The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RISING FUSION, 2020-09-23 06:49:36

AR KDN 2019 FLIPbook

AR KDN 2019 FLIPbook

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019

6020
7916
9615
10594
12761
11738
13054
11975
13340
16473
14500
14601

J A N F E B M A C A P R M EI J U N J U L OGOS S E PT O KT N O V D IS
Jumlah Penggeledahan bagi tahun 2019

Statistik Operasi Khas: Op Naga Barat dan
Op Naga Timur

Statistik
llegal, Unreported and Unregulated (IUU) Fishing

Bagi mengekang dan mengurangkan isu pencerobohan nelayan asing di Zon Maritim Malaysia, operasi
bersepadu iaitu Op Naga Barat telah dilaksanakan pada 26 April 2019 dan Op Naga Timur pada 1 Ogos
2019 sehingga kini. Melalui pemantauan sistem AIS, ENAV, maklumat daripada pelantar minyak dan
persatuan nelayan mendapati terdapat pengurangan ketara kes pencerobohan terutamanya Vesel
Nelayan Asing-Vietnam.

Pemeriksaan dan Tangkapan Op Naga Barat dan Naga Timur 199

Secara keseluruhannya, sejumlah 2,534 pemeriksaan dengan 124 tangkapan telah dilakukan oleh
pelbagai agensi di perairan Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 1,701 pemeriksaan telah
dijalankan oleh APMM dengan 70 tangkapan telah dibuat.

Menyedari ancaman Vesel Nelayan Asing tidak hanya tertumpu di perairan Semenanjung Malaysia,
Op Naga ini telah diperluaskan ke sepanjang perairan Sabah dan Sarawak. Op Naga Timur telah
dilaksanakan bermula 1 Ogos 2019. Sehingga 31 Disember 2019, APMM telah merekodkan 1,309
pemeriksaan dengan 57 tangkapan daripada jumlah keseluruhan 1,702 pemeriksaan dan
73 tangkapan.

MENCARI DAN
SMEEKNTOYERLAMAT (CARILAMAT)

Perkhidmatan dan Penyelaras Operasi CARILAMAT
Maritim

Selaras dengan peranan sebagai agensi peneraju dalam penyelarasan operasi Mencari dan
Menyelamat Maritim (CARILAMAT), APMM telah menubuhkan Maritime Rescue Coordinating Centre
(MRCC) PUTRAJAYA di Ibu Pejabat APMM.
Disebabkan kawasan tanggungjawab Malaysia Search and Rescue Region (MSRR) yang luas, meliputi
pantai barat Semenanjung Malaysia dari Selat Melaka hingga ke Laut Andaman sehingga ke Zon
Ekonomi Eksklusif Laut China Selatan di pantai timur Semenanjung Malaysia dan pantai Sabah dan
Sarawak hingga ke Laut Sulu, APMM telah menubuh lima Maritime Rescue Sub Centre (MRSC). Lima
MRSC tersebut adalah MRSC LANGKAWI, MRSC JOHOR BAHRU, MRSC KUANTAN, MRSC KUCHING dan MRSC
KOTA KINABALU.

Statistik Insiden Kecemasan di Laut

Sejak 2010, APMM telah diberi tanggungjawab bagi mengkoordinasi kes CARILAMAT meliputi insiden
kapal dan bot, kehilangan manusia di laut, MEDICO dan MEDEVAC serta bantuan SRU. Sehingga
Disember 2019, sejumlah 275 kes CARILAMAT telah dilaksanakan oleh APMM. Jumlah ini telah meningkat
sebanyak 32.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2018.

200 Kes CARILAMAT 2018 2019 JUMLAH
Insiden Kapal dan Bot 34 65 99
Kehilangan Manusia
69 61 130
di Laut
MEDICO 3 3 6
MEDEVAC 19 20 39
Bantuan SRU 82 126 208
JUMLAH 207 275 482

Jumlah Kes CARILAMAT yang dikoordinasikan pada Tahun 2019 Berbanding 2018

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019

Perkhidmatan Bantuan SRU merupakan kategori paling tinggi bagi tahun 2019 iaitu sebanyak 126
kes. Bermula pada tahun ini, statistik Bantuan SRU telah diasingkan daripada statistik kumpulan
perkhidmatan CARILAMAT Maritim. Pengasingan ini dibuat susulan daripada hasil analisa semula
menemukan insiden di bawah Bantuan SRU tidak memerlukan pengaktifan operasi CARILAMAT kerana
insiden tidak mendatangkan risiko kehilangan nyawa para pelanggan.

STATUS 2018 2019 JUMLAH
Selamat 1371 931 2302
98 194
Mati 96 45 98
Hilang 53 1074 2594
JUMLAH 1520

Jumlah Mangsa pada Tahun 2019 Berbanding 2018.

DAN PENGIKTIRAFAN
PENCAPAIAN

Penggeledahan dan Penahanan Vesel

APMM sentiasa merangka strategi baharu dalam mendepani cabaran dalam menguatkuasakan
undang-undang maritim. Kejayaan ini dipamerkan apabila berjaya menggagalkan kes penyeledupan
dan pengedaran dadah jenis syabu seberat 2.09 tan dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai
RM107.5 juta di Johor hasil risikan bersama APMM, PDRM dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pengurangan Kadar Jenayah Maritim

APMM telah memperkenalkan pendekatan pencegahan (deterrent) semasa menjalankan operasi.
Menerusi kaedah ini kadar jenayah maritim di Malaysia dapat dikekalkan untuk berada di bawah paras
3 peratus dengan pencapaian sebenar sebanyak 2.64 peratus bagi tahun 2019.

Pematuhan Undang-undang dalam Kalangan
Komuniti Maritim

Usaha berterusan APMM dalam aktiviti penggeledahan dan penahanan telah memperlihatkan kejayaan 201
apabila Indeks Pematuhan Undang-undang dalam kalangan komuniti maritim telah meningkat
kepada 98 peratus pada tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan signifikan ini adalah
hasil perancangan jitu APMM melaksanakan Programme Community Engagement menerusi Kempen
Kesedaran Keselamatan di Laut.

Penahanan Bot Nelayan Asing

Sepanjang tahun 2019, APMM telah berjaya merampas 197 buah Bot Nelayan Asing yang telah
melakukan pelbagai kesalahan membabitkan kecurian hasil laut negara. Rampasan ini turut
melibatkan penahanan 1,400 krew warga Vietnam dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah
RM130 juta. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama dan komitmen berterusan agensi di bawah KDN,
Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Op Naga. KDN
juga telah diberi kepercayaan untuk menerajui Jawatankuasa Penguatkuasaan Undang-undang bagi
Op Naga ini.
Operasi CARILAMAT masih mengekalkan momentum membanggakan dengan pencapaian 86 peratus
jumlah nyawa berjaya diselamatkan. Peratusan menyelamat harta benda juga turut meningkat
kepada 88.9 peratus bersamaan RM58.9 juta.
Beberapa pengiktirafan diterima daripada pelbagai negara atas kecekapan APMM dalam
melaksanakan operasi CARILAMAT.
i. Conferment Award daripada Duta Sepanyol;
ii. Penghargaan daripada Kedutaan Singapura;
iii. Pencalonan bagi Outstanding Team Contribution to Maritime Search and Rescue Operation bagi

Anugerah International Maritime Rescue Federation (IMRF) 2019; dan
iv. Pembentangan kertas kerja Empowering Women in Maritime Search and Rescue: A Basic Mapping

of the Challenges in Malaysia semasa World Maritime Rescue Congress 2019 di Kanada.
Bagi memastikan kecemerlangan ini dapat diteruskan, APMM menerusi Akademi Maritim Sultan Ahmad
Shah (AMSAS) telah melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti melalui pemantapan
pengurusan sumber manusia. Inisiatif ini melibatkan kerjasama peserta dan agensi maritim
di peringkat antarabangsa seperti Japan International Cooperation Agency, Japan Coast Guard,
Australia Border Force dan Kedutaan Amerika Syarikat. Jalinan kerjasama ini selaras dengan visi APMM
ke arah menjadikan AMSAS sebagai platform Centre of Excellence bagi negara-negara serantau.

202

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019

ESSCOM

EASTERN
SABAH SECURITY
COMMAND

203

NOOR ALAM KHAN
BIN A.WAHID KHAN

Ketua Eksekutif
Eastern Sabah Security Command

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) terdiri daripada dua komponen utama
iaitu Komponen Keselamatan dan Komponen Bahagian Awam. Penubuhan ESSCOM adalah bertujuan
mengkoordinasikan dan menyelaras semua pengoperasian dan penugasan kawalan keselamatan
di perairan Pantai Timur Sabah sepanjang 1,733.7 km dari daerah Kudat hingga ke Tawau.

KESELAMATAN
KOMPONEN

Sepanjang tahun 2019, berdasarkan kepada slogan “Tiada Hari Tanpa Operasi” ESSCOM di bawah
kepimpinan Komander baharu, YDH. DCP Dato’ Hazani Ghazali berusaha untuk mengembalikan
tahap keyakinan dan kepercayaan masyarakat negeri ini khususnya di Pantai Timur Sabah dengan
memastikan keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sentiasa berada dalam
keadaan baik dan terkawal.
ESSCOM dengan kerjasama semua pasukan keselamatan akan sentiasa memperketatkan kawalan
dengan melaksanakan pelbagai operasi keselamatan seperti Operasi Gasak, Operasi Bersepadu
(OB) dan Operasi Gasak Laut (OGL) yang melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), APMM
dan agensi penguatkuasaan lain. Operasi ini bertujuan membanteras dan mengurangkan
kegiatan jenayah rentas sempadan dan kehadiran pendatang tanpa izin (PTI) yang disyaki menjadi
dalang kepada kegiatan penyeludupan barang-barang terlarang seperti syabu, rokok seludup dan
penyeludupan senjata di kawasan Pantai Timur Sabah.

Operasi Gasak

Operasi Gasak merupakan operasi khas yang terdiri daripada Op Gasak Khas (OGK) dan Op Gasak Laut
(OGL) dilaksanakan dalam skala besar yang melibatkan ramai ketumbukan pasukan keselamatan
yang terdiri daripada PDRM, ATM dan APMM. Operasi ini bertujuan untuk mengesan dan menghapuskan
elemen-elemen jenayah di kawasan sasaran yang telah dikenal pasti terutamanya di dalam
mengekang dan menghapuskan spotter atau tali barut penjenayah rentas sempadan.

Statistik Operasi Gasak sepanjang tahun 2019

Bil Tarikh Lokasi Jumlah Tangkapan Catatan
Sasaran perumahan
1 13 Julai 2019 Pondohan, 12 orang PTI
Semporna setinggan atas air
Sasaran perumahan
2 18 Julai 2019 Pulau Menampilik, 5 orang PTI
Semporna setinggan atas air
Sasaran perumahan
204 3 24 November 2019 Pulau Denawan, 78 orang PTI setinggan pulau-pulau
Semporna Sasaran perumahan
setinggan pulau-pulau
4 6 Disember 2019 Pulau Mabul, 32 orang Bajau Laut
Semporna

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019

Operasi Bersepadu (OB)

Operasi Bersepadu merupakan operasi yang dilaksanakan di dalam kawasan bandar pada skala
kecil bagi tujuan menghapuskan dominasi pendatang asing di kawasan-kawasan tertentu bagi
melindungi dan memelihara peniaga-peniaga tempatan daripada diganggu-gugat oleh pendatang
asing.

Statistik Operasi Bersepadu (OB) 2019

BIL DAERAH TARIKH OPS JUMLAH DIPERIKSA JUMLAH TANGKAPAN

1 Semporna 22 Mac 2019 267 orang 16 orang PTI

2 Lahad Datu 29 Mac 2019 85 orang 9 orang PTI

Jumlah 352 orang 25 orang PTI

BAHAGIAN AWAM
KOMPONEN

Komponen Bahagian Awam ESSCOM diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif bagi tujuan mengkoordinasi
dan menyelaras program-program kemasyarakatan yang menjurus kepada menanam dan
meningkatkan jati diri serta semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Pantai Timur Sabah.
Selain menjalin hubungan strategik dengan pemimpin-pemimpin masyarakat di peringkat akar
umbi, Bahagian Awam ESSCOM juga bertanggungjawab menyampaikan maklumat-maklumat terkini
mengenai situasi semasa keadaan keselamatan di Pantai Timur Sabah melalui taklimat dan
program-program kemasyarakatan termasuk juga melalui media cetak, media elektronik dan media
sosial.
Antara program-program Bahagian Awam yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2019 adalah:

Program Gerak Saraf dan Perang Saraf (GSPS)

Sepanjang tahun 2019, Bahagian Awam ESSCOM telah berjaya melaksanakan sebanyak 14 program
kemasyarakatan yang melibatkan kehadiran seramai 3,000 orang di seluruh daerah ESSZONE. Matlamat
utama program berkenaan selain memupuk dan menjalin hubungan strategik dengan pemimpin-
pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi. Ia bertujuan menyampaikan maklumat-maklumat
terkini mengenai keadaan keselamatan semasa di Pantai Timur Sabah termasuk memaklumkan
inisiatif serta langkah-langkah proaktif yang telah diambil oleh ESSCOM untuk mempertahankan
kedaulatan Pantai Timur Sabah daripada diceroboh dan dimasuki oleh penjenayah-penjenayah 205

rentas sempadan.

Statistik Program Gerak Saraf dan Perang Saraf Tahun 2019

Bil Program Kekerapan Sasaran
3 kali Pengusaha Perikanan
1 Majlis Pertemuan dan Sesi Dialog ESSCOM 4 Kali
bersama Komuniti Nelayan ESSZONE 2 kali dan Resort
4 kali Masyarakat Tempatan
2 Majlis Ihya Ramadan dan Majlis Berbuka 2 kali Masyarakat Setempat
Puasa ESSCOM bersama Masyarakat 1 kali
Komuniti Belia
3 Program Konvoi Singgah Merdeka dan Komuniti Setempat
Kembara Santai ESSCOM
Ahli DUN Sabah
4 Program ESSCOM bersama Komuniti Belia
ESSZONE

5 Program Semarak ESSCOM Komuniti
ESSZONE

6 Taklimat dan Dialog bersama Ahli-ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah

Projek Rintis Penempatan Semula Perkampungan Air Semporna dan
Sandakan

Sehingga 23 Disember 2019, pihak ESSCOM dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)
telah berjaya menempatkan semula seramai 1,000 orang ketua keluarga warganegara daripada
empat buah perkampungan setinggan iaitu Kg. Goodview & Forest, Kg. Muhibbah, Kg. Cahaya Baru
dan Kg. Mangkalinau ke Program Perumahan Rakyat (PPR) Harmoni, Sandakan.
Manakala penempatan semula penduduk Mukim Simunul, Semporna ke 832 unit Program Perumahan
Rakyat (PPR) Bubul Ria, sehingga 22 November 2019, seramai 194 Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara
Malaysia dalam fasa 1 pengagihan telah diberikan surat tawaran menduduki rumah PPR. Simbolik
pengagihan telah diserahkan dalam satu Majlis Serah Terima Kunci PPR disempurnakan oleh YB Datuk
Jaujan Sambakung, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Sabah.

Kajian Profiling Masyarakat Bajau Laut (Pala’u) Sabah 2019

Kajian profiling telah dilaksanakan meliputi empat daerah termasuk Tawau, Lahad Datu, Kudat dan
Kota Kinabalu bermula 13 hingga 26 Ogos 2019.

206 Matlamat kajian adalah untuk mengenal pasti bilangan penduduk, status kewarganegaraan dan pola

penempatan masyarakat Pala’u di Sabah. Kajian dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
daerah yang terlibat.
Seramai 466 orang ketua keluarga yang terdiri daripada 2,739 orang penduduk telah melalui proses
kajian tersebut. Daripada 466 ketua keluarga, seramai 318 ketua keluarga berstatus bukan warganegara
manakala 99 ketua keluarga adalah berstatus warganegara dan 49 ketua keluarga lagi tidak diketahui
status kewarganegaraan.

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019

AKSEM

AGENSI
KAWALAN
SEMPADAN
MALAYSIA

207

DATO’ SHAHARUDDIN
BIN ABU SOHOT

Ketua Pengarah
Agensi Kawalan Sempadan
Malaysia

PENYELUDUPAN
KAWALAN

Senario penyeludupan pada hari ini berbeza berbanding masa dahulu kesan daripada arus
globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Aktiviti penyeludupan pada masa kini mula beralih daripada
penyeludupan beras, minyak masak dan dadah asli kepada kegiatan penyeludupan dadah
sintetik, barangan bersubsidi seperti petrol dan diesel, jenayah terancang seperti pemerdagangan
manusia dan penyeludupan migran, pengubahan wang haram dan penyeludupan senjata api.
AKSEM sentiasa komited dalam memerangi aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia – Thailand
melalui penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat risikan dalam pencegahan aktiviti-aktiviti
penyeludupan seperti berikut:

No. Perkara Jenis Barangan/Kesalahan
Gula, ayam (segar/dibekukan), tepung gandum, beras
1 Barangan Kawalan dari semua jenis , minyak masak/minyak tanah, padi,

2 Barangan Bercukai petrol/diesel, baja/racun serangga, gas petroleum
3 Barangan Larangan cecair, kayu
4 Kesalahan Imigresen
5 Lain-lain Pakaian, minuman keras, rokok, kenderaan, barangan
runcit, buah-buahan/sayur-sayuran

Dadah, senjata api, mercun, penerbitan filem
Pendatang Asing Tanpa Izin, Pemerdagangan Manusia

dan Penyeludupan Migran
Kosmetik, cetakan, haiwan hidup, serbuk minuman/

makanan

Kategori Jenis Penyeludupan dan Rampasan AKSEM

Operasi penguatkuasaan terhadap sindiket penyeludupan dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
merupakan salah satu tanggungjawab utama AKSEM dalam memastikan keselamatan sempadan
negara. Jumlah nilai rampasan barangan seludup pada tahun 2019 adalah RM33,245,971.61 manakala
RM38,629,835.86 pada tahun 2016, RM34,641,661.88 (2017) dan RM39,026,780.99 (2018).

No. Perkara Nilai Rampasan (RM)

Tahun 2016 Tahun 2017 Tahun 2018 Tahun 2019

1 Barang Kawalan 3,158,924.90 2,149,322.00 4,332,105.50 3,686,757.29

2 Barang Bercukai 24,511,278.38 27,577,040.74 29,935,947.57 20,822,125.97

3 Barangan Larangan 8,137,109.58 3,193,032.00 2,722,533.66 2,7431,79.35

4 Lain-lain Kes 2,822,523.00 1,722,267.14 2,036,194.26 5,993,909.00

Jumlah 38,629,835.86 34,641,661.88 39,026,780.99 33,245,971.61
Jumlah Nilai dan Jenis Rampasan bagi tahun 2016-2019
208

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019

Seramai 551 warganegara asing serta 27 orang Tekong ditahan kerana melakukan kesalahan imigresen
pada tahun 2019. Manakala jumlah yang ditahan dari tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut:

No. Perkara Tahun 2016 Tahun 2017 Tahun 2018 Tahun 2019
(Orang) (Orang) (Orang) (Orang)

1 PATI 578 650 1,116 551

2 Tekong 23 17 35 27

Jumlah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Tekong yang ditahan bagi tahun 2016-2019

Saman yang bernilai RM71,600.00 telah dikeluarkan pada tahun 2019 manakala RM35,200.00 (2018),
RM34,000.00 (2017) dan RM 86,500.00 (2016) dikeluarkan kepada pemandu-pemandu kenderaan
asing yang telah melakukan kesalahan trafik di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 terutamanya
melibatkan pengubahsuaian haram. Rampasan barang-barang seludup dan tangkapan PATI secara
tidak langsung menunjukkan kejayaan AKSEM dalam mengawal sempadan darat negara.
AKSEM juga telah melaksanakan sebanyak 40 operasi bersepadu bersama rakan strategik di sempadan
meliputi aktiviti penguatkuasaan seperti sekatan jalan raya, rondaan, operasi khas dan pemeriksaan
mengejut sepanjang tahun 2019. Jumlah ini melebihi sasaran Ministerial Performance Indicator (MPI)
yang telah ditetapkan oleh KDN iaitu 30 Operasi Bersepadu di empat buah negeri. Dalam konteks
penguatkuasaan bersepadu, AKSEM sentiasa bekerjasama dengan rakan strategik seperti PDRM, AADK,
JIM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia,
Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain-lain bagi melaksanakan operasi/penguatkuasaan bersepadu
di sempadan darat negara terutamanya di Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.

Bil. Negeri Jumlah Operasi (Tahun 2019)
1 Perlis 9
2 Kedah 12
3 Perak 16
4 Kelantan 3

Jumlah 40

Operasi Bersepadu Bersama Rakan Strategik bagi tahun 2019

209

HPEUNBGULNIBGAATANNAANNTTAARRAABBAANNGGSSAA/

AKSEM komited untuk merangka pelbagai strategi dan program pada tahun 2019 dalam mewujudkan
kerjasama dua hala dan pelbagai hala dengan negara-negara lain seperti Singapura, Thailand dan
Australia serta pertubuhan antarabangsa seperti United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC)
dan United Nations Women (UNW). Kerjasama tersebut banyak membantu AKSEM berkongsi maklumat
dan bertukar pandangan dalam usaha memastikan tahap keselamatan sempadan darat negara
terjamin serta pencegahan penyeludupan ditangani dengan berkesan.

AKSEM telah mengadakan kerjasama di peringkat antarabangsa seperti berikut:

i. Mesyuarat Kumpulan Kerja Pengurusan Sempadan (Border Management Working Group )

di Thailand;
ii. Lawatan ke Immigration & Checkpoints Authority, Woodlands, Singapura bagi persediaan
pewujudan Badan Tunggal Menjaga Sempadan di Malaysia;
iii. Mesyuarat Border Information Cooperation Agencies Meeting (BICAM) di Thailand;
iv. Mesyuarat Intelligence and Psychological Operations Working Group (IWG) di Thailand;
v. Kunjungan hormat delegasi International Committee of The Red Cross (ICRC) diketuai oleh Regional
Police Delegate, Mr. Antonio Melo;
vi. Kunjungan hormat wakil Australian Border Force ke Ibu Pejabat AKSEM, Putrajaya;

vii. Regional Workshop: Good Practices in Border Security and Management to Strengthen National

and Regional Cooperation and Capacities to Counter Terrorism and Transnational Organized
Crime in Malaysia di Thailand; dan
viii. 9th Joint Committee Meeting on Management, Maintenance and Usage of the Friendship Bridge
Crossing the Golok River di Thailand.

210

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019

SAENPTAARNAJAKNESG-KTEASHPUENNY2E0L1U9DUPAN

Kes rampasan rokok seludup bernilai RM1.08 juta
di Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Kes rampasan ayam beku dari Thailand yang
bernilai RM48,750.00 di Kelantan

Kes rampasan kenderaan yang tidak lulus Cukai Kastam

211

Kes rampasan daun ketum di Perlis

Kes rampasan minyak petrol bersubsidi di Kedah

Kes rampasan mercun bunga api bernilai hampir Kes tangkapan 16 orang PATI dari Myanmar di Perlis
RM1 juta di Kelantan

212

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019

JPPM

JABATAN
PENDAFTARAN
PERTUBUHAN
MALAYSIA

213

MASYATI BINTI
ABANG IBRAHIM

Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia

PENDAFTARAN
PPEERRMTUOBHUOHNAANN BAHARU

Pada tahun 2019, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah menerima sejumlah 15,464
permohonan pendaftaran pertubuhan baharu meliputi pelbagai kategori pertubuhan. Daripada jumlah
tersebut, sebanyak 8,471 pertubuhan telah diluluskan manakala bakinya sebanyak 6,993 permohonan
telah ditolak kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan. Jumlah permohonan pendaftaran adalah
seperti berikut:

NEGERI PERMOHONAN PERMOHONAN DITOLAK JUMLAH PERMOHONAN
DILULUSKAN
Johor 510 1,076 1,586
Kedah 401 606 1,007
Kelantan 350 176 526
Melaka 388 185
Negeri Sembilan 514 144 573
Pahang 475 198 658
Perak 799 530 673
Perlis 85 1,329
Pulau Pinang 392 27
Sabah 835 276 112
Sarawak 411 474 668
Selangor 2,037 260 1,309
Terengganu 310 2,017 671
W.P Kuala Lumpur 858 4,054
W.P Labuan 42 6 316
W.P Putrajaya 64 947 1,805
JUMLAH 8,471
18 60
53 117
6,993 15,464

Jumlah Permohonan Pendaftaran Pertubuhan bagi tahun 2019

214

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019

TAHUN 2019
GERAN KOMUNITI

Melalui Belanjawan 2019, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM20 juta di bawah Perkara
Keenam, Para 189 (Memastikan Pembangunan Seimbang) untuk meneruskan pemberian Geran
Komuniti Tahun 2019 (G-Kom 2019) kepada persatuan penduduk yang berdaftar dengan JPPM.

G-Kom 2019 merupakan salah satu unsur pemerkasaan pertubuhan (Society Empowerment) bertujuan
untuk membiayai program pencegahan jenayah, pembelian peralatan kawalan keselamatan,
program-program pencegahan dadah, program kebersihan dan penyelenggaraan kawasan kejiranan
serta menjalankan aktiviti kejiranan/komuniti. Ia bermatlamat untuk memastikan keselamatan dan
keamanan dalam negara terjamin dan kesejahteraan rakyat terpelihara. G-Kom telah memberikan
manfaat kepada persatuan penduduk untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti.

Pada tahun 2019, JPPM telah berjaya mengagihkan G-Kom kepada 2,047 persatuan penduduk berdaftar
yang layak dengan perbelanjaan berjumlah RM19,999,509.00. Statistik kelulusan G-Kom 2019 mengikut
negeri adalah seperti berikut:

NEGERI JUMLAH (RM) BIL. PERSATUAN PENDUDUK
Johor 1,386,916.00 140
Kedah 878,012.00 107
Kelantan 642,681.00 65
W.P Kuala Lumpur 2,050,232.00 209
Melaka 1,617,193.00 163
Negeri Sembilan 1,277,515.00 131
Pahang 1,277,762.00 129
Perak 1,155,028.00 116
Perlis 229,058.00 23
Pulau Pinang 918,017.00 93
Sabah 739,185.00 75
Sarawak 277,275.00 28
Selangor 6,831,727.00 696
Terengganu 718,908.00 72
JUMLAH
19,999,509.00 2,047

Statistik Kelulusan G-Kom 2019 Mengikut Negeri

215

JPPM setiap tahun menetapkan sebanyak 80 peratus daripada persatuan penduduk yang menerima
G-Kom mematuhi syarat yang bertujuan untuk memastikan peruntukan yang dibelanjakan mengikut
permohonan dan juga mengawal peruntukan daripada disalahguna. Pemantauan sebanyak 763
persatuan telah dijalankan meliputi aspek pemeriksaan termasuklah alamat berdaftar, penyata
tahunan, buku kira-kira, mesyuarat agung dan daftar ahli.

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin
bin Haji Mohd Yassin, Menteri
Dalam Negeri menyampaikan
Geran Komuniti 2019 kepada
wakil persatuan penduduk
di Program Kelestarian
Pertubuhan Berdaftar pada
29 Jun 2019.

AKTA
PPEENRGTUUBAUTKHUAANSA19A6N6 [AKTA 335]

Pada tahun 2019, JPPM telah menjalankan pemeriksaan kepada 1,500 pertubuhan melibatkan kategori
keagamaan, rekreasi dan kebajikan bertujuan mengawal selia pertubuhan agar mematuhi peruntukan
Perlembagaan Pertubuhan dan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]. Statistik penetapan sasaran dan
pencapaian KPI pemeriksaan bernotis adalah seperti berikut:

Kategori Pertubuhan Tahun 2019

Pertubuhan Keagamaan Sasaran Pencapaian
Pertubuhan Kebajikan 400 445
Pertubuhan Rekreasi 650 701
450 521
Jumlah Keseluruhan
1,500 1,667

216

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019

PERTUBUHAN
HKIEMBPAUNNGASNASAINNE2R0G1I9 (HIPER’19)

Himpunan Sinergi Pertubuhan Kebangsaan Tahun 2019 (HiPER’19) diadakan sempena sambutan Hari
Pertubuhan Negara yang disambut pada 1 September setiap tahun. HiPER’19 telah menarik kehadiran
lebih 10,000 ribu pengunjung dengan melibatkan sejumlah 60 pempamer yang terdiri daripada
49 pertubuhan yang berdaftar di bawah JPPM dan 11 pempamer daripada agensi awam dan swasta.

Portal dan aplikasi Society Empowerment – MySociety telah dilancarkan sempena HiPER’19 sebagai
platform bagi mempromosi dan memasarkan organisasi pertubuhan yang boleh diakses oleh ahli
persatuan dan orang awam sebagai medium komunikasi di seluruh negara. Bagi tujuan ini, Jelajah
HiPER’ 19 merupakan platform utama bagi mempromosi HiPER’19 ke seluruh negara melalui penganjuran
program/aktiviti yang dijalankan di setiap zon melibatkan Zon Tengah, Zon Utara, Zon Timur, Zon Negeri
di Bawah Bayu, Zon Negeri Bumi Kenyalang dan Zon Selatan. Pelbagai tema telah menjadi pilihan
Jelajah HiPER’19 antaranya perpaduan, kebajikan, rekreasi, alam sekitar, kebudayaan dan kesenian
dengan mengetengahkan elemen #ros_care.

Elemen #ros_care bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama dengan pertubuhan yang berdaftar
di bawah JPPM serta memberikan khidmat nasihat dan kefahaman berkaitan pengurusan pertubuhan
selaras dengan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan 1984 termasuklah perlembagaan yang diwujudkan
oleh sesebuah pertubuhan. #ros_care dapat menghasilkan satu platform kepada warga JPPM
untuk mendekati pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar di bawah JPPM di seluruh negara serta
meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan pertubuhan secara efektif dan efisyen.

Majlis Pelancaran Jelajah HiPER’19

Persatuan Mesra Alam Sekitar 217
Negeri Sabah turut berperanan
menjana pendapatan pertubuhan
dan komuniti dengan penjualan
barangan terbuang untuk
dihasilkan sebagai produk kitar
semula.

218

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019

IPSOM

INSTITUT
KESELAMATAN
AWAM
MALAYSIA

HAJI MOHAMAD 219
SANURI BIN SHAHID

Ketua Pengarah
Institut Keselamatan Awam
Malaysia

DKEATSEANRTKEERSAELMAAMNATAAWNADMAN

Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) yang bertemakan “Keselamatan dan
Kententeraman Awam: Tanggungjawab Bersama” mula dibangunkan pada Julai 2018 dengan
penglibatan pelbagai pemegang taruh dan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 4 September
2019. Tema ini dipilih berdasarkan keperluan semasa bahawa usaha memelihara keselamatan
dan ketenteraman awam di negara ini merupakan tanggungjawab secara kolektif oleh setiap
warganegara Malaysia. DKKA meliputi enam teras dan 21 strategi dirangka dengan tumpuan bagi
menangani isu dan cabaran utama keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam dengan
penglibatan bersepadu semua pihak yang terlibat. Ia seharusnya menjadi garis panduan dalam
usaha menangani risiko dan ancaman yang boleh menganggu gugat keselamatan, keamanan dan
kesejahteraan negara. Pelancarannya telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia pada 3 Oktober 2019 di Auditorium Kompleks D, KDN.

YAB Perdana Menteri bergambar bersama
YB MDN dan pegawai-pegawai kanan KDN
semasa Majlis Pelancaran DKKA pada
3 Oktober 2019
YAB Perdana Menteri, YB Menteri Dalam
Negeri dan YBhg. Tan Sri KSU KDN memegang
menunjukkan dokumen DKKA

220

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019

IPSOM LECTURE ON
PUBLIC SECURITY

Syarahan Keselamatan Awam IPSOM atau IPSOM Lecture on Public Security (ILOPS) adalah satu inisiatif
IPSOM untuk menganjurkan program berbentuk Executive Talk atau sesi syarahan dan seminar secara
berkala bagi memupuk budaya perkongsian ilmu berhubung aspek keselamatan dan ketenteraman
awam di negara ini. Antara topik yang dikupaskan adalah:
i. Revolusi Industri 4.0: Impak kepada Keselamatan Negara;
ii. Mendepani Cabaran Keselamatan di Era Malaysia Baharu; dan
iii. Mendepani Cabaran New Psychoactive Substance (NPS) di Malaysia.

YBhg. Datuk TKSU (Dasar & Kawalan) bersama Ketua Eksekutif IPSOM, ahli panel dan Moderator
dalam Program Syarahan Keselamatan IPSOM di Auditorium Ibu Pejabat PENJARA

221


Click to View FlipBook Version