Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan
menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu
tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu
diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain
bewarna merah.
Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-
bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut
sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang
dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan
tersebut.
Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu
dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama
pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai
lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya
adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah
pengantin lelaki.
7. Upacara Perkahwinan
Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui
perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal
hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan
dalam masyarakat India iaitu (1) Vaitikat Thairumanam,
(2) Tamil Thairumanam dan (3) Diya Thairumanam yang
mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan
aspek suku kaum.
Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam
(ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan
lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa
ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan
perkahwinan.
Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang
lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum
hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak
dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari
perkahwinan.
8. Selepas Majlis Perkahwinan
Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan
berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua.
Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai
acara menyarung cincin.
Pengantin lelaki akan mengalungkan Thaali yang
diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan
hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin
perempuan hingga aras dada.
Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau
mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan
menyapu debu suci pada dahi pengantin.
Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara
perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan
hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk
melangsungkan perkahwinan, pengertian Thaali, valatu
kal, pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada
pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan
perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan .
beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India
selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat
tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke
rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas
mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri.
Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke
rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa
itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua
pengantin dengan mengadakan jamuan.
Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya
akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam
akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya
upacara perkahwinan.
Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa
kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada
mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.
Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas
upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan
dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada
para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan,
makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali
daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.
Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara
serta sahabat handai.
·Amalan-amalan/ritual yang dilakukan
·Pakaian tradisional semasa upacara
persandingan/perkahwinan
·Juadah kuih muih utama/hantaran pihak lelaki/perempuan
·Hiasan dalaman dan luaran tempat upacara
perkahwinan/persandingan dll
·Pantang larang jika ada yang berkaitan dengan adat resam
perkahwinan
Gambar/rakaman audio-visual upacara yang berkaitan
dengan perkahwinan
·Analisis/refleksi kendiri tentang adat resam istiadat
perkahwinan tersebut
Maksud Thali
“benang yang melambangkan kesempurnaan dan juga
adalah simbol perkahwinan masyarakat yang beragama
Hindu
ADAT KEMATIAN MASYARAKAT
MELAYU
-Pertamanya,semasa berlakunya kematian,
keluarga si mati akan menghebahkan kematian
kepada imam atau siak yang berada di masjid
seterusnya masyarakat sekitar.
-Hal ini bertujuan mendapatkan pertolongan
daripada orang yang lebih arif untuk
menguruskan jenazah si mati.Di samping
itu,untuk menghebahkan kematian si mati.
-Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah
rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala
hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya
dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua
tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan
ditindihkan atas tangan kiri ke dada.
-Orang yang menziarah si mati akan
menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada
kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan
sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar.
Tambahan pula,Semasa mayat masih berada di
dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan
diadakan. Mayat tersebut juga perlu
dikebumikan secepat yang mungkin.
-Kemudian, mayat akan dibersihkan melalui
upacara mandi wajib(kecuali mati syahid).
- Proses memandikan jenazah hanya akan
dilaksanakan oleh kaum sejantina si mati.
-Biasanya daripada kalangan keluarga si mati itu
sendiri.Ianya meliputi membersihkan seluruh
bahagian badan si mati menggunakan kapur
barus dan mengeluarkan sisa-sisa perkumuhan
dari tubuhnya.
-Ini kerana ianya sejajar dengan tuntutan agama
yang menyatakan bahawa si mati perlu bertemu
dengan tuhannya (Allah S.W.T) dalam keadaan
bersih. Selesai memandikan mayat, jenazah
akan dikafankan. Kafan disini mendukung
maksud membalut badan jenazah dengan aturan
tertentu.
- Proses mengafankan melibatkan penggunaan
kain putih yang mencukupi beserta dengan tali,
juga berwarna putih untuk mengikat seterusnya
mengukuhkan lagi balutan kain kafan tersebut.
-Balutan lapisan bagi mayat lelaki ialh 5 lapisan
manakala mayat perempuan 7 lapisan. Sesudah
jenazah dikafankan, ahli keluarga terdekat dan
muhrim dibenarkan mengucup mayat sebagai
tanda penghormatan terakhir tetapi disyaratkan
air mata tidak menitis pada tubuh jenazah.
-Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam
keranda,seorang wakil atau waris si mati akan
memberi ucapan ringkas dan memohon ampun
dan maaf bagi pihak si mati jika selama
hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap
seseorang.
- Wakil tersebut juga akan meminta supaya
mana-mana hutang si mati yang masih belum
dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si
penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati.
Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat
akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah
keranda tersebut supaya mereka tidak terasa
rindu pada si mati.
-Walau bagaimanapun adat lalu di bawah
keranda ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat
Melayu pada hari ini. Selepas itu jenazah akan
dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke
tanah perkuburan. Kaum lelaki digalakkan
menghantar jenazah hingga ke kubur,
sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan
kerana dikhuatiri akan meratapi kematian
tersebut.
- Tangisan dan ratapan yang berlebihan
terutamanya di tanah perkuburan tidak
digalakkan dalam Islam
Sebelum dikebumikan jenazah akan disolatkan
di masjid atau surau yang berhampiran dahulu
sebelum dikebumikan.
- Selesai sembahyang mayat, biasanya
diedarkan sedekah berupa wang atau benda
contohnya seperti kain pelekat kepada mereka
yang telah menyembahyangkan mayat itu.
-Selesai sahaja solat mayat,mayat dengan
kerandanya itu akan dibawa dan dimasukkan ke
dalam kubur yang disedia.Sebelum ditimbus
kubur itu, siak masjid atau sesiapa akan turun ke
dalam kubur membuka papan tutup keranda itu
dan mengerengkan mayat itu serta membukakan
ikatan di kepala.
- Kepala mayat akan disendal dengan tanah
yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan
di telinganya. Selesai kubur itu ditimbus,
dipacakkan sebatang ranting pohon sebagai
tanda untuk memacakkan batu nesan pada
kemudian hari.
-Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh
lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di
atas kubur sebagai tanda.
Seterusnya upacara membaca talkin dan
membaca doa kepada si mati akan dijalankan
oleh tuan haji, lebai atau tuan alim. Selepas
talkin dan doa habis dibaca, air akan disiram di
atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai
ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian
bunga rampai pula ditabur .
-Biasanya selepas kematian si mati,kenduri
arwah dan doa selamat akan diadakan oleh
keluarga si mati selepas jenazah selamat
dikebumikan.
-Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh,
keempat puluh empat atau keseratus hari.
-Tujuannya adalah untuk mendoakan
kesejahteraan si mati yang berada di alam
barzakh.
-Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan
adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati
dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil
di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari
seseorang itu meninggal dunia.
ADAT KEMATIAN MASYARAKAT CINA
Semasa kematian:
-Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam
yang berkaitan dengan kematian, yang setiap adat itu
mempunyai maksud tersendiri. Apabila berlaku kematian mayat
dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan
terakhir kepada si mati.
-Mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek, bertujuan
untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam
akhirat. Mayat dipakaikan dengan pakaian yang cantik yang
lazimnya dipakai ketika hari perkahwinan.
-Oleh itu, adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina
menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu
meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori lain,
terutamanya wanita.
-Mayat dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada
kayu dengan ukiran menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir
dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan
kedudukan seseorang semasa hidupnya.
-Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara mara dan
sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian
si mati.
-Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati
diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan
perkuburan untuk ditanam. -Lazimnya tangisan perlu diselitkan
dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa.
Kata-kata yang mengungkit keburukan si mati dilarang sama
sekali kerana jika ini berlaku roh si mati tidak akan tenteram dan
si mati akan tersiksa.
- Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang
lebih tua lebih baik dan digalakkan.
-Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang
piutang si mati dengan alasan untuk menenteramkan si mati agar
tidak disoal di alam akhirat.
-Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah berwarna
hitam, lengkap dengan topi.
-Mereka juga memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut
atau sabut dan dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat
diusung dengan menggunakan lori khas beberapa kertas bersalut
logam dicampak sepanjang perjalanan. -Mengikut kepercayaan
masyarakat Cina ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan
pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.
ADAT KEMATIAN MASYARAKAT INDIA
1. Semasa Kematian : Sekiranya seseorang itu telah
meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu.
Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah
lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang
dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih
pinang diletakkan berhampiran si mati. Serbuk suci atau
tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang.
Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan
kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan
seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang
ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang
hidung akan disumbatkan dengan kapas.. Mayat akan
dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di
ruang tamu atau halaman rumah. Selepas dimandikan, si
mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi
mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.
2. Upacara Menanggalkan Thaali : Thaali vaangutal
merupakan upacara menanggalkan thaali semasa
berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga.
Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal
oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia.
3. Upacara Vaaikkarisi : Setelah dimandi dan dihias dengan
cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur
barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau.
Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit
makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan
inilah yang dinamakan vaaikkarisi.
4. Kollic Catti : Kollic catti bermaksud periuk tanah liat
yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan
menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian
hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli
keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung
melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan
anak bongsu untuk ibu. Pembawa Kollic catti atau buyung
dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut
arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan
menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer,
kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga,
pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk
melutut tetapi tidak menghadap mayat.
Biji sawi Bijan
5. Selepas Kematian : Selepas selesai upacara pengebumian,
beberapa adat seperti berikut akan dilakukan seperti
membersihkan rumah, mengumpul abu mayat dan
berkabung.
DILETAKKAN DIATAS KAYU API UNTUK DIBAKAR
PEMBAWA KOLLIC CATTI AKAN MENGELILINGI
MAYAT SEBANYAK 3 KALI MENGIKUT ARAH JAM
Kesimpulan:
Pembentukan masyarakat majmuk di tanah melayu telah
membawa kesan yang besar ke atas struktur kependudukan
di tanah melayu. Kesan ketara ialah ketidakseimbangan
antara kaum berlaku dalam bidang ekonomi,social,budaya
dan politik.
Sebagai rakyat Malaysia saya berbangga dengan negara
saya kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum,pelbagai
adam resam dan perayaan tradisi.Ianya menyebabkan
keadaan negara menjadi aman dan harmoni sepanjang masa
tanpa sebarang konflik yang besar.Ini kerana daripada
perayaan inilah ujudnya rasa perpaduan dalam naluri dan
nurani penduduk negara ini.Tegasnya negara Malaysia
merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri
daripada pelbagai kaum yang pada tanggapan masyarakat
dunia sukar dipadukan dan menyerap sebarang perbezaan
baik agama,budaya, Bahasa dan kepercayaan.
Tambahan pula,dngan adanya dasar-dasar kerajaan dan
rukun negara,kesepaduan dan keharmonian dapat
dicapai.Kesepaduan social boleh ujud dan bercambah
sekiranya semua pihak saling melengkapkan dan menjamin
kelangsungan demi meningkatkan daya tahan dan
keharmonian dalam sesebuah masyarakat majmuk.Proses
perpaduan di negara ini memerlukan Kerjasama dan
kesedaran semua pihak sama ada secara sedar atau tidak
untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dapat
dikekalkan.
Nilai adat resam di Malaysia:
1.Kita perlu mengamalkan nilai hormat menghormati.
2.Kita perlulah bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira
kaum.
3.Kita juga mestilah bertolak ansur terhadap amalan kebudayaan
pelbagai kaum.
TERIMA
KASIH
DARIPADA
KAMI