The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SJH20622 SITI NUURNASURIA BINTI SAIDIN, 2024-03-03 02:25:04

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

BUKU LOG KRS

KAWAD DINAMIK TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN DAN CEPAT JALAN SEMASA PERLAHAN JALAN Hukuman:"Tukar langkah masa berjalan, tukar, .........langkah" Perbuatan : Hukuman diberi masa kaki kanan jejak ke bumi. Hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri Hulur kaki kanan ke hadapan dan terus perlahan jalan. Kesalahan Biasa : (a) Dalam masa berjalan : Melenggangkan tangan dan tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga (b) Dalam masa hentak kaki : Badan membongkok dan terlalu pantas SEMASA CEPAT JALAN Hukuman: "Tukar langkah masa berjalan, tukar .........langkah" Perbuatan : Hukuman “tukar” diberi semasa kaki kanan jejak tanah. Hukuman “langkah” di beri atas kaki kiri Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, Hentak kaki kiri disebelah kaki kanan Langkah kaki kanan ke hadapan dan terus cepat jalan. Kesalahan Biasa : (a)Dalam masa berjalan: Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga . (b) Dalam masa hentak kaki : Badan membongkok dan terlalu pantas


KAWAD DINAMIK TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN DAN CEPAT JALAN HUKUMAN: " Dari kiri/ kanan........ cepat lari" Perbuatan: Mula berlari dengan kaki kanan. Panjang langkah 40 inci dan lajunya 180 langkah dalam satu minit. Kesalahan biasa: 1. Memandang ke bawah. 2. Berlari di atas tumit. 3. Lurus, jarak dan kelajuannya tidak betul HENTAK KAKI SEMASA BERLARI Hukuman:- ‘’Hentak… kaki'' Perbuatan: Diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi, ’check’ dengan kaki kanan dan mulakan hentak dengan kaki kiri Hukuman: "Maju" Perbuatan: Di beri ketika kaki kanan jejak ke bumi, hentak kaki kiri , kemudian mulakan berlari dengan kaki kanan. Peringatan: Sebelum berhenti semasa berlari hendaklah tukar pergerakan hentak kaki terlebih dahulu dan beri hukuman henti sebagaimana pergerakan hentak kaki


KAWAD DINAMIK TUKAR LANGKAH PERLAHAN, CEPAT JALAN DAN BERLARI DARI CEPAT JALAN KE PERLAHAN JALAN Hukuman: " Tukar langkah perlahan, perlahan .........jalan" Perbuatan : Hukuman ”Jalan” ketika kaki kiri jejak ke bumi. ’Check’ dengan kaki kanan, kemudian hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dengan pantas hulur kaki kanan dan terus melakukan pergerakan perlahan jalan. Peringatan:Kedudukan tangan dirapatkan di sisi semasa pergerakan check DARI PERLAHAN KE JALAN CEPAT Hukuman: ''Tukar langkah cepat, cepat...jalan" Perbuatan: Hukuman " cepat " diberi ketika kaki kanan jejak ke bumi, dan " jalan " ketika kaki kiri jejak ke bumi dan hendaklah secara berturut-turut. dan mulakan pergerakan cepat jalan dengan kaki kanan. Tangan dilenggangkan. DARI CEPAT JALAN KE LANGKAH BERLARI Hukuman: " Tukar langkah berlari........ cepat lari" Perbuatan: Hukuman '' lari '' diberi di atas kaki kanan, check dengan kaki kiri, kemudian mulai lari dengan kaki kanan.


KAWAD DINAMIK BUKA DAN TUTUP BARISAN KETIKA BERJALAN Hukuman: '' Buka ......... Barisan'' Perbuatan: Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check di atas kaki kiri dan hentak dengan kaki kanan, barisan tengah hentak kaki 2 kali dan terus maju. Barisan belakang hentak kaki 4 kali, barisan hadapan berjalan terus. Hukuman : " Tutup............... barisan " Perbuatan : Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check dengan kaki kiri, hentak kaki kanan, barisan hadapan hentak kaki 4 kali, dan barisan tengah hentak kaki 2 kali dan terus maju. Barisan belakang berjalan terus. BUKA DAN TUTUP BARISAN KETIKA PERLAHAN JALAN Hukuman "Barisan" diberi atas kaki kiri, angkat kaki kanan dan letak di sebelah kaki kiri ( seperti perbuatan hentak kaki perlahan diikuti dengan hentak kaki kanan dalam mas yang sama julur kaki kanan dengan pantas. Keterangan: 1. Ini untuk barisan tengah manakala barisan depan terus perlahan jalan. 2. Bagi barisan belakang, pergerakan angkat kaki kanan dan kiri berterusan sebanyak 4 kali TUTUP BARISAN SEMASA PERLAHAN JALAN Perbuatan sama sebagaimana di atas, kemudian barisan hadapan melakukan perbuatan sebagaimana barisan belakang sama buka barisan. Manakala barisan belakang terus berjalan seperti biasa dan barisan tengah tidak berubah


KAWAD DINAMIK TUKAR HALUAN KETIKA BERHENTI DAN BERJALAN DALAM CEPAT JALAN Hukuman: "Tukar haluan ke kanan dan henti, ke kanan.....Tukar " Perbuatan: Anggota yang sebelah kanan, pusing ke kanan, yang lain dalam barisan hadapan pusing separuh kanan, anggota dalam barisan tengah dan belakang diam. Hukuman : ''Cepat jalan'' Perbuatan: Anggota yang sebelah kanan berjalan ke hadapan tiga langkah lalu berhenti. Lain-lain anggota berjalan berturut-turut dan membelok ke hala baru, serta berhenti. Jarak antara barisan ialah satu langkah. Ingatan: 1. Jika tukar haluan ke kiri buatlah ke sebelah kiri. 2. Pergerakan ini biasa dibuat jika skuad itu lebih daripada enam anggota dalam barisan. 3. Jika tiada hukuman berhenti, mestilah hentak kaki, kemudian akan diberi hukuman maju atau berhenti. 4. Jika pergerakan ini dibuat dalam berjalan,maka anggota dalam barisan hendaklah belok ke hala yang baru. 5. Pergerakan bagi cepat jalan dan perlahan jalan adalah sama. Kesalahan biasa: 1. Tidak memastikan jarak yang betul. 2. Anggota yang disebelah luar mempercepatkan langkah. 3. Memanjangkan langkah. 4. Anggota nombor satu barisan hadapan ( Penanda ) tidak ambil cukup tiga langkah. 5.Tidak berhenti atau hentak kaki di atas kaki yang betul.


KAWAD DINAMIK MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN HORMAT KE HADAPAN Hukuman: "Hormat , ke hadapan .... hormat " Perbuatan: Diberi serupa dengan hukuman " berhenti ", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan, turun tangan kemudian hormat sekali lagi , turun tangan, pusing ke belakang, berjalan dengan cepat jalan. HORMAT KE KANAN/KIRI Hukuman: "Hormat , ke kanan/kiri .... hormat " Perbuatan: Hukuman Hormat diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi. Check atas kaki kanan dan langkah kaki kiri ke hadapan, pada masa yang sama bawa tangan kanan ke kedudukan hormat dan palingkan muka ke kanan atau kiri dengan pantas. Langkah kaki kanan, kiri, kanan (Turun tangan dan palingkan muka ke hadapan). Langkah kaki kiri dan terus berjalan dalam cepat masa. Nota: Kiraan masa : Check – hormat – 2 – 3 – potong – lenggang


KAWAD DINAMIK MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN HORMAT SELAKU TERIMA SIJIL Hukuman: "Selaku terima sijil, Hormat , ke hadapan ..... Hormat" Perbuatan: Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan, turun tangan satu langkah kaki kanan ke hadapan dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia. Hulurkan kedua-dua tangan dalam keadaan siku lurus. Tangan kanan atas tangan kiri, tekup (tidak ditepuk) dan tarik ke dua-dua belah tangan ke sisi, kemudian langkah kaki kanan ke belakang hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali lagi , turun tangan, pusing ke belakang, berjalan dengan cepat jalan Hormat ke Hadapan Hormat Selaku Terima Sijil Hormat ke kanan/kiri


KAWAD ISTIADAT ISTIADAT PERHIMPUNAN PERSIAPAN TEMPAT PENTAS Pentas merupakan “wajah” kepada majlis yang diaturkan KERUSI VIP Kerusi VIP hendaklah disusun dengan betul mengikut kekanan BACKDROP & HIASAN PENTAS Backdrop hendaklah diletakkan pada papan backdrop ditengahtengah bahagian belakang pentas dan dapat dilihat pada keseluruhan kawasan penglihatan para tetamu. Penggunaan logo, gambar atau warna hendaklah bersesuaian dan boleh di baca oleh tetamu kabur warna. MEJA HADIAH Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum juruacara dan berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP. Sediakan juga meja meletak hadiah (selepas penerima menerima hadiah) pada kedudukan kiri (menghadap pentas) di bawah pentas. KERUSI TETAMU Kedudukan bendera mestilah di bahagian belakang pentas atau pada tiang tetap yang disediakan di sebelah kanan pentas. Kedudukan bendera mestilah mengikut susunan kekananan yang betul Kedudukan kerusi tetamu hendaklah di susun mengikut keluasan dewan dalam dua kolum. Setiap kolum mengandungi bilangan kerusi yang sama banyak. Terdapat ruang berjalan pada bahagian tengah antara dua kolum dan pada bahagian tepi setiap kolum. Kerusi tetamu khas diletakkan pada bahagian hadapan dewan (menghadap pentas) dengan jumlah yang mencukupi mengikut senarai tetamu khas yang akan hadir Kedudukan kerusi peserta-peserta kursus hendaklah pada kedudukan di belakang kedudukan kerusi tetamu khas manakala tetamu biasa boleh diletakkan pada bahagian belakang selepas peserta-peserta kursus KERUSI PESERTA BENDERA


TATACARA PERHIMPUNAN Ianya hendaklah disusun dengan betul Majlis pembukaan rasmi atau penutupan rasmi mempunyai tatacara yang sama. Hanya sedikit perbezaan daripada segi kandungan acaranya. 1) Ketibaan tetamu jemputan Peserta kursus mengambil tempat duduk yang disediakan. Para tetamu jemputan mengambil tempat duduk masing-masing yang telah disediakan di bahagian hadapan tempat duduk peserta kursus. Tetamu-tetamu lain mengambil tempat duduk di bahagian belakang selepas tempat duduk peserta. 2) Ketibaan tetamu kehormat (VIP) Ketibannya diumumkan oleh juruacara. Tetamu dibawa ke pentas hormat dan diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat. 3) Ketibaan Tetamu Utama Ketibaan tetamu utama (VVIP) akan diiringi oleh jawatankuasa penyambut tetamu. Boleh diiringi paluan kompang, bunga manggar, persembahan silat dan sebagainya yang sesuai dan tidak memakan banyak masa. Ketibannya diumumkan oleh juruacara sebaik sahaja berada dipintu masuk atau tempat yang hampir dengan kedudukan majlis. 4) Tabik hormat dan nyanyian lagu KRS. Tetamu utama (VVIP) dibawa naik ke pentas hormat untuk menerima tabik hormat daripada ketua perbarisan. Ketua perbarisan mengarahkan supaya semua yang ada di dalam dewan untuk bangun bagi majlis yang diadakan di dalam dewan. Jika majlis diadakan di luar dewan maka semua hendaklah berdiri sedia.


Lagu pasukan (KRS) dinyanyikan beramai-ramai dengan minus one. 5) Lapor Ketua perbarisan akan melapor sebaik sahaja nyanyian selesai. 6) Bacaan doa. Doa akan dibaca sebagai tanda memulakan majlis. Teks doa hendaklah disediakan dan sesuai dengan majlis. 7) Ucapan-ucapan. Terdapat beberapa ucapan dalam bahagian ini iaitu ucapan pengacara majlis, ucapan tetamu VIP dan tetamu VVIP. Ucapan pengacara majlis adalah ringkas untuk mengalu-ngalukan kehadiran semua tetamu dan menjelaskan mengenai nama program, tujuan program, masa atau tarikh program dan kehadiran peserta. Tetamu kehormat (VIP) juga boleh dijemput untuk menyampaikan ucapan sebagai wakil tuan rumah atau pengelola. Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk memberikan ucapan. Beliau juga boleh dijemput untuk membuka rasmi atau menutup rasmi kursus pada akhir ucapannya. 8) Penyampaian sijil dan lain-lain Tetamu utama (VVIP) boleh dijemput untuk menyampaikan sijil dengan diiringi oleh tetamu kehormat, pegawai pengelola, pengerusi atau yang sesuai. Tetamu kehormat juga boleh dijemput untuk menyampaikan sijil bagaimanapun gilirannya hendaklah disusun dengan betul iaitu penyampaian di akhiri dengan tetamu utama (VVIP). 9) Penyampaian Cenderamata Penyampaian cenderamata hendaklah dilakukan mengikut urutan. Pegawai paling kanan atau tetamu utama (VVIP) adalah yang terakhir menerimanya. Jika tiada acara lain, pengacara majlis akan memberi isyarat bahawa acara majlis akan berakhir seperti "majlis kita sudah sampai ke penghujung, majlis kita sudahpun hampir berakhir" atau katakata lain yang bersesuaian.


10) Nyanyian lagu kebangsaan. Ketua perbarisan mengarahkan semua untuk bangun jika majlis di dewan dan berdiri sedia jika majlis di luar dewan. Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dinyanyikan beramai-ramai dengan iringan minus-one. 11) Ketua perbarisan melapor Tetamu utama (VVIP) dijemput naik ke pentas hormat. Ketua perbarisan memberi tabik hormat seterusnya melapor dan memohon untuk `menjalankan tugas yang lain. Perbarisan dikehendaki menunggu sehingga VVIP, VIP dan tetamu yang lain beredar sebelum melaksanakan tugas yang seterusnya. 12) Tetamu utama (VVIP), tetamu khas (VIP) dan tetamu meninggalkan majlis. Tetamu utama (VVIP) dan tetamu kehormat (VIP) akan dibawa oleh jawatankuasa majlis ke tempat jamuan. Jika ada acara lain seperti bergambar, melawat pameran, menanam pokok dan sebagainya boleh dilaksanakan pada ketika ini sebelum semua tetamu dibawa tempat jamuan. 13) Jamuan Tempat jamuan hendaklah disediakan dengan sempurna sama ada secara hidang atau buffet. Jamuan ini dalam situasi tidak formal tetapi tersusun dan kemas. Meja untuk letak cap, peak cap, topi, beret, tongkat, beg tangan dan sebagainya hendaklah disediakan di tempat yang sesuai. 14) Bersurai Setelah selesai semua acara.


KAWAD ISTIADAT ISTIADAT NAIK DAN TURUN BENDERA ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA PEGAWAI KOMANDER KADET SUSUN ATUR KEDUDUKAN ANGGOTA 1.Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera perlulah berpakaian kemas. 2. Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. 3. Kedudukan anggota hendaklah menghadap bendera. 4. Semasa upacara menaikkan bendera dan nyanyian lagu rasmi negeri, pegawai KRS yang memaka uniform lengkap dan half uniform hendaklah memberi tapik hormat sehingga nyanyian selesai. 5. Pegawai yang tidak memakai uniform hendaklah berada di dalam keadaan sedia.


KAWAD ISTIADAT ISTIADAT NAIK DAN TURUN BENDERA ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 1.Ketua Perbarisan hendaklah memberi hukuman sedia. 2. Para tetamu hendaklah bangun 3. Para petugas berjalan masuk dalam dua barisan menuju ke arah tiang bendera KRS yang dikibarkan. 4. Tiba di tempat bendera KRS dikibarkan, ketua petugas akan memberi hukuman “henti“. 5. Ketua perbarisan memberi hukuman “menghadap ke kanan/ ke kiri...... kanan/kiri pusing“ Semua petugas berpusing menghadap bendera. 6. Ketua petugas berjalan ke aRah tiang bendera dan berhenti. 7. Isyarat ‘up‘ akan diberikan, semua petugas akan berpusing menghadap antara satu sama lain. Ketua petugas akan berjalan ke arah tiang bendera dan berhenti serta menurunkan bendera. 8. Bendera yang diturunkan akan disambut oleh kumpulan petugas. Kumpulan petugas hendaklah memastikan bendera tidak mencecah tanah. Bendera yang diturunkan akan dilipat oleh petugas. 9. Bendera yang dilipat akan diserahkan kepada kumpulan petugas. Istiadat menurunkan bendera KRS akan dilakukan oleh 7 orang ahli Kadet Remaja Sekolah yang dilatih khas untuk menurunkan bendera. Apabila juruacara mengumumkan “upacara menurunkan bendera” antara perkara yang perlu dipatuhi ialah:


5. ASAS PERTOLONGAN CEMAS Tujuan dan prinsip bantu mula Anduh dan balutan Merawat luka, gigitan dan serangan serangga Patah dan terseliuh Pemulihan dan pernafasam ASAS PERTOLONGAN CEMAS Teknik Usungan


ASAS PERTOLONGAN CEMAS TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan mangsa dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar, melecur dan lain-lain lagi Menyelamatkan nyawa Pertolongan cemas boleh ditakrifkan sebagai bantuan atau rawatan pertama kepada mangsa kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit secara tiba-tiba. Pertolongan cemas adalah merupakan rawatan sementara sahaja sebelum rawatan sewajarnya diberikan oleh doktor atau ahli perubatan. Mencegah mangsa menjadi semakin teruk Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah teruk Mengurangkan kesakitan Memberikan keselesaan dan keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit Memastikan tiada lagi bahaya atau bahaya selanjutnya kepada mangsa dan orang lain


PRINSIP BANTU MULA Menyelamatkan nyawa Memberi pertolongan semasa mangsa cedera / memerlukan rawatan perubatan Melindungi dan mengurangkan kecemasan mangsa apabila ada sesuatu bencana berlaku Menyediakan ubatan, alatalat untuk melindungi orangorang yang cedera PERATURAN AM PERTOLONGAN CEMAS 1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang teruk terlebih dahulu. 2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar menjaga, terutama pernafasan pesakit itu. 3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan membantu memperlihatkan pergerakan pernafasan mangsa. 4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital


ANDUH DAN BALUTAN Semua balutan yang melibatkan ikatan menggunakan ikatan buku sila JENIS BALUTAN ANDUH Anduh besar / Anduh lengan Anduh kecil / Anduh pergelangan tangan Anduh kepala Anduh lutut ALAT YANG DIGUNAKAN Video anduh dan balutan


1.Anduh besar / Anduh lengan Pelaksanaan: Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. 2. Anduh kecil / Anduh pergelangan tangan Fungsi: mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas. Pelaksanaan: Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan. Fungsi: mengawal kehilangan darah menutup luka terbuka


3. Anduh Kepala Pelaksanaan: Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kamudia bawa ke dahi dan ikat dengan simpul buku sila. Lipat kain lebihan di belakang untuk kemasan. 2. Anduh Lutut Fungsi: mengawal kehilangan darah menutup luka terbuka di kepala Pelaksanaan: Lipat sedikit kain dan letakkan di atas lutut yang cedera. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila atas bahagian lutut. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas. Fungsi: mengawal pendarahan menutup kawasan luka mengurangkan risiko jangkitan


MERAWAT LUKA, GIGITAN & SENGATAN SERANGGA 1.LUKA => Sejenis kecederaan pada tisu-tisu badan yang mengakibatkan pengaliran darah di bahagian luar atau dalam badan disebabkan alat tajam atau tumpul. Jenis-jenis luka: 1. Luka terbuka: Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain, menyebabkan tumpahan darah yang banyak, renjatan dan jangkitan kuman. 2. Luka tertutup: Luka ini kebiasaanya kulit tidak pecah, tumpahan darah terjadi dala tisu dan bahagian yang tercedera menjadi lebam. Rawatan luka kecil 1.Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. 2. Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. 3. Keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang bersih. 4. Balutkan pembebat atau lekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka Pembebatan tangan Melekatkan plaster


MERAWAT LUKA, GIGITAN & SENGATAN SERANGGA 1.LUKA => Gigitan serangga adalah luka tebukan, atau luka melecet yang disebabkan oleh serangga. Apabila seekor serangga menggigit, ia akan mengeluarkan sejenis air liur yang boleh mengakibatkan simptom-simptom yang menyakitkan atau reaksi segera pada kulit. Rawatan Gigitan & Sengatan Serangga 1.Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya 2.Jika masih terdapat sengat yang terlekat pada kulit, keluarkan sengat tersebut dengan menggunakan penyepit. Gunakan penyepit yang telah disterilkan supaya dapat membasmi kuman. 3. Sapukan krim antihistamine atau larutan ammonia atau larutan soda bikarbonat boleh digunakan. 4. Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut, beri masa seketul ais untuk dihisap. 5. Bawa pesakit ke hospital jika alami alahan teruk dan berterusan Sengat dikeluarkan menggunakan penyepit


PATAH DAN TERSELIUH 1.Patah Tulang => Keadaan perubatan yang melibatkan terdapat kepatahan pada kesinambungan tulang. Fraktur tulang boleh disebabkan oleh hentaman atau stres daya tinggi, atau kecederaan remeh disebabkan oleh keadaan perubatan tertentu yang melemahkan tulang, seperti osteoporosis, barah tulang dan osteogenesis tidak sempurna Kalisfikasi Patah Tulang: 1. Patah Tulang Terbuka: juga dikenali sebagai ‘compound fracture’ ialah apabila fragmen tulang terkeluar dan menembusi bahagian kulit atau luka yang berlaku menembusi sehingga ke tulang yang patah. Patah seperti ini adalah lebih serius kerana berisiko untuk menyebabkan jangkitan kuman kepada luka dan tulang. 2. Patah Tulang Tertutup: simple fracture’ pula keadaan di mana tulang tidak tembus ke luar kulit.


PATAH DAN TERSELIUH Rawatan Patah Tulang: 1.Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak. 2. Hentikan pendarahan jika ada. Boleh berikan tekanan ringan dengan menggunakan kain pembalut luka atau kain yang bersih 3. Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang segera. 4. Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih 5. Ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin), anduh atau pembebat. 6. Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat. 7. Tunggu untuk rawatan perubatan 8. Dail pihak berkaitan (999) jika kecederaan patah tersebut serius, mangsa tidak sedar, mempunyai pendarahan teruk atau mengadu kesakitan dan tidak boleh bergerak. Anduh dan Balutan Patah Anduh besar Menggunakan ‘splint’


PATAH DAN TERSELIUH TERSELIUH => Terseliuh adalah terma yang digunakan jika seseorang mengalami kecederaan pada sendi ligamen atau tendon. Ligamen adalah struktur yang menyabungkan suatu tulang kepada tulang yang lain manakala tendon pula menyambungkan otot pada tulang. Kecederaan ini biasanya disebabkan dari kecederaan bersukan apabila pergerakan sendi atau otot bergerak lebih dari tahap keupayaan sesuatu sendi itu berkerja. Terseliuh juga boleh disebabkan oleh kemalangan. Terseliuh boleh menyebabkan sakit dan bengkak pada sendi dan ligamen disebabkan oleh perenggangan atau lebih ekstrim lagi koyak pada bahagian ligamen atau tendon. RAWATAN TERSELIUH (TEKNIK RICE): Balut pada kawasan


PEMULIHAN PERNAFASAN Penulihan Pernafasan => Pemulihan pernafasan dan jantung, atau dikenali sebagai CPR, merupakan suatu kaedah pertolongan cemas yang dilakukan apabila denyutan jantung dan pernafasan seseorang terhenti, serta hilang kesedaran. Keadaan yang memerlukan CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation): Mangsa tidak sedarkan diri Mangsa tidak bernafas Tiada denyutan nadi di karotid Kemahiran Menyelamat Asas CPR: 1. A (Airway) : Penerangan: Membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa (donggakkan kepala mangsa). Perlu diingati bahawa bahagian belakang lidah dan epiglottis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri. Oleh kerana lidah dan epliglotis tercantum di bahagian bawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu dapat membuka saluran pernafasan mangsa.


PEMULIHAN PERNAFASAN Penerangan: Apabila pernafasan terhenti, badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam peparu dandarah. Oleh sebab itu, apabila pernafasan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan dari mulut ke mulut adalah cara tercepat untuk menyampaikan oksigen ke peparu mangsa. Udara yang anda hembus mengandungi oksigen yang cukup untuk membantu sekurangkurangnya menampung sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga bantuan rawatan tiba. 2. B (Breathing) : 3. C (Circulation) : Penerangan: Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke peparu, otak, arteri koronari dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan, bantuan pernafasan dari mulut ke mulut patut dilakukan bersama.


PEMULIHAN PERNAFASAN Langkah-langkah Melakukan CPR: 1. D - Danger (Bahaya) Periksa kawasan sekitar dan alihkan mangsa dari bahaya 2. R - Response (Tindakbalas): Periksa kesedaran mangsa, Tepuk bahu dan bercakap dengan mangsa. Jika tiada response, minta bantuan atau hubungi ambulans. 3. A - Airway (Saluran Pernafasan) Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersumbat. Jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam keadaan selesa. Lakukan teknik ‘angkat dagu dan dongak kepala’.Buka salur nafas pesakit secara mendongakkan kepala dengan satu tangan sementara dagunya diangkat dengan tangan yang satu lagi.Periksa kalau lidah mangsa mengganggu laluan pernafasan mangsa. Alihkan lidah tersebut kalau menghalang pernafasan.


PEMULIHAN PERNAFASAN 4. B - Breathing (Pernafasan) Posisikan pipi dekat dengan hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit.Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama5 hingga 10 saat.Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakit sehingga tertutup dan beri 2 hembusan penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat setiap hembusan 4. C - Circulation (Peredaran darah) Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal,batuk atau sebarang pergerakan pada pesakit, mulakan tekanan di dada. Letakkan tangan di tengah dada /sternum Bone (ulu hati) dan tekan ke dalam 1 ½ ke 2inci sebanyak 15 kali pada kadar 80 – 100kali seminit. Dengan kiraan Satu, Dan Dua, Dan Tiga sehingga Dan Lima Belas.- Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba


PEMULIHAN PERNAFASAN Posisi Pemulihan Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan. Prosedur mengalihkan mangsa kepada posisi pemulihan: Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas. Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya. Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda dalam kedudukan bersudut tepat untuk mengelak mangsa tergolek ke hadapan. Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka


TEKNIK USUNGAN DEFINISI Merupakan tatacara atau kaedah mengalihkan mangsa dari satu tempat ke tempat lain dengan selamat menggunakan alat usungan atau tanpa alat. Usungan penting bagi kerja-kerja mengangkat, mengalih dan menyelamat. Kerja mengangkat mangsa adalah perkara asas dalam tugasan menyelamat. Prinsip Menagangkat Pesakit Memerhatikan keadaan pesakit semasa pemindahan Pastikan kecederaan tidak bertambah teruk Mengutamakan pesakit Kedah Menyelamat Tanpa menggunakan peralatan Membawa mangsa dengan memapah Prinsip ini kurang baik kerana penyelamat menanggung mangsa untuk bergerak Membawa mangsa dengan mendukung


TEKNIK USUNGAN Mangsa mestilah sedar serta mampu berdiri semasa hendak mengangkatnya. Mangsa tidak mengalami kecederaan tulang yang teruk. Mangsa mestilah sedar. Mangsa tidak mengalami kecederaan tulang yang teruk. 1) Piggy Back Carry 2) Front Piggy Back Carry 3) Crandle Carry Mangsa sedar atau pengsan. Mangsa mesti boleh diampu oleh tangan penyelamat dalam keadaan baring, duduk atau telentang. 4) Fireman’s Lift Mangsa mestilah mampu dipikul oleh penyelamat. Sesuai kepada mangsa yang pengsan.


TEKNIK USUNGAN Cara mudah untuk mengawal mangsa sama ada sedar atau pengsan Kaedah yang paling mudah. Sesuai terhadap mangsa yang pengsan atau tidak boleh berjalan 5) Pack Strap Carry 6) Shoulder Drag 7) Foot Drag Kaki mangsa ditarik, sesuai untuk mangsa berbadan kurus. Tidak sesuai di tempat yang kasar 8) Clothes Drag Mangsa memerlukan pembaringan lurus.


TEKNIK USUNGAN Dua penyelamat diperlukan. Tangan magsa di atas bahu penyelamat. Tangan penyelamat memegang tangan mangsa dan belakang mangsa Dua penyelamat menghulurkan tangan dibelakang mangsa. Satu tangan di bawah paha dan satu lagi di belakang mangsa Dua penyelamat mencengkam tangan sendiri. Tangan yang dicengkam mencengkam pula tangan kawan yang lain. Mangsa duduk dipersilangan tangan penyelamat. 10) 2 Handed Seat 9) Two Man Assist 11) 4 Handed Seat


TEKNIK USUNGAN Penyelamat mestilah berada di bahagian yang sama Menggunakan Peralatan 11) 3 Man Lift 1) Stretcher Carry 2) Chair Carry Mangsa yang perlukan kurang pergerakan


6. SIMPULAN DAN IKATAN IKATAN Serong Lilit kacang Seraya Simpul manok Simpul buku sila Simpul tindih kasih Simpul bunga geti Simpul Balak SIMPULAN Simpul pengail Simpul angka lapan


SIMPULAN SIMPUL MANOK SIMPUL BUKU SILA Simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan ini digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu dan sebagainya. Digunakan untuk menyambung 2 tali yang sama saiz Mematikan ikatan semasa membalut luka


SIMPULAN SIMPUL TINDIH KASIH SIMPUL BUNGA GETI Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat. Untuk membuat ikatan yang pantas serta sesuai digunakan untuk menaikkan atau menurunkan mangsa. Digunakan untuk menyambung hujung tali yang tidak sama besar saiznya. Contoh kegunaan ialah untuk menyambung tali perahu dengan tali kapal Ia juga digunakan untuk mengikat tali ke suatu tanjul


SIMPULAN SIMPUL BALAK SIMPUL PENGAIL SIkatan ini digunakan untuk mengikat hujung tali pada kayu, tiang atau batang yang besar dengan muday supaya tidak mudah licin atau mudah digerakkan. Digunakan untuk menyambung tali pada mata kail dan menyambung tali yang licin


SIMPUL ANGKA LAPAN SERAYA IKATAN Sebagai ikatan sementara di hujung tali agar tidak mudah terburai jika hujung tali pecah. Digunakan semasa membina jambatan, menara dan aktiviti pioneering. Digunakan apabla kayu atau buluh itu bersudut tepat. Digunakan untuk mengikat dua kayu, buluh yang bersilang Digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya.


LILIT KACANG SERONG Digunakan untuk membuat jambatan, menara, gajet dan aktiviti pioneering. Kayu atau buluh yang digunakan dalam keadaan bersilang. Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa membuat gajet


7. DISIPLIN DAN KEROHANIAN Ketatanegaraan Kerohanan/ Pendidikan Moral Pengurusan dan gaya diri 7. DISIPLIN & KEROHANIAN MATLAMAT Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada masyarakat yang memerlukan khidmat dan bimbingan KETATANGARAAN Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotik yang cintakan bangsa dan negara. Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi serta mempunyai daya juang, daya tahan, daya saing dan daya saing dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta memberi sumbangan ke arah hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. OBJEKTIF Mengenal bendera negara Malaysia termasuk makna yang terdapat pada bendera tersebut. Menyanyi lagu ‘Negaraku’ dengan penuh semangat, serta lagu-lagu patriotik yang lain. Memahami dan Menghayati Rukun Negara. Konsep kekeluargaan Kebudayaan Melayu serta kebudayaan lain-lain kaum. Mengenal tokoh-tokoh pejuang Kemerdekaan Negara dan tokohtokoh negara.


7. DISIPLIN DAN KEROHANIAN Ketatanegaraan Kerohanan/ Pendidikan Moral Pengurusan dan gaya diri 7. DISIPLIN & KEROHANIAN KEROHANIAN / PENDIDIKAN MORAL Memahami dan mengenal Tuhan Amalan mulia yang perlu: menghormati ibubapa/guru/pemimpin Tanggungjawab sebagai pelajar/warganegara/anggota masyarakat. Mengenal/mengamalkan nilai-nilai murni/amalan-amalan mulia termasuk konsep kebersihan/kesihatan dalam kehidupan seharian. Mengenal adat istiadat bangsa/kaum di Malaysia. Tanggungjawab terdahap diri Memelihara kesihatan tubuh badan Pengurusan diri Tanggungjawab terhadap tempat kediaman Kekemasan bilik tidur Keselamatan diri Tanggungjawab terhadap masyarakat Adab bergaul: Keluarga Jiran tetangga Guru/rakan Majlis rasmi Batas-batas pergaulan PENGURUSAN & GAYA DIRI


7. DISIPLIN DAN KEROHANIAN Ketatanegaraan Kerohanan/ Pendidikan Moral Pengurusan dan gaya diri 8. KEUSAHAWANAN MATLAMAT Memupuk minat di kalangan generasi pelajar agar dapat mengembangkan kreativiti masing-masing dan sikap berjimat cermat serta membenci amalan membazir, di samping membina asas kemahiran pemasaran perniagaan sehingga menjadikan keusahawanan sebagai budaya hidup KRAFTANGAN Membina kemahiran reka cipta di kalangan generasi pelajar dengan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kayu, logam dan jerami sehingga dapat menghasilkan bahan kraftangan, hiasan, tulisan khat dan lain-lain. Membina kemahiran asas dalam bidang perniagaan, pemasaran dan perakaunan agar dapat memasarkan reka cipta yang dihasilkan. Melahirkan generasi muda yang berwawasan sehingga dapat menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu cara hidup. OBJEKTIF Pengenalan & kegunaan kraftangan hiasan cenderahati bahan semulajadi Hiasan dari bahan terbuang dan bahan semulajadi Cara penjagaan Gubahan bunga Membuat senduk Bahan semulajadi - anyaman


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version