The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Self Motivation
Facebook Jadi Duit

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ict.henry, 2022-10-11 10:08:28

Pukau Otak Sendiri (Volume 4)

Self Motivation
Facebook Jadi Duit

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Page | 1

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN 4
ENCIK HENRY ONGGING
Penulis Ebook Pukau Otak Fikir Luar Kotak 7
CIK ZEE IVY JEANNE
Duta Ebook Pukau Otak Fikir Luar Kotak

BAB 1 BIZ Online Satu Perniagaan Tanpa Sempadan 10
BAB 2 Kenapa Mesti Platform Biz Online? 12
BAB 3 Sejarah Awal Facebook 16
BAB 4 Beza Fb Personal Dan Fb Page (Fanpage) 23
BAB 5 Facebook Advertising Atau Fb Ads 34
BAB 6 Post Engagement Sebagai Matlamat Pengiklanan 43
BAB 7 Split Test Dalam Fb Ads 52
BAB 8 Cara Kira ROI dan Memilih Produk 58
BAB 9 Rahsia Dan Teknik Kira Kos Fb Ads 65
BAB 10 Story Telling dalam Kempen Post Engagement 80

Page | 2

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

BAB 11 Fungsi Wasap.My Dan Tujuannya 86
BAB 12 Copywriting 90
BAB 13 Pembungkusan Dan Pengiriman 93

Page | 3

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

PENGHARGAAN

Saudara Henry Ongging
(PENULIS)

Syukur yang tidak terhingga kehadrat Tuhan yang Mahakuasa kerana dengan IzinNya, saya
“budak yang baru belajar” dalam bidang penulisan ini berjaya menyiapkan ebook: Ebook Pukau
Otak Fikir Luar Kotak iaitu Reset Otak & Minda (Volume 1), Bangkit Semula (Volume 2), Wanita
Inspirasi & Alkisahku (Volume 3) dan Fesbuk Jadi Duit (Volume 4). Penghasilan ebook ini
tertangguh selama tiga tahun kerana mengharungi pelbagai cabaran terutama masa dan mood
untuk menyiapkannya.
Koleksi Ebook(buku): PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK adalah koleksi cerita motivasi dari
daripada tokoh-tokoh luar negara dan tempatan yang pernah menempuh kegagalan dan
bangkit semula. Pengalaman mereka saya catatkan dan kumpul serta kongsikan kepada
pembaca kerana setiap individu itu jatuh kerana sebab yang berlainan dan bangkit dengan cara
mereka sendiri. Teknik yang digunakan oleh tokoh-tokoh ini untuk bangkit mungkin
bersesuaian dengan kita untuk dijadikan panduan untuk bangkit dan berjaya seperti mereka.
Saya juga meniru cara beberapa tokoh untuk memperbetulkan cara saya berfikir dan bertindak-
mindset change adalah faktor terpenting diubah selepas kita mengharungi kegagalan demi
kegagalan dalam hidup.
Minda yang positif adalah Pra-Kejayaan yang dicapai oleh kita apabila ingin memulakan hidup
baru sebagai orang yang berjaya. Minda positif adalah fikiran bawah Sedar yang menyedari diri
kita dalam aura kegagalan atau pegun tanpa kejayaan. Fikiran bawah sedar menyentak minda
kita untuk membuat persiapan keluar dari zon selesa. Bukan bermakna selepas berfikiran positif
kita akan terus berjaya dan tidak akan gagal! Namun jika berlaku kegagalan , mereka ini bingkas
bangkit tanpa mahu melayan fikiran negatif yang boleh melumpuhkan hasrat mereka untuk
berjaya.

Page | 4

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Pukau Otak Fikir Luar Otak juga merupakan cabaran peribadi kepada diri sendiri untuk keluar
dari zon selesa. Ebook mencatatkan kesilapan dalam hidup dan pengalaman pahit manis. Ia
bukan bertujuan untuk membuka pekung di dada tetapi untuk menjadi tips kepada orang lain
tidak melakukan melakukan kesilapan yang sama yang boleh mengakibatkan kerugian dari segi
kos dan tekanan hidup yang menjauhkan kita dari mendekati kejayaan. Di samping itu juga,
ebook ini adalah untuk rakan baik saya saudari Zea Ivy Jeanne yang memainkan peranan besar
untuk saya menyiapkan ebook ini. Peranannya memberikan inspirasi sehingga ebook ini berjaya
disiapkan membawa saya melantiknya sebagai Duta Ebook PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK.
Dukacita keadaan kesihatannya semakin merosot semasa penyiapan buku ini. Suatu ketika
saudari Zee ditidurkan selama sebulan akibat jangkitan Covid-19. Semangatnya yang jitu dan
kuasa mukjizat Tuhan membuatnya sedar kembali walaupun pada pakar berfikir sebaliknya.
Saya yakin dan optimis dengan bersikap positif dan usaha para pakar merawatnya serta
campurtangan Tuhan Yang Mahakuasa saudari Zee akan kembali sembuh seperti sedia-kala.
Bersama-samalah kita mendoakan proses penyembuhannya.

Sejak sekolah menengah dengan menggunakan mesin taip biasa saya berjinak-jinak dengan
bidang penulisan cerita pendek (cerpen). Di antara cerpen yang pernah saya hasilkan bertajuk
Emel Untuk Emelda, Beli Ekor Tercabut Nyawa, Tangan, dan (L)Isa Bela Suami. Di kampus minat
di bidang penulisan membawa penglibatan saya dengan berita di kampus di bawah buletin
Warga Kampus sebagai aktiviti ko-kurikulum. Peluang bekerja dengan di akhbar tabloid Watan
Sabah saya pergunakan sebaiknya. Dalam dunia media massa saya bertemu dengan nama-
nama besar bidang penulisan dan kewartawanan seperti Tuan Ahmad Apong dan Tuan Kanul
Gindol. Ilmu mereka saya timba dan simpan di dalam dada.

Semasa proses penyiapan ebook ini, saya tidak dapat lari dari mendapat pandangan sinis dan
komen negatif. Semua itu saya terima sebagai cabaran. Saya akui belum pernah menulis
sebarang bentuk penulisan selain cerpen, draf ucapan dan artikel surat khabar. Majoriti
daripada kita sentiasa memandang rendah usaha seseorang yang bermula daripada kosong
untuk merealisasikan cita-cita mereka. Bermula kosong memang sesuatu yang perit. Kita
terpaksa membuang perasaan segan dan malu. Demikian juga apabila kita pernah gagal dan
berusaha untuk bangkit keyakinan kita amat rapuh. Ramai akan memandang SINIS terhadap
kita kerana daripada SOMEBODY kepada NOBODY terutama dari golongan yang BUSYBODY
(PEMBAWANG). Kekuatan mental sahajalah jawapan menangani provokasi daripada naysayers
(pembawang) ini.

Apabila kita memulakan sesuatu kita lupakan kita tidak tahu apa-apa kerana semua orang pun
bermula sifar ilmu. Usaha memulakan sesuatu itu adalah seperti menyelam sambil minum air.
Apabila kita mendapat satu ilmu baru, kita dengan kadar segera mempraktikkannya agar apa

Page | 5

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

yang kita usahakan bergerak ke hadapan. Elakkan dahulu untuk memikirkan kembali sukses
seperti dahulu kerana ini akan memberi tekanan kepada diri kita. Apabila kita dibayangi
kejayaan lepas ia akan menjadi beban tekanan seperti batu-bata yang berada di atas kepala kita
dan menahan kita bergerak ke hadapan. Sebaiknya kita jadikan seperti sebiji gelas kosong.
Gelas yang kosong mudah diisi dengan air (ilmu) yang baru. Ilmu ini lah kita gunakan untuk
membina cita-cita baru kita oleh aura baru yang terdapat pada minda kita. Hakikatnya
membina sebuah rumah baru lebih mudah daripada mengubahsuai rumah tersebut. Oleh itu
berusahalah mengenepikan ego kita dan menjadi sebiji gelas kosong dengan merendahkan ego
kita. Saya memilih untuk menggunakan ‘mengkebumikan” diri kita yang dahulu. Watak gagal
yang lama harus dimatikan. Kita harus ‘dilahirkan’ sebagai orang baru untuk memudahkan
proses bangkit semula dan mengejar kejayaan.
Semoga semua volume ebook ini sedikit sebanyak berjaya menghipnosis fikiran kita untuk
memilih pemikiran positif yang menjadi platform untuk mencipta kejayaan di dalam kehidupan
kita. Kita harus menguasai fikiran bawah sedar untuk kehidupan yang jauh lebih baik dan tahan
tukul daripada apa juga yang melanda seperti serangan covid-19 mahupun kejatuhan eknomi
yang teruk ketika ini.
Akhir kata, saya juga dedikasikan ebook ini kepada anak saya, Zachary Einstien Henry, Ibu saya,
Pn Angela, keluarga saya, Mendiang Bapa saya Ranger Ongging Eni yang sentiasa memberikan
kekuatan dan semangat, Danny Langub dan Julie Jidwin, para Kakitangan dan Usahawan DIDR,
Masyarakat Kuala Penyu, kampung kelahiran saya dan semua pihak yang mungkin tidak
tertinggal daripada disebutkan nama mereka yang pernah membantu saya untuk bangkit
semula. Terima kasih, hanya Tuhan yang mampu membalas budi kalian.

Sekian. Terima kasih.
Yang benar,

Henry Ongging

Page | 6

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

KATA-KATA ALUAN

Ms. Zee Ivy Jeanne
Duta Buku Pukau Otak Fikir Luar Kotak

Setinggi-tinggi terima kasih kerana dilantik menjadi Duta Buku Pukau Otak Fikir Luar
Kotak serta diberikan peluang menulis sepatah dua kata pada ruangan kata-kata aluan
ini. Kesempatan ini merupakan satu penghormatan dan peluang untuk saya dan
golongan wanita khususnya bersama-sama menyuarakan pandangan dan memainkan
peranan yang lebih besar di dalam masyarakat khususnya dalam usaha memantapkan
ekonomi golongan wanita melalui platfom online seperti Facebook.

Setelah tiga tahun berusaha memerah otak akhirnya buku-buku ini berjaya disiapkan.
Maka terhasillah buku-buku di bawah tajuk teknik Pukau Otak Fikir Luar Kotak iaitu
Reset Otak & Minda (Volume 1), Bangkit Semula (Volume 2), Wanita Inspirasi &
Alkisahku (Volume 3) dan Fesbuk Jadi Duit (Volume 4). Sekalung tahniah dan
syabas kepada penulis buku ini saudara Henry Ongging kerana semangat jitu dan
usaha yang tidak kenal putus asa.

Penulis memaklumkan bahawa usaha menulis buku ini pada mulanya hanyalah
cabaran peribadi beliau untuk melakukan sesuatu yang belum pernah beliau lakukan
atau “Making Impossible, Posibble!”. Meskipun ebook ini untuk semua gender, penulis
ini amat mengagumi wanita terutama ibunya. Beliau dikendong di dalam perut ibunya
selama sembilan bulan. Tiga bulan pertama mengandungkan penulis, ibunya yang
menjadi balu apabila ayah seorang tentera mati ditembak komunis semasa darurat.
Tanpa pekerjaan ibunya mengendong penulis dalam kandungannya dan membesarkan
kakaknya yang baru berusia lapan belas bulan. Bagi penulis tanpa ibu, siapalah kita!
Kita tidak akan melihat dunia tanpa mereka dan tidak akan mampu membalas jasa
mereka. Oleh itu beliau ingin kongsikan ilmu dalam meniaga online khususnya
mengunakan facebook. Sekurang-kurangnya para kaum ibu yang tidak berpeluang
bekerja kerana tugasan menjaga anak-anak di rumah dapat berpeluang untuk berniaga
dari rumah.

Facebook adalah satu platfom rangkaian sosial alam maya untuk bersantai dan
berniaga. Aplikasi komputer yang yang dibina oleh Mark Zuckerberg semasa masih

Page | 7

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

menuntut di Universiti Harvard menjadikannya seorang multi-jutawan. Saya tidak akan
mengulas panjang mengenai facebook kerana sudah pasti hampir setiap keluarga di
Malaysia memiliki akaun FB sendiri.

Secara peribadi saya melihat memiliki Akaun Facebook peribadi bermanfaat kerana kita
boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lama kita tidak temui. Algorithm data
facebook akan mencadangkan rakan-rakan atau saudara-mara yang mungkin kita
kenali tetapi belum menjadi rakan facebook kita. Terpulang kepada kita untuk
menambah mereka menjadi rakan atau sebaliknya. Secara tidak langsung facebook
berperanan mengukuhkan ikatan silatulrahim sesama rakan mahupun saudara-mara
kita.

Facebook page pula memberikan kita peluang untuk berniaga di alam maya. Di bawah
FB Page, jumlah kedai online dan Fan tidak terhad. Kita juga mempunyai peluang untuk
memviral iklan kita kemana-mana lokasi dan jantina yang kita kehendaki dengan
mengkilan menggunakan FB Ads. FB Ads merupakan tools yang paling terpenting di
dalam Fb Page yang banyak membantu para peniaga online mendekati prospek
mereka.

Meskipun belum berumahtangga, saya pernah dijaga oleh ibu saya di rumah. Adalah
menjadi keinginan ramai isteri untuk bekerja samada ingin mengurangkan beban
tugasan mencari sumber kewangan keluarga di bahu suami dalam masa yang sama
ingin mempunyai sumber kewangan sendiri. Walaupun demikian, tugasan sebagai suri
rumah dan menjaga rumahtangga menjadi kekangan.

Hari ini pada zaman digital impian sang isteri untuk mempunyai pendapatan sendiri
tanpa mengabaikan tugasan menjaga anak dan rumahtangga menjadi kenyataan.
Semua ini menjadi kenyataan apabila kedatangan media baharu . World Wide Web
(www) atau Web—adalah sistem halaman web awam yang saling berkaitan yang boleh
diakses melalui Internet membolehkan para pengguna internet melayari laman web
seterusnya menjalankan perniagaan atas talian. Kehadiran Facebook pada tahun 2013
memudahkan lagi pengguna internet berniaga di internet. Semoga dengan semua
kemudahan ini wanita terutamanya para isteri merangkap suri rumah berjaya
memperoleh pendapatan titik peluh sendiri dan mampu membeli keperluan idaman
mereka tanpa bergantung kepada suami.

Dukacita juga saya zahirkan di sini, berlaku penyalahgunaan facebook oleh golongan
yang tidak bertanggungjawab. Aplikasi bertujuan baik membantu kita bersosial dan
berniaga dipesongkan dengan gangguan seksual siber, penipuan internet dan
memviralkan berita palsu yang belum sahih kebenarannya. Akibat daripada itu berlaku
tekanan kepada mereka yang menjadi mangsa. Oleh itu, saya menyeru kepada
golongan ini agar bertanggungjawab dan sedar bahawa sepandai-pandai tupai
melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga. Pihak berkuasa melalui Kementerian
komunikasi dan multimedia sentiasa memantau pesalah siber dan sentiasa menanti
laporan daripada mangsa penyalahgunaan siber. Kesalahan-kesalahan siber ini jika

Page | 8

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

disabitkan kesalahan boleh menyebabkan tertuduh dipenjara setahun atau denda
sebanyak lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

Saya juga menyarankan golongan wanita yang sering diganggu melalui facebook agar
menyahpasang (uninstall) penggunaan messenger yang sering disalahgunakan oleh
pembuli siber. Kita juga berharap agar pengurusan Facebook dapat menambahbaik
messenger pada masa akan datang. Pentingnya diwujudkan button pengaktifan dan
penutupan supaya messenger ini digunakan pada masa tertentu sahaja. Usaha ini
untuk mengurangkan gangguan oleh pembuli siber yang sering menghubungi mangsa
terutamanya pada waktu malam. Pengguna wanita juga disarankan mengetatkan
setting pada facebook terutamanya pada profile agar mengurangkan gangguan dan
memaksimakan kelebihan mempunyai akaun facebook.
Di dalam buku PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK volume 4, Fesbuk Jadi Duit
pembaca berpeluang memahami asas berniaga di atas talian menggunakan platfom
“Facebook”. Di sini pembaca diberi panduan bagaimana memviralkan perniagaan
menggunakan iklan FB Ads secara “Autorun” bermula serendah RM10. Cara-cara
pemasaran asas juga ditunjukkan. Ini termasuklah cara memlih produk, mengira kos
asa dan untung-rugi. Pembaca juga didedahkan bagaimana proses pembinaan
hubungan dengan prospek yang mendorong kepada pembelian produk yang
ditawarkan. Semuanya terdapat di dalam buku Fesbuk Jadi Duit (Volume 4). Saya
difahamkan oleh penulis ebook ini, saudara Henry bahawa pada masa akan datang
adalagi ebook seterusnya yang berkaitan dengan Media Baharu jadi Duit seperti
Google Ads, Shopee, Tik Tok dan melukis dengan Canva. Walau bagaimanapun saya
mencadangkan kepada pada pembaca untuk mendalami satu persatu ilmu yang
dikongsikan sehingga mahir sebelum mencuba aplikasi yang lain. Oleh itu selamat
membaca, mencuba dan mempraktikkan dan berjaya kepada semua pembaca
khususnya golongan wanita.

Sekian. Terima Kasih.

Yang benar,

(Ms. Zee Ivy Jeanne)
Duta Buku Pukau Otak Fikir Luar Kotak

Page | 9

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

BAB 1: BIZ ONLINE SATU PERNIAGAAN TANPA SEMPADAN

Pengenalan
Dunia hari ini menyaksikan perubahan drastik dan peralihan ke teknologi digital
terutama telefon bimbit pada tahun-tahun kebelakangan ini. Masyarakat sekeliling
menggunakan gajet ini untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan-rakan,
keluarga dan berkaitan dengan kemahuan mereka-termasuklah mempelajari selok
belok perniagaan dan terlibat serius dengan sektor ini.

Di dalam dunia perniagaan, kita perlu memastikan kehadiran kita di dalam dunia
digital terutama menggunakan telefon bimbit agar dapat berkomunikasi dan
berinteraksi dengan pelanggan, kerana di sinilah mereka banyak meluangkan
masa mereka.

Dianggarkan terdapat 70 bilion pengguna aktif Peniaga Facebook Page di Facebook.
Untuk memastikan kumpulan merupakan prospek yang berpotensi tinggi perlu
diwujudkan hubungan dan komunikasi dua hala serta memberikan prospek apa
yang mereka lihat dan kehendaki.

Objektif Pembelajaran:
Memahami kepentingan kehadiran teknologi telefon bimbit dan laptop (desktop) di
dalam perniagaan.
Mengenali kepelbagaian cara untuk berkomunikasi dengan pelanggan daripada
Facebook Page, samada secara individu atau berkumpulan melalui Post
Engagement (Post yang dibuat)
Memastikan tools yang tersedia untuk mentadbir dan menilai prestasi Facebook
Page.

Membina laman Facebook Page
Membina laman FB Page tidaklah sesukar imaginasi kita. Proses ini akan membawa
kita langkah-langkah memahami cara-cara untuk membina FB Page. Dalam masa

Page | 10

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

yang sama membuat kita faham bagaimana berhubung dengan satu sama lain
melalui membina persahabatan dan membuat posting.

Pelajari setiap langkah dalam membina Facebook Page, termasuklah memilih
kategori perniagaan atau perkhidmatan. Fahami juga bagaimana memuatnaik
gambar profail dan gambar latarbelakang.

Berhubung dan berinteraksi dengan Pelanggan menggunakan Facebook Live
Facebook Live adalah cara untuk natizen membuat lintas langsung ke seluruh
dunia daripada telefon bimbit mereka. Belajar untuk membezakan jenis-jenis
pengisian yang ingin disampaikan secara Lintas Langsung.
Pelajari bagaiman kita boleh memulakan lintas langsung, samada melalui Aplikasi
Facebook mobile atau Live API

Sasaran dan Prospek Utama:
Dalam book ini, kita akan mempelajari bagaimana kita sebagai peniaga atau pemilik
facebook page boleh mencapai sasaran prospek yang betul dengan membuat ujian
skala dengan pembaziran minima atau kos yang minima.

Implementasi strategi sasaran yang memfokuskan kecapaian terhadap audien dan
mengurangkan kos.
Membezakan antara Prospek bernilai tinggi, sederhana dan biasa

Page | 11

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

BAB 2 : KENAPA MESTI PLATFORM BIZ ONLINE?
Ramai rakyat Malaysia sudah mula berjinak-jinak untuk menceburi bidang perniagaan.
Namun ada segelintir yang masih berfikir sama ada untuk berniaga secara online
mahupun offline.

Berikut antara sebab mengapa kita perlu memulakan perniagaan online:
1. Pendapatan tambahan.
Bagi orang ramai, sebab utama memulakan perniagaan online adalah untuk menjana
pendapatan tambahan. Perniagaan online adalah satu pilihan yang baik oleh kerana
ianya boleh dilakukan secara sambilan.

Salah satu manfaat perniagaan online adalah, ianya mudah dan pantas untuk
dimulakan. Dan untuk mendapat pulangan juga pantas, tidak seperti memulakan
perniagaan yang mempunyai premis atau kedai.

2. Fleksibel.
Dengan hanya smartphone, perniagaan online boleh dijalankan di mana-mana sahaja.
Kini, terdapat pelbagai perisian dan Apps yang membolehkan anda menjalankan
perniagaan seperti promosi, menjawab soalan pelanggan, memeriksa pesanan, dan
banyak lagi dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Ertinya, perniagaan internet boleh dijalankan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila
masa.

3. Kos rendah
Memulakan perniagaan yang mempunyai permis dan kedai fizikal pastinya memakan
kos yang tinggi. Sewa, ubahsuai pejabat, deposit pemasangan telefon pejabat yang
mahal, kos operasi seperti bil elektrik dan pekerja akan memakan berpuluh ribu ringgit.
Memulakan perniagaan online? Dengan hanya beberapa ratus ringgit sahaja anda
dapat membeli dot com anda sendiri (.com) jika menggunakan website . Facebook dan
Instagram pula adalah percuma. Demikian juga YouTube. Apa yang anda perlukan

Page | 12

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

tidak semestinya modal yang besar, dan boleh dimulakan walaupun hanya dengan satu
produk sahaja.

4. Mudah untuk dimulakan
Majoriti dari antara kita menggunakan internet sebahagian daripada gaya hidup. Kita
sering mendapat berita di Newsfeed di Facebook. Tidak juga juga menggunakan
instagram atau menonton YouTube. Ramai melayari Google Search Engine untuk
mencari maklumat.
Oleh itu pentingnya memaksimakan penggunakan platfom online untuk menjana
pendapatan. Oleh kerana kita sudah sedia menggunakan internet setiap hari,
mempelajari cara menjana pendapatan di internet melalui perniagaan adalah lebih
mudah berbanding dengan membuka kedai.

5. Kebebasan membuat pilihan
Menurut Wall Street Journal, mereka yang memulakan perniagaan berumur 39 tahun ke
atas mempunyai kebarangkalian berjaya dalam perniagaan 5 kali ganda lebih
berbanding dengan mereka di bawah umur 30-an. Oleh itu pilihan ditangan anda untuk
mencapai kemajuan. Kita boleh memilih memberikan 1001 macam alasan untuk tidak
terbabit atau mencari 1001 macam jalan penyelesaian.

6. Cepat mendapat keuntungan
Dibandingkan dengan mempunyai kedai, ianya lebih cepat menjana keuntungan melalui
perniagaan internet. Oleh kerana kos memulakan perniagaan internet adalah rendah,
tambahan kos overhead perniagaan Internet juga rendah, untuk menjana keuntungan,
ianya lebih mudah dan pantas.

7. Tidak perlu berjumpa pelanggan
Bagi seseorang yang pendiam dan bersifat pemalu platform berniaga di internet sangat
sesuai untuk menjadi karier mereka. Dalam masa pandemic Covid-19 kita dinasihatkan
untuk Stay At Home untuk mengelak menularnya virus berbahaya ini. Dengan itu, ini

Page | 13

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

adalah kesempatan pada kita untuk menambahbaik atau terlibat dengan perniagaan
atas talian tanpa perlu berjumpa dengan pelanggan.

8. Kebebasan masa
Apabila kita terlibat dengan perniagaan internet kita mempunyai banyak masa dengan
keluarga. Kita tidak terikat dengan masa kerja pejabat. Perniagaan internet memberi
pulangan sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, iaitu kebebasan masa
bersama mereka yang kita cintai!

Hari ini, pandemik Covid-19 menyerang teruk seluruh dunia. Semua sektor terjejas
dengan teruk. Hikmah di sebalik pandemik ini adalah untuk semua pihak
mempertimbangkan penggunaan online sebagai platform menjual. Sekian lama peniaga
dan agensi kita berada di zon selesa (comfort zone) dan mengamalkan pemasaran
tradisional (offline).

Kehadiran virus Covid19 dan keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup agar
tidak mati kelaparan merupakan dilema dihadapi rakyat Malaysia hari ini khususnya
yang bekerja sendiri.

Kita mempunyai banyak pilihan berteraskan perniagaan online seperti Google Ads,
Shoppe, Lazada, Facebook dan banyak lagi. Di sini saya menekankan penggunaan
teknik pemasaran digital berplatfomkan Facebook Advertising (Online) kerana ia agak
mudah dipelajari berbanding yang lain. Adalah penting kita menumpukan untuk
menguasai salah-satu daripadanya sehingga sedikit mahir daripada mempelajari
semua sehingga membuatkan kita keliru.

Soalnya kenapa Facebook Advertising? Platfom FB ADS dicadangkan kerana berbilion
pengguna menggunakan Facebook. Di dalam perniagaan kita memerlukan pangkalan
data atau Database prospek. FB ADS membenarkan kita ‘pilih dan bayar’ pangkalan
data prospek yang kita perlukan seperti lokasi prospek, umur, jantina dan minat.
Dengan memilih dan membeli data ini dengan bayaran yang murah, serendah RM10

Page | 14

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

kita dapat mengiklan perniagaan kita 24jam dan di mana-mana negara, daerah dan
kawasan kita mahu atau mengikut jantina serta umur yang sesuai untuk produk kita.
Selama ini para peniaga khususnya bumiputra mengharapkan iklan mulut (WORD OF
MOUTH) atau “TEKNIK MEMBAWANG” untuk viralkan produk mereka. Kaedah ini
tidak begitu berjaya jika dilihat peratusan peniaga yang berjaya setakat.
Kursus pemasaran perniagaan dalam talian atau online merupakan perniagaan masa
hadapan. Ia mesti dikuasai oleh para peniaga terutama yang sekian lama di dalam
perniagaan tradisional. Demikian juga golongan yang ingin terlibat di dalam perniagaan
online dan para pelajar serta graduan.

Page | 15

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

BAB 3: SEJARAH AWAL FACEBOOK
Facebook.com awalnya berasal dari nama TheFacebook.com merupakan rangkaian
sosial berskala kecil untuk lingkungan sekolah dan kampus.

TAHUN 2003: FACEMASH.COM
23 Oktober 2003, merupakan titik awal Mark Zuckerberg, seorang graduan psikologi
Universiti Harvard, memasuki dunia rangkaian sosial pada ketika membuat eksperimen
dengan mencipta Facemash.com.
Facemash.com sendiri merupakan aplikasi yang memperbolehkan pengunjungnya
(majoritinya mahasiswa Harvard) untuk membandingkan 2 gambar mahasiswa yang
mempunyai wajah yang cantik.
Gambar itu didapatkan oleh Mark dengan menggodam pangkalan data Universiti
Harvard. Keesokkannya, mahasiswa yang tidak gembira gambar mereka digunakan
tanpa kebenaran meminta Mark menutup aplikasi tersebut. Meskipun tindakan tersebut
salah, Mark telah membuktikan bahawa netizen di Internet suka untuk melihat foto-foto
orang lain.
Aplikasi ini disambungkan terus ke beberapa server kampus. Namun ditutup beberapa
hari kemudian oleh pihak Harvard. Zuckerberg kemudian didenda kerana menceroboh,
menggodam dan mengganggu keamanan kampus, melanggar hak cipta, serta
melanggar privasi individu. Beliau diberi amaran dan boleh disingkirkan dari Harvard.
Namun akhirnya hukuman tersebut dibatalkan.
Mark kemudian mengembangkan projek awalnya dengan membuat peralatan
pembelajaran sosial untuk menghadapi ujian akhirnya untuk subjek sejarah seni. Ia

Page | 16

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

memuatnaik 500 lukisan Augusta ke aplikasi webnya, dengan satu gambar per halaman
yang disertai kotak komen. Mark kemudian menyebarkan aplikasi tersebut kepada
teman sekelasnya dan mereka mulai saling berbagai catatan.

TAHUN 2004: THEFACEBOOK.COM
Pada 11 Januari 2004, Zuckerberg mendaftarkan domain thefacebook.com yang
diinspirasi daripada Facemash dan bermodelkan Friendster. Mark juga memaklumkan
bahawa ia ingin menciptakan sebuah aplikasi web yang dapat menghubungkan orang-
orang di dalam Universiti. Mark menyedari Harvard mengambil masa bertahun-tahun
untuk merealisasikan sistem tersebut. Namun, Mark dan teman-teman Harvardnya
hanya memerlukan seminggu untuk menyiapkannya.
Setelah Mark menyiapkan aplikasi tersebut pada fasa pertama, dalam hanya 24 jam,
1.200 mahasiswa Harvard mendaftarkan diri mereka di aplikasi tersebut. Jumlah itu
merupakan separuh jumlah keseluruhannya mahasiswa semester akhir.
Dalam masa seminggu selepas pelancaran tersebut, Mark juga sedang dalam
pengembangan aplikasi lain iaitu HarvardConnection.com untuk Cameron Winklevoss,
Tyler Winkelvoss dan Divya Narendra. Mereka akhirnya menuntut Mark dengan

Page | 17

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

tuntutan bahawa dia telah mencuri idea mereka, iaitu Facebook. Mark menyelesaikan
masalah tersebut dengan mereka dengan penyelesaian tertutup.

SEAN PARKER DAN PELABUR BERJUMLAH 500, 000 US DOLAR
Tidak lama sesudah pelancaran dan perkembangan TheFacebook.com, co-founder dari
Napster, Sean Parker terlihat thefacebook.com di komputer teman wanitanya. Beliau
kemudian terbang ke New York untuk bertemu dengan Mark. Pertemuan itu membawa
kepada Sean Parker menjadi penasihat thefacebook.com secara tidak formal.
Pada bulan Jun 2004, Facebook mendapatkan pelabur pertamanya daripada Peter
Theil, founder PayPal sebesar USD500,000 sebagai ganti dari 10.2% saham
perniagaan. Sean Parker juga nobatkan menjadi presiden dari perniagaan yang baru
bertapak itu.
thefacebook.com terus berkembang ke luar kampus. Sehingga 30 Desember 2004,
dianggarkan lebih dari 1 juta orang telah mendaftar di thefacebook.com

Page | 18

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

TAHUN 2005-2009: FACEBOOK.COM
Pada Ogos 2005, thefacebook.com menukarkan namanya menjadi facebook.com.
Penukaran tersebut melibatkan kos sebanyak USD200,000. Pada tahun tersebut,
Facebook.com mendapat pelbagai pelaburan. Facebook mula bekerjasama dengan
Apple dan Microsoft.
Pada penghujung 2005, Facebook telah berkembang ke seluruh US, Canada, Mexico,
UK, Australia, New Zealand dan Ireland.
Pada 24 Oktober 2007, Microsoft mengumumkan bahawa mereka membeli 1.6%
saham Facebook dengan nilai sebesar $240 juta. Nilai (harga saham ) Facebook ketika
itu ialah USD15 juta. Pembelian ini meliputi hak Microsoft untuk menempatkan iklan
antarabangsa di Facebook.

Pada Oktober 2008, Facebook mengumumkan bahawa mereka akan membuka ibu
pejabat di Pusat Antarabangsa di Dublin, Ireland.

Pada November 2010, menurut SecondMarket Inc., sebuah bursa saham perniagaan
swasta, nilai saham Facebook ketika itu mencapai $41 juta (menewaskan eBay) dan
menjadi perniagaan berlandaskan internet ketiga terbesar di Amerika Syarikat setelah
Google dan Amazon.
Laluan kejayaan Facebook meningkat stabil pada tahun 2009. Jumlah pengunjung
Facebook mengalahkan Google pada 13 March 2010.
Tahun-tahun berikutnya tidak begitu berjaya kepada Facebook. Ini adalah disebabkan
Facebook mengalami kerugian sehingga pada paras Facebook harus menjual saham-
sahamnya untuk mengembalikan aliran pendapatan ke arah positif.
Tetapi walaupun begitu, Facebook terus berkembang hingga di tahun 2009 Facebook
mulai berhasil meningkatkan pendapatannya kembali ke angka yang positif.

Page | 19

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Pada bulan March 2011, facebook melaporkan bahawa mereka memadamkan sekitar
20.000 akaun profil dari aplikasi ini setiap harinya kerana pelbagai alasan termasuklah
pengisian yang lambat, spam dan pengguna di bawah umur.
Statistik pada DoubleClick memperlihatkan bahawa Facebook berjaya meraih satu
trilion lawatan oleh natizen di halaman aplikasinya pada bulan Jun 2011. Ini
menjadikannya (Facebook) sebagai aplikasi web yang paling ramai dikunjungi.
Menurut kajian Nielsen Media Research yang diedarkan pada Desember 2011, di
Amerika Syarikat, Facebook merupakan aplikasi web kedua paling banyak diakses.
Pada tahun 2012, Facebook membeli Instagram dengan harga 1 Milion US Dolar. Pada
tahun tersebut juga, Mark Zuckerberg berjaya mendapatkan pemilikan sahamnya di
Facebook kepada 22%.

Page | 20

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

TAHUN 2013: BERSAING DENGAN GOOGLE
Pada Januari 2013, Facebook memperkenalkan Pencarian Graph yang membolehkan
pengguna mencari apa yang mereka perlukan berdasarkan pada teman dan kaitan
antara mereka.
Ciri-ciri ini memperbolehkan kita untuk mencari data yang diberikan oleh teman untuk
melihat perkara-perkara menarik bagi kita, seperti restoran, musik dan sebagainya. Ini
adalah usaha pertama Facebook untuk benar-benar bersaing dengan Google dalam hal
search engine.
FILM MENGENAI SEJARAH FACEBOOK
Pada 2010, Facebook terus berkembang dan memunculkan berbagai macam teknologi
hingga akhirnya dibuatlah film dokumentasi tentang Facebook dengan judul "The Social
Network" oleh David Fischer, yang mengisahkan tentang asal mula Facebook dan kisah
hidup dari pengasasnya (Mark Zuckerberg).

Pada 17 Mei 2012 Facebook mengadakan penawaran umum perdana dengan harga
awal saham $38 per helai, sehingga nilai perniagaan mencapai $104 juta. Nilai tersebut
menjadikan Facebook sebagai perniagaan umum baru terbesar sepanjang sejarah.

Page | 21

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Setelah IPO (Initial Public Offering), Mark memperoleh 22% saham Facebook dan 57%
hak suara. IPO ini berhasil menggalas $16 juta dan menjadikan IPO ini yang terbesar
ketiga dalam sejarah Amerika.

Page | 22

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

BAB 4 : BEZA FB PERSONAL DAN FB PAGE (FANPAGE)

Page | 23

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

KELEBIHAN FB PERSONAL
Beza Facebook profile dan Facebook Page

 Facebook Profile adalah akaun Facebook milik individu yang dipakai setiap kali
berkomunikasi dengan rakan facebook lain

 Facebook Profile berisi data peribadi kita dan rakan Facebook yang lain, yang
digunakan sebagai media berinteraksi dengan pengguna facebook lainnya.

 MEWAKILI PERSENDIRIAN ATAU INDIVIDU
Kita menggunakan Facebook Personal atau Facebook Profile untuk membawa
nama kita sendiri, Personal Branding. Bukan Company Branding.

 FRIENDLIST LEBIH JELAS NAMPAK
Mudah untuk mendapatkan organic reach

 LEBIH MESRA ATAU FRIENDLY
Kelihatan lebih mesra atau “Friendly” dengan “Friendlist” kita. Walau bagaimana
bergantung bagaimana peramahnya kita ketika bersosial dan yang dimohon jadi
rakan dikenali oleh kita.

Page | 24

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

 PERSONAL BRANDING CEPAT NAIK.
Nama kita mudah naik dan mudah dikenali, jika post kita menarik, memberi
insipirasi, tips dan motivasi. Namun kita perlu konsisten.

 PENULISAN PENCERITAAN EFEKTIF (EFFECTIVE STORY TELLING)
Jika kita rajin menulis dalam bentuk bercerita (story telling) personal FB kita akan
cepat naik. Cerita haruslah cerita benar, kerisauan yang mungkin berlaku atau
telah terjadi kepada orang lain untuk dijadikan iktibar.

 MENGUMPUL FRIENDS/FOLLOWERS
Di Personal Fb kita mengumpul “Friends” dan juga “Followers”, berbeza dengan
Fanpage (FB Page), kita mengumpul fans.. Walaupun nama berbeza, konsepnya
adalah sama.

 MUDAH VIRAL
Tulisan berbentuk bercerita atau story telling dari Fb personal lebih mudah viral
dan tersebar

 DIREKA KHAS CONNECT FRIENDS/FOLLOWERS
Konsep Fb Personal adalah utk personal, bukan berniaga. Ia direka untuk
bersantai atau berhubung dengan rakan-rakan atau pengikut kita.

KEKURANGAN MENGGUNAKAN FACEBOOK PERSONAL ATAU FB PROFILE

 TIADA TOOLS
Kita tiada Tools Marketing atau Data Insight tentang rakan dan pengikut kita.

 TIDAK PROFESIONAL DAN HANYA 5% FRIEND KITA BOLEH MELIHAT
POSTING KITA BUAT
Fb Personal dikhususkan untuk bersantai dan bukan berniaga. Oleh itu
menggunakan platform untuk berniaga yang merupakan ‘Hard topic’ (topik berat)
tidak begitu sesuai dan tidak begitu profesional. Ini mungkin menyebabkan
Friend menghindari kita. Untuk makluman, kini FB menghadkan hanya 5%
daripada Friend terawal dapat melihat posting kita.

Page | 25

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

 TAK BOLEH HARDSELL
Hardsell boleh menyebabkan kita kehilangan rakan atau Friend kerana sikap
pengguna FB Personal atau FB Profile adalah bersantai di media sosial bukan
berniaga.

 JUMLAH FRIEND YANG TERHAD
Maksimum Friends untuk FB Personal atau Profile adalah 5000 Frends sahaja.

 TIDAK BOLEH BUAT IKLAN FACEBOOK (FACEBOOK ADVERTISING-FB
ADS)
Posting di Fanpage (FB Page) sahaja dibenarkan membuat FB ADS

 POTENSI FACEBOOK PERSONAL DI GANTUNG ATAU DI DISABLED
Adalah melanggar Facebook’s Terms of Service jika terlalu SPAM atau Hardsell
di Group,terlalu kerap membuat contest. Jika ada pengguna melaporkan kepada
FB dan kita berpotensi utk kehilangan facebook personal kita.

 TAK BOLEH PROMOTE BISNES
Jika kita terlalu kerap mempromosi perniagaan dan menjual di facebook, kita
akaun FB Personal atau Profail kita mungkin berpotensi ditukarkan kepada
Fanpage (FB Page).

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN MENGGUNAKAN FB PAGE ATAU FANPAGE
FANPAGE

KELEBIHAN FB PAGE
 MEWAKILI SYARIKAT (COMPANY)/JENAMA (BRAND)
Kita menggunakan Fanpage untuk membawakan imej syarikat (company)dan
brand kita. Ini akan kelihatan lebih meyakinkan.

Page | 26

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

 POSTING DILIHAT 100% OLEH SEMUA FAN DI FB PAGE
Tidak seperti di FB Personal, posting kita hanya dilihat oleh 5% Friends yang
terawal berbanding dengan 100% Fan di FB Page. Ubahsuai terbaru ini
dilakukan oleh FB untuk menggalakkan penggunaan FB untuk
bersosial di FB Personal dan berniaga di FB Page.

 PENGIKUT TANPA HAD (UNLIMITED FOLLOWERS)
Tiada had hinggalah jutaan Fans. Lebih ramai Fans lebih berkeyakinan Fans lain
berurusan dengan kita

 DIBENARKAN MEMBUAT FB ADVERTISING (FbADS)
Proses pertama perlu ada FB Personal (FB Profile). Setelah ada FB Profile
barulah kita boleh membuat FB Page. Ibarat, Sabah dahulu perlu wujud barulah
wujud ibu negeri Kota Kinabalu.
Iklan FB ADS hanya boleh dibuat di FB Page atau FAN PAGE. Dengan ini kita
boleh dapatkan Audiens yg berkualiti dan Targeted(disasarkan).

 DIREKA KHAS UTK ARTIS/BRAND/BUSINESS.
Direka khas utk berinteraksi dengan fans.

 LONG-TERM BISNES
Wajib buat fanpage kalau serius hendak berniaga.

 DATA-DATA PAGE INSIGHT
Hanya fanpage sahaja yang mmpunyai data-data tentang Fans kita- Nama,
Jantina,Umur, Lokasi, Minat dan sebagainya

 TIMING POSTING.
Kita juga boleh mengetahui waktu paling sesuai dan paling banyak permintaan
untuk melakukan posting.

 TOOLS YANG UNIK.
FB ADS menyediakan pelbagai tools marketing dan tools fbads yg ada untuk
kita mengembangkan lagi perniagaan kita

 LEBIH MEYAKINKAN DAN PROFESIONAL
Pengguna FB akan nampak lebih yakin jika berurusan dengan mereka melalui
fanpage daripada personal fb. Pengguna FB Page biasanya pengguna yang
serius untuk berniaga.

Page | 27

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

 BOLEH HARDSELL..
Di fanpage membuat hardsell adalah dibenarkan berbanding Fb personal
dilarang.

 PLATFORM “KEDAI” ALAM MAYA
Berniaga di FB tanpa FB Page ibarat mempunyai mancis tanpa rokok. Wajib
membuat fanpage untuk gambaran kedai dan imej perniaagaan kita di alam
maya.

KEKURANGAN FANPAGE
 ORGANIC REACH MENURUN
Pada 4-5 tahun lalu, organic reach adalah 100%, selepas itu menurun sehingga
20%, terkini 10% dan ke bawah.
 LAMBAT RESPONS UNTUK PERMULAAN
Proses permulaan memang perlukan persiapan mental yang kuat, posting-
posting kita agak sukar mendapat respons(tindak balas)
 SUSAH DAPAT FANS..
Perlu Like Marketing dan Content yang berkualiti
 AMBIL MASA UNTUK BRANDING & POSITIONING
Teknik kena banyak, copywriting kena menarik untuk pantaskan masa branding
dan positioning.

Bagaimana Pula Dengan Fb Page?
FB Page atau Facebook Fanpage merupakan laman rasmi untuk anda lakukan aktiviti
perniagaan anda, branding atau informasi/tips buat pengikut anda. Berbeza dengan FB
profile, anda boleh lakukan pelbagai perkara antaranya ialah melakukan iklan berbayar
di FB Page. Menarik pengikut untuk LIKE page anda dan kemudian FOLLOW dan
menerima NOTIS dari FB PAGE anda adalah kelebihan yang lebih besar berbanding
FB Personal.

Page | 28

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Kelebihan Berniaga Melalui Fb Page
1. Kita dapat melakukan hard selling walaupun begitu tips bagi meningkatkan
folllower seeloknya anda harus lakukan kedua jenis selling iaitu hard dan soft
selling. Sertakan juga tips dan panduan bagi Niche (Keperluan) produk jualan
kita.

2. FB Page mempunyai banyak fungsi bagi meningkatkan jualan kita seperti contoh,
fungsi iklan berbayar (FB ADS), Boost Post (Berbayar), Event, Offer, Shop dan
About (kita boleh paparkan dan masukkan informasi berkaitan produk/kedai anda)

3. Menerima review daripada pelanggan dari kedai anda atau pelanggan yang
pernah menggunakan produk jualan kita.

4. Mencapai ribuan ke jutaan followers hanya dari sebuah FB Page.

5. Bina Engagement atau Tribe dengan bina group FB dan dilinkkan ke akaun FB
Page kita.

6. Linkkan FB page ke akaun Instagram dan dapat memantau juga aktiviti dari
instagram melalui FB Page kita.

7. Bina quick chat atau robot chat sebagai pengganti diri kita dan memudahkan
close sale berlaku dengan pantas tanpa kehadiran kita atau kelewatan kita
menjawab soalan dari pelanggan FB Page kita

8. Dapat menggunakan pelbagai tools berkaitan pemasaran di Facebook sebagai
contoh Auto reply, Sedut Database pelanggan, Auto Komen dan banyak lagi
tools atau plugin yang boleh kita cuba.

Page | 29

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Oleh sebab itu, adalah merugikan jika kita masih belum mempunyai sebarang FB Page
jika kita merupakan seorang peniaga. Tidak kiralah kita berniaga secara online atau
offline.

Oleh sebab itulah, tersangat rugi dan ketinggalan jika anda tidak memaksimakan sebaik
mungkin akaun facebook kita sebagai seorang peniaga. Mulalah bina sebuah FB Page
untuk diri kita dan produk jualan kita dan sharekan kepada seluruh rakan kita akan
kewujudan akaun Facebook Page kita :)

APA PERBEZAAN PROFILE, PAGES DAN GROUP FACEBOOK?
Facebook merupakan salah satu media sosial popular di kalangan masyarakat moden
dewasa ketika ini. Rangkaian sosial yang dicipta oleh Mark Zuckerberg tersebut
memiliki tiga ciri-ciri utama yang boleh dipilih oleh pengguna , iaitu halaman Facebook
Profil (profile), Facebook Page, Facebook Group,
Ketiga-tiga ciri-ciri Facebook tersebut sebenarnya memiliki fungsi dan tujuan yang
berbeza. Ini adalah kerana ramai pengguna FB tidak mampu memaksimalkan fungsi
ketiga jenis ciri-ciri FB tersebut.
Jadi apa perbezaan pages, groups, dan profile di Facebook? Berikut penjelasannya
seperti ditakrifkan Mashable.com

1. Facebook Profile
Ciri-ciri profil diperuntukkan bagi individu dan bukan untuk fungsi komersil. Dengan
profil, pengguna Facebook bisa berbagi status, foto, video, bahkan tautan page di
Newsfeed. Pengguna juga mampu menambah teman chatting dan berbincang
secara daring dengan teman-teman yang mereka inginkan.

2. Facebook Page
Facebook Page berfungsi sebagai lini masa (time line) untuk organisasi, perniagaan,
mereka dan pemimpin masyarakat. Serupa dengan profil, pemilik halaman dapat
memposting cerita, menambahkan foto sampul, host acara dan banyak lagi. Mereka
yang memiliki "menyukai" Halaman akan melihat update Page di Feed Berita mereka.

Page | 30

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Siapapun dapat membuat Facebook Page, tetapi hanya perwakilan rasmi dapat
membuat dan mengendali Halaman untuk sebuah organisasi, perniagaan, mereka atau
pemimpin masyarakat. Untuk membuat Halaman, semua yang kita perlukan adalah
profil Facebook.
Profil pemilik dapat mengendali beberapa Pages, dan pencipta Halaman dapat
memberikan keizinan bagi orang lain untuk menjadi administrator untuk membantu
mengendali Page.(Page Role)

3. Facebook Group
Ketika ini, lebih dari 500 juta orang menggunakan Facebook Group setiap bulan, dan
ribuan kelompok dibuat setiap hari. Seperti forum perbincangan, FB Group
memungkinkan ahli group berkongsi foto, link, update dan banyak lagi.
Facebook Group yang besar untuk menghubungkan keluarga, teman sebaya, tim
sepasukan, rekan kerja atau orang-orang dengan kepentingan bersama. Anggota dapat
bertanya dan menjawab pertanyaan, posting tentang peristiwa atau soal pekerjaan dan
mengikuti percakapan tentang topik yang menarik bagi mereka. Selain itu, Facebook
Group memungkinkan kita untuk mengirim pesanan messenger terus ke kotak
messenger.
Facebook Group memiliki tiga jenis privasi yang boleh dipilih, iaitu public,
closed, dan secret.
Gabungan Facebook Page dan Facebook Ads mampu mencipta Strategi
Perniagaan:

i)Mengetahui SASARAN dengan JELAS.
ii)Bagaimana mencari POSISI yang BETUL
iii)Mencari NADA yang betul sebelum menekan butang “ CREATE PAGE”

Kelebihan Memiliki Fans di Facebook Page
1. Jumlah Fans tidak terhad berbanding Facebook Profile terhad kepada 5000
Friend
2. Memisahkan Konten Bisnes dan Peribadi

Page | 31

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

 Usahawan Internet yang professional memisahkan konten peribadi dan
perniagaan.

3. Fanpage di Facebook Page didaftarkan di Search Engine
 Prospek mudah memperolehi maklumat seller yang memiliki fanpage di
search engine.

4. Kelebihan men-TAG
 Memiliki Fanpage membolehkan pengguna Facebook dan seller men-
TAG suatu bisnes

5. Kesan Profesional
 Fanpage tidak menyentuh kehidupan peribadi dan ini memberi tumpuan
sepenuhnya kepada bisnes

Bagaimana Membina Facebook Page Dengan Enam (6) Langkah:
 Langkah 1: Bina Page dalam Facebook
Klik ‘Create Page’ di dalam Facebook Profile
 Pilih Kategori yang bersesuaian:
 Local Bisnes or Place
 Company, Organization or Institution
 Brand or Product
 Artist, Band, or Public Figure
 Entertainment
 Cause or Community
 Jika seller adalah peniaga yang mempunyai kedai, pilih
Local Bisnes or Place

 Langkah 2: Masukkan Maklumat Perniagaan
 Untuk lengkapkan page perlu maklumkan maklumat perniagaan, termasuklah:
 Name: Your business name

Page | 32

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

 Page Category: Ada beberapa kategori. Pilih yang berkaitan dengan bisnes.
 Address: Setepat yang boleh agar prospek dapat mencari kedai dengan

mudah.
 Phone Number: Masukkan nombor telefon supaya prospek boleh menelefon

 Langkah 3: Upload gambar Profile dan Cover Photo
 Pilih profile gambar yang menarik orang ramai masuk ke page. Samada:
 Samada guna gambar produk Nampak SEDAP (Restoran). Potongan
rambut yang menarik (Saloon) atau Senyuman yang menarik (dentist)
 Cover photo juga mesti dipaparkan menarik dan mewakili bisnes (828 X
315 pixels)

 Langkah 4: Jemput rakan LIKE Page
 Selepas mengupload gambar akan muncul suatu kolum untuk menjemput
kawan
 Jemput seramai yang boleh

 Langkah 5: Maklumat Tambahan Perniagaan
 Dalam pertengahan FB Page akan ada Ucapan Selamat Datang Banner
dengan TIPS untuk menambahkbaik page anda.
 Klik “See All Page Tips,” dan isikan sebanyak mungkin maklumat
diperlukan.
 Dicadangkan untuk bekalkan maklumat terperinci di bawah mengenai
bisnes page anda:
 Maklumat Ringkas – Bekalkan ringkasan mengenai bisnes, eg: (e.g.
KK beauty salon specializing in haircuts, styles, and updos)
 Masa Berniaga

Page | 33

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

 Langkah 6:
 ls Maklumat Tambahan Perniagaan
 Username – Muncul pada hujung URL Facebook
(facebook.com/mynewbusiness). Guna nama ringkas untuk mudahkan
prospek mencari nama tersebut
 Link Website Link – Tambah URL website URL supaya prospek boleh
melawat site terus dari Facebook
 Wujudkan Group – Wujudkan suatu ruang di mana pelanggan boleh
berhubung satu sama lain dan berbincang dengan product dan
perkhidmatan ditawarkan

Page | 34

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

BAB 5 : FACEBOOK ADVERTISING ATAU FB ADS

Takrifan dan Fungsinya
Fungsi FB ADS adalah singkatan bagi Facebook Advertising atau Kempen (Page Like
atau Post Engagement) berbayar supaya lebih ramai orang nampak Page atau Post
kita.
Iklan ini boleh dilihat samada mereka Friend atau bukan dalam senarai Friend kita. Ini
tertakluk kepada pilihan sasaran audien yang dipilih oleh kita mengikut Jantina, Umur
dan Lokasi yang kita pilih.
Kempen kita samada Kempen Page Like atau Post Engagement boleh berkaitan dengan
produk jualan mahupun perkhidmatan yang kita tawarkan. Walau bagaimanapun kempen
yang digalakkan ketika ini adalah menggunakan Kempen Post Engagement.

Kempen Post Engagement menjadi pilihan ramai peniaga online yang mengiklan dengan
Facebook Advertising (FB Ads) hari ini. Kempen Post Engagement yang baik mampu
menarik pengguna facebook menjadi prospek dan seterusnya pelanggan produk atau
perkhidmatan kita.

Ciri-ciri Kempen Post Engagement yang baik adalah mempunyai penceritaan (Storytelling)
mempunyai kisah benar tentang pengalaman diri sendiri atau orang lain. Penceritaan ini
biasanya menyentuh hati pembaca dan seolah-olah mereka terjebak (terlibat) di dalam
penceritaan tersebut melalui kisah silam mereka atau rakan mereka.

Storytelling ini menyebabkan si pembaca merasa ingin tahu cerita selanjutnya atau mahu
berkenalan dengan penulisnya dengan lebih dekat. Hati kecil mereka disentuh oleh penulis
melalui Post Engagement (ANDA) melalui kempen Post Engagement yang baik. Ini akan
menjalinkan hubungan silaturahim secara maya melalui komunikasi di kolum Post
Engagement reply. Jalinan hubungan inilah membawa kepada persahabatan secara maya
dan seterusnya menjadi rakaniaga atau pelanggan kepada produk atau perkhidmatan kita.

Page | 35

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Di dalam perniagaan, samada secara online atau offline kita harus membina persahabatan
terlebih dahulu. Persahabatan secara maya boleh terjalin jika kita menceritakan kisah benar
tentang peristiwa lepas yang berlaku kepada kita atau orang lain yang boleh diteladani atau
mengusik nostalgia. Urusniaga perniagaan datang selepas kita membina persahabatan.

Iklan-iklan Kempen Page Like dan Post Engagement berbayar dipaparkan pada tiga tempat.
Samada pada Desktop Newsfeed, Desktop Sidebar dan Mobile Newsfeed

Menarik mengenai FB ADS adalah pengiklan sendiri (kita) menentukan berapa kos
yang hendak dikeluarkan, katalah kita mempunyai bajet yang besar dan tahu potensi
produk jualan atau potensi perkhidmatan kita tawarkan. Jadi, kita boleh letakkan kos
sehari mengikut kemampuan kita. Walau bagaimanapun adalah dinasihatkan agar kita
memulakannya dengan kos serendah yang boleh, contohnya RM10 sehari atau RM30
untuk sepuluh hari. Mulakan dengan bajet yang rendah dahulu, dan tingkatkan bajet
berperingkat. Bila keuntungan dibuat barulah tingkatkan bajet iklan untuk tingkatkan
hasil jualan.
Sebelum kita terlibat dengan Facebook Advertising kita perlu memastikan kita telah
mengaktifkan perkhidmatan online banking kita dengan bank masing-masing. Untuk
Maybank, kita boleh mendail terus nombor 13008800 untuk online banking atau terus
sahaja ke bank berdekatan dengan membawa-kad bank dan buku bank (jika ada).
Urusniaga pembayaran cas pengiklanan FB Ads tidak terus dicaj oleh Facebook.
Setelah kita menggunakan khidmat FB Ads, jumlah caj penggunaan kita akan dipotong
terus daripada akaun kita secara online. Bil teperinci akan dipaparkan oleh Facebook di
ruangan Manage Ads

Page | 36

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Jumlah bayaran yang dikenakan oleh pihak Facebook adalah serendah RM0.01 sen untuk
setiap trafik atau setiap pelawat yang diperolehi. Walau bagaimanapun, cas serendah itu
hanya diperolehi jika kita berjaya memenuhi beberapa kriteria tertentu mengikut kempen
yang kita buat. Pada Modul 9 (Rahsia dan Teknik Kira Kos FB ADS), kita akan menyentuh
perkara ini dengan lebih mendalam.
Kenapa Mesti Menggunakan Fb Ads? Bukannya Iklan Radio atau Iklan Surat Khabar.

 Terdapat lebih 20 juta pengguna FB di Malaysia.
 FB mempunyai semua data maklumat mereka ketika mereka mendaftar akaun

FB.
 Maklumat ini terdiri termasuk Lokasi, Umur, Jantina, Minat, Latarbelakang

Pendidikan dan Telefon Bimbit
 Mengiklan dengan FB Ads ibarat mengarahkan FB membuat kerja untuk kita

mengikut AUDIENCE (sasaran pelanggan) yang kita pilih.

Page | 37

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

 Penggunaan FB Ads adalah MUDAH, MURAH dan EFEKTIF berbanding
mempromosi mengunakan Akaun FB Persendirian dan cara konvesional yang
lain.

 Semua iklan FB Ads hanya boleh dibuat menggunakan FANPAGE
 FB ADS tidak boleh dibuat di FB Personal.

Bagaimana Kos Pembayaran Facebook Advertising (FB Ads)?
 Bayaran minima dikenakan pihak FB bermula dari RM0.01 sen untuk satu trafik
atau setiap LIKE dari pelawat yang diperolehi
 Fakta Menarik FB ADS :
 Pengguna tentukan sendiri berapa kos iklan
 Pengguna boleh mulakan dengan RM8-RM10 sehari. (mulakan dengan
bajet rendah dahulu)
 Tingkatkan bajet kos iklan secara berperingkat.
 Jika bajet besar dan yakin potensi produk besar. Boleh letakkan kos
sehari RM200 ke RM300 dan seterusnya

Macamana kita kenal Post Berbayar FB Ads?
 Anda akan Nampak perkataan “Sponsored” di post tersebut.
(Bagi satu contoh imej)

Page | 38

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Jenis-jenis FB Ads yang popular?
a. Iklan Post Bergambar

Page | 39

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

b. Iklan Post Video

9. Di mana kita Nampak FB Ads di Facebook (Placement)?
i)Desktop News Feed Ads
ii)Right Column Ads
iii)Mobile Ads
iv)Instagram

Page | 40

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Page | 41

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Apa perlu kita ada untuk buat FB Ads?
a)Facebook Page
b)Debit Card/Credit Card/Online Banking untuk membuat bayaran

Asas Cara Buat Iklan di Facebook
 Pemilihan Matlamat Pengiklanan(Campaign Objective)

 Page Like

 Post Engagement

 Click To Website

 Website Converisons

Post Engagement sebagai Matlamat Kempen Pengiklanan (Campaign Objective)
 Matlamat kempen pengiklanan ini untuk mempromosi sesuatu post
di Fan Page

Page Like sebagai Matlamat Pengiklanan(Campaign Objective)
 Matlamat kempen pengiklanan adalah untuk mempromosi Fan
Page.
 Matlamat Kempen ini dipilih jika hendak mempromosi JENAMA
atau
 Meningkatkan jumlah “LIKES” di Fan Page.

Mengiklan di Facebook Advertising (FB ADS)
Untuk pengiklanan asas, kebiasaannya kami akan mengajar anda
matlamat pengiklanan Kempen PAGE LIKES.
Walau apapun jenis matlamat kempen yang kita pilih, cara membina iklan
adalah sama sahaja.

Page | 42

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Yang berbeza cuma matlamat dan beberapa pilihan berdasarkan
matlamat kita.
Contoh, jika kita memilih Page Likes, kita boleh pilih beberapa gambar
untuk iklan. Sementara jika memilih Post Engagement, sebarang
perkataaan Iklan pada tidakboleh ditukar.
Oleh itu,pilihan paling fleksibel pada permulaan adalah

 Kempen Page Like sekiranya bisnes kita ada di Fan Page
 Kempen Page Post Engagement sekiranya ingin mempromosi

sesuatu post di Fan Page.
a. Cara Buat Iklan Jenis:

i. Post Engagement
ii. Trafik
iii. Video Views
iv. Messenger dan,
v. Canvas
vi. Lead Ads

Page | 43

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

BAB 6: POST ENGAGEMENT SEBAGAI MATLAMAT PENGIKLANAN

POST ENGAGEMENT SEBAGAI MATLAMAT PENGIKLANAN
Timeline Newsfeed Facebook memiliki pergerakan sangat cepat dalam melihat posting
yang dibuat pengguna facebook. Dianggarkan kita cuma ada sekitar 10 peratus
kemungkinan Fans akan melihat post yang kita buat.

Page | 44

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Persepsi yang silap sering dilakukan oleh kita apabila FB ADS suka menekan Likes
pada page, kita selalu menganggap kita tidak perlu membuat posting pemasaran lagi
kepada mereka. Silap!
Jumlah Like pada Fanpage bermaksud ramai Friends merespon pada sebuah post jika
mereka melihatnya saja. Kita perlu melakukan Promote Post Engagement untuk
membuat follow up sales
Di dalam pemasaran internet, Post Engagement adalah salah satu pilihan yang amat
popular. Kita boleh memilih untuk membayar caj iklan untuk mendapatkan sejumlah
Fans bagi setiap posting.
Penambahan bajet iklan untuk Post Engagement akan memberikan kita peluang iklan
post engagement kita dilihat lebih ramai orang. Bajet yang kita letakkan dalam
mengiklan post engagement mempengaruhi kesan iklan tersebut. Bajet yang besar
membolehkan iklan tersebut dilihat lebih ramai orang dalam suatu jangkamasa.
1. Mempromosikan Post Baru Anda
Ketika kita menulis post terbaru atau ingin mengupload sebuah foto dan video kita akan
melihat satu tombola tau Button BOOST. Button Boost ini perlu ditekan untuk membuat
iklan post engagement.

Post Engagement perlu dimulakan dengan bahan bermaklumat, membuat pembaca
kagum, ada unsur penceritaan (storytelling) yang telus dan benar. Jika kita bersukan,
proses pertama menulis perenggan post engagement kita anggap sebagai akiviti

Page | 45

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

memanaskan badan. Kita tidak harus terus bersukan atau terus berniaga tanpa
membuat warm up.
Dalam ayat post engagement kita harus ada daya penarik dan berterus terang yang
membuat pembaca kagum dengan kejujuran dan niat ikhlas kita. Suasana ini akan
mewujudkan kepercayaan mereka terhadap kita. Keyakinan sedemikian akan
membawa kepada hubungan alam maya yang akrab. Kepercayaan kepada kita
bermaksud kepercayaan kepada produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.
Apabila kepercayaaan ini wujud, barulah kita berniaga. Ayat-ayatnya yang dipilih ketika
membuat posting perniagaan harus berpijak di bumi yang nyata. Harus jujur dan
berterus terang dan jangan terlalu memaksa pembaca.

2. Pilihlah Kos Promote Post Paling Rendah
Kita harus melihat berapa peruntukan kewangan yang kita mampu. Semakin tinggi kos
kita gunakan dalam bajet pengiklan semakin ramai dapat melihat iklan dalam masa
yang ditetapkan. Walau bagaimanapun kita harus mengawal bajet iklan ini kepada bajet
yang realisitik. Pada kebiasaannya kita akan memasang dua buah iklan dengan
mungkin post engagement yang sama tetapi imej atau video latar yang berbeza. Ini
adalah untuk mendapatkan split test di antara dua buah iklan tersebut dan memilih iklan
termurah yang mencapai reach yang paling luas.
3. Publish Post Dengan URL dan Call To Action
Lengkapkan Post dengan Call To Action untuk menyokong post tersebut apabila
pembaca ingin bertindak untuk membuat pertanyaan lanjut atau membuat pembelian.

Iklan Post Engagement berbayar akan tertera perkataan SPONSORED pada sebelah
kiri atas posting. Kita juga mampu melihat berapa Likes yang telah diperolehi yang
direkodkan disebelah bawah posting.

Page | 46

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Pada kebiasaan iklan sedemikian harus dilakukan atau diulang sehingga seminggu.
Iklan posting ini akan bergerak secara otomatik mengikut arahan yang telah kita berikan.
Adalah menjadi tabiat manusia hanya akan terpengaruh dengan sesuatu terutama iklan
selepas tujuh hingga Sembilan kali iklan tersebut terpampang di hadapan mata mereka.
4. Growth Hack: Promote Lagi Post yang Sudah Pernah Anda Posting (Re-Post)
Sekiranya split test dilakukan dan kita mendapati iklan A memiliki post dengan statistik
yang menarik, misalnya jumlah Comment dan Like paling banyak. Atau konversi click
terhadap link (CPC) produk kita yang paling besar. Iklan A yang menang ini harus
direpost dengan hanya membuat pertukaran miniman (jika perlu). Contoh penukaran
gambar.
Konten Facebook Post Engagement yang berkualiti memiliki konten yang akan
mendorong pembaca memberikan Like dan Komentar.
Kesimpulannya, lakukan iklan awal dengan budget minima. Iaitu untuk menguji iklan A
atau B yang mendapat perhatian. Setelah itu, iklan tersebut diduplikasi dan kita
menambah bajet yang sesuai budget pada iklan terbaru itu.

Page | 47

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Engagement atau Like: Mana yang Bekerja Lebih Baik untuk Facebook?
Ada suatu masa ketika page dengan jumlah fans atau like tertinggi dianggap menjadi
sebuah page yang sukses. Tapi apakah itu berlaku untuk saat ini?
Like selalu dianggap sebagai ukuran utama untuk menilai kejayaan suatu page. Tetapi,
seiring dengan perubahan waktu, engagement telah mengambil alih ukuran kejayaan ini
Ketika ini, lebih penting untuk mengukur tingkat engagement daripada like. Pastikan
perniagaan kita sudah menyasarkan dengan jelas siapa sasaran yang yang diinginkan.
Tiap konten perlu dipost seperti apa yang ingin pembaca inginkan

Kenapa Engagement dan Bukan Like?
Sosial media adalah mengenai Fans atau Audiens kita. Tiada gunanya memiliki ribuan
Fans tetapi mereka tidak dilibatkan. Fans sedemikian hanya sekadar bilangan jumlah
dan tidak memberikan sumbangan terhadap FB Page kita atau dengan apa cara apa-
apapun.
Jika tidak wujud interaksi dalam di dalam FB Page, maka kita kehilangan permainan.
Konten page kita tidak menjangkau atau menyentuh Fans kita sedalam-dalamnya.
Kemungkinan Fans ini sekadar pelawat di page kita. Fokus kita adalah Fans yang
berkualiti daripada kuantiti. Untuk mendapat Fans yang berkualiti kita harus
memberikan post engagement yang berkualiti. Ini akan memastikan berlaku
perhubungan dua hala dalam bentuk komentar, reaksi dan sebagainya sesama kita
atau rakan-rakan natizen di media sosial.
Sekiranya kita memiliki Group Fans berjumlah sederhana atau kecil tetapi dengan
berinteraksi dengan aktif, maka mereka secara otomatik bekerja sebagai brand
Ambassador atau Influencer.
Mereka akan mempengaruhi orang lain menekan Like button kepada FB Page Kita.
Adakalanya mereka mengenakan arahan Tag rakan untuk sama-sama terlibat di dalam
page tersebut.
Contohnya, jika seorang Fans membuat komentar terhadap post, men-Tag rakan
mereka atau membuat arahan Share terhadap post tersebut akan meningkatkan
jangkauan viral page kita.

Page | 48

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Penglibatan mereka (Fans) akan muncul di feeds mereka atau di page, dan ini akan
membuat kita dapat menjangkau ramai orang banyak pada satu-satu masa.
Oleh itu, meletakkan konten yang tepat di Fb page akan mendorong fans untuk terlibat
dengan brand atau perniagaan kita. Ini akan mendorong kepada kejayaan kepada
perniagaan online kita di media sosial.
Kepantasan Post Engagement menjadi ukuran paling penting untuk menilai kejayaan
sebuah page. Kesimpulannya bilangan Like itu tidak penting. Adalah jauh lebih
memulakan dengan Post Engagement dengan mensasarkan Target Audiens yang tepat,
tertarik dengan branding kita dan perniagaan kita.

Bagaimana Engagement Bekerja?
Beberapa ketika dahulu facebook memperkenalkan ‘Talking about this’ untuk mengukur
‘stories’ atau konten untuk user dipaparkan di facebook dan ditampilkan di ‘News feeds’
pengguna yang lain.

Bekerja di bidang sosial media memberi kita kesempatan untuk memberikan
pengalaman kepada pola yang berbeza. Bekerja untuk klien berbeza dan setiap klien
memberi Area yang berbeza pula untuk dijelajahi.

Kita harus menyasarkan Audiens yang tepat yang dan memberikan konten berkualiti
yang mendorong untuk membantu kita dalam meningkatkan engagement di FB page
dan mendapatkan fans baru melalui post, gambar, dan feed yang di share oleh fans.

Page | 49

VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)

Klien satu dari pesaingnya menunjukkan bagaimana jumlah fans yang lebih banyak
tidak bermaksud tinggi nilai engagementnya.
Kesimpulan daripada data tersebut memberikan gambaran jelas bahawa jumlah Fans
lebih bukan bererti nilai engagementnya lebih tinggi.
Fanpage 1 memliki lebih banyak jumlah fans dari fanpage 2 tapi tetapi Fanpage 2
berinteraksi di daripada Fanpage 1. Post Engagement harus dijadikan sebagai
kekuatan sesuatu page melalui post Engagement yang padu dan menusuk hati
pembaca.
Tiga Campaign Objective Facebook Ads: Page Post Engagement (PPE), Click to
Website (CTW), dan Website Conversion (WC)
Artikel ini hanya akan membuat perkongsian tentang salah satu tiga campaign objective
dari Facebook Ads iaitu Page Post Engagement (PPE) untuk focus yang lebih baik
dan mengelakkan lambakkan info yang membuat pembaca keliru.
Iklan PPE cenderung lebih murah berbanding campaign yang lain.
Dalam menjalankan iklan facebook, kita perlu memilih objektf tif untuk Campaign kita

Page | 50


Click to View FlipBook Version