The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrathirah789, 2023-03-02 03:56:12

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK)

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK)

Cerpen kebiasaannya mengemukakan satu peristiwa yang menjadi fokus utama penceritaan. Dan cerpen tidak membawa tema yang berat, cukup sekarang mudah difahami dan ringkas. Perkataan cerpen adalah sebenarnya terhasil daripada perkataan cerita + pendek dan digabungkan menjadi cerpen. Cerpen merangkumi aspek pengalaman peribadi, realiti rencam hidup, dan imaginasi. Cerpen mencerminkan sikap, perasaan, pandangan, dan fikiran pengarang Melayu kerana bangsa Melayu yang kebanyakannya menghasilkan cerpen. CERPEN Cerpen adalah hasil karya yang merupakan sebuah cerita pendek.


Ada yang berpendapat bahawa novel menceritakan kejadian yang luar biasa daripada kehidupan manusia. Isi-isi novel mengandungi perjuangan dalam kehidupan, pertentangan antara keadilan dengan penindasan, konflik antara manusia, alam, keutuhan, dan perasaan masyarakat yang bercampur-baur dengan imaginasi dan sebagainya. Novel dipengaruhi oleh faktor sosial dan politik. Bercorak kemasyarakatan, contoh karya Ahmad Lufti, Pelayan(1948, dan Bilik 169(1949) NOVEL -Berasal daripada bahasa Itali, novella yang bermaksud satu benda kecil yangn baharu. -ia merupakan prosa yang panjang, mengandungi 1 tema dan beberapa persoalan.


N o v el b e r c o r a k s e m a n g a t k e b a n g s a a n , p e r s o ala n n y a t e n t a n g p olitik d a n k e m e r d e k a a n. C o n t o h K a r y a K e ris M a s , P a hla w a n Rim b a M ala y a ( 1 9 4 6 ) N o v el b e r c o r a k p e p e r a n g a n , p e r s o ala n n y a t e n t a n g p e p e r a n g a n a kib a t P e r a n g D u nia k e - 2. S elain it u , p e r s o ala n t e n t a n g p e p e r a n g a n m e n e n t a n g J e p a n d a n k e s a n n y a t e r h a d a p k e hid u p a n r a k y a t. C o n t o h , K a r y a A h m a d L u f ti, 1 3 7 4 H a ri B e r j u a n g ( 1 9 4 8 ) , N y a w a di H u j u n g P e d a n g ( 1 9 4 8 ) iait u k a r y a A h m a d M u r a d N a s a r u d din. N O V E L


Balada- puisi atau sajak yang mengandungi cerita,kisah,dan hikayat yang berkait dengan perasaan sedih atau satusatu kisah yang pernah dialami oleh pengarangnya. SAJAK -Sajak ialah puisi moden yang bebas dan tiada fokus utama untuk menghasilkannya. -Muncul pada zaman Angkatan 45. -Tidak mempunyai peraturan untuk menghasilkannya. Tidak ada bentuk-bentuk terikat seperti puisi Melayu Tradisional. Roman- sajak tentang cinta kasih atau curahan kasih sayang yang digambarkan dalam bentuk sajak. Uda- sajak berisi sanjungan atau pujian terhadap seseorang, terutama terhadap mereka yang telah berjasa kepada masyarakat. Epigram- sajak yang diciptakan khusus untuk memberikan nasihat dan pengajaran. Simne- Sajak yang mengandungi pujian dan khusus kepada Tuhan. Elergi- sajak yang menggambarkan keluhan jiwa dan rintihan sukma pengarang kerana kesedihan yang dialaminya. Satira- sajak yang dihasilkan untuk menyindir atau kecaman terhadap sesuatu yang tidak baik bagi pengarang. BENTUK-BENTUK SAJAK


H I B U R A N P E N D I D I K A N D A K W A H K R I T I K A N S O S I A L F U N G SI KESUSASTER A A N M E L A Y U


Kesusasteraan Melayu mempunyai pelbagai fungsi dan salah satu daripadanya ialah kesusasteraan berfungsi sebagai hiburan kepada masyarakat sekeliling. Karya sastera sememangnya menarik perhatian remaja dan juga telah menjadi bahan hiburan yag berkualiti serta bermutu. Karya sastera yang menarik perhatian remaja adalah seperti cerpen dan novel. Hal ini dikatakan demikian kerana, cerpen dan novel ada menyelitkan beberapa unsur yang sesuai dengan jiwa dan sanubari remaja, ini menyebabkan remaja tertarik untuk membaca. Selain itu, cerpen dan juga novel juga misalnya, menyajikan bahan bacaan yang ringan, plot yang tidak kompleks, dan mudah untuk difahami. HIBURAN


Ini juga adalah salah satu faktor yang menambat hati remaja untuk membaca. Di samping itu, tema yang ditonjolkan juga biasa sahaja serta tidak terlalu berat untuk golongan remaja. Konflik yang timbul juga tidak memaksa remaja untuk berfikir secara mendalam. Hal ini kerana, cerpen dan juga novel ini hanyalah sekadar bahan bacaan untuk menyeronokkan diri atau sebagai bahan bacaan hiburan untuk menghilangkan tekanan kepada seseorang atau remaja. Seterusnya, novel juga selalu mempunyai ending yang memberikan kepuasan kepada pembaca yang mahukan hiburan. HIBURAN


Untuk pengetahuan, fungsi kesusasteraan dalam hiburan terbentuk serta terwujud melalui kehadiran ungkapanungkapan kata yang diungkapkan merdu, irama serta rentak yang tersusun dengan cantik, kemampuan karya sastera yang bermain dengan jiwa dan perasaan pembaca, membelai emosi pembaca atau pendengar yang membuatkan mereka terus menghayati serta memahami apa yang hendak disampaikan dalam sesebuah karya sastera. Konsep hiburan dalam kesusasteraan melahirkan serta membentuk minat yang mendalam dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, karya sastera bukan sahaja menimbulkan HIBURAN


perasaan kegembiraan dalam diri pembaca atau pendengar tetapi juga menyebabkan masyarakat menjiwai dan menggunakan karya sastera dalam pertuturan mereka hari demi hari serta semakin suka menggunakannya. Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera yang membawa kepada keseronokan yang indah. Kepentingan fungsi hiburan juga menjadikan karya sastera seperti cerita penglipur lara yang diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati masyarakat pada suatu ketika dahulu. Pantun misalnya merupakan karya sastera yang sangat memberikan pengaruh besar serta cukup popular kerana keupayaannya yang membawa serta menonjolkan keindahan yang menghiburkan. HIBURAN


Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali, Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. C O N T O H P A N T U N C O N T O H 1 C O N T O H 2 Burung pipit burung keladi, Hinggap di pokok di tepi sawah, Jika hidup tidak berbudi, Ibarat pokok tidak berbuah.


Pantun yang telah dinyatakan, jelas memberikan nasihat kepada orang ramai. Pantun tersebut disampaikan melalui kata-kata yang tersusun indah, ditambah dengan iramanya yang merdu serta membuatkan pendengar mendengar dengan jiwa dan perasaan. Sebenarnya, kualiti menghiburkan dalam pantun sangat banyak jika hendak dikatakan. Rentak dan rima yang digunakan bersukat membentuk irama dalam pantun serta kemerduan irama pantun yang dilontarkan itu cukup menghiburkan. Malah pantun mempunyai struktur bacaan yang tersendiri yang menghasilkan keindahan dalam pembacaan. Selain itu, pelbagai jenis variasi yang boleh disampaikan dalam bentuk berpantun yang semakin menambahkan fungsi menghiburkan seperti dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu popular, dan pelbagai bentuk yang lain. Kemampuan pantun untuk dijadikan warisan sebagai karya sastera yang popular menunjukkan bahawa unsur hiburan ini amat banyak dalam pantun.


Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, kesusasteraan Melayu berfungsi dalam pendidikan melalui pengalaman-pengalaman pengarang yang diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang dirangkumkan melalui pelbagai bidang ilmu, misalnya ekonomi, politik, sosiologi, dan agama. Setiap hasil-hasil sastera, terdapat pelbagai pengalaman yang telah pun diterapkan atau diungkapkan, contohnya melalui prosa atau puisi yang telah pun ditambah unsurunsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang amat tinggi nilainya serta secara tidak langsung boleh diambil serta diaplikasikan oleh pembaca dan pembaca dapat mewujudkan atau melahirkan pendidikan secara tidak langsung. PENDIDIKAN


Dalam konteks yang lebih tepat iaitu mata pelajaran atau kursus Kesusasteraan Melayu, subjek ini bukan sahaja memfokuskan kepada satu cabang ilmu seperti pendedahan tentang teknik penulisan ilmiah, rencana, penulisan kreatif, pendedahan mengenai dunia terbitan, penyiaran selaras dengan matlamat pembudayaan bahasa Melayu, malah subjek ini juga mendorong kepada pelbagai lagi jenis kebaikan atau yang membawa kepada perkara yang berfaedah iaitu ia juga berperanan sebagai batu lonjatan kepada para pelajar serta masyarakat untuk lebih menjiwai unsur dan nilai murni dari pelbagai jenis aspek, misalnya aspek kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan, serta menanam perasaan bangga dan cinta akan tanah air. PENDIDIKAN


Dengan ini, sudah terang lagi bersuluh, bahawa Kesusasteraan dalam aspek pendidikan dapat mencerminkan sifat-sifat yang positif serta menonjolkan masyarakat kesenian yang kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera yang menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu. Setiap karya sastera yang dibaca juga secara tidak langsung, unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan itu diserap oleh pembaca dan dapat membentuk sikap peribadi atau personaliti pembaca ke arah kebaikan. Karya kesusasteraan juga sebenarnya banyak mengandungi unsur pendidikan. Ingin ditegaskan disini juga bahawa, unsur pengajaran yang disampaikan juga perlulah secara halus melalui mesej yang tersirat yang disampikan secara jelas, ringkas, dan padat, serta tidak terlalu panjang dan juga bukannya secara berkhutbah. PENDIDIKAN


Nilai, moral, dan tatasusila yang diterapkan melalui karya sastera juga hendaklah disampaikan secara halus, misalnya disampaikan melalui teknik dialog, monolog, tindakan, aksi, dan teknik-teknik lain yang bersahaja. PENDIDIKAN


Setiap hasil-hasil sastera yang telah dipamerkan telah pun menunjukkan bahawa kesemua hasil sastera, terutamanya hasil sastera lisan amat bersifat didaktif. Bersifat didaktif ini bermaksud karya sastera itu mengandungi serta menerapkan pelbagai unsur pengajaran dan pendidikan moral yang boleh diterapkan dalam diri masyarakat tradisi pada masa kini. Antara contoh, cerita-cerita lisan yang boleh di ambil pengajaran adalah cerita binatang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, cerita lisan tersebut sebenarnya ada menyelit beberapa nasihat, pengajaran, teladan, dan sebagainya yang boleh diambilkan sebagai pengajaran serta sanagt berguna sebagai paduan dalam mendorong masyarakat ke arah kesejahteraan dalam kehidupan. PENDIDIKAN


Misalnya, antara pengajaran yang boleh diambil iktibar daripada cerita binatang tersebut adalah anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang. Secara tidak langsung, cerita-cerita tersebut juga dapat mempengaruhi pemikiran kanak-kanak kerana mereka sangat gemar untuk membaca buku berkaktan binatang. Binatang juga adalah benda yang paling dekat dengan diri kanakkanak. PENDIDIKAN


Selain itu, terdapat juga cerita lain yang memberi pengajaran kepada masyarakat, misalnya, cerita Si Tanggang. Cerita ini memberikan pengajaran agar anakanak terdidik supaya tidak menderhaka kepada orang tua. Begitu juga dalam cerita-cerita roman, ditonjolkan sifat kesetiaan kepada pemimpin, sikap dan amalan gotongroyong, kerjasama dan tolong menolong yang membawa manfaat dan keberkatan dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera. PENDIDIKAN


Karya sastera yang berfungsi sebagai pendidikan juga merupakan karya sastera yang membawa kesedaran kepada masyarakat. Ini menunjukkan bahawa masyarakat akan sentiada cakna terhadap bahan karya sastera yang telah dibaca. Selain itu, karya sastera juga berperanan dalam mengubah pemikiran dan memberikan peluang yang tidak terhadap kepada masyarakat dalam menerapkan nilai-nilai murni moral yang terdapat dalam karya. Misalnya, cerita Sang Kancil dengan Buaya yang sangat terkenal di seluruh pelusuk dunia serta telah lama karyanya diterbitkan. Cerita ini diminati bukan sahaja hanya menghiburkan malah kehebatan serta keupayaan cerita tersebut yang berunsurkan nilai kemasyarakatan, unsur moral dan pengajaran yang berguna kepada masyarakat. PENDIDIKAN


Setelah zaman berganti zaman, tanpa kita sedari, kita sebenar telah dibesarkan atau dididik dalam asuhan moral yang telah dibawa dari cerita tersebut. Tanpa kita sedar, kita telah pun dididik dan diserap dengan kepentingan nilai tolongmenolong dan diperingatkan kepada diri kita sendiri serta masyarakat di luar sana betapa buruknya sikap tidak mengenang budi orang yang telah banyak berjasa untuk kita. Janganlah kita menjadi seperti kacang lupakan kulit. PENDIDIKAN


Kesusasteraan Melayu memainkan pelbagai jenis fungsi yang dapat memberikan faedah kepada masyarakat di dunia ini. Kesusasteraan Melayu sebenarnya telah lama beroperasi sejak zaman dahulu yang banyak memberikan manfaat kepada masyarakat. Salah satu fungsi Kesusasteraan Melayu yang menjurus ke arah keagamaan adalah berfungsi sebagai dakwah. DAKWAH


Definisi dakwah, berdasarkan Ali Mahfudh dalam kitab Hidayatul Mursyidin mendefinisikan dakwah iaitu mendorong manusia untuk berbuat kebajikan dan mencegah mereka daripada perbuatan mungkar, agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Selain itu, A. Hasymi mendefinisikan dakwah dengan mengajak orang lain untuk menyakini dan mengamalkan kaedah dan syariat Islam yang terlebih dahulu diyakini dan diamalkan oleh juru dakwah itu sendiri. Seterusnya, menurut Abul Ala'Al-Mawdudi, dakwah adalah panggilan ilahi dan Rasul yang mengajak manusia memiliki nila-nilai suci dan agong. DAKWAH


Dakwah adalah menghidupkan manusia, iaitu menghidupkan pancaindera, daya pemerhatian, daya rasa, daya ciptanya, menghidupkan dhamir, hati nuraini, dan bashirah. Menghidupkan manusia yang seimbang dari segi ilmu, iman, dan amal. Ibadah, ikhtiar, dan doa. DAKWAH


Fungsi kesusasteraan dalam dakwah sangat memberikan banyak peluang kepada masyarakat supaya dapat mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam dengan membaca unsur keindahan dalam sesebuah karya sastera yang berkaitan dengan agama dalam berdakwah. Fungsi sastera dalam dakwah juga memberikan kesan yang sangat positif serta mendalam dimana sastera telah pun digunakan bagi menyampaikan pesan suci Tuhan yang bukan sahaja dengan mengangkat martabat atau menjunjung tinggi nilai-nilai perbuatan yang dimungkari oleh Allah SWT supaya mendapat kesusasteraan tetapi juga dengan mengajak orang lain untuk bersama-sama melakukan kebaikan. DAKWAH


Hujah ini boleh disokong dengan menurut tokoh Syauqi Dhaif (1969) dalam Al Adab fi al-Asri al-Islami yang mengatakan bahawa sejak zaman Rasulullah lagi, penyair ditanamkan rasa pengabdian, meletakkan fitrah asal manusia yang bertujuan sebagai penyerahan dan tawaduk sebagai makhluk kepada Khaliqnya. Jelaslah bahawa, fungsi kesusasteraan dalam dakwah telah pun wujud sejak dahulu kala lagi yang mengajarkan ajaranajaran Islam kepada masyarakat. DAKWAH


Dakwah juga adalah proses penyebaran tentang ajaran Islam yang berperanan sebagai kunci utama kepada umat Islam agar dapat mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam. Dakwah juga adalah proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia yang disampaikan melalui medium atau saranan yang dapat difahami oleh orang ramai sebagai objek dakwah. Medium atau saranan dakwah yang disampaikan itu juga mestilah melalui bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahasa merupakan saranan komunikasi dakwah yang ternyata efektif atau keberkesanannya dalam menyampaikan sesuatu dan dapat difahami oleh orang ramai. Contohnya, penyampaian ceramah oleh golongan-golongan alim ulama dengan menggunakan keindahan bahasa serta mengaplikasikan kesusasteraan melayu dalam penyampaiannya. DAKWAH


Secara tidak langsung, pendengar dapat mempelajari dua perkara dalam ceramah tersebut iaitu dapat mempelajari ilmu agama serta mempelajari atau menambah kosa kata baharu berdasarkan keindahan bahasa yang disampaikan oleh penceramah tersebut. Ini kerana, Islam amat menjunjung tinggi nila-nilai kesusasteraan. Kandungan yang terdapat dalam karya sastera, mampu untuk menyampaikan pesanan suci Tuhan yang dikenali sebagai dakwah dan penyampaian yang disampaikan itu dalam bentuk dakwah serta dapat difahami secara lebih terperinci. Pertembungan atau pertemuan antara agama dengan kesusasteraan ini adalah pada dasarnya terlihat dengan lebih jelas dalam realiti peradaban Islam. DAKWAH


KRITIKAN SOSIAL Kritikan sosial dalam kesusasteraan melayu berfungsi untuk mempengaruhi tindakan atau perbuatan manusia yang bertujuan untuk melakukan sesuatu perubahan terhadap sesuatu sama ada, menegur, mengkritikan mahupun menyampaikan mesej agar dapat diketahui oleh seseorang pengarang tersebut dan dapat dibaiki kelemahannya.


KRITIKAN SOSIAL Hal ini dikatakan demikian kerana, hasil karya sastera yang telah pun diterbitkan adalah pengalaman serta berdasarkan rakaman kehidupan manusia dalam kehidupan realiti yang telah pun diterapkan dalam karya sastera seseorang pengarang. Karya sastera tersebut yang diaplikasikan berdasarkan pengalaman seseorang juga mampu untuk mempengaruhi pemikiran pembaca, melahirkan pertimbangan, dan tindakan yang diambil oleh manusia dalam pelbagai susun lapis masyarakat.


KRITIKAN SOSIAL Sesuatu yang dinyatakan dalam karya sastera tersebut adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia. Oleh itu, dengan menghasilkan karya sastera ini adalah untuk menasihati atau memberi kesedaran kepada masyarakat secara tidak terbuka iaitu hanya melalui tulisan, misalnya, buku cerita. Karya sastera bukan hanya berdasarkan pengalaman melalui kehidupan realiti yang luar biasa, malah ia juga telah diolah dalam bentuk karya yang sangat kreatif serta indah sifatnya.


KRITIKAN SOSIAL Pada zaman dahulu, karya-karya kesusasteraan melayu juga digunakan sebagai saluran untuk melakukan kritikan atau sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya, cerita Pak Kaduk, jelas menyatakan dalam dalamcerita tersebut iaitu ia menyindir golongan berkuasa (raja) yang bersikap zalim, tamak, pentingkan kuasa dan tidak mengambil peduli serta tidak menghiraukan hidup rakyat jelata.


KRITIKAN SOSIAL Melalui cerita Pak Pandir, Lebai Malang pula, terselit juga unsur-unsur sindiran terhadap orang yang tamak, kedekut, gilakan kuasa, dan orang-orang yang sering mengambil kesempatan atas diri orang yang lemah untuk kebaikan diri sendiri.


KRITIKAN SOSIAL Kritikan sosial ini akan dilakukan oleh pakarpakar tokoh yang bijaksana kepada pengarang yang akan menerbitkan sesuatu karya sastera. Setiap isi yang terdapat dalam karya sastera seseorang pengarang itu akan dilihat dengan teliti oleh mereka dan akan dikritik sama ada dari segi bahasa, cara pengolahan serta keindahan bahasa yang digunakan.


KRITIKAN SOSIAL Sebagai contoh, mengkritik masalah keruntuhan moral dan akhlak, institusi kekeluargaan, pembangunan dan keagamaan dalam sesebuah karya sastera. Contoh kritikannya, keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat di kota. Warga di kota tidak mengira belia dan golongan tua dilihat mudah terjebak dalam kancah keruntuhan moral disebabkan pelbagai faktor seperti masalah dalam keluarga, diri sendiri, pengaruh rakan, tidak ada pegangan agama dan persekitaran.


KRITIKAN SOSIAL Seterusnya, contoh kritikan sosial dalam karya sastera novel Tunggu Teduh Dulu (TTD) ialah mengkritik isu pembangunan negara yang mendatangkan implikasi negatif kepada sebahagian masyarakat tertentu. Contoh yang terdapat dalam karya tersebut berdasarkan kritikan yang dinyatakan ialah pembangunan berlaku secara tidak seimbang antara di bandar dan luar bandar. Masyarakat di luar bandar masih tidak menikmati pembangunan sebagaimana yang dinikmati oleh masyarakat di kota dan bandar.


MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI TRADISIONAL SELOKA -SELOKA PANDAI PAK PANDIR -SELOKA EMAK SI RANDANG


Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Harta habis bawaan tergadai Mendengar gelagat dagang Tak sedar bertelangjang Mendengar guruh di langit Air di tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak Gunting makan di hujung Pak Pandir juga yang menanggung. Apa didengar gelagat dagang Gelagat rambutan jantan Orang berbunga,dia berbunga Orang berbuah dia haram Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga kecundangan. SELOKA PANDAI PAK PANDIR


MASYARAKAT YANG TERLALU MEMENTINGKAN ORANG LAIN BERBANDING KELUARGA SENDIRI. 1. Mengkritik masyarakat yang lebih mementingkan orang luar berbanding anak sendiri. Huraiannya ialah, mereka lebih utamakan orang lain dan sanggup menabur budi sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Perkara ini jelas dinyatakan dalam seloka Pandai Pak Pandir tersebut, yang menyatakan bahawa Pak Pandir tersebut lebih mengutamakan orang luar berbanding dengan keluarganya sendiri sehingga habis hartanya dan telah ditipu oleh orang luar tersebut. MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SELOKA PANDAI PAK PANDIR


2. MASYARAKAT YANG TERLALU MEMPERCAYAI KABAR ANGIN TANPA MENYIASAT TERLEBIH DAHULU Mengkritik masyarakat yang terlalu mendengar katakata orang asing tanpa menyiasat dahulu kesahihan kata tersebut serta terus membuat sesuatu tindakan secara melulu. Huraiannya ialah, mereka terlalu mempercayai kata-kata orang luar dan tidak menyelidik dahulu perkara yang didengari tersebut dan melakukan tindakan yang cepat, tanpa tidak sedar bahawa dirinya telah ditipu dan habis segala harta hilang begitu sahaja. MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SELOKA PANDAI PAK PANDIR


Perkara ini jelas dinyatakan dalam seloka Pandai Pak Pandir tersebut, yang menyatakan bahawa walaupun khabar yang didengar oleh Pak Pandir itu belum tentu betul dan sahih, namun Pak Pandir sudah pun menghabiskan segala hartanya dengan menuruti segala yang dikatakan oleh kabar angin tersebut tanpa disedari bahawa dirinya telah ditipu oleh pedagangpedagang tersebut. Dengan itu, segala harta Pak Pandir telah habis dan hanya tinggal sehelai sepinggan sahaja. MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SELOKA PANDAI PAK PANDIR


3. MASYARAKAT YANG MUDAH TERPEDAYA DENGAN ORANG LUAR Mengkritik masyarakat yang terlalu mempercayai orang luar berbanding orang yang lebih dekat dengannya. Huraiannya ialah, mereka yang mudah ditipu oleh orang luar ini adalah kerana mereka terlalu mengambil ringan dan terlalu mempercayai orang lain, tanpa tidak tahu niat sebenar orang tersebut. Perkara seperti ini amat berbahaya kerana ia boleh mendatangkan perkara yang burukjika terlalu mempercayai orang luar. MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SELOKA PANDAI PAK PANDIR


Perkara ini jelas dinyatakan dalam seloka Pandai Pak Pandir tersebut, yang menyatakan bahawa Pak Pandir terlalu leka mendengar kata-kata pedagang sehingga tidak sedar bahawa dirinya telah di tipu. MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SELOKA PANDAI PAK PANDIR


4. MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN DIRI Mengkritik masyarakat yang terlalu melakukan sesuatu tindakan tersebut hanya untuk kepentingan dirinya sahaja dan menginginkan keuntungan yang besar dan sanggup untuk mengambil hati orang luar demi mendapatkan ganjaran. Huraiannya ialah, mereka sanggup menghabiskan harta yang mereka miliki semata-mata untuk mengambil hati orang luar kerana terpedaya tanpa menyedari mereka telah diperbodohkan. MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SELOKA EMAK SI RANDANG


Perkara ini jelas dinyatakan dalam seloka Pandai Pak Pandir tersebut, yang menyatakan bahawa Pak Pandir terlalu menjanjung dan mengambil hati pedagang-pedagang tersebut sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka walaupun perlu menghabiskan hartanya sendiri demi mendapatkan balasan yang lumayan tanpa memikirkan nasib keluarganya sendiri. MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SELOKA PANDAI PAK PANDIR


Baik budi Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi. SELOKA EMAK SI RANDANG (Seloka ini juga lebih kurang sama dengan seloka Pandai Pak Pandir iaitu yang menunjukkan masyarakat mempunyai sikap terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.)


MENYINDIR MASYARAKAT YANG LEBIH MENGUTAMAKAN ORANG LAIN DALAM PELBAGAI URUSAN TANPA MEMIKIRKAN AHLI KELUARGA SENDIRI. 1. Buktinya terdapat pada rangkap 5 "Anak dipangku diletakkan" pernyataan ini menunjukkan bahawa Emak Si Randang ini telah pun mengabaikan anaknya, malah dia juga membiarkan anaknya sendiri dalam keadaan kelaparan sebagai bukti iaitu pada rangkap 4 "Anak pulang kelaparan". Oleh hal yang demikian, sikap yang terlalu mengagungkan perlulah di buang dan mewujudkan sikap yang lebih mengutamakan ahli keluarga dahulu berbanding orang lain. Kesannya, sikap yang mengutamakan orang lain ini akan mendatangkan kerugian dan masalah pada diri sendiri dan keluarga. MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SELOKA EMAK SI RANDANG


2. MENYINDIR MASYARAKAT YANG TERLALU BAIK HATI TANPA MEMIKIRKAN SESUATU HAL TERLEBIH DAHULU Bukti yang terdapat dalam seloka tersebut ialah pada rangkap 1 & 2 "Baik budi Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan" yang bermaksud Emak Si Randang ini terlalu baik hati dan bersikap terbuka walaupun dengan orang yang tidak dikenalinya. Perbuatan ini memang tidak dapat dinafikan bahawa ia merupakan kebaikan yang baik , tetapi terdapat juga sesetangah perkara yang kita tidak boleh menjadi terlalu baik sehingga mengabaikan tanggungjawab kita sebagai ibu, serta ia juga akan merugikan serta boleh menyebabkan berlakunya jurang perhubungan sesama ahli keluarga. MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SELOKA EMAK SI RANDANG


MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI TRADISIONAL PANTUN -PANTUN SINDIRAN -PANTUN NASIHAT


Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap, Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai membaca kitab. PANTUN SINDIRAN Manifestasi akal budi masyarakat melayu dalam pantun ini adalah masyarakat yang menyindir seseorang yang ingin menunjukkan kehebatannya atau kepandaiannya walhal dia sudah tahu bahawa dirinya tidak mahir atau tidak berilmu dalam perkara tersebut tetapi dia tetap melakukannya walaupun dirinya akan diketawakan.


Pisang kelat digonggong helang, Jatuh ke lubuk Inderagiri, Jikalau berdagang ke rantau orang, Baik-baik membawa diri. PANTUN NASIHAT Manifestasi akal budi masyarakat melayu dalam pantun ini adalah masyarakat yang menasihati orang lain, bahawa jika pergi merantau jauh ke negeri orang sama ada untuk berdagang atau bekerja, dia perlulah pandai dan bijak menjaga dirinya di negeri orang lain dan menjaga tingkah laku.


Click to View FlipBook Version