The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin NCDRC Bil.17 (Julai-Disember 2022)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NCDRC UPSI, 2023-01-18 20:56:43

Buletin NCDRC Bil.17 (Julai-Disember 2022)

Buletin NCDRC Bil.17 (Julai-Disember 2022)

BULETIN NCDRC Edisi Julai-Disember 2022 PUSAT PENYELIDIKAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK NEGARA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


BULETIN NCDRC 2022 © Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara 2023 Hakciptaterpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar, serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara. Diterbitkan di Malaysia oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia Tel: 05-4879 7137 Website: ncdrc.upsi.edu.my Email: [email protected]/ [email protected] Atur huruf dan grafik oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia. Penasihat : Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa Penasihat : Prof.MadyaDr.NorazilawatiAbdullah Ketua Editor : Prof. Madya Dr. Abdul Halim Masnan EditorEditor : Pn. Nur Asyikin Ismail E-ISSN: 2785-8847


Bicara Pengarah NCDRC Semoga dengan adanya buletin ini dapat menjadi platform untuk berkongsi ilmu, pengetahuan, pengalaman, dan kepakaran kepada warga UPSI, ibu bapa, dan masyarakat terutamanya dalam aspek asuhan dan didikan awal kanak-kanak. Justeru itu, saya menyokong usaha murni ini sebagai salah satu cara untuk meningkatkan lagi imej NCDRC dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai “UPSI No. 1 Pendidikan ”. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum W.B.T. dan selamat sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Tuhan Pencipta Alam kerana dengan izinNya, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) dapat menemui anda menerusi Buletin NCDRC, Bil. 16, Edisi Julai-Disember 2022. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Editor dan semua warga NCDRC yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menerbitkan buletin ini secara berkala. Penerbitan buletin ini dapat memberi publisiti terhadap segala aktiviti yang melibatkan warga NCDRC. Ini menyerlahkan lagi idea, pencapaian, kreativiti, dedikasi, dan kerjasama yang sangat baik oleh warga NCDRC. Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa Pengarah, NCDRC UPSI i


Bicara Ketua Editor NCDRC Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Editor dan semua warga NCDRC yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menerbitkan buletin ini secara berkala. Penerbitan buletin ini dapat memberi publisiti terhadap segala aktiviti yang melibatkan warga NCDRC. Ini menyerlahkan lagi idea, pencapaian, kreativiti, dedikasi, dan kerjasama yang sangat baik oleh warga NCDRC. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak desa; Pulanglah kita membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan negara. Prof. Madya Dr. Abdul Halim Bin Masnan Ketua Editor Buletin NCDRC Assalamualaikum W.B.T. dan selamat sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Tuhan Pencipta Alam kerana dengan izin-Nya, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) dapat menemui anda menerusi Buletin NCDRC, Bil. 16, Edisi Julai-Disember 2022. ii


SIDANG EDITOR BULETIN NCDRC 2022 Prof. Madya Dr. Norazilawati Abdullah Timbalan Pengarah, NCDRC Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa Pengarah, NCDRC Pn. Nur Asyikin Ismail Skim Perkhidmatan Khas Universiti, NCDRC Prof. Madya Dr. Abdul Halim Masnan Penyelaras, NCDRC Penasihat Ketua Editor Editor Penasihat iii


ISI KANDUNGAN BULETIN NCDRC 2022 iv Bicara Pengarah NCDRC...................................................................................................i Bicara Ketua Editor Buletin...............................................................................................ii Kerjasama Penyelidikan Peringkat Asia (ToyEight)...............................................1 Pencapaian Penarafan Emas (KIK)............................................................................... 4 Ikatan Kerjasama NCDRC & World Bank Group..................................................... 5 Pameran dan Jualan Produk NCDRC......................................................................... 6 Lawatan Kerja ke NCDRC................................................................................................ 8 Teambuilding NCDRC.................................................................................................... 14 Pertandingan Peragaan dan Nyanyian Kanak-kanak........................................ 29 Taska PERMATA UPSI.................................................................................................... 36 Tadika BITARA UPSI....................................................................................................... 44 Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan............................................................ 17 Majlis Apresiasi Graduan NCDRC.............................................................................. 30 International Early Childhood Conference............................................................ 31 Tomorrow's Woman Entrepreneurship................................................................... 35 NCDRC@Berita Akhbar................................................................................................. 51 Manjaku Pintar Parenting Tips................................................................................... 57 Jurnal Terbitan NCDRC................................................................................................. 53 Big Sale Books/Journal................................................................................................. 52 Perkhidmatan Terapi Kanak-kanak & Keluarga................................................... 54 Nursery Kit NCDRC......................................................................................................... 55 Postgraduate Programme NCDRC........................................................................... 56 Perjanjian Penyelidikan bersama Yayasan Genius Malaysia.............................. 2 MOU bersama bahagian Genius, KPM........................................................................ 3 Sidang Editor Buletin.........................................................................................................iii


21 JULAI 2022 KERJASAMA PENYELIDIKAN PERINGKAT ASIA BERSAMA TOYBOX CREATIONS & TECHNOLOGY SDN.BHD. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) telah mengadakan kerjasama strategik bersama Toybox Creations & Technology (Toy Eight), Jepun tentang penyelidikan berkaitan perkembangan kanakkanak bagi kedua-dua pihak. Kerjasama ini juga telah dimeterai secara Letter of Intent (LoI). 1


PERJANJIAN PENYELIDIKAN BERSAMA YAYASAN GENIUS MALAYSIA Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), UPSI telah memeterai Perjanjian Penyelidikan bersama pihak Yayasan Genius Malaysia untuk melaksanakan Kajian Semakan Semula dan Pemurnian Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan dan Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP) sebanyak RM231, 440.00. 2


PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU)BERSAMA BAHAGIAN GENIUS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Penyelidikan dan pembangunan program pendidikan awal kanak-kanak. Pengumpulan data mengenai profil kanak-kanak bawah umur empat (4) tahun dengan menggunakan Sistem Pusat Data Kanak-kanak Kebangsaan (National Child Data Centre) (selepas ini dirujuk sebagai (“NCDC”); Pengendalian program pintar cerdas dan berbakat bagi kanak-kanak bawah umur empat (4) tahun; Penerbitan bahan-bahan bacaan dan rujukan serta laporan penyelidikan tentang pendidikan awal dan pengasuhan kanak-kanak; Penganjuran latihan dan program outreach kepada pengasuh, ibu bapa dan orang ramai; Mengadakan jaringan dengan pelbagai kumpulan advokasi seperti NGO, industri, universiti, badan-badan kerajaan, institusi-institusi agama, pusat perkembangan kanak-kanak dalam dan luar negara; dan Pelaksanaan lain-lain aktiviti yang diperlukan oleh Majlis Program GENIUS atau mana-mana pihak berdasarkan keperluan semasa. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) telah memeterai Perjanjian Persefahaman (MOU) bersama pihak Bahagian Genius KPM yang merangkumi skop kerjasama seperti : 3


04 OKTOBER 2022 SEKALUNG TAHNIAH PENARAFAN EMAS KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Awam ke 16 anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam mempamer dan mempromosikan projek yang dipertandingkan iaitu Projek MySCREEN NCDRC. Syabas dan tahniah diucapkan buat Kumpulan DREAM (NCDRC) iaitu Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa (ketua), Dr. Nurul Hasyimah Mat Rani (fasilitator), Pn. Shahaniza Shamsuddin, Siti Sarah Ahmad Zubdi, En. Eimiza Faisha Azmi, Izni Mohd Daud, Norzuliati Zubir yang telah dianugerahkan penarafan EMAS bagi projek KIK sempena Majlis Penyampaian Hadiah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Awam di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor. Semoga projek ini dapat memberi penjanaan idea baharu dan membawa perubahan berimpak tinggi khususnya terhadap kesejahteraan kanakkanak di Malaysia. 4


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanakkanak Negara (NCDRC) dipilih sebagai universiti pertama untuk berkolaborasi dengan The World Bank Group dalam melaksanakan penyelidikan berkaitan asuhan dan didikan kanakkanak dalam konteks pembangunan inklusif dan kelestarian kewangan selain inisiatif yang diambil kedua-dua pihak bertujuan membantu dalam memberi pemahaman kepada komuniti dan negara berkaitan isu serta cabaran asuhan dan didikan kanak-kanak di Malaysia. UPSI akan membantu The World Bank melengkapkan laporan mengenai kanak-kanak dan pusat asuhan di samping penyelidikan kuantitatif tentang penentuan akses awal pendidikan kanak-kanak untuk isi rumah berpendapatan rendah berdasarkan data daripada Pusat Data Kanak-kanak Kebangsaan (NCDC) yang dibangunkan oleh NCDRC. Sehingga kini, NCDC berjaya merekodkan 74,292 kanak-kanak, 21,626 pendidik dan 4,731 pusat asuhan di Malaysia. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin Bin Md Taff mewakili UPSI dan Dr. Yasuhiko Matsuda, Pengurus The World Bank Group Inclusive Growth and Sustainable Finance Hub Rantau Asia untuk Malaysia telah bersetuju untuk menandatangi surat perjanjian sebagai detik permulaan kerjasama di peringkat antarabangsa ini di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia,Kuala Lumpur Turut hadir adalah Profesor Ts. Dr. Suriani Abu Bakar selaku Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPSI diiringi Pengarah NCDRC iaitu, Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa, para penyelidik NCDRC dan pakar ekonomi dari World Bank bagi menyaksikan kerjasama bersejarah ini. 26 SEPTEMBER 2022 IKATAN KERJASAMA NCDRC UPSI & THEWORLD BANK GROUP 5


PAMERAN DAN JUALAN PRODUK NCDRC 25 Ogos 2022 | Mranti Supercharger Series, Bukit Jalil, Kuala Lumpur 24 September 2022 | Festival STEM 2022 (STEMfest@UPSI), UPSI 5 Oktober 2022 | Majlis Anugerah Bitara Penyelidikan & Inovasi AURA, UPSI 6


PAMERAN DAN JUALAN PRODUK NCDRC 31 Oktober - 3 November 2022 | Pesta Buku UPSI & Fiesta Buku Muallim 2022 15 - 16 Disember 2022 | 2nd International Early Childhood Conference, UPSI 23 November 2022 | Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Kanak-kanak Kebangsaan Peringkat Negeri Perak,UPSI 7


LAWATAN KERJA KE NCDRC 09 OGOS 2022 BAHAGIAN PEMAKANAN JABATAN KESIHATAN AWAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM), PUTRAJAYA 29 OGOS 2022 UNIVERSITAS MUHAMMADIAH SUMATERA UTARA (UMSU), INDONESIA 8


CITY UNIVERSITY MALAYSIA PETALING JAYA, SELANGOR 20 SEPTEMBER 2022 LAWATAN KERJA KE NCDRC 20 SEPTEMBER 2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR 9


UNIVERSITI POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR (KUPTM) DI BAWAH SELIAAN FAKULTI PENDIDIKAN, KEMANUSIAAN & SASTERA (FEHA) 27 SEPTEMBER 2022 LAWATAN KERJA KE NCDRC 28 SEPTEMBER 2022 UNIVERSITAS MATARAM INDONESIA 10


SRIKANDI HASIL DAN TASKA HASIL, CYBERJAYA 04 OKTOBER 2022 LAWATAN KERJA KE NCDRC 05 OKTOBER 2022 TASKA HOSPITAL TUANKU MUKHRIZ UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM), BANGI 11


WORLD FORUM FOUNDATION & NAECCEM 03 NOVEMBER 2022 LAWATAN KERJA KE NCDRC PELAJAR SKTIP TAMAN SISWA BIMA LOMBOK, INDONESIA 25 NOVEMBER 2022 12


LAWATAN KERJA KE NCDRC 21 DISEMBER 2022 JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) & JABATAN KERJA RAYA (JKR) PUTRAJAYA 22 DISEMBER 2022 PELAJAR PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PESISIR) KUMPULAN A FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA (FPM) 13


TEAMBUILDING NCDRC 2022 RISDA ECOPARK ULU SLIM PERAK 6-9 SEPTEMBER 2022 JUNGLE TRACKING & FLYING FOX 14


TEAMBUILDING NCDRC 2022 RISDA ECOPARK ULU SLIM PERAK 6-9 SEPTEMBER 2022 sesi BERSAMA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UPSI & YBRS. Prof. Dr. Norkhalid Salimin (TNCHEPA UPSI) 15


6-9 SEPTEMBER 2022 16 TEAMBUILDING NCDRC 2022 , RISDA ECOPARK ULU SLIM PERAK


sambutan hari kanakkanak kebangsaan (peringkat negeri perak) 2022 BULETIN NCDRC 2022 17


majlis perasmian SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2022 26 OKTOBER 2022 Dalam usaha menyokong program-program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan terutamanya berkaitan kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui NCDRC mengambil inisiatif menganjurkan Sambutan Hari Kanak-kanak Kebangsaan 2022 Peringkat UPSI bermula 17 Oktober 2021 hingga 22 November 2022. Program ini juga selari dengan Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat Kebangsaan 2022 bertemakan “Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Anak-Anak”. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Wan Norashikin Binti Wan Noordin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita & Keluarga, Kebajikan Masyarakat Dan NGO, turut hadir bersama Profesor Dr. Suriani binti Abu Bakar Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPSI, Profesor Madya Dr. Mazlina binti Che Mustafa, Pengarah, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara, YBrs. Puan Srihartini Mohamed Shamsudin, Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) dan YBrs. Pn. Nor Tipah Majin, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Perak. Aktiviti Kids Fashion Show dan Family Fun Walk juga diadakan pada sebelah pagi dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan iaitu disertai seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak, ibu bapa, guru-guru, pengiring dari seluruh Negeri Perak dan Malaysia. Pelajar UPSI juga tidak ketinggalan melibatkan diri sebagai peserta dan juga sukarelawan bagi meraikan Majlis Perasmian Pembukaan Sambutan Hari Kanak-kanak Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Perak. 18


MINGGU PERTAMA : S.T.E.M SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK KEBANGSAAN 2022 17-21 OKTOBER 2022 19


MINGGU KEDUA : SENI & KRAF SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK KEBANGSAAN 2022 25-30 OKTOBER 2022 Bengkel Puppet oleh Prof. Madya Dr. Loy Chee Luen, Pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) Bengkel Teknik Bercerita bersama Puan Ummi Sham Bengkel Mencipta Lagu Kanak-Kanak bersama Prof. Madya Dr. Abdul Halim Masnan, Penyelaras NCDRC / Pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) 20


MINGGU KEDUA : SENI & KRAF SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK KEBANGSAAN 2022 25-30 OKTOBER 2022 Bengkel Therapeutic Drawing oleh Dr. Elis Syuhaila Mokhtar, Pensyarah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) Bengkel Biblioterapi oleh Pn. Rafidah Abdul Aziz Bengkel Kamishibai (Kertas Drama) oleh Pn. Mazni Md Ramly 21


MINGGU KEtiga : KESIHATAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK KEBANGSAAN 2022 25-30 OKTOBER 2022 Program Derma Darah dengan kerjasama Hospital Slim River Program Saringan Kesihatan ANMS dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Batang Padang dan Pejabat Kesihatan Muallim Kempen Promosi Pergigian dengan kerjasama Pusat Kesihatan UPSI 22


MINGGU KEtiga : KESIHATAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK KEBANGSAAN 2022 25-30 OKTOBER 2022 Webinar Sembang Ilmu : Peranan Lelaki Dalam Pembentukan Keluarga oleh En. Mohamad Nor Zakuan Abdul Rashid (Peg. Perkhidmatan Pendidikan NCDRC) Ustaz Mohd Naim Mohamad (PPD Mualim), Pn. Risha Rajendran (Penterjemah) dan moderator, En. Muhamad Ghazawi Zulkarnain, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bicara Santai Pendidikan Seksual, Sayangi Diri : Pengantunan Kanak-Kanak oleh Pn. Nor Firdous Mohamed, Pensyarah Psikologi Klinikal dan En. Muhamad Fairul Badry, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat 23


MINGGU KEempat : permainan SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK KEBANGSAAN 2022 25-30 OKTOBER 2022 Webinar : Kepentingan Bermain Dalam Pembelajaran Kanak-Kanak Program Senam Tari bersama Cikgu Shahirwan (SK Sungai Kepar) Acara Sukaneka Kanak-Kanak Tadika dan Prasekolah Perak 24


MINGGU KEempat : permainan SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK KEBANGSAAN 2022 25-30 OKTOBER 2022 Pertandingan Menghias Bento Kanak-kanak Pertandingan Beyblade, Congkak, Teng-teng dan Guli Acara Magic Show bersama Fakhrul Ramadhan 25


MINGGU KElima : pekerjaan SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK KEBANGSAAN 2022 25-30 OKTOBER 2022 Program Keselamatan dan Latihan Pencegahan Kebakaran oleh anggota Balai Bomba & Penyelamat Tanjung Malim Pertandingan Peragaan Pakaian Cilik bertemakan 'Cita-Cita Saya' Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak 4-6 tahun 26


MINGGU KElima : pekerjaan SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK KEBANGSAAN 2022 25-30 OKTOBER 2022 Bengkel Coding For Kids bersama YBrs. Dr. Hafizul Fahri Bin Hanafi, Pensyarah Fakulti Seni, Komputeran Dan Industri Kreatif (FSKIK) UPSI Usahawan Cilik yang terdiri daripada kanak-kanak Taska & Tadika NCDRC Ceramah Kesedaran : Keselamatan dan Penderaan Kanak-Kanak (Lindungi Kanak-Kanak) oleh Dr. Luqman Al-Bashir Mohammed Fauzi, Pegawai Perubatan Epidiologi II, PKD Muallim 27


MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2022 23 NOVEMBER 2022 Sambutan Gilang-gemilang Majlis Penutup Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Peringkat Negeri Perak telah diadakan di Dewan SITC, UPSI dan dirasmikan oleh YB Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot Ketua Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Turut dihadiri, YBrs. Puan Nor Tipah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak dan diiringi oleh pengurusan tertinggi UPSI yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Md. Amin Md. Taff Naib Canselor UPSI. Selain perasmian sistem MyKids UPSI, YB Dato’ Shaharudin turut menyampaikan dua anugerah iaitu Anugerah Tokoh Kanak-Kanak (Kategori OKU) dan Anugerah Tokoh Kanak-Kanak (Akademik) Mengangkat tema “Keterangkuman dan Kepelbagaian untuk Setiap Kanak-kanak”, majlis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Nor Tipah Majin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Profesor Dr. Suriani Abu Bakar. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Profesor Dr. Norkhalid Salimin turut dimeriahkan lagi dengan pameran inovasi, gerai usahawan cilik, persembahan tarian kanak-kanak, persembahan silat tarian dan ucapan daripada wakil Kanak-kanak Perak, adik Ahmad Faizzuddin Muhaimin Ahmad Kamari daripada Sekolah Menengah Agama Maahad AlAziz, Parit. Program kerjasama antara UPSI, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK PERAK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak merupakan salah satu usaha menyokong objektif Hari KanakKanak Sedunia sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak seluruh dunia. 28


KANAK-KANAK TADIKA NCDRC MENYERTAI PERTANDINGAN PERAGAAN & NYANYIAN 26 NOVEMBER 2022 ANJURAN MAJLIS MAHASISWA KEDIAMAN LUAR UPSI 29


MAJLIS APRESIASI GRADUAN NCDRC SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN UPSI KALI KE 24 3 DISEMBER 2022 Pihak NCDRC telah mengadakan Majlis Apresiasi Graduan NCDRC Sempena Istiadat Konvokesyen UPSI Kali Ke -24 bertempat di Dewan Jauhar NCDRC.Pihak NCDRC mengucapkan sekalung syabas dan tahniah kepada semua graduan NCDRC iaitu Dr. Suwardi Jamal, Dr. Khusnidar Muhammad Daud, Dr. Thang Ying Fong, Dr. Roslin Francis, Dr. Jamilah Mohd Basir, Dr. Haiza Hayati Baharudin dan Dr. Chan Yi Bing. Semoga terus cemerlang dan selamat maju jaya. 30


2ND INTERNATIONAL EARLY CHILDHOOD CARE & EDUCATION CONFERENCE (IECCEC) 2022 BULETIN NCDRC 2022 31


2ND INTERNATIONAL EARLY CHILDHOOD CARE & EDUCATION CONFERENCE (IECCEC) 2022 15 & 16 DISEMBER 2022 UPSI melalui Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) telah mengadakan persidangan antarabangsa yang dikenali sebagai 2nd International Early Childhood Care and Education (IECCEC) 2022. Program selama dua hari yang bertempat di Pusat Latihan Hospitaliti, Scholar Suites, UPSI ini merupakan salah satu program meraikan sambutan 100 tahun penubuhan SITC-MPSI-IPSI-UPSI. Persidangan yang dilaksanakan secara hibrid (bersemuka dan dalam talian) ini bertujuan memberi penekanan tentang pentingnya asuhan, didikan dan perkembangan kanak-kanak termasuk kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu, tema “Paving the Future: Assuring Quality, Leading Innovations & Promoting Creativity” telah dipilih untuk menunjukkan keprihatinan UPSI terhadap amalan terbaik dalam bidang asuhan dan didikan kanak-kanak. Seramai 115 orang telah menyertai persidangan ini dan 53 orang terlibat sebagai pembentang kertas kerja. Penyertaan bukan sahaja mendapat sambutan daripada agensi dan institusi pendidikan di Malaysia malah dari pelbagai negara seperti Singapura, Indonesia, Afrika, dan lainlain lagi. Pembentang dan artikel terbaik juga diberikan kepada Dr. Nurul Khairani Ismail (Universiti Pendidikan sultan idris), Dr. Juppri Bacotang (Universiti Malaysia Sabah), Cherry Justine Chie (National Institute of Education Singapore) dan Prof. Madya Dr. Gurdip Kaur Saminder Singh (Unitar International University).Pakar dari dalam dan luar negara iaitu Prof. Branislav Pupala (Trnava University, Slovakia), Prof. Dr. Loh Sau Cheong ( Universiti Malaya), Dr. Primatia Yogi Wulandari (Airlangga Universiti Surabaya Indonesia) dan Dr. Zahirah Filzah (Pakar Perunding Pediatrik, Hospital Sungai Buloh turut dijemput bagi berkongsi pengetahuan dalam bidang kepakaran masing-masing. Perbincangan Meja Bulat Antarabangsa turut diadakan sempena persidangan ini dengan menghimpunkan pakar dan pihak berkepentingan bagi membincangkan pendidikan inklusif & kepelbagaian dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas. Persidangan ini dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Azmi Mohamed, Pengarah Jabatan Strategik UPSI dan turut diserikan dengan persembahan dan demontrasi boneka daripada Prof. Madya Dr. Loy Chee Luen (Universiti Pendidikan Sultan Idris), Andrea Anna-Maria Schlemmer (Annafabuli Shadow Theatre Germany), Nimit Pipitkul dan Piewnam Chalermyart (Semathai Marionette Foundation Arts for Sosial, Thailand). Persidangan antarabangsa ini adalah usaha cemerlang UPSI dalam menyediakan platform penting untuk perbincangan dan perkongsian ilmu untuk membangunkan idea dan amalan baharu yang boleh disesuaikan untuk kanak-kanak. Namun, bagi merintis masa depan, memperkasakan kualiti asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak, bukan sahaja UPSI malah semua agensi yang berkaitan dengan ECCE harus bekerjsama dalam memastikan objektif yang disasarkan tercapai”. Pengarah NCDRC, Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa juga berkata bahawa persidangan antarabangsa ini telah membuka peluang antara UPSI dengan institusi pendidikan antarabangsa seperti Nanyang Technological University (NTU), Singapura dan Airlangga University untuk bekerjasama pada masa akan datang terutamanya dalam aktiviti penyelidikan, latihan, penerbitan dan lain-lain berkaitan asuhan, didikan dan perkembangan kanak-kanak. 32


15 & 16 disember 2022 2ND INTERNATIONAL EARLY CHILDHOOD CARE & EDUCATION CONFERENCE (IECCEC) 2022 33


15 & 16 disember 2022 2ND INTERNATIONAL EARLY CHILDHOOD CARE & EDUCATION CONFERENCE (IECCEC) 2022 34


TOMORROW'SWOMEN ENTREPRENEURSHIP IN THE EDUCATION INDUSTRY 2022 Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui NCDRC telah diberi peluang untuk bekerjasama sebagai Rakan Kolaborasi Eksklusif dengan Persatuan Pengusaha Pendidikan Swasta Malaysia (PEEAM) dengan mengadakan ‘Program Keusahawanan Wanita dalam Industri Pendidikan (PKWDIP), TOMORROW'S WOMEN ENTREPRENEURSHIP IN THE EDUCATION INDUSTRY 2022. Program tersebut di adakan pada 18 Disember 2022 (Ahad) bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza. Seminar ini turut disertai oleh pelbagai badan kerajaan, universiti dan sektor pendidikan swasta. Antara badan yg terlibat KPM, JKM, TEKUN,PERNAS, KUSKOP, EDUWIS dan Universiti SEGI. Berkongsi. Seminar ini turut menampilkan pemimpin industri dan individu yang memberi inspirasi untuk merangkumi pelbagai topik berkaitan keusahawanan dalam industri pendidikan. Selain itu, perkongsian maklumat turut diberikan berkaitan dana dan peluang untuk menjadi usahawan berjaya dalam pendidikan dan pengasuhan awal kanak- kanak. Pengarah NCDRC Prof. Madya Dr Mazlina Che Mustafa juga dijemput sebagai penceramah seminar tersebut. Program perkongsian ilmu turut disampaikan oleh Dato Freida Pilus, pengasas Cempaka School yg berkongsi pengalaman beliau hampir 40 tahun dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan berkualti bertaraf antarabangsa. Selain itu, terdapat aktiviti pameran berkaitan produk dan pendaftaran taska dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan iaitu disertai seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa, guru-guru, dan komuniti dari pelbagai agensi. Pelajar UPSI juga tidak ketinggalan melibatkan diri sebagai peserta dan juga sukarelawan bagi meraikan seminar tersebut. Penutup seminar telah diserikan dengan persembahan Drum Circle oleh Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Masnan dan kakitangan NCDRC. 19 DISEMBER 2022 BULETIN NCDRC 2022 35


TASKA PERMATA UPSI Perkembangan Estetika & Kreativiti Perkembangan Kognitif Perkembangan Bahasa Perkembangan Fizikal Perkembangan Sosial Emosi 36


EXPLORING SNOWFLAKE Projek salji tiruan sangat menarik untuk dibuat bersama kanak-kanak. Hal ini kerana tiada salji di Malaysia. Selain dapat memperkenalkan salji, kanak-kanak juga belajar mengenai cuaca, deria, warna dan banyak lagi. Aktiviti salji tiruan ini dapat meningkatkan sensori sentuhan dan meransang minda untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif. Selain itu, salji tiruan yang dibuat menggunakan bahan yang terdapat di rumah seperti soda bikarbonat dan perapi rambut juga mempunyai tekstur seakan salji yang betul kerana iainya bersifat ringan, sejuk dan lembut. Aktiviti seperti ini dapat meningkatkan tahap keyakinan kanak-kanak kecil untuk memegang sesuatu yang lembut dan sejuk serta mengurangkan rasa takut atau geli. BABY ROSE 37 Cikgu Wani pg waheeda pg anis pg dayana


ANATOMY OF CHICKEN Pendidik 1 Daisy menjalankan aktivti penerokaan dengan melakukan penyiasatan terhadap seekor ayam. Kanak-kanak sangat teruja dengan aktiviti yang dijalankan di mana kanak-kanak diberikan kesempatan untuk menyentuh, melihat serta memerhati bahagian-bahagian ayam. Kanakkanak juga turut didedahkan dengan aktiviti “Little Chef” dengan menghasilkan hidangan (ayam madu) selepas proses mengenal bahagian-bahagian ayam. Selain daripada penerokaan, kanak-kanak pada peringkat awal memerlukan galakkan daripada pendidik dan orang dewasa dalam memenuhi perkembangan bahasa mereka pada peringkat awal dengan aktiviti yang menarik. Melalui aktiviti yang dijalankan, kanakkanak belajar menyebut perkataan yang baharu secara tidak langsung melalui sebutan semasa proses penyiasatan dijalankan. 1 DAISY 38 Cikgu husmi pg melati pg izzati pg iffah


ALBUM ALAM SEMULAJADI Meneroka alam semulajadi dan ini dapat menerapkan nilai menyayangi alam sekitar dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak 2 Dahlia tidak ketinggalan dalam menghasilkan bahan daripada alam semulajadi iaitu 'Album Alam Semulajadi'. Dengan pemantauan pendidik, kanak-kanak membuat penerokaan dengan mengutip dan mengumpul bahan seperti daun, ranting dan bunga di sekitar kelas untuk menghasilkan album mengikut kreativiti kanak-kanak. Selain itu kanakkanak juga dapat belajar secara berperingkat untuk menghargai alam ini. Meneroka dunia dalam dan luar (dengan pengawasan & pemantauan pendidik/orang dewasa) adalah penting untuk perkembangan emosi, sosial dan fizikal kanak-kanak. Mereka juga dapat mempelajari lebih lanjut tentang alam dunia dan cara ia berfungsi. 2 DAHLIA 39 Cikgu zatil pg nadia pg suhadah


LIGHT, CAMERA, ACTION! 3 IRIS Cikgu sharizad pg sarah Kanak-kanak 3 Iris diberi peluang untuk memakai peragaan mengikut minat dan kreativiti masing-masing. Majlis ini mendapat sambutan dan kerjasama yang baik daripada ibu bapa dan ahli keluarga 3 Iris. Selain aktiviti peragaan, kanak-kanak juga dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat yang disediakan oleh pendidik dan juga para ibu bapa bagi meraikan anak-anak yang dikasihi. Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian kanak-kanak seperti kemahiran bersosial, bekerjasama dalam kumpulan, mengambil giliran, menanam sifat yakin dan berani dapat diterapkan dan dipertingkatkan. Selain itu, kanak-kanak juga mempelajari watak-watak yang dilihat dalam sesebuah cerita yang pernah dibaca atau dipertontonkan. Objektif utama majlis pakaian beragam ini adalah untuk menerapkan sifat berani dan yakin dalam diri kanak-kanak untuk keluar ke hadapan dan berani menonjolkan diri di hadapan khayalak ramai. 40 pg sakinah


KANGKUNG PASU 3 AZALEA Kanak-kanak 3 Azalea telah melaksanakan projek tanaman sayur kangkung dalam pasu. Projek ini berasal dari aktiviti pertumbuhan pokok iaitu daripada biji benih kepada pertumbuhan pokok. Setelah melakukan semaian hampir 3 minggu, akhirnya kanak-kanak mula dapat melihat percambahan biji benih kangkung ke anak pokok. Selain itu, pokok kangkung juga perlu kerap disiram agar tanah sentiasa lembab dan jika kering tumbesaran pokok akan mula terbantut atau mati. Seterusnya proses mengalihkan anak pokok ke dalam pasu. Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Irawati binti Othman dari Fakulti Sains Matematik atas sumbangan biji benih kangkung. Cikgu NAZIROH 41 PG ZUHAIRAH pg faiz


SNOW PARTY ! Wahh seronoknya "Snow Party" ! Kanak-kanak 4 Tulip berpeluang merasai sendiri suasana bermain salji. Aktiviti ini telah mendapat kerjasama serta sokongan oleh ibu ayah mereka apabila menyediakan pakaian seperti baju sejuk, sarung tangan dan stokin tebal kepada anak-anak. Selain itu, kanakkanak 4 Tulip juga menghasilkan beberapa kraf yang bersesuaian pada musim salji dengan bimbingan guru kelas. Melalui "Snow Party" ini juga kanak-kanak 4 Tulip dapat belajar mengenai suasana musim sejuk dan persekitaran. 4 TULIP 42 Cikgu zakuan pg shaza pg najwa


YUMMY..SEDAPNYA... Kanak-kanak sangat suka bermain. Salah satu aktiviti kanak-kanak 4 Rafflesia adalah aktiviti memasak. Aktiviti memasak bukan sahaja menyeronokkan malah banyak kelebihan dalam aktiviti bermain antaranya : 1.Meningkatkan kemahiran bahasa. Semasa aktiviti ini, kanak-kanak menyebut bahan yang digunakan dalam membuat muffin tersebut. 2. Memperkenalkan nombor dan ukuran. Kanak-kanak menyukat bahanbahan dalam membuat adunan muffin tersebut. Kanak-kanak dapat mempelajari sukatan, contohnya 2 cawan tepung, 5 sudu minyak dan sebagainya. 3. Meningkatkan fokus dan perhatian semasa aktiviti ini, kanak-kanak memberi tumpuan dan perhatian setiap bahan dan langkah-langkah dalam pembuatan adunan muffin. 4. Meningkatkan kreativiti semasa aktiviti memasak. Kanak-kanak boleh menghias muffin mengikut kreativiti mereka. 4 RAFFLESIA 43 Cikgu norelme pg azura pg farah


TADIKA BITARA UPSI Perkembangan Estetika & Kreativiti Perkembangan Kognitif Perkembangan Bahasa Perkembangan Fizikal Perkembangan Sosial Emosi 44


Click to View FlipBook Version