The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafizah, 2021-11-28 07:50:27

SENI BAHASA DALAM PENDIDIKAN BIOLOGI

SENI BAHASA

Pokok : Mestilah ada kaitan. Proses ini memerlukan kehadiran kau.
Hal ini demikian kerana proses transpirasi ialah proses
kehilangan air dari daun ke persekitaran melalui stomata
dalam bentuk wap air. Jadi, tanpa kau, aku tak dapat
menjalankan proses tersebut, dan berkemungkinan aku
akan mati. Kau mahu aku mati ke?

Air : Hah, mati? Aku tidak mahu kau mati. Nanti siapa yang
hendak menghasilkan oksigen untuk manusia.

Pokok : Haa, tahu pun. Aku ni penting tahu. Hahahahaha

Air : Apa yang berlaku semasa proses transpirasi?

Dr FHY/2021

fppt.com

Pokok : Oh, untuk pengetahuan kau, semasa proses transpirasi, air hilang

dalam kuantiti kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan

juga lentisel pada batang. Namun, hampir 90% air hilang adalah

dalam bentuk wap air dan kebanyakkannya hilang melalui liang-liang

kecil pada permukaan daun, yang dikenali sebagai stomata.

Air : Wah, mendengar penjelasan kau ini, aku dapat rasakan bahawa

stomata memainkan peranan penting juga dalam proses

transpirasi itu. Betul tidak?

Pokok : Betul. Pandai juga kau ya.

Air : Aku memang pandai pun. Kau sahaja yang baru tahu. Dr FHY/2021

fppt.com f

Pokok : Hahahaha. Masuk bakul angkat sendiri ya. Untuk
Air pengetahuan kau juga, stomata adalah liang kecil
pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal
yang berbentuk seperti kacang. Berfungsi untuk
membenarkan pertukaran oksigen dan karbon
dioksida semasa fotosintesis dan juga respirasi. Selain itu,
stomata juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air
semasa transpirasi.

: Oh, begitu rupanya, tapi bagaimana aku disingkirkan?

Dr FHY/2021

fppt.com

Matahari pun memunculkan diri di dada langit.

Matahari : Wah!

Pokok : Haaaa… Panjang umur kau matahari. Air sudah tidak

sabar ini.

Air : Apa kaitannya dengan matahari? Aku tidak faham lah

pokok. Cuba kau terangkan.

Pokok : Hahahaha. Macam ini.

Dr FHY/2021

fppt.com f

Secara tiba-tiba, matahari telah mencelah percakapan pokok.

Matahari : Pokok, kali ini biar aku yang terangkan fungsi aku dalam

proses transpirasi.

Pokok : Silakan wahai sang Mentari

Matahari : Ha, air. Untuk pengetahuan kau, cahaya merangsang bukaan

stomata. Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin

tinggi kadar transpirasi kerana stomata akan terbuka

dengan lebih luas dan semakin tinggi suhu pada

persekitaran, maka semakin tinggi juga lah kadar transpirasi

yang berlaku. Dr FHY/2021

fppt.com

Pokok : Bukan itu sahaja, kadar transpirasi juga turut dipengaruhi oleh
kelembapan udara, kelajuan angin, dan bilangan stomata
yang aku ada.

Air : Oh, macam itu rupanya. Baiklah, pokok, matahari, jom kita
bekerjasama.

Pokok dan Matahari: Ha, marilah. Bak kata pepatah, berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.

Dr FHY/2021

fppt.com

Tajuk 3:
ANATOMI DAN
FISIOLOGI HAIWAN

021

1 Dr FHY 2021

Gurindam: Sistem badan
Karya: Sofiah Sri Neng Alfida binti Mansur dan Halimatul Saadiah binti Amran

Kesihatan badan hendaklah dijaga, Janganlah kita amalkan tekanan,
Supaya sistem kekal terpelihara. Kelak padah jantung terkesan.

Sistem integumen sistem terbesar, Jauhi rokok bahaya toksik,
Lindungi badan dari cedera. Nescaya peparu berfungsi baik.

Tiada rangka di dalam badan, Beringat makan sebelum
Nescaya organ terpalit gegaran. kenyang,

Rajinkan diri lakukan senaman, Sistem penghadaman
Agar otot berfungsi berkesan. memproses senang.

Nikmat kesihatan amat berharga,
Manfaat ia sempurna segala.

Dr FHY 2021

2

Pantun empat kerat: Anatomi Haiwan
Karya: Farah Aqilah binti Zainuddin dan Ai’syah Fateha binti Hatta

Hujung bulan dapat gaji,
Buat belanja nafkah diberi;

Struktur organisma akan dikaji,
Bidang autonomi nama diberi.

Pakai tudung menggunakan kerongsang,
Baru dibeli sinar gemerlip;

Ikan bernafas menggunakan insang,
Berenang pula menggunakan sirip.

Turun ke dapur meminum jus,
Makan sekali sepinggan nasi;

Kulit katak lembap bermukus,
Telap kepada gas respirasi.

3

Sakit badan dahi berkerut,
Jumpa doktor masalah kurap;
Lembu mempunyai lima perut,
Makanan dicerna hasil diserap.
Tebang pokok secara rakus,

Tidak gentar timpaan dosa;
Dua kitaran pencernaan tikus,
Bakteria protozoa cernakan selulosa.

4 Dr FHY 2021

Sajak: Anatomi haiwan
Karya: Siti Iffah Izzati binti Hamin dan Auni Sobirah binti Solahuddin

Manusia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini, yang

Mereka bernafas menggunakan sistem pernafasan
dikurniakan oleh-Nya,

Bukan sahaja manusia,

Malah hidupan lain turut mempunyai sistem pernafasan.

Hidupan akuatik menggunakan insang untuk bernafas,
Serangga pula menggunakan trakea untuk bernafas,

Malah hidupan vertebrata menggunakan paru-paru untuk
bernafas,

Sistem tersebut penting hidupan mendapatkan oksigen.

Dr FHY 2021

5

Namun,
Sistem pencernaan juga penting untuk kehidupan organisma hidup,

Mulut, perut dan hati merupakan organ terpenting dalam sistem
pencernaan,

Dengan bantuan enzim akan memudahkan lagi proses tersebut.

Sistem pencernaan berbeza mengikut kelas makanan,
Karbohidrat, protein, vitamin dan lemak,

Kesemuanya penting untuk tumbesaran manusia,
Kesemuanya penting untuk menghindari daripada penyakit.

6 Dr FHY 2021

Oksigen diperlukan untuk memberikan tenaga kepada manusia,
Jantung berfungsi untuk mengepam darah beroksigen ke badan

manusia,
Kesihatan jantung perlu diambil berat oleh setiap individu,

Sekali rosak tidak akan sembuh seperti sedia kala.

7 Dr FHY 2021

Pantun dua kerat: Anatomi dan fisiologi haiwan
Karya: Nur Aini binti Amin dan Nadiah binti Zulkufli

Mendayung sampan sambil melihat awan,
Marilah kita belajar anatomi dan fisiologi haiwan.

Kanak-kanak petah bertutur,
Anatomi merupakan sebuah struktur.

Orang tua duduk di atas kerusi,
Fisiologi pula merupakan fungsi.

Setiap pekara mempunyai elemen,
Kulit, rambut dan kuku membentuk sistem integumen.

Anak kecil sering diulit,
Untuk mengekalkan kehangatan kulit.

8 Dr FHY 2021

Kakak bercuti di wilayah Hong Kong, Dr FHY 2021
Sistem rangka menjadi penyokong.

Terbang tinggi Si Burung Helang,
Manusia mempunyai 206 batang tulang.

Kereta Satria kelihatan kontot,
Setiap manusia mempunyai sistem otot.

Enak sungguh buah nangka,
Hadirnya otot menyokong kerangka.

Kerabat diraja tingginya taraf,
Setiap orang mempunyai sistem saraf.

9

Singgah Terengganu membeli otak-otak,
Sistem saraf yang terpenting ialah otak.

Otak merupakan organ di dalam badan,
Bagi mengawal fungsi seluruh badan.

Singgah membeli minyak di Petron,
Di dalam badan mempunyai tiga neuron.

Ingin menghantar impuls tiada kenderaan,
Neuoron motor, deria dan perantaraan menyelamatkan

keadaan.

10 Dr FHY 2021

Petang-petang ke kedai Erin,
Memperkenalkan sistem endokrin.

Dikejar anjing di kedai Cik Lin,
Terus meningkat hormon adrenalin.
Mencari bahan di Google Scholar,
Di dalam badan terdapat sistem kardiovaskular.
Menyeberang sungai menggunakan jambatan gantung,
Sistem kardiovaskular termasuk jantung.

11 Dr FHY 2021

Kucing berbaring di atas sofa,
Sistem yang seterusnya ialah sistem limfa.

Sistem limfa berperanan penting,
Menyediakan imunologi perlindungan zarah asing.

Mengangkut barang menaiki lori,
Sistem pernafasan ialah sistem respiratori.

Menghembus dan menarik nafas sumber dari pelbagai arah,
Sambil menyediakan gas pertukaran (O2, CO2) antara luaran

dan aliran darah.

12 Dr FHY 2021

Pak Ali menulis menggunakan pena,
Sambil mendengar perutnya mencerna.
Sistem pencernaan memudahkan penghadaman,
Bagi membolehkan pengecilan makanan.

Anak ikan berenang di tepian,
Menantikan ibunya meneruskan proses pembiakan.

Testis dan ovari menjadi saksi untuk pembiakan,
Bagi meneruskan kelangsungan hidupan.

13 Dr FHY 2021

Pantun empat kerat: Anatomi dan fisiologi haiwan
Karya: Nur Aisyah binti Zaid dan Nor Amierah Nasyrah binti Arsyad

Pergi ke pasar di sebelah taman, Menaiki kereta ke rumah Rafik,
Untuk mencari buah nangka; Untuk memberi ketupat palas;
Ciri enzim adalah spesifik,
Menyokong berat, lindungi organ,
Itulah antara fungsi rangka. Tidak dimusnahkan oleh tindak balas.

Berbaju baru berwarna cerah, Minum teh bersama lemon,
Dibeli oleh Puan Marisi; Untuk sihat dan meringankan badan;
Sistem endokrin hasilkan hormon,
Bekalan oksigen ke dalam darah, Rangsang pertumbuhan, metabolisme,
Itulah fungsi sistem respirasi.
pembiakan dan pertahanan
Ayah membeli minyak diesel,
Lalu ke kedai membeli kerusi malas;
Enzim terbahagi kepada intrasel dan ekstrasel,
Untuk mempercepat kadar tindak balas.

14

Dr FHY 2021

Pantun: Anatomi dan fisiologi haiwan dan apa itu enzim?
Karya: Nur Izzatul Khairiah binti Mubin dan Nur Farah Syafiqah binti Abdullah

Nasi lemak sedap dimakan,
Kulit merupakan organ terbesar pada badan.
Gosok tudung guna seterika,
Neuron terbahagi kepada tiga.
Tunku Azizah gemar makan ikan patin,
Kelas makanan untuk baiki sel adalah protein.
Biji betik mestilah ditanam,
Kelas nutrien terbahagi kepada enam.

15 Dr FHY 2021

Pantun empat kerat: Apa itu enzim? Dr FHY 2021

Pagi-pagi pergi ke kelas,
Sebelum ke kelas siapkan bahan;
Enzim mempercepat kadar tindakbalas,
Tanpa enzim tindakbalas perlahan.

Hari Isnin ada kelas Fizik,
Kelas mula pukul dua belas;

Bentuk enzim adalah spesifik,
Setiap bentuk berlainan tindak balas.

Bercita sambung belajar di Barat,
Tapi dihalang oleh emak;

Enzim lipase hidrolisis mono-gliserid,
Menghasil produk iaitu asid lemak.

16

Sajak: Nutrisi
Karya: Fatin Fasihah binti Othman dan Nur Nadhirah binti Rosdi

Nutrisi,
Keperluan utama tubuh manusia,
Diperoleh daripada pemakanan sendiri,

Agar badan sihat sentiasa,
Demi meneruskan hidup yang penuh noda.

Karbohidrat merupakan nutrien utama,
Menjadi pembekal tenaga kepada manusia,

Supaya kuat melakukan kerja,
Mudah dijumpai di mana-mana,
Kerana terkandung dalam nasi, roti dan sebagainya.

17 Dr FHY 2021

Protein juga keperluan manusia,
Diambil pada kadar yang sepatutnya,
Jangan terlebih mahupun terkurang,
Demi pertumbuhan dan pembaikan tisu,

Agar kekal sihat tanpa cela.

Lemak juga jangan dilupa,
Terkandung dalam pemakanan manusia

Biarpun sedikit tetap berjasa,
Melindungi organ dan membekalkan tenaga,

Agar badan sihat dan bahagia.

18 Dr FHY 2021

Pantun empat kerat: Sistem Badan

Langit biru dipenuhi awan, Tumbuhan orkid cantik digantung,
Menjadi bumbung di lautan; Dapat hiasi dunia dan alam;

Belajar tentang anatomi haiwan, Kardiovaskular sistem berkaitan jantung,
Dapat mengetahui sistem badan. Sentiasa bekerja siang dan malam.

Bersihlah kawasan yang kotor, Adanya model mangga dan kunci,
Supaya hidup sihat dan ceria; Wujudlah enzim seperti lipase;

Membawa impuls dari reseptor, Adanya ia dalam pencuci,
Itulah dia neuron deria. Itulah dia enzim amilase.

19 Dr FHY 2021

Sajak: Anatomi dan fisiologi haiwan
Karya: Nur Syahidah binti Ahmad Syahroni dan Shazana binti Abd Manan

Sekecil atom menjadi haiwan dan manusia,
Bagaimana mungkin,

Atom yang kemudiannyaa akan membentuk organel dan sel
haiwan,

Lagi sel kepada organ,
Lagi organ kepada sistem badan,
Dan akhirnya lengkap membentuk organisma,
Itulah keunikan ciptaan Yang Maha Berkuasa.

Sel bertambah dan bertambah,
Pembesaran terus berlaku,

Dan tiba masa perkembangannya akan berhenti,
Itulah haiwan

20 Dr FHY 2021

Tenaga yang dihasilkan sel,
Diguna pakai untuk menggerakkan sistem badan,

Agar aktiviti harian berjalan lancar.

Oksigen disedut haiwan,
Lalu masuk ke peparu untuk menukar gas,
Melalui alveolus yang nipis, lembab, banyak untuk

ke kapilari darah,
Agar pertukaran gas lebih efisien,
Yang tidak perlu, karbon dioksida

Dihembus keluar.

21 Dr FHY 2021

Imun rendah diserang penyakit,
Di sinilah fungsi sel darah putih,
Menjadi benteng melawan patogen,
Hadirnya di dalam salur darah,
Memastikan badan kuat melawan penyakit.

Keseimbangan dalaman paling utama,
Jangan ambil ringan suhu tinggi,

Kerana boleh menyebabkan sistem badan terencat,
Garam jangan tinggi, nantikan hipertensi,

Jagalah ginjal, kerana disitulah organ yang menapis
darah.

22 Dr FHY 2021

Syair: Hidup sihat
Karya: Nur Hafizah binti Husin dan Nur Asilah binti Ismail

Kesihatan adalah satu anugerah, Jangan dilupa kesihatan mental,
Yang perlu dijaga sepanjang hayat, Kekal positif hilang kekusutan,
Dengarlah semua demi kebaikan,
Makan dijaga nafsu dikawal, Hidup sihat sentiasa gembira.
Suku-suku separuh jadi pegangan.
Menjadi kesukaan Tuhan yang
Nutrisi pemakanan harus dipantau, Esa,
Agar tubuh badan sihat sentiasa,
Insan aktif dan bertenaga,
Luangkan masa senaman Amalan rohani dapat dilaksanakan,
diamalkan, Dunia akhirat selamat dan sentosa.

Cegah penyakit yang berbahaya.

23 Dr FHY 2021

Sajak: Fisiologi haiwan
Karya: Nurul Aina Saffiah binti Mazlan dan Nurul Hidayah binti Azhari

Fisiologi,
salah satu cabang daripada bidang biologi,
Kajian mengenai kehidupan benda hidup,
Mengenai haiwan dan tumbuhan.

Pengkajian mengenai sifat;
fizikal benda hidup,
Cara organisma berinteraktif antara satu sama
lain,
Dengan alam sekitar,
Dengan kelebihan atau kekurangan fizikal.

24 Dr FHY 2021

Tajuk 4 :
EKOLOGI

Dr FHY 2021

Syair : Ekosistem semula jadi
Karya : Sofiah Sri Neng Alfida binti Mansur dan Halimatul Saadiah binti Amran

Ekosistem alam semulajadi, Dr FHY 2021
Benda hidup dan bukan hidup,
Saling memerlukan dan berinteraksi,
Sangat penting dalam biologi.

Ekosistem jenisnya ada tiga,
Ekosistem akuatik, laut dan daratan,

Semuanya ada fungsi berbeza,
Dan pastinya saling berkaitan.

Ekosistem daratan wujud di darat,
Di padang rumput dan di hutan,
Pokok besar memberi manfaat,
Pada haiwan juga tumbuhan.

Ekosistem akuatik di air pastinya,
Pelbagai hidupan wujud di sana,

Ada ikan, rumpai dan alga,
Pokok bakau juga turut ada.

Ekosistem perlu sama dijaga,
Supaya bumi aman sentosa,
Sebagai manusia haruslah berjaga,
Jangan sampai ekosistem ternoda.

Dr FHY 2021

Sajak : Salah siapa?
Karya : Farah Aqilah binti Zainuddin dan Ai’syah Fateha binti Hatta

Gema azan bergema menghiasi sekalian alam,
Irama kicauan memecah kesunyian pagi yang dingin,

Mata dicelik nafas dalam kuhirup,
Syahdu dan ketenangan yang kurasa,
Mensyukuri nikmat nyawa masih diberi.

Ku lihat indahnya fajar sejengkal membuka tirai,
Mata dilirik ke nirvana khazanah alam,
Aku sedari,

Indahnya setiap ciptaan Tuhan buat makhluknya,
Tangan kutadah berharap ini kekal selamanya.

Dr FHY 2021

Hutan menghijau tekal memegang amanah,
Menjadi pelindung pelbagai flora dan fauna,
Kala manusia menikmati nikmat setiap hembusan, ,
Engkau tanpa lelah bekalkan seluruh hidupan oksigen,
Engkau terima hasil buangan kami tanpa keluh kesah

Tanpa keraguan menerpa minda,
Banyak jasa kau taburkan buat seluruh alam.

Namun sayang,
Pengorbanan engkau dipersia dan diperbodoh,
Manusia durjana tanpa segan silu menghianati,

Demi mengejar bahagianya erti kekayaan,
Engkau terus-terusan digondol,dimusnah, dibakar.

Dr FHY 2021

Manusia tidak sedar,
Engkau kesakitan dan tiap itu bawanya bencana alam,

Tangan-tangan penghancur perlu dipersalah!

Pencemaran demi pencemaran,
Menghiasi segenap pelosok dunia tanpa diduga,
Hakisan tanah, banjir kilat memakan diri manusia,
Banyaknya bagai tiada kuasa untuk membendung,

Semuanya bermula dari mana?

Hati gelap manusia yang tamakkan kesenangan,
Usah menunding usah berdolak-dalih,
Kita tahu kita bersalah!

Dr FHY 2021

Pantun empat kerat : Ekosistem
Karya : Siti Iffah Izzati binti Hamin dan Auni Sobirah binti Solahuddin

Duduk bersimpuh si anak gadis, Makanan penting kepada organisma hidup,
Sambil mengait topi jerami; Untuk membentuk tisu-tisu yang baharu;

Interaksi komponen biosis abiosis, Abiotik merupakan komponen bukan hidup,
Kunci keseimbangan ekosistem di bumi. Contoh ialah kelembapan udara dan suhu

Naik meninggi bacaan indeks, Hidup ini perlu ada sistem,
Mengundang kerisauan rakyat marhaen; Supaya matlamat sentiasa dicapai;
Bakteria mengurai sebatian kompleks, Terdapat empat jenis pengguna dalam

Untuk kegunaan organisma lain. ekosistem,
Herbivor karnivor omnivor dan pengurai.

Dr FHY 2021

Pantun empat kerat : Ekologi
Karya : Nur Aini binti Amin dan Nadiah binti Zulkufli

Pergi ke wayang menonton filem, Dr FHY 2021
Cerita tentang langit yang redup;

Jangan lupa tentang ekosistem,
Interaksi antara benda hidup.

Filem yang ditontan menjadi sebutan,
Tiketnya mahal menjadi bualan;

Itulah ekosistem yang wujud di atas ketentuan,
Antaranya ialah ekosistem daratan,
perairan dan buatan.

Menaiki kereta ingin menonton filem,
Sehingga wujudnya adegan romantik;

Hadirnya dua komponen ekosistem,
Iaitu abiotik dan biotik

Belajar sains bersama sahabat,
Belajar tentang tajuk glikogen;

Dua proses berkait rapat,
Kitar karbon dan kitar oksigen.

Hari raya makan ketupat,
Dihidang dengan kuih getuk;

Kitar nitrogen mudah diingat,
Tukar nitrogen ke pelbagai bentuk.

Dr FHY 2021

Sajak : Ekologi
Karya : Nur Aisyah binti Zaid dan Nor Amierah Nasyrah binti Arsyad

Tiada kata mampu menggambarkan indahnya dunia,
Dari langit hingga ke bumi saling bekerjasama,

Dari darat hingga ke laut komponen dalam alam sekitar
saling bertaut,

Komponen benda bukan hidup dipanggil abiosis,
Organisma hidup dinama biosis.

Saling memerlu itulah hidupan,
Memberi dan menerima bagi meneruskan kehidupan,
Hijau lestari tumbuhan hijau membekalkan makanan

Untuk pengguna seperti haiwan yang kelaparan.

Gersang,
Bumiku kian gersang,
Hijau lestari gunung ganang,
Kian pudar kian hilang.

Udara bersih semakin hilang,
Udara dihirup sesak didada,
Jerebu melanda akibat pembakaran,
Manusia dan alam jadi taruhan.

Sungai bersih sukar dicari,
Angkara tangan-tangan tak kenang budi,

Alam sekitar ibarat tiada erti,
Buang sampah sesuka hati.

Tangan manusia punya angkara, Dr FHY 2021 Dr FHY 2021
Bumi kita jadi mangsa,

Alam dunia harus kita jaga,
Hidup sihat dan sejahtera.

Pantun dua kerat : Ekologi
Karya : Nur Izzatul Khairiah binti Mubin dan Nur Farah Syafiqah binti Abdullah

Ayah pergi ke klinik membeli antibiotik,
Konsep ekosistem ialah biotik dan abiotik.

Dalam peta Johor terletak di Selatan,
Salah satu ekosistem adalah daratan.

Abang pergi ke pasar malam membeli seluar,

Biotik merupakan komponen benda hidup seperti
pengeluar.

Salmah pergi ke kedai hari-hari, Dr FHY 2021
Contoh bagi abiotik adalah matahari.

Ibu ke kedai membawa coins,
Sampai-sampai kedainya tutup;
Ekologi satu cabang sains,

Mengkaji persekitaran organisma hidup.

Petang-petang main dalam gua,
Berehat sebentar di tepi tasik;
Jenis ekosistem ada dua,

Ekosistem daratan dan juga akuatik.

Ali ajak main tanya-tanya,
Jawapan yang salah kena jentik;
Komponen ekosistem banyak unsurnya,

Antaranya biotik dan abiotik.

Dr FHY 2021

Pantun empat kerat : Hidupan
Sajak : Bumi tersayang

Karya : Fatin Fasihah binti Othman dan Nur Nadhirah binti Rosdi

Cantik sungguh burung merpati, Dari emas biarlah permata,
Terbang bersama si burung nuri; Dalamnya digali berbatu-batu;

Ekosistem hidupan sering diperhati, Alam ternoda di depan mata,
Moga kekal setiap hari. Angkara manusia berhati batu.

Biosis abiosis nama diberi, Bukalah mata wahai teman,
Komponen asas dalam interaksi; Melihat keindahan aneka tumbuhan;

Tanpa keduanya hilanglah seri, Jangan dilupa setiap pesanan,
Hanya sepi peneman disisi. Agar menjaga titipan Tuhan.

Habitat yang musnah dibina bangunan, Dr FHY 2021
Memenuhi agenda masa hadapan;

Tanpa sedar kurangnya makanan,
Sumber nutrien untuk hidupan.

Sajak: Bumi tersayang

Bumi,
Kau mempunyai pelbagai habitat,
Setiap daripadanya sentiasa berhubung,
Mengandungi pelbagai flora dan fauna,
Yang menghiasi setiap ekosistem,
Yang menceriakan seluruh alam.

Bumi,
Tanpa kau, tiada tempatlah manusia,
Yang sentiasa dihiasi dengan pelbagai populasi,

Tidak kira abiosis atau biosis,
Kedua-duanya sentiasa berperanan,
Tanpa mereka, hancurlah bumi yang indah.

Dr FHY 2021

Bumi, Dr FHY 2021
Tanpa kau, tiadalah flora dan fauna,

Dijaga rapi di setiap ekosistem,
Ada di lautan, ada di daratan,
Sentiasa aman, hidup berkembang.

Bumi,
Kau semakin tua, kau semakin lemah,
Tetapi alam sekitar sentiasa meriah,
Namun, tangan-tangan manusia sendiri,

Yang telah merosakkanmu,
Alam sekitar kian memburuk,
Kerana sikap manusia yang tamak.

Bumi,
Tanpa kau, siapalah kami,
Tanpa kau, tidak wujudlah setiap habitat,

Terima kasih bumi.

Sajak : Ekosistem kita
Karya : Nur Syahidah binti Ahmad Syahroni dan Shazana binti Abd Manan

Ekosistem ,
Mengandungi komponen biosis dan abiosis,
Yang saling bersandaran antara satu sama lain,
Tanpa salah satu, ekosistem menjadi tidak seimbang.

Abiosis ialah faktor fizikal manakala biosis ialah faktor biologi,
Komponen abiosis adalah seperti aras pH, suhu dan topografi,

Nilai pH yang sesuai untuk organisma ialah 6-7.5,
Walau begitu, terdapat juga pokok yang mampu hidup di

keadaan asid atau alkali.

Dr FHY 2021

Manakala biosis lebih kompleks daripada abiosis,

Kerana biosis,
merangkumi rangkai makanan, interaksi dari segi makanan dan

persaingan,
Contoh terdekat ialah rangkai makanan,
Rangkai makanan ada pengeluar dan pengguna.

Asal mula daripada pengeluar yang penuh dengan sumber tenaga,
Pabila dimakan pengguna pertama,
Tenaga berkurang,
Dimakan pula pengguna kedua,
Semakin berkurang,

Begitulah seterusnya sehingga habis digunakan.

Dr FHY 2021

Ekosistem pelbagai,
Ditafsirkan ekosistem sebagai interaksi dalam komuniti,

Haiwan, tumbuhan dan hidupan lain,
bersama dengan persekitaran yang tidak bernyawa,
Saling melengkapi membentuk sebuah ekosistem.

Sayang ekosistem seperti sayang nyawa,
Tiada ekosistem, tiadalah kita,
Pelihara dan pulihara,

Dua benda yang sangat dituntut,
Agar kemandirian semua hidupan terjaga.

Dr FHY 2021

Sajak : Ekosistem
Karya : Nur Hafizah binti Husin dan Nur Asilah binti Ismail

Ekosistem, Dr FHY 2021
Wujud interaksi,
Dua komponen,
Biotik dan abiotik.

Biotik, ialah manusia,
Biotik, ialah juga flora fauna.

Abiotik, Menjadi habitat.

Saling bersandaran,
Saling berinteraksi,
Membina keseimbangan.

Ekosistem,
Wujud rantaian makanan,
Wujud juga kitar nutrien.


Click to View FlipBook Version