ISI KANDUNGAN
SENARAI GAMBAR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani, Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, sebagai warga Perkastaman Jabatan Kastam DiRaja Malaysia yang masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus bekerja menabur bakti, menyumbang idea dan tenaga demi meneruskan kecemerlangan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia melalui Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi ke Arah Peningkatan Pematuhan kepada Prosedur Perkastaman ini. Saya mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada ahli jawatankuasa kerana telah bersusah payah mengembleng tenaga sehingga terhasilnya buku laporan ini. Saya pasti semua pegawai yang terlibat dalam program ini telah memberikan kerjasama, komitmen, serta berdedikasi dalam menyiapkan tugasan ini. Pujian harus diberikan kerana disamping keterlibatan pegawai-pegawai ini, mereka tidak mengabaikan tugas hakiki masing-masing. Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi ke Arah Peningkatan Pematuhan kepada Prosedur Perkastaman ini menjadi suatu penanda aras dalam pemerkasaan kemahiran teknologi digital dan komunikasi maklumat berlandaskan Analitis Data Raya dan Teknologi Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (A.I). Harapan saya, agar usaha dan inovasi pegawai-pegawai ini dapat diteruskan dengan memberi ideaidea yang lebih substansial, dalam memanifestasikan misi dan visi Jabatan Kastam DiRaja Malaysia kearah kemakmuran Negara dan menjana pungutan hasil yang unggul serta menjamin kelangsungan kemampatan pertumbuhan ekonomi Negara. Sekian, terima kasih. Seulas Pinang Sekapur Sireh Tuan Haji Hamisan Bin Kalip Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang i
Inovasi merupakan satu kaedah atau usaha mencari jalan untuk menghasilkan produk atau mutu perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan dan ia juga merupakan cetusan idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja supaya dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam sesuatu organisasi/Jabatan/agensi. JKDM sangat memerlukan satu , transformasi atau perubahan yang lebih efisien dan cekap agar JKDM dapat menjadi penyampai perkhidmatan yang cepat dan berkesan kepada masyarakat khususnya buat pemegang taruh dan para pelanggan jabatan. “JKDM sedar bahawa masyarakat dan komuniti perniagaan amat dahagakan perkhidmatan yang pantas khususnya dalam mendepani norma baharu dalam era globalisasi ini. Warga Kastam perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja serba baharu melalui pemerkasaan kemahiran teknologi digital dan komunikasi maklumat berlandaskan Analitis Data Raya dan Teknologi Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (A.I) ” Dipetik dari Perutusan Ketua Pengarah Kastam Malaysia,Dato Haji Zazuli Bin Johan. Sistem MyZBapps adalah satu Projek Inovasi Tahun 2023 dan merupakan buah fikiran yang dihasilkan melalui idea-idea yang diperolehi dari pelanggan dalaman dan luaran atau melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk penambahbaikan kepada sistem ZPB Am Online (Google Form) yang telah sedia ada dan telah diguna pakai di Cawangan Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Pulau Pinang sejak 2020. Pelaksanaan inovasi sistem aplikasi MyZBapps ini telah membuat penambahbaikan sebahagian daripada prosedur kerja yang dijalankan secara manual sebelum ini. Sistem aplikasi MyZBapps ini dapat menyingkirkan prosedur kerja secara manual dan boleh memberikan impak secara maksimum dari aspek penjimatan masa kepada pelanggan luaran yang sebelum ini memerlukan masa 3 hari bekerja kepada masa yang lebih singkat (on the spot), malah ianya juga turut memberikan impak yang besar kepada penjimatan kos sumber manusia serta kos peralatan. RRIINNGGKKAASSAANN EEKKSSEEKKUUTTIIFF ii
Memandang telus kepada aspek penjimatan kos sumber manusia, pelanggan luaran itu sendiri tidak perlu hadir ke mana – mana pejabat untuk menghantar secara manual permohonan borang ZPB AM. Di samping itu juga, pelanggan luaran tidak perlu lagi untuk bersesak di pejabat JKDM , memandangkan tahap kesihatan negara yang kurang memberangsangkan. Pada masa yang sama, pelanggan dalaman juga turut sama dapat menjimatkan kos sumber manusia dalam mengurangkan penggunanan tenaga manusia. Sistem aplikasi MyZBapps ini bukan hanya memberikan impak yang tinggi kepada penjimatan masa dan kos sumber manusia , dari segi kos peralatan juga dapat menikmati penjimatan yang sangat tinggi sebanyak 100% daripada perbelanjaan kos operasi (kos bahan api, penyediaan pengangkutan, kos peralatan). Aspek kepada pelanggan dalaman pula ianya dapat mengurangkan kapasiti penggunaan ruang simpanan dokumen. Dengan tercetusnya idea kreatif untuk membina sistem aplikasi MyZBapps ini akan membuat penambahbaikan tadbir urus serta dapat meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan awam kepada pelanggan luaran. Kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam merupakan dasar signifikan ke arah menzahirkan janaan pungutan hasil yang unggul serta menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Kesimpulanya, sistem aplikasi MyZBapps ini sangat berpontensi dan dapat memberikan manfaat kepada semua Cawangan Zon Perindustrian di semua Stesen JKDM supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cekap , pantas , berkesan dan mesra pelanggan. Tuan Haji Hamisan Bin Kalip Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang Disahkan oleh iii
Bahagian Perkastaman Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah Kastam Negeri (TPKN) Gred WK54. Manakala, dibawah Bahagian Fasilitasi & Perindustrian, diketuai oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam I (PKPK I) Gred WK52. Bahagian ini, terdiri daripada empat cawangan iaitu Gudang Pengilangan Berlesen, Industri Pengecualian Am, Penggudangan dan Zon Perindustrian Bebas. Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Pulau Pinang ialah kawasan pengilangan berteknologi tinggi di Bayan Lepas, berhampiran hujung tenggara Pulau Pinang, Malaysia. Dibuka pada tahun 1972, kawasan ini merupakan zon perdagangan bebas pertama di Malaysia dan berperanan dalam mengurangkan krisis ekonomi di Pulau Pinang. Zon ini menjadi tapak pengoperasian kepada pelbagai syarikat multinasional, termasuklah Osram, Keysight, Robert Bosch, Intel serta Plexus dan dikenali sebagai Lembah Silikon Timur (The Silicon Valley of The East). Zon Perindustrian Bebas Bayan merupakan hasil cetusan idea Lim Chong Eu, yang berkhidmat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang antara tahun 1969 dan 1990, sebagai langkah bagi mengurangkan kejatuhan ekonomi Pulau Pinang pada masa itu. Untuk menarik syarikat multinasional ke zon tersebut, Akta Zon Perdagangan Bebas digubal oleh kerajaan persekutuan Malaysia pada tahun 1971 dan digantikan dengan Akta Zon Bebas 1990 serta pelbagai insentif cukai perintis ditawarkan. LATAR BELAKANG ORGANISASI iv
Mengkaji dasar, perundangan dan prosedur berkaitan Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas. Membuat penambahbaikan berkaitan peraturan / prosedur di Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas. Memantau aktiviti di Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas. Memproses permohonan kadar CEPT bagi barang-barang siap yang dijual ke pasaran tempatan dan aktiviti nilai tambah di Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas. Memproses permohonan pengecualian duti ke atas 'manufacturing aids'. Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti pedagang / pelabur. Fasa pertama Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Pulau Pinang meliputi kawasan antara lapangan terbang, Jalan Sultan Azlan Shah dan Sungai Kluang, dibuka pada 1972. Pewartaan Zon Bebas sejak itu diperluas dan dibangunkan secara berperingkat. Fasa 2 merangkumi kawasan antara Jalan Sultan Azlan Shah, Bukit Gedung dan Tokong Ular. Fasa 3 dibina sebahagiannya di tanah yang ditambak, sementara Fasa 4, fasa terbesar dan terakhir, telah siap pada tahun 1990-an. Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Pulau Pinang merupakan suatu Cawangan Fasilitasi Perdagangan dan Perindustrian yang mengurus dan membuat kawalan di kawasan Zon Perindustrian Bebas dan Zon Perdagangan Bebas. Bahagian ini berfungsi sebagai : v
CARTA ORGANISASI JKDM PULAU PINANG vi
vii
4 FASA DI CAWANGAN ZON PERINDUSTRIAN BEBAS, PULAU PINANG FASA 1 FASA 2 FASA 3 FASA 4 GAMBAR 1: LOKASI CAWANGAN ZON PERINDUSTRIAN BEBAS PULAU PINANG viii
MEMO PEMAKLUMAN PENYERTAAN ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KATEGORI MENINGKATKAN KECEKAPAN PELAKSANAAN PROSEDUR PERKASTAMAN ix
MEMO PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BAGI ANUGERAH KECEMERLANGAN KATEGORI MENINGKATKAN KECEKAPAN PELAKSANAAN PROSEDUR PERKASTAMAN GAMBAR 2: LOKASI CAWANGAN ZON PERINDUSTRIAN BEBAS PULAU PINANG x
PELAN TINDAKAN DAN MEMO PANGGILAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KUASA BAGI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI JKDM PULAU PINANG TAHUN 2023 GAMBAR 3 MEMO MESYUARAT DAN PELAN TINDAKAN xi
GAMBAR 4: AHLI JAWATANKUASA ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN DAN INOVASI KE ARAH MENINGKATKAN KECEKAPAN PELAKSANAAN PROSEDUR PERKASTAMAN 2023 xii
Mengumpul data yang diperlukan daripada pelbagai sumber. Membuat tapisan data yang telah dikumpul dengan SETIAUSAHA menghasilkan variable penting,menghuraikan hubungan antara data,dan menghasilkan hasil Analisis yang tepat dan sahih. Menyampaikan maklumat dengan cara yang mudah difahami. PECAHAN TUGAS JAWATANKUASA ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KE ARAH MENINGKATKAN KECEKAPAN PELAKSANAAN PROSEDUR PERKASTAMAN 2023 Memantau situasi dan tugas yang setiap kali bengkel diadakan. Bertanggung jawab untuk mengoordinasikan pegawai-pegawai dibawah seliaannya dan aktiviti sepanjang bengkel berlangsung. Memberikan bimbingan, dan memastikan tujuan pekerjaan tercapai dengan efisien. Bertanggungjawab memimpin kumpulan serta memberi arahan-arahan kerja. Mengatur dan mengelola struktur organisasi kumpulan. Menjadualkan perjumpaan dan aktiviti kumpulan dan memastikan tugastugas yang diberikan dilakukan dengan efektif. Menyediakan surat dan memo yang diperlukan. Mengatur jadual ahli kumpulan agar aktiviti yang dirancang berjalan lancar. -Membantu dalam mesyuarat dan pertemuan dengan membuat catatan, menyusun laporan, dan menyediakan dokumen yang berkaitan. Bertanggungjawab untuk mengatur tempat pertemuan, dan menguruskan jemputan atau kehadiran peserta KETUA KUMPULAN SETIAUSAHA PENOLONG SETIAUSAHA ISMAHANI BINTI MD ISMAIL MOHD ZAIDI BIN IBRAHIM NURUL THAHIRA BINTI ABD WAHAB SITI FARIHAH BINTI MOHTAR PEGAWAI PEMANTAU ASHADI BIN MOHD NOOR RASHID AJK DATA ALVIN DARRY ANAK STANELY JAWA NG ONN MUN REVATHI A/P ASOGAN ESWARY A/P STOCKALINGAM Mengambil gambar atau video setiap kali perjumpaan ahli kumpulan. Membuat penyesuaian dan pengoptimuman pada gambar atau video sesuai dengan keperluan dan tujuan kumpulan. Menyimpan dan menguruskan media gambar atau video dalamformat yang sesuai. Mengatur struktur folder, memastikan backup yang selamat, dan memastikan kebolehcapaian data. AJK DATA/JURUGAMBAR /VIDEO NOR HAZIRAH BINTI MOHD HASHIM MUHAMMAD ISMAIL BUKHARI BIN DASUKI NAZARIN BIN RUSLI MOHD BUKHORI BIN SAAD AJK SISTEM Menganalisis keperluan pengguna dan mengidentifikasi fungsi, ciri, dan pematuhan yang diperlukan dalam sistem yang akan dibangunkan. Menguji dan melaksanakan perubahan ke dalam sistem. Melakukan ujian untuk memastikan bahawa aplikasi atau sistem berfungsi dengan betul dan mematuhi keperluan pengguna. Melakukan pemeliharaan berkala untuk memastikan sistem berjalan lancar dan memperbaiki sebarang ralat atau isu yang timbul. xiii
BAB 1 PENGENALAN PROJEK INOVASI 1
MyZBapps dapat melindungi data syarikat dan isu keselamatan dokumen yang dihantar dalam talian lebih selamat serta dapat mengurangkan lambakan dokumen manual di pejabat. Pengecualian duti kastam dan/atau cukai jualan keatas aktiviti-aktiviti selain daripada aktiviti utama yang diluluskan di dalam Jadual Kedua Akta Zon Bebas 1990 PENAMBAHBAIKAN TUJUAN MUTU PERKHIDMATAN Memberi kemudahan kepada pelanggan dalaman dan luaran di Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang. MyZBapps dibangunkan adalah untuk menaik taraf proses permohonan ZPB Am secara manual dan beralih kepada sistem secara atas talian yang lebih sistematik. Pembangunan sistem ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan sedia ada oleh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia kepada pemegang taruh. PENJIMATAN MASA MyZBapps dapat mengurangkan masa yang diambil untuk memproses permohonan ZPB Am. Pegawai terlibat dalam proses kelulusan ZPB Am ini dapat menumpukan perhatian kepada tugasan yang lain. KESELAMATAN DATA Permohonan borang ZPB Am adalah satu kemudahan dan fasilitasi yang disedikan kepada pengilang pengilang di Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang. Pengecualian duti kastam adalah di bawah Perintah Duti Kastam(Pengecualian)2017 selaras dengan peruntukan subseksyen 14(1) Akta Kastam 1967. Pengecualian cukai jualan di bawah Jdual A, Perintah Cukai Jualan(Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 selaras dengan subseksyen 35(1)(b) Akta Cukai Jualan 2018. WWW.MYZPAPPS.CUSTOMS.GOV.MY 1.2 TERMINOLOGI ZPB AM 2 1.1 LATA R B E LA KA N G IN O VASI
1.3 TERMINOLOGI ZB Barang-barang yang dibawa masuk, dikeluarkan atau dihasilkan dalam suatu zon bebas tidak dikenakan bayaran duti kastam atau duti eksais - Seksyen 4 Akta Zon Bebas 1990 Akta-akta yang terlibat YB Menteri Kewangan boleh menetapkan barang-barang tertentu yang dikecualikan dari taraf bebas melalui suatu perintah. Barang- barang ini tertakluk kepada pembayaran duti apabila dibawa masuk ke zon bebas - Seksyen 6 Akta Zon Bebas 1990 Zon Perdagangan Bebas merupakan zon bebas yang diisytiharkan menjalankan aktiviti dalam Jadual Pertama Akta Zon Bebas 1990 Mana-mana bahagian dalam Malaysia yang diisytiharkan di bawah peruntukan subseksyen 3(1) menjadi suatu zon perdagangan bebas atau zon perindustrian bebas - Seksyen 2 Akta Zon Bebas 1990 Zon Perindustrian Bebas merupakan zon bebas yang diisytiharkan menjalankan aktiviti dalam Jadual Kedua Akta Zon Bebas 1990 3
1.4 AKTA DAN PERUNDANGAN SEDIA ADA GAMBAR 5 AKTA KASTAM 1967, AKTA CUKAI JUALAN 2018 DAN AKTA ZON BEBAS 1990 GAMBAR 6 PERINTAH CUKAI JUALAN (ORANG YANG DIKECUALIKAN DARIPADA PEMBAYARAN CUKAI 2018 DAN PERINTAH DUTI KASTAM 4 (PENGECUALIAN) 2017
UNIT FASILITASI 03 UNIT JURUWANG UNIT PENTADBIRAN 04 UNIT 02 OPERASI UNIT PENYELARASAN BORANG KASTAM 06 PENGENALAN BAHAGIAN PERKASTAMAN DI CAWANGAN ZON PERINDUSTRIAN BEBAS PULAU PINANG BORANG ZPB AM BORANG PELUPUSAN BORANG PERGERAKAN PENTADBIRAN SUB-KONTRAK JAMINAN BANK BON AM MEREKOD PENYATA BULANAN MEREKOD KEBENARAN DARIPADA PIHAK BERKUASA ZON LAMPIRAN D TOLAK STOK PERMOHONAN ATIGA AKTIVITI TAMBAH NILAI & RANTAIAN BEKALAN PENDAFTARAN / PENUTUPAN KILANG UNIT TAKSIRAN 01 TAKSIRAN BORANG KASTAM. MENYELIA UNIT PUNGUTAN HASIL. MENYELIA TUGAS OPERASI. MENLULUSKAN & MEMINDA PINDAAN BORANG KASTAM. MEMBERI KHIDMAT NASIHAT & FASILITASI. MELULUSKAN BORANG ZPB AM, PELUPUSAN, PENGERAKAN PENTADBIRAN & LAMPIRAN D. MENYEDIAKAN LAPORAN SOKONGAN ATIGA & AKTIVITI TAMBAH NILAI SERTA RANTAIAN BEKALAN. 1.5 P E N G E N A LA N CAWA N G A N 05 5
Barang import sebagai "production samples" & dieksport semula JENIS PERMOHONAN Barang ZPB AM diimport untuk pembaikan dan kemudian dieksport semula Barang dieksport untuk pembaikan atau proses semula dan diimport semula Menghantar barang untuk penyelidikan, ujikaji, propaganda atau demontrasi Bekas pembungkusan dieksport dan diimport semula Barang import dan bekas pembungkusan dieksport semula Barang eksport dan kemudian diimport untuk diproses semula Bekas pembungkusan diimport untuk isi semula kandungan dan dieksport semula Barang import sementara dan dieksport semula Mengembalikan barang kepada pembekal Menghantar barang ke GPB Lain-lain 1.6 JENIS PERMOHONAN ZPB AM 6
5 MINIT 5 MINIT 5 MINIT 5 MINIT 10 MINIT 10 6 4 2 1 8 (LENGKAP/ TIDAK LENGKAP) 5 MINIT Failkan satu salinan Terima permohonan dari pengilang Serah salinan asal kepada pemohon Semak dokumen permohonan 3 5 7 Kemukakan kepada pegawai kanan untuk semakan & kelulusan 15 MINIT Daftar no.kelulusan ke atas ZPB AM yang diluluskan Rekodkan data ke dalam komputer Selesai (PERMOHONAN LULUS / TIDAK LULUS) Dikembalikan kepada pemohon (kuiri) TIDAK (DIKEMBALIKAN KEPADA PEMOHON DOKUMEN TAMBAHAN) 9 1.7 PROSEDUR KERJA SEBELUM 7
K E L E M A H A N P R O S E S K E R J A M A N U A L MASA TERHAD PEMBAHAGIAN MASA TEMPOH KELULUSAN ·Beban kerja pegawai yang menguruskan borang permohonan tinggi JUMLAH PERMOHONAN ·Pelanggan luaran perlu melantik seorang kakitangan bagi proses hantar dan mengambil kelulusan borang secara fizikal 2 3 ·Kos perjalanan yang ditanggung oleh pelanggan kerana berulang alik dari pejabat ke pejabat Kastam 8 Sukar untuk membuat semakan kelulusan yang lepas 10 ·Bilangan borang permohonan yang banyak akan melambatkan proses kelulusan PENAMBAHAN PEKERJA 4 5 6 7 KESESAKAN ·Berlaku kesesakkan pelanggan di kaunter pada waktu kemuncak melambatkan proses kelulusan borang 1 ·Permohonan hanya boleh dibuat pada waktu operasi pejabat sahaja ·Pelanggan perlu mengatur masa untuk hadir ke pejabat secara fizikal ·Tempoh masa kelulusan borang mengambil masa selama 3 hari bekerja KESUKARAN BEBAN TUGAS MENINGKAT KOS BAHAN API Memerlukan ruang simpanan yang lebih besar. RUANG SIMPANAN Your paragraph text 1.8 KELEMAHAN SISTEM MANUAL 8
9 1 .9 PROSES PERKEMBANGAN PERMOHONAN ZPB AM MANUAL MELALUI GOOGLE FORM 02 02 Dimulakan oleh Bahagian Perkastaman JKDM Pulau Pinang Pembangunan aplikasi MyZBapps bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan kelemahan permohonan melalui "Google Form" Prototaip pertama sebagai inisiatif untuk menambahbaik perkhidmatan 2020 2000's 2023 MyZBapps 01 02 03 9
TIDAK MENGGUNAKAN URL # RASMI JABATAN 1 #2 DATA DISIMPAN GOOGLE #3 MENGGUNAKAN EMEL BAGI TUJUAN PENGHANTARAN KELULUSAN #4 HAD STORAN DATA TERHAD #5 MEMERLUKAN PEGAWAI YANG BERKEMAHIRAN UNTUK MEMBUAT PENGURUSAN DATA SETIAP BULAN #6 MENGGUNAKAN PERISIAN PIHAK KETIGA 1.1 0 K E L E M A H A N P E R M O H O N A N Z P B A M M E LA L UI " G O O G L E F O R M " 10
1.11 PROSES PEMBANGUNAN INOVASI SISTEM MyZBapps Perbincangan untuk membangunkan sistem. Mencari maklumat berkaitan sistem untuk dihasilkan. Mengumpul data dan maklumat dari hasil carian. Membuat draf lakaran perjalanan dan fungsi sistem yang bakal dibangunkan. Kumpulan Anugerah Kecemerlangan Inovasi Bahagian Perkastaman telah berusaha untuk mentransformasikan proses kerja secara manual kepada sistem atas talian. Proses kerja atas talian memudahkan proses permohonan, kelulusan dan penyimpanan data serta menjamin kelancaran penyampaian perkhidmatan. Pembentangan idea dan sumbang saran 11
PENYAMPAIAN Mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan menggunakan perkembangan teknologi semasa PENDEKATAN Memperkenalkan pendekatan penyampai perkhidmatan berasaskan teknologi semasa bagi memantapkan kaedah semasa yang kurang berkesan dalam persekitaran terkini KECEKAPAN Meningkatkan kecekapan dan mengoptimunkan penggunaan sumber kewangan dan sumber tenaga manusia MyZBapps PERKHIDMATAN Penyampaian perkhidmatan yang memberi impak positif dan berinovatif kepada pelanggan. 1.12 CIRI-CIRI INOVASI DALAM PEMBANGUNAN SISTEM MyZBapps 12
1.13 STRATEGI PELAKSANAAN Jabatan Kastam Diraja Malaysia kini berhadapan dengan pelbagai dengan cabaran yang kompleks daripada pelbagai sudut berikutan dengan perubahan ekonomi dan sosial secara global disamping dengan cabaran pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia. Persekitaran ini menuntut sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih bersifat inovatif dalam menghasilkan perkhidmatan yang memenuhi serta melangkaui ekspektasi pemegang taruh jabatan. Justeru itu, jabatan perlu berubah dalam melangkaui ekspektasi tersebut seiring dengan pembudayaan inovasi, kualiti dan penerapan kreativiti. Inovasi merupakan hasil pelaksanaan cetusan idea-idea kreatif bagi menghasilkan sesuatu idea yang baru atau mempunyai penambahbaikan ke atas sesuatu sistem yang sedia ada melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D). Inovasi yang dihasilkan berupaya menambah nilai semasa serta membawa transformasi daripada amalan yang sedia ada kepada amalan yang lebih baik. Dalam usaha memperkasakan lagi agenda kerajaan digital, Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang telah merangka serta meyelaras strategi penyampaian perkhidmatan yang ditawarkan. Fokus diberikan kepada pendigitalan penyampaian perkhidmatan dengan memanfaatkan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang lebih menjurus kepada perkhidmatan awam dalam talian. Melalui kaedah ini, pihak pemegang taruh jabatan boleh mengakses sistem MyZBapps yang dibangunkan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mengikut kesesuaian. Penggunaan sistem ini seterusnya dapat memberi impak positif dalam mengurangkan pergerakan dan masa pelanggan untuk berurusan di pejabat Cawangan ZPB Pulau Pinang. Idea pembangunan sistem ini bermula dengan menambahbaik permohonan melalui sistem bagi menyahut seruan kerajaan Malaysia ke arah satu era pentadbiran secara pendigitalan untuk mewujudkan satu sistem yang lebih mudah, mesra pelanggan, jelas, telus dan cepat bagi menggantikan proses kerja lama secara manual. Oleh hal yang demikian, input atau hasil daripada perbincangan dan pengumpulan data yang dibuat oleh ahli kumpulan anugerah kecemerlangan inovasi yang telah dilantik, maka satu keputusan untuk membangunkan sistem telah dibuat untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan dalaman dan luaran yang dinamakan sebagai sistem MyZBapps dengan akronim yang lebih mudah disebut yang dinamakan dengan, MY= Malaysia, ZB=Zon Bebas, apps =Permohonan. Pembangunan sistem ini sebagai langkah yang proaktif dalam melaksanakan penambahbaikan prosedur kerja baru dengan menggunakan sistem yang berasaskan kepada sistem teknologi maklumat. 13
5 MINIT 5 MINIT 5 MINIT 5 MINIT 10 MINIT Failkan satu salinan Serah salinan asal kepada pemohon Semak dokumen permohonan Proses semakan & kelulusan Dikembalikan kepada pemohon (kuiri) 10 6 4 2 1 8 (LENGKAP/ TIDAK LENGKAP) 5 MINIT Terima permohonan dari pengilang 3 5 7 10 MINIT Daftar no.kelulusan ke atas ZPB AM yang diluluskan Rekodkan data kedalam komputer Selesai (PERMOHONAN LULUS / TIDAK LULUS) TIDAK (DIKEMBALIKAN KEPADA PEMOHON DOKUMEN TAMBAHAN) 9 1.14 PROSEDUR KERJA SELEPAS 14
Memo Persembahan Pengurusan 1.15 KOMITMEN PENGURUSAN GAMBAR 7 MEMO PERSEMBAHAN PENGURUSAN 15
PERSEMBAHAN PENGURUSAN BERSAMA M.T.T PKN & TPKN PERKASTAMAN JKDM PULAU PINANG GAMBAR 8 PERSEMBAHAN PENGURUSAN 16
SURAT SOKONGAN DAN KELULUSAN DARIPADA M.T.T PKN & TPKN PERKASTAMAN JKDM PULAU PINANG GAMBAR 9 SURAT SOKONGAN DAN KELULUSAN DARIPADA M.T.T PKN & TPKN PERKASTAMAN JKDM PULAU PINANG 17
PERASMIAN SISTEM MyZBapps GAMBAR 10 PERASMIAN SISTEM MyZBapps 18
TAKLIMAT KEPADA PELANGGAN DALAMAN DAN LUARAN Satu taklimat berkaitan pelaksanaan permohonan ZPB Am melalui MyZBapps telah dilaksanakan bagi memberi penerangan mengenai tatacara penggunaan MyZBapps kepada pelanggan dalaman dan luaran jabatan GAMBAR 11 SURAT DAN MEMO TAKLIMAT SISTEM 19
GAMBAR TAKLIMAT SISTEM BERSAMA PENGGUNA DALAMAN DAN LUARAN GAMBAR 12 TAKLIMAT SISTEM 20
1.16 KESESUAIAN INOVASI DALAM TUGAS Seiring dengan kepentingan teknologi dalam sistem penyampaian perkhidmatan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah meminda Misi yang lama dan memperkenalkan Misi baharu pada tahun 2023 iaitu ‘Kutipan Hasil, Fasilitasi Perdagangan dan Kawalan Sempadan Yang Responsif Melalui Integrasi Masyarakat Dan Teknologi’. Pengenalan misi baru ini menunjukkan komitmen jabatan dalam teknologi seiring dengan usaha membentuk Ekerajaan. Sistem penyampaian perkhidmatan awam telah mula bergerak kearah pentadbiran digital. Di Malaysia, pelancaran projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor – MSC) pada tahun 1996, telah menjadi satu usaha permulaan untuk membentuk kerajaan berkonsepkan e-kerajaan. E-kerajaan bermaksud satu bentuk penyampaian perkhidmatan antara pihak kerajaan (perkhidmatan awam) dengan rakyat atau pengguna menggunakan komputer, laman sesawang, media sosial dan sebagainya yang secara ringkasnya ialah penyampaian perkhidmatan secara atas talian. Penggunaan ICT semakan berkembang dan pelbagai sistem dibangunkan untuk membantu kakitangan menguruskan segala urusan dalaman dan berurusan dengan pelanggan. Keperluan tugas di era globalisasi ini menuntut tugas dijalankan dengan cepat dan tepat kerana tugas-tugas manual yang telah sekian lama digalas ini hanya akan meningkatkan kos jabatan. Oleh itu, dengan wujudnya sistem secara atas talian, ia akan menyelesaikan masalah ini. Hasrat kerajaan juga telah diterjemahkan dalam beberapa pelan yang menjurus kepada pelaksanaan atau penggunaan teknologi digital dalam melicinkan komunikasi dan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Antara pelan yang dilaksanakan adalah seperti berikut 21
Pelan ini adalah satu pelan kesalinghubungan digital yang mampan,menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik serta mempersiapkan negara untuk peralihan kepada teknologi 5G untuk kesejahteraan rakyat termasuk masyarakat luar bandar di seluruh negara. Inisiatif pembangunan sistem digital menggantikan kaedah manual. Memastikan aktiviti seperti bekerja dari rumah, perniagaan dalam talian, dan pembelajaran dalam talian dapat diteruskan. Mempersiapkan negara untuk peralihan kepada teknologi 5G. "Semua agensi bekerjsama dengan merapatkan saf, lebih berkolaboratif dan tidak kerja secara silo, serta mengoptimumkan sumber atas perkongsian melalui pendekatan pelan MyDigital. Beliau berkata mana-mana pekeliling lama perlu dijumudkan sekiranya tidak berkaitan, dan pendigitalan dirancakan untuk mengurangkan kerenah birokrasi sekali gus dapat memerangi rasuah". Agensi kerajaan bekerjasama, berkolaborasi, dan mengoptimalkan sumber melalui pendekatan pelan MyDigital. Pendigitalan bertujuan mengurangkan birokrasi dan memerangi rasuah. Sila Imbas Untuk Rujukan Sila Imbas Untuk Rujukan Sila Imbas Untuk Rujukan Sila Imbas Untuk Rujukan PELAN TINDAKAN JALINAN DIGITAL NEGARA PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SEKTOR AWAM(PSPSA) Sistem komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang menggabungkan saluran komunikasi seperti e-mel, persidangan dalam talian, chat, dan UPMS. Merangkumi 12 perkhidmatan termasuk sistem e-mel, pengurusan profil pengguna, dan sistem pengurusan latihan MyGovUC 2.0 PSB MyGovUC 2.0 dilaksanakan berperingkat ke semua agensi bermula November 2021. PSB bertujuan meningkatkan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan awam. PELAKSANAAN SOLUSI BAHARU(PSB) -Petikan Berita The Sun Daily, 13 April 2020- -Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah22
BAB 2 KREATIVITI KE ARAH PENAMBAHBAIKAN PROSEDUR KERJA 23
2.0 PENGENALAN KREATIVITI KE ARAH PENAMBAHBAIKAN PROSEDUR KERJA Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (Kamus Dewan Edisi Keempat), kreativiti membawa maksud kemampuan (kebolehan) mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru dan asli. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang, khususnya di Cawangan Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas di bawah Bahagian Perkastaman telah mengambil satu inisiatif untuk memudahkan pemegang taruh (stakeholder) dan pelanggan JKDM Pulau Pinang dalam urusan seharian mereka. Hasil daripada inisiatif ini akan memberi impak kepada aktiviti import, eksport, kawalan sempadan serta fasiliti perdagangan dan perindustrian di Zon Perindustrian Bebas, Pulau Pinang. Inisiatif yang diambil ini adalah sangat bertepatan dengan fungsi utama jabatan kerana inisiatif ini dibuat adalah untuk mendokong harapan dan hasrat Jabatan dalam menyampaikan perkhidmatan yang bermutu tinggi dan efisien kepada pemegang taruh (stakeholder) dan pelanggan jabatan selaras dengan visi, misi dan slogan jabatan. Oleh yang demikian, Cawangan Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas Pulau Pinang telah membangunkan satu sistem yang diberi nama MyZBapps. Inisiatif untuk membangunkan sistem ini adalah selari dengan seruan kerajaan dimana cara semakan dan kelulusan di naik taraf daripada manual kepada dalam talian dengan berlandaskan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021 – 2025. Usaha ini adalah sejajar dengan kemudahan dan fasiliti yang disediakan di Cawangan Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas Pulau Pinang. Tercetusnya inovasi ini adalah hasil daripada tindakan pantas pegawai di Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang semasa pandemik Covid-19 sedang melanda negara bahkan di seluruh dunia. Melihat kepada kesukaran industri untuk mengemukakan permohonan Borang ZPB Am dan kesukaran untuk berurusan dengan pegawai pada ketika itu, satu langkah awal telah diambil iaitu dengan mewujudkan permohonan secara atas talian melalui penggunaan 'Google Form'. Dimana pautan (link) borang 'Google Form' tersebut telah dikongsi kepada industri melalui emel. Namun, apabila dilihat terdapat kelemahan penggunaan 'Google Form' ini seperti penyimpanan data yang terhad, kelemahan kepada kredibiliti data dan kesukaran untuk mentadbir, sistem MyZBapps dibangunkan bagi menutup lopong-lopong yang terdapat pada 'Google Form' tersebut. 24
2.1 PEMATUHAN TERHADAP PERUNDANGAN DAN PROSEDUR SEDIA ADA ATAU APA-APA PERUNDANGAN DAN PROSEDUR YANG TELAH DIPERSETUJUI OLEH PENGURUSAN TERTINGGI Merujuk kepada takrifan di bawah Seksyen 2, Akta Zon Bebas 1990, Zon Bebas ertinya “mana-mana bahagian Malaysia yang diisytiharkan di bawah peruntukan 3(1) menjadi suatu zon perdagangan bebas atau zon perindustrian bebas”. Berdasarkan kepada Perintah Tetap Kastam Bilangan 58 (PTK.58) – “Zon bebas diwujudkan bagi memberi kemudahan pengecualian dari pembayaran duti kastam, duti eksais dan cukai jualan ke atas barang-barang yang dibawa masuk, dikeluarkan atau dihasilkan dalam suatu zon bebas bertujuan untuk menggalakkan aktiviti pengilangan yang berorientasikan eksport serta aktiviti perdagangan seperti berniaga, memecah pukal, menggred, membungkus semula dan melabel semula”. Borang ZPB Am ialah salah satu kemudahan dan fasilitasi yang disediakan oleh Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang. Oleh itu, kilang-kilang yang beroperasi di dalam Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang yang memohon menggunakan Borang ZPB Am ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Ini kerana, Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang memainkan peranan penting dalam memastikan tidak akan berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan ke atas kemudahan borang ZPB Am ini bagi mengelakkan ketirisan hasil negara. Fungsi utama borang ZPB Am ini diperkenalkan di Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang ialah memberi kelulusan pengecualian Duti Import di bawah Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan pengecualian Cukai Jualan di bawah Jadual ‘A’, Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018. Pemberian pengecualian Duti Import dan pengecualian Cukai Jualan ini adalah dengan merujuk kepada kuasa Menteri di bawah Seksyen 14(1), Akta Kastam 1967 dan di bawah Seksyen 35(1)(b), Akta Cukai Jualan 2018. 25
Pegawai kanan telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan kilang-kilang yang memohon borang ZPB Am mematuhi syarat-syarat permohonan dan perlu mengemukakan permohonan selewat-lewatnya 3 hari sebelum pergerakkan barang berlaku. Tugas pegawai kanan di Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang adalah untuk menyemak dan meluluskan permohonan yang dikemukakan oleh kilang-kilang mengikut syarat-syarat permohonan. Sistem MyZBapps ini dibangunkan adalah bertujuan untuk menghantar permohonan borang ZPB Am secara atas talian dan mengekstrak data dengan mudah bagi tujuan semakan dan pantauan lanjut oleh pegawai kanan. Justeru itu, sistem MyZBapps adalah suatu sistem yang akan meningkatkan tahap pematuhan kilang-kilang di dalam ZPB Pulau Pinang terhadap perundangan dan prosedur sedia ada yang telah dinyatakan di dalam borang ZPB Am pada tahap yang optimum. GAMBAR 13 PAPARAN ANTARAMUKA SISTEM 26
2.2 MENAMBAH BAIK PROSEDUR KERJA SAMA ADA SEBAHAGIAN ATAU KESELURUHAN Pelaksanaan dan penggunaan sistem MyZBapps telah terbukti apabila memberi impak yang besar di dalam menambahbaik prosedur kerja warga jabatan terutama kepada prosedur kerja yang melibatkan proses permohonan borang ZPB Am di Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang. Berikut adalah perbandingan prosedur kerja proses penghantaran permohonan borang ZPB Am sebelum dan selepas menggunakan sistem MyZBapps. Permohonan dan semakan melalui sistem MyZBapps menunjukkan pengurangan sebanyak 5 proses kerja setelah menggunakan MyZBapps. MyZBapp M s ANUAL GAMBAR 14 PROSES KERJA SEBELUM DAN SELEPAS PENGGUNAAN SISTEM MyZBapps 27
2.3 BERSIFAT FASILITASI Kata fasilitasi adalah berasal daripada kata Facile yang ertinya mempermudah (to facilitate = to make easy). MyZBapps ini merupakan satu sistem yang memberi kemudahan dan kelancaran kepada pengilang-pengilang dalam Zon Bebas untuk menghantar dan mengemukakan permohonan borang ZPB Am serta memudahkan proses semakan dalam talian yang dilakukan oleh pegawai kanan. MyZBapps ini juga boleh dianggap sebagai jalan penyelesaian kepada masalah bebanan kerja manual, kawalan dan kepatuhan pengilang-pengilang dalam Zon Bebas. Dengan mengambil kira saranan daripada Ketua Pengarah Kastam Malaysia iaitu Dato’ Haji Zazuli Bin Johan yang dizahirkan oleh beliau di dalam laman sesawang rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia, iaitu ;- GAMBAR 15 : DATO’ HAJI ZAZULI BIN JOHAN, KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA Pembangunan dan pelaksanaan sistem MyZBapps ini adalah hasil daripada tindakan pantas pegawai di Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang yang sangat menitikberatkan soal kemudahan dan kelancaran operasi rentetan daripada pandemik Covid-19 yang sedang hebat melanda negara pada tahun 2020. Ini juga adalah disebabkan tidak semua sektor industri dilarang untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan pada ketika itu terutamanya sektor E&E (Electrical & Electronics) kerana kebanyakkan kilang-kilang yang beroperasi di dalam Zon Bebas Pulau Pinang adalah berorientasikan kepada sektor E&E ini. 28
Selain itu juga, kelebihan sistem MyZBapps ini juga yang bersifat atas talian membolehkan pengilang-pengilang menghantar permohonan borang ZPB Am dimana-mana sahaja mereka berada dengan hanya memerlukan capaian internet tanpa perlu menghadirkan diri ke pejabat kastam dan dalam erti kata lain bersifat ‘ubiquitous’. Pelaksanaan dan penggunaan MyZBapps ini adalah amat selari dan bertepatan dengan teras strategik yang pertama di bawah Pelan Strategik Pendigitilan (PSP) Sektor Awam 2021 – 2025 iaitu Pemanfaatan Kepintaran Data. Di bawah teras ini, 3 strategi telah diketengahkan untuk mencapai objektif teras ini, iaitu ;- 2.4 PENJIMATAN MASA (PENYINGKIRAN PROSES KERJA / PUSINGAN KERJA YANG BERULANG) Salah satu sebab atau alasan pembangunan MyZBapps ini adalah bertujuan untuk menjimatkan masa pegawai dan pengilang yang menggunakan kemudahan borang ZPB Am ini dalam kerja seharian. Pelaksanaan dan penggunaan MyZBapps ini telah memberi impak yang besar kepada rutin kerja seharian pengilang, pegawai kastam dan pegawai kanan di Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang. Secara tidak langsung, apabila perkara ini terjadi, imej jabatan dapat dinaikkan dan memberi nilai tambah kepada proses kerja di Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang. Praktikaliti penggunaan sistem MyZBapps ini dapat mengurangkan beberapa proses kerja yang mengambil masa yang lama untuk dilalui oleh pengilang dan pegawai di Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang. Walaupun jarak antara kilang-kilang dalam Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang dengan Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang tidak mengambil masa yang lama untuk hadir ke pejabat kastam, sebagai contoh jarak kilang B.Braun yang paling jauh kedudukannya hanyalah sekitar 5km sahaja daripada Cawangan ZPB Pulau Pinang, namun ianya tetap memberi impak kepada kos operasi kilang yang terpaksa melantik ‘runner’ untuk menghantar permohonan borang ZPB Am (manual) tersebut. Pengukuhan Pengurusan Dan Penyelarasan Data STRATEGI 1 Pengukuhan Inisiatif Data Terbuka STRATEGI 2 Pemerkasaan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Berasaskan Kepintaran Data STRATEGI 3 29
Impak daripada pelaksanaan dan penggunaan sistem MyZBapps ini di Cawangan ZPB Pulau Pinang turut dinikmati dan dirasai oleh pegawai kastam dan pegawai kanan yang bertugas di sana. Ini membolehkan pegawai kanan mempunyai lebih masa yang berkualiti untuk menyemak borangborang kastam yang lain. Pegawai Purata Jumlah Permohonan Borang ZPB AM SEBELUM SELEPAS Masa/ Borang (Minit) Masa/ Sebulan (Minit) Masa/ Borang (Minit) Masa/ Sebulan (Minit) PiK (1 orang) 1,150 Borang 40 46,000 5 5,750 PaK (6 orang) 190 Borang 10 1,900 10 1,900 Jumlah 47,900 7,650 Oleh itu, Jadual 1 : Pengiraan Penjimatan Masa Proses Permohonan Borang ZPB Am Menggunakan Sistem MyZBapps *data daripada April 2020 sehingga Jun 2023 (3 tahun 3 bulan) Pengurangan masa melalui penyingkiran beberapa prosedur kerja penghantaran permohonan borang ZPB Am telah meningkatkan lagi kompetensi pegawai dalam melaksanakan tugasan harian yang lain. Pengilang juga menerima impak yang positif hasil daripada penggunaan sistem MyZBapps ini seperti mengurangkan kebergantungan kepada perkhidmatan ‘runner’ dan mengurangkan risiko keciciran atau kerosakan borang akibat daripada kecuaian manusia mahupun keadaan luar jangka. 30
JUMLAH BORANG 1 BORANG NORMA MASA PROSES KERJA (Sebelum) 50 MINIT NORMA MASA PROSES KERJA (Selepas) 15 MINIT PENJIMATAN MASA : 35 7 M 0% INIT @ 2.5 PENJIMATAN KOS 2.5.1 PENJIMATAN KOS SUMBER MANUSIA 2.5.1.1 FAKTOR DALAMAN PERBANDINGAN NORMA MASA SEBELUM & SELEPAS Kecekapan pegawai jabatan merupakan satu elemen penting bagi permohonan yang melibatkan kelulusan Kastam. MyZBapps mampu meningkatkan kecekapan pegawai dan memberikan penjimatan kos sumber manusia kepada JKDM. Penumpuan pegawai kepada kerja hakiki yang lain dapat diberikan sekiranya sistem ini dibangunkan kerana semakan, kelulusan dan pendaftaran hanya dilakukan atas talian sahaja. Sumber manusia merupakan aset sesebuah organisasi dimana melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu Pegawai Kastam (PiK/PiKK), Pegawai Kanan (PaK/PPK) dan juga pihak syarikat atau kilang (Pelanggan Dalaman & Luaran). Penggunaan Sistem MyZBapps ini membolehkan pegawai kastam memantau proses penyemakan dan pendaftaran secara atas talian sahaja tanpa keberadaan beliau di kaunter sepanjang masa, serta dapat memberi maklumbalas secara pantas kepada pelanggan tanpa kehadiran pelanggan di kaunter. Permohonan Borang ZPB AM melalui sistem MyZBapps merupakan satu platform yang telah ditambahbaik untuk memudahkan proses penghantaran borang permohonan ke Cawanagn Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang. Produktiviti proses kerja dapat ditingkatkkan di mana carian data serta maklumat berkenaan permohonan dapat dilakukan dengan lebih pantas tanpa perlu mencari atau merujuk kepada fail secara manual. Cawangan dapat mengawal selia dokumen dengan lebih sistematik. Segala maklumat serta data tersimpan secara automatik di dalam sistem dan mudah diakses pada bila-bila masa. Jadual 2 : Anggaran Masa Sebelum & Selepas MyZBapps Untuk Memproses Permohonan Borang ZPB Am 31
PENGILANG ZPB PULAU PINANG KEYSIGHT TECH (M) SDN BHD 380 METER (PERGI&BALIK) B BRAUN 4KM/5.2KM (PERGI&BALIK) JUMLAH KOS RUNNER (RM) (MANUAL) RM 15.00 / 1 Borang RM 20.00 / 1 Borang KOS RUNNER (Masa) 10 Minit 30 Minit JUMLAH KOS RUNNER (MyZBapps) -Tiada- -Tiada2.5.1.2 FAKTOR LUARAN Gambar XX : Jarak Perjalanan Pergi & Balik Ke/Dari Pejabat Kastam Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang PE M N A JIMATAN SA : 100 % Prosedur permohonan Borang ZPB AM, melibatkan kedua-dua pihak iaitu kakitangan JKDM yang terdiri daripada pegawai kastam (PiK/PiKK) dan pegawai kanan (PaK/PKPK) serta pengilang yang berada di bawah kawalan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang. Pengilang selalunya menggunakan sumber manusia iaitu 'runner' atau pegawai bagi urusan kelulusan Borang ZPB AM setiap kali permohonan disebabkan oleh jarak. Sebagai contoh, jarak dua hala kilang B-Braun Medical Industries ke Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang ialah 9.2km (pergi dan balik). Manakala, jarak Keysight Tech (M) Sdn Bhd 380meter, dimana sekiranya jalan kaki mengambil masa 3 minit, motor 2 minit dan kereta 2 minit. MyZBapps memberi manfaat kepada sumber manusia pengilang dengan mengurangkan kos pelantikan “runner” atau agen kilang dengan anggaran penjimatan sebanyak 100 % setiap bulan seperti pengiraan di bawah gambarajah yang berikut: Jadual 3 : Anggaran Masa & Kos Penggunaan 'Runner" Untuk Menghantar Permohonan Borang ZPB Am 32
Proses kerja secara manual sentiasa memerlukan kehadiran pelanggan samada wakil syarikat atau agen secara fizikal untuk permohonan baru mahupun untuk penyelesaian kuiri. Pelanggan biasanya akan berusaha menyelesaikan kuiri secepat mungkin untuk mendapatkan kelulusan Borang ZPB AM. Kesesakan lalu lintas juga boleh menjadi faktor yang melengahkan pelanggan seterusnya meningkatkan risiko kemalangan jalan raya. Justeru, keselamatan pelanggan yang berurusan dengan Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang dapat dipelihara melalui sistem MyZBapps kerana segala urusan boleh dilakukan atas talian tanpa kehadiran pelanggan secara fizikal. FAKTOR KESELAMATAN FAKTOR CUACA Selain daripada itu, faktor cuaca juga memainkan peranan penting, sebagai contoh, pada musim hujan, pelanggan menghadapi kesukaran dalam memastikan Borang ZPB AM serta dokumen sokongan yang dibawa adalah selamat (tidak basah atau rosak), ke Cawangan Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang. Sekiranya borang permohonan basah atau rosak, borang permohonan akan dikuiri / ditolak oleh pegawai Kastam. Pegawai akan meminta pelanggan untuk mengemukakan salinan dokumen yang baharu. Oleh itu, pelanggan terpaksa menghantar semula borang permohonan yang baharu ke pejabat Kastam. Kesilapan atau kecuaian pelanggan dalam mengendalikan borang juga akan mengakibatkan borang terpaksa dicetak semula dan menyebabkan kos percetakan meningkat. Penggunaan sistem MyZBapps mampu mengurangkan kos percetakan dan menjimatkan kertas. GAMBAR 16 : JALAN RAYA YANG SESAK DAN 'RUNNER' MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN ZPB AM 33