The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SJH20622 SITI NUURNASURIA BINTI SAIDIN, 2024-03-03 02:25:04

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

BUKU LOG KRS

KAD E T R EMAJA SEK O LAH (KR S) KAD E T R EMAJA SEK O LAH (KR S) BUKU LOG


NAMA PENUH SITI NUURNASURIA BINTI SAIDIN NO. KAD PENGENALAN 031207081090 NO. TELEFON 0198159026 ANGKA GILIRAN 2021152340310 NO.MATRIK P21155679 KURSUS/SEMESTER PISMP - SEMESTER 2 TAHUN 2 OPSYEN/UNIT SEJARAH / SJHK2 AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2021/2026 BIODATA DIRI SITI NUURNASURIA BINTI SAIDIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR ALAMAT NO76, MATANG PASIR, 34300 BAGAN SERAI PERAK. EMAIL [email protected] KURSUS MPU3471a (KOKURIKULUM- UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH I) PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH NO PENDAFTARAN AHLI KRS KRS/NMA4001/21/054/P


ISI KANDUNGAN 1. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Pendaftaran ahli dan kumpulan Kuasa penganjur Struktur unit Pengurusan buku log/folio/laporan aktiviti Tanggungjawab pegawai Pakaian seragam ahli dan pegawai Takwim dan rancangan aktiviti Pengurusan badan unit beruniform secara sistematik dan terancang 2. SEJARAH, PERLEMBAGAAN, STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN I. SEJARAH Sejarah pengasas Sejarah Penubuhan Sejarah penubuhan di Malaysia II. PERLEMBAGAAN Tujuan penubuhan Prinsip-prinsip asas pertubuhan Perlembagaan pertubuhan Lambang dan cogan kata Bendera dan lagu pertubuhan


ISI KANDUNGAN III. STRUKTUR DAN ORGANISASI Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan/negeri/daerah/IPGM/IPGK Struktur dan organisasi peringkat sekolah Fungsi majlis tadbir 3. ORIENTASI KURIKULUM Kurikulum TKRS Perancangan program Skim latihan 4. KAWAD I. ASAS KAWAD KAKI Bahasa hukuman Kawad statik Kawad dinamik II. KAWAD ISTIADAT Istiadat perhimpunan Istiadat naik dan turun bendera


ISI KANDUNGAN 5. ASAS PERTOLONGAN CEMAS Tujuan dan prinsip bantu mula Anduh dan balutan Merawat luka, gigitan dan sengatan serangga Patah dan terseliuh Pemulihan dan pernafasan Teknik usungan 6. SIMPULAN DAN IKATAN 7 jenis simpulan 3 jenis ikatan 7. DISIPLIN DAN KEROHANIAN Ketatanegaraan Kerohanan/ Pendidikan Moral Pengurusan dan gaya diri 8. KEUSAHAWANAN Kraftangan


1.PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN KUASA PENGANJUR STRUKTUR UNIT PENGURUSAN FOLIO/BUKU LOG/LAPORAN AKTIVITI TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEGAWAI TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI PENGURUSAN BADAN UNIT BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG


PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN Keahlian KRS adalah terbuka kepada SEMUA pelajar di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan. Ahli Bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institut pendidikan. KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institut di mana KRS itu ditubuhkan. Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau dihentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/ institusi seperti yang dinyatakan di atas. Yuran Keahlian dikenakan sebagai RM1.00 bagi setiap ahli. Contoh Format Borang Pendaftaran KRS/TKRS


Kad Keahlian KRS dan TKRS catatan: ukuran 6cm x 4 cm Contoh Nombor Pendaftaran Pelajar


KUASA PENGANJUR Penganjur dibahagi kepada empat peringkat: Peringkat Kebangsaan - Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri - Pengarah Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah - Pegawai Pendidikan Daerah Peringkat Sekolah - Guru Besar dan Guru-guru Pembimbing Tanggungjawab Kuasa Penganjur KRS Mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan, bertanggungjawab akan semua peraturan, latihan, ujian dan kemajuan pertubuhannya. Menguruskan pemilihan anggota pasukannya daripada pelajar baru setiap tahun sebagai tambahan kepada pasukannya. Satu daftar keahlian hendaklah disimpan sebagai rekod. Menguruskan yuran pendaftaran persatuan dijelaskan pada awal tahun. Mendapat surat kebenaran mengajar dan nombor pendaftaran daripada pesuruhjaya Daerah/Negeri/Pusat. Menguruskan latihan pasukannya. Pengecualian daripada melaksanakan latihan pada hari yang telah ditetapkan tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran khas daripada Guru Besar. Latihan tambahan pada hari lain itu boleh diadakan dan Guru Besar hendaklah dirujuk dan dimaklumkan. Menentukan apa-apa jua keperluan peralatan yang dikehendaki. Menyimpan fail-fail dan lain-lain butiran/maklumat dan sebagainya berkaitan dengan pertubuhan berkenaan. Menghantar salinan laporan aktiviti ke pejabat untuk fail sekolah. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi pertubuhan masing-masing. Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai pemimpin sekolah atau wakil sekolah.


Platun A Pegawai Waran Ketua Kompeni Penolong Ketua Kompeni Ejutan Platun B Platun C Platun D STRUKTUR UNIT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) KOMPENI (KRS) Satu kompeni gabungan platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar/Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan 4 orang Ketua Platun. Carta Organisasi


Ketua Seksyen STRUKTUR UNIT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) SEKSYEN (KRS) Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan 10 anggota kadet. Penolong Ketua Seksyen 10 Anggota Kadet Carta Organisasi Seksyen Seksyen 1 Pegawai Platun Staf Sarjan Sarjan Platun Seksyen 2 Seksyen 3 PLATUN (KRS) Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet. Carta Organisasi Platun


Platun A Sarjan TKRS Ketua Kompeni Penolong Ketua Kompeni Ejutan Platun B Platun C Platun D STRUKTUR UNIT TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) KOMPENI (TKRS) Satu kompeni terdiri daripada gabungan 4 platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar/Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Sarjan TKRS dan 4 orang Ketua Platun. Carta Organisasi


Ketua Seksyen STRUKTUR UNIT TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) SEKSYEN (TKRS) Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal TKRS dan 10 anggota kadet. Penolong Ketua Seksyen 10 Anggota Kadet Carta Organisasi Seksyen Seksyen 1 Pegawai Platun Sarjan Platun Seksyen 2 Seksyen 3 PLATUN (TKRS) Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan TKRS, 3 koperal TKRS dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet. Carta Organisasi Platun


SISTEM PANGKAT TKRS & KRS IPGM Penyandang Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong PANGKAT - Field Marshal PANGKAT - Penaung KRS Malaysia Penyandang i. Menteri Pendidikan Malaysia ii. Ketua Menteri (Menggunakan Jata Negeri) ii. Menteri Besar (Menggunakan Jata Negeri) PANGKAT - Penasihat Kehormat KRS Malaysia Penyandang i. Timbalan Menteri Pendidikan


Penyandang i. Exco Kerajaan Negeri ii. Ketua Setausaha KPM ii. Timbalan Ketua Setiausaha KPM PANGKAT - Penasihat Kehormat KRS SISTEM PANGKAT TKRS & KRS IPGM PANGKAT - Ketua Pengarah KRS Malaysia Penyandang Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia PANGKAT - Timbalan Ketua Pengarah KRS Malaysia Penyandang Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Penyandang i. Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM ii. Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) PANGKAT - SISTEM PANGKAT TKRS & KRS IPGM PANGKAT - Penyandang i. Pengarah Bahagian di KPM ii. Pengarah JPN iii. Pengarah IPG Kampus IV. Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM V. Timbalan Rektor IPGM i. Pengarah KRS Malaysia ii. Rektor KRS IPGM i. Pengarah KRS Bahagian ii. Pengarah KRS JPN iii. Pengarah KRS IPG Kampus iv. Timbalan Pengarah KRS Malaysia v. Timbalan Rektor KRS IPGM


PANGKAT - SISTEM PANGKAT TKRS & KRS IPGM PANGKAT - Penyandang i. Ketua Pen. Pengarah Bahagian di KPM ii. Ketua Penolong Pengarah KRS JPN iii. Ketua Penolong Pengarah di IPG Kampus IV. Pen. Pengarah (Pasukan Badan Beruniform) BSKK, KPM V. Penolong Pengarah di IPGM vi. Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan KRS Daerah i. Ketua Penolong Pengarah KRS Bahagian ii. Ketua Penolong Pengarah di JPN iii. Ketua Penolong Pengarah KRS IPG Kampus iv. Penolong Pengarah KRS Malaysia v. Penolong Pengarah KRS IPGM vi. Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah i. Timbalan Pengarah KRS Bahagian ii. Timbalan Pengarah KRS JPN iii. Timbalan Pengarah KRS IPG Kampus iv. Ketua Penolong Pengarah KRS Malaysia v. Ketua Penolong KRS IPGM vi. Ketua Pegawai Pendidikan KRS Daerah Penyandang i. Timbalan Pengarah Bahagian di KPM ii. Timbalan Pengarah JPN iii. Timbalan Pengarah IPG Kampus IV. Ketua Penolong Pengarah (Pasukan Beruniform) Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian, KPM V. Ketua Penolong Pengarah IPGM vi. Ketua Pegawai Pendidikan Daerah


PANGKAT - SISTEM PANGKAT TKRS & KRS IPGM PANGKAT - Penyandang i. Penolong Kanan (GPK) Tadbir dan Kurikulum / HEM / Kokurikulum / GPK Petang ii. Pensyarah di IPG Kampus iii. Pegawai Tadbir KRS dan TKRS Daerah, PegawaI Latihan KRS di IPG (ditauliahkan oleh JPN / IPG setelah memenuhi syarat dan hadir serta lulus kursus) i. Timbalan Komandan KRS Sekolah ii. Pensyarah KRS IPG Kampus iii. Mejar KRS i. Penolong Pengarah KRS Bahagian ii. Penolong Pengarah KRS JPN iii. Penolong Pengarah KRS IPG Kampus iv. Penolong Pegawai Pendidikan KRS Daerah v. Komandan KRS / TKRS Sekolah vi. Leftenan Kolonel KRS Penyandang i. Penolong Pengarah Bahagian di KPM ii. Penolong Pengarah JPN iii. Penolong Pengarah IPG Kampus IV. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah V. Pengetua / Guru Besar (Sekolah) vi. Panel KRS Kebangsaan, Sekreteriat KRS Kebangsaan (Pegawai Tadbir KRS Negeri), Sekreteriat KRS IPG


Penyandang i. Guru Kanan Mata Pelajaran ii. Pegawai Latihan KRS di IPG Kampus / Sekolah (ditauliahkan oleh JPN / IPG setelah memenuhi syarat dan hadir serta lulus kursus) PANGKAT - i. Penolong Komandan KRS Sekolah ii. Kapten KRS PANGKAT - Leftenan KRS Penyandang i. Pegawai Latihan KRS di IPG kampus dan Sekolah (ditauliahkan oleh JPN / IPG setelah memenuhi syarat dan hadir serta lulus kursus) PANGKAT - Leftenan Muda KRS Penyandang i. Guru Penasihat KRS dan TKRS di Sekolah / Pelatih di IPG (ditauliahkan oleh JPN / IPG setelah memenuhi syarat dan hadir serta lulus kursus) PANGKAT - Pegawai Kadet Penyandang i. Guru Penasihat KRS dan TKRS di Sekolah / Guru Pelatih di IPG yang belum mengikuti kursus / belum ditauliah


PENGURUSAN FOLIO/ BUKU LOG/ LAPORAN AKTIVITI BUKU LOG Buku catatab rasmi Kandungan: Fakta yang dialami dan dipelajari oleh seseorang anggota KRS Perlu dikemaskini dan diteliti oleh Pegawai KRS / Jurulatih Jemputan FUNGSI BUKU LOG Membantu para anggota untuk membuat refleksi kendiri selepas sesuatu aktiviti dijalankan. Melatih para anggota untuk bersikap bertanggungjawab dalam setiap aktiviti yang dijalankan supaya mampu meningkatkan kualiti latihan dan pengalaman pada diri sendiri dan pasukan. Memupuk nilai-nilai untuk menjadi seorang pemimpin dan pengurus supaya cekap dan bersikap proaktif dalam menjalani tugasan yang diberi. Sebagai bukti dan kebangaan menjalani pelbagai latihan kursus sepanjang menjadi seorang anggota. JENIS BUKU LOG Penulisan Log Pelajaran (Latihan Mingguan) Penulisan Log Harian (Perkhemahan Kursus Ekspedisi Lawatan) TUJUAN PENULISAN BUKU LOG Pengurusan Mengabil perhatian tentang maklumat pengurusan kem. Panduan menjalankan aktiviti seterusnya. Sumber/ ilmu tersebut hanya didapati daripada pengalaman dan perlu dicatat sendiri.


PENGURUSAN FOLIO/ BUKU LOG/ LAPORAN AKTIVITI Rujukan/ Kerjaya Sebagai suatu kerjaya pada masa depan, apabila melanjutkan pelajaran. Bukti rujukan jika menjadi jurulatih TKRS. Kepimpinan Pengalaman dan pelajaran yang dicatat boleh kekkal dalam ingatan. Dapat memperbaiki kelemahan/ kesilapan. Sebagai rujukan dan panduan. KANDUNGAN BUKU LOG Biodata Penghargaan Pendahuluan Nota Penulisan Jadual Kursus Jadual Penulisan Harian (Disertai foto) LAPORAN Komponen-komponen yang terdapat di dalam Laporan Tajuk Negeri Daerah Nama persatuan/ kelab tempat Tarikh Ketua penasihat Bilangan ahli persatuan Bilangan penceramah jemputan Bilangan penasihat Cadangan penambahbaikan Senarai nama jurulatih, penceramah Perserta aktivti terkini Gamabr-gambar semasa aktiviti Tandatangan Tarikh Penulisan Pelajaran Nota Lagu Nota Pertolongan Cemas Kreativiti Carta / Rajah Lampiran Autograf Ulasan Kritis


Pengetua / Guru Besar : Komandan KRS / TKRS Penolong Kanan Kokurikulum : Timbalan Komandan KRS / TKRS Guru Pemimpin : Pegawai Platun Pengerusi : Pegawai Waran KRS / Sarjan TKRS Naib Pengerusi : Sarjan KRS / Koperal TKRS Setiausaha : Koperal KRS / TKRS Bendahari : Koperal KRS / TKRS Ahli Jawatankuasa : Koperal dan Lans Koperal KRS / TKRS Ahli-ahli : Semua anggota KRS / TKRS yang berdaftar di sekolah Pengetua / Guru Besar Penolong Kanan Kokurikulum TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Memberi nasihat, panduan dan bimbingan. Memastikan keselamatan ahli Menjaga kebajikan ahli Menguruskan dan menyimpan rekod-rekod SISTEM PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) / TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) Komandan KRS / TKRS Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan nama panggilan Komandan KRS / TKRS Sekolah. Timbalan Komandan KRS / TKRS Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan panggilan Timbalan Komandan KRS / TKRS Sekolah.


Pegawai Platun TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Wajib menghadiri Kursus Pegawai KRS Tahap 1 dengan lulus dan ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda KRS Telah mengikuti kursus pengurusan peringkat kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan. Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun. Merupakan salah seorang Pegawai Tadbir Negeri atau Ketua Jurulatih Negeri atau Pegawai Istiadat Negeri atau Pegawai Teknikal Negeri atau Pegawai Hal Ehwal Wanita Negeri PEMIMPIN Kenaikan Pangkat Leftenan KRS Telah mengikuti Kursus Pegawai KRS Tahap 2 dan lulus. Kenaikan Pangkat Kapten KRS Telah mengikuti kursus pengurusan peringkat negeri/ kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan. Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun. Kenaikan Pangkat Mejar KRS


Guru penasihat KRS dan TKRS samaada yang bertauliah (mengikuti Kursus Asas Tahap 1) atau belum bertauliah. pangkat yang disandang ialah antara Leftenan Muda ke Leftenan Kolonel bergantung kepada proses kenaikan kenaikan pangkat (lulus ujian kenaikan pangkat). Tanda utama pada pemakaian ialah lanyard single dan lencana kolar tanpa pelapik merah. Pegawai Latihan Pegawai Pengurusan PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN Pegawai yang menjawat jawatan pengurusan tertentu bermula dari peringkat sekolah hingga kementerian. Pegawai Pengurusan KRS di sekolah ialah semua penolong kanan, guru besar/pengetua. Di sekolah menengah bermula daripada ketua bidang. Pangkat KRS disandang secara automatik setelah menjawat jawatan pengurusan tersebut. Tanda utama pada pemakaian ialah menggunakan lanyard anyam dan lencana kolar berlapik merah.


PAKAIAN KRS PAKAIAN PEGAWAI PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN RASMI PEGAWAI LELAKI - PEGAWAI ATASAN KRS PAKAIAN ISTIADAT KRS - NO. 1 PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI


UNIFORM NO.2 - BUSHJACKET (LELAKI) UNIFORM NO.2 - BUSHJACKET (WANITA) PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI


UNIFORM NO.3 (LELAKI) UNIFORM NO. 3 (WANITA) PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI


UNIFORM NO.4 (LELAKI) UNIFORM NO. 4 (WANITA) PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI


UNIFORM NO. 4B (LELAKI) UNIFORM NO. 4B (WANITA) PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI


UNIFORM NO. 3 KADET PUTERA UNIFORM NO. 3 KADET PUTERI PAKAIAN SERAGAM PELAJAR


UNIFORM NO. 4 KADET PUTERA UNIFORM NO. 4 KADET PUTERI PAKAIAN SERAGAM PELAJAR


UNIFORM NO. 4B KADET PUTERA UNIFORM NO. 4B KADET PUTERI PAKAIAN SERAGAM PELAJAR


PAKAIAN AKTIVITI KADET PUTERA PAKAIAN AKTIVITI KADET PUTERI PAKAIAN SERAGAM PELAJAR


UNIFOR NO.3 KADET PUTERA TKRS UNIFORM NO. 3 KADET PUTERI TKRS PAKAIAN SERAGAM PELAJAR


PERANCANGAN TAHUNAN CONTOH TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI Persediaan untuk Pertandingan Kawad Kaki Daerah dan Sekolah Perujian dan Penauliahan Pangkat Kadet Perkhemahan Rombongan / Program Perdana Perancangan Aktiviti Perjumpaan Mingguan 18 kali perjumpaan Perbincangan guru penasihat Pembinaan modul perjumpaan Penting untuk menarik kadet menyertai perjumpaan RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KRS


CONTOH TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI


CONTOH TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI


2. SEJARAH, PERLEMBAGAAN, STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN SEJARAH Sejarah Pengasas Sejarah Penubuhan Sejarah Penubuhan di Malaysia Tujuan Penubuhan Prinsip-prinsip Asas Penubuhan Perlembagaan Pertubuhan Lambang dan Cogan Kata Bendera dan Lagu Pertubuhan PERLEMBAGAAN STRUKTUR DAN ORGANISASI Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan/negeri/ daerah/IPGM/IPGK Struktur dan organisasi peringkat sekolah Fungsi majlis tadbir


SEJARAH PENGASAS KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Pengasas Kadet Remaja Sekolah ialah Allahyarham Muhammad Thani bin Shaaban. Beliau dilahirkan di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang, dan meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menegah Raja Tun Uda, Pulau Pinang. Allahyarham merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Beliau telah berjaya menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru dalam Kursus Perguruan Asas sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan kerjayanya sebagai guru siswazah di Sekolah Menengah Sains Selangor dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Ulu Yam. Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia. Kadet Remaja Sekolah telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam. Matlamat utama penubuhannya adalah melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berilmu, berakhlak mulia dan bersemangat patriotik serta berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menjayakan Wawasan 2020. Penubuhan Kadet Remaja Sekolah secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pelajaran telah diusahakan oleh beliau pada 10 Ogos 1993.


SEJARAH PENUBUHAN KRS Dalam Bulatan Allahyarham Mejar KRS Muhammad Thani Saaban, Pengasas KRS Malaysia bersama Mejar KRS Anuar dan Mejar KRS Ustaz Ahmad Farazilla Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS).


SEJARAH PENUBUHAN KRS DI MALAYSIA Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan .Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur


SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal (sekolah rendah). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006 Barisan Sekreteriat Kebangsaan, Dari Kanan: Lt. Kol. Anuar, Lt. Kol. Ahmad Farazilla, Lt. Kol Wan Mohd Ariffin Bin Wan Hussin dan Lt. Kol. Ali


7. DISIPLIN DAN KEROHANIAN Ketatanegaraan Kerohanan/ Pendidikan Moral Pengurusan dan gaya diri TUJUAN PENUBUHAN KRS & TKRS PERLEMBAGAAN Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


7. DISIPLIN DAN KEROHANIAN Ketatanegaraan Kerohanan/ Pendidikan Moral Pengurusan dan gaya diri PERLEMBAGAAN 1) Disiplin yang kental KRS ditubuhkan bagi melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama. Ia juga membantu dalam menangani masalah salah laku di dalam kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Melalui pendidikan ini, pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi dengan pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa. PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN 2) Pegang teguh kepada agama KRS ditubuhkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentiment beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia. Ia juga melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak beragama serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mesra tetangga. 3) Cinta akan negara Semangat cinta akan negara merupakan antara agenda uatama dalam menubuhkan KRS. Dalam kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. Ia juga memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zaman dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Rukun negara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada pendidikan Unit Beruniform KRS. 4) Sanggup berkhidmat KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Ia juga ditubuhkan untuk membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar dan berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


7. DISIPLIN DAN KEROHANIAN Ketatanegaraan Kerohanan/ Pendidikan Moral Pengurusan dan gaya diri a) Peringkat Kebangsaan Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3 & 4 , Blok E2 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Kuala Lumpur PERLEMBAGAAN 1) Nama dan alamat berdaftar 1.1) Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bagi Sekolah Rendah. 1.2) Alamat berdaftar atau alamat KRS dan TKRS: PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN b) Peringkat Negeri Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan d) Peringkat Sekolah c) Peringkat Daerah Pejabatan Pelajaran Daerah berkenaan Sekolah berkenaan e) Atau di empat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa


7. DISIPLIN DAN KEROHANIAN Ketatanegaraan Kerohanan/ Pendidikan Moral Pengurusan dan gaya diri Ilmu: Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS Amal: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin dirI Iman: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri PERLEMBAGAAN LAMBANG DAN COGAN KATA Warna putih: keikhlasan serta kesucian. Bulan dan bintang: Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi: berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan rehal: peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara Warna hijau: alam sekitar yang sihat. Warna merah: keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. Perisai: benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat Warna kuning: warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. ‘ ILMU IMAN AMAL ’


7. DISIPLIN DAN KEROHANIAN Ketatanegaraan Kerohanan/ Pendidikan Moral Pengurusan dan gaya diri 1.57 -0.34 Video Lagu KRS dengan lirik Sumber: Youtube Cikgu Ikhwan LAGU KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PERLEMBAGAAN BENDERA KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Warna Hijau melambangkan: Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS. Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah


7. DISIPLIN DAN KEROHANIAN Ketatanegaraan Kerohanan/ Pendidikan Moral Pengurusan dan gaya diri “Bahawasanya kami Kadet Remaja Sekolah Malaysia Berjanji dan bersedia Akan menyemai semangat patriotik Tetap berdisiplin, Berakhlak mulia , Berilmu Beriman dan beramal Kami juga akan memupuk Semangat keusahawanan, Mencintai alam sekitar Mempunyai ketahanan mental dan fizikal Bersedia berkhidmat untuk masyarakat Demi agama, bangsa dan negara Serta mendukung rukun agama dan rukun negara Sepanjang masa kami Menjadi ahli kadet” PERLEMBAGAAN IKRAR KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


Click to View FlipBook Version