50 BORANG PENDAFTARAN TELEFON PINTAR, KOMPUTER RIBA / TABLET (Permohonan disertakan bersama Surat Akuan Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga) Nama Pelajar (Nama hendaklah di tulis dengan HURUF BESAR) Nombor Kad Pengenalan Nombor Maktab Nombor Bilík Homeroom Pendaftaran: Telefon Pintar (Jenama) Model Nombor Siri Nombor Telefon Komputer riba/tablet (Jenama) Warna Model Nombor Siri Saya dengan ini memahami dan akur kepada Garis Panduan Penggunaan Telefon Pintar Dan Komputer Riba / Tablet di MRSM. Sekiranya saya melanggar peraturan tersebut, saya boleh dikenakan tindakan disiplin tertakluk kepada Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM. Tandatangan Pelajar, ........................................................... Tarikh : .............................................. Bahagian ini diisi oleh pihak MRSM Tarikh Kelulusan: Diluluskan oleh: Tandatangan TPPP Cop rasmi jawatan: Tarikh : .......................... DIISI OLEH IBU BAPA/PENJAGA
51 15.0 GARIS PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN SENDIRI OLEH GURU / STAF SOKONGAN UNTUK MEMBAWA PELAJAR BAGI URUSAN RASMI MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) 15.1 Pengenalan 15.1.1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak hanya berlaku dalam kelas, malah turut dilaksanakan di luar kelas sama ada melalui gerak kerja kurikulum seperti lawatan sambil belajar ke destinasi tertentu ataupun melalui gerak kerja kokurikulum dan sukan seperti pelibatan dalam pertandingan dan kejohanan tertentu. Penglibatan pelajar dalam acara berkenaan perlu disokong dan digalakkan bagi memberi nilai tambah kepada pemerkasaan kemenjadian pelajar dalam konteks mengembangkan potensi jasmani, emosi, rohani dan intelek diri pelajar. 15.1.2 Kes Kecemasan Selain itu, terdapat juga situasi yang memerlukan guru/ staf sokongan menggunakan kenderaan sendiri untuk membawa pelajar iaitu bagi kes-kes yang melibatkan kecemasan atau memerlukan kesegeraan seperti menghantar pelajar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, menghantar pelajar balik ke rumah mereka atau menghantar pelajar bagi maksud mematuhi keperluan undang-undang negara. 15.1.3 Aktivti kurikulum dan kokurikulum Menyedari kepentingan penglibatan pelajar dalam aktiviti sebegini Pengetua, Timbalan Pengetua atau pentadbir Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah bertanggungjawab menyediakan kemudahan bagi memberi peluang kepada pelajar menyertai gerak kerja atau aktiviti melibatkan aspek kurikulum dan kokurikulum atau seumpamanya sama ada di dalam mahupun di luar kawasan MRSM. Kemudahan tersebut termasuklah pengangkutan atau tatacara pengangkutan untuk pelajar menghadiri aktiviti tersebut. 15.1.4 Ketiadaan Pemandu dan Kenderaan MRSM Permasalahan timbul dalam urusan rasmi MRSM apabila pemandu dan kenderaaan MRSM tidak ada di maktab kerana digunakan untuk aktiviti/ program pelajar di luar. 15.2 Tujuan Garis panduan ini bertujuan memperjelas dan memperincikan pengurusan berkaitan penggunaan kenderaan sendiri oleh guru/ staf sokongan untuk membawa pelajar bagi urusan rasmi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
52 15.3 Tafsiran 15.3.1 Kenderaan Sendiri Kenderaan yang didaftarkan atas nama guru/ staf sokongan sendiri atau merupakan salah seorang penama sebagai pemandu dalam polisi insurans kenderaan tersebut yang termasuklah van, bas, multipurpose vehicle (MPV), sport utility vehicle (SUV), kenderaan pacuan 4 roda atau bot. 15.3.2 Kenderaan Yang Disediakan MARA Kenderaan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada MRSM untuk kegunaan bagi urusan rasmi MRSM yang termasuklah van, bas, multipurpose vehicle (MPV), kenderaan pacuan 4 roda atau bot. 15.3.3 Kenderaan Awam Kenderaan yang berdaftar sebagai kenderaan untuk pengangkutan awam yang disewa atau dibayar tambang untuk membawa pelajar menghadiri urusan rasmi MRSM. 15.3.4 Guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah dilantik dan sedang berkhidmat di MRSM termasuk guru sambilan, sementara dan kontrak. Bagi maksud garis panduan ini, ianya tidak termasuk guru pelatih. 15.3.5 Guru Pelatih Merujuk pelatih yang mengikuti kursus perguruan asas di mana-mana universiti awam atau swasta. Golongan pelatih ini masih belum dilantik sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan. 15.3.6 Pelajar Seseorang yang sedang menerima pendidikan secara formal di MRSM. 15.3.7 Staf sokongan Staf sokongan adalah kakitangan yang dilantik oleh MARA dari gred 1 hingga gred 40 dan yang diberi kuasa oleh pihak Pengurusan MRSM/ MARA. 15.3.8 Program/ Aktiviti Tempatan Merujuk program/ aktiviti yang dibuka penglibatan dan penyertaannya kepada pelajar dalam daerah atau negeri tertentu dan dilaksanakan dalam daerah atau negeri tertentu.
53 15.3.9 Program Kebangsaan Merujuk program / aktiviti yang dibuka pelibatan dan penyertaannya kepada pelajar dari seluruh negara dan dilaksanakan dalam manamana daerah atau negeri di Malaysia. 15.3.10 Program Antarabangsa Merujuk program/ aktiviti yang dibuka pelibatan dan penyertaannya kepada pelajar dari daerah atau negeri tertentu sahaja atau dari seluruh negara dan dilaksanakan di luar negara Malaysia. 15.3.11 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) MRSM merangkumi semua institusi pendidikan MRSM yang berdaftar di bawah MARA di seluruh negeri dalam Malaysia. 15.3.12 Urusan Rasmi MRSM 15.3.12.1 Merujuk segala program dan/ atau aktiviti anjuran MRSM atau Institut Pendidikan MARA atau program / aktiviti kerjasama MRSM dengan pihak luar dengan mendapat kebenaran atau kelulusan MRSM. 15.3.12.2 Urusan-urusan bagi kes-kes yang melibatkan kecemasan atau memerlukan kesegeraan antara lainnya menghantar pelajar ke hospital / klinik untuk mendapatkan rawatan, menghantar pelajar balik ke rumah mereka, menghantar pelajar menghadiri aktiviti homeroom atau aktiviti bersifat kebajikan seperti menziarahi pelajar, warga MRSM dan keluarga terdekat yang ditimpa musibah dan / atau menghantar pelajar bagi maksud mematuhi kehendak undang-undang negara seperti memenuhi keperluan siasatan dan / atau perbicaraan di mahkamah atau apa-apa perkara kecemasan lain yang ditentukan oleh MARA. 15.4 Kebenaran Pengetua, Timbalan Pengetua atau Pentadbir MRSM 15.4.1 Urusan rasmi MRSM Pengetua, Timbalan Pengetua atau pentadbir MRSM hendaklah memastikan urusan tersebut merupakan urusan rasmi MRSM/ MARA. 15.4.2 Penggunaan jenis kenderaan Pengetua, Timbalan Pengetua atau pentadbir MRSM hendaklah meneliti dan membuat pertimbangan penggunaan jenis kenderaan atau pengangkutan yang akan digunakan untuk membawa pelajar mengikut aturan pemeringkat berdasarkan syarat seperti berikut:
54 15.4.2.1 Kenderaan maktab yang disediakan MARA Bagi MRSM yang mempunyai kenderaan maktab yang disediakan oleh MARA, Pengetua, Timbalan Pengetua atau pentadbir MRSM hendaklah memberi keutamaan terhadap penggunaan kenderaan ini bagi tujuan tersebut. 15.4.2.2 Kenderaan awam Sekiranya berlaku ketiadaan kenderaan maktab (sama ada rosak atau digunakan untuk program / aktiviti pelajar yang lain), Pengetua, Timbalan Pengetua atau pentadbir MRSM boleh membuat tempahan untuk menggunakan perkhidmatan kenderaan awam daripada syarikat penyedia perkhidmatan kenderaan awam yang berdaftar. 15.4.2.3 Kenderaan sendiri Sekiranya syarat 4.2.1 dan 4.2.2 tidak dapat dipenuhi akibat kekangan tertentu yang pada pandangan Pengetua, Timbalan Pengetua atau pentadbir MRSM boleh menjejaskan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan guru / staf sokongan dan pelajar yang terlibat dan / atau menjejaskan penglibatan pelajar dalam sesuatu aktiviti termasuk urusanurusan seperti di perkara 3.12(b) dalam SOP ini, maka Pengetua, Timbalan Pengetua atau pentadbir MRSM boleh memberi kebenaran kepada guru / staf sokongan untuk menggunakan kenderaan sendiri bagi tujuan tersebut. 15.4.3 Kriteria Kebenaran Kriteria kebenaran oleh Pengetua, Timbalan Pengetua atau pentadbir MRSM dalam penggunaan kenderaan sendiri oleh guru/ staf sokongan untuk membawa pelajar adalah tertakluk kepada perkara berikut: 15.4.3.1 Kenderaan berada dalam keadaan baik – Kenderaan yang akan digunakan secara amnya berada dalam keadaan baik dan diperaku oleh guru / staf sokongan berkenaan. 15.4.3.2 Lesen memandu yang sah – Lesen memandu guru / staf sokongan masih sah. 15.4.3.3 Cukai jalan dan polisi insurans – Cukai jalan dan polisi insurans kenderaan sendiri guru/ staf sokongan masih sah tempoh; dan 15.4.3.4 Bilangan penumpang – Bilangan penumpang tidak melebihi kapasiti kenderaan sendiri guru/ staf sokongan yang dibenarkan.
55 15.4.4 Borang Kebenaran Penggunaan Kenderaan Sendiri Guru / staf sokongan yang menggunakan kenderaan sendiri untuk membawa pelajar dikehendaki mengisi Borang Kebenaran Penggunaan Kenderaan Sendiri Oleh Guru / Staf Sokongan Untuk Membawa Pelajar Bagi Urusan Rasmi Maktab Rendah Sains MARA seperti di Lampiran 2 15.5 Tempat Mengambil / Menurunkan Pelajar 15.5.1 Tempat mengambil/ menurunkan pelajar Tempat mengambil / menurunkan pelajar yang dibenarkan adalah dalam kawasan MRSM/ asrama MRSM sahaja. Guru/ staf sokongan tidak dibenarkan untuk mengambil/ menurunkan pelajar di rumah atau di kawasan selain kawasan MRSM/ asrama MRSM kecuali di hospital, klinik, sekolah yang berkenaan, R&R dan di tempat yang selamat diturunkan pelajar atau dinaiki oleh pelajar atas persetujuan ibu bapa atau penjaga. 15.5.2 Kebenaran tempat mengambil / menurunkan selain di MRSM Sekiranya guru/ staf sokongan perlu mengambil/ menurunkan pelajar selain dari kawasan MRSM/ kawasan asrama MRSM, persetujuan perlu diperoleh daripada ibu/ bapa/ penjaga pelajar terlebih dahulu selain dari tempat yang dinyatakan pada para 5.1. 15.5.3 Makluman kepada pengurusan MRSM Guru / Staf sokongan perlu memaklumkan kepada Pengetua, Timbalan Pengetua atau pentadbir MRSM sebarang perubahan tempat mengambil / menurunkan pelajar. 15.6. Pematuhan Peraturan Dan Tatacara Pemanduan 15.6.1 Patuhi peraturan undang-undang jalan raya Guru/ Staf sokongan hendaklah mematuhi peraturan dan undangundang jalan raya yang sedang berkuat kuasa. 15.6.2 Pelanggaran peraturan dan undang-undang jalan raya Sebarang perlanggaran kepada peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan dianggap sebagai kecuaian guru/ staf sokongan dan guru/ staf sokongan hendaklah bertanggungjawab atas risiko yang mungkin akan berlaku.
56 15.6.3 Patuhi Peraturan Had Waktu Pemanduan Guru / Staf sokongan perlu mematuhi peraturan had waktu pemanduan seperti yang berikut: 15.6.3.1 Bagi jarak pemanduan melebihi 300 kilometer (KM) atau 4 jam tempoh pemanduan, pemandu dinasihatkan berehat sekurang-kurangnya selama 30 minit sebelum meneruskan perjalanan, dan 15.6.3.2 Jumlah maksimum masa pemanduan sehari ialah 8 jam. 15.7 Tempoh Tempoh penggunaan kenderaan sendiri oleh guru / staf sokongan bagi membawa pelajar untuk urusan rasmi MARA adalah berdasarkan tempoh sesuatu program / aktiviti pelajar dilaksanakan dan / atau satu tempoh yang munasabah bagi sesuatu urusan diselesaikan oleh guru / staf sokongan berkenaan. 15.8 Carta Alir SOP Prosedur Operasi Standard (SOP) ini hendaklah dilaksanakan dengan merujuk kepada carta alir seperti di Lampiran 1 Rujukan: Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2018 – Prosedur Operasi Standard (SOP) Penggunaan Kenderaan Sendiri Oleh Guru Untuk Membawa Murid Bagi Urusan Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
57 Lampiran 1 Carta Alir Kebenaran Penggunaan Kenderaan Sendiri oleh Guru/Staf Sokongan untuk Membawa Pelajar bagi Urusan Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Mula Mendapat arahan bertulis daripada Pengetua/Timbalan Pengetua/ Ketua Warden/ PPTK Ya Mendapat kelulusan dan perakuan daripada Pengetua/ Timbalan Pengetua/ Ketua Warden/ PPTK Lulus dan diperakukan Ya Membawa pelajar ke/dari lokasi urusan rasmi MARA Tamat Tidak Kenalpasti punca Semak semula borang
58 Lampiran 2 MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) BORANG KEBENARAN PENGGUNAAN KENDERAAN SENDIRI OLEH GURU / STAF SOKONGAN UNTUK MEMBAWA PELAJAR BAGI URUSAN RASMI MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) Nama Guru / Staf Sokongan: ……………………........................................................ Jawatan Guru/ Staf Sokongan: ………………………................................................. *Pemandu: Utama/Tambahan (*bulatkan yang berkenaan) Nama MRSM: ………………………………………………………………………… *Jenis Kenderaan: Kereta/Van/MPV/SUV/Lain-lain. (Nyatakan:…………..……….……..) (*bulatkan yang berkenaan) Model Kenderaan: No. Pendaftaran Kenderaan: ……………………………………..…… …………………………………… Tarikh Tamat Lesen Memandu:……………………………… (Hari/Bulan/Tahun) Tarikh Tamat Cukai Jalan / Insuran Kenderaan:…………………….. (Hari/Bulan/Tahun) Jarak Lokasi Urusan Rasmi:……………………. Kilometer Kepada Pengetua MRSM ……………………………………………….…. Saya, _________________________________________________________ dengan ini memohon kebenaran menggunakan kenderaan sendiri untuk menjalankan tugas rasmi dan membawa pelajar seperti butiran berikut: Tarikh Tempat Tujuan / Jenis Tugas No. Rujukan Surat Nama Pelajar
59 Sebab-sebab kenderaan sendiri perlu digunakan: _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ KONDISI KENDERAAN DAN PEMANDU Sila tandakan (/) pada petak berkenaan Kenderaan dalam keadaan baik YA TIDAK Cukai jalan dan insurans kenderaan dalam tempoh sah laku YA TIDAK Kesihatan pemandu dalam keadaan baik YA TIDAK Tandatangan Pemohon: …………………………………………….. Nama Pemohon: ……………………………………………………. No. Gaji: ………………………………….. Diluluskan ……………………………………………. Tandatangan dan cop (Pengetua/ Timbalan Pengetua/ Ketua Guru Asrama/ PPTK)
60 BAHAN RUJUKAN: 1. Panduan Pengurusan Asrama Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2008 2. Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maktab Rendah Sains MARA 2013 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 3 Tahun 2019 Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Murid Membawa Peranti Peribadi ke Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 3 Tahun 2019 Prosedur Operasi Standard (SOP) Penggunaan Kenderaan Sendiri oleh Guru untuk Membawa Murid bagi Urusan Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
61 PUNCA KUASA KEBENARAN PENGGUNAAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN ASRAMA MAKTAB RENDAH SAINS MARA Mesyuarat Jawatankuasa Peraturan MARA Bil. 03/2022 pada 9 Jun 2022 4.5 Mesyuarat Jawatankuasa Peraturan MARA Bil.03/2022 bersetuju meluluskan draf `Surat Pekeliling Dasar dan Peraturan MARA Bil.2/2022’ bertajuk `Garis Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar, Pengurusan Asrama dan Pengurusan Keselamatan Maktab Rendah Sains MARA’ yang dipinda dan dikemas kini diangkat dengan segera untuk ditandatangan oleh Ketua Pengarah MARA. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan MARA Bil. 02/2022 pada 28 Julai 2022 3.1 Cadangan Garis Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar, Pengurusan Asrama Dan Pengurusan Keselamatan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) - BPM (Kertas JK2P Bil. 08/2022) Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan Garis Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar, Pengurusan Asrama dan Pengurusan Keselamatan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). SURAT PEKELILING DASAR DAN PERATURAN MARA Bil.2/2022 - Garis Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar, Pengurusan Asrama Dan Pengurusan Keselamatan Maktab Rendah Sains MARA