(Ayat Topik) Bagi memajukan sektor pelancongan di negara kita, kerajaan perlulah
memperuntukkan dana yang besar agar industri yang menguntungkan ini terus memacu ekonomi
negara. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan demikian kerana sumber kewangan yang mencukupi
amat diperlukan untuk merealisasikan segala perancangan yang telah dirangka. (Ayat Huraian)
Barangkali kita pernah mendengar ungkapan bahawa duit bukanlah segala-galanya dalam dunia,
tetapi segala-galanya memerlukan duit. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, kerajaan perlulah
memperuntukkan dana semasa pembentangan Belanjawan Negara seperti setiap tahun. (Ayat
Contoh) Tindakan kerajaan pusat yang memperuntukkan RM316 juta untuk pelbagai program di
bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia semasa pembentangan Belanjawan
Tahun 2015 perlu dipuji memandangkan sektor ini menjamin pulangan yang lumayan. (Ayat
Contoh) Tambahan pula, dana tersebut boleh digunakan untuk menaik taraf infrasturktur sedia
ada seperti membina lebuh raya, MRT dan landasan kereta api di seluruh negara. (Ayat Kesan)
Kesannya, prasarana yang lengkap ini dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada
pelancong yang berlibur di negara kita. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, hal ini
mencerminkan bahawa kerajaan amat komited dalam memajukan sektor pelancongan. (Ayat
Penegasan) Tuntasnya, kerajaan hendaklah memperuntukkan dana yang besar dalam usaha
memajukan sektor pelancongan bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di seluruh dunia.
(Ayat Topik) Di samping pihak kerajaan, media massa juga hendaklah mengwara-
warakan kempen pelancongan secara agresif dan menarik sebagai usaha memajukan industri
pelancongan di negara kita. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan demikian kerana promosi yang
berkesan amat membantu negara untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara yang permai
ini. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa media massa mempunyai kuasa luar biasa untuk
mempengaruhi dan mengubah pemikiran serta tindakan masyarakat. (Ayat Contoh) Sebagai
misalan, kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama TV3 telah menerbitkan rancangan
Teganu Kita yang memaparkan tarikan pelancongan di negeri itu, antaranya tenunan songket,
cantingan batik, keropok lekor, penyu dan nasi kerabu. (Ayat Contoh) Tambahan pula, radio pula
boleh menyiarkan lagu Cuti-cuti Malaysia dan memperkenalkan segmen pelancongan untuk
mempromosikan destinasi menarik terutamanya pada waktu puncak. (Ayat Contoh) Tidak lupa
juga, akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysis melalui ruangan Rekreasi dan majalah
pelancongan seperti Libur boleh menyiarkan artikel dan foto tempat-tempat menarik di seluruh
negara. (Ayat Kesan) Impaknya, tindakan ini sudah pasti membuka ruang kepada pelancong
untuk memilih destinasi percutian mereka kerana rambut sama hitam, hati lain-lain. (Ayat Kesan)
Pada masa yang sama, sajian ini juga sudah tentu dapat mengubah perspektif rakyat kita bahawa
segala-galanya ada di Malaysia. (Ayat Penegasan) Secara ringkasnya, media massa seperti
televisyen, radio dan akhbar harus menghebahkan kempen pelancongan dengan agresif agar
memajukan sektor pelancongan.
(Ayat Topik) Bukan itu sahaja, agensi pelancongan perlulah menawarkan tawaran yang
menarik untuk pelancong sebagai satu cara untuk menarik mereka menjadikan Malaysia sebagai
destinasi liburan. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa promosi yang berkesan menjadi
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 51
umpan yang paling berguna dalam merealisasikan hasrat ini. (Ayat Huraian) Sesungguhnya,
kebijaksanaan seseorang pengurus pelancongan akan menentukan jatuh bangun perusahaan yang
sedang ditanganinya. (Ayat Contoh) Umpamanya, pihak pengusaha inap desa perlu
mempamerkan keistimewaan sesebuah tempat seperti yang dilakukan oleh Inap Desa Sungai
Haji Dorani di Sungai Besar yang memberikan peluang kepada tetamu untuk merasai
pengalaman bersawah padi dan memancing ikan di tali air. (Ayat Contoh) Tidak kurang juga,
pengurusan penerbangan boleh melancarkan kempen harga runtuh bagi tiket penerbangan seperti
yang dilakukan oleh syarikat penerbangan tambang murah tersohor negara, Air Asia. (Ayat
Contoh) Seyogianya, setiap inap desa atau pusat pelancongan harus menawarkan perkhidmatan
jurupelancong, seelok-eloknya orang tempatan bagi menceritakan sejarah asal usul sesebuah
tempat dengan lebih mendalam. (Ayat Kesan) Implikasinya, bilangan pelancong yang
berkunjung ke negara ini akan bertambah sekali gus menjanakan ekonomi negara agar duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung,
negara kita mampu menjadi sebagai pusat pelancongan terkemuka di rantau ini. (Ayat
Penegasan) Pendek kata, demi memajukan sektor pelancongan, tawaran yang menarik untuk
para pelancong perlulah disediakan oleh agensi pelancongan.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu usaha yang perlu
dijalankan oleh pelbagai pihak bagi memastikan sektor pelancongan terus menyumbang kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan dengan itu,
semua pihak perlulah memikul obligasi tanpa berbelah hati seperti peribahasa ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni. (Ayat Huraian) Kendatipun begitu, setiap usaha pasti ada
cabarannya kerana bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora. (Ayat
Huraian) Masalah kebersihan seperti tandas, longkang, dan sampah sarap menjadi batu
penghalang kepada negara kerana kebersihan persekitaran menjadi imej yang perlu
dititikberatkan. (Ayat Harapan) Semoga dengan adanya usaha sederap ini, hasrat kerajaan untuk
setaraf dengan negara Perancis sebagai negara yang paling banyak dilawati oleh pelancong pada
tahun 2015 bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. (Ayat Harapan) Seandainya impian murni ini
dapat direalisasikan, maka Malaysia akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara
yang paling banyak dikunjungi oleh pelancong. (Ayat Harapan) Saya cukup optimistik bahawa
sektor pelancongan akan terus menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) negara jika prakarsa yang efektif diambil.
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 52
KARANAGAN TUNDINGAN 16 : SYARAHAN ‘BELILAH BARANG BUATAN
MALAYSIA’
Pembelian barangan buatan tempatan seperti kenderaan, produk kraf dan pelancongan dalam
negara memberikan keuntungan kepada masyarakat dan negara. Sempena Hari Pengguna, anda
ingin menyertai pertandingan syarahan. Tajuk yang anda pilih ialah “Belilah Barang Buatan
Malaysia”.
Tulis teks syarahan anda selengkapnya.
Cahaya bulan terang-benderang,
Nampak berbalam di Tasik Bera;
Barangan tempatan kualiti tak kurang,
Ekonomi maju rakyat sejahtera.
Terima kasih buat saudari pengerusi majlis yang cukup anggun pada pagi yang mulia ini.
Yang berusaha, Encik Sajoli bin Masdor, Pegawai Pendidikan Daerah Gombak. Yang berusaha,
Puan Shrifah Zahrah binti Syed Abu Bakar, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Keramat. Yang arif lagi bijaksana, barisan hakim yang berpaksikan keadilan. Yang dihormati,
para peserta yang petah berbicara lagi bernas idea yang dituturkan. Seterusnya, yang dikasihi
para pendengar seisi dewan intelektual ini. Tujuan saya berdiri di pentas ini adalah untuk
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk „Belilah Barang Buatan Malaysia‟.
Hadirin yang saya muliakan,
(Ayat Rangsangan) Reliatinya, Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia yang
dijenamakan oleh kerajaan semula sebenarnya ialah kesinambungan daripada kempen Belilah
Barang Buatan Malaysia yang dilancarkan pada 4 April 1984 oleh Perdana Menteri ketika itu,
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. (Ayat Huraian) Sungguhpun begitu, kempen ini seakan-akan
mendapat sambutan dingin oleh masyarakat memandangkan masyarakat lebih gemar membeli
barangan buatan import. (Ayat Contoh) Buktinya, walaupun jumlah eksport lebih tinggi
berbanding jumlah import pada tahun 2015, namun perbezaan yang kecil seperti yang
diumumkan oleh Menteri Perdagangan Antaranbangsa dan Industri Kedua jelas menunjukkan
bahawa rakyat masih mempunyai tanggapan negatif terhadap barangan tempatan. (Ayat Huraian)
Hal ini juga turut disebabkan oleh sikap masyarakat kita yang menunjuk-nunjuk dan ingin
mempamerkan kemewahan seperti peribahasa biar papa asalkan bergaya. (Ayat Huraian) Lebih
memburukkan keadaan apabila kebanyakan pemilik pasar raya seakan-akan menganaktirikan
produk tempatan kerana tidak ditonjolkan berbanding dengan barangan import. (Ayat Kesan)
Sekiranya hal ini berterusan, timbullah kerugian bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada
masyarakat. (Ayat Arah) Persoalannya, apakah kepentingan membeli barangan buatan tempatan
kepada masyarakat dan negara?
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 53
(Ayat Topik) Kepentingan perdana menyokong Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia
ialah kempen ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. (Ayat Huraian) Hal ini
dikatakan demikian kerana pelbagai jenis pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat terkemuka
mahupun perusahaan kecil-kecilan seperti industri sederhana dan kecil. (Ayat Huraian)
Tambahan pula, peluang pekerjaan yang ditawarkan bukan sahaja memerlukan seseorang
memiliki tahap pendidikan yang tinggi seperti ijazah dan diploma tetapi juga ada pekerjaan yang
tidak memerlukan sebarang sijil akademik. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, sokongan masyarakat
terhadap produk tempatan seperti batik, songket, kuih-muih tradisional dan anyaman menjadikan
pengusaha memerlukan pekerja mahir dan separuh mahir untuk menghasilkan barangan bagi
memenuhi permintaan di pasaran. (Ayat Contoh) Begitu juga dengan permintaan terhadap kereta
tempatan seperti Proton dan Perodua akan menjadikan pengusaha kilang menawarkan pekerjaan
sebagai juruteknik, pemandu lori dan pekerja kilang untuk menghasilkan kereta nasional. (Ayat
Kesan) Kesannya, sokongan masyarakat terhadap Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia akan
mengurangkan kadar pengangguran yang kian meningkat dari semasa ke semasa sehingga
menjejaskan produktiviti negara. (Ayat Kesan) Masalah jenayah seperti ragut, rompakan dan
pecah rumah juga pasti dapat dikurangkan kerana masyarakat mempunyai pendapatan yang
tetap. (Ayat Kesan) Dalam jangka masa yang panjang, taraf hidup masyarakat dapat ditingkatkan
sekali gus merapatkan jurang kemiskinan antara penduduk bandar dengan luar bandar yang
hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang seperti yang dihasratkan oleh
pemimpin kita. (Ayat Penegasan) Pendek kata, peluang pekerjaan dapat dibuka sekiranya
sokongan rakyat terhadap barangan tempatan tidak berbelah bahagi.
Sidang dewan yang saya hormati,
(Ayat Topik) Di samping membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat, sokongan
terhadap kempen ini juga dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan. (Ayat Huraian) Hal ini
disebabkan oleh kerajaan tidak perlu mengimport barangan luar yang kononnya lebih berkualiti
daripada barangan tempatan. (Ayat Huraian) Dengan kata lain, masyarakat yang berbangga
dengan produk tempatan menjadikan permintaan terhadap barangan luar menjadi berkurangan.
(Ayat Contoh) Sebagai tamsilan, pembelian buah-buahan tempatan dan sayur-sayuran yang
ditanam di dalam negara seperti dari Kundasang dan Cameron Highlands dapat menjimatkan kos
import barangan ini sebanyak RM2 bilion saban tahun. (Ayat Contoh) Begitu juga dengan
pemilihan masyarakat untuk makan angin di dalam negara seperti Pulau Langkawi, Kuala
Lumpur dan Taman Negara Kinabalu sudah tentu dapat memulihkan ekonomi negara. (Ayat
Kesan) Impaknya, masyarakat dapat membantu negara mengurangkan pengaliran wang keluar
negara melalui pembelian barangan tempatan. (Ayat Kesan) Dalam jangka masa yang panjang,
nilai mata wang negara dapat distabilkan seterusnya mengelakkan inflasi terus menekan
kehidupan masyarakat. (Ayat Kesan) Dari sudut sosial pula, wang tersebut boleh dilaburkan
untuk membangunkan prasarana bagi keselesaaan dan kemudahan rakyat. (Ayat Penegasan)
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 54
Secara ringkasnya, Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia dapat menjimatkan perbelanjaan
kerajaan.
(Ayat Topik) Bukan itu sahaja, Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia dapat
meningkatkan imej negara di seluruh pelosok dunia. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa
setiap negara berlumba-lumba untuk memperkenalkan nama negara masing-masing dengan
produk yang tersendiri. (Ayat Huraian) Hal ini berpunca daripada setiap jenama keluaran
sesebuah negara akan menjadi buah mulut masyarakat dunia seperti Samsung dari Korea Selatan,
Apple dari Amerika Syarikat, Honda dari Jepun dan Gucci dari Itali. (Ayat Contoh) Umpamanya,
kartun seperti Upin dan Ipin yang amat popular dan menjadi fenomena di negara jiran, Indonesia
sedikit sebanyak telah membantu negara kita mempromosikan jenama tempatan di luar negara.
(Ayat Contoh) Keluaran kereta Proton pada tahun 1987 oleh negara kita yang baru membangun
pada ketika itu telah membuka mata banyak pihak kerana Malaysia juga mampu menjadi
pengeluar kereta. (Ayat Kesan) Implikasinya, produk tempatan mula mendapat tempat dan
kepercayaan masyarakat bukan sahaja domestik tetapi juga antarabangsa. (Ayat Kesan) Dengan
demikian, negara kita juga dapat membuktikan bahawa modal insan yang lahir di negara ini
mampu bersaing di arena antarabangsa, bukan sekadar menjadi jaguh kampung. (Ayat Kesan)
Barangkali, dengan kemegahan ini negara kita akan menjadikan para pelabur untuk menanam
modal terhadap barangan tempatan. (Ayat Penegasan) Sesungguhnya, imej negara yang baik
dapat dicipta melalui sokongan masyarakat terhadap kempen ini.
Hadirin yang saya kasihi,
(Ayat Kesan) Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata bahawa Kempen
Belilah Barang Buatan Malaysia mempunyai seribu satu kebaikan kepada masyarakat dan
negara. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pihak persis
peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni amat diharapkan bagi menjayakan
Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia. (Ayat Cadangan Khusus) Oleh hal yang demikian,
media massa haruslah mengwara-warakan kempen kesedaran lebih agresif dan proaktif melalui
televisyen, radio dan surat khabar. (Ayat Cadangan Khusus) Persatuan pengguna pula hendaklah
mendidik pengguna agar lebih bijak dengan mengedarkan risalah. (Ayat Cadangan Khusus)
Perkara yang lebih penting ialah ibu bapa mestilah mendidik anak-anak tentang kepentingan
membeli barangan buatan tempatan sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
(Ayat Harapan) Semoga dengan adanya usaha sederap ini, impian murni kerajaan untuk
memajukan ekonomi negara bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. (Ayat Harapan) Saya cukup
yakin, sekiranya tanggapan negatif pengguna terhadap jenama tempatan dapat dikikis, sudah
pasti barangan keluaran negara akan mendapat sambutan. Saya akhiri syarahan saya dengan
serangkap pantun;
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 55
Putih bersih bunga siantan,
Dahan merekah menimpa genting;
Bijak memilih barangan tempatan,
Harga pun murah kualiti setanding.
Sekian, terima kasih.
CARA-CARA UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN KEJIRANAN
Pendahuluan
definisi jiran – orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita
hubungan kejiranan pada zaman dahulu amat kuat dan utuh
disebabkan oleh corak pekerjaan yang menuntut kerjasama – ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni
semangat kejiranan masyarakat pada zaman moden semakin luntur
mereka mementingkan diri sendiri persis peribahasa bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing
perlu ada usaha yang pragmatik untuk mengeratkan hubungan kejiranan
persoalannya, apakah … ?
Isi 1
Ayat Topik : melakukan aktiviti gotong-royong
Ayat Huraian:
melakukan pekerjaan bersama-sama – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
terdapat pembahagian kerja oleh setiap kumpulan masyarakat
Ayat Contoh:
masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan
masyarakat bergotong-royong memperindah taman permainan
masyarakat bergotong-royong membantu jiran yang mengadakan majlis keramaian
Ayat Kesan:
memupuk semangat kerjasama – bagai aur dengan tebing
memupuk persefahaman sekali gus mengelakkan perbalahan
Isi 2
Ayat Topik : menyertai rukun tetangga
Ayat Huraian :
kes jenayah seperti rompakan, ragut dan pecah rumah semakin menjadi-jadi
mengaktifkan penglibatan anggota masyarakat dalam komuniti setempat secara sukarela
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 56
Ayat Contoh:
masyarakat mengawal dan meronda kawasan perumahan pada waktu malam
masyarakat melaporkan aduan kepada pihak berkuasa seperti polis
anggota rukun tetangga melakukan aktiviti berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan
pendidikan
Ayat Kesan
menjamin keselamatan penduduk setempat
menyuburkan sikap prihatin dan saling bertanggungjawab
Isi 3
Ayat Topik : membudayakan amalan kunjung-mengunjungi
Ayat Huraian :
dapat bertanya khabar, beramah mesra dan berkongsi kegembiraan
mengetahui masalah jiran tetangga – cubit peha kanan, peha kiri terasa juga / berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul
Ayat Contoh:
mengunjungi rumah jiran pada musim perayaan – Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu
Cina, Deepavali
memenuhi jemputan rumah terbuka
menziarahi jiran tetangga yang ditimpa musibah seperti sakit, kemalangan atau kebakaran
Ayat Kesan
mendalami adat resam dan budaya kaum lain
mempererat hubungan masyarakat berbilang kaum
Isi 4
Ayat Topik : menganjurkan aktiviti sukan
Ayat Huraian :
menjalin kemesraan antara masyarakat
mencapai kejayaan berasaskan prinsip penyatuan
Ayat Contoh :
menganjurkan Hari Keluarga sebagai aktiviti wajib tahunan
mengadakan sukaneka – memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, lari dalam
guni
diadakan di padang, taman rekreasi atau di pantai
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 57
Ayat Kesan
meningkatkan persefahaman dan perasaan ingin membantu
mengikis perasaan prejudis dan syak wasangka terhadap kaum lain
Kesimpulan :
terdapat seribu satu cara untuk mengeratkan hubungan kejiranan
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
perlu ada kerjasama semua pihak – berganding bahu
Wawasan 2020 tidak akan terlaksana jika masyarakat tidak bersatu padu
kunci perpaduan ialah hubungan masyarakat yang kukuh
bersatu teguh, bercerai roboh
tepuklah dada, tanyalah selera
PERANAN IBU BAPA UNTUK MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DALAM DIRI
ANAK-ANAK
Pendahuluan :
anak-anak ialah anugerah Allah yang tidak ternilai
menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk anak-anak yang berguna
ibu bapa ibarat nakhoda di dalam bahtera manakala anak-anak laksana anak-anak kapal
jika nakhoda pincang dalam mengendalikan kapal, maka karamlah seisi bahtera
andai nakhoda bijak menangani gelombang ujian yang datang, nescaya selamatlah seisi
kapal ke pulau bahagia yang diimpikan
hubungan kejiranan masyarakat moden semakin renggang
sikap mementingkan diri sendiri – bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing
kajian Jabatan Perpaduan negara mendapati bahawa faktor utama kerenggangan
hubungan kejiranan, khususnya masyarakat bandar ialah sikap mementingkan diri sendiri
tidak dinafikan peranan ibu bapa amat penting dalam soal ini
persoalannya, apakah …?
Isi 1
Ayat Topik : mendidik anak-anak sejak kecil tentang semangat kejiranan
Ayat Huraian :
melentur buluh biarlah dari rebungnya – didikan perlulah bermula sejak kecil
hadis – anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya
jika warna yang dipalitkan cerah, maka baiklah peribadi anak-anak sebaliknya jika warna
kelam yang dipilih, nescaya suramlah akhlak anak-anak
anak-anak perlu diasuh sejak umur setahun jagung kerana mereka menurut kata
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 58
hati anak-anak bagai batu, walaupun keras, air didikan yang lembut pasti mampu
melekukkannya
apabila menjelang remaja, anak-anak sukar menerima ajaran – bagai mencurahkan air di
daun keladi
Ayat Contoh :
menasihati anak-anak yang tidak suka bercampur gaul dengan jiran tetangga
memberikan kata-kata semangat dan pujian kepada anak-anak yang rapat dengan jiran
menghukum anak-anak yang bersikap biadab dengan jiran tetangga
menerangkan kepentingan semangat kejiranan kepada anak-anak
menerapkan nilai-nilai kejiranan seperti tolong-menolong, kerjasama, saling
menghormati, tolak ansur dan baik hati
Ayat Kesan :
anak-anak mempraktikkan amalan ini apabila mereka dewasa kelak menjadi panduan
yang berguna dalam meniti kehidupan pada hari muka
Isi 2
Ayat Topik : menjadi suri teladan buat anak-anak
Ayat Huraian :
ibu bapa ialah idola yang utama buat anak-anak
segala perlakuan ibu bapa akan ditiru bulat-bulat oleh anak-anak
bapa borek, anak rintik / bagaimana acuan, begitulah kuihnya / ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi
ibu bapa menjadi cerminan buat anak-anak
ahli psikologi berpendapat bahawa ibu bapa yang gagal menunjukkan nilai yang baik di
hadapan anak-anak berhadapan dengan risiko anak-anak yang buruk akhlaknya
Ayat Contoh :
ibu bapa menghadiri rumah terbuka yang diadakan oleh jiran berlainan bangsa
ibu bapa menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran
ibu bapa menziarahi jiran tetangga yang ditimpa musibah – berat mata memandang, berat
lagi bahu yang memikulnya
ibu bapa dan meringankan mulut untuk menegur jiran
ibu bapa berbaik-baik dengan jiran walaupun berlainan bangsa
Ayat Kesan :
anak-anak mengikut jejak langkah ibu bapa untuk menjalinkan hubungan dalam komuniti
anak-anak menghormati ibu bapa dan sering menjadikannya sebagai rujukan utama
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 59
Isi 3
Ayat Topik : membawa anak-anak menyertai aktiviti bersama-sama masyarakat
Ayat Huraian :
masyarakat kini, khususnya remaja lebih gemar menghabiskan masa di dalam rumah
mahupun di luar kawasan kejiranan seperti menonton televisyen dan membeli-belah di
pusat beli-belah
jarang-jarang ibu bapa membawa anak bergaul dengan jiran – khuatir mengganggu majlis
gaya hidup zaman moden menuntut masyarakat lebih suka menyendiri dan memegang
fahaman individualistik
tanpa disedari, anak-anak semakin menjauh dan merasakan tidak penting dalam komuniti
aktiviti dengan jiran dapat membantu anak-anak merapatkan hubungan dan mengenali
jiran – tak kenal maka tak cinta
Ayat Contoh :
menyertai aktiviti gotong-royong
membantu jiran ketika majlis kenduri-kendara
membawa anak-anak ketika meronda kawasan perumahan pada waktu malam
menyertai Hari Keluarga dan acara sukaneka
menghadiri undangan ketika perayaan dan rumah terbuka
Ayat Kesan :
anak-anak terdorong untuk bergaul dengan anak-anak jiran tetangga
memupuk hubungan baik dengan jiran
Kesimpulan :
terdapat seribu satu peranan ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri
anak-anak
sememangnya peranan ibu bapa tidak dapat dinafikan kepentingannya
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
kerjasama semua pihak – bagai aur dengan tebing untuk mengeratkan hubungan
kejiranan
pihak kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai program bercorak setempat seperti
rumah terbuka
media massa perlulah menghebahkan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat
kejiranan
pihak sekolah hendaklah menekankan kepentingan menjaga hubungan baik dengan jiran
semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 60
semangat kejiranan yang utuh dapat membina negara bangsa yang teguh – bersatu teguh,
bercerai roboh
PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MENYUBURKAN SEMANGAT KEJIRANAN
Pendahuluan :
slogan “Jiran sepakat membawa berkat” pernah dilaung-laungkan oleh kerajaan suatu
ketika dahulu
tidak semua masyarakat yang benar-benar menghayati dan mendalami maksud slogan ini
– slogan tersebut hanyalah menjadi penghias di papan tanda dan kain rentang
terdapat masyarakat yang masih tidak mengenali jiran, khususnya penduduk di bandar
mereka lebih suka menyendiri dan tidak mahu bercampur gaul – seperti kera sumbang
fahaman individualistik dan sikap mementingkan diri sendiri yang bermaharajalela –
bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
kajian Jabatan Perpaduan Negara mendapati bahawa faktor utama lunturnya semangat
kejiranan adalah disebabkan oleh sikap masyarakat kota khususnya yang mementingkan
diri sendiri
paparan ngeri ini mencetuskan kerisauan yang bukan sedikit, terutamanya kepada
pemerintah
semangat kejiranan menjadi titik tolak kepada kukuhnya perpaduan kaum di negara kita
setiap penyakit ada penawarnya, sudah pasti setiap masalah pasti ada penyelesaiannya
persoalannya, apakah … ?
Isi 1
Ayat Topik : media massa haruslah menghebahkan kempen kesedaran tentang
kepentingan menyuburkan semangat kejiranan
Ayat Huraian:
media massa menjadi wadah terpenting pada era globalisasi ini untuk menyebarkan
informasi kepada masyarakat
masyarakat kini lebih celik maklumat dan celik teknologi – mudah memperoleh
maklumat kerana segala-galanya berada di hujung jari
penggunaan media massa secara optimum mampu menghasilkan impak yang luar biasa
kepada sesuatu program
keberkesanan media massa pada hari ini amat terbukti lebih-lebih lagi masyarakat boleh
mengakses internet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 61
Ayat Contoh :
televisyen perlulah menerbitkan program yang berunsurkan kejiranan sama ada dalam
bentuk drama, filem atau dokumentari – rancangan drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang
Tu, Bersamamu
radio hendaklah menyiarkan iklan tentang kepentingan semangat kejiranan – Hot FM,
Era FM
surat khabar haruslah menerbitkan artikel-artikel berkaitan kejiranan di dalam rubrik-
rubrik yang sesuai – Berita Harian melalui kolum Rencana, Utusan Malaysia melalui
ruangan Gaya Hidup atau Rencana
Ayat Kesan :
masyarakat akan disuntik kesedaran tentang kepentingan hubungan kejiranan yang erat
masyarakat berusaha memupuk nilai-nilai hidup berjiran seperti baik hati, bertolak ansur
dan saling menghormati
Isi 2
Ayat Topik : pihak jawatankuasa penduduk hendaklah menganjurkan aktiviti bercorak
setempat
Ayat Huraian :
jawatankuasa penduduk ialah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi
pihak jawatankuasa penduduk ditubuhkan adalah untuk merancang pelbagai kegiatan
yang memberikan faedah kepada masyarakat
kebanyakan jawatankuasa penduduk tidak aktif, ibarat hidup segan mati tak mahu
masyarakat tidak bersedia untuk menjadi sukarelawan kerana jawatankuasa penduduk
tidak mendapat sebarang bayaran tetap
Ayat Contoh :
menganjurkan rumah terbuka sempena perayaan utama di Malaysia seperti Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas
menganjurkan Hari Keluarga yang dimeriahkan dengan sukaneka
menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, taman
permainan dan kenduri-kendara
menubuhkan pasukan rukun tetangga bagi meronda dan mengawasi kawasan kediaman
daripada masalah jenayah
Ayat Kesan : dan
masyarakat saling mengenali dan bekerjasama bagai aur dengan tebing
menggalakkan masyarakat bermuafakat, semangat kerja sepasukan
bertanggungjawab
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 62
Isi 3
Ayat Topik : pihak sekolah menekankan kepentingan semangat kejiranan dalam
pembelajaran dan pengajaran
Ayat Huraian :
institusi pendidikan seperti sekolah ialah agen sosialisasi yang paling berkesan
selain berfungsi sebagai agen penyalur ilmu pengetahuan, sekolah juga ialah wadah
pembentukan sahsiah yang unggul
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan generasi yang
berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara
menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan sumbangan tunas hijau ini
dalam kehidupan bermasyarakat
Ayat Contoh :
mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menjelaskan kepentingan
semangat kejiranan
subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menekankan tanggungjawab kita kepada
jiran walaupun berlainan bangsa
program kebajikan yang melibatkan masyarakat perlu dijalankan oleh pihak sekolah di
kawasan kediaman seperti gotong-royong
unit beruniform boleh mengadakan program membersihkan kawasan perkuburan
Ayat Kesan :
pelajar akan didedahkan keperluan semangat kejiranan dalam kehidupan sehari-hari sejak
awal kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya
pelajar disuntik elemen positif seperti berbaik-baik dan berprasangka baik terhadap jiran
Isi 4
Ayat Topik : ibu bapa membawa anak-anak menyertai aktiviti bersama-sama masyarakat
Ayat Huraian :
masyarakat kini, khususnya remaja lebih gemar menghabiskan masa di dalam rumah
mahupun di luar kawasan kejiranan seperti menonton televisyen dan membeli-belah di
pusat beli-belah
jarang-jarang ibu bapa membawa anak bergaul dengan jiran – khuatir mengganggu majlis
gaya hidup zaman moden menuntut masyarakat lebih suka menyendiri dan memegang
fahaman individualistik
tanpa disedari, anak-anak semakin menjauh dan merasakan tidak penting dalam komuniti
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 63
aktiviti dengan jiran dapat membantu anak-anak merapatkan hubungan dan mengenali
jiran – tak kenal maka tak cinta.
Ayat Contoh :
menyertai aktiviti gotong-royong
membantu jiran ketika majlis kenduri-kendara
membawa anak-anak ketika meronda kawasan perumahan pada waktu malam
menyertai Hari Keluarga dan acara sukaneka
menghadiri undangan ketika perayaan dan rumah terbuka
Ayat Kesan :
anak-anak terdorong untuk bergaul dengan anak-anak jiran tetangga
memupuk hubungan baik dengan jiran
Kesimpulan :
terdapat seribu satu peranan pelbagai pihak untuk memupuk semangat kejiranan dalam
diri anak-anak
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
kerjasama semua pihak – bagai aur dengan tebing untuk mengeratkan hubungan
kejiranan
semangat kejiranan yang utuh dapat membina negara bangsa yang teguh – bersatu teguh,
bercerai roboh
gagasan 1 Malaysia hanya sia-sia andai semangat kejiranan tidak dipupuk kerana asas
perpaduan ialah masyarakat yang harmoni
Wawasan 2020 bukan sekadar mimpi kosong jika hubungan baik dengan jiran dipelihara
keruntuhan benteng perpaduan amat mudah berlaku andai batu-bata kejiranan tidak
disusun dengan baik dan kukuh
setiap anggota masyarakat mempunyai peranan yang tersendiri – tidak boleh berpeluk
tubuh ketika orang lain berhempas pulas mencari jalan untuk mengukuhkan semangat
kejiranan
tepuklah dada, tanyalah selera
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 64
USAHA UNTUK MENGGALAKKAN SEKTOR PELANCONGAN
Pendahuluan :
Pada zaman prakemerdekaan, sektor pertanian begitu diberikan perhatian kerana menjadi
penyumbang utama kepada pendapatan negara
peningkatan penduduk menjadikan sektor pertanian amat penting berbanding sektor
perkhidmatan dan perindustrian lantaran membekalkan sumber makanan
sekali bah melimpah, sekali pantai berubah – zaman pemerintahan Dr Mahathir
Mohamed menyaksikan sektor perindustrian diberikan penekanan seiring dengan
Wawasan 2020
sektor pelancongan turut dimajukan dengan mengadakan Tahun Melawat Malaysia pada
tahun 1990 dengan temanya Mengagumkan Malaysia serta menggunakan maskot Orang
Utan yang dikenali sebagai Wira
semasa Abdullah Ahmad Badawi menerajui tampuk kepimpinan negara, beliau semakin
mengembangkan potensi Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia
keistimewaan yang dimiliki Malaysia menjadikan negara kita amat terkenal dalam
kalangan pelancong asing, khususnya dari Eropah, Asia Tengah dan Asia Barat
perlu ada kerjasama antara semua pihak untuk memastikan bilangan pelancong yang
disasarkan pada tahun 2014 sebanyak 36 juta orang pelancong dapat direalisasikan
persoalannya, apakah … ?
Isi 1
Ayat Topik : media massa mempromosikan tempat-tempat menarik untuk dilawati
Ayat Huraian:
media massa menjadi wadah terpenting pada era globalisasi ini untuk menyebarkan
informasi kepada masyarakat
masyarakat kini lebih celik maklumat dan celik teknologi – mudah memperoleh
maklumat kerana segala-galanya berada di hujung jari
penggunaan media massa secara optimum mampu menghasilkan impak yang luar biasa
kepada sesuatu program
keberkesanan media massa pada hari ini amat terbukti lebih-lebih lagi masyarakat boleh
mengakses internet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
Ayat Contoh :
televisyen perlulah menerbitkan program yang memaparkan keistimewaan Malaysia
sama ada dalam bentuk drama, filem atau dokumentari – rancangan Teganu Kita di TV3
dan Jalan-jalan Cari Makan
radio hendaklah menyiarkan iklan tentang destinasi menarik di negara kita – lagu Cuti-
cuti Malaysia
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 65
surat khabar haruslah menerbitkan artikel-artikel yang menulis travelog, pengalaman atau
keunikan tempat-tempat di seluruh negara di dalam rubrik-rubrik yang sesuai – Berita
Harian melalui kolum Rencana, Utusan Malaysia melalui ruangan Gaya Hidup atau
Rencana
Ayat Kesan :
rakyat akan disuntik kesedaran tentang keindahan Malaysia yang perlu diterokai
pelancong luar negara akan terpikat dengan keunikan negara kita dan tertarik untuk
melawat negara yang permai ini
Isi 2
Ayat Topik : kerajaan perlu memperuntukkan dana bagi meningkatkan sektor
pelancongan
Ayat Huraian :
saban tahun kerajaan membentangkan pecahan peruntukan bagi setiap sektor untuk
projek pembangunan
dana tersebut boleh digunakan untuk memperindah dan memperbaik kawasan
pelancongan
sudah terbukti bahawa dana tersebut berjaya membangunkan kawasan pelancongan –
pulangan lumayan
prasarana yang disediakan lebih baik dan bertaraf lima bintang
Ayat Contoh :
membangunkan dan membaiki infrastruktur seperti jalan raya, lapangan terbang –
pembinaan lapangan terbang di Kuala Terengganu dan Pulau Langkawi
memperindah kawasan persekitaran – rumah-rumah di sepanjang Sungai Melaka dicat
dan dilukis dengan pelbagai lukisan yang menarik
mengadakan karnival dan ekspo pelancongan – Halal Fest, MAHA– mempromosikan
produk pelancongan Malaysia seperti makanan, kraf tangan dan kesenian
menganjurkan pesta kebudayaan seperti tarian, kesenian dan muzik – Citrawarna
Malaysia
memajukan pelancongan terbaharu seperti pelancongan kesihatan, pelancongan akua dan
pelancongan pendidikan
Ayat Kesan :
menjamin keselesaan pelancong yang bertandang
mencerminkan kemampuan Malaysia menyediakan kemudahan yang unggul
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 66
Isi 3
Ayat Topik : agensi pelancongan perlulah membuat promosi yang istimewa
Ayat Huraian :
agensi pelancongan bertindak secara langsung untuk menarik kedatangan pelancong
domestik mahupun pelancong luar negara
promosi yang menarik dapat dijadikan umpan buat pelancong
keberkesanan promosi amat berkait rapat dengan perancangan agensi pelancongan dalam
menyusun strategi
tidak terlalu mementingkan keuntungan semata-mata tetapi harus memberikan
perkhidmatan yang berkualiti setanding dengan harga yang dibayar oleh pelanggan
Ayat Contoh :
menawarkan harga tambang penerbangan yang murah dan berpatutan, tiada caj
tersembunyi – Air Asia, Firefly
menawarkan khidmat jurupandu pelancong yang profesional – fasih bertutur bahasa
asing, sekurang-kurangnya bahasa Inggeris – menghantar jurupandu pelancong
menghadiri kursus komunikasi yang sesuai
menyediakan tempat penginapan yang selesa dan unik – konsep inap desa yang
membolehkan pelancong merasai kehidupan di desa yang indah dan permai – inap desa
di negeri utara seperti Pulau Langkawi dan Kedah membolehkan pelancong merasai
nikmat kehidupan di sawah padi – merasai pengalaman menanam padi dimasukkan pakej
melawat ke tempat-tempat yang menarik dalam promosi – melancong ke Pulau Langkawi
mesti melawati Tasik Dayang Bunting, Rumah Mahsuri dan Pulau Payar
Ayat Kesan :
memancing perhatian dan minat pelancong untuk melawati tempat tersebut
membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat
Kesimpulan :
terdapat seribu satu peranan pelbagai pihak untuk menggalakkan sektor pelancongan
berkembang pesat
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
kerjasama semua pihak – bagai aur dengan tebing untuk memajukan industri pelancongan
bidang pelancongan bukan sahaja menjanakan pendapatan kepada negara malah
membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat
masyarakat perlu mengikis stigma bahawa negara luar mempunyai pelbagai
keistimewaan
Malaysia mempunyai segala-galanya – tidak pernah kalah dengan negara lain
tak kenal maka tak cinta – rakyat belum benar-benar menerokai kelebihan negara kita
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 67
sekiranya industri pelancongan di negara kita dimajukan, maka tidak mustahil kita
mampu menjadi destinasi utama pelancongan
tepuklah dada, tanyalah selera
KARANGAN GRED A+: CIRI-CIRI PENGGUNA YANG BIJAK
(Ayat Rangsangan) Sedar atau tidak, setiap daripada kita, tidak kiralah tua atau muda, kaya atau
miskin, lelaki atau perempuan, kita ialah pengguna. (Ayat Persoalan) Persoalannya, adakah kita
benar-benar mengetahui maksud pengguna? (Pentakrifan) Gabungan Persatuan-persatuan
Pengguna Malaysia (FOMCA) mentakrifkan pengguna sebagai orang yang membeli barang dan
menggunakan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluannya. (Ayat Huraian)
Sering kali kita mendengar keluhan, rintihan, rungutan dan aduan daripada pengguna tentang
barang dan perkhidmatan yang digunakan tidak berkualiti. (Ayat Huraian) Ada pula yang ditipu
oleh penjual yang tidak bertanggungjawab dan menangguk di air keruh lantaran tidak
mempunyai ilmu kepenggunaan yang mencukupi. (Ayat Contoh / Fakta Kes) Contohnya, pada
tahun 2009 dilaporkan sejumlah RM210 juta nilai kerugian yang terpaksa ditanggung oleh
pengguna hasil aduan mereka kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). (Ayat
Huraian) Menyedari hakikat ini, FOMCA giat menyebarkan maklumat kepenggunaan kepada
masyarakat melalui edaran risalah dan pelbagai program seperti Pertandingan Kepenggunaan
Hari Pengguna yang dianjurkan pada setiap tahun bagi melahirkan pengguna yang bijak. (Ayat
Arah) Persoalannya, apakah ciri-ciri pengguna yang bijak?
(Ayat Topik) Ciri perdana pengguna yang bijak ialah mereka merancang perbelanjaan sebelum
pergi berbelanja. (Ayat Huraian) Seperti yang kita sedia maklum, setiap manusia dikurniakan
dengan keinginan yang berbagai-bagai seperti kata peribahasa Melayu, rambut sama hitam, hati
lain-lain. (Ayat Huraian) Walaupun begitu, jika kita perhatikan di pasar raya, tidak ramai
masyarakat Malaysia yang mempraktikkan amalan ini, malah mereka lebih senang mencapai
apa-apa sahaja barangan yang diingini. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, perancangan boleh
dilakukan dengan membuat kira-kira pada setiap bulan daripada bahagian pendapatan untuk
digunakan sebagai perbelanjaan, simpanan hari muka dan kecemasan. (Ayat Contoh) Secara
tidak langsung, pengguna yang bijak telah membuat perancangan untuk menabung wang setiap
bulan. (Ayat Contoh) Sebelum pergi berbelanja pula, pengguna yang bijak akan menulis senarai
barangan yang dikehendaki sebagai panduan semasa membeli-belah. (Ayat Huraian) Perlu
diingat bahawa senarai itu perlulah disusun mengikut keutamaan dan keperluan bukanlah
kehendak yang perlu dipenuhi. (Ayat Kesan) Kesannya, pengguna akan dapat menjimatkan
wang daripada berbelanja pelbagai barangan yang tidak diperlukan. (Ayat Kesan) Bukan itu
sahaja, pengguna yang bijak akan dapat menjamin masa depan anak-anak jika membuat
tabungan dari sekarang kerana sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. (Ayat Penegasan)
Tuntasnya, pengguna yang bijak akan merancang perbelanjaan sebagai rutin sebelum berbelanja.
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 68
(Ayat Topik) Selain merancang perbelanjaan, pengguna yang bijak juga akan membeli barangan
yang murah berbanding barangan yang mahal. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa
pengguna kini lebih mengejar jenama berbanding kualiti sebenar barangan. (Ayat Huraian)
Memang diakui bahawa produk berjenama itu lebih berkualiti, namun kita tidak boleh menafikan
bahawa ada juga produk murah yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan produk
yang mahal. (Ayat Contoh) Misalnya, pengguna yang bijak sudah tentu membeli barangan
buatan Malaysia, selaras dengan seruan kerajaan melalui Kempen Belilah Barangan Buatan
Malaysia seperti kereta nasional Proton atau Perodua. (Ayat Contoh) Ketika membeli barangan
dapur pula, pengguna yang bijak akan pergi ke pasar raya atau pasar borong untuk membeli
barangan atau berbelanja saban bulan berbanding membeli di kedai runcit kerana harga yang
ditawarkan jauh lebih murah. (Ayat Huraian) Walaupun pakar psikologi mendapati wanita
bersifat setia kepada sesuatu kedai, sifat ini perlu dielakkan kerana boleh mendatangkan
kerugian. (Ayat Contoh) Seperkara lagi, pengguna yang bijak juga akan membeli barangan
ketika jualan murah atau ada promosi kerana pada masa itu, terdapat potongan harga sehingga 70
peratus berbanding harga sebenar. (Ayat Kesan) Implikasinya, pengguna bukan sahaja dapat
menjimatkan wang tetapi juga dapat barangan yang mempunyai kualiti yang sama dengan
produk luar negara. (Ayat Kesan) Dalam pada itu, kita dapat membantu negara dalam memacu
ekonomi ke peringkat yang lebih tinggi kerana memilih produk tempatan. (Ayat Penegasan)
Sudah terang lagi bersuluh, pengguna yang bijak akan membeli barangan yang murah.
(Ayat Topik) Di samping membeli barangan yang murah, pengguna yang bijak juga sentiasa
meneliti maklumat barangan sebelum membelinya. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh
dewasa ini banyak penjual yang sering menipu maklumat barangan sama ada dari segi ketiadaan
tarikh luput, kandungan ramuan ataupun harga. (Ayat Huraian) Tidak menghairankan apabila
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengambil tindakan proaktif
dengan mengadakan tinjauan di pasar dan kedai runcit untuk memastikan peniaga mempamerkan
tanda harga, terutamanya bagi barangan kawalan kerana terdapat aduan pengguna berkaitan isu
ini. (Ayat Contoh) Sebagai tamsilan, pengguna yang bijak akan melihat tarikh luput sesuatu
produk juga keadaan produk terutamanya makanan dalam tin dan bungkusan perlu dalam
keadaan yang baik dan tidak kemek. (Ayat Contoh) Pengguna yang bijak juga akan memastikan
produk yang dijual bukanlah tiruan sebaliknya tulen seperti cakera padat, produk kecantikan dan
barangan elektrik. (Ayat Contoh) Paling penting, pengguna yang bijak harus memastikan harga
barangan ialah betul, terutamanya bagi barangan kawalan seperti gula, tepung gandum, cili dan
sebagainya. (Ayat Kesan) Impaknya, pengguna dapat menjamin kesihatan agar terhindar
daripada kes keracunan makanan sehingga boleh meragut nyawa. (Ayat Kesan) Paling penting,
pengguna juga dapat mengelakkan penindasan yang sering dilakukan oleh peniaga yang tidak
bertanggungjawab sekali gus memperjuangkan hak mereka sebagai pengguna. (Ayat
Penegasan) Pendek kata, pengguna yang bijak akan meneliti maklumat barangan sebelum
membelinya.
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 69
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kriteria yang menentukan
seseorang itu sebagai pengguna yang bijak atau tidak. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan
dengan itu, semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk melahirkan
pengguna yang bijak agar tidak menjadi mangsa penjual yang mementingkan keuntungan. (Ayat
Cadangan 1) Oleh hal yang demikian, persatuan pengguna hendaklah memainkan peranan
dengan menyebarkan risalah kepenggunaan dari rumah ke rumah selain mengadakan ceramah
dan seminar kepada masyarakat. (Ayat Cadangan 2) Bukan itu sahaja, pihak sekolah perlulah
memperkasakan penubuhan Kelab Pengguna dengan menganjurkan
pelbagai pertandingan seperti menulis esei, kuiz kepenggunaan, melukis poster dan sebagainya.
(Ayat Cadangan 3) Perkara yang paling penting ialah media massa haruslah menghebahkan
kempen kesedaran berkaitan kepenggunaan di akhbar, televisyen, radio dan laman sesawang agar
dapat menyuntik kesedaran dalam diri masyarakat tentang hak-hak sebagai pengguna. (Ayat
Harapan) Saya cukup optimis sekiranya pengguna yang bijak dapat dilahirkan, maka suasana
ekonomi di negara kita akan lebih baik dan masalah penipuan tidak lagi menjadi aduan yang
merimaskan kita. (Ayat Ramalan) Cuba kita fikirkan sejenak, apakah yang akan berlaku
sekiranya masyarakat masih tidak peka dan memandang enteng hak-hak mereka sebagai
pengguna? (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam
diri, segala yang direncanakan tidak akan membawa apa-apa makna.
KARANGAN GRED A+ : FAEDAH MEMAJUKAN BIDANG PERTANIAN
(Ayat Rangsangan 1) Seandainya kita menelusuri sejarah, bidang pertanian telah mula
berkembang sejak zaman Neolitik, iaitu ketika manusia prasejarah mula bercucuk tanam dan
mula mencipta alatan pertanian. (Ayat Rangsangan 2) Situasi ini terus menunjukkan evolusi
bidang pertanian sehinggalah wujudnya pelbagai ciptaan seperti pada zaman Tamadun China.
(Ayat Rangsangan 3) Lebih hebat daripada itu, kebijaksanaan manusia telah mencetuskan
Revolusi Pertanian di Eropah seiring dengan pertambahan penduduk pada masa itu yang juga
mengubah sistem ekonomi masyarakat Tanah Melayu daripada sara diri kepada komersial. (Ayat
Contoh) Contohnya, tanaman seperti kopi, lada hitam, sagu, kelapa dan gambir dikomersialkan
manakala tanaman baharu seperti getah dan kelapa sawit dimajukan di negara ini. (Ayat
Rangsangan 4) Kendatipun demikian, semasa pemerintahan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr
Mahathir Mohamed menyaksikan bidang pertanian tidaklah dimajukan seperti sektor
perindustrian namun tidak pula dipinggirkan secara total kerana matlamat beliau adalah untuk
mengejar status negara maju. (Ayat Persoalan) Persoalannya, apakah faedah-faedah memajukan
bidang pertanian kepada masyarakat dan negara dewasa ini?
(Ayat Topik) Antara faedah perdana memajukan bidang pertanian di negara kita adalah dapat
menggalakkan pelancongan tani. (Ayat Huraian) Hal ini demikian kerana kesuburan tanaman
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 70
dan udaranya yang nyaman dapat menarik kedatangan pelancong pada hujung minggu mahupun
cuti sekolah. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, Cameron Highland yang terkenal dengan tanaman
sayur-sayuran dan teh telah menjadi destinasi tumpuan pelancong domestik mahupun pelancong
asing. (Ayat Contoh) Di Negeri Bawah Bayu, iaitu Sabah pula, Kundasang juga tidak kurang
hebatnya kerana mempunyai udaranya yang sejuk dan kawasan penanaman sayur-sayuran seperti
kobis. (Ayat Kesan) Kesannya, kawasan ini mampu menjanakan pendapatan negara seterusnya
menstabilkan ekonomi Malaysia dalam jangka masa yang panjang. (Ayat Kesan) Bidang
pertanian ini juga mampu memajukan pembangunan negara seterusnya menggalakkan pelabur
asing untuk menanam modal. (Ayat Kesan) Perkara yang paling penting ialah kawasan
pelancongan tani sudah tentu mampu menjadi identiti kepada sesebuah tempat. (Ayat Tegas)
Tuntasnya, bidang pertanian dapat menggalakkan pelancongan tani.
(Ayat Topik) Selain itu, bidang pertanian jika dimajukan juga dapat mengurangkan kadar import
kepada sesebuah negara. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa Malaysia masih
mengimport beras dari negara Thailand dan Vietnam sungguhpun sebenarnya negara kita mampu
untuk mengeluarkan beras kerana Malaysia memiliki tanah yang luas dan subur, tidak kurang
juga iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun. (Ayat Contoh) Misalnya, jika hasil padi di
negara kita mampu dituai sebanyak tiga kali setahun, sudah pasti kita tidak perlu lagi
mengimport beras dari negara tersebut. (Ayat Contoh) Statistik menunjukkan bahawa saban
tahun kita membelanjakan berjuta-juta Ringgit untuk mengimport hasil tani seperti beras, sayur-
sayuran dan buah-buahan dari negara luar. (Ayat Kesan) Impaknya, negara dapat menjimatkan
wang negara daripada mengalir ke luar negara sekali gus dapat menstabilkan nilai mata wang
Ringgit di pasaran dunia. (Ayat Kesan) Bukan itu sahaja, Malaysia dapat mengelakkan
kebergantungan pada negara luar seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar
makanan halal. (Ayat Kesan) Dari sudut yang berbeza, bidang ini dapat menghasilkan produk
makanan yang beridentitikan nasional di samping membantu penduduk luar bandar
meningkatkan pendapatan mereka agar tidak hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. (Ayat Penegasan) Pendek kata, bidang pertanian dapat mengurangkan kadar import
negara.
(Ayat Topik) Di samping itu, sekiranya bidang pertanian di negara kita dimajukan, sudah pasti
kita dapat memajukan industri kecil dan sederhana yang kini bagai cendawan tumbuh selepas
hujan. (Ayat Huraian) Seperti yang kita sedia maklum, industri kecil dan sederhana di negara
kita seperti perusahaaan kerepek dan jeruk buah-buahan amat memerlukan hasil tani untuk
diproses menjadi produk. (Ayat Contoh) Umpamanya, jeruk Pak Ali seperti jeruk mangga, jeruk
asam boi, jeruk betik, jeruk kedondong dan jeruk buah pala yang menjadi kegilaan di Pulau
Pinang memerlukan buah-buahan tempatan dari ladang untuk dijadikan jeruk yang enak. (Ayat
Contoh) Sebagai misalan, masyarakat di Banting, Selangor pula amat memerlukan ubi kayu dan
pisang untuk dijadikan kerepek dan kek. (Ayat Kesan) Implikasinya, bidang ini dapat
menambahkan pendapaan masyarakat desa sekali gus meningkatkan taraf hidup masyakat luar
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 71
bandar. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, jurang ekonomi antara golongan kaya dengan
golongan miskin dapat dirapatkan dan tidak akan menjadi semakin lebar sehingga mencetuskan
rasa iri hati terhadap dua golongan ini. (Ayat Kesan) Dari sudut yang sama, bidang pertanian ini
sememangnya dapat mengelakkan masalah kemiskinan tegar yang sering dihadapi oleh
masyarakat luar bandar yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
seterusnya mengurangkan kadar jenayah seperti pecah rumah, rompakan dan ragut. (Ayat
Penegasan) Sudah terang lagi bersuluh bahawa bidang pertanian sememangnya dapat
memajukan industri kecil dan sederhana di Malaysia.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kemaslahatan memajukan
bidang pertanian di negara ini. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan dengan itu, semua pihak
perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memajukan bidang pertanian di negara
kita agar terus ekonomi negara terus mantap. (Ayat Cadangan 1) Oleh hal yang demikian, pihak
kerajaan hendaklah menyediakan latihan dan kursus kepada para petani, khususnya kepada
petani yang baru berjinak-jinak dengan bidang ini. (Ayat Cadangan 2) Bukan itu sahaja, pihak
bank seperti Agro Bank haruslah menyediakan pinjaman kepada petani dengan memudahkan
urusan peminjaman modal, memanjangkan tempoh bayaran balik serta merendahkan kadar
faedah bagi memudahkan petani. (Ayat Cadangan 3) Perkara yang paling penting ialah petani
haruslah berani mencuba teknologi moden seperti menggunakan kaedah bioteknologi dan jentera
bagi mendapatkan hasil yang lebih lumayan. (Ayat Harapan) Saya cukup optimis sekiranya
bidang pertanian diberikan tumpuan yang sewajarnya, negara kita tidak lagi kerugian malah
mampu menjadi hab makanan utama di dunia. (Ayat Ramalan) Cuba kita fikirkan sejenak,
apakah yang akan berlaku sekiranya negara Thailand dan Vietnam menghentikan eksport beras
mereka ke negara ini secara tiba-tiba? (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera
kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala yang direncanakan tidak akan membawa apa-apa
makna.
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 72
KARANGAN GRED A+: PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENTUK KELUARGA
YANG BAHAGIA
Pohon kelapa sebelah saga,
Tempat pekaka melepas penat;
Ibu bapa tonggak keluarga
Di bahu mereka terpikul amanat.
(Ayat Rangsangan 1) Pantun di atas menjelaskan fungsi ibu bapa dalam institusi kekeluargaan,
iaitu memikul tanggungjawab yang besar. (Ayat Rangsangan 2) Di pundak mereka, terbeban
seribu satu harapan, juga cabaran yang bakal digalas dan dilunaskan kepada anak-anak. (Ayat
Rangsangan 3) Tanpa institusi kekeluargaan yang bahagia, akan lahirlah masyarakat yang
pincang, sekali gus mewujudkan negara yang tidak stabil dari segi pelbagai sudut. (Ungkapan
Menarik) Orang bijak pandai selalu menamsilkan bahawa ibu bapa ibarat nakhoda dalam sebuah
bahtera yang besar. (Ayat Rangsangan 4) Mereka perlu mempunyai ilmu dan kemahiran untuk
mengendalikan kapal kerana perjalanan menuju ke tanah bahagia akan sentiasa dibadai ombak
dugaan. (Ayat Rangsangan 5) Dalam pada itu, anak-anak kapal juga perlu dilatih agar terbiasa
dengan kehidupan fatamorgana yang sarat dengan permainan duniawi. (Ayat Rangsangan 6)
Oleh itu, amanat yang dipikul oleh ibu bapa amat berat kerana salah pencaturannya, maka
karamlah bahtera di tengah lautan kehidupan. (Ayat Rangsangan 7) Anak-anak bukan sahaja
cahaya mata yang menyejukkan hati tetapi mereka ialah amanah yang dikurniakan kepada
pasangan yang bertuah dan perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. (Ayat Rangsangan 8) Dewasa
ini menyaksikan terdapat ibu bapa yang gagal menunaikan tanggungjawab mereka kepada anak-
anak sehinggalah mencetuskan masalah sosial yang semakin membarah. (Ayat Persoalan)
Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga yang bahagia?
(Ayat Topik) Antara peranan perdana yang perlu dimainkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak
untuk membentuk keluarga yang bahagia ialah ibu bapa perlu memberikan didikan kepada anak-
anak yang mencukupi sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. (Ungkapan
Menarik) Hadis ada menyebut bahawa anak-anak ibarat kain putih dan menjadi tanggungjawab
ibu bapa untuk mencorakkannya. (Ayat Huraian) Jika putih menjadi pilihan, maka eloklah
peribadi yang akan dibentuk, tetapi jika hitam diwarnakan dalam diri anak-anak, tidak mustahil
mendunglah langit kehidupan mereka. (Ayat Contoh) Untuk mencapai hasrat ini, maka ibu bapa
hendaklah mengajar anak-anak tentang nilai-nilai murni yang perlu wujud dalam sesebuah
keluarga, misalnya saling menghormati, bertolak ansur, bantu-membantu dan bertimbang rasa.
(Ayat Contoh) Perlu diingat bahawa pendidikan agama dan moral jangan sesekali diabaikan
kerana inilah makanan rohani dan jiwa manusia. (Ayat Huraian) Tanpa agama, pasti jalan
kehidupan manusia akan tersasar daripada fitrah kerana tiada pedoman yang dijadikan pegangan.
(Ayat Contoh) Sebagai contoh, sekiranya terdapat ceramah keluarga sakinah, maka seharusnya
ibu bapa perlu membawa anak-anak untuk turut sama terlibat. (Ayat Kesan) Jika anak-anak
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 73
tidak dibentengi dengan pendidikan agama dan moral sejak kecil, mereka dengan mudah akan
dibanjiri pelbagai bentuk kejahatan yang akan merosakkan diri mereka. (Ayat Kesan)
Pendidikan agama dan moral yang baik membolehkan anak-anak menapis dan menepis segala
bentuk kemungkaran dan hal ini membantu mereka memperoleh kejayaan dalam pelajaran
dengan cemerlang. (Ayat Penegasan) Tuntasnya, ibu bapa perlulah memberikan didikan kepada
anak-anak.
(Ayat Topik) Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlulah memberikan kasih sayang dan perhatian
kepada anak-anak untuk membentuk keluarga yang bahagia. (Ayat Huraian) Sudah menjadi
fitrah manusia ialah setiap individu ingin disayangi oleh orang lain dan ingin menyayangi orang
lain. (Ayat Huraian) Oleh yang demikian, naluri kasih sayang menyebabkan insan lebih
menghargai kehidupan, diri dan orang sekelilingnya. (Ayat Huraian) Namun begitu, disebabkan
tuntutan kerja yang membebankan, ibu bapa sering kali mengabaikan anak-anak di rumah dan
menyerahkan tanggungjawab itu bulat-bulat kepada pengasuh. (Ayat Huraian) Maka, mereka
akan mencari orang yang boleh memahami mereka, seperti rakan sebaya untuk meluahkan
masalah. (Fakta Kes) Kajian menunjukkan remaja yang bermasalah berpunca daripada
kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa. (Ayat Huraian) Seyogianya, anak-anak perlu
diberikan perhatian dan kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. (Ayat Contoh)
Sebagai contoh, ibu bapa perlu menyambut hari istimewa seperti hari kelahiran anak-anak
sebagai tanda penghargaan terhadap kewujudan mereka dalam institusi kekeluargaan. (Ayat
Contoh) Satu perkara yang tidak boleh dipinggirkan ialah ibu bapa perlu mendengar masalah
anak-anak dan cuba mencari jalan penyelesaian kepada mereka kerana ini ibarat „bom jangka‟
yang akan meletup pada bila-bila masa. (Ayat Contoh) Sementelahan itu, pencaturan masa
hendaklah dilakukan dengan membawa anak-anak melancong dan beriadah bagi mengeratkan
hubungan kekeluargaan. (Ayat Kesan) Kesannya, mereka tidak akan melakukan perkara yang
boleh menconteng arang ke muka ibu bapa kerana penghargaan ibu bapa menyebabkan mereka
berfikir tidak wajar bunga dibalas tahi. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, hubungan anak-
anak dengan ibu bapa lebih akrab seterusnya akan lahirlah keluarga yang bahagia tanpa adanya
perselisihan. (Ayat Penegasan) Pendek kata, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang dan
perhatian kepada anak-anak.
(Ayat Topik) Di samping memberikan kasih sayang dan perhatian, ibu bapa juga sewajarnya
menyediakan nafkah yang secukupnya buat keluarga. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan
sedemikian kerana nafkah yang mencukupi amat penting dalam membesarkan anak-anak dalam
suasana yang harmoni dan ceria. (Ayat Huraian) Oleh itu, keharmonian dan keceriaan di rumah
menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. (Fakta Kes) Banyak kajian yang
membuktikan bahawa kemiskinan dan kedaifan hidup menyebabkan anak-anak tidak menghargai
diri mereka dan ahli keluarga. (Ayat Huraian) Tidak menghairankan apabila terdapat anak-anak
yang masih bersekolah memilih untuk bekerja sambilan kerana ibu bapa tidak berjaya memenuhi
tuntutan mereka seperti membayar yuran pelajaran, membeli baju baharu dan seribu satu
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 74
keinginan nafsu. (Ayat Huraian) Perlu diketahui bahawa anak-anak sering membandingkan
kehidupan mereka dengan rakan-rakan. (Ayat Huraian) Mereka sering membayangkan tinggal
di rumah yang besar, mempunyai kenderaan yang mewah dan juga kehidupan yang selesa sera-
serbi. (Ayat Contoh) Umpamanya, bapa selaku ketua keluarga perlu bekerja mencari rezeki buat
mengisi perut anak-anak dan isteri. (Ayat Huraian) Namun, disebabkan bebanan kos hidup yang
semakin meningkat, lebih-lebih lagi bagi masyarakat yang tinggal di bandar, si isteri juga
terpaksa bekerja untuk membantu suami mencari sesuap nasi. (Ayat Kesan) Sumber kewangan
yang mencukupi juga dapat menyediakan rumah yang kondusif untuk anak-anak belajar,
membeli pelbagai alat tulis serta buku rujukan bagi pembelajaran serta memberikan wang saku
kepada anak-anak untuk perbelanjaan harian. (Ayat Penegasan) Sudah terang lagi bersuluh
bahawa ibu bapa perlu menyediakan nafkah yang secukupnya buat keluarga untuk mewujudkan
keluarga yang bahagia.
(Ayat Topik) Selain itu, ibu bapa juga perlu menunaikan tanggungjawab mereka sebagai suri
teladan kepada anak-anak. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa ibu bapa merupakan
entiti mithali yang dapat dijadikan idola kepada anak-anak. (Ayat Huraian) Tambahan pula,
mereka ialah orang yang paling dekat dengan anak-anak dan lebih memahami sikap serta
keperluan anak-anak. (Ayat Peribahasa) Peribahasa Melayu ada mengungkapkan bahawa
bagaimana acuan, begitulah kuihnya kerana sikap ibu bapa akan dicontohi oleh anak-anak. (Ayat
Huraian) Menyedari hakikat ini, ibu bapa sewajarnya menunjukkan contoh yang baik kepada
anak-anak yang setahun jagung untuk diikuti kerana anak-anak akan meniru segala bentuk
perlakuan yang ditunjukkan oleh ibu bapa. (Ayat Kesan) Lebih malang lagi, dikhuatiri anak-
anak akan mewarisi sikap ibu bapa sehinggalah mereka dewasa dan berumah tangga kelak.
(Ayat Contoh) Sebagai tamsilan, ibu bapa hendaklah mencerminkan sikap yang berhemah
ketika menyelesaikan masalah yang dihadapi, lebih-lebih lagi masalah rumah tangga dan
hubungan suami isteri. (Ayat Contoh) Dalam pada itu, ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang
negatif seperti merokok, minum alkohol dan berjudi kerana tindakan ini sudah tentu menjadikan
bapa borek anak rintik. (Ayat Contoh) Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik
dan bongkak perlu dikikis agar dapat mencanai generasi muda yang berakhlak mulia dan
berbudaya murni. (Ayat Contoh) Gambaran lainnya, jika ibu bapa menjadikan budaya membaca
sebagai amalan, maka anak-anak juga akan terdidik dengan budaya sedemikian. (Ungkapan
Menarik) Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa kalau asal benih yang baik jatuh ke
laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.
(Ayat Penegasan) Pernyataan di atas jelas menunjukkan betapa besarnya peranan yang
dimainkan oleh ibu bapa. Pendek kata, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan yang boleh
dicontohi anak-anak.
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 75
(Ayat Kesimpulan) Secara keseluruhannya, tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa
sememangnya memainkan peranan yang penting dalam membentuk keluarga yang bahagia.
(Ayat Cadangan Umum) Kendatipun begitu, kehidupan berkeluarga tidak hanya
memperlihatkan ibu bapa yang memainkan peranan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi. (Ayat Cadangan 1) Menyedari hakikat ini, anak-anak juga perlu sama-sama
mengetahui dan memainkan peranan mereka sebagai anak dalam memastikan harapan
mewujudkan keluarga bahagia benar-benar menjadi kenyataan. (Ayat Cadangan 2) Sebagai
generasi yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara, anak-anak hendaklah melengkapkan
diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan menguasai pelbagai kemahiran bernilai tambah
seperti teknologi maklumat dan komunikasi. (Ayat Cadangan 3) Dalam pada itu, Jabatan
Agama Islam setiap negeri perlu mengukuhkan ilmu keibubapaan dalam sesi kursus
praperkahwinan kepada pasangan yang akan berkahwin agar pembentukan keluarga sakinah
menjadi realiti. (Ayat Cadangan 4) Hal yang lebih penting lagi ialah anak-anak perlu
mengukuhkan jati diri dalam mengharungi badai globalisasi yang kian mencabar. (Ayat
Harapan) Kita tidak mahu generasi pelapis yang lahir nanti kaya dengan ilmu tetapi miskin
dengan jati diri. (Ungkapan Menarik) Ingatlah, jatuh bangun dan maju mundur sesebuah negara
bergantung pada remaja pada masa ini persis kata-kata Nelson Mandela iaitu “jika ingin melihat
kemajuan sesebuah negara pada masa akan datang maka lihatlah kepada generasi muda yang
mereka miliki”.
KARANGAN GRED A+ : KEPENTINGAN MEMELIHARA PERPADUAN KAUM
(Ayat Rangsangan 1) Seandainya kita menelusuri sejarah pembentukan bangsa Malaysia,
kepelbagaian kaum di negara ini disebabkan penjajahan British semasa memerintah Tanah
Melayu. (Ayat Rangsangan 2) Untuk memajukan ekonomi pada zaman itu, penjajah telah
mengambil buruh asing dari negara China dan India untuk bekerja di lombong bijih timah dan
ladang getah. (Ayat Rangsangan 3) Pembangunan ekonomi yang pesat ketika itu di tanah
bertuah ini dijadikan sebagai lubuk rezeki. (Ayat Rangsangan 4) Akhirnya persepakatan dicapai
melalui misi penubuhan Parti Perikatan bagi mendapatkan kemerdekaan daripada British
walaupun pada mulanya mereka saling tidak mengenali disebabkan oleh pemisahan petempatan.
(Ayat Contoh) Namun, peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dan rusuhan kaum di Kampung Medan
menjadi pengajaran buat masyarakat bahawa ikatan perpaduan kaum di negara ini masih belum
benar-benar kukuh. (Ayat Persoalan) Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan memupuk
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia?
(Ayat Topik) Antara kepentingan perdana memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di
Malaysia adalah dapat mewujudkan suasana yang aman dan damai. (Ayat Huraian) Hal ini
demikian kerana, dengan adanya ikatan yang kukuh dalam hubungan, sudah tentu tiada
perbalahan antara masyarakat. (Ayat Peribahasa) Memang benar peribahasa ada
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 76
mengungkapkan bahawa berkata pelihara lidah kerana percakapan boleh mencetuskan
permusuhan. (Ayat Kesan) Dalam nada yang sama, akan wujudlah negara yang harmoni. (Ayat
Contoh) Sebagai contoh, pada tahun 2013 Malaysia menduduki tangga ke-13 negara yang
selamat dan aman menerusi Indeks Keamanan Global. (Ayat Kesan) Sudah tentu dengan
pengiktifaran ini, masyarakat luar akan memandang tinggi Malaysia kerana mampu
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum yang berbeza dari segi agama, kepercayaan, bahasa
dan budaya. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, kita dapat meningkatkan imej negara dengan
segala cerminan sikap perpaduan dalam masyarakat, ibarat bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat. (Ayat Penegasan) Pendek kata, perpaduan kaum dapat mewujudkan
suasana yang aman di Malaysia.
(Ayat Topik) Selain itu, dengan wujudnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang
berbilang bangsa, kita dapat meningkatkan ekonomi negara ke satu tahap yang lebih tinggi.
(Ayat Huraian) Untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020, kekukuhan ekonomi
menjadi agenda penting selain pembangunan sosial secara menyeluruh. (Ayat Contoh)
Misalnya, FDI telah menyenaraikan Malaysia di tempat yang ke-10 sebagai destinasi pelaburan
asing terbaik dunia. (Ayat Kesan) Keadaan ini sudah tentu meningkatkan kadar pelaburan asing
kerana pelabur berminat untuk menanam modal. (Ayat Kesan) Selari dengan itu, bilangan
pelancong juga akan bertambah sekali gus memacu sektor pelancongan. (Ayat Kesan) Oleh itu,
pembangunan negara dan infrastruktur dapat ditingkatkan agar setanding dengan negara maju di
dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura. (Ayat Peribahasa) Situasi ini amat persis
dengan peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi yang membawa maksud kedudukan
yang setaraf. (Ayat Penegasan) Sudah terang lagi bersuluh, integrasi nasional yang utuh dapat
menjanakan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.
(Ayat Topik) Di samping itu, perpaduan kaum juga dapat mengukuhkan semangat patriotik
dalam sanubari setiap strata masyarakat. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh rakyat
menjadikan sejarah lampau sebagai pedoman yang amat berguna dalam meniti kehidupan yang
penuh pancaroba. (Ayat Huraian) Kepayahan, penderitaan dan pahit getir nenek moyang dalam
menuntut kemerdekaan sehingga mengikis keegoan juga telah menyebabkan mereka lebih
menghargai nikmat yang dikecapi pada hari ini. (Ayat Contoh) Umpamanya, sukan seperti
badminton telah menyebabkan masyarakat memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada
Datuk Lee Chong Wei tanpa mengira bangsa. (Ayat Kesan) Ekoran daripada itu, rakyat sudah
tentu lebih bersemangat untuk mempertahankan kemerdekaan dan perpaduan daripada diganggu
gugat oleh anasir-anasir negatif yang boleh meruntuhkannya. (Ayat Kesan) Lebih
membanggakan lagi ialah mereka sanggup berkorban nyawa demi negara yang tercinta daripada
berputih tulang apabila anugerah keharmonian ini diragut oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. (Ayat Kesan) Lebih penting lagi, negara akan bebas daripada cengkaman
penjajah yang sebenarnya menangguk di air keruh. (Ayat Penegasan) Secara ringkasnya,
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 77
perpaduan kaum yang disuburkan dapat mengukuhkan semangat cinta akan negara dalam jiwa
masyarakat.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kepentingan memupuk
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara ini. (Ayat Cadangan Umum)
Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu komited dan bersikap proaktif dalam menjalinkan
kerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengekalkan semangat muhibah sedia ada. (Ayat
Cadangan 1) Oleh itu, media massa seharusnya menjadi wadah perpaduan nasional dengan
menghebahkan kempen kesedaran tentang kepentingan perpaduan melalui televisyen, radio dan
akhbar. (Ayat Cadangan 2) Dalam pada itu, pihak sekolah hendaklah menggalakkan murid
berbilang bangsa bergaul mesra sama ada di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah seperti
aktiviti kokurikulum. (Ayat Cadangan 3) Langkah yang paling mustahak ialah ibu bapa
perlulah mendidik anak-anak tentang nilai-nilai perpaduan seperti saling menghormati dan saling
bertolak ansur sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. (Ayat Ramalan) Cuba
kita fikirkan sejenak, adakah kita mampu membangunkan negara jika ikatan masyarakat masih
longgar dan sering bertikam lidah? (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuklah dada, tanyalah selera
kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala yang direncanakan tidak ada maknanya.
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
Pendahuluan: jiran ialah orang yang tinggal berhadapan dengan rumah kita – hubungan
kejiranan pada zaman dahulu rapat – pekerjaan dilakukan bersama-sama – ke bukit sama didaki,
ke lurah masa dituruni – semangat kejiranan kini semakin lemah – masyarakat mementingkan
diri sendiri – bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing – kajian Jabatan
Perpaduan Masyarakat mendapati bahawa sikap individualistik menjadi faktor utama kelunturan
semangat kejiranan – kepentingan semangat kejiranan
Isi 1 – mudah mendapatkan bantuan
AH: jiran ialah orang paling dekat dengan kita – sanggup menghulurkan bantuan jika diperlukan
– ringan tulang
AC: membantu jiran dalam kesusahan seperti kemalangan – menjaga rumah apabila terpaksa
pulang ke kampung secara mengejut - menghantar ahli keluarga yang sakit ke hospital
AK: dapat dilakukan dengan cepat dan menjimatkan masa – dapat menjimatkan kos dan tenaga –
melahirkan masyarakat penyayang dan prihatin dengan persekitaran – cubit peha kiri, peha
kanan terasa juga – melaksanakan sesuatu tanpa ada masalah
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 78
Isi 2 – mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat
AH: penganjuran aktiviti gotong-royong – masyarakat bekerjasama
AC: membersihkan kawasan perumahan dan taman permainan – mengadakan rondaan pada
setiap malam melalui rukun tetangga
AK: menyuburkan semangat kerjasama – bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat – mengelakkan berlakunya kes jenayah seperti pecah rumah, kecurian dan ragut –
mengurangkan risiko kematian – diiktiraf sebagai negara paling selamat didiami di dunia – nama
Malaysia harum di segenap pelosok dunia
Isi 3 – mengukuhkan semangat perpaduan
AH: masyarakat bekerjasama – menghapuskan perasaan hasad dengki, fitnah-memfitnah dan
berburuk sangka sesama jiran – menyuburkan nilai hormat-menghormati
AC: menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh kaum lain – budaya kunjung-mengunjungi
– berpeluang mempelajari budaya dan adat resam kaum lain – tak kenal maka tak cinta
AK: mengelakkan perselisihan dan pertelingkahan seperti rusuhan kaum – mewujudkan suasana
yang harmoni dan aman damai – menjayakan gagasan 1Malaysia – memberikan gambaran yang
positif kepada masyarakat sekeliling dan pelancong – meningkatkan ekonomi masyarakat serta
negara
Kesimpulan: 1001 kepentingan semangat kejiranan – semua pihak perlu berganding bahu –
bagai aur dengan tebing – media massa menghebahkan kempen kesedaran – pihak sekolah
menekankan kepentingan hidup berjiran melalui pengajaran dan pembelajaran – ibu bapa
membawa anak-anak bergaul dengan jiran tetangga sejak kecil – melentur buluh biarlah dari
rebungnya – tepuk dada tanyalah selera
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 79
PERANAN IBU BAPA / INSTITUSI KELUARGA
(jika soalan bertanyakan peranan ibu bapa bagi sesuatu isu, ubah suai bahagian CONTOH)
AYAT KETERANGAN
AT
AH mendidik anak-anak sejak kecil
Peribahasa : melentur buluh biarlah dari rebungnya
anak-anak ialah amanah Tuhan kepada ibu bapa
menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak keperibadian anak-anak
hadis ada menyebut bahawa anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah
yang mencorakkannya
anak-anak yang tidak dibentuk sejak kecil akan sukar menerima ajaran
apabila dewasa kerana hati mereka sudah keras, sekeras batu di kali
AC melalui pengajaran di rumah – ilmu agama
menggunakan pendekatan bercerita
menerapkan nilai-nilai murni – mengubah gaya hidup
AK anak-anak akan terbiasa dengan ajaran ibu bapa
anak-anak akan mempraktikkan amalan ini sejak kecil
Peribahasa : alah bisa, tegal biasa
AP ulang isi
AYAT KETERANGAN
AT
AH menjadi suri teladan kepada anak-anak
Peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya
ibu bapa menjadi idola terunggul kepada anak-anak dalam kehidupan
anak-anak akan mengikut tindak-tanduk ibu bapa
tindakan ibu bapa perlu selari dengan nasihat kerana jangan menjadi
ketam mengajar anaknya berjalan lurus
sebatang kayu yang bengkok tidak mampu menghasilkan bayang-bayang
yang lurus
AC menunjukkan cara – menanam sayur-sayuran
menjadi contoh – berbelanja secara berhemat
melakukan sesuatu di hadapan anak-anak – membeli mengikut bajet
AK anak-anak akan mengikut jejak langkah positif
anak-anak mencerminkan ibu bapa
Peribahasa : ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
AP ulang isi
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 80
AYAT KETERANGAN
AT
AH memberikan kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak
Peribahasa: ibarat menatang minyak yang penuh
setiap insan dilahirkan dengan naluri ingin menyayangi dan disayangi
anak-anak yang kehausan kasih sayang akan mencari teman di luar rumah
anak-anak tidak bijak memilih rakan untuk didampingi kerana bimbang
tersalah pilihan antara kaca dengan permata
AC mendengar dan menyelesaikan masalah anak-anak dengan bijaksana
umpama menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus tepung tak
berselerak
membawa anak-anak beriadah : melancong, bersenam
memenuhi keinginan anak-anak
AK anak-anak merasakan diri mereka dihargai
tidak membuat onar sehingga menjatuhkan maruah keluarga
Peribahasa : menconteng arang ke muka
AP ulang isi
AYAT KETERANGAN
AT
AH mengawasi perilaku dan pergaulan anak-anak
Peribahasa : kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang – pengaruh rakan
sebaya
bukan bermaksud untuk mengongkong anak-anak tetapi untuk mengawal
anak-anak daripada melakukan perkara di luar jangkaan
kajian menunjukkan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil tahu aktiviti
anak-anak di luar rumah menyebabkan mereka cenderung melakukan perkara
negatif seperti merokok, melepak dan lumba haram
AC mengambil tahu tempat dan tujuan anak-anak
mengenal rakan-rakan yang digauli oleh anak-anak
hadis: berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan dapat harumnya,
tetapi berkawan dengan tukang besi, kita akan dapat bau asapnya
mengekang anak-anak daripada terlibat dalam pergaulan bebas
AK anak-anak tidak melakukan perkara yang negatif
anak-anak tidak mudah terjebak dengan masalah sosial yang kian membarah
AP ulang isi
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 81
AYAT KETERANGAN
AT
AH merancang perbelanjaan keluarga
Peribahasa : ukur baju di badan sendiri
tidak terlalu boros ketika berbelanja – tidak bermewah-mewah mahupun
mengamalkan gaya hidup yang menunjuk-nunjuk
memastikan sumber kewangan atau pendapatan mencukupi untuk keperluan
keluarga
Peribahasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
AC menyediakan senarai perbelanjaan sebelum berbelanja
menyusun barangan yang hendak dibeli mengikut keutamaan seperti
peribahasa hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai
membezakan kehendak dengan keperluan
AK mengelakkan keluarga daripada dibelenggu hutang
menjauhkan diri daripada penjara kemuflisan
AP ulang isi
AYAT KETERANGAN
AT
AH membeli barangan buatan tempatan
barangan import dijual dengan harga yang mahal kerana mengandungi duti
import yang tinggi
beban cukai tersebut dipindahkan kepada pengguna
mengutamakan kualiti, bukannya memandang jenama semata-mata
mempunyai semangat patriotik
mengelakkan diri mengikut kata hati persis peribahasa ikut kata hati mati,
ikut rasa binasa
AC menyokong kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia
membeli kenderaan buatan tempatan – Proton, Perodua
melancong di dalam negara – Tahun Melawat Malaysia
AK menjimatkan perbelanjaan keluarga kerana tidak perlu membayar lebih
membantu meningkatkan ekon0mi negara
Peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
AP ulang isi
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 82
PERANAN PELBAGAI PIHAK
AYAT KETERANGAN
AT
AH media massa perlulah menghebahkan kempen kesedaran
media massa ialah wadah / medium penyaluran maklumat yang berkesan
masyarakat kini sudah celik maklumat, lebih-lebih lagi segala informasi
berada di hujung jari melalui pelayaran laman sesawang / web
kempen kesedaran bertujuan untuk menyuntik perasaan individu agar
lebih prihatin dengan isu yang menjadi buah mulut masyarakat
penggunaan media massa amat berimpak tinggi memandangkan
masyarakat tidak lekang dengan hiburan
AC televisyen menayangkan rancangan dokumentari / filem / drama
radio menyiarkan iklan
surat khabar menerbitkan rencana / resensi buku
laman sesawang diwujudkan blog yang dikendalikan oleh pihak berkenaan
AK menerapkan sikap bertanggungjawab / lebih peka
melahirkan masyarakat yang sejahtera tanpa dihantui ketakutan
menyebabkan masyarakat tidak memandang enteng terhadap isu
AP ulang isi
AYAT KETERANGAN
AT
AH pihak berkuasa perlulah melaksanakan undang-undang dengan lebih ketat
sejak zaman tamadun awal manusia, undang-undang diwujudkan oleh
pemerintah untuk mewujudkan suasana yang aman damai bagi
kesejahteraan masyarakat dan negara
hukuman yang dikenakan bukanlah bersifat kekejaman sebaliknya
hanyalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat
tindakan yang tegas dapat menakut-nakutkan masyarakat
langkah penambahan bilangan penguat kuasa adalah wajar memandangkan
saiz kelompok penguat kuasa yang kecil menjadi kekangan untuk
melakukan operasi
AC membuat pemantuan setelah menerima aduan masyarakat
mengenakan denda / kompaun yang tinggi
mengenakan hukuman penjara yang setimpal dengan kesalahan
menarik lesen premis / syarikat
AK mengawal tingkah laku masyarakat
mendidik masyarakat agar lebih berdisiplin
berjaya mengatasi kemelut yang melanda agar luka tidak menjadi pekung
AP ulang isi
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 83
AYAT KETERANGAN
AT
AH pihak sekolah mendidik pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran
memikul tanggungjawab sosial untuk melahirkan masyarakat berilmu
sekolah dipertanggungjawabkan sebagai tempat lahirnya modal insan
berminda kelas pertama
pendidikan berlangsung dalam dua cara, iaitu melalui pendidikan formal,
iaitu di dalam kelas dan pendidikan tidak formal, iaitu aktiviti luar bilik
darjah
sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata perlu
ditolak memandangkan pelajar yang holistik ingin dilahirkan
AC mewujudkan persatuan / kelab atau melalui aktiviti kokurikulum
menganjurkan pertandingan menulis esei, melukis poster, kuiz,
perbahasan, mendeklamasikan sajak
menekankan isu dalam kelas melalui penyampaian ilmu dalam subjek
seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral
menganjurkan ceramah / seminar / bengkel
mengadakan lawatan sambil belajar
AK pelajar akan mempraktikkannya dalam kehidupan sehari-hari
pelajar menjadikan ajaran tersebut sebagai cahaya yang memandu tindakan
mereka
Peribahasa ilmu pelita hati – ilmu dijadikan panduan dalam kehidupan
AP ulang isi
AYAT KETERANGAN
AT
AH ibu bapa sewajarnya mendidik anak-anak sejak kecil
Prof. Diraja Ungku Aziz pernah menyatakan bahawa rumah ialah
AC
universiti pertama anak-anak manakala ibu bapa pula merupakan
profesor pertama anak-anak
Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya
anak-anak ialah amanah Tuhan kepada ibu bapa
menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak keperibadian anak-
anak
hadis ada menyebut bahawa anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah
yang mencorakkannya
anak-anak yang tidak dibentuk sejak kecil akan sukar menerima ajaran
apabila dewasa kerana hati mereka sudah keras, sekeras batu di kali
melalui pengajaran di rumah – ilmu agama
menggunakan pendekatan bercerita
menerapkan nilai-nilai murni – mengubah gaya hidup
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 84
AK anak-anak akan terbiasa dengan ajaran ibu bapa
anak-anak akan mempraktikkan amalan ini sejak kecil (Pr: alah bisa,
tegal biasa)
AP ulang isi
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 85
AFORISME / PERIBAHASA MELAYU
Baik Hati/ Berbudi Bahasa/ Berhemah Tinggi
1. Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
2. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
3. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga
4. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa
5. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
6. Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
Daya Usaha/ Kesungguhan / Kerajinan
1. Alah bisa tegal biasa
2. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan
3. Bagai lebah menghimpun madu
4. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
5. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
6. Bulat kata
7. Cepat kaki, ringan tangan
8. Diam ubi berisi, diam penggali berkarat
9. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
10. Genggam bara api biar sampai menjadi arang
11. Hati waja
12. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
13. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
14. Malas bergarit perut perit
15. Malu berkayuh perahu hanyut, malu betanya sesat jalan
16. Mandi peluh
17. Memerah otak
18. Rajin dan usaha tangga kejayaan
19. Sambil menyelam minum air
20. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
21. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
22. Seperti anai-anai makan kayu
23. Ulat buku
24. Yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Semangat Bermasyarakat / Kekeluargaan/ Perhubungan
1. Air dicincang tidak akan putus
2. Bagai beliung dengan asahan
3. Banyak orang banyak ragam
4. Biduk lalu kiambang bertaut
5. Buang yang keruh ambil yang jernih
6. Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga
7. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga
8. Darah daging
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 86
9. Engggang dengan enggang, pipit sama pipit 87
10. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
11. Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu juga
12. Jauh bau bunga, dekat bau tahi
13. Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
14. Mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak
15. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya
16. Bak isi dengan kuku
17. Seperti pungguk rindukan bulan
Penyesalan
1. Ikut hati mati, ikut rasa binasa
2. Nasi sudah menjadi bubur
3. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
4. Sesat di hujung jalan, balik kepangkal jalan
5. Sudah terhantuk baru tengadah
6. Takut akan bayang-bayang sendiri
Berhati-hati/ Teliti/ Berjimat Cermat
1. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
2. Alah mebeli menang memakai
3. Berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah
4. Biar titik jangan tumpah
5. Biar lambat asalkan selamat
6. Cencaru makan petang
7. Kata siang pandang-pandang, kata malam dengar-dengar
8. Cicir dipungut, hilang dicari
9. Daripada segenggam menjadi segantang
10. Ikat perut
11. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
12. Memasang telinga
13. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati
14. Mengukur baju di badan sendiri
15. Rosak badan kerana mulut
16. Sediakan payung sebelum hujan
17. Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
18. Seperti air di dalam kolam
19. Tepuk dada tanya selera
20. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
Keberanian
1. Berani buat berani tanggung
2. Berani kerana benar takut kerana salah
3. Cacing hendak menjadi naga
4. Membujur lalu melintang patah
5. Pantang berundur sebelum berjuang
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+
6. Pantang mati sebelum ajal
Permuafakatan / Bekerjasama
1. Bagai aur dengan tebing
2. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
3. Bersatu teguh bercerai roboh
4. Bersekutu bertambah mutu
5. Bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat
6. Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah
7. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua
8. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
9. Muafakat membawa berkat
10. Ringan tangan
Kepatuhan/ Kesetiaan
1. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut
2. Biar mati anak, jangan mati adat
3. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
4. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
5. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri
6. Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya
7. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau mengua
8. Seperti kerbau dicucuk hidung
Patriotisme / Cinta akan Negara
1. Seperti belut pulang ke lumpur
2. Seperti gagak pulang ke benua
3. Seperti ikan pulang ke lubuk
4. Setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga
Rasional
1. Ada akal
2. Akal budi
3. Cari akal
4. Jangan bercermin di air keroh
5. Mencari jalan
Kepentingan Ilmu
1. Diam ubi berisi
2. Harimau menyembunyikan kukunya
3. Ilmu itu pelita hati
4. Jauhari juga mengenal manikam
5. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
6. Membaca jambatan ilmu
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 88
Kepentingan Masa
1. Bertangguh itu pencuri masa
2. Kita mesti menepati waktu, waktu tidak menanti kita
3. Masa itu emas
Kesesuaian / Kesepadanan
1. Bagai bulan dengan matahari
2. Bagai pinang dibelah dua
3. Bertemu buku dengan ruas
4. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
5. Enggang sama enggang, pipit sama pipit
Kasih Sayang
1. Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
2. Bagai menjaga intan dicanai
3. Mabuk kepayang
4. Hilang di mata di hati jangan
5. Karam sambal oleh belacan
6. Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan
7. Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan
8. Menatang minyak yang penuh
9. Tatang di anak lidah
Berdikari
1. Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang
2. Ke tengah boleh ke tepi pun boleh
3. Pandai menyelam air dangkal
4. Timba air mandikan diri
Hormat-menghormati
1. Menjaga hati
2. Yang tegak disokong, yang lemah ditopang
Keadilan
1. Duduk dengan cupak dan gantang
2. Seduit dibelah tujuh
3. Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut rambut tidak putus, tepung tidak terabur.
4. Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
Kebebasan
1. Diberi berpandang luas
2. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu, ikut mata leta
3. Nafsu-nafsi raja di mata, sultan di hati
4. Orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya.
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 89
Petikan kata-kata tokoh
“Rumah ialah universiti pertama anak-anak manakala ibu bapa ialah profesor pertama
anak-anak.” – Profesor Ungku Aziz
“Ilmu tanpa agama buta, agama tanpa ilmu lumpuh.” – Albert Einstein, ilmuwan fizik
“Jika kita mahu hidup setahun, tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun
tanamlah pokok, dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia.” –
ahli falsafah Tao
“Seorang kanak-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan berlatih mengasihi
orang lain.” – Imam al-Ghazali
“Segala-galanya bermula dari rumah.” Franklin D. Roosevelt
“Kejayaan ialah 99 peratus kegagalan.” – Soichiro Honda, pemilik Honda Motor
Company
“Orang yang bijak berbicara kerana mereka mempunyai sesuatu untuk dikatakan, orang
bodoh berbicara kerana mereka ingin mengatakan sesautu.” – Plato, ahli falsafah Yunani
“Berikan aku 1000 orang tua, nescaya kucabut semeru dari akarnya. Berikan aku 1000
anak muda, nescaya kugoncangkan dunia.” – Soekarno, presiden Indonesia
“Buku ialah penasihat yang kekal.” – Chambers
“Orang yang tidak cinta akan tanah airnya sendiri tidak akan mencintai apa-apa.” –
Bryron Lord
“Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah.” – Rahmohan Ghandi
Kem Legasi Zaba - Bahasa Melayu Skor A+ 90