The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shazarina Soeib, 2024-03-13 00:10:33

Garis Panduan Pengurusan Asrama

BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MAKTAB RENDAH SAINS MARA Garis Panduan PENGURUSAN DISPLIN PELAJAR BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MAKTAB RENDAH SAINS MARA Garis Panduan PENGURUSAN ASRAMA BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MAKTAB RENDAH SAINS MARA Garis Panduan PENGURUSAN KESELAMATAN


1 GARIS PANDUAN PENGURUSAN ASRAMA MRSM KANDUNGAN MUKA SURAT BAHAGIAN I: PENGENALAN 1. Latar Belakang 2 2. Sejarah Penubuhan MRSM 2 3. Falsafah Pendidikan 3 4. Visi 3 5. Misi 3 6. Budaya MRSM 3 7. Etika Pelajar 5 8. Tanggungjawab Pelajar 6 BAHAGIAN II: PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR 1.0 Tujuan 9 2.0 Carta Organisasi Pengurusan & Pentadbiran Asrama 9 3.0 Tugas Dan Peranan Ketua Guru Asrama & Guru Asrama 10 4.0 Jawatankuasa Pentadbiran Asrama (Guru Asrama) 11 5.0 Peraturan Pakaian 13 6.0 Kad Pelajar 19 7.0 Penampilan Diri 20 8.0 Peraturan Keluar dan Masuk Maktab 21 9.0 Peraturan Kelas Persediaan 23 10.0 Peraturan Penginapan 24 11.0 Peraturan Penggunaan Kemudahan 25 12.0 Keselamatan Wang 28 13.0 Peraturan Keselamatan & Garis Panduan Keselamatan Asrama (Kebakaran) 35 14.0 Garis Panduan Penggunaan Telefon Pintar, Komputer Riba Dan Tablet 38 15.0 Garis Panduan Penggunaan Kenderaan Sendiri Oleh Guru / Staf Sokongan Untuk Membawa Pelajar Bagi Urusan Rasmi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 51 Punca Kuasa Kebenaran Penggunaan Garis Panduan Pengurusan Asrama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 61


2 BAHAGIAN I: PENGENALAN 1.0 LATAR BELAKANG Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang pendidikan dan latihan. MRSM ditubuhkan untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dan prauniversiti dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan kepada pelajar bumiputera yang mempunyai keupayaan mental yang tinggi. Sistem pendidikan MRSM bergerak atas landasan bahawa pelajar bumiputera yang berminat dan berkebolehan dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan akan mendapat pendedahan lebih awal supaya memberi keyakinan yang lebih tinggi untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang berasaskan sains dan teknologi. Sistem pendidikan MRSM akan membiasakan pelajar dengan pendidikan berasaskan sains dan teknologi serta unsur keusahawanan sebagai satu aspek kebudayaan Malaysia yang akan memupuk perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Hal ini akan mewujudkan pelajar holistik yang mempunyai daya pemikiran kritis, kreatif dan terbuka serta mempunyai semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi. 2.0 SEJARAH PENUBUHAN MRSM Penubuhan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bermula pada tahun 1968. Persetujuan kerajaan kepada konsep Maktab Rendah Sains MARA yang dicadangkan ini telah diperoleh pada tahun 1970. Pada tahun 1971 pembinaan MRSM yang pertama dimulakan di Seremban, Negeri Sembilan (kini dikenali sebagai Kolej MARA Seremban) diikuti dengan pembukaan MRSM Kota Bharu (kini dikenali sebagai MRSM Pengkalan Chepa) pada tahun 1973. Setelah maktab-maktab ini menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam setiap penglibatan, penubuhan MRSM kian berkembang di seluruh negara. Sehingga 2020 bilangan MRSM telah meningkat kepada 53 buah MRSM.


3 3.0 FALSAFAH PENDIDIKAN 3.1 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988) 3.2 FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti kepada diri sendiri, masyarakat, negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan. 4.0 VISI Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia. 5.0 MISI Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi dalam bidang sains dan teknologi serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan. 6.0 BUDAYA MRSM 6.1 Budaya Cemerlang Cara berfikir, cara bertindak/ berkelakuan pada tahap yang sangat baik. Sentiasa berusaha mencapai tahap yang terbaik dalam pelbagai bidang


4 6.2 Budaya Keusahawanan Cekap mengesan peluang dan sumber yang ada serta bersedia berhadapan dengan risiko di samping mempunyai sikap proaktif, komited, tekal dan cekal. 6.3 Budaya Ilmu Berusaha mendapatkan ilmu sepanjang hayat dengan sentiasa mempunyai keinginan untuk mengamalkan, meningkatkan ilmu di samping menemu dan membina ilmu pengetahuan. 6.4 Budaya Kepimpinan Bersemangat dan mempunyai ciri-ciri untuk memimpin, berani, yakin, tegas, bertanggungjawab, bijak berbahasa dan berwibawa. 6.5 Budaya Penyayang Mempunyai perasaan simpati, prihatin, hormat-menghormati, bersedia membantu orang lain, sayang harta benda dan alam sekitar. 6.6 Budaya Kepersisan Bahasa Mampu berbahasa dengan bijak, tepat dan jitu. Boleh menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik. 6.7 Budaya Berfikiran Dapat berfikir secara kreatif, kritis, inovatif, proaktif dan rasional. 6.8 Budaya Saintifik Mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. 6.9 Budaya Menghargai Masa Dapat menepati dan menggunakan masa dengan berkesan. 6.10 Budaya Sihat Menjaga kesihatan dan rupa diri, bersih fizikal, mental dan spiritual serta mengamalkan gaya hidup sihat. 6.11 Budaya Estetik Menghayati seni dan keindahan. Boleh menghasilkan sesuatu yang indah dan dapat diterima oleh orang lain.


5 6.12 Budaya Muafakat (Jamaie) Mengamalkan semangat bekerjasama, bantu-membantu dan semangat persaudaraan (esprit de corps). 6.13 Budaya Jati Diri Mengenal asal usul dan adat resam serta menunjukkan kecintaan terhadap bangsa dan mendaulatkannya. 6.14 Budaya Beradab Mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan santun dan maju dalam tingkat kehidupan (jasmani dan rohani). 6.15 Budaya Berdikari Mempunyai dorongan dalaman untuk membina, mengarah dalam mencapai matlamat sendiri (self directed). 7.0 ETIKA PELAJAR 7.1 Kepercayaan Kepada Tuhan Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang percaya kepada Tuhan dan bersyukur atas segala kemudahan dan nikmat yang dikurniakan. 7.2 Bersopan Dan Bertatasusila Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersopan santun, berpekerti mulia, berbudi bahasa, menghormati ibu bapa, guru-guru, ketua dan rakanrakan. 7.3 Kepatuhan Kepada Undang-Undang Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang berdisiplin dan menghormati Peraturan & Undang-Undang Agama, Maktab dan Negara.


6 7.4 Menghormati Masa Dan Tanggungjawab Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang menepati masa, rajin dan bersungguhsungguh dalam melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. 7.5 Mementingkan Kesihatan Dan Kebersihan Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersih, sihat, kemas, berwibawa, berketerampilan, mementingkan kebersihan dan mencintai alam sekitar. 7.6 Berfikiran Positif Dan Bercita-cita Tinggi Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang yakin kepada kebolehan diri sendiri, tidak mudah putus asa, berpandangan jauh, berjiwa besar, patriotik, dinamik, berdaya saing dan bercita-cita tinggi. 8.0 TANGGUNGJAWAB PELAJAR 8.1 Tanggungjawab kepada diri sendiri i. Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal, mental dan rohani. ii. Bersopan, jujur dan amanah. iii. Menghargai dan menepati masa. iv. Berjimat cermat. v. Bersifat sederhana dan tidak sombong. vi. Sabar dan bertolak ansur. vii. Menghormati hak asasi orang lain. viii. Berani dan cekal hati. ix. Bersikap dedikasi. x. Bersikap berdikari. xi. Bersifat rajin dan berusaha. xii. Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.


7 8.2 Tanggungjawab kepada keluarga i. Menghormati orang yang lebih tua dan ibu bapa. ii. Memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga. iii. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi seorang berpendidikan dan bermoral tinggi. iv. Menjaga nama baik keluarga. v. Menghormati sahabat / kenalan keluarga. 8.3 Tanggungjawab kepada maktab i. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan maktab. ii. Menghormati guru-guru dan kakitangan. iii. Belajar bersungguh-sungguh. iv. Menaikkan imej maktab dalam semua bidang. v. Memupuk dan menghayati nilai-nilai moral yang tinggi. vi. Bekerjasama dan bersatu padu tanpa mengira unit / MRSM. vii. Menceburi aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh unit dan maktab. viii. Mengguna dan menghargai kemudahan yang disediakan oleh maktab / MARA dengan baik. 8.4 Tanggungjawab kepada masyarakat i. Tolong-menolong dan bekerjasama. ii. Menghormati orang yang lebih tua. iii. Mengamalkan sikap bertolak ansur. iv. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam kaum lain. v. Bersifat toleran. vi. Bersefahaman dan sabar. vii. Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat / kebajikan. viii. Bersifat belas kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam sekitar. ix. Memelihara kerukunan hidup berjiran. x. Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada pencemaran budaya.


8 8.5 Tanggungjawab kepada negara i. Cinta akan negara dan bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan negara. ii. Mematuhi undang-undang negara. iii. Mengamalkan Prinsip Rukun Negara. iv. Menjaga kemudahan awam. v. Menjaga dan menaikkan imej negara. vi. Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia. vii. Memelihara dan mempertahankan keindahan semula jadi negara. 8.6 Tanggungjawab kepada agama i. Taat kepada perintah Allah S.W.T bagi pelajar beragama Islam. ii. Mempertahankan kesucian agama. iii. Mendalami dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan harian. iv. Menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama. v. Menyebarluaskan nilai-nilai murni keagamaan dalam kalangan masyarakat.


9 BAHAGIAN II: PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR 1.0 TUJUAN a. Mewujudkan suasana yang selesa, tenteram, tidak terancam dan kasih sayang dalam kalangan pelajar yang berasal daripada pelbagai latar belakang. b. Membina keterampilan sahsiah dan kepimpinan pelajar di asrama. c. Menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar di asrama. d. Memastikan peraturan asrama dipatuhi. e. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. 2.0 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN & PENTADBIRAN ASRAMA Nota: Nisbah guru asrama dan pelajar - 1:50 Pengetua Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP) Ketua Guru Asrama (KGA) Penolong Pegawai Tadbir (Kanan) Pembantu Tadbir Guru Asrama (GA) Pelajar


10 3.0 TUGAS DAN PERANAN KETUA GURU ASRAMA (KGA) & GURU ASRAMA (GA) 3.1 Ketua Guru Asrama (KGA) i. Mewakili Pengetua dalam hal-hal pentadbiran asrama selepas waktu pejabat. ii. Menghadiri Mesyuarat Pelaksana MRSM. iii. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasaan Peraturan Maktab (JPPM). iv. Menyelia tugas Guru Asrama (GA). v. Menyediakan jadual tugas harian dan mingguan GA. vi. Memeriksa laporan harian GA bertugas dan mengambil tindakan yang sesuai. vii. Mengadakan mesyuarat tindakan GA sekurang-kurangnya sebulan sekali. Salinan minit mesyuarat tersebut hendaklah disampaikan kepada pihak Pengetua / TPPP. viii. Bertanggungjawab terhadap semua hal kebajikan pelajar di asrama. ix. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / TPPP dari semasa ke semasa. 3.2 Guru Asrama (GA) i. Menguruskan penempatan pelajar baru ke asrama. ii. Memastikan jadual waktu harian pelajar dipatuhi. iii. Bertanggungjawab terhadap semua hal makanan dari segi menu, kebersihan, kualiti, kuantiti dan spesifikasi.. iv. Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan peraturan asrama dipatuhi oleh pelajar. v. Mengawasi keluar masuk pelajar pada masa cuti, hujung minggu dan pada masa-masa tertentu. vi. Melaksanakan aktiviti yang sesuai untuk perkembangan emosi, rohani, jasmani dan sosial yang sihat dalam kalangan pelajar di asrama. vii. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapat rawatan bagi pelajar yang sakit. viii. Membantu mengelola latihan kebakaran di asrama. ix. Mengawas keselamatan diri dan harta benda pelajar di asrama. x. Menyediakan laporan harian untuk tindakan KGA. xi. Mengadakan gotong-royong membersihkan asrama.


11 4.0 JAWATANKUASA PENTADBIRAN ASRAMA (GURU ASRAMA) 4.1 BIRO KEBAJIKAN i. Membantu pelajar menjalani kehidupan dalam keadaan selesa dan harmoni. ii. Melapor dan mengambil tindakan yang perlu terhadap pelajar yang sakit dan bermasalah. iii. Mengurus dan menjaga bilik utiliti dan melaporkan segala kerosakan kepada pihak pengurusan asrama. iv. Mengurus dan mengendalikan lawatan ke hospital bagi kes tertentu. v. Membantu pengurusan asrama menyalurkan kemudahan di asrama. vi. Membantu mengurus dan melaksanakan program yang berkaitan dengan kebajikan penghuni di asrama. vii. Memberi cadangan dan pandangan tentang kebajikan pelajar kepada pengurusan asrama. 4.2 BIRO DISIPLIN DAN KESELAMATAN i. Memastikan penghuni asrama mematuhi jadual harian dan peraturan asrama. ii. Mencadangkan langkah-langkah yang sesuai bagi mencegah masalah disiplin. iii. Membantu GA ketika membuat morning call dan roll call. iv. Membantu GA ketika pemeriksaan asrama dijalankan. v. Bekerjasama dengan GA ketika latihan kebakaran diadakan. vi. Mengawasi penggunaan peralatan elektrik bagi mencegah kemalangan. vii. Membuat laporan kepada KGA mengenai masalah disiplin. viii. Memaklumkan kepada pelajar tentang arahan maktab dari semasa ke semasa. 4.3 BIRO KEROHANIAN DAN MORAL i. Merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian dan moral dengan kelulusan pihak pengurusan asrama. ii. Memastikan semua pelajar solat berjemaah di surau dan solat Jumaat bagi pelajar lelaki. iii. Memastikan aktiviti kerohanian dan moral di asrama berjalan dengan lancar. iv. Membantu GA untuk membentuk sahsiah dan peribadi mulia pelajar. v. Memastikan ikatan persaudaraan/ persahabatan sesama pelajar terjalin dengan baik.


12 vi. Membuat laporan sahsiah pelajar kepada GA secara berkala. vii. Membantu dan membimbing pelajar yang kurang kefahaman dalam penghayatan agama. viii. Bekerjasama dengan unit lain di maktab dalam melaksanakan aktiviti kerohanian dan moral. 4.4 BIRO MAKANAN i. Memastikan menu makanan yang ditetapkan dipatuhi. ii. Memastikan sampel makanan disediakan mengikut menu. iii. Memantau pengurusan bahan mentah yang dibekalkan kepada Dewan Selera (DS). iv. Merasa makanan yang disediakan oleh pihak DS. v. Memastikan pelaporan menu makanan dilaksanakan setiap hari. vi. Menerima dan melaporkan aduan tentang kualiti dan kuantiti makanan kepada pihak pengurusan asrama. vii. Memastikan pelajar sakit di bilik sakit mendapat makanan yang sesuai. viii. Menguruskan pelajar berpuasa dan memaklumkan kepada pengurusan DS. ix. Memastikan DS dan peralatan makanan adalah bersih. x. Melaporkan tahap kebersihan kepada pihak pengurusan asrama. xi. Memantau kebersihan dan keceriaan DS. 4.5 BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN i. Merancang dan melaksanakan program kebersihan dan keceriaan. ii. Memastikan semua pelajar menjaga kebersihan dan keceriaan di bilik, tandas, bilik utiliti dan persekitaran asrama. iii. Membuat laporan kebersihan dan keceriaan kepada GA. iv. Bekerjasama dengan pihak pekerja kebersihan asrama. v. Membuat laporan dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika perlu. 4.6 BIRO SUKAN i. Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan/ riadah dengan kelulusan pihak pengurusan asrama. ii. Memastikan semua pelajar terlibat dalam aktiviti sukan. iii. Memastikan semua pelajar mengosongkan asrama pada waktu petang untuk beriadah. iv. Memastikan jadual aktiviti sukan dipatuhi oleh pelajar. v. Memantau keadaan gelanggang/ padang dan peralatan selamat untuk digunakan.


13 vi. Memantau alatan sukan mencukupi dan membuat laporan jika perlu. vii. Menguruskan rekod keluar masuk/ pinjaman alatan sukan di asrama. 4.7 BIRO TUGAS-TUGAS KHAS Melaksanakan program yang memerlukan tindakan seperti:- i. Demonstrasi kepada pelajar baharu berkaitan pengurusan diri, pakaian, bilik, katil dan almari. ii. Gotong-royong perdana sempena program tertentu. iii. Mengadakan jamuan tahunan asrama. iv. Menganjurkan program kebudayaan dan kesenian. v. Hari Terbuka Asrama. vi. Memungut sumbangan ikhlas berkaitan program / kebajikan. vii. Program-program lain yang berkaitan mengikut arahan dari semasa ke semasa. 5.0 PERATURAN PAKAIAN 5.1 PERATURAN PAKAIAN UNTUK AKTIVITI MAKTAB BIL. PERKARA PAKAIAN LELAKI PAKAIAN PEREMPUAN 1. Waktu Kelas Akademik • Baju kemeja berlengan panjang berwarna beige muda dan seluar panjang berwarna coklat atau baju kemeja berlengan panjang berwarna biru muda dan seluar panjang berwarna biru tua • Baju kemeja hendaklah disisipkan ke dalam seluar • Baju kemeja berlengan panjang hendaklah dibutangkan pada pergelangan tangan • Seluar daripada jenis kain synthetic material (PVC atau Polyster) sahaja • Potongan seluar adalah straight cut dan paras kaki • Baju kurung berwarna beige muda dan kain kurung berwarna coklat atau baju kurung berwarna biru muda dan kain kurung berwarna biru tua • Baju dan kain tidak ketat dan tidak jarang • Kasut jenis kulit atau PVC berwarna hitam dan bertumit tidak melebihi 2.5cm • Wajib memakai stoking berwarna hitam dan melepasi buku lali • Memakai tanda nama • Tudung berbentuk segi tiga depan dan belakang berjahit serta menutupi


14 seluar melepasi buku lali • Kasut jenis kulit atau PVC berwarna hitam • Wajib memakai stoking berwarna hitam dan melepasi buku lali • Memakai tanda nama • Songkok berwarna hitam sahaja dibenarkan • Tali leher rasmi maktab • Tali pinggang berwarna gelap (hitam / coklat) dari jenis kulit atau PVC • Lebar tali pinggang 2.5cm – 3cm dan saiz kepala tali pinggang 3cm x 3.5cm • Kepala tali pinggang yang berlambang (binatang, keagamaan dan tidak bermoral) tidak dibenarkan bahagian bahu dan dada • Tudung dan anak tudung berwarna putih sahaja • Tudung tidak jarang 2. Waktu Perhimpunan dan Upacara Rasmi • Baju kemeja berlengan panjang berwarna beige muda dan seluar panjang berwarna coklat • Baju kemeja hendaklah disisipkan ke dalam seluar • Baju kemeja berlengan panjang hendaklah dibutangkan di pergelangan tangan • Seluar daripada jenis kain synthetic material (PVC atau Polyster) sahaja • Potongan seluar adalah straight cut dan paras kaki seluar melepasi buku lali • Kasut jenis kulit atau PVC berwarna hitam • Wajib memakai stoking berwarna hitam dan • Baju kurung berwarna beige muda dan kain kurung berwarna coklat • Baju dan kain tidak ketat dan tidak jarang • Kasut jenis kulit atau PVC berwarna hitam dan bertumit tidak melebihi 2.5cm • Wajib memakai stoking berwarna hitam dan melepasi buku lali • Memakai tanda nama • Tudung berbentuk segi tiga depan dan belakang berjahit serta menutupi bahagian bahu & dada • Tudung dan anak tudung berwarna putih sahaja • Tudung tidak jarang


15 melepasi buku lali • Memakai tanda nama • Songkok berwarna hitam sahaja dibenarkan • Tali leher rasmi maktab • Tali pinggang berwarna gelap (hitam / coklat) dari jenis kulit atau PVC • Lebar tali pinggang 2.5cm – 3cm dan saiz kepala tali pinggang 3cm x 3.5cm • Kepala tali pinggang yang berlambang (binatang, keagamaan dan tidak bermoral) tidak dibenarkan 3. Badan Beruniform, Kelab / Persatuan • Pakaian yang ditetapkan oleh Badan Beruniform, Kelab/ Persatuan • Pakaian yang ditetapkan oleh Badan Beruniform, Kelab/Persatuan. 4. Kelas Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan (Praktikal) • Track bottom warna hitam/ biru gelap. KemejaT berkolar yang ditetapkan oleh maktab • Kasut sukan dan berstoking • Track bottom warna hitam/ biru gelap. Kemeja-T berkolar dan berlengan panjang yang ditetapkan oleh maktab • Kasut sukan dan berstoking 5. Sukan & Permainan • Track bottom atau seluar pendek dengan tights berwarna gelap yang menutup aurat • Kemeja-T tanpa bercetak (Plain T-Shirt) atau kemeja-T rumah sukan • Kasut yang bersesuaian dengan sukan dan permainan • Track bottom berwarna gelap • Kemeja-T tanpa bercetak (Plain T-Shirt) atau kemeja-T rumah sukan berlengan panjang • Kasut yang bersesuaian dengan sukan dan permainan 6. Aktiviti / perjumpaan Badan Beruniform • Berpakaian mengikut badan beruniform yang dianggotai • Kasut yang bersesuaian dengan aktiviti • Berpakaian mengikut badan beruniform yang dianggotai • Kasut yang bersesuaian dengan aktiviti


16 7. Keluar ke bandar / Pulang Bermalam / Kembali ke Maktab • Pakaian batik rasmi maktab atau pakaian rasmi maktab atau kemeja-T rasmi maktab atau baju korporat maktab • Kasut kulit / PVC hitam dan berstoking hitam • Baju kurung batik rasmi maktab atau pakaian rasmi maktab atau baju korporat maktab • Berkasut kulit / PVC hitam, berstoking dan bertumit tidak melebihi 2.5cm 8. Berkelah • Kemeja-T berkolar • Seluar slack potongan lurus (straight cut) / track bottom • Pakaian kemas, bersih dan tidak mencolok mata • Berkasut dan berstoking / Sandal bertali • Kemeja-T berlengan panjang • Seluar slack potongan lurus (straight cut) / track bottom • Pakaian kemas, bersih & tidak mencolok mata • Berkasut dan berstoking / Sandal bertali 9. Kerja luar mengikut Guru (fieldwork) • Pakaian sesuai yang ditetapkan oleh guru pengiring • Pakaian kemas, bersih dan tidak mencolok mata • Pakaian sesuai yang ditetapkan oleh guru pengiring • Pakaian kemas, bersih & tidak mencolok mata 10. Solat Jumaat • Baju Melayu lengkap berwarna putih • Bersampin maktab • Bersongkok hitam • Kasut / sandal • Tidak berkaitan 11. Majlis /Jamuan Rasmi • Baju Melayu lengkap / pakaian rasmi maktab / baju batik maktab / pakaian yang ditetapkan oleh pihak maktab / tali leher • Berkasut hitam dan berstoking melepasi buku lali • Baju kurung / pakaian rasmi maktab / baju batik maktab / pakaian yang ditetapkan oleh pihak maktab (pakaian tidak ketat dan tidak jarang) • Tudung berbentuk segi tiga depan dan belakang berjahit serta menutupi bahagian bahu & dada • Tudung tidak jarang • Berkasut hitam tumit tidak melebihi 2.5cm dan berstoking


17 12. Kelas Persediaan (Petang) • Pakaian rasmi maktab / baju kemeja / kemeja-T berkolar dan potongan seluar jenis straight cut dan paras kaki seluar melepasi buku lali • Kasut jenis kulit atau PVC berwarna hitam • Wajib memakai stoking berwarna hitam dan melepasi buku lali • Memakai tanda nama • Tali pinggang berwarna gelap (hitam / coklat) dari jenis kulit atau PVC • Lebar tali pinggang 2.5cm – 3cm dan saiz kepala tali pinggang 3cm x 3.5cm • Kepala tali pinggang yang berlambang (binatang, keagamaan dan tidak bermoral) tidak dibenarkan • Baju kurung berwarna bebas dan tudung berwarna hitam • Tudung berbentuk segi tiga depan dan belakang berjahit serta menutupi di bahagian bahu dan dada • Tudung tidak jarang • Berkasut hitam tumit tidak melebihi 2.5cm dan berstoking • Memakai tanda nama 13. Kelas Persediaan (Malam) • Baju Melayu / baju kemeja dan berseluar slack potongan jenis straight cut dan paras kaki seluar melepasi buku lali • Kasut jenis kulit atau PVC berwarna hitam • Wajib memakai stoking berwarna hitam dan melepasi buku lali • Pemakaian sandal dibenarkan • Baju Kurung dan tudung berwarna hitam yang tidak jarang (pakaian tidak ketat dan tidak jarang) • Blaus berlengan panjang dan kain yang labuh hingga ke buku lali (untuk pelajar bukan beragama Islam) • Kasut jenis kulit atau PVC berwarna hitam • Wajib memakai stoking berwarna hitam dan melepasi buku lali • Pemakaian sandal dibenarkan 14. Hari Cuti • Pakaian kemas, bersih dan tidak mencolok mata • Pakaian kemas, bersih & tidak mencolok mata


18 15. Majlis Keagamaan • Baju Melayu lengkap, bersongkok serta bersesuaian dengan majlis • Pakaian yang menutup aurat dan kemas serta bersesuaian dengan majlis 16. Surau • Baju Melayu lengkap / Baju Melayu dengan seluar panjang slack potongan lurus atau jubah • Baju kemeja atau kemeja-T berkolar dengan seluar panjang slack potongan lurus • Bersongkok / kopiah dan serban dibenarkan untuk menunaikan solat sahaja • Baju kurung / memakai telekung sembahyang yang lengkap • Jubah (daripada jenis kain yang tidak mengikut tubuh badan) 17. Dewan Selera Hari Persekolahan: • Pakaian seperti waktu kelas akademik • Pakaian seperti ke kelas persediaan malam (supper) Hari Persekolahan: • Pakaian seperti waktu kelas akademik • Pakaian seperti ke kelas persediaan malam (supper) Malam / Hujung Minggu / Cuti Am: • Pakaian kemas, bersih dan tidak mencolok mata Malam / Hujung Minggu / Cuti Am: • Pakaian kemas, bersih & tidak mencolok mata 18. Kelas Tambahan / Kelas Gantian Hari Persekolahan: • Pakaian seperti waktu kelas akademik Hari Persekolahan: • Pakaian seperti waktu kelas akademik Malam / Hujung Minggu / Cuti Am: • Pakaian kemas, bersih dan tidak mencolok mata Malam / Hujung Minggu / Cuti Am: • Pakaian kemas, bersih & tidak mencolok mata 19. Pakaian Semasa Lawatan Lawatan Rasmi: • Pakaian seperti waktu kelas akademik Lawatan Rasmi: • Pakaian seperti waktu kelas akademik Lawatan Tidak Rasmi: • Pakaian sesuai yang ditetapkan oleh guru pengiring • Pakaian kemas, bersih dan tidak mencolok mata Lawatan Tidak Rasmi: • Pakaian sesuai yang ditetapkan oleh guru pengiring • Pakaian kemas, bersih & tidak mencolok mata


19 5.2 PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN Pada bila-bila masa di dalam kawasan maktab, pelajar tidak dibenarkan memakai / memiliki / menyimpan pakaian seperti berikut:- i. Semua jenis pakaian yang ditafsirkan sebagai mencolok mata atau pakaian yang mendedahkan aurat mengikut tafsiran agama Islam atau pakaian ketat yang memperlihatkan bentuk tubuh badan pemakainya atau pakaian yang ditafsirkan sebagai seksi atau bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan moral masyarakat. ii. Baju atau pakaian yang mempunyai gambar orang atau kumpulan seperti penyanyi, pemimpin politik, ahli sukan, gambar lucah atau gambar yang bertentangan dengan akidah Islam / pegangan agama dan bertentangan dengan nilai-nilai murni budaya maktab serta negara. iii. Baju atau pakaian yang bertulis dengan tulisan atau lakaran lucah, ganas atau bertentangan dengan nilai-nilai murni budaya, bangsa dan negara. iv. Semua seluar jenis kain jeans dan cotton slack. v. Tali pinggang berkepala besar, rugged, berwarna-warni dengan tulisan / lakaran atau reka bentuk binatang, lucah, ganas dan sebagainya. vi. Mini telekung atau selendang untuk pelajar perempuan. vii. Memakai kemeja-T tidak berkolar (Pelajar lelaki sahaja). viii. Memakai baju yang menyerupai tentera, polis atau agensi-agensi keselamatan lain. ix. Memakai pakaian yang selekeh, kotor, koyak, berbau busuk atau sengaja bertampal (fesyen). X. Pemakaian semua jenis jaket tidak dibenarkan ke kelas akademik. Baju panas (sweater) dibenarkan dalam keadaan tertentu saja. 6.0 KAD PELAJAR i. Kad Pelajar hendaklah sentiasa dipakai semasa ke kelas akademik, kelas persediaan dan upacara rasmi maktab. ii. Kad Pelajar tidak boleh ditukar dengan Kad Pelajar orang lain. iii. Kad Pelajar tidak boleh diubah suai atau diconteng atau menggunakan nama samaran. iv. Kad Pelajar hendaklah dipakai dengan memaparkan bahagian hadapan. v. Kehilangan atau kerosakan Kad Pelajar hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pentadbiran maktab.


20 7.0 PENAMPILAN DIRI 7.1 Pelajar Lelaki 7.1.1 Rambut i. Rambut sentiasa pendek, tidak tebal dan tidak mencecah kolar baju. ii. Rambut bersih dan disikat rapi. iii. Membotakkan kepala tidak dibenarkan. iv. Mewarnakan rambut tidak dibenarkan. v. Stail rambut yang keterlaluan seperti punk, trojan, skin head, bross, qoza, flat top, mohican / mohawk, max headroom dan lain-lain tidak dibenarkan. vi. Menyimpan jambul melebihi aras kening dan ekor rambut tidak dibenarkan. 7.1.2 Muka i. Menyimpan misai dan janggut tidak dibenarkan. ii. Jambang atau ekor pipit yang dibenarkan adalah 2cm sahaja. iii. Mencukur, mencabut dan mencorak bulu kening tidak dibenarkan 7.1.3 Cermin Mata / Kanta Lekap i. Tidak dibenarkan memakai kanta lekap berwarna. ii. Cermin mata bersesuaian dan tidak keterlaluan berfesyen. iii. Memakai cermin mata hitam / gelap tidak dibenarkan. 7.1.4 Kuku i. Menyimpan kuku panjang tidak dibenarkan. ii. Mewarna kuku tidak dibenarkan. iii. Kuku sentiasa bersih sepanjang masa. 7.1.5 Pemakaian Aksesori / Barang Kemas i. Memakai tangkal, azimat, aksesori dan barang kemas termasuk yang mempunyai lambang keagamaan tidak dibenarkan. ii. Bertindik dan bertatu tidak dibenarkan.


21 7.2 Pelajar Perempuan 7.2.1 Rambut i. Rambut pendek, jika panjang mestilah diikat / didandan dengan pengikat rambut berwarna hitam, biru atau putih. ii. Rambut tidak boleh menutupi bahagian muka. iii. Potongan rambut yang berfesyen dan berwarna tidak dibenarkan. iv. Rambut kemas dan bersih. 7.2.2 Muka i. Memakai alat solek seperti gincu, celak dan lain-lain tidak dibenarkan. ii. Mencukur, mencabut dan mencorak bulu kening adalah tidak dibenarkan. 7.2.3 Kuku i. Menyimpan kuku panjang tidak dibenarkan. ii. Mewarna kuku adalah tidak dibenarkan. iii. Kuku hendaklah sentiasa bersih sepanjang masa. 7.2.4 Cermin Mata / Kanta Lekap i. Tidak dibenarkan memakai kanta lekap berwarna. ii. Cermin mata hendaklah bersesuaian dan tidak keterlaluan berfesyen. iii. Memakai cermin mata hitam / gelap tidak dibenarkan. 7.2.5 Pemakaian Aksesori / Barang Kemas i. Memakai tangkal, azimat, aksesori dan barang kemas termasuk yang mempunyai lambang keagamaan tidak dibenarkan. ii. Bertindik (selain daripada telinga) dan bertatu tidak dibenarkan. 8.0. PERATURAN KELUAR DAN MASUK MAKTAB 8.1 Keluar Ke Bandar (Outing) i. Pelajar dibenarkan keluar ke bandar yang berdekatan dengan maktab pada hari yang ditentukan oleh pihak maktab. ii. Masa keluar ke bandar hendaklah mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak maktab.


22 iii. Pelajar dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada GA bertugas. iv. Pelajar hendaklah keluar secara berkumpulan sekurang-kurangnya dua (2) orang. v. Pelajar digalakkan menggunakan pengangkutan awam. vi. Pelajar perlu mendapat kebenaran GA bertugas untuk outing. vii. Pelajar dikehendaki memakai pakaian outing yang telah ditetapkan (Rujuk para 5.1). viii. Semasa outing pelajar tidak dibenarkan mengunjungi tempat-tempat seperti yang berikut: • Pusat permainan hiburan seperti Billiard, Pinball, Video Games dan Snooker. • Kelab malam, bar, disko dan seumpamanya. • Tempat pelacuran, rumah urut dan seumpamanya. • Pusat hiburan seperti pawagam dan pusat karaoke. • Pusat perjudian. • Tempat berisiko (air terjun, laut, sungai, kolam renang dan seumpamanya). ix. Pelajar hendaklah menjaga imej dan nama baik maktab. x. Pelajar dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal semasa kembali ke maktab. 8.2 Pulang Bermalam i. Ibu bapa / penjaga memohon pulang bermalam untuk anak / anak jagaan. ii. Maktab memberi kelulusan permohonan. iii. Mengimbas kad / jari atau meletakkan kad outing yang telah ditandatangani oleh GA bertugas di pondok pengawal. iv. Pengawal memastikan pelajar imbas kad / jari atau mengambil kad outing bagi mengesahkan pelajar masuk semula ke maktab. 8.3 Pulang Kecemasan i. Ibu bapa / penjaga / waris hendaklah membuat permohonan pulang kecemasan dan mendapat kelulusan daripada Pengetua / Timbalan Pengetua / KGA dan GA. ii. Ibu bapa / penjaga / waris hendaklah datang mengambil pelajar di maktab. Pelajar tidak dibenarkan balik sendiri kecuali langkahlangkah keselamatan telah disempurnakan dan mendapat keizinan daripada ibu bapa / penjaga / waris. iii. Peraturan pulang bermalam dibaca bersama perkara 6.2.


23 8.4 Keluar Mengikuti Program (lawatan, aktiviti homeroom / akademik, perkhemahan, kokurikulum dan seumpamanya) i. Program telah diluluskan oleh Pengetua / Timbalan Pengetua. ii. Surat kelulusan, kad outing peserta, surat kebenaran ibu bapa / penjaga dan senarai peserta yang disahkan oleh guru penasihat / pengiring hendaklah dikemukakan kepada GA bertugas. iii. Pelajar yang ditahan kad outing atau dikenakan tahanan dalam maktab tidak dibenarkan menyertai program. iv. GA hanya menandatangani kebenaran pada senarai peserta sahaja tanpa menandatangani semua kad outing. v. Salinan senarai nama yang disertakan bersama kad outing peserta hendaklah diserahkan di pondok pengawal. vi. Peserta hendaklah mematuhi peraturan pakaian yang telah ditetapkan berdasar program yang disertai (Rujuk Jadual 1 perkara 5). vii. Peserta hendaklah sentiasa menjaga imej dan nama baik maktab semasa mengikuti program yang disertai. viii. Peserta hendaklah melaporkan diri di pondok pengawal sebelum masuk ke asrama. 8.5 Keluar Untuk Solat Jumaat i. Pelajar hendaklah mematuhi masa pergi dan balik yang telah ditetapkan oleh pihak maktab. ii. Pelajar hendaklah mematuhi peraturan pakaian solat Jumaat (Rujuk para 5.1). iii. Pelajar tidak dibenarkan ke tempat lain kecuali ke masjid untuk solat Jumaat. iv. Pelajar hendaklah menjaga tertib dan adab semasa di masjid. v. Pelajar hendaklah pulang ke maktab setelah doa selesai dibacakan. 9.0 PERATURAN KELAS PERSEDIAAN i. Pelajar wajib hadir pada waktu yang ditetapkan di kelas atau di tempat yang dibenarkan oleh pihak maktab. ii. Jadual tertakluk kepada kesesuaian pada peringkat maktab. iii. Pelajar tidak dibenarkan berada di asrama pada waktu kelas persediaan. iv. Pelajar yang sakit hendaklah berada di Sick Bay dengan kebenaran GA bertugas.


24 v. Pelajar hendaklah memakai pakaian kelas persediaan yang telah ditetapkan (Rujuk para 5.1). vi. Aktiviti seperti jamuan, mesyuarat dan sebarang jenis perjumpaan tidak dibenarkan pada waktu kelas persediaan kecuali dengan kebenaran bertulis oleh Pengetua / Timbalan Pengetua / KGA. vii. Pelajar dilarang merayau, mengganggu pelajar lain dan membuat bising pada waktu kelas persediaan. viii. Pelajar dilarang membawa dan menggunakan mp3, mp4, majalah, bahan bacaan bukan akademik. ix. Pelajar boleh membawa telefon bimbit dan tablet / komputer riba untuk menyiapkan tugasan dengan kebenaran GA ke kelas persediaan. x. Pelajar tidak dibenarkan berada di bangunan akademik selepas jam 10:15 malam kecuali bersama guru dan mendapat kebenaran Pengetua / Timbalan Pengetua / KGA atau GA bertugas. xi. Suis lampu dan kipas hendaklah dimatikan sebelum meninggalkan kelas persediaan. 10.0 PERATURAN PENGINAPAN 10.1 Penempatan Pelajar Di Asrama i. Pelajar wajib berada di bilik yang telah ditetapkan. ii. Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke katil/ bilik/ blok/ dorm dan partition yang lain tanpa kebenaran KGA. iii. Pelajar hendaklah mengisi Borang Penerimaan Alatan (BPA) dan memeriksa serta mengesahkan keadaan alatan yang diterima. iv. BPA yang telah ditandatangani oleh pelajar hendaklah diserahkan kepada GA. v. Bayaran ganti rugi akan dikenakan jika terdapat sebarang kerosakan alatan yang diterima. 10.2 Kebersihan Bilik i. Bilik sentiasa kemas, bersih dan teratur. ii. Kad Identiti Pelajar yang lengkap dipamerkan. iii. Buku dan alatan disusun dengan kemas. iv. Sampah dibuang di tempat yang disediakan. v. Gambar dan poster tidak dibenarkan ditampal di dinding. vi. Hanya cadar dan sarung bantal maktab sahaja dibenarkan. vii. Selimut dilipat dan diletakkan di hujung katil. viii. Pakaian yang kering dilipat kemas dan disimpan dalam almari. ix. Pakaian dan tuala yang basah disidai di ampaian yang disediakan. x. Beg pakaian disimpan di tempat yang ditetapkan oleh maktab.


25 xi. Dilarang meletakkan sebarang alatan / barangan di tingkap asrama. xii. Kasut disimpan di tempat yang disediakan. xiii. Pemeriksaan asrama akan dijalankan setiap hari sebelum kelas akademik bermula. 10.3 Peraturan Am i. Pada hari persekolahan, semua pelajar hendaklah berada di tempat perhimpunan pada jam 7:15 pagi. ii. Pelajar tidak dibenarkan pulang ke asrama pada waktu akademik. iii. Sebelum meninggalkan asrama, bilik dipastikan kemas dan bersih. iv. Susunan alat kelengkapan seperti katil, tilam, almari dan alatan tidak boleh diubah tanpa kebenaran. v. Semua pakaian pelajar hendaklah ditanda dengan No. Maktab. vi. Kebersihan persekitaran asrama adalah tanggungjawab bersama. vii. Alatan berbahaya seperti pisau, racun, asid dan sebagainya tidak dibenarkan dimiliki / disimpan / digunakan di asrama. viii. Pelajar hendaklah sentiasa menghormati pekerja / kakitangan asrama. ix. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising di asrama. x. Pelajar bertanggungjawab memastikan semua suis alatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan asrama. xi. Pelajar yang sakit perlu berada di bilik sakit pada waktu akademik. xii. Pelajar perlu memastikan asrama berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur sebelum pulang bercuti. xiii. Pelajar perlu mengamalkan amalan penjimatan air dan elektrik bagi mengelakkan pembaziran. xiv. Pelajar perlu berada di dalam asrama pada jam 11:00 malam sehingga jam 5:00 pagi. xv. Pelajar dilarang berkongsi katil atau tidur bersama di atas satu (1) katil di asrama. 11.0 PERATURAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN 11.1 Bilik Rehat (Menonton Televisyen) i. Jadual tertakluk kepada kesesuaian pada peringkat maktab. ii. Pelajar tidak dibenarkan menonton televisyen pada hari persekolahan.


26 iii. Pelajar hendaklah menyusun semula alatan selepas menonton televisyen. iv. Pelajar hendaklah mematikan suis televisyen, lampu dan kipas selepas digunakan. v. Pelajar hendaklah menjaga kebersihan bilik televisyen. vi. Pelajar dilarang membawa makanan ke bilik televisyen. vii. Pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pengurusan maktab jika hendak menonton televisyen di luar jadual waktu yang telah ditetapkan. 11.2 Bilik Utiliti i. Penggunaan alat elektrik yang dibekalkan oleh pihak maktab sahaja dibenarkan. ii. Kebersihan bilik adalah tanggungjawab bersama. iii. Pastikan suis alatan yang digunakan dimatikan dan palam elektrik (plug) dicabut. iv. Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar alatan dari Bilik Utiliti. 11.3 Bilik Sakit i. Pelajar perlu mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan maktab atau pengurusan asrama untuk berada di bilik sakit. ii. Kebersihan dan kekemasan bilik sakit hendaklah sentiasa dijaga. iii. Pelajar dikehendaki mengisi butiran diri semasa mendaftar masuk dan keluar dari bilik sakit. 11.4 Surau i. Pelajar Islam wajib solat fardu secara berjemaah di surau. ii. Pelajar Islam diwajibkan mengikuti aktiviti keagamaan yang diadakan di surau. iii. Kebersihan surau adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar. iv. Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk ke surau (Rujuk para 5.1). v. Penggunaan peralatan surau adalah menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Surau. vi. Suis sistem pembesar suara, lampu, kipas dan pendingin hawa berfungsi dan dimatikan selepas selesai aktiviti. vii. Pintu, tingkap dan pili air ditutup selepas digunakan. 11.5 Dewan Selera i. Pelajar beratur dan dilarang memotong barisan semasa mengambil makanan.


27 ii. Kebersihan Dewan Selera adalah tanggungjawab bersama. iii. Sisa makanan dibuang di tempat yang disediakan. iv. Pelajar dilarang menyuruh rakan mengambil makanan bagi pihaknya. v. Kerusi disusun semula selepas digunakan. vi. Pelajar hendaklah sentiasa menjaga adab / tatatertib semasa makan. viii. Pakaian semasa di Dewan Selera mengikut seperti yang ditetapkan (Rujuk para 5.1). ix. Pelajar dilarang membawa keluar makanan dan peralatan dari Dewan Selera. vii. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dapur atau kaunter agihan makanan. viii. Beg, buku dan peralatan peribadi pelajar diletakkan di tempat yang telah ditetapkan. ix. Pelajar perlu mematuhi waktu makan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 11.6 Tandas / Bilik Mandi / Bilik Basuh i. Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan tandas / bilik mandi / bilik basuh. ii. Pelajar tidak dibenarkan membuang sampah ke dalam mangkuk tandas / singki. iii. Pakaian, tuala mandi dan barang peribadi tidak dibenarkan ditinggalkan di dalam tandas / bilik mandi / bilik basuh. iv. Tuala wanita (sanitary pad) dibuang di tempat yang dikhaskan. v. Pili air dan suis lampu sentiasa ditutup selepas digunakan. vi. Pelajar tidak dibenarkan merendam pakaian di dalam singki. vii. Jadual tugas membersihkan tandas / bilik mandi / bilik basuh disediakan dan dipamerkan. viii. Sebarang kerosakan dilaporkan dengan segera kepada maktab. 11.7 Penggunaan Peralatan Elektrik i. Pemanas air dan cerek elektrik tidak boleh digunakan. ii. Sambungan elektrik secara haram tidak dibenarkan. iii. Pastikan palam (plug) ditanggalkan dari soket setelah digunakan. iv. Seterika elektrik boleh digunakan di bilik yang dikhaskan sahaja. v. Pastikan semua suis dimatikan selepas digunakan. vi. Sebarang kerosakan berkaitan dengan kelengkapan elektrik yang disediakan oleh MARA hendaklah dilaporkan segera kepada pihak maktab.


28 12.0 KESELAMATAN WANG 12.1 Wang Tunai i. Pelajar tidak dibenarkan memiliki wang tunai lebih daripada RM50.00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA). 12.2 Kad ATM i. Kad ATM disimpan di tempat yang selamat. ii. Nombor PIN dihafal dan dimusnahkan. iii. Pelajar tidak dibenarkan meminta bantuan orang lain untuk mengeluarkan wang dengan menggunakan kad ATMnya. iv. Jika berlaku kehilangan kad ATM, pelajar perlu segera melaporkan kehilangan tersebut kepada pihak berkenaan.


29 Lampiran 1 JADUAL HARIAN PELAJAR MRSM MASA AKTIVITI 5:00 pagi Bangun / Pengurusan Diri / Solat Subuh 6:30 pagi Sarapan Pagi 7:30 pagi – 1:30 t/hari Kelas Akademik 1:30 – 2:30 petang Makan Tengah Hari / Solat Zuhur 2:30 – 4:30 petang Kelas Akademik / Kokurikulum / Perhimpunan / Homeroom / Prep 4:30 - 6:30 petang Solat Asar / riadah 6:30 petang – 7:15 malam Pengurusan Diri / Makan Malam 7:15 malam – 9:00 malam Maghrib / Isyak / Kuliah 9:00 – 10:30 malam Prep 10:30 – 10:45 malam Minum malam 10:45 – 11:00 malam Pengurusan Diri 11:00 malam Lights Off (Tidur)


30 Lampiran 2 JADUAL HARI SABTU PELAJAR MRSM MASA AKTIVITI 5:00 pagi Bangun / Pengurusan Diri / Solat Subuh 6:30 pagi Sarapan Pagi 8:00 pagi – 12:30 t/hari Prep 12:30 – 2:30 petang Makan Tengah Hari / Solat Zuhur 2:30 – 6:00 petang Bebas / Outing / Riadah 6:00 petang – 7.15 malam Pengurusan Diri / Makan Malam 7:15 – 9:00 malam Maghrib / Isyak / Kuliah 9:00 – 10:30 malam Aktiviti Maktab 10:30 – 10:45 malam Minum Malam 10:45 – 11:00 malam Pengurusan Diri 11:00 malam Lights Off (Tidur)


31 Lampiran 3 JADUAL HARI AHAD PELAJAR MRSM MASA AKTIVITI 5:00 pagi Bangun/Pengurusan Diri/ Solat Subuh 6:30 pagi Sarapan Pagi 8:00 pagi – 12:30 t/hari Pengurusan Diri 12:30 – 2:30 petang Makan Tengah Hari / Solat Zuhur 2:30 – 6:00 petang Pengurusan Diri 6:00 petang – 7:15 malam Makan Malam 7:15 – 9:00 malam Maghrib / Isyak / Kuliah 9:00 – 10:30 malam Prep 10:30 – 10:45 malam Minum Malam 10:45 – 11:00 malam Pengurusan Diri 11:00 malam Lights Off (Tidur)


32 Lampiran 4 Kekemasan rambut pelajar lelaki Kekemasan rambut pelajar perempuan (Bukan Muslim)


33 Lampiran 5 Pakaian waktu kelas akademik


34 Lampiran 6 Pakaian waktu kelas akademik dan perhimpunan rasmi / program rasmi maktab


35 13.0 PERATURAN KESELAMATAN & GARIS PANDUAN KESELAMATAN ASRAMA (KEBAKARAN) 13.1 Tindakan Pentadbiran (Sebelum Kebakaran) i. Menyediakan maklumat umum mengenai keselamatan. ii. Mewujudkan: o Sistem Pengesanan dan Pemantauan. o Sistem Pelaporan. o Pelan Menangani Kecemasan. iii. Memastikan pintu jeriji dikunci terutama pada waktu malam dengan syarat semua pelajar boleh keluar dengan selamat semasa kecemasan (contoh: meletakkan anak kunci dalam break glass berhampiran pintu jeriji). iv. Mengadakan taklimat langkah keselamatan untuk kesedaran kepada pengguna (guru dan pelajar). v. Mempamerkan polisi, peraturan dan tatacara yang berkaitan dengan amalan keselamatan pada tempat yang sesuai. vi. Mempamerkan nombor telefon kecemasan (999) pada tempat yang sesuai. vii. Mempamerkan pelan laluan kecemasan pada tempat yang strategik. viii Memperincikan keperluan khusus keselamatan mengikut kawasan / zon. 13.2 Tindakan Guru Asrama (Sebelum Kebakaran) i. Mengadakan latihan kebakaran dua (2) kali setahun • Latihan pengungsian bangunan semasa kecemasan. • Latihan menggunakan perkakasan pencegahan kebakaran. ii. Memastikan peralatan berfungsi dan selamat digunakan. iii. Melaporkan dengan segera kepada pihak pentadbiran segala kerosakan bangunan dan alatan. iv. Dilarang membaiki sendiri alat elektrik yang rosak. v. Mengetahui pelan laluan kecemasan semasa pengungsian bangunan. vi. Mengetahui cara menggunakan perkakasan pencegahan kebakaran. 13.3 Tindakan Pelajar (Sebelum Kebakaran) i. Dilarang membaiki sendiri alat elektrik yang rosak. ii. Tidak menyalahgunakan perkakasan pencegahan kebakaran. iii. Tidak melakukan penyambungan elektrik secara haram.


36 iv. Meningkatkan kesedaran disiplin terutama dalam penggunaan perkakasan elektrik. v. Melaporkan kepada guru asrama kerosakan bangunan dan alatan. vi. Mengetahui pelan laluan kecemasan semasa pengungsian bangunan. vii. Mengetahui cara menggunakan perkakasan pencegahan kebakaran. 13.4 Tindakan Pentadbiran (Semasa Kebakaran) i. Menerima laporan daripada guru asrama. ii. Membuat laporan kepada pihak berkuasa (Bomba dan Polis). 13.5 Tindakan Guru Asrama (Semasa Kebakaran) i. Memberi isyarat kecemasan (loceng / siren / wisel / P.A Sistem). ii. Memberi arahan kepada pelajar mengosongkan bilik asrama dan berkumpul di tempat pengumpulan (menjalankan pengungsian). iii. Membuat laporan awal kepada pengetua. iv. Berusaha untuk memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api yang sedia ada. v. Menyemak bilangan pelajar dan kecederaan jika ada. Jika pelajar tidak cukup, semak nama pelajar sama ada balik bermalam atau menjalankan aktiviti luar. vi. Buat laporan kepada pihak bomba jika bilangan pelajar tidak cukup / didapati masih berada di asrama. vii. Menerima maklumat awal daripada pelajar, guru dan staf. viii. Memberi maklumat awal kepada Pengetua dan TPPP. ix. Guru dan staf memberi kerjasama kepada pihak bomba dan polis. 13.6 Tindakan Pelajar (Semasa Kebakaran) i. Pelajar mengosongkan asrama secara tertib dan berkumpul di tempat berkumpul. ii. Berkumpul mengikut bilik dan aras asrama. iii. Membuat laporan kepada ketua aras / blok. iv. Ketua aras / blok membuat laporan kepada guru / guru asrama. 13.7 Tindakan Pentadbiran (Selepas Kebakaran) i. Mengurus penempatan pelajar (sementara). ii. Mengurus semua dokumen pelajar yang perlu dihantar kepada pihak berkenaan (GL – hospital atau insurans). iii. Mendapatkan laporan (punca kejadian) daripada pihak bomba. iv. Mengumpul maklumat untuk membuat taksiran kerugian pelajar.


37 13.8 Tindakan Guru Asrama (Selepas Kebakaran) i. Jika ada kecederaan - guru / guru asrama memaklumkan kepada pentadbiran untuk dimaklumkan kepada ibu bapa / penjaga. ii. Mengurus pelajar ke hospital untuk urusan perubatan. iii. Membuat laporan lengkap perubatan berdasarkan laporan hospital dan diserahkan kepada Pengetua / TPPP untuk tindakan selanjutnya (pihak insurans). iv. Mengurus prosedur pulang bermalam (jika ada keperluan). v. Membuat laporan polis jika ada kehilangan pelajar. 13.9 Tindakan Pelajar (Selepas Kebakaran) i. Mengikut arahan guru untuk tindakan selanjutnya. ii. Memastikan pelajar berada dalam keadaan tenang dan terkawal. iii. Menyenaraikan dokumen penting / barangan yang rosak / musnah.


38 14.0 GARIS PANDUAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR, KOMPUTER RIBA DAN TABLET 14.1 TUJUAN 14.1.1 Tujuan penyediaan garis panduan penggunaan telefon pintar, komputer riba dan tablet adalah sebagai panduan kepada Maktab Rendah Sains MARA dalam mematuhi tatacara penggunaan, pengurusan, pengawalan, penguatkuasaan alat komunikasi. 14.1.2 Menambah keberkesanan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di MRSM. 14.1.3 Meningkatkan tahap penggunaan teknologi dan kecemerlangan pelajar. 14.2 LATAR BELAKANG 14.2.1 Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan ledakan globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, MARA perlu membuat suatu perubahan yang memberi kesan yang positif kepada sistem pendidikan MRSM. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) adalah amat diperlukan dan bersesuaian dengan perkembangan Internet of Things (IoT). 14.2.2 Elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika dijadikan sebagai standard asas dalam PAK-21. 14.2.3 Sehubungan dengan itu, pelajar dan guru MRSM perlu memiliki kemahiran mengaplikasi penggunaan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). 14.2.4 Cabutan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MARA Bil 4/2014 bertarikh 20 Februari 2014, bersetuju memberi kebenaran kepada pelajar MRSM untuk membawa dan menggunakan komputer, tablet dan telefon pintar bagi tujuan pembelajaran. 14.3 OBJEKTIF Objektif garis panduan adalah untuk: 14.3.1 Memastikan pelajar mematuhi etika (ethics), kesopanan (etiquette), dan keselamatan dalam talian semasa penggunaan telefon pintar, komputer riba dan tablet.


39 14.3.2 Memastikan pengurusan maktab mematuhi garis panduan penggunaan telefon pintar, komputer riba dan tablet dalam pelaksanaan PdP. 14.3.3 Menyelaraskan semua MRSM mematuhi garis panduan yang sama dalam penggunaan telefon pintar, komputer riba dan tablet. 14.4. JUSTIFIKASI 14.4.1 Sejajar dengan pelaksanaan konsep smart school yang telah diperkenalkan oleh MARA, penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet diperlukan untuk memudahkan penyampaian maklumat kepada pelajar dalam urusan kurikulum, ko-kurikulum, kepimpinan pelajar, homeroom dan sebagainya. 14.4.2 Menambah kemahiran teknologi maklumat, keberkesanan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di MRSM. 14.4.3 Pelajar dapat meneroka dan mengaplikasi teknologi terkini secara berkesan ke arah digital citizenship. 14.5 SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN 14.5.1 Pelajar dibenarkan membawa telefon pintar yang bernilai di bawah RM800.00 ke maktab. 14.5.2 Pelajar dibenarkan membawa dan mendaftar dengan pengurusan maktab SATU (1) telefon pintar dan SATU (1) komputer riba / tablet sahaja. 14.5.3 Pelajar mengisi Borang Pendaftaran Penggunaan Telefon Pintar dan Komputer Riba / Tablet. Maklumat yang perlu diisi ialah nama pelajar, nombor kad pengenalan, nombor maktab, jenama, model dan nombor telefon pintar serta nombor siri telefon pintar dan komputer riba / tablet. 14.5.4 Pihak maktab berhak untuk membatalkan pendaftaran, merampas dan mengenakan tindakan disiplin sekiranya terdapat sebarang pemalsuan maklumat pendaftaran dan penyalahgunaan penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet di maktab. 14.5.5 Pelajar tidak dibenarkan membuat penyambungan wayar secara haram pada alat kelengkapan elektrik untuk tujuan mengecas telefon pintar dan komputer riba / tablet. 14.5.6 Pihak maktab dibenarkan memeriksa telefon pintar dan komputer riba / tablet pelajar jika terdapat aduan atau keraguan berkaitan dengan pelanggaran peraturan maktab oleh pelajar.


40 14.5.7 Pelajar bertanggungjawab untuk membuka akses telefon pintar dan komputer riba / tablet atas arahan Pengetua / TPPP / Unit Pengurusan Asrama semasa pemeriksaan sedang dijalankan. 14.5.8 Ibu bapa / penjaga boleh membuat tuntutan telefon pintar dan komputer riba / tablet yang dirampas secara bersemuka dengan pihak pengurusan maktab setelah mendapat kelulusan. 14.5.9 Pihak MRSM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan / kerosakan telefon pintar dan komputer riba / tablet pelajar. 14.5.10 Pelajar wajib membawa balik telefon pintar dan komputer riba / tablet ke rumah apabila pulang bermalam atau pada cuti semester. 14.5.11 Pelajar yang mendaftar telefon pintar dan komputer riba / tablet adalah tertakluk kepada sebarang perubahan peraturan penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet dari masa ke semasa. 14.5.12 Telefon pintar dan komputer riba / tablet perlu disimpan oleh pelajar tertakluk kepada peraturan maktab. 14.5.13 Pelajar tertakluk kepada Peraturan Maktab dan Garis Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM. 14.6 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 14.6.1 Pengurusan maktab bertanggungjawab: 14.6.1.1 Memaklumkan hanya satu (1) telefon pintar dan satu (1) komputer riba / tablet yang dibenarkan dibawa ke maktab untuk tujuan PdP kepada pelajar dan ibu bapa / penjaga. 14.6.1.2 Memaklumkan tentang peraturan penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet maktab kepada pelajar dan ibu bapa / penjaga. 14.6.1.3 Memantau penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet pelajar. 14.6.1.4 Memberi peringatan secara berkala kepada pelajar dan bertindak balas dengan berhemah terhadap isu-isu disiplin berkaitan penyalahgunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet. 14.6.1.5 Mewujudkan kaedah penyimpanan telefon pintar dan komputer riba / tablet yang dirampas. 14.6.1.6 Mengurus dan meluluskan tuntutan telefon pintar dan komputer riba / tablet yang dirampas dengan ibu bapa / penjaga, secara bersemuka. 14.6.1.7 Memastikan pelupusan telefon pintar dan komputer riba / tablet yang dirampas dan tidak dituntut oleh ibu bapa / penjaga pelajar


41 (selepas hebahan dibuat) dilaksanakan dalam tempoh masa yang bersesuaian. 14.6.2 Pelajar bertanggungjawab: 14.6.2.1 Mendaftar satu (1) telefon pintar dan satu (1) komputer riba / tablet dengan pihak maktab dan mengisi Borang Pendaftaran Penggunaan Telefon Pintar Dan Komputer Riba / Tablet. 14.6.2.2 Memastikan tidak membuat penyambungan wayar secara haram pada alat kelengkapan elektrik untuk tujuan mengecas telefon pintar dan komputer riba / tablet. 14.6.2.3 Memastikan keselamatan penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet seperti berikut: i. Menjaga, menyelenggara, menyimpan dan memastikan telefon pintar dan komputer riba / tablet dalam keadaan selamat. ii. Menjaga privasi akaun dengan meletakkan nama log masuk (login) dan kata kunci (password) untuk menjamin keselamatan data telefon pintar dan komputer riba / tablet. iii. Mengekalkan persekitaran yang selamat dan produktif untuk pembelajaran semasa menggunakan telefon pintar dan komputer riba / tablet. iv. Melaksanakan imbasan virus dan malware pada komputer riba / tablet. v. Mengamalkan digital citizenship. 14.6.2.4 Mematuhi peraturan penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet yang ditetapkan oleh pihak maktab. 14.6.2.5 Pelajar wajib membawa balik telefon pintar dan komputer riba / tablet ke rumah apabila pulang bermalam atau pada cuti semester. 14.6.2.6 Memberi kerjasama untuk membuka akses kepada telefon pintar dan komputer riba / tablet oleh Pengetua / TPPP / Unit Pengurusan Asrama semasa pemeriksaan dijalankan. 14.6.2.7 Mematuhi sebarang perubahan peraturan penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet dari masa ke semasa. 14.6.3 Unit ICT bertanggungjawab: 14.6.3.1 Memberi / menyediakan maklumat kepada pengguna bagi menerangkan tatacara menghubungkan telefon pintar dan komputer riba / tablet dengan rangkaian di maktab. 14.6.3.2 Memastikan setiap pelajar mendaftar satu (1) telefon pintar dan satu (1) komputer riba / tablet dengan pihak maktab dan mengisi


42 Borang Pendaftaran Penggunaan Telefon Pintar Dan Komputer Riba / Tablet. 14.6.3.3 Menguruskan pendaftaran dan merekod nama pelajar, nombor kad pengenalan, nombor maktab, jenama, model, nombor telefon pintar serta nombor siri telefon pintar dan komputer riba / tablet, bersama Unit Pengurusan Asrama. 14.6.3.4 Menyelia, memantau dan menyelenggara kemudahan ICT di maktab. 14.6.3.5 Menetapkan tempat dan masa pengecasan telefon pintar dan komputer riba / tablet untuk kegunaan pelajar. 14.6.3.6 Memastikan keselamatan rangkaian maktab daripada sebarang virus dan muat turun bahan terlarang oleh pelajar. 14.6.4 Guru bertanggungjawab: 14.6.4.1 Menerapkan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam PdP dengan memaksimumkan penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet. 14.6.5 Unit Pengurusan Asrama bertanggungjawab: 14.6.5.1 Memberi taklimat tentang peraturan penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet kepada pelajar di asrama. 14.6.5.2 Memastikan pelajar mendaftar satu (1) telefon pintar dan satu (1) komputer riba / tablet dengan pihak maktab. 14.6.5.3 Memantau dan menyelia penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet pelajar di asrama. 14.6.5.4 Mengingatkan pelajar tentang peraturan penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet kepada pelajar di asrama dari semasa ke semasa. 14.6.5.5 Mengadakan pemeriksaan mengejut (spot check) hanya untuk memastikan penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet adalah secara sah. 14.6.5.6 Memeriksa telefon pintar dan komputer riba / tablet pelajar jika terdapat aduan / keraguan berkaitan dengan pelanggaran peraturan penggunaan yang ditetapkan oleh maktab. 14.6.5.7 Menguruskan kes penyalahgunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet mengikut Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM. 14.6.5.8 Mengurus, merekod dan menyimpan telefon pintar dan komputer riba / tablet yang dirampas berdasarkan Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM. 14.6.5.9 Melaksanakan pelupusan telefon pintar dan komputer riba / tablet yang dirampas dan tidak dituntut oleh ibu bapa / penjaga pelajar


43 (selepas hebahan dibuat) dilaksanakan dalam tempoh masa yang bersesuaian, dengan kelulusan pengurusan maktab. 14.6.6 Ibu bapa bertanggungjawab: 14.6.6.1 Memastikan anak mendaftar satu (1) telefon pintar dan satu (1) komputer riba / tablet dengan pihak maktab dan mengisi Borang Pendaftaran Penggunaan Telefon Pintar Dan Komputer Riba / Tablet. 14.6.6.2 Mengisi Surat Akuan Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga untuk membenarkan anak menggunakan telefon pintar dan komputer riba / tablet di maktab. 14.6.6.3 Mengambil maklum peraturan penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet di MRSM. 14.6.6.4 Mengingatkan anak untuk menjaga privasi akaun dengan meletakkan nama log masuk (login) dan kata kunci (password) untuk menjamin keselamatan data telefon pintar dan komputer riba / tablet. 14.6.6.5 Mengingatkan anak untuk menjaga, menyimpan dan memastikan telefon pintar dan komputer riba / tablet dalam keadaan selamat. 14.6.6.6 Mengingatkan anak untuk membawa balik telefon pintar dan komputer riba / tablet ke rumah apabila pulang bermalam atau pada cuti semester. 14.6.6.7 Mengingatkan anak untuk mematuhi peraturan dan sebarang perubahan peraturan penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet yang ditetapkan oleh pihak maktab dari semasa ke semasa. 14.6.6.8 Memantau penggunaan telefon pintar dan komputer riba / gajet oleh anak di maktab. 14.6.6.9 Sebarang insiden berkaitan dengan telefon pintar dan komputer riba / tablet yang dibawa oleh pelajar adalah di bawah tanggungjawab pelajar / ibu bapa / penjaga. 14.6.6.10 Menanggung risiko jika berlaku sebarang kecurian, kerosakan dan kehilangan telefon pintar dan komputer riba / tablet yang dibawa oleh anak serta kerosakan harta maktab. 14.6.6.11 Mengambil maklum pihak maktab tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan / kerosakan telefon pintar dan komputer riba / tablet anak. 14.6.6.12 Mengambil maklum bahawa pihak maktab dibenarkan merampas telefon pintar dan komputer riba / tablet anak jika anak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh maktab.


44 14.6.6.13 Mengambil maklum bahawa anak perlu membuka akses kepada telefon pintar dan komputer riba / tablet oleh Pengetua / TPPP / Unit Pengurusan Asrama semasa pemeriksaan dijalankan. 14.6.6.14 Mengambil maklum jika anak tidak mendaftar dan melakukan penyalahgunaan berkaitan dengan masa, tempat serta muat turun bahan terlarang, telefon pintar dan komputer riba / tablet boleh dirampas. 14.6.6.15 Mengambil maklum bahawa pihak maktab boleh memeriksa telefon pintar dan komputer riba / tablet anak jika terdapat aduan / keraguan berkaitan dengan pelanggaran peraturan penggunaan yang ditetapkan oleh maktab. 14.6.6.16 Mengambil maklum tuntutan barang rampasan hanya boleh dibuat oleh ibu bapa / penjaga secara bersemuka, tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan maktab, sepanjang tempoh pengajian pelajar di maktab. 14.7 PERATURAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DAN KOMPUTER RIBA / TABLET 14.7.1 Cadangan panduan peraturan penggunaan: 14.7.1.1 Pelajar dibenarkan menggunakan komputer riba / tablet bagi tujuan PdP di blok akademik sepanjang waktu akademik. 14.7.1.2 Pelajar yang tidak mempunyai komputer riba / tablet dibenarkan membawa telefon pintar bagi tujuan PdP di blok akademik sepanjang sesi akademik. 14.7.1.3 Pelajar tidak dibenarkan membawa dan menggunakan telefon pintar sepanjang kelas persediaan, program rasmi maktab dan program kerohanian. 14.7.1.4 Pelajar tidak dibenarkan membawa dan menggunakan telefon pintar di padang, dewan selera, surau, koperasi, kafetaria kecuali pada hujung minggu. 14.7.1.5 Pelajar tidak dibenarkan membawa dan menggunakan telefon pintar semasa mengikuti program luar maktab kecuali dengan kebenaran daripada pihak pengurusan maktab.


45 14.7.2 Cadangan jadual waktu penggunaan telefon pintar: MRSM Kumpulan A (Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu) Hari Waktu Penggunaan Ahad – Rabu Khamis Selepas kelas persediaan malam hingga waktu lights off Selepas kelas akademik hingga waktu lights off Jumaat Sepanjang hari hingga waktu lights off Sabtu - Sepanjang hari hingga 6:00 petang - Selepas kelas persediaan malam hingga waktu lights off • Tertakluk kepada sebarang perubahan MRSM Kumpulan B (Selangor, Perak, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (KL), Sabah, Sarawak) Hari Waktu Penggunaan Isnin – Khamis Jumaat Selepas kelas persediaan malam hingga waktu lights off Selepas kelas persediaan hingga waktu lights off Sabtu Selepas kelas persediaan pagi hingga waktu lights off Ahad - Sepanjang hari hingga 6:00 petang - Selepas kelas persediaan malam hingga waktu lights off • Tertakluk kepada sebarang perubahan 14.7.3 Larangan penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet tertakluk kepada perkara di bawah: 14.7.3.1 Peraturan maktab. 14.7.3.2 Garis Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM. 14.7.3.3 Ruang persendirian seperti bilik persalinan dan tandas. 14.7.3.4 Memintas infrastruktur rangkaian yang disediakan oleh pihak maktab. 14.7.3.5 Penyambungan wayar secara haram untuk tujuan mengecas telefon pintar dan komputer riba / tablet. 14.7.3.6 Mengakses atau memuat turun bahan terlarang dan yang tidak berkaitan dengan PdP.


46 14.7.3.7 Pembulian siber yang melibatkan penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet untuk mengganggu, mengancam, memalukan, mengugut, memfitnah dan menghasut individu lain. 14.7.3.8 Menggunakan kemudahan rangkaian maktab untuk tujuan peribadi. 14.7.3.9 Melanggar undang-undang hak cipta, jenayah sivil atau menciplak maklumat yang dilindungi.


47 CARTA ALIR GARIS PANDUAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DAN KOMPUTER RIBA / TABLET Pemulangan Secara Bersemuka Mula Daftar Selesai Tidak Ya Rampas Tuntutan Selesai


48 CARTA ALIR GARIS PROSEDUR PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DAN KOMPUTER RIBA / TABLET Penggunaan Mematuhi Garis Selesai Pendaftaran Salah Guna Rampas Dakwa (JDM/JDRM) Ya Hukuman Pemulangan Selesai Ya Tidak Tidak


49 SURAT AKUAN KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA Penggunaan Telefon Pintar Dan Komputer Riba / Tablet Adalah saya, ..........................................................(NomborK/P):.............................................. ibu bapa / penjaga kepada pelajar: .............................................................................................. Nombor Maktab:........................................ Nombor Kad Pengenalan: ...................................... Tingkatan: ........................................Homeroom: ....................................................................... dengan ini memahami peraturan penggunaan telefon pintar dan komputer riba / tablet di MRSM dan sedia maklum bahawa pihak MRSM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kecuaian atau kerosakan. Saya juga tidak akan membuat atau mengambil apa-apa tindakan undang-undang / mahkamah terhadap pihak MRSM / MARA atas apa-apa kejadian yang tidak diingini terhadap telefon pintar dan komputer riba / tablet kepunyaan anak saya sepanjang berada di kawasan MRSM................................................................................ setelah tindakan sewajarnya diambil oleh pihak MRSM. Dengan ini saya membenarkan anak saya / anak jagaan saya untuk membawa dan menggunakan *telefon pintar dan komputer riba / tablet di MRSM untuk tujuan pembelajaran. (*Potong mana yang tidak berkenaan) Tandatangan pelajar, Tandatangan ibu bapa/penjaga, ................................................................ ....................................................... Nama: .................................................... Nama: ............................................ Tarikh: .................................................... Tarikh: ......................................... (HURUF BESAR) (HURUF BESAR) DIISI OLEH IBU BAPA/PENJAGA


Click to View FlipBook Version