The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umisalma74, 2025-03-09 22:32:19

RAHSIA NAFAS YANG AJAIB DAN MENAKJUBKAN

Keywords: nafas,ajaib,rahsia,dan,menakjubkan

LESSON #1: RAHSIA NAFAS YANG AJAIB DAN MENAKJUBKAN Jika kita bahagikan badan manusia kepada dua bahagian,di sepanjang garis badan….. Kita akan dapati bahawa majoriti organ yang yang menghidupkan badan kita adalah terdiri daripada dua bahagian yang sangat simetri, satu di sebelah kanan badan dan satu lagi di sebelah kiri. Cuba perhatikan…… Otak, mata, telinga, hidung, tangan, paru-paru, buah pinggang, testikel atau ovari, tangan dan kaki adalah organ yang berpasangan, satu terletak di sebelah kanan badan dan satu lagi di sebelah kiri. Ada kiri dan kanan. Ada atas dan bawah. Depan dan belakang… Ada dua kutub yang bertentangan. Ini menunjukkan bahawa manusia adalah magnet. Sama seperti semua objek lain yang menunjukkan sifat magnetik, memiliki dua kutub bertentangan. Bahagian kanan badan kita mewakili kutub positif, manakala bahagian kiri mewakili kutub negatif. Mental, Fikiran dan Emosi, Energi dan Objek/Benda, semuanya menunjukkan dua kutub - positif dan negatif. Ini adalah hukum asas Kosmos. Lelaki dan wanita, panas dan sejuk, utara dan selatan, timur dan barat, cahaya dan gelap, siang dan malam, mewakili dua kutub yang bertentangan. Kutub positif menunjukkan ciri-ciri yang bertentangan dengan kutub negatif. Fungsi masing-masing juga adalah saling berbeza. Setiap organ atau bahagian badan kita yang berpasangan adalah memiliki kutub, dan bersifat magnetik. Tuhan susun sedemikian rupa sehingga ia mampu menyerap, menyimpan, dan memancarkan suatu bentuk energi yang halus dari dan ke persekitaran. Sifat energi yang diserap dan dipancarkan oleh organ berkutub positif adalah berbeza berbanding tenaga yang diserap dan dipancarkan oleh organ berkutub negatif. Manakala………. Di tengah badan kita, tepatnya di kawasan tulang belakang, yang menjadi pemisah antara kiri (kutub negatif) dan kanan (kutub positif) menggabungkan secara harmoni sifat energi berkutub negatif dan positif. Dengan itu, kita manusia adalah sebenarnya sebuah magnet bergerak yang sentiasa menyerap, menyimpan dan memancarkan energi. Oleh kerana enegi bersifat fluidik (mengalir) dan kinetik, ia memiliki daya kawalan ke atas materi/kebendaan.


Ether adalah energi yang statik, yang merupakan asas semua ciptaan, ia mengisi semua ruang dan meresapi semua level kewujudan materi samada pepejal, cecair atau gas. Ether terdiri daripada elektron positif dan negatif. Apabila sesuatu badan yang mempunyai sifat magnetik berhenti menyerap dan memancarkan energi, maka sifat magnetiknya berhenti. Ia kemudian mati. Jadi… Ketika manusia berhenti bernafas, sifat magnetiknya terhenti, lalu manusia mati. Juga… Ketika manusia salah dalam bernafas, akan tidak harmonilah medan magnetiknya, dan mengganggu seluruh keharmonian pada fizikal, emosional, mental, intelektual, spiritual, sosial dan financial. Setiap manusia sejak lahir hingga akhir hayat sentiasa melakukan tindakan pernafasan,iaitu menarik (inhale), menyimpan (retain) dan menghembuskan (exhale) nafas. Pada setiap tarikan nafas, kita bukan saja menyerap udara, tetapi juga menyerap Ether atau Prana, atau Chi yang ada pada udara tersebut. Udara ditarik melalui hidung, hidung kanan dan hidung kiri. Udara yang ditarik melalui hidung, akan mengakir ke faring, laring, trakea, dan tiub bronkus masuk ke dalam paru-paru. Paru-paru menerima udara yang dihirup dan menyerap oksigen dalam udara, yang bercampur dengan darah. Apabila oksigen bersentuhan dengan darah, satu bentuk pembakaran berlaku, dan darah menyerap oksigen dan melepaskan gas karbon dioksida yang dikeluarkan dari paru-paru setiap kali nafas keluar.


Para guru pengkaji ilmu nafas telah menemui bahawa nafas tidaklah sentiasa mengalir pada masa yang sama melalui kedua-dua lubang hidung. Mereka mendapati bahawa nafas kita mengalir secara bergantian melalui satu lubang hidung sahaja. Ada waktu nafas kita lancar di lubang hidung kiri, ada waktu pula lancar di sebelah lubang hidung kanan. Ada waktu ia mengalir sama kuat melalui kedua-dua lubang hidung, namun waktunya sangat singkat. Cuba periksa nafas anda, di lubang hidung sebelah mana ia mengalir dengan kuat dan lancar? Para guru pengkaji nafas menemui bahawa ada undang-undang, tatatertib, dan irama yang mengawal segalanya di alam ini- daripada perkara yang paling kecil atau remeh sehinggalah yang paling besar. Mereka mendapati bahawa pada diri individu yang sihat, nafas mengalir hampir enam puluh minit pada salah satu lubang hidung. Kemudian aliran nafas bertukar ke lubang yang lain. Dengan demikian, selama dua belas jam setiap hari, nafas mengalir secara bergantian melalui lubang hidung kiri dan dua belas jam melalui lubang hidung kanan. Apabila nafas mengalir pada salah satu lubang hidung, maka aliran nafas pada lubang hidung sebelahnya akan terhalang atau sempit. Anatomi energi kita menunjukkan bahawa ada dua arus saraf pada kiri dan kanan tulang belakang kita, yang disebut sebagai Ida (Yin/Feminin) dan Pingala (Yang/Maskulin). Manakala di tengah tulang belakang atau saraf tunjang, terdapat arus tenaga utama yang dinamakan sebagai Sushumna. Setiap kali kita bernafas, udara memasuki peparu, manakala energi pula bergerak di sepanjang saraf Ida atau Pangala dan selepas beredar naik turun, lalu keluar melalui lubang hidung. Saraf Ida bermula di lubang hidung kiri dan berakhir di bahagian bawah tulang belakang. Begitu juga saraf Pingala bermula dari lubang hidung kanan dan berakhir di pangkal tulang belakang. Saraf atau jalur Sushumna tidak terhubung secara langsung dengan kedua-dua lubang hidung. Jalur energi ini bermula dari pangkal otak, menjalar ke bawah di dalam rongga tulang belakang, dan berakhir di coccyx/tulang ekor, di mana jalur Pingala, Ida, dan Sushumna bersambung. Pada akar hidung, atau permulaan lubang hidung kita iaitu di tengah antara kedua mata, di mana kedua-dua lubang hidung bertemu dan titik mula saraf Ida dan Pingala, adalah salah satu titik paling penting di dalam badan kita. Tempat ini sangat sensitif dan memiliki suatu bentuk intelligence atau kecerdasan luar biasa.


Pada titik inilah energi dipilih setiap kali kita menarik nafas. Hanya elektron bersifat negatif (Yin/Feminin) yang dipilih untuk melalui lubang hidung kiri dan masuk ke jalur energi Ida, dan hanya elektron bersifat positif (Yang/Maskulin) yang dipilih untuk masuk melalui lubang hidung kanan dan terus ke jalur energi Pingala. Pada titik akar hidung ini, ada pintu atau penutup yang terbentuk daripada tulang rawan. Apabila nafas mengalir melalui satu lubang hidung, pintu penutupnya terbuka, sementara lubang hidung yang sebelah pula tertutup. Menurut para guru arif tentang nafas, fungsi titik akar hidung ini sangatlah penting, kerana jenis energi dan jumlah energi yang kita serap samada energi Yin/Feminin atau Yang/Maskulin akan mempengaruhi medan energi kita, mental, fikiran, emosi, attitude, cara kita buat keputusan, dan keseimbangan energi pada setiap organ-organ kita. Pendek kata... perilaku pada pintu masuk energi ini, akan mempengaruhi semua aspek diri dan hidup kita. Oleh itu kita harus belajar mengawal pusat nafas ini dan mengubah aliran nafas mengikut keperluan kita untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Apabila lubang hidung kanan mengalirkan nafas, saraf Pingala memilih elektron positif yang terkandung di dalam Ether yang meresap di dalam udara. Nafas kanan ini akan membawa arus elektromagnet positif ke sepanjang sisi kanan tulang belakang. Oleh kerana sisi kanan adalah kutub positif, maka apabila nafas kanan kita dominan, kita akan menunjukkan ciri-ciri positif seperti semangat, keberanian, aktif, penuh keyakinan, ekstrovert, peramah, optimis dan sebagainya. Namun jika aliran energi ini berlebihan, kita akan menunjukkan sikap yang agresif, posesif dan egois. Pada diri sesetengah lelaki, nafsu seksual yang tidak terkawal adalah hasil daripada aliran nafas yang berlebihan pada lubang hidung kanan. Begitu juga, apabila lubang hidung kiri mengalir, saraf Ida membawa arus elektron negatif ke sepanjang sisi kiri tulang belakang. Apabila aliran nafas di lubang hidung kiri dominan dalam diri seseorang, dia menunjukkan ciri-ciri negatif seperti ketakutan, kelemahan, pasif, rendah diri, ikut telunjuk, dan lain-lain. Jika energinya harmoni, ia menunjukkan ciri-ciri kebaikan seperti kejujuran, kebaikan hati, kebaikan, ketaatan, dan kecintaan pada kerohanian. Arus elektromagnet positif dan arus elektromagnet negatif yang mengalir secara bergilir melalui saraf Pingala dan Ida berturut-turut akan bertemu di Solar Plexus (pertemuan ribuan saraf di ulu hati) dan Plexi (Plexi: pusat pertemuan jaringan saraf yang dikenali juga sebagai Chakra) lain pada Sistem Saraf Autonomi yang terletak di sepanjang tulang belakang, dan membekalkan PRANA/CHI untuk menghidupkan sistem-sistem yang ada pada diri kita samada fizikal, mental mahupun spiritual.


Pusat Sistem Saraf Autonomi adalah di Solar Plexus dan merupakan pusat kawalan bawah sedar yang mengawal sistem-sistem badan yang kita tidak sedari seperti metabolisme, degupan jantung, pencernaan dan lain-lain. Hubungan antara Sistem Saraf Pusat dan Sistem Saraf Autonomi dijalin oleh saraf vagus, yang menjalar keluar dari kawasan otak ke Torax, bercabang ke jantung dan paru-paru, dan akhirnya melalui diafragma, lalu terhubung ke Sistem Saraf Autonomi, dan menjadikan manusia sebuah jasad yang lengkap. Sistem Saraf Pusat adalah pusat kawalan bagi minda sedar, dan Saraf Autonomi adalah pusat kawalan bagi minda bawah sedar. Melalui Saraf Pusat, kita menerima persepsi sedar dari deria fizikal dan mengawal pergerakan badan. Sistem saraf ini mempunyai pusatnya di otak. Apabila Solar Plexus beroperasi dengan dengan kuat dan aktif, ia mamancarkan energi Kehidupan dan Kekuatan ke setiap bahagian badan dan kepada setiap orang yang kita temui. Energinya memberikan sensasi yang nyaman dan menyenangkan. Badan kita sihat dan kuat. Semua orang yang kita temui merasa terinspirasi, bersemangat, nyaman dan bahagia. Jika kita ingin meningkatkan keberanian, kekuatan; jika kita ingin menjadi kurang pemalu dan lebih agresif, amalkan bernafas melalui lubang hidung kanan.


Jika ingin ingin membina dan memupukmana-mana sifat murni seperti kebaikan hati, ketuusan, kejujuran, kebaikan, keceriaan atau kebaikan, amalkan bernafas melalui lubang hidung kiri. Bersambung..................... Umar Paranorms, 11 Mac 2024


Click to View FlipBook Version