PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
MPU21032
TAJUK:KEUNIKAN ADAT RESAM DI
MALAYSIA
PENSYARAH:PUAN MARHAYU BINTI
ABDUL JAMAI
NAMA KUMPULAN: KDZN TEAM’S
AHLI KUMPULAN:
- MUHAMMAD NAFIS PUTRA
-MUHAMMAD ZIKRY
-KHAIRINA
-NUR DINA ARIESHYA
KONSEP BUDAYA
SUATU CARA HIDUP
YANG DIAMALKAN OLEH
KUMPULAN TERTENTU
DAN MELIPUTI SISTEM
SOSIAL,SUSUNAN
ORGANISASI;
-EKONOMI
-POLITIK
-ADAT RESAM
-AGAMA
-KEPERCAYAAN
-SIKAP DAN NILAI
Konsep adat
Adat merupakan satu peraturan yang sudah
diamalkan sejak dahulu kala , turun temurun
dalam sesebuah masyarakat . Ia akhirnya
menjadi hukum dan peraturan yang mesti
dipatuhi
Adat digunakan untuk keseluruhan pola
tingkah laku yang telah dibentuk oleh tradisi
dan disemat dalam jiwa raga sesuatu
masyarakat. Di mana sebelum sesuatu
tingkah laku itu menjadi adat dan tradisi ,
tingkah laku tersebut mestilah
diperakui,diamalkan dan seterusnya
diperturunkan kepada generasi berikutnya”
KEUNIKAN
ADAT RESAM
DI
MALAYSIA
-PENGENALAN ADAT RESAM DI MALAYSIA-
-Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan kaum
yang terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu Cina dan
India.Kepelbagaian kaum dan sejarah yang panjang menjadikan
Malaysia sebagai negara yang unik dengan latar budaya yang
berbeza.Mereka bebas mengamalkan adat resam dan
kebudayaan sendiri tanpa halangan selagi ianya tidak
menimbulkan sensitivity mana-mana kaum.
-DEFINISI ADAT-
-Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan adat sebagai peraturan
yang sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dalam
sesuatu masyarakat (sehingga ia menjadi hukum dan peraturan yang
harus dipatuhi) .Peraturan ini menjadi kebiasaan dan tabiat semulajadi
manusia.Ianya menjadi satu kemestian yang perlu diikuti dari generasi
ke generasi yang lain agar dapat dikekalkan tradisi sesuatu kaum.Adat
merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti kelahiran,perkahwinan dan
kematian.
-ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU-
“’Biar mati anak , jangan mati adat’’ merupakan
peribahasa melayu yang menggambarkan
kepentingan adat masyarakat melayu.Peribahasa ini
bermaksud orang yang kuat berpegang kepada
adat.Tingkah laku dan kepercayaan dalam adat
resam masyarakat melayu dipengaruhi oleh budaya
luar yang disesuaikan mengikut unsur-unsur islam
yan dibenarkan oleh syariat islam.
-ADAT RESAM MASYARAKAT CINA-
Masyarakat cina mempunyai adat resam dan budaya yang
agak unik. Kehidupan harian mempengaruhi oleh
persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka
banyak bergantung kepada nasib dalam pelbagai perkara ,
tukang tilik mempunyai peranan besar sebagai pakar rujuk
dalam hal-hal kelahiran,perkahwinan dan kematian.
-ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA-
Orang india Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari
india. Kebanyakan mereka dating ke Malaysia semasa zaman
penjajahan British di tanah melayu ,namun sumber-sumber
sejarah membuktikan bahawa kaum india tiba di Malaysia sejak
zaman keagungan Dinasti chola.Kini,kaum ini merupakan kaum
ketiga tersebar di Malaysia selepas kaum Melayu dan Cina.
ADAT KELAHIRAN MASYARAKAT MELAYU
PENGENALAN
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi
setiap pasangansuami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya
beragama Islam, adalah dipercayaisetiap anak yang dilahirkan
mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiapkelahiran itu
perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu
banyakmengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun
temurun. Ia merangkumiperingkat sewaktu mengandung, bersalin dan
selepas lahir.
Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian uta
ra Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali
sebagai Mandi Tian.
Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika
kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.
Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan ya
ng mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulk
an kedudukan bayi di dalam perut.
Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam
wanita hamil tadi.
Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.Seterusnya adat
mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan.
Sebiji telur diselitkan di kain basahan iaitu di bahagian
Perutnyadan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu didudukkan di
atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam.
Kemudianair buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan
atau dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersali
n.
Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan an
ak yang bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yangcantik.
Setelah acara itu selesai bidan akan membentangkan ketujuh-
tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain
Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kainkain tersebut.
Bidan akan mengurut ibu yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa
atau minyak urut.Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu
menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus
ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali.
Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke
atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebalikn
ya. Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut
pada perut wanita hamil itu.
Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan bes
erta dengan peralatan upacara tadi.
Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu
yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru.
Sewaktu Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan
oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ke
tika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari.
Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga
sepuluh hingga dua belas bulan yang
dipanggil bunting kerbau.
Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan dig
antung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-
tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi b
agi mengelakkan gangguan makhluk halus.
Di samping itu juga,terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan s
emasa menyambut kelahiran ini.
Potong Tali Pusat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jamp
i dan serapah lalu disemburkan dengan daun sirih.
Selepas bayidibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan meng
gunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu
ringgit.
Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin ema
s. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur
dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api
sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.
Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di keduadua belah teling
anya manakala bayi perempuan akan diqamatkan.
Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan upacara in
i. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan
berunsur keagamaan.
Membelah/Mulut
Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia j
uga terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan
sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan membacak
an surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas.
Ia diikuti dengan langkah mencecap atau merasakan sedikit air ma
du atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang
dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir ter
sebut. Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan.
Namun demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyara
kat Melayu hari ini.Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah b
ersalin
mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan. Sekira
nya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami b
entan
atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung s
elama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ad
a juga
yang berpantang selama seratus hari.
Tempoh Berpantang
Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang m
akanan mengikut kehendaknya atau berbuat apa-
apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara makanan y
ang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan di se
luruh
anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta me
makan ikan yang mempunyai sengat seperti ikan keli, sembilang d
an
baung kerana ia boleh menyebabkan bias-
bisa pada badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi den
gan ikan haruan
yang dibakar, direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.
Bertungku
Selama berpantang mereka diberi makan ubat-
ubat tradisi dan bertungku. Bertungku dipercayai dapat membantu
perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku diperbuat
dari
batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut de
ngan kain yang di lapik dengan beberapa helai daun yang tebal sep
erti
daun lengkuas yang dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tung
ku di samping berfungsi sebagai ubat.Tungku akan dituam pada ba
hagian
perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi masalah kesakit
an selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutn
ya
dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai b
engkung. Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi peru
t buncit
atau pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi kesel
esaan kepada wanita selepas bersalin.
Selepas lahir
Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan.
Tanggal Pusat/Cuci Lantai
Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh s
eminggu. Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan.
Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi b
ayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tid
ur di samping ibunya. Adat ini seelok-
eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.
Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.
1. Nasi kunyit dan lauk-lauk
2. Seekor ayam hidup
3. Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang
4. Hadiah untuk bidan sepersalinan
Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selep
as itu bidan akan memulakan jampi serapahnya sambil memegang
ayam dengan cara mengais-
ngaiskan kaki ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin. Seter
usnya lantai itu akan dibersihkan. Mak bidan akan menjalankan ke
seluruhan upacara ini.
Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut dan dibeda
k. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta sedi
kit wang akan dihadiahkan kepada bidan tersebut.
Memberi Nama
Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempun
yai maksud yang baik kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lela
ki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala untuk bay
i perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.
Cukur Rambut/ Potong Jambul
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut di
panggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat d
iadakan
pada hari tersebut.
Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disedia
kan.Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang
berisi air tepung tawar,beras kunyit dan bertih.Sebiji kelapa muda
dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-
kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan di
ganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa itu diletakkan di d
alam
sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan melilit
kan rantai emas atau perak di kelillingnya.Pada hari itu, bayi dipak
aikan
dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas den
gan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi sete
rusnya
dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil be
rselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit da
n bertih.
Para hadirin secara bergilirgilir akan menggunting sedikit rambut
bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi.
Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah
dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya.
Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara menggunting, pihak
perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-
dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut
dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh
melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan k
e dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halam
an
rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai m
emperingati masa anak itu dilahirkan.Lazimnya, semasa adat ini
dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah memb
awa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh sele
pas
anak dilahirkan. Orang Islam yang berkemampuan disunatkan men
yembelih ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau sebagai aki
kah
anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali sa
haja seumur hidup. Terdapat syarat-
syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan jumlah ter
nakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi
lelaki
akikahnya ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi
perempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai permulaan kebaj
ikan dan
kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan pada ha
ri ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat m
encukur
rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pa
da hari yang lain.
Naik Buai
Adat ini merupakan satu-
satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan di k
alangan masyarakat Melayu hari ini
Upacara ini dilangsungkan dalam
suasana penuh meriah terutama sekali jika sesebuah keluarga itu ba
ru mendapat anak atau cucu sulung.Semasa upacara ini dijalankan
bayi
tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan kain
songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-
bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik pe
rlahan-
lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau ma
rhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterus
nya
bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan
ini. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serenta
k
dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.
ADAT KELAHIRAN MASYARAKAT CINA
SEWAKTU MENGANDUNG
-Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang
diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa
mengandung dan juga selepas bersalin untuk
memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak
ditimpa kejadian buruk seperti keguguran,
kecacatan atau kematian. Wanita-wanita
masyarakat Cina yang mengandung sentiasa
diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-
tanduk dan kegiatan seharian mereka.
-Dalam masyarakat Cina ibu mertua
bertanggungjawab menjaga wanita mengandung
dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga
amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak
lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka
melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak
perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat
sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin,
mereka dianggap menjadi milik keluarga
suaminya.
SEBELUM KELAHIRAN
Dilarang Memaku
Wanita cina yang mengandung dilarang
daripada melakukan kerja-kerja yang berat
seperti memaku kerana bimbang anak yang
dikandung akan menjadi cacat kerana
terkejut.
Menjaga Tingkah Laku
Wanita yang mengandung hendaklah
menjaga tingkah laku sepertu tidak
mengeluarkan kata-kata yang kesat dan
dilarang sama sekali memukul binatang
kerana risau anak yang dikandung akan
terkena badi.
Hindari Masalah
Wanita yang mengandung dielakkan
daripada memikirkan masalah yang berlaku
tidak kira masalah keluarga atau suami
kerana risau anak yang dikandung akan
terganggu dengan permasalahan tersebut.
Pemakanan
Wanita yang sedang mengandung dilarang
daripada makan makanan yang tajam
dengan kerap seperti "nenas" dan ''mangga'
kerana akan menyebabkan anak yang
dikandung menjadi besar dan menyukarkan
proses kelahiran nanti.
Dilarang Menggosok Perut
Wanita yang mengandung dielakkan
daripada menggosok perut terlalu kerapa
kerana bimbang anak akan menjadi manja.
SELEPAS KELAHIRAN
Wanita yang telah bersalin hendaklah
berpantang selama 40 hari.
Selain itu,mereka hendaklah memakai
pakaian dan stoking yang tebal kerana
bimbang akan masuk angin.
Disamping itu,mereka juga dielakkan
daripada mandi dan membasuh rambut
dengan menggunakan air sejuk kerana risau
akan masuk angin.
Seterusnya ialah mereka juga dilarang
daripada melakukan kerja-kerja yang berat
kerana takut rahim akan menjadi kendur.
Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit
dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan
untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin
dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi
yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi
masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan
menjalani kehidupan yang senang pada masa
depan.
-Manakala pusat yang tersembul dikaitkan
dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru
lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh
orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan
telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal
menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat
Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih
daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan
menjadi nakal dan tidak mendengar kata.
Dari segi pemakanan, masyarakat Cina
menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada
beras yang diperam dalam masakan mereka.
Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam,
halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan
panas dan pedas ini dipercayai dapat
mengeluarkan angin daripada badan wanita
yang bersalin disamping menguatkan semula
tenaga.
Kenduri
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina
juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila
bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang
berbentuk bulat berwarna merah dan kuning
yang berintikan kacang dan tau su serta telur
yang diwarnai merah kemudiannya diberikan
kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka
yang mendapat kuih dan telur ini akan
membalasnya dengan membawa hadiah berupa
pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.
Mencukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina
juga mengamalkan adat mencukur rambut
Mereka mencukur rambut bayi kerana
beranggapan rambut bayi yang dilahirkan
adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh
semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk
menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai
pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke
dalam masyarakat.
Memberi Nama
-Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang
dimulai dengan nama keluarga. Patah kata
kedua mewakili nama segenerasi di kalangan
adik-beradik dan sanak-saudara.
-Nama ketiga pula merupakan nama bagi
panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik
perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan
Yang serta dibuat mengikut perhitungan
matematik Cina. Terdapat lima aspek penting
yang perlu diberi perhatian dalam memberi
nama bayi yang baru lahir.
- Nama yang diberi haruslah mengandungi
maksud yang baik seperti lambang kekayaan,
kemewahan dan kesejahteraan.
-Bunyi nama mestilah sedap didengar.
- Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan
matematik iaitu angka yang terhasil tidak
bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.
-Nama yang diberikan patut mempunyai
timbangan unsur Yin dan Yang yang sama
berat.
-Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu
emas, air, api, tanah dan kayu serta saling
melengkapi.
-Oleh yang demikian, nama seseorang bayi
harus disusun secara seimbang yang
mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan
memberikan nama yang baik juga akan
mempengaruhi perjalanan hidup seseorang,
samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat
kesejahteraan.
ADAT KELAHIRAN MASYARAKAT INDIA
1) Upacara
aarati(sireh)
-dulang yang mengandungi serbuk kunyit,kapur sirih
yang dicairkan,arang,sirih dan kapur barus yang
dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut
arah jam dan juga lawan jam
-dulang juga dilambai sebanyak tiga kali
-para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke
dalam dulang dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak
-setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah ,isi
dulang aarati dibuang
2) Mandi selepas
bersalin
-dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan
menggunakan air suam yang kandungannya dicampur
dengan bahan-bahan herba bagi mengelakkan penyakit
sawan dan demam kuning. Susu digunakan juga untuk
melembutkan kulit bayi
-selesai dimandikan ,bayi ditonggengkan dengan
mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk
bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak
-bayi diasapkan dengan asap kemenyan dan disapu
dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya
tidak dijangkiti ruam
-bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk
meluruskan anggota badan bayi
3) Mendodoi bayi
-merupakan upacara yang paling penting dalam
masyarakat India juga dikenali sebagai taalaattu
bermaksud penggoyangan lidah
-upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariro atau
cerita-cerita nasihat supaya bayi menjadi seorang yang
berguna
-sekarang semakin kurang dilakukan dan hanya
diamalkan oleh generasi tua sahaja
4)adat vaalaikappu
-adat yang dilakukan ketika kandungansulung wanita
hamil menjangkau usia tujuh hingga Sembilan bulan
-wanita hamil akan dipakaikan sebentuk gelang tangan
baru yang dikenali sebagai
suulkappu”suul”bermaKsud kandungan ibu dan
“kappu”bermaksud perlindungan
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT
MELAYU
Adat Merisik dan Meminang Dalam budaya Melayu, adat merisik
merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang melibatkan
pertemuan antara wakil kedua pihak. Tujuan adat ini dilakukan adalah
untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu
masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu
dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga
bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Proses merisik
dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama
baik kedua belah pihak. Beberapa kriteria yang selalu menjadi perhatian
dalam proses risikan seperti paras rupa, sopan santun, tahap pendidikan
dan sebagainya. Amalan risik-merisik ini adalah sebahagian dari proses
khitbah atau meminang. Islam mengharuskan merisik atau menyiasat
gadis yang bakal dijadikan isteri. Makna meminang (khitbah) dari segi
istilah agama bererti melahirkan hasrat ingin berkahwin dengan
seseorang wanita tertentu dan perkara ini dinyatakan kepada wanita
berkenaan atau walinya. Sabda Rasulullah SAW. : “ Wanita itu
dikahwini kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya,
kecantikannya dan agamanya. Pilihlah wanita yang mempunyai agama,
nescaya kamu akan beruntung.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
Disyariatkan bagi lelaki untuk mengenal rupa calon isterinya dengan
melihatnya secara langsung. Rasulullah SAW bersabda, “ Apabila salah
seorang dari meminang wanita, maka jika dia dapat melihat kepada apa
yang dapat mendorongnya untuk mengahwininya, hendaklah dia
lakukan.” (HR. Abu Dawud) Dalam Islam melihat bakal suami dan
bakal isteri adalah sunat kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah
berumah tangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah
muka dan kedua-dua tangan sahaja. Hadis Rasulullah SAW. berkenaan
merisik (melihat tunang): “Daripada Abu Hurairah RA berkata, sabda
Rasulullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan
seorang perempuan: Adakah kamu telah melihatnya? Jawabnya tidak
(kata lelaki itu kepada Rasulullah). Pergilah melihatnya supaya
perkahwinan kamu terjamin berkekalan.” (HR. Tarmizi) Setelah selesai
adat merisik dilakukan, adat peminangan pula dijalankan. Peminangan
adalah permulaan proses perkahwinan dan merupakan suatu ikatan janji
pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan
mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Pemberian
seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda
ikatan pertunangan.
Majlis Akad Nikah
- Akad nikah merupakan satu acara penting dalam perkahwinan
masyarakat Melayu. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran
agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan.
Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada
pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja (hantaran), mas
kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua
belah pihak.
Adat Persandingan
- Bersanding bermaksud duduk bersebelahan di satu tempat yang
istimewa. Amalan ini dianggap kemuncak majlis perkahwinan dalam
adat resam perkahwinan orang Melayu. Tujuan asal majlis bersanding
ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari
kepada orang ramai. Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai
pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang
ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah
pasangan raja sehari.
Adat Berandam (berhias) Perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis”
mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar dilarang sama sekali
dalam Islam malah ianya adalah haram. Mafhum hadis SAW.: “Allah
melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan
yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan
bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya
supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah”. (HR. Muslim)
Sementara itu, sejak akhir-akhir ini telah timbul satu fomonena baru di
mana juru andam atau lebih dikenali sebagai mak andam yang terdiri
dari kaum lelaki lembut atau lebih glamour dipangggil ‘mak nyah’. Hal
ini jelas bertentangan dengan syariat Islam kerana aurat perempuan tidak
boleh dipertontonkan kepada orang yang bukan muhrim. Kenduri
Kahwin (Walimatul Urus) Perkataan walimah bermaksud kenduri
semata-mata. Tetapi dari sudut amalannya, ia bermaksud kenduri
kahwin sama ada diadakan oleh pihak pengantin perempuan atau pihak
pengantin lelaki. Biasanya kenduri kahwin dalam kalangan masyarakat
Melayu, dianggap sebagai acara kemuncak untuk kedua mempelai yang
mempunyai tujuan-tujuan tertentu seperti meraikan kedua-duanya yang
ditabal menjadi raja sehari, memperkenal kedua mereka kepada sanak
saudara dari kedua pihak dan matlamat akhirnya juga merupakan tujuan
kenduri itu digalakkan
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT
CINA
PENGENALAN
- Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik
tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.
Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan
melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada
satu generasi kepada generasi yang lain.
Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan
diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga,
pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap
tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan
oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur sama
ada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu
perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi
kebebasan untukmemilih pasangan masing-masing. Pada
asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi
peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis
perkahwinan.
Merisik
Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang
gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat
tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si
gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang
berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada
lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan
rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian
masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan
tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain.
Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat
Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua
belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan
perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga
dan asal keturunan.
Meminang
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang
keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan.
Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi
membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu
pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan
wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja
dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai.
Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan
menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui,
diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibubapa pihak
lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan
segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-
dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk
berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.
Bertunang
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina
dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua
pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk
penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu
Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang
tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan
akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin
lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan
permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa
yang ditetapkan . Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-
dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi
membuktikan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan
sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis,
umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik.
Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan
persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan
diberikepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama
tentang dirinya.Tukang tilik akan menghitung hari dan masa
yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada
sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika
menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan
berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat
tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua
keping nyik-kor dandiberikan kepada lelaki dan perempuan
yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi
peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua
bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu. Hantaran dan
mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar
cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat
perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran
Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas,
sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak
lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada
pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi.
Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin
perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan
dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina,
semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi
martabat dan kedudukan pihak lelaki.
Majlis Perkahwinan
-Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun
bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh
kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan
sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga
bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan
pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari.
-Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu
orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari
perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki
dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu
memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada
kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap
pakaian dihias dengan pelbagai aksesori.
-Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah
atau kuning. Adalah dilarang memakain baju hitam, biru
dan kelabu kerana dipercayaiwarna-warna tersebut
melambangkan kematian dan kesedihan.Seterusnya
pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin
perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan
perempuan akan duduk bersama buat kali pertama.
- Mereka akan diiringioleh pengiring masing-masing.
Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan diatas
pelamin yang telah disediakan diruang tamu. Selepas
acara bersanding,pasangan pengantin akan dibawa
bertemu ahli keluarga masing-masing.
-Pengantinlelaki akan memperkenalkan keluarga dan
sauadara maranya kepada isterinya dan begitulah
sebaliknya.
- Di samping itu juga kedua pengantin akan meminta
restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam
masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat
penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi
masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang
tersendiri.
- Adat ini melambangkan penerimaan pasangan
pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami
di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin
akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara
pihak lelaki.
- Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara
minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat
Cina hari ini. Kemuncak upacara perkahwinan
masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan
makan.
- Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran
samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu
yang datang akan membawa Ang-pau sebagai hadiah
kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama
kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah
mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak.
-Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan,pasangan pengantin
akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat
Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT
INDIA
1)MERISIK
Merisik atau lebih dikenali melihat bakal pengantin
merupakan adat tradisi bagi masyarakat India dan juga
masyarakat lain. Ianya bertujuan untuk meihat atau sinonim
dengan ‘meninjau’ keadaan bakal pengantin yang menjadi
idaman si teruna. Meninjau keadaan si pengantin disini
bererti memastikan status atau keadaan semasa gadis
berkenaan serta berkenal-kenal dengan sikap dan kemahiran
yang dimiliki olehnya. Hal ini kebiasaanya diuruskan oleh
pihak ibubapa si lelaki yang lebih berpengalaman dalam
menilai seseorang untuk dijadikan pasangan hidup.
Kata-kata pujangga “tak kenal maka tak cinta”.
Jika mengikut tradisi kaum India, masa untuk bertandang ke
rumah pihak perempuan dirahsiakan namun, dewasa ini hal
sebaliknya berlaku. Adat ini sebenarnya wajar diteruskan
oleh generasi masa kini agar tidak ditelan dek zaman
disamping kelebihannya yang baik bagi semua pihak.
Sesuatu perkara haruslah bermula dengan baik barulah ianya
berakhir dengan baik. InshaAllah, adat dan budaya yang
diperkenalkan oleh ‘orang lama’ adalah untuk kesejahteraan
bagi masyarakat mereka. Jika adat merisik ini dikekalkan,
maka proses untuk berkenal-kenalan dengan pilihan hati
pasti menemui kepuasan bagi kedua-kedua belah pihak.
Selain itu, dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu
diberi tumpuan seperti faktor etnik. Contohnya, eturunan
etnik, kasta(taraf kedudukan) dan kepercayaan agama.
Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan
status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap
pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan
latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya
maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari
pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi
sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah
yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam
kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah
diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.
2) KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN
Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal
pengantin akan mengunjungi rumah bakal pengantin
perempuan untuk melihat
Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin
perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan
calon isterinya.Seterusnya ialah mengkaji kecocokan antara
kedua-dua bakal pengantin. Adat penyesuaian bakal
pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartal
dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak
terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil
kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal
pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu.
-Gana Porutham - pasangan perlu dipadankan mengikut
kesesuaian perangai (rohani dan keserasian mental). Terdapat 3
jenis ganams: deva, manusha, Rakshasa. orang Deva Ganam yang
penyayang, baik hati hati, watak yang baik. Manusha Ganam
orang akan memaparkan kualiti yang baik dan buruk. orang
Rakshasa Ganam kurang ajar, agresif dan kasar.
-Mahendra Porutham - Ia mewakili kekayaan, anak-anak,
panjang umur dan kesejahteraan. Jika tidak ada Dinam dan Rasi
poruthams athipathi, dan jika mahendra Porutham ada, maka yang
ini sudah memadai.
-Yoni Porutham - Ia bermaksud keserasian dalam perkara seks.
Jika ia tidak baik, maka perkahwinan itu tidak boleh dilakukan.
-Rasi Porutham - Ini adalah mengenai keserasian tanda-tanda
zodiak. Ia mengenai keserasian mental pasangan. Ia mewakili
perpaduan pasangan, pertikaian dan keredaan suami isteri,
masalah daripada kanak-kanak.
-Rajju Porutham - Ia adalah faktor yang paling penting yang
perlu dipertimbangkan dalam membuat perlawanan. Ia
menceritakan tentang panjang umur suami. Rajju mewakili sutra
mangal diikat dan menandakan bala mangalya atau
kekuatan.Rajju dosham berlaku apabila bintang kelahiran
daripada lelaki dan wanita itu menunjukkan Rajju. Rajju yang
sama perlu berbeza bagi kedua-dua lelaki dan wanita.
-Rasi Athipathi Porutham - Ia merujuk kepada bintang
kelahiran dengan tuan-tuan mereka dalam lelaki dan wanita
horoskop, yang perlu dalam persahabatan antara satu sama lain
untuk perlawanan serasi yang baik. Jika mereka tidak berada
dalam persahabatan, perkahwinan itu tidak akan bertahan. Tetapi
jika mereka berkawan perkahwinan itu akan berlangsung
sepanjang hayat.
-Stree Dheerkha Porutham - Ia menceritakan tentang jangka
hayat wanita dan juga mengatakan sama ada dia akan mati
sebelum suaminya di usia tua. Ada yang mengatakan ia
menunjukkan kemakmuran dan kesejahteraan pasangan
perkahwinan selepas perkahwinan.
-Vasiya Porutham - Ia menceritakan tentang tarikan dan
penyesuaian antara pasangan itu. Tidak akan saling mencintai dan
pelarasan antara pekongsi dengan perangai yang tidak dapat
dipisahkan.
-Vedha Porutham - Vedha bermakna penderitaan. Ia
menceritakan tentang kekurangan kasih sayang antara pasangan
itu. Oleh itu, apabila birthstars daripada lelaki dan wanita adalah
Vedha atau menentang antara satu sama lain, maka horoskop
tidak sepadan dengan baik. Jika ada persetujuan antara kedua-
dua, maka ia wad off semua kesengsaraan dalam kehidupan
berkahwin.
3) PROSEDUR IKAT JANJI(NICCAYAM)
Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah
pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan
dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa
beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-
bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk
diberikan kepada wakil perempuan.
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji
bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal
pengantin perempuan.
Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada
orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin
akan menukar sirih pinang.
4) ADAT PARISAM
Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan
lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan
parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari
yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan
dilangsungkan.
Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis
pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan
beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini
perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja
dan mereka dipanggil cumanggali.
Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan
dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin
perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari
dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin
perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit
sebagai meminta restu daripada tuhan.
Perkahwinan akan diadakan.Selepas perkahwinan, terdapat
beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India
selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat
tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke
rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas
mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri.
Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke
rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa
itu, ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua
pengantin dengan mengadakan jamuan.
Bertunang dan sembahyang
Adab menyuap Kanl Kandle
Sami memberikan Ku'gumen
5) Thaali atau tjirumaangalyam
Merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan
pada leher kedua-dua pengantin iaitu lelaki dan perempuan.
Pada Thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu
dengan kunyit.Terdapat pelbagai jenis Thaali
yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath
Thaali, pottut Thaali,tenant thaali dan sebagainya.
Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan
masyarakat India.
Adat penyediaan Thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan
hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan
membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa
dan bayaran upah untuk pembuat Thaali. Ini adalah untuk
memastikan tukang Thaali mengetahui hari yang sesuai
untuk membuat Thaali.
Tiga hari sebelum perkahwinan, Thaali akan diambil dan
diletakkan di tempat sembahyang atas
suruhan pembuat Thaali. Pihak pengantin adalah dilarang
untuk tawar –menawar dengan perkhidmatan yang
dilakukan oleh pembuat Thaali. Selepas itu upacara
sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai
Thaalippadaiyal . Dalam upacara itu, bubur manis dan nasi
manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk
pasangan pengantin.
Secara umumnya Thaali tidak diwajibkan diperbuat
daripada emas. Ini kerana Thaali masih boleh dibuat
daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak
dicuri orang.
6)Mukuurtta Kaal
Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan
dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari
yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk
menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda
dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal.
Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan
mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.
Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai
menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah
tersebut.
Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit
dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin
akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat
dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan
dibersihkan serta dibuang kulitnya.