UPAH IKUT KADAR KERJA (PIECE RATED) Dua (2) kali ganda kadar upah biasa (ORP) bagi satu kerja yang dilakukan. * * Tempoh waktu kerja normal [Sek. 60(3)(d), Akta] CONTOH: - Upah 1 helai baju : RM 5.00 Upah Kerja Pada Hari Rehat : RM 5.00 x 2.0 Bayaran Upah 1 helai baju = RM 10.00 37
UPAH BULANAN & MINGGUAN ½ hari kadar upah biasa (ORP) bagi kerja ≤ ½ hari* 1 hari kadar upah biasa (ORP) bagi kerja > ½ hari ≤ 1 hari* * Tempoh waktu kerja normal [Sek. 60(3)(b), Akta] CONTOH: - Upah Sebulan : RM 1,850.00 Upah Sehari : RM 1,850.00 26 = RM 71.15 Upah Kerja Hari Rehat : RM 71.15 x 1 [kerja 1 hari penuh] = RM 71.15 Bayaran Upah Kerja Pada Hari Rehat = RM 71.15 * RM 71.15 adalah bayaran tambahan yang akan dibayar dalam gaji bulanan pekerja tersebut. Jadi upah bulanan pekerja pada bulan tersebut ialah RM 1,921.15. NOTA PENTING: - Maksud Sek. 60(3)(b) ini ialah, sekiranya waktu kerja normal pekerja adalah 7.5 jam sehari dan pekerja dikehendaki bekerja kurang dari ½ hari contohnya hanya 2.5 jam, pekerja mestilah dibayar pada kadar ½ hari upah iaitu RM35.60 untuk hari tersebut. Sama juga keadaannya jika pekerja tersebut dikehendaki bekerja kurang dari 1 hari contohnya 5 jam sahaja, pekerja mestilah dibayar pada kadar 1 hari upah iaitu RM71.15 untuk hari tersebut. 38
BAYARAN KERJA PADA HARI KELEPASAN AM Seseorang pekerja boleh dikehendaki bekerja pada mana-mana hari kelepasan am atau mana-mana hari kelepasan am gantian. [Sek. 60D(3)(a), Akta] Pekerja gaji bulanan, mingguan, harian dan jam, dibayar dua (2) hari kadar upah biasa (ORP) (tambahan 2 hari upah) bagi waktu kerja normal, sekiranya dikehendaki bekerja pada hari kelepasan am yang dipilih oleh majikan. [Sek. 60D(3)(a)(i), Akta] Pekerja dibayar secara piece rated, dibayar dua (2) kali ganda kadar upah biasa (ORP) bagi satu kerja yang dilakukan dalam waktu kerja normal, sekiranya dikehendaki bekerja pada hari kelepasan am yang dipilih oleh majikan. [Sek. 60D(3)(a)(ii), Akta] 39
PENGIRAAN – UPAH BULANAN CONTOH: - Upah Sebulan : RM 1,850.00 Upah Sehari : RM 1,850.00 26 = RM 71.15 Upah Kerja Hari Kelepasan = RM 71.15 x 2 hari (tambahan upah) = RM 142.30 * RM 142.30 adalah bayaran tambahan yang akan dibayar dalam gaji bulanan pekerja tersebut. Jadi upah bulanan pekerja pada bulan tersebut ialah RM 1,992.30. [Sek. 60D(3)(a)(i), Akta] 40
UPAH HARIAN CONTOH: - Upah Sehari: RM 75.00 Upah Kerja Hari Kelepasan: RM 75.00 x 2 hari (tambahan upah) = RM 150.00 Upah Kerja Hari Kelepasan = RM 75.00 + RM 150.00 = RM 225.00 * RM 225.00 adalah bayaran upah kerja hari kelepasan am yang akan dibayar kepada pekerja tersebut. [Sek. 60D(3)(a)(i), Akta] 41 NOTA PENTING: - Sekiranya pekerja bergaji hari ini tidak bekerja pada hari kelepasan am yang dipilih majikan, majikan tetap perlu membayar satu (1) hari bayaran hari kelepasan am iaitu sebanyak RM 75.00 di dalam gaji pekerja bagi hari tersebut. Ini adalah kerana cuti kelepasan am ini adalah cuti kelepasan am berbayar. Jika pekerja bekerja pada hari kelepasan am yang dipilih majikan barulah pengiraan diatas ini terpakai.
UPAH IKUT KADAR KERJA (PIECE RATED) CONTOH: - Upah 1 helai: RM 5.00 Upah Kerja Pada Hari Kelepasan: RM 5.00 x 2 kali ganda 1 helai baju = RM 10.00 Upah Kerja Hari Kelepasan = RM5.00 + RM10.00 Bayaran Upah 1 helai baju = RM 15.00 * RM 15.00 adalah bayaran upah kerja hari kelepasan am yang akan dibayar kepada pekerja tersebut. [Sek. 60D(3)(a)(ii), Akta] Jika hari kelepasan am jatuh pada setengah hari kerja, maka kadar upah biasa (ORP) kena bayar adalah kadar upah hari bekerja penuh. [Sek. 60D(4), Akta] 42
KERJA LEBIH MASA “Lebih masa” ertinya bilangan jam kerja yang dibuat melebihi waktu kerja normal sehari: Dengan syarat mana-mana kerja dijalankan selepas tempoh masa sepuluh (10) jam (spread over period), kerja lebih masa adalah bermula dari tempoh sepuluh (10) jam itu berakhir sehingga masa pekerja berhenti kerja pada hari itu. *Termasuk waktu kelapangan atau rehat yang diberikan dalam jam kerja lebih masa itu (OT). [Sek. 60A(3)(b), Akta] “Waktu kerja normal” ertinya bilangan jam kerja yang dipersetujui antara majikan dan pekerja dalam kontrak perkhidmatan sebagai waktu kerja normal dalam sehari dan hendaklah tidak melebihi had yang ditetapkan dalam Sek.60A(1). * Tafsiran ini terpakai untuk Sek. 60A, Sek. 60, Sek. 60D(3)(a) dan Sek. 60I. [Sek. 60A(3)(c), Akta] Had kerja lebih masa hendaklah tidak melebihi 104 jam sebulan. [Peraturan-peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa) 1980, Akta] Had 104 jam ini tidak termasuk kerja lebih masa yang dilakukan pada hari rehat dan hari kelepasan. [Sek. 60A(4)(a), Akta] 43
BAYARAN KERJA LEBIH MASA HARI BIASA Kerja lebih masa pada hari biasa yang dilakukan melebihi waktu kerja normal, pekerja hendaklah dibayar tidak kurang dari: - 1.5 x kadar upah sejam [Sek. 60A(3)(a), Akta] CONTOH: Upah pokok bulanan = RM1,700.00 Elaun syif = RM100.00 Elaun makan = RM50.00 Elaun kedatangan = RM60.00 JUMLAH UPAH = RM1,910.00 *Jumlah jam OT hari biasa - 20 jam * Waktu kerja normal – 7.5 jam sehari Kiraan Upah Kerja Lebih Masa = RM 1,910.00 / 7.5 jam 26 = RM 9.795 sejam x 20 jam (OT) x 1.5 = RM 293.85 44
HARI REHAT Kerja lebih masa pada hari rehat yang dilakukan melebihi waktu kerja normal, pekerja hendaklah dibayar tidak kurang dari: - 2.0 x kadar upah sejam [Sek. 60(3)(c), Akta] CONTOH: Upah pokok bulanan = RM1,700.00 Elaun syif = RM100.00 Elaun makan = RM50.00 Elaun kedatangan = RM60.00 JUMLAH UPAH = RM1,910.00 *Jumlah jam OT hari rehat - 10 jam * Waktu kerja normal – 7.5 jam sehari Kiraan Upah Kerja Lebih Masa = RM 1,910.00 / 7.5 jam 26 = RM 9.795 sejam x 10 jam (OT) x 2.0 = RM 195.90 45
HARI KELEPASAN Kerja lebih masa pada hari kelepasan yang dilakukan melebihi waktu kerja normal, pekerja hendaklah dibayar tidak kurang dari: - 3.0 x kadar upah sejam 3.0 x kadar biasa satu kerja (piece rated) [Sek. 60D(3)(aa) dan (aaa), Akta] CONTOH: Upah pokok bulanan = RM1,700.00 Elaun syif = RM100.00 Elaun makan = RM50.00 Elaun kedatangan = RM60.00 JUMLAH UPAH = RM1,910.00 *Jumlah jam OT hari kelepasan - 4 jam * Waktu kerja normal – 7.5 jam sehari Kiraan Upah Kerja Lebih Masa = RM 1,910.00 / 7.5 jam 26 = RM 9.795 sejam x 4 jam (OT) x 3.0 = RM 117.54 46
09 BAB 9 CUTI
CUTI TAHUNAN Seorang pekerja berhak mendapat cuti tahunan berbayar – (a) Kurang 2 tahun perkhidmatan ✓ 8 hari bagi setiap 12 bulan perkhidmatan berterusan (b) 2 hingga kurang daripada 5 tahun perkhidmatan ✓ 12 hari bagi setiap 12 bulan perkhidmatan berterusan (c) 5 tahun atau lebih tahun perkhidmatan ✓ 16 hari bagi setiap 12 bulan perkhidmatan berterusan [Sek. 60E(1), Akta] Jika tidak cukup 12 bulan perkhidmatan berterusan, pekerja berhak mendapat cuti tahunan berbayar ikut pro-rata dengan bulan yang dicukupkan sekiranya kontrak perkhidmatan ditamatkan. [Sek. 60E(1), Akta] Mana-mana pecahan yang kurang dari setengah daripada satu (1) hari, hendaklah diabaikan. Sekiranya pecahan ialah setengah atau lebih hendaklah dianggap sebagai satu (1) hari. [Sek. 60E(1), Akta] Sekiranya pekerja mendapat CUTI SAKIT atau CUTI BERSALIN semasa beliau tengah ambil cuti tahunan, cuti tahunan itu dianggap tidak diambil bagi hari-hari dalam cuti sakit atau cuti bersalin itu. [Sek. 60E(1B),Akta] 47
Majikan mestilah membenarkan cuti tahunan pekerja diambil sebelum berakhirnya 12 bulan berterusan perkhidmatan tersebut, tetapi jika di atas permintaan majikan, pekerja bersetuju tidak mengambil manamana cuti tahunannya, maka dia adalah layak kepada bayaran sebagai ganti. [Sek. 60E(2), Akta] Mana-mana pekerja gagal mengambil cuti tersebut pada tempoh tersebut, hilang kelayakan terhadap cuti itu (forfeited). [Sek. 60E(2), Akta] Seseorang pekerja adalah layak mengambil cuti tahunan yang layak kepadanya sebelum penamatan perkhidmatannya atau dibayar ganti untuk hari tersebut. [Sek. 60E(2A), Akta] Majikan hendaklah membayar gaji pekerja pada kadar upah biasanya (ORP) bagi setiap hari cuti tahunan yang diambil. Pekerja gaji bulanan hendaklah dianggap telah terima bayaran cuti tahunan jika terima gaji bulanan tanpa apa-apa potongan untuk cuti yang diambil. [Sek. 60E(3), Akta] 48
Sekiranya kontrak perkhidmatan ditamatkan sebelum pekerja sempat mengambil cuti tahunannya, maka dia mesti dibayar gaji sebagai ganti kecuali jika dia dibuang kerja di bawah Seksyen 14(1)(a). [Sek. 60E(3A), Akta] Sekiranya seseorang pekerja diluluskan cuti tanpa gaji bagi suatu tempoh keseluruhannya melebihi 30 hari, maka tempoh tersebut tidak perlu diambilkira dalam mengira panjang tempoh perkhidmatannya dalam pengiraan kelayakan cuti tahunan pekerja tersebut. [Sek. 60E(3B), Akta] 49
CUTI SAKIT Pekerja hendaklah selepas pemeriksaan oleh pengamal perubatan berdaftar yang dilantik oleh majikan, atas perbelanjaan majikan berhak untuk cuti sakit berbayar seperti berikut jika hospitalisasi tidak diperlukan: - (i) Kurang 2 tahun perkhidmatan ✓ 14 hari dalam setiap tahun kalendar (ii) 2 hingga kurang daripada 5 tahun perkhidmatan ✓ 18 hari dalam setiap tahun kalendar (iii) 5 tahun atau lebih tahun perkhidmatan ✓ 22 hari dalam setiap tahun kalendar [Sek. 60F(1)(aa), Akta] Jika tiada Pengamal Perubatan berdaftar dilantik atau dalam keadaan tertentu bergantung kepada keadaan dan jenis penyakit atau masa atau jarak jauh, pengamal perubatan berdaftar yang dilantik tidak dapat digunakan, pekerja boleh diperiksa oleh mana-mana Pegawai Perubatan/Pengamal Perubatan berdaftar. [Sek. 60F(1)(b), Akta] Pekerja juga layak untuk cuti sakit berbayar selepas pemeriksaan oleh doktor gigi (dental surgeon). [Sek. 60F(1A), Akta] 50
HOSPITALISASI Sekiranya seseorang pekerja dimasukkan ke hospital, dia adalah layak sehingga 60 hari cuti sakit berbayar kesemuanya setiap tahun kalendar sebagaimana diperakui oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan. [Sek. 60F(1)(bb), Akta] Jika seorang pekerja disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan yang memerlukan hospitalisasi tetapi tidak dihospitalisasikan atas apa-apa sebab, pekerja itu hendaklah dianggap sebagai dihospitalisasikan. [Sek. 60F(1)(bb), Akta] Cuti sakit mestilah disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan dan pekerja mesti memberitahu majikannya dalam tempoh 48 jam dari masa ia memperolehi pengesahan tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan dianggap telah tidak hadir bekerja tanpa alasan yang munasabah. [Sek. 60F(2), Akta] Majikan hendaklah membayar gaji pekerja pada kadar upah biasanya (ORP) bagi setiap hari cuti sakit tersebut. Pekerja gaji bulanan hendaklah dianggap telah terima bayaran cuti sakit jika terima gaji bulanan tanpa apaapa potongan untuk cuti yang diambil. [Sek. 60F(3), Akta] 51
Pengiraan kadar upah biasa (ORP) bagi setiap hari cuti sakit tersebut, untuk pekerja dibayar upah harian, jam atau piece rated, hanya upah pokok yang diambil kira untuk kiraan upah biasa yang perlu dibayar kepada pekerja untuk sehari. [Sek. 60I(1D), Akta] Seseorang pekerja adalah tidak layak cuti sakit berbayar semasa: i. Cuti bersalin ii. Sedang menerima bayaran untuk kehilangan upaya sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau Akta SOCSO. [Sek. 60F(4), Akta] 52 NOTA PENTING: - Cuti sakit tidak boleh di pro-rata kerana cuti sakit mengikut tahun kalendar dan bukannya mengikut bulan perkhidmatan. Sekiranya pekerja telah habis menggunakan cuti sakit berbayar pada bulan Mac tahun tersebut contohnya Mac 2024, maka cuti sakit yang diperolehi mulai April sehingga Disember 2024 tersebut dikira sebagai cuti sakit tidak berbayar (unpaid sick leave).
CUTI PATERNITI Seorang pekerja lelaki yang berkahwin hendaklah layak cuti paterniti berbayar pada kadar upah biasa (ORP) bagi tempoh tujuh (7) hari berturut-turut setiap kali isterinya bersalin. [Sek. 60FA(1), Akta] Dihadkan kepada lima (5) kali isteri bersalin tanpa mengira bilangan isteri. *5 kali bersalin bukannya 5 orang anak yang masih hidup. *Tidak ambil kira bilangan anak yang masih hidup. [Sek. 60FA(2), Akta] Seorang pekerja lelaki yang berkahwin layak cuti paterniti jika: - a) Telah bekerja dengan majikan yang sama sekurangnya dua belas (12) bulan sebelum permulaan cuti paterniti; dan b) Telah maklumkan majikannya isterinya mengandung sekurangnya tiga puluh (30) hari dari tarikh jangkaan bersalin atau seawal yang mungkin selepas isterinya bersalin. [Sek. 60FA(3), Akta] 53
CUTI TANPA GAJI Tiada dalam mana-mana peruntukan undang-undang buruh tentang cuti tanpa gaji kecuali di bawah Seksyen 60E(3B), Akta Kerja 1955. Kesan cuti tanpa gaji ini ialah tempoh ini tidak diambilkira untuk tempoh perkhidmatan pekerja jika melebihi 30 hari keseluruhannya. Cuti tanpa gaji ini selalu digunakan apabila:- • Belum ada kelayakan cuti tahunan berbayar • Cuti tahunan berbayar telah habis digunakan • Cuti sakit berbayar telah habis digunakan (cuti sakit tanpa gaji) Walaupun cuti tanpa gaji ini tiada dalam mana-mana peruntukan undang-undang buruh, majikan hendaklah menetapkan polisi dan prosedur berkaitan cuti ini supaya tidak timbul pertikaian oleh pekerja. 54
10 BAB 10 PENAMATAN
PENAMATAN BIASA Kontrak-kontrak sesuatu tempoh tertentu tamat pada akhir tempoh kontrak tersebut. [Sek. 11, Akta] Kontrak-kontrak bagi melaksanakan sesuatu kerja tertentu tamat pada masa siapnya kerja tersebut. [Sek. 11, Akta] Pekerja yang ditamatkan melalui penamatan biasa berhak mendapat bayaran faedah penamatan kerja sekiranya telah bekerja 12 bulan berterusan. [Peraturan 4, Peraturan-peraturan Kerja (Faedahfaedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara) 1980, Akta] 55
TEMPOH NOTIS PENAMATAN BIASA Kontrak perkhidmatan boleh ditamatkan mengikut peruntukan bertulis bagi penamatan dalam kontrak tersebut. [Sek.10, Akta] Sekiranya tiada peruntukan sedemikian dalam kontrak, maka tempoh notis yang disebutkan di bawah ini mestilah diberikan kepada pekerja: - (a) Bekerja kurang 2 tahun - 4 minggu (b) Bekerja 2 tahun hingga kurang 5 tahun - 6 minggu (c) Bekerja 5 tahun atau lebih - 8 minggu Walau apa pun, tidak boleh dianggap menghalang mana-mana pihak melepaskan haknya untuk kepada notis. [Sek.12(2), Akta] Sekiranya penamatan berlaku kerana keadaankeadaan berikut, maka tempoh notis yang disebutkan di bawah ini mestilah diberikan kepada pekerja: - a. Majikan telah memberhentikan atau berniat untuk berhenti menjalankan perniagaan. b. Majikan telah memberhentikan atau berniat untuk berhenti menjalankan perniagaan di tempat di mana pekerja itu dikontrakkan untuk bekerja. c. Kehendak-kehendak perniagaan tersebut bagi pekerja menjalankan kerja dari jenis tertentu telah tamat atau susut atau dijangka tamat atau susut. d. Kehendak-kehendak perniagaan tersebut bagi pekerja menjalankan kerja dari jenis kerja tertentu 56
ditempat ia dikontrakkan untuk bekerja telah tamat atau susut atau dijangka tamat atau susut. e. Pekerja-pekerja enggan menerima pemindahannya ke mana-mana tempat pekerjaan, melainkan kontrak perkhidmatannya menghendaki ia menerima pemindahan tersebut. f. Berlakunya pertukaran dalam pemilikan sesuatu perniagaan atau sebahagian dari sesuatu perniagaan. Maka majikan hendaklah memberikan kepada pekerja notis penamatan yang panjang tempoh notis tidak kurang daripada 4, 6 dan 8 minggu mengikut mana yang berkenaan atau yang lebih baik atau faedah kepada pekerja. *Sekiranya tempoh notis dalam kontrak lebih faedah dari Akta, maka tempoh notis ini akan ikut terma dalam kontrak, tetapi jika sebaliknya tempoh notis hendaklah tidak mengurangi tempoh notis bawah Sek.12(2), Akta. [Sek. 12(3), Akta] Notis penamatan kerja mestilah dibuat secara bertulis dan boleh diberi pada bila-bila masa dan hari notis diberikan hendaklah dikira dalam tempoh notis tersebut. [Sek. 12(4), Akta] 57
Notis penamatan tidak diperlukan jika pihak yang menamatkan kontrak itu membayar kepada pihak yang lain satu jumlah wang yang sama dengan gaji yang terakru dalam tempoh notis tersebut, atau dalam keadaan melanggar sesuatu syarat dalam kontrak oleh pihak yang lain. [Sek. 13(1) & (2), Akta] BAYARAN BERKAITAN PENAMATAN BIASA Bagi penamatan sesuatu kontrak oleh majikan, bayaran yang perlu dibayar kepada pekerja ialah: - i. Gaji sehingga hari terakhir pekerja bekerja ii. Bayaran baki cuti tahunan, sekiranya ada iii. Faedah penamatan, sekiranya pekerja telah bekerja 12 bulan berterusan. iv. Gaji ganti notis, sekiranya tempoh notis diberikan tidak mencukupi. Bagi penamatan sesuatu kontrak oleh pekerja, bayaran yang perlu dibayar oleh majikan kepada pekerja ialah: - i. Gaji sehingga hari terakhir pekerja bekerja ii. Bayaran baki cuti tahunan, sekiranya ada Sekiranya tempoh notis diberikan oleh pekerja tidak mencukupi, pekerja hendaklah membayar gaji ganti notis kepada majikan bagi tempoh notis yang terkurang itu atau majikan boleh membuat potongan gaji terakhir pekerja mengikut peruntukan Seksyen 24(2)(b), Akta Kerja 1955. 58
PENAMATAN SEBAB SALAH LAKU DAN SEBAB KHAS Sekiranya pekerja melakukan salahlaku, majikan boleh selepas mengadakan siasatan yang sepatutnya: - (a) membuangnya tanpa notis, (b) menurunkan pangkat pekerja itu, atau (c) mengenakan mana-mana hukuman yang lebih ringan yang difikirkan patut. Sekiranya hukuman itu menggantung kerjanya dengan tanpa gaji, maka tempoh gantung kerja itu mestilah tidak melebihi dua (2) minggu. [Sek. 14(1), Akta] Bagi maksud siasatan ke atas salahlaku dan mengadakan satu siasatan, majikan boleh menggantung kerja seseorang pekerja dengan separuh gaji bagi tempoh sehingga dua (2) minggu. Sekiranya pekerja itu didapati tidak bersalah, baki gaji dua (2) minggu itu mestilah dikembalikan kepadanya. [Sek. 14(2), Akta] Sekiranya pekerja itu atau orang tanggungannya diancam dengan bahaya kekerasan atau penyakit, dia boleh menamatkan kontrak perkhidmatannya tanpa notis. [Sek. 14(3), Akta] 59
BAYARAN BERKAITAN PENAMATAN SEBAB SALAH LAKU DAN SEBAB KHAS Bagi penamatan atas sebab salah laku oleh majikan, bayaran yang perlu dibayar kepada pekerja ialah gaji terakhir pekerja sahaja. Bagi penamatan atas sebab-sebab khas oleh pekerja, bayaran yang perlu dibayar kepada pekerja ialah gaji terakhir pekerja, bayaran baki cuti tahunan (sekiranya ada) dan faedah penamatan, sekiranya pekerja telah bekerja 12 bulan berterusan dengan majikan. [Peraturan 4, Peraturan-peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara) 1980, Akta] 60
PERLANGGARAN KONTRAK (BREACH OF CONTRACT) Oleh majikan: Sekiranya ia gagal membayar gaji dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh gaji. [Sek. 15(1), Akta] Oleh pekerja: Tidak hadir bekerja melebihi dua (2) hari kerja berturutturut secara berterusan dengan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada majikan melainkan ada alasan yang munasabah dan tanpa memberitahu atau cuba memberitahu lebih awal kepada majikan tentang ketidakhadirannya. [Sek. 15(2), Akta] TEMPOH NOTIS PENAMATAN SEBAB PERLANGGARAN KONTRAK (BREACH OF CONTRACT) Sekiranya berlaku pelanggaran kontrak yang disengajakan oleh pihak lain terhadap syarat-syarat perkhidmatan, manamana pihak boleh tamatkan kontrak tersebut tanpa notis. *Mana-mana pihak tidak berhak menuntut indemniti notis sebab penamatan bawah Sek.15(1) dan (2) adalah dibuat tanpa perlu mengikut tempoh notis. [Sek. 13(2), Akta] 61
BAYARAN BERKAITAN PENAMATAN SEBAB PELANGGARAN KONTRAK (BREACH OF CONTRACT) Bagi penamatan atas sebab pelanggaran kontrak oleh majikan, bayaran yang perlu dibayar kepada pekerja ialah:- i. Gaji sehingga hari terakhir pekerja bekerja ii. Bayaran baki cuti tahunan, sekiranya ada iii. Faedah penamatan, sekiranya pekerja telah bekerja 12 bulan berterusan. Bagi penamatan atas sebab pelanggaran kontrak oleh pekerja, bayaran yang perlu dibayar kepada pekerja ialah:- i. Gaji sehingga hari terakhir pekerja bekerja ii. Bayaran baki cuti tahunan, sekiranya ada 62
FAEDAH PENAMATAN KERJA Pembayaran faedah penamatan kerja hendaklah mengikut kontrak perkhidmatan, tetapi tidak boleh kurang daripada kadar yang ditetapkan di bawah Peraturan 6, Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, Akta Kerja 1955 iaitu:- ✓ 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat kurang daripada 2 tahun; ✓ 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau ✓ 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat 5 tahun atau lebih. dan dikira pro-rata mengenai tempoh yang tidak genap setahun, mengikut genap bulan yang hampir sekali. 63
Formula yang ditetapkan di bawah Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, Akta Kerja 1955 ialah: - FORMULA = Upah 12 Bulan X Tempoh Perkhidmatan X Kelayakan 365 Hari (Bil. Tahun Berkhidmat) (10/15/20 hari setahun) 64
Buku atau nota ringkas ini membincangkan peruntukan utama dalam Akta Kerja 1955 dan bagaimana ia diaplikasikan dalam pengurusan sumber manusia di Malaysia. Akta ini menetapkan hak serta tanggungjawab majikan dan pekerja, termasuk aspek kontrak pekerjaan, waktu kerja, cuti, pengiraan gaji, perlindungan wanita bersalin dan penamatan. Selain itu, nota ini turut menerangkan bagaimana organisasi boleh memastikan pematuhan kepada perundangan bagi mengelakkan tindakan undangundang serta mewujudkan persekitaran kerja yang adil dan harmoni. Buku ini sesuai untuk majikan, pegawai sumber manusia, pekerja, serta pelajar yang ingin memahami asas dan pelaksanaan Akta Kerja 1955 dalam pengurusan sumber manusia. SITI MASTURA BINTI ZAINAL PENERBIT DAN PENULIS