The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrathirah789, 2023-03-02 03:56:12

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK)

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK)

BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK


KELAS: PPS2-6 NO KAD PENGENALAN: 041026020546 ANGKA GILIRAN: NUR ATHIRAH 2022172310011 FARHANAH BINTI MAT FAZLI


M A N I F E S T A S I A K A L B U D I D A L A M P U I S I T R A D I S I O N A L F U N G S I K E S U S A S T E R A A N M E L A Y U K O N S E P K E S U S A S T E R A A N M E L A Y U


TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Menurut tokoh Hashim Awang (1987) , mengatakan bahawa kesusasteraan ialah bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia juga boleh dituturkan sebagai sastera lisan dan bagi ditulis ia disebut sebagai sastera tulisan. Selain itu, sastera juga mempunyai pelbagai keistimewaan serta memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi dan daya pengucapannya.


Kehebatan kesusasteraan mampu untuk mengubati kekosongan jiwa seseorang, disebabkan itulah bidang kesusasteraan ini tidak pernah dilupakan serta tidak pupus ditelan zaman yang silih berganti, malah ia terus mekar dalam sanubari umat-umat manusia. Untuk pengetahuan kita semua, kesusateraan juga hadir daripada pelbagai jenis bahasa serta manifestasi setiap bangsa, sebagai bukti, dari segi etimologi, iaitu dalam bahasa Sanskrit bermaksud kata-kata dan bahasa latin pula iaitu littera (letter) yang bermaksud kata bertulis atau bercetak. Menurut Haji Muhammad Salleh, karya berupaya cereka dicipta dengan menghubungkan perantaraan antara bahasa dan alatan-alatan yang datang bersama dan bukan berbentuk laporan atau esei.


Sastera dalam bahasa Sanskrit pula disebut castra (syastra) iaitu kitab suci, karya atau karangan, huruf dan buku. "Su" pula bermakna indah, lebih berfaedah dan baik manakala susastera ditakrifkan sebagai seni sastera atau seni bahasa, secara umumnya persuratan. Ini dilengkapkan juga dengan apitan "ke-...-an" yang menyimpulkan maksud kesenian bersifat halus, indah, dan katakata suci. Sebagai pengetahuan, sebenarnya istilah kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu Sastra. Menurut Kamus Dewan pula, kesusasteraan ialah hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Di samping itu, menurut tokoh daripada indonesia pula iaitu J.S. Badudu, Indonesian Linguist mengatakan bahawa, sastera harus ditinjau dari dua segi iaitu bahasa dan isi.


Ini adalah untuk mewujudkan keindahan bahasa daripada kedua-dua sudut serta untuk menyeimbangkannya. Sastera juga ialah semua karya yang memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan, dan keluasan pandangan yang dinukilkan dalam bentuk yang mempersonakan.


(a) Keindahan (b) Mencerminkan pengalaman (c) Pengalaman Seni (d) Karya Seni CIRI KESUSASTERAAN -KEUTUHAN MELAYU -KESEIMBANGAN -KESELARASAN -PENEKANAN


(a) Keindahan Sesebuah karya sastera akan memperlihatkan kegunaan gaya dan lenggok bahasa yang digunakan untuk mewujudkan rasa keindahan dalam diri pembaca dan membuatkan pembaca untuk lebih tertarik serta seronok untuk membacanya. Dengan adanya gaya dan lenggok bahasa yang unik dalam sesebuah karya sastera, ini secara tidak langsung dapat menonjolkan atau menyerlahkan lagi keindahan bahasa yang digunakan. Karya sastera yang indah pasti akan memenuhi empat perkara ini iaitu keutuhan, keselarasan, keseimbangan, dan fokus. Perkara-perkara inilah yang akan membuatkan hasil sesebuah karya sastera itu menjadi sempurna serta menarik.


(a) Keindahan Keindahan dalam hasil karya sastera juga diperhatikan melalui kesatuan unsur yang membentuk suatu susunan atau struktur ayat yang lengkap dan sempurna. Setaip hasil karya satera sama ada novel, puisi, drama, esei, dan sebagainya akan mengandungi serta membentuk unsur-unsur yang berbeza dan mempunyai caranya yang tersendiri dalam menggabungkan kesatuan yang utuh bagi menonjolkan serta memperlihatkan keindahannya yang menjadikan sesebuah karya sastera itu unik dan pelbagai.


(b) Mencerminkan Pengalaman Mencerminkan pengalaman ini adalah merujuk kepada setiap hasil karya sastera yang diwujudkan itu adalah berdasarkan pengalaman serta pernah dialami oleh pengarang itu sendiri. Jadinya, pengarang tersebut cuba untuk menceritakan perkara tersebut kepada masyarakat dengan mewujudkan sebuah karya sastera supaya masyarakat dapat mengambil pengajaran daripada cerita tersebut. Mencerminkan pengalaman juga menggambarkan serta merujuk kepada tindak balas yang utuh daripada jiwa manusia yang digambarkan secara realiti.


(b) Mencerminkan Pengalaman Iaitu adalah untuk masyarakat menjiwai karya sastera yang dibaca tersebut. Sebarang tindak balas yang utuh diambil daripada karya sastera tersebut adalah bukan hanya merujuk kepada kognitif iaitu kegiatan yang melibat pemikiran malah, melibatkan juga perasaan serta imaginasi seseorang itu. Pengalaman yang berdasarkan realiti pula bermaksud sesuatu karya sastera itu dapat memberikan rangsangan yang positif serta menyebabkan berlakunya perubahan dan memberi kesedaran kepada seseorang tersebut sama ada secara dalaman atau luaran ( fizikal).


(b) Mencerminkan Pengalaman Pengalaman diungkapkan melalui bahasa dan juga realiti yang dialami oleh seseorang melalui pancaindera seseorang secara sedar dan hasil tindak balas terhadap fikiran, perasaan, dan imaginasi, maka secara tidak langsung, wujudlah perkara yang disebut sebagai pengalaman. Pengalaman-pengalaman yang dibentuk dalam karya sastera adalah berdasarkan pengalaman pengkarya itu sendiri dan diungkapkan dengan bahasa supaya dapat dikongsi dengan orang lain jika direalisasikan dalam bentuk bahasa. Bahasa adalah perkara utama yang dapat diwujudkan menerusi fikiran, perasaan, dan imaginasi pengkarya sehingga membolehkan pembaca dapat memikirkan, merasakan, dan mengimaginasikan serta mengungkapkan seperti yang dialami oleh pengkarya tersebut.


(c) Pengalaman Seni Berdasarkan pengalaman serta peristiwa yang telah direalisasikan dalam karya sastera, secara tidak langsung telah menyebabkan pembaca dapat memahami, menghayati, dan merasai pemikiran serta perasaan pengkarya seolah-olah pembaca juga melalui apa yang telah dibaca kerana apa yang hendak disampaikan itu adalah tepat dan bersifat terbuka. Apabila pembaca dapat menerima sesebuah karya itu denagn baik dan berasa sempurna, ini akan memberikan kegembiraan yang sangat besar buat pengkarya. Pengkarya akan berasa puas dengan hasilnya sendiri kerana ramai pembaca yang dapat menerima karyanya dengan baik. Perkara yang disampaikan, cara penyampaian, dan bentuk penyampaian merupakan nilai karya sastera yang menunjukkan bahawa karya sastera itu sempurna ataupun tidak. Karya sastera bukan hanya setakat memberikan kepuasan kepada pembaca dalam menyelami dan memahami isi hati pengkarya melalui gagasan dan fikiran, malah ia juga dapat memberikan pengalaman dan nilai-nilai seni yang mengagumkan kepada pembaca.


(d) Karya Seni -Keutuhan -Keseimbangan -Keselarasan -Penekanan Karya Seni Sifat fiksyen, nila-nilai estetik, dan gaya bahasa yang khusus, ketiga-tiga perkara inilah yang membolehkan kita untuk membezakan antara karya sastera dengan karya bukan sastera. Karya sastera yang bersifat fiksyen adalah, fiksyen bermaksud sesebuah karya sastera itu diterbitkan adalah hasil daripada melalui imaginasi pengkarya sama ada berdasarkan pengalaman mereka sendiri atau tindak balasnya terhadap alam realiti/ perubahan sesuatu tindakan terhadap realiti.


(d) Karya Seni -Keutuhan -Keseimbangan -Keselarasan -Penekanan Nilai-nilai estetik pula membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati mereka dengan sejelasjelasnya dan mendalam melalui bahasa. Sastera sebagai karya seni harus mempunyai ciri-ciri yang berikut: -Keutuhan Setiap perkara atau bahagian yang terdapat dalam sesebuah karya sastera perlulah menunjangkan atau memfokuskan kepada usaha dalam menghuraikan atau mengungkapkan isi hati pengkarya.


(d) Karya Seni -Keutuhan -Keseimbangan -Keselarasan -Penekanan -Keseimbangan Unsur-unsur yang terdapat dalam karya sastera, perlulah baik serta sempurna dari segi ukuran atau pemberatannya yang mesti seimbang dengan fungsinya. Contohnya, peristiwa yang berlaku perlulah dipendekkan dalam sesebuah karya novel agar tidak menjadi terlalu berat untuk pembaca membacanya. -Keselarasan Unsur-unsur yang terdapat dalam karya akan menjadi asas kepada unsur-unsur yang lain bagi mengukuhkan lagi unsur lain dan bukan hanya berfungsi sebagai mengganggu atau mengaburkannya. Hubungan unsur dan bahagian yang lain perlu selaras dan saling menyeimbang untuk mewujudkan kesempurnaan.


(d) Karya Seni -Keutuhan -Keseimbangan -Keselarasan -Penekanan -Penekanan Unsur atau bahagian yang penting perlu diberikan penekanan yang mendalam berbanding perkara lain yang kurang penting. Unsur yang penting itu mungkin digambarkan secara saksama, mendalam, dan lebih terperinci oleh pengkarya, manakala unsur yang kurang penting pula mungkin perlu diberikan gambaran skematik sahaja.


JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU Prosa Tradisional Sastera rakyat (Lisan) Sastera istana(tulisan) -Mitos(Naratif) -Lagenda(Naratif) -Cerita Rakyat(Naratif) -Puisi rakyat(bukan naratif) Prosa Moden Puisi Tradisional Puisi Moden Pantun Syair Seloka Gurindam Sajak Novel Cerpen Drama


Prosa terdiri daripada pelbagai bentuk, ia juga boleh diertikan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak mempunyai had atau tidak terbatas bagi sesebuah cerita (naratif) sahaja malah ia juga meluas serta termasuk sekali karya-karya yang bukan cerita (bukan naratif/non-naratif). Oleh hal yang demikian, karyakarya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada melalui lisan atau tulisan dikategorikan sebagai prosa. Perkara pertama yang telah diletakkan adalah syarat utamanya, ia boleh dikatakan sebagai kesusasteraan Melayu ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyampaian dalam karya-karya tersebut merangkumi seluruh seantero dunia. PROSA TRADISIONAL


Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), prosa tradisional merujuk kepada hasil kesusasteraan ditullis dalam gaya ayatayat biasa dengan menggunakan tatabahasa yang mudah pada zaman dahulu. Sastera jenis prosa tradisional adalah menyusun ayat dalam bentuk karangan. Di samping itu, prosa tradisional juga ialah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. JENIS PROSA TRADISIONAL


Prosa tradisional berbentuk lisan dikenali juga sebagai sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu naratif dan bukan naratif. Prosa tradisional berbentuk naratif itu dibahagikan pula kepada dua pecahan lagi iaitu naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga genre yang utama iaitu mitos, legenda, dan cerita rakyat. Cerita rakyat pula terangkum dalam beberapa jenis cerita lagi seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita lipur lara, dan cerita teladan. Secara umumnya, cerita rakyat adalah meluas serta merangkumi pelbagai jenis aspek. JENIS PROSA TRADISIONAL


Sementara itu, naratif tulisan pula terbahagi kepada lima genre iaitu Sastera Sejarah, Sastera Hikayat, Sastera Sastera Panji, Sastera Kepahlawanan/epik, dan Sastera Agama. Selain itu, prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu Ssatera Undang-undang, Sastera Kitab, Sastera Ketatanegaraan, dan Kepustakaan Ilmu Tradisional. JENIS PROSA TRADISIONAL


PROSA MODEN KONSEP Prosa moden merupakan karya sastera bahasa Melayu yang bebas dalam ciptaan, menggambarkan, pengalaman, pemikiran, situasi, persoalan isu atau kehidupan sebenar dalam bentuk tulisan karya bagi menyampaikan mesej yang tersirat. PUISI TRADISIONAL Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan serta bahasa yang digunakan adalah mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat.


KONSEP -Menurut Mahusin Jusoh et. al. dalam buku mereka Bahasa Alam (1985), puisi moden merujuk kepada puisi yang bebas daripada sebarang ikatan yang terdapat dalam puisi tradisional. -Puisi Melayu Moden juga sangat mementingkan keberkesanan pengucapan melalui pemilihan dan penggunaan kata-katanya yang saling menumpang dan terjalin menurut erti dan ritma. PUISI MODEN


JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU JENIS KESUSASTERAAN ADALAH BERBEZABEZA MENGIKUT BENTUK SERTA TUJUANNYA YANG TERSENDIRI BAGI SESUATU KARYA TERSEBUT. -KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL -KESUSASTERAAN MELAYU KLASIK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN


KESUSASTERAAN MELAYU KLASIK (TRADISIONAL) Secara umumnya, perkataan klasik adalah bermaksud serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan faktor utama dalam menjadi standard kepada yang berikutnya, mempunyai keistimewaannya yang unik, gaya yang sederhana, ciri-cirinya juga secara lazim, dan tidak akan berlaku perubahan walaupun zaman berganti zaman. Ciri-ciri sastera klasik ini adalah berisfat tetap dan tidak berubah. Perkataan "klasik" dipilih adalah kerana perkataan tersebut telah merujuk kepada keseluruhan atau merangkumi makna-makna yang telah lama, tradisional, dan klasik itu sendiri. Istilah"klasik" lebih sesuai digunakan daripada istilah "lama" atau "tradisional".


Satera Melayu Klasik terdiri daripada 2 genre iaitu sastera lisan/ sastera rakyat dan sastera tulisan/ sastera istana. Satera Rakyat (lisan) Maksud perkataan sastera adalah hasil-hasil kreatif yang mengandungi di dalamnya daya ciptaan imaginatif pengkarya itu sendiri serta mengandungi nilai nilai cara memandang dunia mengikut perspektif masyarakat itu sendiri. Perbezaan masyarakat sastera rakyat dan masyarakat sastera istana adalah berbeza, iaitu masyarakat sastera rakyat lebih bersifat tertutup dan kurang berhubung dengan masyarakat luar. Masyarakat adalah bermaksud sekumpulan manusia yang hidup secara berkelompok dan agak primitif.


Rakyat pula bermaksud orang biasa/ masyarakat desa yang hidup secara kolektif dalam satu bentuk kekeluargaan yang besar. Konsep tersebut jelas membuktikan bahawa sastera rakyat adalah hasil-hasil sastera yang dilahirkan atau dihasilkan oleh masyarkat atau rakyat yang diaspirasikan melalui bentuk lisan. CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT Mewarisi serta menyebarkan secara berbentuk lisan. Bersifat lapuk, tradisional, atau lama. Terhasil serta wujud melalui pelbagai jenis variasi dan bentuk. Menggunakan nama rekaan/ciptaan, nama samaran atau langsung tiada nama pencipta dalam bagi sesebuah karya tersebut yang disebut sebagai bersifat anonimi Menjadi hasil milik bersama dengan masyarakat yang menghasilkannya.


Mempunyai bentuk yang berpola atau berumus dengan plot yang hampir kurang sama. Mempunyai fungsi yang tertentu yang membawa ke arah positif. Misalnya, dapat memberikan pengajaran dan nilai-nilai murni yang baik kepada pembaca. Penulisan karya yang bersifat agak sederhana, idea yang dikeluarkan secara tidak langsung/ spontan, dan kadang kala ada menyelitkan sedikit agak kasar.


Bukan naratif Naratif SASTERA RAKYAT (SASTERA LISAN) MITOS LAGENDA CERITA RAKYAT PUISI RAKYAT


Sastera Rakyat Jenis Naratif: Mitos merupakan cerita yang dianggap atau dikenali sebagai cerita yang benar-benar terjadi atau berlaku dan boleh menjangkau akal fikiran manusia yang semula jadi. Peristiwa yang dianggap benarbenar wujud dan terjadi. Peristiwa yang berlaku adalah aneh-aneh tetapi amat penting untuk diketahui. Meninggalkan kesan yang amat mendalam serta keramat kepada masyarakat. Selalunya, peristiwa yang anehaneh ini berlaku pada zaman dahulu. Antara perkara yang selalu terlibat kebiasaannya seperti Tuhan atau dewa-dewa. Ciri-ciri mitos: MITOS


Sastera Rakyat Jenis Naratif: Asal usul Institusi sosial/ budaya: Politik Jenis-jenis mitos: -Peristiwa atau cerita yang terjadi adalah berkait dengan perkaraperkara yang mistik. Cerita itu juga mengemukan pembentukan corak pemikiran yang mistik dan bersangkut-paut dengan sesuatu rahsia yang misteri dan magis. -Cerita yang mengisahkan kewujudan asal usul sesebuah institusi sosial dalam masyarakat Melayu. Misalnya, mitos kedatangan Islam, Buddha, adat berandam dan sebagainya ke Tanah Melayu. -Cerita yang berkaitan dengan penubuhan sesebuah kerajaan atau pemerintahan. Misalnya, mitos keturunan raja-raja Melayu, mitos daripada cerita-cerita lagenda indonesia, dan sebagainya.


Sastera Rakyat Jenis Naratif: Lagenda merupakan cerita yang dipercayai oleh orang ramai, dan mempercayai bahawa cerita tersebut sememangnya benarbenar terjadi dan berlaku, tetapi kejadiannya dianggap seperti tidak masuk akal. Lagenda bermaksud corak cerita berkisarkan kisah-kisah yang diungkapkan melalui komunikasi lisan. Iaitu komunikasi daripada mulut ke mulut. Sesuatu lagenda tidak mengisahkan tentang latar masa, sama ada masa lampau atau sebaliknya, tetapi masih didalam kategori atau di dalam konsep masa silam. Setiap cerita berkaitan lagenda, pasti akan mempunyai sebuah peninggalan yang menunjukkan bahawa sesuatu perkara itu memang benar-benar terjadi dan mempunyai bukti. Misalnya, binaan, bentuk bumi, seni bina, dan sebagainya. Lagenda juga berkait rapat dengan zaman sekarang kerana masyarakat masih meletakkan kepercayaan atau masih mempercayai terhadap keramatnya seperti perigi Hang Tuah. Tokoh serta tempat yang terlibat mempunyai sifat yang luar biasa dan menakjubkan. Sejarah lagenda ini dianggap sebagai sejarah kolektif. Ia juga bersifat universal, merangkumi seluruh alam, iaitu boleh berlaku di pelbagai tempat seperti cerita Si Tanggang. Dipercayai benar-benar berlaku. Ciri-ciri lagenda: LAGENDA


JENIS-JENIS LAGENDA 1. Keagamaan -Lagenda keagamaan yang berkisarkan tentang orang beriman dan orang yang berdakwah. Contoh, Makam Habib Noh, Tok Kenali. 2. Alam ghaib -Terdapat juga lagenda yang menceritakan tentang alam ghaib. Kisah ini dianggap benarbenar terjadi dan pernah dialami oleh seseorang seperti mempunyai pengalaman dengan makhluk ghaib. Fungsinya adalah untuk meneguhkan kebenaran sesuatu kepercayaan. 3. Perseorangan - Lagenda ini adalah mengisahkan tentang tokoh-tokoh tertentu yang berperanan dalam sesuatu perkara dan dianggap benar-benar terjadi. Contoh Tokoh Kepimpinan, Tok Perak, Tokoh Agama, Sheikh Omar Bashyir. 4. Tempat -Maksud lagenda tempat ini adalah sesebuah cerita yang berhubung sesuatu tempat. Selain itu, nama tempat itu biasanya berkait rapat atau berkaitan dengan nama tokoh/ binatang. Seterusnya, berunsur historiografi yang bermaksud lagenda ini mengandungi berkaitan peristiwa yang rapat dengan fakta-fakta sejarah tempatan. Di samping itu, terdapat juga unsur tokoh istimewa yang bermaksud tempat dikaitkan dengan tokoh istimewa yang menjadi pengasas tempat tersebut. Akhir sekai, terdapatnya unsur bentuk muka bumi iaitu memberi kesan atau tanda tersebut masih dapat dilihat dengan mata kasar.


Sastera Rakyat Jenis Naratif: Terdapat 4 jenis cerita rakyat iaitu: -Cerita binatang -Cerita lipur lara -Cerita jenaka -Cerita teladan CERITA RAKYAT Cerita rakyat ialah dalam bentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar terjadi atau tidak nyata. Cerita rakyat hanyalah berperanan atau sumber sebagai menghiburkan masyarakat dan mempamerkan kebenaran serta mengandungi moral atau sedikit sindiran.


Mempunyai persamaan dalam struktur cerita binatang antara masyarakat. Ciri-ciri : Menggunakan watak yang terdiri daripada haiwan. Binatang tersebut mempunyai sifat dan tingkah laku seperti manusia. Contohnya boleh bercakap. CERITA BINATANG Cerita binatang adalah cerita yang membawa banyak kesan positif kepada kanak-kanak antaranya ialah bersifat menghibur dan mendidik. Watak binatang yang kecil selalunya dipamerkan dengan sifat yang cerdik dan cergas. Watak binatang yang besar pula selalunya kurang akal dan dianggap bodoh. Contoh cerita binatang ialah Sang Kancil menipu gergasi, Sang Kancil dengan siput, Sang Buaya kena hukum, dan sebagainya.


Berfungsi juga sebagai hiburan dan pendidikan. Ciri-ciri : Cerita ini akan sentiasa diwarisi dari satu generasi ke generasi yang baru melalui pertuturan secara lisan. Akan sentiasa ada tokok tambah dalam cerita tersebut kerana ia disampaikan melalui komunikasi daripada mulut ke mulut. CERITA LIPUR LARA Cerita lipur lara ialah cerita yang dituturkan atau membicarakan oleh para penglipur lara. Lebih banyak memfokuskan kepada sistem masyarakat Melayu. Mempunyai unsur ilustrasi seperti penggunaan kuasa sakti dan unsur magis. Contoh cerita lipur lara ialah Hikayat Malim Dewa, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Malim Deman, dan sebagainya. Latar tempatnya biasanya luar biasa serta diluar kebiasaan sehingga menjangkau akal fikiran, seperti bertempat di kayangan/ alam ghaib.


Cerita yang mengandungi serta menimbulkan rasa kelucuan sepanjang jalan cerita tersebut. Ciri-ciri : Cerita jenaka ini disampaikan secara santai , tidak terlalu berat untuk diungkapkan dengan menggunakan bahasa pertuturan seharian. Unsur yang dipamerkan adalah secara kebetulan. CERITA JENAKA Cerita jenaka ialah cerita yang membawa menggembirakan hati, menimbulkan rasa geli hati, dan ketawa kepada orang yang mendengarnya. Menyelitkan permainan kata-kata yang melucukan. Mengandungi juga sifat pintar bodoh, bodoh sial dan pintar. Contoh cerita jenaka iaitu yang mempunyai unsur kelucuan ialah Pak Pandir, Pak Kaduk, dan sebagainya.


Dalam cerita teladan, watak utama yang menghadapi pelbagai masalah dan dugaan, pada akhir cerita dia akan berjaya keluar daripada kesengsaraan tersebut Ciri-ciri : Tokohnya hanya manusia biasa. Tokoh mempamerkan sikap bertingkah laku baik, mulia, jujur, bertanggungjawab, dan sebagainya. CERITA TELADAN Cerita teladan ialah cerita yang mempunyai unsur deduktif/ bersifat memberi pengajaran. Contoh cerita teladan ialah Bawang Merah dan Bawang Putih, Batu Belah Batu Bertangkup, dan sebagainya.


Sastera Rakyat Jenis Bukan Naratif: Pantun ialah karangan berangkap yang tidak bebas dari segi bentuk dan perkataan. Jumlah baris yang genap (2-16 baris serangkap) Bilangan suku kata pada setiap baris ada 8-12. Setiap rangkap mempunyai pembayang dan maksud. Rima akhir a-b-a-b. Nasihat Adat Kanak-kanak Dua kerat Empat kerat Enam kerat Ciri-ciri pantun: Jenis Pantun Berdasarkan Tema: Jenis Pantun Berdasarkan Bentuk: PANTUN


Sastera Rakyat Jenis Bukan Naratif: Syair ialah puisi rakyat yang dilagukan apabila diperdengarkan dengan meggunakan irama yang merdu. Empat baris rangkap. Rima akhir adalah sama a-a-aa. Keseluruhan rangkap menggambarkan maksud dan idea yang berturutan. Naratif Bukan Naratif Ciri-ciri syair: Ada 2 Bentuk Tema Syair: -romantis, sejarah, keagamaan, kiasan/sindiran. -nasihat, agama. SYAIR


Sastera Rakyat Jenis Bukan Naratif: Gurindam ialah sejenis puisi yang tidak tentu bentuknya. Bentuknya terikat. 2 baris serangkap. 3-6 patah perkataan sebaris. Rima akhir sama, a-a. Tidak berpasangan dan tidak berangkap dan terus-menerus. Memberikan pengajaran serta panduan. Ciri-ciri gurindam: GURINDAM SELOKA Seloka ialah puisi yang bebas dari segi rangkap, M baris, dan rima. emerlukan beberapa baris untuk melengkapkan keseluruhan idea. Isi mengandungi maksud mengejek, sindiran sama ada serius/jenaka. Mempunyai tema dan isi yang amat umum. Ciri-ciri seloka: Contoh seloka ialah Seloka Pandai Pak Pandir, Seloka Emak Si Randang.


Sastera Rakyat Jenis Bukan Naratif: Teka-teki berpuisi ialah ungkapan tradisional yang memerlukan jawapan. Teka-Teki Berpuisi -Merupakan ungkapan lisan tradisional yang mengandungi 1 atau lebih unsur pelukisan dan jawapannya harus dapat diteka. -Boleh terjadi juga dalam bentuk syair atau pantun. -Berfungsi sebagai bahan hiburan dan pengisi masa lapang bagi menguji ketajaman akal seseorang. TEKA-TEKI BERPUISI PERIBAHASA BERANGKAP Disebut juga sebagai peribahasa berirama. Selain itu, terdiri daripada ungkapan peribahasa dan terdapat juga perimbangan irama dan sekurang-kurangnya sama dari segi rentaknya. TEROMBA -Ungkapan adat atau mengungkapkan perbilangan adat. Contohnya, mengandungi norma-norma adat dalam majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan. -Dikategorikan juga dalam golongan puisi bebas.


Sastera Rakyat Jenis Bukan Naratif: Ikatan puisi bebas yang hampir sama bentuk dan prosa lirik atau prosa berirama. Talibun -memainkan peranan dalam cerita-cerita lipur lara. -Menggunakan bahasa berirama. -Boleh berangkap atau tidak ada rangkap. -Jumalh kata tidak tetap dalam serangkap. -Isi dan tema yang luas serta terbuka bergantung pada konteks. -Contoh pemerian ialah benda-benda, watak manusia,dan sebagainya. TALIBUN TERASUL Menyampaikan prosa lirik tetapi berkaitan adat. Terasul. Contoh prosa lirik berkaitan dengan adat: Khusus mengenai adat, menyatakan salasilah dan digunakan pada masa memasang adat kebesaran, kenduri atau menjamu tetamu.


SASTERA ISTANA (TULISAN) Sastera Hikayat Sastera Undang-undang Sastera Epik Sastera Panji Sastera Agama/Kitab Sastera Ketatanegaraan Jenis dan Bentuk Sastera Istana: Mula diperkenalkan selepas penerimaan Islam. (abad ke-15) Terdapat dalam kalangan bangsawan dan istana.


Adat Temenggung Sastera Hikayat -Guna nama tempat dan negeri sebagai latar. -Terdapat 3 unsur iaitu unsur Hindu contohnya, Hikayat Seri Rama,. Selain itu, unsur Islam, misalnya, Hikayat Sultan Damsyik. Akhir sekali, unsur Hindu-Islam contohnya, Hikayat Putera Jayapati. Sastera ini terdapat dalam prosa dan puisi (syair). Sastera Undang-undang -Dijadikan bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran, dan susun lapis masyarakat lama. -Tergolong dalam 2 kumpulan: 1. -Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor. 2. Adat Perpatih -Undang-undang yang digunapakai di Negeri Sembilan, Melaka, Perak di beberapa buah tempat. -Mempunyai keterangan tertentu.


Sastera Epik/ Pahlawan -Bersifat sejagat. -Mementingkan nilai kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul. -Mengkisarkan tentang cerita kepahlawanan tokoh yang disanjung. -Tokoh dipuji-puji/digambarkan secara berlebihan. -Terbahagi kepada 2 iaitu Epik Kebangsaan contohnya, Hikayat Hang Tuah. Seterusnya, Epik Berunsur Islam, misalnya, Hikayat Muhammad Hanafiah. Sastera Panji -Menceritakan kisah pengembaraan, percintaan, dan peperangan. -Watak utama, Panji. -Berasal daripada cerita Jawa-Melayu yangn berpusatkan Sanng Panji, Putera Kuripan yang bersifat mitologi.


Dihasilkan daripada versi Arab oleh seorang ulama dari Terengganu (Syeikh Abdul Kadir)(1300 H). Al-Sultan Zainal Abidin III menggunakan kitab tersebut sebagai panduan dalam pemerintahan. Sastera Agama/Kitab -Berpusatkan tentang cerita-cerita Nabi Muhammad SAW. -Menceritakan keagungan dan kehebatan baginda dalam menyebarkan agama Islam dan memperjuangkan agama Islam kepada seluruh umat manusia di dunia. Misalnya, Hikayat Bulan Berbelah. Sastera Ketatanegaraan -Merupakan Kitab Nasihat Segala Raja-raja


KESUSASTERAAN MELAYU MODEN -Merupakan karya sastera yang dipanggil sastera moden selepas tahun 1800M. -Jurang pemisah antara sastera Melayu moden dengan sastera Melayu klasik ialah pembahagian masa dan cara sesuatu masyarakat itu berfikir. JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN Cerpen Novel Sajak


Click to View FlipBook Version