The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Tuanku Bainun, 2021-11-15 22:39:43

Hancur Hati

HANCUR HATI - final

HANCUR HATI

Gubahan
Ahmad Bakhtiar
Diterbitkan oleh
Jambangan Pujangga

3

Dicetak:
ANNIES PRINT. WORKS, JOHORE

Jawapan Kata Suci.
Kehadapan majlis tuan-tuan pemuda pemudi

Serta sekalian sidang pembaca budiman.

Mengertilah pihak jambangan pujangga akan buku cerita “Cincin
Tanda” buah kalam Tuan Ahmad Bakhtiar yang diterbitkan oleh
Jambangan Pujangga bilangan satu itu telah dapat sambutan bagus
daripada pihak tuan-tuan pembaca: kerana segera habis di dalam
simpanan.
Tidak pula disangka-sangka di antara tuan-tuan pembaca ramai
mengatakan cerita yang kecil itu bersetuju dengan pemuda pemudi
kampung, tegal pengalaman di dalamnya sesuai mengikut keadaan
yang biasa berlaku di sana.
Alhamdulillah! Sambutan dan kenang-kenangan yang tulus ikhlas itu
disambut dengan berbanyak-benyak syukur oleh Jambangan
Pujangga. Berangsang-rangsang yang disampaikan kepada
Jambangan Pujangga supaya menambahbaikkan lagi buku-buku
cerita yang seumpama itu memang menjadi penokok seruan yang
berhikmah. Perkenan sangat melayannya.
Dilukiskan tagan kata bagi ayat: Sambutlah Janjinya

2

“In syaa Allah raf daya ditunaikan.” Dengan tidak putus asa
menghendakkan ilham Tuhan.
Sedia diperhati dan dihormati: tidak lain sebab-sebabnya maka
boleh Jambangan Pujangga berjaya hidup kemuka, ialah tertentu
kerana mendapat semangat dan jiwa pertolongan tetap daripada
tuan-tuan pembaca.
Terlanjur boleh berterus terang izinkanlah Jambangan Pujangga
menumpang hidup di halaman perpustakaan alam bacaan Melayu
seluruhnya. Dipercayai pihak tuan-tuan pembaca seni akan
menyirami dengan sepenuh-penuh sudi iaitu membagi air utama
jiwa untuk mensuburkan hidupnya dia lah langganan. Terima kasih.
Silalah sambut cerita “Hancur Hati” ini.

Pengurus:
J.P.

3

Pendahuluan.

Kemiskinan kemelaratan kepapaan kelemahan dan kekurangan
serta kesengsaraan kerap kali menjadikan penderitaan. Iyakah
kerana nasib atau pun oleh keadaan memaksa apatah lagi kalau
kerana kena seksa?
Ikhtiar memulihkan itu hanyalah mahu ada keinsafan dan
tenaganya: iaitu pekerjaan hati otak dan anggota: mesti
bersungguh-sungguh berfikir memerhati seterusnya berikhtiar
bekerja dengan sepenuh-penuh daya upaya buat mengelakkan itu.
Kemudian baharulah ada harapan terlepas daripadanya.
Mengikut kata budiman di sanalah dikehendaki kepercayaan
mempercayai diri sendiri, kesopanan kehormatan pengetahuan dan
tolong-menolong di dalam masyarakat.
Di atas tujuan mengingatkan dan menghormati peringatan budiman
itu maka inilah dikemukakan cerita “Hancur Hati” ini bagi tuan-tuan
pemuda pemudi khasnya seolah-olah mengenang jiwa dan seruan
yang menderita itu.
Terpandang-pandang nun dia bagai di dalam gaung guntung…
..Terjerumus…..akan-akan terbenam*? kepada disalut oleh

4

lumpur kesedihan meresap ke hidungnya. Sepertikan lemas
tertindas tercengkam di lubuk dalam, lunyah tetapi kekeringan. Oh!
– Lagi dia mengeluh – Ya, Allah! Rasa dia putus harap hendak
dapat selamat.
Berulang-ulang lagi jiwanya melaung: kalau-kalaukan ada belas
kasihan dari hati yang ihsan…..!
Tetapi belumkan mungkin ada pertolongan: kerana memang
penderitaan hak dirasa oleh keseorangan. Walaupun ditangisi
dengan air mata darah kerana menangiskan untung, namun
bedandan*? Hati dia tetap juga menderita melayankan jika
ada…..nya!

Ahmad Bakhtiar.

5

HANCUR HATI
AHMAD BAKHTIAR

Aku bercerita.
Waktu aku masih budak aku sahajalah seorang anak perempuan
bagi ibu bapaku. Malangnya ketika aku berumur empat tahun ibuku
pun meninggal dunia. Tidak dapatku katakan bagaimana hancurnya
rasa hatiku dimasa itu, kerana kehilangan ibu sendiri tempat manja
tempat bergantung semangat yang sangat-sangat dikasihi.
Aduh – Menangislah aku siang malam oleh kerisauan, sehingga
bapaku pun turut hiba hati dan menangis bersama aku : langsung
dipeluk diciumnya aku, terasa olehku air matanya jatuh membasahi
keningku bila dia merapatkan hidungnya ke dahiku.
Aku meraung-raung kerana sakit sangat rasanya menahan hiba
yang mencerut jantung hatiku, dadaku sempit sebu, rasa-rasa ingat
tetapi bagaikan lupa : akan-akan aku tidak percaya ibu sudah hilang
di mata. Ku sangka dia ada hidup lagi. Ku cari dia keluar masuk di
rumah itu, sambil memerhatikan ke sekeliling kawasan dia tidak
ada : ku cari dia ke telaga dia tidak ku jumpa. Lemah dan letih lesu.

6

badanku, kerana hampa harapan hendak bertemu. Maka ibuku
sebetulnya sudah tiada. Nun dia jauh sudah dikuburkan orang
kerana terlampau tebal sedih merangkum dadaku – Aku
menggolek-golekkan diri : aku panggil dia „ “ mak ! Mak ! Oi mak ! “
sekuat-kuat hati‟ dia tidak menyahut.
Bapaku datang memujuk aku, dipeluk diribanya aku, sambil ditepuk
-tepuk badanku dan diurut-urutnya dadaku. Selaku orang yang
memanjakan aku. Diberinya cakap yang lemah lembut, “ Jangan kau
menangis Halimah, sudah-sudahlah, jangan disebut-sebut lagi
orang yang sudah pergi jauh itu. Hati bapa juga memang
terkenang-kenang kepadanya : Tetapi bapa bawa diam-diam”.
Ku pandang muka bapaku, dia tunduk menangis pula, dan menyapu
-nyapu air matanya sedang aku teresak-esak menahan tangis. Sebab
letih benar rasa badanku …. aku tertidur.

Esok begitu juga, aku terkenang lagi kepada ibuku, terutama pada
masa hendak tidur malam hari. Dahulu ada ibuku menemankan aku
baring : menepuk-nepuk serta menggosok-gosok badanku ketika dia
hendak menidurkan aku, kadang-kadang dinyanyi-nyanyikannya aku
biar aku lekas terlena: teringu-ringu lagi ditelingaku suaranya yang
lembut merdu itu. Kemudian dijaganya

7

aku supaya jangan digigit nyamuk dikibas-kibasnya dengan kain
sebab tidak ada berkelambu.

Sekarang apalah hal ku, ibuku tidak ada lagi. Alangkah hancurnya
rasa hatiku tidak boleh dapat bertemu dia : kerana dia telah
dikuburkan : dia tinggal disitu seorang diri. Terpandang-pandang
jualah oleh ku akan rupanya : sebab itu ku tangisi dia.

Sebenarnya bukan aku sahaja yang terkenang : bapaku juga rajin
membilang-bilang, rupa-rupanya hati bapa tidak pula senang,
kadang-kadang bapaku mengeluh dan keluh kesah terutama masa
hendak makan dan waktu akan tidur malam.

Bila bapaku memasak nasi menggantikan ibuku, ketika itu ada juga
ku dengar bapa menyebut-nyebut ibuku : “ hoi – kalau-kalau adalah
ibu kau Halimah tidak selapang ini kita di dapur ini ”.

Manakala terdengar olehku bapa berkata demikian itu, serta merta
hatiku hiba semula, tidak tersedar air mataku meleleh keluar : aku
menangis hiba sekali lagi : hiba yang tak dapat ku tahan-tahan.
Walaupun dipujuk-pujuk oleh bapa, namun sedihnya tidak mudah
hilangnya.

Melihatkan bapa memasak nasi itu aku kasihan dan hiba
memerhatikannya teringat aku dahulu-dahulu ibuku yang
memasak

8

nasi di dapur itu : melainkan sekali sekala bapa memasak kalau
ibuku sakit.

Kini ku pandang hanya bapa dengan aku berdua sahaja yang duduk
mengadap makanan yang dimasak tadi. Aku tidak terdaya makan
minum, bapa juga demikian lakunya fahamilah aku bapa amat
sayang kepada ibuku dan amat kasih kepada aku.

Masa hidup ibuku dahulu selalu bapaku membuat jekala,
bercerita-cerita lawak yang menggelikan hati ibu dan hatiku,
semenjak itu sudah tiada lawaknya ku lihat. Bapa termenung diam
dan segan lakunya tidak riang hingga pergi kerja pun tidak berapa
lalunya.

Kerja bapa biasa kutip ke atap sahaja, ada kalanya dia menjala ikan,
menambut dan memasang lukah, ada-ada masanya bapa bekerja
mengambil rotan, berkebun pisang, mencucuk atap, mengambil
upah menebas, menebang dan lain-lain kerja kampung. Tidak
tentulah hal pencariannya : Apa-apa sahaja yang mendatangkan
duit dibuatnyalah dengan rajin.

Hanya semenjak ibuku meninggal dunia itu ku lihat bapa kurang
benar rajinnya bekerja agaknya sebab terlampau rindu dan bercinta
risau.

Lama kemudian itu bapa baharu boleh terdaya berusaha :

9

Asalkan siang hari pagi-pagi lagi digagahnya bangun, dibawanya aku
pergi mengikut dia ke tempat pekerjaannya. Kalau dia menjala ikan
dibawanya aku menjala, disuruhnya aku memegang kerontong
ikan : setelah dapat ikan dimuatkannya kedalam kerontong itu
supaya aku menolong bawakan. Kasihan aku melihat bapa kerja
berteruk-teruk itu.
Waktu bapa ke ladang atau ke hutan mengambil rotan dibawanya
juga aku bersama – Tidak dibenarkannya aku tinggal dirumah
seorang diri, sungguhpun ada beberapa rumah lagi berhampiran
dengan rumahku yang di situ ada kawan sebaya dengan aku tidak
disuruh oleh bapa pergi menumpang tinggal : katanya kepadaku “
tak usah kau berjalan-jalan sangat ke rumah orang kerana ibu kau
tidak ada lagi. Ikut sahaja bapa ke mana-mana. Esok entah lusa
hilang siang entah hilang malam barang orang dituduhnya engkau
mengambil membuat busuk nama sahaja. Bapa dahulu masa
budak-budak sudah terkena macam itu, lain orang makan nangka
lain orang pula kena getahnya ”.
Oleh sebab itu aku pun rajin mengikut bapaku pergi ke tempat
pekerjaannya.

10

II
Waktu aku berumur lima tahun, aku diserahkan oleh bapa mengaji
ke sekolah. Mula-mula aku bersekolah itu tiap-tiap hari bapa
menghantar dan menjemput aku : kerana pada masa itu aku takut
berjalan seorang tambahan pula kawan-kawan belum ada yang
hendak aku ikut daripada rumah ke sekolah.

Aku diajar oleh Cikgu Adham, pandai cikgu itu memujuk hatiku
sampai aku tidak takut belajar kepadanya.

Pada satu hari cikgu menanya aku, “ Halimah suka mengaji atau
tidak ? ” katanya.

Rasa-rasa malu takut aku hendak menjawabnya, kemudian
dipujuk-pujuk oleh cikgu itu disuruhnya juga aku menjawab. Aku
katakanlah kepadanya “ Saya suka mengaji cikgu ”.

“ Bagus ” katanya.

Aku perhati-perhatikan cikgu itu baik kepada aku suka hatiku
melihatnya. Cikgu Adham berkata lagi , “ Kau suka mengaji Halimah,
bagus-bagus, rajin-rajin datang ke sekolah, boleh cikgu ajar menulis
dan membaca. Ikut kawan-kawan yang baik : tak payah bapa
Halimah menghantar menjemput lagi. Biar bapa pergi kerja dan kau
datang belajar

11

kesekolah.

Bila selalu-selalu Cikgu Adham menasihat dan memujuk aku seperti
itu bertambah senang hatiku dan mengaku datang sendiri ke
sekolah : tidak payah dihantar dijemput bapa seperti mula-mula itu.

Tetapi cikgu ada berpesan kalau berjalan dijalan raya ikut sebelah
tepi jangan melintas-lintas ke seberang jalan supaya jangan
dilanggar oleh kereta-kereta atau motokar.

Cikgu Adham gemar mengingat-ingatkan aku katanya “ Kau Halimah
rajin-rajin belajar sampai kau cepat pandai menulis dan membaca,
nanti lagi suka hati kau.

Di dalam buku ada macam-macam gambar, ada cerita-cerita dan
macam-macam hal yang boleh menyukakan hati dan boleh
menjadikan kau orang pandai ”.

Setelah itu beransur hari aku pun beransur suka belajar sama Cikgu
Adham hatiku pun sayang kepadanya.

Di mata aku selalu ditunjukkannya oleh cikgu gambar yang
elok-elok. Ada gambar orang ada gambar binatang dan ada gambar
bunga dan lain-lain.

Tiap-tiap hari aku mendengar cakap yang baik-baik daripada mulut
cikgu itu. Tanganku di suruhnya memegang benda-benda dan

12

perkakas-perkakas menghitung dan berkira.

Kadang-kadang cikgu bercerita ada yang menggelikan hatiku dan
ada yang menyenangkan pelajaranku terasa senangnya aku dapat
apa yang diajarkannya kepada aku. Diajarnya aku berfikir memilih
cerita-cerita itu mana yang baik ada cerita budak nakal, ada cerita
binatang buas dan ada cerita orang jahat serta ada cerita burung
sayangkan anak sayangkan emak diceritakannya kepada aku.
Berfikir-fikirlah aku memikirkan cerita-ceritanya itu.

Adapun yang serik ku rasa pada zaman bersekolah itu : pertama
tentang belanja, sebab duit bekal aku pergi mengaji itu hanya
kadang-kadang ada satu sen dua sen terkadang-kadang tidak ada
langsung merasa duit kerana bapaku orang miskin duitnya tidak
cukup.

Bila tidak ada berduit, kalau ada nasi sejuk ku tengok bapa
membungkus nasi itu dengan daun pisang yang sudah dilayurnya
kadang-kadang nasi itu digoreng oleh bapa sama kelapa kukur dan
garam, dibubuhnya sedikit anak ikan bilis serta lada api bulat-bulat
yang diambilnya di ladang kami. Maka nasi goreng itulah jadi
bekalanku : dimakan ketika separuh waktu sesudah belajar
disekolah pada hari itu.

13

Kawan-kawanku mana yang ada duitnya, dapatlah dia membeli
makanan-makanan yang dijual penjaja-penjaja dekat sekolah itu.
Ada nasi lemak, ada kuih dan ada air serbat.

Mana-mana kawanku yang tidak berduit atau tidak ada membawa
bekal nampak olehku mereka itu terkulat-kulat. Memandang kawan
-kawan lain itu makan minum : ke atas tangan kawannya itu
menyuap, keatas matanya memandang mulutnya sama ternganga,
ke bawah tangan kawannya itu memegang makanan itu, ke bawah
pula matanya memerhati, hingganya ada ku tengok yang menjelijeh
air liurnya melihat kawan-kawannya makan itu sebab memerhati
sahaja dan menahan tekaknya.

Ya – aku kasihan melihat kawan-kawan yang semacam itu : taulah
aku dia itu anak orang miskin seperti aku juga.

Jika ada lebih agak-agaknya makananku, mahulah aku memberi
sedikit kepada kawan-kawanku itu.

Kadang-kadang ada pula ku tengok ada di antara kawan-kawan itu
membawa buah-buahan dijualnya kepada kawan-kawannya pula,
dia dapat duit sebab buah-buahannya dibeli kawan-kawan : seperti
jambu, pisang – manggis – rambai – langsat dan ciku , nangka ada
juga.

Ada pula di antara kawan-kawan membeli itu berhutang. Suka
hatinya jika diberi dia berhutang itu : kalau tidak diberi

14

dikecek dipujuk-pujuknya kawan yang berjual buah-buahan itu : ada
dua tiga kali ku tengok kawan yang cendikil membayar hutangnya
sampai jadi pertengkaran langsung berkelahi sampai bertumbuk, itu
kerja budak jantan yang garang dan jahat.

Pernah dihukum oleh cikgu : hingga budak itu tidak berani membuat
begitu lagi.

Aku tidak mahu jual macam itu, sebab aku terasa malu dan susah
kerana kawan suka berhutang, bila sudah lama baharu aku tahu
kerja berjual buah-buahan atau kuih macam dibuat oleh
kawan-kawanku itu cukup bagus boleh dapat duit dan untung.

Aku tidak berapa riang bercampur dengan kawan-kawan itu sebab
kain baju aku buruk lagi pun tidak bersalin-salin hari-hari pakaianku
sepasang itulah bapa tidak berduit hendak membelikan kain baju
selalu-selalu. Tambahan belanjaku tidak mewah sebagai kawan yang
setengah-setengah itu. Tetapi aku cari kawan yang serupa
semiskinnya macam aku.

Kalau tekak kami haus hendak minum kami minum sahaja itu sejuk
yang disediakan oleh cikgu disekolah itu.

Manakala aku sudah tetap bersekolah, aku dapati bapaku sangat
mengambil berat tentang pelajaranku, selalu aku ditanya

15

bapa, “ Apa yang kau sudah belajar disekolah tadi Halimah? ”
katanya.

Aku terkenanglah ini – ini – itu – itu dan apa-apa yang dikerjakan
oleh cikgu semuanya ku khabarkannya. Suka hati bapa melihat aku
sudah beransur pandai menulis dan membaca.

Bila-bila ada cuti aku tidak bersekolah, biasa dibawa oleh bapa aku
pergi ke kebunnya, di sana ada satu macam pelajaran yang
diajarkan oleh bapa kepadaku, seumpama mengenal hulat,
cendawan, burung, rama-rama, belalang, katak, kumbang,
berjenis-jenis rumput daun akar kayu disebutkannya kelakuan hulat
dan lain-lain itu seta menyatakan gunanya ada yang boleh dijadikan
hubat-hubatan.

Mana-mana yang aku hendak tahu sendiri aku tanyakan kepada
bapa, sekaliannya itu diterangkannya cukup-cukup. Suka benar
hatiku mendengarnya, terutama kalau bapa menerangkan dari hal
beruk dan kera.

Macam-macam cerita pula yang diceritakan oleh bapa kepadaku.
Membuat aku terkadang-kadang tergelak besar. Ketika hati bapaku
senang-senang memang rajin juga dia membuat onggok-onggok,
biar aku tertawa, kadang-kadang dia turut sama tertawa
demikianlah hal kami dua beranak, yang tidak ku lupakan
bagaimana bapa

16

dan aku telah merasa lipur tidak terlampau susah hati lagi
mengenangkan ibuku sudah meninggal dunia itu.

Kira-kira sebulan sekali : pada hari Jumaat bapaku mengajak aku
pergi ziarah ke kubur ibuku, disana bapa menerangkan kubur ibuku
dan menebas-nebas pada mana tempat yang tersangat semak di
tanah perkuburan itu.

Waktu hendak balik bapa datang semula ke kubur ibuku, bapa
duduk sebentar disitu membaca doa. Aku sama menampung tangan
dan berkata amin ! Amin ! .

Kemudian bapa bercakap kepadaku, “ lihat olehmu Halimah,
memang selalu ku ingatkan kau, semua orang yang hidup di dalam
dunia ini mesti mati, sekarang ibumu sudah dahulu, dia bolehlah di
katakan bernasib baik : Sebab matinya sudah tentu dapat kita
tengok, dan sekarang telah siap berkubur seperti yang kau lihat ini.

Tetapi Halimah, nasib kita belum tahu lagi, entah mati di mulut
harimau, entahkan mati di rahang buaya, entahkan mati karam di
laut …. oh – adalah macam-macam gaya mati lagi, yang kita tidak
boleh mengetahuinya. Kerana ajal dan maut tidak boleh di
tentukan.

Ingatlah Halimah, kalau sudah mati kita cuma tinggal

17

di dalam kubur seorang diri : kalau ada orang kasihan datanglah
orang sekali sekala melawat kubur kita, seperti kita melawat kubur
ibu kau ini.

Halimah, ingatlah kau waktu hidup sahaja kiranya kita dapat
berkawan dan boleh belajar ilmu pengetahuan serta beramal
mengikut suruh Tuhan, mudah - mudahan kalau sudah mati tidak
berdosa.

Lihatlah lagi bagaimana kubur ini kita hanya dapat melihat tanah
dan dua batang nisannya : tetapi Halimah, apakah keadaan ibumu
didalam kubur ini ? Entahkan senang entahkan payah, kita tidak
dapat menolong-nolongnya lagi : melainkan dengan doa bermohon
ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala. Supaya menempatkan rohnya
ke dalam syurga.

Bapa beri tahu kepadamu, jika kau sayang kepada ibumu yang
sudah mati ini hendaklah kau doa-doakan dia selalu-selalu dan
jangan kau berbuat jahat di dalam dunia ini : kerana kau adalah
anak ibu kau yang ada di dalam kuburnya ini : jika sekiranya kau
hidup membanyakkan dosa kepada tuhan nescaya kau menerima
balasannya dan ibu kau juga serta aku bapa kau nanti sama
menumpang payahnya. Hendaklah kau mengerti bagaimanakah
nanti azabnya di dalam kubur ini ”.

18

Begitulah sejenis nasihat bapaku kepadaku, terasa-rasa dihatiku
semuanya itu amat baik dan berguna ku dengar dan mengambil
insaf.

III
Aku mengaji quran di sekolah juga. Mula-mula belajar aku dibelikan
oleh bapa sebuah muqaddam : tiap-tiap petang aku belajar
membaca muqqadam itu diajar oleh Tuan Haji Jamil : tetapi aku
belajar itu hanya belajar membaca sahaja dengan mengeja tidak
belajar mengetahui makna perkataan-perkataan di dalam bacaan
itu.
Beberapa bulan kemudian setelah habis muqaddam itu aku baca
dibelikan pula oleh bapa sebuah quran aku pun mulailah belajar
membacanya.
Mula-mula aku tidak berapa mahir membaca dengan sekaligus : ku
baca-baca juga merangkak-rangkak, sambil mengeja dan
melangsungkan bunyinya iaitu membatang kata guruku. Lama-lama
aku pun dapatlah membaca quran itu dengan senang makin sehari
makin hari berpandukan baris-baris tanda yang akan dibunyikan
seperti baris di atas – di bawah – di hadapan – mati –

19

berdengung – bunyi panjang dan pendek menurut bagaimana yang
diajarkan oleh guru ku.

Sambil memahirkan membaca itu aku cubalah pula mengenakan
lagunya : gaya Mesir muda – Mesir tua : Aku suka memilih lagu yang
menghiba-hibakan hatiku.

Sungguhpun aku mengaji quran itu makin sehari makin dekat akan
khatam tiga puluh juz : Tetapi sepatah pun ku tidak mengerti
apakah ceritanya yang ku baca itu. Cuma aku pandai melagukan
sahaja ! Sebab aku tidak belajar mengertikannya.

Di antara budak laki-laki yang ada mengaji quran di sekolah
kampungku itu ada seorang sahaja yang dapat belajar ilmu nahu
dan bahasa Arab iaitu Karim Zamri adik Cikgu Adham yang
dihantarkannya pergi mengaji ke negeri Mesir.

Aku tidak ada harapan pergi belajar ke Mesir, hendak belajar di
kampungku tidak ada gurunya. Lain daripada belajar membaca
quran dapat juga aku sedikit-sedikit mendengar syarahan-syarahan
Tuan Guru Haji Jamil pasal ilmu usul, fekah dan tasawwuf dengan
bahasa Melayu.

Berkenaan dengan perkara bersuci serta syarat-syarat sembahyang
dan sifat-sifat dua puluh dapat kami dengar daripada
syarahan-syarahan juga daripada tuan guru kami, tidak pernah kami
memakai

20

kitab-kitab ilmu itu kerana pada masa itu kami belajar mengaji
ugama tidak seperti belajar di sekolah-sekolah Melayu yang ada
belajar menulis dan membaca buku-buku atau hikayat-hikayat
semuanya pakai lancar. Aku dapati pada masa belajar di sekolah
petang kerana mengaji pelajaran ugama ketika itu cuma yang di
lebihkan membaca quran sahaja dengan tidak mengambil tahu
apakah isinya cuma belajar mengenakan makhrij idgham dan gaya
melakukan bacaan yang dibaca.

Kalau tidak pandai melagukan bacaan itu tidak di kata pandai dan
kalau tidak kuat mengingat-ingat pelajaran yang di lancar itu dikata
bodoh mesti rajin melancar jika terlupa hendaklah gemar bertanya
sebab tidak ada kitabnya yang hendak dibaca-baca.

Pada fikiranku kalau bersungguh-sungguh belajar mengetahui
makna perkataan-perkataan firman Allah dan hadis-hadis nabi di
dalam quran itu tentulah akan mengerti apakah cerita dan isinya,
dari hal apa, bagaimana dan perkara siapa serta untuk siapa.

Boleh di katakan rugi besar membuang masa empat lima tahun
kerana belajar berlagu-lagu dengan tidak mengerti apakah yang
dilakukan itu.

Aku sedar tidak kurang daripada tujuh kali aku telah

21

khatam membaca quran itu tetapi itulah dia aku tidak faham apa
yang ku baca berlagu-lagu itu. Ku harap anak cucuku di masa akan
datang akan ingat dan gemar mengetahui makna bahasa quran
al-Karim itu.

Aku dahulu ada juga teringat hendak belajar ilmu tafsir walaupun ke
mana-mana. Akan halnya aku terkecewa kerana terganggu :
Pertama aku tidak terdaya berbelanja pergi merantau itu. Gurunya
tidak ada di kampungku.

Kedua setelah empat tahun lamanya bapaku bujang selepas ibuku
meninggal dunia dan di waktu aku di dalam darjah lima di sekolah
Melayu bapaku pun berkata.

“ Halimah, menurut sepanjang pendapatan bapa kau sudah besar
sekarang ini. Umur kau telah masuk sepuluh tahun : jadi tak lama
lagi kau akan lebih besar : menjadi seorang anak yang mesti
berpingit.

Bapa terangkan dengan niat hendak menjaga keselamatan kau dan
keselamatan bapa. Sesudah kau tamat di dalam darjah lima di
sekolah Melayu itu : Bapa cadangkan dua perkara : satu Halimah
akan bapa berhentikan bersekolah.

Kedua supaya Halimah dapat seorang kawan duduk di rumah
izinkanlah bapa berkahwin. Bakal menjadi ganti ibumu yang

22

sudah meninggal itu.
Hari ini bapa memberitahu, bapa hendak meminta izin kepada kau
supaya kau benarkan bapa berkahwin. Haraplah bapa Halimah beri
jawapan yang baik. Kalau sudah tentu kau setujukan bapa akan
mencari seorang yang patut dan setuju hati bapa buat ibu kau ”.
Mendengar perkataan itu hatiku hiba. Terkenang kembali kepada
ibuku yang sudah berpulang ke rahmatullah itu.
Serba tak kena rasaku apa-apa yang hendak ku cakapkan ……. Di
dalam aku termenung masa itu juga ku jawab “ kahwinlah bapa ” .
Aku semakin tertunduk air mataku berderai-derai.

IV
“ Sekali air pasang sekali pantai berubah “. Inilah lagi yang ku
perhatikan semuanya jadi peringatan dan pengajaran kepadaku.
Bapaku telah selamat kahwin, laksana patah tumbuh hilang
berganti. Dahulu ibuku Khadijah, ialah ibu kandungku. Sekarang
Marinah ibu tiriku.

23

Oleh sebab aku telah diberhentikan bersekolah tidaklah mengaji
quran lagi alhamdulillah aku pun telah tamat di dalam darjah lima
dan mendapat surat sijil. Dengan kehendak bapaku beradalah aku di
rumah tiap-tiap hari menolong ibu tiriku Marinah bekerja. Riang
sedikit hati bapaku sebab telah ada kawanku menunggu rumah
manakala bapa keluar mencari rezki.

Menurut fahamku makcik Marinah ialah seorang suka bersolek dan
pesolek. Gemar dia bercakap-cakap serta memakai pakaian-pakaian
yang elok dan disanggul lintangnya selalu terselit bunga-bunga
merah atau bunga kuning seperti ros cempaka atau lingkaran bunga
tunjang.

Bekerja membersihkan rumah rajin juga dia hari-hari. Di kawasan
halaman ditanamnya bunga-bungaan. Di dalam pasu atau tin-tin
kosong ditanamnya juga bunga yang lembut-lembut diaturnya di
atas para-para. Membuat hati bapaku senang melihat dia dan
pekerjaannya. Aku selalu disuruhnya menyiram pokok
bunga-bungaan itu dengan air basuhan beras. Daripada yang dalam
rumah disangkutkannya beberapa botol yang berisi air dan bunga
seperti bunga cempaka yang sudah dicucuknya lidi. Ada juga bunga
melur dan bunga kenanga dibuatnya begitu. Setelah diberinya
berair ke dalam botol itu disumbatnya baik-baik kemudian
digantungkannya beratur di dinding

24

itu jadi perhiasan. Molek pula ku tengok.

Hanya sayang ada satu resmi makcik ku itu. Dia cengil dan garang
selalu sahaja kasar lakunya kepadaku. Ada-ada kalanya disekel
diseranahnya aku bila aku kurang cekap menolong akan dia bekerja
mulutnya bising tangannya pantas sahaja hinggap ke kepalaku.

Manakala selalu-selalu aku dibuatnya begitu hatiku pun mulalah tak
senang. Tambahan kepada bapaku selalu sahaja makcik ku itu
melawan apa-apa hukumya sahaja yang elok diturut oleh bapaku.
Berlainan benar gayanya dengan gaya ibu kandungku dahulu.

Makin lama makin berjadi-jadi, hingga orang di sebelah rumahku
menggelar bapaku “ jantan berkemudi dahuluan ”. Mengertikan
suami mendengar perintah isteri. Iaitu menjadi salah pada adat
orang di kampungku itu.

Kalau ku sebut-sebut juga perkara yang menyedihkan hatiku
ditentang ini sesabar telah aku, tepuk air di dulang perciknya ke
muka sendiri juga, membukakan keaiban makcik ku sebaliknya
memberi aib kepadaku.

Kalau pun aku seorang sahaja yang bermalang : biarlah seterusnya
aku seorang sahaja yang bermalang. Oleh itu bagaimanapun tinggi
rendahnya nasibku beribu tiri ku tanggunglah.

25

Aku terkenang kepada budi ibuku yang sebenar : memang aku
tidakkan dapat membalasnya : meskipun setimbun emas dari bumi
ke langit ku bayarkan takkan sama harga budi ibu kandungku
kepadaku.

Dari sini aku faham rambut sama hitam hati berlain-lain semenjak
aku bernaung dibawah pemerintahan makcik ku makin sehari hatiku
makin meredap. Samalah taranya jika tak salah makan hati
berhulam jantung. Bukan mengenyangkan sahaja tetapi
memedihkan. Sampai hatinya melepaskan tutur kata yang
kesat-kesat kepadaku dan tidak insaf dia meletakkan hamun dan
pukulnya yang berlebihan ke batang tubuhku yang kurus kering
masa itu.

Sudah beberapa kali aku disugut-sugutkannya ada dua kali pernah
ditambatkannya rambut panjangku ke tiang kaki dapur kemudian
aku dipelupuhnya dengan kayu api, pada sekali itu salahku kerana
lambat membuatkan sambal belacan untuk dia hendak makan
hulam jaring. Mak oi bukan kepalang hangat hatinya kepadaku. Aku
menangis sungguh-sungguh dibuatnya begitu puas-puas aku
melepaskan ikatan rambutku itu baharulah terlepas. Pahit rasa
tekakku hendak makan pada hari itu. Bapa tidak ada dirumah.
Agaknya pasal itulah makin berani benar-benar dia mendera aku.

26

Bila aku mengadu-adu kepada bapaku. Ku dapati bapaku ku tidak
boleh memperbaiki nasibku itu jika makcik itu tahu aku mengadu
kepada bapa : lagi lebih aku dikutuk oleh makcik itu ke mana pula
aku akan mengadu lagi. Ya tak ianya aku tanggung sahaja dengan
sepenuh-penuh dukacita.

Aku tidak ada daya upaya melawan : aku tangisi diriku selalu aku
meminta ampun bila-bila ditanganinya aku, tetapi makin aku
bersuara makin bertambah marahnya lagi. Aku terpaksa diam
menahan hati atau terus menangis : Jika aku merajuk-merajuk lagi
lebih kepantangannya : nanti aku lagi lebih mendapat penangan.

Apa akalku orang-orang di sebelah rumah pernah menasihatkan aku
supaya undur ke tempat lain : jangan diam bersama dengan ibu
tiriku itu. Ke mana aku akan pergi. Pada hal di hadapan mata bapaku
dia amat baik membuatkan aku. Pada satu malam bapaku tidak ada
di rumah kerana pergi melawat orang sakit di luar kampung itu,
entah apa juga yang menjadikan hati makcikku terlalu marah
kepada aku. Mula-mulanya makcik itu meminta aku melipatkan kain
baju yang dibasuhnya siang tadi. Sudahku lipat ku susun dan ku
letakkan dekat tempat lipat itu juga, ku tinggalkan sekejap sebab
pergi

27

minum ke dapur.

Tiba-tiba ku dengar mulutnya riuh dia merempus “ budak tidak
boleh diharap ! Haih ! Anak tidak senonoh ! Susunkan kain baju ini
cepat ke tempatnya. Jangan kau sepah-sepahkan lagi, aku penat
membasuh mengincahnya jangan dikotor-kotorkan lagi ! ”.

Aku tercengang dan datang mendekat kain itu, sekonyang-konyang
makcik ku menyergah aku, “ anak bedebah ! Kau pemalas ! Kau
hendak menjadikan aku kuli engkau ! ”. Di dalam pada itu jari
tangan kanannya sampai ke keningku menunjal dengan keras cemas
terduduk kepada mataku. Mujurku elakkan.

Sungguh pedih telinga ku mendengar kata-katanya yang padat
dengan dakwa itu aku menjawab dengan lembut, “ bukanlah begitu
maksud saya makcik, masakanlah saya layak menjadi tuan besar
hendak berkuli-kuli ”.

Tidak sempat habis perkataanku itu, kakinya pun terus
menyepakkan kain baju yang ku lipat tadi sampai terserak. Aku pun
diam. Sebab merasa hiba geram dan kesal. Sambil menarik nafas
panjang aku berpusing hendak mengutip kain itu di waktu itu
dilesingnya aku dan menghentak kepalaku dengan tumbuk
betinanya. Sakit ku rasa aku mengelak dan

28

lari ke pintu dapur lalu ku buka pintu itu, baharu sahaja aku hendak
turun dia datang mengejar aku dan disepakkannya belakangku
cemas aku tersungkur.

Aku terus turun ke tanah, aku duduk di bawah rumah menangiskan
diri : sangat hiba hatiku, masa itu terpandang-pandang olehku rupa
ibu kandungku. Teringat aku akan manja dan kesenanganku selama
bersama dengan ibuku dahulu yang dia tidak pernah mengetuk
menggodam aku seperti makcik ibu tiriku itu. Aku menangis
beria-ria tidak dapatku tahan-tahan air mataku terhambur.

Aku terduduk di bawah rumah itu melindungkan diri. Terfikir-fikir
dalam hatiku kalau ku ceritakan pun kepada bapa hal ku yang begitu
harus juga tidak menjadikan baik. Tanganku meraba dahiku sebab
disebelah kanan dahiku sudah terlekat satu parut bekas luka ditakuk
oleh ibu tiriku dengan parang belitung ketika aku tengah
sembahyang maghrib asal salahnya sebab aku lambat merebankan
ayam dan pintu reban itu tidak tertutup. Makin bertambah-tambah
hiba hatiku.

Pernah juga aku mendengar cerita-cerita orang beremak tiri, hanya
yang terjumpa sebagai permintaan badanku yang malang itu :
serupa lebih kurang itulah juga penanggungannya : jika tidak

29

pun entahkan lebih pula.
Padahal ada pula orang yang beremak tiri ku dengar sangat
beruntung kerana ibu tirinya itu membuat akan anak tirinya seperti
anak kandungannya sendiri.
Aku ratapkan di dalam hati, “ oh ibu, inilah macamnya
penanggungan anakmu semenjak ibu tinggalkan. Di manakah anak
hendak menumpangkan diri ? Oh ibu …. !
Terdengar olehku bunyi pintu dapur itu ditutup dan dikuncikan oleh
makcik Marinah.
Aku terus berdiam dibawah rumah itu semalam-malaman yang
tersebut.

V
Agaknya bapaku nampak akan pembawaan perangai-perangai
makcikku itu : tambahan telah selalu didengar orang dekat-dekat
rumahku itu berkhabar : dengan sebab itu bapaku mencuba
memberi ingat kepadaku, katanya : “ Kau Halimah, bapa sangka
harus ada juga merasa kepayahan selama bergaul dengan makcik
kau di rumah ini.
Sementara dia tidak ada ini, baiklah kau katakana

30

terang-terang kepada bapa, bagaimana halnya yang kau tahu.”

Rasa-rasa suka juga hatiku hendak menerangkan apa-apanya
kepada bapa, akan hal makcik kau itu habis-habis kerana dia tidak
ada di rumah masa itu sebab balik ke rumah ibunya, tetapi sekali
lagi ku fikirkan tidak pula berapa baik mengadu-ngadu sebab itu aku
berkata pendek sahaja kepada bapa :

“ Beginilah pak, kalau bapa kasihan kepada Mah, biarlah Mah
berundur daripada rumah ini, Mah hendak mencari kerja sendiri jadi
tukang basuh kain pun jadilah, asalkan Mah jangan ada diam-diam
dirumah ini ”.

Bukan kepalang termenung bapaku mendengar permintaan ku itu
lama dia terdiam, agaknya serba salah dirasanya. Dua kali dia
menarik nafas panjang terlampau berfikir nampakku.

Kemudiankan dia berkata dengan suara sedih, sambil
menggeleng-gelengkan kepalanya “ Sungguh serba tak kena pada
perasaan hatiku Halimah. Kau hanyalah seorang anak bapa. Kau
perempuan memang payah hendak menimbangkan bagaimana
patutnya yang boleh menjadi baik pada kau.

Ya memang semakin nampak oleh mataku kepayahan kau beribu
tiri : tetapi Halimah, kalau kau pergi menumpang

31

ke rumah orang lain tentulah lebih lagi kau merasa kesusahan.
Masakanlah orang lain itu sama pembelaannya dengan
pembelaanku ”. Setakat itu bapaku berkata, pantasku sahut :

“ Mah bersetuju dengan perkataan bapa itu : Tetapi ada dua
pertimbangan Mah sebab suka hendak cuba keluar daripada rumah
kita ini, pergi mengambil upah membasuh kain baju itu.

Pertama pak : orang di kampung ini biasa berkata kepada Mah
berkenaan dengan makcik di rumah ini memang disebut-sebut
orang makcik itu ibu tiri Mah, yang selalu tidak sepatutnya
membuatkan Mah.

Bapa sendiri saya tahu mulut orang masakan boleh ditutup : mulut
tempayan entahkan, orang sekeliling memang bercakap kepada
Mah mengatakan makcik itu sombong dan keras kelakuan kepada
Mah. Telinga dan mata orang ramai selalu terbuka Pak.

Keduanya pak : Mah hendak pergi mengambil upah membasuh kain
baju itu bukannya ke rumah siapa-siapa : ialah ke rumah Cikgu
Adham. Kerana Makcik Sawiyah isteri cikgu itu sendiri ada
mempelawa Mah, diajaknya diam dan bekerja di rumahnya :
dikatakannya juga dia kasihan pada Mah sebab terlampau serik Mah
duduk bersama ibu tiri Mah.

32

Mah perkenan mendengar pesannya itu, ada orang menyampaikan
kepada Mah. Boleh jadi Makcik Sawiyah itu sudah mendengar
khabar nasib Mah terlampau azab di rumah ini dicerita-ceritakan
orang kepadanya.

Sepanjang tahu Mah Makcik Sawiyah itu memang amat baik
budinya dan penyayang kepada budak-budak. Selama Mah
bersekolah dahululah lagi dapat Mah saksikan. Semua budak-budak
sekolah laki-laki dan perempuan disayanginya, dan begitu juga kami
budak-budak menyayangi dia.”

Bapa terus menjawab, “ Memang serba tidak kena Mah, musykil
benar hati bapa mengenangkan hal kau dengan ibu tiri kau ini.

Kalau begitu baiklah, sabar-sabarlah kau lagi : jika tidak terasa baik
juga oleh kau di rumah ini bapa haruskanlah kau berlepas diri turun
”.

Aku pun menambah kata, “ semuanya perkataan bapa ini boleh
Mah ikut. Sengaja bapa pun tahu Mah tidak pernah melampaui
perkataan bapa. Tetapi pak – Mah mintalah sekali ini biarlah bapa
kasihan lagi kepada Mah.

Sementara Makcik Sawiyah itu suka kepada Mah berilah izin Mah
pergi mendapatkan dia supaya Mah menumpang kasihan belasnya.

33

Mudah mudahan Mah merasa senang hati dan bapa sendiri dapat
membela hati makcik di rumah ini. Kerana dia hanya seorang sahaja
duduk di rumah ini, tidak lagi dia memandang Mah, bapa memang
sudah tahu makcik itu tetap benci kepada Mah.

Ku lihat berlinang-linang air mata bapaku seraya menjawab :

“ Hai Halimah ! Tidak dua tiga lagi, kau sahajalah seorang anak
bapa : hajat hati bapa tidak hendak bercerai-cerai dengan kau,
sekali pun bapa bekerja berat kerana menjaga keselamatan dan
mencari makan bagi kau, tetapi bapa tidak berasa payah. Hanya
mengenangkan kau sudah jadi tergoda oleh ibu tiri kau ini yang
bapa boleh merasa sangat-sangat susah, nampaknya keadaan
memaksa bapa mesti mengikut kehendak hati kau pula.

Ya – Kau bapa benarkan menjaga dan membawa diri kau, pergilah
kau bekerja mengambil upah membasuh kain baju dirumah cikgu
Adham itu, marilah bapa hantar dan serahkan kepadanya.

Ku jawab dengan riangnya, “ Terima kasih pak - biar di situ pula Mah
mengadu nasib : untung sabut biarkan timbu,l untung batu lepaskan
tenggelam, manusia bukan semuanya jahat, tetapi selalu macam
buah-buahan : ada yang manis ada yang masam dan ada yang
mabuk sebagai racun boleh membunuh ! Mah tawakallah.”

34

VI

Mahulah aku mengatakan : apa guna berumah besar, apa faedah
berharta banyak sedepanya, makanan mewah, apa bagusnya
beremas perak, kalau hati tidakkan senang. Inilah timbangan yang
terukir di dalam peringatan dan perasaanku.

Mengakulah aku dapat merasa hibur semenjak berundur daripada
makcik Marinah itu : walaupun badanku penat bekerja menjadi
tukang pembasuh kain orang dengan memasak nasi dan gulai, lagi
pun pembelah kayu api serta mengangkut air, tetapi hatiku lapang
tahu merasa riang.

Aku menumpang di rumah cikgu Adham itu sungguh sebagai kuli :
tetapi dia suami isteri selalu membahagi nasihat dan tegur sapa
yang baik kepada aku. Muka manis dan hati ikhlas itu sudah cukup
menyedapkan hatiku. Mereka itu sayang dan kasihan kepadaku. Aku
pula sayang dan gemar berhampiran dengan mereka itu : oleh
sebab itu aku redha menjadi orang yang memperhambakan diri
kepadanya.

Biarpun terkadang-kadang ada orang datang bercakap kepadaku
mengatakan Makcik Marinah tidak gemar mendengarkan aku
bertempat di rumah cikgu itu, aku tidak bimbang aku makin insaf,

35

kerana aku rasa tidak ada celanya kalaupun aku menumpang,
padahal aku bekerja di situ, kalau seperti kuli sekalipun, aku tetap
memandang cikgu suami isteri orang yang telah menyelamatkan
aku. Tambahan hatiku cukup puas kerana telah berasing tempat
kediaman daripada Makcik Marinah.

Aku mengerti di dalam rumah cikgu Adham aku bertambah dapat
memandang beberapa pemandangan yang baik-baik dan
bertambah kerap mendengar peraturan bahasa yang teratur
menurut budi bahasa. Di situ aku beransur faham mengenal hal
rumah tangga bukan sahaja untuk didiami berehat-rehat tetapi juga
rumah tangga berguna jadi tempat berhibur-hibur dengan
menunggu ilham Tuhan serta berbuat ibadat kepada Allah terus
dijadikan tempat mendidik budi pekerti kepada anak-anak.

Di rumah Cikgu Adham biasa teratur makan minum. Pakai
memakainya serta kebersihan dan alat-alat perhiasan serba dijaga
sedang pergaulannya suami isteri manis dan damai begitu juga anak
-anaknya terkawal dan diasuh dengan cara memegang kehormatan
menuju tujuan kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.

Cikgu Adham ku akuilah seorang daripada guru yang bijaksana,
berhati kebangsaan serta tetap perdirian hidupan dan bertimbang
rasa sesama manusia.

Kepada bapaku orang yang miskin dan hina mahu cikgu

36

itu memandang hormat bila-bila bapaku menentang wajahnya dia
tidak mengubah pemandangannya seperti mana dia memandang
orang yang mulia atau berpangkat. Tegur sapa cikgu itu secara
berbudi bahasa juga kepada bapaku.

Bapa rajin datang berjumpa aku pada hari Jumaat : dibawanya lagi
aku ziarah ke kubur ibuku, dicakapkannya kepadaku supaya aku
lebih kuat menaruh perasaan insaf menaja peringatan sedarkan tiap
-tiap yang hidup mesti merasai mati.

Memang bapa gemar menanamkan perasaan insaf kepadaku. Tidak
dibiarkannya aku lemah-lemah dan lalai di dalam bahagian
berugama dan tidak berapa dibenarkannya aku berbebas-bebas
kelakuan, marah dia kalau aku tidak memegang undang-undang
ugama. “ Menguatkan pegangan pada agama itu lebih berguna
daripada segala-galanya ” kata bapa.

Ku fikir-fikirkan juga nasihat-nasihatnya itu sungguhpun keras
penting larangan kepada aku menegah bergaul-gaul dengan
pergaulan yang tidak tentu atau tidak bertujuan makan pula akalku
bapaku itu betul tujuan menasihatkan aku. Sebab itu aku percayai
nasihatnya.

Cikgu Adham galak kali juga menasihat-nasihatkan aku, ada sepatah
katanya yang ku kenang-kenang hingga hari ini katanya :

37

“ ….. Ya – sepatut-patutnya kita hidup di dunia ini tumpang
menumpang serta tolong menolong. Dan kau Halimah hendaklah
bersemangat , jangan engkau lemah hati jika digoda oleh sesuatu
kesusahan.

Dalam lapangan bergaul hidup dengan manusia terpaksa ada
mempunyai kekuasaan hati. Jika hati tersinggung oleh sesuatu
kecemasan jangan lekas dibawa berdukacita. Kerana dukacita itu
penyakit.

Di antara manusia sesama manusia memang ada-ada sahaja yang
akan berlaku. Fahamkanlah semuanya itu pengajaran. Tetapi
hendaklah kau perhatikan segala-galanya itu dengan cergas dan
berdiri di atas dua belah kaki kau tegap-tegap. Bawa akal
memikirkan satu petua : jangan engkau buat kepada orang lain
apa-apa yang kau tidak gemar kalau orang lain itu membuat kepada
kau.

Kau perempuan, walau bagaimana sekalipun pada suatu masa kau
akan menjadi seorang ibu, dan menjadi kongsi hidup kepada
seorang suami. Ketika itu kau berhak menjadi tuan rumah.
Janganlah engkau menjadi seorang tuan yang zalim ”.

Amat terkenang aku kepada percakapan Cikgu Idham itu. Langsung
aku terkenang kembali kepada hal kehidupan bapaku

38

dengan ibu tiriku. Kerana apakah makcik itu amat payah mencari
perdamaian dengan aku dan kepada bapaku. Harus kerana makcik
itu mengikutkan hawa nafsu ataupun kehendak hatinya sahaja
dengan tidak teringat kepada rahsia berkehidupan di dalam rumah
tangga ataupun memang dia seorang yang keliru ! .

VII
Setahun lamanya aku telah duduk di rumah cikgu Adham, selain
daripada bekerja di dalam rumah tangganya aku telah beransur
dilatih oleh isterinya di dalam kerja jahit menjahit serta pada
bahagian masak memasak kuih dan berjenis-jenis kait mengait
renda.
Tiap-tiap bulan aku menerima duit gaji sepuluh ringgit daripada
cikgu itu, separuh daripada duit itulah aku belikan pakaian dan
barang-barang bersolek. Selebihnya ku simpan padahal makan
minumku ditanggung oleh cikgu itu.
Di dalam rumah cikgu Adham itu juga semakin dapat aku memungut
beberapa peraturan berumah tangga serta mendapat pandangan
pada pergaulan orang suami isteri yang sesuai dan damai. Juga aku
tambah mengenal cara-caranya menjaga

39

anak-anak. Begitu juga aku pernah mengetahui sekali-sekali
bagaimana aturan menjamu orang, jamuan ketika cikgu itu
berkenduri sedekah tahlil kepada arwah kedua ibu bapanya. Semua
hal ini menarik hatiku sebab boleh menjadi modal hidupku
kemudian hari kata hatiku.

Cikgu Idham telah menerangkan kepadaku katanya, “ tiap-tiap
orang berkelamin dinamakan suami isteri pada mereka itu
tertanggung beberapa kewajipan, kerana kelamin manusia tetap
berasingan dengan kelamin binatang.

Manusia berwajib menanggung jawab di atas soal menjalankan akal
ikhtiar yang berhubung dengan keselamatan rumah tangga dan
termesti tahu menyusun dengan sempurnanya perdamaian suami
isteri serta menetapkan tujuan hidup berkelamin dengan betul dan
teratur.

Sehingga undang-undang yang bersangkut paut dengan agama adat
resam dan negeri atau kerjaan terpaksa diikut supaya kehidupan di
dalam rumah tangga itu jadi aman damai dan dapat dipandang oleh
orang di sekeliling sebagai satu syarikat hidup yang ada
pendiriannya baik.

Sebab itu kehidupan orang suami isteri mustahak menurut
kehendak perpaduan bersyarikat bekerjasama dan tolong

40

menolong di atas sebarang hal.

Di dalam rumah tangga mesti tetap mengerjakan kelakuan yang
disuruh Allah dan meninggalkan segala larangannya. Pihak laki dan
pihak isterinya hendaklah menjaga segenap tanggungan
masing-masing sekira-kiranya tidak boleh mendatangkan huru hara
tidak ada ubahnya seperti pegawai-pegawai menjaga negeri di sana
mahu ada keadilan timbang rasa dan kesungguhan menyusun
kemahuan penduduk-penduduk di dalam rumah tangga itu. Hingga
bersama dikehendaki mencapai kemewahan atau lain-lain yang
berfaedah bagi sekelamin.

Dari itu berlapis-lapis lagi kewajipan yang mahu dilangsungkan
dengan hati-hati benar. Seumpama memikul segala hal ehwal
tanggungan berkenaan dengan anak pinak.

Hendaklah ibu bapa itu mencari rezeki yang halal bakal diserahkan
kepada anak-anak itu serta melengkapi beberapa pertolongan
tentang kesihatan badan dan kesenangan hati dan
pelajaran-pelajarannya masing-masing.

Ketugasan hati ibu bapa mengisi setiap-tiap kewajipan kepada
anak-anak itu tersangat dikehendaki dengan sepenuh-penuhnya
kerana anak-anak yang masih kecil itu seolah-olah suatu lembaga
yang akan seterus-terus mahu menjadi manusia yang sihat badan
sihat otak.

41

Manakala anak-anak itu telah besar ketika sempurna akalnya
mereka akan berkehidupan pula sebagai ibu dan bapanya. Ialah
akan berkelamin pula serta akan mendapat anak menyambung
keturunan.
Perkara besar hendak diingat : didikan kepada anak-anak itu
terpaksa diutamakan. Jika kurang didikan haruslah kehidupannya
menjadi kurang kejayaan. Kemudian akan lebih kurang pula
keturunannya di belakang. Bapa borek anak tentu rintik. Terukirlah
keruh atau jernihnya aliran keturunan itu kelak.
Sebab itu didikan sudah mesti dapat dibilangkan sangat utama,
kerana bidalan ada disebut, “ sebab buah kenalkan pohonnya ”.
Anak-anak itu tempat tumpuan kepercayaan dan kekuatan bangsa.
Kepada mereka itu terlukisnya segala ajaran dari masa dia kecil
membawa hingga kepada besarnya. Dan dikenal nanti baik lukisan
pengajaran dan didikan kepadanya tetaplah nampak kemudiannya :
baik atau buruk gambar yang terlekat kepadanya.
Kalau didapati pergaulan suami isteri dengki mendengki khianat
mengkhianat di anatara satu sama lain nescaya perbuatan

42

itu akan menimbulkan rasa neraka di dalam rumah tangga. Berakhir
anak-anak yang ada di dalam rumah tangga itupun turut merasa
kecewa sebagai merasa neraka dunia juga.

Manakala anak-anak itu berumah tangga sendiri kelak akan
mengadakan perasaan neraka itu pula di dalam rumah tangganya
sehingga terasa pula kepada anak pinaknya, berketurunan hingga
berlapis-lapis seterusnya kepada anak cucunya
bersambung-sambung merosakkan keamanan keturunannya.

Walaupun ilmu pengetahuan berkenaan dengan kewajipan di
rumah tangga itu bukannya senang dimahirkan, tetapi medan
tempat menuntutnya terlebih mustahak ditempuh”.

Aku ketahuilah betapa keneratan akan berlaku, jika tidak sebetulnya
mengetahui hal kewajipan bersuami isteri yang betul, dan
bagaimana kepayahan berumah tangga jika tidak bersesuaian suami
isteri di dalamnya.

Patutlah cikgu Adham sangat mengutamakan perkara didikan
semasa aku bersekolah dahulu kerana pandainya menarik hatinya
kami lantas kami rasa sekolah itu tempat kami bergembira dengan
pelajaran dan permainan yang diberinya. Jika tidak datang ke
sekolah barang sehari kami merasa kesal.

43

VIII
Kalau aku kurang bergaul dengan Cikgu Idham suami isteri atau
tidak bercampur dengan orang yang sepembawaan faham dengan
cikgu itu haruslah aku akan kurang mendapat fikiran-fikiran yang
baik. Aku bersyukur oleh sebab bapaku telah membenarkan aku
bekerja di rumah cikgu Adham. Kerana sedikit sebanyak didikan
batin yang membolehkan hatiku merasa lapang dan akal terhadap
kepada cara-cara fikiran suci dapat terlatih.
Beberapa kali bapa telah datang melawat aku didapati air mukanya
bercahaya bagai orang puas hati dengan penjagaan dan pergaulan
cikgu Adham suami isteri terhadap aku.
Nampaknya tiada bersalah rasa bapaku, tambahan pula oleh sebab
cikgu Adham sendiri berterus terang mengkhabarkan kepada
bapaku menyatakan aku adalah diutamakannya dengan memberi
berbagai-bagai nasihat dan pengetahuan yang patut. Sedang
pelajaran-pelajaran ugama dikuatkan pula oleh cikgu itu kepada
aku, dikatakannya hajatnya supaya aku mengambil berat di atas hal
ehwal berkehidupan yang akan mempunyai tujuan hidup yang
bersih dalam masyarakat dan kaum family serta rumah tangga.

44

Sungguh puas hati bapaku manakala mendengar
keterangan-keterangan daripada cikgu Adham begitu.

Aku berkediaman di rumah cikgu itu telah genap dua tahun mudah
mudahan sentiasa di dalam sihat dan aman. Ada juga sekali sekala
aku balik ke rumah bapaku dengan ditemani oleh Makcik Sawiyah
isteri cikgu Adham : telah mendapat sambutan baik daripada bapa
dan makcik ibu tiriku.

Di masa makcik ibu tiriku itu sakit aku dijemput bapa dibawanya
kembali ke rumahku. Kerana membantu menolong makcik yang
sakit itu. Makcik itu berkata kepadaku. “ Kau rupanya berkecil hati
Halimah kepada makcik : Patutlah kau undur daripada rumah ini.
Tidak suka kau diam bersama-sama aku. Maklumlah aku orang
menumpang di rumah kau. Kau tak suka melihat aku di rumah kau
sebab itu kau tak senang hati melihat aku di rumah ini ” .

Perkataan makcik ibu tiriku itu terus ku jawab. “ Bukan Mah
mengada-adakannya perselisihan sangka kepada makcik, sekiranya
makcik menyangka Mah benci kepada makcik sepatutnya makcik
patut tau menyemak hati makcik sendiri benci atau suka melihat
Mah di rumah ini.

Saya anak yang tidak ada beribu lagi seharusnya makcik

45

juga yang boleh menjadi ganti Mah tempat beribu. Tetapi agaknya
makcik terkhilaf sedikit tentang kurang sanggup mengakui Mah
anak makcik : Sebab itu makcik telah meletakkan beberapa
kekasaran kepada mah.

Mah ini anak yang bodoh makcik : Sepatutnya makcik
memang-memang boleh menunjuk ajar menegur memarahi saya
sebagai ibu kepada anak-anak : Tetapi makcik cuma mengambil satu
langkah sahaja hanya mensifatkan Mah anak tiri dijijikkan.

Padahal Mah mesti tunduk kepada makcik kerana makcik tetap
sama sekali pangkat ibu kepada Mah, makcik segera putus harap
kepada Mah dan Mah telah putus harap kepada makcik, inilah
sebab yang terbesar menceraikan saya dengan bapa saya serta
makcik juga. “

Panjang cakap aku panjang cakap makcik itu kepada aku, lama-lama
aku diam mengenangkan dia di dalam kesakitan. Namun begitu dia
belum mau insaf memandang aku. Dia lagi mahu mengunkit-ungkit.

Ku sabar-sabarkan hatiku sebab beranggaran tidak sepatut-patutnya
aku melawan akan dia pertama kerana dia bagaimanapun ibu ke
dua dia adalah jumlah orang yang sakit.

Sungguh aku beruntung oleh sebab telah merasa tahu

46

mempunyai timbang rasa daripada selalu-selalu mendengar
nasihat-nasihat yang berguna daripada Cikgu Adham suami isteri.

Aku perhatikan bapaku di masa makcik itu sakit tidak pula kurang
pembelaannya serta tidak pula lemah kemahuannya
mengikhtiarkan hubat-hubatan. Tidaklah apa ubahan seperti mana
bapa membela ibu kandungku ketika sakitnya dahulu, walhasil serba
patut jika dipadankan bagaimana seorang suami membela isterinya.

Demikian pun makcik itu belum juga pantas memberhentikan resmi
pembengis dan perampusnya, berani terus dia mengutuk dan
mendakwa bapa. Memang payah aman bergaul dengan seorang
yang bersifat pengasar dan pembengis.

Di waktu makcik itu tertidur pada hari itu bapa berkata pula
kepadaku, sambil dia menarik nafas panjang, “ Ada seperkara
hendak bapa katakana kepada kau Halimah : Tetapi bapa pinta
jangan kau terkejut atau susah hati.

Berkenaan dengan tanah kebun pisang dan ladang tebu kita itu
sudahlah bapa tukarkan nama dalam lesennya. Sekarang telah
dibubuhkan nama makcik kau ini jadinya kebun di tanah lesennya
itu makcik kaulah yang punya.

Bapa terpaksa menukarkan nama bapa kepada namanya oleh sebab

47

hendak memuaskan hatinya dan berharap dia supaya percaya yang
bapa ini tidaklah semata-mata hendak senang seorang melainkan
dia juga hendak disenangkan.
Selalu direngek-rengeknya bapa supaya menukarkan nama bapa
kepada namanya pada memiliki kebun itu, hati bapa berlibang libu
di buatnya dan otak bapa rasa kusut, serba salah. Mau tak mau
bapa sampaikan hajatnya. Diharap kau fahamlah sekarang. “
Aku sambut perkataan bapa itu dengan tenang dan memuji dia
kerana aku takut jangan bapaku menyesal dan merasa kecewa.
“ Bapa sudah patut berbuat begitu memberi sumbangan pada yang
mahu.
Sudah tempatnya itu ; Hanya satu sahaja Mah terkenang. Kata
orang berpetua “ Sayangkan bini tinggal-tinggalkan sayangkan anak
tangan-tangankan”. Itukah petua bapa pakai ? ”
Bapaku tersenyum lalu menjawab “ Petah pula kau mendakwa bapa
ya – Bukan kau tak tau : Tidak semunya petua-petua itu boleh
dipakai. „ Istimewa oleh orang seperti bapa ini. Bapa kau ini orang
kepayahan‟ petua tak petuanya yang bapa ikut cuma satu gaya, apa
yang bapa boleh bapa buat

48

bapa kerjakan. Di mana kesanggupan bapa di situ bapa bertenaga,
kalau bapa berkehendakkan serba serbi mengandung petua dari
orang harus pula petua bapa sendiri tidak terikut.
Tetapi Halimah bagai kau menanya bapa tadi, sebenarnya petua
yang begitu bapa turut. Sekadarnya bapa mengambil faham apa
yang bapa hendak lakukan mestilah bapa fikirkan habis-habis
tentang buruk baiknya kemudian bapa timbang boleh atau tidak
bapa kerjakan jika sudah sanggup bapa menunaikannya bapa
usahakan hingga bertemu kepada keputusan yang memuaskan hati.
Bapa tidak pandai melapis-lapis tujuan. Kalau sudah satu maka satu
itulah bapa tuju.
Aku benarkan perkataan bapa itu, “ Sebenarnya bapa, tidak asing
lagi daripada betulnya fikiran dan perasaan bapa itu – Terima kasih
bapa. ”
Seminggu sudah berlalu makcik itu belum juga sembuh daripada
sakitnya aku masih bertunggu lagi di rumah bapaku menolong serba
yang patut supaya bapaku jangan menjadi keberatnya sangat.
Menurut yang terfaham olehku, sudah tentunya makcik ibu titriku
itu bercerai dengan suaminya yang pertama di sebabkan oleh

49


Click to View FlipBook Version