Pada 8 Disember 2022, kanak-kanak 5 Aster berpeluang pergi ke pesta konvokesyen ke-24 UPSI. Kanak-kanak berpeluang membeli makanan dan minuman kegemaran mereka, melawat gerai-gerai jualan dan mereka juga dapat melawat ke Bro’s Zoo. Di Bro’s Zoo kanak-kanak dapat melihat dan menyentuh sendiri haiwan-haiwan yang terdapat disitu. Ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat kanak-kanak. Aktiviti luar dapat memberi banyak kebaikan kepada proses pembelajaran kanak-kanak. Aktiviti luar ini juga memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan lebih dekat berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan. Selain itu kanak-kanak dapat berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dengan rakan dan juga guru. Persekitaran luar akan merangsang perasaan ingin tahu dan kemahiran berfikir kanak-kanak. Kanak-kanak boleh membuat banyak pemerhatian sendiri. Mereka boleh mencuba idea baru dan mendapat pelbagai pengetahuan daripada pemerhatian dan percubaannya. JOM JALAN-JALAN DI PESTA KONVOKESYEN-24 UPSI 5 ASTER 45 Cikgu shazira pg ashikin
PICNIC TIME ! Jom kita berkelah! Kanak-kanak 5 Orkid melakukan aktiviti berkelah bersama kawan-kawan di taman yang melibatkan Tunjang Kemanusiaan, iaitu mereka mendapat pendedahan dengan persekitaran alam flora. Melalui aktiviti berkelah ini, kanak-kanak juga dapat menerapkan nilai-nilai murni serta memupuk sifat sayangi alam semulajadi dalam diri kanakkanak. Selain dapat menikmati makanan di taman, kanak- kanak juga dapat belajar megenai menjaga kebersihan alam sekitar. 5 ORKID 46 Cikgu azura pg Noorasyikin
BEEF LASAGNA Aktiviti kanak-kanak 5 Jasmine adalah menghasilkan menu istimewa iaitu 'Beef Lasagna' melalui proses mengenali bahan-bahan yang digunakan, proses penghasilan dan memasak. Aktiviti memasak bersama kanak-kanak menyumbang kepada pelbagai manfaat yang membantu mereka secara menyeluruh terhadap perkembangan yang diperlukan. Antaranya adalah seperti perkembangan; Sosial-Emosi: Aktiviti memasak secara 'hands-on' membantu kanak-kanak mengembangkan keyakinan dan kemahiran. Fizikal: Kemahiran koordinasi motor halus dan mata-tangan berkembang dengan mencincang, mengadun dan memicit. Kognitif: Memasak menggalakkan pemikiran, penyelesaian masalah dan kreativiti kanak-kanak. Bahasa: Menggalakkan kanak-kanak bercakap tentang apa yang mereka lakukan seperti mengira dan melihat bahan berubah warna, tekstur dan bentuk. 5 JASMINE 47 Cikgu aniyah pg maziah
TERIMA KASIH DOKTOR Apa ada dalam perut mama? Bagaimana adik makan dan minum dalam perut mama? Antara persoalan yang diajukan oleh kanak-kanak 6 Lavender. Perasaan ingin tahu yang tinggi mendorong kanak-kanak untuk menyiasat dan mengetahui proses sebenar yang berlaku. Lawatan sambil belajar ke Klinik Anda, Slim River, doktor pakar telah menjawab persoalan kanak-kanak berkaitan proses perkembangan janin dalam rahim ibu. Terima kasih buat doktor dan kakitangan Klinik Anda di atas layanan yang sangat baik. Selain itu, mereka juga memberi penerangan yang jelas melalui pengalaman yang bermakna untuk kanak-kanak mempelajari proses perkembangan janin di dalam rahim ibu. 6 LAVENDER 48 Cikgu aida pg hashimah
LITTLE BUDDIES CAMP Aktiviti perkhemahan ini telah dirancang oleh kanak-kanak 6 Hibiscus dengan bimbingan guru kelas. Sebelum memulakan aktiviti, kanak-kanak telah membuat perancangan dan perbincangan awal tentang aktiviti yang akan dijalankan semasa aktiviti perkhemahan nanti. Kanak-kanak telah memilih untuk melakukan aktiviti memasak dan memasang khemah. Kanakkanak dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan menyenaraikan menu yang akan di sediakan, menyenaraikan keperluan barang dan membuat pembahagian tugas kepada ahli kumpulan masingmasing. Pada hari perkhemahan, kanak-kanak bersama-sama memasang khemah kemudian duduk di dalam kumpulan masing-masing untuk menyediakan menu makanan. Kanak-kanak sangat teruja dan gembira dapat menjalankan aktiviti perkhemahan ini. 6 HIBISCUS 49 Cikgu mimi pg farah
MUZIUM ZOOLOGI Kanak-kanak 6 Carnation bersama guru pembimbing telah mengadakan lawatan ke Muzium Zoologi yang bertempat di Fakulti Sains dan Matematik, UPSI. Aktiviti ini melibatkan Tunjang Sains Awal, iaitu kanakkanak diberikan pendedahan mengenai habitat serangga dan haiwan. Kanak-kanak begitu teruja kerana dapat melihat pelbagai jenis serangga dan haiwan yang jarang dijumpai di persekitaran. Selain itu, kanak-kanak juga diberi peluang untuk menghasilkan 'key chain' serangga serta dapat belajar mengenal nama-nama serangga dan haiwan dengan betul. 6 CARNATION 50 Cikgu rozita pg syahadat
NCDRC@BERITA AKHBAR E Pena UPSI | 2 Julai 2022 E Pena UPSI | 2 Julai 2022 E Pena UPSI | 29 Ogos 2022 E Pena UPSI | 23 Ogos 2022 E Pena UPSI & Editor Malaysia| 06 September 2022 E Pena UPSI,Suara Merdeka, Kosmo, Harian Metro, Astro Awani | 28 September 2022 Pena UPSI | 03 November 2022 E Pena UPSI | 08 November 2022 E Pena UPSI | 15 Disember 2022 E Pena UPSI | 2 9 Disember 2022 E Pena UPSI | 30 Disember 2022 51 https://www.epena.com.my/ Layari Berita NCDRC Terkini Secara Digital di E-Pena UPSI
52 BULETIN NCDRC 2022
53 BULETIN NCDRC 2022 JURNAL TERBITAN NCDRC Format Penulisan · Tajuk Artikel (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris) · Nama Penulis · Alamat Penuh · Emel · Abstrak (Bahasa Melayu) · Kata Kunci · Abstract (Bahasa Inggeris) · Keywords · Pengenalan · Metodologi · Dapatan Kajian · Perbincangan danImplikasi Kajian · Kesimpulan · Penghargaan · Rujukan (Mengikut Format APA - 5 Tahun Terkini) Panduan dan penghantaran artikel adalah melalui website: http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK JURNAL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KEBANGSAAN (JPAKK) SOUTHEAST ASIA EARLY CHILDHOOD JOURNAL (SAECJ) Writing Format ·Tittle ·Author Name ·Full Address ·Email ·Abstract & Keywords ·Introduction ·Methodology ·Results ·Discussion and Implications ·Conclusion ·Acknowledgement ·References (American Psychological Association (APA) Article submission is through the official website: http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/SAECJ
54 BULETIN NCDRC 2022
55 BULETIN NCDRC 2022
56 BULETIN NCDRC 2022
manjaku pintar_parenting tips 57 BULETIN NCDRC 2022
manjaku pintar_parenting tips 58 BULETIN NCDRC 2022
manjaku pintar_parenting tips 59 BULETIN NCDRC 2022
Unit Penerbitan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim, Perak. 015-4879 7137 www.ncdrc.edu.my [email protected] NCDRC UPSI Page ncdrc_upsi06 NCDRC UPSI ncdrc