Sistem Penyerapan
• Penyerapan ialah proses serapan unit
ringkas nutrien melalui vilus ke dalam aliran
darah dan sistem limfa untuk dihantar ke
sel tubuh.
• Proses penyerapan hasil akhir pencernaan
berlaku di usus kecil, manakala penyerapan
air dan garam mineral tertentu berlaku di
usus besar. Hasil pencernaan berada antara
empat hingga lima jam di dalam usus kecil.
• Nutrien akan diserap dan bahan yang tidak
diserap akan masuk ke dalam usus besar.
Enzim
• Enzim ialah pemangkin organik yang
mengawal atau mempercepat tindak balas
kimia dalam organisma hidup.
• Enzim dihasilkan oleh mulut, perut,
pankreas dan usus kecil.
• Enzim mempunyai fungsi yang berbeza
dan bertindak ke atas bahan makanan
yang tertentu.
• Contohnya, terdapat enzim yang bertindak
dalam medium berasid sahaja dan enzim
yang bertindak dalam medium beralkali
sahaja.
Peranan Enzim dalam Sistem
Pencernaan
Proses Tindak Balas Enzim
dalam Sistem Pencernaan
Proses Tindak Balas Enzim
dalam Sistem Pencernaan
Proses Tindak Balas Enzim
dalam Sistem Pencernaan
Mulut
• Makanan yang masuk ke dalam
mulut akan dikunyah secara
mekanikal kepada saiz yang lebih
kecil dan mudah untuk diuraikan.
• Semasa mengunyah, makanan akan
bercampur gaul dengan air liur
(Rajah) dan membentuk gumpalan
kecil yang dinamakan bolus.
• Air liur ialah sejenis cecair alkali
mengandungi mukus yang bertindak
sebagai pelincir untuk memudahkan
makanan ditelan (Rajah).
Mulut
• Air liur juga
mengandungi enzim
amilase yang bertindak
ke atas kanji dan
menukarkannya
kepada dekstrin dan
maltosa. Rajah
menunjukkan tindak
balas amilase ke atas
kanji.
Esofagus
• Esofagus ialah saluran yang
menghubungkan antara rongga mulut
dengan perut.
• Panjang esofagus ialah 25 cm.
• Lidah akan menolak bolus ke dalam
esofagus melalui tindakan menelan.
• Ketika proses menelan, epiglottis akan
mengawal makanan daripada masuk ke
dalam trakea bagi mengelakkan tercekik.
Esofagus
• Sebaik-baik sahaja bolus
masuk, otot esofagus akan
mengembang dan
menguncup.
• Pergerakan kembang dan
kuncup otot secara beritma
adalah untuk menolak
makanan sepanjang salur
pencernaan.
• Proses ini dinamakan
peristalsis
Perut
• Perut ialah organ berongga seperti
pundi yang terletak di sebelah kiri
diafragma.
• Pencerut kardiak terletak di hujung
esofagus yang mengawal jumlah
makanan yang masuk dan menghalang
makanan daripada masuk balik ke
esofagus.
• Pencerut pilorus yang terletak di
bahagian bawah perut mengawal
makanan daripada perut masuk ke
duodenum.
• Rajah menunjukkan kedudukan
pilorus dan pencerut kordiak di perut.
Perut
• Kelenjar gaster di dalam perut
merembes jus gaster yang mengandungi
asid hidroklorik cair (HC¹), mukus dan
enzim pepsin, renim dan lipase gaster.
• HC¹ akan meneutralkan amilase untuk
menyediakan satu medium berasid (pH
5-6) bagi tindakan jus gaster dan enzim
serta memusnahkan bakteria yang
berbahaya kepada tubuh badan.
• Hormon gastrin pula merangsang
penghasilan pepsinogen yang menjadi
aktif apabila bercampur dengan HC¹.
Perut
• Enzim lipase kurang memberikan kesan ke atas
lemak yang terdapat dalam makanan kerana enzim
ini hanya dirembeskan dalam kuantiti yang sedikit.
• Makanan yang bercampur dengan jus gaster akan
berubah menjadi bentuk krim yang dinamakan
kim.
• Kim akan ditolak masuk ke dalam duodenum.
• Makanan akan berada di dalam perut antara dua
hingga lima jam bergantung pada jenis makanan.
• Protein dan lemak akan berada lebih lama di
dalam perut dibandingkan dengan karbohidrat.
Proses
Penyerapan
• Proses penyerapan hasil
akhir pencernaan berlaku
pada usus kecil
• Air, vitamin dan garam
mineral tertentu akan
diserap di dalam usus
besar.
• Vilus ialah unjuran halus
berukuran satu milimeter
panjang di dinding usus
kecil yang membantu
dalam proses penyerapan.
Dua jenis
rembesan
membantu dalam
pencernaan di
usus kecil
• Rembesan dari luar
usus kecil
• Rembesan di dalam
usus kecil
Rembesan
dari luar usus kecil
• Rembesan dari luar usus kecil dihasilkan
oleh pankreas dan pundi hempedu.
• Garam hempedu dan pigmen hijau yang
bersifat alkali dalam pundi hempedu akan
mengalir masuk ke duodenum melalui salur
hempedu.
• Garam hempedu berfungsi membaurkan
lemak kepada titisan halus bagi
mengurangkan ketegangan permukaan
lemak supaya enzim lipase dapat bertindak
menghasilkan gliserol dan asid lemak
Rembesan dari
luar usus kecil
• Pankreas yang terletak
di bawah perut
menghasilkan jus
pankreas yang mengalir
masuk ke dalam
duodenum melalui
saluran pankreas.
• Manakala jus pankreas
ialah cecair alkali jernih
yang mengandungi tiga
enzim, iaitu lipase,
tripsin dan amilase.
Rembesan dari luar usus kecil
• Lipase akan menukarkan lemak yang
telah dibaurkan kepada asid lemak dan
gliserol.
• Tripsin pula bertindak ke atas pepton
serta polipeptida untuk menghasilkan
peptida dan asid amino, manakala
amilase bertindak ke atas kanji yang
belum dicernakan di dalam mulut bagi
menghasilkan maltosa.
• Rajah menunjukkan tindak balas
enzim dari luar usus kecil ke atas
pepton, kanji dan lemak.
Rembesan di dalam usus
kecil
Tindak balas enzim di dalam
usus kecil ke atas nutrien.
Usus Besar
• Usus besar terbahagi kepada
tiga bahagian, iaitu kolon,
sekum dan rektum.
• Fungsi utama usus besar ialah
menyerap air dan mengeram
bakteria tidak berbahaya.
• Bakteria yang berada di dalam
usus besar memecahkan
sebahagian bahan yang tidak
dicernakan seperti selulosa
serta mensintesis menadion
dan kumpulan vitamin B,
terutama kobalamin.
Kepentingan Sistem
Pencernaan yang Sihat
• Pengambilan makanan yang
mengandungi nutrien seimbang
termasuk air dan pelawas daripada
pelbagai sumber makanan penting bagi
memperoleh tahap kesihatan yang
baik.
• Bagi mengekalkan sistem pencernaan
bahan makanan dan penyerapan
nutrien di dalam tubuh badan agar
sentiasa baik dan sihat.
Langkah-langkah
yang perlu diamalkan
• Kita perlu mengambil makanan yang kaya
dengan serat seperti sayuran, buah-buahan,
bijian asas dan bijirin.
• Serat menggalakkan pergerakan bahan makanan
melalui sistem pencernaan dan membolehkan
pembuangan bahan kumuh secara konsisten.
• Diet seimbang yang kaya dengan serat boleh
mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan
dengan jantung atau kanser kolorektal.
• Pengambilan makanan dalam kuantiti yang
sederhana dapat mengelakkan tekanan yang
terlalu tinggi pada sistem pencernaan.
• Makan secara teratur membantu sistem
pencernaan berfungsi dengan sempurna dan
berkesan.
Langkah-langkah
yang perlu diamalkan
• Kita perlu mengurangkan
pengambilan makanan yang
diproses seperti makanan
segera, gula-gula dan snek
kerana makanan ini
mempunyai nutrisi atau fiber
yang rendah, dan biasanya
mengandungi lemak tepu,
garam dan bahan aditif yang
boleh memudaratkan kesihatan
tubuh badan.
Langkah-langkah yang perlu
diamalkan
• Kita perlu mengurangkan
pengambilan minuman
berkarbonat kerana
boleh mendatangkan
kesan yang kurang baik
kepada tubuh badan.
• Kandungan gulanya yang
tinggi dan perasa tiruan
boleh menjejaskan
kesihatan kita.
Langkah-langkah yang perlu
diamalkan
• Kita perlu minum air
sekurang-kurangnya 2.5
liter air sehari.
• Air membantu melarutkan
sebahagian besar nutrisi
dan menggalakkan
pergerakan bahan buangan
melalui sistem pencernaan
dan membantu dalam
melembutkan bahan
kumuh.
Langkah-langkah
yang perlu diamalkan
• Tekanan atau stres
memberikan kesan kepada
sistem pencernaan dan
boleh mengganggu
keseimbangan pencernaan.
•
• Tekanan yang berpanjangan
akan menyebabkan
penyakit seperti ulser dan
kanser.
Bersambung