DEDIKASI
SEKALUNG APRISIASIKU PERSEMBAHKAN BUAT
AYAHANDA DAN BONDA TERCINTA
GURU-GURU TERHORMAT
SAHABAT PENA TERULUNG
ANAK DIDIK TERSAYANG
ANAK-ANAK DIDIK 5 SAINS TULEN 2017
YANG TELAH MEMBERI ILHAM DAN ILMU KEPADAKU
UNTUK MENGHASILKAN SEBUAH
MODUL BAHASA MELAYU
LEGASI ZABA 2017
………………………………………
MOHD HAIRIE BIN ABDULLAH
-HAK CIPTA TERPELIHARA-
SEBARANG CETAKAN SEMULA TANPA KEBENARAN PEMILIK MODUL ADALAH
DILARANG.
CETAKAN PERTAMA 2017
BAHAGIAN A
KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
45 MINIT
(30 MARKAH)
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 2
FOKUS 1 : AKIBAT KEJADIAN JEREBU
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang akibat-akibat
kejadian jerebu kepada masyarakat. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.
MASALAH JEREBU
Mengganggu kesihatan Menjejaskan hasil tanaman
Mengehadkan jarak penglihatan 3
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+
CONTOH KARANGAN
(Ayat Rangsangan) Fenomena jerebu yang melanda negara kita bukanlah satu isu yang
baharu tetapi telah lapuk. (Ayat Huraian) Hal ini demikian kerana setiap dua tahun sekali
ruangan angkasa Malaysia akan dipenuhi asap tebal, debu dan benda asing akibat pembakaran
hutan di negara jiran kita, Indonesia. (Ayat Contoh) Contohnya, pada tahun 2015, negara kita
terpaksa menanggung akibat yang bukan sedikit apabila kerajaan Indonesia gagal menyelesaikan
masalah pembakaran hutan yang dilakukan oleh petani dan pemilik tanah. (Ayat Huraian)
Keadaan ini diburukkan lagi dengan pertambahan bilangan kenderaan bermotor dan kilang yang
bagai cendawan tumbuh selepas hujan. (Ayat Arah) Persoalannya, apakah akibat-akibat kejadian
jerebu kepada masyakarat dan negara?
(Ayat Topik) Akibat yang paling teruk ialah masalah jerebu mengganggu kesihatan
manusia. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh apabila jerebu berlaku, manusia terpaksa
menghirup udara yang kotor dan tercemar. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, masyarakat akan
menghidapi batuk-batuk, sakit mata, alahan kulit, asma, dan kerosakan paru-paru. (Ayat Kesan)
Kesannya, aktiviti harian individu seperti bersekolah, bekerja, beriadah dan sebagainya pasti
terganggu. (Ayat Kesan) Dalam pada itu, individu yang sakit sudah pasti terpaksa berkunjung ke
hospital untuk mendapatkan rawatan demi menyembuhkan penyakit. (Ayat Kesan) Oleh itu,
situasi ini telah menyebabkan bebanan kepada masyarakat, khususnya golongan yang hidup kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang. (Ayat Penegasan) Tegasnya, masalah jerebu telah
mengganggu kesihatan manusia.
(Ayat Topik) Bukan itu sahaja, masalah jerebu mengehadkan jarak penglihatan
masyarakat. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa jerebu yang tebal menyebabkan manusia
tidak mampu melihat sesuatu dari jarak yang jauh. (Ayat Contoh) Sebagai tamsilan, banyak
penerbangan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa ditangguhkan dan dibatalkan
suatu ketika dahulu. (Ayat Kesan) Akibatnya, risiko kemalangan sama ada kemalangan di jalan
raya, di udara mahupun di air akan menjadi lebih tinggi. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, hal
ini akan membazirkan masa, tenaga dan kos individu. (Ayat Kesan) Tidak kurang juga, aktiviti
harian seperti persekolahan terpaksa dicutikan seperti yang berlaku di Daerah Ledang, Muar
kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara melepasi tahap sangat berbahaya. (Ayat Penegasan)
Secara ringkasnya, masalah jerebu sememangnya menghedkan jarak penglihatan.
(Ayat Topik) Selain itu, fenomena jerebu juga akan menjejaskan hasil tanaman para
petani. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan demikian kerana cahaya matahari tidak dapat
menembusi jerebu lalu proses fotosintesis tidak dapat dilakukan. (Ayat Contoh) Misalnya, sayur-
sayuran hijau tidak dapat tumbuh dengan subur kerana klorofil tidak dapat menjalankan
fungsinya kerana kekurangan cahaya matahari. (Ayat Kesan) Impaknya, lubuk rezeki para petani
terjejas kerana hasil pertanian tidak menjadi. (Ayat Kesan) Bagi negara pula, sumber bekalan
makanan untuk rakyat pasti terjejas kerana hasil tanaman tidak mencukupi. (Ayat Kesan) Pada
masa yang sama, negara terpaksa mengimport makanan berasaskan pertanian seperti sayur-
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 4
sayuran dan buah-buahan sekali gus meningkatkan perbelanjaan kerajaan. (Ayat Penegasan)
Pendek kata, masalah jerebu akan menjejaskan hasil tanaman.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu keburukan masalah jerebu
jika tidak ditangani dengan proaktif. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan dengan itu, kerjasama
semua pihak persis peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni amat diharapkan
bagi menangani masalah jerebu. (Ayat Cadangan Khusus) Oleh hal yang demikian, kerajaan
Malaysia haruslah mengadakan rundingan meja bulat dengan Indonesia bagi mencari jalan
penyelesaian terdapat isu jerebu serantau. (Ayat Cadangan Khusus) Masyarakat pula janganlah
mengambil sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dengan
melakukan pembakaran terbuka. (Ayat Cadangan Khusus) Pihak berkuasa haruslah
menguatkuasakan undang-undang berkaitan alam sekitar seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 dengan lebih tegas. (Ayat Harapan) Semoga, dengan adanya usaha sederap ini masalah
jerebu yang melanda negara dapat dikurangkan seterusnya menjamin persekitaran yang bersih
dan selamat.
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 5
FOKUS 2 : FAEDAH MENJADI PENGGUNA BIJAK
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Gambar rajah menunjukkan sebahagian daripada ciri-ciri pengguna bijak. Huraikan pendapat
anda tentang faedah-faedah menjadi pengguna bijak. Panjangnya huraian hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.
PENGGUNA BIJAK
Mengelakkan pembaziran Menjimatkan wang
Menjamin keselamatan 6
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+
CONTOH KARANGAN
(Ayat Rangsangan) Kenaikan harga barangan dan kos sara hidup menjadikan pengguna,
khususnya golongan yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang semakin
terbeban. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan demikian kerana kuasa beli mereka semakin rendah
akibat sikap tamak penjual yang gemar mengangguk di keruh dengan menyorok barang,
menaikkan harga sesuka hati dan menjual barang yang rosak. (Ayat Huraian) Sungguhpun
demikian, menunding jari dan menyalahkan penjual bulat-bulat juga tidak adil kerana banyak
pengguna di Malaysia masih tidak bijak. (Ayat Contoh) Contohnya, pasar raya dan gedung beli-
belah tidak pernah sunyi dengan kehadiran pelanggan, apatah lagi jika potongan harga dilakukan
maka berbondong-bondonglah pengguna membeli-belah. (Ayat Arah) Persoalannya, apakah
faedah-faedah yang diperoleh dengan menjadi penggunan yang bijak?
(Ayat Topik) Kelebihan menjadi pengguna yang bijak ialah pengguna dapat mengelakkan
pembaziran. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa amalan membazir ialah amalan yang
negatif kerana dalam agama Islam ada menyebut, membazir itu amalan syaitan. (Ayat Contoh)
Sebagai contoh, pengguna yang bijak harus menyediakan senarai barangan dan membeli-belah
mengikut keperluan bukannya kehendak. (Ayat Kesan) Kesannya, pengguna dapat membeli
barangan yang lain dengan menggunakan wang sedia ada. (Ayat Kesan) Dalam pada itu,
pengguna dapat membantu negara mengatasi masalah inflasi yang terus menghantui kehidupan
masyarakat. (Ayat Kesan) Oleh itu, pengguna juga dapat mengelakkan beban hutang sehingga
terpaksa diisytiharkan sebagai muflis. (Ayat Penegasan) Pendek kata, pengguna yang bijak dapat
mengelakkan pembaziran daripada berlaku.
(Ayat Topik) Di samping dapat mengelakkan pembaziran, pengguna yang bijak sudah
pasti menjamin keselamatan diri dan keluarga. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh terdapat
pelbagai barangan yang dijual tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan terutamanya
kandungan. (Ayat Contoh) Misalnya, pengguna yang bijak perlu meneliti tarikh luput bagi
barangan yang sedia berbungkus, kandungan bahan bagi makanan dan keadaan barangan yang
mudah rosak seperti ikan, daging dan sayur-sayuran sebelum membelinya. (Ayat Kesan)
Impaknya, pengguna dapat menghindari masalah keracunan makanan, sakit perut dan cirit-birit
akibat makan makanan yang rosak. (Ayat Kesan) Pada masa yang sama, pengguna dapat hidup
dalam keadaan yang sihat kerana tidak ada penyakit yang berdampingan. (Ayat Kesan) Secara
tidak langsung, pengguna dapat mengurangkan kos rawatan penyakit. (Ayat Penegasan) Secara
ringkasnya, pengguna yang bijak dapat menjamin keselamatan.
(Ayat Topik) Selain itu, pengguna yang bijak dapat menjimatkan wang daripada membeli
barangan yang tidak penting. (Ayat Huraian) Seperti yang kita sedia maklum, tawaran dan
promosi yang dilakukan oleh peniaga sering memancing minat pengguna untuk mencuba dan
membeli produk jika tidak kuat mengawal nafsu belanja. (Ayat Contoh) Sebagai tamsilan,
pengguna boleh menyimpan wang lebihan belanja ataupun menetapkan simpanan sebanyak 50
sen pada setiap hari kerana sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. (Ayat Kesan) Implikasinya,
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 7
wang simpanan boleh digunakan semasa kecemasan seperti kemalangan kerana malang tidak
berbau. (Ayat Kesan) Wang tabungan itu juga boleh menampung kos pengajian sekiranya
melanjutkan pelajaran ke menara gading. (Ayat Kesan) Dalam jangka masa yang panjang,
pengguna dapat membeli aset seperti kereta dan rumah demi kehidupan yang selesa. (Ayat
Penegasan) Tegasnya, pengguna yang bijak dapat menjimatkan wang.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu faedah menjadi pengguna
yang bijak ketika berbelanja. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan dengan itu, kerjasama semua
pihak persis peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni amat diharapkan bagi
melahirkan pengguna yang bijak. (Ayat Cadangan Khusus) Oleh hal yang demikian, media
massa haruslah mengwara-warakan kempen kesedaran lebih agresif dan proaktif. (Ayat
Cadangan Khusus) Persatuan pengguna pula hendaklah mendidik pengguna agar lebih bijak
dengan mengedarkan risalah seperti yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
(Ayat Cadangan Khusus) Perkara yang lebih penting ialah ibu bapa mestilah mendidik anak-anak
tentang langkah penjimatan semasa berbelanja sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. (Ayat Harapan) Semoga dengan adanya usaha sederap ini, impian murni kerajaan
untuk melahirkan pengguna yang bijak bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. 8
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 8
FOKUS 3 : PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca
keracunan makanan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.
PUNCA KERACUNAN MAKANAN
Makanan telah rosak Pengabaian aspek kebersihan
Makanan dibiarkan terdedah 9
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+
CONTOH KARANGAN
(Ayat Rangsangan) “Mati makan kenduri”, “127 pelajar keracunan” dan “38 mangsa sup”
antara petikan tajuk akhbar arus perdana yang terhidang untuk santapan mata kita. (Ayat
Huraian) Seperti yang kita sedia maklum, masalah keracunan makanan bukan sahaja
menjejaskan kesihatan seperti sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit tetapi boleh membawa maut
apabila badan kekurangan air. (Ayat Contoh) Contohnya, kes seorang kanak-kanak lelaki yang
maut kerana makan ayam goreng yang dibeli di sebuah pasar malam di negeri Terengganu bagai
meragut tangkai jantung kita. (Ayat Kesan) Hal ini sudah pasti memberikan imej buruk buat
penjual kerana telah menjadi punca kematian seseorang. (Ayat Kesan) Maka, tidak mustahillah
negara kita dicap antara negara terkotor di dunia kerana kebersihan masih tidak menjadi
sebahagian daripada budaya dalam kehidupan masyarakat. (Ayat Arah) Persoalannya, apakah
punca-punca keracunan makanan yang terus berlaku di negara kita?
(Ayat Topik) Punca perdana yang mendorong kepada permasalahan ini terus menjadi
rumit ialah makanan yang dimakan oleh masyarakat telah rosak. (Ayat Huraian) Hal ini
dikatakan demikian kerana kebanyakan masyarakat di negara kita tidak cakna untuk melihat
tarikh luput barangan yang dibeli terutamanya makanan di dalam tin dan makanan berbungkus.
(Ayat Huraian) Selain itu, terdapat makanan yang mudah rosak seperti susu, ikan, daging dan
ayam tetap dijual walaupun telah rosak dan busuk. (Ayat Huraian) Situasi ini berlaku apabila
pihak penjual masih menjual makanan yang telah melepasi tarikh luput kerana ingin mengaut
keuntungan. (Ayat Contoh) Misalnya, seramai 49 orang pelajar asrama Sekolah Menengah
Kebangsaan Guar Chempedak, Jerai telah mengalami keracunan makanan setelah makan pau
yang lembik dan basi. (Ayat Kesan) Akibatnya, masalah keracunan bukan sahaja menjejaskan
kesihatan pesakit tetapi juga mengganggu rutin harian seperti tidak boleh belajar dan bekerja.
(Ayat Penegasan) Secara ringkasnya, masalah keracunan makanan disebabkan oleh pengguna
makan makanan yang telah rosak.
(Ayat Topik) Di samping makanan yang telah rosak, pengabaian aspek kebersihan turut
menjadikan masalah keracunan makanan terus berlaku. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh
pengendali makanan tidak menjaga kebersihan diri seperti tidak memotong kuku, tidak memakai
tudung atau tidak membasuh tangan dengan bersih sebelum menyediakan makanan. (Ayat
Huraian) Tidak kurang juga, peralatan memasak dan kebersihan persekitaran seperti longkang
tidak dititikberatkan oleh pengendali makanan dan pemilik premis. (Ayat Huraian) Lebih malang
lagi, pemantauan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan terhadap premis makanan tidak kerap
dan berkala menyebabkan premis tidak menjaga kebersihan. (Ayat Contoh) Umpamanya, 261
buah dapur asrama dan kantin diarahkan oleh Jabatan Kesihatan untuk ditutup kerana kotor
setelah diperiksa sepanjang bulan Januari hingga Ogos 2016. (Ayat Kesan) Impaknya, kekotoran
telah mengundang serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lipas, lalat dan tikus. (Ayat
Penegasan) Pendek kata, masalah keracunan makanan yang berlaku di negara kita berpunca
daripada pengabaikan aspek kebersihan.
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 10
(Ayat Topik) Bukan itu sahaja, makanan dibiarkan terdedah juga dikenal pasti menjadi
penyebab masalah keracunan makan berlaku. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa
makanan yang tidak ditutup dengan sempurna akan berisiko untuk dihinggap oleh lalat dan
meninggalkan bakteria dan mikroorganisma melalui kakinya. (Ayat Huraian) Tambahan pula,
makanan yang terdedah ini juga kebiasaannya telah dicemari oleh debu dan asap dari
persekitaran, terutamanya bagi kedai makan yang terletak di bahu jalan. (Ayat Huraian)
Realitinya, makanan yang dihidangkan di restoran dan warung tidak ditutup kerana untuk
memancing perhatian pelanggan tanpa memikirkan kesan yang bakal ditanggung oleh pelanggan.
(Ayat Contoh) Sebagai tamsilan, menurut pakar pemakanan, makanan yang dibiarkan terdedah
selama empat jam mendorong kuman membiak dengan cepat. (Ayat Kesan) Implikasinya, kuman
yang terkandung dalam makanan boleh merebak ke dalam darah dan mengakibatkan komplikasi.
(Ayat Penegasan) Sesungguhnya, masalah keracunan makanan yang terjadi adalah disebabkan
oleh makanan dibiarkan terdedah.
(Ayat Kesimpulan) Secara intihanya, terdapat seribu satu faktor yang menjadi pemangkin
kepada kejadian keracunan makanan di negara kita. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan
dengan itu, kerjasama semua pihak bagai aur dengan tebing amatlah dituntut bagi menangani
masalah keracunan makanan yang kian berleluasa kerana tidak ada penyakit yang tidak ada
penawar dan tidak ada masalah yang tiada jalan penyelesaian. (Ayat Cadangan Khusus) Oleh itu,
pihak berkuasa seperti Jabatan Kesihatan perlulah melakukan pemantauan secara agresif dan
tidak bermusim bagi memastikan tahap kebersihan sentiasa cemerlang. (Ayat Cadangan Khusus)
Dalam pada itu, pihak sekolah hendaklah mendidik murid-murid sejak kecil tentang tanda-tanda
mengenal pasti makanan yang basi, iaitu lihat, hidu dan rasa kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. (Ayat Cadangan Khusus) Usaha yang lebih mustahak ialah pengendali makanan dan
pemilik premis haruslah menjaga kebersihan. (Ayat Harapan) Semoga dengan adanya usaha
sederap ini, masalah keracunan makanan dapat diatasi dan bukanlah sekadar menjadi angan-
angan Mat Jenin untuk melahirkan generasi yang sihat.
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 11
BAHAGIAN B
KARANGAN RESPON TERBUKA
1 JAM 30 MINIT
(100 MARKAH)
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 12
KARANGAN TUNDINGAN 1 : KEPENTINGAN MEMULIHARA SUNGAI
Isi penting:
1) Sumber air bersih
2) Tempat rekreasi dan ekopelancongan
3) Sumber makanan kepada masyarakat
(Ayat Rangsangan) Isu pencemaran sungai bukanlah suatu isu baharu, tetapi sudah lama menjadi
polemik dalam kalangan masyarakat, bukan sahaja di negara kita malahan di peringkat global.
(Ayat Huraian) Sebenarnya, masalah pencemaran sungai telah berlaku sejak 2100 Sebelum
Masihi di Sungai Nil disebabkan oleh sikap golongan bangsawan yang membuang sampah sarap
ke dalam sungai itu. (Ayat Huraian) Kata orang, kemusnahan alam ialah harga yang perlu
dibayar akibat pembangunan, begitulah juga dengan sungai yang tercemar akibat kemodenan
yang diagung-agungkan oleh setiap negara. (Ayat Huraian) Buktinya, pertumbuhan bilangan
kilang yang didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan adalah untuk memastikan Malaysia
mampu merealisasikan Wawasan 2020, iaitu sebagai negara maju berstatus perindustrian. (Ayat
Contoh) Tanpa kita sedari, kegiatan perindustrian yang tidak terkawal menjadikan Sungai Pinang
dan Sungai Juru di Pulau Pinang kekal dalam senarai antara sungai paling tercemar di negara ini.
(Ayat Arah) Persoalannya, apakah kepentingan memulihara sungai kepada hidupan di muka
bumi ini?
(Ayat Topik) Antara kebaikan memulihara sungai yang telah tercemar ialah sungai dapat
membekalkan sumber air yang bersih untuk kelangsungan hidup manusia. (Ayat Huraian)
Umum mengetahui bahawa sungai ialah nadi kehidupan manusia sejak zaman awal tamadun
manusia kerana empat tamadun awal manusia, iaitu Tamadun Mesir Purba, Tamadun
Mesopotamia, Tamadun Hwang Ho dan Tamadun Indus berkembang di lembangan sungai. (Ayat
Contoh) Sebagai contoh, masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman seperti Sabah dan
Sarawak menjadikan sungai sebagai punca utama mendapatkan sumber air yang bersih. (Ayat
Kesan) Kesan positif daripada itu, masyarakat dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih
lancar untuk masak, minum, mandi dan mencuci pakaian. (Ayat Kesan) Tambahan pula,
masyarakat kurang dijangkiti penyakit yang boleh mengancam nyawa seperti taun, cirit-birit dan
keracunan makanan. (Ayat Kesan) Sementalahan pula, masalah catuan air seperti yang berlaku di
Selangor, Kuala Lumpur dan Kota Tinggi, Johor tidak berulang lagi seterusnya memberikan
keselesaan kepada masyarakat untuk menjalani rutin hidup. (Ayat Penegasan) Tegasnya, usaha
memulihara sungai penting bagi membekalkan sumber air yang bersih kepada masyarakat.
(Ayat Topik) Selain itu, sungai juga dapat dijadikan sebagai tempat rekreasi dan ekopelancong
kepada masyarakat. (Ayat Huraian) Seperti yang kita sedia maklum, kelembutan, kederasan dan
kesejukan air sungai menjadi tarikan utama kepada masyarakat untuk berkunjung ke sungai bagi
melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama keluarga dan rakan taulan. (Ayat Contoh) Misalnya,
Sungai Pahang yang terdapat di Taman Negara Pahang menjadi tumpuan pelancong dari dalam
dan luar negara untuk melakukan aktiviti seperti berakit, berkayak, menyusuri sungai untuk
menikmati pemandangan, mandi-manda dan berkelah. (Ayat Kesan) Akibatnya, masyarakat
dapat melepaskan lelah daripada beban kerja yang menimbun di pejabat sekali gus meredakan
tekanan perasaan. (Ayat Kesan) Tidak kurang juga, masyarakat yang sihat dapat dilahirkan
kerana aktiviti lasak dapat mengeluarkan peluh dan melancarkan
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 13
peredaran darah ke seluruh anggota badan. (Ayat Kesan) Dalam jangka masa yang panjang,
bukan sahaja ekonomi negara tetapi juga pendapatan masyarakat dapat ditingkatkan melalui
kehadiran pelancong asing dan perbelanjaan yang dilakukan sepanjang penginapan mereka di
negara kita. (Ayat Penegasan) Pendek kata, inisiatif memulihara sungai amat perlu dijalankan
secara giat kerana kepentingannya sebagai tempat rekreasi dan ekopelancongan kepada
masyarakat.
(Ayat Topik) Di samping itu, sungai juga perlu dipulihara kerana penting sebagai sumber
makanan kepada masyarakat. (Ayat Huraian) Hal ini demikian kerana sungai membekalkan
pelbagai hidupan akuatik yang dapat dimakan seperti ikan air tawar seperti haruan, sepat, keli,
talapia, lampan, dan udang galah yang banyak terdapat di sepanjang sungai negara kita. (Ayat
Contoh) Umpamanya, Sungai Pahang menjadi lubuk rezeki buat pemancing dan masyarakat
kerana sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia ini terdapat ikan patin yang
sememangnya terkenal di negeri tersebut. (Ayat Kesan) Implikasi yang nyata ialah tahap
kesihatan masyarakat dapat dijamin melalui penggantian tisu yang rosak melalui pengambilan
ikan kerana mempunyai protein yang diperlukan oleh setiap manusia. (Ayat Kesan) Bukan itu
sahaja, masyarakat juga dapat menjanakan pendapatan dengan menjual hasil tangkapan di jeti
dan pasar tani seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat kampung yang
sememangnya terkenal dengan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. (Ayat
Kesan) Dalam pada itu, sumber makanan ini dapat mengelakkan kepupusan sumber agar spesies
yang semakin terancam ini dapat diselamatkan. (Ayat Penegasan) Sudah terang lagi bersuluh,
sungai perlu dipulihara agar dapat menjadi sumber makanan kepada masyarakat.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kemaslahatan memulihara sungai
yang telah tercemar akibat aktiviti manusia di negara kita. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan
dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani
masalah pencemaran sungai yang kian membarah ini. (Ayat Cadangan Khusus) Oleh hal yang
demikian, pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar perlulah menguatkuasakan undang-
undang dengan melakukan pemantauan secara berkala dan mengenakan kompaun kepada
pesalah. (Ayat Cadangan Khusus) Dalam pada itu, pihak sekolah hendaklah memberikan
pendidikan kesedaran alam sekitar tentang kepentingan memelihara dan memulihara sungai
kerana sekolah ialah agen pendidikan melalui Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,
pertandingan dan pameran. (Ayat Cadangan Khusus) Tindakan yang lebih penting ialah ibu bapa
haruslah mendidik anak-anak tentang manfaat sungai kepada manusia dan hidupan lain sejak
kecil kerana peribahasa ada berbunyi, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. (Ayat Harapan)
Semoga perbelanjaan kerajaan yang memperuntukkan RM500 juta dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) untuk memulihkan sungai tercemar di seluruh negara tidak lagi dibazirkan
kerana jumlah ini lebih baik disalurkan untuk pembangunan infrastruktur. (Ayat Peribahasa)
Akhir kata, tepuk dada tanya selera kerana usaha yang direncanakan tidak akan bermakna tanpa
kesedaran dalam diri individu.
Perbendaharaan kata:
polemik – perbahasan / perdebatan dengan rencana atau tulisan dalam akhabar
kelangsungan – kesinambungan / kelanjutan
kemaslahatan – kebaikan / kepentingan
membarah – menjadi barah (teruk / kronik)
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 14
KARANGAN TUNDINGAN 2 : FUNGSI HUTAN KEPADA HIDUPAN
Isi penting:
1) Habitat flora dan fauna
2) Kawasan tadahan air
3) Kawasan rekreasi dan ekopelancongan
(Ayat Rangsangan) Isu kemusnahan hutan bukanlah suatu isu baharu, tetapi sudah lama menjadi
polemik dalam kalangan masyarakat, bukan sahaja di negara kita malahan di peringkat global.
(Ayat Huraian) Sebenarnya, kemusnahan hutan bukan sahaja memberikan kesan kepada manusia
tetapi juga kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. (Ayat Huraian) Kata orang, kemusnahan alam
ialah harga yang perlu dibayar akibat pembangunan, begitulah juga dengan hutan yang ditebang
akibat kemodenan yang didewa-dewakan oleh setiap negara. (Ayat Huraian) Umum mengetahui
bahawa pembakaran hutan dilakukan oleh masyarakat petani untuk tujuan bercucuk tanam
kerana cara ini menjimatkan kos dan masa tanpa mengambil kira kesannya kepada alam sekitar.
(Ayat Contoh) Tanpa kita sedari, kemusnahan hutan yang berlaku di seluruh dunia menyumbang
ke arah fenomena pemanasan global dan El-Nino yang berlaku sejak tahun 1990-an lagi. (Ayat
Arah) Persoalannya, apakah kepentingan hutan kepada hidupan di muka bumi ini?
(Ayat Topik) Antara fungsi hutan yang utama ialah hutan menjadi habitat flora dan fauna. (Ayat
Huraian) Hal ini demikian kerana hutan menjadi kawasan yang paling sesuai untuk hidupan ini
meneruskan kelangsungan hidup memandangkan kawasan ini mempunyai sumber makanan
semula jadi dan kesesuaian persekitaran. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, Taman Negara Kinabalu
di Sabah menjadi tempat pembiakan spesies bunga paksa dan orang utan yang diancam
kepupusan. (Ayat Kesan) Kesannya, rantaian atau siratan makanan akan terjamin memandangkan
hidupan di dalam hutan saling memerlukan. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, spesies ini tidak
akan pupus dan boleh dilihat oleh generasi akan datang. (Ayat Kesan) Pada masa yang sama,
negara dapat membangunkan bidang penyelidikan tentang hutan seperti yang
dipertanggungjawabkan kepada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). (Ayat
Penegasan) Tuntasnya, hutan amat penting sebagai habibat flora dan fauna.
(Ayat Topik) Selain itu, hutan juga memainkan fungsinya sebagai kawasan tadahan air bagi
keperluan manusia. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh hutan berfungsi sebagai penyerap air
semula jadi lantaran terdapat sungai, tasik dan air terjun. (Ayat Contoh) Misalnya, hutan di
sekitar Empangan Bakun di Sarawak membekalkan air kepada masyarakat di sekitarnya selain
mengelakkan kejadian bencana alam di kawasan itu. (Ayat Kesan) Impaknya, sumber air bersih
dapat disalurkan kepada masyarakat sekali gus mengelakkan penyakit bawaan penyakit seperti
taun dan keracunan makanan. (Ayat Kesan) Tambahan pula, aktiviti harian seperti membasuh
pakaian, menanak nasi dan mandi dapat dijalankan tanpa gangguan seterusnya mengelakkan
masalah catuan air yang pernah melanda Kuala Lumpur, Selangor dan Kota Tinggi pada tahun
ini. (Ayat Kesan) Bukan itu sahaja, kejadian banjir dan tanah runtuh dapat dielakkan kerana
hutan melindungi tanah dan menyerap air hujan. (Ayat Penegasan) Sesungguhnya, hutan
berperanan sebagai kawasan tadahan air bagi keperluan manusia.
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 15
(Ayat Topik) Di samping itu, hutan juga menjadi kawasan rekreasi dan ekopelancongan bagi
sesebuah negara. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa persekitaran hutan yang dikelilingi
oleh kehijauan membawa aura ketenangan, kedamaian dan ketenteraman jiwa dan minda lebih-
lebih lagi kepada individu yang sibuk bekerja. (Ayat Contoh) Umpamanya, Hutan Simpan Belum
di Perak sering dikunjungi pelancong dari dalam mahupun luar negara untuk menerokai rahsiah
kehijauannya memandangkan hutan ini dikatakan lebih tua daripada Hutan Amazon. (Ayat
Kesan) Implikasinya, masyarakat dapat menyihatkan tubuh badan melalui pengeluaran peluh dan
pengaliran darah ke seluruh anggota badan dengan menjalankan aktiviti seperti mendaki bukit,
berbasikal dan berkayak. (Ayat Kesan) Seterusnya, hutan mampu mengurangkan kadar tekanan
emosi seseorang kerana kicauan burung, desiran angin dan deruan air terjun dapat menjanjikan
ketenangan. (Ayat Kesan) Dari segi ekonomi pula, hutan mampu menarik pelancong asing sekali
gus menjanakan pendapatan negara melalui perbelanjaan mereka semasa berlibur di negara kita.
(Ayat Penegasan) Sudah terang lagi bersuluh, hutan menjadi kawasan rekreasi dan
ekopelancongan bagi sesebuah negara.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kelebihan memelihara dan
memulihara hutan daripada sebarang bentuk kemusnahan. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan
dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengekalkan
kehijauan hutan yang terdapat di negara kita. (Ayat Cadangan Khusus) Oleh hal yang demikian,
pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan perlulah menguatkuasakan undang-undang dengan
melakukan pemantauan secara berkala dan mengenakan kompaun kepada pesalah yang
menggondolkan hutan. (Ayat Cadangan Khusus) Dalam pada itu, pihak sekolah hendaklah
memberikan pendidikan kesedaran alam sekitar tentang kepentingan memelihara dan
memulihara hutan kerana sekolah ialah agen pendidikan melalui Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, pertandingan dan pameran. (Ayat Cadangan Khusus) Tindakan yang lebih
penting ialah ibu bapa haruslah mendidik anak-anak tentang manfaat hutan kepada manusia dan
hidupan lain sejak kecil kerana peribahasa ada berbunyi, melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
(Ayat Harapan) Semoga saiz hutan di negara kita dapat dikekalkan melalui pengwartaan lebih
banyak kawasan hutan simpan. (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera kerana
usaha yang direncanakan tidak akan bermakna tanpa kesedaran dalam diri individu.
KARANGAN TUNDINGAN 3 : CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK
Isi penting:
1) Melakukan perbandingan harga
2) Meneliti maklumat barangan
3) Membeli barangan buatan tempatan
(Ayat Rangsangan) Isu kenaikan harga barangan di pasaran menjadi rungutan dalam kalangan
masyarakat, khususnya golongan berpendapatan rendah yang hidupnya kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang. (Ayat Huraian) Walaupun begitu, golongan berpendapatan sederhana
yang tinggal di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru juga
tidak ketinggalan merasai tempias kenaikan harga barangan. (Ayat Contoh) Umum mengetahui
bahawa kenaikan harga barangan seperti gula, minyak masak dan petrol disebabkan oleh
kenaikan harga minyak di pasaran dunia akibat kekurangan penawaran petroleum dari negara
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 16
pengeluar seperti Iran, Arab Saudi, Bahrain dan Kuwait yang dikaitkan dengan pergolakan dunia
hari ini. (Ayat Huraian) Sebenarnya, sebagai pengguna kita tidak boleh menunding masalah
kenaikan harga barangan di pasaran bulat-bulat atas faktor tersebut kerana masalah ini juga amat
berkait dengan sikap masyarakat di negara kita yang tidak cakna akan peranan mereka sebagai
pengguna yang bijak. (Ayat Arah) Persoalannya, apakah ciri-ciri pengguna bijak yang perlu
diaplikasikan oleh masyarakat di negara ini?
(Ayat Topik) Ciri pengguna bijak yang utama ialah pengguna yang bijak akan melakukan
perbandingan harga. (Ayat Huraian) Hal ini demikian kerana peniaga yang suka mengambil
keuntungan dengan cara yang mudah bak kata peribahasa menahan lukah di pergentingan akan
mengambil kesempatan atas sikap pengguna yang tidak celik maklumat tentang harga barangan
di pasaran. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, pengguna boleh melakukan perbandingan harga
barangan melalui katalog yang diedarkan oleh pasar raya seperti Econsave, Tesco, Giant dan
Aeon Big. (Ayat Contoh) Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kini menjadikan
pengguna lebih mudah melakukan perbandingan harga kerana pengguna boleh melayari laman
sesawang pasar raya tertentu untuk melihat perbezaan harga yang ditawarkan. (Ayat Contoh)
Oleh hal yang demikian, pengguna yang bijak perlu berbelanja di pasar raya yang menawarkan
harga borong seperti Hero dan NSK kerana barangan yang dijual jauh lebih rendah daripada di
kedai runcit. (Ayat Kesan) Kesannya, pengguna dapat mengurangkan perbelanjaan harian dan
bulanan sekali gus meningkatkan kadar tabungan untuk jaminan masa depan. (Ayat Penegasan)
Tuntasnya, pengguna yang bijak harus melakukan perbandingan harga.
(Ayat Topik) Seterusnya, pengguna yang bijak juga hendaklah meneliti maklumat barangan yang
terdapat pada produk yang dipasarkan. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh terdapat
penyelewengan yang dilakukan oleh segelintir penjual seperti tanda harga dan jaminan kualiti
barangan seperti yang pernah berlaku ketika masalah kegawatan ekonomi pada tahun 1997
dahulu. (Ayat Contoh) Misalnya, pengguna perlu melihat tanda harga yang terdapat pada
barangan, khususnya barang terkawal seperti lada merah, ayam dan daging lembu yang patut
diletakkan tanda harga berwarna merah jambu. (Ayat Contoh) Bukan itu sahaja, barangan yang
tidak tahan lama seperti roti, ikan, udang dan daging, juga produk di dalam tin pula harus diteliti
tarikh luput kerana khuatir pengguna membeli barangan yang telah tamat tarikh luputnya. (Ayat
Contoh) Bagi pengguna beragama Islam pula, kandungan ramuan dan bahan makanan perlulah
dilihat bagi mengelakkan makanan tersebut mengandungi alkohol dan lemak haiwan ternakan
yang haram seperti khinzir. (Ayat Kesan) Impaknya, pengguna dapat menjamin kesihatan dan
kesejahteraan hidup kerana tidak terdedah kepada risiko penyakit dan makanan yang meragukan.
(Ayat Penegasan) Sesungguhnya, pengguna yang bijak mesti meneliti maklumat barangan yang
terdapat pada produk yang ingin dibeli.
(Ayat Topik) Selain itu, pengguna yang bijak juga mesti membeli barangan keluaran tempatan
selari dengan seruan kerajaan melalui Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia. (Ayat
Huraian) Umum mengetahui bahawa penggunaan barangan tempatan boleh membantu industri
pelancongan, industri kecil dan sederhana dan industri berat yang terdapat di negara ini. (Ayat
Contoh) Umpamanya, pengguna tidak perlu melancong di luar negara sebaliknya memilih
destinasi domestik kerana tiada kurangnya Malaysia dari segi tempat pelancongan yang menarik
berbanding negara luar. (Ayat Contoh) Tidak ketinggalan juga, pengguna yang bijak harus
membeli produk keluaran tempatan seperti Proton, Perodua dan Bata kerana keluaran kita juga
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 17
mempunyai kualiti yang setanding dengan barangan jenama luar. (Ayat Contoh) Barangan kraf
tangan seperti batik, songket, keropok dan kerepek juga seharusnya perlu dibeli oleh pengguna
kerana produk sebeginilah yang mencerminkan wajah Malaysia yang sebenarnya. (Ayat Kesan)
Implikasinya, pengguna barangan tempatan ini akan menjanakan ekonomi Malaysia ke arah yang
lebih berkembang agar dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang
ekonominya maju kerana pengaliran wang ke luar negara dapat dikawal. (Ayat Penegasan)
Sudah terang lagi bersuluh, pengguna yang bijak wajar membeli barangan keluaran tempatan.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu ciri pengguna bijak bagi
mengelakkan masyarakat ditindas oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. (Ayat Cadangan
Umum) Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing
untuk melahirkan pengguna yang bijak. (Ayat Cadangan Khusus) Oleh hal yang demikian, pihak
berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hendaklah
melakukan pemantauan secara berkala di premis perniagaan. (Ayat Cadangan Khusus) Dalam
pada itu, pihak sekolah khususnya Kelab Pengguna hendaklah menganjurkan pameran
kepenggunaan. (Ayat Cadangan Khusus) Tindakan yang lebih penting ialah ibu bapa haruslah
mendidik anak-anak tentang kepentingan menjadi pengguna bijak sejak kecil kerana peribahasa
ada berbunyi, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. (Ayat Harapan) Semoga hasrat kerajaan
untuk mencapai inflasi sifar akan tercapai jika pengguna tidak bersikap melepaskan batuk di
tangga. (Ayat Ramalan) Cuba kita bayangkan, adakah kita mahu menjadi seperti Zimbabwe yang
mencatatkan kadar inflasi tertinggi di dunia? (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya
selera kerana usaha yang direncanakan tidak akan bermakna tanpa kesedaran dalam diri individu.
KARANGAN TUNDINGAN 4 : PUNCA-PUNCA TEKANAN PERASAAN
Isi penting:
1) Masalah peribadi
2) Bebanan kerja yang banyak
3) Kesesakan jalan raya
(Ayat Rangsangan) Statisitik yang didedahkan oleh negara Jepun bahawa saban hari, secara
puratanya tiga orang remaja di negara matahari terbit itu membunuh diri akibat tidak berjaya
mengawal tekanan perasaan yang dialami. (Ayat Contoh) Barangkali, kes bunuh diri seorang
remaja berbangsa India suatu ketika dahulu di negara ini akibat tidak berjaya memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia boleh dijadikan kayu ukur bahawa
masalah tekanan perasaan tidak boleh dipandang enteng oleh masyarakat. (Ayat Huraian)
Sekiranya dibuat perbandingan, masalah tekanan perasaan jarang-jarang didengari berlaku dalam
kalangan masyarakat di negara ini. (Ayat Huraian) Walaupun begitu, keadaan ini seperti langit
dengan bumi kerana peningkatan kadar masyarakat yang tertekan semakin bertambah dari sehari
ke sehari. (Ayat Huraian) Menurut ahli psikitari, orang yang mengalami tekanan perasaan akan
menjadi pendiam, tidak suka bergaul dengan orang lain, kemurungan, hilang selera makan dan
mudah marah walaupun hal kecil. (Ayat Arah) Persoalannya, apakah punca-punca masalah
tekanan perasaan terjadi dalam kalangan masyarakat di negara ini?
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 18
(Ayat Topik) Antara faktor utama tekanan perasaan dalam kalangan masyarakat di negara kita
ialah masalah peribadi yang sering menghantui kehidupan individu. (Ayat Huraian) Umum
mengetahui bahawa setiap manusia pasti akan berhadapan dengan gelombang cabaran dalam
melayari kehidupan. (Ayat Peribahasa) Hal ini bertepatan dengan peribahasa yang berbunyi,
bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora. (Ayat Huraian)
Kerenggangan hubungan dengan anggota keluarga, masalah putus cinta, perceraian ibu bapa dan
masalah kewangan sering menjadi pencetus kepada tekanan perasaan dalam diri seseorang. (Ayat
Contoh) Sebagai contoh, kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi mendapati bahawa masalah
perceraian ibu bapa menjadikan anak-anak tidak mampu menanganinya dengan baik lantaran
mereka masih memerlukan perhatian dan kasih sayang kedua-dua ibu bapa. (Ayat Kesan)
Kesannya, masyarakat, khususnya remaja yang tidak bijak mengurus tekanan perasaan akan
mengambil jalan singkat seperti lari dari rumah, merokok dan menagih dadah lebih teruk lagi
membunuh diri. (Ayat Penegasan) Secara ringkasnya, tekanan perasaan dalam kalangan
masyarakat berpunca daripada masalah peribadi yang dihadapi.
(Ayat Topik) Selain itu, bebanan kerja yang banyak juga menjadi sebab masyarakat mengalami
tekanan perasaan dewasa ini. (Ayat Huraian) Hal ini demikian kerana terdapat segelintir
masyarakat yang suka mengamalkan sikap bertangguh walaupun ada kata-kata hikmat yang
berbunyi, bertangguh itu pencuri masa. (Ayat Peribahasa) Dalam Islam juga ada ditegaskan
bahawa sikap suka bertangguh itu tidak elok kerana terdapat hadis yang menyatakan bahawa
masa itu ibarat pedang, sesiapa yang tidak pandai mengunakannya, pedang itu akan memenggal
kepalanya. (Ayat Huraian) Tidak kurang juga terdapat pekerja yang dibebani dengan tugas yang
banyak dan diberikan masa yang singkat untuk menyelesaikannya. (Ayat Huraian) Bukan itu
sahaja, bagi pekerja yang memegang peranan yang besar dalam sesebuah organisasi, semakin
besarlah tanggungjawab dan risikonya. (Ayat Contoh) Barangkali tidak mengejutkan kita apabila
statistik Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan bahawa guru ialah golongan yang paling
ramai mengalami tekanan perasaan lantaran bebanan kerja yang ditanggung terlalu banyak. (Ayat
Kesan) Impaknya, tekanan yang diterima daripada bebanan kerja yang banyak menyebabkan
segelintir masyarakat tidak cukup rehat dan boleh mencetuskan masalah dalam hubungan
kekeluargaan yang akhirnya menyumbang kepada masalah keretakan rumah tangga. (Ayat
Penegasan) Pendek kata, tekanan perasaan juga disebabkan oleh bebanan kerja yang banyak.
(Ayat Topik) Di samping itu, kesesakan jalan raya di bandar-bandar utama khususnya turut
menjadi punca tekanan perasaan dalam kalangan masyarakat di negara kita. (Ayat Huraian) Hal
ini disebabkan oleh pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya saban tahun memandangkan
kereta bukan lagi barang mewah tetapi sudah menjadi barang keperluan. (Ayat Huraian)
Peningkatan taraf hidup masyarakat juga menjadikan kesesakan saban hari menjadi hidangan
memualkan buat pengguna jalan raya walaupun pengangkutan awam telah disediakan. (Ayat
Huraian) Bukan itu sahaja, kemalangan dan kerja-kerja naik taraf jalan raya juga menjadikan
kesesakan jalan raya semakin teruk. (Ayat Contoh) Umpamanya, kajian yang dijalankan oleh
Jabatan Kesihatan Malaysia mendapati bahawa masyarakat kota di Kuala Lumpur, Pualau
Pinang, Melaka dan Johor Bharu lebih stres kerana berhadapan dengan kesesakan jalan raya
setiap hari, iaitu semasa menuju ke tempat kerja dan juga ketika pulang ke rumah. (Ayat Kesan)
Implikasinya, penyakit seperti serangan jantung dan darah tinggi lebih mudah dihidapi oleh
masyarakat sekiranya bersikap tidak sabar ketikan berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 19
(Ayat Penegasan) Sesungguhnya, faktor terjadinya tekanan emosi dalam kalangan masyarakat
ialah kesesakan jalan raya, terutamanya di bandar-bandar besar.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu punca masyarakat mengalami
tekanan emosi pada zaman moden ini. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan dengan itu, semua
pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah tekanan perasaan
dalam kalangan masyarakat sejak akhir-akhir ini. (Ayat Cadangan Khusus) Oleh hal yang
demikian, pihak media massa haruslah menghebahkan kempen kesedaran tentang cara mengurus
stres yang betul. (Ayat Cadangan Khusus) Dalam pada itu, pihak sekolah khususnya kaunselor
hendaklah mengenal pasti pelajar yang bermasalah dan berusaha menyelesaikannya. (Ayat
Cadangan Khusus) Tindakan yang lebih penting ialah ibu bapa haruslah mencurahkan kasih
sayang dan bertanyakan masalah anak-anak agar mereka lebih difahami. (Ayat Harapan)
Semoga hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat, bukan sahaja fizikal tetapi juga
mental dapat direalisasikan agar Wawasan 2020 dicapai. (Ayat Ramalan) Cuba kita bayangkan,
apakah yang akan berlaku jika kadar pesakit mental di negara kita kian bertambah? (Ayat
Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera kerana usaha yang direncanakan tidak akan
bermakna tanpa kesedaran dalam diri individu.
KARANGAN TUNDINGAN 5 : KEBAIKAN KEMPEN BELILAH BARANGAN
BUATAN MALAYSIA
Isi penting:
1) Menjimatkan perbelanjaan masyarakat
2) Mewujudkan peluang pekerjaan
3) Menggalakkan perkembangan industri dalam negara
(Ayat Rangsangan) Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia telah dilancarkan buat kali
pertama oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, iaitu Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad
pada tahun 1984. (Ayat Huraian) Kini, kempen ini telah dihidupkan kembali oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. (Ayat Huraian) Walaupun seruan kerajaan
telah lama dilakukan untuk menggalakkan masyarakat menggunakan barangan keluaran
tempatan, namun sikap prejudis masyarakat yang memandang rendah produk negara sukar untuk
dikikis. (Ayat Huraian) Situasi menjadi lebih rumit apabila barangan import dikatakan lebih
berkualiti dan jauh lebih baik daripada produk yang dihasilkan di dalam negara. (Ayat Contoh)
Contohnya, setiap tahun Malaysia mengimport barangan makanan sebanyak RM1.9 bilion. (Ayat
Huraian) Menyedari hakikat akan kerugian ini, kerajaan giat menjenamakan kempen ini semula
agar ekonomi negara dapat dipacu ke arah yang lebih baik. (Ayat Arah) Persoalannya, apakah
kebaikan-kebaikan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia kepada rakyat dan negara?
(Ayat Topik) Kebaikan utama yang diperoleh masyarakat jika bersama-sama menjayakan
Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia ialah masyarakat dapat menjimatkan perbelanjaan
harian. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa harga barangan import lebih mahal tetapi
masyarakat kita berpegang pada peribahasa biar papa, asalkan bergaya. (Ayat Contoh) Sebagai
contoh, pembelian kereta berjenama Proton atau Perodua berharga lebih kurang RM50 ribu
berbanding kereta import seperti Honda dan Toyota berharga paling murah RM70 ribu bagi
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 20
kereta jenis yang sama. (Ayat Kesan) Kesannya, pengguna tidak perlu menanggung beban hutang
kerana semakin tinggi jumlah pinjaman dengan pihak bank, semakin besar jumlah hutang yang
ditanggung. (Ayat Kesan) Pada masa yang sama, pengguna dapat mengelakkan masalah
kemuflisan kerana laporan Jabatan Insolvensi Malaysia mendapati bahawa pengguna berusia 23
hingga 30 tahun paling ramai disenaraihitamkan. (Ayat Kesan) Dengan kata lain, kita dapat
menggalakkan jumlah tabungan keluarga untuk kegunaan pada masa akan datang. (Ayat
Penegasan) Sesungguhnya, kebaikan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia sememangnya
dapat menjimatkan perbelanjaan harian masyarakat. (Ayat Huraian) Selain itu, Kempen Belilah
Barangan Buatan Malaysia dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini.
(Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa kilang-kilang banyak didirikan ibarat cendawan
tumbuh selepas hujan apatah lagi selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad menggariskan
keperluannya melalui Wawasan 2020 yang memacu negara ke arah negara maju berteraskan
industri. (Ayat Contoh) Misalnya, Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) mengunjurkan
bahawa peluang pekerjaan yang dibuka oleh bidang perkilangan dan pembuatan sebanyak 23.6
peratus. (Ayat Kesan) Impaknya, peluang pekerjaan ini dapat mengurangkan kadar pengangguran
di negara kita memandangkan tahap yang baik untuk sesebuah negara memacu ekonomi ialah
kadar pengangguran kurang daripada tiga peratus. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, pekerjaan
yang ditawarkan ini mampu meningkatkan taraf hidup anggota masyarakat, khususnya golongan
yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. (Ayat Kesan) Dalam nada yang
sama, pekerjaan ini dapat mengurangkan masalah kemiskinan tegar dan masalah jenayah seperti
gejalan penagihan dadah, kes pecah rumah, ragut dan rompakan. (Ayat Penegasan) Sudah terang
lagi bersuluh, Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dapat mewujudkan peluang pekerjaan
yang besar kepada seluruh anggota masyarakat.
(Ayat Topik) Di samping itu, penjenamaan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia semula
berupaya menggalakkan perkembangan industri dalam negara agar setanding dengan negara luar.
(Ayat Huraian) Seperti yang kita sedia maklum, pemasaran produk tempatan seperti makanan
halal, kraf tangan dan industri kecil dan sederhana memerlukan sokongan padu daripada segenap
anggota masyarakat. (Ayat Contoh) Umpamanya, Kerajaan Negeri Terengganu telah
mengisytiharkan tenunan songket, cantingan batik dan keropok lekor sebagai produk
pelancongan negeri yang terkenal dengan ikon penyu. (Ayat Kesan) Implikasinya, kita dapat
mengelakkan pengaliran wang ke luar negara melalui bayaran import jika masyarakat kita tidak
meminta produk luar negara sebaliknya meminta keluaran tempatan. (Ayat Kesan) Pada masa
yang sama, kita dapat menstabilkan nilai mata wang Ringgit yang kian merundum akibat
kemelesetan ekonomi yang melanda negara. (Ayat Kesan) Dalam jangka masa yang panjang, kita
dapat memulihkan masalah deflasi seterusnya meningkatkan ekonomi negara ke tahap yang lebih
memberangsangkan agar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara penguasa
ekonomi dunia baru seperti China dan India. (Ayat Penegasan) Pendek kata, sekiranya kempen
ini digerakkan secara bersepadu, sudah pasti perkembangan industri dalam negara akan
berkembang pesat.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kepentingan Kempen Belilah
Barangan Buatan Malaysia kepada rakyat dan negara. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan
dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan
masyarakat membeli dan menggunakan produk tempatan berbanding produk import. (Ayat
Cadangan Khusus) Oleh hal yang demikian, pihak media massa haruslah menghebahkan kempen
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 21
kesedaran tentang kepentingan membeli barangan buatan Malaysia. (Ayat Cadangan Khusus)
Dalam pada itu, agensi pelancongan hendaklah menawarkan pakej percutian yang menarik
dengan tawaran harga yang murah. (Ayat Cadangan Khusus) Tindakan yang lebih penting ialah
masyarakat perlulah mengubah persepsi terhadap keluaran negara kerana „Produk Kita, Wajah
Kita‟. (Ayat Harapan) Semoga hasrat kerajaan untuk memacu pembangunan ekonomi negara
melalui produk tempatan menjadi kenyataan dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.
(Ayat Ramalan) Cuba kita bayangkan, apakah yang akan berlaku sekiranya barangan negara kita
mampu menembusi pasaran luar negara? (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera
kerana usaha yang direncanakan tidak akan bermakna tanpa kesedaran dalam diri individu.
KARANGAN TUNDINGAN 6 : RENCANA – USAHA MENJAGA KEBERSIHAN
SUNGAI TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Aktiviti manusia yang tidak terkawal menjadikan sungai di negara kita semakin tercemar.
Sempena Hari Air Sedunia, anda menyertai pertandingan menulis rencana. Tajuk rencana anda
ialah „Memelihara dan Memulihara Sungai Tanggungjawab Bersama‟.
Tulis rencana anda selengkapnya.
Isi penting:
1) Pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas
2) Media massa menghebahkan kempen kesedaran tentang kepentingan sungai
3) Pihak sekolah menganjurkan program pendidikan kesedaran memulihara sungai
4) Ibu bapa mendidik anak-anak tentang kepentingan sungai sejak kecil
Memelihara dan Memulihara Sungai Tanggungjawab Bersama
Oleh: Farah Asyikin binti Hairuddin
(Ayat Rangsangan) Isu pencemaran sungai bukanlah suatu isu baharu, tetapi sudah lama menjadi
polemik dalam kalangan masyarakat, bukan sahaja di negara kita malahan di peringkat global.
(Ayat Huraian) Sebenarnya, masalah pencemaran sungai telah berlaku sejak 2100 Sebelum
Masihi di Sungai Nil disebabkan oleh sikap golongan bangsawan yang membuang sampah sarap
ke dalam sungai itu. (Ayat Huraian) Kata orang, kemusnahan alam ialah harga yang perlu
dibayar akibat pembangunan, begitulah juga dengan sungai yang tercemar akibat kemodenan
yang diagung-agungkan oleh setiap negara. (Ayat Huraian) Buktinya, pertumbuhan bilangan
kilang yang didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan adalah untuk memastikan Malaysia
mampu merealisasikan Wawasan 2020, iaitu sebagai negara maju berstatus perindustrian. (Ayat
Contoh) Tanpa kita sedari, kegiatan perindustrian yang tidak terkawal menjadikan Sungai Pinang
dan Sungai Juru di Pulau Pinang kekal dalam senarai antara sungai paling tercemar di negara ini.
(Ayat Contoh) Sungai Kinabatangan di Sabah dan Sungai Rajang di Sarawak pula menjadi
semakin tercemar akibat kegiatan pembalakan yang tidak terkawal. (Ayat Contoh) Tidak kurang
juga dengan Sungai Tiram yang telah menjadikan kawasan persekitaran berbau busuk akibat
penyaluran najis haiwan ternakan seperti lembu dan khinzir sehingga menimbulkan
ketidakselesaan kepada penduduk. (Ayat Huraian) Dalam hal ini, sikap tunding-menunding jari
tidak mendatangkan keuntungan apatah lagi menjadi penyelesaian terhadap masalah yang
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 22
semakin meruncing ini. (Ayat Peribahasa) Peribahasa Melayu juga ada menyebut bahawa
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. (Ayat Huraian) Oleh hal yang demikian, peranan
pelbagai pihak perlulah dimainkan untuk memelihara dan memulihara pencemaran sungai di
Malaysia. (Ayat Arah) Persoalannya, apakah usaha-usaha memelihara dan memulihara sungai di
negara kita?
(Ayat Topik) Antara usaha perdana untuk memelihara dan memulihara kebersihan sungai di
negara ini ialah pihak berkuasa tempatan perlulah menguatkuasakan undang-undang dengan
lebih tegas. (Ayat Huraian) Hal ini demikian kerana undang-undang yang tegas dapat mengawal
tindakan masyarakat agar lebih berdisiplin dan tidak melanggar norma masyarakat. (Ayat
Huraian) Sejak zaman tamadun awal manusia, undang-undang telah diwujudkan oleh
pemerintah seperti Raja Hammurabi melalui Kod Undang-undang Hammurabi telah digubal bagi
memelihara keamanan dan keharmonian hidup masyarakat. (Ayat Contoh) Sebagai contoh,
Jabatan Alam Sekitar di setiap negeri perlulah melakukan pemantauan secara berkala bagi semua
sungai, khususnya bagi sungai yang menjadi sasaran masyarakat menjadikannya tempat
pembuangan sampah. (Ayat Contoh) Sekiranya disabitkan kesalahan, kompaun maksimum
sebanyak RM500 ribu atau hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya boleh
dikenakan atas pihak yang mencemarkan sungai. (Ayat Contoh) Bagi pihak kilang yang
mengalirkan sisa toksik ke dalam sungai pula, penarikan lesen perkilangan wajar diambil
memandangkan kebanyakan pihak kilang mahu mengaut keuntungan tanpa mengambil kira
persekitaran kerana kesalahan ini boleh disabitkan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
(Ayat Kesan) Kesannya, hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah dapat mendisiplinkan
masyarakat agar menjaga kebersihan sungai. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, kita dapat
menjaga kualiti air bersih yang sebenarnya menjamin tahap kesihatan masyarakat dan kelancaran
aktiviti harian manusia. (Ayat Kesan) Oleh hal yang demikian, masalah catuan air yang berlaku
di negara kita seperti di Kuala Lumpur, di Selangor dan di Kota Tinggi, Johor tidak akan
berulang sehingga menghantui kehidupan rakyat. (Ayat Penegasan) Pendek kata, pihak berkuasa
haruslah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas bagi memelihara dan memulihara
sungai yang semakin tercemar di negara kita.
(Ayat Topik) Selain itu, media massa hendaklah menghebahkan kempen kesedaran tentang
kepentingan menjaga kebersihan sungai untuk memulihara sungai yang kian tercemar di
Malaysia. (Ayat Peribahasa) Bukankah kata-kata hikmat ada menyatakan bahawa mata pena
lebih tajam daripada mata pedang? (Ayat Huraian) Berpegang teguh pada ungkapan ini,
seharusnya kuasa media massa sebagai agen penyampai informasi kepada masyarakat untuk
mempengaruhi pemikiran, sikap dan tindakan masyarakat ke arah yang lebih positif. (Ayat
Huraian) Umum mengetahui bahawa perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang
amat cepat menjadikan segala maklumat amat mudah diperoleh hanya dengan satu klik sahaja,
lebih-lebih lagi masyarakat kini lebih celik maklumat. (Ayat Contoh) Contohnya, penyiaran iklan
tentang pencemaran sungai yang diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) seperti Atuk Oh
Atuk dan Cintailah Sungai Kita pada suatu ketika dahulu amat perlu disiarkan di corong radio
dan di kaca televisyen pada waktu kemuncak. (Ayat Contoh) Di televisyen juga, rancangan
bercorak dokumentari atau bual bicara seperti Majalah 3, Soal Jawab atau 999 boleh dijadikan
saluran untuk menyiarkan kesan-kesan pencemaran sungai, langkah mengatasi masalah
pencemaran sungai atau pihak yang ditangkap kerana ingkar untuk menjaga kebersihan sungai.
(Ayat Contoh) Dalam pada itu, rencana atau risalah boleh ditulis dalam akhbar dan risalah khas
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 23
seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Majalah Hijau dan Buletin Pengguna tentang
kepentingan memelihara dan memulihara fungsi sungai yang kian merosot akibat pembangunan
yang pesat. (Ayat Kesan) Akibatnya, masyarakat akan sedar akan peranan mereka dalam
menjaga kebersihan sungai seterusnya mengambil tindakan seperti tidak membuang sampah ke
dalam sungai dan sistem pengaliran. (Ayat Penegasan) Sudah terang lagi bersuluh, untuk
memulihara sungai yang semakin tercemar, pihak media massa haruslah menghebahkan kempen
kesedaran tentang kemaslahatan menjaga kebersihan sungai.
(Ayat Topik) Di samping itu, pihak sekolah perlulah menganjurkan program pendidikan
kesedaran memulihara sungai bagi memastikan kadar pencemaran sungai dapat dikurangkan.
(Ayat Huraian) Seperti yang kita sedia maklum, sekolah ialah tempat penyaluran ilmu,
pembinaan sahsiah yang terpuji dan pembentukan modal insan berminda kelas pertama. (Ayat
Huraian) Manakala, guru yang menjadi tunjang kekuatan fungsi sekolah pula ialah individu
yang memainkan peranan sebagai agen perubahan masyarakat melalui pendidikan formal sejak
di bangku sekolah rendah lagi. (Ayat Peribahasa) Bagi mengukuhkan peranan guru, peribahasa
yang berbunyi, hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
amat sesuai kerana pembelajaran yang berkesan perlulah bertanya kepada orang yang
berpengalaman. (Ayat Contoh) Misalnya, Kelab Pencinta Alam boleh menganjurkan aktiviti
pembersihan sungai di kawasan rekreasi seperti Hutan Simpan Belum dengan mengutip sampah
sarap untuk dibuang mahupun dikitar semula bagi botol plastik dan tin aluminium. (Ayat Contoh)
Persatuan Sains pula boleh mengadakan pameran pada Hari Air Sedunia seperti menunjukkan
puca-punca kemerosotan kualiti air sungai, kesan-kesan pencemaran sungai kepada hidupan di
muka bumi dan langkah memelihara serta memulihara sungai. (Ayat Contoh) Sempena Hari Air
Sedunia juga, pelbagai pertandingan boleh dianjurkan oleh pihak sekolah seperti melukis poster,
kuiz alam sekitar, deklamasi sajak, menulis esei dan buku skrap bertemakan sungai untuk
memupuk kesedaran pelajar tentang kepentingan memelihara dan memulihara sungai. (Ayat
Kesan) Implikasinya, penyertaan para pelajar terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
sekolah pasti akan menyuntik kesedaran mereka untuk mengubah wajah sungai daripada penuh
dengan sampah sarap kepada bersih dan jernih. (Ayat Peribahasa) Hal ini amat bertepatan
dengan kata-kata Plato yang berbunyi, arah yang diberikan pendidikan adalah dengan mengawal
hidup seseorang untuk menentukan masa depannya. (Ayat Penegasan) Pendek kata, langkah
untuk memelihara dan memulihara sungai daripada pencemaran ialah pihak sekolah haruslah
menganjurkan program pendidikan kesedaran memelihara dan memulihara sungai.
(Ayat Kesimpulan) Sebagai kesimpulannya, terdapat seribu satu usaha yang boleh dilakukan oleh
pelbagai pihak untuk memelihara dan memulihara sungai yang kian tercemar di negara kita.
(Ayat Cadangan Umum) Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur
dengan tebing bagi memelihara dan memulihara sungai daripada pencemaran yang boleh
menjejaskan kehidupan di bumi ini. (Ayat Harapan) Semoga, usaha yang berterusan bagai air
mencari jenisnya ini dapat mengembalikan kebersihan sungai sama seperti ketika Allah
menjadikannya untuk hidupan di muka bumi ini. (Ayat Ramalan) Cuba kita bayangkan, jika
sungai di negara kita dipenuhi sampah sarap sehingga alirannya seolah-olah mati, adakah kita
selesa dengan keadaan sedemikian rupa? (Ayat Ramalan) Mungkin pada masa itu, negara kita
terpaksa membeli sumber air bersih daripada negara jiran kerana kealpaan kita yang tidak
menjaga harta yang dipinjam daripada generasi akan datang. (Ayat Ramalan) Lebih teruk lagi,
dalam jangka masa lima puluh tahun lagi, kita tiada langsung sumber air bersih dan pada masa
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 24
itu, rakyat kita hidup seperti masyarakat Afrika Selatan yang terpaksa minum air kotor untuk
meneruskan kelangsungan hidup. (Ayat Ramalan) Barangkali, tiada lagi hidupan akuatik seperti
ikan air tawar, udang dan rumpai air yang dijumpai di negara kita memandangkan spesies ini
pupus dek air sungai yang tercemar teruk. (Ayat Peribahasa) Kita tidak mahu menyesal pada
kemudian hari kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna dan jika
penyesalan itu hadir ketika igauan negeri ini sudah menjadi realiti, nasi sudah menjadi bubur.
(Ayat Peribahasa) Tidak ada gunanya sudah terhantuk baru hendak terngadah. (Ayat
Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera kerana usaha yang direncanakan tidak akan
bermakna tanpa kesedaran dalam diri individu.
KARANGAN 7 : USAHA-USAHA YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK
MENJADIKAN MEMBACA AMALAN HIDUP.
Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan pada hari ini telah menyebabkan remaja
hilang keyakinan diri dan ketahanan jiwa. Mereka lebih terdorong dan gemar melakukan
pelbagai aktiviti negatif seperti berpeleseran, membuli dan vandalisme. Mengapakah mereka
melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada mereka? Tidak
pernahkah terdetik dalam sanubari mereka bahawa terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang
boleh dilakukan oleh mereka khususnya dengan membaca? Berdasarkan kajian, rakyat Malaysia
hanya membaca dua buah buku setahun. Hal ini amat berbeza bagaikan langit dan bumi jika
dibandingkan dengan bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Jepun . Kita perlulah mencari
formula terbaik persis mutiara yang buruk dibuang, dengan runding yang baik ditarik dengan
muafakat untuk menjadikan rakyat Malaysia gemar membaca. Oleh itu, tanpa menuding jari ke
arah orang lain kerana dikhuatiri bagai menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri, sebagai
seorang pelajar dan remaja kita perlulah mencari inisiatif dan cara yang efektif untuk menjadikan
membaca itu amalan hidup.
Prakarsa pertama bagi mauduk bicara ini ialah remaja perlulah rajin pergi ke
perpustakaan. Marcapada mempelihatkan Malaysia tidak pernah ketandusan perpustakaan.
Tamsilnya, perpustakaan sekolah, perpustakaan awam dan perpustakaan bergerak. Di sini,
remaja dapat membaca dan meminjam pelbagai jenis buku untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan. Walaupun perpustakaan yang dipenuhi dengan buku itu ibarat lautan yang
terbentang luas yang tidak dapat diterokai, remaja perlulah sentiasa berusaha dan rajin ke
perpustakaan untuk membaca. Walaupun sekadar sebuah buku seminggu, ilmu yang diperoleh
amat besar nilainya. Remaja juga boleh melakukan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan
Negara atau perpustakaan di universiti – universiti terkemuka di Malaysia. Selain dapat
menyemai minat membaca dalam diri , remaja juga dapat melihat kecanggihan teknologi yang
terdapat di situ, bak peribahasa, sambil menyelam minum air. Dengan itu , remaja perlulah rajin
mengunjungi perpustakaan agar sentiasa terdorong untuk membaca.
Selain itu , remaja juga boleh ikut serta secara aktif dalam program NILAM atau Nadi
Ilmu Amalan Membaca. Hal ini kerana, NILAM berfungsi untuk menarik minat para pelajar
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 25
membaca dalam kuantiti yang banyak. Melalui program ini , remaja perlu membaca dua versi
buku iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kemudiannya direkodkan di dalam Buku
Nilam. Pelajar yang membaca dalam kuantiti yang banyak akan diberi penghargaan bermula
daripada gangsa, perak, emas dan seterusnya nilam. Malah, pelajar yang aktif juga boleh
mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Remaja juga perlu menjadikan amalan membaca sebagai hobi pada masa senggang .
Aktiviti ini jauh lebih baik berbanding remaja melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa remaja
ke arah negatif. Daripada remaja membiarkan masa yang terluang terbiar begitu sahaja, remaja
perlu mengisinya dengan membaca kerana Masa itu Emas. Marcus Aurelis pernah berkata,
“jangan membuang masa memikirkan bagaimana untuk menjadi orang yang baik, sebaliknya
mulakan dengan diri sendiri dahulu”. Di sini jelaslah bahawa remaja itu sendiri perlu
menggalakkan dirinya agar melakukan sesuatu yang baik. Dengan itu, remaja perlulah sentiasa
menggalakkan diri sendiri agar sentiasa membaca ketika waktu senggang.
Seterusnya, remaja juga boleh membuat langganan buku pada setiap bulan . Buku- buku
atau majalah yang dilanggan bukanlah sekadar berunsurkan tarbiah sahaja tetapi juga bercorak
santai tamsilnya, Dewan Siswa, majalah i-sihat dan Solusi. Di manakah remaja boleh melanggan
buku-buku tersebut? Remaja boleh melanggannya di kedai-kedai buku, Internet atau meminta
bantuan guru di sekolah untuk melanggan. Impaknya, remaja akan sentiasa membaca pada setiap
masa, menjimatkan masa dan dapat mengetahui perkembangan terkini apabila melanggan buku
pada setiap bulan. Remaja perlulah sentiasa berusaha mencari pelbagai jenis buku dengan cara
melanggan buku pada setiap bulan, persis kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Tuntasnya, remaja perlulah melanggan buku-buku ilmiah setiap bulan.
Remaja juga boleh menjadikan individu yang gemar membaca dan sentiasa dekat dengan
buku sebagai idola. Sebagai contoh, A.Samad Said yang terkenal dengan karya puisinya,
Profesor Diraja Ungku Aziz, Mary Renault dengan buku-buku sejarahnya dan penulis tersohor,
Sharifah Abu Salim. Apabila remaja menjadikan mereka sebagai idola, remaja akan sentiasa
terdorong untuk membaca dan menjadi seperti mereka. Positifnya, remaja akan sentiasa
menjadikan idola mereka itu sebagai hala tuju. Hal ini kerana, ketekalan dan kejituan mereka
dalam usaha menulis buku untuk dijadikan bahan rujukan harus dihargai dan dijadikan
pendorong . Walaupun kini maklumat di hujung jari tetapi tidak mungkin maklumat yang
diperoleh itu menyamai secara total seperti yang ditulis oleh mereka. Hal ini kerana, hanya
jauhari yang mengenal manikam. Dalam bahasa yang mudah, remaja haruslah menjadikan
tokoh-tokoh tersohor ini sebagai idola berbanding dengan menjadikan artis sebagai pujaan hati
mereka.
Prakarsa seterusnya ialah berkawanlah dengan rakan sebaya yang gemar membaca atau
lebih dikenali sebagai ulat buku. Hal ini demikian kerana, pengaruh rakan sebaya amat kuat dan
penting semasa peringkat remaja. Hal ini demikian kerana remaja mula mencari identitinya
apabila usia mereka mula menjangkau remaja. Orang tua-tua ada berkata “baik masa mudanya,
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 26
maka baiklah masa tuanya”. Saidina Ali bin Abi Talib juga turut mengatakan bahawa “selemah-
lemah manusia adalah orang yang tidak dapat mencari rakan dan orang yang lemah daripada itu
adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari”. Melalui kata-kata ini, dapatlah
disimpulkan bahawa pemilihan dan pengaruh rakan itu amat besar nilainya dan rakanlah yang
dapat memberi kita pelbagai faedah atau sebaliknya. Dengan itu, remaja perlulah arif memilih
rakan seperti rakan yang rajin membaca. Sekiranya remaja tersilap langkah dalam memilih
rakan, tidak mustahil mereka akan menjadi duri dalam daging dalam kehidupan kita. Dalam erti
kata lain remaja perlulah bijak mencari kawan yang gemar membaca.
Konklusinya, sebagai seorang remaja kita perlulah sentiasa berusaha memajukan diri
untuk jaminan masa hadapan. Hal ini kerana, remaja adalah pewaris tampuk kepimpinan Negara
akan datang. Remaja merupakan aset Negara yang bernilai kerana pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Janganlah biarkan usia remaja dipenuhi dengan perkara sia-sia.
Kontradiksinya, penuhilah masa remaja kita dengan aktiviti yang berfaedah seperti amalan
membaca. Remaja perlu berpegang teguh dan jitu dengan slogan “Membaca itu Jambatan Ilmu”
dan “Rakyat Membaca, Bangsa Berjaya” seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri
Malaysia kita, Dato‟ Seri Najib bin Abdul Razak “generasi berpengetahuan merupakan tunjang
untuk mencapai wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju”.
(977 Patah Perkataan)
KARANGAN TUNDINGAN 8 : HURAIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG CARA-
CARA MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.
Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor
kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa
terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah wabak pelbagai penyakit
semakin menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Jika dahulu
masalah darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh
golongan tua tetapi pada hari ini golongan kanak-kanak juga sering dihantui penyakit berkenaan.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011,
angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang
pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan
masyarakat mampu diatasi dengan pelbagai cara terutamanya dengan kemudahan prasarana
berkaitan kesihatan semakin banyak disediakan oleh pihak kerajaan. Klinik desa, Klinik 1
Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat masyarakat mendapat kemudahan
rawatan kesihatan. Persoalannya, mengapakah kadar pertambahan bilangan pesakit yang tidak
mengenal usia berlaku pada zaman sekarang? Bak kata pepatah, setiap penyakit ada ubatnya,
setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Salah satu daripadanya adalah dengan mengamalkan
gaya hidup sihat sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bagaimanakah caranya untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat?
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 27
Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di bawah kata
kunci pengambilan makanan seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia mengganggap
pengambilan makanan seimbang ialah diet. Sebenarnya, tanggapan masyarakat mengenai
perkara tersebut adalah salah sama sekali.Hal ini kerana pengambilan makanan seimbang
bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang individu yang mengandungi semua nutrien dan
vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan secara seimbang. Jika kita merujuk piramid makanan,
pembahagian pemakanan terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut keperluan makanan
berdasarkan seorang manusia normal. Bahagian bawah piramid makanan merupakan kumpulan
makanan mengandungi karbohidrat, diikuti dengan kumpulan makanan yang mengandungi
vitamin, mineral, dan serat, seterusnya kumpulan makanan yang mengandungi protin, dan
terakhir bahagian atas ialah kumpulan makanan mengandungi lemak. Piramid makanan juga
merupakan panduan kepada pengguna dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak di
bahagian atas sekali, seperti lemak dan gula,. Oleh sebab itu, makanan berlemak hanya perlu kita
ambil dalam kuantiti sedikit. Berbanding kandungan karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti
yang banyak kerana makanan seperti ini membekalkan kita tenaga untuk menjalani kehidupan
seharian, contohnya nasi, roti, dan bijirin. Seorang ahli falsafah Yunani iaitu Socrates berkata "
Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan." Tegasnya, kita boleh mengamalkan gaya
hidup sihat dengan mengambil makanan mengikut gizi seimbang pada setiap hari.
Seterusnya, mari kita lebarkan lensa perbincangan dengan memperkatakan gaya hidup
sihat iaitu menjalankan aktiviti rekreasi. Sebagai mana yang kita sedia maklum, kegiatan rekreasi
merupakan aktiviti yang berfaedah terutama untuk mengisi masa senggang, merehatkan minda
dan mengelakkan stress, selain menyehatkan badan. Pada abad milenium ini, banyak tempat
rekreasi, sama ada bertemakan air, alam sekitar dan sebagainya. Dengan adanya pusat rekreasi,
anak muda atau remaja boleh menyertai aktiviti berkenaan dengan mandaftar diri dan menyertai
program yang dianjurkan seperti kursus berkayak, mendaki gunung, , menyelam, "jungle
tracking" dan sebagainya. Bagaimana kegiatan rekreasi ini dapat menyihatkan tubuh badan?
Aktiviti rekreasi merupakan aktiviti mencabar. Sebelum melakukan aktiviti berkenaan, peserta
selalunya diminta untuk melakukan aktiviti regangan agar seluruh sendi dan sistem kardivaskular
kita bersedia terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti berkenaan. Bahkan juga, dengan
adanya aktiviti regangan dan pemanasan badan, kadar pengaliran darah dan pergerakan jantung
akan stabil sebelum peserta melakukan aktiviti yang berat. Selain itu, kelenjar endokrin dan
kelenjar adrenalina akan merembeskan peluh yang mengandungi toksin untuk disingkirkan
daripada badan. Oleh sebab itu, badan kita akan menjadi sihat dan sukar untuk dijangkiti
patogen-patogen penyakit. Kebiasaanya, seorang fasiltator akan memberi penerangan
kepentingan melakukan regangan dan peringatan mengenai langkah-langkah menjaga
keselamatan sepanjang program rekreasi diadakan untuk mengelak sebarang kemalangan atau
kecederaan, bak kata pepatah, malang tidak berbau dan sediakan payung sebelum hujan. Oleh hal
yang demikian, tahap keselamatan peserta lebih terjamin semasa melakukan aktiviti lasak
tersebut. Hal ini sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti berekreasi merupakan satu indikator
untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 28
Mari kita meneruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama dalam
membicara aktiviti sukan sebagai amalan gaya hidup sihat. Sebagaimana kita maklum, remaja
tidak lari daripada melakukan aktiviti sukan dalam kehidupan mereka sejajar dengan usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan pelaksanaan Program 1 Murid 1 Sukan yang
mewajibkan pelajar sekurang-kurang menyertai satu aktiviti sukan di sekolah. Bahkan
juga,Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah 10% syarat kemasukan ke universiti berdasarkan
pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum antaranya sukan permainan. Namun, pelaksanaan
program ini belum mencapai objektifnya kerana sebilangan pelajar masih belum membudayakan
diri mereka untuk bersukan dan penglibatan mereka dalam aktiviti berkenaan hanya sekadar
untuk penyertaan bukan sebagai budaya. Sebenarnya, pucuk pangkal permasalahan berkenaan
terus berlaku akibat masyarakat masih belum mengetahui akan manfaat dan kepentingan sukan
dalam kehidupan mereka. Dengan bersukan, masyarakat akan mendapat manfaat iaitu selain
menyihatkan badan, mereka juga akan dapat mencergaskan minda mereka. Hal ini kerana ketika
bersukan oksigen akan diserapkan ke dalam badan dengan lebih cepat dan akan mengaktifkan
sel-sel badan menjalankan proses respirasi, disamping aliran oksigen ke otak akan lebih aktif.
Secara langsung neuron-neuron otak juga akan bersambung dan badan akan menerima cas-cas
positif yang berfungsi untuk menyihatkan badan dan mencerdaskan otak. Kebaikannya kepada
pelajar, mereka tidak akan mudah mengantuk semasa berada di dalam kelas dan sudah pasti
proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna. Pepatah Arab ada mengatakan
bahawa minda cerdas lahir daripada badan yang sihat. Oleh hal yang demikian, kita bolehlah
mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti bersukan dan beriadah.
Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa pemeriksaan dan rawatan kesihatan
adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada di bawah paras bahaya.
Masyarakat Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan terutamanya di bawah kelolaan
Kementerian Kesihatan Malaysia amat mengambil berat dalam menyediakan prasarana dan
kemudahan kesihataperkhidmatan bertaraf dunia. Hal ini boleh kita lihat di setiap pelusuk
negara terdapat pusat rawatan sama ada klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa dan
Hospital Besar sentiasa terbuka untuk dikunjungi oleh rakyat yang sedar akan kepentingan
kesihatan mereka. Bahkan juga, pengamal perubatan yang sedia merawat pesakit adalah lepasan
universiti dikerah berkhidmat di pusat rawatan daerah, dan negeri agar setiap masyarakat mudah
untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Berbading suatu ketika dahulu, pesakit
yang memerlukan rawatan daripada seorang doktor hanya boleh mendapat perkhidmatan mereka
di hospital desa atau hospital besar. Rawatan kesihatan amat penting supaya setiap warganegara
akan tahu tahap dan darjah kesihatan mereka dari semasa ke semasa. Apabila kita melakukan
rawatan kesihatan secara berskala sekurang-kurangnya tiga bulan sekali perkembangan kesihatan
kita boleh dipantau oleh pengamal perubatan atau doktor dengan sebaik-baiknya. Natijahnya
cukup positif kerana pengesanan penyakit secara awal akan memudahkan mereka mendapat
rawatan yang sepatutnya. Secara langsung pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa kerana
kadang kala penyakit menyerang tanpa disedari terutama penyakit tiga serangkai iaitu darah
tinggi, kecing manis dan serangan jantung. Contohnya, sekiranya pesakit mengalami penyakit
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 29
kencing manis para doktor berpengalaman akan menasihatkan pesakit mengawal kaedah
pemakanan yang sesuai dan sekiranya pesakit mengalamai masalah diabetis yang kronik
suntikan insulin akan dilakukan untuk mengawal paras gula dalam badan. Pepatah ada menyebut
" mencegah lebih baik daripada merawat." Tegasnya mendapat pemeriksaan dan rawatan
kesihatan adalah sangat penting dalam memastikan tahap kesihatan masyarakat dalam keadaan
baik.
Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri. Jika kita
inginkan kesihatan kita sentiasa sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan melakukan aktiviti-
aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan kita seperti pengambilan makanan seimbang,
melakukan aktiviti rekreasi, menyertai aktiviti sukan dan mendapatkan rawatan kesihatan secara
sempurna. Oleh itu, untuk menyokong kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020, kita
perlulah memastikan tahap kesihatan kita dalam keadaan terbaik kerana pekerja, pentadbir, dan
pemimpin yang sihat jasmani, rohani, emosi dan inteleknya sahaja yang akan dapat membantu
menggapai cita-cita pemimpin untuk memastikan Malaysia mampu untuk duduk sama rendah
dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Justeru, kesihatan merupakan aset paling
penting sebagai warganegara Malaysia kerana bak kata pepatah, kesihatan itu lebih penting
daripada wang ringgit yang menggunung.
(1284 Patah Perkataan)
KARANGAN TUNDINGAN 9 : DALAM KARANGAN MASYARAKAT MALAYSIA,
PANTUN MERUPAKAN PUISI TRADISIONAL YANG
MASIH KEKAL SEHINGGA KE HARI INI.
BINCANGKAN KEISTIMEWAAN PANTUN DAN
PERANANNYA DALAM MASYARAKAT MELAYU.
Busana indah bertata suasa,
Menari puteri di dalam taman,
Pantun lambang budaya bangsa,
Takkan hilang ditelan zaman.
Rangkap pantun di atas menggambarkan pantun sebagai satu lambang keistimewaan
mayarakat Melayu. Pantun merupakan seni bangsa yang telah diperturunkan daripada generasi
terdahulu kepada generasi pasca kemerdekaan ini. Pantun yang kaya dengan seni kata yang halus
dan irama yang indah turut melambangkan kehebatan dan kepakaran masyarakat Melayu dalam
bidang berbahasa. Marcapada, puisi tradisional kini turut dipertahan dan diberi penekanan oleh
golongan pencinta ilmu agar tidak terhakis dibawa arus perubahan zaman yang rakus menelan
budaya Melayu dari bangsanya. Sehubungan dengan itu, komponen sastera yang diperkenalkan
dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan usaha bijak pandai kita agar
pendedahan sedari usia rebung pasti mampu memupuk kecintaan pelajar atau generasi muda
terhadap kemahiran berbahasa terutamanya kemahiran berpantun. Bukan itu saja, malah harapan
kita agar generasi sekarang juga diharapkan mampu mencipta hasilan pantun seperti generasi
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 30
nenek moyang kita sebelumnya. Seterusnya, diharapkan kesenian berbahasa ini akan menjadi
budaya masyarakat bangsa dalam setiap aktiviti harian sama ada ketika berkomunikasi secara
umum ataupun formal. Jelasnya, kenenian berbahasa menggunakan pantun sebagai wahana
komunikasi antara masyarakat mempunyai pelbagai keistimewaan dan peranannya.
Mari kita bersama-sama memfokuskan lensa perbincangan ke arah horizon minda pelajar
kelas pertama dengan membicara kata kunci pertama iaitu fungsi pantun sebagai wahana
penyampaian rasa penghargaan dan terima kasih kepada seseorang. Masyarakat Melayu yang
sememangnya terkenal dengan sikap suka menghargai dan berterima kasih atas sumbangan dan
jasa orang lain. Antara hasilan pantun generasi terdahulu yang masih diaplikasi masayarakat
sehingga kini terpapar melalui pantun seperti di bawah,
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Lantaran itu, penggunaan pantun sebagai alat untuk menyampaikan rasa penghargaan dan ucapan
terima kasih seperti tergambar dalam pantun di atas memaparkan kehalusan budi bangsa Melayu
sesuai dengan pepatah Melayu iaitu harimau mati meninggalkan belang, manusia matiu
meninggalkan nama. Ucapan terima kasih melalui penggunaan pantun yang selalunya digunakan
dalam ucapan semasa acara rasmi, atau dalam perbualan seorang rakan dengan rakan memang
meninggalkan impak yang besar kepada pendengarnya. Ucapan dengan penggunaan pantun ini
boleh berlaku apabila seseorang itu menghulurkan bantuan sama ada kewangan, tenaga atau
usaha membantu orang lain dalam meringankan bebanan kerja, memberikan idea dalam
menyelesaiakan masalah, memberikan nasihat dan sebagainya. Secara langsung, penggunaan
pantun dalam menyampaikan penghargaan terima kasih ini dapat melahir dan menyemaikan
bibit-bibit kasih sayang antara pengguna atau penutur bahasa. Tuntasnya, pantun menjadi wadah
dan wahana dalam menyampaikan rasa penghargaan dan terima masih seseorang dalam
kehidupan bermasyarakat.
Seterusnya, mari kita selusuri fokus lensa perbincangan menggunakan minda pelajar kelas
pertama mengenai peranan pantun dan keistimewaannya dengan kata kunci kedua iaitu pantun
juga boleh diguna pakai sebagai medan media berkomunikasi dalam menyampaikan sesuatu
maklumat kepada masyarakat. Sebagai contoh, kita sering melihat iklan yang dipaparkan di kaca
televisyen menggunakan pantun sebagai medium komunikasi mereka. Usaha murni media massa
menggunakan pantun sebagai alat menyampaikan pesanan atau nasihat amat dipuji kerana
dengan aplikasi pantun berkenaan dalam media akan membangkitkan rasa kecintaan masyarakat
terhadap fungsi pantun dalam kehidupan dan secara langsung mereka tidak akan lupa akan
peranan pantun dalam kehidupan seharian serta tidak melupakan identiti bangsa mereka. Di
samping itu, media komunikasi tidak kira media cetak ataupun media elektronik boleh
menggalakkan masyarakat mengaplikasi pantun dalam kehidupan mereka sama ada semasa
berinteraksi atau berhubung melalui komunikasi berbahasa ataupun melalui tulisan. Antara
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 31
contoh, media massa seperti radio dan televisyen menyiarkan rancangan berbalas pantun sama
ada secara tertutup mahupun secara siaran langsung dalam rancangan mereka. Langkah ini juga
patut dipuji kerana golongan yang meminati siaran eletronik ini antaranya golongan remaja dan
mereka inilah bakal pemimpin dan merupakan aset negara. Bahkan juga, penggunaan pantun
dalam kehidupan boleh menjadi bahan untuk hiburan dan jenaka kerana pantun sering mendapat
perhatian dalam kalangan penghibur negara terutama dalam rancangan realiti televisyen sekarang
seperti Super Spontan, Maharaja Lawak, Karott Komedia X, dan sebagainya mencuri tumpuan
peminat dalam kalangan masyarakat. Tamsilnya, pabila masyarakat menonton rancangan seperti
ini mereka akan dapat melupakan sementara rasa sedih dan stress mereka setelah bergulamang
dengan kerjaya pada sebelah siangnya. Sebagai nasihat, dalam berhibur ciri-ciri pantun sebagai
puisi lama tidak perlu diabaikan kerana di situlah erti keindahan dan keunikan berbahasa yang
ditinggalkan oleh generasi dahulu kepada kita. Tegasnya, masayarakat tidak perlu memandang
rendah peranan pantun dalam kehidupan mereka kerana pantun berperanan sebagai penyampai
maklumat dan juga sumber hiburan yang mengasyikkan.
Darsawarsa, segelintir masyarakat kita, terutama masyarakat Melayu alpa kerana
meminggir dan tidak menghargai tradisi pantun sebagai satu medium atau wahana untuk
menyindir dan menempelak sesorang tanpa menyinggung perasaan pendengar. Kita sedia
maklum, masyarakat Melayu terkenal dengan sifat berbudi bahasa dan sentiasa menjaga akhlak
semasa berkomunikasi. Hal ini kerana setiap individu tidal lari daripada melakukan kesalahan
sama ada secara sengaja atau sebaliknya sehingga menggores perasaan orang di sekeliling
mereka. Justeru, pabila kita berbalik kepada generasi nenek moyang kita dahulu, mereka
cenderung menggunakan pantun dalam menyindir atau menempelak sesorang. Dengan cara
sedemikian, pendengar atau orang yang dilawan bercakap tidak akan berasa pedihnya sindiran
berkenaan berbanding jika disampaikan dengan cara terus terang. Contohnya boleh kita lihat
melalui pantun berikut, "Berakit ke hulu dengan bergalah, buluh pecah terbelah dua, orang tua
jangan dilangkah, kelak biadap dituduhnya pula." Pantun berkenaan jelas menunjukkan contoh
cara golongan tua menyindir golongan muda yang sering menempelak golongan tua sama ada
semasa bercakap atau semasa memberi nasihat kerana orang tua lebih banyak makan garam.
Berbanding sekiranya dalam menempelak atau menyindir seperti berkata, " Diam, jangan
melawan cakap orang tua", menunjukkan seseorang terus menghalang orang lain bersikap biadap
dengan orang tua. Sekiranya berlaku situasi sedemikian, sudah pasti golongan muda yang
mendengar kata-kata seperti itu akan tersinggung dan akibatnya hubungan mereka akan menjadi
renggang.Situasi ini sering berlaku dalam alaf milenium ini kerana golongan remaja sekarang
lebih suka berterus terang semasa berbual dengan rakan-rakan sebaya, dan sudah pasti ada
kalanya sikap ini akan mengundang padah seperti berlakunya pertengkaran dan perkelahian.
Tegasnya, masyarakat terutama golongan remaja boleh menggunakan pantun apabila cuba untuk
menempelak atau menyindir rakan sebaya kerana penggunaan pantun akan melembutkan maksud
teguran berbanding jika teguran itu dizahirkan secara berterus terang.
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 32
Mari kita lebarkan fokus lensa perbincangan kepada kata kunci peranan pantun dalam adat
istiadat orang Melayu . Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan sikap mengutamakan
adat dalam upacara seperti merisik, pertunangan dan perkahwinan. Dalam majlis seperti
rombongan merisik kebiasaannya ahli keluarga akan memilih golongan tua daripada keluarga
mereka menjadi orang utama dalam majlis seperti disebutkan di atas. Kebiasaannya, orang paling
utama dalam acara seperti tersebut dipilih dalam kalangan ahli keluarga yang petah berkata-kata
dan kaya dengan kesenian berpantun. Selalunya, pantun akan digunakan sebagai mukadimah
atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran sebelum aktiviti selanjutnya dijalankan
semasa upacara merisik, pertunangan dan perkahwinan. Dalam berpantun kebiasaannya ketua
rombongan akan cuba untuk menyampaikan hasrat rombongan keluarga mereka dan selalunya ke
rumah gadis yang menjadi pilihan ahli keluarga lelaki. Selalunya, pantun yang dikemukan akan
dibalas oleh keluarga gadis. Sebagai contoh pantun berkenaan seperti di bawah:-
Tok Sami ke teluk Lipat,
Kain batik dibawa Salma,
Datang kami membawa hajat,
Kalau sudi minta diterima.
Pantun seperti di atas, biasanya dipertuturkan semasa adat merisik, pertunangan atau
perkahwinan yang mengambar orang Melayu sentiasa berkomunikasi secara bersopan dalam
acara tertentu. Tegasnya, budaya masyarakat Melayu begitu unik dan kaya dengan kesenian
bahasa antara kemahiran berpantun dalam upacara adat.
Selain itu, pantun juga sering digunakan sebagai usaha untuk memberi tunjuk ajar atau
nasihat kepada seseorang. Nasihat dan tunjuk ajar ini kebiasaannya diajukan kepada setiap
lapisan masyarakat tidak kira usia muda atau tua. Pada zaman dahulu, orang tua-tua sering
mengutamakan pantun sebagai usaha untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada anak-anak
atau golongan remaja kerana dengan cara tersebut teguran dan nasihat yang hendak disampaikan
secara lebih bersopan. bahkan juga, dengan penggunaan pantun teguran dan tunjuk ajar dapat
disampaikan tanpa menggores perasaan golongan yang menjadi sasarannya. Contoh pantun
nasihat seperti di bawah:-
Pergi ke pantai berkereta coklat,
berdayung sampan hingga ke malam,
Firman Tuhan tutuplah aurat,
Menjadi kewajipan wanita Islam.
Berdasarkan pantun di atas, pemantun cuba menasihatkan golongan hawa agar sentiasa menutup
aurat mereka kerana perkara tersebut sudah menjadi kewajipan kaum wanita di sisi Tuhan.
Jelasnya, melalui pantun seperti diatas nasihat yang disampaikan secara lembut dan tidak
berbentuk keras dalam bentuk paksaan walaupun perkara berkenaan adalah wajib dilaksanakan
kaum perempuan. Berbanding dengan situasi remaja sekarang lebih suka membuat teguran
secara terus terang sehingga menyebabkan timbul perasaan tidak senang dalam kalangan mereka.
Adakalanya, cara teguran disampaikan menyebabkan hubungan antara mereka akan renggang
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 33
malah ada juga yang mencetuskan perkelahian kerana ada yang berpendapat soal menutup aurat
adalah soal peribadi. Tegasnya, pantun amat signifikan untuk memberikan nasihat dan teguran
kerana cara ini lebih lembut dan bersopan.
Akhirulkalam, sudah terang lagi bersuluh bahawa pantun sememangnya banyak kelabihan
dan keistimewaannya tersendiri. Antara, pantun berfungsi sebagai hiburan, berguna dalam adat
istiadat, sebagai nasihat, menempelak dan sebagainya. Sebagai penerus generasi terdahulu, kita
bukan sahaja perlu menghargai keunikan dan kesenian pantun Melayu, malah lebih jauh lagi kita
perlu mempertahan dan seterusnya membudaya tradisi penggunaan pantun dalam kehidupan
seharian agar tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dibawa arus zaman yang serba ligat
dengan kemodenan zaman milineum ini. Justeru, kita sebagai perwaris bangsa perlu bekerjasama
ibarat aur dengan tebing, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat dalam
usaha untuk terus memartabat dan memperkasakan pantun sebagai satu wahana dan mideum
komunikasi sopan antara masyarakat Melayu yang terkenal dengan budi bahasanya. Oleh sebab
itu, ternyatalah keistimewaan pantun dan peranannya dalam masyarakat tidak dapat
dipertikaikan.
(1504 Patah Perkataan)
KARANGAN TUNDINGAN 10 : KAUM WANITA DI NEGARA INI WAJAR
DIBERIKAN PELUANG YANG SAMA RATA
DENGAN KAUM LELAKI UNTUK MENCEBURI DIRI
DALAM PELBAGAI BIDANG. BERIKAN KOMEN
ANDA TENTANG PERNYATAAN DI ATAS.
“Mampukah wanita menggalas tugas kaum lelaki?” “ Kaum wanita hanya sesuai di dapur,
mengemas rumah dan menjaga anak”. “Bolehkah wanita menjadi seorang pemimpin?” Persoalan
sebegini kerap diperbual dan kerap menjadi perbincangan dalam kalangan masyarakat terutama
dalam kalangan kaum adam yang sering memandang rendah akan kemampuan kaum hawa.
Namun, tohmahan dan pandangan kaum adam akan terhakis apabila nama-nama tokoh wanita
sudah membarisi nama-nama hebat dengan kejayaan mereka dalam pelbagai bidang dan
sekaligus membuktikan mereka mampu menyamai dan ada yang mengatasi kaum lelaki. Hal ini
terbukti terbukti sejak dari dahulu lagi. Mana tidaknya, semenjak zaman Rasulullah sendiri nama
wanita seperti Saiditina Aisyah, Ummi Salamah, Fatimah dan Zainab Al Ghazali memberi
sumbangan yang besar dalam pembangunan Islam. Begitu wanita di Malaysia yang Berjaya
dalam bidang mereka seperti Dr. Zeti Akhtar Aziz wanita pertama dilantik sebagai Gabenor
Bank Negara Malaysia, Aireen Omar wanita pertama yang mengepalai syarikat Penerbangan
Air-Asia, Datuk Dr. Maznah Hamid bekerjaya dan memiliki syarikat sekuriti dan hartanah,
Kadijah Abdullah Ketua Eksekutif Insuran Malaysia dan pelbagai lagi nama wanita berjaya di
Malaysia, sudah pasti menutup pandangan serong golongan adam akan kebolehan kaum hawa.
Benarlah kata pepatah, tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia. Tegasnya,
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 34
wanita wajar diberi peluang yang sama rata dengan kaum lelaki untuk menceburi pelbagai
bidang asalkan peranan mereka tidak bertentangan dengan agama.
Mari kita lebarkan lensa skop perbincangan berdasarkan minda pelajar kelas pertama
dengan kata kunci golongan wanita mampu menerajui bidang kewangan negara. Nama yang
tidak asing dalam bidang kewangan berkenaan ialah Dr. Zeti Akhtar Aziz iaitu anak kepada
pasangan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan Sharifah Azah Alsagof
merupakan Tokoh Budayawan Negara. Dr. Zeti Akhtar Aziz merupakan wanita Malaysia
pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia setelah menamatkan pengajian dalam
Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam Jurusan Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa
Universiti Pennyslvania pada tahun 1978. Atas sumbangan dan kejayaannya dalam mentadbir
kewangan negara, beliau telah terpilih sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik di dunia oleh
Majalah Global Finance. Beliau menerima anugerah berprestij tersebut bersama-sama tokoh
kewangan dunia seperti Gabenor Bank Australia, Gabenor Bank Israel, dan tokoh kewangan dari
Filipina dan Taiwan. Selain Dr. Zeti Akhtar, nama wanita berjaya dalam bidang ekonomi seperti
nama yang disebut di bahagian pengenalan iaitu Aireen Omar, Datuk Maznah, begitu juga
Pengurus Syarikat Faiza Sdn. Bhd. iaitu Faiza Bawurni Sayed Ahmad terkenan dengan pengedar
beras basmathi. Justeru, terbukti bahawa golongan wanita mampu untuk mentadbir kewangan
dan ekonomi negara, malah jauh mengatasi kebolehan golongan lelaki apabila Dr. Zeti Akhtar
telah diiktiraf sebagai antara Ketua Bank Negara yang terbaik di dunia.
Seterusnya, mari kita selongkar kehebatan kaum hawa dalam bidang sukan agar sikap dan
prasangka kebolehan wanita tidak dipertikai sebagai kaum yang lemah malah boleh berjaya
seperti peserta sukan lelaki. Kaum wanita juga mampu untuk berjaya seperti kaum lelaki dalam
acara sukan sekiranya diberi ruang dan peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka.
Kejayaan mereka bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah ada yang berjaya di peringkat
global apabila mampu menunduk pencabar dunia. Justeru, nama-nama seperti peserta sukan
wanita berjaya dalam karear mereka di peringkat antarabangsa seperti Dato' Nicol Ann David
dan Pandela Rinong berjaya dalam acara sukan yang mereka tandingi di peringkat dunia iaitu
dalam acara skuasy dan acara terjun. Dalam acara skuasy, Ratu Skuasy Negara sering memberi
kejutan demi kejutan apabila berjaya meneruskan gelaran sebagai pemain skuasy pertama dunia
apabila muncul sebagai johan dalam pelbagai kejohanan skuasy di peringkat dunia. Kejayaan
Pandela Rionong mendapat pingat gangsa dalam acara terjunan di Sukan Olimpik London pada
tahun 2013 amat membanggakan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, beliau merupakan peserta
sukan pertama negara yang berjaya mencapai kejayaan gemilang seperti itu di peringkat Sukan
Olimpik. Tegasnya, kaum hawa juga mampu menggegarkan dunia apabila diberi ruang untuk
menyertainya.
Jika kita sorot lensa perbincangan kepada penglibatan golongan wanita dalam aktiviti
ekstrim atas dasar untuk menyenaraikan nama wanita Malaysia sebaris dengan kejayaan wanita
negara luar. Sebagai warganegara Malaysia, kita amat berbangga dengan semangat patriotik
golongan hawa yang sanggup menggadai nyawa untuk memartabatkan nama negara kita sebaris
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 35
dengan negara maju yang lain agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara yang lain. Nama kaum hawa yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah Datin
Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, pensyarah Psikologi Sukan di Fakulti Sains Sukan
dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau telah mengambil risiko untuk
menjelajah kawasan paling sejuk di dunia iaitu untuk menjelajahi Kutub Utara walaupun beliau
sedar kemungkinan nyawa beliau boleh melayang dalam menjayakan usaha menjelajahi kutub
berkenaan secara solo. Oleh sebab semangatnya yang membara untuk berjaya menakluk Kutub
Utara akahirnya usahanya berjaya melaksanakan ekspedisinya pada 17 April 2007, sekali gus
menjadikannya sebagai wanita Asia pertama berjaya menjelajah kedua-dua Kutub Utara dan
Kutub Selatan. Semangat dan keazaman penuh membara yang ditunjukkan oleh mereka ini
seharusnya dijadikan iltizam buat generasi masa hadapan untuk terus mengorak langkah merintis
kecemerlangan. Tegasnya, kaum wanita juga mampu untuk berjaya sekiranya mempunyai
semangat patriotisme, di samping kecekalan hati dalam menghadapi cabaran mengharungi
kawasan paling sejuk dan paling mencabar di dunia.
Seterusnya, mari kita terus menyelongkar kehebatan wanita Malaysia menggunakan minda
pelajar kelas pertama dengan memperkatakan kehebatan kaum hawa dengan kata kunci mereka
juga boleh berjaya dalam bidang politik terutama membantu barisan kabinet menerajui
kepimpinan negara. Kini terdapat ramai wanita yang menyandang jawatan menteri, senator, ahli
parlimen, ahli EXCO, ADUN dan sebagainya. Kita berbangga dengan ahli-ahli politik wanita
seperti Datuk Seri Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri dan
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat yang berusaha gigih menjaga hak dan kepentingan wanita. Berdasarkan senarai
anggota kabinet Malaysia 2013, Datuk Rohani Abdul Karim merupakan Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengganti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Tidak lupa juga
jasa mantan Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani yang telah banyak berjasa kepada negara dan
pertama di Malaysia yang dilantik ke jawatan senator pada tahun 1963 dan merupakan wakil
wanita pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB). Pada tahun 1973, beliau dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dan memegang
jawatan tersebut sehingga tahun 1984. Oleh sebab itu, jasa mereka terhadap masyarakat amat
dikagumi terutama dalam menentukan kebajikan golongan wanita agar sentiasa terbela terutama
golongan ibu tunggal. Tuntasnya, kaum wanita juga memainkan peranan membantu barisan
kabinet negara menerajui kepimpinan negara Malaysia.
Setelah kita membincangkan jasa pemimpin wanita membela kaum wanita dan membantu
barisan kabinet mentadbir negara dalam bidang politik, mari kita menelesuri pula peranan wanita
dalam dalam membantu kebajikan masyarakat peringkat antarabangsa. Bukan senang untuk
mencari seorang budiman seperti Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang sanggup meninggalkan
kesenangan dan kemewahan demi untuk membantu orang lain. Beliau merupakan pengerusi dan
pengasas MERCY Malaysia ataupun 'Malaysian Medical Relief Society' iaitu pertubuhan
bantuan perubatan sukarela yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1999 berikutan perang di
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 36
Kosovo. Beliau sendiri selalu mengetuai misi membantu penduduk di negara-negara yang
menghadapi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan juga di wilayah yang bergolak
akibat perang. Baginya apa yang dilakukannya itu adalah lebih berharga daripada apa yang boleh
dibeli oleh wang ringgit. Dr. Jemilah merupakan salah seorang daripada 16 yang lain dipilih oleh
Setiausah Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), General Ban Ki-moon sebagai
kumpulan penasihat Pusat Tindakan Tabung Kecemasan PBB (CERF). Begitulah jasa seorang
wanita dan atas jasanya tersebut pelbagai penghargaan telah diterimanya seperti anugerah Dato‟
Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Yang Teramat Mulia Sultan Azlan Shah pada tahun 2002
dan Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada
tahun 2003.Pada 6 Jun 2009, beliau dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau juga
telah menerima Anugerah Keamanan Wanita yang Pertama di Asia Timur (Kategori
Perkhidmatan Kemanusiaan) di Manila. Anugerah yang berprestij itu juga pernah dianugerahkan
kepada Presiden Filipina Corazon Aquino dan Aung San Suu Kyi dari Manila. Justeru, insan
bergelar kaum hawa memang hebat kerana jasa mereka sentiasa disanjung tinggi dunia atas jasa
mereka tidak pernah kenal sempadan.
Akhir kalam, jasa dan peranan wanita memang telah diiktiraf semenjak zaman Rasulullah
lagi dan seterusnya nama-nama wanita Malasyia juga tidak kurang hebatnya. Mereka sentiasa
mewarnai senario di tanah tumpah darah mereka dalam pelbagai bidang , sama ada di bidang
politik, sukan, ekonomi, berusaha memartabatkan nama negara di mata dunia, membantu
kepimpinan negara dan membantu masyarakat tanpa mengenal sempadan dunia. Sebagai
warganegara Malaysia kita harus berbangga dengan sumbangan kaum hawa ini kerana
keberadaan mereka membantu kaum adam untuk memantapkan segala kekurangan yang ada
pada mereka. Oleh sebab itu, kaum wanita memang perlu diberi ruang untuk menceburi pelbagai
bidang kerana kepakaran mereka bukan racun yang mampu membunuh kaum adam malah boleh
diibaratkan ubat yang mampu menyembuhkan penyakit kaum adam. Allah berfirman bahawa
kaum adam dijadikan untuk berpasangan dengan kaum hawa. Justeru, prasangka buruk dalam
kalangan kaum adam terhadap kaum hawa perlu dihapuskan agar sikap bekerjasama akan wujud
demi membina sebuah negara merdeka dan perkasa dalam pelbagai bidang agar mampu untuk
menyinar di mata dunia.
(1462 Patah Perkataan)
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 37
KARANGAN TUNDINGAN 11 : MASYARAKAT PADA ZAMAN ALAF MILENIUM
INI AMAT MUDAH UNTUK MENDAPAT
MAKLUMAT MELALUI INTERNET.
BERDASARKAN PERNYATAAN BERKENAAN
HURAIKAN KEBAIKAN INTERNET DALAM
KALANGAN MASYARAKAT KINI.
Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di
negara kita. Tahukan anda bahawa penggunaan internet di negara kita ibarat cendawan tumbuh
selepas hujan kerana pertambahan penggunaannya amat ketara sama ada di kawasan bandar
mahu pun di kawasan luar bandar. Penggunaan internet juga bertambah dalam kalangan rakyat di
negara kita disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, My
Space dan Tagged dalam internet yang semakin meluas. Bahkan, negara kita tersenarai dalam
sepuluh negara yang paling banyak menggunakan jaringan sosial iaitu Facebook. Sedar atau
tidak, penggunaan internet juga telah sampai di segenap desa apatah lagi selepas wujudnya
teknologi „3G‟ dan "4G". Apa yang pasti, kajian telah menunjukkan bahawa satu daripada
sepuluh buah rumah di negara kita menggunakan kemudahan Internet untuk pelbagai tujuan.
Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai manfaat dapat diperoleh daripada kemudahan
penggunaan internet dalam kalangan masyarakat sekaligus mengubah ajakan paradigma
masyarakat dalam era teknologi maklumat kini kerana maklumat berada di hujung jari.
Mari kita melebarkan lensa perbincangan dengan mengupas kebaikan penggunaan internet
dalam kalangan masyarakat kini. Pertama kita gunakan minda pelajar kelas pertama dalam
memperinci tajuk perbincangan pertama dengan kata kunci internet bermanfaat untuk mencari
dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Hal ini kerana dalam era globalisasi ini
segala maklumat sama ada formal atau tidak formal telah dimuat naik dalam rangkaian internet
oleh pelbagai pihak dengan cepat sehingga mengalahkan media cetak seperti surat khabar.
Dalam soal ini, pengguna hanya perlu menaip sahaja maklumat yang dikehendaki dalam carian
enjin google atau yahoo dan segala maklumat yang diperlukan akan tertera di skrin komputer.
Malah, setiap maklumat yang kita perlu dapat kita peroleh menggunakan pelbagai sumber yang
boleh dipercayai keesahannya. Sebagai contoh, jika kita ingin mencari maklumat berkenaan
berita terkini di akhbar, kita akan memperoleh banyak maklumat kerana hampir semua akhbar
telah dibuka atas talian seperti Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online, Malaysia Kini dan
News Strait Times. Malahan, pelajar juga boleh mendapat maklumat mengenai berita terkini
berlaku di dunia kerana dengan internet kerana dunia ibarat tanpa sempadan. Perkara ini secara
tidak langsung memudahkan kita mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dan kita juga
akan memperoleh berita terbaru kerana dalam media mungkin berita berkenaan masih belum
disiarkan. Sebagai contohnya, kita akan mengetahui peristiwa seperti bencana tsunami yang
pernah berlaku di Acheh dan Jepun, serangan Israel ke atas negara kecil iaitu di Palestin. Justeru,
pada zaman milineum ini bergantung kepada seseorang pelajar untuk mencari maklumat dan
sekiranya mereka malas berbuat demikian mereka boleh diibarat seperti katak di bawah
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 38
tempurung. Oleh itu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa mencari maklumat akan menjadi
lebih mudah dengan menggunakan kemudahan Internet.
Seterusnya mari kita memperinci perbincangan selanjutnya dengan kata kunci penggunaan
jalur lebar dapat menyelesaikan pelbagai urusan seharian seperti membayar bil dan urusan
perbankan Kini, kehidupan masyarakat kita terutama mereka yang tinggal di bandar sangat sibuk
dek tekanan tempat kerja dan kesesakan lalu lintas sebelum serta selepas pulang dari pejabat.
Jadi, kesuntukan masa yang dialami ini amat menyusahkan apabila mereka hendak menguruskan
hal-hal berkaitan rumah tangga dan pembayaran pelbagai bil. Oleh sebab itu, masyarakat di
bandar sering mengalami tekanan kehidupan atau stress yang membelenggu kehidupan mereka
seharian. Justeru, masyarakat milenium mereka perlu sedar akan kemudahan yang telah
disediakan oleh pelbagai agensi sama ada agensi kerajaan mahupun swasta dalam meringankan
bebanan dan masa. Bak kata pepatah, masa itu emas, sekiranya kita tidak memotongnya masa
akan memotong kita. Oelh sebab itu satu cara untuk menyelesaikan masal pembayaran bil dalam
kehidupan seharian adalah dengan penggunaan internet. Justeru, pembayaran bil dan urusan
perbankan boleh dilakukan pada bila-bila masa sama ada sambil minum kopi dan berbual
bersama-sama ahli keluarga di rumah, atau dipejabat. Perkara ini dapat dibuktikan apabila
banyak bank seperti Maybank, CIMB Bank, Agro Bank dan RHB Bank menyediakan perniagaan
secara „online‟ di internet kepada para pelanggan untuk memindahkan wang ke dalam akaun lain
dan menyimpan wang secara „online‟, begitu juga dengan pembayaran bil kad kredit.
Pembayaran bil elektrik, bil air dan bil telefon juga dapat dibayar dengan penggunaan internet di
rumah melalui laman web kerajaan iaitu myeg.com. Pendek kata, kita dapat menguruskan
pembayaran bil dan urusan perbankan di rumah melalui internet sekaligus menjimatkan masa
kita.
Di samping itu, manfaat penggunaan Internet di rumah dapat memudahkan kita
berkomunikasi di antara jarak jauh dan dekat malah merentasi lautan seantero dunia. Hal ini
kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di internet untuk tujuan komunikasi.
Malah, syarikat gergasi telekomunikasi berlumba-lumba membuka laman web mereka untuk
memudahkan pengguna berkomunikasi di internet. Berkomunikasi di Internet bukan sahaja
melibatkan suara orang yang dihubungi malah kita dapat bersua muka dan melihat wajah kenalan
atau individu yang baru kita kenali dengan hanya duduk di kerusi dan mengadap komputer serta
tangan bermain dengan tetikus melalui beberapa klik. Perkara ini amat memberi kebaikan kepada
ahli keluarga yang jauh meninggalkan keluarga untuk bekerja dan belajar di luar negara seperti
di Asia Barat dan Eropah. Oleh sebab itu dengan penggunaan internet hubungan ahli keluarga
yang jauh dapat dipererat dengan menggunakan internet. Mereka hanya perlu mengakses aplikasi
„yahoo mesengger‟ untuk berkomunikasi bagi melihat wajah dan mendengar suara ahli keluarga
yang jauh bagi melepaskan kerinduan. Tambahan pula, gajet telefon sekarang seperti ipad dan
telefon pintar lain boleh diaplikasi sebagai akses kemudahan internet dan ini mempermudah
komunikasi antara masyarakat berlaku dengan mudah. Tuntasnya, penggunaan internet amat
bermanfaat dalam kalangan masyarakat untuk mereka berkomunikasi jarak jauh.
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 39
Negara kita sedang mengorak langkah untuk menjadi negara maju, justeru Kementerian
Pelajaran Malaysia sentiasa meningkatkan mutu pendidikan negara dengan dengan memperkenal
pelbagai kemudahan seperti Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memudahkan
ibu bapa melihat keputusan anak mereka diinternet sama ada untuk mengetahui keputusan ujian
bulanan dan peperiksaan. Melalui capaian internet ini ibu bapa akan mudah mendapat keputusan
peperiksaan anak secara cepat dan berkesan. Seterusnya, ibu bapa boleh membuat langkah
susulan bertemu dengan para pendidik di sekolah untuk mengetahui keputusan anak mereka
dengan lebuh lanjut. Selain itu program pengajaran dan pembelajaran secara maya sedang
diaplikasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memudahkan guru dan pelajar untuk
berinteraksi melaui capaian internet. Sistem berkenaan yang dikenali sebagai Frog Vle
merupakan satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran
sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya,
sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa
boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan
kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Justeru, pembelajaran kini
boleh berlaku di mana-mana sahaja dan sudah pasti pembelajaran secara berterusan akan
memantapkan lagi prestasi pelajaran dan anak-anak akan lebih tertarik belajar secara interaktif.
Malahan ibu bapa juga mampu mengetahui prestasi pembelajaran anak mereka sebagai sokongan
Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang diguna pakai sekarang. Tegasnya,
Kementerian Pelajaran Malaysia kini berusaha membuat Transformasi Pendidikan Negara ke
araf pendidikan bertaraf dunia agar pendidikan negara kita boleh duduk sama rendah berdiri
sama tinggi dengan pendidikan negara maju di dunia.
Akhirnya, sebagai pelajar berminda kelas pertama saya ingin menggunakan kata kunci
bahan-bahan bloger di Internet yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam mata pelajaran
mampu memperkasakan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran terutama pelajar yang akan
menghadapi peperiksaan awam. Hal ini terbukti apabila guru-guru yang bertanggungjawab,
berdedikasi berusaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran pelajar dalam mata
pelajaran berkenaan. Bukan itu sahaja, guru-guru berkenaan juga membuka ruang kepada pelajar
untuk berinterksi di lamam web seperti bmspmet, mohdramsul.blogspot, mohdrazak.bogspot,
dan sebagainya dengan aplikasi chatrool, face book, dan pelbagai aplikasi lain agar pelajar boleh
sentiasa berhubung, sama ada untuk bertanya hal berkaitan kemahiran yang sukar pelajar kuasai.
Malangnya, pelajar tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan kemudahan yang ada
untuk tujuan penguasaan terhadap kemahiran berkenaan. Tambahan pula, guru-guru pakar
berkenaan tidak mengenakan bayaran kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka
dalam penguasaan kemhiran tatabahasa, komsas, dan penulisan karangan. Usaha tangga
kejayaan, setiap usaha akan ada balasannya, begiutlah ungkapan pepatah Melayu yang membawa
maksud sekiranya pelajar berusaha apa sahaja yang mereka usahakan, akhirnya mereka akan
menerima hasilnya. Justeru, terbukti internet banyak memberikan kebaikan kepada peajar
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 40
terutamapelajar yang bijak menggunakan aplikasi ini untuk tujuan meningkatkan kemahiran
dalam pembelajaran.
Kesimpulannya, penggunaan internet mendatangkan manfaat yang pelbagai serta berguna
kepada masyarakat. Oleh itu, masyarakat di negara kita perlu memanfaatkan penggunaan internet
kerana melalui penggunaan internet segala maklumat berada di hujung jari anda. Apa yang pasti,
internet mampu memberikan seribu satu macam kemudahan kepada pengguna jika digunakan
sebaiknya. Dalam era serba moden ini, penggunaan internet seakan tidak dapat dipisahkan lagi
dengan kemajuan negara sekarang. Jadi, pihak kerajaan perlu mendidik masyarakat
menggunakan internet bagi melahirkan generasi celik IT sekaligus setanding dengan masyarakat
negara maju lain seperti Jepun demi mencapai wawasan 2020. Selain itu, ibu bapa juga tidak
ketinggalan perlu mendidik anak-anak mempelajari internet di rumah kerana melentur buluh
biarlah daripada rebungnya. Akhirul kalam, tidak dapat dinafikan bahawa kemudahan internet di
rumah memberi pelbagai faedah kepada kita.
(1439 Patah Perkataan)
KARANGAN TUNDINGAN 12 : BELAKANGAN INI, ISU KENAKALAN REMAJA
HANGAT DIPERKATAKAN DAN MEMBAWA
PETANDA YANG TIDAK BAIK KEPADA GENERASI
AKAN DATANG. HURAIKAN PERANAN ANDA
SEBAGAI SEORANG REMAJA DALAM
MEMBENTUK SAHSIAH DIRI YANG TERPUJI.
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara
Sebahagian daripada lirik lagu „Remaja‟ persembahan kumpulan nasyid Unic saya petik untuk
menggambarkan kemaslahatan peranan remaja pada masa ini. Lagu yang menyuntik semanagat
ini menyeru para remaja agar menggunakan masa dengan sebaiknya dan mempunyai azam yang
kuat demi memajukan diri masing-masing . Melalui usaha yang gigih dan tabah tanpa mengenal
jemu dalam bidang yang diceburi serta memiliki sahsiah yang terpuji , remaja akan menjadi
warga yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan nusa. Hal ini demikian kerana menurut
Menteri Belia dan Sukan, Dato‟ Ahmad Shabery Cheek, belakangan ini, remaja begitu terdedah
kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 41
desakan daripada rakan sebaya serta ibu bapa dan masyarakat ataupun konflik pergolakan
antarabangsa yang semakin hari semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh
negara. Pergolakan antarabangsa yang berlaku sedikit sebanyak mempengaruhi akidah remaja
kita. Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta
perlakuan untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang
benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan
memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini lantas
mencorakkannya menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang. Negara memerlukan remaja
yang mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh di samping berdaya saing serta berfikiran
kreatif dan inovatif. Namun demikian, amatlah malang kepada negara kita jika remaja yang
diharap-harapkan akan sentiasa mendukung panji „Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang
Negara‟ kini dikaitkan dengan isu kenakalan. Perbuatan yang melanggar norma, aturan atau
hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia remaja ini dikatakan membawa petanda yang
tidak baik kepada generasi akan datang bak kata pepatah, air perabung mengalir ke cucur atap.
Isu ini begitu hampir dengan saya memandangkan saya juga seorang insan yang bergelar remaja
justeru saya mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-
ciri remaja cemerlang dambaan negara.
Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji, saya akan
mendalami ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama merupakan ilmu yang mendekatkan
diri seseorang kepada Maha Pencipta iaitu Allah swt. Tiada ilmu yang lebih mulia melainkan
ilmu agama di dunia ini iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul. Perkara ini boleh
dibuktikan melalui pernyataan rasa yang disuarakan oleh ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert
Einstein (walaupun beliau tidak beragama Islam) yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu
adalah buta , ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Jelas dapat dilihat bahawa ilmu dan agama
mempunyai hubung kait yang sangat akrab. Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak
berlandaskan atau berpaksikan agama tidak akan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh
Allah swt. Saya akan mendalami ilmu agama dengan membaca dan memahami Al-Quran,
mengkaji hadis-hadis dan menyelami sirah nabi serta para sahabat. Akhlak Rasulullah yang
terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis itu pastinya akan menjadi
sumber primer saya bagi membina pemahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan
memiliki sahsiah yang terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan yang mendalam
sebegini mampu memberi input yang berguna seperti memahami nilai yang perlu dipraktikkan
dalam kehidupan sehari-hari. Nilai-nilai seperti ketakwaan, kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan
bertanggungjawab semuanya memandu diri saya membina peribadi mulia . Pengajaran daripada
Al-Quran dan hadis mampu merobah mana-mana perlakuan saya yang sebelum ini yang
dianggap bejat atau kurang memuaskan kepada perlakuan yang positif atau terpuji. Jikalau saya
tidak memahami kandungan Al-Quran ataupun hadis, saya akan berjumpa dengan ustaz atau
ustazah yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan agama yang suci ini. Saya
akan meluangkan masa untuk pergi ke perpustakaan bagi mendalami ilmu agama kerana di
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 42
perpustakaan, suasananya yang hening mampu menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa.
Dengan mendalami ilmu agama, saya yakin saya mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji
kerana saya akan memperlihatkan kesopanan berbudi bahasa, kemanisan berkata-kata dan
kemampuan memberikan buah fikiran dengan penuh tertib serta matang berlandaskan akhlak
Nabi Muhammad saw. Jelasnya, saya akan terhalang daripada menjadi penyumbang petanda
yang tidak baik kepada generasi akan datang.
Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan adalah dengan
menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa saya. Ibu bapa merupakan dua insan yang
paling dekat dengan diri saya kerana sesudah saya dilahirkan di muka bumi ini, saya ditatang
bagai minyak yang penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa terhadap saya
bermula dengan ibu yang mengandungkan saya dengan jerih payahnya selama sembilan bulan
sepuluh hari ditambah pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi
menyara keluarga. Walaupun cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang
dilakukan oleh bapa kepada saya. Saya tidak ingin hidup menjadi seperti Si Tanggang atau Si
Malim Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Saya akan taat kepada ibu bapa
dengan cara mendengar dan menerima nasihat yang diberikan mereka dengan tangan yang
terbuka dan hati yang lapang. Jika saya tidak bersetuju sekalipun, saya tidak akan memberontak
dan meninggikan suara ketika memberikan pendapat malah saya akan berbincang dengan cara
yang paling baik atau bertatasusila bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku sesuai
dengan peribahasa buang yang keruh ambil yang jernih. Allah telah memberikan kedudukan
tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada mereka. Perkara ini jelas
diterangkan melalui firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 23 yang menyuruh kita berbakti
kepada ibu bapa. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat
Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan bahawa remaja boleh membina peribadi mulia
dengan mentaati ibu bapa melalui perbuatan yang baik, melaksanakan hak-hak mereka dan
menjauhkan diri daripada perilaku yang boleh menyakiti hati dan kehidupan mereka. Taat
kepada ibu bapa adalah amalan wajib ditunaikan setiap anak. Ketaatan adalah cara paling baik
mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya juga.
Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat. Terdapat hadis Rasulullah saw. yang bermaksud :
“Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim." Jelaslah bahawa mentaati ibu
bapa mampu menjadikan saya individu yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan terhalang
daripada melakukan perkara-perkara yang merosakkan moral.
Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan adalah dengan
menghormati guru-guru. Sepanjang pembelajaran saya hatta sekalipun saya tidak lagi bergelar
pelajar, saya akan menghormati guru-guru saya sebagai tanda terima kasih kepada mereka
kerana mereka telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga saya mampu berdiri dan berpijak di
bumi yang nyata menjadi insan yang sebaiknya dan berguna. Guru telah banyak berkorban demi
memartabatkan ilmu dan banyak berjasa bermula daripada mereka mengajar kita membaca,
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 43
menulis dan mengira. Mereka tidak pernah mentertawakan kesalahan yang saya lakukan malah
membetulkan setiap satu daripadanya lantas menepati mutiara kata cendekiawan Wellington
iaitu, „Usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan
yang lebih baik”. Saya akan menerima dan menjadikan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar
daripada guru sebagai insentif dan motivasi untuk saya berjaya menjadi insan berguna yang
mampu mendaki menara gading . Bukan sahaja guru ialah ibu, bapa, pengajar, pendidik,
pengasuh, penasihat dan pembimbing malahan guru adalah segalanya bagi seorang pelajar.
Segala kesusahan yang ditempuhinya dalam mendidik anak-anak muridnya sepatutnya dikenang
dan dihargai kerana tanpa jerih payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi manusia yang
tidak berguna di dunia dan akhirat. Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi makhluk termulia
di sisi Allah swt. sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Semua ini tidak akan
tercapai kecuali dengan kita menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai
ilmu tersebut iaitu guru, pewaris para nabi. Justeru dengan menghormati guru, saya mencetuskan
rasa insaf dalam diri dan bertatih membentuk sahsiah diri yang terpuji.
Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan
taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan meluangkan masa yang lebih bersama
rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana selain
keluarga tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu, mencurah perasaan dan
berkongsi masalah. Sehubungan itu, saya akan menjaga atau memelihara hubungan yang baik
dengan rakan tidak kira sama ada rakan saya berlainan agama, kaum mahupun warna kulit.
Seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Saya juga sedaya upaya tidak akan menimbulkan isu sensitif terutama isu
agama. Saya akan mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan
banyak nyawa yang berpunca daripada rusuhan kaum. Saya akan memberikan pertolongan
kepada rakan yang memerlukan bantuan kerana dia merupakan rakan yang baik dan telah
membantu ketika saya dalam kesusahan. Dalam kehidupan yang singkat ini, saya perlu berbaik-
baik dengan semua orang dan bekerjasama dalam semua bidang kerana yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dijinjing. Kita digalakkan mencari teman yang baik dan meramaikannya
seperti kata pepatah „berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari.‟ Saya akan
menjadi seseorang yang dapat memberi manfaat segi dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya
kepada orang lain. Rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok apabila berkawan dengan saya
sekiranya saya tidak bersikap bagai buntal kembung. Apabila saya menjalinkan hubungan baik
dengan rakan-rakan, masalah kebejatan moral tidak akan ada dalam kamus rutin hidup saya
sejajar dengan visi saya untuk menjadi remaja yang mempunyai sahsiah terpuji.
Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermoral .
Seorang yang ingin mempunyai sahsiah diri yang terpuji tidak bisa melakukan perkara yang
negatif yang mampu keruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri, keluarga, bangsa
dan negara. Saya tidak akan mudah terpedaya oleh hasutan syaitan yang membisikkan „kata-kata
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 44
bermadu‟ kepada anak Adam agar melakukan dosa. Saya sentiasa awas bahawa syaitan telah
berjanji akan menyesatkan umat manusia dek sebab Allah swt. telah mencampakkannya keluar
dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam. Kesombongan merajai hati syaitan
dengan alasan dia diciptakan daripada api manakala Adam daripada tanah. Kedegilan syaitan
kian hari kian diwarisi manusia hingga pelbagai kebejatan moral dan perlakuan hedonisme
mewarnai kehidupan menjadikan nilai-nilai nurni jelas nyata dikesampingkan. Saya tidak mahu
terjebak dalam kancah yang serba „menyesakkan nafas‟ dan boleh memusnahkan visi dan misi
saya sebagai seorang Muslim yang cemerlang dan memiiki sahsiah yang terpuji. Menteri Belia
dan Sukan, Dato‟ Ahmad Shabery Chee pernah menyuarakan pendapat bahawa , “Para belia
harus diasuh dan dididik agar memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang
baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja pada bila-bila masa”. Akhlak yang baik
termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, mengamalkan gaya hidup sihat,
menjaga batas-batas aurat dan menjaga hubungan baik sesama individu di sekeliling kita. „First
impression‟ orang lain terhadap kita amat penting kerana dari situlah orang lain akan dapat
menilai diri kita yang sebenar”.
Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan meningkatkan
mutu akhlak dalam kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Tugas ini tidak dapat
dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti
kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin berlandaskan lima prinsip yang saya pegang di atas,
dengan izin Allah, saya dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji. Pemupukan sahsiah diri ini
saya yakin akan membentuk saya menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, mempunyai
iltizam yang tidak berbelah bahagi, mempunyai kerohanian yang amat tinggi serta mewarisi ciri-
ciri akhlak perjuangan Rasulullah saw. Mutiara kata ulamak tersohor Hamka akan saya jadikan
pedoman dalam meniti kehidupan ini. Katanya, “Aku hairan melihat orang menyisir rambutnya
setiap hari, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya teapi tidak pernah
mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya.” Tidak akan saya lakukan perkara yang
sia-sia yang bisa menyesatkan saya daripada landasan yang benar sebaliknya pemurnian hati,
pemantapan akhlak, ilmu dan akidah akan terus menjadi pegangan perjalanan hidup saya.
Semoga isu kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi menebarkan sayap negatif kepada
generasi akan datang bak kata peribahasa „Sebab nila setitik rosak susu sebelanga”.
(1943 Patah Perkataan)
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 45
KARANGAN TUNDINGAN 13 : FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN SESEORANG
MURID DALAM PELAJARAN PEMBELAJARAN DI
BILIK DARJAH PROGRAM SEKOLAH KELAS
TUISYEN DORONGAN IBU BAPA
Belakangan ini, soal pembinaan modal insan adalah antara perkara yang menjadi agenda
utama pembangunan negara. Selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan Malaysia muncul
sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, pembangunan modal insan
menerusi bidang pendidikan telah diberi penekanan. Hal ini cukup penting kerana kita
memerlukan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan negara bersaing di
peringkat global. Sehubungan dengan itu, kejayaan murid-murid dalam pelajaran menjadi agenda
perdana setiap sekolah kerana mereka merupakan modal insan yang bakal memacu negara agar
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Pada pendapat
saya, pelbagai faktor yang dapat dikenal pasti mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid
dalam pelajaran.
Pembelajaran di dalam bilik darjah merupakan faktor perdana yang mempengaruhi
kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Pembelajaran dan pengajaran yang berlaku secara
kondusif di dalam bilik darjah merupakan kunci utama kejayaan seseorang murid. Bilik darjah
yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik, susun atur peralatan yang memudahkan
pergerakan pelajar, memiliki ciri-ciri keselamatan, bersih dan ceria menjadi pendorong kepada
murid-murid untuk belajar dengan selesa. Apabila murid-murid berasa selesa, mereka akan lebih
fokus terhadap pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Jadi, apabila murid
memberikan perhatian di dalam kelas, setiap perkara yang dipelajari dapat difahami dengan
mudah. Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Pengajian Kaunseling di Universiti
Kebangsaan Malaysia, 70 peratus kejayaan seseorang murid adalah tumpuan di dalam bilik
darjah ketika proses pembelajaran dan pembelajaran, 29 peratus adalah inspirasi dan 1 peratus
melibatkan genius. Oleh itu, berdasarkan kajian tersebut, dapat dirumuskan bahawa proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah yang kondusif mempengaruhi kejayaan
seseorang murid dalam pelajaran.
Seterusnya, program-program sekolah yang dirancang juga mampu mempengaruhi
kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Program-program yang dirancang oleh Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah dan panitia mata pelajaran sama ada di dalam atau di luar sekolah berupaya
mencemerlangkan murid-murid. Program-program seperti Kem Wacana Akademik, Ceramah
Teknik Menjawab, Bengkel Akademik, Cemamah Motivasi dan sebagainya mampu
meningkatkan keupayaan murid dalam pelajaran. Program-program yang dirancang seperti ini
membolehkan murid-murid menguasai topik-topik utama dengan mudah dan berupaya
menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Hal ini demikian kerana mereka sudah menghadapi
soalan-soalan yang mirip peperiksaan sebenar dan telah berbincang dengan guru dalam program
yang dianjurkan. Tokoh motivasi negara, Datuk Dr. Mohd Fazilah Kamsah menegaskan bahawa
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 46
jika seseorang melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kali maka dia mampu
menghadapi setiap cabaran dengan mudah kerana sudah melaluinya sebelum ini. Oleh itu, jelas
menunjukkan bahawa program yang dirancang oleh pihak sekolah mampu mempengaruhi
kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.
Selain itu, murid-murid yang mengikuti kelas-kelas tuisyen juga mampu berjaya dalam
pelajaran. Ramai ibu bapa sekarang menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tuisyen
berbayar pada luar waktu persekolahan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran anak-
anak mereka dalam pelajaran. Mereka tidak menghiraukan tentang kos yang perlu dibayar
kepada pusat tuisyen kerana mereka mengharapkan anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang
dalam pelajaran. Kelas-kelas tuisyen sama ada secara individu atau kelompok mampu
meningkatkan kemahiran murid dalam pelajaran. Murid-murid akan ditekankan oleh guru pusat
tuisyen tentang teknik-teknik menjawab yang betul dan strategi untuk mendapat markah yang
tinggi. Murid-murid akan mendapat pendedahan tersebut secara terus berbanding guru-guru di
sekolah. Hal ini mampu meningkatkan kemahiran pelajar dalam setiap mata pelajaran yang
diikuti, sekali gus mereka mampu menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang kerana
peribahasa ada menyatakan bahawa alah bisa tegal biasa. Jadi, jelas menunjukkan bahawa murid-
murid yang menghadiri kelas-kelas tuisyen mampu berjaya dalam pelajaran.
Akhir sekali, dorongan daripada ibu bapa juga mempengaruhi kejayaan seseorang murid
dalam pelajaran. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak mereka. Setiap
ibu bapa menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Tiada ibu bapa yang mahu
melihat anak-anak mereka gagal melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Mereka akan
melakukan apa-apa sahaja bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan
kerana pada mereka di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Mereka akan memberikan dorongan
dan kata-kata motivasi kepada anak-anak mereka agar belajar bersungguh-sungguh supaya
kejayaan dapat digapai. Selain motivasi, ibu bapa akan sentiasa berdoa agar anak-anak mereka
dipermudahkan ketika menghadapi peperiksaan. Mereka mengharapkan anak-anak mereka akan
tenang apabila menduduki peperiksaan dan dapat menjawab soalan dengan mudah. Apabila
anak-anak merasakan diri mereka dihargai maka mereka akan belajar bersungguh-sungguh
supaya harapan ibu bapa dapat direalisasikan. Mereka berazam untuk menghadiahkan kejayaan
kepada ibu bapa sebagai balasan atas jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Jadi, jelas
menunjukkan bahawa dorongan ibu bapa mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam
pelajaran.
Kesimpulannya, aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal
insan inilah yang menjadi aset yang boleh disuntik nilai tambahnya untuk menjana pembangunan
negara. Kejayaan murid-murid dalam pelajaran menjadi keutamaan dalam membina modal insan
yang berwawasan. Anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran dapat menjana idea untuk
memacu negara ke arah menjayakan Transformasi Negara 50. Jadi, ibu bapa memainkan
tanggungjawab yang besar bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 47
kerana di bahu anak-anak inilah terletak harapan untuk menggantikan barisan kepimpinan negara
yang ada sekarang selaras dengan cogan kata pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.
(806 Patah Perkataan)
KARANGAN TUNDINGAN 14 : MENABUNG AMAT PENTING UNTUK MENJAMIN
KEHIDUPAN PADA MASA HADAPAN. APAKAH
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMASTIKAN
AMALAN MENABUNG MENJADI BUDAYA
MASYARAKAT KITA?
Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusia dalam
kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi, momentum arus
terus bergerak ke depan dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu, generasi muda perlu berjimat
cermat dan sifat menabung perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan menabuing
ini diharapkan terbawa sehingga dewasa. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang.
Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa.
Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan bijaksana ibarat menarik rambut
di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Persoalannya, apakah peranan
yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat
kita?
Ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak bangku
prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu anak-anak
masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah
memberitahu dan mendidik mereka amalan yang berunsur positif seperti amalan menabung.
Anak-anak mudah dipengaruh apabila mereka masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari
nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran mereka. Dengan cara ini, amalan menabung, secara
tidak langsung, mudah berakar dalam hati anak-anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini
diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi
dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan
membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-kanak bukan tanggungjawab
mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh itu, ibu bapa perlu
menerapkan amalan menabung dalam sanubari anak-anak sejak kecil lagi.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa perlu memberikan ajaran dan didikan
agama juga. Tidak mengira apa-apa agama, sama ada agama Islam, agama Kristian, agama
Buddha atau agama Hindu, semua agama ini menyebarkan matlamat yang sama, iaitu
membentuk individu yang berwibawa, berketrampilan, bersahsiah mulia, dan berkarismatik.
Oleh itu, kanak-kanak yang berada di bawah pengaruh agama ini mestilah mampu mengelakkan
diri daripada unsur negatif dan budaya Barat yang bercanggah dengan norma masyarakat
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 48
tempatan. Ibu bapa perlu mengajar dan memberitahu tempat pelabuhan emosi yang terumbang-
ambing dalam kepelbagaian masyarakat ini. Kebatian diri yang utuh merupakan senjata yang
paling ampuh untuk melindungi diri daripada sebarang kemungkaran. Ibu bapa perlu senantiasa
menerapkan ajaran agama dari semasa ke semasa dan tidak putus asa, bak kata peribahasa
Melayu, “patah sayap bertongkak paruh, patah paruh bertelekan”. Oleh itu, ajaran agama perlu
diterapkan sebagai usaha sinergi untuk memupuk amalan menabung.
“Adat usang pusaka lama”, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus
diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang
dengan cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan cara
penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan anak-anak mengamalkan tabiat menabung.
Kata orang tua, “semua orang memerlukan pujian”. Dengan hal tersebut, ibu bapa boleh memuji
anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh
mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu, mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa
dengan hati terbuka. Mereka akan belajar pengurusan wang dengan cekap. Amalan menabung
mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji anak-anak dan cara ini dapat
memudahkan penerapkan amalan menabung sudah terang seperti “murai berkicau hari siang”.
Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh baik sebagai
teladan anak-anak. Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap menabung. Mereka harus
menabung wang bersama dengan anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut oleh tingkah laku
ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu
menujukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat menabung juga. Cuba anda
bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk menabung sekiranya ibu bapa mereka
sendirilah yang boros dan tidak pandai menguruskan wang? Hal ini jelas menunjukkan
betapa pentingnya imej yang didirikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga
mengatakan bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
“Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan api; jika
berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum”, kawan merupakan
„magnet sakti‟ yang boleh mempengaruh anak-anak yang berusia seumur jagung. Ibu bapa
harus menapis kawan anak-anak dan mengelakkan mereka berkawan dengan mereka
yang kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak mudah runtuh sekiranya
kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata, bak kata pepatah, “ikut hati mati, ikut rasa
binasa”. Oleh itu, ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur dengan
golongan tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Dengan itu,
amalan menabung akan dialpakan dan diketepikan. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-
anak berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 49
Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan dalam
memastikan amalan ini manjadi budaya masyarakat kita. Pepatah cina mengatakan “Jikalau tiada
wang semua kerja tak terjadi”. Peribahasa Melayu pula menunjukkan “ada hati semua jadi, ada
beras semua deras”. Gambaran ini menunjukkan betapa pentingnya wang dalam zaman
globalisasi yang mengutamakan kebendaan dan material. Kita harus menyemai sifat menabung
dan menjadikan amalan ini sabagai satu tabiat hidup. Pembentukan generasi muda barakhlak
yang merupakan tonggak aspirisi untuk menerajui Negara pada masa depan amat diperlukan
untuk merealisasikan kelahiran masyarakat madani. “Air bersih, ikannya jernih”.
(829 Patah Perkataan)
KARANGAN TUNDINGAN 15 : RENCANA ‘USAHA MEMAJUKAN SEKTOR
PELANCONGAN’
Malaysia sememangnya kaya dengan keindahan alam semula jadi, bangunan bersejarah dan
keunikan budaya masyarakat berbilang kaum. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis
rencana bertajuk „Usaha Memajukan Sektor Pelancongan di Malaysia‟ untuk dimuatkan dalam
majalah pelancongan.
Tulis rencana anda selengkapnya.
Usaha Memajukan Sektor Pelancongan di Malaysia
Oleh: Adib Safwan bin Mohd Sofi
(Ayat Rangsangan) Malaysia sememangnya tanah bertuah kerana mempunyai destinasi
pelancongan yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, bangunan bersejarah dan keunikan
budaya masyarakat berbilang kaum. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa kedudukan
Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa telah menjadikan negara kita dilitupi kehijauan
hutan yang amat luas. (Ayat Huraian) Tidak kurang juga, kedatangan penjajah seperti Portugis
dan Bristish telah meninggalkan bangunan bersejarah yang menjadi bukti maujud pertapakan
mereka di negara ini. (Ayat Huraian) Tambahan pula, kewujudan masyarakat berbilang bangsa
di Malaysia disebabkan oleh imigran yang diperlukan untuk bekerja di estet getah dan lombong
bijih timah kerana tanah ini menjadi lubuk rezeki. (Ayat Contoh) Contohnya, Malaysia
mempunyai gugusan pulau yang menarik seperti Pulau Sipadan dengan air sejernih kaca dan
hidupan marin yang berwarna-warni. (Ayat Contoh) Kota A‟ Famosa di Melaka misalnya
merupakan contoh bangunan bersejarah yang berusia lebih daripada 100 tahun. (Ayat Contoh)
Perayaan, tarian, makanan, pakaian dan tarian yang diwarisi oleh masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia antara budaya yang menjadi kebanggaan agar tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas. (Ayat Arah) Persoalannya, apakah usaha-usaha memajukan sektor pelancongan di
Malaysia?
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 50