The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafidahsuleiman, 2021-10-13 22:29:22

Bab 4 Makanan&Pemakanan 1

Bab 4 Makanan&Pemakanan 1

BAB 4
MAKANAN DAN

PEMAKANAN
Bahagian 1

Sains Rumah Tangga Tingkatan 4 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram , Johor

Keperluan
Makanan,
Nutrien dan
Fungsinya

Makanan

• Makanan merupakan
bahan yang boleh dimakan
sama ada dalam bentuk
pepejal ataupun cecair.

• Pengambilan makanan yang
seimbang, betul dan tepat
dapat memenuhi keperluan
fizikal, fisiologi, psikologi,
dan sosial

Pemakanan

• Pemakanan ialah kajian
saintifik terhadap
pengambilan makanan
dan fungsinya kepada
tubuh badan manusia.

• Pemakanan meliputi
jenis dan kuantiti
nutrien untuk proses
pertumbuhan,
pemulihan dan
pengawalan tubuh
badan.

Nutrien

• Nutrien merupakan komposisi kimia dalam
makanan. Terdapat lima kumpulan nutrien
iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin,
dan garam mineral.

• Air dan pelawas bukan tergolong dalam
nutrien tetapi peranannya amat penting
dalam sistem pemakanan manusia.

• Setiap nutrien mempunyai komposisi
sumber, fungsi, kesan berlebihan dan
kekurangan.

• Pengambilan nutrien dalam kadar dan
kuantiti tertentu dinamakan diet seimbang.

Pelawas

• Pelawas merupakan
makanan yang kaya
dengan bahan yang
tidak dapat tercerna,
terutamanya selulosa.

• Pelawas membantu
dalam mempercepat
proses perkumuhan
dan merangsang
proses peristalsis.

Kepentingan Pengambilan
Makanan, Air dan Pelawas

• Kita memerlukan makanan untuk
tumbesaran, mendapatkan tenaga bagi
aktiviti harian seperti berjalan, berlari,
membina sel tubuh badan serta
memelihara dan mengawal proses tubuh
badan.

• Tubuh badan kita memerlukan pelbagai
jenis makanan yang mengandungi kesemua
nutrien seperti karbohidrat, protein,
lemak, vitamin, dan garam mineral.

• Makanan yang kita ambil setiap hari boleh
dikategorikan kepada tiga kumpulan utama
mengikut fungsi makanan

JENIS KUMPULAN
MAKANAN

• Makanan Pembina
Tubuh

• Makanan Pelindung
dan Pengawal
Penyakit

• Makanan Pemberi
Tenaga

Makanan
Pembina Tubuh

• Makanan yang
membantu dalam
pembinaan dan
pemulihan sel
rosak.

• Contohnya,
protein, garam
mineral dan air.

Makanan Pelindung
dan Pengawal
Penyakit

• Makanan yang
mengawal dan
menjaga
kesihatan tubuh
badan melalui
garam mineral,
vitamin, selulosa
dan air.

Makanan
Pemberi Tenaga

• Makanan yang dapat
memberikan tenaga
kepada tubuh badan
melalui karbohidrat,
lemak dan protein.

• Tenaga diperlukan untuk
aktiviti luar dan dalam
tubuh badan seperti
pernafasan, pergerakan
jantung dan perkumuhan.

Kepentingan Pengambilan
Makanan, Air dan Pelawas

• Air dan pelawas penting untuk tubuh badan.
• Air ialah bahan asas dalam semua bendalir tubuh

yang berperanan penting dalam peredaran darah,
pernafasan, pencernaan dan perkumuhan.
• Bahan buangan perlu dikumuhkan dalam bentuk
peluh, air kencing dan hembusan nafas.
• Air penting untuk mengawal suhu badan agar
kekal pada suhu 37°C, dan melicinkan membran.
• Tubuh badan manusia memerlukan sekurang-
kurangnya 6–8 gelas air sehari atau 2–3 liter.
• Walau bagaimanapun, pengambilan air berbeza-
beza mengikut peringkat umur, pekerjaan, saiz
dan aktiviti yang dilakukan oleh setiap individu

AIR

• Menjadi pelincir dalam
membran sendi,salur
pernafasan dan salur
pencernaan.

• Mengawal suhu badan
manusia.

• Membantu
prosespencernaan,
perkumuhan,pernafasan
dan peredaran darah.

Kepentingan Pengambilan
Makanan, Air dan Pelawas

• Pelawas pula terdiri daripada
selulosa dan gentian yang
tidak boleh dicernakan atau
diserapkan oleh tubuh badan.

• Buah-buahan, sayur-sayuran,
bijirin dan kekacang kaya
dengan pelawas

• Kekurangan air dan pelawas
mengakibatkan penyakit
sembelit dan divertikulitis.

Klasifikasi Nutrien

• Nutrien terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu pembina
tubuh, pemberi tenaga dan pencegah penyakit.

• Nutrien pembina tubuh terdiri daripada protein yang
dikelaskan kepada protein haiwan dan tumbuhan.

• Nutrien pemberi tenaga pula terbahagi kepada
karbohidrat dan lemak.

• Karbohidrat terdiri daripada monosakarida, disakarida
dan polisakarida, manakala lemak terbahagi kepada
lemak tepu dan lemak tidak tepu.

• Nutrien pencegah penyakit terbahagi kepada vitamin
dan garam mineral.

• Garam mineral dikelaskan kepada makro dan mikro

Klasifikasi
nutrien.

Protein

Karbohidrat

Lemak

Retinol

Kalsiferol

Tokoferol

Menadion

Tiamina

Riboflavin

Niasin Asid nikotinik

Piridoksin

Kobalamin

Asid askorbik

Amigdalin

Asid Folik

Kalsium

Fosforus

Magnesium

Natrium

Iodin

Ferum

Fluorin

Zink

Pelawas

Pelawas

Ujian Nutrien
dalam Makanan

• Setiap makanan mengandungi
lebih daripada satu nutrien.

• Kandungan nutrien dalam
sesuatu makanan berbeza-
beza.

• Bagi menentukan kandungan
nutrien dalam makanan, ujian
Millon dilakukan untuk
protein, ujian iodin untuk
karbohidrat, ujian Benedict
untuk glukos dan ujian emulsi
untuk lemak.









Sistem
Pencernaan dan

Penyerapan
Makanan

Sistem
Pencernaan

• Pencernaan ialah proses menguraikan
molekul makanan yang kompleks
kepada molekul yang lebih ringkas agar
dapat diserapkan oleh tubuh badan.

• Sistem pencernaan manusia terdiri
daripada salur pencernaan dan organ
seperti hati dan pankreas yang
bermula di mulut dan berakhir di
dubur.

• Pencernaan melibatkan proses
mekanikal dan proses kimia

Proses
Mekanikal

• Makanan yang dihancurkan
oleh gigi semasa proses
mengunyah menjadi
bentuk yang lebih kecil
untuk menambahkan luas
permukaan butir makanan
untuk tindakan enzim.

• Proses ini juga melibatkan
peristalsis untuk
menggerakkan makanan
dalam saluran alimentari.

Proses Kimia

• Melibatkan penguraian
molekul kompleks yang
besar dalam makanan
kepada molekul lebih
kecil dan ringkas melalui
enzim pencernaan
dengan kehadiran air.

• Proses ini dipanggil
hidrolisis.


Click to View FlipBook Version