The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook Panduan Ternakan Lobster Air Tawar ver.2 Updated

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Azlan Umpai, 2020-11-21 01:30:11

Ebook Panduan Ternakan Lobster Air Tawar ver.2 Updated

Ebook Panduan Ternakan Lobster Air Tawar ver.2 Updated

Keywords: Lobster Air Tawar,Ebook Panduan Ternakan Lobster Air Tawar,Ternakan Lobster,Panduan Ternakan Lobster

EDISI #2

LOBSTER
AIR TAWAR

eBOOK PANDUAN TERNAKAN
LOBSTER AIR TAWAR

Eksklusif daripada SUPERB LOBSTER FARM

Nota Penafian :

Segala isi kandungan didalam buku ini adalah secara telus serta
untuk dijadikan sebagai rujukan kepada umum. Tiada liabiliti
terhadap tuntuan kerosakan serta kehilangan akan diterima
yang menyebabkan kecederaan serta kerugian atas sebab
mengikuti arahan-arahan didalam buku ini.

Edisi ini dipublikasikan secara “On-line” di Malaysia pada 2020
oleh:
SUPERB LOBSTER FARM

Hak cipta terpelihara:

Tiada bahagian didalam buku ini boleh dicetak semula,
dipindahkan atas mana-mana bentuk, dijual kepada mana-mana
pihak atau disimpan didalam sistem-sistem tanpa mendapat
persetujuan penerbit sepertimana di benarkan oleh pihak Superb
Lobster Farm. Kebanyakan gambar yang digunakan adalah
sekadar hiasan dan tiada kena mengena dengan artikel atau
individu itu sendiri.

© Superb Lobster Farm 2020 | Hak Cipta
Terpelihara

Salam kasih untuk para pembaca

"Apabila mati seseorang anak adam, terputuslah amalannya
kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang

manfaatnya, dan anak yang soleh mendoakannya."

Berkat dari pengalaman serta pembelajaran berterusan,
Alhamdulillah terhasillah naskah ini untuk dijadikan rujukan
serta ilmu yang bermanfaat kepada pembaca semua. Diharapkan
agar naskah ini dapat memberi manfaat dan mengubah hidup
anda menjadi lebih baik. Apa yang diperlukan hanyalah
kesungguhan anda untuk berjaya dalam bidang ternakan lobster
air tawar ini.

Saranan saya baca, hadamkan, fikir, dan terus buat tanpa
berlengah. Nescaya anda akan berjaya dalam ternakan lobster
air tawar ini.

Selamat Berjaya!

Untuk kejayaan anda,
Superb Lobster Farm

ISI KANDUNGAN

Pengenalan Lobster Air Tawar.
Rupa Bentuk Am Lobster Air Tawar.
Mengenali Jantina.
Proses Mengawan.
Jangka Hayat Lobster Air Tawar.
Penyebaran Jenis Spesies Lobster Air Tawar di Dunia.
Pemakanan Lobster Air Tawar.
Peluang Perniagaan.
Kelebihan Menternak Lobster Air Tawar.
Pasaran Lobster Air Tawar.
Lobster Air Tawar Selamat Dimakan.
Mengapa Ternak Lobster Air Tawar.
Pemilihan Kolam Ternakan.
Sumber Air Ternakan.
Peralatan Ternakan.
Penapisan Biologi.
Menguji Parameter Air.
Kaedah Pemberian Makanan.
Tempat Persembunyian.
Pemilihan Induk Berkualiti.
Proses Mengahwinkan Induk.
Penjagaan Induk Bertelur.
Penempatan Induk Bertelur.
Fasa Perubahan Telur.
Pembesaran Anak Benih.
Penyakit dan Cara Mengatasinya.
Cara Mengatasi Masalah Ketiadaan Elektrik.
Persediaan Meninggalkan Ternakan Dalam Jangka Masa Lama.
Perkara Penting Dalam Ternakan Lobster Air Tawar.
Kesilapan biasa dilakukan penternak Lobster Air Tawar.

Lobster Air Tawar (LAT) Cherax Quadricarinatus

PENGENALAN LOBSTER AIR
TAWAR

Lobster Air Tawar (LAT) atau nama saintifiknya Cherax
Quadricarinatus merupakan spesies yang dikenali
sebagai Red Claw (disebabkan terdapat warna merah
pada kedua sepit lobster jantan).

Lobster Air Tawar (LAT) ini juga adalah satu genus
termasuk dalam kelompok udang (krustasia) air tawar yg
memiliki ukuran tubuh relatif besar dan hidup di
perairan air tawar.

Habitat asal Lobster Air Tawar adalah di danau, paya,
dan sungai didaerah pergunungan di Australia.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 04

LAT Cherax Quadricarinatus / Red Claw

Terdapat lebih 1,000 spesies Lobster Air Tawar (LAT) di
seluruh dunia namun spesies Red Claw ini merupakan
spesies paling banyak dibuat kajian untuk ternakan
komersial kerana kadar pembiakan dan tumbesarannya
yang cepat jika dibandingkan dengan spesies lobster air
tawar yang lain.

Selain itu, Lobster Air Tawar (LAT) ini juga mudah untuk
diternak dan mempunyai ketahanan terhadap serangan
penyakit yang tinggi.

Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara
laut, tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana
isinya lebih enak.

Microbiologi sepanjang hidup seekor LAT, ia akan
melalui beberapa kali proses salin kulit. Ia berlaku bila
tubuhnya membesar menyebabkan cengkerang lamanya
tidak lagi dapat menampung saiz bentuk badan yang
baru.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 05

Lakaran Anatomi Lobster Air Tawar

RUPA BENTUK AM LOBSTER AIR
TAWAR

LAT adalah haiwan yang tidak memiliki tulang dalam
tetapi mempunyai permukaan badan atau organ luar
yang diliputi dengan cengkerang. LAT terbahagi dua
bahagian iaitu kepala dan juga badan. Cengkerang yang
menutup bahagian kepala bertujuan untuk melindungi
organ otak, insang, hati dan organ endokrin.

Enam ruas badan (abdomen) agak menipis, lebar badan
rata-rata hampir sama dgn kepala dan sepasang
penyepit yg lebar dan panjang. Sepasang antena
berperanan merasa,meraba makanan dan persekitaran.
Manakala lima pasang kaki belakang berperanan untuk
berenang. Kaki renang digunakan utk bersihkan telur
dan larva dari kekotoran. Selain itu, empat pasang kaki
dibahagian tengah digunakan untuk berjalan.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 06

Jantan (gambar kiri) dan Betina (gambar kanan)

MENGENALI JANTINA LOBSTER
AIR TAWAR

Cara membezakan jantina LAT pada keluarga Cherax
ialah dengan memeriksa kaki pertama dan kaki ketiga
dikira bermula dari ekor. LAT jantan mempunyai
benjolan di kiri dan kanan pada kaki pertama manakala
LAT betina pula di sisi kiri dan kanan pada kaki ketiga
dari ekor memiliki bulatan (rujuk gambar diatas).

Selain itu, LAT jantan juga memiliki sepit lebih besar dan
mempunyai garisan berwarna merah di bahagian sisi
pada setiap sepit. Warna merah pada sepit LAT jantan
tersebut yang membuatkan ianya dipanggil sebagai LAT
Red Claw. Manakala LAT betina pula mempunyai
sepasang sepit yang lebih kecil dan tidak mempunyai
garis merah seperti LAT jantan.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 07

PERBEZAAN LOBSTER AIR TAWAR
BETINA DAN JANTAN

LAT JANTAN

Lobster Air tawar jantan mempunyai saiz
sepit yang lebih besar daripada betina. Saiz
sepit yang besar diperlukan untuk
mempertahankan diri dan juga digunakan
untuk menarik perhatian LAT betina untuk
proses mengawan.

LAT BETINA

Lobster air betina pula  mempunyai sepit
yang lebih kecil serta kurus jika dibandingkan

dengan LAT jantan. LAT betina juga tidak
mempunyai tanda merah pada sisi sepit

seperti LAT jantan.

SEPIT MERAH/REDCLAW

Cara paling mudah untuk
membezakan diantara LAT jantan
dan betina adalah dengan melihat
tanda merah pada sisi setiap sepit
yang hanya wujud pada LAT
jantan.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 08

LAT mengawan (jantan diatas)

PROSES MENGAWAN LOBSTER
AIR TAWAR

Saiz matang Lobster Air Tawar yang sesuai untuk dijadikan
induk adalah yg berumur 6-8 bulan. iaitu induk jantan telah
mencapai saiz 4.5 inci dan keatas manakala induk betina yang
sesuai untuk dijadikan induk pula bersaiz 4 -6 inci.

Induk betina yang mencapai saiz melebihi 6 inci dan keatas
akan mengalami penurunan untuk mengawan tetapi akan
menghasilkan telur yang lebih banyak apabila mengawan
berbanding dengan induk betina yang lebih muda. Induk
betina boleh menghasilkan 80 - 350 biji telur setiap kali
mengawan dan bertelur.

Saiz LAT (dalam inci) diukur bermula daripada hujung kepala
hingga ke hujung ekor tanpa mengambil kira panjang sepit.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 09

Antara LAT yang mencapai berat hampir 300 gram

JANGKA HAYAT LOBSTER AIR
TAWAR

Lobster Air Tawar Jenis Red Claw / Cherax Quadricarinatus
mencapai umur sehingga 6 - 7 tahun dan mencapai panjang
melebihi 10inci (ukuran dari hujung kepala hingga ke hujung
ekor) serta berat mampu mencapai 600 gram seekor.

Rekod dunia untuk ukuran LAT terbesar dan terpanjang serta
mempunyai jangka hayat terlama adalah LAT jenis Astacopsis
Gouldi (The Tasmanian Giant Freshwater Crayfish ) dengan
jangka hayat mencapai 60 tahun, berat mencapai 6kg dan
mempunyai ukuran sehingga 31 inci.

Lobster Air Tawar juga sering dijadikan penghias akuarium,
kerana kita dapat menikmatinya dalam jangka waktu yg lama

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 10

LAT Cherax snowden

PENYEBARAN SPESIES LAT
DIDUNIA

Lobster Air Tawar / Freshwater Crayfish adalah satu genus
termasuk dalam kelompok Udang (Crustacea) air tawar yg
memiliki ukuran tubuh relatif besar & hidup di air tawar.

Nama lainnya crayfish, crawfish, crawdad. Ada 3 famili lobster
air tawar, iaitu Astacidae, Cambaridae & Parastacidae. LAT
Astacidae & Cambaridae tersebar di dunia utara, Parastacidae
menyebar di dunia selatan, seperti Australia, Indonesia
bahagian timur, Papua .

Habitat alam LAT adalah danau, paya, sungai didaerah
pergunungan. LAT bersifat endemik kerana terdapat spesifikasi
pada spesies LAT yg ditemui di habitat alam tertentu (native).

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 11

Cherax Destructor

PEMAKANAN LOBSTER AIR
TAWAR

LAT adalah haiwan yang tergolong dalam golongan omnivor
iaitu haiwan yang memakan segalanya yang terdiri daripada
daging dan sayuran. LAT aktif mencari makanan pada waktu
malam (nocturnal). Makanan nya berupa biji- bijian, ubi-ubian,
bangkai haiwan. Cara makan guna antena panjang untuk
mengesan makanan dahulu. Jika ia sesuai dengan
keinginannya, ia menangkapnya guna sepit, dan menyerahkan
pada kaki jalan pertama sebagai tangan pemegang makanan
utk di makan.

Ia memiliki gigi halus dipermukaan mulut, cara makan sedikit
demi sedikit. Dihabitat nya, ia makan biji- bijian, ubi ubian,
tumbuhan, haiwan mati (scavenger), memangsa haiwan hidup
lain dari kelompok udang. Ia suka makan udang kecil yg hidup
di habitatnya atau memangsa LAT yang lain itu sendiri, kerana
ia memiliki sifat kanibal

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 12

PELUANG PERNIAGAAN
LOBSTER AIR TAWAR

Terdapat 4 jenis strategi perniagaan popular yang sering
diamalkan perternak-penternak lobster air tawar Red Claw di
Malaysia. Pemilihan jenis strategi yang berlainan dilakukan
untuk mencapai objektif yang berbeza, terdapat strategi yang
memfokuskan pulangan modal secepat mungkin dan ada
strategi yang menyasarkan perolehan keuntungan yang tinggi
pada masa depan.

4 strategi perniagaan popular tersebut adalah:
Pembenihan dan penjualan anak benih.
pembiakan dan penjualan induk matang.
Ternak LAT untuk pasaran konsumsi.
Pembiakan pelbagai spesies LAT untuk tujuan hobi lobster
hiasan

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 13

PENJUALAN ANAK BENIH

Setiap induk betina dapat menghasilkan sehingga 350
ekor anak pada satu-satu masa dan boleh bertelur
sehingga 4-5 kali setahun. Anak benih biasanya dijual
dengan harga RM1 untuk yang bersaiz 1 inci iaitu
antara harga anak benih termahal jika dibandingkan
dengan anak benih ternakan lain yang purata berharga
bawah 20 sen seekor untuk saiz yang sama.

PENJUALAN INDUK MATANG

Saiz yang sesuai untuk dijadikan induk adalah ukuran 4-6
inci dan dijual dengan harga bermula RM7 hingga ke
RM13 seekor. Selain itu, seekor induk yang sedang
mengendong telur turut dijual dengan harga bermula
RM20 dan keatas. Kelebihan ternakan jenis ini adalah
penternak boleh menjual hasil yang pelbagai seperti anak
benih sehinggalah ke induk yang bersaiz besar pada bila-
bila masa tanpa perlu menunggu ternakan mencapai
umur atau saiz tertentu.

PASARAN KONSUMSI

Anak benih lobster air tawar akan diternak dalam tempoh
masa tertentu supaya dapat mencapai saiz yang sesuai
untuk jualan konsumsi/makan dan dijual mengikut berat
dengan harga mencecah RM120 sekilogram.
Kebiasaannya lobster air tawar dijual secara hidup-hidup
kepada restoren-restoren mahupun hotel-hotel di
Malaysia. Selain dijual hidup, lobster air tawar ini juga
dijual dalam bentuk sejuk beku yang membolehkan ianya
disimpan dalam tempoh yang lama.

PASARAN LOBSTER HIASAN

Lobster air tawar mempunyai beberapa spesies yang
sering dijadikan sebagai lobster hiasan seperti cherax
snowden, cherax blue moon, cherax pulcher, clarkii dan
sebagainya. Lobster hiasan mempunyai nilai pasaran yang
tinggi disebabkan kesukaran mendapatkannya. Harga
lobster hiasan bermula dari bawah RM10 sehinggalah
mencecah ratusan ringgit seekor mengikut jenis spesies
lobster hiasan tersebut

LAT Red Claw biru

KELEBIHAN TERNAK LOBSTER
AIR TAWAR

Keuntungan dan kelebihan dalam menjalankan ternakan dan
perniagaan LAT adalah seperti ianya mempunyai daya tahan
tinggi terhadap penyakit jika dibandingkan dengan ternakan
udang yang lain seperti udang galah dan udang putih
(vannamei).

Selain itu, LAT juga "mudah" dalam pembiakannya,
menghasilkan anak benih yang banyak dan mempunyai harga
pasaran yang tinggi terutamanya untuk jenis Lobster Hias yang
mencecah ratusan ringgit seekor.

LAT juga adalah Haiwan Omnivor (makan segalanya) yang
membuatkan kos makanan menjadi rendah. Kita boleh
memanfaatkan siput emas, atau hasil buangan dari tempat
embelihan ayam atau jualan ikan pasar.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 15

LAT yang sedia untuk dijual

PASARAN LOBSTER AIR TAWAR

Pasaran LAT sejak akhir-akhir ini berkembang dengan sangatt
pantas apabila semakin ramai yang mengetahui mengenai
lobster air tawar ini. Ia berkembanag kerana tingginya
permintaan pasar, terutama eksport dalam keadaan
hidup/beku. Jepun dan china adalah pasaran terbesar asia,

Selain itu, pasaran LAT di Malaysia meningkat naik disebabkan
semakin ramai penternak LAT baharu yang memerlukan
bekalan anak benih dan induk dalam kuantiti yang banyak.
Selain itu, LAT mendapat permintaan tinggi di hotel, restoran
bertaraf lima bintang dengan harga mencecah RM160 sekilo
siap masak.

Penternak di negara ini masih belum mampu memenuhi
permintaan hotel & restoran bertaraf lima bintang di Malaysia,
Singapura. LAT boleh capai saiz hingga 30 cm, berat hingga 75
gram seekor dlm tempoh 7-8 bulan. Ia matang untuk jualan
apabila capai 15 cm, berat 55 gram. Ramai percaya bahawa LAT
adalah makanan penguat tenaga batin, awet muda wanita.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 16

Nasi Lemak Lobster Air Tawar

LOBSTER AIR TAWAR SELAMAT
UNTUK DIMAKAN

LAT Selamat Dimakan berbanding Ikan pedang, ikan yu & king
mackerel kerana ikan-ikan tersebut mengandung merkuri
tinggi yang berbahaya bagi tubuh. Manakala LAT tidak miliki
merkuri tinggi.

LAT mengandungi protein melebihi kandungan protein ayam
dan ianya juga tidak mengandungi kalori yang banyak seperti
daging ayam atau lembu. Ini menjadikan ianya menjadi pilihan
lebih baik berbanding ayam atau lembu.

LAT mengandungi omega-3 tinggi. Omega-3 mencegah
penyakit jantung dan menjaga kesihatan jantung. LAT menjadi
makanan pilihan bagi orang ingin menurun berat badan
disebabkan ia rendah lemak dan kalori, namun memberikan
nutrisi yg diperlukan. Ia juga mengandung kalium, zat besi,
vitamin B12 dan selenium, sangat penting bagi kesihatan

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 17

Ternakan LAT menggunakan kolam simen

MENGAPA TERNAK LOBSTER
AIR TAWAR

LAT mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri yang
tinggi dengan perubahan iklim, saliniti, suhu, dan lain-lain.
Selain itu, ia bersifat politrofik, iaitu makan segala jenis
makanan dari tumbuhan termasuk biji- bijian sampai berbagai
jenis haiwan yang ada dalam kawasan perairan yang didiami.

Selain itu, pembesaran LAT spesies Red Claw yang relatif cepat
untuk mencapai ukuran dan berat tertentu berbanding dengan
spesies lain.

LAT juga mempunyai kadar reproduksi tinggi dan jumlah anak
yang banyak dihasilkan dalam tiap kali reproduksi. Ia juga
dapat melakukan proses reproduksi sehingga 4-5 kali setahun.
Selain itu, LAT mempunyai ketahanan terhadap penyakit yang
tinggi. Permintaan LAT yang sentiasa meningkat di dalam dan
luar negara menjadikan ternakan LAT berbaloi untuk
diusahakan.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 18

Induk LAT betina yang sedang bertelur

Kos keseluruhan untuk ternakan LAT antara yang terendah
jika dibandingkan ternakan seperti udang galah, ikan keli dan
sebagainya. Udang galah misalnya memerlukan sistem ternakan
dan penjagaan yang lebih rumit manakala ikan keli pula
melibatkan kos makanan yang tinggi. Selain itu, Udang galah
dan juga ikan keli memerlukan kos tambahan untuk pembelian
anak benih kerana sukar untuk dibiakkan sendiri, manakala LAT
dapat dibiakkan dengan mudah serta menghasilkan anak benih
yang banyak pada satu-satu masa.

Selain itu, ternakan LAT memerlukan penjagaan yang kurang,
penyelenggaraan sistem ternakan yang ringkas, dan
mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi. Ternakan ikan
talapia misalnya memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan
air yang kerap disebabkan pemberian makanan dalam jumlah
yang banyak serta penghasilan najis yang tinggi didalam sistem
ternakan. Manakala ternakan udang harimau atau udang
vannamei pula sering dihantui dengan serangan penyakit pada
udang ternakan yang boleh merencatkan hasil tuaian udang
untuk dipasarkan.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 19

Contoh ternakan LAT dalam kolam simen

KAEDAH TERNAK LOBSTER AIR
TAWAR

LAT adalah haiwan yang lasak dan mampu menyesuaikan diri
dalam pelbagai persekitaran serta mampu hidup tanpa
memerlukan pam udara tetapi bergantung kepada kedalaman
air.

LAT boleh diternak / dipelihara dalam beberapa cara :
Sebagai Perhiasan (pemeliharaan didalam akuarium).
Diternak dalam kolam kanvas.
DIternak dalam kolam simen.
Diternak dalam kolam tanah.
Diternak dalam tangki fiber/polytank.

Pemilihan kolam ternakan adalah salah satu perkara yang perlu
diteliti kerana ianya berbeza mengikut kesesuaian kawasan,
modal dan pengurusan.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 20

TANGKI FIBER/POLYTANK

Kolam polytank atau kolam yang diperbuat daripada fiberglass
antara kolam yang popular digunakan dikalangan penternak
LAT di Malaysia. Kelebihan kolam ini terletak pada fizikalnya
yang mudah alih dan daya tahan yang tinggi. Selain itu, LAT
yang diternak didalam kolam plastik / fiber lebih mudah untuk
dipantau dari segi pembiakan, tumbesaran, dan juga penyakit.
Manakala kekurangan kolam jenis ini adalah harganya yang
tinggi untuk kolam bersaiz besar.

KOLAM SIMEN

Kolam simen sesuai dibina bagi mereka yang mempunyai tanah
sendiri dan projek ternakan yang bersifat kekal. Kos kolam simen
adalah antara yang termurah jika dibuat pada skala besar kerana
kos selenggara yang rendah dan tahan lama. Kebiasaannya
terdapat dua jenis kolam simen yang biasa dibina iaitu jenis kolam
keseluruhan simen atau kolam berdindingkan simen tetapi
dasarnya tanah yang dikenali sebagai kolam TASI (tanah +simen).
Kolam TASI sesuai dibina bagi tanah yang mempunyai dasar tanah
liat bagi mengelakkan air diserap.

KOLAM KANVAS

Kolam kanvas merupakan kolam paling terkenal digunakan
penternak LAT di Malaysia. ianya popular disebabkan ia sesuai
bagi mereka yang tinggal  di kawasan perumahan, tanah yang
disewa, kawasan terhad atau mereka yang buat secara kecil-
kecilan. ianya ringan dan mudah untuk dipindah tempat tanpa
menggunakan tenaga yang banyak. Selain itu, kolam ini mudah
untuk disimpan apabila tidak digunakan kerana ianya boleh
dilipat. Kekurangan kolam ini pula adalah ketahanannya yang
kurang, dan harga kanvas bergantung kepada saiz dan kualiti,
kanvas yang berkualiti datang dengan harga yang agak mahal.

KOLAM TANAH

Kolam tanah sesuai dibina dikawasan rendah, yang mempunyai
sumber mata air. Kolam ini mempunyai kadar pertumbuhan
organisma kecil yang tinggi kerana sifat semulajadi kolam, yang
boleh menjadi sumber makanan kepada LAT. Sehubungan dengan
itu, LAT dapat membesar dengan lebih baik. Kekurangan kolam ini
pula ialah LAT lebih terdedah kepada haiwan pemangsa. Selain
sukar untuk memantau keadaan LAT didalamnya.

SUMBER AIR TERNAKAN

Setiap kolam ternakan mesti mempunyai sumber air
tersendiri sama ada dari sungai, bekalan air bawah tanah (air
boring atau telaga), ataupun air paip. Sebarang sumber air
perlu dikumpulkan dalam satu tempat dan diheningkan
(dibiarkan) sekurang-kurangnya sehari semalam. Ini bertujuan
memendapkan bahan-bahan terlarut dalam air seperti kelodak
atau lumpur.

Kandungan klorin dalam air juga harus dihapuskan terlebih
dahulu dengan anti-klorin jika menggunakan sumber air paip.
Suhu air yang sesuai ialah antara 25 hingga 29 darjah Celsius
dan pH air sesuai 7-8.5.

Dissolved Oxygen (DO) ataupun oksigen terlarut dalam air perlu
melebihi 5ppm untuk menjamin LAT hidup dengan selesa.
Bantuan pam pengudaraan diperlukan jika paras oksigen
terlarut rendah. Selain itu, penternak juga boleh meletakkan
batu-batu atau apa-apa tempat memanjat yang boleh
digunakan LAT untuk mengambil udara di permukaan air.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 22

Contoh sistem ternakan LAT

PERALATAN KOLAM TERNAKAN
LOBSTER AIR TAWAR

Untuk kolam ternakan yang dibuat selain daripada kolam
tanah, penjagaan air ternakan sangat penting supaya LAT dapat
membesar dalam keadaan optimum dan sihat. Pam air
digunakan untuk mengalirkan air ke bahagian penapisan
(Filter) untuk menapis kotoran yang terhasil daripada najis dan
lebihan makanan• Selain itu, penggunaan pam air juga dapat
menaikkan kandungan larutan oksigen terlarut di dalam air.
Guna pam pengudaraan jika kandungan oksigen terlarut kurang
dari 4ppm.

Selain itu, penggunaan net hitam untuk menutup kolam
daripada panas supaya dapat mengekalkan suhu air pada julat
optimum (25'c-28'c). Tempat terbaik adalah kolam yang di
lindungi dari air hujan, tetapi pengudaraan yang baik, serta
dapat di tembusi cahaya.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 23

Contoh filter yang diletakkan bio-ring dibahagian bawah

PENAPISAN BIOLOGI

Pembunuh no.1 ternakan LAT adalah ammonia. Ammonia
akan membunuh kesemua LAT yang diternak didalam kolam
secara senyap. Ammonia wujud didalam air ternakan melalui
proses semulajadi yang dikenali sebagai kitaran nitrogen hasil
daripada najis LAT itu sendiri dan juga lebihan makanan yang
diberikan. Sangat sukar untuk menentukan kewujudan
ammonia kerana ianya akan hadir walaupun air ternakan
kelihatan bersih dan jernih. Paras selamat untuk kehadiran
ammonia didalam air ternakan adalah sifar (0ppm), bermaksud
tidak boleh ada langsung kandungan ammonia didalam air
ternakan LAT.

Cara mengatasi masalah ammonia adalah dengan
menggunakan filter biologi (biological filter) iaitu filter yang
diletakkan dengan bio-ring yang akan menjadi perumah
kepada bakteria nitrifying yang akan menukarkan ammonia
menjadi nitrite (sama bahaya seperti ammonia) dan seterusnya
menukarkan nitrite menjadi nitrate (kurang bahaya). Proses ini
dikenali sebagai proses nitrifikasi (nitrification process).

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 24

Contoh Kit Ujian parameter air

PERALATAN MENGUJI

PARAMETER AIR

Terdapat beberapa parameter air yang penting untuk dijaga
sepanjang tempoh ternakan supaya LAT dapat membesar
dengan kadar optimum dan yang paling penting untuk
mengelakkan berlaku kematian kepada LAT yang diternak.
Kondisi parameter air yang teruk akan mengakibatkan
kematian LAT pada jumlah yang banyak akan merugikan
penternak itu sendiri.

Antara parameter air yang penting untuk dijaga adalah seperti
berikut:

Ammonia = 0ppm

nitrite = 0ppm

nitrate = 20ppm dan kebawah

PH = 7-8.5

Suhu = 25-29 darjah celsius

Oksigen Terlarut (DO) = 5ppm dan keatas

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 25

AMMONIA / NITRITE / NITRATE

Ammonia, nitrite dan nitrate boleh diuji dengan menggunakan
kit ujian digital, kit ujian jalur celup (dipping strip), dan juga kit
ujian jenis cecair. Kit ujian menggunakan cecair antara yang
paling popular digunakan kerana ianya mudah serta hasil
keputusannya yang tepat. 

Bacaan parameter air yang bagus adalah Ammonia (0ppm),
nitrite (0ppm), dan nitrate (kurang dari 20ppm)

PH TESTER

Kit ujian untuk menguji PH juga datang dengan pelbagai jenis iaitu
kit ujian digital, kit ujian jalur celup (dipping strip) dan juga kit ujian
jenis cecair. Kit ujian digital dapat memberikan bacaan yang tepat
dan cepat tetapi perlu dikalibrasi pada tempoh penggunaan
tertentu. Kit ujian jalur celup (dipping strip) yang juga dikenali
sebagai Litmus Paper adalah yang paling murah dan memberi
bacaan yang boleh dipercayai.

Bacaan PH yang bagus untuk air ternakan adalah didalam
lingkungan 7 hingga 8.5

SUHU

Suhu air ternakan boleh ditentukan dengan menggunakan alat
yang dikenali sebagai thermometer. Terdapat thermometer jenis
digital dan juga kaca yang menggunakan merkuri. Setiap jenis
thermometer boleh menghasilakan bacaan yang boleh dipercayai
cuma harganya sahaja yang berbeza-beza mengikut ciri-ciri
tambahan yang ditawarkan.

Bacaan suhu air yang terbaik untuk ternakan LAT adalah dalam
lingkungan 25 hingga 29 darjah celsius.

OKSIGEN TERLARUT (DO)

Kebiasaannya oksigen terlarut ditentukan dengan menggunakan
kit ujian digital supaya dapat menghasilkan hasil bacaan yang
tepat, tetapi ianya datang dengan harga yang agak mahal.
Terdapat kit ujian oksigen terlarut dalam bentuk cecair yang
datang dengan harga yang lebih murah tetapi mempunyai jumlah
penggunaan yang terhad.

Bacaan oksigen terlarut di dalam air ternakan yang bagus adalah
melebihi 5ppm.

Pallet tenggelam yang sesuai untuk LAT

PEMBERIAN MAKANAN

Lobster Air Tawar merupakan sejenis haiwan omnivor yang
memakan daging dan tumbuhan. Segala makanan yang
tenggelam boleh dijadikan santapan lobster. Antara makanan
popular yang digunakan penternak adalah hydrilia, kacang
hijau, ubi kentang, isi ikan dan juga pallet tenggelam yang
mengandungi protien tinggi.

Waktu malam LAT aktif iaitu antara 6 petang ke tengah malam,
masa ini yang terbaik untuk pemberian makanan.
Makanan lengkap (vitamin, mineral) untuk Induk adalah
penting, Beri pelet tenggelam / palet udang / pelet
mengandung 28 % protein dan keatas, Sukatan pemberian
makanan adalah 3 % dari berat badan sehari.

Pemberian makanan juga biasa dibuat 2 kali sehari iaitu pada
waktu awal pagi dan juga waktu petang pada pukul 6 petang
dan keatas. Pemberian makanan haruslah dikawal dengan
cermat, jika berlebihan akan menyebabkan berlakunya
kenaikan ammonia dan memburukkan kondisi air ternakan.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 27

Makanan pelet tenggelam

PEMBERIAN MAKANAN PELET
TENGGELAM

Makanan pelet yang biasanya digunakan untuk makanan
udang dan ikan diperbuat dengan mencampurkan bahan-
bahan tertentu seperti tepung ikan (fish meal) untuk protein,
tepung sagu untuk karbohidrat, dan bahan-bahan lain untuk
lemak, serta garam mineral.

Terdapat dua jenis pelet yang popular untuk digunakan iaitu
pelet jenis timbul (sesuai untuk ikan) dan pelet jenis tenggelam
(sesuai untuk udang). Pelet dihasilkan dan dijual dengan
kandungan protein yang berbeza-beza seperti 30% protein,
40% protein, dan sebagainya.

Tetapi tahukah anda pemberian makanan pelet secara
berlebihan antara penyebab utama ternakan LAT anda mati?

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 28

Makanan pelet tenggelam

KELEBIHAN PEMBERIAN
MAKANAN PELET

Makanan pelet adalah alternatif makanan kepada ternakan
air tawar yang bagus kerana ianya dapat memberikan zat
nutrien yang seimbang serta harganya lebih murah jika
dibandingkan dengan makanan hidup atau mentah seperti
anak ikan, isi ikan dan sebagainya.

Selain itu, fakta nutrisi yang berbeza - beza yang ditawarkan
untuk setiap jenis dan jenama pelet membuatkan kita mudah
untuk memilih pelet manakah yang terbaik dan sesuai untuk
setiap jenis ternakan air kita. Sebagai contoh, kita memerlukan
pelet yang mempunyai kadar protien tinggi dan mineral yang
lengkap untuk anak benih LAT tetapi memerlukan pelet pada
kadar protein yang semakin rendah apabila LAT semakin
membesar.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 29

Lat yang mati akibat keracunan Ammonia

PEMBERIAN PELET SECARA
BERLEBIHAN MEMBUNUH

Pemberian makanan pelet kepada ternakan secara terkawal
dan mengikut kuantiti yang betul dapat membantu
tumbesaran LAT yang baik. Tetapi jika pemberian makanan
secara berlebihan dan tidak mengikut sukatan yang betul akan
membuat ternakan LAT anda menjadi lebih teruk dan mati.

Ini disebabkan setiap lebihan sisa makanan yang tidak dimakan
mempunyai kandungan protein didalamnya. Kandungan
protein inilah yang akan bertukar menjadi ammonia, dan
ammonia inilah yang akan membunuh semua ternakan anda
secara senyap.

Lebih memburukkan keadaan jika kandungan protein didalam
pelet tersebut semakin tinggi, maka ammonia yang akan
terhasil juga semakin banyak.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 30

ADAKAH PELET SAHAJA YANG
MENGHASILKAN AMMONIA?

Semua jenis makanan akan menghasilkan ammonia selagi ianya
mempunyai kandungan protein didalamnya tidak kira la ianya
dalam bentuk pelet atau tidak. Cuma yang membezakan setiap
makanan adalah jumlah ammonia yang akan terhasil akan
mengikut jumlah protein yang terkandung di dalam makanan
tersebut.

Kandungan total nitrogen (ammonia, nitrite, nitrate) yang akan
terhasil berdasarkan kandungan protein didalam makanan
boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

Total Nitrogen = Protein % x 15.5 % x weight (kg)

Contoh pelet 100kg (40% protein)
Total Nitrogen = 40% x 15.5% x 100kg
Total Nitrogen = 6.2kg

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 31

Berdasarkan formula yang diberikan dapatlah kita kira berapa
jumlah total nitrogen (ammonia, nitrite, nitrate) yang akan
terhasil berdasarkan kandungan protein dan berat sisa
makanan tersebut.

Sebagai contoh sisa makanan (40% protein) seberat 10 gram
pada kolam berkapasiti 1000 liter akan menghasilkan ammonia
sebanyak 0.62mg/l.

Jika anda mempunyai kolam berkapasiti 1000 liter dan
mempunyai lebihan makanan pelet (40% protein) sebanyak 10
gram. Itu sudah cukup untuk membuat ternakan LAT anda
bermasalah kerana ammonia mestilah dibawah paras 0.25mg/l
atau yang paras paling bagus adalah 0mg/l.

Kesimpulannya, Pemberian apa jua jenis makanan yang
mempunyai kandungan protein seperti pelet memang
membunuh jika anda memberikannya dengan sukatan tidak
betul dan berlebihan.

Cara mengatasi kenaikan ammonia di dalam air adalah dengan
mengawal pemberian makanan dan juga ammonia boleh
dikawal dengan menggunakan penapis biologi (bio-filter).

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 32

Contoh tempat persembunyian LAT

TEMPAT PERSEMBUNYIAN

LAT adalah haiwan nokturnal iaitu aktif pada waktu malam
dan lebih banyak berehat serta menyorok pada waktu siang.
Selain itu, tempat persembunyian juga penting bagi LAT ketika
proses bersalin kulit yang baharu, ketika ini LAT dalam keadaan
lemah dan terdedah kepada haiwan pemangsa lain.

Contoh tempat persembunyian adalah pokok air seperti keladi
bunting, hydrilia, kangkung, dan juga barangan seperti paip pvc
dan kayu yang yang mempunyai ruang untuk lobster air tawar
masuk dan menyorok.

LAT spesies Red Claw ini agak agresif dan akan menyerang
serta memakan spesies sejenisnya jika terlalu lapar. Paip
polivinil klorida (PVC) perlu digunakan untuk tempat LAT
berlindung terutama waktu bersalin kulit kerana LAT berada
pada keadaan lemah dan mudah untuk diserang LAT yang lain
sementara menunggu kulit yang baharu mengeras.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 33

induk LAT jantan yang sihat dan aktif

PEMILIHAN INDUK BERKUALITI
UNTUK PEMBENIHAN

Memilih induk yang baik adalah penting supaya dapat
menghasilkan benih LAT yang berkualiti. Benih yang berkualiti
mempunyai kadar tumbesaran yang baik dan daya tahan
penyakit yang tinggi. Tips memilih induk berkualiti adalah
seperti berikut:

Pilih induk yang pertumbuhannya paling cepat, bentuk
tubuhnya lebih gemuk dari yang lain.
Pilih induk yang punya nafsu makan besar.
Pilih induk yang gerakannya lincah dan sihat.
Pilih induk yang badannya warna cerah.
Perhatikan jenis kelamin. Jangan pilih yang pondan atau
mempunyai 2 kelamin, ia boleh di lihat pada alat kelamin
jantan tidak terlalu menonjol dan warna merah sepitnya
tidak terlalu cerah.
Jangan pilih yang berkepala besar dan tubuh kecil kerana itu
tanda kurang makan.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 34

LAT mengawan jantan diatas dan betina dibawah

PROSES MENGAHWINKAN
INDUK LAT

Untuk perkahwinan yang ideal dan 70% berhasil, nisbah 2:3
digunakan iaitu setiap 2 ekor induk jantan akan diletakkan
bersama dengan 3 ekor induk betina. Seeloknya perkahwinan
dilakukan secara berkumpulan, ini kerana semakin banyak
pasangan akan menjadi semakin produktif. Hal ini disebabkan
induk betina akan memilih jantan untuk dijadikan pasangan.

Selain itu, ukuran saiz induk jantan seharusnya lebih besar
daripada induk betina. Tempat mengawan juga perlu
mempunyai tempat persembunyian yang cukup besar untuk
memuatkan 2 induk pada satu-satu masa. 

Tutup tempat mengawan dengan penutup yang tidak tembus
cahaya kerana LAT lebih gemar mengawan dalam keadaan yang
gelap.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 35

Induk betina sedang mengendong telur yang hampir menetas

PENJAGAAN INDUK BETINA
BERTELUR

Pada peringkat awal pengeraman, induk yang sedang
gendong telur melipatkan ekornya erat ke bahagian dalam
untuk melindungi telur . Telur LAT berbentuk oval, diameter 0.1
inci dan telor perlu di eram selama 4 – 6 minggu. Induk bertelur
perlu diasingkan ke bekas yang lain untuk mengelakkan ianya
diganggu oleh LAT lain. Bekas bersaiz 50 x 50cm boleh diisi
dengan 2 ekor maksimum dan harus memiliki jumlah tempat
persembunyian lebih banyak dari jumlah induk yang bertelur.

Kebersihan kolam dan air ternakan terutama dibahagian dasar
harus dijaga dengan baik. Jika kotor dan sisa makanan
mengendap di dasar kolam maka akan menggalakkan
pertumbuhan parasit dan kulat. Parasit dan kulat ini akan
menjakiti LAT dan juga telurnya seterusnya akan membuatkan
telur LAT tersebut busuk dan rosak.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 36

Telur LAT yang sudah menjadi anak benih

PENEMPATAN INDUK BERTELUR

Induk bertelur dialihkan ke penempatan khas supaya dapat
menjamin proses pengeraman telur berjalan dengan baik dan
menjamin peratusan kejayaan anak benih menetas yang tinggi.
Terdapat 2 kaedah penempatan induk bertelur iaitu seperti
berikut:

1. Penempatan Solo - menempatkan hanya 1 ekor induk bertelur
dalam 1 bekas. Sebaiknya bekas tersebut bersaiz minima 1 x 1
kaki.

2. Penempatan Berkumpulan - menempatkan beberapa induk
dalam 1 kolam dan induk tersebut perlu mempunyai umur telur
sama (min beza 10 hari) Utk menjamin penetasan telur sekata
dan memudahkan proses menuai anak benih.

Sebaiknya Induk bertelur dipindahkan ke tempat pengeraman
ketika telur memasuki minggu kedua (telur warna coklat)
kerana induk betina sudah tidak dijaga oleh jantan. Proses
pemindahan haruskan dilakukan dengan berhati-hati supaya
induk betina tidak melibaskan ekornya yang akan
mengakibatkan telurnya gugur.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 37

MINGGU PERTAMA

Telur LAT pada minggu pertama berwarna kehijau-hijauan.
Tidak digalakkan untuk memindahkan induk bertelur pada fasa
minggu pertama ini kerana telur masih baharu dan tidak
cukup kuat. Kebiasaannya pada minggu pertama ini induk
jantan masih lagi bersama dengan induk betina.

MINGGU KEDUA

Telur yang disenyawakan dengan baik akan beubah warna
menjadi oren atau coklat muda pada minggu kedua. Pada ketika
ini sudah boleh untuk memindahkan induk bertelur ke tempat
pengeraman yang berlainan, untuk mengelakkan ianya diganggu
oleh LAT yang lain.

MINGGU KETIGA

Pada minggu ketiga telur akan berubah menjadi warna oren atau
coklat gelap dan sudah mula kelihatan bintik2 hitam pada setiap
telur. Bintik hitam tersebut hasil daripada mata anak benih yang
sudah mula terbentuk.

MINGGU KEEMPAT

Pada minggu keempat, organ serta anggota badan anak benih
sudah mula terbentuk lengkap. Telur kelihatan seperti berbulu
disebabkan pembentukan sesungut anak benih yang terkeluar
daripada telur.

MINGGU KELIMA

Pada minggu kelima, anak benih sudah terbentuk sempurna dan
sudah mula bergerak-gerak. Pada fasa ini, anak benih sudah
bersedia untuk dilepaskan dan turun daripada induk betina. Anak
benih akan dilepaskan secara berperingkat mengikut tahap
kematangan anak benih.

Anak benih LAT bersaiz 1 inci

PEMBESARAN ANAK BENIH LAT

Anak benih yang sudah turun daripada induk betina

sebaiknya diasingkan ke tempat yang baharu untuk

mengelakkan ianya dimakan oleh ibunya. Tempat pembesaran

anak benih yang baharu tersebut haruslah mempunyai kualiti

air yang bagus serta mengandungi kendungan larutan oksigen

yang tinggi. Ini supaya untuk mengurangkan kadar kematian

anak benih yang baru menetas tersebut. Kematian anak benih

biasanya berpunca daripada kualiti bacaan parameter air yang

teruk, jangkitan parasit/bakteria, dan juga suhu air yang tidak

sesuai.

Anak benih akan menjalani proses molting (salin kulit) yang
kerap untuk membesar. kualiti air yang tidak bagus akan
mengakibatkan anak benih gagal molting dengan sempurna
dan mengakibatkan kematian.

Anak benih perlu diberi makanan yang tinggi kandungan
protein supaya dapat membesar dengan optimum.
Kebiasaannya anak benih akan diberi pallet tenggelam yang
bersaiz kecil dan juga bloodworm

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 39

Penyakit ekor melepuh

PENYAKIT LAT DAN CARA
MENGATASINYA

Salah satu penyakit yang biasa menyerang LAT ialah ekor
melepuh (Haemorragil septicacaemia) yang disebabkan oleh
bakteria Aeromonas hydrophila. Bakteri itu masuk melalui ekor
yang sering menyentuh dasar kolam dan seterusnya menembus
sistem kekebalan tubuh LAT dan membuat darah keluar
melalui pori-pori. Akibatnya, ekor lobster dipenuhi bisul berisi
nanah. Punca utama penyakit ini disebab dasar kolam kotor
dan kualiti air yang teruk.

Cara mengubat dengan cara memicit, hingga cairan yg ada
pada ekor keluar, kemudian bersihkan cairan tersebut agar
bekas luka dapat di beri ubat luka Antiseptic Betadine. LAT
yang terkena penyakit ekor melepuh harus diasingkan segera
untuk mengelakkan ianya berjangkit ke LAT yang lain. Selain
itu, dasar kolam harus dibersihkan daripada kotoran dan sisa
makanan serta menjaga kualiti air ternakan.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 40

LAT yang diserang parasit Branchiobdellida

Selain daripada penyakit ekor melepuh, LAT juga sering
diserang parasit yang akan hidup di badan atau diatas kepala
LAT. Parasit ini jika dibadan masih lagi kurang bahaya, tetapi
jika ianya sudah masuh ke bahagian kepala dan sistem
pernafasan boleh menyebabkan kematian terhadap LAT yang
dijangkiti. Antara parasit yang popular menyerang LAT dikenali
sebagai Branchiobdellida (mempunyai rupa seperti cacing
halus berwarna putih)

Antara kaedah untuk merawat LAT yang terkena jangkitan
parasit adalah dengan merendam LAT kedalam larutan air
garam. Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk
rendaman air garam seperti merendam LAT yang terkena
jangkitan kedalam air garam pada sukatan 15 gram garam
untuk 1 liter air (15ppt) selama 3 jam. Selain itu, LAT juga boleh
direndam dalam air garam dengan sukatan 30 gram garam
untuk 1 liter air (30ppt) untuk tempoh masa 15-20 minit sahaja.

Kaedah rendaman garam ini berkesan untuk merawat dan
membunuh pelbagai jenis jangkitan parasit pada Lobster air
tawar.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 41

LAT yang memanjat tunggul kayu

CARA MENGATASI MASALAH
KETIADAAN ELEKTRIK

Ada beberapa kaedah yang mudah untuk dipraktikkan untuk
mengatasi masalah ketiadaan elektrik. Antara yang paling
mudah untuk dilakukan adalah dengan mengurangkan
ketinggian air dalam kolam sehingga permukaan air dapat di
capai kepala LAT. Selain itu, Gantung jaring di tengah kolam,
atau letak apa-apa barang yang boleh digunakan LAT untuk
memanjat seperti batu, kayu, dan sebagainnya yang boleh
untuk digunakan LAT untuk mngambil udara dipermukaaan.

Untuk penternak dalam skala besar atau komersial, sebaiknya
mempunyai power generator untuk digunakan sekurang-
kurangnya menghidupkan pam pengudaraan oksigen supaya
dapat mengelakkan kadar oksigen terlarut jatuh mendadak dan
menyebabkan kematian LAT secara banyak.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 42

LAT diberi makan tumbuhan Hydrilia

PERSEDIAAN MENINGGALKAN LAT
UNTUK JANGKA MASA LAMA

Sebelum meninggalkan LAT untuk tempoh yang lama,
pastikan kualiti air dalam keadaan yang baik dan ganti air jika
perlu. Beri makanan hidup seperti Cacing Sutera, LAT tahan 3 -
4 hari tanpa makan. Jangan beri cacing sutera berlebih, jika
mati ia memburuk kualiti air. Awet cacing sutera dgn meletak
dalam piring, campur kerikil/pasir bersih, agar ia dapat
sembunyi dan bertahan lama, kerana ia tidak sekali habis di
makan.

Selain itu, tumbuhan hidup seperti kangkung atau hydrilia juga
boleh diberikan sebagai makanan LAT kerana ia mampu hidup
dan bertahan sehingga habis dimakan. Paras Air hanya 10 - 20
cm agar LAT dapat bertahan tanpa letrik waktu di tinggalkan.
Pastikan tiada LAT yg sakit, jika ada sila pindah dan
kuarantinkan di bekas yang berlainan, agar tidak menjangkiti
LAT yang lain.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 43

PERKARA PENTING DALAM
TERNAKAN LAT

PERANCANGAN VS MODAL

Setiap rancangan untuk memulakan ternakan lobster air
tawar hendaklah dirancang dengan teliti dengan
mengambil kira pelbagai aspek. Ini supaya setiap modal
yang dilaburkan mendapat pulangan yang cepat dan
setimpal. Sebagai contoh, tidak perlu menyediakan
peralatan yang canggih dan mahal dalam ternakan lobster
air tawar kerana akan menyebabkan modal permulaan
yang tinggi. Modal yang tinggi tidak menjamin keuntungan
malah akan mengakibatkan pulangan modal yang lambat
dan risiko kerugian yang meningkat.

PEMILIHAN SISTEM TERNAKAN

Sistem ternakan yang betul amat penting dalam ternakan
lobster air tawar. kesilapan dalam memilih sistem ternakan
akan mengakibatkan tumbesaran lobster air tawar menjadi
perlahan, penyelenggaraan air ternakan meningkat, dan
kadar kematian yang tinggi. Contoh sistem ternakan yang
baik adalah sistem yang mempunyai penyelenggaraan yang
mudah, senang dipantau, dan yang paling penting dapat
membantu tumbesaran lobster yang optimum.

PEMILIHAN BAKA / INDUK

Baka atau induk yang sihat, cukup sifat dan kuat dapat
melahirkan generasi yang tahan lasak, cepat membesar, dan
ketahanan terhadap penyakit yang tinggi. Pemilihan baka atau
induk yang kurang baik akan menghasilkan anak benih yang
mudah mati dan kadar tumbesaran lambat atau terbantut.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 44

PERKARA PENTING DALAM
TERNAKAN LAT

MEMAHAMI PARAMETER AIR

Setiap jenis hidupan air memerlukan parameter air yang
tertentu untuk hidup dalam keadaan sihat dan membesar
dengan baik. Antara parameter air yang biasa diuji
bacaannya dalam ternakan lobster air tawar adalah PH,
suhu, TDS, ammonia, nitrite, dan juga nitrate. Jika bacaan
parameter air tidak sesuai akan mengakibatkan lobster
lemah, mudah diserang penyakit, dan berakhir dengan
kematian. Penternak perlu memahami setiap parameter air
dengan baik termasuklah cara mengatasi dan memperbaiki
parameter air yang bermasalah

KEPERLUAN ASAS LAT

Lobster air tawar memerlukan keperluan asas yang
mencukupi untuk membesar dan berkembang biak dengan
baik. Antara keperluan asasnya ialah tempat untuk
berlindung kerana sifat semula jadi lobster ini yang suka
menyorok untuk mengelak dari pemangsa terutama ketika
baru lepas melalui proses salin kulit dan memerlukan masa
untuk kulit baru mengeras. 

MEMILIH STRATEGI SESUAI

Penternak  LAT tahu dan memlikih strategi ternakan yang
terbaik dan bersesuaian dengan keadaan masing-masing.
Sebagai contoh, penternak yang fokus dalam penghasilan dan
penjualan anak benih memerlukan kos modal yang rendah
dan luas kawasan yang sedikit berbanding dengan penternak
yang fokus untuk menjual hasil LAT untuk tujuan konsumsi
yang memerlukan kawasan dan modal yang lebih besar,
tetapi akan memperoleh keuntungan yang lebih tinggi.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 45

KESILAPAN BIASA DILAKUKAN
PENTERNAK LAT

ASAS TERNAKAN YANG LEMAH

Ternakan lobster air tawar bukanlah suatu perkara yang
mudah jika tidak mempunyai pengetahuan asas yang
kukuh. Penternak baru wajib memahami mengenai perkara
asas seperti sistem ternakan, keperluan lobster air tawar
dan sebagainya. Kegagalan dalam berbuat demikian akan
mengakibatkan perkara yang biasa terjadi dikalangan
penternak baru iaitu kematian yang banyak dalam masa
yang singkat terhadap ternakan lobster air tawar mereka
dan mengakibatkan mereka menanggung kerugian yang
banyak.

PENJIMATAN YANG TIDAK PATUT

Dalam ternakan lobster air tawar, terdapat beberapa perkara yang
perlu dijaga dengan baik supaya dapat memaksimakan pengeluaran
hasil. Antaranya adalah parameter air ternakan dan juga
pemakanan lobster air tawar. Penternak yang berjimat dengan cara
menghadkan operasi sistem ternakan demi penjimatan elektrik
sehingga merubah bacaan parameter air ternakan dan memberi
makanan kurang nutrisi semata-mata mahukan penjimatan kos
makanan hanya akan merugikan penternak itu sendiri. Ini kerana ia
akan mengakibatkan tumbesaran lobster perlahan, mudah
mendapat penyakit, kadar kematian meningkat, serta pengurangan
hasil tuaian yang kritikal.

PERALATAN TERNAK TAK EFEKTIF

Untuk memaksimakan keuntungan hasil daripada ternakan
lobster air tawar, setiap peralatan ternakan yang digunakan mesti
beroperasi dalam keadaan paling efektif dan sesuai. Sebagai
contoh, pemilihan kolam ternakan mestilah mempunyai nisbah
kapasiti ternakan berbanding kos binaan yang terbaik. Kolam
yang dibina dengan kos yang tinggi tetapi mempunyai kapasiti
ternakan yang kecil hanya akan merugikan penternak kerana
terpaksa mengeluarkan modal pendahuluan yang tinggi tetapi
mendapat hasil yang sedikit.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 46

INFO TAMBAHAN

MANFAAT DAUN SIRIH

Daun sirih (Piper betle) terkenal sebagai ubat baik untuk
manusia mahupun untuk haiwan ternakan seperti lobster
air tawar. Pokok sirih sejenis pokok menjalar, yang
merupakan satu bahan penting dalam kebudayaan Melayu.
Pokok ini berasal dari  Malaysia  dan kini boleh turut
dijumpai di  India,  Indonesia  dan  Sri Lanka.Daun sirih
mempunyai bentuk yang hampir menyerupai daun  Kaduk.
Ia penting dalam adat perkahwinan dan perubatan Melayu
tradisional.

KELEBIHAN DAUN SIRIH

Daun sirih mengandungi minyak Atsiri dan daun sirih berasa pedas
mengandung chavicol C4H3OH, merupakan antiseptik kuat untuk
membunuh parasit terutama lchthyophthirius multifiliis. Sirih diguna
sebagai styptic (penahan darah) & vulnerary (obat luka kulit), juga
sebagai antioksida, antiseptik, fungisida & bakterisidal. Daun sirih yg
mengandung minyak atsiri digunakan untuk merawat LAT yang
dijangkiti parasit.

SUKATAN PENGGUNAAN DAUN SIRIH

Daun sirih perlu direbus untuk menghasilkan air rebusannya yang
akan digunakan untuk rawatan parasit. Ketika menggunakannya
perlu ambilkira ketahanan LAT terhadap air rebusan daun sirih,
konsentrasi yang terlalu tinggi beri kesan negatif kepada LAT. Cara
penggunaan untuk membunuh parasit lchthyophthirius multifiliis
pada konsentrasi 8.3 ppt daun sirih (8.3 gram daun sirih dicampur
dgn 1 liter air) , mortaliti 4 parasit lch mencapai 99 %. Sukatan juga
boleh dikurangkan kepada 6ppt dan rendaman LAT boleh
dinaikkan sehingga 12 jam.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 47

INFO TAMBAHAN

MANFAAT POKOK PANDAN

Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis
tumbuhan tropika dalam keluarga  genus Pandanus  dan
digunakan dengan meluas dalam masakan di  Asia
Tenggara. Ia ialah pokok hijau menegak dengan daun
panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu.
Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia
membiak melalui keratan.Pokok Pandan jarang terdapat
secara meliar tetapi ditanam dengan meluas bagi perisa
dalam masakan. Tahukah anda pokok pandan juga
mempunyai manfaat yang bagus dalam ternakan lobster air
tawar?

FUNGSI POKOK PANDAN DALAM TERNAKAN LAT

Pokok pandan yang diletakkan didalam air kolam dapat menyerap
nutrien seperti nitrogen (ammonia/nitrit/nitrat) dan phosphorous (P)
didalam air yang akan memperbaiki kondisi air ternakan LAT
menjadi lebih baik.Membekalkan oksigen terlarut didalam air pada
waktu siang.Mempunyai jangka hayat lebih lama daripada pokok air
yang lain seperti hydrilia, kiambang, keladi bunting dan sebagainya
(pokok yang mudah mati akan mereput dan mengakibatkan
kenaikan ammonia dan kerosakan air ternakan).Dapat
mengurangkan/mengelakkan pertumbuhan algae (punca air
menjadi hijau) seterusnya dapat menjernihkan air ternakan LAT.

Mudah untuk hidup dan membiak serta tidak memerlukan cahaya
matahari yang banyak (boleh hidup dikawasan yang terlindung
dari cahaya matahari)Mempunyai akar berserabut yang bagus
untuk menjadi tempat persembunyian anak benih terutama yang
baru menetas.Dan yang paling best iaitu selain ianya bermanfaat
kepada ternakan LAT, ianya juga bermanfaat kepada kita.
Daunnya boleh digunakan untuk pewangi dan juga boleh
digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti nasi lemak tanpa
perlu kita membelinya dikedai. Cara meletakkannya adalah
dengan meletakkan pokok pandan tersebut didalam pasu atau
bekas berlubang dan diletakkan batu kerikil atau ape2 batu untuk
menegakkannya seterusnya diletakkan di bahagian tengah kolam.
Elakkan daripada meletakkan tanah didalam pasu kerana ianya
akan mengotorkan air kolam.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 48

PANDUAN MEMBUAT SISTEM
TERNAKAN UNTUK PEMULA

Pemulaan yang bagus untuk anda yang ingin mula menternak
LAT adalah dengan membuat sistem ternakan yang mudah dan
menternak pada skala kecil dahulu. Ini supaya anda dapat
mengimplikasikan teori yang telah dipelajari secara praktikal
dan mendapat pengalaman yang berguna.

Menternak secara besar tanpa pemahaman teori yang bagus
serta kekurangan pengalaman akan mengakibatkan penternak
tersebut mengalami kerugian yang besar disebabkan sistem
ternakan yang tidak berfungsi dengan baik dan kematian LAT
yang tinggi.

Nasihat saya, mulakan ternakan LAT dengan sistem yang simple
dan pada skala kecil. Apabila sudah yakin, barulah beralih
kepada sistem ternakan yang lebih advance dan skala ternakan
yang lebih besar.

INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 49


Click to View FlipBook Version