The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Afiq, 2023-11-07 19:59:26

E-PORTFOLIO ASAS KRAF TRADISIONAL_compressed-compressed

E-PORTFOLIO ASAS KRAF TRADISIONAL

AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL BATIK Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Manusia telah menemui cara untuk membuat batik secara tradisional sejak abad ke-15 Masihi lagi. Walaupun masyarakat Melayu dahulunya menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap, kain batik kini dapat ibuat dengan menggunakan teknologi moden. Sejak tahun 1910 lagi, batak telah ada di negara kita, terutamanya di Kelantan. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik.


AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL BATIK BLOK BATIK PELANGI BATIK LUKIS BATIK SKRIN


Beliau merupakan tokoh dalam bidang pembuatan batik terap. Beliau mempunyai kepakaran dalam pembuatan batik terap dengan menggunakan pelbagai teknik seperti batik laksam, conteng, discharge, retak seribu dan rainbow (pelangi). Lazimnya, peralatan yang digunakan ialah meja blok, kain kapas dan blok batik daripada besi atau tembaga yang digunakan oleh Syarikat Aliff Batek Produk batik yang dihasilkan sesuai dengan pemintaan pasaran semasa seperti kain ela, baju siap dan kemeja walaupun dahulunya hanyalah menghasilkan produk kain sarung, dan baju panas T-Shirt. Ibrahim bin Ismail KARYA TOKOH


CONTOH-CONTOH HASIL KARYA (BATIK TERAP)


PROSES PEMBUATAN BATIK LUKIS Bahan dan peralatan yang diperlukan adalah kain (material) yang diperbuat daripada sutera, kapas dan rayon/fuji (campuran kain polyester), lilin dan rozin, canting, warna (dyestuff), pemati warna dan serbuk soda untuk membuat batik. Antara peralatan yang diperlukan adalah canting, pensil, berus, bekas warna, dapur, periuk, pemidang, kuali besar, takungan air, penyidai, meja menggosok, sterika. Canting yang diperbuat daripada tembaga dan pemegangnya diperbuat daripada kayu. Di hujung depannya mempunyai satu saluran untuk lilin cair keluar bagi mencorakkan kain. Canting dipakai dengan menceduk lilin cair yang panas, bertindak sebagai bahan penutup atau pelindung terhadap redapan warna, atau sempadan mengasingkan warna. Sebelum mencanting, pensel digunakan untuk melakar dan membuat reka corak pada kain batik Pelukis akan menghasilkan corak berdasarkan lakaran tersebut. Pelukis yang mahir boleh melukis corak lilin terus pada kain tanpa bergantung lakaran pensel. Namun, kain dilakar dahulu dengan lakaran pensel bagi menghasilkan batik lukis dengan menggunakan corak yang sama bagi setiap helai kain


PROSES PEMBUATAN BATIK LUKIS Lukis corak yang diingini di atas kain putih dengan pensil. Motif dipilih berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain Canting yang telah diisi lilin cair digunakan untuk mencorakkan kain mengikut garisan yang telah dilukis tadi. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan menghasilkan garisan yang tebal dan tidak cantik. Pencanting perlu menuangkan kembali lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk dan menceduk yang baru untuk memastikan cantingan sentiasa lancar dan lilin tidak beku di dalam batang canting.


PROSES PEMBUATAN BATIK LUKIS Setelah kain siap dicanting dan kering maka Sodium silicate digunakan sebagai pemati warna pada kain tadi. Kain perlu dicelup atau dilumurkan sodium silicate dan pastikan ketiap inci kain terkena pemati warna tersebut. Setelah itu kain perlu dijemur bersama sodium silicate tadi selama 8 jam. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya.


PROSES PEMBUATAN BATIK LUKIS Setelah lapan jam dijemur kain tersebut perlu dibasuh dan direbus untuk menghilangkan lapisan lilin, Air panas dicampurkan serbuk soda bagi menangalkan lilin daripada kain. Selepas itu kain tersebut dibasuh dan dibilas. Seeloknya kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya.


AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL TEKAT Seni tekat juga dikenali dengan bersuji. Menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu) dipanggil menekat. Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat. Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Masyarakat Cina yang berasal dari keturunan Baba Melaka masih menggunakan sulaman khususnya pada pakaian mereka. Rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus masih menghasilkan seni tekat hingga hari ini. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Tukang menekat boleh membuat pelbagai jenis tekat seperti tekat gubah, tekat perada dan tekat timbul benang emas


AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL TEKAT TIMBUL BENANG EMAS TEKAT GUBAH


Beliau merupakan tokoh dalam bidang pembuatan seni kraf tekatan Kraf tekatan benang emas yang dihasilkan melalui kaedah tradisional iaitu menghasilkan produk sepenuhnya menggunakan tangan. Beliau mendapat ilham menghasilkan reka corak serta motif daripada flora dan fauna yang terdapat di kawasan sekitar rumahnya dan adakalanya ilham tersebut datang secara spontan seperti paku pakis, pucuk rebung, sulur buyung dan sebagainya. Hajah Azizah binti Mohamad Yusof KARYA TOKOH


CONTOH-CONTOH HASIL KARYA (TEKAT)


PROSES PEMBUATAN TEKAT Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur. Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkanpada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu n menjadi tegang.


PROSES PEMBUATAN TEKAT Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari ata Sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.


AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL TENUNAN Sejak seratus tahun dahulu tradisi menenun masih wujud dan tidak berubah. Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragam hiasnya serta cara menenun itu sendiri, menunjukkan keindahan dan kesempurnaan hasil seni yang telah wujud sejak sekian lama. Tenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah melayu. Ianya mempunyai keunikan tersendiri kerana proses pembuatannya memakan masa. Selain itu motif yang digunakan juga mempunyai keunikan tersendiri dan ekslusif.


AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL SONGKET SARAWAK SONGKET PAHANG BENANG EMAS


Beliau merupakan tokoh dalam bidang pembuatan tenunan songket. Beliau telah menghasilkan samping songket untuk lelaki, sarung, selendang dan persalinan untuk wanita termasuk pakaian pengantin. Beliau menghasilkan beberapa produk hiasan yang menggunakan kain songket seperti alas meja, sarung kusyen, hiasan dinding, beg tangan, cekak kepala dan sebagainya. Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat KARYA TOKOH


CONTOH-CONTOH HASIL KARYA (SONGKET)


PROSES PEMBUATAN TENUNAN Tenunan songket memerlukan dua jenis peralatan yang berbeza iaitu alat utama, yang diperbuat daripada kayu atau buluh dan termasuk bingkai, dan alat tambahan seperti alat regangan benang, alat membuat motif, sisipan benang dan alat untuk mencungkil (menyongket). Kedua-dua komponen ini diperlukan untuk mendapatkan hasil yang optimum. Kain songket dibuat secara tradisional daripada tenunan kapas atau benang sutera. Corak hiasan biasanya dibuat dengan menambahkan benang emas, perak atau sutera pada bahan


PROSES PEMBUATAN TENUNAN Mencelup Benang Benang putih akan dicelup dengan pewarna yang dikehendaki, setelah itu benang harus dikeringkan. Melerai Benang Proses di mana Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat. Menganeng Benang Menganeng adalah proses membuat benang loseng yang direngang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang songket yang akan ditenun. Menggulung Benang Benang-benang yang telah direnggang akan di gulung dengan sekeping papan loseng. Menyapuk Benang Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilalukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui celah gigi jentera. Mengarak Benang Karak dibuat daripada benang asing yang digelung, Benang loseng berangkap genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara selang seli sewaktu menenun. Menyongket Benang Proses mereka corak di aatas benang loseng dengan menggunakan alat yang dipanggil lido dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat sebagai proses ikat butang. Menenun Benang Proses terakhir yang mana alat torak diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kira dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang dikehendaki hinggalah menjadi sekeping kain songket. Kain yang siap ini dipotong mengikut saiz.


PROSES PEMBUATAN TENUNAN Mencelup benang Melerai benang Menganeng benang Menggulung benang Menyapuk benang Mengarak benang Menenun benang


AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL UKIRAN Luakan Larik TEKNIK Seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi termasuk ukiran kayu atau ukiran. Buktinya, kehidupan masyarakat melayu terutamanya pada ukiranukuran yang terdapat pada rumah-rumah tradisional. Teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi akan diperkenalkan dalam seni ukir. Memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali adalah semua perkara yang diperlukan untuk menghasilkan ukiran yang hebat.


AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL UKIRAN TEBUK TEMBUS UKIRAN BUNGA TIMBUL UKIRAN KAYU HANYUT UKIRAN ARCA


Beliau merupakan tokoh dalam bidang pembuatan ukiran halus. Setiap lenggok dan gaya ukiran beliau telah pun dikenali serta mempunyai identiti tersendiri. Kehalusan dan ketelitian dalam setiap hasil ukirannya, tempahan yang diterimanya kini bukan hanya dari dalam negara malahan juga dari luar negara. Ukiran-ukiran terkenal beliau seperti Panel ukiran kayu ayat kursi Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Ukiran kayu peti ibadat Sultan Brunei, Hiasan ukiran kayu di Istana Hinggap Putrajaya, Hiasan ukiran kayu di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya,Hiasan ukiran kayu di Dewan Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford. Norhaiza bin Noordin CONTOH-CONTOH


CONTOH-CONTOH HASIL KARYA (UKIRAN HALUS)


PROSES PEMBUATAN UKIRAN KAYU BAHAN Kayu yang jenis halus dan liat uratnya Kayu yang tua dan benar2 kering Jenis kayu ialah kayu cengal, sena, merbau, nyatoh dan jelutong PEWARNA Kunyit, mirathon,kiwi, syelek, dan bahan kimia yg. terdapat di pasaran GAM Untuk melekatkan papan dan kayu yang disambung PERALATAN Peralatan tradisional Peralatan moden Jenis Peralatan Pahat menebuk, membentuk corak atau membuang bahagian yang tak diperlukan Ketam kayu melicin dan meratakan permukaan kayu Cetar membentuk asas kayu secara kasar Tukul kayu mengetuk pahat dalam proses mengukir Gergaji kecil memotong bahagian kayu yang tidak diperlukan 6. Kikir Pari- meratakan corak yang dilukis 7. daun mempelas atau kertas pasir- melicinkan permukaan corak yang telah diukir 8. Gergaji berhalang- memotong dan membentuk bahagian lengkung pada ukiran 9. Pisau wali- mengukir corak yang dikehendaki 10. Gergaji kecil(jigsaw)- memotong mengikut lengkung yang dikehendaki 11. Mesin gerudi- Menebuk lubang 12. Sesiku- mendapatkan ketepatan sudut 13. Pengapit- memegang atau mengapit kayu.


PROSES PEMBUATAN UKIRAN KAYU PERALATAN Peralatan tradisional Peralatan moden Jenis Peralatan Pahat menebuk, membentuk corak atau membuang bahagian yang tak diperlukan Ketam kayu melicin dan meratakan permukaan kayu Cetar membentuk asas kayu secara kasar Tukul kayu mengetuk pahat dalam proses mengukir Gergaji kecil memotong bahagian kayu yang tidak diperlukan Kikir Pari meratakan corak yang dilukis Daun mempelas atau kertas pasir melicinkan permukaan corak yang telah diukir Gergaji berhalang memotong dan membentuk bahagian lengkung pada ukiran Pisau wali mengukir corak yang dikehendaki Gergaji kecil(jigsaw) memotong mengikut lengkung yang dikehendaki


PROSES PEMBUATAN UKIRAN KAYU Melukis corak motif alam semula jadi pada kertas Menekap corak pada kayu Proses melicinkan dan meratakan ukiran yang dibuat Melurut dan mengukir dengan pisau wali Proses memahat ukiran Mengilatkan ukiran dengan menggunakan syelek


AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL TEMBIKAR Salah satu jenis seni tradisional yang diperbuat daripada tanah liat ialah tembikar. Sejak sekian lama, tembikar telah digunakan untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. Penggunaan dan kemajuan tembikar bermula pada zaman Neolitik. Bukti penemuan bahan-bahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak


AKTIVITI BIDANG ASAS KRAF TRADISIONAL TEMBIKAR GELUK TEMBIKAR BUYUNG TEMBIKAR JAMBANGAN TEMBIKAR LABU


Beliau merupakan tokoh dalam bidang pembuatan tembikar labu sayong. Kreativiti beliau dapat dilikat berdasarkan inovasi dan pengubahsuaian dalam reka bentuk dan reka corak mengikut kehendak semasa. Labu Sayong yang dihasilkan hanya menggunakan kemahiran tangan untuk mengekalkan nilai estetika. Zamari @ Zamri Pandak Ahmad CONTOH-CONTOH


CONTOH-CONTOH HASIL KARYA (TEMBIKAR LABU SAYONG)


PROSES PEMBUATAN TEMBIKAR LABU SAYONG Menyediakan tanah yang boleh dijumpai di tepi sungai Tanah liat ditapis bagi menghilangkan kotoran Proses membentuk tanah liat Labo Sayong dibentukkan di atas pinggan ayan yang diputar-putar Proses melicinkan permukaan labu dengan menggunakan sudip buluh dan digilap dengan menggunakan batu luru Proses menghias dengan motif yang dipilih dengan menggunakan pelarik


KAJIAN ALAT DAN BAHAN 1. Lidi 2. Surat Khabar 3. Gam 4. Gunting 5. Cat Varnish


PROSES PENGHASILAN IDEA (ANYAMAN SURAT KHABAR) Sediakan beberapa naskhah surat khabar dan sebatang lidi. Surat khabar dipotong kepada dua bahagian. Kemudiannya, setiap helaian surat khabar dilipat menjadi beberapa bahagian yang akan dipotong.


Surat khabar yang telah dipotong tadi akan digulung dengan menggunakan lidi. Gulungan yang terbaik dan cantik adalah gulungan yang kelihatan nipis. Hujung surat khabar yang telah digulung akan dilekatkan dengan menggunakan gam dan keluarkan lidi daripada gulungan tersebut.


Kertas A4 dipotong menjadi bentuk segi empat untuk dijadikan sebagai tapak. Gulungan surat khabar tadi diletakkan di setiap sudut kertas tersebut dengan menggunakan stapler. Kemudian, kertas A4 yang telah dipotong menjadi segi empat dilekatkan pada bahagian atas tapak.


Gulungan surat khabar yang dilekatkan di setiap hujung mula dianyam pada setiap bahagian tepi kertas. Setiap gulungan yang mula dianyam mesti diperiksa supaya keadaan anyaman gulungan tersebut sentiasa ketat dan kemas.


Bahagian tepi bekas mula dikemaskan dengan menggunting lebihan gulungan surat khabar. Bagi menambahkan lagi elemen pada anyaman tersebut, saya telah meletakkan sedikit penambahan sebagai hiasan pada bahagian bawah anyaman bekas.


Pada proses akhir, anyaman bekas akan disapukan dengan cat varnish pada setiap bahagian. Bahagian anyaman bekas yang telah selesai disyelek dikeringkan di bawah sinaran matahari. Apabila setiap bahagian sudah dicat dan mula mengering, bekas tersebut dibawa ke kelas untuk dipamerkan kepada para pensyarah dan rakan-rakan sekelas.


PROSES PENGHASILAN IDEA (ANYAMAN KERTAS) Pemilihan kertas warna telah ditentukan sebelum proses anyaman dilakukan. Saya telah memilih warna hitam sebagai latar belakang dan warna jingga sebagai corak anyaman. Kertas warna jingga mula dipotong dengan lebar 1 cm begitu juga dengan latar kertas berwarna hitam. Bahagian tepi kertas dibiarkan dengan jarak 1 cm.


PROSES PENGHASILAN IDEA (ANYAMAN KERTAS) Setiap kertas yang sudah selesai dipotong akan dianyam/dimasukkan mengikut corak motif yang sudah dipilih. Bagi mendapatkan hasil anyaman yang terbaik, kertas yang telah dianyam mestilah dikemaskan dan diketatkan antara satu bahagian dengan bahagian lain. Sehelai kertas dilekatkan pada bahagian belakang anyaman tadi untuk memastikan motif anyaman kelihatan lebih kemas dan kekal pada susunan masing-masing serta bahagian tepi kertas dapat dicegah daripada terlepas.


PROSES PENGHASILAN IDEA (ANYAMAN KERTAS) Setelah selesai menganyam, anyaman kertas bermotifkan Diamond dapat dipamerkan kepada pensyarah dan rakan-rakan sekelas.


RUMUSAN Saya berasa bersyukur dan gembira kerana saya mampu menyelesaikan projek digital dan melengkapkan seni arca dalam tempoh masa yang cukup. Pada masa yang sama, sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini aya dapat mempelajari cara untuk membina arca secara digital walaupun terdapat pelbagai kekangan dalam melaksanakannya, namun semangat yang teguh dan usaha yang kukuh, saya berusaha sedaya upaya membuat tugasan dengan sebaiknya. Hal ini secara tidak langsung, erti kesabaran dan kesungguhan juga dapat saya kukuhkan sepanjang fasa menyiapkan tugasan ini. Demi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, saya telah melakukan kajian dan carian mengenai proses penghasilan kraf tradisional berdasarkan tema alam hantaran menerusi pelbagai sumber seperti Google dan Youtube untuk memperoleh penjelasan dan pemahaman yang mendalam mengenai seni arca yang sebenar. Bukan itu sahaja, saya juga telah menjalankan perbincangan dengan pensyarah dan rakan untuk saling bekerjasama mencari maklumat mengenai pengaplikasian aplikasi digital. Hal ini telah membolehkan saya menguasai kemahiran seperti mengorganisasi, mentaksir, menganalisis dan mengaplikasikan setiap pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan sebuah bentuk pembelajaran yang bermakna. Oleh itu, semoga segala ilmu dan kemahiran yang saya perolehi dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai seorang bakal guru untuk memberi dan menyampaikan ilmu kepada generasi akan datang demi kemashalatan bersama.


SUMBER RUJUKAN Fazidah Mohd Ghani. (2022,November 14). E-Portfolio PSVK 3233- Asas Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Asas Kraf Tradisional. https://anyflip.com/tutwi/gdog/basic Jabatan Warisan Negara. (2023,Mei 08). Kraf. https://www.heritage.gov.my/kraf.html University Malaya Library Guides (2021, June 28). Pameran Ukiran Kayu: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM. https://umlibguides.um.edu.my/pamerankayu/koleksimuzium Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. (2023, November 03). Adiguru Kraf Jebak Puyuh Encik Che Mud Bin Che Awang. https://kraftangan.gov.my/info/adiguru-kraf/encik-che-mud-binche-awang Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. (2023, November 03). Adiguru Kraf Perak Allahyarham Tuan Haji Ibrahim Bin Haji Ismail. https://kraftangan.gov.my/info/adigurukraf/allahyarham-tuan-haji-ibrahim-bin-haji-ismail Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. (2023, Oktober 03). Adiguru Kraf Pandai Besi


SUMBER RUJUKAN Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. (2023, November 03). Adiguru Kraf Wau Samat bin Man. https://kraftangan.gov.my/info/adiguru-kraf/samat-bin-man Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. (2023, November 03). Adiguru Kraf Anyaman Rombong Allahyarhamah Puan Hajah Aminah binti Haji Amat. https://kraftangan.gov.my/info/adigurukraf/allahyarhamah-puan-hajah-aminah-binti-haji-amat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. (2023, November 03). Adiguru Kraf Batik Terap/Blok Ibrahim bin Ismail. https://kraftangan.gov.my/info/adiguru-kraf/ibrahim-bin-ismail Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. (2023, November 03). Adiguru Kraf Tekatan Hajah Azizah binti Mohd Yusof. https://kraftangan.gov.my/info/adiguru-kraf/hajah-azizah-binti-mohdyusof Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. (2023, November 03). Tokoh Kraf Negara Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat. https://kraftangan.gov.my/info/adiguru-kraf/hajah-zainabngah-bt-mamat


SUMBER RUJUKAN Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. (2023, November 03). Adiguru Kraf Ukiran Halus Encik Norhaiza bin Noordin. https://kraftangan.gov.my/info/adiguru-kraf/encik-norhaiza-binnoordin Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. (2023, November 03). Adiguru Kraf Tembikar Labu Sayong Allahyarham Zamari @ Zamri Pandak Ahmad. https://kraftangan.gov.my/info/adigurukraf/allahyarham-zamari-zamri-pandak-ahmad


LAMPIRAN (PUSAT KRAFTANGAN SABAH, KENINGAU)


LAMPIRAN


LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version