The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NCDRC UPSI, 2021-08-15 21:32:28

Modul Bijak Bercerita

Modul Bijak Bercerita

Modul

Bijak Bercerita

Penulis:
Nur Farrah Najiehah Rosili
Wan Nur Diyana Fajrina Wan Deris

Siti Norapiza Roslan
Hasni Azila Mat Hassan
Subahshini Panjaseiyam

Penasihat:
Dr. Juppri Bacotang

Modul Bijak Bercerita

Edisi Pertama 2021
© Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara 2021

Hak cipta terpelihara.
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran
atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar, serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara.

Diterbitkan di Malaysia oleh
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Tel: 015-4879 7137
Laman sesawang: ncdrc.upsi.edu.my
E-mel: [email protected], [email protected]

E-ISBN: 978-967-2484-24-0

PRAKATA

Setinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Modul Bijak Bercerita dapat diterbitkan dengan
jayanya.

Saya selaku penasihat bagi penerbitan modul ini mengucapkan tahniah kepada pelajar Sarjana
Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak), Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) kerana telah berjaya menulis modul ini. Penerbitan modul ini merupakan salah satu tugasan bagi kursus
KAB60204 Perkembangan Kemahiran Bahasa dan Literasi Kanak-kanak bagi Semester 2 Sesi 2020/2021
(M202). Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak
Negara, UPSI kerana sudi menerbitkan modul ini.

Modul ini dibina bagi membolehkan ibu bapa dan pendidik membantu kanak-kanak menguasai
kefahaman naratif dengan baik. Cadangan aktiviti disusun mengikut aras kebolehan kanak-kanak bermula
daripada aktiviti yang mudah kepada aktiviti yang sukar. Modul ini mempunyai keluwesan di mana cadangan
aktiviti boleh diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian latar belakang kanak-kanak. Persekitaran yang
kondusif dan cara serta bimbingan yang positif dapat membantu kanak-kanak menguasai kefahaman naratif.

Semoga perkongsian ini menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua. “Selamat menelaah ilmu.”

Dr. Juppri Bacotang
Pensyarah Kanan
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI

SENARAI KANDUNGAN

BIL. P E RKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1
2.0 Matlamat 5
3.0 Objektif 6
4.0 Senarai Aktiviti 7
5.0 Panduan Pengguna 10
6.0 Aktiviti 1: Pasir Oh Pasir 13
7.0 Aktiviti 2: Kisah Merpati dan Semut 18
8.0 Aktiviti 3: Tikus yang Berani 27
9.0 Aktiviti 4: Kucing Ani yang Comel 37
10.0 Aktiviti 5: Apa yang Saya Perlu Buat? 45

BIL. P E RKARA MUKA SURAT

11.0 Aktiviti 6: Siapa Saya? 53
12.0 Aktiviti 7: Kereta Merah 58
13.0 Aktiviti 8: Pasar Buah-buahan 65
14.0 Aktiviti 9: Si Zirafah dan Si Badak 72
15.0 Aktiviti 10: Tikus Bermesyuarat 82

PENGENALAN

Pendidikan merupakan perkara yang berkait rapat dengan semua pemegang taruh
sama ada ibu bapa, pendidik, komuniti, dan negara. Ini memerlukan persefahaman
terutamanya antara ibu bapa dengan pendidik untuk menyiapkan kanak-kanak
dalam pendidikan. Namun, sistem pendidikan kini telah mengalami perubahan
besar akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Covid-9
meningkatkan keperluan norma baharu dalam sistem pendidikan, iaitu
pembelajaran dalam talian. Pembelajaran dalam talian sekali gus memberi
kesukaran kepada ibu bapa dan pendidik untuk memantau pelajaran kanak-kanak.
Hal ini memaksa warga pendidik untuk memfokuskan prosedur pemantauan untuk
menilai keberkesanan, kecekapan dan kemampuannya dalam memastikan kanak-
kanak tidak ketinggalan.

1

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, ada
dinyatakan bahawa setiap murid perlu mendapat akses kepada pendidikan untuk
mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan.

Oleh itu, Modul Bijak Bercerita ini dibangunkan bagi merealisasikan apa
yang telah ditetapkan dalam PPPM 2013-2025. Modul ini mengaplikasikan
anjakan ke-6, ke-7, ke-8 dan ke-9 dalam PPPM 2013-2025. Anjakan yang
dimaksudkan ialah:

2

Kefahaman merupakan proses pendapatkan makna daripada komunikasi 3
sama ada melalui lisan, tulisan atau lambang-lambang yang tertentu. Bagi kanak-
kanak yang belum memperoleh kemahiran membaca, mereka memperoleh idea
dan konsep melalui interaksi antara individu dan kemahiran mendengar.
Manakala, bagi kanak-kanak yang telah memperolehi kemahiran membaca,
mereka membina idea dan konsep melalui interaksi dengan perkataan dalam
teks.

Kefahaman naratif merujuk kepada proses membina makna daripada aksi,
pertuturan, dan teks dalam cerita dengan menghubungkan idea daripada cerita
dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada, menceritakan semula jalan
cerita dan mengetahui perkataan baharu untuk memahami konsep tertentu.

Modul ini dibina khusus untuk kanak-kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun. 4
Modul ini adalah selaras dengan keperluan dalam Kurikulum PERMATA Negara
terutamanya dalam bidang Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal.
Ini bermakna, modul ini dapat dijadikan sumber tambahan kepada ibu bapa dan
pendidik dalam meningkatkan kemahiran literasi awal kanak-kanak.

Akhir kata, semoga modul ini bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang
menggunakannya. Sekian, terima kasih.

Penulis:
Nur Farrah Najiehah Rosili, Wan Nur Diyana Fajrina Wan Deris, Siti Norapiza
Roslan, Hasni Azila Mat Hassan, & Subahshini Panjaseiyam

MATLAMAT

Modul Bijak Bercerita bertujuan

mengembangkan kemahiran

literasi terutamanya kefahaman

naratif kanak-kanak berumur 3

hingga 4 tahun secara

menyeluruh dan bersepadu

melalui persekitaran

pembelajaran yang selamat dan

menyuburkan serta aktiviti

pembelajaran yang

menyeronokkan, kreatif dan

bermakna.

5

OBJEKTIF 6

Modul Bijak Bercerita dibangunkan untuk
mencapai objektif berikut:

1. Meningkatkan tahap kemahiran literasi awal

kanak-kanak.

2. Menggunakan kaedah kefahaman naratif yang

sesuai mengikut perkembangan kanak-kanak.

3. Menjalankan aktiviti kefahaman naratif untuk

pembantu perkembangan bahasa dan literasi
kanak-kanak.

4. Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi

dengan berkesan.

5. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
6. Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan

inovatif serta kemahiran menyelesaikan
masalah dalam pembelajaran dan kehidupan
sebenar.

SENARAI AKTIVITI

01 02 7

Pasir Oh Pasir Kisah Merpati dan Semut

Fokus: Minat membaca / Fokus: Memahami cerita
bercerita. (menceritakan semula).

03 04

Tikus yang Berani Kucing Ani yang Comel

Fokus: Memahami cerita Fokus: Memahami cerita
(meramal). (menghubungkaitkan
dengan pengalaman).

05 06

Apa yang Saya Perlu Buat? Siapa Saya?

Fokus: Mengaitkan cerita Fokus: Menyatakan
dengan pengalaman. pendapat.

07 08

Kereta Merah Pasar Buah-buahan

Fokus: Menceritakan Fokus: Memahami dan
pengalaman diri sendiri. menceritakan semula.

8

09 10

Si Zirafah dan Si Badak Tikus Bermesyuarat

Fokus: Memahami cerita Fokus: Memahami cerita
(meramal / (meramal /

menghubungkaitkan dengan menghubungkaitkan
pengalaman atau dengan pengalaman atau

pengetahuan menceritakan pengetahuan
semula). menceritakan semula) .

9

PANDUAN PENGGUNA

Modul ini menerapkan pembelajaran arah
kendiri agar kanak-kanak mempunyai
autonomi dan bertanggungjawab ke atas
pembelajaran sendiri.

Setiap langkah di dalam modul ini adalah
merupakan cadangan awal daripada
penulis. Ibu bapa dan pendidik tidak terikat
sepenuhnya dan boleh menjalankan aktiviti
mengikut kreativiti dan minat kanak-kanak.

Ibu bapa dan pendidik digalakkan untuk
menjalankan aktiviti secara fleksibel, tidak
terhad sepertimana tempoh masa yang
ditetapkan, aktiviti perlu dijalankan
mengikut situasi dan keadaan kanak-kanak.

10

Modul ini tidak semestinya dijalankan dalam
bentuk berstruktur atau formal. Kebebasan
perlu diberikan kepada kanak-kanak.

Aktiviti yang dijalankan dalam modul ini
kebiasaannya sekitar 20 hingga 30 minit.

Ibu bapa dan pendidik hanya bertindak
sebagai pembimbing kanak-kanak dalam
menyiapkan modul.

Modul ini disusun mengikut aras
perkembangan kognitif kanak-kanak
daripada mudah kepada tahap yang lebih
sukar.

11

AKTIVITI
KEFAHAMAN

NARATIF

12

Aktiviti 1: Pasir Oh Pasir

Komponen Fokus

Kefahaman Naratif Minat membaca/
bercerita.
Sub tema
Kesepaduan
Pasir
Penguasaan bahasa
Tema (bertutur menggunakan
bahasa lisan yang betul
Alam Bahan dan lancar).

13

Objektif Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat;
Pembelajaran: 1. Menceritakan pengalaman tentang pasir dengan baik.
2. Menyebut jenis-jenis pasir seperti pasir pantai, pasir

sungai, pasir taman dan pasir di pusat pembinaan
dengan betul.

Bahan Bantu Video, pembesar suara, komputer riba, kertas hitam, kanta
Mengajar: pembesar, pasir pantai, pasir sungai, pasir taman, pasir di
tempat pembinaan.

Kosa Kata: Pasir pantai, pasir sungai, pasir taman dan pasir di tempat
pembinaan.

14

Langkah-langkah Pelaksanaan:

1. Ibu bapa / pendidik bercerita tentang cerita “Lesedi’s Sandbox” kepada kanak-
kanak. Pautan cerita: https://www.storyberries.com/bedtime-stories-lesedis-
s andbox-short-stories-for-kids/

2. Ibu bapa / pendidik memperkenalkan empat jenis pasir yang berlainan jenis

kepada kanak-kanak (pasir pantai, pasir sungai, pasir taman dan pasir di pusat
pembinaan).

3. Ibu bapa / pendidik menjelaskan kepada kanak-kanak pasir datang daripada

pantai, sungai dan sebagainya.

4. Ibu bapa / pendidik boleh memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melihat

dan menyentuh pasir tersebut.

5. Kanak-kanak bersama-sama dengan ibu bapa / pendidik menyanyikan lagu

“lstana Pasir Didi and Friends”. Pautan lagu:
https://www.youtube.com/watch?v=I1GfCRVNgfI&t=313s

15

Pengayaan: Kanak-kanak menyebut dan mengenal pasti jenis-jenis
pasir seperti pasir pantai, pasir sungai, pasir taman dan
pasir di pusat pembinaan dengan betul.

Pengukuhan: Kanak-kanak digalakkan untuk menabur sedikit pasir di
atas kertas hitam dan lihat pasir tersebut menggunakan
kanta pembesar.

16

Lampiran

Gambar pasir pantai Gambar pasir di tapak pembinaan Lirik Lagu:
Istana Pasir Didi and Friends

Oh seronoknya, bina istana,
Mari kawan-kawan bina istana,
Mari kawan-kawan hiaskan istana,

Letak sama-sama, cantiknya
istana,

Hias, hias, hias,
Istana pasir.

Gambar pasir di taman Gambar pasir sungai 17

Aktiviti 2: Kisah Merpati dan Semut

Komponen

Kefahaman Naratif

Sub tema Fokus

Serangga dan Memahami cerita
Burung (menceritakan
semula).
Tema
Kesepaduan
Haiwan
Kefahaman gambar

(pengetahuan

gambar). 18

Objektif Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat;
Pembelajaran: 1. Mendengar cerita daripada ibu bapa / pendidik

berdasarkan kad gambar.
2. Menceritakan semula jalan cerita dengan bimbingan

ibu bapa / pendidik.

Bahan Bantu Semut (di letakkan di dalam bekas lutsinar), kad gambar
Mengajar: watak dalam cerita (semut, merpati, daun dan pemburu),
story line (panduan ibu bapa / pendidik), papan berkain
Kosa Kata: baldu (flannel board), apron.

Semut, merpati, daun, pemburu, senapang.

19

Langkah-langkah Pelaksanaan:

1. Ibu bapa / pendidik menunjukkan semut sebenar (dalam bekas) kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan ibu bapa / pendidik tentang semut (ciri-ciri,

warna, saiz, makanan).

3. Ibu bapa / pendidik menyimpan kad gambar cerita di dalam apron.
4. Ibu bapa / pendidik mengeluarkan kad gambar cerita bersaiz besar satu persatu

mengikut susunan jalan cerita.

5. Ibu bapa / pendidik bercerita mengenai kisah merpati dan semut (berdasarkan story
line yang diberikan).

6. Kanak-kanak bersoal jawab dengan ibu bapa / pendidik berdasarkan cerita tersebut.
7. Kanak-kanak meletakkan kad gambar bersaiz besar pada flannel board mengikut

urutan cerita sehingga cerita tamat.

8. Kanak-kanak menceritakan semula setiap gambar bermula daripada awal sehingga

akhir dengan bimbingan ibu bapa / pendidik.

20

Pengayaan: Kanak-kanak membuat ramalan terhadap jalan cerita
berdasarkan kad gambar yang ditunjukkan oleh ibu bapa /
pendidik.

Pengukuhan: Kanak-kanak melengkapkan puzzle atau kolaj semut dan
merpati.

21

Lampiran

22

23

Contoh jalan cerita “Kisah Merpati dan Semut”

Bil. Skrip Cerita Aktiviti Ibu bapa 24
1. Ibu dan ayah akan bercerita kepada kamu Tunjuk gambar semut dan merpati.
semua tentang “Kisah Merpati dan Semut” Rangsangan boleh diberikan kepada
2. anak-anak dengan bertanyakan ciri-ciri
3. Suatu hari cuaca mendung, seekor semut yang terdapat pada semut dan merpati.
4. terjatuh ke dalam sungai. Ia tidak dapat Letak gambar cuaca mendung di flannel
menyelamatkan diri. board. Kemudian letak sekeping kertas/
5. kain berwarna biru dan letak semut
“Oh Tuhan! Selamatkanlah aku. Tolong, pada bahagian berwarna biru tersebut.
tolong!” Jeritnya. Tiba-tiba seekor merpati Tunjuk kad gambar burung merpati
yang sedang terbang terpandang akan kemudian letakkan pada bahagian atas
semut tersebut. Ia berasa sangat kasihan. di flannel board.
“Kasihan semut itu! Bagaimana aku hendak
menolongnnya?” bisik merpati. Kemudian, Tunjukkan kad gambar merpati dan ibu
ia hinggap di sebatang pokok lalu memetik bapa menunjukkan muka kasihan.
sehelai daun daripada pokok itu. Ia terus Selepas itu, tunjukkan kad gambar
melemparkannya kepada semut. daun. Kemudian letak kad gambar daun
tersebut berhampiran dengan kad
Semut segera memanjat ke atas daun itu. gambar semut.
Letak kad gambar semut di atas kad

melemparkannya kepada semut. tersebut berhampiran dengan kad

gambar semut.

5. Semut segera memanjat ke atas daun itu. Letak kad gambar semut di atas kad

Ia akhirnya terselamat. gambar daun.

6. “Terima kasih! Terima kasih banyak- Tunjukkan kad gambar semut dan ibu
banyak!” katanya sambil menangis. Saya bapa membuat mimik muka sedih.

berharap akan dapat membalas jasamu ini

suatu hari nanti.

7. Beberapa hari kemudian, semut ternampak Letak kad gambar semut berhampiran

seorang pemburu. Dia mengacukan dengan kad gambar pemburu yang

sepucuk senapang ke arah merpati. Dia sedang mengacukan senapang ke arah

hendak menembaknya. merpati. Kemudian kad gambar merpati

diletakkan pada bahagian atas di flannel

board.

Soal jawab dengan anak-anak
mengenai: Siapakah yang boleh
membantu merpati?

25

8. Semut masih ingat akan pertolongan Tunjukkan kad gambar semut dan ibu
bapa membuat mimik muka sedang
9. merpati kepadanya tempoh hari. berfikir. Kemudian letakkan kad gambar
10. semut berhampiran dengan kaki kad
11. Bagaimana caranya aku hendak menolong gambar pemburu.
merpati itu?” katanya sendirian. Kemudian
Letakkan kad gambar semut pada
ia mendapat satu akal. Dengan segera ia bahagian kaki kad gambar pemburu
kemudian ibu bapa perlu membuat
merayap memanjat kaki pemburu itu. mimik muka seperti sedang mengigit.
Tunjukkan kad gambar pemburu dan
Semasa pemburu hendak menembak, ia ibu bapa membuat mimik muka seperti
sedang kesakitan.
menggigit kaki pemburu itu dengan kuat. Tunjukkan kad gambar merpati dan ibu
bapa menunjukkan mimik muka
Gigitan itu menyebabkan pemburu itu gembira.
mengalami kesakitan pada kakinya. Dia Ibu bapa memberi peluang kepada
tidak jadi melepaskan tembakan. kanak-kanak untuk melakonkan watak
Merpati pun terselamat. “Kamu adalah semut dan merpati.
semut yang pintar dan baik hati,” bisiknya Ibu bapa bercerita mengenai moral dari
di dalam hati lalu terbang. cerita yang disampaikan.

26

Aktiviti 3: Tikus yang Berani

Komponen

Kefahaman Naratif

Sub tema Fokus

Haiwan berkaki Memahami cerita
Empat (meramal).

Tema Kesepaduan

Haiwan Mengemukakan
pendapat dan
persoalan. 27

Objektif Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat;
Pembelajaran: 1. Mendengar cerita daripada ibu bapa berdasarkan kad

gambar dengan baik.
2. Menceritakan semula jalan cerita dengan bimbingan

pendidik dengan betul.

Bahan Bantu Tikus sebenar (dalam bekas lutsinar) / patung tikus,
Mengajar: komputer riba, pembesar suara, apron, kad gambar watak
cerita (tikus, singa, pemburu, jaring, epal, story line
Kosa Kata: (panduan ibu bapa / pendidik ), papan berkain baldu dan
video tikus.
https://youtu.be/1K9mO5QzOIQ

Singa, tikus, pemburu, jaring, epal.

28

Langkah-langkah Pelaksanaan:

1. Ibu bapa / pendidik menunjukkan tikus sebenar (dalam bekas lutsinar) / patung tikus

kepada kanak-kanak.

2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan ibu bapa / pendidik tentang tikus (makanan, saiz,

tempat tinggal, warna) berdasarkan video. Pautan video: https://youtu.be/1K9mO5QzOIQ

3. Ibu bapa / pendidik menyimpan kad gambar watak cerita dalam poket apron.
4. Ibu bapa / pendidik mengeluarkan satu persatu kad gambar berdasarkan jalan cerita.
5. Ibu bapa / pendidik bercerita tentang gambar tersebut kepada kanak-kanak.
6. Kanak-kanak bersoal jawab dengan ibu bapa / pendidik tentang gambar tersebut.
7. Kanak-kanak melekatkan gambar tersebut pada flannel board mengikut urutan cerita

sehingga cerita tamat.

8. Kanak-kanak menceritakan semula setiap gambar (satu demi satu) yang telah disusun

mengikut jalan cerita dengan bimbingan ibu bapa / pendidik.

9. Kanak-kanak menunjukkan gambar watak yang disebut oleh ibu bapa / pendidik.

29

Pengayaan: Kanak-kanak membuat ramalan terhadap jalan cerita
berdasarkan kad gambar yang ditunjukkan oleh ibu bapa /
pendidik .

Pengukuhan: Kanak-kanak membuat kolaj gambar singa dengan
menggunakan biji kacang hijau, kacang merah dan kacang
dal.

30

Contoh jalan cerita ‘Tikus yang Berani’

31

32

33

Lampiran

34

35

36

Aktiviti 4: Kucing Ani yang Comel

Komponen

Kefahaman Naratif

Sub tema Fokus

Haiwan Peliharaan Mengaitkan cerita
Saya dengan
pengalaman.
Tema
Kesepaduan
Diri Saya
Pengetahuan
mengenai bahasa 37
berirama dan
lagu.

Objektif Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat;
Pembelajaran: 1. Membaca cerita ‘Kucing Ani yang Comel’ berdasarkan

carta cerita bergambar dengan betul.
2. Mendengar pengulangan perkataan dalam cerita

‘Kucing Ani yang Comel’ dengan baik.

Bahan bantu Kucing sebenar / patung kucing, lirik lagu ‘Kucing Ani
mengajar: yang Comel’, carta cerita bergambar ‘Kucing Ani yang
Comel’, lagu ‘Kucing Ani yang Comel’. (Melodi : Bingo)

•https://youtu.be/0A6KCfvY4

Kosa kata: Ani, kucing, comel.

38

Langkah-langkah Pelaksanaan:

1. Ibu bapa / pendidik masuk ke ruang bercerita sambil membawa seekor kucing di dalam

sangkar / patung kucing.

2. Ibu bapa / pendidik menyanyikan lagu ‘Kucing Ani yang Comel’ kepada kanak-kanak.
3. Ibu bapa / pendidik menunjukkan dan menyebut nama gambar-gambar yang terdapat dalam

cerita bergambar ‘Kucing Ani yang Comel’ kepada kanak-kanak.

4. Kanak-kanak menyebut nama gambar tersebut satu demi satu dengan bimbingan ibu bapa /

pendidik.

5. Ibu bapa / pendidik membaca carta cerita bergambar ‘Kucing Ani yang Comel’ kepada kanak-

kanak sambil menuding jari pada teks dari kiri ke kanan.

6. Apabila di bahagian gambar, kanak-kanak menyebut nama gambar tersebut dengan bimbingan

ibu bapa / pendidik.

7. Setelah tamat, kanak-kanak menceritakan semula kandungan cerita ‘Kucing Ani yang Comel’.
8. Kanak-kanak menyanyikan semula lagu ‘Kucing Ani yang Comel’ bersama-sama dengan ibu

bapa / pendidik.

39

Pengayaan: Kanak-kanak menceritakan mengenai haiwan peliharaan
kesayangan mereka.

Pengukuhan: Kanak-kanak mewarna gambar kucing mengikut warna
kesukaan mereka.

40

Carta cerita ‘Kucing Ani yang Comel’

41

42

43

44

Aktiviti 5: Apa yang Saya Perlu Buat?

Komponen Fokus

Kefahaman Naratif Mengaitkan cerita
dengan
Sub tema pengalaman.

Penyu Kesepaduan

Tema Menggunakan ayat

Haiwan mudah

berdasarkan bahan

rangsangan. 45


Click to View FlipBook Version