The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengauditan Pematuhan Bayaran AP58 (a) dan AP59kemaskini 18sept

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syuhaida2112, 2021-03-24 03:13:26

Pengauditan Pematuhan Bayaran AP58 (a) dan AP59kemaskini 18sept

Pengauditan Pematuhan Bayaran AP58 (a) dan AP59kemaskini 18sept

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Pengenalan Pengauditan

Pematuhan

• Tugas pengauditan adalah penting dalam pentadbiran sektor awam kerana
pengurusan wang awam merupakan satu amanah. Pengauditan
merupakan bahagian penting dalam sistem pengawalseliaan yang
bertujuan untuk mendedahkan pelanggaran terhadap undang-undang dan
peraturan, standard perakaunan yang sepatutnya diurus secara cekap,
berkesan dan ekonomi dalam pengurusan kewangan.

• Pada amnya, tujuan Pengauditan Pematuhan adalah untuk memberi
jaminan kepada stakeholder berkaitan hasil penilaian atau pengukuran
terhadap perkara yang diliputi berbanding kriteria. Ini bagi membolehkan
tindakan pembetulan awal diambil terhadap setiap kes atau mengambil
langkah-langkah pencegahan supaya tidak berulang.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Mandat Pengauditan

• Seksyen 6 Akta Audit 1957 telah menetapkan perkara-perkara berikut:

• Ketua Audit Negara hendaklah dalam pengauditannya membuat apa-apa pemeriksaan yang
difikirkannya perlu untuk menentukan: sama ada segala langkah berjaga-jaga yang munasabah
telah diambil untuk melindungi pemungutan dan penjagaan wang awam atau wang lain yang
tertakluk kepada pengauditannya;

• sama ada pengeluaran dan pembayaran wang yang tertakluk kepada pengauditannya telah
dibuat mengikut kuasa yang sepatutnya dan pembayaran telah dipertanggungkan dengan
sepatutnya dan adalah disokong dengan baucar atau bukti pembayaran yang cukup;

• sama ada perhatian yang sewajarnya telah diambil untuk memberikan penjelasan mengenai,
dan untuk memastikan penggunaan, pengawalan, penyenggaraan dan pelupusan yang
sepatutnya,segala simpanan awam atau simpanan lain yang tertakluk kepada pengauditannya;

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Mandat Pengauditan

• Seksyen 6 Akta Audit 1957 telah menetapkan perkara-perkara berikut:

• sama ada segala akaun dan rekod lain telah dan sedang disenggarakan dengan
sepatutnya dan tepat;

• sama ada pada pendapatnya wang telah digunakan untuk maksud wang itu
diperuntukkan atau dibenarkan dan aktiviti yang berhubungan dengan maksud itu
telah dijalankan atau diuruskan dengan cara yang cekap dengan memberikan
perhatian yang sewajarnya terhadap keekonomian dan pengelakan pembaziran atau
keborosan; dan

• sama ada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Tatacara Kewangan 1957,
danmana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan wang

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Kepentingan Pengauditan

• Pematuhan merupakan asas kepada tadbir urus
yang baik daripada aspek pengurusan kewangan
sektor awam dan juga peraturan rasmi yang perlu
dipatuhi oleh kakitangan awam.

• Sebagai satu pendekatan pengauditan yang
berdasarkan objektif untuk memperoleh
kepastian dan mendapatkan keyakinan terhadap
kebolehpercayaan dan akauntabiliti sektor awam.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Kepentingan Pengauditan

• Pengauditan Pematuhan menggalakkan unsur ketelusan
dengan menyediakan laporan berhubung sama ada
pengurusan, penggunaan dana dan juga hak awam telah
mematuhi undang undang dan peraturan yang berkuat kuasa
terhadap sesuatu entiti.

• Pengauditan Pematuhan juga menggalakkan prinsip
akauntabiliti melalui pelaporan yang mendedahkan tentang
percanggahan atau pun pelanggaran yang mungkin terjadi
terhadap undang-undang dan peraturan di mana tindakan
pembetulan dapat diambil oleh pihak yang bertanggungjawab
terhadap kelemahan yang wujud.

Pengauditan Pematuhan

Bayaran AP 58(a) & AP59

Kepentingan Pengauditan

• Pengauditan Pematuhan menggalakkan prinsip
pengawasan yang teliti sama ada melalui pendedahan
berhubung kelemahan yang wujud atau pun
pelanggaran terhadap undang-undang dan peraturan
melalui pelaksanaan pengukuran kriteria yang jelas iaitu
dengan menilai sama ada undang-undang atau
peraturan yang ada mencukupi atau tidak, atau pun
sama ada terdapat jurang yang ketara daripada aspek
perundangan. Pengauditan Pematuhan juga
menggalakkan tadbir urus yang baik dalam sektor awam
dengan mengambil kira risiko fraud yang mungkin
wujud dalam entiti awam daripada aspek pematuhan.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Proses Pengauditan

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Proses Pengauditan

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Objektif Pengauditan

• Menentukan Pematuhan Pengurusan

Pembayaran AP58(A) dan AP59

diuruskan dengan berhemat serta

mematuhi peraturan/pekeliling

kerajaan yang ditetapkan.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Perancangan Audit

• Fasa perancangan dalam melaksanakan
Pengauditan Pematuhan adalah penting bagi
memperkasakan dan memperjelaskan hala tuju
yang jelas kepada Juruaudit sebelum kerja-kerja
pengauditan dimulakan. Fasa ini menitikberatkan
beberapa elemen seperti berikut:

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Perancangan Audit

ELEMEN PERIHAL
PERANCANGAN

Penentuan Pihak Juruaudit perlu mengenal pasti pihak yang terlibat. Ini penting bagi
menentukan asas perundangan dalam menjalankan pengauditan
Yang Terlibat Dan seperti mandat JAN, tanggungjawab Juruaudit dan status
perundangan dan tanggungjawab auditi.
Asas Undang Undang
Tambahan pula, adalah penting bagi Juruaudit untuk mengenal pasti
stakeholder Laporan Audit. Format dan kandungan laporan
dipengaruhi oleh pertimbangan profesional Juruaudit bagi
memaklumkan penemuan Audit kepada stakeholder yang disasarkan
dengan berkesan

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Perancangan Audit

ELEMEN PERIHAL
PERANCANGAN
Perkara yang diliputi hendaklah mengandungi pelbagai bentuk dan
Perkara Yang Diliputi mempunyai ciri yang berbeza. Mungkin ia berbentuk umum atau
Dan Kriteria khusus. Ada yang berbentuk kuantitatif dan mudah diukur seperti
prestasi atau keadaan kewangan, manakala yang lain berbentuk
kualitatif dan subjektif seperti tingkahlaku.

Bagaimanapun, perkara yang diliputi perlu dikenal pasti dan dinilai
kriterianya. Selain itu,perkara yang diliputi sepatutnya mempunyai ciri
yang membolehkan pengumpulan bukti atau maklumat yang
mencukupi bagi menyokong kesimpulan yang dibuat.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Perancangan Audit

ELEMEN PERIHAL
PERANCANGAN
Perkara yang diliputi hendaklah mengandungi pelbagai bentuk dan
Memahami Auditi mempunyai ciri yang berbeza. Mungkin ia berbentuk umum atau
dan khusus. Ada yang berbentuk kuantitatif dan mudah diukur seperti
Persekitarannya prestasi atau keadaan kewangan, manakala yang lain berbentuk
kualitatif dan subjektif seperti tingkahlaku.

Bagaimanapun, perkara yang diliputi perlu dikenal pasti dan dinilai
kriterianya. Selain itu,perkara yang diliputi sepatutnya mempunyai ciri
yang membolehkan pengumpulan bukti atau maklumat yang
mencukupi bagi menyokong kesimpulan yang dibuat.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Perancangan Audit

ELEMEN PERIHAL
PERANCANGAN
Perancangan Audit membolehkan pengauditan dilaksanakan dengan
Merancang Strategi berkesan melibatkan perbincangan dengan pasukan Audit,
dan Pelan Audit membangunkan strategi dan rancangan Audit. Pelaksanaan ini adalah
bersifat berterusan dan berulang (repetition) dan ia hendaklah
didokumenkan secara bertulis. Perancangan ini juga hendaklah
melibatkan pertimbangan yang berkaitan dengan arahan, penyeliaan
dan kajian semula pasukan Audit serta perlu dikemas kini sepanjang
tempoh pengauditan (ISSAI 400,56).

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Perancangan Audit

ELEMEN PERIHAL
PERANCANGAN

Memahami Kawalan Penilaian kawalan dalaman adalah bergantung kepada perkara yang
Dalaman Auditi diliputi, keadaan dan skop Audit. Dalam menilai kawalan dalaman,
Juruaudit perlu menilai risiko struktur kawalan dalaman yang mungkin
tidak boleh mencegah atau mengesan ketidakpatuhan yang ketara
(ISSAI 300, 3.4.6).
Sistem kawalan dalaman sesebuah Auditi mungkin juga termasuk
kawalan yang direka untuk membetulkan ketidakpatuhan. Juruaudit
perlu memastikan kawalan dalaman adalah relevan dengan objektif
Audit dan menguji kawalan yang dijangkakan boleh
dipercayai.Jaminan yang diperolehi daripada penilaian kawalan
dalaman akan membantu Juruaudit menentukan tahap keyakinan dan
prosedur Audit yang akan dilaksanakan.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Perancangan Audit

ELEMEN PERIHAL
PERANCANGAN
Materialiti terdiri daripada faktor kuantitatif dan kualitatif. Dalam
Materialiti melaksanakan Pengauditan Pematuhan, materialiti ditentukan untuk
tujuan perancangan; menilai bukti yang diperolehi dan kesan terhadap
ketidakpatuhan yang dikenal pasti; serta melaporkan penemuan Audit.
Seperti dinyatakan dalam Prinsip Asas Pengauditan, materialiti bukan
sahaja dari segi nilai tetapi juga terhadap keadaan atau ciri sesuatu
perkara atau barangan (Cth: undang-undang atau peraturan perlu
dinyatakan secara berasingan tanpa mengira nilai terlibat) (ISSAI
400,47).
Tambahan pula, prinsip tersebut menjelaskan bahawa dalam kes-kes
di mana Pengauditan Pematuhan dijalankan, materialiti mengikut
keadaan atau konteks adalah lebih penting berbanding materialiti
mengikut nilai. (ISSAI 400, 4.0.29).

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Perancangan Audit

ELEMEN PERIHAL
PERANCANGAN
Perkara lain yang boleh dianggap penting dalam menentukan
Materialiti materialiti adalah seperti berikut:
• Penipuan;
• Perbuatan menyalahi undang-undang atau ketidakpatuhan yang

sengaja;
• Maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap kepada pihak

pengurusan, Juruaudit atau badan perundangan
(menyembunyikan);
• Sengaja tidak mengendahkan untuk mengambil tindakan susulan
terhadap arahan pihak pengurusan dan pihak berkuasa atau syor
Juruaudit;
• Perkara dan urus niaga yang dibuat walaupun kekurangan asas
undang-undang mengenainya.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Perancangan Audit

ELEMEN PERIHAL
PERANCANGAN
Perkara lain yang boleh dianggap penting dalam menentukan
Materialiti materialiti adalah seperti berikut:
• Penipuan;
• Perbuatan menyalahi undang-undang atau ketidakpatuhan yang

sengaja;
• Maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap kepada pihak

pengurusan, Juruaudit atau badan perundangan
(menyembunyikan);
• Sengaja tidak mengendahkan untuk mengambil tindakan susulan
terhadap arahan pihak pengurusan dan pihak berkuasa atau syor
Juruaudit;
• Perkara dan urus niaga yang dibuat walaupun kekurangan asas
undang-undang mengenainya.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Perancangan Audit

ELEMEN PERIHAL
PERANCANGAN

Penilaian Risiko Disebabkan batasan yang sedia ada, Pengauditan Pematuhan tidak menjamin
bahawa semua kejadian ketidakpatuhan dapat dikesan. Batasan yang wujud
dalam Pengauditan Pematuhan mungkin disebabkan faktor berikut:
• Pertimbangan yang digunakan oleh pihak pengurusan dalam mentafsirkan

undangundang dan peraturan;
• Berlaku kesilapan manusia;
• Sistem tidak direka dengan betul atau tidak berfungsi dengan berkesan;
• Kawalan yang boleh dielakkan; dan
• Bukti disembunyikan atau tersembunyi (concealed);
• Risiko dan faktor-faktor yang boleh membawa kepada risiko berbeza

bergantung kepada perkara diliputi dan keadaan pengauditan;
• Secara umumnya, Juruaudit mengambil kira tiga elemen risiko audit iaitu

risiko semula jadi (inherent risk), risiko kawalan (control risk) dan risiko yang
dikesan (detection risk).

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Perancangan Audit

ELEMEN PERIHAL
PERANCANGAN
Pertimbangan Penilaian Risiko Yang Berkaitan Fraud
Juruaudit bertanggungjawab mengenal pasti dan menilai risiko fraud dan
mengumpul bukti berkaitan melalui prosedur Audit yang sesuai. Apabila fraud
yang disyaki telah dikenal pasti, Juruaudit mengambil tindakan untuk
memberikan maklum balas yang sesuai berdasarkan
mandat Jabatan Audit Negara.

Penilaian Risiko Risiko fraud dan penilaian materialiti berhubung fraud dipertimbangkan dalam
konteks dan skop pengauditan yang lebih luas. Contoh senario yang biasanya
boleh membawa kepada risiko fraud dalam sektor awam termasuk:
• Pemberian dan faedah kepada pihak ketiga;
• Perolehan;
• Pelaksanaan tugas dan kuasa pegawai awam/penguat kuasa;
• Salah nyata yang sengaja atau salah nyata keputusan atau maklumat;
• Penswastaan Agensi Kerajaan; dan
• Hubungan antara pegawai-pegawai sektor awam atau agensi.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Perancangan Audit

ELEMEN PERIHAL
PERANCANGAN
Pertimbangan Penilaian Risiko Berkenaan Hubungan Antara Agensi
Penilaian Risiko Sektor Awam Hubungan antara pelbagai agensi sektor awam diambil
kira apabila menilai risiko audit terutamanya apabila menilai risiko
fraud atau ketidakpatuhan.

Sebagai contoh, satu agensi menggunakan pengaruh ke atas agensi
yang lain untuk mengambil tindakan yang tidak sesuai. Tindakan ini
mungkin menyalahi undang-undang. Selain itu, dalam sektor awam
terdapat keperluan atau laporan khusus berkaitan aktiviti dan urus
niaga antara pelbagai agensi yang boleh memberi kesan kepada
prosedur audit yang dirancang, kesimpulan dan laporan audit.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Perancangan Audit

ELEMEN PERIHAL
PERANCANGAN
Prosedur perancangan audit melibatkan reka bentuk prosedur untuk
Prosedur bertindak balas terhadap risiko ketidakpatuhan yang dikenal pasti.
Perancangan Audit Keadaan, masa dan sejauh mana prosedur audit yang dilaksanakan
mungkin berbeza mengikut jenis pengauditan.

Bagaimanapun, prosedur Pengauditan Pematuhan secara umumnya
adalah dengan mewujudkan kriteria yang berkaitan. Sebagai contoh
undang-undang atau peraturan yang mengawal agensi dan mengukur
bagaimana kawalan itu dibuat.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

PENDEKATAN AUDIT

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Pendekatan Audit

BIL. SOALAN/ISU CRITERIA CONDITION CAUSE EFFECT

1. Adakah terdapat  Baucar • Kelulusan  Pemantauan • Risiko
tidak dapat • pembayaran tidak
kelulusan Jabatan bayaran Jabatan dilaksanakan mendapat
kelulusan
Akauntan Negara AP58(a) Akauntan Kelemahan perbelanjaan
kawalan Risiko
Malaysia (JANM) Negara  dalaman perbelanjaan
diperolehi bagi Malaysia tidak
dipertanggungkan
pembayaran di bawah (JANM)

AP58(a)? diperolehi

bagi

pembayaran

di bawah

AP58(a)

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Pendekatan Audit

BIL. SOALAN/ISU CRITERIA CONDITION CAUSE EFFECT

2. Adakah terdapat  Surat Kelulusan Ketua  Pemantauan  Risiko

kelulusan Ketua kelulusan Setiausaha tidak dapat pembayaran

Setiausaha AP58(a) Perbedaharaan dilaksanakan tidak

Perbedaharaan (KSP)  Baucar (KSP)/  Kelemahan mendapat
diperolehi sekiranya Bayaran kawalan kelulusan
Akauntan Negara Perbendaharaan dalaman perbelanjaan
tidak berpuas hati ke
Negeri

diperolehi

atas pembayaran di sekiranya

bawah AP58(a)? Akauntan

Negara tidak

berpuas hati

atas

pembayaran di

bawah AP58(a)

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Pendekatan Audit

BIL. SOALAN/ISU CRITERIA CONDITION CAUSE EFFECT

3. Adakah terdapat  Surat Kelulusan  Pemantauan 1. Risiko

kelulusan KSP kelulusan KSP tidak dapat perbelanjaan

diperolehi sekiranya AP58(a) diperolehi dilaksanakan tidak

baki peruntukan sekiranya  Kelemahan dipertanggun
pada tahun-tahun baki kawalan gkan
bekalan/
perkhidmatan peruntukan dalaman

pada tahun-

diterima tidak tahun

mencukupi? bekalan/per

khidmatan

diterima

tidak

mencukupi

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Pendekatan Audit

BIL. SOALAN/ISU CRITERIA CONDITION CAUSE EFFECT

4. Adakah terdapat  AP58(a)(i) Pembayaran  Pemantauan Risiko

pembayaran AP58(a) AP58(a) selain tidak dapat pembayaran tidak

selain pembayaran daripada dilaksanakan mendapat

mengurus? pembayaran  Kelemahan kelulusan
mengurus. kawalan perbelanjaan
Contoh dalaman Risiko
pembayaran perbelanjaan

AP58(a) bagi tidak

pembayaran dipertanggungkan

pembangunan Pelanggaran

dalam peraturan

kewangan

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Pendekatan Audit

BIL. SOALAN/ISU CRITERIA CONDITION CAUSE EFFECT

5. Adakah terdapat  AP59 Permohonan  Pemantauan  Risiko

permohonan pendahuluan diri tidak dapat pembayaran

pendahuluan diri dikemukakan dilaksanakan tidak

dikemukakan kepada kepada  Kelemahan mendapat
kawalan kelulusan
perbendaharaan perbendaharaan dalaman perbelanjaan

dalam tempoh 30 dalam tempoh 30

hari? hari

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Pendekatan Audit

BIL. SOALAN/ISU CRITERIA CONDITION CAUSE EFFECT

6. Adakah buku daftar  AP59 Buku daftar  Pemantauan Risiko dalam
AP59 diselenggarakan AP59  tidak dapat ketinggalan rekod
dengan lengkap? diselenggarakan dilaksanakan daftar.
dengan lengkap
Kelemahan
kawalan
dalaman

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Pendekatan Audit

BIL. SOALAN/ISU CRITERIA CONDITION CAUSE EFFECT

7. Adakah buku daftar  AP59 Buku daftar  Risiko dalam  Risiko dalam
AP59 diperiksa setiap pematuhan ketinggalan
bulan dan AP59 diperiksa peraturan daftar AP59
ditandatangani oleh Organisasi
Pegawai setiap bulan dan tiada kaedah
Pengawal/Ketua memantau
Jabatan atau pegawai ditandatangani  Prestasi
diberi kuasa? Perbelanjaan
oleh Pegawai

Pengawal/Ketua

Jabatan atau

pegawai

diberikuasa

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Pendekatan Audit

BIL. SOALAN/ISU CRITERIA CONDITION CAUSE EFFECT

8. Adakah laporan  AP59 Laporan 1. Kelemahan 1. Risiko dalam

siasatan dikemukakan siasatan kawalan pematuhan

kepada dikemukakan dalam peraturan.

Perbendaharaan kepada Kementerian/

Malaysia dalam Perbendahar Jabatan

tempoh 60 hari? aan Malaysia 2. Risiko dalam

dalam pematuhan

tempoh 60 peraturan

hari

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Pendekatan Audit

BIL. SOALAN/ISU CRITERIA CONDITION CAUSE EFFECT

9. Adakah tindakan  AP59 Tindakan  Kelemahan  Tiada tindakan
kawalan pelarasan
pelarasan dibuat pelarasan dibuat dalam dibuat.
Kementerian/
dalam tempoh 60 hari dalam tempoh Jabatan
Risiko dalam
selepas mendapat 60 hari selepas pematuhan
peraturan
kelulusan mendapat

Perbendaharaan? kelulusan 

Perbendaharaan

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Pendekatan Audit

BIL. SOALAN/ISU CRITERIA CONDITION CAUSE EFFECT

10. Adakah tindakan  AP59 Tindakan  Kelemahan  Risiko dalam
susulan diambil? susulan
diambil kawalan pematuhan

dalam peraturan.

Kementerian/

Jabatan

 Risiko dalam

pematuhan

peraturan

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Pendekatan Audit

BIL. SOALAN/ISU CRITERIA CONDITION CAUSE EFFECT

11. Adakah  AP59 Laporan  Kelemahan 1. Bayaran masih
Jawatankuasa
Siasatan Siasatan kawalan tertangguh
ditubuhkan ?  Jawatankuasa
dalam 2. Imej jabatan
siasatan
Kementerian/ terjejas
dianggotai 3
Jabatan 3. Bajet semasa
orang pegawai
 Kekurangan terjejas
dan diketuai
pengetahuan
P&P
peraturan

kewangan

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

PELAPORAN AUDIT

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Pelaporan Audit

• Pelaporan merupakan bahagian penting untuk

menyatakan pelanggaran undang-undang dan

peraturan supaya tindakan pembetulan boleh diambil

oleh pegawai yang bertanggungjawab dan tindakan

yang bersesuaian boleh diambil ke atas pegawai jika

didapati bersalah.

• Oleh itu, prinsip asas pengauditan menyatakan bahawa
laporan bertulis perlu disediakan oleh Juruaudit bagi
melaporkan penemuan sebaik sahaja pengauditan

selesai dijalankan dengan menggunakan format laporan
yang bersesuaian.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Pelaporan Audit

• Prinsip kesempurnaan, objektif dan ketepatan masa
adalah penting dalam melaporkan penemuan
Pengauditan Pematuhan. Juruaudit perlu berhati-
hati bagi memastikan laporan yang disediakan
adalah tepat, betul dan dilaporkan seimbang iaitu
dengan mengambil kira fakta daripada auditi dan
maklum balas daripada pegawai yang
bertanggungjawab.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Pelaporan Audit

• Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi
penyediaan laporan Pengauditan Pematuhan. Faktor-faktor ini
tidak terhad hanya kepada mandat Jabatan Audit Negara,
undang undang, peraturan, objektif Pengauditan Pematuhan,
amalan pelaporan atau isu-isu yang dilaporkan.

• Penyediaan laporan juga bergantung kepada pihak pengguna,
sama ada laporan itu hendak dikemukakan kepada badan
perundangan atau pihak ketiga seperti organisasi yang
memberi sumbangan, badan antarabangsa atau pun institusi
kewangan.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Pelaporan Audit

• Secara umum, laporan Pengauditan Pematuhan terdiri
daripada elemen-elemen seperti berikut:

Kriteria
Keadaan (Condition)

Sebab (Cause)
Kesan (Effect)
Rumusan Audit

Syor Audit

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

KUIZ 1

Apakah syarat dan kelulusan permohonan sijil AP58(a) di peringkat
Jabatan/PTJ?
i. Jabatan/PTJ perlu memastikan baki peruntukan mencukupi bagi tahun

perbelanjaan itu sepatutnya dibayar.
ii. Jabatan/PTJ perlu memastikan baki peruntukan tahun semasa

mencukupi.
iii. Huraian sebab-sebab berlakunya kelewatan dan nama pegawai yang

bertanggungjawab yang mana kedua-duanya perlu dinyatakan dengan
jelas dalam dalam permohonan AP 58(a).
iv. Semua maklumat lengkap dan diisi dengan betul.

(a) i, ii dan iv
(b) ii, iii dan iv
(c) Semua di atas.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

JAWAPAN KUIZ 1

Soalan 3: Apakah syarat dan kelulusan permohonan
sijil AP58(a) diperingkat Jabatan/PTJ?

(c) Semua di atas.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

KUIZ 2

Adakah perlu kelulusan daripada KSP
diperolehi sekiranya baki peruntukan pada
tahun-tahun bekalan/perkhidmatan diterima
tidak mencukupi?

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak berkenaan

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

JAWAPAN KUIZ 2

Adakah perlu kelulusan daripada KSP
diperolehi sekiranya baki peruntukan pada
tahun-tahun bekalan/perkhidmatan diterima
tidak mencukupi?

A. Ya

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

KUIZ 3

Apakah situasi yang menyebabkan Jabatan/PTJ mengemukakan permohonan
terus kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan tidak melalui Pejabat
Perakaunan?
i. Kementerian/Jabatan tidak mempunyai baki peruntukan yang tidak

mencukupi pada hujung tahun kewangan.
ii. Bayaran bagi tuntutan yang melangkaui dua (2) tahun dari tahun

semasa.
iii. Ditolak oleh Pejabat Perakaunan disebabkan oleh kelewatan

pembayaran, pembayaran tidak memuaskan atau jika terdapat
keraguan.

(a) i dan iii
(b) ii dan iii
(c) Semua di atas.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

JAWAPAN KUIZ 3

Apakah situasi yang menyebabkan Jabatan/PTJ mengemukakan permohonan
terus kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan tidak melalui Pejabat
Perakaunan?
i. Kementerian/Jabatan tidak mempunyai baki peruntukan yang tidak

mencukupi pada hujung tahun kewangan.
ii. Bayaran bagi tuntutan yang melangkaui dua (2) tahun dari tahun

semasa.
iii. Ditolak oleh Pejabat Perakaunan disebabkan oleh kelewatan

pembayaran, pembayaran tidak memuaskan atau jika terdapat
keraguan.

(c) Semua di atas.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

KUIZ 4

Berkenaan AP59, apakah tempoh hari untuk
Kementerian/Jabatan melakukan tindakan
pelarasan dan mengemukakan sesalinan
baucar jurnal kepada Perbendaharaan selepas
mendapat kelulusan Perbendaharaan.
(a) 70 hari
(b) 50 hari
(c) 60 hari

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

JAWAPAN KUIZ 4

Berkenaan AP59, apakah tempoh hari untuk
Kementerian/Jabatan melakukan tindakan
pelarasan dan mengemukakan sesalinan
baucar jurnal kepada Perbendaharaan selepas
mendapat kelulusan Perbendaharaan.

(a) 60 hari

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

KUIZ 5

Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk
membuat pendahuluan diri melalui Pegawai
Pengawal kepada Perbendaharaan setelah
mendapat perakuan pembayaran dibawah
AP59 oleh Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan
atau Perbendaharaan

(a) 90 hari
(b) 30 hari
(c) 60 hari

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

JAWAPAN KUIZ 5

Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk
membuat pendahuluan diri melalui Pegawai
Pengawal kepada Perbendaharaan setelah
mendapat perakuan pembayaran dibawah
AP59 oleh Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan
atau Perbendaharaan

(a) 30 hari

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

KUIZ 6

Penyelenggaraan Buku Daftar AP 59 hendaklah
diperiksa dan ditandatangani oleh Pegawai
Pengawal/Ketua Jabatan atau pegawai yang
diberikan kuasa. Pemeriksaan ini perlu dilakukan
setiap berapa bulan?

(a) 1 bulan
(b) 3 bulan
(c) 6 bulan


Click to View FlipBook Version