LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Program-program Kerjasama Antarabangsa
Mesyuarat Counter Terrorist Working Group (CTWG) di antara Malaysia dengan Australia telah
diadakan di Canberra, Australia pada 5 September 2019. Mesyuarat ini merupakan platform dalam
membincangkan isu-isu mengenai keganasan selain membincangkan inisiatif-inisiatif baharu dalam
meningkatkan keberkesanan menangani keganasan.
KDN dengan kerjasama United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), telah menganjurkan
“Regional Technical Training Workshop on the Effective Prevention and Intervention of the Use of
Internet and Social Media by Young Adults for Terrorist Recruitment and Propaganda in South-East
Asia” pada 17-19 September, 2019 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Bengkel ini melibatkan 40 peserta
dari Malaysia, Indonesia dan Filipina yang terdiri daripada pegawai yang terlibat dalam isu dasar,
operasi, penyiasatan dan pendakwaan terhadap kes keganasan. Penceramah yang dijemput terdiri
daripada pakar tempatan dan antarabangsa yang mempunyai pengalaman yang luas dalam isu
pencegahan keganasan dan ekstremisme serta media sosial.
Bengkel ini bertujuan untuk melengkapkan pegawai dengan teknik dan pengetahuan yang berkaitan
aspek pencegahan, penyiasatan, pengendalian keterangan digital, pendakwaan dan penyalahgunaan
internet dan media sosial untuk tujuan propaganda dan penyebaran ideologi keganasan. 99
Melalui bengkel ini, peserta turut didedahkan kepada kemahiran yang berkaitan dengan bantuan
undang-undang bersama dalam konteks bukti digital. Bengkel ini juga memperkenalkan kaedah
dan teknik untuk mencari dan menjalankan siasatan kes pengganas melalui profil Facebook serta
penggunaan “deep web” dan “dark web” yang kini menjadi medium bagi kumpulan pengganas untuk
menyebarkan propaganda mereka.
Selain itu juga Kementerian ini telah menganjurkan Global Counter Terrorism Forum Bersama Kedutaan
Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada 2 hingga 3 Mei 2019. Program ini merupakan usaha sama
di antara Malaysia dan juga Amerika Syarikat. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada
peserta untuk bertukar-tukar pandangan dan kepakaran mengenai pencegahan keganasan.
Program Agensi Persendirian
Program Latihan Certified Security Guards (CSG) di Bawah
Inisiatif Kolaboratif Strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN)
UNIT AGENSI PERSENDIRIAN 2019
130 PENGAWAL 30,889 MENGHADIRI KURSUS
KESELAMATAN 13,334 CSG TAHUN 2019
RIBU TEMPATAN
MENGHADIRI KURSUS
100 829 94,808 TNG 2019
PENGAWAL TEMPATAN
SYARIKAT PENGAWAL 13,164 MENJALANI TAPISAN
KESELAMATAN KESELAMATAN TAHUN 2019
29,173 WARGANEGARA PENGAWAL KESELAMATAN
NEPAL WARGANEGARA NEPAL
MENJALANI TAPISAN
KESELAMATAN TAHUN 2019
Majlis Perjumpaan YB Menteri Dalam Negeri Bersama
Industri Perkhidmatan Kawalan Swasta Sempena Taklimat
Pembaharuan Lesen Agensi Persendirian Tahun 2020
Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan Majlis Perjumpaan YB Menteri Dalam Negeri bersama
Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Swasta sempena Taklimat Pembaharuan Lesen Agensi
Persendirian Tahun 2020 pada 30 Oktober 2019 di Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya. Majlis ini telah
dihadiri seramai 3,000 orang Ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Saham, Pengurusan Kanan Syarikat
Kawalan Keselamatan Swasta dan pelanggan-pelanggan Industri Kawalan Keselamatan Swasta
Malaysia.
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Laporan Lawatan Kerja YBhg. Tan Sri Ketua
Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan
Delegasi ke Kementerian Kelautan dan Perikanan
(KKP), Indonesia
Pada 4 Oktober 2019, YBhg. Tan Sri Alwi bin Haji Ibrahim dan delegasi telah melakukan lawatan kerja
ke atas Kementerian Kelautan dan Perikanan (KKP), Indonesia. Lawatan ini turut disertai oleh Ketua
Pengarah APMM, dua orang pegawai kanan Bahagian Keselamatan dan tiga orang pegawai kanan
APMM. Ia merupakan lanjutan kepada lawatan kerja rasmi YTH Ibu Susi Pudjiastuti, Menteri Kelautan dan
Perikanan Indonesia dan delegasi Indonesia yang melakukan pertemuan dengan YB Tan Sri Dato’ Haji
Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri pada 10 Julai 2019. Lawatan tersebut bertujuan
meneroka kerjasama baharu dari segi penguatkuasaan dengan pihak KKP.
Dua siri perbincangan telah diadakan melibatkan Direktur Jeneral Dr. Agus Suherman dan delegasi
Kementerian Kelautan dan Perikanan serta Kementerian Luar Negeri Indonesia. Manakala perbincangan
kedua di antara YTH Ibu Susi Pudjiastuti, Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia bersama pengurusan
tertinggi SATGAS 115. 101
Antara isu-isu yang dibangkitkan adalah berkenaan Memorandum of Understanding (MoU) Between
the Government of Malaysia and the Government of Indonesia in Respect of The Common Guidelines
Concerning Treatment of Fisherman by Maritime Law Enforcement Agencies of Malaysia and The
Republic of Indonesia berkaitan pencerobohan nelayan dari kedua-dua buah negara di kawasan
pertikaian antara Malaysia-Indonesia. Selain itu, agensi penguatkuasaan maritim Malaysia-Indonesia
turut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang penguatkuasaan maritim termasuk
kesukaran berkomunikasi antara kedua-dua agensi penguatkuasaan.
Perbincangan antara YBhg. Tan
Sri KSU KDN dan delegasi dengan
Direktur Jeneral Dr. Agus Suherman
dan delegasi daripada Kementerian
Kelautan dan Perikanan serta
daripada Kementerian Luar Negeri
Indonesia di Jakarta pada
4 Oktober 2019
Penugasan Keselamatan dan Trafik
Bahagian Keselamatan telah diberi tanggungjawab untuk menyelaras penugasan keselamatan dan
kawalan trafik untuk penganjuran majlis/acara yang melibatkan tetamu/VIP berprofil tinggi. Bahagian
ini akan menyelaras keperluan keselamatan bagi sesuatu majlis/acara bersama-sama Kementerian/
Jabatan/Agensi yang berkaitan demi memastikan aspek keselamatan diambil tindakan sewajarnya.
Sepanjang tahun 2019, terdapat 11 penugasan keselamatan dan trafik telah diselaraskan oleh Bahagian
ini. Antaranya ialah Penganjuran LIMA’19, Sambutan Hari Kebangsaan, Kejohanan Golf antara Istana
Negara dan Perkhidmatan Awam, Asia Pacific Urban Forum dan penganjuran APEC 2020.
Program Temu Seru Orang Sekatan Bagi Akta Dadah Berbahaya (Langkah-
Langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Pencegahan Jenayah (APJ) 1959
dan Akta Pencegahan Keganasan (APK) 2015
Program Temu Seru Orang Sekatan merupakan program pemulihan khusus untuk orang sekatan
di bawah ADB (LLPK) 1985 sejak tahun 2007 dan kini melibatkan APJ 1959 dan APK 2015.
102
Program ini dilaksanakan di peringkat negeri dan dikhususkan untuk orang sekatan serta
PDRM di peringkat kontinjen dan daerah yang bertujuan memantau situasi dan permasalahan yang
dialami oleh mereka. Selain itu, program ini turut memberi informasi terkini berkaitan bantuan kerajaan
yang disediakan serta memberi motivasi, peringatan agar orang sekatan bersedia kembali kepada
kehidupan normal setelah tamat tempoh perintah sekatan kelak.
Sebanyak lima siri Program Temu Seru Orang Sekatan telah dilaksanakan pada tahun 2019 melibatkan
sejumlah 645 Orang Sekatan di lima buah negeri.
Statistik Program Temu Seru Tahun 2019
BIL. LOKASI TARIKH JUMLAH KEHADIRAN
ORANG SEKATAN
1 Unit 6, Pasukan Simpanan Persekutuan 16 Mac 2019
Wakaf Tapai, Terengganu 27 April 2019 1 17
19 Oktober 2019 63
2 Kem PGA Batalion 16, Kinarut, Sabah 2 November 2019 111
1 80
3 Pusat Latihan PDRM, Kuching, Sarawak 17 November 2019
1 74
4 Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, 645
Kedah
5 Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan
Udara, Ipoh, Perak
JUMLAH
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Persetujuan Pelantikan Polis Bantuan dan Pegawai
Kompaun
Bahagian ini juga telah memproses permohonan daripada PDRM bagi mendapatkan persetujuan
Menteri Dalam Negeri (MDN) bagi pemberian kuasa mengkompaun untuk 200 orang pegawai polis.
Perkara ini adalah selaras dengan perenggan 120(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan perenggan
235(2)(b) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Selain itu, Bahagian ini turut memproses permohonan dari PDRM untuk mendapatkan persetujuan
MDN bagi pelantikan 28 orang pegawai kanan Polis Bantuan dan kenaikan pangkat 28 orang pegawai
kanan Polis Bantuan. Perkara ini adalah selaras dengan subseksyen 47(1) Akta Polis 1967.
PDRM juga telah meluluskan 130 orang Polis Bantuan termasuk tiga orang pegawai kanan Polis Bantuan
untuk tujuan kawalan keselamatan di Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor.
Senarai Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) 103
Dalam Negara
Bahagian Keselamatan juga turut terlibat di dalam pengurusan penyediaan satu draf Nota Kerjasama,
tiga draf Memorandum Persefahaman (MoU) dan satu draf Memorandum Perjanjian (MoA) sepanjang
tahun 2019. Walau bagaimanapun, kesemua pengurusan draf ini masih belum diselesaikan kerana
terdapat isu perundangan dan diteruskan pada tahun 2020.
Senarai Permohonan Cadangan Pembentangan
Produk dan Perkhidmatan oleh Syarikat / Persatuan
kepada Kementerian Dalam Negeri
Sepanjang tahun 2019, Bahagian ini telah menguruskan 22 kertas cadangan pembentangan syarikat
yang melibatkan skop CCTV, pembayaran melalui aplikasi digital, pemantauan kenderaan, aplikasi
keselamatan dan lain-lain selaras dengan arahan terkini oleh Pengurusan Tertinggi KDN supaya
perolehan aset-aset Agensi perlu melalui Bahagian Keselamatan.
Siasatan dan Rayuan
Bahagian Keselamatan turut mengurus setiakan proses inkuiri yang melibatkan Akta Pencegahan
Jenayah 1959 (POCA), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (LLPK) dan
Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).
Statistik fail-fail kes yang didaftarkan untuk proses inkuiri oleh Pegawai Siasatan/Inkuiri dan juga fail-fail
rayuan yang didaftarkan untuk proses pertimbangan rayuan bagi tahun 2019 adalah seperti berikut:
BIL. AKTA BIL. FAIL MASUK FAIL YANG SELESAI CATATAN
Akta Pencegahan
Jenayah 1959/
1 Akta Pencegahan 1,590 1,590
Keganasan 2015
Akta Dadah Berbahaya 1,8 1 9 1,8 1 9
2 (Langkah-Langkah
104
Pencegahan Khas) 1985
3 Akta Pencegahan 33
Keganasan 2015
Rayuan Daripada Subjek/ 1 95 Fail diterima pada
Tahanan Di Bawah 1 6 1 hujung bulan
4 Akta Dadah Berbahaya
(Langkah-Langkah Disember
Pencegahan Khas) 1985
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Tapisan Keselamatan
Bagi proses tapisan dan ulasan keselamatan, Bahagian Keselamatan bertanggungjawab ke atas lima
aktiviti utama seperti berikut:
BIL. PERMOHONAN PERMOHONAN KELULUSAN
1 23
1 Warganegara Malaysia memasuki negara 1 50 85
terlarang dan sebaliknya 50
99 410
2 Pelantikan penceramah/pakar rujuk asing 50
576 19
3 Pelantikan Duta/Pesuruhjaya Tinggi/Atase
105
4 Lawatan oleh pelajar/pensyarah Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ke luar negara
Waiver of two-year-home residence 21
5 requirement letter of no obligation oleh
warganegara Malaysia di Amerika Syarikat
Pelesenan Senjata
Bahagian Keselamatan juga bertindak mengawal selia permohonan lesen mengilang senjata dan
amunisi di bawah Akta Senjata 1960.
Sesi lawatan naziran ke kilang-kilang syarikat yang memohon lesen atau pembaharuan lesen
pengilangan senjata dan amunisi dilaksanakan secara berkala bagi mengawal dan memantau
pematuhan syarikat terhadap syarat-syarat keselamatan yang telah ditetapkan.
Selain itu, Bahagian ini juga turut mengawal selia permohonan pertunjukan bunga api piroteknik
di seluruh negara.
Permohonan oleh syarikat-syarikat berlesen pengendali piroteknik untuk mengadakan pertunjukan
bunga api diterima secara berkala dan dipertimbangkan selaras dengan Garis Panduan Permohonan
Mengimport dan Mengadakan Pertunjukan Piroteknik. Sepanjang tahun 2019, sebanyak 456 permohonan
telah diterima dan dipertimbangkan.
KEPENJARAAN,
BAHAGIAN
ANTIDADAH DAN RELA
Bahagian PDR dipertanggungjawabkan untuk menyelaras isu-isu dasar Jabatan Penjara Malaysia,
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Ini termasuklah
menggubal dan meminda undang-undang, peraturan dan polisi yang berkaitan dengannya bagi
memastikan dasar-dasar yang dibuat adalah selaras dasar-dasar Kerajaan, Undang-Undang, visi
dan misi Kementerian serta peraturan yang sedang berkuat kuasa. Selain itu, Bahagian PDR juga
merupakan penyelaras dalam pengurusan permohonan bantuan Tabung Amanah Perwira dan
Pertahanan Negara (TAPPN) yang melibatkan benefisiari daripada Jabatan Penjara Malaysia, AADK,
RELA, Jabatan Imigresen Malaysia dan Agensi Kawalan Sempadan.
106 Perjanjian Memorandum Persefahaman
Malaysia - Brunei
Kerajaan Malaysia dan Brunei Darussalam telah menandatangani Memorandum Persefahaman
(MoU) mengenai Pemindahan dan Iring Kawal Banduan /Tahanan Negeri-negeri Sabah dan Sarawak,
Malaysia melalui Negara Brunei Darussalam dan Pemindahan dan Iring Kawal Banduan/Tahanan
Negara Brunei Darussalam Melalui Negeri-negeri Sabah dan/atau Sarawak, Malaysia pada 5 Mac
2019. MoU ini ditandatangani oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam
Negeri Malaysia dan YB Datuk Seri Setia Dr. Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri, Brunei Darusalam, melibatkan pemindahan serta iring kawal banduan atau tahanan
dari Sabah dan Sarawak melalui Brunei dan sebaliknya.
Pemeteraian MoU ini turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan YAB Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya bersempena Rundingan
Pemimpin Tahunan Ke-22 antara Malaysia dan Brunei.
MoU ini ditandatangani oleh Tan Sri
Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd
Yassin, Menteri Dalam Negeri dan
Datuk Seri Setia Dr. Hj Awang Abu
Bakar bin Hj Apong, Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri Negara Brunei
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Rundingan Bagi Triti International Transfer of
Prisoners (ITOP) di antara Kerajaan Malaysia dan
Kerajaan Thailand
Sesi rundingan pertama bagi Treaty on the Transfer of Sentenced Persons on Cooperation in the
Enforcement of Penal Sentence antara Malaysia dan Thailand telah diadakan selama dua hari pada
4–5 April 2019 di Al-Meroz Hotel, Bangkok, Thailand yang dihadiri oleh wakil Kementerian Dalam Negeri
bersama Kementerian Luar Negeri, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Penjara Malaysia.
Rundingan ini menjurus kepada perbincangan awal mengenai perundangan negara masing-masing.
Ianya juga turut membincangkan mekanisme terbaik bagi pelaksanaan Program Pemindahan
Antarabangsa Banduan di antara Malaysia dan Thailand serta memperhalusi secara terperinci
Triti Pemindahan Antarabangsa Banduan kedua-dua negara secara artikel demi artikel sebelum
dimuktamadkan supaya tidak bercanggah dengan perundangan sedia ada.
Susulan itu, rundingan kedua pula diadakan di Ames Hotel, Melaka pada 24–26 Julai 2019. Kedua-
dua rundingan ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Muhamad Sade bin Mohamed Amin, Setiausaha Bahagian,
Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA (PDR). 107
Selain dapat mengukuhkan hubungan bilateral antara Malaysia dan Thailand, jika rundingan ini berjaya,
ianya membolehkan kerajaan membawa pulang banduan warganegara Malaysia yang berada
di penjara Thailand balik ke Malaysia bagi menjalani baki tempoh hukuman sekaligus menunjukkan
keprihatinan kerajaan terhadap rakyat dalam menjaga kebajikan mereka. Rundingan ketiga pula
dijangka diadakan pada tahun 2020.
RUNDINGAN ITOP PERTAMA
Sesi rundingan pertama ITOP Malaysia–Thailand yang diadakan di Al Meroz Hotel, Bangkok pada 4-5 April 2019
RUNDINGAN ITOP KEDUA
108
Sesi rundingan kedua ITOP Malaysia–Thailand yang diadakan di Ames Hotel, Melaka pada 24-26 Julai 2019.
Penyertaan YB Menteri Dalam Negeri ke nd
The 62 Session of The
dan Lawatan Kerja ke Vienna,
Commission on Narcotic Drugs
Austria pada 14 -15 Mac 2019
YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam
Negeri telah mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri The 62nd
Session of the Commission on Narcotic Drugs (62nd CND) yang telah
diadakan di Vienna, Austria. CND merupakan mesyuarat tahunan
peringkat United Nations yang bertujuan untuk membincangkan hala
tuju dan dasar-dasar program United Nations Office on Drugs and
Crime (UNODC) berkaitan permasalahan dadah, mempertingkatkan
peranan CND dan memperkasakan program-program antidadah
di peringkat antarabangsa. Delegasi Malaysia turut diwakili oleh YDH
CP Dato’ Sri Zulkifli bin Abdullah, Ketua Pengarah, Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK), YDH Dato’ Sri Mohmad Salleh, Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Diraja Malaysia (PDRM),
En. Mohd Naaim Mahmod, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri
Dalam Negeri dan Dr. Ravi Ramadah, Ketua Penolong Pengarah, AADK.
YB Menteri telah menghadiri Segmen Menteri-Menteri pada 14 – 15 Mac 2019 dan telah menyampaikan
Kenyataan Negara yang mengetengahkan pendirian dan komitmen Malaysia serta usaha-usaha
holistik dalam menangani dadah.
Secara keseluruhannya, penglibatan delegasi Malaysia yang aktif telah dapat mengetengahkan
pendirian dan mengulangi komitmen negara dalam menangani masalah dadah serta menaikkan
profil Malaysia di persada antarabangsa dan meningkatkan kerjasama dengan UNODC serta
negara-negara lain.
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Sesi Perbincangan Kunjungan Hormat YB Menteri Kesihatan
ke atas YB Menteri Dalam Negeri pada 24 Jun 2019
YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin Menteri Dalam Negeri telah menerima kunjungan
hormat daripada YB Dr. Dzulkefly bin Ahmad Menteri Kesihatan pada 24 Jun 2019 dan seterusnya
mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu dekriminalisasi penggunaan dadah dan
pengurusan penyakit Tuberkulosis (Tibi) dan lain-lain penyakit berjangkit di penjara, lokap, pusat
tahanan dan depot tahanan KDN.
Mesyuarat tersebut bersetuju bahawa rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah perlu
ditingkatkan dan kerjasama di antara KDN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) harus
dipertingkatkan dalam aspek ini serta dalam pengurusan penyakit berjangkit di tempat-tempat
tahanan.
109
Kunjungan hormat YB Menteri Kesihatan ke atas YB Menteri Dalam Negeri
Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh YB Menteri Dalam Negeri dan YB Menteri Kesihatan. Turut hadir ialah
pegawai-pegawai kanan KDN dan KKM
Program Tempat Kerja Bebas Dadah 2019
‘Tempat Kerja Selamat, Produktiviti Meningkat’
Bahagian PDR telah menganjurkan program Tempat Kerja Bebas Dadah bertajuk “Tempat Kerja
Selamat, Produktiviti Meningkat” pada 27 Februari 2019. Program ini telah diadakan bersempena Bulan
Antidadah Tahun 2019 yang mana telah dilancarkan oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri
pada 22 Februari 2019. Majlis penutup bagi program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Jamil bin
Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KDN.
Program ini telah diadakan di Dewan Cergas Perdana, JPN dan telah dihadiri oleh seramai 92 orang
peserta daripada pelbagai Bahagian di KDN. Penceramah bagi program ini adalah penceramah
jemputan daripada AADK iaitu YBrs. Dr. Nor Azri bin Ahmad, dan YBrs. Encik Jackson anak Vincent
Tambang.
110
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Bantuan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara
(TAPPN) 2019
Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) merupakan inisiatif dalam menjaga kebajikan
kepada anggota keselamatan atau waris yang meninggal dunia atau mengalami kecederaan semasa
melaksanakan tugas. Terdapat tujuh Jabatan dan Agensi benifisiari TAPPN di bawah KDN iaitu PDRM,
JIM, PENJARA, AADK, APMM, AKSEM dan RELA.
Bagi tahun 2019, sebanyak lima permohonan lengkap diterima daripada JIM, PENJARA dan RELA seperti
berikut:
KATEGORI JUMLAH
BANTUAN
BIL. KECEDERAAN PERMOHONAN PROSES LULUS TIDAK BATAL
PERMOHONAN 1 LULUS 2 (RM)
DITERIMA PERTIMBANGAN
1 1 2 750.00 111
TAPPN 2019
1 0.00
1 Cedera Ringan 3
0.00
2 Cedera Parah 1
750.00
3 Meninggal 1 1
Dunia
JUMLAH 5 1
Sebanyak satu permohonan telah diluluskan manakala satu permohonan daripada JIM masih
di dalam proses pertimbangan. Terdapat satu permohonan daripada RELA yang tidak diluluskan
kerana anggota tidak berada dalam keadaan tugas aktif sewaktu insiden berlaku. Dua permohonan
telah ditarik semula oleh Jabatan pemohon kerana gagal menepati syarat permohonan. Semua
permohonan TAPPN yang telah diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri akan dikemukakan kepada
Amanah Raya Berhad untuk proses pembayaran kepada anggota/waris terlibat.
PENGUATKUASAAN
BAHAGIAN
DAN KAWALAN
Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK), KDN merupakan Bahagian baharu hasil penstrukturan
semula organisasi yang dilaksanakan bermula pada tahun 2018. Bahagian ini telah mengambil alih
fungsi dan peranan dalam mengawal selia dan menguatkuasakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
(AMCP) 1984 dan Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986, selain bertanggungjawab dalam
menguatkuasakan Akta Penapisan Filem (APF) 2002 dan Akta Agensi Persendirian (AAP) 1971.
Kawal Selia Penerbitan Bercetak
112 Lesen dan Permit Penerbitan
Sepanjang tahun 2019, bagi pelesenan di bawah AMCP 1984, sejumlah 132 permohonan Lesen Mesin
Cetak (LMC) dan 569 permohonan Permit Penerbitan (PP) telah diluluskan. Sehingga kini, sebanyak
3,196 LMC dan 4,493 PP telah dikeluarkan oleh KDN. Manakala di bawah APTQ 1986, sejumlah tiga Lesen
Cetak al-Quran (LCQ) dan 49 perakuan betul pruf akhir teks al-Quran telah disemak dan diluluskan
oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) bagi tahun 2019. Secara
keseluruhannya, sejumlah 59 LCQ dan 825 pruf akhir teks al-Quran telah diluluskan oleh LPPPQ.
Pemantauan dan Kajian Penerbitan
Tindakan kawalan terhadap kandungan bahan penerbitan di bawah AMCP 1984 dilaksanakan melalui
tapisan dan kajian ke atas:
1 2 3
Naskhah yang Naskhah yang Kajian ke atas
mempunyai PP dirujuk atau naskhah baru di
ditahan semasa pasaran yang
pemeriksaan di disyaki
pintu masuk melanggari
negara dan mana-mana
lapangan peruntukan di
bawah AMCP 1984
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Sejumlah 43,275 naskhah berbahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil telah disemak dan dikaji pada
tahun 2019, terdiri daripada 22,861 naskhah permit, 20,405 naskhah rujuk/tahan dan sembilan naskhah
baharu. Sehingga kini, sebanyak 2,284 bahan penerbitan telah dikenakan tindakan Perintah Larangan
(PL) oleh KDN, di mana lima bahan penerbitan telah dikenakan tindakan PL pada tahun 2019.
Sebanyak 279 Program Pendidikan dan Pencegahan (P&P) telah dilaksanakan seluruh negara bagi
meningkatkan kesedaran dan pemahaman dalam kalangan pemegang taruh, pelanggan dan orang
awam ke atas penguatkuasaan dan kawalan di bawah AMCP 1984, APTQ 1986, APF 2002 dan AAP 1971.
Keurussetiaan
Bahagian PKK berperanan sebagai urus setia kepada LPPPQ yang telah bersidang pada bulan April, 113
September dan November 2019 bertujuan membincangkan dasar dan peraturan berkaitan kawal selia
teks al-Quran dan hadith. LPPPQ turut memutuskan tindakan ke atas teks atau bahan al-Quran yang
telah ditahan serta meluluskan lesen mencetak al-Quran dan perakuan betul pruf akhir teks al-Quran.
Selain itu, Bahagian ini juga bertanggungjawab menguruskan Mesyuarat Lajnah Tasheh al-Quran bagi
menyemak cadangan pruf akhir teks al-Quran yang telah dikemukakan oleh penerbit dan Mesyuarat
Lajnah Tahqiq Hadith bagi mengawal selia penerbitan berkaitan teks hadith.
Sesi Libat Urus Bersama Media
Majlis Ramah Mesra Menteri Dalam Negeri bersama Media dilaksanakan pada 6 November 2019
di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh wakil-wakil syarikat media, termasuk The New
Straits Times Press (Malaysia) Sdn. Bhd, Kumpulan KarangKraf Sdn. Bhd, Sin Chew Media Corporation,
Makkal Osai Sdn. Bhd. dan lain-lain. Sesi ini merupakan interaksi dua hala di antara KDN dengan Ketua
Pengarang dan pemegang permit penerbitan bagi membincangkan isu-isu semasa dan etika dalam
menyampaikan maklumat kepada masyarakat awam.
Penguatkuasaan
Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan melalui aktiviti pemeriksaan dan operasi
di pintu masuk negara dan lapangan. Sejumlah 50,666 konsainan di pintu masuk negara dan 15,578
premis di lapangan telah diperiksa. Hasilnya sebanyak 28,458 naskhah di bawah AMCP 1984 dan APTQ
1986 telah ditahan serta 89,492 filem telah dirampas di bawah APF 2002.
Selain itu, 122 operasi bersepadu telah berjaya dilaksanakan bersama Jabatan dan Agensi
penguatkuasaan seperti JIM, JPN, AADK dan Jabatan Agama Islam Negeri. Aktiviti naziran turut
dilaksanakan ke atas 200 syarikat kawalan keselamatan dan 12,710 pengawal keselamatan telah
diperiksa di hospital dan sekolah di seluruh negara di bawah AAP 1971.
PENCEGAHAN
URUS SETIA LEMBAGA
JENAYAH & KEGANASAN
Persidangan LPJ & LPK
Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) ditubuhkan berdasarkan subseksyen 7B(1) Akta Pencegahan
Jenayah 1959 (Akta 297). Manakala Lembaga Pencegahan Keganasan (LPK) ditubuhkan berdasarkan
subseksyen 8(1) Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Akta 769). LPJ & LPK (selepas ini dirujuk sebagai
‘Lembaga’) dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Lembaga terdiri daripada:
114 2
1 Seorang Timbalan
Pengerusi
Seorang Pengerusi
Tidak kurang daripada
3 tiga dan tidak lebih
daripada enam anggota lain
Lembaga menjalankan tugas-tugasnya melalui mesyuarat yang dipanggil “persidangan”. Di dalam
persidangan, pertimbangan kepada fail kes subjek yang dibawa akan dibincangkan oleh ahli Lembaga,
seterusnya mengenai perintah yang akan dikeluarkan. Di samping itu, Persidangan Lembaga juga
membincangkan keperluan mengubah, meminda atau membatalkan perintah yang dikeluarkan
sekiranya ada permohonan sama ada daripada pihak polis atau penama.
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Statistik Kes Persidangan LPJ
Bagi tahun 2019, LPJ telah mengadakan sebanyak 328 sesi Persidangan bagi mendengar 1,514 kes
permohonan, iaitu 1,370 kes Permohonan Dengan Inkuiri (PDI) dan 144 kes Permohonan Tanpa Inkuiri
(PTI). Daripada jumlah tersebut, 489 penama atau 32.30 peratus telah dikenakan Perintah Tahanan
dan 914 penama atau 60.37 peratus penama telah dikenakan Perintah Pengawasan Polis (789 kes
permohonan PDI dan 125 kes permohonan PTI). Manakala, sebanyak 111 kes permohonan atau 7.33
peratus telah ditolak (92 kes permohonan PDI dan 19 kes permohonan PTI). Statistik terperinci mengikut
jantina adalah seperti berikut:
PEREMPUAN VS LELAKI
34 (7%) 455 (93%)
Perintah
Tahanan
Perintah
14 (2%) Pengawasan (PDI) 775(98%)
1 (1%) Perintah 124 (99%) 115
Pengawasan (PTI)
3 (3%) Bebas 89 (97%)
POCA Tahun 2019 (Jantina)
Curi / Samun / 46 Seludup Migran Perjudian / Infografik POCA Tahun
CPeucria/hSRaummuanh/ 46 Seludup Migran PPeerljaucduiarann/ 2019 Perintah Tahanan
Pecah Rumah Pelacuran (Jenis Kesalahan)
Bunuh / 11 33Pertubuhan
257 182
257 182
KeBguannuahs/an KPoeHHnrtgaausrrbaai uGmmhea//lanp
Keganasan Kongsi Gelap
Pertubuhan
Bunuh / KPoeHHnrtgaausrrbaai uGmmhea//lanp
KeBguannuahs/an Kongsi Gelap Infografik POCA Tahun
Keganasan 2019 Perintah Pengawasan
770022 1177 1111 1199Curi / Samun / 40 (Jenis Kesalahan)
40
CPeucria/hSRaummuanh/ Seludup Migran
Perjudian /
Pecah Rumah Seludup Migran PPeerljaucduiarann/
Pelacuran
Statistik Kes Persidangan LPK
Jadual di bawah menunjukkan statistik kes Perintah Tahanan dan Perintah Pengawasan mengikut
Organisasi Pengganas. Terdapat dua kes yang telah diputuskan melibatkan Perintah Tahanan dan
Perintah Pengawasan. Statistik terperinci berkaitan kes-kes adalah seperti berikut:
STATISTIK KES DI BAWAH AKTA PENCEGAHAN KEGANASAN 2015 BAGI TAHUN 2019
JUMLAH 2019 TAHUN
2 FAIL KES DITERIMA
Bebas Tahanan KEPUTUSAN PERINTAH
Pengawasan
1010 W
116 1 0 0 1 BW WARGANEGARA
2 0 1 1 JUM
1010 M
0000 C
0000 KAUM
I
1 0 0 1 LAIN-LAIN
20 1 1 L
0000 JANTINA
W
1 0 1 0 ISLAM(IICS)STATE
0 0 0 0 KUMPULAN ABU
SAYYAF
0 0 0 0 JEMAAH ORGANISASI
ISLAMIAH
PENGGANAS
0 0 0 0 AL-QAEDA
0 0 0 0 AHRARASHSHAM
1 0 0 1 LAIN-LAIN
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Pematuhan Pelaksanaan Akta Pencegahan
Jenayah 1959 dan Akta Pencegahan
Keganasan 2015 oleh Agensi Pelaksana
Program Naziran dan Temu Seru ini melibatkan agensi pelaksana dan penguatkuasaan Kontinjen Polis
Negeri dan daerah-daerah di bawah pentadbirannya. Program ini melibatkan sesi perbincangan
di antara Lembaga dan Pegawai-pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri khususnya Ketua-ketua
Polis Balai di daerah-daerah. Ia berhubung pelaksanaan APJ 1959 terutamanya mengenai pemantauan
penama-penama yang dikenakan Perintah Pengawasan Polis/Perintah Sekatan di daerah-daerah
tertentu di bawah kendalian balai-balai polis yang berkenaan. Objektif utama program adalah:
i. Memberi pemahaman tentang undang-undang APJ 1959 dan APK 2015 serta pelaksanaannya;
ii. Memberi penerangan tentang Perintah Pengawasan Polis di bawah Seksyen 15 APJ 1959 & Perintah
Sekatan di bawah Seksyen 13(3) APK 2015 yang dikeluarkan oleh Lembaga dan syarat-syarat
sekatan yang dikenakan;
iii. Memeriksa dan menyemak fail Orang Pengawasan Polis (OPP); dan
iv. Memahami masalah-masalah yang dihadapi di peringkat pelaksanaan dan memberi cadangan 117
penyelesaian.
Selain itu, program ini juga dapat memastikan urusan penyerahan perintah kepada subjek oleh
agensi-agensi pelaksana mematuhi kehendak Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Pencegahan
Keganasan 2015 dalam memastikan jenayah terancang dan keganasan dapat dibendung.
PENAPIS FILEM
PEJABAT
Pejabat Penapis Filem (PPF) dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal ehwal berkaitan dasar
penapisan filem di Malaysia dan menguruskan semua permohonan filem dan bahan publisiti filem
yang dibuat, dimiliki, disebar, ditayang, diedar, dipamerkan, dijual atau disewa di Malaysia untuk
ditonton tapis serta diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) selaras dengan Akta Penapisan Filem
2002 [Akta 620].
Pencapaian Pejabat Penapis Filem
Sesi Libat Urus Klasifikasi Filem Bersama Pemegang Taruh
PPF dan LPF telah memulakan inisiatif untuk penambahbaikan klasifikasi filem di Malaysia susulan
118 daripada cadangan yang disuarakan oleh beberapa pihak terutamanya industri filem tempatan
selaras dengan kemajuan dan perkembangan industri pada masa kini.
Satu kajian telah dijalankan bagi menganalisis persekitaran semasa dan mengenal pasti keperluan
penambahbaikan klasifikasi filem. Hasil kajian telah dibentangkan kepada pemegang taruh melalui
tiga sesi libat urus bagi mendapatkan input dan maklum balas ke atas cadangan penambahbaikan
klasifikasi filem yang dijangka dimuktamadkan pada tahun 2020:
BIL. PEMEGANG TARUH TARIKH TEMPAT
1. Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta 28 Mei 2019 Bilik Mesyuarat Kenanga,
Kementerian Dalam Negeri
2. Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) 10 Oktober 2019 Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS
Hulu Kelang
3. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) 10 Disember 2019 Bilik Mesyuarat Kenanga,
Kementerian Dalam Negeri
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Pelantikan Anggota Baharu Lembaga Penapis Filem
Urusan pelantikan anggota Lembaga Penapis Filem (LPF) telah dilaksanakan sebanyak dua kali setahun
iaitu 12 orang bagi sesi lantikan Januari 2019 dan enam orang bagi sesi lantikan Julai 2019. Kesemua
anggota baharu tersebut telah menjalani Kursus Induksi Penapisan Filem yang bertujuan untuk:
i. Memberi pendedahan tentang dasar dan tujuan penapisan filem;
ii. Memberi kefahaman mengenai akta, peraturan dan garis panduan berkaitan penapisan filem;
iii. Memberi kefahaman tentang perbezaan penapisan filem bagi filem tayangan pawagam (filem
panggung), tapisan kandungan stesen TV, tapisan filem iklan, treler dan lain-lain; dan
iv. Memberi kefahaman mengenai tatacara dan proses penapisan serta klasifikasi filem.
Pengurusan Penapisan Filem
Sepanjang tahun 2019, PPF telah memproses sebanyak 14,231 permohonan penapisan filem dan bahan 119
publisiti filem tempatan dan luar negara.
FILEM PITA
2,278 6,731
JUMLAH
14,231
PERMOHONAN
STESEN TV BAHAN PUBLISITI
4,417 805
Jumlah Filem dan Bahan Publisiti Filem yang
diproses pada Tahun 2019
Sebanyak 726 filem panggung telah ditonton tapis oleh LPF pada tahun 2019. Daripada jumlah tersebut,
718 (98.9%) filem panggung telah diluluskan manakala hanya lapan (1.1%) filem tidak diluluskan untuk
tayangan umum (TUT) kerana tidak menepati Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam
Negeri 2010.
PPF juga telah memproses permohonan Perakuan B yang merupakan salinan pendua bagi setiap filem
yang diluluskan oleh LPF. Bagi tahun 2019, PPF telah mengeluarkan sebanyak 549,268 unit Perakuan B
yang berasaskan teknologi 2D Barkod dengan hasil sebanyak RM8,411,252.82.
Secara keseluruhannya, urusan penapisan filem dan bahan publisiti filem telah menyumbang kepada
kutipan hasil Kerajaan sebanyak RM9,488,600.82 pada tahun 2019.
120 Key Performance Indicator (KPI)
PPF dan LPF telah mencapai sasaran 100 peratus Key Performance Indicator (KPI) iaitu sebanyak
1,217 filem panggung diberi keputusan dalam tempoh lima hari bekerja melalui Sistem Pengurusan
Penapisan Filem (iLPF) bagi permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat.
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
BAHAGIAN URUS SETIA
PAROL
LEMBAGA
Bahagian Urus Setia Lembaga Parol (ULP) KDN ditubuhkan berdasarkan Seksyen 46C (2) Akta Penjara
1995 (Pindaan) 2008, yang berperanan sebagai nadi penggerak dalam merealisasikan matlamat utama
Sistem Parol iaitu melicinkan proses reintegrasi banduan ke dalam masyarakat serta mengurangkan
kesesakan di penjara.
Garis Panduan Pelantikan Anggota Lembaga Parol
Awam
Bermula Januari 2019, pelantikan ALP (Awam) dilaksanakan mengikut Garis Panduan Pemilihan,
Pelantikan Semula, dan Penamatan Kontrak Anggota Lembaga Parol (Awam) KDN yang memperincikan 121
kriteria dan syarat pemilihan calon ALP (Awam) serta tatacara pelantikan, pelantikan semula dan
penamatan kontrak.
Statistik Pertimbangan Pelepasan Secara Parol
Sehingga 31 Disember 2019, LP telah mempertimbangkan sebanyak 10,516 Permohonan Parol iaitu
peningkatan sebanyak 12.7 peratus daripada tahun sebelumnya. Sebanyak 6,520 (62%) permohonan
telah diluluskan manakala 3,996 (38%) lagi ditolak.
Jumlah Permohonan Lulus/Tolak Bagi Tahun 2019
1,200,000 10,516
1,000,000
9,331
800,000 7,730
600,000
400,000 6,251 6,520
200,000
5,523
0
5,029
4,111 3,855 3,996
2,695
3,112 3,258 3,080
2,654 2,320
2,359 2,701
1,912
1,323 1,644 1,861 1,416 1,668
746 447
932 1,028 1,190 938
199 577 616 671
733 458
JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS
Diluluskan Ditolak Jumlah
Sesi Penilaian Banduan
LP sehingga 31 Disember 2019 telah berjaya melaksanakan 580 persidangan meliputi 252 persidangan
bagi pertimbangan permohonan baharu dan 328 persidangan bagi pertimbangan dosir-dosir kes.
Manakala sebanyak 30 sesi penilaian banduan di institusi-institusi penjara terpilih telah berjaya
dilaksanakan bagi tempoh sehingga 31 Disember 2019.
Program Naziran dan Pemberian Sumbangan
Kepada Orang DiParol (ODP)
Program ini diadakan sebagai wadah KDN dalam menyantuni ODP dan menzahirkan sokongan moral
kepada mereka. Seramai 21 ODP telah terlibat di dalam program ini, 11 ODP daripada Felcra Serting,
Jempol dan 10 ODP daripada Felcra Kerangai Penagoh, Jelebu, Negeri Sembilan. Program ini turut
mendapat liputan media termasuk daripada BERNAMA dan TV3.
122
Program Naziran dan Pemberian
Sumbangan kepada ODP telah
diadakan pada 20 Disember 2019
bertempat di Felcra Serting, Jempol,
Negeri Sembilan
Mesyuarat LP Bersama IPPM dan Pengarah Penjara
Negeri
Mesyuarat Lembaga Parol Bersama Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) dan Pengarah Penjara
Negeri diadakan bagi membincangkan isu-isu pelaksanaan yang dihadapi oleh LP semasa
mempertimbangkan permohonan pelepasan secara parol dan penambahbaikan pelaksanaan
Sistem Parol. Mesyuarat diadakan pada 2 Julai 2019 dan 21 November 2019 dipengerusikan oleh
Pengerusi Lembaga Parol KDN dan melibatkan wakil seramai 22 pegawai daripada pihak IPPM dan
semua Penjara Negeri.
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Sesi Libat Urus TKSU(K) Bersama Majikan Program
Corporate Smart Internship for Parolee (CSI PAROL)
Dua sesi libat urus yang diketuai oleh YBhg. Datuk TKSU(K) KDN telah diadakan pada 27 Jun 2019
bersama Syarikat Agrobest (M) Sdn. Bhd., Pekan, Pahang dan pada 21 November 2019 bersama Syarikat
Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn. Bhd. (PAPAMY).
123
Program Latihan dan Penambahbaikan Sistem
Parol
ULP KDN telah melaksanakan dua program latihan iaitu Bengkel Pembangunan Promosi Pengenalan
Sistem Parol pada 4 hingga 5 Julai 2019 dan Kursus Penambahbaikan Keurusetiaan Lembaga Parol
pada 4 hingga 6 Oktober 2019.
Bengkel Pembangunan Promosi Pengenalan Sistem Parol dilaksanakan bertujuan menyediakan pelan
promosi bagi memperkenalkan Bahagian ULP dan Sistem Parol kepada masyarakat luar. Peserta
juga telah didedahkan dengan kaedah-kaedah serta jenis-jenis promosi yang berkesan dalam
membangunkan sesuatu pelan promosi. Bengkel tersebut telah berjaya menghasilkan satu penerbitan
Video Korporat LP.
Kursus Penambahbaikan Keurusetiaan Lembaga Parol di Pusat Latihan Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) Camar Laut, Sepang, Selangor dilaksanakan bertujuan menambahbaik
tugas-tugas keurusetiaan dan pengurusan persidangan LP KDN, selain meningkatkan kemahiran
Anggota LP dalam membuat pertimbangan pelepasan secara parol. Hasil dapatan kursus, isu-isu
semasa dalam pertimbangan Pelepasan Secara Parol dan cadangan penambahbaikan pelaksanaan
Sistem Parol telah dibentangkan kepada YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, TKSU(K) KDN dan
YBhg. Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) dan
wakil Bahagian PDR KDN semasa majlis penutup.
124
124
SEKTOR
DASAR &
KAWALAN
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
125
125
Bahagian Hubungan Antarabangsa
Bahagian Pendaftaran Negara dan
Pertubuhan
Pejabat Strategik Nasional (NSO)
Majlis Antipemerdagangan Orang
dan Antipenyeludupan Migran
(MAPO)
Bahagian Perancangan Strategik
Bahagian Parlimen dan Kabinet
Bahagian Pengurusan Pekerja Asing
Bahagian Hal Ehwal Imigresen
ABANHTAAGRIAABNAHNUGBSUANGAN
Lawatan Kerja YB Menteri Dalam Negeri ke
Amerika Syarikat
YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd perang perdagangan antara dua kuasa ekonomi
Yassin, Menteri Dalam Negeri telah mengadakan terbesar dunia iaitu Amerika Syarikat dan China.
Lawatan Kerja ke Washington D.C. dan New York, Lokasi geografi yang strategik di tengah-tengah
Amerika Syarikat pada 14 hingga 23 September laluan perkapalan dan perdagangan
2019 bagi menerima undangan menyampaikan dunia di samping hubungan diplomatik yang
ucaptama bertajuk ‘Malaysia – the United States baik dengan kedua-dua negara adalah antara
faktor utama yang menyumbang kepada potensi
Economic, Political and Strategic Relations’ Malaysia sebagai perantara dan pengimbang
di Center for Strategic and International Studies dalam mencari resolusi terhadap konflik yang
(CSIS), Washington D.C., dalam siri CSIS Banyan berlaku. Ini bagi memastikan rantau Asia Tenggara
Tree Leadership Forum pada 16 September 2019. dan persekitaran global sentiasa mengecapi
126 Intipati sesi ucaptama YB Menteri Dalam Negeri keamanan dan kemakmuran bersama.
merangkumi evolusi kerjasama antara Malaysia
dengan Amerika Syarikat dalam bidang ekonomi,
politik, keselamatan dan sosial dari zaman
pra-kemerdekaan sehingga era pemerintahan
kerajaan Pakatan Harapan.
YB Menteri Dalam Negeri telah mengilhamkan YB Menteri Dalam Negeri turut mengadakan
kepentingan Malaysia sebagai cemat pemati kunjungan hormat ke atas pemimpin-pemimpin
(linchpin) yang memainkan peranan penting kanan Amerika Syarikat bagi membincangkan
sebagai penghubung serta penentu utama isu-isu berkaitan keselamatan dan program-
antara negara-negara di rantau Lautan Pasifik program kerjasama dua hala antara Malaysia
dan Lautan Hindi bagi memastikan kemakmuran dengan Amerika Syarikat dan mengadakan
bersama (shared prosperity), keselamatan lawatan ke New York Police Department dan
bersama (shared security) dan identiti bersama El Dorado Financial Task Force; serta mengadakan
(shared identity) terus dipertingkatkan. perjumpaan dengan diaspora Malaysia
YB Menteri Dalam Negeri turut memberikan di Washington D.C. dan New York.
penekanan terhadap peranan penting Malaysia
dalam organisasi ASEAN bagi pengukuhan
kerjasama antara rantau Asia Tenggara dengan
Amerika Syarikat ke arah mencapai matlamat
pembinaan Komuniti ASEAN pada tahun 2025.
Ini termasuklah komitmen Malaysia untuk
memacu organisasi serantau tersebut sebagai
pengimbang antara timur dan barat bagi
memastikan kestabilan dan keselamatan
di rantau Asia Tenggara.
Sebagai perantaian ke hadapan, YB Menteri
Dalam Negeri telah menegaskan kepentingan
peranan Malaysia sebagai mediator dalam
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Lawatan Kerja YB Menteri Dalam Negeri ke Geneva,
Switzerland
YB Menteri Dalam Negeri telah mengadakan lawatan kerja ke Geneva, Switzerland pada 5 hingga
10 Oktober 2019 bagi menghadiri dan menyampaikan Kenyataan Negara semasa Persidangan
High-Level Event on Statelessness yang merupakan salah satu program 70th Session of the Executive
Committee (ExCom) of United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).
Persidangan High-level Event on Statelessness bertujuan untuk menggalakkan negara-negara ahli
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk berkongsi pengalaman negara masing-masing
dalam menangani masalah individu tanpa kewarganegaraan (statelessness). Kenyataan Negara
yang disampaikan oleh YB Menteri Dalam Negeri menyentuh kerjasama antara Kerajaan dengan
UNHCR dan inisiatif Kerajaan yang sedang dilaksanakan bagi menangani isu individu tanpa
kewarganegaraan di Malaysia.
Semasa Lawatan Kerja tersebut, YB Menteri Dalam Negeri juga berkesempatan mengadakan
pertemuan dengan TYT Filippo Grande, High Commissioner for the UNHCR bagi membincangkan
kerjasama dalam usaha pengurusan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia.
127
Lawatan Kerja YB Menteri Dalam Negeri ke
Mesyuarat Ke-13 Menteri-Menteri ASEAN Mengenai
Jenayah Rentas Sempadan dan Mesyuarat-
Mesyuarat Berkaitan di Bangkok, Thailand
YB Menteri Dalam Negeri menghadiri 13th ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime and Its
Related Meetings (13th AMMTC) di Bangkok, Thailand dari 25 hingga 29 November 2019.
Malaysia memaklumkan mengenai usaha proaktif penggunaan pangkalan data INTERPOL iaitu Stolen
and Lost Travel Document (SLTD) bagi mengekang kemasukan pengganas atau penjenayah di pintu
masuk negara. Pemantauan berterusan PDRM terhadap platform media sosial berjaya menghalang
usaha merekrut pengganas secara dalam talian.
Malaysia turut memaklumkan mengenai usaha meningkatkan tindakan penguatkuasaan maritim
dan kerjasama dengan negara-negara serantau bagi memastikan keselamatan laluan perkapalan di
Selat Melaka bebas daripada ancaman pelanunan, merangkumi rompakan di laut, rampasan kapal
atau perbuatan keganasan yang boleh menjejaskan perdagangan antarabangsa.
128 Berhubung isu penyeludupan orang dan pemerdagangan manusia, Malaysia memaklumkan
mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau Royal Commission of Inquiry (RCI) bagi
menyiasat insiden Wang Kelian pada tahun 2015 yang mengorbankan lebih 100 mangsa antaranya etnik
Rohingya dari Myanmar. Malaysia menggesa supaya krisis di Wilayah Rakhine, Myanmar diselesaikan
segera. Krisis tersebut memberi kesan kepada negara-negara serantau yang terpaksa menanggung
kos tinggi bagi menampung pelarian Rohingya yang berlindung di negara mereka. Malaysia turut
menggesa supaya pelarian Rohingya diberikan semula hak mereka dengan mewujudkan keadaan
yang lebih baik untuk semua komuniti di Rakhine dan supaya pelarian Rohingya dibenarkan pulang ke
tempat asal mereka di Wilayah Rakhine.
Malaysia turut menyatakan pendirian menentang sebarang usaha membenarkan penggunaan dadah
bagi tujuan selain daripada kajian saintifik dan perubatan. Undang-undang Malaysia mengenakan
hukuman keras kepada pengedar dadah dan jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai
mati atau penjara seumur hidup dengan sebatan. Bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah
pula, Malaysia turut memaklumkan mengenai kajian semula undang-undang dan dasar sedia ada
bagi melihat kepada cadangan melaksanakan pendekatan yang tidak bersifat menghukum atau
non-criminalising. Pendekatan ini adalah bagi membolehkan usaha merawat dan memulihkan
penagih dapat dipertingkatkan dengan ahli keluarga dan komuniti setempat diberi ruang memainkan
peranan yang lebih signifikan.
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
PENDAFTARAN NEGARA
DBAAHNAPGEIARNTUBUHAN
Pasukan Petugas Khas (Task Force) Penyelesaian
Tunggakan Permohonan Kewarganegaraan
Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan (PP)
di Kementerian Dalam Negeri
Task Force Penyelesaian Tunggakan Permohonan Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A PP telah
diwujudkan bagi tempoh enam bulan bermula pada 17 Jun hingga 16 Disember 2019 dan telah
berjaya mencapai sasaran memproses sebanyak 98 peratus daripada hampir 26,000 permohonan
kewarganegaraan yang tertunggak di bawah Perkara 15A PP.
Prosedur Pengendalian Standard Permohonan 129
Kewarganegaraan di Bawah Perkara 15A
Perlembagaan Persekutuan (SOP 15A)
Taklimat Khas Kewarganegaraan Bersama YB Menteri Dalam Negeri pada 22 Januari 2019 telah
memutuskan supaya diwujudkan SOP 15A yang lebih teratur, komprehensif dan efektif. SOP ini
telah mendapat kelulusan dan persetujuan YB Menteri Dalam Negeri pada 3 Oktober 2019 dan
dikuatkuasakan bagi semua permohonan Perkara 15A yang diterima bermula dari 1 Januari 2020. Majlis
Simbolik Penyerahan Dokumen SOP 15A ini telah diadakan pada 20 November 2019. Antara elemen
penambahbaikan termasuklah memendekkan tempoh proses permohonan di bawah Perkara 15A dari
tiga hingga empat tahun sebelum ini kepada tempoh kurang dari setahun.
Prosedur Pengendalian
Standard Permohonan
Kewarganegaraan
Mesyuarat Penetapan Dasar dan Penyediaan
Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Isu Dwi
Kerakyatan dan Permohonan Kewarganegaraan
Di Bawah Perkara 15(2) PP
Mesyuarat Penetapan Dasar dan Penyediaan SOP Bagi Isu Dwi Kerakyatan dan Kewarganegaraan
Di Bawah Perkara 15(2) PP telah diadakan pada 4 hingga 6 Disember 2019. Mesyuarat membincangkan
mekanisme kawalan bagi mengekang pemilikan Dwi Kerakyatan serta menetapkan dasar khusus dan
rangka SOP yang akan diguna pakai bagi mempertimbangkan setiap kategori permohonan di bawah
Perkara 15(2) PP.
Sistem Pengurusan Pendaftaran Warganegara dan Rayuan Pertubuhan
(ePP) FASA 1
Sistem ePP Fasa 1 yang melibatkan modul permohonan warganegara ini telah siap dibangunkan
sepenuhnya secara in-house bagi memastikan permohonan kewarganegaraan dapat dilaksanakan
130 dengan lebih cekap dan sistematik.
Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Kewarganegaraan
YB Menteri Dalam Negeri menyampaikan surat kelulusan pemohonan kewarganegaraan di Kuching,
Sarawak dan Masjid Jamek Nurul Yakin Gugusan Felda Maokil, Labis, Johor.
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Pemprosesan Permohonan Rayuan Pertubuhan
Sebanyak 209 permohonan rayuan pertubuhan diterima dan diselesaikan daripada Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang melibatkan 199 pembatalan pendaftaran dan
10 pembubaran sementara.
Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS)
Jemaah Menteri pada 5 April 2019 telah bersetuju dengan halatuju baharu JKPWAS kekal terdiri
daripada dua tier iaitu JKPWAS-Induk yang dipengerusikan secara bersama oleh YB Tan Sri Dato’ Haji
Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri dan YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie
bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah manakala YB Datuk Mohd Azis bin Jamman, Timbalan Menteri
Dalam Negeri mempengerusikan JKPWAS-Teknikal.
Mesyuarat JKPWAS-Teknikal telah diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 24 Mei dan 25 November
2019 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat tersebut telah membincangkan mengenai isu-isu
pengurusan warga asing di Sabah yang memerlukan penelitian dan penyelarasan untuk diangkat
ke JKPWAS-Induk bagi mendapatkan keputusan dasar serta menyusuli keputusan-keputusan dasar
yang telah dibuat di peringkat jawatankuasa induk.
131
Manakala Mesyuarat JKPWAS-Induk telah diadakan pada 6 September 2019 bertempat di Kota Kinabalu,
Sabah memutuskan beberapa perkara bagi menambah baik pengurusan warga asing di Sabah
merangkumi penyeragaman dokumen pengenalan diri bagi golongan pelarian Filipina, meningkatkan
tahap keselamatan di lapangan terbang Sabah, meningkatkan operasi penguatkuasaan dan program
pengusiran PATI.
(NSO)
PEJABAT STRATEGIK NASIONAL
MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN
ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN
(MAPO)
MIGRAN
Persidangan Kebangsaan Antipemerdagangan
Orang 2019
Malaysia telah mengadakan Persidangan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2019 di Hotel J.W.
Marriot, Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Ogos 2019 dengan kerjasama Kesatuan Eropah, United Nation
Children’s Fund (UNICEF) dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Joint
132 Hands Against Modern Slavery (JHAMS) bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai jenayah
pemerdagangan orang serta perlindungan kepada mangsa.
Persidangan bersempena Hari Antipemerdagangan Sedunia telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato’
Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri yang disambut pada 30 Julai setiap tahun
dihadiri 400 peserta.
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Mesyuarat Pelaksanaan dan Pemantauan Rangka
Kerja Antipenyeludupan Migran Peringkat ASEAN
2019 – 2020
Malaysia merupakan Lead Shepherd bagi isu penyeludupan migran di rantau ASEAN. Bagi melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan, rangka kerja antipenyeludupan migran peringkat ASEAN telah
dibangunkan dengan bantuan pakar daripada Australia sebagai rakan strategik.
Mesyuarat Pelaksanaan dan Pemantauan Rangka Kerja Antipenyeludupan Migran Peringkat ASEAN
Tahun 2019-2021 telah diadakan pada 12 dan 13 Disember 2019 di Hotel Inter Continental, Kuala Lumpur
dihadiri oleh wakil negara-negara ASEAN, Sekretariat ASEAN serta pertubuhan antarabangsa seperti
International Organization for Migration (IOM), Regional Support Office of Bali Process dan Kerajaan
Australia.
133
YB Datuk Mohd Azis bin Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah bergambar bersama
delegasi mesyuarat ASEAN SOMTC Work
Perjumpaan Bersama Duta Australia dan Duta
Besar Amerika Syarikat
Malaysia telah menerima lawatan serta mengadakan sesi perbincangan dengan wakil kerajaan
Australia dan Amerika Syarikat mengenai isu-isu berkaitan antipemerdagangan orang dan
antipenyeludupan migran pada 12 Disember 2019. Delegasi Australia diketuai oleh TYT Bryce Hutchesson,
Duta Antipenyeludupan Migran dan Antipemerdagangan Orang, manakala Amerika Syarikat diketuai
oleh TYT John Cotton Richmond, Duta Besar Memantau dan Menangani Pemerdagangan Orang.
Kedua-dua sesi ini turut dihadiri oleh jabatan dan agensi di bawah MAPO yang bertanggungjawab
dalam aspek penguatkuasaan, pencegahan dan perlindungan mangsa pemerdagangan orang.
134 Mesyuarat
bersama Duta
Antipenyeludupan dan
Antipemerdagangan
Orang Australia
Sesi Kerjasama Bersama Rakan Strategik
Memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran adalah tanggungjawab
bersama dan memerlukan koordinasi sumber daripada pelbagai pihak. Ini termasuklah penglibatan
aktif rakan strategik terutama pertubuhan antarabangsa, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan
masyarakat sivil.
Kerjasama strategik telah dijalankan bersama United Nation Office on Drugs and Crime (UNODC),
International Organization for Migration (IOM), International Labour Organization (ILO), United Nation
Children’s Fund (UNICEF), Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat dan International Law
Enforcement Academy (ILEA) Bangkok, Thailand menawarkan kursus untuk pengamal undang-undang
penguatkuasaan di Malaysia melibatkan PDRM, JIM, APMM, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan
Tenaga Kerja.
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
PERANCANGAN
BSATRHAAGTEIAGNIK
Bengkel Penyediaan Fokus Strategi KDN 2020
Bengkel Penyediaan Fokus Strategi KDN 2020 merupakan bengkel tahunan Kementerian yang bertujuan
untuk menilai pelaksanaan strategi KDN, khususnya pencapaian Ministrial Performance Indicator (MPI)
serta pencapaian inisiatif yang dilaksanakan oleh setiap Bahagian, Jabatan dan Agensi KDN bagi
tahun 2019. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengenal pasti fokus strategi bagi tahun 2020 KDN dan
cadangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi setiap Bahagian, Jabatan dan Agensi yang berimpak
tinggi dan holistik berdasarkan fungsi Kementerian selaras dengan dasar-dasar semasa.
Untuk tahun 2020, bengkel ini disertai oleh 136 peserta terdiri daripada 118 pegawai kumpulan
pengurusan dan profesional dari semua Jabatan, Agensi, Bahagian di bawah KDN. Hasil daripada
bengkel tersebut, sebanyak 171 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berjaya dibangunkan iaitu KPI yang
merangkumi 90 KPI dari Sektor Keselamatan, 49 KPI dari Sektor Dasar dan Kawalan, 18 KPI dari Sektor
Pengurusan dan 14 KPI dari Sektor KSU. 135
Sesi taklimat yang disampaikan oleh Puan Ainah binti Mohd Soon, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan
Strategik di Bengkel Penyediaan Fokus Strategi KDN pada 25 hingga 28 September 2019
Mesyuarat Perancangan Strategik KDN 2020
Mesyuarat Perancangan Strategik KDN 2020 telah diadakan bertujuan untuk membincangkan status
pencapaian untuk tahun 2019 setiap Jabatan/Agensi dan Bahagian di bawah KDN berdasarkan kepada
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan dan menetapkan fokus tahunan dan KPI KDN bagi
tahun 2020. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Alwi bin Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha KDN
turut dihadiri oleh semua Ketua Jabatan dan Setiausaha Bahagian. Sebanyak 70 KPI dibentangkan
melibatkan 9 KPI daripada Sektor KSU, 4 KPI daripada Sektor Pengurusan, 40 KPI daripada Sektor
Keselamatan dan 17 KPI daripada Sektor Dasar dan Kawalan. Hasil daripada sesi perbincangan ini,
mesyuarat telah bersetuju dengan 48 KPI iaitu 4 daripada Sektor KSU, 1 daripada Sektor Pengurusan,
24 daripada Sektor Keselamatan dan 19 daripada Sektor Dasar dan Kawalan untuk diangkat sebagai
cadangan awal bagi Ministrial Performance Indicator (MPI) Menteri Dalam Negeri bagi tahun 2020.
136 YBhg. Tan Sri Alwi bin Hj. Ibrahim,
Ketua Setiausaha KDN di Majlis
Perasmian Penutup Mesyuarat
Perancangan Strategik KDN tahun
2020 telah diadakan pada 13 dan
14 November 2019
Program Bandar Selamat: Inisiatif Pemutihan
Kawasan
Blackspot
Pelaksanaan inisiatif Pemutihan Kawasan
Blackspot adalah inisiatif untuk memperbaiki
atau meningkatkan tahap persepsi rasa
selamat dan mengurangkan indeks
jenayah dalam kawasan blackspot yang
dikenal pasti. Pada tahun 2019, Kementerian
Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
(PLANMalaysia) telah melaksanakan
inisiatif pemutihan di 23 kawasan yang
telah dikenal pasti yang melibatkan
22 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Projek-
projek yang dilaksanakan dalam inisiatif
pemutihan kawasan blackspot adalah
seperti pencahayaan, laluan pejalan kaki dan
rel penghadang, papan tanda keselamatan,
cermin keselamatan dan redaan trafik.
Lawatan Teknikal Site Screening di kawasan Demak Laut 1,
Kuching, Sarawak
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Program Bandar Selamat: Sistem Permantauan
Bandar Selamat
Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) merupakan salah satu daripada enam langkah segera
Program Bandar Selamat. Sistem ini dibangunkan oleh PLANMalaysia dengan kerjasama Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan KDN. SPBS telah membawa satu transformasi ke atas Police Reporting System
(PRS) PDRM yang telah mengintegrasikan elemen penandaan kejadian jenayah di atas pelantar
Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang mempunyai koordinat. Pada 20 Februari 2019, Jemaah Menteri
telah memutuskan supaya hak milik SPBS diserahkan daripada PLANMalaysia kepada PDRM. Majlis
Menandatangani Dokumen Penyerahan Aset SPBS daripada PLANMalaysia ke PDRM telah diadakan
pada 16 Oktober 2019.
Sesi Penyerahan Dokumen- 137
dokumen Aset SPBS daripada
PLANMalaysia kepada PDRM
Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan
Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) Pasukan naziran PKP yang terdiri daripada
adalah pengurusan holistik yang mengenal pasti Bahagian PG, Bahagian IT, Bahagian KP dan UKOM
ancaman dan risiko, impak ancaman dan risiko telah melaksanakan naziran PKP di sembilan
tersebut terhadap fungsi kritikal agensi dan Kompleks Mini KDN seperti berikut:
penentuan strategi pemulihan bagi memitigasi
kesan gangguan tersebut dalam memastikan Mini KDN Mini KDN
perkhidmatan agensi tetap dapat diteruskan Melaka Kuala Lumpur
dalam tempoh masa yang ditetapkan apabila
berlaku gangguan/bencana. Kesedaran dan Mini KDN Mini KDN
pengetahuan berhubung PKP menjadi satu Perak Langkawi
keperluan kepada agensi yang merupakan
barisan utama Kerajaan dalam menyediakan Mini KDN Mini KDN
perkhidmatan kepada rakyat. Pahang Pulau Tioman
Mini KDN Mini KDN
Johor Kedah
Mini KDN
Perlis
Mesyuarat Jawatankuasa Menangani Kesesakan
di Tambak Johor
Susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 November 2018 dan 20 Jun 2019 yang
membincangkan kesesakan pintu masuk negara di Tambak Johor khususnya di Kompleks Kastam,
Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB),
beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan dalam usaha menangani isu tersebut.
Kementerian Dalam Negeri telah diberi tanggungjawab sebagai penyelaras dan urus setia induk
Mesyuarat Jawatankuasa berikut:
Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Kajian Cadangan Penubuhan Badan
Tunggal Menjaga Sempadan Negara dan Pintu-pintu Masuk Termasuk
Pelabuhan-pelabuhan Bil.1/2019
Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet ini bersidang buat kali pertama pada 3 Julai 2019 dan dipengerusikan
oleh YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Bangunan
Parlimen, Kuala Lumpur.
138
Jawatankuasa Kabinet ini terdiri daripada Jawatankuasa Kabinet, Jawatankuasa Induk dan
Jawatankuasa Kerja yang dianggotai Kementerian, Jabatan dan Agensi yang bertanggungjawab
menjaga sempadan dan di pintu masuk.
KDN telah membentangkan hasil dapatan awal kajian yang melibatkan tiga cadangan opsyen
mekanisme penubuhan badan tunggal tersebut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet tersebut.
Pelaksanaan kajian ini akan diteruskan menggunakan khidmat perunding bagi memastikan kajian
dilaksanakan secara holistik berdasarkan perspektif luar Kerajaan yang bebas (non-bias) dan bersifat
neutral dalam menghasilkan business model yang terbaik. Kajian ini dijangka dibentangkan kepada
Jawatankuasa Kabinet pada suku akhir tahun 2020.
YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia mempengerusikan Mesyuarat
Jawatankuasa Kabinet Kajian Cadangan Penubuhan Badan Tunggal Menjaga Sempadan Negara dan
Pintu-pintu Masuk Termasuk Pelabuhan-pelabuhan Bil.1/2019 pada 3 Julai 2019
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Kesesakan di Tambak Johor
Bil.1/2019
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Antara mekanisme gerak kerja Jawatankuasa
Kesesakan di Tambak Johor ini dipengerusikan Khas bagi memastikan semua inisiatif yang
oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana dilaksanakan dalam tempoh masa ditetapkan
Menteri Malaysia pada 21 Ogos 2019 di Bangunan adalah seperti berikut:
Perdana Putra, Putrajaya.
i. Jawatankuasa Penyelarasan Keputusan
Ahli Jawatankuasa ini terdiri daripada Menteri dan Inisiatif Mengurangkan Kesesakan di Tambak
pegawai tinggi Kerajaan melibatkan Johor dipengerusikan oleh YB Menteri Dalam
13 Kementerian dan lebih kurang 11 Jabatan/ Negeri; dan
Agensi berkaitan kawalan sempadan dan pintu
masuk. ii. Lima Technical Working Groups (TWGs).
Sebanyak 23 inisiatif pelaksanaan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Kesesakan
mengurangkan kesesakan di pintu masuk BSI dan di Tambak Johor dipengerusikan oleh YAB Tun Dr.
KSAB telah dipersetujui meliputi enam skop sektor Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia
dan dilaksanakan melalui tiga Fasa Pelaksanaan pada 21 Ogos 2019 di Bangunan Perdana Putra,
iaitu: Putrajaya
139
i. Sembilan inisiatif dalam Jangka Masa Pendek
(satu hingga enam bulan);
ii. Sembilan inisiatif dalam Jangka Masa
Sederhana (enam hingga 12 bulan); dan
iii. Lima inisiatif dalam Jangka Masa Panjang
(12 hingga 60 bulan).
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Keputusan Bagi Menangani
Kesesakan di Tambak Johor Bil.1/2019
Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Jawatankuasa Penyelarasan Keputusan ini
Keputusan Menangani Kesesakan Tambak Johor dibantu oleh lima Technical Working Groups
dipengerusikan oleh YB Menteri Dalam Negeri (TWGs) seperti berikut:
merupakan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa i. TWG 1: Naik Taraf Kompleks Pintu Masuk dan
Khas Mengenai Kesesakan di Tambak Johor
Bil.1/2019 pada 21 Ogos 2019 dan Bahagian Tambak Johor;
Perancangan Strategik KDN telah dilantik sebagai ii. TWG 2: Pengurusan Dasar Sumber Manusia;
urus setia utama. iii. TWG 3: Naik Taraf Automated Check Point &
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Tan Sri Dato’ Border System;
Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam iv. TWG 4: Kajian Kebolehlaksanaan Perancangan
Negeri pada 1 Disember 2019 di Kompleks Kastam,
Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Masa Hadapan – melibatkan kajian keperluan
Iskandar (BSI) dan turut dihadiri oleh YB Menteri kapasiti pintu masuk bagi masa hadapan;
Kesihatan, YB Timbalan Menteri Pengangkutan, dan
pegawai tinggi Kementerian, Jabatan, Agensi v. TWG 5: Pengurusan Pelan Komunikasi.
yang bertanggungjawab di pintu-pintu masuk
negara termasuk Kerajaan Negeri Johor.
Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) Bagi TWG Keselamatan Awam
Mesyuarat Inter Agency Planning Group (IAPG) RMK-12 bagi Kesejahteraan Rakyat (Well-being)
yang diadakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) pada 14 Jun 2019 telah bersetuju bahawa
Kementerian Dalam Negeri bertindak selaku peneraju Technical Working Group (TWG) Keselamatan
Awam.
RMK-12 bertemakan “Kemakmuran Bersama” yang berlandaskan tiga dimensi Agenda 2030
Pembangunan Mampan iaitu economic empowerment, environment sustainability and social
re-engineering.
Bahagian Perancangan Strategik (PG) KDN telah dilantik sebagai urus setia TWG: Keselamatan Awam
dan sekaligus bertindak sebagai focal point kepada MEA dan Kementerian, Jabatan serta Agensi yang
terlibat.
Bahagian Perancangan Strategik telah mengadakan beberapa siri bengkel dan mesyuarat bagi
menyediakan kerangka dan draf penulisan bagi Kertas Strategi TWG: Keselamatan Awam yang
menggariskan pencapaian, isu dan cabaran, serta cadangan hala tuju, program dan inisiatif RMK-12
untuk tempoh lima tahun akan datang, seperti berikut:
140 i. 23 dan 24 Julai 2019 – Bengkel Siri 1: Penyediaan Kertas Strategi RMK-12 Bagi TWG Keselamatan
Awam;
ii. 6 Ogos 2019 – Mesyuarat Pembangunan dan Penulisan Kertas Strategi RMK-12 Bagi TWG Keselamatan
Awam;
iii. 28 hingga 30 Ogos 2019 – Bengkel Siri 2: Pemurnian Kertas Strategi RMK-12 Bagi TWG Keselamatan
Awam; dan
iv. 24 Oktober 2019 – Mesyuarat Pemurnian Kertas Strategi RMK-12 Bagi TWG Keselamatan Awam.
Pembentangan Kertas Strategi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) Bagi TWG: Keselamatan
Awam (Public Safety): Ensuring A Safe, Secure and Peaceful Nation telah dibentangkan dalam
Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KDN pada 11 Disember 2019 dan seterusnya diangkat kepada MEA
bagi tujuan penyelarasan RMK-12 peringkat nasional.
YBhg. Dato’ Seri Ketua Setiausaha KDN di Majlis Perasmian Penutup Bengkel Siri 1: Penyediaan Kertas Strategi
RMK-12 Bagi TWG Keselamatan Awam pada 23 dan 24 Julai 2019
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
PARLIMEN DAN
KBAAHBAINGEIATN
Bahagian Parlimen dan Kabinet (PK), KDN bertanggungjawab menyelaras dan merancang perkara-
perkara berkaitan hal ehwal Parlimen, Jemaah Menteri dan maklum balas bagi mesyuarat-mesyuarat
utama yang dianggotai oleh YB Menteri Dalam Negeri, YB Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ketua
Setiausaha Kementerian.
Unit Parlimen
Persidangan Parlimen bagi tahun 2019 telah berlangsung selama 67 hari bagi Dewan Rakyat dan
24 hari bagi Dewan Negara. Perincian tempoh persidangan bagi tahun 2019 adalah seperti berikut:
Dewan Rakyat (DR)
a. Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas (M1P2P14), Tahun 2019 dari 11 Mac 141
hingga 11 April 2019;
b. Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas (M2P2P14), Tahun 2019 dari
1 hingga 18 Julai 2019; dan
c. Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas (M3P2P14), Tahun 2019 dari 7 Oktober
hingga 5 Disember 2019.
Dewan Negara (DN)
a. Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas (M1P2P14), Tahun 2019 dari 22 April
hingga 9 Mei 2019;
b. Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas (M2P2P14), Tahun 2019 dari 22 hingga
31 Julai 2019; dan
c. Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas (M3P2P14) Tahun 2019 dari 9 hingga 19
Disember 2019.
Jumlah Keseluruhan: 823 pertanyaan
600 520
500
400
300 277
200
100
14 6 1 5
0
JADUAL 1: STATISTIK PERTANYAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI BAGI TAHUN 2019
Sesi penggulungan perbahasan dan Rang Undang-undang bagi tahun 2019 adalah seperti
di Jadual 2.
142 MESYUARAT PENGGULUNGAN DEWAN TARIKH PENGERUSI
TMDN
M1P2P14 Titah Diraja Dewan Rakyat 26 Mac 2019 TMDN
M2P2P14 Rang Undang- 4 April 2019 MDN
M3P2P14 29 April 2019 MDN
undang 4 Julai 2019
Perbekalan TMDN
Tambahan 23 Julai 2019
Titah Diraja 29 Oktober 2019 MDN
Rang Undang- 27 November 2019 TMDN
16 Disember 2019 TMDN
undang
Perhimpunan
Aman
Rang Undang-
undang
Perhimpunan
Aman
RUU Perbekalan
(Belanjawan)
2020 Dasar
RUU Perbekalan
(Belanjawan) 2020
- Jawatankuasa
RUU Perbekalan
(Belanjawan)
2020 - Dasar
JADUAL 2: SESI PENGGULUNGAN YANG MELIBATKAN KEMENTERIAN
DALAM NEGERI BAGI TAHUN 2019
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
Sesi jawab lisan oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri
dan YB Datuk Mohd Azis bin Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri bagi tahun 2019.
Gambar 1: YB MDN ketika sesi jawab lisan Gambar 2: Taklimat bagi sesi jawab lisan
kepada YB MDN dan YB TMDN
Unit Jemaah Menteri
Pengurusan Kertas Jemaah Menteri merupakan salah satu bidang tugas utama Bahagian Parlimen
dan Kabinet. Selain daripada Memorandum dan Nota Daripada Menteri Dalam Negeri, Bahagian ini 143
juga terlibat dengan penyelarasan ulasan rasmi Kementerian Dalam Negeri ke atas Memorandum
Jemaah Menteri daripada kementerian lain. Statistik Dokumen Jemaah Menteri yang diterima bagi
tahun 2019 adalah seperti Rajah 1.
Nota daripada Butir-butir
Menteri Dalam keputusan
Negeri (14) Mesyuarat Jemaah
Menteri (430)
Memorandum 24
daripada Menteri 14
Dalam Negeri (24)
430
102 323
Maklum balas 42 Ulasan ke atas
segera Jemaah memorandum
Menteri (102) Maklum balas Kementerian
susulan Jemaah lain (323)
Menteri (42)
RAJAH 1: STATISTIK PENGURUSAN DOKUMEN JEMAAH MENTERI BAGI
TAHUN 2019
Bengkel Pengurusan Dokumen Jemaah Menteri KDN 2019 telah diadakan bertempat di Institut
Pengurusan Peladang, Langkawi, Kedah dari 11 hingga 13 Oktober 2019. Bengkel ini bertujuan memberi
kefahaman mengenai penyediaan Dokumen Jemaah Menteri dan telah dihadiri 35 orang pegawai
penyelaras dari Bahagian, Jabatan dan Agensi KDN.
Gambar 3: Peserta bengkel yang terdiri
daripada focal point Bahagian, Jabatan
dan Agensi di KDN
144
Gambar 4: Perasmian penutup bengkel
oleh YBrs. Encik Hazreen bin Abdul Haleem,
Setiausaha Bahagian Parlimen dan Kabinet
Unit Pengurusan Mesyuarat Utama
Bahagian PK juga bertanggungjawab menyelaras mesyuarat-mesyuarat utama termasuk Mesyuarat
Jemaah Menteri, Mesyuarat Pasca Kabinet (20 mesyuarat), Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian
dan Ketua Perkhidmatan (11 mesyuarat), Mesyuarat Majlis Raja-Raja (3 mesyuarat) dan Mesyuarat
Menteri Besar dan Ketua Menteri (3 mesyuarat).
LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019
PEKERJA
ABASHINAGGIAN PENGURUSAN
Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri
Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia
Mengenai Pengurusan Pekerja Asing
Sepanjang tahun 2019, Bahagian Pengurusan Pekerja Asing (PA) telah mengurus setiakan dua
Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia
Mengenai Pengurusan Pekerja Asing. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Menteri Dalam Negeri
bersama YB Menteri Sumber Manusia dan dianggotai oleh 16 wakil Kementerian yang mempunyai
hubung kait dalam pengurusan pekerja asing. Penubuhan Jawatankuasa ini susulan daripada
keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia
pada 14 Ogos 2018 yang bertujuan membincang, mengkaji serta menambah baik dasar dan polisi
pengurusan pekerja asing secara menyeluruh.
145
Antara perkara-perkara yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Bersama pada tahun
2019 adalah seperti berikut:
i. Penutupan penggajian pekerja asing bagi subsektor beku di bawah sektor perkhidmatan iaitu dobi,
tekstil, tukang emas dan tukang gunting;
ii. Cadangan untuk menghentikan permohonan penggantian pekerja asing melalui kaedah Memo
Periksa Keluar (Check Out Memo – COM) bagi subsektor dobi, tekstil, tukang emas dan tukang
gunting dicadang serta pengurangan pekerja asing dalam sektor ini secara berperingkat dalam
masa tiga tahun;
iii. Pelanjutan tempoh Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Jangka Pendek untuk sektor pertanian
(sawah padi) dari tiga bulan ke enam bulan;
iv. Pelaksanaan Independent Social Compliance Audit (ISCA) mulai 1 Januari 2021; dan
v. Pelaksanaan kadar levi progresif (multi tier levy) mulai 1 Januari 2021.
Gambar 1: Mesyuarat
Jawatankuasa Bersama
Antara Menteri Dalam Negeri
dan Menteri Sumber Manusia
Mengenai Pengurusan
Pekerja Asing pada 8 Ogos
2019 bertempat di Dewan
Persidangan ICU, Jabatan
Perdana Menteri
Bengkel Pengurusan Pekerja Asing Secara
Komprehensif Bersama Rakan Strategik di Institut
Pengurusan Peladang Langkawi, Kedah
Bengkel Pengurusan Pekerja Asing Secara Komprehensif Bersama Rakan Strategik telah dilaksanakan
pada 8 hingga 10 November 2019 bertempat di Institut Pengurusan Peladang Langkawi, Kedah. Seramai
46 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian PA dan Agensi Kawalan Selia (AKS) terlibat
dalam bengkel ini. Bengkel bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan urusan
proses pengambilan pekerja asing secara end-to-end serta menambah baik proses kerja di Bahagian
ini agar dapat menyediakan sistem penyampaian yang lebih cekap dan berkesan.
146
Gambar 4 dan 5: Bengkel Pengurusan Pekerja Asing Secara Komprehensif Bersama Rakan Strategik,
8 hingga 10 November 2019 di Institut Pengurusan Peladang Langkawi, Kedah.
Meningkatkan Kecekapan Dalam Penyampaian
Perkhidmatan di (OSC), BPPA, KDN
One Stop Centre
Kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan di kaunter OSC, BPPA, KDN adalah teras utama Bahagian
PA, KDN. Pelbagai usaha dan tindakan susulan telah dilaksanakan meliputi penambahbaikan sistem
penyampaian yang cekap dan berkesan di dalam menguruskan permohonan pekerja asing dengan
memperkemaskan sistem dan prosedur kerja sedia ada.
Berikut adalah statistik kehadiran pelanggan sehingga 31 Disember 2019 mengikut urusan:
JENIS URUSAN
BULAN FWC MS JUMLAH
BAYARAN LEVI
KELULUSAN
PENGGANTIAN
PENGGANTIAN
PERTANIAN
PERLADANGAN
PEMBINAAN
PERKHIDMATAN
PERKILANGAN
KHIDMAT
PELANGGAN
JANUARI 1,264 374 127 38 61 71 84 26 758 283 3,086
FEBRUARI 926 340 98 41 34 503 182 2,279
341 94 52 31 67 57 20 684 299 3,061
MAC 1,359 301 82 48 35 687 288 2,885
APRIL 1,228 115 42 51 84 77 24 633 262 2,744
MEI 1,165 311 40 31 13 387 174 1,856
JUN 187 62 22 47 85 84 24 545 240 2,350
JULAI 872 224 109 27 482 221 2,180
OGOS 1,120 290 122 36 26 82 84 6 488 250 2,224
SEPTEMBER 944 253 170 47 2 684 250 2,812
OKTOBER 976 359 154 29 25 54 73 1 597 256 2,557
NOVEMBER 1,186 311 183 48 0 483 273 2,388
DISEMBER 1,069 282 1,356 461 32 58 23 0 6,895 2,940 30,422
JUMLAH 966 3,573 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI | 2019185
13,074 38 57 6
147
59 75 2
65 86 0
62 79 0
68 85 0
565 883 490
FWCMS -
Foreign Workers Centralized Management System
Rajah 1: Statistik Kehadiran Pelanggan di OSC, KDN
HAL EHWAL
BIMAIHGARGEISAENN
Pencapaian Utama
Kumpulan Kerjasama Imigresen Malaysia –Australia Ke-11
Mesyuarat Kumpulan Kerjasama Imigresen (IWG) Malaysia-Australia adalah merupakan mesyuarat
yang dihoskan secara bergilir-gilir antara Malaysia dan Australia. Secara amnya, fokus mesyuarat IWG
Malaysia-Australia pada Tahun 2019 adalah seperti berikut:
i. Perkembangan dan cabaran utama serantau;
ii. Pembangunan kapasiti (capacity building);
iii. Pendekatan pengurusan sempadan dan sistem persempadanan;
iv. Memerangi pemerdagangan manusia;
148 v. Penipuan dan ketidakpatuhan visa;
vi. Isu pelarian dan kemanusiaan; dan
vii. Lain-lain perkara.
Hasil daripada Kumpulan Kerjasama Malaysia-Australia ke-11 adalah seperti berikut:
i. Kerajaan Malaysia dan Australia akan terus komited dalam mengembangkan program
pembangunan kapasiti pada tahun 2019-2020 yang akan datang;
ii. Kerajaan Malaysia dan Australia bersetuju untuk berkongsi pengalaman dalam menguruskan
program pelarian dan kemanusiaan dengan pertukaran maklumat mengenai polisi dan
pengurusan program; dan
iii. Kerajaan Malaysia dan Australia bersetuju untuk bekerjasama berhubung dengan isu kesalahan
imigresen dan berkenaan dengan isu jenayah rentas sempadan (transnational crime).
nd
2 Joint Meeting of the Thailand-Malaysia Evaluation Teams for
the 12-Month Trial Period of the 24 Hour Operation of CIQ Sadao -
ICQS Bukit Kayu Hitam
Pelaksanaan operasi 24 jam di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah dan CIQ Sadao, Thailand
sedang dilaksanakan secara tempoh percubaan (pilot test) selama 12 bulan khusus untuk kenderaan
berat dan bermuatan bermula 18 Jun 2019 sehingga 17 Jun 2020.