The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafizah, 2021-11-28 07:50:27

SENI BAHASA DALAM PENDIDIKAN BIOLOGI

SENI BAHASA

SENI BAHASA DALAM PENDIDIKAN BIOLOGI

EDITOR;
FAUZIAH HJ YAHYA, PhD
NUR HAFIZAH HUSIN

Diterbitkan oleh
JABATAN STEM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
JALAN MAKTAB, DURIAN DAUN
75400 MELAKA

2021

ISI KANDUNGAN

Bil Seni Bahasa Halaman

Tajuk 1: Mitosis dan Meiosis

1. Pantun empat kerat : Mitosis dan Meiosis 1
2
Karya : Sofiah Sri Neng Alfida binti Mansur dan Halimatul Saadiah 4
6
2. Sajak : Meiosis dan Mitosis 10

Karya : Farah Aqilah binti Zainuddin dan Ai’syah Fateha binti Hatta 12

3. Sajak : Mitosis dan Meiosis 14
15
Karya : Siti Iffah Izzati binti Hamin dan Auni Sobirah binti Solahuddin
21
4. Pantun empat kerat : Mitosis dan Meiosis 23

Karya : Nur Aini binti Amin dan Nadiah binti Zulkufli

5. Lagu : Mitosis dan Meiosis

Irama lagu : Demi Si Kici
Karya : Nur Aisyah binti Zaid dan Nor Amierah Nasyrah binti Arsyad

6. Pantun empat kerat: Kitar Mitosis dan Meiosis

Karya: Nur Izzatul Khairiah binti Mubin dan Nur Farah Syafiqah binti
Abdullah

7. Pantun empat kerat : Mitosis dan Meiosis

Karya : Fatin Fasihah binti Othman dan Nur Nadhirah binti Rosdi

8. Drama : Sebabak Mitosis dan Meiosis

Karya : Nur Syahidah binti Ahmad Syahroni dan Shazana binti Abd
Manan

9. Pantun empat kerat : Proses Mitosis

Karya : Nur Hafizah binti Husin dan Nur Asilah binti Ismail

10. Pantun empat kerat : Mitosis dan Meiosis

Karya : Nurul Aina Saffiah binti Mazlan dan Nurul Hidayah binti Azhari

Bil Seni Bahasa Halaman

Tajuk 2 : Anatomi dan Fisiologi Tumbuhan

11. Seloka: Sistem Pengangkutan Tumbuhan 24

Karya: Sofiah Sri Neng Alfida binti Mansur dan Halimatul Saadiah binti 25
Amran
28
12. Lagu : Gerak Balas Tumbuhan 29
31
Lagu latar : Bapaku Pulang
Karya : Farah Aqilah binti Zainuddin dan Ai’syah Fateha binti Hatta

13. Pantun empat kerat: Sel Tumbuhan

Karya: Siti Iffah Izzati binti Hamin dan Auni Sobirah binti Solahuddin

14. Pantun empat kerat : Anatomi dan fisiologi tumbuhan

Karya : Nur Aini binti Amin dan Nadiah binti Zulkufli

15. Pantun empat kerat: Anatomi dan Fisiologi Tumbuhan

Karya: Nur Aisyah binti Zaid dan Nor Amierah Nasyrah binti Arsyad

16. Pantun dua kerat: Anatomi dan Fisiologi Tumbuhan 32

Pantun empat kerat: Fotosintesis 34
Karya: Nur Izzatul Khairiah binti Mubin dan Nur Farah Syafiqah binti 36
37
Abdullah 38

17. Sajak: Oh tumbuhan dan Tumbuhanku

Karya: Fatin Fasihah binti Othman dan Nur Nadhirah binti Rosdi

18. Pantun empat kerat: Anatomi dan Fisiologi Tumbuhan

Karya: Nur Syahidah binti Ahmad Syahroni dan Shazana binti Abd Manan

19. Pantun empat kerat: Anatomi Tumbuhan

Karya: Nur Hafizah binti Husin dan Nur Asilah binti Ismail

20. Drama: Air, Pokok dan Matahari

Karya: Nurul Aina Saffiah binti Mazlan dan Nurul Hidayah binti Azhari

Bil Seni Bahasa Halaman

Tajuk 3 : Anatomi dan Fisiologi Haiwan

21. Gurindam : Sistem Badan 39

Karya: Sofiah Sri Neng Alfida binti Mansur dan Halimatul Saadiah binti 40
Amran 42
45
22. Pantun Empat Kerat : Anatomi Haiwan 51
52
Karya : Farah Aqilah binti Zainuddin dan Ai’syah Fateha binti Hatta
54
23. Sajak: Anatomi haiwan 57
60
Karya: Siti Iffah Izzati binti Hamin dan Auni Sobirah binti Solahuddin 61

24. Pantun dua kerat: Anatomi dan fisiologi haiwan

Karya : Nur Aini binti Amin dan Nadiah binti Zulkufli

25. Pantun empat kerat: Anatomi dan fisiologi haiwan

Karya: Nur Aisyah binti Zaid dan Nor Amierah Nasyrah binti Arsyad

26. Pantun: Anatomi dan fisiologi haiwan dan apa itu enzim?

Karya: Nur Izzatul Khairiah binti Mubin dan Nur Farah Syafiqah binti
Abdullah

27. Sajak: Nutrisi

Karya: Fatin Fasihah binti Othman dan Nur Nadhirah binti Rosdi

28. Sajak: Anatomi dan fisiologi haiwan

Karya: Nur Syahidah binti Ahmad Syahroni dan Shazana binti Abd Manan

29. Syair: Hidup Sihat

Karya: Nur Hafizah binti Husin dan Nur Asilah binti Ismail

30. Sajak: Fisiologi Haiwan

Karya: Nurul Aina Saffiah binti Mazlan dan Nurul Hidayah binti Azhari

Bil Seni Bahasa Halaman

Tajuk 4 : Ekologi

31. Syair : Ekosistem semula jadi 62

Karya: Sofiah Sri Neng Alfida binti Mansur dan Halimatul Saadiah binti 64
Amran 67
68
32. Sajak : Salah siapa? 70
72
Karya : Farah Aqilah binti Zainuddin dan Ai’syah Fateha binti Hatta
74
33. Pantun empat kerat : Ekosistem
77
Karya: Siti Iffah Izzati binti Hamin dan Auni Sobirah binti Solahuddin 80
81
34. Pantun empat kerat : Ekologi

Karya : Nur Aini binti Amin dan Nadiah binti Zulkufli

35. Sajak : Ekologi

Karya: Nur Aisyah binti Zaid dan Nor Amierah Nasyrah binti Arsyad

36. Pantun dua kerat : Ekologi

Karya: Nur Izzatul Khairiah binti Mubin dan Nur Farah Syafiqah binti
Abdullah

37. Pantun empat kerat : Hidupan

Sajak : Bumi tersayang
Karya: Fatin Fasihah binti Othman dan Nur Nadhirah binti Rosdi

38. Sajak : Ekosistem kita

Karya: Nur Syahidah binti Ahmad Syahroni dan Shazana binti Abd Manan

39. Sajak : Ekosistem

Karya: Nur Hafizah binti Husin dan Nur Asilah binti Ismail

40. Lagu : Ekologi

Karya: Nurul Aina Saffiah binti Mazlan dan Nurul Hidayah binti Azhari

TINTA PENGARAH
PENGARAH IPGK PEREMPUAN MELAYU

Tahniah kepada siswi pendidik, Unit Sains 1, Elektif Teras Sains 2020 kerana dapat
menghasilkan karya “ Seni Bahasa dalam Pendidikan Biologi”.

Biologi dan Bahasa biasanya dikenali sebagai satu bidang yang terasing dan berdiri
dengan sendiri. Namun penghasilan karya ini menunjukkan kemampuan siswi
pendidik dalam mengolah dan mengadaptasi ilmu Biologi dalam bentuk karya seni
bahasa yang melibatkan puisi, pantun, gurindam, sajak, dan drama sebabak.
Keupayaaan ini membuktikan siswi pendidik berjaya memahami dan menghayati
konsep kesepaduan dan gabung jalin ilmu dalam pendidikan.

Arus globalisasi pendidikan semakin bergerak pantas. Kreativiti pendidik sentiasa
dituntut agar proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam suasana pelbagai
bagi menarik minat pelajar. Mendalami bidang sains sekali gus bergiat dalam aktiviti
seni bahasa pasti akan meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.

(DR.FARIDAH BINTI YAKOB) Guru itu ilmunya luas,
Teori Piaget, Bruner, Needham, dalam gengaman;

Belajar dan mengajarlah sehingga puas,
Hasilkan generasi pelajar yang berilmu dan beriman.

Akhir kata, syabas dan tahniah kepada siswi pendidik elektif teras Sains dan Jabatan
STEM yang terlibat secara langsung dalam penghasilan buku ini. Semoga buku ini
menjadi inspirasi kepada pencinta ilmu.

Pemanis Kata
Ketua Jabatan STEM @ Editor

IPGK Perempuan Melayu

Diamanahkan untuk mengajar SCES3183 Biologi Am kepada pelajar major Bahasa DR. HJH FAUZIAH BIN HJ YAHYA
Melayu elektif Sains sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan kepada saya. Kerisauan
meliputi keupayaan siswi guru Bahasa Melayu untuk mendalami dan menghayati ilmu Ketua Jabatan STEM@ Editor
Biologi. Namun selepas mengenali serta berkongsi ilmu biologi dengan mereka saya
dapati mereka bukan sahaja mudah untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran
malahan mempunyai satu kelebihan yang boleh dibugarkan. Mengambil kira kelebihan
ini saya menggalakkan mereka mentransformasikan ilmu biologi yang dipelajari kepada
seni bahasa yang mereka kuasai seperti sajak, pantun, seloka dan sebagainya.

Ternyata mereka berkeupayaan mengungkap dan mengapresiasi keindahan
bahasa, memahami dan menghargai bahasa menerusi pelbagai aktiviti Biologi secara
kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif digembleng secara tidak langsung
antara seni bahasa dan ilmu biologi. Sebagai bakal guru Sains, pelajar Major Bahasa
Melayu sewajarnya mendalami kedua-dua bidang ini agar proses pemindahan ilmu ke
fasa seterusnya akan berlaku dengan lancar. Penerokaan ilmu sains tidak seharusnya
melupakan teras budaya bahasa kerana guru menjadi sumber tenaga manusia dalam
bidang sains dan bahasa yang akan menyumbang kepada penerusan dalam
pembangunan negara.

Ilmu Saintis sealam semesta,
Tidak jemu mencari informan;

Kreatif kritis berdaya cipta,
Sesuai ilmu sepanjang zaman

KATA PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat ilahi, atas limpah nikmat dan kurniaNya, buku Seni Bahasa dalam
Pendidikan Biologi berjaya diterbitkan buat kali pertama. Jutaan tahniah dan syabas buat seisi
warga kerja penulisan Seni Bahasa dalam Pendidikan Biologi yang terdiri daripada siswazah unit
Sains 1, kerana telah menghasilkan penulisan Seni Bahasa yang kreatif, dan tidak putus asa
menghulur bantuan dalam menghasilkan buku ini.

Buku Seni Bahasa dalam Pendidikan Biologi ini disediakan bagi mendedahkan
kepada pelajar mahupun pembaca tentang aspek seni bahasa dalam subjek Biologi. Selain itu,
buku ini juga dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran secara didik hibur yang merangkumi pantun, sajak, syair, lagu dan drama yang
boleh diaplikasikan dalam pengajaran mata pelajaran Biologi.

Penerbitan buku ini juga telah dibantu oleh pensyarah kami iaitu Dr. Hjh. Fauziah Hj. NUR HAFIZAH BINTI HUSIN
Yahya serta pensyarah di Jabatan STEM. Jutaan terima kasih diucapkan. PA KURSUS

Akhir kata, saya mewakili setiap panel penulisan buku ini mengharapkan agar dengan
adanya buku ini, akan dapat memperkasa penggunaan aspek seni bahasa dalam mata pelajaran
Sains serta dapat meningkatkan mutu pendidikan di negara ini.

Pergi desa bersama Marissa,
Tunggu sebentar di ruang halaman;
Mari perkasa seni bahasa,
Agar bahasa tak lekang dek zaman.

UNIT SAINS 1, ELEKTIF TERAS SAINS
AMBILAN JUN 2020

KURSUS SCES3183: BIOLOGI AM

NUR AINI BINTI SOFIAH SRI NENG NUR AISYAH FARAH AQILAH
AMIN ALFIDA BINTI BINTI ZAID BINTI ZAINUDIN
MANSUR

NURUL AINA NURUL HIDAYAH
SAFFIAH BINTI BINTI AZHARI

MAZLAN

SHAZANA BINTIABD MANAN

NUR ASILAH BINTI
ISMAIL

NUR SYAHIDAH
AHMAD SHAHRONI

DR. HJH. FAUZIAH HJ YAHYA HALIMATUL SAADIAH
BINTI AMRAN

PA 1 : NUR HAFIZAHBINTI HUSIN PA 2 : FATIN FASIHAHBINTI OTHMAN

AUNI SOBIRAH BINTI NUR NADHIRAH NADIAH BINTI NUR FARAH SYAFIKAH SITI IFFAH IZZATI
SOLAHUDDIN BINTI ROSDI ZULKIFLI BINTI ABDULLAH BINTI HAMIN

NOR AMIERAH NUR IZZATUL KHAIRIAH BINTI
NASYRAH BINTI MUBIN
ARSYAD
AI’SYAH FATEHA
BINTI HATTA

Tajuk : 1

MITOSIS DAN MEIOSIS

Dr. FHY 2021

Pantun empat kerat : Mitosis dan Meiosis
Karya : Sofiah Sri Neng Alfida binti Mansur dan Halimatul Saadiah

Burung merpati hinggap di dahan, Pergi mengaji bersama si Kalsum ,
Terbang ke sungai tika dahaga ;
Tidak terhingga pemberian Tuhan, Menimba ilmu tingkat makrifat ;
Nikmat kesihatan perlu dijaga.
Meiosis kekalkan bilangan kromosom ,
Dari mana hendak ke mana, Supaya anak cukuplah sifat.
Dari pekan bersama nyonya;
Proses meiosis berlaku di mana, Masuk ke hutan duduk bertapa ,
Berlaku pada sel gamet jawabnya . Ular menyusur sambil berdesis ;
Berbeza warna pelbagai rupa,
Itulah keunikan proses meiosis.

Enak rasanya ikan gelama,
Ikan bukan sebarang ikan;
Hasil persenyawaan ovum dan sperma,
Lahirlah zuriat yang dinanti-nantikan.

Dr. FHY 2021

Sajak : Meiosis dan Mitosis
Karya : Farah Aqilah binti Zainuddin dan Ai’syah Fateha binti Hatta

Meiosis, proses pembahagian sel,
Meiosis, bertujuan menghasilkan gamet.

Meiosis, berlaku di organ pembiakan,
Meiosis, berlaku di anter dan ovari bagi tumbuhan.

Meiosis, penting untuk mengekalkan jumlah kromosom,
Meiosis, penting untuk mengekalkan variasi dan pewarisan ciri daripada induk

kepada anak.

Terdapat 2 peringkat,
Meiosis 1 dan meiosis 2.
Mitosis, proses pembahagian nukleus sel induk menjadi dua sel anak.
Yang satunya mengandungi bilangan kromosom dan kandungan genetik,

berlaku di sel soma.

Dr. FHY 2021

Pentingnya pembahagian sel baharu ini ,
untuk menambah sel

Bagi pertumbuhan demi kemandirian organisma,
Menghasilkan sel baru bagi mengganti sel rosak, cedera atau mati

Dan menghasilkan individu baru dalam pembiakan untuk mengekalkan
spesies.

Interfasa, metafasa, anafasa, telofasa merupakan 5 fasa mitosis.
Manusia, haiwan, mahupun tumbuhan,
Mengalami proses yang penting ini.

Dr. FHY 2021

Sajak : Mitosis dan Meiosis
Karya : Siti Iffah Izzati binti Hamin dan Auni Sobirah binti Solahuddin

Mitosis dan meiosis,
Wujudnya persamaan antara mereka,
Keduanya melibatkan penduaan kromosom,
Keduanya membahagi nukleus dan sitoplasma.

Mitosis,
Pembahagian selnya menghasilkan dua sel anak,
Pembahagian selnya menghasilkan sel-sel anak yang sama seperti induk nya,
Pembahagian selnya adalah untuk tumbesaran dan pembiakan aseks.

Dr. FHY 2021

Meiosis,
Menghasilkan gamet haploid jantan dan betina,
Prosesnya mengurangkan bilangan kromosom dalam sel baharu,
Prosesnya juga mengalami dua peringkat pembahagian sitoplasma.

Mitosis dan meiosis,
Dua jenis pembahagian sel yang diciptakan tuhan,

Ciptaan tuhan yang perlu kita hargai

Dr. FHY 2021

Pantun empat kerat : Mitosis dan Meiosis
Karya : Nur Aini binti Amin dan Nadiah binti Zulkufli

Pergi bercuti ke negara Kenya, Cantiknya rupa hatiku tertawan,
Naik kapal terbang bersama-sama; Rupa-rupanya anak orang ternama;
Setiap yang berlaku ada masanya, Berlakunya juga dalam haiwan,
Iaitu semasa pembentukan sel soma.
Tempatnya di sel soma.
Ingat masa bersama rakanku,
Pergi karaoke nyanyi berduet; Petang-petang pergi ke taman,
Ingat bila meiosis berlaku, Banyak bunga ada yang berduri;
Bila berlaku dalam haiwan,
Berlaku semasa pembentukan gamet. Tempatnya ialah testis dan ovari.

Dr. FHY 2021

Emak mengejarku sehingga keletihan, Ikan kerisi ikan tenggiri,
Aku berlari takut dicucuk; Tidak seenak seperti ikan keli;

Proses berlaku juga dalam tumbuhan, Mitosis nama diberi,
Dari akar sehingga ke pucuk. Pembahagian sel yang berlaku hanya

Sedapnya kopi di dalam cawan, sekali.
Makan sekali nasi dan kari;
Abang lukis menggunakan pensel,
Berlaku juga dalam tumbuhan, Lukisan dihasilkan berhari-hari;
Tempatnya ialah anter dan ovari.
Berlaku dua kali pembahagian sel,
Proses meiosis nama diberi

Dr. FHY 2021

Berita yang hangat selalu sensasi, Kromosom sel anak adalah sama,
Sehingga tidak lari dari benak; Jika tidak ketahui janganlah alpa;
Gen sel anak adalah sama,
Berlakunya juga proses replikasi, Silalah ingat janganlah lupa.
Tidak lupa juga kepada dua sel anak.

Kakak suka membaca novel, Kalau tuan datang kemari,
Novel dibaca bersama sahabat; Bawakan juga sekotak pizza;
Dua kali berlakunya pembahagian sel, Kalau tuan bijak bestari,
Sel anak yang terhasil bilangannya
Gen sel anak dan induk berbeza.
empat.

Dr. FHY 2021

Pergi ke sungai menaiki perahu,
Sambil mendayung membaca buku;

Jika anda ingin tahu,
Proses pindah silang tidak berlaku.

Orangnya sangat berkasih sayang,
Dialah ibu dialah ratu;

Berlakunya sinapsis dan pindah silang,
Ketika proses Profasa satu.

Dr. FHY 2021

Lagu : Mitosis dan Meiosis
Irama lagu : Demi Si Kici

Karya : Nur Aisyah binti Zaid dan Nor Amierah Nasyrah binti Arsyad

Mari kita belajar pembahagian sel,
Ada mitosis dan juga meiosis,
Mitosis ada dalam sel-sel soma,
Meiosis pembiakan,

Profasa kromosom tebal memendek,
Kromatid kembar terikat di sentromer,
Membran nukleus dan nukleusnya hilang,

Gelendong pun mula terbentuk.

Meiosis dibahagi jadi 4,
Separuh induk,

Kromosomnya menjadi haploid (x2),
Jadi haploid, seperti induknya.

Dr. FHY 2021

Seterusnya metafasa (×2),
Kromosom tengah-tengah,
Tersusun di satah khatulistiwa,

Sedia terus ke anafasa.

Pabila di anafasa (×2),
Kromatid kembarnya berpisah,

Pergi ke kutub di sini sana,
Sampai ke kutub masuk telofasa,

Sitokinesis bermula.

Seterusnya proses pun berulang,
Untuk hasilkan sel-sel baharu.

Dr. FHY 2021

Dr. FHY 2021

Beli telefon tunjuk rakan,
Dalaman telefon guna android;
Meiosis berlaku di sel pembiakan,
Hasilkan empat sel anak haploid.

Bila berhutang bertingkat-tingkat,
Sampai rumah jadi cagaran;

Proses normal dua peringkat,
Meiosis 1,2 pelengkap kitaran.

Pergi ke kedai membeli gula,
Singgah sebentar membeli getuk;
Profasa 1 kitaran bermula,
Pindah silang berlaku variasi terbentuk.

Berbaju kurung seorang gadis,
Duduk bersimpuh di atas katil;

Telofasa 2 pengakhiran meiosis,
Sitoplasma bahagi sel anak terhasil.

Dr. FHY 2021

Pantun empat kerat : Mitosis dan Meiosis
Karya : Fatin Fasihah binti Othman dan Nur Nadhirah binti Rosdi

Organisma mempunyai pelbagai spesie,s Jangan tunggu hari tua,
Bermula dengan pembahagian sel; Baru nak kenal siapa lawan;
Empat peringkat dalam mitosis, Meiosis satu meiosis dua,
Bagi menambah bilangan sel. Berlaku dalam sel persenyewaan.

Profasa merupakan peringkat pertama, Pembahagian sel wujud peningkatan,
Di mana kromosom menebal mula; Daripada haploid menjadi diploid;
Gamet jantan gamet betina,
Pembahagian sel bukanlah lama, Bercantum menjadi zigot diploid.
Di akhiri dengan sitokinesis pula.

Dr. FHY 2021

Drama : Sebabak Mitosis dan Meiosis

Karya : Nur Syahidah binti Ahmad Syahroni dan Shazana binti Abd Manan

Meiosis: Seperti aku kenal dia ini tetapi di mana ya?
Mitosis: Kembarku?
Meiosis: Eh tidak-tidak. Aku rasa kita hanyalah pelanduk dua serupa.
Mitosis: Mungkin agaknya. Hmm. Boleh saya tahu siapa nama kamu?
Meiosis: Namaku meiosis. Apa nama kamu?
Mitosis: Namaku mitosis. Seperti dijanjikan sahaja. Nama kita berdua

mirip sekali

Dr. FHY 2021

Meiosis: Ada-ada sahaja kamu ini. Boleh saya tahu kamu berasal dari mana?
Mitosis: Aku berasal dari bandar. Nama bandar aku sel soma.
Meiosis: Wah, betapa beruntungnya kamu lahir di bandar itu. Aku sering

terdengar nama bandar itu. Dengar khabar, bandar sel soma itu besar.
Tetapi, indukku kata aku tidak dapat pergi ke sel soma kerana aku
tidak berguna di sana. Hmm
Mitosis: Tidak apa. Jangan lah bersedih. Kamu berasal dari mana?
Meiosis: Aku berasal dari kampung kecil. Kampungku ada dua. Yang pertama
ovari, dan yang kedua testis.

Dr. FHY 2021

Mitosis: Wah, kamu berasal dari kampung ajaib itu. Menurut kepercayaan dari bandar
aku, kampung kamu amat ajaib kerana sesiapa sahaja yang lahir di sana,
mereka akan mendapat variasi. Tidak seperti aku yang hanya mampu
melahirkan anak yang serupa dengan aku.

Mitosis: Eh, meiosis. Kenapa kamu kelihatan penat ? Kamu penat bekerjakah?
Meiosis: Hmm ya mitosis. Aku penat bekerja. Aku terpaksa membuat dua pekerjaan di

kampungku disebabkan tradisi dari indukku. Indukku kata aku perlu membuat
dua pekerjaan supaya kitaran hidup aku tidak cacat.

Dr. FHY 2021

Mitosis: Kasihan sungguh diri kamu. Aku pula disuruh membuat satu pekerjaan sahaja.
Mungkin disebabkan ramai penduduk di bandar sel soma.

Meiosis: Dengar khabar, bandar kamu menghasilkan sel yang serupa. Bagaimana kamu
bekerja?

Mitosis: Dalam pekerjaanku ada 5 fasa. Fasa yang pertama ialah interfasa. Seterusnya
profasa, metafasa, anafasa, dan telofasa.

Meiosis: Oh, bolehkah kamu terangkan serba sedikit mengenai kelima-lima fasa tersebut?
Aku teringin untuk tahu.

Dr. FHY 2021

Mitosis: Oh boleh sahaja. Pada peringkat interfasa, kromosom mengalami sintesis dan
replikasi DNA. Kemudian di peringkat profasa, gentian gelendong mula terbentuk
dan kromosom mula menebal dan memendek. Pada peringkat metafasa pula,
kromosom berada di satah khatulistiwa.
Selepas itu, di peringkat anafasa, kromosom ditarik ke kutub bertentangan oleh
gentian gelendong. Akhir sekali, di peringkat telofasa membran nukleolus mula
terbentuk, sitoplasma mula mencerut lalu menghasilkan dua sel anak.

Dr. FHY 2021

Meiosis: Wah, cara kerja kita hampir sama lah! Cumanya aku perlu melalui dua
proses pembahagian sel kerana aku perlu mengurangkan 46 kromosom
induk kepada 23 kromosom. Terdapat juga pertukaran genetik dalam
proses tersebut. Hal ini menghasilkan variasi dalam sel anak di akhir
pembahagian.

Mitosis: Oh, eh mitosis. Aku perlu pulang dahulu. Masa kerjaku hampir tiba. Aku
pergi dahulu ya.

Meiosis: Okay baiklah, hati-hati!

Dr. FHY 2021

Pantun empat kerat : Proses Mitosis
Karya : Nur Hafizah binti Husin dan Nur Asilah binti Ismail

Cantik berseri sutera biru,
Dipakai elok oleh Kalsom;

Mitosis bentuk dua sel baharu,
Tiada beza bilangan kromosom.

Usah jadi seperti pak Kaduk,
Tergadai semua asbab dirinya;

Proses mitosis dari sel induk,
Sebelum mitosis interfasa adanya.

Awan mendung berarak indah,
Guruh berbunyi bersahut-sahutan;
Profasa mula sentriol berpindah.
Kutub bertentangan menjadi tarikan.

Dr. FHY 2021

Kisah teladan menjadi peristiwa,
Nilai terpahat sepanjang masa;

Sentromer tersusun di satah khatulistiwa,
Membahagi sentromer akhir metafasa.

Malim Kundang mencipta kisah,
Kisah derhakanya Tanggang si anak;
Sentromer terbelah kromatid berpisah,
Anafasa membentuk kromosom anak.

Minum petang makan jemput-jemput,
Ditambah pula dengan ubi getuk;

Muncul membran nukleus menjadi selaput,
Akhir telefosa nukleolus terbentuk.

Terbang indah si rama-rama,
Menghiasi bumi itu sifatnya;

Sitokinesis ialah pembahagian sitoplasma,
Sel tumbuhan dan haiwan berbeza proses.

Dr. FHY 2021

Pantun empat kerat : Mitosis dan Meiosis
Karya : Nurul Aina Saffiah binti Mazlan dan Nurul Hidayah binti Azhari

Pergi ke kedai membeli ubat, Cincin disarung pada jari,
Untuk menyembuh penyakit Inai dipakai pada kuku;
tiroid;
Persenyawaan berlaku di ovari,
Terdapat empat fasa yang terlibat, Maka meiosis 1 dan 2 berlaku.
Untuk menghasilkan gamet yang
diploid. Cicah biskut bersama kopi,
Teman bersembang tidakku punya;
Negara Malaysia satu bahasa, Bilangan kromosom mestilah mencukupi,
Bagi mengelak terjadinya krisis; Memastikan kelangsungan generasi

Nukleus terbentuk sewaktu telofasa, seterusnya.
Pembahagian sitoplasma itulah
sitokinesis.

Dr. FHY 2021

Tajuk 2 :

ANATOMI DAN FISIOLOGI TUMBUHAN

fppt.com Dr FHY/2021

Seloka: Sistem Pengangkutan Tumbuhan
Karya: Sofiah Sri Neng Alfida binti Mansur dan Halimatul Saadiah binti Amran

Dalam tumbuhan wujud,
Sejenis tisu namanya floem,
Fungsinya bagi mengangkut,
Hasil fotosintesis pada tumbuhan.

Floem ada pasangan,
Pasangannya nama xilem,
Xilem berfungsi mengangkut air,
Dan mineral terlarut dalam tumbuhan,
Menuju ke batang dan juga daun.

Kedua-dua ini tisu vaskular,
Yang terdapat dalam akar,
Batang dan juga daun.

fppt.com Dr FHY/2021

f

Dr FHY/2021

Lagu : Gerak Balas Tumbuhan
Lagu latar : Bapaku Pulang

Karya : Farah Aqilah binti Zainuddin dan Ai’syah Fateha binti Hatta

Tumbuhan bergerak balas pada alam, Dr FHY/2021
Agar dapat teruskan spesiesnya,
Gerak balas ini terlihat pada,
Pucuk tumbuhan dan juga akarnya,
Lalalalalalala, ada empat jenis gerak balasnya,
Terhadap air, cahaya, graviti,
Tak lupa juga pada sentuhan.

Fototropisme nama diberi,
Jenis rangsangannya ialah cahaya,
Gerak balas ini berfungsi untuk,
Tumbuhan mendapatkan cahaya,
Lalalalalala, pucuk dan akar bertindak tidak sehaluan,
Pucuknya akan ke arah positif cahaya,
Manakala akarnya negatif cahaya.

fppt.com

HY/2021

Hidrotropisme nama diberi, Dr FHY/2021
Jenis rangsangannya ialah air,
Gerak balas ini berfungsi untuk,
Tumbuhan mendapatkan air,
Lalalalalala, garam mineral juga tidak lupa,
Akarnya ke arah positif air,
Pucuknya pula negatif air.

Geotropisme nama diberi,
Jenis rangsangnya ialah graviti,
Gerak balas ini berfungsi untuk,
Tumbuhan mendapatkan air,
Lalalalala, cahaya juga tidak lupa,
Pucuknya ke arah positif cahaya,
Akarnya ke arah positif air.

fppt.com f

Akhir sekali paling menarik, Dr FHY/2021
Gerak balas tumbuhan terhadap sentuhan,
Biasa kita tengok pada daun semalu,
Apabila disentuh, daunnya dikuncupkan,
Lalalalala, gerak balas ini terjadi supaya,
Tumbuhan mendapat perlindungan,
Tigmotropisme nama diberi.

Hebatnya kawan-kawan ciptaan Allah,
Ini merupakan suatu anugerah,
Mari kita pelihara sama-sama,
Supaya kita mendapat pahala.

fppt.com

Pantun empat: kerat Sel Tumbuhan
Karya: Siti Iffah Izzati binti Hamin dan Auni Sobirah binti Solahuddin

Indah menghijau tumbuhan Sang Penan, Masak meranum buah markisa,
Dijadikan bukti kajian tesis; Jatuh sebiji di atas papan;

Tersusun mesofil pada daunan, Salur floem mengangkut glukosa,
Sebagai sel untuk fotosintesis. Dari daun ke seluruh tumbuhan.

Merah menyala mawar di hutan, Mekar sakura di jalanan utama,
Terkena durinya meninggalkan parut; Menambat hati sekawan unggas;

Salur xilem salur pengangkutan, Sel pengawal membuka stoma,
Membawa air dan mineral terlarut. Untuk tujuan pertukaran gas.

Dr FHY/2021

fppt.com 28 fppt.c

Pantun empat kerat : Anatomi dan fisiologi tumbuhan
Karya : Nur Aini binti Amin dan Nadiah binti Zulkufli

Bidang perubatan bidang sensasi, Dr FHY/2021
Mesti tahu semua penyakit kronik;

Mari belajar proses transpirasi,
Proses mengangkut bahan-bahan

organik.

Kebersihan badan jagalah kuku,
Jangan biarkan sampai panjang;
Di dalam floem proses berlaku,

Dari daun ke akar dan batang.

Hijrah pemuda berduka lara,
Dari Malaysia ke Bumi Kenya;
Proses hilang air dari daun ke udara,
Jangan lupa transpirasi namanya.

fppt.com

Pantun empat kerat : Anatomi dan fisiologi tumbuhan
Karya : Nur Aini binti Amin dan Nadiah binti Zulkufli

Kalau mahu elakkan basi, Dr FHY/2021
Usah terdedahkan semua makanan;

Faktor yang mempengaruhi kadar
transpirasi,

Cahaya, suhu, udara dan kelembapan

Malam minggu menonton filem,
Sambil mengunyah snek yang halal;

Kalau disoal fungsi xilem,
Mengangkut air dan garam mineral

Aduh sakitnya tangan kanan,
Akibat terjatuh terkena dahan;
Tugas floem mengangkut makanan,
Dari daun ke seluruh tumbuhan.

fppt.com f

Pantun empat kerat: Anatomi dan Fisiologi Tumbuhan
Karya: Nur Aisyah binti Zaid dan Nor Amierah Nasyrah binti Arsyad

Kucing jantan, kucing betina, Pergi ke pantai memancing ikan yu,
Ekornya pendek, ada juga panjang; Memancing kita pada waktu petang;

Akar terbahagi kepada dua, Ada yang tidak dan yang berkayu,
Akar serabut dan juga tunjang. Itulah jenis bahagian batang.

Hinggap di daun si rama-rama, Berlari-lari si kanak-kanak Ribena,
Terjumpa pula si ayam hutan; Dilihat Oleh jiran tetangga;

Pada daun ada stoma, Kelopak bunga cantik bewarna,
Terlibat dalam respirasi tumbuhan. Untuk memikat serangga.

Dr FHY/2021

fppt.com

Pantun dua kerat: Anatomi dan Fisiologi Tumbuhan
Pantun empat kerat: Fotosintesis

Karya: Nur Izzatul Khairiah binti Mubin dan Nur Farah Syafiqah binti Abdullah

Setiap pagi ibu sikatkan rambut,
Salah satu akar adalah akar serabut.

Hari-hari motor ditunggang,
Akar tumbuhan dikotil ialah akar tunggang.

Hari raya disambut pada setiap tahun,
Stoma mengeluarkan oksigen dari daun.

Kakak suka menonton filem,
Batang di pokok pula ada floem dan xilem.

Dr FHY/2021

fppt.com f

Cuti-cuti pergi ke pulau, Pergi ke kedai membeli mangga muda,
Pergi ke pulau bersama ejen; Mangga dimakan dengan rojak petis;
Fotosintesis dijalankan tumbuhan hijau, Semakin tinggi kepekatan karbon dioksida,
Menghasil glukosa dan juga oksigen. Semakin tinggi kadar fotosintesis.

Datuk saya sudah tua, Dr FHY/2021
Namun badannya sungguh tegap;
Tindak balas fotosintesis ada dua,
Tindak balas cahaya dan tindak balas gelap.

fppt.com

Sajak: Oh tumbuhan dan Tumbuhanku
Karya: Fatin Fasihah binti Othman dan Nur Nadhirah binti Rosdi

Tumbuhan,
Daunmu yang hijau menyejukkan bumi,
Bunga yang mekar menjadi menyeri,
Akarmu yang tunjang kukuh berdiri,
Memukau hati setiap ciptaan Ilahi.

Tumbuhan,
Batangmu terdiri daripada xilem dan floem,
Bertindak sebagai pengangkut air dan bahan organik,
Supaya tubuhmu tetap segah,

Demi kelangsungan hidup.

Dr FHY/2021

fppt.com f

Sajak: Oh tumbuhan dan Tumbuhanku
Karya: Fatin Fasihah binti Othman dan Nur Nadhirah binti Rosdi

Tumbuhan,
Membebaskan oksigen dikala hadirnya cahaya,
Menyerap karbon dioksida bila malam menjelma,
Dikawal ketat oleh liang bergelar stoma,
Mengawal transpirasi yang keluar bersama.

Tumbuhan,

Tanpamu meranalah bumi,
Pembekal oksigen yang dikagumi,
Biarpun tubuhmu dibadai angin,
Kau tetap teguh berdiri.

Dr FHY/2021

fppt.com

Pantun empat kerat: Anatomi dan Fisiologi Tumbuhan
Karya: Nur Syahidah binti Ahmad Syahroni dan Shazana binti Abd

Dua tiga ais cair, Jagalah lidah jangan mengata,
Cair ditepi pokok kaktus; Ini nasihat bukan amaran;

Rerambut akar menarik air, Mentari yang terik membuka stomata,
Tarik berterusan tanpa putus.
Benarkan air hilang ke persekitaran.

Kucing berlari di dalam sangkar,

Berlari dengan gaya yang kalem; Kain di potong menggunakan gunting,

Tekanan yang tinggi di sel akar, Untuk membuat sebuah songkok;

Buatkan air naik ke xilem. Transpirasi proses yang penting,

Umur meningkat mengikut tahun, Untuk mengangkut air ke seluruh
Fizikal berubah bertambah kedutan; pokok.

Air bergerak naik ke daun, Dr FHY/2021

Atas bantuan lekitan lekatan .

fppt.com f

Pantun empat kerat: Anatomi Tumbuhan
Karya: Nur Hafizah binti Husin dan Nur Asilah binti Ismail

Sang Harimau ditinggal suami, Terang pelita menanti malap,
Akibat diperdaya oleh Si Kancil; Menghiasi pada malam raya;

Mikroskop alat mempelajari anatomi, Berlaku tindak balas cahaya atau gelap,
Struktur diamati amatlah kecil. Bergantung pada kewujudan cahaya.

Ali dan Abu berwajah persis, Pakai kebaya di siang hari,

Malangnya mereka bersifat malas; Kain songket dibuat kain;

Tumbuhan hijau menjalankan fotosintesis, Hasilkan makanan untuk diri sendiri,
Oksigen pula untuk organisma lain.
Dipengaruhi oleh dua tindak balas.

Dr FHY/2021

fppt.com

Drama: Air, Pokok dan Matahari
Karya: Nurul Aina Saffiah binti Mazlan dan Nurul Hidayah binti Azhari

Di suatu pagi di halaman rumah Pak Samad, terjadinya perbualan antara
pokok, air, dan matahari.

Air : La la la la la… (air dicucur oleh Pak Samad menggunakan hos air Dr FHY/2021
oleh manusia ke akar pokok)
Pokok : Yeay! Akhirnya kau datang air. Selamat pagi.
Air : Selamat pagi, pokok. Gembiranya engkau.
Pokok : Mestilah, aku sudah tidak sabar hendak menjalankan proses
transpirasi ini.
Air : Proses transpirasi? Apa itu?
Pokok : Ha, untuk pengetahuan kau, aku menjalankan proses transpirasi
untuk memastikan aku dapat hidup dengan subur.
Air : Jadi, apa kaitannya dengan aku?

fppt.com f


Click to View FlipBook Version