bersalah-salahan faham dan kerana kekerasan kelakuan serta
kekasaran budi bahasanya. Tambahan agaknya suaminya yang
pertama itu tidak sanggup mengikutkan rintihnya : Sedang ibu bapa
dan keluarganya sendiri nampaknya tidak secocok dengan
pembawaannya itu. Begitulah yang telah ku alami.
XI
Aku bertambah sedar bapaku cukup berharap akan makcikku itu
dapat berkekalan menjadi isterinya sebab itu barang kata makcikku
itu diturutkan bapa, tetapi setelah makcikku itu sembuh daripada
sakitnya di ketika aku sudah berundur semula balik berkediaman di
rumah cikgu Adham ku dengar lagi khabar mengatakan makcikku itu
bertambah-tambah gemar melapis congkak dan amarahnya kepada
bapaku.
Perkhabaran itu ku nyatakan dengan baik ke hadapan menjelas yang
budiman cikgu Adham.
Bagaimanakah kiranya akal yang patut digunakan sekiranya makcik
saya itu bertambah lebih perbalahan dan semakin tebal angkaranya
dalam kedudukan berumah tangga dengan bapa saya, tidak
terdengar-dengar lagi oleh saya khabarnya dari dahulu hingga
50
sekarang ini. Sungguh bodoh saya memikirkannya. Sudahlah diri
saya terusir olehnya ini pula bapa saya makin terharu. Tolonglah
cikgu suami isteri menolong ungkaikan kedukaan saya mengenang
itu”.
Cikgu Adham ku lihat tersenyum sahaja memandang aku kemudian
dia tertawa sangka hatiku dia menyangka berolok-olok : Tetapi
sebentar lagi dia menarik nafas panjang dan
mengangguk-anggukkan kepala sambil mengeluarkan madah
dengan lembut bahasa.
“ Cik Halimah ” katanya kepadaku dengan dengan riang pula
rupanya bagaikan tidak insaf melihat aku langsung meneruskan
suaranya “ Kau masih lupa agaknya. Bukankah perkara itu sebagai
kemalangan pada kau. Tetapi itulah kemalangan bahagia namanya.
Sebenarnya kau mesti berdukacita – aku sedia mengakukan
dukacita kau itu elok di dalam pada itu jika kau insaf berertilah kau
akan suka bersukacita.
Cuba kau ingat-ingat perkara makcik kau dengan bapa kau itu ialah
orang suami isteri. Sekali-kali tidak boleh dicampuri oleh orang lain.
Meskipun kau anaknya cuma kau boleh berkata-kata ”. Itulah tanda
orang tidak faham. Jika kau bersusah hati kerana mendengar khabar
mereka di dalam pertelingkahan bererti kau belum mengenal
bapamu itu siapa.
51
sebab itu hendaklah kau ingat semula bapamu itu Abdul Karim
dialah seorang daripada laki-laki yang kasihankan anak dan
sayangkan isterinya.
Jika dia seorang yang pembenci nescaya dia lekas menceraikan
isterinya dan segera menjemput kau balik diam bersama dengannya
kembali. Kemudian dia akan berkahwin lagi serta kau dapat seorang
ibu tiri lagi yang belum kau tau akan budi bahasanya. Setelah itu kau
lagi sekali kena kesusahan kerana beremak tiri baharu dan bapamu
sekali lagi kepayahan kerana mendapat isteri baharu yang belum
juga tentu padanya bagaimana pembawaannya, jikalau dia tahan
berjenang tentulah dia akan menang. Nanti dia akan beruntung
sekurang-kurang alah bisa tegal biasa.
Boleh juga aku berkata, sebab dahulu ibu tirimu itu gemar marah
menghamun dan melekatkan tangan kepada kau itu tidak lain
sebabnya ialah kerana disangkanya kau anak kepadanya, sebab
sayangnya kau diajar dimarahi dan ditangani. Jika dia benci tentu
sekali dia tidak sudi berkata-kata dengan kau. Terus dijadikannya
kau musuh.
Tetapi aku insaf hanya pada satu perkara. Iaitu dia tidak
mengutamakan didikan cuma dia melebihkan marah kutuk
52
seranah dan godam. Aku tidak bersetuju. Kerana dia tidak
membuatkan kau sayang takut kepadanya.
Di dalam pada itu aku tidak juga boleh campur. Boleh jadi kau yang
bersalah atau dia yang bersalah. Mengapa tentang itu aku tidak
mengerti.
Aku dengar perumpamaan seorang pemburu katanya. “ Anjing
betina yang garang itu tidakkan dia mendapat anak , kalau dia
beranaknya juga dia akan digigit oleh anaknya sendiri, atau dia mati
diterkam oleh binatang buas.
X
Makcik Sawiyah isteri cikgu Adham pernah juga berkata kepadaku
panjang lebar kerana menambah nasihatnya kepadaku katanya :
“ Kita jangan lekas putus harap Cik Halimah, pandang oleh kau
hikmah Tuhan yang menjadi sesuatu : Segala yang kita
pandang – dengar – rasa – dan terima di dunia ini tiap-tiap satunya
dikurniakan oleh Tuhan pengertiannya, berisi di dalamnya beberapa
pengajaran.
Tentang kau menderita kerana beremak tiri seperti yang kau
53
alami itu aku gemar mengajak kau mengambil faham inilah tandan-
ya kebesaran Tuhan supaya kau ingat siang malam kepadanya.
Hendaklah kau bersyukur kerana telah dapat merasa beremak tiri
itu, telah tetap ada pengajaran yang kau terima : Boleh kau
menginsafkan diri dengan senang, sebab sendiri kau telah merasa
sendiri pengalamannya padahal ada orang yang beremak tiri telah
merasa sangat beruntung dan bahagia.
Sebab boleh ku kata terang-terang. Jika seseorang baik hatinya
biasanya baik perbuatannya itulah sepanjang tahuku.
Memang ada ibu tiri yang cengil – hasad dengki kepada anak tirinya
tetapi memang ada pula ibu tiri yang sempurna akal fikiran dan
perbuatan kepada anak tirinya. Hingga dibuatnya seperti anak
kandungnya sendiri : Atau ada juga yang diperbuatnya seperti ka-
wan yang amat akrab lagi dikasihinya.
Mengakulah ! Ya memang ada pula ibu tiri yang cengil – cemburu –
khianat dan berbagai ragamnya lagi membuatkan anak tirinya
padahal dia lupa walaupun anak tiri tetapi sifat sebenarnya mesti
dibuat olehnya seperti anak sendiri.
Berguna Cik Halimah mendalamkan faham di dalam hal perkara
anak. Tuhan mengaturkan kehidupan kita bukan kerana
menghendaki kita bodoh di dalam aturan-aturannya itu : Tetapi
dengan
54
Kemurahan-Nya juga membenarkan kita mesti mengerti apakah isi
aturan-aturan yang telah disusunkan-Nya itu.
Anak bukan sekali-kali sebagai harta yang boleh dimiliki oleh ibu
bapa seperti memilikkan kain baju yang boleh dipakai dibasuh dan
dijemur atau dijual belikannya. Tetapi anak itu ialah petaruhan
Tuhan kepada ibu bapa supaya membela anak itu dari kecil hingga
ke besar mahulah dididik diasuh diberi pengetahuan agama dan
ditanggung segala kewajipan bagi memelihara anak itu hingga dia
cukup sempurna akal.
Anak itu bila sudah sampai pada masanya dia akan menjalankan
kewajipannya sendiri pula dengan bersendiri. Mereka itu bakal
menjadi ibu atau bapa pula akan memelihara anak juga.
Kebanyakan orang berfaham menyangka asalkan anak itu boleh apa
kata dia : Tetapi yang sebenar bukan begitu, anak ialah petaruhan
Tuhan kepada ibu bapa, supaya ibu bekerja membuahkan kebajikan
kepada anak itu sehingga guru-guru dikuasakan Allah menjaga dan
mendidik anak itu supaya menjadi manusia yang sempurna bukan
boleh dibiar-biarkan sehingga anak itu menjadi manusia yang
kecewa dan menderita ”.
Daripada mendengarkan nasihat makcik Sawiyah itu aku semakin
faham akan peruntungan nasib dan penderitaan ku
55
itu bolehlah dihitungkan perkara baik padaku : jika tidak dengan
kerana menderita sebagai itu harus aku tidak boleh mendengar
sebarang nasihat seperti yang ku sebut-sebut itu. Boleh jadi di
belakang hari dan aku tinggal bebal dan menjadi seorang ibu yang
khianat dan penjahanam anak. Alhamdulillah ! Boleh dipercaya aku
sebagai mendapat malang bahagia.
Amat kuasa hanyalah Allah : Dialah Tuhan yang amat sanggup
menyusun segala peristiwa di dalam dunia ini. Aku sedar bahawa
aku jua seorang daripada hambanya yang telah dikurniai-Nya
berbagai-bagai nikmat dan ku juga ada menerima sedikit sebanyak
petunjuk-Nya.
Kepada Allah jua aku berharap, mudah mudahan dikurnia-Nya
ketetapan iman dengan amal yang soleh bagi bapa dan ibu tiriku itu
serta diberinya berkah pada pertemuan jodohnya antara kedua
ditambahinya aman dan damai : Barang mana khilafnya akan
bertambah betul. Bukan sahaja kami anak beranak, beroleh juga
kebaikkannya dapat dirasa oleh kaum dan bangsa ku sekaliannya.
Aku tunggulah pengharapanku itu kata hatiku sebab hendak
mendapat pertolongan Tuhan jua. Tambahan aku terkenang
tiap-tiap sesuatu perkara memang ada keputusannya.
56
XI
Umurku telah lima belas tahun, pemandanganku ke sekeliling
masyarakat beransur terbuka, telah bertambah nyata kepadaku
dunia kehidupan sehari-sehari ini ada berisi berbagai-bagai aneka.
Ada yang di bilang baik dan ada yang disebut buruk : Kedua-dua
pemandangan itu biasa menarik aku berfikir untuk menambah
pengajaran pada diriku.
Sekolah aku menyatakan sedikit lagi apa yang ku alami itu satu
daripadanya jadi kenang-kenanganku yang payah ku lupakan ialah
tentang melihat semula akan wajah Encik Karim Zamri adik cikgu
Adham yang telah pergi belajar ke Mesir itu ada balik ke tanah
airnya. Dia membawa pengetahuan agama dan fasih berbahasa
Arab.
Semenjak Karim Zamri berada semula di kampung aku namanya
tambah terkenal, tetapi orang di kampungku sebahagian besarnya
daripadanya tidak berapa setuju dengan cara pembawaan Karim
Zamri yang bergaya secara moden itu.
Agaknya sebab melihatkan Karim Zamri cekap di dalam bahagian
dunia sport seperti bermain tenis, hoki – badminton, dan
berpakaian segak nampak bergaya, tampan dan seperturutan.
57
dengan muda belianya itu.
Memang resmi Zamri pesolek pengkacak. Dia gemar memakai
pakaian cara barat berpantalon – bertopi - bertali leher sedang
rambut di kepalanya bergunting Landon berkrol, ketara lagaknya
lagak pemuda pekan.
Orang tua-tua ku dengar kurang secocok hendak menjadikan Karim
Zamri sebagai guru ugama di kampungku.
Padahal Karim Zamri sedia bersemangat kebangsaan, gemar bekerja
di dalam bahagian membina kejayaan masyarakat, dia petah
bersyarah serta tetap perdiriannya menjalankan ikhtiar menaburkan
pengetahuan ugama kepada pihak pemuda-pemuda sekampung
dengannya dia bertujuan mendalamkan dan menghalusi pendidikan
yang sangat-sangat dikehendaki oleh zaman baharu itu.
Aku ketahui Karim Zamri itu sedang muda remaja kerana baharu
berumur sembilan belas tahun. Dan aku bandingkan dengan
umurku aku termuda daripadanya lima tahun ke bawah.
Berkenaan dengan namaku mulalah dikenal oleh pemuda-pemuda
tetapi kebanyakkan mereka itu menggelar aku dengan satu nama
baharu iaitu, “ Mas ” entah apa ertinya aku tidak tahu tetapi bilaku
tanyakan kawanku sesama sebaya di ertikannya “ Manis
58
sahaja ” aku tersenyum mendengarkan. Sebab mengingat itu cuma
bahasa orang muda.
Di kala itu aku gemar berkata-kata kepada kawan-kawan setaraf
denganku tentang memberi nasihat serta membawa mereka itu
memikirkan kebaikkan berugama dan kebagusan cintakan bangsa.
Pekerjaanku semacam itu entah bagaimana pula telah tiba-tiba
menjadi kemahuan padaku. Asal mulanya oleh sebab melihatkan
Karim Zamri sangat suka memimpin pemuda-pemuda kampungku.
Di rumah Karim Zamri yang tidak beberapa jauh daripada tempat
tinggalku di sekolah itu selalu perhatikan ramai kawan-kawannya
berziarah tanda menggemari dia.
Ku dengar Karim Zamri berbuat bakti pada kaum dan bangsanya.
Ingin aku hendak mengikut langkahnya itu, tetapi aku insaf oleh
sebab tidak sebegitu tinggi pengetahuanku.
Kemudian aku mengambil keputusan pada satu cita-cita, aku mesti
buat apa yang boleh aku buat, asalkan berguna kepada masyarakat
bangsaku : Tentang sukar seriknya sudah sememang ku tahu : Harus
aku kena kata yang akan memarahkan hatiku tetapi aku berharap
yang baik biarlah tetap baik selama lamanya.
Tujuanku hanya satu iaitu berbuat baik bagi kaum
59
pemudi daripada bangsaku. Aku syarahkan : Aku huraikan kepada
mereka itu apa yang ku tahu, aku pujuk mereka itu dengan
perkataan yang lemah lembut, dan ku beri faham bahawa kaum
pemudi bangsaku, sama ada di kampung atau di pekan telah patut :
sedar akan kewajipannya, mesti cuba berkhidmat kepada bangsa
dan tanah airnya, supaya bersayang dengan pemuda-pemuda.
Mudah mudahan kerja-kerja kaum pemudi bangsaku tidak hanya
tau bertanak menggulai sahaja, tetapi hendaklah juga tau apakah
itu kemajuan ? Di harap sangat-sangat tidakkan selama lamanya
sempit pemandangan dan pemerhatian kaum sejenis dengan ibuku.
Setelah timbul perasaan itu ke hatiku, tidak pula mau aku
mencuai-cuaikan pekerjaanku. Memasak dan membasuh kain baju
di rumah Cikgu Adham ku lakukan seperti biasa. Kerana itulah
kewajipan ku bekerja memakan gaji, kalau seketika ada masa
lapang, aku baca buku-buku pelajaran dan cerita-cerita yang boleh
menambah pengetahuanku.
Wang gajiku yang sepuluh ringgit itu tetap ku simpan lima ringgit
sebulan. Empat tahun lamanya aku bekerja telah genap dua tahun
ratus empat puluh ringgit wang simpanan ku. Semangatku
bertambah-tambah tegap, hatiku bertambah senang, pakaianku
60
serba sedikit sudah ada, gelenya di telingaku sungguhpun bukan
bertatahkan intan, tetapi emasnya bulat. Di dadaku terpasang tiga
butir paun kecil berantai. Pada pergelangan tanganku tersarung
gelang tangan emas pintal halus, sedang di jari manisku ada
terlingkar sebentuk cincin permata. Kelengkapan serba satu sebagai
perhiasan perempuan Melayu sengaja ku siapkan supaya malu kalau
-kalau dekat orang tidak beremas.
Sekali-sekali aku memakai pakaian selengkapnya berkain baharu
berbaju baharu ketika pergi dijemputan kawan-kawan kerana satu
kenduri atau jamuan, demikian jua pada masa hari raya.
Pernah aku menilik-nilik diri aku sendiri di dalam cermin muka besar
ku lihat rupa ku tatkala memakai pakaian cukup dan sesudah
berbedak licin ku dapati rupaku tidak pula seperti
perempuan-perempuan moden, tetapi mukaku kacak juga ku
pastikan, oleh sebab potongan badanku langsir sahaja pinggangku
ramping bagai digelar oleh anak-anak muda “ potong gitar itu ”
Tambahan ku lihat tubuhku hitam manis – Ya seronok aku
bercermin-cermin itu aku tersenyum-senyum lembut. Aku tilik-tilik
pula kepada sanggul ku sudah ku lilit dengan bunga tanjung
selingkar kembang, bila ku lihat bunga tanjung itu hatiku
61
bertambah riang tertawa aku seorang diri menggelakkan diri aku
sudah kacak dan cantik muda jelita. Tempat merekah bibirku yang
tipis merah bergincu itu. Alhamdulillah bagaimanapun aku mesti
bersyukur kerana Tuhan telah mengurniakan aku rupa yang
sedemikian itu.
Walaupun aku gadis kampung tetapi aku bergaya juga
selaluku jaga kebersihan pakaian dan kebersihan hatiku sebab
mengenang nasihat guru-guru dan ajaran-ajaran bapaku.
XII
Bapaku sakit, aku balik ke rumahnya menolong menjaga bersama
makcik ibu tiriku, aku perhatikan penyakit bapa itu telah berat. Ku
cuba mempelawa dia makan makanan apa yang diidamnya, “ Sila
ambil duit sepuluh ringgit ini pak boleh buat pembeli makanan apa
yang bapa terkenang ” , kata aku.
Perlahan-lahan disambutnya duit itu dengan tangan kanannya
kemudian dimasukkannya ke bawah bantalnya. Dia tidak berkata
barang sepatah jua pun. Ku amat-amati wajahnya bertambah
muram dan air matanya meleleh keluar – Ku sapu dengan sapu
tangan perlahan-lahan : Mengertilah aku dia berdukacita.
62
Aku cuba menenangkan hatinya dengan perkataan yang
menyedapkan telinganya maka dia diam juga. Lalu ku tanya ada
hutangnya atau tidak, di terangkannya ada lima puluh sen yuran
surau dan satu ringgit hutang yuran masjid. Aku katakan kepadanya
boleh ku bayarkan.
Rupa-rupanya malam itu juga bapaku menamatkan riwayat
hidupnya dia meninggal dunia. Dengan itu habislah kedua-dua
orang tuaku, tidak boleh ku kenang-kenang hibanya hatiku. Aku
sedar tempat bergantung harapku tidak ada lagi melainkan kepada
Cikgu Adham suami isteri. Aku rasa aku hanya tinggal sebatang kara.
Inilah yang ku hidup kesedihannya mujurku sabar-sabarkan hatiku.
Dengan sedaya-daya ku menahan hiba itu, terkurang sedikit keluh
kesahku daripada yang aku lakukan masa kehilangan ibuku dahulu.
Berkat aku berjimat-jimat mengumpulkan duit dahulu
dapatlah aku mengeluarkan belanja menyelesaikan hal belanja
mengkebumikan bapaku dengan selamat, menurut tahuku bapaku
tidak meninggalkan apa-apa pusaka selain daripada baju buruk :
Dua bilah parang panjang, serawan jala, sebuah cangkul dan duitnya
sebanyak sepuluh ringgit yang ku beri itu sahaja belum luak.
Aku kembali diam bersama cikgu Adham suami isteri
63
seperti biasa. Makcik Marinah ibu tiriku berpindah pula balik ke
rumah ibu bapanya sendiri, kerana rumah bapaku selama hari yang
diaminya itu ialah rumah tumpangan.
Empat bulan sesudah bapa meninggal dunia dengan
kehendak cikgu Adham, dikahwinkannya aku dengan adiknya Karim
Zamri. Dialah pertemuan jodohku yang tidak ku sangka-sangka.
Aku tidak boleh mengatakan cukup beruntung serta merta,
oleh sebab tiga bulan semenjak aku bersama dengan suamiku Karim
Zamri keadaan hidup kami bukan begitu mewah, sebagai di masa
aku bekerja mengambil upah membasuh di rumah cikgu Adham
dahulu.
Kerana kami berdua suami isteri tidak mempunyai wang
kedatangan yang cukup : Suamiku Karim Zamri tidak dapat
menjalankan kerja mengajar di sekolah ugama secara sebagai
memakan gaji seperti guru-guru sekolah Melayu, sedang - suamiku
tidak pula setuju mengajar-ngajarkan ugama secara meminta- minta
sedekah, tambahan orang-orang dikampungku pihak orang
tua-tuanya kurang perkenan kepada cara moden yang dibawa oleh
suamiku.
Sebab itu dari Ulu Kelang kami terus pindah , ke Kuang kami
berniaga dengan modal yang sedikit daripada duit yang ku
kumpul-kumpulkan dahulu. Mula-mulanya berniaga itu terlalu sukar
64
rasanya hendak beroleh kejayaan, oleh sebab barang di kalangan
kami hanya dapat dibeli serba sedikit yang harganya tidak kurang
daripada harga biasa sahaja. Tambahan kawan-kawan suka
berhutang tetapi tidak rajin membayar. Kalau disebutsebut
menjadikan bermasam-masaman muka di dalam pada itu kami cuba
juga berjimat cermat dan berikhtiar bersungguh-sungguh supaya
tertarik hati serba bangsa membeli dikedai kami walaupun kami
kesusahan kami maniskan juga muka. Kalau musim durian kami
pajak pisang dan kopi, kami jual kepada pemborong-pemborong di
Kuala Lumpur. Setelah melalui beberapa susah payah baharulah ada
nampaknya timbul kejayaan perniagaan kami dengan
beransur-ansur.
Satu hari kira-kira tujuh belas tahun berselang ku lihat
seorang perempuan tua buruk kotor dan lemah serta kurus
kedingkek letih lesu datang ke muka pintu kedaiku, ia meminta
sedekah menampang tangan membuat rupa supaya orang kasihan.
Lama aku terpampan mengecamkan rupanya, lantas ku kesal dialah
makcik Sarinah ibu tiriku dahulu. Apa lagi serta merta naik marah
hatiku lalu ku halaukan dia serta merta dengan perkataan kasar dan
keras. Marah betul hatiku kepadanya bukan alang kepalang benci
aku melihat dia. Rasa-rasa hendak
65
ku tolakkan dia pada masa itu. Bising mulutku mengah-ngah dia.
Dia meminta kasihan juga kepadaku. Kerana aku terlampau
riuh itu ramai orang datang dekat melihat aku ke muka kedaiku.
Tiba-tiba suamiku Karim Zamri datang mendekat dan melerai,
akhirnya perempuan tua buruk itu telah cukup kenal kepada ku
ialah anak tirinya, “Kau Halimah? “ Katanya dengan suara hiba terus
dia menangis di hadapan aku dengan suamiku.
Masa itu juga suamiku bertanya aku, langsungku terangkan
halnya semuanya seperti ku ceritakan ini hingga habis. Aku jeritkan
sekuat-kuat hatiku, “ Perempuan itulah menyebabkan aku hancur
hati ! ” Kata aku bagai tak sedarkan diri.
Di ketika itu terpandang olehku kelakuan suamiku sangat
pengasih penyayang kepada bangsa orang tua itu dipegangnya
perlahan-lahan serta sabar-sabarkannya, kemudian dipujuknya aku
supaya memaafkan ibu tiriku itu …. Hujung katanya “ Halimah ….
Kau jangan lupa perempuan tua buruk ini sejenis dengan ibu kau
dan dengan ibuku …. Tidak malu kau menista mengutuk dia di
hadapan orang ramai ini ? ” Aku tersentak mendengar perkataan
yang berhikmat itu langsung aku
66
Terpandang-pandang aku rupa ibu kandungku sendiri kalau-kalau
dibuat orang seperti tiu nescaya aku hancur hati pula melihatnya.
Aku terus insaf dan menangis kasihan serta menyesal.
Aku pun berkata kepada perempuain tua buruk itu, “ Makcik
sudahlah makcik perkara buruk yang sudah lepas itu janganlah
dikenang-kenang lagi. Buang yang keruh ambil yang jernih makcik :
Tanda kita sebangsa dan seugama – Tak usah makcik ke mana-mana
lagi, jangan jadi peminta-peminta sedekah juga silalah diam
bersama kami di rumah ini bagaimana pun makcik ialah sebagai ibu
saya”.
Perempuan buruk itu menangis dan meminta ampun
kepadaku suamiku memujuk dia dengan hormat. Sebab itu ku
ceritakan moga-moga jadi peringatan kepada anak cucuku di
belakang hari. Boleh dijadikannya cermin kehidupannya. Terutama
kaum yang sejenis dengan aku jika menjadi ibu tiri hendaklah ingat.
Barangkali dapat diperhatikan oleh hati yang ada mempunyai belas
kasihan. Bila ada belas kasihan akan datanglah insaf. Bila ada insaf
timbullah keadilan, bila ada keadilan terzahirlah pertolongan, bila
ada pertolongan adalah kelapangan bagi yang menderita nescaya
ada balasan baik daripada Tuhan. Buat baik biarlah berpada-pada
buat jahat
67
jangan sekali-kali.
*****
Bolehlah kita membuangkan perasaan cinta mencintai
bolehlah kita buangkan sahaja perasaan berbaik-baik dan kasih
sayang ? Padahal hasilnya besar! Bukankah itu punca maka manusia
tau berbudi pekerti baik satu sama lain supaya sama mencapai
kemenangan di dalam menjalani padang kemewahan dan
keamanan tiap-tiap hari : Masakan pula tanam padi lalang yang
tumbuh!
Tanyakanlah hati siapa tindakkan balas, kalau kasihannya
sudah ada.
Tanyakanlah hati siapa tindakkan adil, kalau insafnya sudah
sedia.
Memang hibalah hati orang yang hiba, kasihanilah hati orang
yang kasihan dan akan
menangislah orang yang kesedihan.
Ya – lemak manis memang selalu ada di dalam keriangan. Tetapi
pahit mawang biasa ada di dalam penderitaan. Mengapakah dia
tertawa di dalam suka ? Mengapakah dia berduka di dalam
bercinta ?
68
Kalau dia berkata duka kerana menderita.
Barangkali dia dituduh dusta.
Kalau dia berkata riang sebab berada
Barangkali dia didakwa sebab mengada-ngada.
Kemudian dia juga yang merasa kecewa. Padahal dia sendirilah yang
cukup tahukan dirinya yang terkena seksa.
Sebab itu dipungut cerita ini sebagai jadi kenang-kenangan zaman
berzaman
HABIS
69