The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Qiam Farhana Adnan, 2022-10-12 22:04:48

Roadwork and Road Drainage

Roadwork and Road Drainage

JALAN
Nur qiam Farhana adnan

Sejarah jalan

John Dikenali sebagai `Blind Jack Of Knaresborough’
Metcalf beliau buta semasa umur 6 tahun.

Menjadi pembuat jalan semasa umur 40 tahun.

Dalam tahun 1765, telah diberi kontrak untuk
membuat jalan sepanjang 5 km antara Horrogate
dan jambatan Borough.

Beliau telah memperkenalkan sistem saliran dan
asas ( sub base ) yang baik untuk pembinaan jalan.

Thomas Dilahirkan pada tahun 1757, merupakan
Telford perintis pada pembinaan jalan berbatu.

Beliau telah merekabentuk jalan baru
sejauh 1600 km di Scottish Highland dan
beberapa kerja struktur yang lain seperti
jambatan dan terusan.

Rekabentuk jalan yang dibuat membentuk
lapisan sub base secara melengkung.

John

Macadam Beliau merupakan jurutera yang
pertama yang pakar dalam
pembinaan jalan sebenar.

Macadam telah membuat perubahan
dengan membentuk jalan secara
melengkung dan pembinaannya juga
menggunakan kos yang murah.

klasifikasi jalan

KLASIFIKASI JALAN

Merupakan jaringan jalan utama untuk tujuan pengangkutan dan

EXPRESS WAY perjalanan yang lebih cepat.
Tujuan utama adalah untuk memendekkan masa perjalanan.
Di malaysia, expressway menghubungkan utara dan selatan Semenanjung
Malaysia. Terdapat dua kategori ;

• Urban expressway
• Rural Expressway

Urban Menghubungkan beberapa tempat di kawasan bandar terutama bagi
Expressway lingkaran yang sibuk. Contohnya ialah KESAS, lingkaran jalan ekspres yang
menghubungkan beberapa buah bandar utama di lembah Kelang seperti
Rural Subang, Shah Alam, dan Kelang.
Expressway
Jalan ekspres yang dibina melaui kawasan luar bandar. Sebagainya
contohnya ialah Projek Lebuhraya Utara-Selatan ( PLUS )

HIGHWAYS

• Jalan utama yang dibina untuk menghubungkan bandar, pekan
dan kawasan kampung antara negeri dan daerah. Jalan ini
adalah pelengkap kepada jalan ekspres iaitu sebagai jalan
alternatif kepada jalan ekspres. Contoh seperti Lebuhraya
Timur Barat, Lebuhraya senai-Johor Bharu.

JALAN UTAMA ( Primary Roads )

• Merupakan jaringan jalan untuk pengangkutan antara negeri.
Antara lain adalah untuk menghubungkan antara bandar
utama dan kampung-kampung antara negeri

JALAN KEDUA ( Secondary Roads )

• Jalan Pelengkap kepada jalan-jalan utama. Berfungsi sebagai
jalan pengangkutan yang menghubungkan kawasan daerah dan
wilayah pembangunan. Jalan jenis ini adalah untuk jarak
sederhana dari pekan ke pekan yang lain dalam daerah
tersebut.contoh, Skudai-Gelang Patah

JALAN KECIL ( Minor Roads )

• Untuk lalulintas tempatan dan jarak perjalanannya adalah dekat.
Jalan ini juga digunakan sebagai jalan masuk ke kawasan resort,
tangki air dsb.

JALAN ARTERI ( Arterial Roads )

• Menghubung kawasan persekitaran bandar (perumahan ) ke pusat
bandar atau dari satu bahagian ke bahagian lain di dalam bandar
tersebut.

JALAN PEMUNGUT ( collector Roads )

• Berfungsi sebagai jalan penghubung yang mengagih lalulintas
antara jalan arteri dengan jalan tempatan. Contohnya ialah jalan
utama dalam kawasan perumahan, industri dan komersial.

JALAN TEMPATAN ( Local Roads )

• Merupakan rangkaian jalan asas dalam sesuatu unit kejiranan dan
jalan penghubung ke jalan pemungut.

PIAWAIAN
REKABENTUK jalan

PIAWAI REKABENTUK JALAN

JALAN R6/U6
Merupakan piawaian rekabentuk geometrik yang tertinggi
Untuk perjalanan jauh dengan halaju tinggi, selesa dan selamat
Terdapat kawalan penuh keluar dan masuk

JALAN R5/U5
Piawai rekabentuk geometri yang tinggi
Untuk perjalanan jarak jauh dan pertengahan dengan halaju tinggi/
sederhana tinggi
Terdapat kawalan separa penuh

JALAN R4/U4
Piawai rekabentuk yang sederhana
Untuk perjalanan jarak pertengahan dengan halaju sederhana tinggi
Terdapatnya kawalan separa penuh.

JALAN R3/U3
Piawai rekabentuk geometrik yang rendah
Untuk lalulintas tempatan dengan halaju rendah
Tidak terdapatnya kawalan separa penuh keluar
dan masuk

JALAN R2/U2
Piawai rekabentuk geometrik yang terendah untuk
jalan dua hala
Untuk lalulintas tempatan dengan isipadu kenderaan
komersil yang rendah

JALAN R1/U1
Piawai rekabentuk geometrik yang sangat rendah
Untuk isipadu lalulintas yang sangat rendah dimana
kebarangkalian untuk aliran lalaulintas dua hala
adalah rendah

REKABENTUK STRUKTUR DAN PEMBINAAN
jalan

KERJA TANAH

Setting out Pengalihan dan pembuangan tanah.

Menentukan aras pengorekan untuk Pembersihan tapak dan persediaan -
aras jalan dan juga penjajaran penebangan pokok dan pembuangan
semak
( alignment ).
Pembuangan lapisan tanah atas -
Boleh dilakukan dengan menggunakan dilakukan untuk mendapatkan struktur
teodolite. tanah yang lebih kuat

Pengorekan untuk saliran - dijalankan dengan segera selepas
pembuangan lapisan tanah atas. Pengairan perlu dibuat untuk
mengekalkan tanah korekan kering daripada air bertakung di
permukaan.

Pembentukan aras - apabila jalanraya baru dikorek kepada aras
baru permukaan ini perlu diberi perlindungan. Boleh dilakukan
dengan meletakkan dan mengukuhkan bahan atau material yang
digunakan untuk sub base . Pengorekan dibuat sedalam kira-kira 150
mm di bawah aras formasi tanah semulajadi digunakan untuk
perlindungan sub base.

Pengorekan untuk pemotongan - secara amnya pengorekan
dilakukan secara menaik bukit ( uphill ). Ini akan membantu dalam
pembentukan sistem pengairan tapak itu sendiri.

Penambakan - biasanya dilakukan secara berteres pada bahagian
cerun bagi mendapatkan kestabilan tambakan tersebut dan juga
menahan tanah di bahagian atas daripada hilang dibawa air atau
runtuh. Penambakan seharusnya dibuat lebih tinggi daripada
formation level.

Tanah yang telah dibuang akan dibentukkan aras dengan
bulldozer

Pengorekan untuk pemotongan jenis ‘ up hill ’

Pengorekan untuk pemotongan jenis ‘ up hill ’

PENSTABILAN TANAH

Bertujuan untuk mengukuhkan struktur tanah untuk
pembinaan jalan. Beberapa kaedah dalam penstabilan tanah.
Terdapat beberapa kaedah iaitu ;

• Geotextile
• Gabion wall
• Kapur dan simen

Geotextile

• Sejenis fabrik (dalam bentuk gulungan) yang diletakkan
di antara subgrade base dengan subsoil base

• Ia mengawal gerakan air dan menghalang gerakan tanah

Fungsi Geotextile

Mengasingkan subgrade base atau subsoil base dengan batu
baur road base
Memperbaiki sistem saliran tanah
Sebagai rawatan tanah bagi kawasan yang tidak sesuai
Mengurangkan kedalaman korekan tanah bagi membuang sisa
bahan subgrade
Mengurangkan kerja penyediaan tapak
Menjimatkan kos penyelenggaraan dan pembaikan

Cara Perletakan Geotextile

Bersihkan serpihan batu dan barang yang tajam dari
kawasan

Geotextile disebarkan di atas permukaan kawasan itu

Gravel atau pasir disebarkan atas geotextile

Kawasan tindihan fabrik Geotextile diklipkan
(needlepunch)

Kemudian dibalutkan dan dipadatkan

Geotextile

Geotextile Separation

Digunakan untuk mengurangkan kehilangan batu bata
daripada subgrade akibat daripada penyerapan air melalui
pavement dan terus kepada sub grade dan mengelakkan
bahan sub base dan sub grade bercampur semasa pembinaan
dan selepas pembinaan.

Geotextile Erosion Control

Kawalan untuk menghalang hakisan dengan menggunakan satu
lapisan untuk mengelakkan tanah terus hilang daripada tebing
tambakan. Antara cara yang paling mudah adalah dengan
menggunakan kaedah graviti iaitu dengan meletakkan ketulan
batu pada tebing yang bertindak sebagai penapis tanah.

Gabion Walls - dibuat daripada satu kekotak yang diisikan
batu didalamnya. Biasanya digunakan sebagai tembok penahan
tanah. Kekotak dibuat daripada jaring besi dan akan diikat
antara satu sama lain bagi mengukuhkan struktur dinding
penahan.

Simen atau Kapur - dicampur kepada tanah bagi
meningkatkan kekuatan struktur tanah. Kandungan 2% simen
atau 2.5% kapur adalah yang terbaik untuk campuran dengan
menggunakan kandungan air yang sesuai. Cara yang dibuat
dengan mencampurkan bahan penstabil tersebut secara in situ
menggunakan mesin penstabil dengan ketebalan tidak kurang
130mm atau lebih 250mm tebal. Pemampatan perlu dilakukan
dengan secepat mungkin.

Gabion Wall

Tetulang untuk Pembinaan Tembok

Acuan dan tetulang untuk RUBBLE WALL.

Pengukuran tetulang untuk pembinaan pagar

FLEXIBLE PAVEMENT

Tujuan pembinaaan.

- menyediakan kemudahan laluan untuk pengangkutan yang mempunyai
permukaan yang rata dan stabil.

- melancarkan perjalanan kenderaaan dan menjimatkan masa.

Permukaan yang stabil bermaksud permukaan yang tahan pada tindakan cuaca
(panas & hujan), dapat mengalirkan air dengan baik semasa hujan dan tahan
haba.

Kestabilan jalan dapat dicapai apabila beban yang di kenakan dapat di tanggung
dengan berkesan.

Beban yang ditanggung oleh jalan:

- Beban Statik
Beban yang terhasil daripada kenderaan apabila kenderaan tersebut berhenti.

- Beban Dinamik
Beban yang terhasil daripada kenderaan yang bergerak.



Flexible pavement direkabentuk bagi mencapai ketahanan selama 20
tahun dengan mengambil kira pertumbuhan trafik sebanyak 2%
setahun.

Sekarang, keperluan rekabentuk untuk flaxible pavement adalah dalam
jangkamasa 40 tahun sebelum memerlukan pembinaan semula.

Tujuan utama flexible pavement ini dibina ialah apabila adanya kawasan
yang tidak mempunyai pergerakan tanah secara menegak.

Struktur Jalan.
terdapat 4 lapisan utama yang diperlukan dalam pembinaan tersebut,

> Sub-base
> Road Base
> Base Course
> Wearing Course

Sub-Base

> Membantu dalam penyebaran beban struktur di atasnya sebelum
dikenakan ke sub-grade ( formation level ).
> membantu dalam pengaliran air bawah tanah denagn baik
> sebelum pembinaan, lapisan ini bertindak sebagai jalan sementara untuk laluan
jentera-jentera.
> Ia juga bertindak sebagai pelindung kepada sub-grade dan platform kepada road
base.

Road Base

> Lapisan utama dalam penyebaran beban struktur jalan.
> Pemilihan untuk bahan lapisan ini penting untuk kestabilan struktur jalan.
> bahan yang di gunakan daripada kawasan yang berdekatan dengan kawasan
pembinaan.
> pemilihan bahan mengambilkira faktor kos dan kesesuaiannya untuk pembinaan
jalan,

Bahan-bahan yang digunakan untuk Sub Base dan Road Base.

Unbound Material
- Granular sub base, Type 1
- Granular sub base, Type 2
- Wet-mix macadam

Bituminous Bound Materials
- Dense bitumimen macadam roadbase
- Dense bitumen macadam roadbase
- Rolled asphalt roadbase.

Cencrete and cement-bound materials.
- Wet lean concrete.
- Cement-bound granular material (CBM), category 1, 2, 3 & 4.

Base Course

> Dibuat bagi menyokong lapisan Wearing Course dan
melindungi struktur jalan.

• Dibina untuk mengagihkan beban trafik ke road-base.
• Menyediakan bentuk yang baik dan permukaan biasa bagi

lapisan wearing course,
• Bahan yang sesuai untuk road-base ialah:

- 20mm nominal size open greded
- 40mm/ 28mm/ 20mm nominal size dense
- Hot Rolled asphalt base course
- 40mm nominal size single course

Wearing Course

• Merupakan lapisan kemasan dan terakhir untuk struktur jalanraya yang dibina.
• Menyediakan satu lapisan rintangan gelincir
• Melindungi jalan daripada tindakan air
• Mengagihkan beban kepada struktur jalan
• Menyediakan bentuk yang baik dan tetap bagi permukaan jalan
• Bahan yang digunakan untuk Wearing Course ini ialah:

- Hot Rolled asphalt
- 10mm /14mm size close greded
- Dense tar surfacing
- 6mm size medium greded
- 3mm size fine greded
- 6mm size dense
- 10mm /14mm open greded
- 20mm and 10mm size pervious
- Friction course

Tack Coat

• Merupakan 30% - 40% daripada emulsi bitumen
• Ia digunakan sebagai pelekat dan bertindak sebagai gam untuk

mengikat bahan turapan lama dan baru iaitu pada bahagian atas
turapan jalan.
• Jika ada lapisan baru, tack coat akan diperlukan di bawah wearing
course.
• Penyemburan perlu pada kadar yang sesuai dengan kadar 0.4-
0.6liter/m2, iaitu bagi mengelakkan berlakunya penakungan tack coat
tersebut dan perlu dilindungi bagi mengelakkan lapisan tack coat
hilang akibat gelekan tayar lori dan kesan pijakan pekerja.

Penurapan Lapisan Atas

- Terdapat dua jenis mesin penurap yang biasa digunakan iaitu:
- caterpillar tracked type
- Wheeled pneumatic tyre

- Setiap satunya mempunyai pengangkut besar dibahagian hadapannya yang
membolehkan lori bekalan menuang bahan turapan dengan mudah.

- Mesin tersebut mempunyai penggetar untuk menguatkan struktur bahan
apabila diletakkan.

- Penggetar ini boleh menyediakan pemampatan sebanyak 80% daripada jumlah
mampatan dan 20% lagi akan dilakukan oleh penggelek.

- Perletakan turapan boleh mencapai kelebaran antara 2.1-4.2m atau lebih
apabila menggunakan bilangan mesin penurap yang lebih banyak.

Penurapan Jalan

Lori yang mengangkut premix bersedia untuk memindahkan ashpalt ke
dalam caterpillar track

Tack Coat

• Merupakan 30% - 40% daripada emulsi bitumen
• Ia digunakan sebagai pelekat dan bertindak sebagai gam untuk

mengikat bahan turapan lama dan baru iaitu pada bahagian atas
turapan jalan.
• Jika ada lapisan baru, tack coat akan diperlukan di bawah wearing
course.
• Penyemburan perlu pada kadar yang sesuai dengan kadar 0.4-
0.6liter/m2, iaitu bagi mengelakkan berlakunya penakungan tack coat
tersebut dan perlu dilindungi bagi mengelakkan lapisan tack coat
hilang akibat gelekan tayar lori dan kesan pijakan pekerja.

Premix dicurahkan ke dalam caterpillar tracked

Premix
Besi penanda

Besi penanda yang digunakan sebagai panduan kelebaran
jalan yang telah ditetapkan



Kerja-kerja perletakan premix sedang dijalankan.

Premix yang telah dicurahkan dan diratakan

Kerja-kerja kemasan

Penampalan pada kerosakan


Click to View FlipBook Version