Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat;
1. Mendengar cerita penyu “Apa Penyu Perlu buat?”
dengan baik.
2. Melakonkan teknik yang perlu dibuat jika berasa
marah berdasarkan cerita yang didengari dengan
betul.
Bahan Bantu Mengajar: Buku cerita “Apa Penyu Perlu Buat”, pupet dan gambar
penyu, gambar emosi marah, story line (ibu bapa /
pendidik), lembaran aktiviti pengukuhan yang bersaiz
besar.
Kosa Kata: Marah, berhenti, tarik nafas, berfikir.
46
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Ibu bapa / pendidik menunjukkan pupet penyu dan gambar emosi marah.
2. Ibu bapa / pendidik bercerita mengenai kisah penyu yang menghadapi masalah
(berdasarkan story line yang diberikan).
3. Kanak-kanak bersoal jawab dengan ibu bapa / pendidik berdasarkan cerita
tersebut.
4. Ibu bapa / pendidik meminta kanak-kanak menceritakan semula setiap gambar
bermula daripada awal sehingga akhir dengan bimbingan ibu bapa / pendidik.
5. Kanak-kanak cuba melakonkan apa yang yang perlu dibuat jika mereka marah
mengikut cerita yang didengari.
6. Ibu bapa / pendidik mengimbas kembali kad gambar bersaiz besar yang
digunakan.
47
Pengayaan: Kanak-kanak membuat ramalan terhadap jalan cerita
berdasarkan rangsangan soalan yang diberikan oleh ibu
bapa / pendidik.
Pengukuhan: Kanak-kanak melengkapkan langkah-langkah yang perlu
dibuat apabila mereka berasa marah menggunakan
lembaran kerja yang diberikan.
48
Lampiran
49
Contoh Jalan Cerita “Apa Yang Perlu Saya Buat”
50
51
Pengukuhan
Apa yang perlu saya buat?
Susun cerita ini mengikut urutan yang betul sambil melakonkan langkah-langkah yang
penyu perlu buat apabila dia marah
NOTA: Kanak-kanak perlu menggunting gambar ini dan susun gambar ini mengikut
turutan.
52
Aktiviti 6: Siapa Saya?
Komponen Fokus
Kefahaman Naratif Menyatakan
pendapat.
Sub tema
Keluarga Saya
Tema Kesepaduan
Keluarga Memegang alat
tulis dengan cara
yang betul untuk 53
menulis.
Objektif Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat;
Pembelajaran: 1. Mendengar cerita penyu “Apa Penyu Perlu buat?”
Bahan Bantu dengan baik.
Mengajar: 2. Melakonkan teknik yang perlu dibuat jika berasa marah
Kosa Kata: berdasarkan cerita yang didengari dengan betul.
• Gambar kartun atok, nenek, ayah, ibu, abang, kakak dan
adik.
• Link video Lagu keluarga;
- https://www.youtube.com/watch?v=57hZ6zmaOWk
- https://www.youtube.com/watch?v=WIcYiTYyJ3c
• Gambar ahli keluarga, kertas, gam, gunting dan bahan
hiasan seperti reben dan lain-lain, lembaran aktiviti
pengukuhan yang bersaiz besar.
Atok, nenek, ayah, ibu, abang, kakak, adik 54
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Ibu bapa / pendidik menunjukkan kad gambar atok, nenek, ayah, ibu, abang, kakak dan
adik.
2. Ibu bapa / pendidik meminta kanak-kanak meneka aktiviti apa yang akan dilakukan
dengan kad gambar.
3. Ibu bapa / pendidik perlu menampal gambar kartun pada batang aiskrim supaya senang
untuk pegang watak gambar ahli keluarga ketika sesi bercerita.
4. Ibu bapa / pendidik memulakan aktiviti bercerita dengan menunjukkan gambar seorang
kanak-kanak yang bernama Haikal. Ibu bapa / pendidik memperkenalkan watak Haikal dan
keluarganya.
5. Ibu bapa / pendidik memasang lagu “Keluarga Saya” dan bernyanyi bersama-sama kanak-
kanak.
6. Ibu bapa / pendidik meminta kanak-kanak untuk mengambil alih sesi bercerita dengan
bercerita tentang dirinya dan keluarganya.
7. Ibu bapa / pendidik bersama kanak-kanak membuat buku skrap bertajuk “Keluarga Saya”
dengan menampal gambar keluarga dan menulis perkataan atok, nenek, ayah, ibu, abang,
kakak, adik dan saya.
8. Ibu bapa / pendidik boleh menghias buku skrap tersebut dengan kanak-kanak mengikut
kreativiti. 55
Pengayaan: Kanak-kanak membuat ramalan terhadap jalan cerita
Pengukuhan: berdasarkan rangsangan soalan yang diberikan oleh ibu
bapa / pendidik.
Kanak-kanak melengkapkan buku skrap bertajuk
“Keluarga Saya”
56
Lampiran
57
Aktiviti 7: Kereta Merah
Komponen Fokus
Kefahaman Naratif Menceritakan
pengalaman diri
Sub tema sendiri.
Kenderaan Darat
Tema Kesepaduan
Kenderaan Memegang alat
tulis dengan cara
yang betul untuk 58
menulis.
Objektif Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat; mengenai
Pembelajaran: 1. Menceritakan pengalaman diri sendiri
kereta dengan baik.
2. Menyebut perkataan kereta dengan betul.
Bahan Bantu Boneka jari gambar kereta, batang boneka, lagu Didi &
Mengajar: Friends ‘Papaku Pulang dari Kota’, kotak teater, atar
belakang gambar kotak teater, rumah, rumah nenek,
apron, komputer riba.
Kosa Kata: Kereta, pulang, kota , merah, pandu, kerja.
59
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Ibu bapa / pendidik menunjukkan boneka jari gambar kereta kepada kanak-kanak.
2. Ibu bapa / pendidik memberi pengenalan tentang kereta dan bersoal jawab dengan kanak-
kanak tentang kereta (warna, kenderaan darat, dipandu untuk bergerak suatu tempat ke
tempat yang lain).
3. Ibu bapa / pendidik menunjukkan video lagu ‘Papaku Pulang dari Kota’ kepada kanak-
kanak.
4. Kanak-kanak menonton video yang ditunjukkan oleh ibu bapa / pendidik.
5. Ibu bapa / pendidik menggunakan boneka jari untuk mencerita cerita ‘Kereta Merah
Papaku’.
6. Ibu bapa / pendidik menggunakan kotak teater dan latar belakang teater bagi melancarkan
jalan cerita dengan menggunakan boneka jari.
7. Kanak-kanak menceritakan semula cerita yang diceritakan dengan bimbingan ibu bapa /
pendidik.
8. Kanak-kanak menyanyikan semula lagu ‘Papaku Pulang dari Kota’ bersama-sama ibu bapa
/ pendidik.
60
Pengayaan: Kanak-kanak menceritakan pengalaman kanak-kanak
Pengukuhan: menaiki kereta.
Kanak-kanak mewarna gambar kereta dengan cat air
warna merah dengan bimbingan ibu bapa / pendidik.
61
Lampiran Gambar kereta untuk diwarna.
62
‘Lagu Papaku Pulang dari Kota’
Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah
Pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek
Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah
Pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek
Puppet Kereta
Teater box
Puppet stick ‘papa’,
‘mama’, dan ‘saya;
Latar belakang untuk
teater box
Latar belakang untuk
teater box
Latar belakang untuk
teater box
63
Contoh Jalan Cerita “Kereta Merah Papaku”
Bil. Skrip Cerita Aktiviti
1. Nama saya Nunu. Pada minggu lepas, ayah Ibu bapa / pendidik menggunakan kotak
telah pergi bekerja ke Kuala Lumpur. Hari ini teater dengan latar belakang ayah
merupakan hari Selasa. Ayah telah pulang membawa kereta merah.
dari kota membawa kereta berwarna merah.
(Latar belakang jalan raya.)
2. Ayah telah menunjukkan kereta yang Ibu bapa / pendidik menggunakan
berwarna merah kepada kami. boneka batang gambar ayah, ibu dan
Nunu dalam kotak teater dan
menceritakan cerita kepada kanak-
kanak.
(Latar belakang di hadapan rumah.)
3. Ayah telah mengajak kami sekeluarga untuk Ibu bapa / pendidik membuat reaksi
berjumpa dengan nenek. dengan menggunakan boneka jari
sambil menceritakan skrip.
4. Kami sekeluarga menaiki kereta itu dan Boneka jari gambar kereta yang
telah pergi melawat nenek kami di berwarna merah.
kampung.
(latar belakang rumah nenek.)
64
Aktiviti 8: Pasar Buah-buahan
Komponen Fokus
Kefahaman Naratif Memahami dan
menceritakan
Sub tema semula.
Buah-buahan Kesepaduan
Tema Penguasaan bahasa
(bertutur menggunakan
Tumbuh-tumbuhan bahasa lisan dengan
lancar).
65
Objektif Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat;
Pembelajaran: 1. Mengenal buah-buahan dengan betul.
2. Bercerita tentang buah-buahan dengan baik.
Bahan Bantu Kad gambar dan buah-buahan sebenar (pisang, betik,
Mengajar: rambutan, mangga dan tembikai), papan kain baldu,
apron, gambar aktiviti kolaj kain, kain yang dipotong
kecil.
Kosa Kata: Pisang, betik, rambutan, mangga, tembikai.
66
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Ibu bapa / pendidik menunjukkan buah sebenar seperti pisang, betik, rambutan,
mangga, dan tembikai kepada kanak-kanak.
2. Ibu bapa / pendidik berbual tentang buah-buahan (warna dan rasa) dengan kanak-
kanak.
3. Ibu bapa / pendidik menceritakan cerita yang bertajuk buah-buahan kepada kanak-
kanak.
4. Ibu bapa / pendidik bercerita sambil melekatkan gambar tersebut di papan kain baldu.
5. Kanak-kanak menceritakan semula cerita yang diceritakan sambil menunjukkan kepada
gambar yang dilekatkan di papan kain baldu.
6. Ibu bapa / pendidik membimbing kanak-kanak apabila mereka menceritakan semula
cerita.
7. Ibu bapa / pendidik mengimbas kembali jenis-jenis buah tempatan yang telah tunjukkan.
67
Pengayaan: Kanak-kanak menyebut dan mengenal pasti buah pisang,
betik, rambutan, manga, dan tembikai.
Pengukuhan: Kanak-kanak membuat kolaj kain buah tempatan dengan
bimbingan ibu bapa / pendidik.
68
Lampiran
69
70
Contoh Jalan Cerita “Buah-buahan”
Bil. Skrip Cerita Aktiviti
1. Pada suatu hari, Upin telah mengikuti kakak dia Latar belakang papan kain baldu
ke pasar buah. ialah pasar.
2. Pasar tersebut besar dan terdapat buah- Tunjuk gambar pasar tersebut.
buahan dijual di pasar tersebut.
3. Kakak telah menunjukkan buah pisang kepada Ibu bapa / pendidik melekatkan
Upin dan memberitahu bahawa pisang gambar pisang pada papan kain
berwarna kuning dan sedap dimakan. baldu.
4. Kemudian, kakak menunjukkan buah betik Ibu bapa / pendidik melekatkan
kepada Upin. gambar betik kepada kanak-kanak
dan menceritakan bahawa apabila
buah dipotong buah kelihatan
sebegitu.
5. Upin bertanya kepada kakak apa pulak nama Ibu bapa / pendidik melekatkan
buah ini? Kakak Upin menjawab: Buah ini gambar rambutan pada papan kain
merupakan buah rambutan. Buah ini sangat baldu sambil melekatkan gambar
sedap untuk dimakan. rambutan.
6. Lepas, melihat semua buah di gerai-gerai. Ibu bapa / pendidik melekatkan
Akhirnya, kakak Upin membeli buah manga dan gambar tembikai dan manga pada
tembikai. Upin berasa sangat gembira kerana papan kain baldu.
buah tembikai dan manga merupakan buah 71
kesukaan Upin
Aktiviti 9: Si Zirafah dan Si Badak
Komponen Fokus
Kefahaman Naratif Memahami cerita (meramal
/ menghubungkaitkan
Sub tema dengan pengalaman atau
pengetahuan menceritakan
Haiwan Liar semula).
Kesepaduan
Tema Perkembangan fizikal dan
Haiwan psikomotor &
Perkembangan bahasa,
komunikasi dan literasi
awal. 72
Objektif Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat;
Pembelajaran: 1. Menceritakan semula jalan cerita berdasarkan
kefahaman kanak-kanak dengan betul.
2. Memahami peraturan mudah yang dijelaskan oleh ibu
bapa / pendidik dengan baik.
Bahan bantu Kad bergambar jalan cerita si zirafah dan si badak, pupet
mengajar: bag kertas zirafah dan badak, bahan-bahan untuk aktiviti
membuat pupet bag kertas (bag kertas, gambar zirafah
dan badak, gunting dan gam).
Kosa kata: Zirafah, badak, tinggi, rendah.
73
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Ibu bapa / pendidik memakai boneka zirafah dan badak pada tangan dan bersoal
jawab dengan kanak-kanak.
2. Ibu bapa / pendidik meminta kanak-kanak untuk meneka aktiviti yang akan
dilakukan dengan menggunakan boneka tersebut.
3. Sebelum memulakan aktiviti bercerita, ibu bapa / pendidik mempamerkan kad
bergambar zirafah dan badak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang
ciri-ciri, warna dan saiz kedua-dua haiwan tersebut dan pengalaman mereka.
4. Ibu bapa / pendidik mengeluarkan kad gambar cerita “Si zirafah dan si Badak”
bersaiz besar dan melekatkan gambar tersebut di papan putih mengikut susunan
jalan cerita.
74
5. Ibu bapa / pendidik bercerita kisah Si Zirafah dan Si Badak (berdasarkan story line yang
diberikan) dengan menggunakan boneka beg kertas.
6. Ibu bapa / pendidik meminta kanak-kanak untuk membuat ramalan tentang apa yang
akan berlaku berdasarkan gambar jalan cerita.
7. Ibu bapa / pendidik menghasilkan boneka zirafah dan badak Bersama kanak-kanak.
8. Setiap kanak-kanak akan memilih satu watak berdasarkan ketinggian mereka (sesuai
dengan watak zirafah dan badak).
9. Ibu bapa / pendidik membahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan
zirafah dan kumpulan badak.
10. Kanak-kanak bercerita semula tentang cerita Si Zirafah dan Si Badak dengan
menggunakan boneka yang telah mereka hasilkan.
75
Pengayaan: Kanak-kanak membuat ramalan terhadap jalan cerita
berdasarkan rangsangan soalan yang diberikan oleh ibu
bapa / pendidik, memahami dan boleh menceritakan
semula cerita yang dibacakan.
Pengukuhan: Kanak-kanak menyiapkan lembaran (mewarna gambar
objek yang lebih tinggi).
76
Lampiran
Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3
\
Gambar 4 Gambar 5 77
Boneka Badak Boneka Zirafah
78
Arahan: Sila warnakan pada gambar objek yang lebih tinggi.
79
Contoh Skrip Cerita “Si Zirafah dan Si Badak”
Bil. Skrip Cerita Aktiviti
1 Pada hari ini, ibu / bapa akan bercerita kepada kamu mengenai satu Tunjuk boneka zirafah dan badak beserta
kisah iaitu “Si zirafah dan si badak”. gambar jalan certa Si Zirafah dan Si Badak.
Bertanya kepada kanak-kanak tentang
pengalaman mereka berkaitan kedua-dua
haiwan tersebut dan apakah ciri-ciri haiwan
tersebut.
2 Di dalam sebuah rimba, tinggal dua sahabat Si Zirafah dan Si Badak. Mempamerkan kad gambar jalan cerita yang
Pada suatu hari, mereka berdua berbahas tentang kelebihan diri sesuai dan menggerakkan boneka zirafah dan
masing-masing. Si Zirafah berkata “Adalah lebih baik memilik susuk badak semasa bercerita mengikut turutan
badan yang tinggi. Kita akan berasa diri kita berada pada kedudukan dialog mengikut watak.
tertinggi yang mengatasi segala-galanya”.
Si Badak berasa tidak puas hati lalu menyampuk, “dengan susuk
tubuh badan yang pendek adalah lebih baik kerana senang
berssembunyi daripada musuh”.
3 “Apa kata kalau kita mencari sahabat lain untuk mengadili hal ini. Menunjukkan gambar jalan cerita yang
Lihatlah sama ada susuk badan yang tinggi ataupun yang pendek yang seterusnya dan menggerakkan pupet zirafah
lebih baik”, kata Si Zirafah. Si Badak bersetuju dengan cadangan Si dan badak semasa bercerita mengikut
Zirafah. turutan dialog mengikut watak.
Lalu mereka berdua pun berjalan ke sebuah taman botani. Taman
tersebut dikelilingi oleh pagar yang rendah. Si Zirafah berdiri di tepi
pagar. Zirafah menghulur lehernya yang panjang melepasi pagar lalu
memakan banyak tumbuh-tumbuhan di dalam taman sebagai makanan 80
tengah harinya.
4 Setelah selesai makan, Si Zirafah menegaskan kepada Si Badak, “Benar Menunjukkan gambar jalan cerita
kata-kata aku bukan? Susuk badan yang tinggi sememangnya banyak yang seterusnya dan menggerakkan
kelebihan dan membawa manfaat kepada aku!”. Si Badak berdiri di situ boneka zirafah dan badak semasa
dan ketinggiannya Cuma di bawah aras puncak pagar. Susuk badannya bercerita mengikut turutan dialog
yang pendek itu menyebabkan dia tidak dapat melihat pemandangan mengikut watak.
yang cantik di taman botani itu.
Tidak lama kemudian, mereka melalui sebuah lagi taman botani. Kali ini
taman tersebut dipagari oleh pagar yang tinggi. Terdapat sebuah pintu
kecil yang rendah sahaja pada pagar itu. Si Badak memasuki taman
berkenaan menerusi pintu kecil tersebut. Si Zirafah tidak dapat memasuki
taman itu kerana saiz badannya yang tinggi.
5 Si Badak makan tumbuh-tumbuhan di dalam taman tersebut sepuas- Menunjukkan gambar jalan cerita
puasnya. Kemudian dia keluar dari taman sambil tersenyum. Dia pun yang seterusnya dan menggerakkan
bertanya kepada Si Zirafah, “Apa pendapat kau sekarang? Susuk badan puppet zirafah dan badak semasa
yang tinggi lebih baik atau susuk badan yang rendah lebih baik?”. bercerita mengikut turutan dialog
mengikut watak.
Memberitahu kanak-kanak tentang
moral ataupun pengajaran daripada
cerita tersebut bahawa setiap orang
mempunyai kelebihan dan
kelemahan yang tersendiri dan tidak 81
perlu untuk saling membandingkan
diri.
Aktiviti 10: Tikus Bermesyuarat
Komponen Fokus
Kefahaman Naratif Memahami cerita
(meramal /
Sub tema menghubungkaitkan
dengan pengalaman
Haiwan atau pengetahuan
menceritakan semula).
Tema
Kesepaduan
Haiwan
Penguasaan bahasa
(bertutur
menggunakan bahasa
lisan dengan lancar).
82
Objektif Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat;
Pembelajaran: 1. Menceritakan semula jalan cerita berdasarkan
kefahaman kanak-kanak dengan betul.
2. Mengikuti peraturan mudah yang dijelaskan oleh ibu
bapa / pendidik dengan baik.
Bahan Bantu Kad bergambar jalan cerita tikus bermesyuarat yang
Mengajar: bersaiz besar, topeng muka kucing dan tikus, bahan-
bahan untuk aktiviti membuat topeng muka kucing dan
tikus (lembaran gambar topeng muka kucing dan tikus,
pensil warna, gunting dan tali).
Kosa Kata: Kucing, tikus, loceng. 83
Langkah-langkah Pelaksanaan:
1. Sebelum bercerita, ibu bapa / pendidik mempamerkan kad bergambar jalan cerita dan
bersoal jawab dengan kanak-kanak.
2. Ibu bapa mengeluarkan kad gambar cerita “Tikus Bermesyuarat” dan melekatkan gambar
tersebut di papan putih mengikut susunan jalan cerita.
3. Ibu bapa / pendidik bercerita mengenai “Tikus Bermesyuarat” (berdasarkan story line
yang diberikan) dengan memakai topeng muka tikus.
84
4. Ibu bapa / pendidik meminta kanak-kanak untuk membuat ramalan tentang apa yang
akan berlaku berdasarkan gambar jalan cerita yang dipamerkan.
5. Kanak-kanak bersoal jawab dengan ibu bapa / pendidik berdasarkan cerita tersebut.
Kanak-kanak membuat dan mewarna topeng haiwan (tikus / kucing) dengan bimbingan
ibu bapa / pendidik.
6. Kanak-kanak memakai topeng haiwan yang telah dihasilkan dan melakonkan semula
situasi dalam cerita “Tikus Bermesyuarat” mengikut urutan cerita yang betul.
Kanak-kanak melakonkan situasi cerita tersebut dengan bimbingan ibu bapa / pendidik.
85
Pengayaan: Kanak-kanak membuat ramalan terhadap jalan cerita
berdasarkan rangsangan soalan yang diberikan oleh ibu
bapa / pendidik, memahami dan boleh menceritakan
semula cerita yang dibacakan.
Pengukuhan: Kanak-kanak melabel nombor pada gambar jalan cerita
“Tikus Bermesyuarat” mengikut urutan cerita yang betul.
86
Lampiran
Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3
Gambar 4 Gambar 5 87
Topeng Tikus Topeng Kucing
88
Topeng Tikus Topeng Kucing
89
Arahan: Sila labelkan gambar jalan cerita “Tikus Bermesyuarat” dengan
nombor 1 hingga 5 mengikut urutan jalan cerita yang betul.
90
Contoh Skrip Cerita “Tikus Bermesyuarat"
Bil. Skrip Cerita Aktiviti
1 Pada hari ini, ibu bapa / pendidik akan bercerita Tunjuk topeng muka kucing dan tikus beserta
kepada kamu mengenai satu kisah iaitu “Tikus gambar jalan certa tikus bermesyuarat.
bermesyuarat”. Bertanya kepada kanak-kanak tentang
pengalaman mereka berkaitan kedua-dua
haiwan tersebut dan apakah ciri-ciri haiwan
tersebut.
2 Di dalam sebuah rumah, tinggal sekumpulan tikus. Mempamerkan kad gambar jalan cerita dan
Semua tikus itu hidup aman dan bahagia. Mereka meminta kanak-kanak untuk meramal situasi
selalu dapat mencuri makanan. yang akan berlaku lalu bercerita tentang situasi
Mereka tidak pernah berasa risau tentang yang berlaku berdasarkan gambar yang
makanan. Mereka selalu dapat makan sehingga ditunjukkan.
kenyang.
3 Pada suatu hari, tuan rumah itu membawa pulang Menunjukkan gambar jalan cerita yang
seekor kucing. Kucing itu besar dan garang. Tuan seterusnya dan meminta kanak-kanak untuk
rumah itu memelihara kucing tersebut. meramal situasi yang akan berlaku lalu
Semua tikus berasa sangat susah hati. Mereka bercerita tentang situasi yang berlaku
takut pada kucing itu. Mereka tidak bebas mencari berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
makanan seperti dahulu lagi.
91
4 Pada suatu hari, semua tikus itu bermesyuarat. Salah Menunjukkan gambar jalan cerita yang
seekor tikus berkata, “kita gantungkan loceng pada seterusnya dan meminta kanak-kanak untuk
leher kucing itu”. meramal situasi yang akan berlaku lalu
Semua tikus bersetuju. Mereka sangat gembira bercerita tentang situasi yang berlaku
dengan cadangan itu. “Kalau kucing itu datang, berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
loceng di lehernya akan berbunyi. Kita boleh lari dan
kita akan selamat”, kata mereka.
“Tetapi, siapakah yang berani pergi gantungkan
lonceng itu?” tanya seekor tikus lagi.
5 Tiada siapa yang berani menjawab soalan itu. Tiada Menunjukkan gambar jalan cerita yang
siapa yang berani pergi menggantungkan loceng seterusnya dan meminta kanak-kanak untuk
itu. meramal situasi yang akan berlaku lalu
Akhirnya, mereka terpaksa berpindah dari rumah bercerita tentang situasi yang berlaku
itu. berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
92
Terima
kasih.
CREDITS: This presentation template
was created by Slidesgo, including
icons by Flaticon, and infographics &
images by Freepik
Modul Bijak Bercerita
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
Kompleks NCDRC, Kampus Sultan Azlan Shah
Univ ersiti Pendidikan Sultan I dris
35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
015-48797137 | ncdrc.upsi.edu.my | [email protected]
CREDITS: This presentation template
iconwNsaCbsDycRrFeClaaUttePicdSoIbnPya, gSaelniddeisngfoog,rainpchliucdsin&g
images by Freepik
NCDRC UPSI