INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
KUCHING, SARAWAK
_________________________________________________________________________________
SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)
SEMESTER 1 TAHUN 2
__________________________________________________________________
KOD DAN NAMA KURSUS
MPU 3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM
TUGASAN 1 : FOLIO
NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN
2020042340117 010207-01-1129
MUHAMMAD AKRAM AMSYAR BIN
ABD RAHIM
KUMPULAN / AMBILAN : PENGAJIAN ISLAM MAJOR 1 AMBILAN JUN 2020
NAMA PENSYARAH : MOHD MAHDI @ NIBI BIN ABDULLAH
TARIKH HANTAR : 24 SEPTEMBER 2021
____________________________________________________________
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang
diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Catatan (jika ada):
Tandatangan Pelajar:
Tarikh:24 September 2021
Bil. Senarai Kandungan Muka Surat
BAHAGIAN A: PENGENALAN
1 BUTIRAN PERIBADI 2
2 LOGO PENGAKAP DUNIA 3
3 LOGO PENGAKAP MALAYSIA 4
4 COGAN KATA PENGAKAP 4
5 PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG 5
6 HORMAT PENGAKAP 6
7 STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP MAJLIS PENGAKAP NEGARA 7
8 AHLI MAJLIS TADBIR MPKLM IPGM 9
9 PENOLONG KETUA PESURUHJAYA NEGERI 10
10 PESURUHJAYA DAERAH 12
11 AHLI JAWATANKUASA PENGAKAP IPG KAMPUS BATU LINTANG 13
12 SEJARAH PENGAKAP DUNIA 14
13 BIODATA RINGKAS LORD BADEN POWELL 16
BAHAGIAN B: LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN
14 LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN :1 18
15 LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN :2 19
16 LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN :3 20
17 LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN :4 21
18 LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN :5 22
19 LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN :6 23
20 LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN :7 24
21 LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN :8 25
22 LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN :9 26
23 LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN :10 27
24 LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN :11 28
BAHAGIAN C: LAPORAN PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT
BERUNFORM IPGKBL
25 LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM IPGKBL 2021 30
PERKHEMAHAN MAYA 4 HARI 3 MALAM
26 SEBELUM PERKHEMAHAN 30
27 SEMASA PERKHEMAHAN 30
28 LAPORAN SELEPAS PERKHEMAHAN 31
29 REFLEKSI KESELURUHAN 32
BAHAGIAN D: NOTA DAN ILMU PENGEKAP
30 BENDERA MALAYSIA 35
31 LAGU NEGARAKU 36
32 BENDERA NEGERI-NEGERI DAN LAGU 37
33 KRAF PERKHEMAHAN 41
34 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH 43
35 GAJET 45
36 IKHTIAR HIDUP 47
37 MASAKAN SOLAR 49
38 MASAKAN RIMBA 51
39 MEMBUAT PERANGKAP 52
40 JALAN LASAK DAN PANDU ARAH 54
41 KHIDMAT KESUKARELAWAN 57
42 SIMPULAN DAN IKATAN 58
43 ASAS KAWAD KAKI 69
44 BAHASA HUKUMAN KAWAD 70
45 KAWAD KAKI STATIK DAN DINAMIK 71
46 ASAS PERTOLONGAN CEMAS 76
47 ANDUH DAN BALUTAN 77
48 MERAWAT LUKA DAN GIGITAN 80
49 MELECUR, PITAM DAN PATAH 83
50 KERACUNAN DAN TERSELIUH 88
51 PEMULIHAN PERNAFASAN ATAU CARDIO-PULMONARY 90
RESUSCITATION (CPR) 94
BAHAGIAN E: LAGU PATRIOTIK 95
52 INILAH BARISAN KITA 96
53 BAHTERA MERDEKA 97
54 WARISAN 97
55 LAGU PENGAKAP: PENGAKAP MALAYSIA 98
56 UNDANG PENGAKAP
57 TEPI GUNUNG
58 PANCING IKAN 98
59 DI SINI BERKUMPUL 99
60 APA GUNA KELUH KESAH 99
61 TARIAN GAJAH 100
62 SAYONARA 100
63 SAYA PILIH PENGAKAP 101
64 CUBA KU CUBA 101
65 MENDOLO 102
66 BERTEMU DAN BERPISAH 102
67 APUSE 103
68 SHELABE 103
RUJUKAN 104
BUKU LOG PENGAKAP
BAHAGIAN A
PENGENALAN
BUTIRAN PERIBADI
1 NAMA MUHAMMAD AKRAM AMSYAR BIN ABD RAHIM
2 NO. KAD PENGENALAN 010207-01-1129
3 ANGKA GILIRAN 2020042340117
4 TARIKH LAHIR 7 FEBRUARI 2001
5 ALAMAT NO 46, JALAN SS2, TAMAN SRI SENGGARANG, 83200,
BATU PAHAT, JOHOR.
6 NO TELEFON 017-7046231
7 E-MEL [email protected]
8 AMBILAN DAN PISMP JUN 2020 PIM (SK) 1
PENGKHUSUSAN PENDIDIKAN ISLAM
9 SUBJEK TERAS BAHASA ARAB
10 SUBJEK ELEKTIF INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG,
11 ALAMAT IPG JALAN COLLEGE, 93200, KUCHING, SARAWAK.
ENCIK MOHD MAHDI @ NIBI BIN ABDULLAH
12 NAMA PENSYARAH PENGAKAP
13 UNIT BERUNIFORM
2
LOGO PENGAKAP DUNIA
Rajah 1: Logo Pengakap Dunia
Bil Ciri-Ciri Penerangan
1 Pecahan tiga kelopak Melambangakan Persetiaan Pengakap yang tiga
2 Dua bintang pecah lima pada Melambangkan Undang-undang Pengakap
Sepuluh.
kelopak kiri dan kelopak kanan Menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap
3 Ikatan putih Melambangkan ikatan persaudaraan Pengakap
4 Lingkaran tali sekeliling pecahan Sedunia
Warna Biro Pengakap Sedunia
tiga kelopak Kesucian dan kebersihan
5 Warna ungu
6 Warna putih
3
LOGO PENGAKAP MALAYSIA
Rajah 2: Logo Pengakap Malaysia
Bil Ciri-Ciri Penerangan
1 Pecahan tiga kelopak Melambangakan Persetiaan Pengakap yang tiga
2 Dua bintang pecah lima pada Melambangkan Undang-undang Pengakap
kelopak kiri dan kelopak kanan Sepuluh.
3 Ikatan hijau yang mengikat kelopak Melambangkan persaudaraan Pengakap
4 Bintang pecah 14 Melambangkan kesemua negeri-negeri dalam
Malaysia
5 Bulan Sabit Melambangkan agama rasmi negara Malaysia
iaitu agama Islam
6 Lingkaran tali Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan
persaudaraan Pengakap Sedunia
7 Warna kuning pada bulan sabit dan Melambangkan warna diraja bagi Duli-duli Yang
bintang Maha Mulia Raja-Raja
8 Warna kuning Melambangkan Unit Pengakap Kanak-Kanak
9 Warna Hijau Melambangkan Unit Pengakap Muda
10 Warna Merah Melambangkan Unit Pengakap Remaja
COGAN KATA PENGAKAP
• Pengakap Kanak – kanak – Buat Habis Baik
• Pengakap Muda – Selalu Sedia
• Pengakap Remaja – Pandangan Luas
• Pengakap Kelana – Berkhidmat Selalu
4
PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG
PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawasanya Dengan Sesungguhnya,
Saya Berjanji Dan Bersetia,
Yang Saya,
Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan:
Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara
Menolong Orang Pada Setiap Masa
Menurut Undang-Undang Pengakap
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
1) Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan
kehormatan dirinya.
2) Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong,
kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-
bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.
3) Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang
pada setiap masa.
4) Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain
pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun
5) Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa
berbudi.
6) Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
7) Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan
ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya
dengana tiada apa-apa soalan.
8) Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam
kesusahan.
9) Pengakap itu jimat dan cermat.
10) Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan
perbuatannya.
5
HORMAT PENGAKAP
Rajah 3: Memberi hormat Pengakap dan Persetiaan Pengakap
6
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP
MAJLIS PENGAKAP NEGARA
7
8
AHLI MAJLIS TADBIR MPKLM IPGM
JAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI IPG
PEMEGANG MENTERI PENDIDIKAN
MALAYSIA
1. PENAUNG UTAMA YB DR. RADZI JIDIN
2. PENAUNG KETUA PENGARAH
Y. BHG DR. HABIBAH BINTI ABDUL PENDIDIKAN MALAYSIA
RAHIM
REKTOR
3. YANG DIPERTUA Y. BHG DR. HJH. RUSMINI BINTI KU INSTITUT PENDIDIKAN
4. PENGERUSI AHMAD GURU MALAYSIA
DR. JAMIAH BINTI MOHAMAD TIMBALAN REKTOR
e-mel: INSTITUT PENDIDIKAN
[email protected] GURU MALAYSIA
5. TIMBALAN PENGERUSI EN. DAHLAN BIN ABDUL KADIR Ketua Penolong Pengarah,
e-mel: [email protected] Unit Ekstra-Kurikulum,
SHEPHL, IPGM, KPM.
KETUA PESURUHJAYA EN. ZAINAL ARIFF BIN MAT
7. PENGAKAP NEGERI e-mel: [email protected] IPG Kampus Ipoh,
Hulu Kinta, Perak
TIMBALAN KETUA
IPG Kampus Pendidikan
PESURUHJAYA PENGAKAP Islam, Kuala Lumpur
8. NEGERI DR. ALI AHMAD BIN SEMAN IPG Kampus Tuanku
Bainun, Pulau Pinang
9. SETIAUSAHA KEHORMAT TN. HJ. OTHMAN BIN CHE MAN
PN. SULIANA BINTI WAN CHIK IPG Kampus Ipoh,
PEN. SETIAUSAHA Hulu Kinta, Perak
10. KEHORMAT 1
IPG Kampus Tuanku
11. BENDAHARI KEHORMAT EN. KHAIRUDDIN BIN SAIDIN Bainun, Pulau Pinang
9
PENOLONG KETUA PESURUHJAYA NEGERI
JAWATAN PENJAWAT IPGK
1. UNIT PENTADBIRAN, REKOD EN. BASENI BIN JANTRA IPG Kampus Bahasa Antarabangsa,
Kuala Lumpur
DAN DATA EN. MOHD. SHUKRI BIN IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
2. JAWATANKUASA PROGRAM YAACOB Kuala Lipis,
Pahang
i. JKK UNIT PKK DAN PM PN. SITI KHADZIMAH IPG Kampus Pendidikan Teknik
BINTI SALIP Bandar Enstek
ii. JKK UNIT PENGAKAP LEBAH PN. ZAHARAH BINTI ABD. IPG Kampus Ipoh,
MANAF Hulu Kinta, Perak
iii. JKK KESENIAN DAN PN. ZAHARAH BINTI ABD. IPG Kampus Ipoh,
KEBUDAYAAN MANAF Hulu Kinta, Perak
3. JAWATANKUASA LATIHAN PN. KAMALIAH BINTI IPG Kampus Pendidikan Islam,
ISMAIL Bandar Baharu Bangi,
Selangor
i. JKK ISTIADAT, PROTOKOL, KAPT. AHMAD FAUZI BIN IPG Kampus Gaya,
UNIFORM DAN KAWAD KAKI HJ. ALWI Kota Kinabalu,
Sabah
ii. JKK RADIO AMATUR TN. HJ. SARUDIN BIN MD. IPG IPG Kampus Tengku Ampuan
AMIN Afzan,
Kuala Lipis,
4. JAWATANKUASA CIK HASLINDA BINTI Pahang
IPG Kampus Bahasa Melayu,
PERANCANGAN STRATEGIK MOHAMAD SAAD Kuala Lumpur
IPG IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu
i. JKK GSAT DR. ABDUL LATIF BIN Pahat, Johor
IPG Kampus Bahasa Melayu,
AHMAD Kuala Lumpur
IPG Kampus Pendidikan Teknik,
II. JKK SEMINAR, PENYELIDIKAN CIK HASLINDA BINTI Bandar Enstek
DAN INOVASI MOHAMAD SAAD IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar
Enstek
5. JAWATANKUASA HUBUNGAN EN. MAT JOHAN BIN IPG Kampus Pendidikan Teknik,
Bandar Enstek
DOMESTIK DAN MAMAT IPG Kampus Perempuan Melayu,
Melaka
ANTARABANGSA IPG Kampus Pendidikan Islam,
Kuala Lumpur
6. JAWATANKUASA BETTER WORLD TN. HJ. ROHAIZAD BIN
FRAMEWORK AGIL
i. JKK MESSENGER OF PEACE TN. HJ. ROHAIZAD BIN
AGIL
ii. JKK SCOUT WORLD AWARD DR. SOLEHAH BINTI
ISMAIL
iii. JKK ALAM SEKITAR PN. VERONICA
KEPENGAKAPAN CHRISTOBLE A/P
ANTHONY SAMY
10
7. JAWATANKUASA DEWASA TN. HJ. SUHAIMI BIN IPG Kampus Sultan Mizan, Kuala Lipis,
DALAM KEPENGAKAPAN (AIS) JUNOH Pahang
YM TUAN ROSDAN BIN IPG Kampus Darulaman,
8. JAWATANKUASA PROFIL TUAN MUDA Jitra, Kedah
KEPENGAKAPAN YM TUAN ROSDAN BIN IPG Kampus Darulaman,
i. JKK TEKNOLOGI MAKLUMAT TUAN MUDA Jitra, Kedah
& KOMUNIKASI, SERANTA DAN
PENERBITAN TN. HJ. SARUDIN BIN MD. IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
AMIN Kuala Lipis,
9. JAWATANKUASA Pahang
PENGANUGERAHAN IPG Kampus Ipoh,
Perak
10. JAWATANKUASA UNIT HAL PN. SULIANA BINTI WAN IPG Kampus Sarawak,
EHWAL WANITA CHIK Miri,
EN. MARNI BIN GOLONG Sarawak
11. JAWATANKUASA HUMAN IPG Kampus Perlis,
GOVERNANCE DAN PN. SITI RODZIYAH BINTI Perlis
PEMBANGUNAN INSAN NYAN IPG Kampus Ipoh,
DR. MOHD. HAFIDZ BIN Ulu Kinta,
12. PESURUHJAYA ZON UTARA OSMAN Perak
IPG Kampus Tun Hussein Onn,
13. PESURUHJAYA ZON TENGAH Batu Pahat,
Johor
14. PESURUHJAYA ZON SELATAN KAPTEN M. ASRAR BIN IPGKampus Dato’ Razali Ismail,
SIDON Batu Rakit, Kuala Terengganu,
Terengganu
15. PESURUHJAYA ZON TIMUR TN. HJ. SAFRI BIN AZIZ IPG Kampus Kent,
Sabah
16. PESURUHJAYA ZON SABAH EN. SYHIBIN BIN JAPAR IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak
17. PESURUHJAYA ZON SARAWAK KAMARULZAMAN MOHD. Ketua Penolong Pengarah,
ALI Pusat Kecemerlangan Akademik,
18. PESURUHJAYA IBU PEJABAT- EN. NAZRI BIN BEDIN IPGM, KPM
MAKLUMAT KURIKULUM Penolong Pengarah,
Pusat Hal Ehwal Pelajar, SHEPHL, IPGM,
19. PESURUHJAYA IBU PEJABAT- EN. JAMHARI BIN SAARI KPM
EKTRA-KURIKULUM Penolong Pengarah,
Pusat Pembangunan Latihan, IPGM,
19. PESURUHJAYA IBU PEJABAT– EN. HAMRY BIN ISMAIL KPM
PROFESIONALISME PENSYARAH
11
PESURUHJAYA DAERAH
BIL. KLM IPG PESURUHJAYA DAERAH
1 KLM 02 IPG Kampus Bahasa Melayu EN. AMIR HAMZAH BIN AMAN
EN. ZULKIFLI BIN YUSOF
2 KLM 03 IPG Kampus Kota Bharu EN. ABU ZAKI BIN ROMLI
EN. ROSLI BIN BADRON
3 KLM 05 IPG Kampus Pulau Pinang EN. MOHAMMAD BIN SEMAN
EN. ABD. HADI BIN KUDIN
4 KLM 07 IPG Kampus Perempuan Melayu EN. TAN BENG SIANG
EN. MAT JOHAN BIN MAMAT
5 KLM 10 IPG Kampus Bahasa Antarabangsa EN. ZALI BIN A. RAHMAN
TN. HJ. SUHAIMI BIN JUNOH
6 KLM 12 IPG Kampus Pendidikan Teknik TN. HJ. ZURAIMEE BIN ZAWARI
EN. ABDUL SATAR BIN HAMZAH
7 KLM 14 IPG Kampus Raja Melewar USTAZ KHOLID BIN SALLEH
PN. ZAHARAH BINTI ABD. MANAF
8 KLM 15 IPG Kampus Ilmu Khas EN. MOKHTAR BIN HJ. ISHAK
TN. HJ. MOHD. RAMLAN BIN MALA
9 KLM 17 IPG Kampus Temenggong Ibrahim PN. FAZIDAH BINTI ABD. GHANI
EN. VICKNESWARAN A/L NAKARSALAPAN
10 KLM 18 IPG Kampus Sultan Mizan –
EN. MARNI BIN GOLONG
11 KLM 19 IPG Kampus Perlis EN. V RAJASEGARA A/L M. VELLO
TN. HJ. ABD. RONIF BIN JAMALUDDIN
12 KLM 20 IPG Kampus Darulaman PN. PHYLLIS LIM @ NUR AIN ABDULLAH
EN. A. ZAMRI BIN ABD. RAHIM
13 KLM 21 IPG Kampus Sultan Abdul Halim EN. HAIZAL BIN HARON
TN. HJ. MOHD. ZAHIR BIN NASIR
14 KLM 22 IPG Kampus Ipoh EN. NOOR BAHAR BIN MOHD. AZHAR
15 KLM 23 IPG Kampus Pendidikan Islam
16 KLM 24 IPG Kampus Tawau
17 KLM 25 IPG Kampus Gaya
18 KLM 26 IPG Kampus Kent
19 KLM 27 IPG Kampus Rajang
20 KLM 28 IPG Kampus Sarawak
21 KLM 29 IPG Kampus Batu Lintang
22 KLM 30 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
23 KLM 32 IPG Kampus Keningau
24 KLM 34 IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
25 KLM 35 IPG Kampus Tun Hussein Onn
26 KLM 36 IPG Kampus Tuanku Bainun
27 KLM 37 IPG Kampus Tun Abdul Razak
12
AHLI JAWATANKUASA PENGAKAP IPG KAMPUS BATU LINTANG
KETUA
Mohamad Yaslan bin Mohamad Fadzli
PENOLONG KETUA
Erish Cynthia Anak Michael
SETIAUSAHA
Azmirul Akbar bin Rashid
BENDAHARI
Glofina Anak Junatan Jimbun
QUARTERMASTER KEBERSIHAN
Muhammad Fikri Amin bin Romadzan
QUARTERMASTER PENGANGKUTAN
Aiman Syahiran bin Hussaen
QUARTERMASTER PERALATAN
Ephraem Hanson Anak Hilary Folix
13
SEJARAH PENGAKAP DUNIA
Rajah 4: Lord Baden Powell
Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson
Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell
dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8
Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang
mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British
bernama W.T. Smyth.
Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah
beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-
Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan
menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu
pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam
peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam
tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta
sebagai penolong Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan
satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi
Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh
hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun
1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon
Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang
baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).
14
Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang
dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids to Scouting. Buku itu mengandungi kisah
peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk
menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari
serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah
mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu
peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell
hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu
helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah
berjaya memperdayakan orang-orang Boer.
Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-
Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan
pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu.
Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan
dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan
ketika berumur 50 tahun.
Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan
satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-
budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan
kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids to Scouting”. Budak-budak
itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak,
memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya
diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-
budak yang menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul
“Scouting for Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi
askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah
memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun
sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New
Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di
Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.
Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa
diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-
negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah
mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh
dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia,
London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British
menganugerahkan “Lord Baden Of Gillwell” kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara
pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap.
Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat
menyambut ulang tahun ke 84.
15
BIODATA RINGKAS LORD BADEN POWELL
Nama Penuh: Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan: BP
Tarikh Lahir: 22 Februari 1857
Tempat Lahir: London, England
Pendidikan Awal: Charter House, London
Pekerjaan: Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa: Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri: Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggalkan Dunia: 8 Januari 1941
16
BUKU LOG PENGAKAP
BAHAGIAN B
LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN
17
LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN
TARIKH: 5 Mei 2021 HARI: Jumaat
MASA: 9.00 pagi – 10.30 pagi TEMPAT: Google Meet & Whatsapp
PERJUMPAAN KALI: 1 (Pertama)
PENSYARAH: Encik V. Rajasegara A/L M. Veloo
TAJUK: Pengenalan Pengakap
AKTIVITI/ CATATAN
1. Ucapan alu-aluan dan tahniah daripada pensyarah.
2. Sesi suai kenal dengan ahli kelas baharu.
3. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Induk dan AJK Kecil
(Dilakukan secara undian).
REFLEKSI
18
LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN
TARIKH: 22 Jun 2021 HARI: Jumaat
MASA: 6.00 Petang- 6.30 Petang TEMPAT: Google Meet & Whatsapp
PERJUMPAAN KALI: 2 (Kedua)
PENSYARAH: Encik V. Rajasegara A/L M. Veloo
TAJUK: Perjumpaan Pengakap
AKTIVITI/ CATATAN
1. Pensyarah mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan memohon kerjasama
daripada semua ahli.
2. Pensyarah memberikan taklimat berkaitan dengan proses pendaftaran keahlian.
3. Setiausaha menyediakan dan menyebar pautan Google Form untuk semua ahli mengisi
maklumat yang diperlukan.
4. Bendahari memberikan maklumat untuk memudahkan proses pembayaran yuran.
REFLEKSI
19
LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN
TARIKH: 25 Jun 2021 HARI: Jumaat
MASA: 8.30 Malam – 10.30 Malam TEMPAT: Google Meet & Whatsapp
PERJUMPAAN KALI: 3 (Ketiga)
PENSYARAH: Encik V. Rajasegara A/L M. Veloo
TAJUK: Perjumpaan Pengakap
AKTIVITI/ CATATAN
1. Pensyarah menyatakan proses pendaftaran masih dalam proses.
2. Pengerusi berbincang dengan semua ahli pengakap berkaitan dengan perancangan
aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.
3. Ahli Jawatankuasa Induk berbincang bersama-sama pensyarah selepas semua ahli
keluar daripada Google Meet
REFLEKSI
20
LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN
TARIKH: 25 Jun 2021 HARI: Jumaat
MASA: 9.30 pagi - 11.30 pagi TEMPAT: Google Meet
PERJUMPAAN KALI: 4 (Keempat)
PENSYARAH: Encik Mohd Mahdi @ Nibi Bin Abdullah
TAJUK: Pengenalan Unit Beruniform
AKTIVITI/ CATATAN
4. Pengenalan kepada Unit Beruniform yang terdapat di IPG Kampus Batu Lintang
5. Mengenali sejarah setiap Unit Beruniform
6. Pendedahan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan, seperti perkhemahan.
7. Pengenalan diri dalam setiap unit
8. Pelantikan ketua bagi setiap unit
9. Pelantikan AJK dalam setiap unit
10. Pensyarah menunjukkan pakaian unit beruniform yang lengkap kepada semua pelajar
dan mengingatkan pelajar untuk mempunyai pakaian unit beruniform masing-masing
ketika menjalankan aktiviti.
11. Pensyarah menerangkan sejarah-sejarah penubuhan unit beruniform.
REFLEKSI
1. Saya perlu menyediakan baju unit beruniform pengakap dengan secepat yang mungkin
bagi membolehkan perlaksanaan aktiviti yang seterusnya.
2. Saya perlu menghafal undang-undang dan Persetiaan Pengakap.
3. Sebagai ahli Pengakap saya perlu melibatkan diri dengan lebih aktif dalam menyertai
pelbagai aktiviti supaya dapat dijadikan persediaan diri dalam menjadi guru cemerlang
pada masa akan datang.
21
LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN
TARIKH: 2 Julai 2021 HARI: Jumaat
MASA: 9.30 pagi - 11.30 pagi TEMPAT: Google Meet
PERJUMPAAN KALI: 5 (Kelima)
PENSYARAH: Encik Mohd Mahdi @ Nibi Bin Abdullah
TAJUK: Kemahiran Perkhemahan (Kraf Perkhemahan, Ikhtiar Hidup, Jalan Lasak dan
Kebudayaan)
AKTIVITI/ CATATAN
1. Pensyarah membincangkan tentang kemahiran perkhemahan seperti kraf
perkhemahan, ikhtiar hidup, jalan lasak, pandu arah dan malam kebudayaan.
2. Kraf perkhemahan mempunyai subtopik yang dikenali sebagai pengurusan dan
penjagaan khemah, jenis-jenis gajet perkhemahan dan juga kepentingannya.
3. Bagi topik ikhtiar hidup pula, pensyarah telah memperkenalkan kaedah masakan rimba
seperti masakan menggunakan solar dan juga membuat unggun api
4. Bagi topik jalan lasak pula, pensyarah telah menerangkan tentang penggunaan kompas
dan juga prosedur yang betul untuk melaksanakan aktiviti jalan lasak.
5. Pensyarah telah menerangkan tentang aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ketika
malam kebudayaan berdasarkan situasi dan sesuai dengan keadaan semasa.
REFLEKSI
1. Saya mestilah menguasai topik pengurusan dan penjagaan khemah supaya keadaan
khemah yang digunakan akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
2. Ilmu berkenaan dengan gajet perkhemahan dapat membantu saya dalam
mengendalikan peralatan yang dibawa dengan teratur.
3. Ilmu berkenaan dengan masakan rimba dapat membantu saya untuk terus hidup ketika
berlakunya kecemasan yang tidak disangka.
22
LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN
TARIKH: 9 Julai 2021 HARI: Jumaat
MASA: 9.30 pagi - 11.30 pagi TEMPAT: Google Meet
PERJUMPAAN KALI: 6 (keenam)
PENSYARAH: Encik Mohd Mahdi @ Nibi Bin Abdullah
TAJUK: Khidmat Kesukarelawan
AKTIVITI/ CATATAN
1. Pensyarah membincangkan tujuan kerja-kerja khidmat masyarakat dilakukan.
Contohnya, khidmat masyarakat ini mampu untuk memupuk hubungan yang baik dan
mesra dalam kalangan masyarakat.
2. Pensyarah membincangkan contoh-contoh aktiviti kesukarelawan yang boleh dilakukan
oleh setiap orang. Antaranya ialah membersihkan kawasan tempat tinggal, gotong
royong di rumah kebajikan dan juga menjaga kebersihan alam sekitar.
REFLEKSI
1. Penglibatan diri dalam melakukan khidmat masyarakat perlulah menjadi amalan yang
sentiasa dilaksanakan oleh semua orang bagi mewujudkan sifat tanggungjawab dan
juga keprihatinan dalam membantu orang yang memerlukan pertolongan.
2. Aktiviti khidmat masyarakat juga boleh mendatangkan pelbagai manfaat kepada diri
dalam menjalani kehidupan seharian.
23
LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN
TARIKH: 16 Julai 2021 HARI: Jumaat
MASA: 9.30 pagi - 11.30 pagi TEMPAT: Google Meet
PERJUMPAAN KALI: 7 (Ketujuh)
PENSYARAH: Encik Mohd Mahdi @ Nibi Bin Abdullah
TAJUK: Asas Kawad Kaki
AKTIVITI/ CATATAN
1. Pensyarah menerangkan tentang asas dalam kawad kaki dan juga bahasa hukuman
yang sering digunakan dalam kawad statik dan juga dinamik.
2. Pensyarah menayangkan video bagi menunjukkan cara kawad kaki yang betul kepada
semua pelajar.
3. Pensyarah memberikan arahan untuk pelajar merakamkan video kawad kaki statik dan
menghantarkan video tersebut diruangan atas talian yang disediakan.
REFLEKSI
1. Kemahiran kawad kaki ini perlu dikuasai supaya dapat menunjukkan cara kawad yang
betul apabila telah menjadi guru di sekolah pada masa akan datang.
2. Kemahiran kawad kaki ini juga boleh membentuk sifat keperibadian yang baik dalam
diri saya untuk menjadi seorang guru yang penuh disiplin.
24
LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN
TARIKH: 23 Julai 2021 HARI: Jumaat
MASA: 9.30 pagi - 11.30 pagi TEMPAT: Google Meet
PERJUMPAAN KALI: 8 (Kelapan)
PENSYARAH: Encik Mohd Mahdi @ Nibi Bin Abdullah
TAJUK: Simpulan dan Ikatan
AKTIVITI/ CATATAN
1. Pensyarah menerangkan kesemua jenis simpulan dan ikatan yang terlibat dalam topik
ini.
2. Terdapat enam simpulan iaitu Simpul Manuk, Simpul Buku Sila, Simpul Tindih Kasih,
Simpul Bunga Geti, Simpul Balak dan Simpul Belit. Manakala terdapat tiga jenis ikatan
iaitu Ikatan Seraya, Ikatan Serong dan juga Lilit Kacang.
3. Pensyarah memberikan arahan untuk merakamkan video tentang cara mengikat
simpulan dan ikatan tali. Kemudian hantar di tempat yang disediakan secara atas talian.
REFLEKSI
1. Kemahiran ikatan dapat membantu saya dalam memudahkan urusan yang perlu
mengikat dalam kehidupan seharian.
2. Saya mestilah menguasai kemahiran mengikat ini kerana kemahiran ini merupakan
salah satu ujian yang perlu saya perolehi keputusan yang cermerlang.
25
LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN
TARIKH: 30 Julai 2021 HARI: Jumaat
MASA: 9.30 pagi - 11.30 pagi TEMPAT: Google Meet
PERJUMPAAN KALI: 9 (Kesembilan)
PENSYARAH: Encik Mohd Mahdi @ Nibi Bin Abdullah
TAJUK: Asas Pertolongan Cemas
AKTIVITI/ CATATAN
1. Pensyarah menerangkan definisi pertolongan cemas kepada semua pelajar.
2. Pensyarah menerangkan beberapa jenis pertolongan cemas yang perlu dikuasai oleh
semua pelajar.
3. Pensyarah menayangkan video berkenaan dengan pertolongan cemas yang terdapat
dalam platform “Youtube”.
4. Antara jenis-jenis pertolongan cemas ialah CPR, TOTAPS, DRABC dan juga lain-lain.
5. Pensyarah menerangkan kegunaan kain anduh dalam membuat balutan ketika
pertolongan cemas.
6. Murid dikehendaki untuk merakamkan video dalam melaksanakan balutan anduh dan
menghantarkan hasil ke tempat yang disediakan secara atas talian.
REFLEKSI
1. Ilmu pengetahuan pertolongan cemas init mestilah saya kuasai untuk kegunaan pada
masa akan datang.
2. Ilmu pertolongan cemas ini juga dapat membantu saya dalam melaksanakan bantuan
kecemasan sekiranya berlaku kemalangan yang tidak dijangka.
3. Saya juga mestilah menguasai ilmu ini supaya dapat disampaikan kepada murid-murid
tentang tatacara yang betul dalam melaksanakan pertolongan cemas.
26
LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN
TARIKH: 12 Ogos 2021 HARI: Khamis
MASA: 9.30 pagi - 11.30 pagi TEMPAT: Google Meet
PERJUMPAAN KALI: 10 (Kesepuluh)
PENSYARAH: Encik Mohd Mahdi @ Nibi Bin Abdullah
TAJUK: Pengurusan Perkhemahan
AKTIVITI/ CATATAN
1. Pensyarah menerangkan tentang prosedur-prosedur sebelum, semasa dan selepas
perkhemahan.
2. Pensyarah memberitahu tentang jenis-jenis perkhemahan iaitu perkhemahan ringkas,
perkhemahan kumpulan dan juga perkhemahan secara besar-besaran.
3. Etika ketika perkhemahan juga turut diterangkan oleh pensyarah supaya dapat
memberikan pendedahan awal kepada semua pelajar.
4. Pensyarah juga sentiasa mengingatkan pelajar tentang keselamatan perlu diutamakan
sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan.
5. Pensyarah juga menerangkan tentang aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ketika
perkhemahan berlangsung.
6. Pensyarah memberikan arahan kepada pelajar untuk mencari maklumat tambahan
mengenai pengurusan perkhemahan di atas talian.
REFLEKSI
1. Saya perlulah mengetahui tentang segala pengetahuan mengenai prosedur
perkhemahan supaya dapat memberikan persediaan awal bagi setiap aktiviti
perkhemahan yang akan datang.
2. Keselamatan sepanjang perkhemahan juga perlulah diutamakan sepanjang
perkhemahan supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang tidak
diingini.
27
LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN
TARIKH: 13 Ogos 2021 HARI: Jumaat
MASA: 9.30 pagi - 11.30 pagi TEMPAT: Google Meet
PERJUMPAAN KALI: 11 (Kesebelas)
PENSYARAH: Encik Mohd Mahdi @ Nibi Bin Abdullah
TAJUK: Taklimat Perkhemahan Atas Talian
AKTIVITI/ CATATAN
1. Pensyarah memberikan jadual perkhemahan kepada semua murid secara atas talian.
2. Pensyarah memberikan penjelasan tentang prosedur perlaksanaan perkhemahan
secara atas talian.
3. Pelajar mendengarkan taklimat perkhemahan yang akan diadakan dan mencatatkan
perkara-perkara penting yang disampaikan oleh pensyarah.
4. Setiap aktiviti akan dirakam dan dihantar ke ruangan yang disediakan sebagai bukti
perlaksanaan aktiviti.
REFLEKSI
1. Perkhemahan secara atas talian ini akan saya laksanakan dengan bersungguh-
sungguh.
2. Tugasan-tugasan yang diberikan akan memberikan pengalaman yang sangat berharga
dan dapat mengaplikasikan setiap perkara yang telah dipelajari.
28
BUKU LOG PENGAKAP
BAHAGIAN C
LAPORAN PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN PERKHEMAHAN
BERSEPADU UNIT BERUNFORM
IPGKBL
29
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM IPGKBL 2021
PERKHEMAHAN MAYA 4 HARI 3 MALAM
SEBELUM PERKHEMAHAN
Perkhemahan unit beruniform pada kali ini telah dijalankan secara atas talian disebabkan oleh
pandemik covid-19 yang telah melanda dunia. Oleh yang demikian, satu jadual berkenaan
dengan aktiviti yang bakal dilaksanakan semasa perkhemahan telah diedarkan kepada semua
siswa guru sebagai persediaan awal dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. Oleh itu,
saya telah melakukan beberapa persediaan bagi menjalani perkhemahan secara atas talian
ini.
Antara persediaan yang dilakukan ialah saya telah membeli khemah dan juga baju pengakap
secara atas talian. Hal ini bertujuan untuk melaksanakan aktiviti memasang khemah di
kediaman. Saya juga telah berbincang dengan rakan-rakan yang lain tentang bagaimanakah
perlaksanaan aktiviti yang bakal dilaksanakan ini dapat dilakukan dengan baik. Tambahan juga
saya telah membuat sedikit pencarian maklumat atas talian berkenaan dengan pemasangan
khemah, kawad kaki, ikatan dan simpulan, masakan rimba serta pertolongan cemas. Hal ini
bertujuan untuk memberikan gambaran awal tentang perlaksanaan aktiviti yang bakal
dilaksanakan.
SEMASA PERKHEMAHAN
Perkhemahan pada kali ini mempunyai beberapa aktiviti seperti senam robik, pemasangan
khemah, kawad kaki, simpulan dan ikatan, masakan rimba, amali pertolongan cemas dan juga
aktiviti penutupan perkhemahan. Kesemua aktiviti ini dijalankan secara atas talian seperti yang
telah dinyatakan ketika taklimat perkhemahan.
Saya telah meminta pertolongan daripada ahli keluarga dalam proses rakaman video-video
aktiviti perkhemahan. Saya telah memasang khemah, membuat masakan rimba, berkawad
dihalaman rumah, membuat simpulan dan ikatan dan juga membuat balutan kain anduh
dengan berjaya. Setiap video yang dirakam akan dihantar mengikut masa yang telah
ditetapkan. Akhir sekali, sepanjang aktiviti berlangsung, keselamatan diri perlu diutamakan dan
saya telah mengambil langkah-langkah keselamatan dengan baik sekali.
30
SELEPAS PERKHEMAHAN- LAPORAN PERKHEMAHAN
LAPORAN PERKHEMAHAN LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM IPGKBL
2021
PERKHEMAHAN MAYA 4 HARI 3 MALAM
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang telah mengadakan satu program Perkhemahan
Unit Beruniform yang dilaksanakan secara atas talian pada 12 Ogos hingga 15 Ogos 2021.
Perkhemahan pada kali ini telah melibatkan kesemua siswa guru daripada PISMP ambilan Jun
2020. Perkhemahan pada kali ini dilaksanakan secara atas talian kerana pandemik Covid-19
ini telah menghalang daripada sebarang aktiviti bersemuka dan juga berkumpulan. Justeru
setiap murid akan melaksanakan aktiviti perkhemahan di kediaman masing-masing dan secara
individu.
Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini. Aktiviti yang
pertama adalah para siswa guru dikehandaki untuk merakamkan tatacara pemasangan
khemah yang betul. Hasil rakaman akan dihantar ke ruangan dalam “Google Classroom”
sebagai bukti interaksi dan juga perlaksanaan berpandukan jadual yang telah disediakan.
Kesemua siswa guru berjaya melaksanakan tugasan ini dengan penuh semangat dan
menunjukkan kesungguhan yang baik sekali.
Bagi aktiviti-aktiviti yang berikutnya seperti kawad kaki, masakan rimba, ikatan dan simpulan,
membuat kraf perkhemahan dan juga pertolongan cemas, siswa guru diminta untuk melakukan
tugasan yang sama seperti aktiviti pemasangan khemah iaitu membuat rakaman amali.
Seterusnya, bagi kehadiran pula, kesemua murid dikehendaki untuk menandakan kehadiran
yang telah disediakan mengikut ketetapan masa. Kehadiran semua siswa guru dalam
perkhemahan ini telah mencapai kehadiran yang penuh.
Di samping itu, Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform IPG Kampus Batu Lintang
telah diadakan secara atas talian pada hari terakhir perkhemahan iaitu 15 Ogos. Majlis ini telah
bermula pada pukul 10 pagi dan telah dihadiri oleh semua siswa guru dan juga pensyarah.
Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu, bacaan doa, ucapan wakil pelajar, ucapan
penyelaras unit beruniform serta ucapan perasmian penutupan perkhemahan. Akhir sekali,
sesi bergambar telah diadakan sebagai kenangan aktiviti perkhemahan.
31
Kesimpulannya, walaupun aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform pada kali ini dijalankan secara
atas talian, matlamat dan objektif perkhemahan telah berjaya dicapai. Siswa guru telah
mendapat pelbagai pengetahuan baru dalam perkhemahan yang boleh diaplikasikan apabila
mereka ditempatkan disekolah. Diharapkan lebih banyak aktiviti yang bermanfaat seperti ini
dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang kerana banyak memberi pengajaran dan
pengalaman kepada siswa guru. Akhir sekali, sekalung tahniah diberikan kepada siswa guru
kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti perkhemahan ini dengan jayanya.
Disediakan oleh,
Akram Amsyar
(Muhammad Akram Amsyar bin Abd Rahim)
Persatuan Pengakap
IPG Kampus Batu Lintang.
REFLEKSI KESELURAHAN
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah diadakan secara atas talian yang sangat
memberikan suasana berbeza jika dibandingkan dengan perkhemahan yang dilaksanakan
secara normal. Walaubagaimanapun, terdapat banyak perkara baharu yang dapat dipelajari
sepanjang perkhemahan ini berlangsung.
Antara perkara baharu yang telah saya pelajari ialah melakukan ikatan dengan sempurna. Jika
sebelum ini, saya tidak mengetahui tentang cara ikatan-ikatan tali. Namun setelah menjalani
aktivit perkhemahan ini, saya mengetahui banyak cara ikatan dan simpulan yang boleh
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Seterusnya, saya dapat melatih diri untuk bersabar dalam melaksanakan tugasan. Hal ini
kerana, mempelajari sesuatu perkara tanpa bimbingan guru di sebelah bukan perkara yang
mudah. Mempelajari sesuatu yang baharu melalui video amatlah sukar untuk difahami kerana
tidak dapat menerangkan serta memerhatikan sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan.
Oleh itu, sekiranya berlaku kesalahan saya tidak mempunyai orang yang boleh dijadikan
rujukan dalam membuat tugasan dengan betul.
Selain itu, saya juga dapat meningkatkan disiplin dalam diri dengan mematuhi masa yang telah
ditetapkan. Setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai tempoh masa. Saya telah mematuhi
masa berpandukan jadual aktiviti yang disediakan supaya tidak menggangu peruntukan masa
perlaksanaan tugasan lain. Perkara ini juga dapat membantu saya untuk lebih menghargai
masa dalam kehidupan seharian.
32
Kesimpulannya, perkhemahan pada kali ini sememangnya dapat membina jati diri dan dapat
menyemai sikap positif dalam diri siswa guru. Akhir sekali saya berharap bahawa aktiviti seperti
ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang supaya dapat memberikan pengalaman
yang sebenar dalam perkhemahan.
33
BUKU LOG PENGAKAP
BAHAGIAN D
NOTA DAN ILMU PENGEKAP
34
BENDERA MALAYSIA
Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi
sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan
perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang
diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji
dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja
yang memerintah.
Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di
sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan
keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan,
Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah,
Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna
suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang
melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru
melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan
Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.
35
LAGU NEGARAKU
36
BENDERA NEGERI-NEGERI DAN LAGU
37
38
39
40
KRAF PERKHEMAHAN
i. Konsep Khemah
a. Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat dan mempunyai
kemudahan asas yang minima.
b. Maksud tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat
perlindungan, sama ada yang diperbuat daripada kanvas, nilon, dedaun, buluh
atau mungkin juga daripada kayu dan batu. Perkara yang penting adalah khemah
merupakan tempat perlindungan tersebut mampu memberikan perlindungan
daripada hujan, panas, angin dan juga kesejukan.
c. Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan, sama ada di halaman atau
di belakang rumah, di dalam hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya.
Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.
d. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.
Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan peralatan, makanan, dan perlindungan di samping
melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan perkhemahan.
e. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental
dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan
yang terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita
menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan.
ii. Konsep Kraf Perkhemahan
a. Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar
atau perkhemahan.
b. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila
individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.
41
iii. Rasional
a. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi
cabaran alam semula jadi dan habitatnya;
b. Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri akan
ciptaan-Nya; dan
c. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati akan keindahan alam flora dan
fauna yang terdapat di muka bumi ini.
iv. Objektif
a. Menggalakkan ahli Pengakap untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf
perkhemahan dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan;
b. Mendedahkan ahli Pengakap untuk memahami akan habitat dan alam semula jadi
serta mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan atau tapak
perkhemahan
c. Memberikan kesedaran kepada ahli Pengakap tentang kepentingan menjaga alam
sekitar dengan cara yang betul dan berkesan.
42
PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
i. Jenis-jenis Khemah:
a. Ridge tent:
Mempunyai tiang yang melintang di
sepanjang bumbung. Diperbuat daripada
material nylon yang ringan supaya mudah
dibawa dan dilipat.
b. Dome tent:
Berbentuk gelembung dan menggunakan
material yang sesuai dan fleksibel. Ringan,
mudah dibawa dan sesuai digunakan
untuk berkelah atau perkhemahan seperti
di sekolah dan sebagainya.
c. Frame tent:
Khemah jenis besar yang biasa digunakan
untuk perkhemahan keluarga. Rangka
khemah akan dipasang dahulu dan kanvas
dipasang kemudian.
d. Bell tent:
Mempunyai satu tiang tinggi di puncak
khemah. Khemah jenis ini sudah jarang
digunakan dan digantikan dengan khemah
jenis “DOME”.
43
ii. Penjagaan Khemah:
1. Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau pancang
khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk
memudahkan memasukkan dan mengeluarkan tiang atau pancang.
2. Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah untuk
dibuka.
3. Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada
binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari
makanan tersebut.
4. Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas
selesai menggunakkannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan
sampah sarap yang tertinggal.
5. Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul-betul kering.
6. Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik, atau dengan
apa cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
7. Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan
dengan khemah.
8. Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa bateri di dalam
khemah dalam usaha mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
44
GAJET
Pengenalan
Aktiviti perkhemahan adalah merupakan di antara aktiviti yang menarik dan diminati oleh
sebahagian besar pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum khususnya ahli-ahli Unit
Beruniform.
Apabila kita melakukan aktiviti perkhemahan, beberapa perkara harus diberi perihatian serius
dan dilaksanakan secara terancang dan selamat antaranya;
a. Kaedah menyimpan dan menyusun kelengkapan makan dan minum
seperti pinggang, cawan, sudu dan garfu, kuali dan sebagainya.
b. Kekemasan susunan kasut dan peralatan perkhemahan seperti cangkul,
pencakar dan seumpamanya
c. Tempat makan dan menyidai pakaian dan papan kenyataan.
Susunan dan penyimpanan peralatan dan bahan perkhemahan boleh dibuat dan disediakan
dengan membina atau membuat rak dan penyangkut daripada bahan-bahan yang ada di sekitar
kawasan perkhemahan seperti pokok buluh, pokok bertam, anak-anak kayu, rotan, daun nipah
atau rumbia dan sebagainya.
Tujuan Gajet Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan,
a. pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan.
Melindungi makanan dari tercemar
b. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam.
c. Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat.
d. Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan.
f. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang
g. bendera.
Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan
e.
45
Faedah membina gajet semasa perkhemahan
a. Mewujudkan suasana yang tenteram, selesa, lapang dan selamat
b. Menjimatkan kos
c. Alam sekitar menjadi bersih dan nyaman
d. Barangan dan peralatan mudah disimpan dan diambil
e. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman
f. Memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan sebaik mungkin.
Jenis-jenis Gajet
i. Gajet tempat kasut
ii. Gajet ampaian pakaian
iii. Gajet pintu gerbang dan jambatan
iv. Gajet tiang bendera
v. Gajet papan kenyataan
vi. Gajet makanan
vii. Gajet penyangkut periuk dan cerek untuk masak
viii. Gajet tempat menyimpan bahan-bahan masakan seperti kicap, cuka dan
sebagainya.
ix. Gajet tempat peralatan seperti cangkul, parang, pencakar dan tukul
x. Gajet pagar.
46