MODUL BIMBINGAN (MOBIM) SAINS TAHUN 2
Terbitan 2023 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 – 8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Malaysia. MODUL BIMBINGAN (MOBIM) SAINS TAHUN 2 ISBN 978-967-420-735-9 DICETAK OLEH: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, 6-8, Blok E9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya
KANDUNGAN Perkara Halaman Rukun Negara v Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi Definisi Kurikulum Kebangsaan vii Kata Alu-Aluan ix Pengenalan 1 Sains Hayat 7 Sains Fizikal 50 Sains Bahan 76 Bumi dan Angkasa 87 Teknologi dan Kehidupan Lestari 114 Penghargaan 117
v RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara satu cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi modenx MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut: x KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vi FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” x Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
vii DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN xx 3. Kurikulum Kebangsaan x (1) Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. x Sumber: Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97.]
ix KATA ALU - ALUAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah berjaya menghasilkan Modul Bimbingan (MOBIM) Sains Tahun 2 sebagai panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berdasarkan peruntukan waktu yang telah ditetapkan. Modul ini diharap dapat digunakan sebagai panduan dan pencetus idea kepada guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang menarik dan berkesan bagi mata pelajaran Sains Tahun 2 khususnya dalam mengintegrasikan beberapa standard kandungan atau standard pembelajaran dalam satu sesi pengajaran. PdP dalam modul ini menggunakan pendekatan inkuiri yang bersifat hands-on dan minds-on sebagai panduan kepada guru dalam mempelbagaikan strategi dan kaedah PdP yang berkesan dan menyeronokkan. MOBIM Sains Tahun 2 ini diharap dapat membantu guru dalam mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran dengan lebih yakin dan berkesan. BPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan modul ini. Semoga modul yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak, khususnya guru dan murid dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara. Sekian, terima kasih. DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sains berhasrat untuk menanam minat dalam sains di samping mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan yang mudah serta sesuai dengan umur mereka. KSSR Sains juga memberi fokus kepada pembelajaran berfikrah sains bagi pemerolehan ilmu yang diterapkan melalui pendekatan utama dalam pendidikan sains iaitu inkuiri. Pendekatan inkuiri merangkumi pembelajaran berpusatkan murid, konstruktivisme, kontekstual, berasaskan masalah dan masteri melalui strategi serta kaedah PdP yang sesuai. KSSR Sains mempunyai matlamat untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni berlandaskan sikap dan nilai selaras dengan Tujuh Teras Kementerian Pendidikan Malaysia. Selaras dengan itu, MOBIM Sains Tahun 2 menekankan pembelajaran bermakna melalui pendekatan inkuiri dengan pelbagai strategi dan aktiviti PdP yang menyeronokkan. MOBIM Sains Tahun 2 juga menekankan kepada pembelajaran secara kontekstual, kolaboratif dan penyelesaian masalah secara ansur maju, ke arah penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran abad ke-21. Objektif Modul Modul ini dibangunkan bagi membantu guru untuk: 1. Melaksanakan kurikulum dengan peruntukan waktu sedia ada; 2. Menggunakan pendekatan inkuiri melalui pengintegrasian kemahiran saintifik dengan ilmu yang dipelajari; 3. Merancang PdP dengan lebih berstruktur melalui integrasi beberapa standard pembelajaran yang sesuai. Organisasi MOBIM Sains Panduan yang disediakan dalam MOBIM Sains Tahun 2 adalah berdasarkan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Sains Tahun 2. Modul ini mengandungi strategi PdP yang dibangunkan berdasarkan pendekatan penyusunan kandungan dan pengintegrasian beberapa tajuk bagi memastikan penguasaan pengetahuan asas serta kemahiran saintifik di peringkat Tahun 2. Setiap tajuk di dalam modul ini disertakan dengan fokus atau penekanan yang perlu diberikan dalam sesuatu PdP, cadangan aktiviti, catatan atau nota kepada guru, bahan sumber untuk rujukan guru dan lembaran kerja untuk murid. PENGENALAN
2 Penulisan Modul Penulisan modul ini disusun seperti berikut: Cadangan penyusunan kandungan berdasarkan Tema, Tajuk, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran seperti mana terdapat dalam DSKP. Kod QR untuk pautan kepada bahan-bahan rujukan. Maklumat untuk guru yang perlu diberi perhatian. Anggaran tempoh masa yang dicadangkan untuk melaksanakan PdP. Penerangan ringkas tentang kandungan, fokus dan perkara yang perlu diberi penekanan. Cadangan aktiviti ini adalah fleksibel dan boleh diadaptasikan. Rujukan kepada guru untuk penggunaan bahan sumber sedia ada.
3 Peruntukan Masa Penyusunan kandungan modul ini juga telah mengambil kira peruntukan masa bagi Sains Tahap I seperti dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 8 Tahun 2016 iaitu minimum 48 jam setahun. Cadangan masa PdP bagi setiap tajuk juga dinyatakan di dalam modul ini, dianggarkan 90 minit (3 waktu) seminggu. Lazimnya, susunan jadual waktu di setiap sekolah adalah berbeza. Ada yang menggunakan gabungan dua dan satu waktu (2+1), satu dan dua waktu (1+2) atau tiga waktu berturutan (3). Guru boleh mengubah suai strategi dan aktiviti PdP yang dicadangkan dalam MOBIM ini agar sesuai dengan jadual waktu sekolah masing-masing. Cadangan Aktiviti Aktiviti yang dicadangkan di dalam modul ini adalah berdasarkan kepada pendekatan inkuiri iaitu melibatkan pemerhatian, penyiasatan atau penerokaan bagi membantu pemahaman serta penguasaan sesuatu konsep sains, sebelum beralih kepada kandungan lain. Cadangan aktiviti ini adalah fleksibel dan boleh diadaptasi oleh guru agar bersesuaian dengan keupayaan murid, kemudahan fasiliti dan kesediaan bahan bantu mengajar di sekolah masing-masing. Guru juga boleh menambah baik aktiviti berdasarkan kreativiti dan daya inovasi guru. Catatan Ruangan ini mengandungi nota atau panduan berkaitan cadangan bahan bantu mengajar, limitasi sesuatu kandungan, penjelasan kepada istilah atau terminologi tertentu dan lain-lain catatan yang membantu mencapai Standard Pembelajaran. Lembaran Kerja Lembaran kerja disertakan bagi membantu murid mengukuhkan pemahaman mereka dan menguasai sesuatu konsep sains yang telah dipelajari. Guru boleh menggunakan soalan ini sebagai contoh dan membina soalan sendiri sebagai latihan tambahan kepada murid. Lampiran Lampiran disertakan sebagai rujukan guru untuk menjalankan aktiviti PdP yang dicadangkan. Guru juga boleh mengubah suai lampiran tersebut mengikut kesesuaian PdP.
4 Pentaksiran Proses pentaksiran berlaku sepanjang tempoh PdP. Guru perlu merancang dan mentaksir murid secara kolektif dan holistik dengan melihat semua aspek semasa sesi PdP. Penentuan Tahap Penguasaan murid hendaklah merujuk Standard Prestasi yang terdapat di dalam DSKP Sains Tahun 2 dan pelaporan dilakukan mengikut ketetapan Pentaksiran Bilik Darjah yang berkuat kuasa. Panduan Menggunakan Modul Modul ini merupakan panduan dan cadangan kepada guru bagi membantu guru melaksanakan kurikulum Sains Tahun 2 dan mencapai matlamatnya berdasarkan peruntukan waktu serta bahan sumber sedia ada. Oleh itu, guru disarankan agar mengajar mengikut tajuk dan kandungan kurikulum yang telah disusun dalam modul ini. Guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti mengikut keperluan dan kesediaan murid serta fasiliti sekolah masing-masing. Guru disarankan menggunakan pendekatan berikut dalam PdP: 1. Pendekatan secara pembelajaran masteri: Pastikan murid mempunyai pengetahuan asas yang kukuh sebelum memperkenalkan kemahiran baharu. Murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran perlu diajar semula atau diberi tindakan susulan. Walau bagaimanapun, pengajaran semula atau tindakan susulan yang diambil haruslah menggunakan strategi yang berbeza dari pengajaran sebelumnya. 2. Pendekatan ansur maju: Perkenalkan konsep sains secara kontekstual bermula daripada perkara yang mudah kepada yang sukar. Aktiviti penerokaan dengan aplikasi kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor dan berkomunikasi sangat membantu murid membina pemahaman. 3. Pendekatan didik hibur: Bagi memupuk minat murid dalam pembelajaran, aktiviti yang disampaikan perlulah menggunakan pendekatan yang menarik, hands-on, melibatkan penerokaan dan melalui cara penyampaian yang berkesan. Guru disarankan menggunakan konsep didik hibur melalui nyanyian, permainan dan penggunaan bahan dan peralatan sains dalam pengajaran. 4. Pendekatan penggabungjalinan kemahiran saintifik: Guru perlu menggabungjalinkan suatu kemahiran saintifik yang lain mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, dalam tajuk Tumbuhan, kemahiran memerhati dan berkomunikasi harus diaplikasikan.
CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
7 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Manusia dan Haiwan Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 3.1 Pembiakan dan tumbesaran manusia 4.1 Pembiakan dan tumbesaran haiwan Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 3.1.1 Menyatakan cara manusia membiak. 4.1.1 Menyatakan cara haiwan membiak. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang cara manusia membiak dan cara haiwan membiak. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran memerhati. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid menyanyikan lagu ‘Cara Membiak’. (Lampiran 1) 2. Murid menonton video tentang cara haiwan dan manusia membiak. 3. Murid menyatakan cara haiwan dan manusia membiak berdasarkan video. 4. Murid menghasilkan ‘Topi Info’ secara berkumpulan. (Lampiran 2-3) 5. Murid membuat persembahan dengan menggunakan ‘Topi Info’ secara kreatif seperti nyanyian, lakonan dan sajak. 6. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Cadangan pautan lagu: https://youtu.be/md7vhMJ6B04 Sumber: Kumutha & Asmahani Cadangan pautan video: https://youtu.be/dukdpqjFdzY Sumber: Mohd Firdaus Guru menerapkan kemahiran memerhati dalam PdP. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 23 - 24 dan 35 - 38 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 13 dan 21
8 Lampiran 1 Tajuk Lagu: Cara Membiak Melodi: Lagu Lenggang Kangkung Ayuh kita belajar Cara manusia dan haiwan membiak Manusia membiak Dengan cara melahirkan anak Cara haiwan membiak Bertelur dan melahirkan anak Manusia dan haiwan Membiak untuk tambah bilangan Ulang 2 kali Ulang 2 kali Ulang 2 kali Ulang 2 kali
9 Lampiran 2 Aktiviti Topi Info Langkah-langkah: 1. Guru menyediakan pelbagai gambar haiwan. 2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. 3. Wakil setiap kumpulan memilih satu gambar haiwan. 4. Guru mengagihkan templat ‘Topi Info’ kepada setiap kumpulan. (Lampiran 3) 5. Murid melekatkan gambar haiwan yang telah dipilih dan menulis cara pembiakannya pada ‘Topi Info’. 6. Murid membuat persembahan secara kreatif dengan menggunakan ‘Topi Info’. Contoh Topi Info
10 Lampiran 3 Templat Topi Info
11 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Manusia Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 3.1 Pembiakan dan tumbesaran manusia Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 1.1.3 Mengukur dan menggunakan nombor 1.1.4 Berkomunikasi 3.1.2 Memerihalkan perubahan yang berlaku pada diri sejak dilahirkan dari aspek saiz, tinggi dan berat. 3.1.3 Mengitlak tumbesaran adalah berbeza antara individu dengan menjalankan aktiviti. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang perubahan yang berlaku semasa tumbesaran manusia dan membuat pernyataan umum tentang tumbesaran manusia adalah berbeza antara individu. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran memerhati, mengukur dan menggunakan nombor serta berkomunikasi. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid mencuba pakaian yang disediakan oleh guru dan bersoal jawab. 2. Murid mengenal pasti perubahan pada diri sejak dilahirkan dari aspek saiz, tinggi dan berat berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan secara lisan. 3. Murid menjalankan aktiviti ‘Kecil ke Besar’ (Lampiran 1). 4. Murid membuat pernyataan umum tentang tumbesaran manusia adalah berbeza antara individu walaupun usia yang sama. 5. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Guru menyediakan pakaian seperti baju, seluar, stokin dan kasut pelbagai saiz (Contoh saiz: 6 bulan, 2 tahun dan 8 tahun). Guru menerapkan kemahiran memerhati, mengukur dan menggunakan nombor serta berkomunikasi dalam PdP. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 25-29 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 15-16
12 Lampiran 1 Aktiviti ‘Kecil ke Besar’ 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil (4-5 orang). 2. Setiap murid dibekalkan dengan sehelai kertas. 3. Murid menekap tapak tangan menggunakan pensel warna di atas kertas. 4. Murid menggunting hasil kerja tersebut untuk membuat perbandingan saiz tapak tangan. Murid menyusun tekapan tapak tangan dari kecil ke besar. 5. Murid menimbang berat setiap ahli kumpulan dengan menggunakan alat penimbang dan merekod pemerhatian. 6. Murid mengukur ketinggian setiap ahli kumpulan dan merekod pemerhatian. 7. Murid membandingkan saiz tapak tangan, berat dan tinggi setiap ahli kumpulan.
13 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Manusia Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 3.1 Pembiakan dan tumbesaran manusia Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 1.1.4 Berkomunikasi 3.1.4 Memerihalkan bahawa anak mewarisi ciri daripada ibu, bapa atau keturunan. 3.1.5 Memberi contoh ciri yang diwarisi oleh anak daripada ibu bapa atau keturunan seperti warna kulit, warna mata dan jenis rambut. 3.1.6 Menjelaskan pemerhatian tentang tumbesaran dan pewarisan melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang pewarisan ciri daripada ibu, bapa atau keturunan. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran memerhati dan berkomunikasi. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid menonton video keluarga. 2. Murid menyatakan ciri yang diwarisi berdasarkan video. 3. Murid menjawab kuiz interaktif. 4. Murid menyatakan pewarisan ciri berdasarkan kuiz interaktif. 5. Murid memerihalkan bahawa anak mewarisi ciri daripada ibu atau bapa berdasarkan gambar keluarga. 6. Murid dibimbing bahawa anak mewarisi ciri-ciri daripada keturunan jika ciri yang diwarisi tidak terdapat pada ibu atau bapa mereka. 7. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Cadangan pautan video: https://youtu.be/_VKt0rghJqE Sumber: Mohd Firdaus Guru boleh menggunakan gambar keluarga sebenar seperti keluarga artis atau keluarga guru sendiri. Cadangan pautan quizizz: https://quizizz.com/join/quiz/654a51cbb9a7 103996f5991a/start?studentShare=true Sumber: Mohdfirdaus36 Guru menerapkan kemahiran memerhati dan berkomunikasi dalam PdP. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 30 - 32 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 17 - 20
14 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Haiwan Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 4.1 Pembiakan dan tumbesaran haiwan Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 1.1.2 Mengelas 4.1.2 Mengelaskan haiwan berdasarkan cara pembiakan 4.1.6 Menjelas dengan contoh anak haiwan yang menyerupai induknya dan yang tidak menyerupai induknya. Penerangan PdP PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang pengelasan cara pembiakan haiwan dan anak haiwan yang menyerupai induknya dan yang tidak menyerupai induknya. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran memerhati dan mengelas. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid bermain permainan ‘Roda Impian’ dan menjawab teka-teki. (Lampiran 1-2) 2. Murid menampal kad jawapan teka-teki pada papan putih. (Lampiran 3) 3. Murid mengelaskan haiwan berdasarkan cara pembiakan dalam peta pokok secara berkumpulan. (Lembaran 1) 4. Murid menonton video ‘Anak Haiwan Menyerupai dan Tidak Menyerupai Induk’ dan bersoal jawab. 5. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Guru juga boleh menggunakan pautan berikut untuk permainan ‘Roda Impian’: http://wheelofnames.com Cadangan pautan video: https://youtu.be/Jk8afafX1gA Sumber: Cikgu Jega & Kumutha Sesi soal jawab berfokus kepada anak haiwan dengan induknya: i) Adakah larva rama-rama menyerupai ibunya? ii) Adakah anak lembu menyerupai ibunya? Guru menerapkan kemahiran memerhati dan mengelas dalam PdP. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 35-38, 43-44 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 22 dan 28
15 Lampiran 1 1. Guru menyediakan ‘Roda Impian’ dan soalan teka teki. 2. Soalan teka teki dimasukkan ke dalam sampul bernombor. 3. Wakil setiap kumpulan memutarkan ‘Roda Impian’ untuk mendapatkan sampul bernombor. 4. Ahli kumpulan menjawab teka–teki yang terdapat dalam sampul bernombor tersebut. 5. Murid memilih kad jawapan yang betul dan menampal pada papan putih.
16 Lampiran 2 Soalan teka-teki 1 Saya mempunyai sayap. Saya berkokok pada waktu pagi. Siapakah saya? 4 Saya mempunyai sisik dan sirip. Saya boleh berenang. Siapakah saya? 2 Saya berkaki empat. Badan saya mempunyai jalur warna putih dan hitam. Siapakah saya? 5 Saya mempunyai cangkerang dan berkaki empat. Siapakah saya? 3 Saya bersaiz besar. Saya mempunyai telinga besar dan belalai. Siapakah saya? 6 Saya suka makan lobak merah. Nama panggilan saya ialah “Bunny”. Siapakah saya?
17 Lampiran 3 Kad jawapan teka-teki Ayam Kuda belang Kura-kura Ikan Gajah Arnab
18 Lembaran 1 Kumpulan: __________________________ Kelaskan haiwan mengikut cara haiwan membiak berdasarkan kad gambar pada papan putih. Cara haiwan membiak
19 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Haiwan Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 4.1 Pembiakan dan tumbesaran haiwan Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 1.1.2 Mengelas 4.1.3 Menjelaskan dengan contoh haiwan bertelur banyak dan bertelur sedikit. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang pengelasan haiwan bertelur banyak dan bertelur sedikit. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran memerhati dan mengelas. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid melengkapkan Jigsaw Puzzle dan bersoal jawab. (Lampiran 1-4) 2. Murid menonton video contoh haiwan bertelur banyak dan bertelur sedikit untuk mengukuhkan jawapan murid. 3. Murid bermain permainan ‘Kotak Beracun’ untuk menjelas dengan contoh haiwan bertelur banyak dan bertelur sedikit. (Lampiran 5-8) 4. Murid mengelaskan haiwan yang bertelur banyak dan bertelur sedikit. (Lembaran 1) 5. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Sesi soal jawab berfokus kepada cara pembiakan haiwan berdasarkan Jigsaw Puzzle: i. Apakah nama haiwan ini? ii. Apakah cara pembiakannya? iii. Nyatakan sama ada haiwan ini bertelur banyak atau sedikit. (Guru terima sebarang jawapan murid) Cadangan pautan video: https://youtu.be/EP6wMXFSODg Sumber: Mohd Firdaus Guru menyediakan ‘Kotak Beracun’ yang mengandungi kad gambar haiwan. Guru menerapkan kemahiran memerhati dan mengelas semasa PdP. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 39-41 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 23
20 Lampiran 1
21 Lampiran 2 \
22 Lampiran 3
23 Lampiran 4
24 Lampiran 5
25 Lampiran 6
26 Lampiran 7
27 Lampiran 8
28 Lembaran 1 Nama : _________________________ Kelas : ___________________ Lengkapkan maklumat dalam jadual di bawah. katak nyamuk penyu ikan ayam cicak burung penguin Bertelur banyak Bertelur sedikit Haiwan
29 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Haiwan Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 4.1 Pembiakan dan tumbesaran haiwan Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 1.1.4 Berkomunikasi 4.1.4 Menjelaskan dengan contoh haiwan melahirkan anak yang banyak dan anak yang sedikit. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang haiwan melahirkan anak yang banyak dan anak yang sedikit. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran memerhati dan berkomunikasi. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid memerhatikan seekor haiwan sebenar dan bersoal jawab. 2. Murid menghasilkan permainan Cootie Catcher dalam kumpulan. (Lampiran 1-2) 3. Murid menjelaskan dengan contoh haiwan melahirkan anak yang banyak dan anak yang sedikit melalui permainan Cootie Catcher. 4. Murid memerhati model haiwan dan menjawab soalan dalam Lembaran 1 secara berkumpulan. 5. Wakil kumpulan membentangkan hasil aktiviti kumpulan. 6. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Guru membawa haiwan sebenar seperti kucing. Sesi soal jawab berfokus kepada pembiakan haiwan: i) Apakah nama haiwan ini? ii) Apakah cara pembiakannya? iii) Nyatakan sama ada haiwan ini melahirkan anak yang banyak atau sedikit. Guru menyediakan model haiwan untuk aktiviti berkumpulan. Guru menerapkan kemahiran memerhati dan berkomunikasi dalam PdP. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 41-42 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 24
30 Lampiran 1 1. Murid diminta menggunting tapak Cootie Catcher pada garisan putus-putus. 2. Murid menampal gambar haiwan pada ruangan tidak bernombor dan melipat kertas mengikut garisan. 1 8 2 7 6 5 4 3 Tampal di sini Tampal di sini Tampal di sini Tampal di sini Tampal di sini Tampal di sini Tampal di sini Tampal di sini Tampal di sini Tampal di sini Tampal di sini Tampal di sini
31 Lampiran 2 1. Murid menggunting dan menampal gambar haiwan pada tapak permainan Cootie Catcher.
32 Lembaran 1 Nama: ____________________________ Kelas: _________________ Namakan haiwan melahirkan anak yang banyak dan anak yang sedikit berdasarkan model haiwan. Haiwan melahirkan anak yang banyak Haiwan melahirkan anak yang sedikit
33 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Haiwan Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 4.1 Pembiakan dan tumbesaran haiwan Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 1.1.4 Berkomunikasi 4.1.5 Merekod perubahan tumbesaran haiwan dengan memerhati kitar hidup haiwan. 4.1.7 Menjelaskan pemerhatian tentang pembiakan dan tumbesaran melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang perubahan tumbesaran haiwan dengan memerhati kitar hidup haiwan. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran memerhati dan berkomunikasi. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid memerhatikan model kitar hidup haiwan atau menonton video kitar hidup haiwan dan bersoal jawab. 2. Murid menghasilkan Agamograph kitar hidup rama-rama secara berkumpulan. (Lampiran 1-2) 3. Murid merekod perubahan tumbesaran ramarama atau kitar hidup haiwan lain yang sesuai. 4. Murid melabel dan membentangkan perubahan tumbesaran rama-rama. 5. Murid membina model kitar hidup haiwan berdasarkan pemerhatian terhadap perubahan tumbesaran haiwan secara kreatif. 6. Murid melengkapkan jawapan dalam Lembaran 1. Cadangan pautan video: https://youtu.be/FCe03xavnEU Sumber: Cikgu Jega & Asmahani Sesi soal jawab berfokus kepada perubahan tumbesaran haiwan. Cadangan pautan video Agamograph: https://youtu.be/T9lhX-JeMYU Sumber: Sarawanan & Kalaiselvi Guru menerapkan kemahiran memerhati dan berkomunikasi dalam PdP. Aktiviti membina model kitar hidup haiwan boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian masa atau sebagai aktiviti pengukuhan. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 45-46 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 25-27
34 Lampiran 1
35 Lampiran 2
36 Lembaran 1 Nama: ____________________________ Kelas: _________________ Labelkan perubahan tumbesaran rama-rama. Labelkan perubahan tumbesaran nyamuk.
37 TEMA: SAINS HAYAT Tajuk : Tumbuhan Masa : 90 minit Standard Kandungan : 1.1 Kemahiran Proses Sains 5.1 Tumbesaran tumbuhan Standard Pembelajaran : 1.1.4 Berkomunikasi 5.1.1 Menyatakan kepentingan tumbuhan kepada manusia dan haiwan Penerangan PdP : PdP ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang kepentingan tumbuhan kepada manusia dan haiwan. Pemerolehan pengetahuan diintegrasikan dengan kemahiran berkomunikasi. Cadangan Aktiviti Catatan 1. Murid memerhati/ merasa buah yang dibawa oleh guru dan bersoal jawab. 2. Murid melengkapkan Jigsaw Puzzle secara berkumpulan. (Lampiran 1-4) 3. Murid menjana idea tentang kepentingan tumbuhan kepada manusia dan haiwan berdasarkan Jigsaw Puzzle. 4. Murid mengenal pasti kepentingan tumbuhan kepada manusia dan haiwan. (Lembaran 1) 5. Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. Guru membawa pelbagai jenis buah-buahan. Sesi soal jawab berfokus kepada kepentingan tumbuhan kepada manusia. Guru mengemukakan soalan dan membimbing murid menyatakan kepentingan tumbuhan kepada manusia dan haiwan. Contoh soalan: i. Apakah aktiviti yang terdapat dalam gambar Jigsaw Puzzle? ii. Apakah kepentingan tumbuhan berdasarkan gambar? Guru menerapkan kemahiran berkomunikasi dalam PdP. Penggunaan Buku Teks : Rujuk muka surat 49-50 Penggunaan Buku Aktiviti : Rujuk muka surat 29
38 Lampiran 1