Cahaya Ilahi …………………………………………………….1
Fakir di Pedalaman …………………………………………….6
Cikgu Luar Biasa ……………………………….…………......11
Lebih Baik Setiap Hari ………………………………….…….15
Haruman Mawar Terselit Duri ……………………….………22
Motivasi Disebalik Sebuah Inspirasi ……………….………29
Bangkit Daripada Sebuah Kegagalan ……………………...34
Cerita Aku dan Body Shaming …………………..…………..40
Kirim Aku Pulang ………………………………………...…….46
Qabus …………………………………………………….………53
OLEH : REGINA LAMBIN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
“Allah telah memberikan petunjuk kepadaku sehingga aku bisa
mengenali diriku sendiri dengan segala kelemahan dan
kehinaanku.” - Ali Bin Abu Thalib
Aku bukan lah pelajar cemerlang dengan mendapat A yang banyak seperti kebanyakan.
Aku juga bukan ulat buku yang senantiasa menelaah buku siang malam. Aku hanya
pelajar biasa yang tidak fokus semasa belajar. Aku juga pelajar yang suka buat window
shopping di sekitar bangunan sekolah. Aku juga pernah kena sebat oleh cikgu disiplin
kerana escape kelas. Aku juga pernah menconteng cermin tingkap sekolah. Aku juga
pernah bergaduh di sekolah kerana tidak puas hati gara-gara kes jantan. Aku pun pernah
makan hunger ayah aku sebab tak nak turun sekolah.
Masa sekolah rendah, aku pernah bubuh colgate dalam mata untuk minta cuti sakit
mata. Dan yang paling kelakar dii sekolah menengah (Tingkatan 1), aku pernah jatuh
sebelah kaki dalam longkang waktu awal pagi nak masuk kelas. Nak tau sebab apa tak?
Sebab ternampak crush melintas depan. Semasa di tingkatan 5 pula, aku escape keluar
sekolah panjat pagar belakang sekolah. Namun begitu, aku juga pernah menjadi
penolong ketua kelas, menjadi pengawas, menjadi wakil sekolah dalam sukan badminton,
bola jaring, serta ahli sukan yang lain. Aku juga wakil sekolah dan daerah dalam
berpengakap. Selain itu, aku juga aktif dalam kelab tarian. Malah aku mendapat tajaan
biasiswa daripada pihak sekolah dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5.
1
PENULISAN KISAH INSPIRASI
Cuma bila beranjak dewasa, aku memilih untuk menjadi insan yang luar biasa dan
berbeza daripada adik-beradik aku yang lain. Aku membuat keputusan untuk
“meninggalkan” keluarga, “harta dunia” dan memilih untuk masuk Islam tanpa
pengetahuan keluarga aku. Hanya aku seorang yang masuk agama Islam dan mereka
masih kekal dengan agama asal.
“Kenapa kau bodoh sangat masuk Islam?”
“Belajar tinggi-tinggi tapi otak letak di kepala lutut!”
“Apa kau dapat masuk Islam? Dapat duit? Dapat pangkat?”
“Kau ikut jantan mana sampai jadi macam ni?”
Itu lah antara feedback yang paling panas aku dengar serta menaikkan darah muda
ku. Tapi alhamdulillah iman aku masih cukup kental untuk menelan segala cemuhan serta
hinaan yang saban hari aku dengar di corong cuping ku mahupun yang mengata di
belakang ku. Hanya Allah sahaja yang megetahui apa yang aku rasakan saat aku mula
merangkak dalam mengenali Islam dalam hidupku. Meskipun begitu, aku bersyukur
kerana keluarga aku dapat terima kenyataan dan itu lah yang paling penting bagi aku
walaupun pada awalnya aku hampir dua tahun merahsiakan status agama aku daripada
pengetahuan mereka.
Sejujurnya, dulu aku sendiri juga tidak tahu bagaimana aku boleh masuk Islam
sedangkan dari kecil lagi aku sangat agak racis pada Islam. Islam di mata aku adalah
orang yang munafik. Setelah aku hijrah, baru lah aku sedar bahawa aku bukan benci
pada Islam tetapi pada manusia yang bertopengkan syaitan menconteng nama baik Islam
sehingga memberikan persepsi yang buruk kepada orang bukan Islam. Bahkan, dulu
ayah pernah melarang aku jika masuk Islam aku bukan anak dia lagi.
Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Pada tahun yang sama, ayah
aku kemalangan dan dimasukkan ke dalam wad hampir 6 bulan. Sepanjang ayah di
hospital, aku ambil peluang untuk berbakti kepada ayah seperti mana yang Ustaz pernah
pesan kepada aku dulu. Maka, dari situ aku berusaha untuk membuktikan kepada ayah
dan keluarga bahawa dengan berpindah agama bukan menjadi penghalang untuk aku
berbakti kepada mereka. Sehingga kini, ayah aku masih ada meskipun cuma mampu
2
CAHAYA ILAHI
berkerusi roda dan Alhamdulillah dia boleh terima aku apa adanya (sebab tidak ada
kudrat nak halau aku...hehehe).
Cuma, aku terkilan sebab masih tidak mampu lagi berdakwah kepada keluarga aku
menyatakan betapa indahnya Islam. Jika nikmat dan kurnia yang Allah kurniakan kepada
aku dapat diterjemahkan dalam bentuk harta benda, nescaya aku sudah memiliki deretan
bangunan pencakar langit, ratusan buah kereta Ferarri, Lamborgini, Tesla dan
sebagainya. Aku sedih kerana berjalan di landasan Allah seorang diri tanpa keluarga
menemani. Alangkah aku mencemburui saudara seiman yang sejak lahir sudah
beragama Islam. Semua ahli keluarga dapat berkumpul dan mengerjakan ibadah
berjemaah bersama-sama terutamanya bila menjelang bulan Ramadhan dan Syawal.
Sungguh, aku cemburu!
Betapa untungnya orang yang lahir dalam Islam tetapi ramai juga yang kufur tidak
menghargai hidayah yang Allah bagi. Aku yang alone di jalan hijrah ini tersangat ingin
memiliki keluarga seperti kalian tapi kenapa kalian tidak? Tidak kah kalian merasa rugi
sedangkan aku ingin seperi keluarga kalian tapi jika Allah tidak berkehendak aku tidak
dapat berbuat apa-apa melainkan menadah doa supaya Allah juga memeberi taufik dan
hidayah kepada seisi keluarga aku suatu hari nanti. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin.
Kini aku hanya mampu berdoa dan terus bersilaturahim kepada keluarga aku
semoga ia menjadi asbab kepada mereka untuk melafazakan dua kalimah syahadah.
Selain itu, aku juga bertekad untuk membuktikan kepada orang sekelilingi terutamanya
yang pernah mencaci dan menghina aku yang aku juga mampu berjaya dengan
suksesnya meskipun aku telah tukar agama. Aku berniat sambung belajar sampai ke
Phd.
Aku pernah gagal dua kali sambung belajar peringkat Sarjana sebab masalah
kewangan dan juga pada masa itu keluarga belum tahu lagi aku sudah berhijrah. Namun,
dengan izin Allah alhamdulillah aku berjaya juga menghabiskan pengajian Sarjana pada
percubaan yang ketiga. Sepanjang pengajian Sarjana, banyak dugaan yang aku lalui
terutamanya dari segi kewangan sehingga aku terpaksa kerja kedai makan mencuci
pinggan mangkuk. Yang paling sadis, ada pelanggan yang mengutuk aku yang hanya
seorang pencuci pinggan mangkuk. Ekoran daripada itu, sehingga kini aku terus berazam
3
PENULISAN KISAH INSPIRASI
untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan orang lain dalam apa jua golongan
sekalipun. Walaupun begitu, aku tetap bersyukur, alhamdulillah Allah sentiasa
melimpahkan rezeki yang tidak putus-putus. Dan dengan izin Allah juga, sekarang aku
berjaya melanjutkan pengajian peringkat kedoktoran untuk membangunkan diri dan
mengangkatkan martabat keluarga. Ini tahap pengajian yang aku anggap ujian terakhir
untuk fasa permulaan hidup aku. Ujian dimana aku akan diuji di luar logika dan
melampaui akal fikiran.
“Nur…sabar ye, kejayaan pasti milikmu jua nanti..Insayaallah.”
Hati kecilku berbisik memberi semangat pada diri kerana tiada siapa yang boleh
menasihati kita melainkan diri sendiri. Kalau adapun yang memberi nasihat mahupun
semangat, ia tetap tidak akan menyerap dalam hati kita kerana hanya kita sahaja yang
boleh memaksa diri untuk melakukan sesuatu berdasarkan keinginan diri kita. Orang
sekeliling tidak bisa untuk memaksa hati kita jika ia berkata tidak.
Adakalanya, aku menyesal tak dengar cakap mahupun nasihat orang tua aku masa
zaman jahilliah dulu. Bukan apa, kadang-kadang mereka lebih mengetahui jalan yang kita
ambil itu akan membawa kecelakaan kepada kita. Kini, baru la aku sedar atas kebenaran
nasihat mereka. Oleh itu, apa yang aku usahakan sekarang adalah ingin tebus balik
kedegilan aku dahulu dengan menghadiahkan segulung ijazah tertinggi buat mereka
berdua. Itu janjiku padamu wahai ayah dan ibu dunia akhiratku. Mungkin nanti aku akan
mengambil masa yang lama untuk menyiapkan PhD ini, namun usah lah risau aku pasti
akan menamatkan nya selagi hayat ada. Kerana, kalian lah yang menjadi pembakar
semangat aku untuk terus berjuang dalam ujian ini. Kalian akan menjadi saksi aku diatas
pentas untuk menerima ‘topi bulat’ kelak…Insyaallah...dan sekaligus membuat kalian
berdua berbangga hanya untuk kesekalian ini sahaja. Ini kerana aku sedar sepanjang
perjalanan hidupku banyak menyusahkan kalian. Aku yang dulu banyak sangat
membebankan dan menconteng arang di muka kalian malah mengabaikan
kalian...derhaka sungguh aku!
Ya allah, panjangkan umur ayah dan ibuku agar mereka dapat mengecapi kejayaan
aku bersama nanti. Aku juga tahu ini adalah impian mu wahai ayahku.. dirimu sangat
menginginkan aku mendapat tittle ‘DR.’ untuk keluarga, anak-anak dan untuk keturunan
4
CAHAYA ILAHI
kita supaya tidak mendapat makian dan cemuhan orang lagi. Meskipun sekarang kalian
terpaksa bergadai nyawa dan masa semata-mata agar aku terus maju dan berjaya
menamatkan pengajian aku. Apabila aku teringat akan pesanan ayah dan mak aku ini, air
mata bak hujan membasahi bumi. Ini lah kata-kata keramat yang aku akan ingat sampai
akhir hayat.
“…kita memang keluarga susah, tiada harta dan tidak mampu berganding dengan
orang lain…belajar la bersungguh-sungguh untuk mendapat PhD supaya membanggakan
kami dan dapat kerja yang berpangkat tinggi dalam masyarakat. Jangan kalah dalam
bersaingan dengan bangsa lain. Jangan risau akan anak-anak dan masalah-masalah di
rumah, kami akan membantumu sedaya semampu kami asalkan kamu tamatkan
pengajian…”
Memang tidak dinafikan berhijrah ke jalan Allah amat sukar dan bukan semudah
seperti apa yang mampu dibayangkan. Ianya memerlukan pengorbanan dan kesabaran
yang maksima untuk terus istiqamah. Ia juga perlu disertakan dengan niat yang hanya
ingin mendapat keredhaan Allah s.w.t. Insyaallah segalanya akan dipermudahkan oleh
Allah bagi umatNya yang bersungguh-sungguh untuk kembali ke pangkal jalan.
Bagi aku, berhijrah ke jalan Allah umpama “diluak mata mak, ditelan mati anak”
terlalu banyak yang perlu aku korbankan hanya kerana ingin mengenali siapakah Sang
Pencipta Alam Semesta. Dalam ketenangan laut dalam, sekali sekala akan bergelora,
begitu juga aku. Dalam usaha memperbaiki diri, syaitan iblis memang tidak akan pernah
berhenti mengusik dan memujuk untuk menyimpang seketika daripada jalannya Allah.
Tapi, percaya dan yakin lah kepadaNya bahawa setiap kesusahan itu pasti berserta
dengan kesenangan. Bersabar lah menempuhi ranjau nan berduri dan jalan yang berliku-
liku dalam kehidupan. Sesungguhnya, sabar itu indah!
TAMAT
5
OLEH : MOHAMMAD NAQIUDDIN ALI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRI
(UPSI)
Aku sentiasa bersyukur kepada Ilahi kerana dilahirkan di dalam sebuah keluarga
yang hidup mewah di dalam kesederhanaan. Apa yang kumahu pasti akan kukecapi. Ibu
bapaku merupakan orang yang baik-baik dan berjaya membentuk aku dan adik beradikku
menjadi manusia-manusia yang berguna. Ibuku acap kali membanting tulang, mengerah
kudrat dan nasihat-nasihat bernas sering saja dilontarkan; tak pernah lelah mahupun lali,
agar kami semua senantiasa memperbaiki diri yang jahil tentang erti kehidupan. Bapaku
memiliki hati yang suci dan gemar menolong saudara-mara yang berada di dalam
kebuntuan. Tidak lupa juga humornya yang sering menceriakan hidup kami serumah.
Namun, diriku yang naif ini sering mempersoalkan kebaikan bapaku, barangkali akibat
corak pemikiranku yang boleh dikatakan agak narsisis. Sering bermain di benak mindaku,
“Mengapa bapa suka bantu orang lain? Sedangkan orang lain tidak pernah membantu
bapa?”. Persoalan ini kekal terkunci di lubuk hatiku yang terdalam atas rasional perasaan
gentar jika aku suarakan, kalbunya akan hancur dek kerana terkilan asbab kutahu
terkadang, kata kata itu boleh jadi setajam pedang, apatah lagi jika ia disampaikan oleh
orang yang terkanan.
Persoalan ini terjawab ketika aku berumur 17 tahun pada tahun 2018. Masih segar
di dalam kotak ingatanku ketika bapa menjemputku pulang dari asrama pada waktu cuti
sekolah. Sejurus aku melangkah memasuki kereta, bapaku memberitahu bahawa dia
akan membawaku ke satu kawasan pedalaman di daerah Telupid untuk menziarahi
seorang rakan sekolahnya. Pada awalnya aku bermonolog sendirian, api kemaraan
berkobar tanpa kusedar. Aku terfikir mungkin ini antara rakan-rakannya yang hanya
mencari bila memerlukan, bertanya khabar bila kebuntuan, bertandang bila kesenduan.
6
PENULISAN KISAH INSPIRASI
Tetapi aku ikutkan sahaja, asalkan aku tidak terperap dalam kebosanan di asrama
sekolah yang kuibaraatkan seperti penjara pada saat itu. Sepanjang perjalanan, aku
kurang berbual dengan bapaku, bukan kerana aku malas atau memprovokasi
keinginannya untuk menziarah, tetapi terpampang jelas seperti iklan di tengah ibu kota air
mukanya yang sedih dan muram. Bahkan lagu kegemarannya diputarkan oleh radio
tempatan pun gagal juga dalam menceriakannya. Aku cuma menganggap bahawa dia
berasa penat manakala sangkaan burukku pula mengatakan bahawa dia berasa terpaksa
untuk menziarahi rakan sekolahnya itu. Namun semua ini hanyalah asumsi diriku.
Selepas lapan batu perjalanan, bapaku memasang lampu isyarat kiri kemudian
membelok dan memberhentikan kereta di hadapan sebuah pasar raya besar. “Bapa ingin
membeli sedikit barangan untuk disedekahkan kepada rakan. Kau mahu ikut sekali?”
tanya bapaku. Aku mengangguk, walaupun terselit perasaan yang agak geram. Aku kenal
bapaku, dia tidak pernah berkira berapa wang ringgit yang dia buang demi menolong
sesiapa pun. Andai kata di dalam koceknya berisi RM200, lalu dia ternampak seorang
pengemis, aku yakin sepenuhnya bahawa dia akan bagi wang itu kepada pengemis
tersebut. Aku bukannya ingin memupukkan sifat pentingkan diri dan kebakhilan, tetapi
aku risau bapaku akan diperguna oleh orang-orang yang suka mengambil kesempatan
atas kebaikannya. Walaupun begitu, umurku masih terlalu muda untuk menyuarakan
pendapat ini kepada bapaku. Aku juga tidak mahu dia berasa kecewa terhadap
pemikiranku yang sering mendahului diri sendiri sebelum orang lain.
Bapa kemudiannya mengarahkanku untuk mengambil troli. Pada detik itu, aku telah
terfikir bahawa bapaku pasti akan membeli banyak barangan yang mahal untuk rakannya
itu. Aku turuti arahannya lalu menyerahkan troli kepadanya. Seperti yang aku ramalkan,
memang banyak barangan yang bapaku ambil. Daripada makanan basah dan kering
sehinggalah produk-produk kebersihan diri dan tandas. Bapaku seolah-olah membeli
barang belanja untuk rumah. Bapaku mengambil 2 kampit beras, 6 tin sardin, beberapa
tin susu pekat dan cair, biskut-biskut yang bervariasi daripada biskut berperisa coklat
sehinggalah biskut oat. Aku hanya berdiam diri melihat troli yang dibawanya semakin
lama semakin bertingkat. Bapaku mengambil beberapa pek mi segera, berserta sekotak
telur dan beberapa makanan basah seperti ayam dan ikan untuk dijadikan lauk pauk. Aku
tergamam melihat kelakuan bapa yang kelihatan seperti mempersiap diri untuk 7
FAKIR DI PEDALAMAN
Darurat perang. Mulutku ternganga ketika bapa menyuruhku mengambil troli yang kedua
untuk barangan kebersihan. Tanpa kusedari, disebabkan rasa tidak puas hati, kumula
mengeluarkan kata kata yang sekian lama kukunci kemas di dalam hatiku; dengan
intonasi yang kurang menyenangkan aku bersuara, “Kenapa terlalu banyak barang yang
kita beli untuk rakan bapa? Semua barangan ini terlalu banyak walaupun untuk keluarga
kita. Membazir sahaja”. Mungkin faham dengan sikap jahilku, bapa tersenyum lalu
berkata, “Nick, barangan ini nanti kita bahagikan kepada dua, sebahagian besar ini
memang keperluan rumah kita, sebahagian kecil sahaja yang akan bapa sedekahkan”.
Aku berasa sedikit lega mendengar penjelasannya lalu berlalu pergi mengambil troli yang
kedua.
Setibanya kami di kaunter pembayaran, proses pengiraan harga mengambil masa
yang cukup lama, bahkan aku terdengar juruwang itu mengeluh sekali dua, seolah olah
menanti bilakah proses itu akan berakhir. Aku masih ingat jumlah harga barangan
tersebut; RM893.65. Perasaanku bercampur baur di antara marah, terkejut dan redha
kerana walaupun hanya menggunakan duit bapaku, aku juga risau jikalau simpanannya
semakin mengurang. Bapaku membayar kesemuanya menggunakan kad debitnya. Riak
muka gerun ataupun terkedu tidak sedikitpun terpancar di wajahnya selepas melihat
jumlah harga barangan yang dibeli. Sejurus selesai, kami pun meneruskan perjalanan ke
rumah rakan kesayangannya dengan bonet kereta yang penuh sehinggakan cermin
belakang tertutup sepenuhnya.
Pacuan empat roda bapaku dengan pantasnya merentas sempadan daerah dan
memasuki kawasan pedalaman di Telupid. Namun, aku berasa pelik kerana kami berjalan
semakin jauh ke dalam. Jalan yang berturap semakin lama semakin rosak kemudian
berubah daripada jalan yang berbatuan ke jalan yang berlumpur. Hanya dua atau tiga
rumah kelihatan di sekeliling dan lama kelamaan apa yang wujud di hadapan mataku
hanyalah pohon-pohon dari hutan yang tebal. Beberapa ketika, bapa berhenti di hadapan
sebuah rumah yang usang, seperti sudah beberapa tahun ditinggalkan. Atapnya berkarat,
dindingnya berlubang. Tangganya kehilangan beberapa anak, lampu yang pecah. Aku
terfikir, “Ini rumah atau pondok pengawal?”. Aku juga terfikir bahawa pondok pengawal
pun pasti lebih mewah jika dibandingkan dengan binaan usang yang ada di depan
mataku ini. “Sampai” kata bapaku. 8
PENULISAN KISAH INSPIRASI
Pintu rumah yang hampir roboh ditiup angin terbuka dan kelihatan seorang
wanita tua berbongkok yang hanya mengenakan sekeping kain batik di badannya keluar
lalu menyapa bapaku. “Inikah rakan bapa?” tanyaku. “Bukan, ini isterinya” jawabnya.
“Rakan bapa itu sudah bertahun-tahun berhenti kerja kerana penyakit strok. Isterinya pula
memang tidak bekerja disebabkan kondisi kesihatan” tambah bapaku. Aku mulai berasa
sebak lalu bertanya “Anak-anak mereka di mana?”. Bapa menjawab “Anak-anak mereka
sekarang melanjutkan pelajaran di luar negeri, semuanya tanggungan daripada rakan
bapa”. Aku terdiam lalu timbul rasa bersalah di dalam hati kerana telah bersangka buruk
daripada awal perjalanan. “Biarlah bapa seorang yang masuk menziarah, kau tunggu di
dalam kereta sahaja” tambahnya. Aku mengangguk.
Beberapa minit berlalu, bapa keluar daripada rumah rakannya dengan mata yang
berkaca selepas melihat keadaan rakannya itu. Bapa memberitahuku bahawa mereka
cuma makan nasi berlaukkan kicap atau bubur untuk sarapan. Hanya tuhan yang tahu
betapa remuknya hatiku mendengar perkara tersebut dengan suara sebak bapaku yang
menahan air mata. Dia lalu membuka bonet kereta dan meminta aku untuk menolongnya
mengangkat barang-barang keperluan itu. Aku ternampak bapaku mengambil semua
barang yang asalnya merupakan barangan rumah kami. “Eh, bukankah itu bahagian
kita?” tanyaku. Bapa berhenti dan melihatku lalu berkata, “Kita mampu, Nick. Bila-bila
masa kita boleh beli semua ini”. Aku tergamam. Ayat itu betul-betul menusuk ke dalam
kalbuku. Aku tersedar akan sifatku yang bakhil sedangkan tidak ada sesen pun duitku
digunakan untuk membeli barangan ini. Setelah semua barangan telah kami sedekahkan,
aku ternampak rakan bapa duduk di kerusi rodanya, hanya tersenyum tidak mampu
berkata. Isterinya mengucapkan terima kasih dalam tangisan membuatkan aku masuk ke
dalam kereta kerana aku tidak mampu melihat dia bersedih dengan segala kesusahan
yang telah mereka hadapi.
9
FAKIR DI PEDALAMAN
Dalam perjalanan pulang, ayat itu terngiang-ngiang di kepalaku. Terasa seperti
jarum yang mencucuk hatiku dan mengingatkan aku untuk sentiasa berbuat baik kepada
sesiapa tanpa berkira walau satu sen. Aku berasa sangat bersalah. Rasa bersalah
terhadap bapa, rakan bapaku dan rasa bersalah terhadap Sang Pemberi Rezeki. Aku
tersedar, bapaku menolong orang bukanlah kerana dia menginginkan nama dan
perhargaan, tetapi kerana dia mampu. Mampu membantu menyenangkan kehidupan
orang dan yang paling penting, mampu mendidik aku agar sentiasa berbuat baik dan
membantu orang tidak kira waktu mereka susah atau tidak. Sepanjang perjalanan pulang,
aku mengelak pandangan daripada bapaku kerana aku menangis di dalam diam.
Sepanjang perjalanan, aku meminta ampun kepada Allah kerana bersangka buruk dan
berdoa agar kehidupan rakan bapaku itu sentiasa dirahmati dan diberikan kesembuhan
untuk penyakitnya. Aku alpa, dek kerana hidup tidak pernah susah; oleh itu yang sering
timbul dibenak mindaku hanyalah anggapan yang buruk sahaja.
Hari tersebut merupakan hari yang sangat penting bagi diriku. Pada hari itu aku
tersedar akan keperibadian bapaku dan pada hari itu juga aku sedar bahawa tidak perlu
menjadi kaya untuk membantu orang. Keikhlasan itu tidak oleh dinilai oleh manusia.
Selagi kita mampu memberi, maka teruskanlah. Bapa sering berkata, “Kita buat baik
dengan orang bukan sebab kita meminta balasan kebaikan daripada mereka, tetapi
daripada Allah”. Sejak dari peristiwa itu, aku tidak lagi mempersoalkan setiap kali bapaku
ingin menolong sesiapa kerana itu adalah pilihannya dan aku akan rasa bersalah jika
menghalangnya membuat kebaikan. Peristiwa itu mengajarku agar sentiasa
menghulurkan bantuan tidak kira kepada mereka yang benar-benar memerlukan atau
mengambil kesempatan kerana pada akhirnya, bantuan itu tetap dikira sebagai satu
kebaikan.
TAMAT
10
OLEH : NOR AQILAH BINTI DELMI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Setelah menamatkan pengajian dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) aku
telah diberi peluang oleh pihak belia di FELDA tempat tinggal aku untuk membuka kelas
tuisyen bagi murid-murid sekolah rendah yang terdiri daripada pelajar yang berumur
antara enam hingga sebelas tahun bagi mengisi masa lapang mereka pada musim cuti
persekolahan. Pengalaman aku sebagai tenaga pengajar di pusat tuisyen tersebut telah
menyedarkan aku bahawa untuk memikul tanggungjawab bagi mendidik anak bangsa ini
bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana ianya memerlukan
semangat dan kesabaran yang tinggi dalam memberikan ilmu di samping menghadapi
karenah para pelajar yang lahir dari pelbagai latar belakang ini. Namun, setelah aku
teringatkan kisah salah seorang daripada guru muzik di sekolah rendahku pada suatu
ketika dahulu telah menyuntik semangat aku untuk meneruskan pengajian dalam bidang
pendidikan di universiti pada hari ini. Kisah dan perjalanan hidupnya telah cukup
memberikan aku inspirasi untuk meneruskan cita-cita aku sebagai seorang guru.
Guruku yang diberi nama Mohd Huzaire Bin Ahmad yang merupakan guru
Pendidikan Muzik telah disahkan lumpuh sepenuhnya dari paras pinggang hingga ke
bawah selepas terjatuh daripada pokok rambutan setinggi dua meter, 19 tahun lalu.
Selepas kejadian tersebut, beliau telah menggunakan kerusi roda bagi meneruskan
kehidupan seharian beliau. Walau bagaimanapun, kekurangan yang di alami oleh beliau
ini tidak sedikit pun menjejaskan semangat dan kesungguhan beliau sebagai seorang
pendidik yang berazam untuk menabur bakti dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak
bangsa tercinta. Sebaliknya, kekurangan itu menjadi landasan untuk membuktikan
bahawa beliau mampu menjadi antara pendidik yang terbaik serta mampu berdiri sama
tinggi dengan insan sempurna yang lain. Selepas beliau disahkan lumpuh seumur
hidupnya, beliau seolah olah merasakan bahawa hidupnya menjadi kelam. Namun,
dorongan padu yang diperoleh beliau daripada ahli keluarga dan sahabat terdekat
11
PENULISAN KISAH INSPIRASI
membuatkan beliau tidak berputus asa. Ketabahan dan sikap positif beliau terbayar
apabila beliau telah dianugerahkan beberapa anugerah antaranya Anugerah Guru
Inovatif Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2009, Anugerah Guru OKU Cemerlang
Peringkat Kebangsaan pada tahun 2010, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun
2008 dan 2018 serta banyak lagi.
Pengalaman yang diceritakan olehnya sewaktu mengajar di Sekolah Kebangsaan
Jabor cukup menyentuh hati dan menyuntik semangat aku yang turut bercita-cita untuk
menjadi seorang guru seperti beliau. Walaupun ianya merupakan sekolah estet yang
tidak lengkap dengan kemudahan untuknya sebagai seorang guru kurang upaya, namun
beliau tetap bersyukur. Beliau redha dan cuba membuktikan bahawa dirinya mampu
bertahan hidup di perantauan. Ketika beliau tinggal di sana beliau terpaksa mengesot
setiap hari untuk mandi kerana tandas dan bilik air di rumah tersebut berada di tingkat
bawah. Beliau pernah menceritakan bahawa tubuh badan beliau pernah luka dan
berdarah ekoran daripada kekerapan beliau yang terpaksa mengesot di atas lantai.
Tubuh badan beliau juga sentiasa berasa sakit dan mudah demam. Menurut beliau lagi,
sekolah yang merupakan tempat beliau menabur bakti juga agak jauh dari tempat
tinggalnya. Pada setiap pagi beliau terpaksa menyusuri jalan dengan berkerusi roda
untuk mengajar. Beliau juga terpaksa mengelak daripada terpalit dek najis lembu yang
bertaburan di jalan yang beliau lalui. Selain itu, jalan yang tidak berturap dengan baik juga
sememangnya memberikan kesusahan kepada beliau untuk mengawal penggerakan
kerusi roda. Tambahan lagi, batu-batu kerikil sering menyebabkan tayar kerusi roda
beliau pancit. Namun, demi anak-anak murid yang dikasihi beliau gagahkan diri untuk ke
sekolah.
Setelah beberapa tahun beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jabor, beliau
telah di minta oleh ibunya untuk mengajar di kampung kelahiran beliau iaitu di Sekolah
Kebangsaan Mempaga 2 yang merupakan sekolah rendah lamaku. Beliau telah diberi
tugas sebagai guru muzik sepenuh masa di sekolah tersebut. Tugas pertama beliau
12
CIKGU LUAR BIASA
adalah melatih pasukan nasyid sekolah. Pada masa itu, Sekolah Kebangsaan Mempaga
2 tiada peralatan dan kemudahan untuk melatih pasukan nasyid. Murid-muridnya pula
tidak pernah terdedah dengan nyanyian nasyid. Namun, tanggungjawab yang berat itu
tetap beliau pikul. Menurut beliau, pada tahun pertama beliau hanya menggunakan minus
one sahaja dan pada setiap petang beliau mengadakan latihan vokal dan tempo. Pada
tahun 2006, guru besar telah membelikan alat muzik iaitu bongo untuk kegunaan sekolah
bagi memudahkan sesi latihan para pelajar. Dari titik permulaan inilah, kumpulan nasyid
sekolah ini mula berubah. Hasil titik peluh dan usaha keras beliau, melakukan latihan
setiap hari tidak kira siang atau malam, Sekolah Kebangsaan Mempaga 2 telah berjaya
menjadi juara nasyid di daerah Bentong dengan alat muzik yang lengkap dan teknik vokal
yang sempurna. Hal ini sekali gus telah melayakkan mereka untuk mewakili daerah
tersebut ke peringkat negeri. Berkat kerja keras beliau ini juga telah menjadikan
Pendidikan Muzik di Sekolah Kebangsaan Mempaga 2 sebagai mata pelajaran yang
sering memberikan sumbangan di peringkat sekolah, daerah mahupun di peringkat
negeri. Beliau juga pernah mengajarkan aku dan rakan-rakanku koir untuk
dipersembahkan di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis yang melibatkan semua
ibu bapa dan guru. Kumpulan koir kami pada waktu itu telah diberi nama “Angry Band”
dan nama kumpulan kami ini telah dipengaruhi daripada cerita “Angry Bird” yang agak
terkenal pada ketika itu. Pasukanku telah diajar mengenai vokal dan gaya yang menarik
berdasarkan lagu. Ini telah membuktikan bahawa beliau juga merupakan seorang guru
muzik yang kreatif. Beliau tidak kisah untuk menghabiskan duit dan masa bagi melatih
kami semua. Beliau sanggup menjemput pelajar untuk menghadiri latihan dan
menghantar mereka pulang setelah habis latihan.
Aku juga pernah mengadukan kepada beliau bahawa bukan mudah untuk
menempuhi pembelajaran di alam universiti untuk menggenggam segulung ijazah.
Tambahan pula, aku baru sahaja semester satu namun dikehendaki belajar secara dalam
talian dek kerana pandemik Covid-19. Beliau terus menaikkan semangat aku dengan
menceritakan pengalaman beliau yang penat terpaksa berulang-alik daripada Felda
Mempaga Karak, Pahang ke Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis pada
setiap minggu selama empat tahun tambahan lagi beliau merupakan 13
PENULISAN KISAH INSPIRASI
Pengerusi Persatuan OKU Bentong. Keinginan beliau juga untuk menjadi seorang
pentadbir sekolah dan tidak pernah puas dalam menuntut ilmu telah mendorong beliau
untuk melanjutkan pelajaran di Open University Malaysia (OUM) pada Januari 2020.
Beliau sering menunjukkan keputusannya yang memperolehi dekan pada setiap
semester supaya dapat membakar semangat dan menjadi inspirasi buatku. Beliau juga
selalu menasihatkan aku melalui aplikasi Whatsapp untuk kuat demi masa depanku dan
mengubah nasib keluarga kepada yang lebih baik. Beliau turut memberitahuku bahawa
aku bukan sekadar belajar di universiti tapi turut membawa harapan kedua-dua orang
tuaku. Beliau, Mohd Huzaire Bin Ahmad bagaikan lilin yang sanggup membakar dirinya
demi menyinari hidup anak bangsa. Sudah banyak perkara yang pahit dan manis telah
beliau tempuhi sepanjang menjadi insan berkerusi roda ini. Kekurangan yang ada pada
beliau tidak pernah dijadikan halangan bagi dirinya untuk mendidik anak bangsa. Bagi
beliau kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal, namun ianya datang daripada
semangat yang tidak pernah mengalah. Kisah dan pengalaman yang dilalui oleh beliau
telah menjadi inspirasi kepadaku untuk menggapai cita-cita sebagai seorang pendidik.
Aku berharap agar aku juga mampu menjadi seorang guru yang setabah dan sehebat
beliau dalam menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan di Malaysia. Terima kasih
guruku.
TAMAT
14
OLEH : WAN NORALISYA NASYWA BINTI WAN NASROL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SERI ISKANDAR (UiTM)
‘Andai jika aku terlalai, setiap hari ku rela badan ku dimamah rotan’. Kini sudah
matang aku berdiri, gagah melangkah setelah hampir 3 tahun aku di alam universiti. Lalu
memori aku yang menusuk dalam nafas ku mengingatkan sebenar-sebenar kejadian aku
hari ini hanyalah setelah sempurna didikan umi dan babah. Sungguh andai di ambil 10
kanak-kanak untuk di imbas memori mereka saat mereka membesar, mungkin cerita aku
berbeza. Penuh tragis dan luka-luka. Mana ada yang pinta sedemikian rupa cerita nya.
Bahkan sebenarnya itulah jalan cerita dari hebatnya perancangan Tuhan buat kita. Aku
telan perit lama ini hingga mampu aku menghembuskan nafas segar dan mampu aku
yakin Tuhan itu mengasihi ku.
‘Sekurang-kurangnya aku tidak keseorangan, kakak dan adik ku juga mencari-cari
jawapan dari setiap persoalan’. Alangkah rugi andai tidak aku juga memahami gertak hati
ini biasalah meronta-ronta inginkan jawapan. Sakit yang bakal dirindui. Walau penat
terima hukuman dan tanggungan, aku tetap terima, jika Engkau ingin membetulkan
kesilapan ku Ya Tuhan. Waktu itu aku bercelaru, terkadang mahu tercabut nyawa, Saat
aku mula mengenal dunia, waktu itu hidup aku mewah. Jangan kata kapal terbang, boat
privacy juga pernah aku naikki. Kau Tuhan mempersembahkan aku indahnya dunia saat
itu. Seperti semua ada di bawah telunjukku.
‘Tak seharusnya aku menafikan dunia ini memukau dan punya kemewahan yang tak
dapat aku uruskan’. Sangat dahsyat penangannya, pernah aku terdengar ceramah di
masjid perumahanku bahawasanya yang dikatakan kehidupan dunia itu tidak lain
hanyalah bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan yang
melalaikan serta perhiasan, juga bawaan hidup yang bertujuan bermegah-megah dengan
pangkat, bangsa keturunan serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak
pinak. Sedangkan semuanya itu punya waktunya seperti hujan yang menumbuhkan
tanaman yang menghijau subur menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada
kesuburannya, kemudian selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia
15
PENULISAN KISAH INSPIRASI
menjadi hancur bersepai, dan hendaklah diketahui lagi, bahawa di akhirat ada azab yang
berat bagi yang hanya mengutamakan kehidupan dunia dan ada pula keampunan besar
serta keredaan dari Allah disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat.
‘Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan untuk orang yang terpedaya’. Waktu itu
aku hanya telan bait-bait nasihat dari ceramah yang aku dengar. Kebiasaan kami dibawa
ke masjid oleh umi. Setiap hari khamis malam jumaat, kami akan dibawa ke Masjid
As-Syakirin untuk solat berjemaah dan bacaan yaasin, dan jika rezeki menjamu juadah
nasi berlauk di dewan makan masjid. Banyak kisah aku di masjid itu, asbab aku dimarahi
umi apabila jam tangan dan gelang emas aku pernah hilang disitu dek dicuri orang.
Masjid itu juga kami dibawa pada bulan Ramadhan untuk solat terawih dan pernah waktu
aku berusia 10 tahun, aku mengajak adik ku yang berumur setahun beza dari ku untuk
ponteng sekolah. Kami berjalan hingga lebih 20km ke masjid itu sekadar untuk berjalan
sahaja. Bila mana setiap minggu pasti ke masjid itu, kami mampu ingat jalan tanpa salah.
Apabila teringat peristiwa itu, aku jadi mahu menceritakan kepada pembaca bahawa aku
bukan sengaja ponteng sekolah bahkan nak dijadikan cerita hingga kami dirotan teruk
selepas kantoi oleh babah ku saat kami berjalan pulang.
‘Tangisan petang itu aku mampu ingat hingga kini’. Babah membawa kami pulang
dan menceritakan kejadian terserempak dengan kami itu kepada umi. Kami masuk rumah
dan berlari naik ke tingkat atas rumah teres dua tingkat itu. Umi turut mengekori dengan
rotan nya. ‘surpppp…’ berbiras di peha ku. Aku menangis dan menjerit. Adikku juga. Saat
jiran ku mendengarkan itu, dia yang juga pegawai polis masih segak dengan seragamnya
mungkin baru balik dari tempat kerja keluar mengetuk pintu pagar rumahku. Kakak ku
disapanya dan menanyakan apakah pula kesalahan kami hari itu. Jiran ku pernah dulu
selalu mendengar jeritan kanak- kanak seperti didera di rumah ku hingga dia sering
datang ke rumah untuk menjenguk. Sampai mereka jadi tidak belaga angin dengan umi.
Mungkin umi ku tetap dengan pendiriannya, bahawa kami harus dididik dengan hukuman
di atas setiap kesalahan yang dibuat kami.
‘Tak pernah kiranya kami terlepas dari hukuman berat umi’ Pernah sekali belum
sempat aku memberitahu asbab aku tidak ke sekolah, cuping telinga ditarik seperti mahu
tercabut dan sofa yang ku duduk hampir terjatuh menunjukkan kuatnya telinga ku ditarik
16
LEBIH BAIK SETIAP HARI
menjadi hancur bersepai, dan hendaklah diketahui lagi, bahawa di akhirat ada azab yang
berat bagi yang hanya mengutamakan kehidupan dunia dan ada pula keampunan besar
serta keredaan dari Allah disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat.
‘Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan untuk orang yang terpedaya’. Waktu itu
aku hanya telan bait-bait nasihat dari ceramah yang aku dengar. Kebiasaan kami dibawa
ke masjid oleh umi. Setiap hari khamis malam jumaat, kami akan dibawa ke Masjid
As-Syakirin untuk solat berjemaah dan bacaan yaasin, dan jika rezeki menjamu juadah
nasi berlauk di dewan makan masjid. Banyak kisah aku di masjid itu, asbab aku dimarahi
umi apabila jam tangan dan gelang emas aku pernah hilang disitu dek dicuri orang.
Masjid itu juga kami dibawa pada bulan Ramadhan untuk solat terawih dan pernah waktu
aku berusia 10 tahun, aku mengajak adik ku yang berumur setahun beza dari ku untuk
ponteng sekolah. Kami berjalan hingga lebih 20km ke masjid itu sekadar untuk berjalan
sahaja. Bila mana setiap minggu pasti ke masjid itu, kami mampu ingat jalan tanpa salah.
Apabila teringat peristiwa itu, aku jadi mahu menceritakan kepada pembaca bahawa aku
bukan sengaja ponteng sekolah bahkan nak dijadikan cerita hingga kami dirotan teruk
selepas kantoi oleh babah ku saat kami berjalan pulang.
‘Tangisan petang itu aku mampu ingat hingga kini’. Babah membawa kami pulang
dan menceritakan kejadian terserempak dengan kami itu kepada umi. Kami masuk rumah
dan berlari naik ke tingkat atas rumah teres dua tingkat itu. Umi turut mengekori dengan
rotan nya. ‘surpppp…’ berbiras di peha ku. Aku menangis dan menjerit. Adikku juga. Saat
jiran ku mendengarkan itu, dia yang juga pegawai polis masih segak dengan seragamnya
mungkin baru balik dari tempat kerja keluar mengetuk pintu pagar rumahku. Kakak ku
disapanya dan menanyakan apakah pula kesalahan kami hari itu. Jiran ku pernah dulu
selalu mendengar jeritan kanak- kanak seperti didera di rumah ku hingga dia sering
datang ke rumah untuk menjenguk. Sampai mereka jadi tidak belaga angin dengan umi.
Mungkin umi ku tetap dengan pendiriannya, bahawa kami harus dididik dengan hukuman
di atas setiap kesalahan yang dibuat kami.
‘Tak pernah kiranya kami terlepas dari hukuman berat umi’ Pernah sekali belum
sempat aku memberitahu asbab aku tidak ke sekolah, cuping telinga ditarik seperti mahu
tercabut dan sofa yang ku duduk hampir terjatuh menunjukkan kuatnya telinga ku ditarik
17
PENULISAN KISAH INSPIRASI
Walaupun babah menanggung perbelanjaan kami tetapi beliau tidak dapat meluangkan
masa dengan kami. Umi juga bekerja pada waktu itu. Umi akhirnya meletakkan kami di
bawah penjagaan Nanny kami di Kelantan. Umi dan babah selalu bertengkar apabila ada
sedikit ketidakfahaman. Bahkan apabila umi tidak dapat berjemaah dengan sang suami,
itu adalah sesuatu kekurangan pada umi.
‘Rencana dari Allah itu adalah sebaik-baik rencana’. Umi dan babah mengambil
jalan untuk berpisah. Tragis bagi umi apabila anak sulungnya iaitu abang ku di ambil oleh
babah. Umi cuba menuntut hak penjagaan abang tetapi tidak berjaya. Tinggal lah anak
perempuan sahaja bersama umi. Apabila sudah berpisah mereka mencari haluan masing
-masing. Babah mula berjinak-jinak dengan dunia politik dan dia mula dikenali di media
tempatan. Umi pula berhenti bekerja tetap sebagai penjaga kaunter tiket di AirAsia
kepada bisnes kecil-kecilan demi menjaga kami yang masih kecil. Sewa rumah yang kami
duduki masih dibayar oleh babah. Kami menjalani kehidupan seperti biasa tanpa seorang
bapa disisi. Ianya lebih berat pada umi. Kerana kini dia lah bapa, ibu dan ketua keluarga
kepada empat anak perempuannya.
‘Belum sempurna iman kamu sehinggalah kamu diuji’. Umi menghadapi satu
penyakit misteri saat membesarkan kami. Ia berlaku apabila terdapat kudis besar di belah
kanan kaki umi. Ia membuatkan umi tidak gagah lagi bekerja. Emosi umi diganggu
dengan bermacam hal ketika itu. Umi seakan tidak dapat mengawal emosinya sendiri.
Apabila umi mula rasa marah pada anak-anaknya, ia akan bermula dengan amukkan
yang tidak dapat diterima dek akal. Kami seolah-olah tidak kenal umi. Umi bertindak luar
kawalan terkadang memukul kami. Pernah suatu hari Nanny datang ke rumah kami di
Selangor, waktu itu kakak tidak sengaja membuat umi marah, umi bertindak agresif
memukul kakak akan tetapi Nanny cuba memegang dan menenangkan umi.
‘Siapa sangka, ammarah manusia itu berbisa’. Rupa-rupanya ada yang cuba
menggunakan hal khurafat dan menghantar nya kepada umi. Mungkin dia mahu umi
menderita atau apa. Yang pasti orang itu mestilah orang yang dekat dengan kami.
Sungguh umi tidak ada banyak kawan. Kawannya banyak di masjid dan surau-surau. Bila
kami dapati orang yang menghantar benda itu adalah babah, kami tidak
mempercayainya. Hinggalah pada suatu hari yang bersejarah, babah telah digulingkan
18
LEBIH BAIK SETIAP HARI
rakan politiknya sendiri dengan menyatakan babah melakukan kerja penggubalan duit
secara haram. Bisnes resort babah lingkup, kereta-kereta mewah ditarik, office babah di
cawangan seluruh Malaysia dipaksa tutup dan babah dimasukkan ke dalam penjara.
Harta simpanan babah digadai untuk membayar peguam. Hasil bisnes hampir 10 tahun
babah bankrup sekelip mata. Kami ada dijemput melawat babah pada hujung bulan. Kata
beliau, dia menyesal dengan perbuatannya kepada kepada kami dan kepada umi.
Sewaktu itu dia terasa dengan segala teguran dan nasihat umi dan sanggup menghantar
hal yang khurafat pada umi. Kini beliau terima dengan balasan Tuhan padanya.
‘Sekeras mana pun hati manusia pasti tumpas dengan kalam Tuhannya’. Di dalam
sana babah semakin mendekati Al-quran, solat berjemaah dan melakukan aktiviti
kebajikan yang babah tak pernah buat sebelum ini. Babah menyatakan betapa hatinya
tenang melakukan hal-hal yang demikian. Walaupun kami melihat keadaan tubuh babah
yang semakin susut dek permakanan di sana tidak mungkin semewah dahulu lagi.
Banyak perubahan babah, jika dulu dia sibuk mengejar hatya dunia, kini tidak lagi.
Babah kini mengejar cinta ilahi. Wallahi aku tak percaya dengan cara ini Tuhan memberi
babah peluang mengenal-Nya. Dengan cara ini Tuhan memberi babah kerehatan dari
kesibukkan dunia yang tak akan pernah berhenti sibuknya. Lain ceritanya di sudut sisi
umi ku.
‘Berat mata memandang, berat lagi bahu dipikul’. Perbelanjaan yang selalu masuk
daripada rezeki babah kepada kami sudah terhenti. Umi terpaksa bekerja keras lagi untuk
menanggung empat orang anaknya yang masih bersekolah. Apakan daya, umi semakin
penat. Rumah yang kami duduki terpaksa diberi sewa kepada orang lain oleh pemiliknya.
Kami akhirnya berpindah randah. Aku juga berpindah sekolah. Pada mulanya kami duduk
di homestay murah sementara mencari rumah untuk diduki. Setelah tidak lama daripada
itu, kami berpindah ke rumah setinggan. Kawasan perumahan bukan warganegara. Jiran
kami adalah orang Bangladesh. Kami tidak dapat memasak kerana tiada alatan dapur.
Kami hanya makan di gerai makan yang berdekatan di sisir jalan. Sumber pendapatan
umi cukup-cukup untuk makan dan hal persekolahan. Waktu itu, aku sudah alah bias
tegar biasa hidup berdikari ini. Hinggalah aku dan adik ku dihantar ke Maahad Tahfiz
berdekatan. Pembiayaan di situ hanyalah mengikut kemampuan. Maka, tidak lah berat
untuk umi menanggungnya bersendirian. Niat suci seorang ibu untuk memberi 19
PENULISAN KISAH INSPIRASI
keselesaan kepada anaknya dalam menuntut ilmu. Maha Suci Allah memilih ku menuntut
ilmu Al-Quran dan menghafalnya.
‘Ikat lumat pada hati dengan tali Allah’. Aku belajar erti ke-ikhlasan, di maahad yang
aku duduki ini adalah bumi tarbiyah pertama pada ku. Aku semakin faham agama, aku
mendalami banyak kitab dan yang paling utama aku di izinkan untuk menghafal
kalam-Nya. Setiap hari aku diajar untuk perbetulkan niat. Sahaja aku menuntut ilmu
adalah kerana Allah Taala dan untuk diamal dan disampai-sampaikan. Ia lumat dalam
sanubari ku. Aku nekad untuk sayangkan agama ini lebih dari segalanya. Apabila hujung
minggu kami dibenarkan pulang, aku berbakti pada umi, aku bekerja di gerai makan
berdekatan untuk mengambil upah sedikit sebagai pembelanjaan di rumah. Umi banyak
menghabskan masanya dengan menuntut ilmu di media dan di masjid, Sewaktu ada
kuliah dhuha di masjid umi akan pantas keluar dan mengajak kami. Begitulah umi yang
jiwanya terpaut dengan pengajian agama.
‘Saban hari aku belajar erti berdikari untuk kemenangan hakiki’. Apabila aku
meningkat remaja, babah sudah dibebaskan dari penjara dengan mendapat
penganugerahan agar dipendekkan tempoh kerana perilaku baik, Maka, babah mula
mahu berbakti kepada kami, kami dipindahkan dari maahad tahfiz kepada sekolah biasa
beraliran agama, agar supaya kami dapat menduduki spm dan dapat menjejakkan kaki ke
pintu gerbang. Itulah hajat babah. Umi mengiyakan sahaja andai benar babah mahu
mengambil alih menjaga kami sebaiknya. Aku cukup matang daripada ‘culture shock’.
Bagi ku ‘culture shock’ bukan alasan untuk aku ubah pendirian agamaku. Aku dapat lihat
ramai yang daripada sekolah agama begitu liar selepas masuk ke sekolah yang
bercampur-baur segalanya. Tapi tidak aku, aku mampu terus dengan solat dhuha yang
biasa aku buat di Maahad Tahfiz dahulu. Walaupun mencuri waktu rehat dan tidak
sempat makan tengah hari. Justeru, aku mampu menutup aurat dan menjaga batas ku
dengan baik. Berkat faham dan sayangkan agama.
‘Aku hanya dai yang lemah’. Aku mula berjinak-jinak dengan ilmu motivasi. Sambil
menunggu keputusan spm, aku mengikuti kursus motivasi berbayar dan mengumpulkan
sijil-sijil sebagai Trainer Muda. Aku bersyukur kerana aku berjaya mengangkat nama ku
disekitar timur. Di beberapa sekolah daerah ku, akan memanggilku untuk menyampai
20
LEBIH BAIK SETIAP HARI
motivasi atau pun berbentuk ceramah. Setiap sesi aku dapat RM100/sejam. Aku dapat
mengumpul duit untuk perbelanjaan harian ku. Aku mampu memotivasikan diri ku dan
memberi sedikit manfaat pada golongan muda yang lain. Sebagai dai’ yang lemah aku
sentiasa berharap tuhan akan memelihara agama yang ku cintai ini. Memelihara umi ku
yang banyak mendidikku dengan mendekati agama, solat berjemaah dan sentiasa
menasihati ku tentang baiknya Tuhan. Memelihara babah ku yang banyak menumpahkan
keringat untuk kelangsungan kehidupan ku. Memelihara dan menjaga agama adik-
beradik ku, sahabat-sahabat ku semuanya. InshaaAllah. Terima kasih Allah atas
kehebatan perancangan-Mu.
TAMAT
21
OLEH : NURUL FATIHA BINTI MAMAT
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
“Allah tidak pernah janji jalan selalu rata tetapi Allah akan selalu ada untuk memberi
kekuatan kerana setiap KEKECEWAAN dan KESAKITAN akan menjadi PERMULAAN
SEBUAH PERJALANAN”
Pelangi muncul setelah hujan yang merintih. Awan berarak mendung membuatkan aku
berasa tenang berada diberanda rumahku. Sudah beberapa hari berlalu. Namun aku
merasakan apa yang telah terjadi seolah-olah baru terjadi kelmarin. Aku merasakan cinta
itu seharum mawar tapi aku lupa yang aku pasti akan terkena durinya.
“Isha, jom kita makan. Hari ini ibu beli makanan kegemaran Isha, jom sayang,” aku
sengaja membisu mendengar ajakan ibu. Aku tidak ada selera makan. Semenjak
peristiwa itu, aku sering termenung dan memikirkan apa yang akan terjadi esok. Sediakah
aku menerima persoalan orang-orang tentang Reza ? atau masihkah aku ada esok ? Aku
masih berharap agar semua ini hanya mimpi atau gurauan.
Ibu memelukku erat. Kasih sayang ibu memang tulus dan suci. Aku sayangkan ibu. Dia
adalah satu-satunya orang yang mengetahui semua tentangku. Maafkan aku andai
perbuatanku ini membuatkan ibu sedih dan kecewa. Aku lemah dengan ujian. Aku terlalu
sayangkan Reza. Namun, takdir penentu segalanya. Dia mengeluarkan kata putus dan
menghinaku seolah-olah aku yang salah. Tanpa sempat aku memberitahu keadaanku,
dia telahpun melangkah pergi.
22
PENULISAN KISAH INSPIRASI
Aku mula mengenali Reza sejak dari bangku sekolah. Pertemuan kami secara tidak
sengaja . Aku merupakan pelajar junior STPM di Sekolah Menengah Seri Mentari. Hari
berganti hari, minggu berganti minggu dan begitu juga bulan berganti bulan. Aku mula
mengenali seorang lelaki bernama Reza. Pertemuan pertama kami secara tidak sengaja
iaitu semasa aku menghadiri Program Teknik Menjawab Muet STPM 2016/2017. Aku
menegurnya kerana menyangkakan dia itu tetamu undangan bagi program tersebut.
Rupa-rupanya dia adalah senior aku. Aku dengan malu-malu terus masuk ke dalam
dewan dan mencari tempat duduk.
Selang beberapa hari, seorang lelaki telah menegurku melalui whatsApp. Aku teragak-
agak nak balas ataupun tidak. Setelah aku fikir-fikir aku pun balas salam darinya.
Perbualan kami makin rancak. Selang beberapa hari kami kenal, dia mula menelefon aku.
Bermacam benda kami bualkan dan rupanya dialah senior yang aku tegur hari itu. Lama
kelamaan kami makin rapat dan saling memberi pandangan tentang pembelajaran. Aku
ceritakan hal tersebut kepada ibu dan bertanya tentang cinta.
“Ibu, cinta sejati itu wujud tak ?” aku memang rapat dengan ibu . Semua benda aku
luahkan pada ibu.
“Hai, anak ibu ni dah pandai bercinta ye. Tanya pasal kekasih lah. Apa tadi? Cinta sejati ?
ibu mengusikku.
“Ibu ni. Orang Tanya elok-elok main pulak dia”,aku konon merajuk.
“Ok la. Cinta sejati itu adalah cinta yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Semua orang
akan memiliki cinta senjati selama mana dia mencintai pasangannya kerana Allah SWT.
Ini maksudnya cinta sejati adalah cinta yang menyenangkan, sentiasa ada saat kita
susah dan senang, mencari kelebihan dalam kelemahan pasangan dan tidak mengira
23
HARUMAN MAWAR TERSELIT DURI
pada rupa mahupun harta. Cinta itu fitrah sayang. Tak salah untuk kamu bercinta,
asalkan kamu jangan meletakkan setinggi-tinggi harapan pada manusia. Cintailah dia
yang mampu mendekatimu dengan Penciptamu dan jauhilah dia yang mampu
membuatmu terpesong dari agamamu,” ibu menerangkan panjang lebar.
Esoknya aku ke sekolah dengan hati yang girang. Aku berasa begitu bersemangat. Ya
lah sejak aku berkenalan dengan Reza, setiap pagi dapat wish good morning. Lain
macam rasanya. Biasalah orang tak pernah bercinta kan. Hari bersilih ganti. Hubungan
aku dengan Reza semakin rapat. Dia banyak memberikan galakan dan tunjuk ajar
kepadaku. Hubungan kami juga mendapat restu dari kedua belah keluarga.
Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM, dia mengambil keputusan
untuk mengejar cita-citanya sebagai pelukis di sebuah IPTA.
“Saya pergi tak lama wak. Saya harap awak dapat janji dengan saya yang awak akan
tunggu dan setia dengan saya. Janji ye awak ?”pintanya sebak. Itulah kata-kata dia
sebelum dia pergi mendaftarkan diri di IPTA.
Sudah beberapa bulan Reza pergi meninggalkan aku. Tiba hari yang aku nantikan. Dia
telah pulang ke kampung kerana cuti semester. Seperti biasa, dia akan selalu datang ke
rumahku. Dia masih sama sepertimana awal-awal aku kenal dia dulu. Dia memang
sangat baik dan suka tolong aku. Banyak pergorbanan dia dekat aku yang tak terbalas.
Dia tidak pernah lupa mengingatkanku tentang solat. Selepas habis cuti, dia kembali
semula ke kolej.
Dan tibalah saatnya, medan peperanganku. Peperikasaan akhir STPM. Aku dengan lafaz
Bismillahirohmannirahim menjawab dengan begitu tekun dan sentiasa menyelinap
dalam 24
PENULISAN KISAH INSPIRASI
fikiranku, kata-kata semangat dari orang-orang tersayang. Alhamdulillah, menitis air
mataku di pipi. Aku meraih tempat kedua sebagai pelajar terbaik STPM 2017/2018. Reza
dan ibu begitu gembira dengan keputusanku.
Tinggal beberapa bulan je lagi aku akan menyambung pelajaran untuk mencapai cita-
citaku sebagai guru. Hubungan aku dengan Reza masih seperti biasa. Cuma kami
kurang on call atau whatsApp seperti awal-awal dulu. Tipulah kalau tak rindu. Kadang-
kadang aku ada juga terfikir bukan-bukan, tapi aku pujuk hati aku untuk percayakan dia.
Inshaallah takde apa-apa.
Tetapi langit tidak selalu cerah, bunga tidak selalu mekar. Begitulah senyuman yang pasti
akan bertukar tangisan. Terpancar sinar pagi dari awan yang terselindung, aku dan ibu ke
hospital untuk membuat pemeriksaan kerana aku sering sakit-sakit sehinggakan badan
aku lemah. Aku tidak pernah memberitahu hal ini kepada Reza. Aku taknak dia risau.
Setiap kali aku sakit, aku hanya akan mendiamkan diri. Ya, siang tak selalu cerah.
Begitulah hidup tak selalu indah. Setelah membuat pemeriksaan dan Ultrasound scan,
aku terkedu mendengar kata-kata doktor.
‘ Raisha, awak banyakkan bersabar ya. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. You should
fight it.” Kata doctor
“Kenapa doktor? Saya sakit apa?, tanya aku dengan keliru.
“Awak disahkan menghidapi kanser payudara stage two” , jawab doktor dengan sebak
Allahuakhbar. Menitis air mataku. Hanya Allah yang tahu perasaan aku saat itu. Ibu terus
memelukku erat. Persoalan demi persoalan bermain di fikiranku. Setibanya aku di rumah.
25
HARUMAN MAWAR TERSELIT DURI
Aku mencapai telefon yang berada di meja dan berniat untuk maklumkan khabar sedih ini
dekat Reza. Aku perlukan kata-kata semangat darinya. Malangnya, ketar seluruh
tubuhku, aku terasa gelap sekelip mata. Aku melihat mesej daripada Reza yang
mengatakan dia ingin akhiri hubungan kami. Aku ketawa kecil dan aku merasakan itu
gurauan. Tapi itulah kenyatannya. Aku tidak tahu kenapa. Semuanya berlaku tiba-tiba.
Aku call dia berkali- kali untuk mencari jawapan. Tapi satu pun tidak diangkat. Ibu terus
datang memelukku dan saat itu terpancar kesedihan di wajah ibu melihat keadaanku. Aku
merasakan saat itu hidup ini tidak adil. Aku menangis sekuat hati sehingga tanpa sedar
aku terlelap dalam tangisan. Sedarnya aku dari lena, aku teringatkan Reza. Aku masih
tidak percaya semua ni berlaku terlalu pantas. Aku call dia tanpa henti dan akhirnya dia
angkat.
“Hello, assalammualaikum”, dia menjawab panggilan itu.
“Waalaikumusalam, awak. Awak, kenapa awak buat saya macamni? Kenapa awak buang
saya? Saya merayu tolong jangan buat saya macamni. Tolong lah awak. Bagitahu
kenapa”, rayu ku dengan nada lemah.
“Dah, dah.. saya sibuk ni. Dahlah. Saya dah tawar hati”, jawabnya selamber dan matikan
panggilan tersebut.
Aku terus terduduk dan berteriak. Ibu memapahku masuk ke bilik. Sepanjang hari aku
menangis. Aku masih tak boleh terima apa yang berlaku. Ibu mengusap air mataku
dengan lembut sehingga aku terbuai. Ibu dengan sebak membisik padaku bahawa semua
ni berlaku ada hikmahnya. Allah tak pernah menitipkan sesuatu diluar kemampuan
hambaNya.
26
PENULISAN KISAH INSPIRASI
Aku menjalani hari seperti biasa. Terkadang aku memang rindukan Reza. Setiap sudut
ruang tamu rumahku, aku terbayangkan dia dan setiap kali aku menjalani rawatan, aku
rindu nak mengadu sakit aku dekat dia. Aku rindu kata semangat daripada dia. Tapi
apakan daya semua telah berlalu. Sesekali aku pernah berputus asa dengan hidup ini
dan terasa tak mampu lagi. Aku nak hentikan semua rawatan. Sakit menjalani rawatan
bercampur baul dengan sakit merindukan Reza.
Hari berganti hari, Alhamdulillah hari ini aku mampu berdiri melawan segala kesakitan.
Aku sekarang sudahpun berada tahun ke dua di Universiti dan dah hampir dua tahun
berpisah dengan Reza. Jujurnya sampai sekarang aku tak tahu apa punca Reza
tinggalkan aku, yang aku tahu dia sudahpun ada orang lain. Aku tak pernah bencikan dia
malah aku dah lupakan segalanya. Aku sentiasa doakan dia bahagia. Mungkin dia
bukanlah jodoh yang tertulis untukku. Aku bersyukur kerana kesakitan itulah aku sekuat
sekarang dan menyedarkan aku bahawa kita hanya mampu merancang dan Dia yang
menentukan. Aku mula sedar bahawa kekecewaan menjadi semangat untuk aku terus
gapai sebuah kejayaan. Alhamdulillah walaupun pelbagai duri yang aku pijak, aku berjaya
mencapai 4 flat sepanjang tiga semester. Aku bersyukur kerana Allah panjangkan umurku
dan aku berharap agar Allah memberi aku peluang untuk aku capai sebuah kejayaan
yang membanggakan ibu agar andai aku pergi dulu, aku pergi dengan tenang. Aku juga
bersyukur sehingga saat ini, aku masih boleh lawan kesakitanku agar tidak terpias
ataupun menyusahkan sesiapa. Aku melangkah dengan penuh tabah kerana Allah SWT.
Dugaan tak pernah lari. Sekelilingku diharumi wangian ros, namun aku tak akan pernah
lupa lagi yang di sebaliknya ada duri yang bahkan akan melukakanku. Aku sekarang
masih dalam rawatan untuk pulihkan penyakitku. Aku yakin ada sinar pelangi indah
setelah hujan. Akan terpancar senyuman setelah tangisan. Akan juga ada satu keajaiban.
Aku takkan berhenti berharap padaNya. Selagi aku bernafas, aku berharap aku mampu
melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk diriku dan juga sekelilingku.
27
HARUMAN MAWAR TERSELIT DURI
Janganlah kamu berlebihan menyayangi sesuatu kerana mungkin akan menjadi itu
terburuk untukmu dan janganlah kamu berlebihan membenci sesuatu kerana mungkin itu
yang terbaik untukmu.
(“Innallaha Ma’anal” : janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.)
TAMAT
28
OLEH : NURUL HANIS ATHIRAH BINTI AB RAHMAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
“PENGAYUH sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.”
Itulah perumpamaan bagi seseorang yang takut untuk keluar daripada zon kebiasaan.
Begitu juga aku pada ketika dahulu. Hanya seorang insan biasa yang sentiasa ikut rentak
dunia serta selesa berada pada takuk yang sama. Malah, tiada usaha dan kesedaran
untuk berjaya seperti orang lain. Namun, apa yang pasti kejayaan merupakan sesuatu
yang tidak mustahil untuk dicapai oleh sesiapa sahaja di dunia INI.
Segalanya bermula daripada setelah keluar keputusan Penilaian Menengah Rendah
(PMR). Aku mendapat keputusan yang sangat mengecewakan hati kedua ibu bapaku.
Namun mereka masih memberikan semangat untuk aku terus berusaha. Maka dari situ
aku nekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik pada pandangan
masyarakat. Aku percaya bahawa Tuhan memberikan kurnia berupa kehidupan, maka
berikan diri kita hadiah berupa hidup dengan lebih baik. Melangkah ke Tingkatan 4 aku
diletakkan di dalam kelas aliran Akaun dan Ekonomi. Aku cuba menanamkan rasa minat
untuk belajar. Sehinggalah peperiksaan SPM, aku cuba yang terbaik namun rezeki masih
belum berpihak kepadaku untuk menlanjutkan pelajaran ke peringkat IPT.
Aku percaya denagn rencana Allah, pasti ada sesuatu yang lebih baik akan datang
kepadaku. Aku percaya Allah ingin melihat sejauh mana tahap kesungguhanku untuk
mengubah nasib diri. Lalu aku melanjutkan pembelajaran di Tingkatan Enam. Pada
penggal satu, keputusan STPM juga mengecewakan iaitu hanya mendapat pointer 2.83
dan tidak melepasi target pointer 3.0. Namun aku tidak hairan walaupun aku 29
PENULISAN KISAH INSPIRASI
berusaha bersungguh-sungguh pada ketika itu namun aku tahu Tuhan itu Maha Adil.
Suatu hari pasti aku dapat merasa apa yang diusahakan selama ini. Maka dilanjutkan
lagi kepada penggal dua dan keputusanku pada ketika itu sangat baik iaitu pointer 3.42
begitu juga pada penggal tiga aku mendapat keputusan pointer 3.58. Keputusan aku
mengulang kertas bagi penggal satu adalah menaik kepada 3.83. Pada waktu inilah aku
merasakan bahawa usaha aku selama ini telah mula dibayar secara ‘cash’ sedikit demi
sedikit oleh Allah SWT.
Bermula dari situ, kejayaan demi kejayaan telah dapat aku kecapi. Maka, dengan
berbekalkan keputusan STPM secara keseluruhan sebanyak pointer 3.75, aku telah
mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke sebuah IPT Pendidikan yang
diidam-idamkan oleh ramai pelajar di Malaysia iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI). Dari sini apa yang aku belajar adalah ada tiga perkara yang menjadi kunci dalam
kehidupan iaitu jalani, nikmati, lalu syukuri. Namun, sebelum menjejakkan kaki ke UPSI,
aku telah menggunakan masa cuti ku iaitu selama lebih kurang 9 bulan untuk mencari
pendapatan sampingan di sebuah farmasi dan juga membuat perniagaan secara atas
talian kerana aku jenis seorang yang berdikari dan tidak mahu membebankan ibu bapa
untuk menampung kos pembelajaranku. Aku gunakan duit tersebut untuk membeli
barang-barang kelengkapan untuk persediaan melangkah masuk ke UPSI.
02 September 2018 merupakan hari pertama aku melangkah masuk ke UPSI dan
melihat dunia universiti yang menjadi tanda tanya aku selama ini tentang sejauh mana
indahnya kehidupan di alam universiti ini. Namun aku masih berpegang pada matlamat
yang sama iaitu untuk mencapai cita-cita dan kejayaan serta mengubah nasib diri. Pada
semester satu aku mula dikenalkan dengan satu Kelab yang tidak asing lagi di mata
mahasiswa UPSI iaitu Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA). Aku mula didedahkan dengan
kelab ini sejak minggu orientasi lagi. Maka pada minggu keenam kuliah, aku mula
menyertai KeSUA. Walaupun kelab ini dilihat sangat gah dan hebat namun aku berani
untuk mencabar diri aku untuk menjadi orang yang hebat dan keluar daripada zon
30
MOTIVASI DISEBALIK SEBUAH INSPIRASI
kebiasaan. Satu persatu yang aku belajar daripada KeSUA untuk menjadi seorang yang
lebih berani, konfiden bercakap di hadapan khalayak ramai dan sentiasa berfikiran positif.
Pada penghujung sem satu, aku direzekikan untuk mengikuti satu program anjuran
KeSUA yang bertempat di Pulau Pangkor. Program tersebut cukup memberi inspirasi
kepadaku untuk mendekatkan diri lagi kepada Tuhan. Antara slot yang aku tertarik adalah
Daie Moden dimana kami diajarkan tentang cara-cara mendekati pelancong asing yang
merupakan Non-Muslim dan memperkenalkan tentang agama Islam. Selain itu slot
Asmaul Husna juga sangat menyentuh hati dan jiwa dimana dari situ aku belajar untuk
sentiasa berinteraksi dengan Allah SWT secara lebih dekat iaitu hanya dengan menyebut
nama-nama Allah yang lebih spesifik dengan hajat yang diinginkan. Selepas daripada itu
aku cuba menghafal setiap maksud daripada 99 nama-nama Allah dalam Asmaul Husna
supaya senang aku berinteraksi dengan Allah. Aku selalu mempraktikkannya sehinggalah
aku dapat merasakan bahawa Tuhan betul-betul dekat denganku. Hal ini juga merupakan
lubuk penting dalam merealisasikan kejayaan yang aku idamkan. Setiap kali aku ingin
meminta sesuatu maka aku akan berdoa menggunakan nama-nama Allah di dalam
Asmaul Husna.
Seterusnya, apabila melangkah masuk ke semester dua, penglibatanku semakin
rancak dalam persatuan di UPSI. Aku mengikuti program yang juga dianjurkan oleh
KeSUA yang diadakan di Jugra, Banting iaitu Program Peringkat Kedua Kohort Tiga
(P2K3). Disinilah menjadi saksi taringku semakin tajam diasah untuk mengaum dengan
lebih kuat menempuh perjalanan hidup yang hebat. Aku ditambahkan lagi dengan
pelbagai kemahiran disini seperti bijak berbicara, kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis, kemahiran berbahasa dan sebagainya. Selepas aku mengikuti program tersebut,
aku telah mempraktikkannya di UPSI yang tercinta untuk menyampaikan pula apa yang
telah aku pelajari kepada Mahasiswa lain.
Maka hari demi hari aku menggilap bakat yang ada, aku berasa seperti sudah keluar
dari kepompong asalku yang kurang berani untuk menunjukkan kebolehanku 31
PENULISAN KISAH INSPIRASI
kepada orang ramai. Pada semester dua juga aku mula melibatkan diri sebagai
Ahli Lembaga Koperasi UPSI di dalam persatuan KOSISWA UPSI sebagai AJK Projek.
Pada akhir semester dua aku telah layak untuk mengikuti satu program ke luar negara
iaitu Program Sangkutan Peringkat Tiga Kohort Tiga (P3K3) anjuran KeSUA yang
bertempat di Aceh. Aku sangat gembira dan teruja untuk terokai budaya dan adat di
negeri orang sertai aku sempat untuk menabur bakti di sana bersama peserta yang lain.
Aku cuba untuk menggali sebanyak mungkin ilmu serta kemahiran yang boleh dipelajari
dengan cara menyertai persatuan-persatuan yang ada di UPSI.
Benarlah kata orang bahawa “Hidup memang tidaklah mudah. Oleh kerananya, kejar
dan carilah pengetahuan untuk mempermudah hidup kita”. Melangkah lagi masuk ke
semester tiga aku sudah bergiat aktif di dalam persatuan-persatuan yang telah aku sertai.
Aku telah memegang jawatan sebagai Exco Keusahawanan KeSUA dan juga sebagai
Rakan Exco Keusahawanan Pasukan Siswa Pertahanan Awam (PASISPA). DI dalam
persatuan-persatuan tersebut aku banyak belajar dari aspek kepimpinan, pengurusan
dan sebagainya. Aku juga telah terpilih untuk menjadi Pengarah Program bagi Program
Fundamental of Basic Interfaith di bawah KeSUA. Lanjutan daripada program tersebut,
aku juga diberi amanah untuk menyambung tugasku lagi sebagai Pengarah Program bagi
Program Amal Bakti Sarawak. Program ini diberikan secara Ad Hoc. Aku telah
dimaklumkan secara ‘last minute’ oleh seorang pegawai untuk memegang amanah ini.
Aku terus meminta kepada Ya Bari’ iaitu Tuhan yang Maha Mengatur untuk mengatur dan
merancang sebaiknya supaya program di bawah tanggungjawabku ini dapat berjalan
lancar.
Dari sini aku belajar untuk menjadi seorang yang fleksibel kerana amanah tersebut
bagiku bukanlah sesuatu perkara yang kecil kerana aku perlu mengawal segala gerak
geri sepanjang berada di sana iaitu selama empat hari tiga malam dan dibantu oleh
Pegawai serta peserta yang lain. Program ini juga dikatakan fleksibel kerana ianya
diadakan sehari selepas aku selesai mengikuti satu program di bawah KeSUA juga
sebagai AJK Teknikal. Namun waktu itu aku cuba kuatkan diri dan memulakan hari-hariku
32
MOTIVASI DISEBALIK SEBUAH INSPIRASI
dengan semangat yang baru. Walaupun penat yang dirasa, namun tersebut adalah penat
yang penuh bermakna kerana pengalaman tersebut amat berharga. Kedua-dua program
ini diadakan semasa cuti pertengahan semester dan tidak ku sangka bahawa cutiku telah
diisi dengan hari-hari yang penuh dengan ilmu dan kemahiran baru. Ilmu serta kemahiran
itulah yang akan memanduku lagi untuk menjadi seorang insan yang dapat memberi
manfaat kepada insan lain di kemudian hari. Aku tidak pernah patah semangat malah
terus kuat dalam menjalani liku-liku hidup yang penuh mencabar.
Aku juga diberikan peluang untuk menjadi Pengarah Program bagi program
Annual Grand Meeting bagi persatuan KOSISWA UPSI dan aku gunakan pengalaman
yang aku aku ada untuk menjayakan program tersebut. Selain itu, aku juga telah dijemput
oleh mantan guru tingkatan enam untuk menjadi fasi bagi program pelajar asrama dan
aku diberi kepercayaan untuk menjadi Penolong Ketua Fasi pada ketika itu. Aku sangat
bersyukur kerana kepercayaan yang diberikan oleh insan-insan sebeginilah yang
mengukur tahap peningkatan aku dalam mengubah diri daripada seorang yang sentiasa
terkebelakang namun akhirnya berjaya membuka mata orang lain untuk melihat bakat
yang aku ada. Selepas dari itu, aku juga menerima beberapa jemputan untuk memberi
‘talk’ untuk memberi inspirasi kepada orang lain.
Pada penghujung tahun 2020, aku telah mengikuti satu pertandingan iaitu
Pertandingan Misi Pencarian Ikon Ulul Albab dan aku berjaya melayakkan diri ke
peringkat akhir. Itulah merupakan antara kejayaan terbesar aku sepanjang aku bergelar
seorang pelajar. Tiada apa yang aku harapkan selain daripada untuk menjadi inspirasi
kepada anak muda di luar sana agar kembali kepada fitrah asal iaitu sebagai seorang
Khalifah di bumi Allah SWT. Ingatlah bahawa ‘sebaik-baik manusia ialah manusia yang
memberi manfaat kepada orang lain. Maka jangan putus asa untuk berusaha untuk
menginspirasikan orang lain untuk menjadi umat yang lebih baik dan sentiasa berpegang
pada jalan Allah SWT. Akhir kata, ‘Orang bijak tidak berharap dapat kehidupan yang
berharga, mereka membuat kehidupannya berharga.
33
OLEH : SITI AIDA ASMA BINTI MOHD ZAMRI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Setiap insan dilahirkan dalam berbeza latarbelakang kehidupan begitulah juga dengan
aku. Kalau disoal setiap insan pasti sahaja mempunyai kehidupan yang diimpikan. Aku
dilahirkan bukanlah dalam keluarga yang senang dan tidak juga dari keluarga yang
susah. Ibu bapa ku hanya peniaga kedai makan sarapan pagi di pekan. Mataku menjadi
saksi dimana setiap hari pada pukul 4 pagi ibu bapaku bersengkang mata untuk
menyiapkan kuih-muih dan nasi lemak untuk dijual. Sebak perasaan ini melihat dua insan
yang menjadi tulang belakangku bersusah payah mencari rezeki untuk kehidupan
seharian. Ketika di bangku sekolah rendah, aku akan mengikut bapaku ke kedai untuk
pergi ke sekolah seawal pukul 6 pagi. Sewaktu itu, aku hanya berjalan kaki ke sekolah
dari kedai bapaku pada pukul 7 pagi . Sepanjang di bangku sekolah rendah aku tidak
pernah merasai dihantar atau dijemput dari sekolah seperti kawan-kawan lain dihantar
oleh ibu bapa setiap pagi dan digenggam erat tangan untuk melintas. Sebak dada ini
mengingatkan diriku jugan ingin dilakukan sebegitu. Mengenangkan susah payah ibu
bapaku sahaja yang dapat mengubat perasaan sedih di hatiku. Pengalaman ini aku alami
pada tahun 2013. Ketika itu aku berumur 15 tahun. Aku bersekolah di Sekolah Menengah
Agama Fauzi, Yan dan tinggal di asrama. Pada tahun tersebut aku menduduki
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Apabila keputusan PMR dikeluarkan
aku dan ibu bapaku pergi ke sekolah untuk mengambil slip keputusan. Raut wajah ibu
bapaku berubah apabila melihat keputusan peperiksaan ku. Hanya 1 A yang aku perolehi
telah memberi kekecewaan kepada ibu bapaku walaupun tidak terungkap daripada mulut
mereka tetapi aku memehami perasaan mereka. Aku mula membandingkan diri ku
dengan sepupu dan kawan-kawan yang lain. Jiwa remajaku memberontak untuk menukar
sekolah harian biasa namun ibuku tetap sabar memujuk aku dan terus memberi
semangat tanpa jemu. Pada tahun 2015 dimana usia ku ketika itu Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Kisahnya bermula apabila aku menduduki peperiksaan percubaan SPM. 34
PENULISAN KISAH INSPIRASI
Pada waktu itu, aku tinggal di asrama jadi banyak luangkan masa dengan mengulang kaji
dengan kawan-kawan pada waktu prep. Aku banyak bertanya guru dan meminta bantuan
kawan-kawan dalam pelajaran. Selepas tamat peperiksaan percubaan SPM, selang
beberapa minggu guru kelas kami memberi slip keputusan peperiksaan percubaan SPM.
Keputusan tersebut sangat mengecewakan aku dan berasa sangat malu untuk memberi
tahu ibu bapa aku dan berkongsi dengan kawan-kawan. Ketika itu aku rasa sangat malu
dan kecewa dengan diri sendiri. Subjek Bahasa Melayu aku mendapat gred E dan Sains
aku mendapat gred G. Aku tidak pernah menyangka akan mendapat keputusan seteruk
itu. Sungguh aku berasa amat kecewa. Guru yang mengajar subjek Sains terlalu marah
sehingga membaling buku latihan aku di koridor luar kelas. Guru Bahasa Melayu aku juga
langsung tidak menghiraukan dan menegur aku di dalam kelas. Aku berasa sangat
bersalah, sedih dan tertekan. Aku hilang keyakinan dalam mengulang kaji pelajaran untuk
peperiksaan SPM sebenar. Hanya mengenangkan harapan ibu bapa, aku teruskan juga
belajar dengan sebaik mungkin. Pada tahun berikutnya, ketika hari keputusan
peperiksaan SPM keluar aku bersama ibu bapa ke sekolah untuk mengambil slip
keputusan. Selepas mendapat slip keputusan peperiksaan tersebut, aku tak mampu
berkata apa-apa dan berasa sangat hampa dan sedih. Aku hanya mendapat 1 A iaitu
subjek Bahasa Melayu. Alhamdulillah, subjek Sains aku mendapat B+. Guru Bahasa
Melayu dan Sains memuji aku dan mengucapkan tahniah kerana melakukan perubahan.
Tetapi itu belum cukup memuaskan hati aku kerana saya telah berjanji dengan ibu bapa
aku untuk mendapat 5A dalam SPM. Tetapi aku tidak dapat menepati janji itu. Aku sedih
kerana telah mengecewakan harapan ibu bapa ku. Aku berasa masa depan aku tidak ada
harapan lagi tambahan pula subjek Matematik aku hanya mendapat D dan Bahasa Arab
E. Aku sangat kecewa dan malu dengan sepupu yang lain kerana keputusan mereka
lebih baik daripada aku. Aku hanya menghabiskan masa di rumah dan mencari jalan
penyelesaian yang berkesan. Aku merupakan anak sulung dalam keluarga sudah
semestinya menjadi harapan dalam kelurga. Ibu bapaku meletakkan harapan yang tinggi
untuk aku dan menjadi contoh kepada adik-adikku. Jarak umur aku dan adik-adikku
adalah enam tahun dan salah seorang adikku mempunyai masalah gagap dan sering
ketinggalan dalm pelajaran. Hal ini telah memberi tamparan yang hebat kepada ibu
bapaku dalam bersabar untuk menguruskan kami adik beradik.
35
BANGKIT DARIPADA SEBUAH KEGAGALAN
Pengalaman ini aku harungi selama tiga tahun (2016-2018). Ketika ini aku menyambung
pelajaran dalam STPM. Aku tidak pernah terfikir untuk menyambung pelajaran di
peringkat STPM. Aku hanya mengikut kawan aku yang mendapat keputusan
peperiksaan SPM seperti aku. Kami menyambung STPM di sekolah yang sama tetapi
berlainan kelas. Pada awalnya aku tidak begitu yakin dan takut kerana ramai yang
mengatakan STPM susah dan harapan untuk lulus juga tidak mudah. Berkat sokongan
ibu bapa aku terutamanya dan kawan-kawan, aku mencabar diri aku untuk menyambung
pelajaran di peringkat STPM. Sudah semestinya permohonan UPU untuk ke pringkat
Diploma gagal. Jadi STPM sahaja harapan aku untuk mengubah masa depan aku. Ujian
dan manusia tidak akan berpisah begitulah aku diuji dengan kehilangan nenek yang telah
membesarkan aku dan benyak memberi kekutan kepada aku dalam pelajaran.
Pemergian nenek ku sewaktu itu aku sibuk dengan mengulangkaji dimana peperiksaan
akhir sudah hampir. Ujian tersebut betul-betul memberi tekanan kepada emosi ku
Sepanjang aku di peringkat STPM banyak perubahan yang aku lakukan contohnya,
teknik belajar, lebih berdamping dengan guru, jadual belajar yang lebih berkesan dan
amalan-amalan yang diajar dalam agama islam. Memandangkan jarak sekolah dengan
rumah saya dekat sahaja saya hanya kesekolah dengan berjalan kaki. Ini telah mengajar
saya untuk bersabar dan terus tabah. Berkat penat lelah saya, Alhamdulillah saya
mendapat pointer 3.00 pada peperiksaan STPM penggal pertama. Sesungguhnya aku
sangat bersyukur dan gembira dengan keputusan tersebut. Aku tidak meletakkan “target‟
untuk setiap peperiksaan kerana bimbang akan kecewa seperti peperiksaan SPM. Untuk
peperiksaan STPM penggal pertama terebut aku mendapat Anugerah Cemerlang iaitu
Sijil Penghargaan. Pada Hari Anugerah Cemerlang tersebut aku menyuruh ibu bapa aku
datang bersama. Sepanjang aku berada di sekolah rendah dan menengah aku tidak
pernah sekali pun mendapat anugerah cemerlang dan hanya melihat kawan-kawan
sahaja naik ke atas pentas untuk menerima anugerah. Tipulah jika tidak timbul perasaan
sedih di sudut hatiku. Untuk melihat ibu bapa ku hadir ke sekolah sempena anugerah
cemerlang merupakan harapan aku selama ini. Aku ingin ibu bapa aku melihat dan
merasa gembira dengan kejayaan aku. Aku menitiskan air mata kegembiraan ketika
berada di atas pentas. Aku dapat lihat raut kegembiraan di wajah ibu bapa aku. Apa
yang lebih membuatkan aku gembira dan terharu apabila ayah ku mengucapkan
36
PENULISAN KISAH INSPIRASI
Pengalaman ini aku harungi selama tiga tahun (2016-2018). Ketika ini aku menyambung
pelajaran dalam STPM. Aku tidak pernah terfikir untuk menyambung pelajaran di
peringkat STPM. Aku hanya mengikut kawan aku yang mendapat keputusan
peperiksaan SPM seperti aku. Kami menyambung STPM di sekolah yang sama tetapi
berlainan kelas. Pada awalnya aku tidak begitu yakin dan takut kerana ramai yang
mengatakan STPM susah dan harapan untuk lulus juga tidak mudah. Berkat sokongan
ibu bapa aku terutamanya dan kawan-kawan, aku mencabar diri aku untuk menyambung
pelajaran di peringkat STPM. Sudah semestinya permohonan UPU untuk ke pringkat
Diploma gagal. Jadi STPM sahaja harapan aku untuk mengubah masa depan aku. Ujian
dan manusia tidak akan berpisah begitulah aku diuji dengan kehilangan nenek yang telah
membesarkan aku dan benyak memberi kekutan kepada aku dalam pelajaran.
Pemergian nenek ku sewaktu itu aku sibuk dengan mengulangkaji dimana peperiksaan
akhir sudah hampir. Ujian tersebut betul-betul memberi tekanan kepada emosi ku
Sepanjang aku di peringkat STPM banyak perubahan yang aku lakukan contohnya,
teknik belajar, lebih berdamping dengan guru, jadual belajar yang lebih berkesan dan
amalan-amalan yang diajar dalam agama islam. Memandangkan jarak sekolah dengan
rumah saya dekat sahaja saya hanya kesekolah dengan berjalan kaki. Ini telah mengajar
saya untuk bersabar dan terus tabah. Berkat penat lelah saya, Alhamdulillah saya
mendapat pointer 3.00 pada peperiksaan STPM penggal pertama. Sesungguhnya aku
sangat bersyukur dan gembira dengan keputusan tersebut. Aku tidak meletakkan “target‟
untuk setiap peperiksaan kerana bimbang akan kecewa seperti peperiksaan SPM. Untuk
peperiksaan STPM penggal pertama terebut aku mendapat Anugerah Cemerlang iaitu
Sijil Penghargaan. Pada Hari Anugerah Cemerlang tersebut aku menyuruh ibu bapa aku
datang bersama. Sepanjang aku berada di sekolah rendah dan menengah aku tidak
pernah sekali pun mendapat anugerah cemerlang dan hanya melihat kawan-kawan
sahaja naik ke atas pentas untuk menerima anugerah. Tipulah jika tidak timbul perasaan
sedih di sudut hatiku. Untuk melihat ibu bapa ku hadir ke sekolah sempena anugerah
cemerlang merupakan harapan aku selama ini. Aku ingin ibu bapa aku melihat dan
merasa gembira dengan kejayaan aku. Aku menitiskan air mata kegembiraan ketika
berada di atas pentas. Aku dapat lihat raut kegembiraan di wajah ibu bapa aku. Apa
yang lebih membuatkan aku gembira dan terharu apabila ayah ku mengucapkan
37
BANGKIT DARIPADA SEBUAH KEGAGALAN
“tahniah” kepada ku kerana ayah bukanlah seorang yang banyak bercakap dan sangat
pendiam. Aku tahu itulah yang dia inginkan walaupun dia tidak pernah memesan dan
mengatakan apa-apa kepada ku mengenai pelajaran. Aku meneruskan perjuangan aku
dan lebih berusaha keras untuk penggal yang seterusnya. Alhamdulillah setelah tamat
peperiksaan STPM aku datang semula ke sekolah untuk mengambil slip Peperiksaan
STPM. Berkat doa ibu bapa ku dan usahaku, aku mendapat PNGK 3.58. Sekali lagi aku
menaiki pentas untuk mendapat anugerah keputusan STPM terbaik dan mendapat Sijil
Penghargaan dan senaskah Al-Quran. Sekali lagi air mata ku menitis kegembiraan
kerana segala penat lelah dan usaha ku telah terbayar dengan kejayaanku dalam STPM.
Aku tidak lupa berkongsi berita gembira tersebut bersama keluarga terutamanya ibu
bapaku. Aku berasa sangat berpuas hati kerana sengala usaha aku sudah terbalas dan
aku sangat bersyukur. Ahli keluargaku berbangga dan aku tidak lagi berasa rendah diri
berbanding sepupu-sepupu yang lain walaupun mereke menyambung ke peringkat
Diploma di Universiti. Pada tahun 2018 aku mendapat keputusan UPU dan berjaya
melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) di Universiti Pendidikan
Sultan Idris(UPSI). Walaupun hasrat saya untuk menyambung pelajaran di UPM tetapi
aku tetap bersyukur kerana itu adalah rezekiku. Ramai lagi kawan-kawan aku yang tidak
dapat menyambung pelajaran. Aku bersyukur kerana Allah telah menggantikan
kesedihan SPM aku dengan dapat menambung pelajaran di Universiti. Seluruh keluarga
aku sangat gembira mendapat berita tersebut dan menolong membuat persiapan. Pada
1.9.2018 seluruh ahli keluarga aku mengahantar ku ke UPSI. Ibu bapa akulah yang paling
gembira dan teruja menghantar anak sulung mereke ke universiti. Itulah pengalaman
yang aku tidak dapat lupakan. Aku tidak pernah terfikir sehingga dapat menyambung
pelajaran ke peringkat ‘degree’ di universiti. Ini merupakan rezeki yang Allah telah
tetapkan kepada aku. Ibu saudara sebelah bapaku merupakan mentor dan sumber
inspirasiku kerana mereka merupakan pensyarah yang berjaya dan mereka juga bersal
daripada keluarga yang sederhana. Bagi aku sekali kita terjatuh dan gagal tidak
semestinya kita tidak dapat bangun semula dan terus melangkah. Walaupun susah dan
banyak halangan, aku yakin sekiranya kita berusaha dan yakin dengan Allah, segala
38
PENULISAN KISAH INSPIRASI
urusan kita akan dipermudahkan. Berdasarkan pengalaman hidup ini, janganlah
membandingkan diri dengan kehidupan orang lain. Setiap ujian yang dihadapi pasti ada
jalan penyelesaiaannya. Aku sedar kesilapan yang berlaku sebelum ini adalah berpunca
daripada diri aku sendiri. Pengalaman kegagalan aku telah menjadi kekuatan untuk aku
terus berusaha dan meneruskan perjalanan kehidupan dengan penuh yakin. Tiada
kejayaan yang datang dengan mudah. Setiap kejayaan seseorang itu pasti ada
cabarannya dan pengalaman. Belajar dari pengalaman akan memberikan kita seribu jalan
untuk mencapai kejayaan dan belajar dari kesilapan membuatkan kita lebih dewasa.
TAMAT
39
OLEH : SITI NORIDAYU BINTI ABD. NASIR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
Body shaming terus bermaharajalela di bibir manusia tiada hati. Tak punya perasaan. Tak
punya empati. Terus hilangnya simpati kemanusiaan. Lalu mendendangkan kata hina
dina kepada yang lemah. Bodoh ! Gemuk! Hodoh! Menusup deras ke telinga aku saban
hari. Alangkah senangnya hati menjadi perempuan cantik. Tapi hanya impian. Kenyataan
bila dan di mana hanya rahsia. Di desa sawah menghijau ini aku terus bermain bersama
lumpur.
Badan montel aku di sekolah terus dijadikan jenaka. Tak kuat berlari ketika subjek
Pendidikan Jasmani. Aku menangis dalam hati. Pulang ke rumah keputusan peperiksaan
pula dibandingkan dengan saudara sama sebaya. Mungkin peperiksaan aku tidak bagus.
Tapi apa dosa aku hingga dibandingkan dan diketawakan orang. Aku hanya mampu
berjalan ke depan dengan air mata berlinang. Sudah biasa, sudah lumrah. Jika melawan
tidak menang. Tidak melawan lebih afdal.
Hari-hari aku bermain di tebing sungai seorang diri. Mengenang masa depan yang
tampak gelap. Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pun tidak cemerlang.
Hanya mampu menyambung persekolahan di sekolah berdekatan rumah. Terus
dibandingkan lagi dengan saudara sama sebaya yang berjaya ke Sekolah Berasrama
Penuh (SBP). Adakalanya tidak mahu bertemu muka dengan saudara kerana aku pasti
dibandingkan lagi. Sudahlah gemuk, sekolah pun tidak pandai.
Melangkah ke sekolah menengah aku terus diduga. Nenek yang aku sayang pergi buat
selamanya. Kerana dia pendengar setia aku. Tak pernah menghina kurangnya aku.
Memberi sokongan dan kata semangat untuk aku berubah. Aku selalu berdua bersama
40
PENULISAN KISAH INSPIRASI
nenek. Bermain dengan kucing dan ayam peliharaan nenek. Belajar menganyam tikar,
memasak makanan tradisional dan cara mencari rezeki. Aku makin sunyi selepas nenek
pergi. Hanya mampu melihat kenangan melalui lensa mimpi.
Aku masih ada ibu dan ayah di belakang diri ini. Tapi sampai bila aku akan menjadi
insan hina dina. Ke sana sini orang mempersendakan aku dengan jenaka hodoh dan
bodoh. Aku semakin membesar sebagai remaja bila berada di sekolah menengah. Kata
nista masih dihamburkan kepada aku. Tak laku! Sebab hodoh dan gemuk. Tak ada lelaki
yang inginkan aku, kata mereka. Aku hanya mampu memandang diri dengan mata yang
berkaca. Hendak menangis tentulah malu. Tahanlah air mata selagi mana mampu.
Berdendam dan melawan bukanlah jawapan terbaik untuk setiap hina yang datang.
Aku ada tikar sejadah kitab suci penenang jiwa. Peneman yang tak pernah gagal
menenangkan jiwa lara. Jika tiada manusia mahu memahami kita. Maka, berserahlah diri
pada sang pencipta. Kita lebih tenang, bersyukur dan tawakal. Jangan memandang orang
yang di atas kita. Pandanglah mereka yang di bawah kita, maka kesyukuran itu akan
muncul tiba. Adakalanya, kita berasa kekurangan kita paling dasyat, walhal ada mereka
yang lebih sukar perjalanannya di dunia ini. Di situlah aku belajar membina kekuatan.
Aku selalu membaca tentang mereka yang serba kekurangan. Ada yang cacat
penglihatan berjaya menjadi peguam. Ada yang mengalami kecacatan fizikal tetapi
berjaya di arena sukan. Ada yang miskin mampu berjaya cemerlang dalam akademik.
Mereka terus menjadi inspirasi aku. Dalam diam aku bina kekuatan diri. Walaupun aku
hanya bersekolah di ceruk desa terpencil tapi aku mahu melakar kejayaan suatu hari
nanti. Angan-angan itu percuma. Tapi jika tak berusaha tidak akan dapat hasilnya. Bak
kata pepatah “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.
41
CERITA AKU DAN BODY SHAMING
Sekurangnya aku masih punya kawan-kawan yang seangkatan. Walau tak hebat
tapi kami gembira membina ukhwah terjalin. Berbasikal bersama ke sekolah. Bila petang
bersama di tepian sungai. Menyelusuri sawah menghijau. Sambil bercerita tentang
kehidupan masing-masing. Pasti ada suka dan duka dalam cerita setiap insan. Body
shaming telah menemukan kami yang punya perjalanan serupa. Mahu sekali ditepis
hinaan tetapi itu menjadi penghias di pentas dunia. Kami saling mendengar dan
memahami agar masing-masing lebih tenang.
Sedih bukan kepalang bila dihina mereka yang cantik, anak orang kaya di dalam
kelas. Kami sering saja diketawakan oleh Khaisara dan pengikutnya. Kami tahu dia punya
pengaruh yang besar kerana anak orang berada di kampung. Digilai lelaki kerana punya
wajah jelita dan kulit yang putih gebu. Bersama pengikutnya yang juga sealiran berjalan
penuh megah sambil memandang hina dina kami yang lemah. Bercakap Inggeris penuh
yakin dan mengujakan seisi kelas mendengarnya. Kami terus diperlekehkan.
Dalam diam aku pasang angan-angan mahu melakar kejayaan suatu masa nanti. Di
sekolah akademik menjadi keutamaan guru dalam menilai pelajarnya. Cantik? Jelita?
Molek? Comel? Hanya sekadar hiasan di tubuh manusia. Bijak? Pandai? Cerdik?
Cerdas? Kebijaksanaan dalam pelajaran menjadi tunjang apabila berada di sekolah. Ia
menjadi landasan kejayaan yang mungkin terlindung hari ini. Tetapi pasti menyinar pada
hari esok. Kami semua berusaha dengan gigih. Kerana kejayaan sahaja akan membawa
kehidupan yang lebih baik.
Aku, Husna dan Nabila adalah tiga sabahat yang terpinggir kerana body shaming.
Badan yang bulat, pendek kata gemuk di mata manusia lain. Kulit yang sawo matang
bukan putih mulus lagi mempersona. Pakaian yang lusuh kerana ekonomi keluarga yang
perlu berjimat. Kami berhasrat menjadi orang yang berjaya. Keputusan peperiksaan
menyebelahi kami atas usaha yang penuh sunyi. Kami bertiga berjaya mendapat tawaran
ke matrikulasi sains. Semasa belajar di matrikulasi selama setahun aku hanya fokus
42
PENULISAN KISAH INSPIRASI
terhadap pelajaran. Aku mengambil jurusan sains hayat. Di mana perlu belajar
matematik, kimia dan biologi.
Perjuangan setahun sebagai anak kampung membuahkan hasil yang lumayan. Aku,
Husna dan Nabila berjaya mendapat keputusan yang baik. Pencapaian akademik yang
cemerlang di tahap dekan dengan kiraan 3.75 ke atas menunjukkan pelajar tersebut
layak mendapat jurusan yang baik di universiti. Kami memilih untuk belajar di universiti
yang sama. Walaupun mempunyai minat yang berbeza, kami tak pernah lupa bahawa
mempunyai tujuan yang sama dalam hidup. Ingin berjaya dan keluar daripada pandangan
body shaming serta hinaan manusia.
Universiti Malaya menjadi pilihan kami bertiga. Masih lagi erat bersahabat hingga
saat ini. Keputusan akademik yang cemerlang membawa kami menuju ke menara gading
di tengah bandar metropolitan. Kos hidup yang jauh berbeza. Semasa di matrikulasi kami
diberikan wang poket dan makan disediakan kantin asrama. Tapi di kampus Lembah
Pantai ini kami perlu bijak menggunakan wang biasiswa. Kami tidak mahu membebankan
keluarga yang ibarat “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” untuk
memberikan kami wang.
Aku berjaya mendapat tempat sebagai pelajar perubatan. Husna pula mengambil
jurusan kejuruteraan kimia. Manakala, Nabila mengambil jurusan undang-undang.
Walaupun belajar di fakulti yang berbeza tetapi kami memilih untuk tinggal sebilik di Kolej
Kediaman Keenam. Kami perlu aktif dalam aktiviti di kolej untuk terus menginap hingga
bergraduat. Kami tidak mampu untuk tinggal di luar kampus kerana kos hidup yang tinggi.
Wang biasiswa digunakan dengan penuh berhemat oleh kami agar dapat bertahan
hingga hujung semester.
43
CERITA AKU DAN BODY SHAMING
Dunia kampus bagi setiap yang bergelar mahasiswa tidak sama. Kami anak desa
yang hanya mampu memakai baju kurung yang sama setiap minggu. Tidak ada peluang
keluar ke sana sini seperti anak orang berada. Hujung minggu hanya berpeluang
berkumpul bersama menonton filem melalui rangkaian internet di kampus sambil
menikmati mi segera. Jika ada keperluan kami akan ke bandar menaiki bas untuk
membeli apa yang diperlukan untuk tujuan pengajian sahaja. Begitulah, kehidupan
kampus kami yang tidak merasa kemewahan. Tetapi perkara itu yang mendidik kami
untuk lebih berjaya.
Penat lelah usah dikira. Sakit pedih usah ditanya. Pengorbanan usah dibilang.
Selepas enam tahun berpenat lelah aku berjaya bergraduat sebagai seorang pelajar
perubatan. Husna dan Nabila bergraduat lebih awal kerana kursus mereka hanya empat
tahun. Kami mendapat pekerjaan di lokasi yang berbeza. Husna di Melaka, Nabila di
Putrajaya dan aku di Selangor. Ada masa terluang kami akan bertemu bersama. Bercuti
bersama sambil berbicara tentang kehidupan masing-masing. Indah dan harmoni, terasa
mendamaikan bila dapat melepaskan apa yang terbuku di jiwa.
Kini, wang hasil titik peluh dapat membahagiakan keluarga di desa. Nabila
mencadangkan untuk kami semua mendapat konsultasi perunding imej di Kuala Lumpur.
Kami mula merencanakan apa yang perlu untuk membenamkan kata-kata pedas tentang
body shaming kami bertiga. Kami sudah mula ke spa kecantikan dan mengamalkan gaya
hidup sihat dengan bersukan. Jadual pemakanan disusun sebaiknya. Selama enam bulan
kami bertiga berusaha mengubah diri agar tampil bergaya. Sesuai dengan kerjaya dan
keperluan wanita moden. Bukan bertujuan membangga diri tetapi berubah untuk
kepuasan diri masing-masing.
44
PENULISAN KISAH INSPIRASI
Kejayaan demi kejayaan dicapai. Seiring dengan perubahan personaliti diri. Cantik dan
bergaya memerlukan pengorbanan dari segi wang dan masa. Aku lebih yakin untuk
melangkah dengan perubahan diri. Aku kini adalah seorang Doktor Pakar Pembedahan di
salah sebuah hospital kerajaan. Husna adalah seorang jurutera kimia yang penting di
sebuah syarikat minyak dan gas utama di Malaysia. Manakala, Nabila adalah seorang
peguam yang penting dalam mengendalikan kes-kes jenayah berprofail tinggi. Kini, tiada
istilah body shaming apabila kami bertemu orang-orang penting dan berhadapan dengan
masyarakat di luar sana.
Kejayaan kami yang menghiasi dada akhbar dan skrin televisyen memberikan impak
kepada keluarga kami di kampung. Mereka mula dipandang tinggi oleh masyarakat
sekeliling. Di sana sini terdengar orang memuji kami. Mungkin hilang sudah stigma hebat
tentang body shaming yang menjadi saksi perjalanan kehidupan kami yang penuh
berliku. Diketawakan, dihina dan diperlekehkan. Tidak mungkin semudah itu untuk
dilupakan. Tetapi pesan ibu ayah sentiasa kukuh menjadi panduan hidup. Tidak perlu
berdendam, maka binalah kejayaan dengan tenang.
TAMAT
45
OLEH : NURHAFIZNAJMI BIN JOHARIM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Gee Gee Gee Gee baby baby baby..!
Ya Allah ini kali ketiga aku dengar lagu ini. Aku seorang sahaja terbangun tapi tuan
empunya telefon ini masih lagi hanyut di alam mimpi. Kalau tak bergelar sahabat dan
lama aku tampar beliau bertubi-tubi.
“Man.. bangunlah.. subuh dah” usaha aku menggerak dengan mengoncang perut
Aiman.
Aiman merupakan seorang yang istiqamah dalam menetapkan loceng untuk bangun
subuh. Walaupun aku masih lagi tidak memahami logik dalam pemilihan lagu beliau,
keberkesanan lagu beliau tak dapat dinafikan. Tapi ajaibnya hanya aku sahaja yang
terjejas. Aiman bagaikan kebal dari gangguan bunyi lagu ini.“
“Man.. Kalau kau nak bangun lewat sekalipun off la lagu kau dulu. Tiga kali dah dia
ulang” bebel Aku.
Aiman bangun sambil menggeliat mematikan lagu di telefonnya. Melihat Aiman
bangun aku pun segera mengambil wuduk dan melaksanakan solat. Kemudiannya,
Aiman turut solat dibelakang aku menjadi makmum. Inilah rutin aku dan rakan sebilik aku
Aiman. Melalui akitiviti-aktiviti berulang inilah persahabatan kami terbentuk.
46
PENULISAN KISAH INSPIRASI
Aku dan Aiman merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ini
merupakan tahun pertama kami. Kami mengambil kursus matematik dan merupakan
pelajar ijazah. Namun, semenjak akhir-akhir ini isu penularan COVID-19 memaksa pihak
universiti untuk berhenti beroperasi untuk mengelakkan kluster jangkitan berlaku. Oleh
itu, tinggalkan aku dan Aiman terkandas di rumah sewa.
“Kau takda plan nak balik kampung ke?” Tanya aku pada Aiman.
“Tengoklah macam mana. Proses nak balik macam complicated ja.. Kena ambik
kebenaran balai polis la.. kena isi borang kesihatan la.. macam-macam kena buat” Jawab
Aiman sambal melipat sejadah.
“Hmm.. siapa sangka jadi macam ni. Redha ja lah”
“Kau?” Tanya Aiman pula kepada Aku.
“Tak kot….” Jawab aku sambil menunduk.
Sebenarnya aku masih lagi tak membuat keputusan untuk balik ke kampong atau
tidak. Kalau ikutkan hati aku nak aku beransur pulang tetapi aku khuatir aku akan
membawa pulang jangkitan kepada keluarga di kampung. Dalam membayangkan situasi
seperti itu aku pon jadi teragak-agak dalam membuat keputusan.
“Kau tak rindu ke family kau ke Man?”
47
KIRIM AKU PULANG
“Rindu macam mana pun, aku hanya mampu berdoa ja. Harap-harap Allah lindungi
lah mak ayah Kita” Kata Aiman, menasihati dirinya dan aku untuk terus bergantung pada
yang Maha Esa.
“Wei.. sedap tak lagu tadi?” Tanya Aiman sambil tersenyum kambing.
Ahh.. sudah. Ke mana hilang Aiman yang warak tadi. Fenomena pertukaran person-
aliti Aiman warak ke Aiman Kpop sudah menjadi kebiasaan kepada aku sejak mengenali
Aiman. Beliau aktif menyebarkan agenda kpop ni dari awal pengenalan aku dengan dia,
lalu memperoleh gelaran Aiman Kpop.
Bila ditanya kenapa beliau memilih lagu dari korea selatan, “Budaya mereka unik
Hafiz, kita melihat sesebuah negara yang berjaya menjadikan lagu pop mereka genre baru
dalam dunia dengan gubahan lagu yang menarik dicampuri pula dengan choreograph
yang detail, bakat, penampilan, personaliti, dan kepelbagaian inilah berjaya menarik
perhatian dunia” kata Aiman dalam keterujaan.
“Woi.. Hafiz! Jawablah.. sedap tak lagu tadi?” jerit Aiman menyentap aku sedar dalam
lamunan.
“Tak taulah..” Jawab aku teragak-agak. Aku bukan penggemar musik moden, apatah
lagi musik negara luar. Bagi aku musik sebenar adalah lagu jiwang zaman 90-an.
Kumpulan Lestari, Slam, Exists dan Ukays adalah kegemaran aku. Tetapi berbeza pulang
dengan Aiman, aku terlalu malu untuk menyatakan minat aku terhadap music ini apatah
lagi mengajak orang lain untuk turut minat. Oleh itu, aku kagumi keberanian Aiman
meluahkan minat beliau terhadap orang di sekelilingnya.“
48