The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Persidangan Bitara Nasinal (PERBINA) 2023 berlangsung di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Negeri Sembilan bermula 11 - 13 Disember 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hairieylmrsm, 2023-12-09 02:11:40

Buku Program PERBINA 2023

Persidangan Bitara Nasinal (PERBINA) 2023 berlangsung di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Negeri Sembilan bermula 11 - 13 Disember 2023

1


2 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT LATAR BELAKANG PERBINA 3 PETIKAN KATA KETUA PENGARAH MARA 4 PETIKAN KATA PENGARAH BPM 5 ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN 6 ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN 7 JADUAL PROGRAM 8 JADUAL PEMBENTANGAN SIDANG SELARI 10 - 13 ABSTRAK KERTAS KAJIAN 16 - 32 SINOPSIS INOVASI DALAM SUBJEK (IDS) 34 - 61 ABSTRAK AMALAN TERBAIK 64 – 82


3 LATAR BELAKANG PERBINA atau Persidangan Bitara Nasional ialah majlis ilmu tahunan yang bermula sejak tahun 2001 dan merupakan wahana untuk perkongsian ilmu dalam kalangan pendidik MRSM. Majlis ilmu seperti ini juga memberi pengiktirafan terhadap kemampuan pendidik dalam bidang penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Dalam persidangan ini, para pendidik yang telah berpeluang melanjutkan pengajian, pernah membentangkan kertas kerja dan berpeluang menyertai program-program latihan diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka untuk menyuburkan semangat pembelajaran sepanjang hayat (continuous learning) dalam kalangan pendidik MRSM. MATLAMAT i. Membangunkan idea-idea baru dalam kurikulum MRSM. ii. Berkongsi ilmu daripada pelbagai sumber. iii. Menjana minda dan mempertingkatkan kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). iv. Membolehkan sistem Pendidikan MRSM sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam bidang pendidikan.


4 PETIKAN KATA Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Ilmu menjadi teras kepada kesinambungan perkembangan bangsa dan tamadunnya. Oleh itu, pendidik memainkan peranan bukan sahaja sekadar menyampaikan ilmu dan meningkatkan kemahiran anak didiknya malah mereka sebenarnya menjadi penggerak utama untuk membina sebuah tamadun bangsa ke arah mewujudkan generasi yang berjaya. Persidangan Bitara Nasional (PERBINA) ini menjadi medium para pendidik berkongsi kepakaran dan amalan terbaik bagi merealisasikan misi pendidikan MARA yang signifikan dengan misi pendidikan negara. Penglibatan para pendidik dan perwakilan pendidikan dalam persidangan ini pasti akan mencetuskan idea-idea baharu untuk membantu MARA menyediakan program pendidikan yang relevan dengan keperluan semasa. Pihak pengurusan MARA sentiasa komited dan memberikan sokongan kepada Institusi Pendidikan MARA ke arah meningkatkan akses dan kualiti pendidikan. Kesedaran tentang betapa pentingnya menguasai pelbagai kemahiran dan mendalami ilmu serta cakna dengan perubahan kurikulum akan memastikan peningkatan tahap profesionalisme para pendidik. Sistem pendidikan kini berhadapan cabaran untuk membina struktur modal insan berkeupayaan tinggi bagi membolehkan negara kekal kompetitif dalam bidang pendidikan. Dalam usaha merealisasikan aspirasi tersebut, para pendidik dituntut menguasai pelbagai kemahiran generik, memperkasakan penggunaan teknologi secara inovatif, kreatif dan beretika selain melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing dalam pengajaran dan pembelajaran selari dengan kemajuan sistem pendidikan negara. Semoga PERBINA kali ini dapat menjana ilmu dan idea baharu melalui anjakan paradigma pendidikan, penyelidikan dan amalan inovatif yang mampu meningkatkan kualiti pendidikan serta melonjakkan pencapaian pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). DATO’ SRI AZHAR BIN ABDUL MANAF KETUA PENGARAH MARA


5 PETIKAN KATA Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Semenjak MRSM ditubuhkan pada tahun 1972, kelangsungan kecemerlangannya terletak kepada komitmen dan program yang dilaksanakan oleh para pendidiknya. Menyedari hakikat ini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi menjana ilmu dan meningkatkan kualiti sistem pendidikan MRSM agar relevan dan terus mencapai kejayaan yang cemerlang. Persidangan Bitara Nasional (PERBINA) merupakan satu program yang bermanfaat dan terancang dalam usaha untuk memperkasakan profesionalisme para pendidik dan memberikan impak tinggi terhadap keberhasilan pelajar. Usaha yang bersepadu, komitmen yang tinggi dan jaringan yang konstruktif oleh semua pihak amat diperlukan dalam melaksanakan tanggungjawab selain menuntut pengorbanan dan perancangan yang cukup teliti. Melalui persidangan seperti ini, para pendidik dapat dibekalkan dengan kemahiran intelek dan teknologi agar dapat membimbing dan berusaha secara berterusan untuk melonjakkan pencapaian para pelajar. PERBINA juga diharapkan menjadi platform perkongsian ilmu di samping menjadi medan generasi pendidik berinteraksi dalam persekitaran ilmiah. Sesunguhnya dalam Sistem Pendidikan MRSM, usaha melahirkan pelajar yang holistik dan berdaya saing memerlukan para pendidik yang berilmu serta kompeten. Oleh itu, pendidik harus mengambil inisiatif menambah nilai diri dan sentiasa bersiap siaga untuk berhadapan dengan transformasi dunia pendidikan Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas sinergi dan kolaboratif warga pendidik dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan persidangan ini. Usaha murni ini pastinya akan memacu kecemerlangan sistem pendidikan MRSM. SHAHRIZAL BIN MOHD SADERI PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH


6 ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN BITARA NASIONAL (PERBINA) KE-12 11 DISEMBER 2023 / 27 JAMADIL AWAL 1445H (ISNIN) _______________________________________________________________________________________________ 2.45 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan 3.00 petang : Ketibaan Tetamu Kehormat YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf Ketua Pengarah MARA : Nyanyian Lagu Negaraku & Amanah Rakyat : Bacaan Doa : Tayangan Montaj : Persembahan : Ucapan Perasmian YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf Ketua Pengarah MARA : Sesi Penyampaian Hadiah : Sesi Bergambar : Jamuan / Bersurai


7 ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN PERSIDANGAN BITARA NASIONAL (PERBINA) KE-12 13 DISEMBER 2023 / 29 JAMADIL AWAL 1445H (RABU) _______________________________________________________________________________________________ 11.00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan 11.15 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat Encik Shahrizal bin Mohd Saderi Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA : Nyanyian Lagu Negaraku & Amanah Rakyat : Bacaan Doa : Persembahan : Tayangan Montaj : Pembentangan Resolusi : Ucapan Penutupan Encik Shahrizal bin Mohd Saderi Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA : Sesi Penyampaian Hadiah : Sesi Bergambar : Jamuan / Bersurai


8 JADUAL PERBINA XII 2023 TARIKH 8.30 – 10.30 pagi 11.00 – 1.00 ptg 2.30 – 4.30 ptg 8.30 – 10.30 malam 11 Dis 2023 (Isnin) PENDAFTARAN TAKLIMAT & MAJLIS PERASMIAN Ketua Pengarah MARA FUTURE PROOF AS A SUPER WICKED EDUCATION CHALLENGE En. Naharudeen Othman Timb. Ketua Nazir Sekolah Kanan (Kluster Perancangan Penaziran) KEPIMPINAN MULTIDIMENSI PEMIMPIN MUDA Puan Asiah Yaacob Khan Pensyarah Institut Aminudin Baki 12 Dis 2023 (Selasa) PAMERAN DAN PERTANDINGAN AMALAN TERBAIK PEMBANGUNAN BUDAYA PLC DI NEGARA ASIA: PERSPEKTIF MALAYSIA Prof Madya Dr. Zuraida Abdullah Pensyarah Kanan Universiti Malaya STRATEGIC COLLABORATION AMONG STAKEHOLDERS : KEY OF SUCCESS Dato’ Ts. Sayed Alfeizal bin Sayed Ahmad Muafakat MARA Malaysia PENGETUA MRSM: HARAPAN & CABARAN Hj Azman bin Manap Pengetua Cemerlang MRSM Taiping POWERFUL CLASSROOM Dr. Hjh Zailah Zainudin Mantan Pensyarah Cemerlang IPG Raja Melewar Sidang Selari 1 Sidang Selari 2 13 Dis 2023 (Rabu) PENGURUSAN KESIHATAN MENTAL PELAJAR Dr. Pau Kee Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris MAJLIS PENUTUPAN Perjalanan pulang


9 JADUAL PEMBENTANGAN SIDANG SELARI


10 SIDANG MASA BILIK KOD TAJUK NAMA PEMBENTANG PUSAT TAJUK PAGI 11:00 - 1:00 TGH HARI A KK1 Mohd Fais bin Johari MRSM Jeli MENGKAJI PELAKSANAAN AKTIVITI STEAM MELALUI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI MRSM JELI KK15 Wan Nurul Syuhada' binti Wan Hassan MRSM Sungai Besar PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP PENGAJARAN RAKAN SEBAYA UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PELAJARAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH IDS6 Haziq Syazwan bin Sajali MRSM Tun Mustapha M-MULTIPLES, M-BLEEP DAN M-CLINIC IDS 10 Mohd Shahid bin Ahmad MRSM Taiping PEMBINAAN KONSTRUK MODEL KEPIMPINAN PENGETUA INTEGRASI PENDEKATAN KAUNSELING (M – KIPK) B KK2 Mohamed Emir Aliff bin Mohamed Nasran MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens GAME-BASED LEARNING: THE EFFECT OF KAHOOT USAGE ON THE ACADEMIC PERFORMANCE IN BIOLOGY SUBJECT KK16 Dr Yusni Zaini binti Yusof MRSM Besut ANALISIS FAKTOR KONFIRMATORI BAGI SKALA MULTIDIMENSIONAL KESERAKANAN GURU IDS7 Nik Nurhidayah binti Nik Wahid MRSM Gerik FORTNIGHT LEXICAL QUEST IAB 1 Ahmad Fauzi bin Yaakob SMK Agama Miri PEMBUDAYAAN NILAI “ADAB DULU BARU ILMU” DALAM KALANGAN PELBAGAI ETNIK MEMBERI IMPAK TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK, SAHSIAH DAN KO-KURIKULUM PELAJAR C KK3 Soffian bin Hashnuddin MRSM Bagan Datuk BUDAYA ILMU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM KK17 Dr Wan Suhaila binti Wan Yaacob MRSM Pasir Tumboh PEMERKASAAN STRATEGI HEADCOUNT AKADEMIK MENINGKATKAN PRESTASI PEMBELAJARAN PELAJAR DI MRSM PASIR TUMBOH UniKL 1 Prof Madya TS Dr Eida Nadirah binti Roslin UniKL BIDANG TVET DI UNIKL


11 SIDANG MASA BILIK KOD TAJUK NAMA PEMBENTANG PUSAT TAJUK PAGI 11:00 - 1:00 TGH HARI D KK4 Farah Liyana binti Jaafar MRSM Sungai Besar TUJUAN DOMINAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DALAM KALANGAN PELAJAR MRSM DI SELANGOR SCS 1 Kamisah binti Ibrahim MRSM Taiping ONE MINUTE WRITING BPT 1 Maizul bin Deraman Bahagian Pendidikan Tinggi PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI KOLEJ MARA DAN KOLEJ PROFESIONAL MARA E KK5 Fauzi bin Raman MRSM Taiping KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGARAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMAHIRAN KEBOLEHPASARAN PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN MARA (IPMa) DI MALAYSIA SCS 2 Wan Rohani binti Harun MRSM Taiping INTERACT-ME KIT BKT 1 Mohd Halimudin bin Mohd Isa@Hamid Bahagian Kemahiran dan Teknikal PELUANG DAN RUANG TVET MARA F KK6 Muhammad A’zizul Nizar bin Rusdi MRSM Pendang INTEGRASI FALSAFAH KOKURIKULUM SENI SILAT CEKAK MALAYSIA DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN CEMERLANG DI MRSM SCS3 Mimi Syadzlina binti Shabi MRSM Langkawi PORTABLE SALT TEST KIT IDS 8 Mohd Dzulkifli bin Mahat MRSM Sungai Besar INSPIRASI KREATIF : E-ARKIB KARYA SENI KREATIF MRSM SUNGAI BESAR IAB 2 Nor Azam bin Abdullah Sekolah Sultan Alam Shah RUKUN 15 G KK7 Stanly Narang Anak Bandang MRSM Johor Bahru A STUDY ON THE EFFECTIVENESS OF TEACHING AND LEARNING INTEGRATION USING GEOGEBRA AMONG MRSM JOHOR BAHRU STUDENTS SCS 4 Norhazirah binti Rauazi MRSM Kubang Pasu ROLL A DICE: TRANSPORT IN PLANT (RADTIP) IDS 9 Nur Hareny binti Adullah MRSM Bentong SIMPLEX MAKE IT EASY UNTUK PEMBELAJARAN TOPIK GESERAN IAB 3 Datin Hajah Zamhirah binti Osman SMK Tunku Mahmood Iskandar ISKANDAR MULTIMEDIA SUPERCORRIDOR THE BEGINNING OF A NEW LEGACY DALAM MENERAJUI KEPIMPIMPINAN TRANSFORMASI SEKOLAH 2025


12 SIDANG MASA BILIK KOD TAJUK NAMA PEMBENTANG PUSAT TAJUK PETANG 2:30 - 4:30 PETANG A KK8 Nur Qushairi bin Mohamed Fauzi MRSM Betong MRSM INTERIM TEACHERS' KNOWLEDGE AND SKILLS COMPETENCY IN THE IMPLEMENTATION OF PROBLEM-BASED LEARNING (PBL) MODEL SCS5 Nor Hazana binti Abdul Razik MRSM Tun Ghafar Baba CENTRIKIT BPT2 Maizul bin Deraman Bahagian Pengajian Tinggi PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI KOLEJ MARA DAN KOLEJ PROFESIONAL MARA B KK9 Raihan Syamimi binti Ramli MRSM Langkawi AWARENESS AND ATTITUDES TOWARDS MALAYSIAN ENGLISH AMONG SECONDARY SCHOOL STUDENTS SCS6 Najibulla bin Romainor MRSM Pengkalan Chepa STANDARD ELECTRODE POTENTIAL (SEP) KIT BPT2 Dr Zalina binti Ayob Kolej Profesional MARA Beranang ASSESSING THE STUDENT PREPARATION AND READINESS FOR CAREER LIFE: UNVEILLING PATHWAYS TO SUCCESS IDS 11 Mohd Nizam bin Rasidi MRSM Sungai Besar QURANIC BACKPACKERS C KK10 Mohd Fahmy bin Sarangat MRSM Felda Trolak APLIKASI TABURAN POISSON BAGI MERAMALKAN GRED PURATA MAKTAB (GPM) MRSM KEPALA BATAS UNTUK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2020 IDS 1 Raizizon bin Rujunaidi MRSM Bentong PENGGUNAAN ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NOVEL KOMSAS SBP1 Nor Hayati binti Yusoff Kolej Tunku Kurshiah AIM: ASPIRATION IMPLEMENTATION MONITORING TOWARDS A SUSTAINABILITY INNOVATION IAB 1 Ahmad Fauzi bin Yaakob SMK Agama Miri, Sarawak PEMBUDAYAAN NILAI “ADAB DULU BARU ILMU” DALAM KALANGAN PELBAGAI ETNIK MEMBERI IMPAK TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK, SHASIAH DAN KOKURIKULUM PELAJAR


13 SIDANG MASA BILIK KOD TAJUK NAMA PEMBENTANG PUSAT TAJUK PETANG 2:30 - 4:30 PETANG D KK11 Nik Samhanin binti Mohd Ghazali MRSM Muar CURRICULUM MANAGEMENT'S IMPLEMENTATION OF THE E-SISTEM PENILAIAN PURATA NILAIAN GRED’ FROM THE PERSPECTIVE OF TEACHERS OF SELECTED MRSM IN SELANGOR IDS 2 Nuraniza binti Osman MRSM Bentong NUMBERING THE HISTORY SBP2 Noridah binti Ramlan Sekolah Seri Puteri STRATEGI KEJAYAAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN IDS 12 Rosmurni binti Abd Aziz MRSM Pasir Salak BUILDING SCAFFOLDING TROUGH BOARD GAMES MOTIVATION VS RESULT E KK12 Mohamed Narazid bin Mohd Dan MRSM Kuala Berang PEMERKASAAN DAN PENERAPAN MINAT TERHADAP SUBJEK STEM (SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK) DALAM KALANGAN PELAJAR B40 TINGKATAN 4 MRSM KUALA BERANG IDS 3 Hairunnisa binti Idris MRSM Langkawi KIT CARTA ALIR MUDAH FAHAM PENYATA PENYESUAIAN BANK (PPB) SBP3 Mohd Noor Hakim bin Ismail Sekolah Dato’ Abdul Razak CABARAN PENGURUSAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI IAB 3 Nor Azam bin Abdullah Sekolah Sultan Alam Shah RUKUN 15 F KK13 Mohamad Nizam bin Asmuni PUSKEP HUBUNGAN KOMPETENSI FASILITATOR DENGAN PEMBANGUNAN KEPIMPINAN PELAJAR MAKTAB RENDAH SAINS MARA MELALUI PROGRAM YOUNG A LEADERSHIP PROGRAMME IDS4 Aziah binti Aziz MRSM Tun Dr.Ismail PEMERKASAAN KALKULATOR CLASSWIZ DALAM PDP MATEMATIK UniKL2 Mohamad Norhaida bin Abdul Rahman UniKL BIDANG TVET DI UNIKL G KK14 Siti Hajar binti Buyong MRSM Serting KAEDAH PENCERITAAN KISAH-KISAH AL-QURAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM MRSM SERTING IDS 5 Hazlin binti Ismail MRSM Beseri STICK MAN METHOD BKT 2 Mohd Najib bin Mohd Badri Bahagian Kemahiran dan Teknikal PELUANG DAN RUANG TVET MARA


14


15 KERTAS KAJIAN


16 A STUDY ON THE EFFECTIVENESS OF TEACHING AND LEARNINGINTEGRATION USING GEOGEBRA AMONG MRSM JOHOR BAHRU STUDENTS STANLY NARANG ANAK BANDANG MRSM Johor Bahru [email protected] ABSTRACT The rapid changes in mobile digital technology had driven the education landscape to a drastic amendment. Thus, an effective and interactive approach need to be implemented in Mathematics pedagogy so it's aligned with global education landscape. This study, which focused on 60 Form 5 students at Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru, aimed to discover the awareness of the students on the use of educational software such as GeoGebra in teaching and learning of Integration. Besides, this study also aimed to determine the significant difference in mean score of test between students who were been taught using GeoGebra and students who were taught using conventional method. Students’ acceptance on the use of GeoGebra was also analysed in detail in this study. The data collected were then analysed by using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) and its mean score and percentages were represented in tables and diagrams. The findings of this study indicated that the mean score of the test for students who were taught using GeoGebra was higher compared to students who taught using conventional method. KERTAS KAJIAN


17 ANALISIS FAKTOR KONFIRMATORI BAGI SKALA MULTIDIMENSIONAL KESERAKANAN GURU YUSNI ZAINI YUSOF MRSM Besut [email protected] ABSTRAK Tinjauan literatur mendapati bahawa pengukuran keserakanan guru yang tidak konsisten telah menyebabkan perlunya konstruk keserakanan guru diberikan perhatian. Walaupun kebanyakan penyelidik terdahulu menyatakan konstruk keserakanan guru mempunyai pelbagai dimensi, namun tidak terdapat instrumen yang menyatupadukan kesemua domain yang penting dan mewakili pelbagai aspek. Kajian ini adalah untuk menguji instrumen psikometrik bagi multidimensi baharu skala keserakanan guru (MTCS). Data diperoleh daripada 836 guru Maktab Rendah Sains Mara di Pantai Timur Malaysia. Analisis faktor penerokaan dan analisis faktor konfirmatori digunakan bagi menguji instrumen. Berdasarkan tinjauan literatur, didapati bahawa hipotesis asal yang menerangkan skala ini boleh diterangkan dengan tujuh faktor first-order dan satu faktor second-order. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 21 dan AMOS versi 20. Dapatan kajian menunjukkan konstruk keserakanan guru boleh diterangkan oleh tujuh faktor first-order dan satu faktor hierarki yang melibatkan sokongan dan kepercayaan, pemantauan pengajaran, perancangan dan penilaian bersama, perkongsian idea dan kepakaran, belajar di antara satu sama lain, pembangunan kurikulum bersama dan perkongsian sumber. Dapatan kajian juga menunjukkan nilai kebolehpercayaan dalaman yang konsisten bagi keseluruhan skala dan tujuh sub-skala yang spesifik bagi keserakanan guru. Kata kunci: Keserakanan guru, Kesahan Skala, Konstruk keserakanan, Multidimensi baru KERTAS KAJIAN


18 APLIKASI TABURAN POISSON BAGI MERAMALKAN GRED PURATA MAKTAB (GPM) MRSM KEPALA BATAS, PULAU PINANG DALAM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020 MOHD FAHMY BIN SARANGAT MRSM Kepala Batas [email protected] ABSTRACT The Average Grade of College (AGC) target used by MJSC Kepala Batas is seen to be quite distant compared to the actual achievements of the year. The basic question, what are the best methods of determining AGC and how to measure the level of confidence to achieve A+, A and A- grades for each subject taken by students? Malaysian Certificate of Education (MCE) achievement data 2013-2019 tested its level of suitability with Poisson distribution through Pearson’s Chi-Square test, KolmogorovSmirnov and Anderson-Darling. Poisson's distribution is found to be closer to the nature of the data for each subject. The parameter λ is determined using Maximum Likelihood Estimation (MLE) by Simulated Annealing (SA). The finding from the project shows that the Average Grade of Subject (AGS) dan AGC can be determined more realistically based on the applied technique as well as the percentage of confidence gaining A+, A and A- grades can also be measured accurately. KERTAS KAJIAN


19 AWARENESS AND ATTITUDES TOWARDS MALAYSIAN ENGLISH AMONG SECONDARY SCHOOL STUDENTS RAIHAN SYAMIMI BINTI RAMLI MRSM Langkawi, Kedah [email protected] ABSTRACT Malaysian English has become one of the common varieties of English language among Malaysians. Compared to Standard English, Malaysian English has its own linguistic features which may not easily appear apparent especially to school students. Hence, language errors related to grammar and vocabulary both in speaking and writing may arise because of the lack of awareness and ability to differentiate the use of these two varieties of English, either in a casual or academic setting. Therefore, in the research conducted, this issue was tackled from two different aspects which include investigating students’ awareness of the use of Malaysian English in speaking and writing as well as understanding students’ attitude towards Malaysian English by studying their general attitudes towards Malaysian English, examining the usefulness of Malaysian English and collecting information on the students’ perception on the importance of Malaysian English. Based on the findings of this research, a number of possible explanations could be provided to explain students’ awareness and attitude towards this variety of English and how the data collected could possibly be used to improve the proficiency of English among them. More specifically, the data collected could be utilised to assist Malaysian students in improving both their speaking and writing skills without losing sight of how Malaysian English, along with Standard English can make them a unique and competent English speaker. Keywords: Malaysian English, Standard English, awareness, attitude, proficiency KERTAS KAJIAN


20 BUDAYA ILMU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM SOFFIAN BIN HASHNUDDIN MRSM Bagan Datuk [email protected] ABSTRAK Sejarah telah membuktikan bahawa budaya ilmu yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat merupakan prasyarat utama dalam menentukan kegemilangan dan kejatuhan tamadun manusia. Kemerosotan umat Islam hari ini terhadap penguasaan ilmu pengetahuan dalam bidang tertentu merupakan manifestasi kepada budaya ilmu yang diamalkan. Sesungguhnya, kekeliruan serta kejahilan masyarakat Islam dalam memahami budaya ilmu ini menyebabkan umat Islam hari ini ketinggalan dalam beberapa aspek kehidupan berbanding umat yang lain. Oleh itu, kertas ini bertujuan menjelaskan konsep sebenar budaya ilmu menurut perspektif Islam. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan budaya ilmu dalam kehidupan. Bahkan kepentingan budaya ilmu dalam Islam sudah mula ditonjolkan sejak awal lagi iaitu bermula daripada penciptaan nabi Adam a.s. Para malaikat tunduk kepadanya semata-mata kerana kemuliaannya memiliki ilmu pengetahuan anugerah Allah swt. Hasil kajian kajian juga telah mengenal pasti empat ciri utama budaya ilmu Islam iaitu berlandaskan tauhid, kesepaduan, akhlak dan al-Quran dan as-Sunnah. Budaya ilmu yang berlandaskan ciri-ciri ini bukan hanya melahirkan manusia yang cerdik pandai tetapi dia juga kenal siapa penciptaNya seterusnya melahirkan umat yang terbaik di atas muka bumi ini. Kata kunci: Budaya ilmu, tauhid, kesepaduan, akhlak, Quran & Sunnah KERTAS KAJIAN


21 CURRICULUM MANAGEMENT’S IMPLEMENTATION OF ‘E- SISTEM PENILAIAN PURATA NILAIAN GRED’ FROM THE PERSPECTIVE OF TEACHERS OF SELECTED MRSM IN SELANGOR NIK SAMHANIN MOHD GHAZALI1, MAHADI ISMAIL2 1MRSM Muar, 2Faculty of Education IIUM [email protected] ABSTRAK The objective of this study is to examine teachers’ perception of the e-SPPNG system in terms of perceived usefulness, ease of use, and usage of the actual system for strategic curriculum management in the selected Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) in Selangor. This study was designed quantitatively, and data was collected from a survey involving one-hundred-seventy-six (176) MRSM teachers who experienced using the SPPNG system. They were chosen randomly and conveniently from two MRSMs in Selangor. Based on the descriptive analysis, it was found that most of the teachers have a positive perception toward implementing the e-SPPNG system in curriculum management. This shows that they perceive the e-SPPNG system as useful and easy to use. Overall, this study’s results are significant in illustrating the usage of the e-SPPNG among MRSM teachers. Keywords: e-SPPNG system, Curriculum Management, MRSM teachers, perceived usefulness, ease of use, and usage of the actual system KERTAS KAJIAN


22 GAME-BASED LEARNING: THE EFFECT OF KAHOOT USAGE ON THE ACADEMIC PERFORMANCE IN BIOLOGY SUBJECT MOHAMED EMIR ALIFF BIN MOHAMED NASRAN MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens [email protected] ABSTRACT Game-based learning using Kahoot! can positively affect students’ learning performance. Kahoot! also motivates and attracts students to participate in Biology lessons, which encourages and enhances their active learning. However, there is limited empirical research regarding the academic performance of students who use Kahoot! especially in MRSM and particularly in Biology subject. In this research, the examination results from MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens’ students were observed. One group used it as an active learning tool during Biology class, while the control group did not. The school database for examination results and detailed reports of Kahoot! plays are used for the quantitative analysis of academic performance for both groups. It is found that (1) students who use Kahoot! during class perform slightly better than those who do not, and (2) there is no significant difference in exam results between boys and girls who use Kahoot! during class, but girls may benefit from Kahoot! usage more than boys. The findings support Kahoot! -based classes to be implemented in MRSMs nationwide to improve performance in Biology, especially towards girls. A replication of this research that encompass different teaching strategies, different type of students, more control groups and larger sample size is recommended for more significant finding. Keywords: Kahoot, Biology, game-based learning, active learning, assessment KERTAS KAJIAN


23 HUBUNGAN KOMPETENSI FASILITATOR DENGAN PEMBANGUNAN KEPIMPINAN PELAJAR MAKTAB RENDAH SAINS MARA MELALUI YOUNG A LEADERSHIP PROGRAM MOHAMAD NIZAM ASMUNI 1Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP), Lenggong [email protected] ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan menentukan hubungan antara kompetensi fasilitator terhadap pembangunan kemahiran kepimpinan pelajar menerusi program jati diri (Young Apperantice Leadership Program). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan 92 orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh Malaysia sebagai responden (L=42, P=50) yang terlibat dalam program di Pusat kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP) di Lenggong, Perak. Kajian ini dijalankan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dengan menggunakan format skala likert (1-5 likert). Dapatan kajian bagi kompetensi fasilitator menunjukkan min skor iaitu (M=4.43, SP=0.39). Kajian melalui analisis diskriptif menunjukkan tahap kepimpinan kemahiran pelajar sebelum dan selepas mengikuti program mempunyai perbezaan sebelum (M=4.36, SP=0.36) manakala selepas menujukkan (M=4.64, SP=0.37). Seterusnya ujian-t sampel berpasangan digunakan untuk melihat perubahan tahap kemahiran kepimpinan sebelum dan selepas dan hasil analisis menunjukkan terdapat perubahan yang signifikan (p=0.000). Bagi melihat hubungan di antara kompetensi fasilitator dengan tahap kepimpinan pelajar, analisis korelasi digunakan dan hasilnya semua interpretasi hubungan menunjukkan hubungan positif dengan nilai (r=0.317**, p=0.002). Seterusnya ujian regrasi digunakan untuk melihat faktor yang mempengaruhi tahap kepimpinan terhadap kompetensi fasilitator dan hasil dari analisis tersebut kompetensi pendidikan luar mendapat peratus pengaruh yang tertinggi iaitu 56.3%. Oleh itu, secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa kemahiran kepimpinan pelajar tidak hanya dipengaruhi oleh kompetensi fasilitator kerana nilai R Square menunjukkan hanya 27.2% sahaja. Kata Kunci: kompetensi fasilitator, kemahiran kepimpinan pelajar, kompetensi pendidikan luar, program jati diri KERTAS KAJIAN


24 INTEGRASI FALSAFAH KOKURIKULUM SENI SILAT CEKAK MALAYSIA DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN CEMERLANG DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUHAMMAD A’ZIZUL NIZAR BIN RUSDI1,3 , MOHAMAD YASIR BIN SAAD @ OMAR2,3 MRSM Pendang1 , SK Jeniang (Pusat), Kedah2 , Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia3 [email protected], [email protected] ABSTRAK Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah akar kepada sistem pendidikan di Malaysia. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah mencecah usia tiga dekad. Perlaksaan FPK berubah mengikut peredaran zaman di mana pada masa sekarang kaedah pendidikan adalah berdasarkan pembelajaran abad ke-21. Pelaksaannya pada masa kini adalah berpandukan pada Pembelajaran Abad ke-21(PAK21) mestilah memberikan keutamaan kepada potensi para pelajar supaya dapat membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Falsafah Kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia (FKSSCM) pula memberi pembelajaran berasaskan pengalaman dan kontekstual untuk menjadikan seorang manusia itu mempunyai nilai-nilai yang menjadikannya seorang insan. Setiap insan mempunyai kelebihan nilai dalam dirinya yang akan memberikan bermanfaat untuk saling melengkapi bagi melahirkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni berteraskan konsep Al-Mizan. Oleh itu, setiap aktiviti kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia telah disusun untuk memenuhi unsur-unsur utama FPK dan Falsafah Pendidikan MARA (FPM) iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kertas konsep ini membincangkan kaedah pembelajaran dan pembangunan insan dalam FKSSCM, serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mengintegrasikan Pendidikan Seni Silat Cekak Malaysia mengikut acuan FPK dan FPM. Teknik kajian kepustakaan telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini memberikan pandangan yang mendalam tentang kepentingan FKSSCM yang dibangunkan mengikut acuan FPK dan FPM terhadap kemenjadian para pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dalam mengharungi PAK21 dan seterusnya menjadi insan yang cemerlang. Kata Kunci: Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kokurikulum, Pembangunan Insan, Pembelajaran Abad ke-21, Seni Silat Cekak Malaysia KERTAS KAJIAN


25 KAEDAH PENCERITAAN KISAH-KISAH AL-QURAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM MRSM SERTING SITI HAJAR BINTI BUYONG MRSM Serting [email protected] ABSTRAK Kaedah Penceritaan Kisah-kisah al-Quran ialah satu kaedah pengajaran yang kerap digunakan oleh nabi Muhammad S.A.W. Kaedah ini sangat efektif untuk menanam akidah tauhid kepada pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar dapat mendekatkan diri dengan al-Quran dan merealisasikan fungsi al-Quran sebagai panduan hidup. Maka sangat perlu kaedah penceritaan kisah-kisah al-Quran ini dilaksanakan oleh semua guru Pendidikan Islam walaupun dunia pendidikan kini sibuk memperkatakan pendidikan abad ke 21. Kajian ini dijalankan untuk meneroka dan menganalisis amalan kaedah ini dalam kalangan guru- guru pendidikan Islam MRSM Serting. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah pengumpulan data melalui temu bual separa struktur melibatkan 4 orang guru Pendidikan Islam di MRSM Serting, Negeri Sembilan. Dapatan kajian mendapati guru- guru melaksanakan kaedah ini secara tidak konsisten dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pengamalan terdapat dua kategori guru iaitu yang mengamalkannya secara langsung dan tidak langsung atau secara spontan. Kajian ini diharapkan dapat membuka minda semua guru- guru Pendidikan Islam, bahawa penceritaan kisah-kisah al-Quran sangat penting diamalkan dalam setiap pengajaran dan pembelajaran sebagai usaha mendekatkan pelajar kepada al-Quran. Kata kunci: Kaedah Penceritaan Kisah-Kisah al-Quran, Guru Pendidikan Islam, MRSM Serting. KERTAS KAJIAN


26 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGARAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMAHIRAN KEBOLEHPASARAN PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN MARA (IPMA) DI MALAYSIA FAUZI BIN RAMAN MRSM Taiping [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional pengarah dan hubungannya dengan kemahiran kebolehpasaran pelajar di Institut Pendidikan MARA (IPMa) di Malaysia. Kajian ini merupakan salah satu medium untuk mendapatkan maklumat sebenar tentang amalan kepimpinan instruksional pengarah dan kaitannya dengan kemahiran kebolehpasaran pelajar. Kajian ini menjadi satu dokumentasi dan boleh dimanfaatkan oleh MARA, Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) dan Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT) dalam merancang dasar dan program latihan kepimpinan dalam kalangan pentadbir IPMa pada masa akan datang. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan di mana satu set soal selidik merupakan instrumen utama bagi mengumpul data kajian. Borang Principal Instructional Management Rating Scale oleh Hallinger dan Murphy (1985) digunakan untuk mengukur tahap amalan instruksional pengarah manakala model Kemahiran Insaniah (KPT, 2006) digunakan untuk untuk mengukur tahap kemahiran kebolehpasaran pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 400 orang pensyarah sebagai responden kajian dari tiga jenis IPMa di Malaysia. Data analisis menggunakan statistik deskriptif dan analisis inferensi yang melibatkan kaedah Korelasi Pearson bagi mengkaji hubungan antara amalan kepimpinan instruksional pengarah dan kemahiran kebolehpasaran pelajar. Hasil kajian, pengkaji akan dapat mengenal pasti sejauh manakah tahap amalan kepimpinan instruksional pengarah dan sejauh manakah hubungannya dengan kemahiran kebolehpasaran pelajar. Pihak BPT MARA juga boleh terus meningkatkan tahap kompetensi kepimpinan pengarah secara berterusan supaya dapat mencapai kepimpinan pengarah yang cemerlang. Kata kunci: Pengarah, Kepimpinan Instruksional, Kemahiran Kebolehpasaran Pelajar KERTAS KAJIAN


27 MENGKAJI PELAKSANAAN AKTIVITI STEAM MELALUI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI MRSM JELI MOHD FAIS BIN JOHARI MRSM Jeli [email protected] ABSTRAK Perubahan istilah STEM kepada STEAM berasaskan kepada sebuah usaha untuk melibatkan kesenian ke dalam STEM adalah satu aspek yang amat penting untuk menjadikan murid berfikiran secara holistik dan berdaya maju. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penglibatan pelajar, tahap kesediaan dan kefahaman pelajar dalam membuat tugasan melalui aktiviti STEAM iaitu gabung jalin konsep sains dengan kesenian. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan rekabentuk tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah set soal selidik. 29 pelajar di MRSM Jeli telah dipilih menjadi sampel kajian. Data telah dianalisis dengan menggunakan frekuensi dan peratusan serta min dari kaedah deskriptif melalui penggunaan soal selidik skala 5 Likert. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan dan kefahaman pelajar berada pada tahap yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti STEAM. Implikasi dapatan kajian ini adalah, para guru dapat merangka strategi dan kaedah yang sesuai untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran sains dengan menggarapkan element STEAM didalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) didalam bilik darjah. Kesimpulannya, kesediaan pelajar dalam pembelajaran sains dapat dipupuk dengan lebih baik melalui aktiviti STEAM seterusnya meningkatkan kefahaman dan prestasi pelajar didalam subjek sains. Kata kunci: STEAM, penglibatan, kesediaan dan kefahaman pelajar KERTAS KAJIAN


28 MRSM INTERIM TEACHERS’ KNOWLEGDE AND SKILLS COMPETENCY IN THE IMPLEMENTATION OF PROBLEM-BASED LEARNING (PBL) MODEL NUR QUSYAIRI MOHAMED FAUZI MRSM Betong [email protected] ABSTRACT This study aims to identify the knowledge and skill competency level of MRSM interim teachers and their relationship to the year of teaching experience in implementing problem-based learning (PBL) model. A total of 31 MRSM interim teachers in Sarawak were involved in this study. Respondents were selected randomly using simple random sampling method. The quantitative study is in the form of survey method using the questionnaire as the study instrument. There were two sections of this questionnaire, namely knowledge competency and skills competency. The outcome for validity and reliability of Cronbach alpha for both competency level is α=.855 and α=.877 respectively. The data were then analysed using descriptive analysis to determine the mean values and standard deviations. Since the data obtained were normal distributed, inference analysis was performed to determine the relationship between the two variables using the Pearson correlation test. The finding shows that the level of knowledge competency (mean = 4.54), and the skill level of (mean = 4.53) are at high level. The results of the inference analysis using the Pearson Correlation coefficient also showed that there was no statistically significant difference in the relationship between years of teaching experience with the knowledge and skills competency of MRSM interim teachers in the implementation of PBL model. This study found that the knowledge and skill competency level of MRSM interim teachers and their relationship to the year of teaching experience when implementing PBL is at good and high level. The study also has given a chance for Majlis Amanah Rakyat to continue working on the existing policies and strengthening education programs that are ongoing. Keywords: competency, teaching experience KERTAS KAJIAN


29 PEMERKASAAN DAN PENERAPAN MINAT TERHADAP SUBJEK STEM (SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK) DALAM KALANGAN PELAJAR B40 TINGKATAN 4 MRSM KUALA BERANG, TERENGGANU MOHAMED NARAZID BIN MOHD DAN1, AHMAD HAFIZUL HANIS BIN MOHD SHAHAR2, ILYANA BINTI GHAZALI3, HASNAH BINTI MUKHTAR4, HASLINA BINTI MUSTAPA5, ISMAIL BIN ABDULLAH6 MRSM Kuala Berang [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] ABSTRAK Objektif kajian tindakan ini adalah untuk memperkasakan subjek-subjek STEM dan menerapkan minat pelajar terhadap subjek ini dalam kalangan pelajar B40 Tingkatan 4 MRSM Kuala Berang Terengganu. Selain itu, ianya juga mensasarkan kepada kecemerlangan 100% gred A bagi subjek sains dan matematik dalam peperiksaan SPM 2024 akan datang. Kajian ini berbentuk kualitatif iaitu menggunakan kaedah penerokaan dan tidak melibatkan ujian hipotesis. Ianya termasuk temu bual berstruktur dan penelitian data dokumentasi. Responden terpilih terdiri daripada 71 orang pelajar B40 Tingkatan 4 berdasarkan pendapatan seisi keluarga pelajar yang terdapat dalam data pelajar MRSM Kuala Berang. Input keputusan akademik pelajar dalam subjek sains dan matematik dipantau melalui ujian dan peperiksaan secara berkala selepas tindakan pemerkasaan dilaksanakan secara berperingkat. Beberapa langkah tindakan dilaksanakan bagi membentuk kesedaran dan penerapan minat kepada pelajar mengenai kepentingan STEM sebagai elemen penting dalam konteks pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini juga turut mengetengahkan kerjaya masa hadapan dalam lapangan bidang STEM, merangsang kemahiran manipulatif serta meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran proses sains serta berorientasi menyelesaikan masalah matematik aras tinggi dalam kalangan pelajar B40 Tingkatan 4 MRSM Kuala Berang Terengganu. Kata Kunci: Pelajar B40 Tingkatan 4, Subjek-Subjek STEM, Pemerkasaan STEM, Penerapan Minat terhadap STEM KERTAS KAJIAN


30 PEMERKASAAN STRATEGI HEADCOUNT AKADEMIK MENINGKATKAN PRESTASI PEMBELAJARAN PELAJAR DI MRSM PASIR TUMBOH WAN SUHAILA BINTI WAN YAACOB MRSM Pasir Tumboh [email protected] ABSTRAK Headcount ialah satu proses mengenal pasti potensi akademik setiap pelajar. Melalui strategi ini, matlamat dan sasaran akademik ditetapkan manakala pentaksiran dan penilaian dianalisis dengan tujuan untuk mengesan perkembangan potensi pelajar dalam penguasaan bidang akademik sejajar dengan matlamat dan sasaran akademik. Objektif kajian ini ialah untuk melihat samada pemerkasaan amalan strategi headcount akademik telah meningkatkan prestasi pembelajaran para pelajar di Maktab Rendah Sains MARA Pasir Tumboh yang melaksanakan kurikulum Premier. Prestasi pembelajaran di MRSM Pasir Tumboh telah menunjukkan pencapaian yang kurang memuaskan dalam tempoh tiga tahun sejak pendidikan menengah atas mula dilaksanakan pada 2015. Pelbagai pendekatan telah dilaksanakan bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Fokus kajian ini ialah kepada salah satu pendekatan yang telah mula dilaksanakan secara konsisten dan efektif pada tahun 2021 iaitu pelaksanaan strategi headcount akademik. Analisis Ujian-T berpasangan (Paired-Samples T Test) telah digunakan untuk membandingkan prestasi pembelajaran pelajar dalam peperiksaan semester dua bagi tahun 2020 dan 2021 serta 2020 dan 2022. Jadual output analisis telah menunjukkan nilai sig = 0.000 (<0.05) bagi kedua-dua perbandingan. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam prestasi pembelajaran pelajar sebelum pelaksaan strategi headcount akademik (2020) dan selepas pelaksanaan strategi ini (2021 dan 2022). Dapatan ini telah menunjukkan bahawa strategi headcount akademik telah memberi kesan kepada prestasi pembelajaran di MRSM Pasir Tumboh. Hal ini telah membuktikan bahawa pemerkasaan strategi headcount akademik secara konsisten dan efektif perlu digalakkan di semua institusi pendidikan MARA dalam memastikan peningkatan prestasi pembelajaran. Kata Kunci: strategi headcount akademik, matlamat/sasaran, prestasi pembelajaran KERTAS KAJIAN


31 PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP PENGAJARAN RAKAN SEBAYA UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PELAJARAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH WAN NURUL SYUHADA’ WAN HASSAN, NURSYAMIMI FAURUDDIN MRSM Sungai Besar [email protected] ABSTRAK Konsep pengajaran rakan sebaya atau nama lain yang sering digunakan antaranya peer teaching, peer education dan partner learning merupakan salah satu kaedah pengajaran yang melibatkan peranan rakan sebaya dalam memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakannya. Kaedah pembelajaran ini selari dengan konsep pengajaran abad ke-21 yang berpusatkan pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap konsep pengajaran rakan sebaya untuk meningkatkan prestasi pelajaran pelajar sekolah menengah khususnya di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Kajian ini melibatkan 180 orang pelajar tingkatan lima. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan edaran soal selidik. Data kuantitatif yang diperoleh daripada item soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) 7.0 bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan pengajaran berkonsepkan kepada rakan sebaya menyumbang kepada peningkatan prestasi pelajaran para pelajar selari dengan Teori Konstruktivisme yang dipelopori oleh Vygotsky (1962). Teori ini menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih bermakna apabila para pelajar diberi peluang untuk mengemukakan idea dan pandangan melalui perbincangan dengan rakan sebaya. Kejayaan dalam penggunaan konsep pengajaran melalui rakan sebaya bukan sahaja mendatangkan kesan positif kepada pencapaian akademik pelajar, malah berupaya meningkatkan kemahiran komunikasi dan interpersonal lain dengan lebih berkesan. Kata Kunci: pengajaran rakan sebaya, teori konstruktivisme, partner learning KERTAS KAJIAN


32 TUJUAN DOMINAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DALAM KALANGAN PELAJAR MRSM DI SELANGOR FARAH LIYANA BT JAAFAR MRSM Sungai Besar [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tujuan yang dominan dalam penggunaan telefon pintar bagi pelajar MRSM di Selangor sama ada untuk tujuan umum ataupun untuk tujuan pembelajaran. Kajian yang dijalankan adalah dengan menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan instrumen temubual dan pemerhatian. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan bertujuan. Pengkaji sudah ada pilihan sendiri untuk menjalankan temubual dan pemerhatian. Untuk protokol temubual, pengkaji menyusun protokol temubual mengikut kehendak objektif kajian. Temubual tersebut melibatkan penyataan masalah dan objektif kajian yang dijalankan. Seiring dengan dunia di hujung jari, faktor usia mereka sangat memerlukan teknologi yang cepat untuk mendapatkan maklumat. Berikutan itu, telefon pintar adalah pilihan pelajar untuk mendapatkan maklumat dengan segera dan di mana sahaja. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan telefon pintar yang digunakan dalam kalangan pelajar ini lebih menjurus kepada tujuan umum iaitu untuk komunikasi, bersosial dan hiburan. Jika anak-anak pelajar masa kini laju dalam perkembangan ilmu digital, orang dewasa perlu lebih bijak untuk mengatur strategi agar anak-anak pelajar terselamat daripada anasir negatif melalui penggunaan gajet yang wujud pada masa kini. Walau bagaimanapun, pengkaji berharap hasil kajian ini mampu dijadikan garis panduan dalam menangani permasalahan yang wujud pada masa kini. Kata Kunci: Telefon pintar, Tujuan umum, Tujuan pembelajaran, Gajet KERTAS KAJIAN


33 INOVASI DALAM SUBJEK


34 AIM: ASPIRATION IMPLEMENTATION MONITORING TOWARDS A SUSTAINABILITY INNOVATION NOR HAYATI BINTI YUSOFF Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan [email protected] SINOPSIS Inovasi adalah proses pembaharuan yang semakin giat dilaksanakan di sekolah seluruh negara. Walau bagaimanapun, sebahagian besar inovasi yang dibangunkan bersifat ad-hoc, mengikut trend tanpa perancangan strategic. Natijahnya, inovasi itu tidak lestari. Manfaatnya terbatas kepada si pencipta inovasi dan dalam lingkungan yang kecil sahaja. Oleh sebab itu, menerusi pendekatan Aspiration, Implementation dan Monitoring atau ringkasnya AIM, inovasi dihasilkan secara rapid an teliti. Bermula dari minda, aspirasi menjadi pemandu arah dan kerangka penentu misi, visi serta Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang disasarkan. Seterusnya aspirasi ini diterjemahkan dalam bentuk tindakan pelaksanaan agar dapat direalisasikan. Semasa proses pengimplementasian, factor penting tetapi sering dipandang sebelah mata adalah pemantauan. Aspek pemantauan adalah merangkumi penilaian impak dan penambahbaikan perlu dilaksanakan sepanjang masa supaya kelestarian inovasi boleh dicapai dan memberi manfaat kepada warga sekolah. Dalam konteks pembentangan ini, AIM telah Berjaya apabila STF dinobatkan sebagai Apple Distinguished School (ADS) pada pertengahan tahun ini. ADS merupakan pengiktirafan oleh syarikat jenama Apple untuk sekolah yang giat berinovai berbantukan teknologi, perisian dan aplikasi terkini. Inovasi itu tidak terhenti biarpun Pengetua berpindah ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC) baru-baru ini. Di TKC yang lebih awal berstatus ADS, maka aspek pemantauan menjadi focus perkongsian untuk tambah nilai dan pemantapan INOVASI DALAM SUBJEK


35 ASSESSING THE STUDENT PREPARATION AND READINESS FOR CAREER LIFE : UNVEILLING PATHWAYS TO SUCCESS DR ZALINA BINTI AYOB Kolej Profesional MARA Beranang [email protected] SINOPSIS Pembentangan ini adalah perkongsian kepada dapatan kajian berhubung ketersediaan pelajar menghadapi dunia kerjaya.Sorotan dapatan kajian akan memberi maklumat kepada tindakan atau keperluan yang boleh dipertimbangkan oleh pembuat dasar Pendidikan, Pembangunan kurikulum dan pendekatan pedagogi. Selain itu, pembentangan ini turut mengeksplorasi peluang penambahbaikan inovasi dalam bidang pendidikan dan bagaimana inovasi tersebut dapat memberi impak terhadap hasil pelajar pada masa depan. Penambahan inovasi, seperti penggunaan teknologi terkini dalam pengajaran, pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif, atau pengenalan modul pembelajaran yang bersifat praktikal, boleh menjadi faktor penentu dalam meningkatkan keberkesanan sukatan pelajaran terkini seterusnya menyediakan pelajar yang lebih berdaya saing dan berketesediaan di bidang kerjaya. INOVASI DALAM SUBJEK


36 BIDANG TVET DI UNIKL PROF MADYA TS DR EIDA NADIRAH BINTI ROSLIN MOHAMAD NORHAIDA BIN ABDUL RAHMAN Universiti Kuala Lumpur [email protected], [email protected] SINOPSIS Pemakluman berkaitan Pendidikan Tinggi dalam bidang TVET yang ditawarkan di Universiti Kuala Lumpur beserta peluang-peluang pengajian bagi kemasukan pelajar-pelajar program-program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang. INOVASI DALAM SUBJEK


37 BUILDING SCAFFOLDING THROUGH BOARD GAMES MOTIVATION VS RESULT ROSMURNI BINTI ABDUL AZIZ MRSM Pasir Salak [email protected] SINOPSIS Education system’s target is for students to reach the competencies prescribed in the curriculum. These competencies are closely related to students performance. A great number of research carried out managed to connect students academic performance to innovative teaching. Although there are many factors contribute to students performance, this presentation will closely talk about the effectiveness of board games as a scaffolding tool and how it impacts the students performance if carefully use in controlled environment. Charlier and De Fraine referred to board games learning as enjoyable and motivational method for learning content, enhancing group interactions, increase competition and fun. According to Burgoyne et al. who conducted a meta-analysis, board games positively correlated with four broad cognitive abilities: fluid reasoning, comprehension-knowledge, short term memory and processing speed. Zeedyk et al. in his study summarized the effectiveness of a board game for increasing children’s knowledge. This presentation focuses on board games as one type of innovative learning for students and teachers and how the motivation developed from the games give impact to students’ performance. INOVASI DALAM SUBJEK


38 CABARAN PENGURUSAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MOHD NOOR HAKIM BIN ISMAIL Sekolah Dato’ Abdul Razak [email protected] SINOPSIS Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang memilikki watak, etos, keunikan tersendiri serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. SDAR bukan sahaja diiktiraf sebagai SBT, tetapi juga School of Global Excellence atau Sekolah Kecemerlangan Global. Sesi ini akan menghuraikan cabaran yang dihadapi pemimpin sekolah dalam memastikan pendekatan PdPc, penglibatan kokurikulum dan kemampanan kepimpinan murid mencerminkan ciri-ciri global yang dihasratkan. Pemimpin perlu berfikiran terbuka serta berani bertindak untuk mencapai objektif. Kerjasama ibu bapa serta pihak-pihak berkepentingan lain [stakeholders] perlu dijalin untuk melaksanakan program yang dapat menghasilkan murid-murid yang berpesonaliti unggul [towering personality] dan berdaya saing di peringkat global. Pemimpin sekolah juga perlu membentuk budaya cemerlang dalam kalangan warga pendidik dan memastikan sekolah dapat menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan tahap pencapaian mereka ke tahap yang lebih tinggi melalui program jalinan dan kolaborasi. Program-program yang dilaksanakan perlu berimpak tinggi dan memberi pulangan kepada murid-murid. Pengurusan juga perlu menguruskan peruntukan secara berhemah dan memastikan ianya mengikut prosedur yang betul. Hasil dari perkongsian ini diharapkan dapat memberi sedikit gambaran tentang cabaran menguruskan sekolah berprestasi tinggi dan membentuk budaya kecemerlangan dalam kalangan warga pendidik. INOVASI DALAM SUBJEK


39 CENTRIKIT SITI MAYSARAH AHMAD, ZAIDAH MOHMAD, NOR AZLINA BINTI MOHD ARIF, SITI NORASHIKIN HUSSIN, NUR KARTIKA ABDULLAH , ‘ATHIYYAH BINTI ABDUL KADIR, IZZAH ATHIRAH BINTI AHMAD NASIR, FARAH NABILA MOHAMAD HANAFIAH, NOR HAZANA ABDUL RAZIK MRSM Tun Ghafar Baba [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected]@mara.gov.my, [email protected], [email protected] SINOPSIS “Centrikit” adalah satu inovasi yang memudahkan pelajar menguasai Konsep Daya Memusat dalam topik Kegravitian bagi subjek Fizik di tingkatan empat. Centrikit adalah Alat Bantu Mengajar (ABM) yang membantu guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Inovasi ini juga mempunyai ciri-ciri yang menarik seperti dapat menghubungkan dua pembolehubah secara tepat, dapat dilaksanakan dalam kumpulan kecil, mesra pengguna, interaktif serta mudah alih. Objektif pertama projek ini adalah membangunkan sebuah ABM yang murah, tidak kompleks dan mudah dihasilkan. Objektif kedua adalah melaksanakan pengujian dengan mengaplikasikan ABM ini di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sebenar bagi mendapatkan maklumbalas serta membuat pemerhatian tentang keberkesanan alat ini. Objektif seterusnya adalah menganalisa dan menentusahkan keberkesanan ABM berdasarkan respon, kefahaman dan pencapaian pelajar. Pelaksanaan inovasi ini dimulakan dengan membuat tinjauan soal selidik dikalangan 165 orang pelajar dan 23 orang guru berkenaan topik yang paling sukar dalam subjek fizik. Melalui soal selidik ini, didapati majoriti pelajar tidak memahami sepenuhnya Konsep Daya Memusat yang terdapat dalam topik Kegravitian. Guru-guru juga memberikan maklumbalas yang sama seperti pelajar dimana mereka mengalami sedikit kesukaran dalam memberikan kefahaman kepada pelajar tentang konsep ini. Perlaksanaan inovasi ini diteruskan lagi dengan menjalankan Ujian-Pra ke atas 110 orang pelajar. Selepas selesai melakukan Ujian-Pra, pelajar-pelajar ini dibahagikan kepada dua kumpulan bagi menjalani ujian seterusnya iaitu Ujian-Pos. Di dalam Ujian-Pos ini, pelajar dalam Kumpulan Pertama menggunakan kaedah P&P konvensional manakala pelajar dalam Kumpulan Kedua menggunakan inovasi Centrikit. Berdasarkan hasil pengujian, didapati pencapaian pelajar dalam kumpulan dua adalah 27.5% lebih baik dibandingkan dengan pelajar dalam kumpulan satu. Bagi pelajar dalam kumpulan pertama, markah Ujian-Pra hanyalah 1.9 (19%) dan markah Ujian-Pos adalah 4.9 (49%) iaitu peningkatan sekitar 30%. Sebaliknya, pelajar dalam kumpulan kedua iaitu yang menggunakan inovasi Centrikit, telah mendapat markah Ujian-Pos 7.65 (76.5%) walaupun pada peringkat awalnya markah Ujian-Pra hanyalah 2.5 (25%). Ini membuktikan inovasi Centrikit berjaya memberikan impak yang positif terhadap kefahaman pelajar dengan peratus peningkatan adalah sebanyak 51.5%. Secara keseluruhannya, Centrikit ini amat sesuai untuk dijadikan ABM dimana inovasi ini terbukti dapat membantu pelajar meningkatkan tahap pemahaman Konsep Daya Memusat. Disamping itu, Centrikit ini juga dapat membantu guru memberikan kefahaman kepada pelajar dan memudahkan tugas guru dalam sesi P&P. Inovasi ini juga mempunyai potensi komersial sama ada dikalangan MRSM dan juga sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. INOVASI DALAM SUBJEK


40 FORTNIGHT LEXICAL QUEST NIK NURHIDAYAH BINTI NIK WAHID MRSM Gerik [email protected] SINOPSIS Fortnight Lexical Quest is a word search game to enforce the reading habit as well as expose students to a variety of vocabulary thematically. It is conducted fortnightly, and the target participants are the form 3 students of MRSM Gerik. Involvement is voluntary whereby physical copies of the crossword puzzle is placed at a specific spot (a postbox in the English Unit section) for students to grab and attempt. Students are then given a time range to complete the word search (2 weeks) and submit them physically to Ms. Dayah, by hand. The element of ‘quest’ in the activity lies in the process of reading through specific materials to solve the puzzle. As common in quests and games, rewards are given to those who have successfully fulfilled the quest – in our case, cash prize and merit points. As of October, three individual rounds have been completed. The rounds covered one Close-up textbook unit (Natural Wonders) and the topics ‘All About Disease X’ as well as ‘#FreePalestine’ where both cover articles in the News Straits Times. Two final rounds will be held to close off 2023. A ‘team-play’ round spanning over 1 week, and a ‘battle royale’ held in one hour. Each round will involve several puzzles based on one reading material; hence a higher amount of reward will be given due their complexity INOVASI DALAM SUBJEK


41 INSPIRASI KREATIF : E-ARKIB KARYA SENI KREATIF MRSM SUNGAI BESAR MOHD DZULKIFLI BIN MAHAT MRSM Sungai Besar [email protected] SINOPSIS Program ini dilaksanakan sebagai aktiviti dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) topik lukisan dan catan bagi mencungkil bakat dan kreativiti pelajar. Program ini merupakan yang pertama dilaksanakan dalam Sistem Pendidikan MRSM khususnya mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Teori Pendidikan konstruktivisme mejadi dasar dalam pelaksanaan program ini di mana guru bertindak sebagai pembimbing. Para pelajar dibimbing dalam tempoh satu bulan untuk menghasilkan dua karya terbaik yang mempunyai nilai komersil dan kebolehpasaran yang tinggi. Setelah melalui proses dan garis masa projek, secara keseluruhannya tema yang dipilih oleh para pelajar adalah berkisar berkenaan dengan lukisan abstrak, komik dan animasi. Jumlah pelajar yang terlibat adalah seramai 328 orang yang terdiri daripada 164 pelajar tingkatan tiga dan 164 pelajar tingkatan empat. Program Inspirasi Kreatif ini dilaksanakan hasil kolaboratif Unit Seni Reka Jabatan Sains Sosial MRSM Sungai Besar bersama Biro Keusahawanan Badan Muafakat MRSM Sungai Besar. Karya seni pelajar dimuatnaik dalam laman sesawang khas yang dibangunkan dan sistem coding digunakan bagi melabel karya pelajar. Inovasi dokumentasi secara atas talian meluaskan lagi akses orang ramai untuk melihat dan menilai hasil karya pelajar dan ini menggalakkan persaingan sihat antara pelajar supaya menghasilkan karya yang terbaik dan berkualiti. INOVASI DALAM SUBJEK


42 INTERACT- ME KIT WAN ROHANI BINTI HARUN MRSM Taiping [email protected] SINOPSIS The issues encounter by low achiever students in understanding Archimedes' Principle includes misconceptions in relating certain concepts in Archimedes’ Principle and the lack of suitable visual aids in the laboratory. The Interact-Me Kit is introduced as a solution to these issues. Interact-Me Kit as a learning tool designed to assist students understanding on Archimedes' Principle. The kit is designed to be cost-effective, making it accessible to every students. Research instruments or tools used for data collection are the Interact-Me Kit itself, QR codes for instructions and worksheets. A total of 22 Form 4 students from MRSM Taiping were selected as the study's sample. Initial findings indicated that the students had not reached the minimum mastery level in the pre-test conducted. The students were divided into two groups. One group was taught using conventional methods, while the other group learned using the Interact-Me Kit. The methodology employed involved observing behaviour during teaching and learning sessions and answering questionnaire. Pre-tests and post-tests were administered to assess the students' understanding of the Archimedes' Principle. The post-test revealed an average increment of individual performance of 59% in the conceptual mastery for the group using the Interact-Me Kit. Therefore, the use of the Interact-Me Kit proved effective in piquing students' interest in learning about the Archimedes' Principle and enhancing their critical and creative skills. It enables students to independently conduct guided demonstrations and answer related questions to enhance their understanding of the topic. Moreover, the students can understand the learning outcome with minimum guidance from the teacher. INOVASI DALAM SUBJEK


43 ISKANDAR MULTIMEDIA SUPERCORRIDOR THE BEGINNING OF A NEW LEGACY DALAM MENERAJUI KEPIMPINAN TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 DATIN HAJAH ZAMHIRAH BINTI HJ OSMAN SMK Tunku Mahmood Iskandar, Johor [email protected] SINOPSIS Iskandar Multimedia Super Corridor ‘The Beginning of a New Legacy, Iskandar The Great merupakan satu metamorphosis yang berlaku di STMI pada tahun 2020 iaitu perubahan secara total ‘new facelift’ bermula dari pagar sekolah hingga ke hujung padang. Transformasi Pusat Sumber Sekolah meliputi semua bilik darjah menjadi bilik darjah bertema dan dilengkapi dengan kemudahan akses internet, bilik-bilik khas menjadi studio eksklusif, perpustakaan, ruang interaktif iaitu Iskandar Celebrity Studio (Iskandar fm dan Iskandar TV), ruang legar, taman sumber, surau, koperasi, kantin ,tandas dan bilik guru. IMSC dengan tagline iPower menepati matlamat TS25 iaitu penyediaan suasana pembelajaran bermakna ,kemenjadian murid dan sekolah kualiti dalam menghadapi dunia VUCA. IMSC ini telah memberi impak maksima apabila buat pertama kalinya STMI mencatat peratus kehadiran murid tertinggi di daerah Batu Pahat pada Mac 2021 iaitu 99.89% kehadiran pada pembukaan sekolah selepas menghadapi pendemik covid 19. Pengwujudan Iskandar Digital Area(IDEA) telah menyebabkan berlaku peningkatan kemahiran teknikal ICT dan keyakinan diri murid berbual bicara dengan tetamu VIP dan tetamu VVIP melalui saluran Iskandar FM dan Iskandar TV yang dikenali sebagai Iskandar Celebrity Studio . Selain itu IMSC telah meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti koakademik serta meningkatkan bilangan bahan bacaan dalam kalangan murid dengan adanya 15 lokasi “Books On The Move Library. Tambahan lagi IMSC telah meningkatkan hubungan dua hala sekolah dengan berkolaboratif dengan sekolah dari daerah dan negeri lain, badan-badan kerajaan serta masyarakat setempat.. Impak maksima IMSC juga menyebabkan LMS SPM 2022 meningkat iaitu daripada 91.75 % kepada 100 % , peningkatan GPS sekolah dari 4.71 kepada 4.44 dalam SPM 2022 iaitu pencapaian terbaik dalam tempoh 30 tahun. IMSC juga menepati enam aspirasi murid dan terkandung dalam sebelas anjakan utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. INOVASI DALAM SUBJEK


44 KIT CARTA ALIR MUDAH FAHAM PENYATA PENYESUAIAN BANK (PPB) HAIRUNNISA BINTI IDRIS MRSM Langkawi [email protected] SINOPSIS Penyata Penyesuaian Bank (PPB) merupakan salah satu sub modul dalam Modul Perakaunan untuk Kawalan Dalaman (Modul 3 silibus Tingkatan 5). Kit Cepat Faham PPB ini membawa objektif memberi kefahaman dan kemudahan kepada pelajar melalui penggunaan carta alir yang mudah difahami bagi membantu pelajar menyelesaikan soalan sub modul Penyata Penyesuaian Bank ini. Penyata Penyesuaian Bank merupakan salah satu sub modul yang mempunyai tahap teknikal yang tinggi kerana pelajar perlu melalui satu siri langkah-langkah yang teknikal dalam menyelesaikan soalan bagi sub modul ini. Daripada pengalaman, pelajar mendapati soalan Penyata Penyesuaian Bank ini adalah soalan “rumit” yang memerlukan kefahaman kepada modul, kemahiran mengingati langkah-langkah dan kebolehan memahami asas debit dan kredit dalam perakaunan bagi menyelesaikan soalan sub modul ini. Kit Cepat faham PPB ini telah digunakan di MRSM Langkawi oleh guru Prinsip Perakaunan semasa proses pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran (Pdp) selama 5 tahun dan telah melalui proses penambahbaikan bermula dengan carta alir yang bertulis tangan kepada carta alir yang menggunakan “microsoft word” dan disimpan dalam bentuk format dokumen mudah alih (pdf) bagi memudahkan urusan perkongsian kepada rakan-rakan guru prinsip perakaunan se-Malaysia dan pelajar- pelajar yang mengambil subjek prinsip perakaunan melalui aplikasi Telegram “Tcer Nisa Sharing on Prinsip Akaun SPM”. Kit ini dapat membantu guru untuk membuat pengukuhan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan kit ini semasa latihan bagi membantu kefahaman pelajar dan memudahkan proses menjawab soalan.Kit Cepat Faham PPB ini tidak memerlukan kos yang tinggi untuk digunakan kerana disimpan dalam bentuk format dokumen mudah alih (pdf) dan boleh dikongsi secara atas talian. INOVASI DALAM SUBJEK


45 M-MULTIPLES, M-BLEEP DAN M-CLINIC HAZIQ SYAZWAN BIN SAJALI, NURUL FATIHAH BINTI MOHD RAZALI MRSM Tun Mustapha, Tawau [email protected], [email protected] SINOPSIS Penguasaan asas Matematik yang rendah dalam kalangan pelajar sentiasa menjadi isu berbangkit setiap kali mesyuarat bedah siasat pasca Peperiksaan Semester dan SPMRSM dijalankan di peringkat Jabatan Matematik MRSM Tun Mustapha dari Tahun 2020 hingga 2022. Rekod menunjukkan MRSM Tun Mustapha sentiasa berada di kedudukan 10 tercorot MRSM Se-Malaysia khususnya dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan bagi Peperiksaan Semester dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ujian Diagnostik Asas Matematik yang dijalankan terhadap semua pelajar dari Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 menunjukkan sebahagian besar pelajar tidak menguasai kemahiran asas Matematik seperti Integer, Algebra dan Persamaan Linear. Justeru, ‘The 6 Stages of Action Plan; Mathematics Department of MRSM Tun Mustapha’ telah menggariskan 6 kerangka pelan tindakan baharu sebagai suatu sistem ke arah pembudayaan Matematik dalam kalangan pelajar. Pelan tindakan ini menekankan aspek Perubahan Sikap (Improving the Attitudes), Pemantapan Asas (Tackling the Basic), Latih Tubi Rutin (Drilling the Routines), Penilaian Berterusan (Frequent Evaluation), Pengkelasan (Streaming), dan Personalisasi (Personalisation) sebagai proses yang harus dilakukan secara sistematik bagi memacu peningkatan prestasi pelajarpelajar. Oleh hal yang demikian, Program M-Multiples, M-Bleep dan M-Clinic telah dirancang dan dilancarkan bermula pada Semester 1, 2023 dengan melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 2 (Premier) dan Tingkatan 3 (IGCSE-Premier) sebagai Kohot pertama. M-Multiples merupakan aktiviti membaca sifir beramai-ramai ketika perhimpunan pagi dengan dipimpin oleh seorang mentee bersama mentor. Bacaan sifir ditetapkan mengikut hari tertentu seperti Sifir 6 (Isnin), Sifir 7 (Selasa), Sifir 8 (Rabu), Sifir 9 (Khamis) dan Sifir 12 (Jumaat). M-Bleep pula merupakan ujian mengenalpasti Tahap Penguasaan (TP) pelajar khususnya berkaitan Asas Algebra dan Persamaan Linear mengikut Band 1 hingga Band 6. M-Bleep dilaksanakan pada setiap awal Semester bagi mengenalpasti pelajar-pelajar yang masih belum melepasi tahap yang memuaskan. Pelajarpelajar yang mendapat Band 4 dan ke bawah perlu mengikuti siri bimbingan lanjutan di bawah program M-Clinic yang dijalankan pada setiap minggu. Program M-Clinic dikendalikan sepenuhnya oleh mentor-mentor yang dilantik. Mentor-mentor diberikan tanggungjawab untuk membimbing mentee masing-masing sewaktu sesi M-Clinic dijalankan atau di luar waktu yang dirasakan sesuai oleh mentor. Berdasarkan keputusan Peperiksaan Semester 1, 2023 barubaru ini, pencapaian bagi subjek Matematik bagi pelajar Tingkatan 2 telah menunjukkan peningkatan tertinggi berbanding subjeksubjek lain di tingkatan tersebut. Kedudukan Matematik Tingkatan 2, MRSM Tun Mustapha telah melonjak dari kedudukan ke-34 semasa Peperiksaan Semester 2 Tingkatan 1, 2022 kepada kedudukan ke-13 semasa Peperiksaan Semester 1 Tingkatan 2, 2023. Secara keseluruhan, semua Tingkatan yang mengikuti aliran Premier (Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 5) telah keluar dari kedudukan 10 tercorot bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan berbanding tahun-tahun sebelumnya. INOVASI DALAM SUBJEK


46 NUMBERING THE HISTORY NURANIZA BINTI OSMAN MRSM Bentong [email protected] SINOPSIS Projek inovasi Pembangunan bahan ini adalah berbentuk plakad yang mana mampu menarik minat para pelajar meminati subjek sejarah dengan mencantumkan nombor dan abjad agar pelajar dapat mengingat fakta dalam tempoh jangka panjang. Teknik ini akan mampu meningkatkan keupayaan memori untuk memproses maklumat dari jangka masa yang pendek kepada jangka masa yang panjang terutamanya untuk tujuan peperiksaan. Justeru penggabungan nombor dan abjad ini akan mampu merangsang otak pelajar untuk mengingat dalam tempoh masa yang pendek antara 2 minit- 5 minit sahaja tetapi boleh diingat dalam masa yang panjang. Selain itu ia mampu untuk meningkatkan kefahaman dan kepekaan pelajar dalam menguasai subjek Pelajaran Sejarah. INOVASI DALAM SUBJEK


47 ONE MINUTE WRITING KAMISAH BINTI IBRAHIM MRSM Taiping [email protected] SINOPSIS Kit 1 minute writing merupakan alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan dalam membantu pelajar memahami konsep gabungan ion positif (Kation) dan ion negatif (Anion) dalam pembinaan Formula Kimia. Formula Kimia yang betul penting dalam membina Persamaan Kimia seimbang yang betul seterusnya membantu pelajar dalam menjawab soalan berkaitan keseimbangan Stoikiometri dan pengiraan berkaitan. Konsep puzzle dimana kad Kation yang mempunyai bahagian terkeluar dan kad Anion mempunyai bahagian berlekuk dan gabungan yang betul antara dua jenis kad-kad ion ini haruslah membentuk segi empat sempurna merupakan asas dalam pembinaan Kit ini. Pelajar boleh, samada menggunakan kit ini secara kendiri, berpasangan (perlumbaan) atau dengan bimbingan guru. Penggunaan kit ini adalah di sasarkan kepada pelajar kelas pemulihan malahan boleh digunakan oleh guru sebagai kit permulaan (set Induksi) semasa pengenalan kepada Kation dan Anion seterusnya mengenalkan konsep bilangan cas positif dan negatif yang harus sama bagi menghasilkan formula Kimia yang bercas neutral. Seterusnya, pelajar harus berlatih dan menuliskan formula Kimia ke dalam kertas 1 Minute Writing. Penulisan formula Kimia akan disemak dengan kad jawapan yang disertakan. Penulisan yang betul akan diberi 1 pelekat skor yang akan dilekatkan ke dalam kad skor. Sistem ganjaran akan boleh diguna pakai untuk penggunaan secara perlumbaan berpasangan atau persaingan kumpulan pelajar. Skor ujian-pasca mencatat peningkatan sebanyak 21.25% berbanding skor ujian-pra sekaligus membuktikan keberkesanannya dalam membantu pelajar memahami konsep dalam pembinaan formula Kimia. INOVASI DALAM SUBJEK


48 QURANIC BACKPACKERS MOHAMAD NIZAM BIN RASIDI Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar, Selangor [email protected] SINOPSIS Program Quranic Backpackers merupakan salah satu kaedah pembelajaran kontekstual dan pembelajaran luar bilik darjah yang dibentuk berpandukan Teori Kecerdasan Pelbagai. Objektif program ini adalah untuk melahirkan para pelajar yang mempunyai keseimbangan dalam pencapaian akademik dan hafazan al-Quran selari dengan aspirasi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang memperkenalkan Program Ulul Albab. Hal ini demikian kerana para pelajar yang mengikuti Program Ulul Albab dituntut untuk membahagikan masa dengan bijak bagi menyelesaikan hafazan 30 juzuk sekurang-kurangnya dalam masa empat tahun di samping cemerlang dalam bidang akademik khususnya subjek-subjek STEM. Program ini ternyata berkesan untuk memberikan suasana pembelajaran yang berbeza kepada para pelajar dalam usaha untuk mencapai matlamat pembelajaran, konsep dan isi yang relevan serta memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Para pelajar bukan sahaja dapat meneroka ilmu di luar bilik darjah sejajar dengan pembelajaran abad ke-21, malah mereka juga dapat fokus menghafaz al-Quran dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setelah tiga siri program ini dijalankan, terbukti bahawa pengisian program ini berupaya membantu para pelajar meningkatkan prestasi hafazan dan pengalaman yang dilalui oleh para pelajar sewaktu menyertai program ini boleh digunakan dalam situasi lain untuk membina idea-idea baharu serta diaplikasikan dalam pelbagai subjek yang dipelajari. Hasil temu bual mendapati para pelajar memberi maklum balas yang positif setelah mengikuti program ini. Elemen Merentas Kurikulum yang diterapkan dalam program ini sesuai untuk melahirkan generasi ulul albab yang cemerlang, gemilang dan terbilang INOVASI DALAM SUBJEK


49 PELUANG DAN RUANG TVET MARA MOHD HALIMUDIN BIN MOHD ISA @ HAMID MOHD NAJIB BIN MOHD BADRI Bahagian Kemahiran dan Teknikal [email protected], [email protected] SINOPSIS Mengupas berkaitan perkembangan pembangunan program TVET dalam Institusi Pendidikan MARA yang dikawal selia oleh Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA. Perbincangan akan meliputi penawaran program yang meliputi pelbagai klsifikasi dan kluster program serta kelebihan dan faedah yang ditawarkan untuk setiap program. Perbincangan pembentangan juga akan menyentuh berkaitan prospek pekerjaan serta peluang sambung belajar dalam dan luar negara. INOVASI DALAM SUBJEK


50 PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI KOLEJ MARA DAN KOLEJ PROFESIONAL MARA MAIZUL BIN DERAMAN Bahagian Pendidikan Tinggi [email protected] SINOPSIS Ketahui peluang-peluang untuk melanjutkan pengajian bagi lepasan SPM di Kolej MARA (KM) dan Kolej Profesional MARA (KPM). Terdapat 4 buah Kolej MARA yang menawarkan pengajian dalam pelbagai peringkat persediaan seperti A-Level, IB dan Asasi. Pelajar lepasan Kolej MARA akan menyambung pengajian di universiti dalam dan luar negara. Manakala untuk di Kolej Profesional MARA, lepasan SPM boleh meneruskan pengajian ke peringkat diploma dalam pelbagai bidang seperti Perakaunan dan Kewangan, Pengurusan Perniagaan, Bahasa, Pengkomputeran dan beberapa bidang lain. KPM juga melaksanakan program dwi pensijilan dengan kerjasama beberapa badan professional seperti ACCA, ICAEW, CILT, CPM, ITM dan beberapa badan lain. Ia merupakan salah satu inisiatif MARA untuk memberikan nilai tambah kepada graduan KPM. Pelbagai kemudahan ditawarkan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Kolej MARA dan juga Kolej Profesional MARA termasuk pengecualian yuran pengajian serta pemberian elaun sara hidup kepada pelajar. INOVASI DALAM SUBJEK


Click to View FlipBook Version