51 PEMBINAAN KONSTRUK MODEL KEPIMPINAN PENGETUA INTEGRASI PENDEKATAN KAUNSELING (M-KIPK) MOHD SHAHID BIN AHMAD, ROSLIZA AHMAD, FATIMAH ZAILY AHMAD RAMLY MRSM Taiping [email protected] SINOPSIS Pengetua merupakan individu terpenting yang berperanan dalam memastikan visi dan misi sekolah mampu untuk direalisasikan. Manakala pendekatan kaunseling berfungsi sebagai pelengkap kepada keharmonian persekitaran pendidikan. Artikel ini mengetengahkan pembinaan konstruk Model Kepimpinan Pengetua Integrasi Pendekatan Kaunseling (M-KIPK) aplikasi kaedah Reka Bentuk Penyelidikan dan Pembangunan (DDR). Seramai 282 orang responden kajian terlibat pada fasa analisis keperluan, 13 orang pakar teknik Delphi Terubah suai pada fasa reka bentuk kajian dan 330 orang merupakan responden soal selidik pada fasa penilaian model. Kesahan dan kebolehpercayaan model kajian dirungkai melalui tiga bahagian utama: i) prosedur penyaringan data, ii) analisis faktor penerokaan, dan iii) analisis komposit pengesahan. Selain itu, beberapa analisis sampingan seperti ralat tanpa sambutan (non-response error), latar belakang responden dan statistik deskriptif turut dilaporkan. Bagi menentusahkan konstruk model, dapatan kajian dianalisis menggunakan PLS-SEM. Kajian ini telah berjaya menghasilkan model kepimpinan pengetua MRSM yang diintegrasikan dengan pendekatan kaunseling. Oleh itu, konstruk Model Kepimpinan Pengetua Integrasi Pendekatan Kaunseling (M-KIPK) adalah relevan kepada kepemimpinan pengetua dalam meningkat efikasi kepimpinan dan pengurusan di MRSM. Kata Kunci: Model M-KIPK, Reka bentuk penyelidikan dan pembangunan (DDR), Kepimpinan pengetua, Pendekatan kaunseling dalam kepimpinan INOVASI DALAM SUBJEK
52 PEMBUDAYAAN NILAI “ADAB DULU BARU ILMU” DALAM KALANGAN PELBAGAI ETNIK MEMBERI IMPAK TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK, SAHSIAH DAN KOKURIKULUM PELAJAR AHMAD FAUZI BIN YAAKOB SMK Agama Miri [email protected] SINOPSIS Slogan "Adab Dulu Baru Ilmu" menggambarkan pentingnya etika, disiplin, sopan santun, hormat-menghormati dan nilai-nilai kebaikan sebelum memperoleh ilmu pengetahuan. Dalam konteks pendidikan dan perkembangan diri, adab merupakan landasan yang penting sebelum mengejar ilmu pengetahuan. Pembentangan ini membahas peripentingnya nilai-nilai adab dalam merintis perjalanan pembelajaran, bagaimana sikap, perilaku, hormat-menghormati dan kesopanan serta nilai-nilai kebaikan menjadi landasan yang utama sebelum mendalami ilmu pengetahuan yang diterapkan di sekolah. Diskusi ini juga menyoroti bagaimana adab dapat membentuk landasan yang kukuh bagi keberhasilan seseorang dalam mengaplikasikan ilmu yang diperoleh. Melalui pemahaman akan keseimbangan antara adab dan ilmu, pembentangan ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa semua warga sekolah terutama Guru-guru, Ibu Bapa, AKP serta pekerja swasta sekolah berperanan membantu dan menekankan peri pentingnya membangun asas moral yang kuat sebelum mengejar pengetahuan serta bagaimana semuanya saling melengkapi untuk menciptakan individu yang komprehensif khususnya dalam pencapaian cemerlang dalam akademik, kokurikulum serta sahsiah dan seterusnya bertanggung jawab dalam masyarakat. Perlaksanaan aktiviti yang bersesuaian dengan pembudayaan nilai Adab menjadi fokus utama sekolah. Pendekatan ini amat bersesuain dengan hadis Rasululllah S.A.W "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." serta peranan semua orang untuk menyampaikan kebaikan seperti hadis Rasulullah SAW “"Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat (atau sebagian daripadanya)." . INOVASI DALAM SUBJEK
53 PEMERKASAAN KALKULATOR CLASSWIZ DALAM PDP MATEMATIK AZIAH BINTI AZIZ MRSM Tun Dr.Ismail [email protected] SINOPSIS Strategi ini merupakan satu usaha yang berterusan selari dengan matlamat KSSM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk meningkatkan kualiti kurikulum Matematik setanding dengan standard antarabangsa. Oleh itu, pengoperasian Matematik yang diselesaikan dengan pantas, efisien dan dari sumber yang tepat akan memberi ruang pelajar membuat refleksi serta penaakulan penyelesaian mereka. Dalam sesi perkongsian ini, peserta ditunjukkan tentang usaha yang dilakukan bermula dengan pengenalan asas setiap fungsi kalkulator dalam projek MyGift@1 di kalangan pelajar tingkatan 1 MRSM se-Malaysia. Matlamat projek ini adalah agar pelajar diberi pendedahan tentang penggunaannya secara maksimum dan sekaligus, menggalakkan pembelajaran inkuiri dalam menghubungkaitkan suatu konsep. Usaha dikembangkan lagi dengan pemerkasaan penggunaan kalkulator Classwiz di kalangan guru-guru Matematik MRSM KKB sebagai platform pengujian bagi Modul Penggunaan Kalkulator Classwiz SPM (Matematik dan Matematik Tambahan) sebelum diedarkan di seluruh MRSM se-Malaysia. Melalui sebaran modul di MARA Mathematics Lounge serta di media sosial TikTok, diharapkan guru dan pelajar MRSM khususnya mampu menguasai kemahiran penggunaan kalkulator dalam mendepani pembelajaran yang global dan berterusan. INOVASI DALAM SUBJEK
54 PENGGUNAAN ANIMASI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN NOVEL KOMSAS RAIZIZON BIN RUJUNAIDI MRSM Bentong [email protected] SINOPSIS Pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 perlu mengingati jalan cerita cerpen dan novel yang dikaji. Namun, kebanyakan pelajar kurang gemar membaca bahan bacaan yang halamannya banyak tulisan berbanding grafik. Hal ini menyebabkan pelajar mengambil masa yang lama untuk menghabiskan bacaan bahan KOMSAS. Walaupun setelah menghabiskan bacaan KOMSAS, kebanyakan pelajar masih sukar mengingati jalan cerita bacaan KOMSAS. Kesannya, para pelajar berasa jemu untuk membaca bahan bacaan KOMSAS. Bagi menyelesaikan masalah ini, kaedah‘Animasi Bacaan Komsas’ yang melibatkan bacaan audio, grafik dan animasi diperkenalkan untuk memudahkan para pelajar mempelajari KOMSAS. INOVASI DALAM SUBJEK
55 PORTABLE SALT TEST KIT MIMI SYADZLINA BINTI SHABI, NORAINISA BINTI RAMLI, NABIHAH BINTI ZAINOL, MUHAMMAD NORAZRAA BIN NORDIN, AIDA ROHAYU BINTI ABDUL KARIM MRSM Langkawi [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] , [email protected] SINOPSIS Portable Salt Test Kit merupakan sebuah kit pembelajaran kendiri yang dibangunkan bagi membantu pelajar – pelajar kimia sekolah menengah terutamanya di MRSM yang mengikuti silibus IGCSE dan KSSM. Inovasi ini bertujuan untuk membolehkan pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri dengan berkesan. Hal ini demikian kerana, pelajar sukar menyatakan pemerhatian secara kualitatif dengan tepat untuk soalan berkaitan topik Asid, Bes, dan Garam (Chemistry IGCSE dan Kimia SPM) selain kurang mahir mengendalikan alat radas dengan betul. Di samping itu, kit ini dibangunkan bagi menggalakkan pendidikan personal sejajar dengan keperluan pendidikan yang menjurus kepada pembelajaran berpusatkan pelajar dan mengambil kira kepelbagaian keperluan dan gaya pembelajaran di kalangan pelajar. Portable Salt Test Kit ini dibekalkan dengan alat radas eksperimen yang bersaiz mikro, mesra pengguna dan mudah dikendalikan seperti 13 tabung uji bersaiz mikro, 2 rak tabung uji, 8 botol reagen bersaiz 20 ml, 3 botol reagen bersaiz 100 ml, 1 berus mini dan sekeping kad kod QR yang mengandungi manual penggunaan. Kit eksperimen ini adalah mesra pengguna dan murah. Penggunaan kod QR dalam kit ini memudahkan akses kepada prosedur eksperimen, latihan, nota rujukan serta bersifat interaktif menjadikan pembelajaran digital lebih menarik, mudah dan sesuai digunakan sebagai sumber rujukan. Berdasarkan 21 sampel secara rawak, terdapat peningkatan markah purata dalam ujian pasca iaitu 6.952 berbanding ujian pra iaitu 4.476. Kit ini mempunyai potensi yang tinggi untuk dikormersialkan kepada insitusi pendidikan menengah, pusat tuisyen dan sekolah antarabangsa di seluruh negara melalui koperasi sekolah, PPD, PIBG dan MUAFAKAT. INOVASI DALAM SUBJEK
56 RUKUN 15 NOR AZAM BIN ABDULLAH Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya [email protected] SINOPSIS Kajian Tangney, Baumeister, dan Boone (2004) menunjukkan bahawa disiplin kendiri memberikan impak yang signifikan terhadap pencapaian akademik murid. Sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu merancang strategi-strategi inovatif bagi memantapkan tahap disiplin kendiri murid dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik sekolah yang dipimpinnya. Rukun 15 adalah sebuah model pembentukan akhlak mulia dan pemantapan disiplin kendiri murid melalui pendekatan bicara kendiri atau self-talk. Pendekatan bicara kendiri ini masih kurang dipraktikkan dalam bidang pendidikan walaupun sering diaplikasikan di dalam bidang sukan sebagai satu strategi meningkatkan prestasi atlet. Penerapan model Rukun 15 memerlukan murid-murid menyebut 15 amalan akhlak mulia secara berulang kali dalam sehari. Berdasarkan prinsip pengulangan atau repetition, lama kelamaan sebutan berulang kali itu akan membentuk perbuatan automatik bawah sedar, seterusnya menjadi amalan dan budaya. Perbuatan berterusan dan berulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan inilah yang ditakrifkan sebagai akhlak (Ahmad Amin, 2012). Sehingga kini lebih 30 buah sekolah seluruh Malaysia telah mengadaptasi Rukun 15. Rukun 15 telah dibentangkan dalam beberpa seminar antarabangsa dan kebangsaan, antaranya ICELAM (2019), program pengantarabangsaan Dayah Insan Qurani Acheh (2019) dan Seminar Kebangsaan LESTARI (2021). Rukun 15 juga telah memenangi Anugerah Emas dalam 3rd. International Shariah Compliant Idea, Innovation, Invention and Design (ISCIIID) 2022 anjuran UiTM. INOVASI DALAM SUBJEK
57 ROLL A DICE : TRANSPORT IN PLANT (RADTIP) SITI MARZIAH BINTI MOHD DANI, KASMANITA BINTI ABU KASSIM, MAHFUDZAH BINTI ADANAN @ ADNAN, NORHAZIRAH BINTI RAUAZI & NOR SUMAIYAH BINTI ROHADI MRSM Kubang Pasu [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] SINOPSIS Biologi merupakan salah satu subjek elektif di MRSM Kubang Pasu. Subtopik Pengangkutan dalam Tumbuhan merupakan salah satu subtopik yang diajar dalam silibus Biologi Tingkatan 5. Namun berdasarkan pemerhatian guru, kebanyakan pelajar kurang meminati dan memahami subtopik ini. Oleh itu, guru-guru Biologi telah memperkenalkan Teknik Gamifikasi sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk menarik minat dan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap subtopik ini. Seramai 131 pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 5 MRSM Kubang Pasu telah terlibat dalam kajian ini yang menggunakan Alat Bantuan Mengajar (ABM) RADTIP. Instrumen kajian ini menggunakan markah pencapaian praujian, pascaujian dan temu bual setelah para pelajar menggunakan ABM RADTIP ini. Satu pengukuran berskala Likert juga telah digunakan oleh guru-guru Biologi MRSM ini untuk memastikan kesahan ABM RADTIP. Kesemua data telah dianalisis menggunakan analisis peratusan mengikut item dan data ini telah dipersembahkan dalam bentuk carta bar. Dapatan kajian melalui kaedah temu bual mendapati pelajar telah menunjukkan minat dalam subtopik ini setelah menggunakan alat ABM RADTIP. Dapatan kajian pascaujian pula telah menunjukkan peningkatan yang positif mengikut peratusan markah yang diperoleh pelajar. Hal ini bertepatan dengan dapatan 11 item analisis LIKERT yang telah diuji kepada guru-guru. Oleh itu, jelaslah bahawa kaedah ABM RADTIP ini mampu menarik minat dan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap subtopik ini. INOVASI DALAM SUBJEK
58 SIMPLEX MAKE IT EASY UNTUK PEMBELAJARAN TOPIK GESERAN NUR HARENY BINTI ABDULLAH MRSM Bentong [email protected] SINOPSIS Mengikut Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 4 terdapat topik Asas Kaji Daya Bahan. Salah satu daripada sub topik ini akan merangkumi geseran. Dapatan soal selidik mendapati 80 % pelajar menyatakan mereka tidak dapat menyatakan dengan betul daya yang bertindak apabila dua permukaan bersentuhan atau pada suatu jasad yang bergerak di atas suatu permukaan. Manakala 93.3% pelajar tidak dapat melukis Gambarajah Badan Bebas (GBB) menyebabkan pelajar gagal menyelesaikan soalan pengiraan yang melibatkan pekali geseran menggunakan rumus dan konsep hukum geseran . Hasil dapatan juga mendapati 96.67 % pelajar bersetuju tidak dapat menyemak jawapan bagi mengesahkan ketepatan jawapan yang diperolehi semasa membuat latihan. 4Genius merupakan satu inovasi yang dihasilkan bagi membantu pelajar menguasai topik geseran. Inovasi ini mampu meningkatkan kemahiran kinestatik dan juga imaginasi pelajar dalam memahami konsep daya yang bertindak pada dua permukaan yang bersentuhan. Penggunaan aplikasi android memudahkan pelajar menyemak jawapan yang tepat untuk penyelesaian soalan pengiraan berkaitan konsep dan hukum geseran tanpa bantuan guru. INOVASI DALAM SUBJEK
59 STANDARD ELECTRODE POTENTIAL (SEP) KIT NAJIBULLA BIN ROMAINOR Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa, Kelantan [email protected] SINOPSIS Siri Keupayaan Elektrod Piawai merupakan penambahan sub-topik terbaharu dalam silibus subjek Kimia KSSM. Lantaran itu,ketiadaan alat bantu mengajar (ABM) bagi sub-topik ini menyukarkan penguasaan konten bagi para pelajar dan membimbangkan para guru. Antara masalah yang dihadapi oleh guru dan pelajar semasa mempelajari topik ini adalah kekurangan ABM yang interaktif dan komprehensif, permasalahan para pelajar dalam menentukan agen pengoksidaan dan penurunan, kekeliruan para pelajar dalam penulisan persamaan setengah bagi tindak balas pengoksidaan dan penurunan dan ini seterusnya akan menyebabkan kesalahan semasa mengira E◦ sel. Objektif papan SEP KIT ini dihasilkan adalah untuk mempelbagaikan Alat Bantu Mengajar dam subjek Kimia Tingkatan 5, meningkatkan minat pelajar dalam menguasai topik Redoks dan juga membantu meningkatkan kefahaman dan kebolehan pelajar dalam penulisan persamaan setengah. Alat bantu mengajar yang dihasilkan adalah papan Standard Electrode Potential (SEP) KIT yang memuatkan komponen agen pengoksidaan dan agen penurunan mengikut kod warna yang berbeza bagi memudahkan pelajar memahami cara mengenalpasti agen pengoksidaan dan agen penurunan dengan betul. Papan SEP KIT ini mengorganisasikan maklumat tentang agen pengoksidaan dan agen penurunan mengikut kod warna berbeza. Formula pengiraan bagi Eo sel juga diletakkan di bahagian bawah iaitu selepas jadual setengah persamaan sebagai rujukan pelajar. Para pelajar diberikan contoh soalan bagi membolehkan para pelajar mengaplikasi komponen-komponen tersebut dengan cara menggerakkan komponen tersebut berdasarkan contoh soalan yang diberikan. Kaedah pembelajaran menggunakan papan SEP KIT ini membantu pelajar mengenalpasti agen pengoksidaan dan agen penurunan dengan mudah di samping membantu pelajar menulis setengah persamaan pengoksidaan dan setengah persamaan penurunan dengan tepat. Anggaran kos untuk menyediakan papan SEP KIT ialah RM6.50. Keberkesanan produk,harga yang berpatutan serta kekurangan ABM dalam pasaran meningkatkan permintaan daripada guru dan para pelajar. Kesimpulannya papan SEP KIT mampu menarik minat pelajar dan berkesan untuk membantu pelajar dalam menguasai topik Siri Keupayaan Elektrod Piawai. INOVASI DALAM SUBJEK
60 STRATEGI KEJAYAAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN NORIDAH BINTI HAJI RAMLAN Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya [email protected] SINOPSIS Menjadi Impian bagi warga sesebuah sekolah sekiranya terdapat murid-murid yang berjaya menjulang nama di peringkat antarabangsa, pastinya akan dikenang sepanjang tahun serta menjadi momentum pembakar semangat. Inspirasi kemenjadian dan kejayaan sebegini ada impaknya. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya mempunyai strategi tersediri untuk memastikan murid-muridnya seawal usia Tingkatan Satu diberi pendedahan kepada program pengantarabangsaan. Antara strategi tersebut: 1. Perkongsian Visi iaitu ‘Kebijaksanaan Kokurikulum’ 2. Penglibatan yang aktif daripada Kumpulan Sarana Ibu bapa(KSIB) 3. Guru-guru Pengiring yang dibiayai sepenuhnya oleh KSIB di dalam perbelanjaan kos ke luar negara 4. Pemilihan peserta dan latihan yang terancang serta sistematik 5. Pengikhtirafan dan perkongsian peserta memberi inspirasi kepada muri-murid lain 6. Memberi peluang kepada KSIB turut sama ke luar negara untuk membantu pasukan tersebut Kelebihan strategi di atas membolehkan lebih ramai penyertaan daripada murid-murid Sekolah Seri Puteri Cyberjaya untuk terlibat, malah dengan berasa emosi yang selamat kerana bantuan daripada pelbagai pihak telah menghasilkan kebersamaan dan kejayaan. Intihanya, keprihatinan pertandingan setahun lebih awal dan kerjasama semua pihak akan menghasilkan kejayaan yang tekal dan dapat dirancang dengan teliti. INOVASI DALAM SUBJEK
61 STICK MAN METHOD HAZLIN BINTI ISMAIL MRSM Beseri [email protected] SINOPSIS Inovasi dalam subjek (IDS) yang dihasilkan ialah satu kaedah mengingat yang diperkenalkan kepada pelajar melalui inovasi dalam tajuk “Lokus dalam 2 – Dimensi”, bagi subjek Matematik Tingkatan 3. Melalui kaedah ini pelajar dapat mengingat semua jenis lokus yang telah dipelajari dengan lebih mudah kerana setiap komponen orang lidi mewakili satu lokus tertentu. Pelajar boleh membina semua jenis lokus yang dipelajari pada sehelai kertas dengan lebih mudah, cepat dan tepat. Idea ini dapat dijana dengan mudah, hanya berpandukan kepada lakaran orang lidi yang dilukis pada sehelai kertas sahaja tetapi mencakupi semua standard pembelajaran. Usaha untuk menginovasi kaedah ini ialah sebagai pemudahcara kepada pelajar untuk mengingati semua jenis lokus yang diajar oleh guru dengan lebih berkesan. Di samping itu ianya juga adalah untuk menarik minat pelajar dalam topik “Lokus dalam 2-dimensi” dan seterusnya pelajar dapat menyelesaikan masalah berkaitan tajuk ini dengan lebih mudah, cepat dan betul. Penghasilan PdPc menggunakan lukisan kartun orang lidi yang sememangnya popular dan mudah diingat di kalangan pelajar ini diharap dapat menghasilkan natijah yang baik dan mampu memberikan impak kefahaman dan ingatan yang jitu kepada semua pelajar. Seterusnya dapat meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam subjek Matematik amnya. INOVASI DALAM SUBJEK
62
63 AMALAN TERBAIK
64 EMPOWERING ESL LEARNERS: A COLLABORATIVE SHORT STORY COMPETITION TO ENHANCE ENGLISH PROFICIENCY AMONG MALAYSIAN STUDENTS NUR LIYANA MARISSA BINTI ISMAIL1, AIMI SHAHEERA BINTI SALLEH2 MRSM Sungai Besar1, MRSM Balik Pulau2 [email protected],[email protected] ABSTRACT Having students work published is one of the best classroom practices which has a significant impact on classroom and selfperformance. This paper examines the positive influence of a collaborative short story competition on language validation and English proficiency among Malaysian students. The competition was organized with the primary objective of providing a platform for recognizing students' voices and validating their language skills, ultimately fostering proficiency in the English language. The winning entries from the competition are meticulously curated and published in books, ensuring widespread distribution and recognition. Additionally, carefully designed online writing workshops, coupled with sessions on marine life, are conducted to enhance language proficiency. Students actively participate in an extensive editing process to refine their written submissions before finalization. Participating students report a tangible sense of validation and empowerment, especially among those whose stories are included in the published books. The involvement of certified TOEFL Junior and Primary Facilitators plays a crucial role in the success of the project, effectively engaging MRSM students in both the process and the outcomes. This practice contributes to fostering English proficiency among Malaysian students by establishing a collaborative short story competition as a means of language validation. By providing a prestigious platform for recognition, the competition facilitates the development of language skills and boosts students' confidence in effectively utilizing the English language. Keywords: writing, competition, self-directed learners, online workshops.
65 ARAMAI #SCISEEING CHEMISTRY (Science Communication Flashcard Kit) NAWAL BINTI NASARUDIN MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens [email protected] ABSTRACT Sociocultural factors in secondary school students vary across regions in Sabah. The fundamental cultural dimensions involved in a community is categorised into Family, Thinking, Time, Orientation, Cooperation and Achievement influences.1 Alongside SDG Goal 4.5, education and vocational training for the vulnerable group defined by UN should have sustainable access towards quality education. However, in Chemistry subject context, misconception disrupts dynamic clarity (i.e. Also known as alternative conceptions) and cognitive load respectively for conceptualising Chemistry terminologies.2 Therefore, Aramai #SciSeeing Chemistry Kit objective is constructing flashcard kit with inclusive comic representation, developing gradual vocational practice and themed topics as Chemistry concept outreach for public audience.3 We constructed a 7-days Science Communication Skill Timeline framework for Content Creating in Science Concept. This framework is a guidance for any students as outreach induction in applying science concepts in commercial field.4 Digital tools used in this Flashcard Kit project is Canva as graphic editing and CapCut as video editing. Aramai #SciSeeing Chemistry Kit commercial benefit is a versatile STEM outreach for Secondary School Students exploring agricultural, industrial and tourism sectors. This kit’s target audience is easing vulnerable groups in Rural and Urban areas within secondary school community to retain mutual quality education. For prototyping, this kit is built under Science Communication Laboratory initiative in Chemistry context to enrich social engagements among peers that can be performed among Rural and Urban area students. Current development is constructing our physical 3-step flashcard kit with Aramai #SciSeeing Chemistry Kit Manual and conducting survey on interacting with this kit.
66 AMALAN TERBAIK MRSM TUN ABDUL RAZAK IBRAHIM BIN ABDULLAH, NORSYAMSIYAH BINTI LABA, WAN UBAIDILLAH BIN WAN IBRAHIM MRSM Tun Abdul Razak [email protected], [email protected], [email protected] ABSTRAK Amalan terbaik ini telah dipraktikkan di MRSM Tun Abdul Razak dalam usaha untuk menjadikan MRSM Tun Abdul Razak sebagai salah sebuah maktab yang ulung di Malaysia. Sebagai salah sebuah maktab yang melaksanakan program IGCSE (The International General Certificate of Secondary Education) MRSM Tun Abdul Razak juga berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kekangan dalam melahirkan pelajar yang berilmu dan berakhlak. Justeru pelbagai inisiatif dilaksanakan dengan harapan pelaksanaan ini mampu memberi impak yang positif kepada pelajar, maktab dan MARA khasnya. Hal ini terbukti apabila pelaksanaan amalan terbaik ini telah membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila MRSM Tun Abdul Razak mencapai Gred Purata 1.96 pada SPM 2021. Bagi memastikan amalan terbaik yang dilaksanakan sebagai batu loncatan sehingga menjulang nama MRSM Tun Abdul Razak berada di tempat keempat daripada 55 MRSM di Malaysia pada tahun tersebut, usaha yang jitu dengan berlandaskan amalan terbaik ini juga dipraktikkan kepada calon SPM 2022. Sudah terang lagi bersuluh, kejayaan demi kejayaan telah dikecapi apabila MRSM Tun Abdul Razak mampu mencapai peningkatan Gred Purata 1.76 dalam SPM 2022 yang diumumkan baru-baru ini. Maka, jelaslah dengan pelaksanaan amalan terbaik ini telah membuktikan bahawa cabaran dan kekangan dalam usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak bukanlah satu eroni. Rentetan itu, perkongsian amalan terbaik ini perlu diperkenalkan kepada maktab-maktab lain supaya MRSM terus mencipta sejarah kecemerlangan pelajar sehingga ke peringkat antarabangsa. Program terancang, komitmen guru
67 KOMPILASI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP) DAN EKSPERIMEN WAJIB BAGI SUBJEK SAINS TINGKATAN 1 (KPeST-1) NOR SHAFIZAN BT NORDIN1, WAN MARLINI BT WAN AHMAD2,NUR AINA BT ZULKIFLI3 MRSM Mersing [email protected],[email protected],[email protected] ABSTRAK Kurikulum standard sekolah menengah (KSSM) adalah kurikulum persekolahan yang dilaksanakan bagi menggantikan kurikulum bersepadu sekolah menegah (KBSM). Pelaksaan KSSM telah dibuat secara berperingkat bermula dari pelajar tingkatan 1 pada tahun 2017. Didalam KSSM pentaksiran bilik darjah merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. PBD dilaksanakan melalui pelbagai cara antaranya projek ringkas, kuiz dan pembentangan. Hasil PBD pelajar akan dilapor dan direkod melalui tahap penguasaan pelajar tersebut. Untuk mencapai sesuatu tahap penguasaan, pelajar mesti diuji mengikut aktiviti yang telah dirangka mengikut dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (DSKP). Sebagai contoh menguasai tahap penguasaan 6, pelajar perlu berupaya menghasilkan satu idea baru atau mencipta model baru berdasarkan konsep yang diberikan. Projek ini merupakan rujukan pembelajaran berasaskan projek (PBP) dan menyenaraikan semua eksperimen wajib bagi subjek sains tingkatan 1 mengikut kurikulum standard sekolah menengah (KSSM). Sebagai pendidik, untuk mencipta soalan kepada satu situasi baru memerlukan masa yang lama. Ramai juga tenaga pengajar yang masih bercelaru dengan senarai eksperimen wajib ditambah dengan kesukaran untuk mendapatkan rujukan untuk membuat projek penguasaan tahap tinggi. Kesukaran turut dirasai dengan masalah merekod data juga penyimpanan data atau model yang terlalu banyak untuk disimpan. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kami membuat satu projek kompilasi yang menggabungkan beberapa idea untuk PBP yang boleh digunakan semasa sesi pembelajaran. Tujuan projek ini ialah bagi memudahkan dan memberi idea kepada para pendidik dalam menjalankan PBD sepanjang tahun. Projek ini menyenaraikan semua eksperimen wajib dan projek yang menarik berdasarkan tema yang ditetapkan. Malah kompilasi ini turut menyediakan borang pemarkahan yang mudah diguna dan direkodkan. Projek ini dapat membantu semua pendidik di Malaysia agar dapat membuat PBD dengan mudah dan menarik melalui pembelajaran berasaskan projek dan ini pasti dapat menarik minat pelajar dalam bidang sains. Disamping itu, projek ini juga boleh memendekkan masa guru dalam membuat persediaan PBD dan memudahkan sistem perekodan data PBD. Projek ini telah dicuba dan digunakan dalam kumpulan kecik guru-guru sains di MRSM Mersing. Hasil dapatan menunjukkan projek ini dapat memudahkan para pendidik dalam melaksanakan projek aras tinggi dan mudah dalam merekod dan memberi tahap penguasaan kepada pelajar. Kata Kunci: pentaksiran bilik darjah(PBD), tahap penguasaan, eksperimen wajib, pembelajaran berasaskan projek (PBP), pengrekodan
68 PROGRAM ALGEBRA BOOSTER FATIN ILIYANA BINTI JAAFAR1, AHMAD ASYRAF BIN AB RAHMAN2, AHMAD FAIZOL BIN ROSELI3, AHMAD MAHFUZ BIN MOHD ZULKIFLI4, NUR AIN SYAFIQAH BINTI MOHAMMAD MARZUKI5 MRSM Langkawi 1 [email protected], 2 [email protected], 3 [email protected], 4 [email protected], 5 [email protected] ABSTRAK Algebra adalah salah satu topik yang utama dalam subjek Matematik. Pelajar perlu mahir topik Algebra ini bagi mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi. Program Algebra Booster ini diadakan bagi memastikan pelajar dapat menguasai asas Algebra dan dapat diaplikasikan dalam topik-topik yang lain. Pelajar-pelajar menghadapi kesukaran menyelesaikan masalah Matematik apabila memasuki tingkatan dua kerana masih belum memahami asas Algebra. Oleh yang demikian, program Algebra Booster berlangsung bagi memastikan pelajar lebih jelas dan faham akan topik Algebra. Program Algebra Booster ini terbahagi kepada tiga komponen iaitu ujian pra, bengkel dan ujian pasca. Bengkel Algebra Booster dijalankan dengan mengulang kaji topik yang telah dipelajari. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Safari (2016), pelaksanaan bengkel Matematik adalah disyorkan dan lebih berkesan untuk meningkatkan kefahaman para pelajar. Keberkesanan bengkel Algebra Booster dianalisis melalui kaedah pra-eksperimental dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca melalui platform Microsoft Form. Program ini melibatkan 139 orang pelajar Tingkatan 2 yang terdiri daripada 55 orang pelajar lelaki dan 84 orang pelajar perempuan. Hasil daripada program ini diharap dapat meningkatkan prestasi akademik para pelajar dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan. Selain itu, program ini juga diharap dapat menjadi salah satu kaedah pembelajaran yang sesuai bagi pelajar untuk mencapai kejayaan. Dapatan daripada program ini boleh dimanfaatkan oleh guru-guru Matematik bagi memastikan asas Algebra dikuasai oleh para pelajar. Kata kunci: Algebra, ujian, bengkel
69 KAEDAH SEGITIGA DALAM PENYEDIAAN LEJAR HAIRUNNISA BINTI IDRIS MRSM Langkawi, [email protected] ABSTRAK Subjek Prinsip Perakaunan merupakan subjek yang baru diperkenalkan kepada pelajar ketika di Tingkatan 4, didapati pelajar agak sukar memahami modul-modul awal di Tingkatan 4 terutamanya modul Lejar. Lejar boleh dianggap sebagai ‘jantung’ kepada subjek Prinsip Perakaunan kerana asas lejar yang baik akan membantu pelajar memahami modul Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dengan lebih mudah. Kaedah Segitiga dalam penyediaan Lejar diinovasikan oleh guru subjek Prinsip Akaun Mrsm Langkawi apabila mendapati banyak pelajar yang menghadapi kesukaran untuk menulis butiran di lejar dengan tepat. Kaedah ini membantu pelajar untuk menulis butiran yang sesuai dan tepat berdasarkan urusniaga yang diberikan dalam soalan. Kaedah ini dipraktikan kepada pelajar Tingkatan 4,2022 Mrsm Langkawi dan didapati memberikan keputusan yang positif dimana keputusan peperiksaan pelajar tingkatan 4,2022 adalah lebih baik jika dibandingkan dengan keputusan pelajar tingkatan 4,2021. Keputusan Peperiksaan akhir Tingkatan 4 Semester 2,2021 GPS subjek 5.70 dengan 3 orang pelajar memperoleh A+, A dan A- dan jumlah pelajar adalah seramai 21 orang manakala dengan jumlah pelajar 32 orang GPS subjek 2.18 dengan 26 orang pelajar memperoleh A+,A dan A- bagi keputusan Peperiksaan Akhir Tingkatan 4,2022. Pelajar juga didapati lebih mudah memahami asas debit dan kredit apabila mempunyai kefahaman asas lejar yang baik. Kaedah Segitiga dalam penyediaan lejar ini tidak memerlukan kos yang tinggi kerana inovasi ini disediakan dalam bentuk format dokumen mudah alih (pdf) yang dikongsikan di aplikasi Telegram “Tcer Nisa Sharing on Prinsip Akaun SPM” kepada semua guru subjek Prinsip Perakaunan Se-Malaysia dan pelajar-pelajar yang mengambil subjek ini sebagai elektif pilihan. Kata Kunci: Kaedah, Segitiga,Lejar, Asas Kata Kunci:Pedagogi,carta alir,teknikal,pengukuhan,atas talian
70 KIT PEMBELAJARAN 4IR DENGAN PENDEKATAN GAMIFIKASI UNTUK SAINS MENENGAH RENDAH DI MRSM NOOR NASRIYAH BINTI ABDULLAH1, JURIAH BINTI ALIAS1, ZURAINI BINTI ALIAS2, ‘IFFAH ILHAM BINTI RAMLEE2, NORFAIDA BINTI CHE MUSA3, NURUL HANIFA BINTI MUDA3, MUHAMMAD FIRDAUS BIN HAMZAH3, NURUL ASMA BINTI JOHARI4, AHMAD TARMIMI BIN ISMAIL @LIAS4 1BPM MARA, 2MRSM Bentong, 3MRSM FELDA Trolak, 4MRSM Tun Ghazali Shafie, [email protected] ABSTRAK Subjek Sains Menengah Rendah berfokuskan kemahiran saintifik dan berfikir secara kritis melalui inkuiri dan penyelesaian masalah. Selaras dengan Revolusi Perindustrian 4.0, tumpuan kit pembelajaran ini kepada aplikasi teknologi digital berfuturistik. Dengan pembangunan kit ini, masalah yang boleh diatasi: (1) tahap kefahaman pelajar tentang konsep, prinsip dan hukum Sains yang abstrak kurang memuaskan, (2) peratus pencapaian pelajar mendapat gred A bagi subjek Sains dalam peperiksaan semester tidak mencapai Key Performance Indicator (KPI) yang disasarkan dan (3) kekurangan bahan digital untuk visualisasi konsep, prinsip dan hukum Sains yang abstrak. Penetapan sasaran kit ialah : (1) purata markah pelajar meningkat dari 3/10 (pre-test) kepada 7/10 (post-test) dan (2) markah kuiz pelajar meningkat melebihi 7/10. Kit pembelajaran 4IR disusun menggunakan platform Microsoft Teams menggunakan: (1) Pendekatan Animasi 3D, (2) Aplikasi iOS seperti Keynote, Pages dan Garage Bands, (3) Aplikasi Microsoft seperti Power Point dan Forms dan (5) Simulasi PheT. Empat (4) kit pembelajaran yang dibangunkan adalah: • Kit 1: Elektrostatik • Kit 2: Daya Apungan • Kit 3: Gelombang Bunyi • Kit 4: Daya Geseran. Dapatan daripada pemantauan projek menunjukkan impak yang positif kepada pelajar. Peningkatan purata markah pre-test kepada post-test masing-masing di MRSM Bentong ialah 35.1%, MRSM Sungai Besar ialah 39.8%, MRSM FELDA ialah 31.4% dan di MRSM Tun Ghazali Shafie ialah 41.6%. Manakala markah kuiz pelajar meningkat melebihi 7/10 masing-masing di MRSM Bentong 7.59/10, MRSM Sungai Besar 7.63/10, MRSM FELDA 7.62/10 dan MRSM Tun Ghazali Shafie 7.4/10. Dengan penggunaan kit ini secara keseluruhan di MRSM akan menjimatkan kos pembelian bahan bercetak sebanyak RM 85, 800.00. Penjimatan masa jika berlaku selama 1 jam 30 minit untuk setiap topik. Oleh itu, kit pembelajaran 4IR ini meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik kerana membolehkan pelajar visualize konsep, prinsip dan hukum Sains yang abstrak dan ia mudah dikendalikan dan sangat mesra pengguna untuk guru dan pelajar. Kata Kunci: Kit Pembelajaran 4IR; Gamifikasi; Sains; Microsoft Teams; Berfuturistik
71 FORUM CHEM-ON! – KAEDAH PAK21 BERKESAN BAGI SESI ULANGKAJI SUBJEK KIMIA SPM MUHAMMAD HAZRIQ BIN ARIS MRSM Arau [email protected] ABSTRAK Kementerian Pendidikan mendefinisikan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Jadi elemen utama PAK21 ialah proses pembelajaran yang lebih berfokus kepada pelajar berbanding guru. Guru akan bertindak sebagai pemudah cara dimana guru akan menggalakkan penyertaan aktif dikalangan pelajar. Kaedah PAK21 yang digunakan ialah menggunakan format forum. Format forum terdiri daripada satu orang moderator dan 3 orang panel. Moderator dan panelis dipilih dari kalangan para mentor. Moderator akan memberikan pendahuluan kepada jenis kertas soalan yang akan di bincangkan, bertanya soalan kepada panelis berkenaan sebarang isu atau soalan berbangkit, dan juga membuat kesimpulan. Moderator juga memainkan peranan sebagai perantara di antara panelis dan para pelajar yang lain. Pengisian forum ialah untuk membincangkan komponen paling sukar di dalam Kertas 2 Kimia SPM iaitu bahagian esei soalan 9&10 (Bahagian B) dan soalan 11 (Bahagian C). Setiap panel akan diberikan satu soalan esei dan akan membuat persediaan untuk membentangkan soalan tersebut. Guru dan pelajar akan membincangkan soalan yang akan dikupas semasa sesi forum, sebagai langkah persediaan. Peranan paling penting daripada moderator ialah dengan merancakkan perbincangan forum dengan menglibatkan keseluruhan pelajar dengan aktif. Hasil dapatan menunjukkan kaedah forum mampu meningkatkan tahap kefahaman pelajar terhadap topik soalan yang dibincangkan. Pelajar kelihatan gembira, bersemangat dan fokus sepanjang sesi disebabkan ruang diberikan kepada seluruh pelajar untuk terlibat secara aktif semasa sesi. Selain itu,pelajar lebih berkeyakinan untuk berkongsi idea, bertanya soalan dan memberi jawapan. Ini akan membuatkan pelajar lebih bersedia dan dapat meningkatkan prestasi di dalam peperiksaan mereka. Kata kunci: Pembelajaran Abad Ke-21, forum, kimia, aktif, persediaan
72 GRATITUDE WORKOUT CARD (GWC): SATU KAEDAH MEMUPUK FIKIRAN POSITIF DAN MINDA SIHAT NUR SYARIMA SHAFIEE MRSM Arau *Pengarang Koresponden: [email protected] ABSTRAK Gratitude Workout Card (GWC) merupakan satu set kad yang mempunyai pernyataan-pernyataan atau persoalan yang membantu individu berfikir ke arah lebih positif agar individu sentiasa menghargai dan mensyukuri setiap sesuatu perkara yang berlaku. Kad ini boleh digunakan sebagai salah satu kaedah atau alat untuk memupuk kesedaran dalam diri individu agar lebih menghargai setiap perkara yang berlaku tanpa menghakimi atau berfikiran negatif terhadap sesuatu. GWC mempunyai 24 helaian kad dengan pelbagai soalan dan pernyataan untuk membantu klien mengingati dan mengenal pasti perkara-perkara yang terbaik dan positif dalam kehidupan mereka. Ini secara tidak langsung merangsang individu untuk mensyukuri dan menghargai apa jua keadaan yang dihadapi. GWC ini boleh digunakan dalam aktiviti secara berkelompok seramai 6 orang dengan 4 pusingan. Dalam setiap pusingan, setiap ahli kelompok akan mencabut satu kad untuk dibaca pernyataan di atas kad dan ahli tersebut hanya boleh memberi respon atau perkongsian yang berbentuk positif dengan ahli kelompok yang lain. Setelah seorang ahli berkongsi, ahli kelompok yang lain perlu memberi peneguhan positif seperti pujian dan bertepuk tangan. Produk ini sangat sesuai digunakan untuk aktiviti pembangunan kendiri seperti di dalam program motivasi, program kesihatan mental dan program pembangunan staf. Kesimpulannya, GWC ini dibangunkan bagi membantu individu memfokuskan aspek positif dan mengelakkan fikiran negatif yang menganggu kesejahteraan minda. Selain itu, GWC dapat memupuk individu untuk lebih mensyukuri setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka. Kata Kunci : Gratitude Workout Card, Fikiran Positif, Bersyukur
73 KIT CEPAT FAHAM PPB HAIRUNNISA BINTI IDRIS MRSM Langkawi [email protected] ABSTRAK Penyata Penyesuaian Bank (PPB) merupakan salah satu sub modul dalam Modul Perakaunan untuk Kawalan Dalaman (Modul 3 silibus Tingkatan 5). Kit Cepat Faham PPB ini membawa objektif memberi kefahaman dan kemudahan kepada pelajar melalui penggunaan carta alir yang mudah difahami bagi membantu pelajar menyelesaikan soalan sub modul Penyata Penyesuaian Bank ini. Penyata Penyesuaian Bank merupakan salah satu sub modul yang mempunyai tahap teknikal yang tinggi kerana pelajar perlu melalui satu siri langkah-langkah yang teknikal dalam menyelesaikan soalan bagi sub modul ini. Daripada pengalaman, pelajar mendapati soalan Penyata Penyesuaian Bank ini adalah soalan “rumit” yang memerlukan kefahaman kepada modul, kemahiran mengingati langkah-langkah dan kebolehan memahami asas debit dan kredit dalam perakaunan bagi menyelesaikan soalan sub modul ini. Kit Cepat faham PPB ini telah digunakan di MRSM Langkawi oleh guru Prinsip Perakaunan semasa proses pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran (Pdp) selama 5 tahun dan telah melalui proses penambahbaikan bermula dengan carta alir yang bertulis tangan kepada carta alir yang menggunakan “microsoft word” dan disimpan dalam bentuk format dokumen mudah alih (pdf) bagi memudahkan urusan perkongsian kepada rakan-rakan guru prinsip perakaunan se-Malaysia dan pelajar- pelajar yang mengambil subjek prinsip perakaunan melalui aplikasi Telegram “Tcer Nisa Sharing on Prinsip Akaun SPM”. Kit ini dapat membantu guru untuk membuat pengukuhan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan kit ini semasa latihan bagi membantu kefahaman pelajar dan memudahkan proses menjawab soalan.Kit Cepat Faham PPB ini tidak memerlukan kos yang tinggi untuk digunakan kerana disimpan dalam bentuk format dokumen mudah alih (pdf) dan boleh dikongsi secara atas talian. Kit ini juga secara amnya terbukti membantu pelajar SPM terutamanya pelajar prinsip akaun MRSM Langkawi kerana baru-baru ini dalam Peperiksaan SPM 2022 semua pelajar yang mengambil subjek prinsip Akaun seramai 21 orang berjaya memperoleh semua A bagi subjek ini. Kata Kunci:Pedagogi,carta alir,teknikal,pengukuhan,atas talian
74 EZ-UTQH MUHAMMAD SYAMAIZAR BIN BILAH1, IHSAN ILAHI BIN MOHD SABRI2 & MUHAMAD NAIM BIN ALIAS3 MRSM ATM Bera [email protected], [email protected],[email protected] ABSTRAK Ujian Tilawah Hafazan Quran dan Bacaan Hadis (UTQH) merupakan salah satu elemen penilaian di dalam matapelajaran Pendidikan Islam KSSM Tingtkatan 4 dan 5. Matlamat Pendidikan Islam KSSM adalah untuk membina dan membentuk hamba dan khalifah Allah SWT yang berilmu, beriman, bertaqwa, beramal soleh, berakhlak mulia dan berketerampilan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Tambahan itu juga, pelajar didedahkan dengan bidang asuhan tilawah al-Quran, membaca hadis dan menghafaz ayat-ayat alQuran dengan betul dan lancar. Pelaksanaan UTQH bertujuan untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran yang tinggi serta meningkatkan nilai dan kualiti bacaan dan hafazan pelajar selaras dengan objektif dan falsafah pendidikan Islam. Isu pelajar tidak dapat membaca dengan lancar serta bertajwid merupakan cabaran utama di dalam ujian ini. Projek inovasi e-UTQH yang dibangunkan dengan menggunakan laman web dan perisian Augmented Reality. Pelajar dapat meningkatkan kualiti bacaan serta hafazan setelah mendengar bacaan dengan menggunakan perisian ini. Selain itu juga, bacaan hadis juga dimasukkan di dalam perisian ini bagi membantu pelajar untuk membaca hadis dengan betul. Kata Kunci: UTQH, hafazan, ilawah dan hadis
75 MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA SEJARAH MELALUI TEKNIK MELUKIS TINGKATAN 403 MRSM SUNGAI BESAR Nur Mazrah Binti Zainal Abidin MRSM Sungai Besar E-mail : [email protected] ABSTRAK Subjek Sejarah merupakan satu subjek yang kompleks, abstrak dan empirikal. Oleh kerana sifatnya yang dinamik serta mengandungi data-data yang bersifat kualitatif, maka pembelajaran Sejarah amat memerlukan persediaan tahap kognitif yang tinggi bagi memudahkan pelajar menguasai dan memahami sesuatu peristiwa. Kesukaran pelajar mengingat pelbagai definisi dan fakta Sejarah menyebabkan mereka menganggap subjek Sejarah sukar dipelajari. Berdasarkan sifat pelajar maka guru-guru Sejarah perlu bersedia melakukan transformasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan agar objektif pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat dicapai. Justeru itu, teknik lukisan dianggap sebagai salah satu pilihan terbaik dalam amalan pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang mampu membantu pelajar menguasai dan memahami fakta Sejarah pada tahap yang optimum. Ujian bulanan kali pertama didapati seramai 14orang pelajar yang gagal, maka teknik ini diperkenalkan supaya dapat membantu para pelajar dapat menggabungjalinkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomoto mereka dengan menggarap kemahiran belajar melalui deria penglihatan (visual), pendengaran (audiotari) dan deria rasa (sentuhan) atau Neuro Linguistic Programme (NLP). Diharapkan teknik melukis ini menjadi amalan guru demi meningkatkan minat pelajar terhadap Sejarah sekaligus berupaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Sejarah. Kata Kunci: Teknik melukis, Sejarah
76 PENGGUNAAN SISTEM ONLINE UNTUK UJIAN KERJAYA SELF DIRECTED SEARCH – RIASEC TEST NASRIN BINTI IBRAHIM1, NIK MOHD FAISAL B NIK MOHD AZMI 2 , LIZAWATIE BT SETAPA3, MOHAMAD NURUL ‘ALIMIN B MOHD HASARUDIN 4 MRSM Kuala Terengganu [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] ABTSRAK Penggunaan aplikasi online untuk setiap aktiviti masa kini telah memberikan impak yang besar kepada komuniti dan subjek yang dikaji. Ujian kerjaya secara online di MRSM belum pernah dijana sebelum ini. Kebanyakan kaunselor masih menggunakan sistem manual dengan 100 soalan yang perlu dijawab oleh pelajar dan scoring juga dibuat secara manual dan tiada pemetaan score pelajar yang komprehensif. Ujian SDS online telah dijalankan lebih kurang setahun di MRSM Kuala Terengganu untuk tingkatan 4 dan 5. Semua pelajar tingkatan 4 dan 5 boleh menggunakan sistem ini tidak lebih 15 minit di aplikasi telefon atau perantara internet. Ia sangat berkesan apabila pelajar dapat melihat scoring mereka melaui carta yang disediakan bersekali setelah semua soalan dijawab. Bentuk personaliti terus dapat dijelaskan oleh sistem.Ia memudahkan kerja dan urusan kaunselor terhadap maklumat akhir dan tidak lagi memerlukan cetakan kertas yang banyak kerana helaian ujian SDS ini banyak diperlukan. Pembaziran tidak terjadi .Selain itu, soalan boleh diubah mengikut kontigensi terhad di dalam bidang tersebut yang mana boleh diguna pakai . Pelaporan yang terus lengkap untuk dihantar ke ibu pejabat (BPM) bersama carta laporan yang diguna pakai oleh BPM.Pelaporan personality secara individu yang boleh dibaca oleh pelajar dan juga ibu bapa malah penasihat homeroom. Kata kunci: online, ujian kerjaya,scoring, pembaziran,laporan
77 PRO-G HAIRUL HISAM BIN MOHAMED SUHAIMI MRSM Pasir Tumboh [email protected] ABSTRAK Pro-G ialah singkatan kepada "Pengajaran Games" iaitu pembelajaran mengikut silibus KSSM dalam kelas menggunakan permaianan tertentu yang dianjurkan oleh kumpulan pelajar sebagai fasilitator kepada kumpulan pelajar yang lain. Semua pelajar akan terlibat dengan aktif semasa permainan berlangsung dan menjawab soalan yang diajukan untuk menjadi pemenang. Antara masalah atau kekurangan yang ingin diatasi ialah pelajar yang kurang aktif di dalam kelas ketika guru mengajar dan keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan. Begitu juga dengan masalah kurang kerjasama dan daya kepimpinan dalam kalangan pelajar di dalam kelas. Antara faedah yang jelas kepada peningkatan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah semua pelajar dapat belajar secara aktif di dalam kelas dan keputusan peperiksaan semakin meningkat. Pelajar juga memberikan kerjasama yang mantap dalam menyelesaikan tugasan kumpulan, membina idea permainan yang menarik dan dapat meningkatkan daya kepimpinan pelajar dalam menjalankan tugasan. Kata Kunci : Pro-G, silibus KSSM, aktif, kerjasama
78 PROGRAM RADIO QBER.FM NISRIN BINTI ZAHRI MRSM Kuala Berang [email protected] ABSTRAK Qber.fm merupakan sebuah program penyiaran dalam bahasa Inggeris yang bersiaran pada setiap hari Jumaat. Program rutin mingguan ini menyasarkan pelajar tingkatan 1 hingga 5 dengan memanfaatkan aktiviti gotong-royong yang bermula jam 9:00 hingga 10:00 pagi sambil mendengar informasi dan hiburan terkini melalui sistem audio di maktab. Objektif program ini ialah salah satu aktiviti pengayaan bahasa Inggeris yang bertujuan untuk mendorong persekitaran berbahasa yang lebih meluas dan terancang. Kurangnya penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar B40 mendorong program ini dijalankan. Penggunaan media dalam pembelajaran masa kini dan keberkesanannya dapat membantu penguasaan bahasa yang berterusan dan tidak hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Suasana dan persekitaran yang berkesan ditambah dengan aktiviti yang lebih santai dan bersifat didik hibur (edutainment) menggalakkan proses pembelajaran yang lebih global dan glokal. Qber.fm ini dapat menjadi wadah penerimaan dan penyebaran ilmu serta menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa Inggeris secara kreatif dan inovatif. Ini dapat direalisasikan melalui pelbagai segmen yang diadakan dalam setiap siarannya. Antara segmen Qber.fm adalah Talk Show yang membincangkan topik dan isu semasa bersama tetamu jemputan dari kalangan pelajar atau guru. Segmen QNews menyediakan segmen penyampaian informasi dan berita terkini tentang program dan aktiviti terkini di maktab. Segmen Hello! merupakan slot sampaikan lagu dari pelajar-pelajar sebagai hiburan dan galakan menyampaikan ucapan penghargaan dan kata-kata inspirasi sesama pelajar. Qber.fm diharap dapat memberi hiburan dan maklumat kepada generasi Z dalam masa yang sama memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris bagi melengkapkan diri sejajar dengan dasar “Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris”. Kata Kunci: Didik Hibur, Program Penyiaran Bahasa Inggeris, Rutin Mingguan, Penyebaran Ilmu, Generasi Z
79 VIDEO INSPIRASI MATRA: TRAVELOG SEORANG ABID *1NIK MOHD ARIFF NIK AB RAHMAN, 2NOR HASIMAH ISMAIL, 3SITI ROSLINA MOHAMMAD ZAIN, 4MOHAMAD ZIKRI REMALI, 5NURTASHA AL-SHIRA MUHAMMAD HISYAM MRSM ATM Bera, *[email protected] ABSTRAK Travelog Seorang Abid merupakan satu rakaman kisah perjalanan ilmu seorang pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah di sebuah kampung di negeri Pahang. Muhammad Abid Azam, anak kepada pasangan Encik Azam Mohamad dan Puan Nor Azura Ali adalah figura yang dipilih kerana memiliki prestasi akademik yang cemerlang dan keperibadian yang unggul. Sebagai pelajar Tngkatan Dua di MRSM ATM Bera, Abid sentiasa menonjol dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada pada peringkat MRSM ataupun pihak luar. Video Inspirasi MATRA yang berdurasi selama sepuluh minit ini memaparkan kembara ilmu Abid dari sekolah rendah hingga ke MRSM. Sepanjang pengajian bermula pada tahun 2022 hingga 2026, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menaja yuran persekolahan dan keperluan pembelajaran Abid di bawah Program Bantuan Pendidikan (BUDI-MARA). BUDI-MARA yang diperkenalkan sejak tahun 2005 adalah inisiatif keperihatinan MARA bagi memberi peluang kesamarataan kepada pelajar mendapatkan pendidikan terbaik di MRSM. Ini sejajar dengan dasar pengambilan pelajar iaitu sekurang-kurangnya 60 peratus dalam kalangan keluarga B40. Bagi menjayakan Travelog Seorang Abid ini, kaedah temubual dan rakaman serta pengumpulan gambar telah digunakan yang melibatkan pelbagai pihak seperti pihak pengurusan maktab, kaunselor, guru penasihat homeroom, guru halaqah, guru subjek juga keluarga Abid. Semoga hasil inovasi amalan terbaik ini boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat luar amnya dan warga MARA khususnya dalam menyantuni pelajar B40 sebagai modal insan negara. Kata Kunci: video, inspirasi, travelog, BUDI-MARA, MRSM
80 KAEDAH PENGULANGAN DALAM SUBJEK PRINSIP PERAKAUNAN NOORMALA BINTI KAMAL MRSM Baling [email protected] ABSTRAK Kaedah pengulangan dapat membantu pelajar untuk mengusai subjek Prinsip Perakaunan agar memperolehkeputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Kaedah ini dapat membantu pelajar mengingat format serta konsep-konsep penting dalam subjek Prinsip Perakaunan dengan lebih cepat dan mudah. Projek ini memberi fokus kepada modul-modul terancang yang disusun berdasarkan soalan-soalan percubaan dan juga spm berpandukan DSKP terkini. Kajian ini dilakukan kepada pelajarpelajar tingkatan 5 MRSM Baling SPM 2022.Pelajar-pelajar perlu menyiapkan modul-modul dalam masa yang ditetapkan iaitu selepas SPMRSM sehingga peperiksaan SPM. Pelajar perlu mengulang soalan modul dalam masa ditetapkan sehingga memperoleh markah yang cemerlang.Kaedah pengulangan ini membabitkan perbandingan antara Peperiksaan SPMRSM dan juga Peperiksaan SPM. Berdasarkan ujian statistik t-test kaedah pengulangan ini adalah signifikan dalam meningkatkan markah peperiksaan pelajar. Kebarangkalian hipotesis ini boleh disangkal ialah sebanyak 0.00004 iaitu kurang daripada nilai piawaian signifikan a=0.05.
81 PENDEKATAN ‘BEST KIT’ MENGGUNAKAN KAEDAH TERAPI WARNA UNTUK MENEROKA EMOSI PELAJAR DI MRSM MERSING HANEZA BINTI RAHMAN, RAJA MOHAMMAD AFFAN HAKIM BIN RAJA IDERAS BADIUZZAMAN MRSM Mersing ABSTRAK Emosi merupakan satu elemen yang sangat penting bagi diri manusia yang dapat membangkitkan pelbagai perasaan positif atau negatif. Emosi yang tidak dapat diuruskan dengan baik akan mendatangkan pelbagai masalah dan melibatkan perubahan tingkah laku yang negatif. Pendekatan ‘BEST Kit’ (Bebas, Emosi, Sihat dan Tenang) menggunakan terapi warna memudahkan kaunselor dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) membuat penerokaan emosi terhadap diri pelajar. Melalui pendekatan ini, kaunselor dan PRS akan berupaya memahami emosi yang terdapat dalam diri pelajar dan membantu mereka untuk membina emosi yang positif dan meningkatkan motivasi diri. Hasil dapatan daripada aktiviti menggunakan pendekatan ‘BEST Kit’ yang telah dijalankan bersama 141 orang pelajar yang terdiri daripada Tingkatan 1 hingga 5 melalui sesi kaunseling kelompok, mendapati bahawa pelajar berupaya mengenalpasti emosi yang terdapat dalam diri, membantu pelajar memahami emosi diri dalam bentuk visual, membina keyakinan diri dan membangkitkan motivasi dalaman diri pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan 47.5% daripada responden dapat meneroka emosi diri dan mengenali diri dengan lebih baik. Manakala 48.2% peratus responden menyatakan bahawa mereka dapat mengenali diri sendiri secara luaran (outside) dengan lebih baik, dan 80% responden juga menyatakan bahawa pendekatan ini dapat membantu mereka meningkatkan motivasi diri dengan lebih positif. Justeru, melalui pendekatan ‘BEST Kit’ juga dapat membantu kaunselor dan PRS memahami pelajar dengan baik. Kata Kunci: Emosi, Pendekatan ‘BEST KIT’, Motivasi pelajar, Kaunseling kelompok.
82 NOTA GRAFIK DAN WARNA MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN PENGUASAAN KONSEP DI KALANGAN PELAJAR BIOLOGI RAKESH BIN SALA MRSM Gemencheh [email protected] ABSTRAK Matapelajaran biologi merupakan subjek yang dikatakan “susah”. Ini kerana, terlalu banyak konsep serta proses yang perlu di fahami. Malah, ia juga perlu diingati atau dalam erti kata yang lain perlu kepada kaedah penghafalan. Walaupun begitu, kaedah ini tidak menjamin pencapaian yang baik kerana ada kemahiran lain yang diperlukan iaitu kemahiran menjawab soalan. Oleh yang demikian, dengan menggabungkan bakat melukis serta mewarna dengan pengalaman sebagai penanda kertas peperiksaan SPM serta mengajar hampir 21 tahun. Buku yang menggabungkan 3 elemen iaitu grafik, warna dan kaedah menjawab dijelmakan dalam nota. Buku ini, walaupun masih lagi dalam peringkat akhir tetapi sangat bermanfaat dalam memberikan pendekatan alternatif dalam menguasai subjek biologi, Sealing itu, grafik dalam nota yang digunakan sesuai dengan citarasa pengguna. Manakala, penggunaan warna membantu mengekalkan fokus mempelajari biologi. Selain itu, nota di susun mengikut format penjawapan SPM, untuk pelajar tidak perlu melakukan pertindihan tugas. Diharapkan, dengan menggunakan nota ini yang merangkumi elemen grafik, warna serta bahasa dapat membantu pelajar melihat subjek biologi sebagai subjek mudah. Secara tidak langsung meningkatkan kefahaman serta pencapaian peperiksaan dan ujian yang lebih baik.
83 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSIDANGAN BITARA NASIONAL (PERBINA) 2023 PENASIHAT : Encik Shahrizal Bin Mohd Saderi PENGERUSI : Encik Nazrul Hisham Bin Mohamad Tahir TIMBALAN PENGERUSI : Encik Jasmin Bin Abd Shukor PENYELARAS : Dr. Zulkifli Bin Hussain @ Mat Hassan SETIAUSAHA : Encik Hairieyl Azieyman Bin Azmi PENOLONG SETIAUSAHA : Puan Sharifah Noor Akmar Wafa Binti Syed Fakhri BENDAHARI : Puan Noraidah Binti Ishak PENOLONG BENDAHARI : Puan Hafizah Binti Mohd Ali JEMPUTAN DAN SAMBUTAN Puan Khairiah Binti Hasbullah (K) Puan Noor Arbaiyah Binti Jalalludin Puan Maslynda Binti Abu Bakar Puan Nor Azmah Binti Mohamad Nor TEKNIKAL DAN MULTIMEDIA Encik Abdulah Shuhaimi Bin Rozlan (K) Puan Siti Hawa Binti Idris Cik Norashikin Binti Mohd Yussop Encik Zunaidi Bin Mohd Noor Puan Noorazreen Binti Nordin PENGURUSAN PEMBENTANGAN Puan Siti Rahil Binti Ismail (K) Puan Zarina Binti Nordin Puan Nabihah Binti Ahmad Puan Radziah Binti Abdullah
84 SIJIL, CENDERAMATA DAN BUKU PROGRAM Puan Wan Norhalina Binti Wan Mohd Najib (K) Puan Nurul Binti Saharudin Puan Nor Azieda Binti Azahari PROTOKOL, UCAPTAMA DAN BENGKEL Puan Aziyani Binti Azizan (K) Puan Salwa Binti Dalib Encik J Hamzah Bin Shaari PAMERAN AMALAN TERBAIK Encik Wan Ahmad Marzuki Bin Wan Ahmad (K) Encik Razaly Bin Mohd Zain Encik Zulkiflie Bin Md Aros MAKANAN DAN MINUMAN Puan Rohana Binti Ali (K) Encik Muhammad Azizi Bin Abdullah Puan Marwati @ Nur Madihah Binti Mohamed PENDAFTARAN, PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN Encik Mohd Fauzi Bin Yusof (K) Encik Aznam Bin Remli Puan Noor Syamila Afwa Binti Roslan Puan Norasikin Binti Zainal Cik Marziah Binti Omar Encik Muhamad Hafiz Bin Ahmad Nasir Encik Mohd Khusaini Bin Majid
85
86