan kaedah
‘Slip Penilaian 1’ yang dinilai

oleh ibu bapa.
 ‘Main peranan’ dapat

dikenalpasti pada peringkat ini,
 Murid bersoal jawab bersama

guru berkaitan PBL yang akan

dijalankan.
 Murid melaksanakan kerja

projek seperti membuat buku

skrap dan lain-lain dengan

bimbingan guru.

22

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

Fasa 2:  Murid diberikan tugasan  Murid diberikan tugasan
Perlaksanaan berlainan mengikut kepintaran di dalam perlaksanaan
(dikenalpasti berdasarkan ‘slip PBL.
penilaian 1’) berdasarkan
penilaian berterusan di dalam  PBL dilaksanakan di
kelas. (anekdot & ippk) dalam kawasan
sekolah.
 Murid melakukan aktiviti PBL
berdasarkan tajuk yang diberi.

 PBL dilaksanakan secara
bersistematik :
 Pengenalan produk
 Penghasilan produk
 Penjualan produk (jika ada)
 Promosi kepada pihak luar

 Setiap peringkat ini murid dinilai
melalui ‘Slip penilaian 2’ oleh
guru.

 PBL dilaksanakan secara
karnival dengan menjemput
pihak luar.

Fasa 3:  Karnival “PBL” KU SEJAHTERA  Murid membentangkan
Pentaksiran
dijalankan. hasil tugasan.
 PBL dilaksanakan secara  Murid bersoal jawab

karnival dengan menjemput bersama guru berkaitan

pihak luar. PBL yang telah
 Penilaian dijalankan secara dijalankan.

pertandingan.
 Penilaian tugasan murid
 Penilaian produk PBL secara

keseluruhan ‘Slip Penilaian 3’

23

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

yang dilakukan oleh :
 Wakil ibubapa
 Pentadbir sekolah
 Wakil PPD/NGO
 Setiap pemarkahan yang
tertinggi dikira pemenang untuk
kategori murid dan produk PBL
yang dihasilkan.
 “Slip Maklum Balas” perlu diisi
oleh ibu bapa dan pihak luar
yang hadir semasa karnival.

PERLAKSANAAN “PBL” KU SEJAHTERA

CONTOH 1: PERLAKSANAAN PBL – PRASEKOLAH SK SEKSYEN 24 TAHUN 2018

1. FASA SATU:
1.1 Guru dan murid akan menjalankan sesi perbualan pagi, dimana pada sesi ini guru
membuat pemerhatian dan penilaian terhadap kecenderungan minat murid-
murid. Sesi ini juga dinamakan “Brainstorming”.
1.2 Setelah guru melihat kecenderungan dan minat murid makan guru boleh
menentukan tema dan tajuk untuk Pembelajaran Berasakan Projek.
1.3 Setelah penetapan tema dan tajuk dibuat, guru memaklumkan kepada ibu bapa
tentang keperluan dan kemahiran yang hendak di nilai menggunakan media
sosial yang ada seperti “Whatsapp”, pautan video dan pelbagai info di media
sosial. (Flipped Classroom).
1.4 Pada tahun ini, guru telah memilih Tema: Pekerjaan/Kerjaya untuk pembelajaran
berasaskan projek, dimana kerjaya yang dipilih ialah sebagai usahawan
makanan.
1.5 Pada tahap ini juga murid dinilai tahap sahsiah dan kecenderungan mereka
menggunakan “Slip Penilaian 1” dimana slip ini diberikan kepada ibubapa dan
untuk dinilai oleh ibubapa berdasarkan pemerhatian mereka terhadap anak
mereka dirumah.

24

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

1.6 Setelah tajuk dipilih, maka guru juga menentukan objektif. Di fasa ini juga guru
dan murid telah mengumpulkan seberapa banyak maklumat tentang tajuk yang
dipilih iaitu Makanan. (Biskut, Kek dan Roti).

1.7 Contoh aktiviti pengumpulan maklumat di fasa satu ini ialah:
 Melihat video tentang penghasilan biskut, roti dan kek.
 Mencari maklumat tentang bahan dan resepi untuk menghasilkan biskut, roti
dan kek.
 Menghasilkan peta i think tentang biskut, roti dan kek.
 Mencari risalah tentang harga, tempat dan bahan-bahan yang diperlukan
untuk membuat biskut, roti dan kek.

1.8 Memandangkan SK Seksyen 24, mempunyai 3 blok dan enam buah kelas, makan
setiap kelas telah memilih tajuk seperti berikut untuk PBL mereka.
 House of Cookies (Pra Berlian)
 Delima Cookies (Pra Delima)
 Intanlicous (Pra Intan)
 Tinker Bell Cake (Pra Mutiara)
 Nilam Homemade Sandwich (Pra Nilam)
 D’Zamrud Cottage (Pra Zamrud)

2. FASA DUA:
2.1 Pada fasa kedua ini, murid-murid dibawa ke Kidzania untuk melihat bagaimana
keadaan sebenar proses jual beli dijalankan dipasaraya dan melihat bagaimana
proses penghasilan makanan seperti burger di hasilkan.
2.2 Pada fasa dua ini juga guru dan murid melakukan sesi praktikal dan latihan
sebagai pengusaha makanan seperti bagaimana untuk membuat biskut, roti dan
kek.
2.3 Guru juga membuat penilaian terhadap kecenderungan murid terhadap peranan
apa yang sepatutnya seseorang murid itu jalankan seperti menjadi penyambut
tetamu, chef, jurujual, juruwang dan sebagainya.
2.4 Pemilihan tugasan murid pada fasa dua ini, ditentukan oleh guru mengikut
kepada kecenderungan dan kekuatan murid itu sendiri, berdasarkan kepada
“Slip Penilaian 2” yang telah dijalankan pada fasa satu.
2.5 Murid menjalankan aktiviti latihan dan praktikal membuat biskut, kek, sandwich
serta proses jual beli didalam kelas.

25

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

3. FASA TIGA:
3.1 Fasa refleksi, dimana murid menjelmakan segala kefahaman mereka terhadap
kemahiran yang telah mereka kuasai dalam Karnival PBL dijalankan pada
29.10.2018.
3.2 Diantara kemahiran tersebut adalah kemahiran tentang urusan jual beli,
membuat biskut, kek, sandwich dan berkomunikasi melayan tetamu dan
pelanggan.
3.3 Pada fasa ini juga Prasekolah telah mengadakan pertandingan PBL terbaik
berdasarkan 6 kelas dan ia di nilai oleh juri Profesional yang terdiri daripada pihak
PPD, Jurulatih Utama Prasekolah dan Para Pentadbir SKS24 menggunakan
“Slip Penilaian 3”.
3.4 Maklumbalas daripada ibubapa, pentadbir dan orang luar yang datang di
rekodkan kedalam “Slip Maklum Balas”.

LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI PBL

Galeri Tajuk Gambar Gambar
Gambar
PRA BERLIAN :
1. HOUSE OF COOKIES

26

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

MURID
MEMPROMOSIKAN
MENU DAN BISKUT
MEREKA.

MURID
MENJALANKAN
AKTIVITI JUAL BELI
BERSAMA
PELANGGAN

27

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

MURID
MENJALANKAN
TUGASAN SEBAGAI
JURU JUAL DAN
PROMOSI

AKTIVITI MURID YANG
DIJALANKAN SEMASA
FASA 1

28

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

PEGAWAI PPD
PRASEKOLAH
BERSAMA MURID
YANG SEDANG
MENGHASILKAN
BISKUT.

2. PRA DELIMA :
DELIMA COOKIES

MURID
MENJALANKAN
PROMOSI GERAI
MEREKA.

29

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

MURID
MENJALANKAN
AKTIVITI MENJUAL
BISKUT DENGAN
MENJAJA KEPADA
PELANGGAN.

PRA INTAN :
3. INTANLICOUS

MURID BERTINDAK
SEBAGAI CHEF,
UNTUK MEMASAK
KEK BATIK.

30

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

MURID
MENJALANKAN
DEMONSTRASI
MASAKAN KEK BATIK
KEPADA
PENGUNJUNG GERAI.

4. PRA MUTIARA :
TINKER BELL CAKE

31

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

MURID
MENJALANKAN
AKTIVITI MENGHIAS
KEK.

MURID
MENJALANKAN
AKTIVITI MENGHIAS
KEK.

32

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

5. PRA NILAM : NILAM
HOMEMADE
SANDWICH.

MURID
MENJALANKAN
AKTIVITI
MENGHASILKAN
SANDWICH.

MURID
MENJALANKAN
AKTIVITI MENGHIAS
KEK.

33

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

6. PRA ZAMRUD :
D’ZAMRUD COTTAGE

MURID
MENJALANKAN
AKTIVITI
MENGHASILKAN
SANDWICH TELUR.

34

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

MURID
MENJALANKAN
AKTIVITI
MENGHASILKAN
SANDWICH.

9.3 PROSES PENAMBAHBAIKAN INOVASI
“PBL” KU SEJAHTERA ini telah dijalankan selama 4 tahun bermula pada tahun
2018 sehingga 2021 dan akan diteruskan pada tahun 2022. Pada setiap tahun
ianya telah ditambah baik dengan mengambil kira hasil maklum balas daripada
pelbagai pihak. Diantaranya mewujudkan “link” atau “google form” kepada ibu
bapa untuk mengisi hasil pemantauan anak-anak di rumah.

9.4 KOS PENGHASILAN “PBL” KU SEJAHTERA

BIL BAHAN HARGA
1 Kertas A4 RM10.00
2 Ink Printer RM45.00
3 Binding RM5.00

35

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

9.5 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Contoh:

Minggu : 29

Hari : Rabu

Tarikh : 8.8.2018

Pendekatan : Pusat Pembelajaran

Tema : Makanan
Masa : 10:30 – 11:50

Mata Pelajaran: Kreativiti Dan Estetika (Seni)

1. KE3.3 - Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya seni (Ekspresi

Kreatif)

2. KE3.3.3 - Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti

3. BM3.2 - Menguasai kemahiran menulis

4. BM3.2.3 - Menyalin perkataan

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti
2. Menyalin perkataan
KRITERIA KEJAYAAN:
Pada akhir pembelajaran, saya dapat:
1. Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti pada poster makanan

produk yang hendak di jual pada karnival PBL nanti.
2. Menyalin perkataan yang terdiri daripada bahan-bahan untuk

menghasilkan produk PBL.

36

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

AKTIVITI PEMBELAJARAN:
1. Murid bernyanyi lagu makanan
2. Murid melihat gambar yang dipaparkan oleh guru pada slaid power

point.
3. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan aktiviti yang berbeza:

Kumpulan 1: Menghasilkan corak dan lakaran untuk menghasilkan
poster makanan yang hendak di hasilkan semasa
Karnival PBL.

Kumpulan 2: Murid menyalin bahan-bahan yang digunakan untuk
menghasilkan produk PBL.

4. Selepas 40 minit murid bertukar untuk menjalankan aktiviti kumpulan
yang lain. Dimana murid kumpulan satu menjalankan aktiviti di
kumpulan 2 dan kumpulan 2 menjalankan aktiviti di kumpulan 1 pula.

9.6 KEBERHASILAN BAHAN
Penggunaan inovasi “PBL” KU SEJAHTERA ini yang mula diajar secara
berperingkat bermula di 6 buah kelas di prasekolah membawa kepada impak
yang begitu positif dan memberangsangkan. Responden yang terdiri daripada
murid-murid Prasekolah SK Seksyen 24, Shah Alam menunjukkan prestasi
yang baik. Kini, hasilnya dapat dilihat melalui tahap komunikasi, keyakinan,
kepimpinan dan ketrampilan yang baik dengan kerja murid dimana ramai murid
ini telah dilantik sebagai pengawas, guru kelas dan lain-lain seperti berikut:

37

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

9.6.1 PENCAPAIAN MURID “PBL” KU SEJAHTERA TAHUN 2018 DALAM

SAHSIAH DIRI DAN KOKURIKULUM

BIL NAMA MURID JAWATAN KELAS PRA
SEKOLAH
1. Muhammad Syafiq Iqbal Bin Mohd Noor Pengawas PSS 4 Pintar Nilam
Hizlan 4 Bersih
Pengawas Nilam
2. Nur Addina Zahra Binti Muhammad Faizul Sekolah
Hadzri

3. Darwiesy Danish Binti Mohd Huzairi Pengawas PSS 4 Hormat Zamrud

4. Dhia Damea Qalisa Binti Mohd Huzairi Pengawas 4 Bersih Zamrud
Sekolah

5. Fariz Ikhwan Bin Fairuz Pengawas PRS 4 Cergas Zamrud

6. Mohammad Shauqim Hakimi Bin Mohd Pengawas 4 Ikhlas Zamrud
Subuhi Sekolah

7. Nur Naurah Irdina Binti Mat Bakri Pengawas PRS 4 Cergas Zamrud

8. Nur Zahra Safiyah Binti Muhammad Fadhli Pengawas 4 Hormat Zamrud
Sekolah

9. Zuyyin Adelia Binti Zailan Pengawas PSS 4 Pintar Zamrud

10. Akil Rayya Bin Azmi Pengawas PSS 4 Jujur Mutiara
Mutiara
11. Aleesya Sofrina Binti Mohd Azhar Pengawas 4 Jujur Mutiara
Sekolah 4 Bersih Mutiara
12. Muhammad Nadzmi Faez Bin Azizul Pengawas 4 Amanah Intan
Sekolah 4 Jujur Intan
13. Nayli Syifa Binti Annuar Pengawas 4 Bersih Berlian
Sekolah 4 Amanah Berlian
14. Akmal Riezman Bin Kamaruzaman Pengawas 4 Hormat Berlian
Sekolah 4 Jujur Delima
15. Muhammad Arif Adam Bin Mohd Afendi 4 Cergas
Ketua Kelas
16. Muhammad Fariz Adam Bin Muhammad
Zulfkar Pengawas
Sekolah
17. Muhammad Iqbal Hakim Bin Mohd Nordin Pengawas
Sekolah
18. Qaseh Qaleesha Binti MD Khairul Shah Pengawas
19. Nur Marsya Maisarah Binti Hafizul Hazwan Sekolah

Pengawas PRS

20. Muhammad Muiz Mikhail Bin Mohd Munzir Pengawas PRS 4 tekun Mutiara

21. Siti Nur Qaisara Binti muhamad Faizal Pengawas PRS 4 Tekun Mutiara
4 Mutiara
22. Muhammad Arham Zuhairi Bin Shamsul AJK Tahun 4 Amananah Mutiara
Nizam Kelab
Keceriaan Dan 4 Ikhlas
23. Aryan Nazreen Bin Abdul Kamal Lanskap
AJK Tahun 4
Kelab Inovasi
Dan Rekacipta

38

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

9.6.2 PERBANDINGAN DATA PBD SERAMAI 15 ORANG MURID
PRASEKOLAH SK SEKSYEN 24, YANG MENJALANKAN “PBL” KU
SEJAHTERA DENGAN MURID LAIN.

9.6.2.1 “PBL” KU SEJAHTERA TAHUN 2020

DATA PBD TAHUN 1 (2021) BAGI MURID PRA SKS24 (2020)

BAHASA BAHASA MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN
MELAYU INGGERIS ISLAM

TP 6 – 1 TP 6 – 0 TP 6 – 0 TP 6 - 0 TP 6 -0
TP 5 – 5 TP 5 – 7 TP 5 – 0 TP 5 - 6 TP 5 - 4
TP 4 – 7 TP 4 – 5 TP 4 – 8 TP 4 - 8 TP 4 - 10
TP 3 – 2 TP 3 – 3 TP 3 – 7 TP 3 - 1 TP 3 - 1

DATA PBD TAHUN 1 (2021) BAGI MURID LAIN (2020)

BAHASA BAHASA MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN
MELAYU INGGERIS ISLAM

TP 6 – 0 TP 6 – 0 TP 6 – 0 TP 6 - 0 TP 6 - 0
TP 5 – 0 TP 5 – 2 TP 5 – 0 TP 5 - 4 TP 5 - 3
TP 4 – 5 TP 4 – 4 TP 4 – 5 TP 4 - 6 TP 4 - 7
TP 3 – 10 TP 3 – 9 TP 3 – 10 TP 3 - 5 TP 3 - 5

9.6.2.1 “PBL” KU SEJAHTERA TAHUN 2019

DATA PBD TAHUN 2 (2021) BAGI MURID PRA SKS24 (2019)

BAHASA BAHASA MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN
MELAYU INGGERIS ISLAM

TP 6 – 0 TP 6 – 0 TP 6 – 0 TP 6 -0 TP 6 - 1
TP 5 – 1 TP 5 – 2 TP 5 – 1 TP 5 -2 TP 5 - 1
TP 4 – 8 TP 4 – 5 TP 4 – 8 TP 4 -10 TP 4 - 13
TP 3 – 6 TP 3 – 8 TP 3 – 6 TP 3 -3 TP 3 - 0

DATA PBD TAHUN 2 (2021) BAGI MURID LAIN (2019)

BAHASA BAHASA MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN
MELAYU INGGERIS ISLAM

TP 6 – 0 TP 6 – 0 TP 6 – 0 TP 6 - 1 TP 6 - 0
TP 5 – 1 TP 5 – 4 TP 5 – 1 TP 5 - 8 TP 5 - 1
TP 4 – 8 TP 4 – 4 TP 4 – 5 TP 4 - 6 TP 4 - 12
TP 3 – 6 TP 3 – 7 TP 3 – 9 TP 3 - 0 TP 3 - 2

39

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

DATA PBD TAHUN 1 (2020) BAGI MURID PRA SKS24 (2019)

BAHASA BAHASA MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN
MELAYU INGGERIS ISLAM

TP 6 – 1 TP 6 – 0 TP 6 – 0 TP 6 - 0 TP 6 - 0
TP 5 – 5 TP 5 – 3 TP 5 – 5 TP 5 - 4 TP 5 - 6
TP 4 – 9 TP 4 – 11 TP 4 – 8 TP 4 - 10 TP 4 - 9
TP 3 – 0 TP 3 – 1 TP 3 – 2 TP 3 -1 TP 3 - 0

DATA PBD TAHUN 1 (2020) BAGI MURID LAIN (2019)

BAHASA BAHASA MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN
MELAYU INGGERIS ISLAM

TP 6 – 1 TP 6 – 0 TP 6 – 0 TP 6 - 0 TP 6 - 0
TP 5 – 3 TP 5 – 3 TP 5 – 6 TP 5 - 3 TP 5 - 5
TP 4 – 10 TP 4 – 10 TP 4 – 6 TP 4 - 6 TP 4 - 6
TP 3 – 1 TP 3 – 2 TP 3 – 3 TP 3 - 6 TP 3 - 4

9.6.2.1 “PBL” KU SEJAHTERA TAHUN 2018

DATA PBD TAHUN 3 (2021) BAGI MURID PRA SKS24 (2018)

BAHASA BAHASA MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN
MELAYU INGGERIS ISLAM

TP 6 – 0 TP 6 – 1 TP 6 – 0 TP 6 -0 TP 6 -0
TP 5 – 10 TP 5 – 7 TP 5 – 8 TP 5 -8 TP 5 -7
TP 4 – 5 TP 4 – 4 TP 4 – 6 TP 4 -6 TP 4 -7
TP 3 – 0 TP 3 – 3 TP 3 – 1 TP 3 -1 TP 3 -1

DATA PBD TAHUN 3 (2021) BAGI MURID LAIN (2018)

BAHASA BAHASA MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN
MELAYU INGGERIS ISLAM

TP 6 – 0 TP 6 – 1 TP 6 – 0 TP 6 - 0 TP 6 - 0
TP 5 – 5 TP 5 – 3 TP 5 – 2 TP 5 - 2 TP 5 - 7
TP 4 – 9 TP 4 – 4 TP 4 – 7 TP 4 - 9 TP 4 - 6
TP 3 – 1 TP 3 – 7 TP 3 – 6 TP 3 -4 TP 3 - 2

40

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

DATA PBD TAHUN 2 (2020) BAGI MURID PRA SKS24 (2018)

BAHASA BAHASA MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN
MELAYU INGGERIS ISLAM

TP 6 – 0 TP 6 – 0 TP 6 – 0 TP 6 -0 TP 6 - 1
TP 5 – 8 TP 5 – 5 TP 5 – 3 TP 5 - 6 TP 5 - 5
TP 4 – 7 TP 4 – 8 TP 4 – 9 TP 4 - 8 TP 4 - 8
TP 3 – 0 TP 3 – 2 TP 3 – 3 TP 3 - 1 TP 3 - 1

DATA PBD TAHUN 2 (2020) BAGI MURID LAIN (2018)

BAHASA BAHASA MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN
MELAYU INGGERIS ISLAM

TP 6 – 0 TP 6 – 0 TP 6 – 0 TP 6 - 0 TP 6 - 0
TP 5 – 4 TP 5 – 2 TP 5 – 1 TP 5 - 3 TP 5 - 5
TP 4 – 11 TP 4 – 10 TP 4 – 6 TP 4 - 9 TP 4 - 8
TP 3 – 0 TP 3 – 3 TP 3 – 8 TP 3 - 3 TP 3 - 2

DATA PBD TAHUN 1 (2019) BAGI MURID PRA SKS24 (2018)

BAHASA BAHASA MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN
MELAYU INGGERIS ISLAM

TP 6 –0 TP 6 – 0 TP 6 – 0 TP 6 -0 TP 6 -0
TP 5 – 6 TP 5 – 6 TP 5 – 6 TP 5 -5 TP 5 -2
TP 4 – 8 TP 4 – 3 TP 4 – 9 TP 4 -10 TP 4 -12
TP 3 – 1 TP 3 – 6 TP 3 – 0 TP 3 -0 TP 3 -1

DATA PBD TAHUN 1 (2019) BAGI MURID LAIN (2018)

BAHASA BAHASA MATEMATIK SAINS PENDIDIKAN
MELAYU INGGERIS ISLAM

TP 5 – 4 TP 5 – 2 TP 5 – 4 TP 5 -2 TP 5 -5
TP 4 – 11 TP 4 – 10 TP 4 – 7 TP 4 -12 TP 4 -9
TP 3 – 0 TP 3 – 3 TP 3 – 3 TP 3 -1 TP 3 -1
TP 5 – 4 TP 5 – 2 TP 5 – 4 TP 5 -2 TP 5 -5

41

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

9.7 POTENSI UNTUK DISEBAR LUAS
Inovasi “PBL” KU SEJAHTERA ini mempunyai peluang dan ruang untuk
disebarluaskan kepada pihak lain bukan sahaja sebagai panduan guru
prasekolah, ianya juga boleh digunakan untuk sesi pembelajaran dan
pengajaran guru di aliran perdana dan sekolah menengah, mengikut keperluan
tajuk masing-masing.

Konsep yang dibawa melalui inovasi “PBL” KU SEJAHTERA ini amat sesuai
kerana adanya elemen pendidikan abad ke 21 yang diguna pakai dimana ianya
sangat membantu untuk melahirkan murid yang cemerlang secara
keseluruhan. Murid juga dapat diasah bakatnya dengan melihat
kecenderungan dan kekuatan masing-masing. Secara tidak langsung murid-
murid dapat belajar dengan gembira dan seronok. Selain daripada itu juga
inovasi “PBL” KU SEJAHTERA ini dapat dijadikan panduan untuk semua tajuk
mata pelajaran dimana ianya mengabungjalinkan kesemua aspek didalam satu
masa. Melalui kaedah ini juga, semua kemahiran dapat diajar dan diasah
didalam satu-satu masa. Oleh yang demikian, inovasi ini mencakupi pelbagai
kemahiran dan dapat dikendalikan dalam pelbagai situasi. Inovasi yang mudah
dilaksanakan ini, mampu membawa kepada kemenjadian murid sesuai dengan
harapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahukan setiap individu itu
berketerampilan daripada semua segi dalam kehidupan iaitu jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sahsiah (JERIS).

42

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA
Dalam bidang bahasa juga, secara tidak langsung murid-murid dapat dibentuk
daripada peringkat awal untuk sentiasa menyusun kata-kata dengan baiknya
kerana berbahasa melambangkan keperibadian seseorang. Inovasi yang
mudah ini juga tidak membebankan murid dan guru untuk menguasainya
kerana penyampaiannya cukup mudah. Kos yang minimum juga dapat
diamalkan dengan cara guru menjadi pemudahcara dalam menyampaikan
inovasi “PBL” KU SEJAHTERA ini mengikut medium yang sesuai dengan
situasi semasa. Malahan, inovasi “PBL” KU SEJAHTERA ini boleh disebar di
seluruh pelosok Malaysia melalui ceramah mahupun bengkel yang diadakan
secara langsung mahupun dalam talian.

43

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA
9.8 MAKLUM BALAS BAHAN INOVASI “PBL” KU SEJAHTERA

Semua maklum balas yang diterima di bawah ini, merupakan di antara borang
maklum balas yang ditulis oleh pengunjung.

44

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA
9.9 PERKONGSIAN “PBL” KU SEJAHTERA BERSAMA KETUA PANITIA

MATA PELAJARAN ALIRAN PERDANA SK SEKSYEN 24.

45

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA
9.10 PERKONGSIAN “PBL” KUSEJAHTERA BERSAMA PIHAK LUAR

Prasekolah SKS24, Shah Alam telah menerima kunjungan Pejabat Pendidikan
Daerah Raub, Pahang pada tahun 2019.

46

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

47

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

10.0 PENUTUP
Penggunaan inovasi “PBL” KU SEJAHTERA diharapkan dapat membantu
murid menguasai kemahiran. Inovasi ini mendidik murid belajar daripada asas
membina ayat seterusnya dapat menghasilkan penulisan yang kohesi dan
koheren. Selain itu, Inovasi ini dapat membantu murid dalam kemahiran lisan
untuk berbual dan berbicara dengan struktur binaan ayat yang betul. Ini dapat
menambah keyakinan murid apabila berkomunikasi dengan yakin di sekolah
dan bersama-sama masyarakat. Bagi guru pula, penggunaan modul ini pasti
dapat melancarkan proses PdP dalam bilik darjah. Guru juga dapat
menerapkan inovasi ini secara didik hibur bagi menarik minat murid belajar.
Selain itu, guru tidak gusar dengan tahap keyakinan murid lagi didalam
penguasaan komunikasi dan pergaulan bersama rakan-rakan.

Kesimpulannya, penggunaan Modul “PBL” KU SEJAHTERA oleh guru
membolehkan murid menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira,
berkomunikasi, kepimpinan, keyakinan diri dan berartikulasi dan seterusnya
menjadi seorang murid yang cemerlang secara keseluruhannya. Jika inovasi

48

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA
ini terus disebar luas, pasti kita dapat melahirkan individu yang keupayaan
untuk mengolah dan menyampaikan pandangan, hujahan atau huraian
mengenai sesuatu perkara dengan jelas serta teratur berdasarkan fakta dan
akhirnya membentuk generasi yang lebih hebat dan boleh bersaing bukan
sahaja di dalam Negara malah di peringkat antarabangsa.
10.0 TINDAKAN / CADANGAN SUSULAN
Setelah hampir empat tahun modul “PBL” KU SEJAHTERA digunakan oleh
guru prasekolah dan terbukti memberikan impak positif, unit kurikulum sekolah
telah mencadangkan untuk melaksanakan “PBL” KU SEJAHTERA di aliran
perdana. Oleh itu, taklimat kepada semua Ketua Panitia mata pelajaran dan
semua guru akan dijalankan pada awal bulan Jun sebelum pemilihan tema atau
tajuk dapat ditetapkan.

49

MODUL “PBL” KU SEJAHTERA

11.0 LAMPIRAN

MINGGU – 33 HARI: ISNIN TARIKH: 10.9.2018 PENDEKATAN: PUSAT PEMBELAJARAN /TEMA/PEMBELAJARAN KENDIRI (MAKANAN)

MASA STANDARD OBJEKTIF PEMBELAJARAN BAHAN AKTIVITI KESEPADUAN/REFLEKSI
20MINIT PEMBELAJARAN
PERBUALAN
PAGI Berdoa, menyanyikan lagu negaraku, mencatat kedatangan murid, berbual

tentang nama hari, cuaca dan tarikh dan membaca doa belajar.

-Pembelajaran lepas.

-Perbincangan mengenai hari ini.

-Nasihat/peraturan sepanjang aktiviti dijalankan.

30 MINIT FK2.1.3 Melakukan Murid boleh melakukan CD lagu -Guru menunjukkan
FIZIKAL (ASAS) pergerakan mengikut pergerakan mengikut pergerakan mengikut arah
8.20-8.50 arah. arah. yang ditentukan mengikut
lagu.
-Murid mengikut
pergerakan guru bersama-
sama.

40 MINIT BM2.4.2Membaca ayat Murid boleh : Lembaran kerja -“Project Based
BM(AKT.PEM) mudah yang -Membaca ayat mudah Learning” Fasa 1
8.50-9.30 menggandungi perkataan yang menggandungi Murid dibahagikan kepada
dengan suku kata perkataan dengan suku 3 Stesyen. KD2.3.1
30 MINIT terbuka. kata terbuka. S1-Murid membaca ayat
BM BM2.6.3Membaca -Membaca perkataan mudah yang mengandungi
9.30-10.00 perkataan yang terdapat yang terdapat dalam bahan-bahan membuat kek
30 MINIT dalam buku. buku. batik.
BM3.2.5 Menyalin ayat -Menyalin ayat mudah. S2- Murid membaca
mudah perkataan yang terdapat
didalam resepi kek batik.
S3-Murid menyalin resepi
kek batik.

REHAT DAN PENGURUSAN DIRI

20 MINIT MA3.2.4Menolak dalam Murid boleh menolak -Murid menolak dalam
MA (AKT.PEM) lingkungan fakta asas. dalam lingkungan fakta lingkungan fakta asas.
10.30-10.50 asas. Contoh: 10-5=5

60 MINIT BI2.3.5 Read simple Pupils can : -Pupils will split into 2
BI (AKT.PEM) sentence. i. Read simple sentence. station based on the
10.50-11.50 BI2.4.1 Recognise and ii. Recognise and name activities.
name pictures in books. pictures in books. -Pupils sound out letter of
the alphabet based on the
reading book given by the
teacher.
S1-Pupils read simple
sentences with picture
given.
Eg:
S2-Pupils draw and name
the variety of food.

10 MINIT 1. Ulasan Pdp dan hasil
REFLEKSI kerja murid.
11.50-12.00 2. Pesanan.
3. Beratur, baca, doa,
nyanyian dan pulang.

MINGGU – 33 HARI: SELASA TARIKH: 12.9.2017 PENDEKATAN: PUSAT PEMBELAJARAN /TEMA / PEMBELAJARAN KENDIRI (MAKANAN)

50


Click to View FlipBook Version