The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM10622P Ainul Athirah binti Abdul Aziz, 2023-09-29 01:01:27

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

HUBUNGKAIT FPK DENGAN IR 4.0

IPGKPM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA


PROFIL PENULIS SITI NURMAISARAH BINTI MOHAMMAD KAMIS NUR IMAN FARISA BINTI ABDUL TALIB AINUL ATHIRAH BINTI ABDUL AZIZ “Dipertemukan kerana ilmu dan dipisahkan demi menyampaikan ilmu”. Begitulah realiti kami sekumpulan guru pelatih muda yang bercita-cita menjadi pendidik yang berkualiti serta kreatif dalam mendidik anak bangsa Malaysia demi menjadikan negara tercinta sebagai negara yang membangun dengan megah dan mempunyai modal insan yang berketerampilan. i


Buku ini berkonsepkan komik yang memberikan fokus tentang perkembangan pendidikan di Malaysia dari awal tahun 1900 sehingga kini dan bagaimana setiap tajuk-tajuknya mempunyai hubungan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang sebelumnya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) serta kepentingannya dalam menghadapi cabaran IR 4.0 di Malaysia. Prakata ii


Pengenalan Kemajuan dalam sistem pendidikan dijangka akan mencapai titik kemuncak apabila berlakunya revolusi pemodenan di seluruh negara maju di dunia. Oleh itu, sejak beberapa tahun yang lalu. Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha sedaya upaya untuk mengimplimentasikan teknik pengajaran baharu yang berpusatkan murid melalui tiga mod pembelajaran iaitu pembelajaran bersemuka, pembelajaran secara atas talian dan pembelajaran secara hibrid. Pembelajaran berkonsepkan abad ke-21 turut dilihat lebih inovatif apabila elemen pembelajaran digital seperti 6C, 3E dan 3R disisipkan ke dalam kurikulum standard di Malaysia. iii


Nama saya Hau Sik. Saya merupakan pelajar berbangsa Cina diMalaysia. 1


Pada masa lapang saya sering meluangkan masa untuk mempelajari subjek kegemaran saya iaitu subjek sejarah. 2


Setiap hari saya akan menaiki bas untuk ke sekolah. 3


Saya suka bermain bersama rakan-rakan walaupun kami berlainan bangsa dan agama. 4


Pada suatu hari, saya sangat tertarik untuk mengkaji dan mempelajari tentang sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia dan hubungkait falsafah pendidikan kebangsaan bagi menghadapi cabaran IR 4.0. 5


Saya pun bertanya dan meminta Cikgu Sarah untuk menerangkannya kepada saya. 6


Perkembangan pendidikan di Malaysia 7


Perkembangan pendidikan di Malaysia terbahagi kepada 3 iaitu; Sebelum merdeka Selepas merdeka Masa kini 8


Sistem Pendidikan Sebelum Merdeka 9


Sistem pendidikan pondok Pengajaran dan pembelajaran berasaskan Al-Quran dan kitab dari negara-negara Islam. Pelajar: Golongan dewasa dan tiada had umur. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berstruktur dan sistematik serta menitikberatkan hafalan. Pelajar tamat pengajian selepas empat atau lima kali khatam Al-Quran. Sumbangan: memperkenal, menyebar, mengembang serta meluaskan ilmu agama serta melahirkan ramai tokoh agama. Faktor pemansuhan Kurikulum tidak setara antara sekolah-sekolah pondok menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelajar dan pengajar. Pendidikan berteraskan agama tanpa unsur akademik akan menyebabkan pelajar ketinggalan dalam arus perkembangan semasa. 10


Sistem Pendidikan Vernakular Sekolah vernakular Melayu Sekolah vernakular Tamil Sekolah vernakular Cina Sekolah Inggeris Sekolah vernakular Agama 11


Sistem pendidikan vernakular Sistem pendidikan yang berorientasikan kepentingan mengikut kaum seperti sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil, Inggeris dan Agama. Penggunaan bahasa pengantar buku teks, dan sukatan pembelajaran yang berbeza mengikut setiap sekolah. Kurikulum tidak seragam. Faktor pemansuhan Pendidikan vernakular menggunakan sistem dan kurikulum mengikut bangsa yang akan menyebabkan terwujudnya jurang antara kaum. Pemansuhan sistem ini dapat membantu mengurangkan jurang antara kaum dalam pelbagai aspek terutamanya pendidikan, ekonomi dan sosial. Penghapusan sistem pendidikan vernakular ini dipercayai dapat membantu mengeratkan hubungan antara kaum dalam usaha mencapai kemerdekaan negara. 12


Laporan Cheesman 1946 Tujuan: Membina semula sistem pendidikan demi menjami perkembangan sistem persekolahan. Cadangan laporan: Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di sekolah vernakular. Pendidikan rendah secara percuma kepada kanak-kanak di sekolah vernakular. 1. 2. Faktor pemansuhan Penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah akan menghadkan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian yang bakal melambatkan proses perpaduan antara kaum di Malaysia. 13


Laporan Barnes 1950 Tujuan: Memupuk perkembangan individu ke arah kecermelangan dari segi pengetahuan dan kemahiran menggalakkan dan merangsang dan membolehkan komuniti Melayu mencapai pendidikan terbaik. Cadangan laporan: Menubuhkan penguasa tempatan atau badan tempatan dengan fungsi yang sama. Mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. 1. 2. Faktor pemansuhan Mempunyai aspek yang menyebabkan perbalahan di antara kaum terutamanya antara kaum Melayu dan kaum Cina kerana kaum Cina menolak penggunaan bahasa Melayu secara menyeluruh yang berisiko menghapuskan budaya dan identiti kaum Cina. 14


Laporan Fenn Wu 1951 Tujuan: Mengkaji dan menilai kewajaran yang dicadangkan dalam Laporan Barnes 1950 yang dianggap mencuba menghapuskan bahasa dan kebudayaan masyarakat Cina. Cadangan laporan: Memberikan latihan dalam perkhidmatan pada hujung minggu di sekolah Cina bertujuan bagi menampung kekurangan guru yang terlatih di sekolah Cina. Meminta bantuan kewangan daripada kerajaan untuk pentadbiran sekolah Cina dan menubuhkan Kolej Latihan Guru. 1. 2. Faktor pemansuhan Bersifat berat sebelah di mana kebanyakan daripada usul yang dicadangkan memberikan peluang dan kebaikan kepada kaum Cina sahaja tanpa mengambil kira kebajikan dan keperluan kaum lain seperti kaum Melayu dan India. 15


Ordinan Pelajaran 1952 Dibentangkan pada September 1952 Ordinan ini yang mengandungi cadangan Laopran Barnes dan Laporan Fenn-Wu telah mencadangkan Penubuhan dua jenis sistem persekolahan, iaitu sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar. Pembelajaran selama enam tahun dengan menjadikan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah. Pelaksanaan sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Laporan Barnes dilaksanakan. Sekolah Cina dan sekolah Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan. Kemudahan pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil dilaksanakan jika terdapat permintaan dengan bilangan murid sekurang-kurangnya 15 orang. Masalah kekurangan guru terlatih untuk sekolah kebangsaan 16Halangan & masalah Faktor pemansuhan Faktor kewangan kerana pihak British tidak memberikan dana untuk sistem pendidikan selain dari sistem pendidikan berorientasikan Inggeris. Faktor darurat di mana pelajar tidak dapat hadir ke sekolah kerana kekangan masalah negara pada masa itu.


Penyata Razak 1956 Tujuan: bagi mengkaji semula sistem pendidikan dan membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Laporan ini memberi penekanan kepada usaha membentuk perpaduan antara kaum dan penghasilan tenaga kerja. Laporan ini mencadangkan: Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan progresif. Penyata Razak 1956 mengemukakan 17 cadangan yang mengambil kira matlamat membentuk satu sistem pendidikan negara Falsafah pendidikan ketika itu mahukan semua bangsa bersatu melalui sistem pendidikan, namun ada cabaran-cabaran tertentu yang mengganggu proses pelaksanaannya iaitu untuk memenuhi kehendak yang berbeza antara kaum. Perbincangan demi perbincangan dilakukan dan menambah baik kelemahan yang dikenal pasti. Ekoran daripada situasi itu, pindaan demi pindaan dibuat untuk meniadikan sistem pendidikan lebih baik dan lebih relevan dengan perkembangan pendidikan semasa. 17 Cabaran & faktor pemansuhan


Pendidikan selepas merdeka Pendidikan selepas merdeka Sistem 18


Laporan Rahman Talib 1960 Setelah mencapai kemerdekaan, sistem pentadbiran dan sistem pendidikan berkembang mengikut acuan sendiri. Cadangan Laporan Rahman Talib yang direalisasikan melalui sisitem pendidikan hari ini: Laporan ini menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. Laporan ini mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah dan menengah atas. Member penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk memenuhi keperluan tenaga mahir. Member penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras. Antara perubahan dan pindaan yang dibuat terhadap cadangan dalam Laporan Razak kepada Laporan Rahman Talib: Pendidikan di sekolah rendah adalah percuma. Pendidikan akhlak dititikberatkan. Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk memenuhi keperluan tenaga mahir. 20


Akta Pendidikan 1921 KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1961 Akta Pendidikan 1961 merupakan undang-undang pendidikan yang bersifat kebangsaan dan dikuatkuasakan di Malaysia sebelum ini Laporan in menggariskan sistem persekolahan yang seragam, penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama. Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur- unsur disiplin yang dingini. Penegasan kurikulum mengikut acuan Malaysia. Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, iaitu akademik dan vokasional. Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun kepada 11 tahun. Melancarkan tatacara pengurusan pelajaran dan meningkatkan kualiti pelajaran keseluruhan. 21 Penegasan kepada pendidikan asas Membaca, Menulis dan Mengira (3M).


KANDUNGAN LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964 Tujuan: Diwujudkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang terdiri daripada pelbagai jurusan bagi sekolah menengah rendah untuk menggantikan sekolah pelajaran lanjutan yang telah dimansuhkan. Cadangan: Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun. Pelajaran sekolah menengah rendah dinaikkan hingga tiga tahun. Pelbagai jenis kursus perlu diperkenalkan supaya dapat melahirkan pelbagai tenaga mahir. Menyediakan pelbagai peluang pekerjaan selepas tamat pengajian. Memperkenalkan sekolah teknik. 1. 2. 3. 4. 5. 12 cadangan kerajaan berkaitan dengan kemunduran anak-anak Melayu. Cadangan berkaitan dengan masalah yang dikenal pasti: Laporan Aminuddin Baki 1964 Kesesuaian bentuk soalan dalam peperiksaan Masalah dan sikap guru Kemantapan latihan perguruan Pelaksanaan kaedah pengajaran Hubungan guru dan ibu bapa Kemudahan fizikal di sekolahsekolah 22


Mengkaji semula matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan ketika itu. Memastikan keperluan tenaga manusia dapat dipenuhi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Mengkaji semua dasar pendidikan kebangsaan yang kurang menitikberatkan aspek perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa. Membuat ketetapan secara spesifik penentuan acuan warganegara Malaysia yang dibentuk melalui sistem pendidikan. Warganegara yang lahir daripada sistem persekolahan negera perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979 TUJUAN Penegasan kepada pendidikan asas 3M. Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini. Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia . Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional. Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun. Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan. CIRI-CIRI LAPORAN KABINET 23


Menekankan penggunaan sains dan teknologi dalam pendidikan. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Menyatupadukan perpaduan kaum di Malaysia. Menitikberatkan ilmu pengetahuan sebagai penentu utama arah tujuan negara di Malaysia. AKTA PENDIDIKAN 1996 TUJUAN Akta Pendidikan 1996 bertujuan untuk memantapkan sistem pendidikan kebangsaan untuk generasi akan datang dan memperluas skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan bagi mengharungi abad ke-21. FUNGSI PEMBENTUKAN AKTA PENDIDIKAN 1996 24


Sistem Pendidikan Masa Kini 25


PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010 26


Pelan ini bertujuan untuk menyediakan rakyat Malaysia ke arah satu bangsa yang bersatu padu dan saling bekerjasama di samping merapatkan jurang pendidikan antara golongan luar bandar dan bandar serta antara kaum - kaum di Malaysia. Agenda penting kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berilmu, berkemahiran, progresif, bermoral dan beretika dengan kerangka pembangunan yang komprehensif dan menyeluruh. TERAS 1 TERAS 2 Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan proaktif. 27


6 TERAS STRATEGIK YANG BERUPAYA MEMPERKUKUH SISTEM PENDIDIKAN NEGARA 1) MEMBINA NEGARA BANGSA Untuk membangunkan warga Malaysia dari awal persekolahan dengan ciri - ciri global, patriotik dan cinta akan negara, menyanjung serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. 2) MEMBANGUN MODAL INSAN Untuk membangunkan pelajar dengan jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, mempunyai ketahanan menghadapi persekitaran global, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi melalui pelbagai pilihan pendidikan. 28


6 TERAS STRATEGIK YANG BERUPAYA MEMPERKUKUH SISTEM PENDIDIKAN NEGARA 3) MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN Untuk membangunkan sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama dalam mencapai kecemerlangan. 4) MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN 29


6 TERAS STRATEGIK YANG BERUPAYA MEMPERKUKUH SISTEM PENDIDIKAN NEGARA 5) MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN Peranan guru telah diperkasa menjadi pemudah cara dalam PdP, sebagai agen perubahan dan sumber insprirasi kepada pelajar. 6) MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN Melalui PIPP, KPM berhasrat membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia untuk melahirkan modal insan yang berupaya bersaing dalam era yang sangat mencabar. 30


Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM 2013- 2025) 31


Menyediakan kesamaratan akses kepada pendidikan berkualiti taraf antarabangsa. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai Transformasi keguruan sebagai profisien pilihan. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Mengupayakan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 11 anjakan untuk mencapai Pelan Pembangunan Malaysia (2013-2025) Idea diilhamkan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Satu transformasi kerajaan yang dianggap paling menyeluruh dan besar daripada prasekolah hinggi ke pusat pengajian tinggi. Menjangkakan pulangan terbaik modal insan untuk memacu hasrat pembangunan negara. 32


6 ASPIRASI MURID AKSES: Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapatkan kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. KUALITI: Meletak negara sebagai kelompok satu pertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa. EKUITI: Menyasarkan 50% pengurangan jurang perbezaan yang melibatkan bandar dan sekolah bandar, sosioekonomi dan gender menjelang 2020. PERPADUAN: Menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai. Memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi memperkukuh asas perpaduan rakyat. KECEKAPAN: Memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan kewangan sedia ada. PENGETAHUAN KEMAHIRAN BERFIKIR KEMAHIRAN DWIBAHASA KEMAHIRAN MEMIMPIN ETIKA DAN KEROHANIAN IDENTITI NASIONAL 5 ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN 33


Bermula pada tahun 2013 yang memberi penekanan kepada usaha menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program. Tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran melalui peningkatan kompetensi dan kualiti guru yang sedia ada dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Numerasi. Gelombang 1 Gelombang 2 Pelaksanaan Gelombang 2 melibatkan pergerakan guru dan pengetua serta guru besar kepada pakej kerjaya baharu melalui penstrukturan semula Kementerian Pendidikan. Semakan semula kurikulum standard sekolah rendah dan menengah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai selari dengan perkembangan ekonomi dunia. Gelombang 3 Memberi fokus kepada anjakan kecemerlangan dengan keberkesanan operasi, prestasi sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. 34


Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia 35


Pendidikan Digital merupakan salah satu inisiatif yang akan dapat memacu perkembangan ekonomi pada masa akan datang. Matlamat penggubalan dasar pendidikan digital adalah untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing di peringkat digital. Dasar pendidikan digital dirangka bagi memupuk bakat digital yang berpengetahuan, berkemahiran dan beretika dalam penggunaan teknologi digital. SASARAN: Usaha untuk meningkatkan penguasaan murid dalam teknologi digital. Memperkaya kandungan digital yang berkualiti. Memperkasa kompetensi guru. Membudayakan penggunaan teknologi digital dalam kalangan pemimpin pendidikan. Mengupayakan infrastruktur dan infrastruktur digital. Memperkukuh jalinan strategi. 36


Menurut Jamilah Ahmad (2023), IR 4.0 ialah era digital atau era teknologi maklumat dan komunikasi, di mana internet, telefon pintar, Internet of Things (IoT) dan sambungan data telah menjadi sebahagian daripada dunia manusia samada dalam pekerjaan mahupun dalam kehidupan seharian mereka. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai Revolusi Industri 4.0 dan era Ekonomi Digital ini menyebabkan kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia. Apakah itu IR 4.0? 37


Cabaran IR 4.0 ialah kekurangan tenaga kerja. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu melahirkan graduan masa depan yang memiliki kemahiran, kebolehan dan nilai kemanusiaan yang diperlukan untuk menyesuaikan dengan kepesatan perubahan teknologi. Hal ini supaya potensi individu dapat dikembangkan secara menyeluruh. Sebagai contohnya, dari segi aspek bahasa murid perlu lebih aktif dalam memberikan pendapat dalam proses PdP supaya kemahiran murid untuk bercakap di khalayak ramai dapat ditingkatkan. Secara tidak langsung kemahiran berfikir secara kritis dalam menaakul dan menafsir maklumat dapat dipraktikkan serta menyebabkan mereka mampu melakukan inovasi dalam sesuatu perkara. Hal ini sejajar dengan teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Hubungkait FPK dalam mendepani cabaran IR 4.0 FOKUS Cabaran: Kekurangan Tenaga Kerja FPK: Memperkembangkan lagi Potensi Individu Sistem pendidikan: PIPP 2006-2010 38


Cabaran kekurangan infrastruktur dan fasiliti boleh menjejaskan motivasi murid. Sebagai satu usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah dengan memperuntukkan dana yang mencukupi untuk menaik taraf infrastruktur dan fasiliti yang diperlukan oleh setiap sekolah di Malaysia yang turut merupakan ciri-ciri sekolah kebangsaan perkasa yang termaktub dalam hasrat KPM dalam PIPP 2006-2010 iaitu pada teras ketiga. Kesannya murid akan lebih selesa menjalani PdP. Seterusnya, menaik taraf keperluan murid seperti Smartboard, Google Meet, Google Sheet akan memudahkan urusan pembelajaran murid. Oleh itu, murid tidak akan janggal apabila mengendalikan teknologi yang semakin moden. Hal ini berkait rapat dengan usaha perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Misalnya, dengan kemajuan teknologi yang ada, murid perlu mempelajari kemahiran dalam mengendalikan teknologi tersebut dan menguasai potensi diri iaitu kemampuan murid untuk menilai dan menentukan sama ada perkara tersebut boleh diakses atau sebaliknya. Hubungkait FPK dalam mendepani cabaran IR 4.0 FOKUS Cabaran: Kekurangan infrastruktur FPK: Usaha perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu Sistem Pendidikan: PIPP 2006-2010 39


Cabaran IR 4.0 yang dihadapi kini ialah kekurangan tenaga pengajar iaitu guru yang kompeten bagi melahirkan modal insan yang celik IT. Bagi meminimumkan permasalahan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah berinisiatif untuk menubuhkan lebih banyak institusi pendidikan guru di Malaysia seperti IPG bagi memastikan pengeluaran guru secara berterusan untuk memenuhi keperluan semasa. Guru yang mempunyai akauntibiliti dan kompetensi harus menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran terutamanya dalam bidang STEM bagi memastikan konsep tradisional ‘train and place’ kepada ‘place and train’ dapat dihapuskan demi mencapai salah satu elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh. Misalnya, kompetensi guru ini merupakan salah satu strategi utama Program TS25 di mana guru perlu membimbing pelajar dalam konsep pembelajaran berpusat kepada murid yang termaktub dalam perkembangan pendidikan masa kini iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Hubungkait FPK dalam mendepani cabaran IR 4.0 Fokus Cabaran: Kekurangan guru yang kompeten FPK: Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh Sistem Pendidikan: PPPM 2013-2025 40


Hubungkait FPK dalam mendepani cabaran IR 4.0 Cabaran IR 4.0 ialah pendidikan yang terhad kepada murid tidak berkemampuan. Sebagai inisiatif, penyediaan inisiatif pakej liputan internet berpatutan yang dijenamakan sebagai Pakej Perpaduan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital serta pendidikan percuma untuk semua rakyat Malaysia. Usaha ini dijangka dapat memberi peluang yang adil kepada semua masyarakat Malaysia tanpa mengira latar belakang ekonomi (ekuiti) untuk mendapatkan pembelajaran terutamanya dalam bidang teknologi maklumat serta pendidikan vokasional yang melibatkan bidang STEM dan TVET yang tersenarai dalam matlamat PPPM 2013-2025 untuk memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap murid bagi merialisasikan elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Dalam memastikan kejayaan inisiatif ini, guru perlu mempunyai input utama dengan menggunakan Teori Hilda Taba untuk mendiagnosis keperluan murid dengan menganalisis kurang (gaps) dan berbagai kekurangan (deficiencies) serta perbezaan latar belakang untuk menentukan perkara yang perlu diberi perhatian dalam pengajaran seperti melakukan aktiviti berkumpulan yang melibatkan murid dari pelbagai latar belakang untuk menyepadukan idea dan kemahiran murid mengikut piawaian antarabangsa terutamanya dalam bidang teknologi peringkat global. Dengan itu, murid dapat mengaplikasikan pengalaman di sekolah untuk berhati-hati dalam menggunakan media massa agar tidak melanggar peraturan sekuriti siber yang telah ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia. 41Fokus Cabaran: Pendidikan yang terhad kepada murid kurang berkemampuan FPK: Melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan Aspirasi: Ekuiti Sistem Pendidikan: PPPM 2013-2025


Hubungkait FPK dalam mendepani cabaran IR 4.0 Ancaman keselamatan siber merupakan salah satu cabaran IR 4.0 yang secara tidak langsung akan membawa kepada risiko keselamatan pemilikan data seseorang individu atau sesebuah syarikat termasuklah hilang kawalan data, pendedahan data dan maklumat peribadi serta perkongsian dan penjejakan maklumat. Kerajaan dengan bantuan pihak sekolah mestilah meningkatkan penguasaan murid dalam teknologi digital dengan memberi pendedahan kepada mereka tentang Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK). Oleh itu, murid mampu mengamplikasikan pengetahuan digital dengan kehidupan seharian. Sebagai contoh, murid tahu menilai tentang sesuatu yang mencurigakan. Dengan itu, salah satu FPK iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dapat digapai kerana dapat memantapkan penguasaan digital dalam kalangan murid sejajar dengan Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia. 42Fokus Cabaran: Ancaman Keselamatan Siber FPK: melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan Sistem Pendidikan: Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia


Ohhh! sekarang saya faham. Bangganya saya dengan perjuangan para tokoh negara! mari saya ringkaskan maklumat yang saya dapati pada hari ini! 43


Sebelum penjajahan British Semasa penjajahan British Selepas Merdeka Lebih kepada unsur keagamaan Mengawal sekolah vernakular cina yang dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri Memberi pendidikan yang sama rata kepada semua rakyat Tujuan untuk melahirkan pelajar yang bermoral dan berilmu dari aspek keagamaan Memberi sokongan kepada sekolah rendah Tamil yang disediakan oleh pemilik estet Menggalakkan perpaduan - Mewujudkan jurang di antara kaumkaum di Malaysia Melahirkan rakyat yang berintelektual Banding beza Tujuan Sistem Pendidikan: 44


Rumusan Aspek yang ditambahbaik untuk menghadapi IR 4.0: Laporan Cheesman 1946 Menambah elemen sekolah pertukangan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menyalurkan kreativiti melalui hasil kerja. Laporan Barnes 1950 Pembinaan sekolah vokasional moden yang bersesuaian dengan perkembangan semasa dan keperluan industri. Penggunaan dua bahasa (Pelajaran bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris manakala bahasa Inggeris diwajibkan di sekolah Melayu untuk melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran bahasa yang pelbagai). Laporan Fenn-Wu 1951 45


Ordinan Pelajaran 1952 Penubuhan sekolah menengah vokasional untuk memberi pendidikan yang lebih tinggi kepada murid supaya dapat memajukan industri tempatan. Penyata Razak 1956 Mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan untuk mendapati cabaran pendidikan masa depan. Laporan Rahman Talib 1960 Pendidikan akhlak dititiberatkan supaya masyarakat bukan sahaja berjaya mengikut arus permodenan malah akhlak turut terpelihara. Rumusan Aspek yang ditambahbaik untuk menghadapi IR 4.0: 46


Click to View FlipBook Version