SISTEM TERNAKAN DENGAN MENGGUNAKAN
BEKAS PLASTIK
SPONGE FILTER
Sistem ternakan yang mudah dibuat dan sangat sesuai
untuk pemula atau sesiapa yang mempunyai ruang
terhad adalah dengan menggunakan sistem ternakan
menggunakan bekas plastik. Antara barang
keperluannya adalah sponge filter yang mempunyai
fungsi 2 dalam 1 iaitu menapis air dan bertindak sebagai
bio-filter untuk mengatasi masalah ammonia.
AIR PUMP / OXYGEN PUMP
Barang kedua yang diperlukan adalah air pump yang akan
digabungkan bersama sponge filter supaya sponge filter
tersebut dapat berfungsi selain ianya dapat membekalkan
oksigen terlarut dalam air ternakan.
BEKAS PLASTIK
Bekas plastik yang diperlukan mestikan mempunyai ukuran
sekurang-kurangnya 1x2 kaki yang boleh menempatkan
maksima 5 ekor induk LAT bersaiz 4 inci. Bekas plastik
tersebut juga mesti mempunyai ketinggian minima setengah
kaki supaya dapat mengelakkan LAT daripada memanjat
keluar. Kemudian air diisi sehingga mencapai ketinggian
sekurang-kurangnya 4 inci dan sebolehnya sehingga sponge
filter tenggelam keseluruhannya.
SISTEM TERNAKAN BEKAS
PLASTIK BERTINGKAT
Sistem kolam plastik bertingkat ini adalah fasa kedua yang
boleh dilakukan oleh penternak yang menggunakan bekas
plastik untuk mengembangkan lagi kapasiti ternakan mereka.
Sistem bertingkat dengan menggunakan bekas plastik ini
sesuai digunakan untuk penternak LAT yang ingin fokus kepada
pembiakan dan penjualan anak benih serta yang mempunyai
ruang yang terhad.
Rangka bertingkat tersebut boleh dibuat dengan menggunakan
besi "Angle Slotted Bar" kerana ianya murah dan mudah untuk
dipasang.
Sistem penapisan air boleh dibuat secara individu pada setiap
bekas dengan menggunakan sponge filter atau dengan
menggunakan sistem penapisan air tunggal iaitu kesemua
bekas dihubungkan dengan sistem perpaipan yang akan
membawa kepada satu filter berasingan dengan menggunakan
pam air.
INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 51
SISTEM TERNAKAN DENGAN MENGGUNAKAN
KOLAM KANVAS
KREDIT GAMBAR OLEH EDDIE UDANG KARA MELAKA
FILTER BOX
Kolam kanvas sangat sesuai untuk digunakan untuk
pembesaran dan pembiakan LAT. Antara barang yang
penting untuk membuat sistem ternakan kolam kanvas
adalah filter box (Kotak Penapis). Kotak penapis ini boleh
dibeli siap seperti "canister filter" ataupun boleh dibuat
sendiri dengan menggunakan kotak plastik, span, dan juga
penambahan bio-ring supaya ianya menjadi bio-filter.
WATER PUMP
Water pump (pam air) digunakan untuk mengalirkan air
daripada kolam kepada filter supaya air ternakan bersih
dan bebas daripada kandungan ammonia. Selain itu,
Aliran air daripada pam kepada filter dan seterusnya
masuk semula kedalam kolam akan membuatkan
kandungan oksigen terlarut dalam air turut meningkat.
KOLAM KANVAS
Kolam kanvas bagus untuk digunakan dalam ternakan LAT
kerana ianya murah berbanding kolam yg lain, mudah untuk
dialih dan disimpan, serta datang dgn saiz yang pelbagai.
Selain itu, kolam kanvas guna mudah untuk dibuat sendiri
iaitu dengan menggunakan paip pvc dan kanvas. Ketinggian
kolam kanvas yg sesuai adalah 1 kaki (tak perlu tinggi yg byk)
kerana ketinggian air ternakan dalam kolam kanvas yg
sesuai hanyalah setengah kaki sahaja.
KREDIT GAMBAR OLEH EDDIE UDANG KARA MELAKA
SISTEM TERNAKAN KOLAM
KANVAS BERTINGKAT
Sistem kolam kanvas bertingkat mempunyai kelebihan kapasiti
ternakan yang tinggi tetapi hanya menggunakan ruang yang
sedikit. Ini akan membuatkan hasil yang diperolehi dapat berlipat
kali ganda daripada kolam ternakan biasa dengan menggunakan
keluasan ruang yang sama.
Kebiasaannya kolam kanvas bertingkat akan dibuat secara 2 hingga
ke 3 tingkat, tetapi ada juga penternak di Malaysia yang membuat
sehingga 4 tingkat dengan menggunakan kolam kanvas yang sama.
Untuk menjimatkan kos pembuatan kolam bertingkat. Rangka besi
kolam tersebut akan dibuat dengan menggunakan besi jenis " C-
Channel" atau kebiasaannya dikenali sebagai besi rangka bumbung.
Sistem penapisan pula boleh dibuat secara individu untuk setiap
kolam ataupun dengan menggunakan sistem penapisan tunggal
yang dihubungkan dengan menggunakan sistem paip kepada
kesemua kolam.
INFO EKSKLUSIF SUPERB LOBSTER FARM | 53
PENUTUP
Tahniah! kerana anda telah berjaya menghabiskan buku ini
dan memahami segala teknik asas untuk menternak
lobster air tawar.
Sekarang la masanya untuk anda bertindak dan mulakan
menternak!
Cuba mula menternak pada skala kecil dahulu untuk
mengumpul pengalaman dan mempraktikkan segala ilmu
yang telah dipelajari. Apabila berjaya dan anda yakin untuk
pergi ke skala ternakan yang lebih besar, teruskan!
Mari kita bersama-sama berjaya dalam dunia ternakan
lobster air tawar ini.
Jangan lupa untuk ikuti kami di
https://www.facebook.com/superblobsterfarm
shopee.com.my/superblobsterstore
superb lobster farm