The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PIM 1_MUHAMMAD AKRAM AMSYAR BIN ABD RAHIM_TUGASAN 1_MPU3062

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akram20-416, 2021-09-24 11:26:45

PIM 1_MUHAMMAD AKRAM AMSYAR BIN ABD RAHIM_TUGASAN 1_MPU3062

PIM 1_MUHAMMAD AKRAM AMSYAR BIN ABD RAHIM_TUGASAN 1_MPU3062

IKHTIAR HIDUP
Pengenalan
1. Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan sebagai suatu situasi atau
keadaan genting serta mengalami kesukaran dalam usaha untuk meneruskan kehidupan,
terutamanya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung.
2. Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau sesuatu usaha yang dilakukan untuk terus
hidup atau daya usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan hidup. Dalam konteks
aktiviti luar, ikhtiar hidup merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang
supaya dia terus hidup semasa menghadapi ancaman semasa menjalani aktiviti luar seperti
perkhemahan.
3. Situasi ikhtiar hidup ialah apabila berlakunya gejala-gejala seperti yang berikut:

a. kehabisan bekalan makanan dan minuman;
b. ancaman binatang buas;
c. sesat di dalam hutan; dan
d. masalah perlindungan.
4. Ikhtiar hidup terpaksa dilakukan kerana kelalaian manusia itu sendiri, sama ada pada peringkat
perancangan, persiapan ataupun semasa pelaksanaan aktiviti.
5. Selain itu, kurang pengetahuan, pengalaman dan kemahiran juga boleh menyebakan situasi
ikhtiar hidup.
6. Oleh itu, setiap individu yang ingin mengadakan atau menyertai aktiviti luar perlulah mendalami
ilmu dan kemahiran tentang perkhemahan agar situasi ikhtiar hidup akan dapat dielakkan.
Pelbagai cabaran dan risiko akan sentiasa dilalui sepanjang aktiviti luar dilaksanakan

47

7. Prinsip ikhtiar hidup:
i. Keselamatan:
Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan
dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh
membahayakan keselamatan. Misalnya, elakkan daripada memakan tumbuh-tumbuhan
yang tidak diketahui puncanya, sama ada boleh dimakan atau tidak walaupun dalam
keadaan yang sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal
keselamatan diri dan nyawa diabaikan.
ii. Usaha:
Dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa
sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan
berserah kepada nasib atau takdir semata-mata tanpa usaha akan mengundang risiko.
Jika sesuatu usaha itu gagal maka hendaklah berusaha dengan cara yang lain pula
asalkan usaha tersebut tidak menjejaskan faktor keselamatan. Semakin banyak usaha
yang dilakukan semakin banyak peluang yang akan muncul untuk mengatasi segala
rintangan dan risiko yang dihadapi.
iii. Kawalan diri:
Dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala
keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri,
perasaan cemas dan panik serta hilang pertimbangan akan menyebabkan seseorang itu
untuk bertindak secara terburu-buru tanpa berfikir. Keadaan ini pasti akan menambahkan
lagi kerumitan terhadap masalah yang sedang dihadapi.
iv. Kerjasama:
Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan dalam pasukan
atau kumpulan amat penting untuk diberikan keutamaan agar segala kerumitan dan
kesulitan dapat diatasi secara bersama. Kesepakatan membawa berkat. Jika tiada
kesepatan segala masalah sukar diatasi.

48

MASAKAN SOLAR
1. Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan
dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga pembakar.

2. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Antaranya ialah:
I. Satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang
semakin terancam
II. Mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api

III. Mengurangkan bahaya gas dan kebakaran.
IV. Salah satu ikhtiar hidup jika kehabisan bekalan gas/bahan bakar untuk memasak

makanan
3. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik.
4. Bahan -bahan yang diperlukan ialah:

I. Alumunium foil;
II. Periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam;
III. Kertas kadbord yang tebal atau kotak besar yang kosong;
IV. Gam/glue;
V. Pelekat kertas /paper binding tape;
VI. Plastik lut sinar;
VII. Tali rapia; dan
VIII. Tiga batu kecil diletak di bawah periuk semasa memasak.

Proses menyediakan dapur solar

49

Proses menyediakan periuk
Penyediaan menu masakan
Periuk berisi makanan dimasukkan ke dalam beg plastik lalu diikat dengan ketat
Tiga batu yang kecil diletakkan di bawah periuk untuk mewujudkan aliran haba. Periuk
diletakkan di kawasan lapang yang ada pancaran cahaya matahari

50

MASAKAN RIMBA
1. Masakan rimba atau backwoodsman iaitu satu cara memasak makanan semasa di dalam

hutan tanpa menggunakan periuk atau lain-lain peralatan memasak.
2. Memasak dengan kaedah ini adalah lebih sukar berbanding kaedah masakan solar namun

ianya boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan sebagai salah satu ikhtiar hidup semasa
berkhemah
3. Pelbagai bahan boleh digunakan sebagai bekas untuk memasak seperti buluh, kerajang
aluminium, tanah, buah contoh kelapa dan lain-lain.
4. Kegunaan buluh semasa perkhemahan

I. Buluh sangat penting untuk membuat gajet, pioneering dan projek penerokaan.
II. Bekas makanan/minuman
III. Memasak makanan
5. Cara membuar masakan rimba menggunakan buluh
I. Pilih ruas buluh yang nipis dan besar saiznya
II. Pastikan buluh yang dipilih tidak retak
III. Basuh bahagian dalam buluh hingga bersih
IV. Sediakan bahan yang hendak dimasak dalam buluh contoh nasi atau lauk
V. Jika memasak nasi di dalam buluh pastikan sukatan air adalah sama banyak

dengan sukatan beras
VI. Masak nasi atau lauk dengan kaedah yang berikut:

51

MEMBUAT PERANGKAP

• Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang
ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan.
Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:
a) Perangkap atau jerat pelanduk.
b) Perangkap atau jerat ayam hutan.
c) Perangkap atau jerat hempap dan jerut.
d) Perangkap kurungan.

• Perangkap atau jerat pelanduk:
a. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
• Kayu pelentik
• Tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yang sesuai
• Kayu cabang berbentuk ’Y’ yang ditajamkan kedua-dua belah hujungnya
• Kayu pesawat
• Alas pemijak.
b. Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun-daun. Daun-daun
juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau badan.

• Perangkap atau jerat ayam hutan:
a. Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat sentak
yang dibuat bagi menangkap burung ruak-ruak.Di antara bahan-bahan yang digunakan
ialah:
• Sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai
• Dua batang kayu yang bercabang
• Tali pesawat
• Dua batang kayu pelepas
• Sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm
• Beberapa batang kayu pemijak.
b. Namun begitu cara ini kurang popular kerana badan ayam hutan mungkin akan tersekat
oleh kayu lengkung yang digunakan.

52

• Perangkap atau jerat hempap dan jerut:
a. Perangkap ini dibuat untuk mencederakan haiwan atau binatang. Perangkap jenis ini
mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas. Antara bahan yang perlu disediakan adalah
seperti berikut:
• Tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai;
• Umpan
• Tali pemberat tambahan
• Batang kayu penghempap
• Dua batang kayu penghalang hadapan
• Dua batang kayu penghalang belakang
• Kayu pesawat
• Dua batang kayu pelepas
• Beberapa batang kayu pemijak.
b. Perangkap atau jerat hempap dan jerut akan memastikan kaki haiwan terjerut serta
dihempap oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul ialah untuk
mendapatkan kayu pelepas dan kayu pesawat yang kuat serta dapat menampung berat
kayu penghempap serta kayu pemberat tambahan.

• Perangkap atau jerat kurungan:
a. Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan hidup-
hidup. Sungguhpun begitu cara ini kurang popular dan tidak praktis kerana ia mengambil
masa yang agak lama untuk disiapkan serta banyak membazirkan tenaga. Bahan yang
diperlukan bagi membuat perangkap jenis ini adalah seperti berikut:
• Batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding,kayu alang,tiang
pintu
• Umpan
• Gelang rotan
• Kayu pesawat
• Tali pesawat.

b. Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memastikan perangkap
atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar.

53

JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
1. JALAN LASAK

1. Tujuan
• Untuk melatih kecekapan pancaindera membaca tanda, simbol dan sebagainya.
• Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan
• Menikmati keindahan alam di hutan
• Memberikan pengalaman baharu
• Mendisiplinkan ahli Pengakap untuk patuh kepada arahan

2. Peraturan dan persediaan Jalan Lasak
• Tinjauan kawasan dahulu sebelum aktiviti jalan lasak untuk memastikan
keselamatan dan kesesuaian tempat
• Dapatkan kebenaran daripada pelbagai pihak seperti pesuruhjaya
• Menyediakan peralatan pertolongan cemas untuk bersedia sekiranya menghadapi
sebarang kemalangan

3. Prosedur jalan lasak
• Pemeriksaan kesihatan peserta
• Pengawasan pergerakan para peserta sentiasa dalam keadaan selamat
• Menyediakan alatan yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti jalan lasak

4. Persediaan alatan
I. Titik kawalan
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta yang perlu dilawati
oleh peserta
• Merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukan “check point” kerana ia tiada penjaga dititik.
II. Penanda kawalan
• Tujuannya untuk membantu peserta tiba ke destinasi yang betul
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang yang unik.
• Suatu objek yang dibuat daripada kain bewarna merah muda dan putih sebagai
tanda yang diletakkan di titik kawalan.

54

III. Kad kawalan
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai
acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Kad ini akan mencatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
• Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat
masa penamat.

IV. Peta utama
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan

V. Keterangan kawalan
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butirbutir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan
keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi
dalam bentuk kod/gambar rajah.

VI. Landasan
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik
kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama
dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah:
a. Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
b. Titik kawalan dengan tanda bulatan.
c. Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
d. ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

55

2. Penggunaan kompas.

• Digunakan untuk menentukan arah.
• Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan.
• Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat.
• Perkara-perkara penting semasa menggunakan kompas:

a. Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang
betul dan tepat.

b. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah
yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau gatu
besar yang berada di persekitaran.

• Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta:
1. Letakkan peta di atas permukaan yang rata.
2. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B.
3. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. Ini dapat dilakukan dengan melukis
garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran.
4. Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
5. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah
pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik
tersebut

• Kompas digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti berikut:
1. Mengenal arah mata angin.
2. Mencari arah mata angin.
3. Mencari arah kiblat.
4. Menggunakan peta
5. Mengembara dalam hutan menggunakan kompas.
6. Pertandingan mencari bearing di hutan.
7. Mencari harta karun.
8. Aktiviti orienteering atau pandu arah.

56

3. Peta topografi
• Peta Topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan
yang dapat dilihat dari udara
• Peta topografi selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden.
• Peta topografi mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik
pertemuannya menghasilkan koordinat.
• Peta ialah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan
• Peta perlu mempunyai tajuk, skala, petunjuk, kod warna, dan semua ciri yang perlu ada
pada sesebuah peta untuk mewakili rupa bentuk di kawasan berkenaan.

KHIDMAT KESUKARELAWAN
1. Sukarelawan ialah orang yang mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti yang betujuan

untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan
2. Sukarelawan tidak mengharapkan ganjaran tetapi melakukan dengan setulus hati
3. Kesukarelawan ialah konsep perkhidmatan, perkongsian, proses pendidikan atau

pengalaman pembelajaran dan penglibatan aktif warganegara dalam isu kemasyarakatan.

57

SIMPULAN DAN IKATAN
Simpulan dihasilkan dengan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ianya
digunakan untuk menyimpul dan mengikat benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan
digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan
dan memulakan jahitan
Contoh-contoh simpulan adalah seperti berikut:

• Simpul Manuk
• Simpul Buku Sila
• Simpul Tindih Kasih
• Simpul Bunga Geti
• Simpul Balak
• Simpul Belit

SIMPUL MANUK
Simpulan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang. Ia

berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang
gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan. Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gajet
(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan di atas tadi).

58

Fungsi Simpul Manuk
1. Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak
2. Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan
selamat
3. Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting

Teknik
1. Mulakan simpul pada kayu
2. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi
3. Tarik hujung tali

59

SIMPUL BUKU SILA
Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut. Ia digunakan untuk mengikat benda -

benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan
mengikat khemah yang dilipat. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Fungsi Simpul Buku Sila:
1. Untuk menyambung dua tali yang sama saiz
2. Untuk mengikat kain anduh semasa pertolongan cemas

Teknik
1. letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain
2. masukkan hujung A di bawah B
3. kemudian, lakukan ikatan yang sama dengn memasukkan B di bawahnya

60

SIMPUL TINDIH KASIH
Digunakan untuk membuat ikatan pada leher binatang supaya tidak boleh mencerut. Ia

juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang

Fungsi
1. digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut
2. untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa

Teknik
1. mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
2. kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
3. masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut

61

SIMPULAN BUNGA GETI
Untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan

jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag
break, atau menyambung tali perahu dengan tali kapal.

Fungsi
1. Menyambung dua tali yang tidak sama saiz
2. Mengikat tali ke suatu tanjul

Teknik
1. Mulakan simpul
2. Kemudian, masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul
3. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul

62

SIMPUL BALAK
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya

mudah ditarik dan tidak licin. Ikatan ini merupakan permulaan kepada ikatan serong (ikatan balak
juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gajet selain ikatan manuk).

Fungsi
1. Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah
2. Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan
3. Untuk memulakan ikatan serong
4. Untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak

Teknik

1. Gunakan tali dengan mengelilingi kayu
2. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas

63

SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang, atau mengikat tali khemah pada pasaknya,

atau untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta
tidak mudah tertanggal.

Fungsi
1. Digunakan bagi mengikat tali pada tiang
2. Boleh juga digunakan untuk mengikat tali khemah pada pasaknya

Teknik
1. Mulakan simpul seperti dalam rajah
2. Kemudian lakukan dua lengkungan
3. Tarik bahagian b untuk kemaskan simpul

64

IKATAN
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat

jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan unit
beruniform, beberapa ikatan digunakan.
Contoh-contoh ikatan:

1. Ikatan Seraya
2. Ikatan Serong
3. Ikatan Lilit Kacang

65

IKATAN SERAYA
Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gajet, menara,

tiang, bendera dan lain-lain.Langkah pertama dimulakan dengan simpul manuk. Kemudian lilit
dengan kemas dan ketat. Akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk juga.

Fungsi
1. Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.

Teknik
1. Dimulakan dengan simpul manuk
2. Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
3. Seterusnya dililit dicelah kayu.
4. Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.

66

IKATAN SERONG/SILANG
Ikatan ini digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan

simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang
dan matikan dengan simpulan manok.

Fungsi
1. Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang
2. Digunakan untuk membina jambatan, menara, gajet dan pioneering

Teknik
1. Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang
2. Kemudian belitkan membujur dan melintang
3. Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas
4. Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk

67

IKATAN LILIT KACANG
Digunakan untuk mengikat batang-batang kayu/buluh bagi membuat lantai untuk sesuatu

gajet/binaan. Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul manuk
juga – contoh: meja makan.

Fungsi
1. Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gajet

Teknik
1. Mulakan dengan menggunakan simpul manuk atau lilit balak
2. Ikat selang seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang hingga selesai
68

ASAS KAWAD KAKI

Pengenalan

1. Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit beruniform, seperti
Persatuan Pengakap yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan secara
serentak mengikut arahan yang diberikan oleh ketua (komander). Berkawad ialah berjalan
dgn rentak kaki yangg sama atau berbaris atau mengadakan perbarisan berdasarkan
arahan yang diberikan oleh ketua.

2. Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan berpasukan yang
bertujuan untuk membentuk disiplin dan ketatatertiban dalam pasukan. Di samping itu,
kawad kaki juga bertujuan untuk membentuk individu yang cergas, berdisiplin tinggi,
berfokus dan taat akan perintah dan arahan ketua.

3. Dua bentuk latihan diutamakan, iaitu:
a. Latihan bahasa hukuman/perintah kawad; dan
b. Latihan pergerakan.

4. Objektif kawad kaki adalah untuk:
a. Membentuk peribadi individu;
b. Menyemai semangat taat setia dan mematuhi arahan atau perintah;
c. Menanam perasaan yakin;
d. Membentuk semangat dan peribadi yang cergas, setia dan bertatatertib;
e. Menanam dan menyemai semangat dan sikap bekerjasama; dan
f. Menanam dan menyemai sifat-sifat yang teratur, kemas, berdisiplin dan
berhemah tinggi.

5. Kawad kaki mengandungi lima elemen utama, iaitu:
a. Kawad Statik
b. Kawad Dinamik
c. Kawad Asas
d. Kawad Formasi
e. Kawalan Kehormatan

69

BAHASA HUKUMAN KAWAD

1. Tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
a. Ingatan
Memberi peringatan kepada skuad/kumpulan apa yang akan mereka buat.
b. Harkat/Amaran
Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau pergerakan yang akan dilakukan
oleh skuad.
c. Perbuatan
Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad (dilafazkan dengan suara yang
amat nyaring oleh komander/pemimpin kawad.

2. Contoh bahasa hukuman kawad

BAHASA HUKUMAN KAWAD TINDAKAN
INGATAN
BERGERAK KE KANAN HARKAT/AMARAN
KE KANAN… PERBUATAN

PUSING

3. Latihan asas dalam membina bahasa hukuman kawad
• Masuk Baris;
• Sedia;
• Luruskan barisan;
• Paras;
• Senang Diri;
• Rehatkan Diri;
• Keluar Baris;
• Pusing ke Kanan;
• Pusing ke Kiri;
• Pusing/Menghadap ke Belakang;
• Pusing/Menghadap ke Hadapan;
• Kawad Jalan Kaki;
• Berhenti Semasa Berkawad/Jalan Kaki; dan
• Bersurai

70

KAWAD KAKI STATIK DAN DINAMIK

1. Latihan kawad statik dan dinamik
a. Masuk Baris:

I. Hukuman ini diberikan apabila latihan kawad/perbarisan/kawalan hormat hendak
dimulakan atau selepas skuad berada dalam kedudukan KELUAR BARIS, iaitu
berehat.

II. Arahan:
“DENGAR SINI SEMUA SEKALI, APABILA MENDAPAT HUKUMAN TIGA BARISAN
DI HADAPAN SAYA, SKUAD HENDAKLAH SEDIA, BERLARI, BERBARIS DALAM
TIGA BARISAN DI HADAPAN, DI TENGAH-TENGAH DI MANA SAYA MENGADAP.”

“FAHAM ITU SKUAD!”
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
DUA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
MASUK BARIS …… GERAK!

b. Paraskan Skuad:
I. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
II. Arahan:
YANG TINGGI KE KANAN, YANG RENDAH KE KIRI DALAM SATU BARISAN ……
GERAK!
(Skuad akan bergerak dengan cara berpusing ke kanan selaku KELUAR BARIS dan
terus membentuk satu barisan panjang di hadapan pemimpin.)

NOMBOR!
(Skuad akan menyebut nombor masing-masing secara kuat/nyaring bermula dari
sebelah kanan.)

NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN, NOMBOR GENAP SATU
LANGKAH KE BELAKANG …… GERAK!

71

ORANG DISEBELAH KANAN SEKALI, DIAM!
(Hukuman ini diberi sebagai tanda orang di sebelah kanan sekali sebagai PENANDA
KANAN.)

NOMBOR GANJIL KE KANAN, NOMBOR GENAP KE KIRI BARISAN, KANAN DAN
KIRI …… PUSING!

JADIKAN TIGA BARISAN, CEPAT JALAN!
(Skuad akan berjalan ke arah PENANDA dan mengambil tempat di barisan tengah,
belakang, hadapan dan seterusnya hingga terbentuk tiga barisan.)

c. Luruskan Barisan
I. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
II. Arahan:
KE KANAN …… LURUS!
(Skuad akan memandang ke kanan sambil mendepakan tangan kanan merapati
bahu kiri rakan sebelah. Kemudian skuad menghentakkan kaki sambil
meluruskan barisan dan berhenti sebaik barisan telah diluruskan.)

PANDANG …… DEPAN!
(Skuad akan memandang ke hadapan sambil menjatuhkan tangan kanan dan
kembali dalam kedudukan SEDIA.)

d. Senang Diri
I. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
II. Arahan:
SENANG …… DIRI!

(Jika skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI.)
BARIS! (Skuad akan berada dalam keadaan Senang Diri.)

72

e. Rehatkan Diri:
I. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI.
II. Arahan:
REHATKAN …… DIRI!

f. Sedia:
I. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan REHATKAN
DIRI.
II. Arahan:
BARIS!
BARIS …… SEDIA!

g. Buka Barisan:
I. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
II. Arahan:
BUKA BARISAN …… GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan. Barisan
belakang akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang.)

h. Tutup Barisan
I. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
II. Arahan:
TUTUP BARISAN……… GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang. Barisan
belakang akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan.)

i. Pusing ke Kanan:
I. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
II. Arahan:
BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA

KE KANAN……… PUSING!
atau
KE KIRI……… PUSING!
atau
KE BELAKANG……… PUSING!

73

j. Pusing ke Kiri:
I. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
II. Arahan:

KE KIRI……… PUSING!
atau
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE BELAKANG……… PUSING!
k. Pusing / Menghadap ke Belakang
I. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
II. Arahan
BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG
KE BELAKANG……… PUSING!
atau
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE KIRI……… PUSING!
l. Kawad Jalan Kaki
I. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
II. Arahan (bergantung kepada penanda)
DARI KIRI, CEPAT……… JALAN!
atau
DARI KANAN, CEPAT ………, JALAN!
atau
DARI DEPAN, CEPAT ………, JALAN!
(jika dalam satu barisan sahaja)
m. Berhenti Semasa Berkawad atau Jalan Kaki
I. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan KAWAD
JALAN KAKI atau HENTAK KAKI
II. Arahan
BARIS, BERHEN……… TI!
(Hukuman BERHENTI akan dilafazkan dengan cara suku kata TI disebut
sebaik sahaja kaki kiri skuad mencecah ke tanah.)

74

n. Keluar Baris
I. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
II. Hukuman Keluar Baris diberikan jika skuad hanya berhenti rehat dan akan ada
perbarisan, kawalan hormat atau kawad kaki lagi selepas itu.

III. Arahan
KELUAR …… BARIS!

o. Skuad Bersurai
I. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
II. Hukuman Bersurai diberikan setelah aktiviti perbarisan, kawalan hormat atau
kawad kaki tamat dan akan bersambung pada waktu atau hari yang lain.

III. Arahan:
BERSU …… RAI!
(Pergerakan BERSURAI sama seperti pergerakan ketika KELUAR BARIS.)

75

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Definisi dan Konsep

I. Bantuan permulaan atau rawatan pertama atau awal yang diberikan kepada mangsa
atau pesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan
sebelum ketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan
daripada doktor di tempat kejadian.

II. Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan, bantu mula atau rawatan
awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang
kemalangan atau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan objek
sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum
mangsa dihantar ke hospital.

Tujuan pertolongan cemas

I. Selamatkan nyawa:
Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi yang
mengancam nyawa, seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasaan dan
jantung, kulit terbakar atau melecur dan yang seumpama dengannya.

II. Mengelakkan daripada bertambah buruk:
Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan
kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.

III. Mengurangkan kesakitan:
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan
kepada mangsa atau pesakit.

IV. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor:
Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di tempat kejadian.

Prinsip pertolongan cemas

I. Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan.
II. Dapatkan tindak balas mangsa.
III. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat.
IV. Periksa pernafasan mangsa.
V. Periksa peredaran darah (carotid - nadi tepi leher/brachial - lengan atas)

76

ANDUH DAN BALUTAN
Anduh

I. Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk mengampu
anggota badan yang cedera.

II. Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan
cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Kain
anduh yang baik berukuran satu meter.

III. Antara kegunaan kain anduh ialah:
a. Mengampu bahagian yang cedera atau patah
b. Menghenti atau menahan pendarahan
c. Menetapkan bahagian yang cedera
d. Dapat digunakan sebagai pengipas
e. Menutup tempat yang luka atau cedera
f. Sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais).

77

IV. Jenis-jenis anduh:
a. Anduh besar (large arm sling):
• Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
• Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
b. Anduh tiga segi atau Anduh St. John’s (triangular sling):
• Menahan pendarahan anggota atas.
• Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
• Mengampu anggota atas yang cedera.
c. Anduh kecil (small sling):
• Mengampu kecederaan di bahagian bahu.
• Mengampu tulang klavikal yang cedera.
• Mengampu anggota atas yang cedera.

V. Pembebatan dan Pembalut atau Balutan
a. Pembebatan (Dressing)
• Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti
balutan luka dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.
• Tujuan:
1) Mengurangkan kesakitan.
2) Menggalakkan penyembuhan luka.
3) Memperbaiki kosmetik kulit.
4) Mengawal penyebaran mikroorganisme.
5) Mengawal kontaminasi luka.
6) Memberi tekanan pada tempat tercedera.
7) Mengawal pendarahan.
8) Mengawal kecederaan lanjut.
• Pembebatan ada tiga jenis, iaitu:
1) Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan;
2) Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka; dan
3) Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm.

78

b. Pembalut atau balutan
• Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai
pembalut dan pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga
berfungi sebagai pembantu pembebatan. Setelah luka dicuci atau
dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan pembalut untuk mengelak
pendarahan dan jangkitan kuman.
• Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu:
1) Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut,
mengampu, mengipas dan pengikat gelung cincin.
2) Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan, balutan
circular atau spiraI dan balutan padi.
• Tujuan dan Fungsi Pembalut:
1) Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.
2) Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau
lambat sembuh.
3) Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan
pendarahan.
4) Mengurangkan kesakitan.
5) Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah, nanah dan
serum.

c. Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka
1) Bersihkan tangan terlebih dahulu.
2) Digalakkan memakai sarung tangan.
3) Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan
membalut luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.
4) Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan
pembebatan dan pembalutan.
5) Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.

79

MERAWAT LUKA DAN GIGITAN

1. Merawat luka:
a) Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan
berlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau
dalam badan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.
b) Pendarahan ada tiga jenis, iaitu
1) Pendarahan luaran (external):
i. luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau;
ii. luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai;
iii. luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul; dan
iv. luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan
tembakan.
2) Pendarahan dalaman (internal):
i. Perut – muntah berdarah
ii. Rahim – tumpah darah
iii. Tali usus – darah pada dubur
iv. Buah pinggang – kencing berdarah
v. Paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah
vi. Tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung
3) Pendarahan dalaman tanpa kesan:
i. Limpa dan hati pecah; dan
ii. Pendarahan dalam otak.
c) Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
1) Luka terbuka:
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan
pendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan
kuman.
2) Luka tertutup:
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah
berlaku dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi
lebam.

80

d) Cara merawat luka terbuka:
1) Luka-luka kecil:
i. Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja;
ii. Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman.
iii. Langkah-langkah rawatan:
a. Bersihkan tangan dengan sabun.
b. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
c. Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
d. Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril.
e. Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
f. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
g. Gunakan pembalut untuk memegang plaster.
2) Luka-luka kecil yang ada benda asing:
i. Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka
seperti kaca atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan
objek tersebut kerana dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak
kerosakan pada tisu dan pendarahan.
ii. Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:
a. Bersihkan tangan dengan sabun.
b. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
c. Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
d. Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu
atau tuala yang sudah disteril.
e. Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan
menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua
bahagian atau atau persekitaran objek.
f. Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk
mengurangkan risiko jangkitan kuman.
g. Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut
tanpa menekan objek.
h. Bawa mangsa/pesakit ke hospital.

81

2. Merawat gigitan
a) Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan
kuman ke tisu badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan
binatang. Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
b) Tanda-tanda gigitan:
1) Luka yang dalam di daging.
2) Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit
c) Kaedah rawatan:
1) Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
2) Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
3) Balut dengan pembalut steril.
4) Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital
berdekatan.
d) Jika digigit anjing:
1) Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
2) Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan
cecair antiseptik.
3) Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
4) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

82

MELECUR, PITAM DAN PATAH

1. Melecur dan terbakar

a) Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak
panas. Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan
renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.

b) Terbakar:
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba
kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek
panas, bahan kimia atau arus elektrik

c) Ketenatan mangsa bergantung kepada
• Luas permukaan yang cedera.
• Tempat yang terbakar atau melecur.
• Tahap terbakar.
• Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.

d) Jenis terbakar atau melecur:
• Luar – Terbakar pada bahagian kulit
• Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut.

e) Sebab-sebab terbakar atau melecur:

JENIS SEBAB-SEBAB

Bahan api atau api.

Panas kering Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau puntung rokok.

Geseran

Panas lembab Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak

Bahan kimia Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput atau alkali.

Radiasi Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet)
Terdedah kepada punca-punca radioaktif.

Elektrik Arus elektrik yang rendah seperti perkakas rumah.

Kilat dan petir.

* Terbakar disebabkan arus elektrik akan melibatkan dua tempat luka
sahaja.

83

f) Tahap kecederaan:
i. Tahap pertama (Superficial burn):
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia
melibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan
kemereh-merahan.
ii. Tahap kedua (Intermidiate burn)
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit
kelihatan kemerah-merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa
sakit.
iii. Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau
putih kering. Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.

g) Tanda-tanda terbakar atau melecur:
i. Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
ii. Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan pada tahap
awal, merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua.
iii. Pengaliran keluar plasma.
iv. Renjatan.

h) Tindakan yang perlu diambil:
i. Tindakan ‘3B’:
• Burning stop – Padamkan.
• Breathing maintain – Periksa pernafasan.
• Body examines – Periksa tahap terbakar/melecur.
ii. Tindakan ‘3C’
• Cool – Sejukkan.
• Cover – Tutup bahagian yang terbakar.
• Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.
iii. Pengendalian am:
• Hentikan kebakaran - air.
• Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut
keadaan).
• Tentukan ia bernafas.
• Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua
selama 20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan.

84

• Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
• Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak

supaya tidak berlaku renjatan.
• Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
• Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan

segera.

85

2. Pitam

a) Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat.
Gejala ini terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan
betul.

b) Antara penyebabnya ialah:
i. Kekurangan darah di dalam otak;
ii. Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu;
iii. Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan
pengsan.

c) Cara merawat:
i. Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
ii. Longgarkan pakaian ketat.
iii. Lap mukanya dengan tuala basah atau biarkan dia menyedut larutan
harum ammonia.
iv. Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
v. Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi
atau teh panas.

3. Patah

a) Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara
langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang
bergerak atau daya tidak langsung. Contohnya jika seorang pemain bola sepak
telah tersepak tanah dan bukannya bola maka daya mungkin dialihkan untuk
memecah tempurung lututnya.

b) Tanda-tanda patah tulang:
i. Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.
ii. Bengkak dan lebam.
iii. Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
iv. Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara
jika patah berlaku di tulang paha atau pelvis.

c) Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan
di sekeliling tempat yang terlibat.

86

d) Cara merawat:
i. Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah
pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah
dia dipindahkan.
ii. Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk
mencegah pergerakan.
iii. Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak terlalu
kuat kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah.
iv. Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan
bawah anggota juga harus dicegah pergerakannya.
v. Bawa mangsa ke hospital dengan segera.

87

KERACUNAN DAN TERSELIUH

1. Keracunan

a) Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap toksik
(bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan
penderitaan sementara atau berkekalan.

b) Tanda-tanda terkena keracunan:
i. Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
ii. Mangsa mengalami sakit abdomen.
iii. Cirit birit mungkin terjadi.
iv. Tanda-tanda terkejut.
v. Mungkin tidak sedarkan diri.

c) Arahan merawat:
i. Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan
bantuan perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.
ii. Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).
iii. Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah).
iv. Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.
v. Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.

d) Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:
i. Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.
ii. Rawatan kecemasan:
• Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.
• Hirup udara segar di ruang terbuka.
• Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
• Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air.
• Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang
banyak.
• Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat mata bagi setiap
mata.

88

2. Terseliuh

a) Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang
melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu
penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan berlebihan,
terkoyak atau terputus.

b) Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh (sprain).
Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh walaupun kedua-duanya
melibatkan kecederaan pada ligamen.

c) Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had
sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur
ligamen.

d) Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang
melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan
asal.

e) Tanda-tanda ligamen terseliuh:
i. Sakit-sakit.
ii. Bengkak.
iii. Bertambah sakit apabila bergerak.
iv. Pergerakan yang terhad.

f) Cara-cara merawat terseliuh:
i. Hadkan pergerakan anggota.
ii. Gunakan konsep RICE:
R- Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa)
I- Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada bahagian yang cedera)
C- Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang
cedera dengan satu lapisan tebal kapas dan balut)
E- Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)
iii. Dapatkan bantuan perubatan

89

PEMULIHAN PERNAFASAN ATAU CARDIO-PULMONARY RESUSCITATION
(CPR):

1) Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu mengambil

alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen ke otaknya

berterusan.

2) Ingat petua S-P-P:

S- Saluran Udara:

Pastikan saluran udara terbuka.

P- Pernafasan:
Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan
mengoksigenkan darah.

P- Peredaran:

Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan

dada

3) Cara-caranya:

S - Saluran Udara Terbuka:

i. Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan

bersihkan tempat di sekeliling mulut.

ii. Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan.

iii. Tarik rahangnya ke atas.

90

P-Pernafasan:
i. Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan
hembus ke dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya mengembung. Jika
pesakit adalah seorang bayi atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung dan
mulutnya semasa menghembus.

ii. Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian
ulang tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula
kedudukan kepala dan rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang
saluran udara. Cuba sekali lagi.

iii. Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke
sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang
benda asing daripada tekak.

iv. Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit
mula bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum
sesorang pesakit itu pulih.

v. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat
dan baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula.

91

P-Peredaran (Mampatan Luar Dada):
i. Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun
hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung
belum berdenyut lakukan perkara ini:
a. Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
b. Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda
di atas rawan dengan tangan kiri di atas tangan kanan.
c. Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan…
Lepaskan… Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah dengan
menekan jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruh
badannya. Ini menggantikan denyutan jantung.
d. Selepas 30 tekanan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke
mulut. Teruskan dengan ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsa
berdenyut secara normal.

92

BUKU LOG PENGAKAP

BAHAGIAN E

LAGU PATRIOTIK DAN LAGU PENGAKAP

93

LAGU PATRIOTIK

INILAH BARISAN KITA

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban

Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita

Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara

Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

94

BAHTERA MERDEKA

Bunda senyum riang
Menerima bahtera merdeka

Putra-putri sayang
Putra-putri sayang sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyingsing membawa harapan

Tanah semenanjung
Tanah semenanjung permata nilam

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa

Supaya negara maju jaya
Aman merdeka
Duhai Ibu Pertiwi

Putra-putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan

Ingin menunaikan sumpah dan janji
Jiwa dan raga

Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka
Duhai Ibu Pertiwi

Putra-putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan

Ingin menunaikan sumpah dan janji

95

WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita

Bercambah menjadi warisan

Andai kuterbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan

Ke mana harus kubawakan
Ke mana harus kusemaikan

Cinta ini

Betapa di bumi ini 'ku melangkah
Ke utara, selatan, timur, dan barat

Kujejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Kuingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Kuingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

96


Click to View FlipBook Version