The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Tuanku Bainun, 2022-11-23 21:52:21

Kompilasi Penulisan Kisah Inspirasi

KISAH INSPIRASI

Keywords: KISAH INSPIRASI

PENULISAN KISAH INSPIRASI

“Wuish.. lagu ni art kau tahu tak.. antara lagu legendary la. Meh aku nak cerita kum-
pulan yang nyanyi lagu ni Girls Generation diorang debut tahun…” Terang Aiman dengan
tekun. Kalau beliau menjadi seorang guru nanti, menggunakan raut wajah dan aura ini
beliau dapat menarik perhatian pelajar dengan mudah. Karisma beliau sudah cukup
mempamerkan ciri seorang guru yang akan popular terhadap pelajar. Tapi ketika ini
beliau tak ubah seperti penjual bersungguh-sungguh menarik perhatian pelanggan untuk
membeli penapis air. Tersengih aku membayangkan Aiman menjual penapis air.

“Woi Hafiz kau dengar tak?” Tanya Aiman yang melihat aku yang sedang menge-
lamun di hadapan beliau.“

“Ya ya.. aku dengar” Jawab aku sambil tersenyum.

“Kau jangan macam ni Hafiz, dalam bilik ni ada kita dua ja. Kalau kau tak nak dengar
bebel aku, aku nak sembang dengan siapa? Dinding?” Jelas Aiman dalam nada merajuk.

“Yelah-yelah teruskanlah” kata aku cuba memujuk Aiman. Lazimnya beginilah
perbualan aku dan Aiman. Aku bersyukur mendapat rakan seramah Aiman berbeza
dengan personaliti aku yang pendiam dan pemalu. Meskipun terdapat perbezaan
personaliti antara kami, akan tetapi kami serasi bersama dan dapat menjadi sahabat
rapat.

“Takpelah kau, kalau kau tak nak dengar aku pun malas cerita.. Aku nak keluar beli
nasi lemak. Kau nak tak?” kata Aiman sambil mengambil dompet dan kunci motor beliau
dari laci meja.

“Nak, nak” Jawab aku dengan ceria sambil mengangguk secara laju.

49

KIRIM AKU PULANG

“Ha.. Kalau nasi laju ja responnya” Ejek Aiman.

Aiman segera menunggang motor beliau untuk ke gerai. Aku melambai Aiman yang
membalas lambaian aku balik dari luar rumah. Bagi aku, minat Aiman kepada musik kpop
inilah yang membantu menjadi pengalih perhatian daripada isu dunia yang memberatkan
hati beliau. Keadaan dunia yang kucar kacir menambahkan kerisauan kepada kami
generasi muda ini kerana harapan kami untuk menghadapi masa depan kian hari kian
berkurang.

Lain orang lain cara mereka meluangkan masa. Bagi aku menonton filem
merupakan antara aktiviti mengalih perhatian aku dari masalah kehidupan. Ini merupakan
mekanisme yang penting dalam mengelakkan bebanan stress dalam kehidupan
seharian.

“Hmm..” Keluh aku sambil membaringkan kepala aku di atas katil. Memikiran apa
yang akan kini berlaku di dunia memnambahkan lagi kerisauan di hati aku ini. Perlahan-
lahan aku pejamkan mata berhadap masalah ini turut hilang. Lamakelamaan aku hanyut
dalam lautan mimpi.

Kring! Kring! Kedengaran bunyi telefon.

“Ah!” Aku bangun dari tidur. Melihat telefon aku, Ada panggilan Telefon.

“Hello?” aku mengangkat panggilan telefon itu.

“Hello? Encik Hafiz ke ni?” kedengaran suara asing melalui telefon.

50

PENULISAN KISAH INSPIRASI

“Ya.. Siapa ni?”Tanya aku kebingungan. Memastikan kembali nama yang tertera di
telefon. Nombor tidak dikenali. Aku mengesyaki scammer.

“Encik.. Aiman terlibat kemalangan dan meninggal dunia sebentar tadi” kata suara
asing itu. Serta merta terasa sejuk kaki aku bagai terhenti jantung seketika. Tangan ku
menggeletar. Terdiam dan terkaku. Mendengar aku tidak membalas, suara asing itu
seterusnya menjelaskan situasi Aiman. Tapi aku tidak lagi mendengar. Aku berjalan
keluar dari bilik memeriksa ruang tempat letak motor. Tiada kelihatan motor Aiman.
Jantung aku berdegup laju. Aku berharap ini merupakan gurauan orang.

Aku dalam keadaan ragu-ragu sehingga malam itu aku mengunjungi jenazah Aiman
di Hospital. Wajah beliau pucat, kaki dan tangan beliau cedera. Doktor menerangkan
kecederaan dalaman menjadi penyebab kematian. Aku merenung wajah Aiman, masih
lagi aku tidak percaya bahawa sahabat yang berada di depan aku ini sudah tidak
bernyawa. Aku mecubit-cubit tangan aku berharap ini cumalah mimpi, nanti aku akan
bangun dan makan nasi bersama-sama Aiman. Tapi rasa sakit ditangan menyedarkan
aku ini adalah realiti. Aiman sudah meninggal dunia.

Aku bersama Aiman sepanjang perjalanan balik ke kampung halamannya. Aku
berada di sisi beliau juga menemani beliau berjumpa keluarganya. Aku mendengar
rintihan keluarga Aiman dan bersama-sama anggota masjid menyolatkkan Aiman. Tidak
setitis pon air mata mengalir ketika ini kerana aku tahu aku harus kuat untuk Aiman dan
keluarganya. Setelah selesai pengebumian aku pula pulang ke kampong halaman aku
meninggalkan Aiman dan keluarga. Sepanjang perjalanan balik barulah aku dapat
menangis meratap pemergian Aiman.

51

KIRIM AKU PULANG

“Ahh… langit mendung harini” Aku mengeluh dan mendongak melihat awan di
tingkap rumah keluarga ku. Pada waktu subuh begini mengingatkan aku kepada Aiman.
Kini sudah beberapa bulan berlalu, pada mulanya amat susah buat aku, tapi ibu dan ayah
sentiasa membantu dan menasihati aku. Sikit demi sikit aku kembali ceria. Mengenal
peribadi Aiman, aku berharap beliau berada di sisi Allah bersamasama orang yang
beriman.

Kini lebih seribu kematian yang berlaku di Malaysia disebabkan wabak COVID-19.
Mereka dan Aiman pergi meninggalkan alam kehidupan. Seperti Aiman juga mereka
mempunyai harapan dan cita-cita. Namun hayat yang pendek membatasi mereka.
Memberikan pengajaran kepada kita yang hidup supaya sentiasa menghargai orang di
sekeliling kita.

TAMAT

52

OLEH : SITI NUR SYIFAA BINTI RAHIM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

(IPG)

Tangisan bayi di pagi hening memeranjatkan ibu tua itu, saat kaki ingin melangkah masuk
ke masjid. Dia terus mencari-cari arah bunyi itu datang. Ternyata tangisan itu datang dari
sebuah kotak yang terletak di tangga masuk masjid. Kaki melangkah laju menghampiri
kotak tersebut dan tanpa membuang masa, dia terus membuka kotak tersebut. Alangkah
terkejutnya apabila dia menyedari terdapat seorang bayi lelaki di dalam kotak tersebut.
Hati merasa sayu mengenangkan nasib malang bayi yang dibuang sang ibu. Air jernih
mengalir perlahan menuruni pipi, wajah tuanya berkerut risau. Tergamaknya sang ibu
meninggalkan bayi yang dikandungkannya selama ini. Kasih tuanya jatuh apabila
melihatkan wajah si bayi yang tampak putih bersih ibarat kabus. Namun matanya terpana
apabila bayi tersebut membuka matanya. Sebelah mata bayi tersebut tidak sempurna.
“Mungkin kerana kecacatannya, bayi ini dibuang”, detik hati tua itu. Dia terus
menngendong si bayi dengan kudrat tuanya menuju ke teratak usangnya untuk
dibersihkan.

Bayi itu sedang lena dibuai senja pagi. Mata tuanya menyapa wajah si bayi yang putih
mulu itu. Qabus, ya Qabus Ilham. Nama itu berlegar dalam fikiran. “Akan ku gelar bayi ini
Qabus Ilham. Akan ku semai didikan agama dalam dirimu. Akan ku pahat kasih dan
saying kepadamu, wahai anak”. Kaki melangkah dengan senyuman tidak lekang di bibir,
hadirnya Qabus adalah anugerah terindah baginya. Selepas kematian suaminya tiga
tahun lalu. Tuhan hadirkan sinar pelangi buatnya kini. Qabus adalah penemannya kini,
pengubat duka lara.

Peluh menitik di dahi namun kaki tidak berhenti berlari. Apabila tiba sahaja di hadapan
rumah using itu, dia terus membuka kasut dan menaiki anak tangga. Belum sempat

53

PENULISAN KISAH INSPIRASI

si ibu berpaling, dia teru memeluk ibunya erat dan mengatakan “Mak. Qabus berjaya.
Penat Lelah Qabus selama ini membuahkan hasil. Qabus dapat 10A dalam SPM”.
Tangan tuanya terus mengeratkan pelukan menyalurkan kegembiraan pada si anak.
Wajah tuanya dibasahi air jernih, kegembiraan tidak terkata. Dia tahu anaknya banyak
menghadapi kesukaran dalam pelajarannya, anak terunya itu juga sering dihina dan dibuli
oleh budak-budak nakal di kampung itu. Namun semangat kental anaknya demi
menggemgam kejayaan sangat utuh, kini apa yang diiginkan sudah dapat dicapainya. Dia
telah berjanji akan menggunakan duit pencen suaminya itu untuk merawat mata anaknya,
akan anaknya jalani pembedahan mata sebelum dia melanjutkan pelajarannya nanti. Dia
tidak ingin anaknya tersisih apabila berada jauh darinya nanti.

Kenangan lima tahun lalu masih segar dalam ingatannya, wajah tua yang sering
dibawanya kemana sahaja dia berada digenggam erat. Tidak sabar ingin melihat wajah
sang ibu yang berpenat lelah membanting tulang, memerah keringat demi melihat dia
berjaya. Setelah beberapa tahun berhijrah di bumi Eropah demi segulung ijazah, kini dia
akan pulang ke tanah air tercinta. Wajah si ibu berlegar-legar dalam fikiran, haruman
masakannya sudah dapat dihidu, sungguh, amat dia rindukan segala-galanya tentang
ibunya itu. Dia sedar, tanpa ibunya dia tidak dapat berdiri di mana dia berdiri sekarang.
Dia ditaja oleh MARA untuk melanjutkan pelajarannya dalam jurusan perubatan khusunya
dalam bidang optometri.

Saat kakinya menjejak lantai Lapangan Terbang Kuala Lumpur, setelah hamper 20 jam
berada dalam pesawat, senyuman kekal menghiasi bibirnya menampakkan lesung
pipitnya yang dalam. Kini, dia terpaksa menunggu pesawat seterusnya untuk dia pulang
ke Kuantan, Pahang, dimana terletaknya teratak kasih milik ibunya. Saat panggilan
pesawat untuk ke kampung halaman berkumandang, kakinya terus melangkah memasuki
balai perlepasan.

54

QABUS

Tibanya di kampung, terus dia menaiki teksi untuk ke teratak ibunya, tnapa
menghubunginya dahulu. Dia ingin membuat kejutan untuk ibunya. Saat kakinya
melangkah masuk ke rumah itu, rongga hidungnya dipenuhi dengan haruman masakan
ibunya itu. Tahulah dia bahawa ibunya sedang didapur. Sememanggnya ibunya sangat
berbakat dalam masakan. Oleh itu, orang-orang kampung sering menjemput ibunya untuk
menjadi tukang masak ketika majlis-majlis perkahwinan. Perlahan-lahan Langkah diatur
ke arah ibunya, tubuh tua ibunya dipeluk erat dari belakang. “Mak, Qabus rindu mak”,
ucapnya sayu. “Kenapa balik tidak beritahu dahulu, boleh mak masakkan lauk kegemaran
kamu”. Empangan air mata yang ditahan akhirnya pecah jua saat suara tua ibunya
menyapa. “Qabus sangat-sangat rindukan mak, Qabus tak nak susahkan mak, Qabus tak
nak mak penat”. “Mak masa kapa ni, wanginya bau dari luar tadi lagi Qabus dah dapat
bau, Qabus rindu masakan mak, lima tahun Qabus tak makan air tangan mak”. Adunya
manja, kepala dilentokkan di bahu tua itu. “Mari kita makan, mak dah siap masak ni,
harini mak masak sambal udang dengan sayur campur masak lemak je, tu ada ikan
goreng sikit”. “Mak pun rindukan Qabus juga”. Sambal membawa lauk-pauk ke meja
makan, ibunya sempat membacuh air untuk minuman.

“Mak, Qabus ada hantar Resume ke sebuah hospital di Kuala Lumpur, jika dapat tawaran
kerja disana, Qabus nak bawa mak kesana. Kita tinggal di bandar, Qabus tak nak
tinggalkan mak seorang di sini, cukuplah lima tahun Qabus tinggalkan mak, Qabus dah
tak sanggup lagi berpisah dengan mak”. Setelah seminggu dia berada di kampung,
akhirnya terucap juga keinginannya untuk membawa ibunya ke bandar bersama jika
mendapat peluang pekerjaan di sana. Dia sedar yang di hanyalah anak angkat ibunya,
ibunya sudah menceritakan segala-galanya. Ibunya tidak ingin dia membenci keluarga
kandungnya, walaupun pada mulanya dia sangat sedih sehingga air diminum terasa duri,
nasi dimakan terasa sekam. Pada mulanya, dia tidak dapat menerima kenyataan
tersebut, sungguh sanggup kedua-dua ibu bapanya membuang darah daging sendiri
hanya disebabkan oleh kecacatan yang tidak dipintanya.

55

PENULISAN KISAH INSPIRASI

Seminggu kemudian, dia mendapat e-mel bahawa dia ditawarkan pekerjaan di salah
sebuah hospital di ibu negeri, berita gembira itu dikongsi bersama dengan ibunya. Ibunya
sangat gembira sehingga merebas air mata tanpa sedar. Dia sangat bangga dengan
kejayaan demi kejayaan yang diperoleh oleh anak terunanya. “Mak, nanti kita akan ke
Kuala Lumpur, mak akan tinggal bersama Qabus disana ya”.

Setelah setahun berkhidmat di Pusat Pakar Mata KPJ, dia berjumpa dengan ramai
pesakit dengan berbagai-bagai ragam. Namun, kehadiran sepasang suami isteri ini amat
mencurigakan, perasaannya saat mengendalikan pasangan itu sangat berbeza dengan
pesakit lain, dia rasa bagaikan sangat dekat dengan pasangan tersebut. Pasangan itu
juga sangat rapat dengannya, setiap hari dia akan menceritakan tentang pasangan
tersebut kepada ibunya. Sehinggalah pada suatu hari pasangan tersebut menceritakan
yang dia mempunyai anak cacat penglihatan. Namun, bayi lelaki tersebut telah dibuang di
sebuah masjid demi untuk menjaga keturunan mereka, mereka datang dari keturunan
yang dikenali ramai. Jadi kehadiran si kecil yang tidak sempurna itu akan mencacatkan
keturunan mereka. Selepas 10 tahun kejadian tersebut. Pasangan tersebut masih lagi
tidak dikurniakan zuriat walaupun telah berbagai-bagai usaha dan tempat detalh dituju
sama ada dalam atau luar negara untuk mendapatkan cahaya mata. Demi menebus dosa
yang telah dilakukan, mereka telah menubuhkan pusat penjagaan untuk anak-anak yatim
dan kanak-kanak yang dibuang oleh sang ibu. Di rumah itulah mereka mencurahkan
kasih sayang mereka kepada anak-anak kecil yang tidak berdosa itu, kehadiran mereka
adalah sinar pelangi buat pasangan tersebut.

Qabus Ilham sedar yang cerita pasangan tersebut sama dengan kisah hidupnya, dia tidak
ingin mengambil langkah mudah dengan mempercayai bahawa pasangan tersebut
adalah keluarga kandungnya. Jadi dia telah menggunakan pertolongan daripada
kawannya untuk melakukan ujian DNA keatas pasangan tersebut dengan dirinya untuk
mengesahkan adakah dia zuriat pasangan tersebut. Setelah seminggu, keputusan
ditangannya amat merunsingkannya, dia takut untuk mengetahui kebenaran tersebut.
Jika benar, dia adalah zuriat pasangan tersebut apa yang harus dilakukannya. Hatinya

56

QABUS

berbelah bahagi untuk menerima pasangan tersebut sebagai ibu bapanya kerana
perbuatan mereka membuang Qabus kerana kecacatannya, namun apabila dia sudah
punya rupa dan kerjaya mereka muncul secara tiba-tiba. Dia juga tidak ingin melukakan
hati ibu angkatnya yang telah lama bersusah payah membesarkan dan menjaga
keperluannya, walaupun hati tua itu sering menyuruh dia mencari ibu bapa kandungnya,
dia tahu wanita itu susah untuk melepaskan dirinya.

Setelah mengetahui perkara sebenar, kedua-dua mereka sangat gembira kerana zuriat
yang telah lama, pasangan tersebut telah bernazar akan menziarahi tanah Mekah
bersama-sama dengan orang yang menjaga anaknya sebagai tanda syukur kerana
zuriatnya telah ditemui dan terima kasih kepada orang yang sanggup menjaga anak yang
telah dibuangnya. Qabus hanya mampu menerima apa yang telah dihajatkan oleh
kedua-dua ibu bapa kandungnya walaupun hatinya berat untuk merelakan ibu angkatnya
pergi bersama mereka, dia berasa tidak sedap hati dengan pemergian mereka kali ini.

Setelah tiga hari berita mereka sampai di Tanah Suci Mekah, hati Qabus masih berasa
tidak enak, dia risau sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada mereka. Petang itu, dia
dikejutkan dengan panggilan daripada pihak hospital dari Mekah, berita tentang kematian
ibu bapa kandung serta ibu angkatnya sangat meruntun jiwa terunanya, mereka terliibat
dengan kemalangan. Kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan kerana brek tidak
dapat berfungsi dengan baik. Hidupnys ibarat minum air serasa duri, santap nasi serasa
lilin kerana kehilangan semua orang yang disayangi dalam sekelip mata.

Dia sedar, setiap awan hitam pastinya ada sinar cahaya selepas itu, setiap tangisan yang
dilepaskan oleh langit pasti ada sinar Pelangi selepas itu. Setiap takdir hidupnya telah
tertulis, kehadiran anak-anak syurga di teratak ibu bapa kandungnya menjadi punca
kehidupannya kini. Dia kini, tinggal bersama-sama mereka. Dia mencurahkan sepenuh
kasih sayang kepada mereka selepas penjaga utama mereka pergi menghadap sang
pencipta. Dia sedar, nasib mereka sama sepertinya. Dia berhasrat dan berjanji akan

57

PENULISAN KISAH INSPIRASI

menjaga mereka sepenuh hatinya, dia akan menumpukan sepenuh perhatian kepada
anak-anak syurga itu.
“Terima kasih mak, ibu, ayah. Qabus akan menjaga mereka dengan baik, mereka akan
membesar menjadi insan yang berguna buat masyarakat”. Tutur Qabus Ilham sambal
memandang langit malam.

TAMAT

58


Click to View FlipBook Version