The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengauditan Pematuhan Bayaran AP58 (a) dan AP59kemaskini 18sept

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syuhaida2112, 2021-03-24 03:13:26

Pengauditan Pematuhan Bayaran AP58 (a) dan AP59kemaskini 18sept

Pengauditan Pematuhan Bayaran AP58 (a) dan AP59kemaskini 18sept

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

JAWAPAN KUIZ 6

Penyelenggaraan Buku Daftar AP 59 hendaklah
diperiksa dan ditandatangani oleh Pegawai
Pengawal/Ketua Jabatan atau pegawai yang
diberikan kuasa. Pemeriksaan ini perlu dilakukan
setiap berapa bulan?

(a) 1 bulan

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

MODUL 3
KAJIAN KES

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

MODUL 3
KAJIAN KES

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Kajian Kes

Arahan kepada Peserta :

1. Peserta hendaklah menjawab kajian kes sekurang-
kurangnya dalam 200 patah perkataan

2. Jawapan kajian kes perlu dinyatakan di dalam
ruangan discussion forum yang disediakan.

3. Cadangan jawapan akan ditunjukkan selepas
peserta menjawab semua soalan dengan lengkap
di dalam ruangan disscussion forum.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Kajian Kes

Soalan :
1. Nyatakan ketidakpatuhan proses perolehan
BPP berdasarkan situasi dinyatakan.
2. Nyatakan impak daripada ketidakpatuhan
yang dikenalpasti berdasarkan situasi dinyatakan.
3. Sila jelaskan ketidakpatuhan sama ada
dibawah AP58(a) atau AP59.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Kajian Kes

Pada 1 Februari 2019 Bahagian Promosi Pelancongan
Negeri Perak (BPP) telah menerima jemputan untuk
menyertai Pameran Pelancongan Tahun Melawat
Malaysia Tahun 2019 di Negeri Pulau Pinang. Pameran
tersebut akan diadakan pada 1 Ogos 2019. Selaku
Pengurus Besar BPP, Puan Bunga telah mengarahkan
Encik Khuzairi untuk menguruskan perolehan pameran
dan cenderahati bagi tujuan promosi tersebut.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Kajian Kes

Encik Khuzairi telah mendapatkan sebutharga bagi perolehan
pameran dan cenderahati daripada Syarikat Wakanda Sdn Bhd
pada 5 Februari 2019. Syarikat Wakanda adalah syarikat yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang
pembekalan bahan pameran. Syarikat tersebut telah
memberikan sebutharga bagi perolehan yang diminta
berjumlah RM35,000.00. Keesokan harinya Encik Khuzairi telah
berbincang dengan Puan Bunga untuk mendapatkan
pesetujuan terhadap harga yang ditawarkan oleh Syarikat
Wakanda Sdn Bhd.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Kajian Kes

Oleh kerana prestasi pembekalan yang cemerlang oleh
Syarikat Wakanda, Puan Bunga telah meluluskan sebutharga
syarikat tersebut tanpa prejudis. Seterusnya pada 7 Februari
2019, Encik Khuzairi telah mengeluarkan surat tawaran
kepada Syarikat Wakanda tanpa melalui proses sebutharga
BPP. Syarikat Wakanda telah menghantar dan memasang
bahan pameran dan cenderahati ke lokasi Pameran
Pelancongan pada 31 Julai 2019 walaupun dokumen pesanan
tempatan tidak diterima daripada BPP.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

Kajian Kes

Pada 3 November 2019 Bahagian Kewangan, Jabatan
Pelancongan Negeri Perak telah mengeluarkan surat
edaran kepada semua Ketua Bahagian bahawa semua
pembayaran tahun 2019 perlu diselesaikan sebelum 22
Disember 2019. Sehubungan itu semua Ketua Jabatan
diminta mengingatkan pembekal untuk memuat naik
invois ke dalam sistem e-perolehan ke Bahagian Kewangan
sebelum 1 Disember 2019.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

RUMUSAN

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59

RUMUSAN

Diakhir kursus ini;
• Peserta didedahkan berkaitan proses pembayaran di bawah

AP58(a) dan AP59;
• Membantu Juruaudit menyediakan program audit bagi

menjalankan pengauditan pematuhan;
• Peserta dapat mengenal pasti impak daripada pematuhan

terhadap proses pembayaran yang telah ditetapkan; dan
• Mengesyorkan penambahbaikan yang bersesuaian.

Pengauditan Pematuhan
Bayaran AP 58(a) & AP59


Click to View FlipBook Version