PSVK 3453 ASAS KRAF TRADISIONAL E-PORTFOLIO MOHAMAD AFIQ BIN JETRINE 2023 2023
Nama: Mohamad Afiq bin Jetrine Nombor angka giliran: 2021012340103 No. Matriks: P21014642 Nama pensyarah: Encik Thadius Gugau PSVK 3453 ASAS KRAF TRADISIONAL MAKLUMAT PELAJAR
ISI KANDUNGAN 5 PROSES PENGHASILAN IDEA (ANYAMAN) 4 AKTIVITI BIDANG KRAF TRADISIONAL 3 PENGENALAN BIDANG 2 PENGHARGAAN 1 PRAKATA
ISI KANDUNGAN 18 17 SUMBER RUJUKAN LAMPIRAN 16 RUMUSAN
PRAKATA Kursus ini merangkumi pengetahuan mengenai asas dalam bidang asas kraf tradisional dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang diajarkan di sekolah. Para murid akan dibimbing untuk mengenal seni kraf tradisonal yang telah lama wujud dan dibuat dalam kalangan masyarajat terdahulu. Ia juga memberi keutamaan kepada proses mengenal, menyelidik, dan menghasilkan karya tersebut. Kursus ini diperkenalkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam melahirkan seorang guru yang mampu menggunakan bakat yang ada sebanyak mungkin untuk berfantasi, berkreativiti, membuat inovasi dan mereka cipta semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini berfokus kepada pengenalan seni kraf tradisional, menganalisis konsep dan prinsip, penerokaan alat dan bahan, kaedah dan teknik serta proses penghasilan produk kraf. Pada akhir kursus pelajar akan dapat mempelajari ilmu dan kemahiran mengenai membentuk dan membuat kraf tradisional untuk merancang dan melaksanakan aktiviti membuat hasil karya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah.
Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya yang dianugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah bagi kursus Asas Kraf Tradisional yang saya hormati, Encik Thadius bin Gugau kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan hasil tugasan kerja kursus ini. Tanpa adanya bimbingan beliau, tugasan ini tidak dapat kami sempurnakan mengikut kehendak soalan dan tidak berupaya menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Kegigihan beliau dalam mengajar dan membimbing kepada kami sepanjang pengajian kursus ini memberi sumber inspirasi dalam menjayakan tugasan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta menjadi pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka merupakan dua orang insan yang sememangnya telah memberikan saya segala kemudahan dan setiap doa serta harapan mereka akan saya ingat sampai bila-bila sehingga saya berjaya mencapai cita-cita. Selain itu, saya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan khususnya rakan opsyen kerana banyak memberi pendapat, idea dan juga membantu saya ketika dalam kesusahan untuk menyelesasikan tugasan kerja kursus ini. Peringatan dan nasihat yang mereka berikan sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini akan saya hargai dan ingat sepanjang masa. Tanpa mereka, sudah pasti saya tidak akan memahami setiap soalan-soalan yang diberikan dalam tugasan kerja kursus. Akhir kalam, semoga mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam tempoh penghasilan kerja kursus ini meraih kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. PENGHARGAAN
PENGENALAN BIDANG Pengenalan konsep dan prinsip bidang Asas Kraf Tradisional adalah matlamat kursus ini.. Objektif utama adalah untuk mendapatkan pemahaman asas mengenai konsep mengenal asas Kraf Tradisional dan dimensi baharu, melaksanakan aktiviti penerokaan dalam menghasilkan karya, dan membuat apresiasi dalam Bidang Mengenal Kraf Tradisional dan dimensi baharu. Selain itu, matlamat kursus ini adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek mengenal kraf tradisional bagi menghasilkan karya seni yang kreatif untuk terapkan kepada generasi akan datang. Bidang ini dapat menanam sikap bahawa kraf tradisional merupakan warisan seni yang perlu dikekalkan dan memberi kesedaran kepada pelajar kraf tradisional perlu dipelajari kerana kraf tradisonal mempunyai nilai estetiknya yang tersendiri dan unik serta memupuk rasa bangga dengan warisan tradisi Negara. Dari aspek pembuatan kraf, karya yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi merupakan warisan yang menunjukkan susur galur daripada zaman batu lagi. Setiap kraf yang telah dihasilkan telah disesuaikan dengan alam persekitaran mereka yang berkait dengan alam Melayu. Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan adalah yang mudah didapati kerana ada di sekeliling mereka dan nilai seni yang begitu tinggi telah menyebabkan pihak berkuasa telah mengambil perhatian, mengiktiraf dan menjadi sebahagian daripada warisan seni budaya kebangsaan, menjadikannya lambang dan harga diri bangsa dan negara.
PENGENALAN BIDANG (KRAF TRADISIONAL) Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun Bidang ini memberi kesedaran bahawa terdapat beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Pengenalan, proses pembuatan dan pengenalan tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan semuanya termasuk dalam proses pembelajaran aspek apresiasi hasil kerja. Pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian, cerita dan sebagainya adalah beberapa cara aktiviti ini boleh dilakukan. KRAF- apa-apa keluaran artistik yang berunsurkan tradisional/kebudayaan. KRAF TRADISIONAL- kegiatan yang memerlukan kemahiran menggunakan tangan yang telah diturunkan dari generasi ke generasi sehingga menjadi warisan bangsa, dan mengekalkan pusaka peninggalan nenek moyang kita suatu masa dahulu
Kraf batik yang menggunakan teknik cetak digital, pewarna semulajadi, atau reka bentuk kontemporari Kraf anyaman yang menggunakan bahan-bahan alternatif seperti kertas, kain, atau plastik, atau menghasilkan produk-produk yang berguna seperti beg, dompet, atau aksesori Kraf tembikar yang menggunakan teknik-teknik moden seperti slip casting, wheel throwing, atau 3D printing, atau menghasilkan tembikar yang mempunyai fungsi-fungsi tambahan seperti lampu, penapis air, atau penyejuk udara. Kraf dimensi baharu adalah kraf yang menggabungkan unsur-unsur tradisional dan moden dalam reka bentuk, bahan, teknik, atau fungsi. Kraf dimensi baharu mampu mencipta karya-karya kraf yang unik, menarik, dan inovatif yang sesuai dengan keperluan dan kehendak pasaran masa kini. Kraf dimensi baharu tetap mengekalkan nilai-nilai budaya dan warisan yang terkandung dalam kraf tradisional. Contoh-contoh kraf dimensi baharu yang boleh dilihat di Malaysia adalah: PENGENALAN BIDANG (KRAF DIMENSI BAHARU)
AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL Alat domestik Alat Permainan Perhiasan Diri Alat Pertahanan Diri
AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL Anyaman Batik Tenunan Tekat Tembikar Ukiran
AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL ALAT DOMESTIK Alat domestik adalah penting untuk digunakan di dalam kehidupan seharian, mampu dikomersilkan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi negara. Alat domestik boleh menjadi barangan kegunaan harian kerana ia mempunyai nilai estetika yang unik. Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian. Luakan Acuan TEKNIK
BATU PENGISAR LESUNG BATU TUDUNG SAJI CONTOH-CONTOH ALAT DOMESTIK
Haji Che Mud bin Che Awang KARYA TOKOH Beliau merupakan tokoh pembuatan Jebak Puyuh Beliau menggunakan kaedah tradisional yang kompleks tetapi tidak memerlukan kos yang tinggi kerana bahan – bahan yang digunakan dapat diperolehi dari hutan berdekatan rumahnya. Reka bentuknya berdasarkan bakat dan ilham beliau sendiri berdasarkan burung puyuh itu sendiri tetapi telah diperindahkan dengan ukiran dan ikatan. Jebak puyuh telah dijadikan sebagai alat hiasan rumah yang indah dan unik.
CONTOH-CONTOH HASIL KARYA (JEBAK PUYUH)
PROSES PEMBUATAN TUDUNG SAJI Tudung saji merupakan hasil kraftangan masyarakat Melayu yang kebiasaannya dihasilkan daripada daun mengkuang, pandan, rotan atau buluh. Terdapat juga tudung saji daripada mengkuang yang disalut dengan kain baldu. Rotan atau buluh yang dibentuk bulat akan dijadikan kerangka tudung saji. Benangnya pula dihasilkan daripada rotan yang telah diraut halus. Daun mengkuang, pandan atau buluh yang telah diraut akan dianyam seperti tikar. Satu bucu yang tajam dihasilkan dengan melengkungkan anyaman tersebut. Bucu yang tajam inilah menjadikan anyaman berbentuk tudung saji. Tudung saji akan dicorakkan dan diwarnakan selepas dibentuk dengan pilihan warna yang dikehendaki. Namun ada juga daun pandan atau mengkuang yang sudah diproses dibubuh pencelup dahulu sebelum ia dibentuk dan dianyam.
PROSES PEMBUATAN TUDUNG SAJI Memilih dan memotong bahan asas seperti daun pandan atau mengkuang. Bahan asas ini harus bersih, segar, dan kuat. Mencelup bahan asas ke dalam air mendidih yang dicampur dengan pewarna alami atau kimia. Pewarna ini memberikan warna yang menarik dan bervariasi pada tudung saji.
PROSES PEMBUATAN TUDUNG SAJI Mengeringkan bahan asas di bawah sinar matahari sehingga kering dan tidak berbau Menyusun dan menjepit bahan asas dengan kayu atau besi untuk membentuk corak yang dikehendaki. Corak ini boleh berupa garis, bintang, bunga, atau geometri.
PROSES PEMBUATAN TUDUNG SAJI Menyambung dan menenun bahan asas dengan jarum atau tali untuk membentuk tudung saji. Tudung saji boleh berbentuk bulat, segi empat, segi enam, atau lain-lain Menghias tudung saji dengan manik-manik, kain, renda, atau aksesori lain untuk menambah nilai estetika.
AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL ALAT PERHIASAN DIRI Alat perhiasan diri merupakan alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita. Hingga hari ini, beberapa alat perhiasan diri yang sinonim dengan masyarakat melayu lama terus menjadi lambang keunikan masyarakat melayu. Alat perhiasan diri biasanya digunakan untuk melengkapkan pakaian semasa majlis istiadat, seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Alat perhiasan diri pada masa kini telah disesuaikan dan dimodenkan selaras dengan peredaran zaman. Lipatan Tampalan Ikatan TEKNIK
AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL Dokoh Anting-anting Pending Cucuk sanggul -
Beliau merupakan tokoh dalam bidang pembuatan logam ([ertukangan perak). Beliau gemar membuat barang-barang mudah dan kecil seperti kerongsang, subang, gelang, sudu, garpu, pisau dan senduk Kebanyakan barangan filligree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ismail KARYA TOKOH
CONTOH-CONTOH HASIL KARYA (PERHIASAN DIRI)
PROSES PEMBUATAN KERONGSANG Proses melebur Butir-butir perak dileburkan di dalam (mangkuk pijar) dan diproses menjadi batang perak, iaitu hasil tuangan perak mentah ke dalam (besi penuang). Memesin dawai Batang perak itu dimasukan kedalam mesin dawai untuk proses meleper dan menjadikannya dawai- dawai perak mengikut saiz yang dikehendaki .
PROSES PEMBUATAN KERONGSANG Menarik dawai Dawai perak ditarik menggunakan playar pada mesin tarik dawai mengikut saiz Memintal dawai Proses memintal dawai dilakukan dengan menggunakan kemahiran tangan berlapikan sekeping papan kecil. Proses ini diulang berkali-kali dengan diselangi kerja menyepuh dawai. Menggulung dawai Dawai pintal yang bergerigi digulung dengan penyepit, dibentuk menjadif leper dan bujur.
PROSES PEMBUATAN KERONGSANG Membentuk dawai Dawai perak dibentuk seperti yang dikehendaki di atás persoalan (acuan bingkai) yang telah siap disediakan.Kerja- kerjia membentuk bingkai dibuat satu persatu. Proses pengisian dawai Memateri dawai Stigma diletakan ditengah-tengah kuntum bunga, dan hujung kelopak tadi dibentukkan dengan tangan supaya jadi bunga
PROSES PEMBUATAN KERONGSANG Merebus dawai Barangan filigree direbus dalam air tawasuntuk menghilangkan segala kekotoran Memberus Barang filigree kelihatan indah dan bersinar setelah diberus dengan menggunakan berus dawai tembaga halus dan air sabun
AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL ALAT PERTAHANAN DIRI Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Selain itu, alat ini juga sering digunakan dalam majlis yang berkaitan dengan semangat halus dan dianggap sebagai simbol keberanian pahlawan melayu. Potongan Mewarna TEKNIK
AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL KERIS GOLOK LEMBING PERISAI
Beliau merupakan tokoh dalam bidang pembuatan logam. Beliau antara salah seorang tukang besi yang dosegani di seluruh negara. Beliau mahir dalam pembuatan pelbagai jenis senjata seperti keris, pedang, parang, tukul, beliung, golok, kapak dan kerambit. Beliau mampu menghasilkan hulu keris, parang dan senjata lain dengan cara yang unik sekali Abdullah bin Daud KARYA TOKOH
CONTOH-CONTOH HASIL KARYA (PARANG)
PROSES PEMBUATAN ALAT PERTAHAN DIRI (KERIS) Proses mencampurkan besi. Proses Menempa Proses Membuat Lok Keris Proses Menyepuh Proses menimbulkan pamor
PROSES PEMBUATAN ALAT PERTAHAN DIRI (KERIS)
AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL ALAT PERMAINAN Permainan tradisional mampu menjadi sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Kepelbagaian cara hidup nenek moyang kita adalah penting untuk memastikan permainan tradisional kekal wujud sehingga ke hari ini. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Terdapat permainan tradisional yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Walau bagaimanapun, kanak-kanak masih bermain beberapa jenis permainan ini sehingga sekarang. Tampalan Ikatan Jahitan (pundi kacang) TEKNIK
AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL GASING WAU SEPAK RAGA CONGKAK BATU SEREMBAN
Beliau merupakan tokoh dalam bidang pembuatan wau. Beliau telah bergiat aktif dalam menghasilkan wau sejak dari tahun 1972. Beliau menggunakan dan menggubah reka corak yang berunsurkan motif flora dengan penghasilan ukiran motif bunga sebanyak 5 lapis berbanding dengan pencipta wau yang lain yang menggunakan 3 lapis ukiran sahaja. Pemilihan sumber bahan yang berkualiti seperti buluh yang dipilih adalah dari jenis pokok buluh yang berbatang tua supaya mudah untuk dilentur. Samat bin Man KARYA TOKOH
CONTOH-CONTOH HASIL KARYA (WAU)
PROSES PEMBUATAN ALAT PERMAINAN (GASING) Pada masa kini terdapat gasing yang dibuat dengan menggunakan paku dan bahan plastik. Namun, gasing tradisional dibuat dengan menggunakan kayu. Kayu-kayu yang sering digunakan untk membuat gasing adalah dari jenis kayu merbau (sympetalandra borneensis), leban tanduk (vitex quinta), jeruk, bakau, kempas, sepan (gymnopetalum cochinchinensis), keranji (cynoptera polyandra), manggis, jambu batu, ciku (achras zapota) dan kayu asam jawa. Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum proses melarik dimulakan, besi paksi dibenamkan ke dalam kayu untuk mengekalkan keseimbangan dari segi bulatnya ketika melarik. Setelah gasing disiapkan, proses melilitkan timah pada kepak gasing tadi dilakukan agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis untuk menambah indah rupa parasnya, seperti yang terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja
PROSES PEMBUATAN ALAT PERMAINAN (GASING) Potongan kayu diukir terus membentuk Gasing yang dikehendaki, Gasing Uri, Gasing Pemangkak dan Gasing Penahan. Setelah berbentuk gasing, kemudian dihaluskan.
PROSES PEMBUATAN ALAT PERMAINAN (GASING) Kayu sepanjang 50 cm, biasanya dapat menghasilkan tiga buah gasing.
PROSES PEMBUATAN ALAT PERMAINAN (GASING) Kemudian bahagian tengah gasing diberi kawat atau paku supaya putaran tahan lama, dan kekal dan di dengan cara memutar gasing di atas sebuah papan.
AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL ANYAMAN Seni anyaman merupakan seni warisan masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Hal ini boleh dilihat pada rumahrumah masyarakat zaman dahulu pada dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih boleh dilihat pada hari ini. Penggunaan lapisan daun nipah yang tebal dapat menebat pengaliran haba, membolehkan rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas. Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk membentuk satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya kerana bahan-bahan ini mudah dikeringkan dan lembut.
AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL ANYAMAN ROTAN ANYAMAN MENGKUANG ANYAMAN BULUH
Beliau merupakan tokoh dalam bidang pembuatan hasil rimba (Anyaman Rombong). Hasil anyaman beliau yang paling dikenali sebagai rombong menggunakan daun-daun kelapa. Identiti anyaman rombong beliau boleh dilihat melalui Motif-motif Bunga Tanjung, Bunga Cengkih, Pucuk Rebung dan Potong Wajik. Puan Hajah Aminah binti Haji Amat KARYA TOKOH
CONTOH-CONTOH HASIL KARYA (ANYAMAN ROMBONG)
PROSES PEMBUATAN ANYAMAN TIKAR Lagang Helaian dilipat dua bahagian sama panjang dengan helaian mengkuang dibentuk seperti "V". Kaedah ini dikenali sebagai melagang atau menaja.
Menganyam Proses menganyam dimulakan dari bahagian tengah helaian yang dilipat. Bahagian permulaan helaian mengkuang dijalin secara berselang-seli iaitu menegak dan melintang dengan sehelai di atas dan sehelai lagi di bawah.
Pepeh Pepeh juga dikenali sebagai lepih ialah teknik melipat dan menganyam bahagian tepi anyaman untuk mematikannya. Pelepihan ialah proses menyisip helaian yang berlebihan ke dalam badan anyaman dan dianyam secara berasingan, kemudian dijahit pada barang yang dikehendaki.
Sisip Teknik menyambung helaian yang pendek dengan menyisip helaian tersebut pada celah mata anyam supaya anyaman tidak terburai. Lazimnya hujung lebihan daun direncongkan untuk memudahkan kerja sisipan.
Kerat Baki bilah anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman nampak kemas dan menarik.