VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Page Post Engagement (PPE)
Sesuai namanya, PPE Ad digunakan untuk meningkatkan engagement di page post
kita
Jika anda memilih PPE sebagai campaign objective, maka kita meminta Facebook
untuk mencari Audience yang cenderung melakukan engagement.
Engagement itu berupa Shares, Likes dan Comments di post Facebook.
Ketika kita membuat iklan ini, post yang kita iklankan cenderung akan mendapatkan
banyak interaksi.
Oleh itu, jika kita mau membuat post kita dan menjadi viral, kita telah menjayakan PPE
Ad. Viral kebiasaannya berlaku jika sekiranya konten post engagement kita berpijak di
bumi yang rata. Tiada cerita FAKE tetapi FACT. Konten memainkan pernan kepada
kejayaan sesuatu post engagement itu.
Page | 51
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
CONTOH POST ENGAGEMENT
TEMPAHAN PEMBELIAN BUKU LATIHAN UPSR 2017 TELAH DI BUKA.!!!!
Zaman dahulu, kita terpaksa berjalan kaki atau berbasikal untuk mencari soalan-soalan
ramalan atau latihan. Internet mungkin sudah wujud tetapi tertumpu di bandar besar
dan Facebook pun belum wujud lagi. Soalan latihan ni bukan lah percuma dan tidaklah
mahal tetapi wang pula bukan mudah dicari. Minta dengan ibu bapa, mereka pun sudah
cukup bekerja keras-segan bertanya dan tidak sampai hati! Berusahalah cari duit
sendiri, kumpul botol kosong, bersihkan dan jual kepada towkeh kat pekan. Kadang
ambil upah bersih kebun. Hasil duit tu digunakan untuk membeli salinan soalan latihan.
Harii ini zaman dot com melanda kita, suka atau tidak, mahu atau tidak kita terpaksa
menerimanya. Sesiapa yang tidak ingin terlibat akan ketinggalan. Ada juga golongan
yang mengaitkan teknologi digital datang dengan budaya songsang yang
memesongkan disiplin dan iman seseorang serta keruntuhan sesebuah institusi
keluarga. Secara peribadi saya melihat perkara itu berpunca dari diri kita sendiri.
Wujudnya kereta bermula dari ciptaan Henry Ford bukan memfokuskan untuk
mewujudkan kemalangan jalan raya sebaliknya menyenangkan manusia sejagat.
Kemalangan jalan raya dan kematian bukanlah berpunca daripada idea ciptaan kereta
tetapi kelalaian manusia sendiri.
Kita di dalam dunia digital. Segala-galanya di hujung jari. Segalanya dipermudahkan
untuk anak-anak kita. Sekali klik semua terpampang di media sosial. Hari ini set Soalan
Latihan UPSR 2021 keluaran Berita Harian bakal keluar akan siap pada pertengahan
April ini. Bagi mendapatkan Buku Soalan Latihan UPSR ini tuan/puan perlu membuat
bayaran tempahan terlebih dahulu. Penghantaran akan dibuat sebaik sahaja stok
sampai pada pertengahan April 2021.
Semua soalan adalah yang terbaharu. Tiada soalan ulangan. Soalan yang dibina
Page | 52
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
menepati format baharu UPSR.
Ramai guru menggunakan Set SoalanLatihan UPSR BH sebagai latihan di sekolah.
Soalan dalam buku ini mempunyai tahap kesusahan hampir sama dengan soalan
UPSR.
Berminat!!!
Untuktempahan / pertanyaan
SilaWhatsappke 010XXXXXX
SilaWhatsappke 010XXXXXX
SilaWhatsappke 010XXXXXX
Atau
Jom whatsapp saya, klik terus di sini ->http://upsr.wasap.my/
# Stok adalah terhad
# Lengkap dengan jawapan
bukuupsr.wasap.my
bukuupsr.wasap.my
Page | 53
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
BAB 7: SPLIT TEST DALAM FB ADS
Apa Itu Split Test
Split Testing bertujuan mencari kos iklan paling rendah agar kos operasi menjadi
rendah. Kos iklan Fb Ads adalah merupakan di antara kos operasi yang mesti
kita tanggung untuk mengiklan perniagaan kita secara berterusan.
Di dalam pemasaran pengiklanan adalah satu cara untuk meningkatkan jualan.
Page | 54
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Peniaga tradisional terbiasa dengan cara pemasaran MENUNGGU
PELANGGAN (WAITING FOR CLIENT) yang WALK-IN. Pengiklan terbaik
yang mereka lakukan adalah dengan menggunakan Iklan Mulut atau digelar juga
Iklan Membawang (Word Of Mouth). Iklan seperti ini kurang berkesan dan
lambat mendatangkan kesan. Ini memberikan kesan terhadap perkembangan
perniagaan. Ramai peniaga yang mengamalkan iklan Word of Mouth (iklan
mulut) perniagaan mereka tidak bertahan lama dan akhirnya gulung tikar.
Ada juga peniaga menggunakan iklan banner dan kertas. Walau bagaimanapun
iklan seperti ini hanya dilihat oleh penduduk yang lalu di kawasan kertas iklan
atau banner ini dipaparkan.
Iklan radio dan suratkhabar sangat popular kepada peniaga yang
berkemampuan suatu ketika dahulu. Kosnya sangat tinggi daripada ratusan
hingga ribuan ringgit mengikut jangkamasa dan size iklan. Namun, kehadiran
facebook menyebabkan peniaga beralih kepada iklan FB Ads.
Ada peniaga dan pengguna FB berjinak-jinak dengan mengiklankan perniagaan
mereka di facebook akaun mereka.Tindakan ini sebenarnya boleh mengundang
tindakan pembekuan akaun oleh pihak Facebook atau post iklan di akaun
peribadi akan dibuang (di delete) oleh mereka (FB). Ini menyalahi undang-
undang Facebook, akaun Facebook Profile (Peribadi) bertujuan untuk bersosial
sahaja, bukan perniagaan.
Untuk tujuan perniagaan, pengguna Facebook diwajibkan menggunakan
Facebook Page. Kelebihan ketara FB Page adalah Fan tiada had, tidak seperti
5000 Friends sahaja di Profile (Peribadi). Dan hanya dengan menggunakan FB
Page, tools FB Ads boleh digunakan.
Meskipun iklan FB atau FB Ads dikatakan murah. Kita sebagai peniaga online
mahupun offline sentiasa ingin mendapatkan kos yang paling murah tetapi kesan
yang paling optima.
Page | 55
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Oleh itu, di antara usaha untuk mengurangkan kos operasi dalam iklan FB (FB
Ads) misalnya, Split Testing (Split Test) dijalankan.
Cara Buat Split Test Untuk Facebook Ads
Cara melakukan ‘split test' adalah dengan membuat beberapa variasi Ads Set
dan Ads, lepas tu kita bandingkan prestasi setiap satu.
Kalau di peringkat Ads Set, kita boleh cuba setting yang berbeza untuk:
1. Audience Targeting
2. Placement
3. Bidding @ Optimization
Kalau di peringkat Ads (iklan), kita boleh cuba variasikan:
1. Gambar
2. Headline
3. Copywriting
Biasanya proses ini akan dijalankan selama beberapa hari; lagi lama lagi bagus.
Tapi kalau nak cepat, 3 hari pun dah kira ok.
Selepas tempoh tersebut, kita akan pilih mana satu iklan yang menunjukkan prestasi
terbaik dari Return on Investment (ROI).
Page | 56
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Bagaimana Kos Split Test Dikira?
Kos untuk split test bergantung kepada apa iklan yang kita hendak test.
Kalau ingin test variasi iklan @ Ads yang berbeza, kos split test adalah budget yang kita
letak di bahagian ADS Set.
Kalau hendak test setting ADS Set yang berbeza, kos akan dikira berdasarkan setiap
Ads Set budget masing-masing.
Untuk ‘split test' ADS Set yang berbeza, setiap satu perlu menggunakan budget yang
sama.
Saya biasa mencadangkan untuk gunakan bajet dalam range RM10 ke RM30 untuk
setiap Ads Set dalam fasa split test.
Apabila menjumpai setting atau iklan yang paling power, baru naikkan bajet ke tahap
yang dirasakan berbaloi.
Anda Boleh Gunakan 5 Komponen Ini Untuk Buat “Split Test”
Split test ni biasanya kita buat mengikut 5 komponen ini, dan biasanya kita buat
menggunakan FB Ads. Caranya:
1) GAMBAR
Kita boleh split test gambar iklan. Perhati gambar dan iklan paling menarik perhatian
audiens..
“Bagaimana kita tahu respon gambar tersebut ok atau tidak?”
Cek CTR, gambar yang bagus ialah 10% ke atas. Click-Through-Rate (CTR)
bermaksud peratusan pengunjung yang membuat klik pada iklan FB Ads.
2) HEADLINE
Ubah ayat headline kita, itu adalah tajuk atau ayat pertama yang dilihat oleh audiens
kita. Kalau ayat kita menarik, pasti mendapat respons atau engagement. Jika tiada
respon, mungkin headline anda tidak begitu menarik.
3) CALL TO ACTION (CTA)
Page | 57
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Call to action, ayat yang digunakan untuk memberi arahan pada audiens untuk
membuat tindakan.
Periksa Cek juga CTA anda, adakah CTA anda betul-betul kuat? Ada SCARCITY? Ada
URGENCY? Ada OFFER? Periksa semula.
Scarcity adalah pujuk rayu yang digunakan untuk merangsang pengguna membeli
produk atau perkhidmatan yang ditawarkan disebabkan ia adalah terhad.
Sebagai contoh masa pembelian yang terhad atau bekalan yang terhad. Kelebihan
utama pujuk rayu ini menggalakkan pengguna untuk bertindak membuat pembelian.
4) PLACEMENT
Ada 3 jenis placement utama : Mobile, Dekstop dan Sidebar
Cuba gunakan semua placement yang ada. Perhatikan placement mana yang berkesan
untuk bisnes kita. Setiap placement tu ada kelebihan dan kekurangannya. Kalau anda
baru bermula dengan Fb Ads, disarankan guna kan Mobile Ads Placement dahulu.
5) AUDIENS
Perkara pertama ialah audiens, pastikan anda dapatkan audiens yg betul-betul targeted.
Kalau gambar saja menarik, ayat headline power, tetapi tidak targeted. Kesan iklan
tidak akan kemana. Ia mesti seimbang. Kenal pasti audiens anda semula. Inilah
Page | 58
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
sebahagian split test yg anda boleh gunakan dalam FB Ads. FB Ads hanyalah platform
marketing yang digunakan menarik trafik untuk menarik trafik untuk bisnes .
Sememangnya FB Ads adalah senjata marketing yang paling cepat, mudah, murah dan
pantas ketika ini. Tapi belum tentu sekali buat terus menjadi. Faktor lain disebutkan
diatas juga mempengaruhi. Perlu cuba dan cuba lagi. Practice Makes Perfect. Jangan
berhenti. Teruskan! Sehingga berjaya!
Page | 59
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
BAB 8: CARA KIRA ROI DAN MEMIILIH PRODUK
RETURN ON INVESTMENT (ROI)
Bab ini kita ada sedikit mengira. Kebiasaannya part mengira inilah kurang disukai.
Namun, apakan daya, tak kira tak untung. Jadi, untuk kurangkan stress kira mengira.
Bab ni kita akan buat sesempoi yang mungkin supaya semua pembaca tetap tenang di
posisi meskipun bertemankan nombor-nombor dan kalkulator di telefon bimbit.
Adalah lebih baik cuba berbincang dengan rakan untuk pemahaman yang lebih
mendalam. Tak payah meniru.
Kita perlu mengetahui berapa kita perolehi daripada pelaburan kita.
Pelaburan RM10 atau pelaburan RM1000 untuk Fb ads, berapa pula pulangannya?.
Page | 60
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
NOTA : PELABURAN = KOS IKLAN
ROI memang sangat penting! Sebelum memulakan Fb ads ni, fikirkan dahulu ROI
bukan terus buat ADS!
Kira terlebih dahulu ROI kita. ROI bakal menentukan untung bersih kita .
ROI wajib ditentukan dahulu semasa memilih produk untuk dijual di FB.
ROI banyak dipengaruhi oleh MARGIN UNTUNG PRODUK!
ROI SANGAT PENTING- AMBIL SERIUS
PEMILIHAN MARGIN UNTUNG PRODUK!
Tinggi margin, semakin tinggi potensi ROI nya..
Jom kira mengira. Kita di beri 2 pilihan produk. Produk A dan produk B.
PRODUK A
HARGA SEUNIT PRODUK RM300
ANDAIKAN MARGIN UNTUNG RM100
KOS ADS RM10
ROI=PROFIT - KOS IKLAN) / KOS IKLAN
=[RM100(3)-RM10] / 10 29
Kesimpulan, Pelaburan Iklan RM10 hasilkan pulangan 29 kali
ganda, iaitu untung RM290
PRODUK B RM30
HARGA SEUNIT PRODUK RM10
ANDAIKAN MARGIN UNTUNG RM10
KOS ADS
ROI=PROFIT - KOS IKLAN) / KOS IKLAN
Page | 61
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
=[RM10(3)-RM10] / 10 2
Kesimpulan, Pelaburan Iklan RM10 hasilkan pulangan 2 kali
ganda, iaitu untung RM20
Semakin tinggi MARGIN, semakin tinggi potensi ROI kita.
1) PENGUSAHA PERABOT, DENGAN MUDAH DAPAT ROI BESAR.
#Pelaburan iklan FB Ads RM100, memberi pulangan RM10k!
2) BROKER HARTANAH /PEMAJU
#Labur iklan RM1k sebulan, dapat jual lebih 10 biji rumah berharga RM300k
setiap satu. ROI? 3 angka !!!
#Pelaburan iklan FB Ads RM1000, Hartanah RM200k seunit terjual sebanyak 10
unit . ROI diperolehi adalah 3 angka.
3) Jual baju kurung, iklan RM100/sehari, tapi dapat 100 helai sehari, dengan margin
untung sehelai RM200. Berapa ROI nya? Tolong Kira?
HARGA SEUNIT PRODUK 100
ANDAIKAN MARGIN UNTUNG 200
KOS ADS 100
ROI=PROFIT - KOS IKLAN) / KOS IKLAN
=100(2)-100-100/100
HIGH MARGIN, HIGH ROI!
LOW MARGIN, LOW ROI!
FAQ, Ada tak cara tingkatkan margin kalau produk saya dah tetap harganya?
Jawapannya. Tak Boleh dan Boleh.
Page | 62
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Boleh dengan syarat kita kena kreatif dalam mencipta strategi pemasaran.
1) PAKEJKAN
Elakkan jual seunit. Jual 3 atau lebih unit dalam satu pakej.
Seorang pelajar ingin menjual sambal untuk pendapatan poket moneynya, Sebotol
berharga RM30. Margin sebotol ialah RM10.
Pembelian setiap unit setiap satu menyebabkan ROI nya RENDAH!
Setelah menerima cadangan. Pelajar tersebut mempakejkan sambalnya dengan satu
pakej untuk tiga botol. Diskaun diberikan untuk pembelian pakej 3 botol untuk satu
pakej dengan harga selepas diskaun RM85. Kesannya selepas sebulan jualannya
meningkat sehingga RM3K dengan kos iklan yang sama.
2) PILIHAN PAKEJ
Ada menjadi sikap pelanggan untuk melihat kepelbagaian atau mempunyai banyak
pilihan semasa memilih produk yang mereka inginkan. Kreativit kita dalam pemasaran
boleh membantu kita meningkatkan hasil jualan dengan mempelbagaikan satu produk
yang berkaitan satu sama lain.
Sebagai contoh, Sandra mengusahakan penjualan shampoo. Shampoo berharga
RM40. Untung bersih RM20. Agak rendah.
Persoalannya. Bagaimana untuk meningkatkan margin?
Jawapannya : Buat pakej pilihan, tambahan produk tapi berkaitan.
1) Pakej A : RM300 – shampoo + tonik rambut + gel antiklumumur
2) PAKEJ B : RM200 – Shampoo + tonik rambut
3) PAKEJ C : RM50 – Shampoo sahaja
Page | 63
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
3) JUAL BUNDLE/BULK DAN TARIK PEMBELI DATANG KE KEDAI
Kita perlu fokus jual pukal di facebook. Menjual dalam satu-satu unit, bukan setakat
memenatkan dan untung sedikit tetapi juga melahirkan benih-benih lemah semangat
yang boleh membawa kepada putus asa kepada mereka yang kurang tahan tukul.
Jika kita menjual kain bundle, sekali-sekala tawarkan belian borong dalam satu plastik
bag (tetapkan saiz) RM10/plastic khususnya pada bulan tua, 15hb-22hb setiap bulan.
Tarikh sebelum gaji.
Tawarkan juga, pembeli yang mengajak atau membawa rakan-rakan datang ke tempat
jualan akan mendapat free satu plastik pakaian bundle. Dengan syarat, pengunjung
membuat pembelian dan lebih daripada 3 orang. Dengan ini mereka akan datang
membeli dengan borong.
Bundlekan juga cadar, sarung bantal dan selimut supaya dibeli dalam pakej. Supaya
dibeli dengan banyak.
Peniaga online yang berpengalaman akan akan berusaha menaikkan ROI dengan
meningkatkan bajet iklan mereka.
Bajet naik, trafik semakin naik, dan potensi PROFIT semakin meningkat..
Itulah sebabnya, ada peniaga online membelanjakan RM500 Ads sehari. Ada RM1k
sehari! Ada RM5k sehari!
Mereka tahu, ROI awal mereka. Iklan mereka akan membawa kepada keuntungan.
Oleh itu, mereka menaikkan bajet.
BILA ROI TINGGI, BOLEH NAIK BAJET..
BILA BAJET NAIK, PELAWAT SEMAKIN BERTAMBAH..
DAN SUDAH PASTI NETT PROFITNYA JUGA AKAN SEMAKIN NAIK..
Sebenarnya ada lagi yang banyak mempengaruhi ROI selain daripada MARGIN
UNTUNG.
Ianya adalah CONVERSION. Kita akan bincangkan perkara ini nanti.
Page | 64
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
CARA MEMILIH PRODUK ONLINE
Tips Pemilihan Produk untuk yang baru bermula
1. Produk terdapat berdekatan dengan kawasan tempat tinggal
2. Mudah didapati dan bukan bermusim
3. Stoknya banyak
4. Produk Bernilai 5 Bintang dan Kos 1 Bintang (Murah)serta digilai wanita
5. Harganya jualnya tidak melebihi RM50 untuk yang baru bermula
PERLU TAHU MENGENAI
6. Produk dengan meluas
7. Permintaan di Pasaran (tinggi atau rendah)
8. Persaingan (persaingan kurang lebih bagus)
9. Sesuai dijual di Internet & tidak menyalahi undang-undang (eg: cd cetak rompak)
PERLU TAHU SIAPA PROSPEK
Siapa PROSPEK kita?
• BUTIRAN, Eg: Jantina, Umur, Kerja, Problem, Impian dsbnya.
Formula FOMAHD3G
• FAMILY : Married w@w/o children
• OCCUPATION : Govt Servant/Private
• MONETARY : Fixed Salary
• AGE : 30-70thn
• HEALTH : Darah Tinggi
• DREAM : Healthy
• GOLD : Happy Ever After
Page | 65
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
• GENDER : Man
• GADGET : PC/HP/iPhone
TEMPAT MENCARI PROSPEK
Google
Forum
Websites
FB Page
FB Profile
CHECK PAGE/WEB (Cari yang banyak komen)
Cari Kelebihan Mereka
Cari juga Kelemahan /Kekurangan mereka
Belajar Tips Pemasaran Mereka
Cari komen-komen
Catatkan Harga Jualan / Promosi
KELEBIHAN
Jumlah Likes
RM75/botol – contoh harga
Memutihkan kulit – Testimoni
Kesan pantas
Produk kemudiannya diperiksa permintaannya di pasaran dengan menggunakan
Google Trend
Page | 66
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
BAB 9: RAHSIA DAN TEKNIK KIRA KOS FB ADS
Teknik mengira Kos FB Ads
Sektika dahulu FB Ads sangat popular di kalangan peniaga online di Semenanjung.
Namun ia agak baru dan semakin digunakan di Sabah dan Sarawak. Di Kelantan,
majoriti penduduknya aktif berniaga. Mereka tidak pernah terlalu bergantung kepada
kerajaan untuk menentukan periuk mereka berasap atau tidak. Di sana Makcik Come
Lote jual bedak sejuk pun guna Fb Ads!
Ada banyak sebab kenapa kita harus guna Fb Ads. Dahulunya di Malaysia kita ada
dua alasan utama untuk menggunakannya. Hari ini sejak pandemik Covid-19 tercetus,
kita semua di Malaysia mempunyai tiga sebab utama untuk mesti terlibat di dalam
perniagaan online khususnya dengan platform Fb Ads.
1)Serangan pandemic Covid-19 atau Corona virus yang tidak menggalakkan pertemuan
bersemuka dan kempen bekerja dari rumah serta kita jaga kita.
2)Lebih dua per tiga penduduk Malaysia memiliki Facebook akaun.
3)Kosnya sangat MURAH berbanding iklan yang lain.
TETAPI…?
RAMAI YANG TIDAK TAHU CARA BETUL MENGGUNAKAN FB ADS! Betul kan?
Page | 67
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
FB Ads dahulu tidak seperti sekarang. Dahulunya FB Ads sedikit mengelirukan. Tetapi
setelah Facebook melakukan penambahbaikkan, butang Boost Post diwujudkan pada
post di Page kita. Ini membuatkan Fb Ads semakin mudah.
Facebook Sales Funnel
Sales Funnel Facebook direka untuk memenuhi minat pengguna dan mendorong
mereka sehingga membeli.
Sales Funnel Diagram
Ya, konsep pengiklanan paling asas adalah Sales Funnel. Apabila kita faham Sales
Funnel kita boleh guna apa sahaja alat marketing dengan berkesan.
Boleh guna SEO, boleh guna trafik Pasar Malam, boleh guna Facebook profile, boleh
guna Instagram, dan juga boleh guna Facebook Ads.
Wajib Faham: Sales Funnel ialah strategi, Facebook Ads adalah alat jalankan strategi.
Page | 68
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Ulangkaji balik tiga punca utama kenapa kita menggunakan FB Ads:
1) Reach dan 2) Murah dan 3) Strategi FB Ads adalah Sales Funnel.
Reach + Murah + Sales Funnel
Apabila kita faham tiga perkara tersebut, barulah kita ada asas kukuh untuk memahami
isu Bajet FB Ads ini.
Page | 69
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Soalan Cepumas Peniaga Online Usahawan Facebook Ads
Setiap usahawan online yang serius dan menggunakan FB Ads pasti bertanyakan
soalan ini: “Berapakah RM yang sepatutnya saya belanjakan untuk kempen FB Ads?”
Kita harus tahu LIMIT Ringgit paling tinggi sebelum kita mula buat kempen FB Ads kita.
Angka-angka yang kita belanjakan untuk iklan Facebook (FB Ads) dalam Ringgit
Malaysia harus kita fahami sebelum berbelanja membuta tuli.
Jika tidak, kita mungkin membelanjakan kos iklan facebook walaupun pada hakikatnya
jumlah yang kita belanjakan adalah melepasi tahap maksima dan kita mula kerugian.
Bajet marketing facebook ads kita perlu ada angka akhir dan menepati bajet untuk kita
mencipta untung. Iklan facebook mesti diteruskan namun angka perbelanjaan rasional
harus difahami. Kos ini harus dikawal dan bukanlah berterusan tanpa kawalan, kerana
iklan facebook bukanlah infiniti. Iklan FB juga berpijak di bumi yang nyata meskipun
berada di dunia digital. Limit bajet pasti ada.
Persoalan penting bukanlah dengan atau tanpa limit tetapi di manakah limitasinya?
Ringgit Malaysia 500 ratus? 1 ribu? 3 ribu? 5 ribu? 1 juta? BERAPA?
Jawapan umum: BERGANTUNG KEADAAN
Ia angka yang berbeza bagi semua orang. Ia bergantung kepada cara kempen
pengiklanan kita.
Untuk kita tahu BERAPA RM bajet FB Ads kita, kita harus tahu dan faham apakah
LIMITASI sebenar dunia facebook.
Limitasi Sebenar Dunia Facebook
Apakah tumpuan sebenar Facebook? Adakah Wang? Atau pasaran saham?
Selepas kita menyedari softpoint atau kelemahan facebook, barulah kita faham kenapa
Facebook Ads bertindak sedemikian rupa.
Softpoint Facebook sebenarnya adalah USER. User adalah kita sebagai pengguna
Facebook. Facebook sangat perlukan kita dan tunduk kepada USER, yakni KITA
Page | 70
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
(pengguna Facebook). Di Facebook bukan wang ringgit, advertiser, teknologi, jurutera ,
kakitangan mahupun Mark Zuckerberg terpenting tetapi USER.
Bagi Facebook Corp. atau lebih tepat lagi Mark Zuckerberg, USER adalah pembekal
‘oksigen’ membuat facebook terus bernafas dan bernyawa. Keaktifan kita (USER) di
Facebook adalah alasan kenapa Facebook terus wujud. Tanpa USER (pengguna
Facebook) Facebook ibarat kehilangan nyawa. Maka itulah alasan kenapa Facebook
mengilai dan memerlukan USER. Tanpa USER, siapalah Facebook.
Kesimpulannya, LIMITASI SEBENAR dalam dunia facebook adalah USER.
Lebih tepat lagi, JUMLAH USER.
Dalam konteks FB Ads, jumlah user itu disebut sebagai REACH.
Peniaga Online FB Ads pasti sangat kenal dengan REACH. Tetapi tidak ramai sedar
betapa REACH itu sebenarnya adalah limitasi yang paling penting kepada pengiklanan
kita.
REACH yang realistik mengikut kajian adalah di antara 800 000 sehingga 1 juta.
Jumlah REACH adalah limitasi pertama yang kita harus dapatkan untuk kita kira bajet
FB Ads kita.
Page | 71
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Limitasi Tersorok Facebook Ads
Apa pula limitasi yang kedua?
Limitasi yang kedua adalah limitasi yang tersorok dalam Facebook. Limitasi ini hasil
kajian terdahulu oleh behavioural scientist yang melihat perangai manusia dalam
membeli.
Kajian tersebut menunjukkan semakin kerap prospek melihat iklan, semakin tinggi
kemungkinan untuk mereka membeli. Kekerapan tersebut harus melebihi 9 kali, barulah
membuat prospek membeli sakan.
Paparan iklan di facebook sering kita lihat. Saya dan ramai lagi melihat limitasi ini. Tapi
kita tidak maklum atau mengetahui kajian yang dibuat oleh pakar. Oleh itu, kita tidak
mampu nampak angka tersebut-angka 9 kali. Alasan itu juga, menyebabkan ramai dari
kita tidak mampu mengira bajet sebenar kempen Fb Ads.
Kesimpulannya, dengan ulang tayang iklan kita kepada prospek sebanyak 9 kali, kita
akan dapat jumlah jualan paling maksimum.
Angka ini dalam paparan facebook ads namanya FREQUENCY.
Kesimpulan angka limitasi kedua dalam pengiraan bajet FB ADs adalah FREQUENCY.
Kita sudah mengenali REACH dan FREQUENCY. Ia adalah 2 angka penting. Angka-
angka lain adalah angka yang ‘obviously’ kita tahu berguna untuk dikira.
Page | 72
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
CARA MENGIRA BAJET.
Latihan 1: Bajet Marketing Jamu Melangsingkan Badan
Andaikan, harga produk ini adalah RM50 sebotol, dengan harga modal per botol adalah
RM 20 dan margin diperolehi adalah RM30.
Pendek kata, kita jual sebotol maka kita akan memperolehi untung RM30.
MARGIN = RM30.00
Maka kita pun cuba buat FB Ads. Kita setkan audience yang sesuai dengan sasaran
market kita. Contohnya, Perempuan umur 20 hingga 37 bekerja eksekutif di bandar-
bandar utama. Ini adalah kerana hanya perempuan yang paling sibuk melangsingkan
badan.
Hasil kita set audience tersebut, kita pun dihidangkan dengan jumlah audience
sebanyak 100 000 orang. Ini adalah angka REACH.
MAX REACH = 100 000 orang.
Untuk dapatkan angka seterusnya, kita perlu buat 1 iklan dahulu. Dengan bakat
copywriting kita, kita pun berjaya buat iklan yang kadar conversionnya agak ok.
Kita buat satu post yang cukup formula AIDA-nya beserta WASSAP ke nombor telefon
kita untuk kita close deal.
Definisi AIDA : –
A (Attention/Awarness) menarik perhatian prospek,
I (Interest) Meningkat minat prospek dengan menunjuk demonstrasi cirri-ciri,
kelebihan dan kepentingan.
D D-(Desire/Decision) Meyakinkan prospek bahawa mereka memerlukan
produk/perkhidmatan dan akan berpuashati sekira melanggannya
A (Action) Tindakan
Page | 73
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Lalu kita jalankan iklan tersebut selama 1 hari dengan bajet RM 10.
Hasilnya: kita reach 1000 user, ada 10 orang wassap dan 2 orang beli. Jadi angka
terkini adalah:
REACH = 1000 orang
PROSPEK = 10 (1% of REACH)
CUSTOMER = 2
CONVERSION = 2/10 * 100 = 20%
COST PER CUSTOMER (CPCust) = RM 10 / 2 = RM 5
Lihat pada CPCust di atas, RM 5. Ia bermaksud, untuk convert seorang customer
daripada 1000 reach, kita perlu keluarkan kos RM 5.
Itu angka paling penting!
MAKA, BAGAIMANA KITA MAHU TAHU BERAPAKAH TOTAL BAJET MARKETING KITA?
KITA KIRA MENGGUNAKAN MAX REACH:
MAX REACH = 100 000 orang
TOTAL PROSPEK = 1000 (1%)
TOTAL CUSTOMER = 1000 x 20% = 200 orang
CPCust = RM 5 / customer
TOTAL COST = RM 5 x 200 = RM 1000
Ya, itu sahaja kosnya: RM 1000 untuk jual sebanyak 200 botol kepada 200 customer.
Ya, maksimum kita boleh jual adalah 200 unit sahaja!
Ini sebenarnya cara yang agak panjang.
Cara kira yang lebih pendek di bawah:
MAX REACH = 100 000
1000 REACH = RM 10
100 000 REACH = (RM 100 000 / 1000) x 10 = RM 1000
Itu total cost.
Untuk dapat total unit, bahagikan sahaja total cost dengan CPCust:
RM 1000 / RM 5 = 200 unit
Ya, lebih pendek tetapi lebih sukar difahami. Sebab angkanya berbelit-belit.
Page | 74
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Next, kita sambung tutorial —>
Berapakah pula untung berdasarkan Margin sebelum ini?
200 x RM 30 = RM 6000
dan tolak dengan total cost (ads) per customer:
RM 6000 – RM 1000 = RM 5000
Itulah baki yang tinggal setelah kita habis jual kepada reach tadi.
TIDAK!
Kita masih belum HABIS jual!
Ingat lagi limitasi kedua yang penting di atas? iaitu FREQUENCY?
Ya, sebelum ini kita hanya kirakan dari limitasi pertama iaitu REACH. Dengan limitasi
kedua ini, kita akan betul-betul maksimakan keuntungan kita.
Namun, ulangan iklan sebanyak 9 kali pada medium facebook ads mungkin terlalu
tinggi. Daripada pengalaman nota bisnes, angka yang menjadi benchmark adalah: 7
kali. Dengan 7 kali ulangan, biasanya boleh convert hampir 3 hingga 4 kali ganda
daripada conversion pertama kali.
Jadi, CONVERSION asal adalah 20%. Dengan ulang 7 kali, total conversion BOLEH
meningkat hingga 60%. (Ya, ‘boleh’, sebab ianya berbeza-beza bergantung kepada
pelbagai faktor. 60% ni kita optimis sangat ni.)
Total prospek tetap sama: 1000 orang, tetapi kini conversion telah meningkat.
Jumlah Customer baru adalah: 1000 x 60% = 600 orang.
TETAPI, total cost BUKAN 600 x RM 5. Ini kerana apabila kita ULANG TAYANG iklan
kepada REACH yang sama, kosnya akan meningkat.
Kita ulang 7 kali, maka MAX REACH baru kita ialah:
MAX REACH = 100 000 x 7 = 700 000
dengan kiraan 1000 reach = RM 10, maka
Total COST = 700 000 / 1000 x 10 = RM 7000
Ya, itulah maksimum kos kita untuk ulang iklan hingga 7 kali.
Page | 75
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Berapa pula yang kita dapat?
RM MARGIN = 600 x RM30 = RM 18 000
Kita tolak pula dengan cost = RM 18 000 – RM 7 000 = RM 11 000
Jika kita kirakan pula CPCust yang baru: RM 7000 / 600 orang = RM 11.66 seorang.
Pendek kata, untung per produk setelah tolak duit iklan adalah RM 30 – RM 11.66 = RM
18.34.
Itu belum lagi tolak kos penghantaran, pembungkusan, gaji pembantu dan bil-bil yang
lain!
Nampak macam mahal kan?
Sebenarnya tidak! Mengapa ianya tidak mahal akan dikongsikan pada bahagian akhir
panduan ini nanti. Teruskan membaca!
Page | 76
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Latihan 2: Bajet Marketing Servis Cuci Rumah
Contoh Iklan Servis Cuci Rumah
Contoh kali ini adalah Servis Cuci Rumah. Pemilik perniagaan CUCI CUCI SDN. BHD.
ini menggunakan FB Ads untuk mencapai target market sekitar bandar mereka.
Andaikan setting target audience mereka adalah seperti berikut:
Perempuan berkahwin, umur 25 – 35 dan bekerja eksekutif dengan pendapatan
RM 6000 sebulan (RM 72000 setahun) dan lokasi sekitar Kota Kinabalu.
Hasilnya, jumlah reach yang boleh dicapai adalah 900 000 orang.
MAX REACH = 900 000
Andaikan setiap tempahan cucian secara kasar margin yang diperolehi adalah RM 75.
MARGIN = RM 75
Seterusnya, pemilik tadi membuat satu iklan dengan copywriting yang biasa-biasa
menawarkan khidmat cucian mereka. Iklan tersebut diterbitkan sebagai post di page
dan terus dibuat boost post pada kadar RM 10 sehari.
Hasilnya, boost post tersebut berjaya cecah 1200 orang, dapat wasap sebanyak 24
orang dan sebanyak 6 orang close untuk khidmat cucian beliau. Berikut adalah
perincian angka tersebut:
BUDGET = RM 10
REACH = 1200
PROSPEK = 24
CUSTOMER = 6
CONVERSION = 6 / 24 x 100% = 25%
Jadi, jika kita ambil kira untuk capai kesemua REACH yang ada, iaitu 900 000 orang,
kita kira seperti berikut:
Total = 900 000 x (RM 10 / 1200)
= RM 7500
Page | 77
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Dan itu untuk sekali jalan. Jika kita ambil kira 7 kali pusingan, maka jumlah super
maksimum bajet FB Ads beliau untuk kempen tersebut adalah:
RM 7500 x 7 = RM 52 500
Itu jumlah paling maksimum yang dia boleh keluarkan. Jika lebih daripada angka
tersebut maka pemilik perniagaan kos telah ‘over budget’. Telah melangkaui daripada
kapasiti yang boleh iklan tersebut berikan.
Kiraan sampingan: kira kemungkinan total margin yang boleh didapati.
Ambil kira 60% daripada prospek akan jadi customer apabila diulang iklan sebanyak 7
kali, maka jumlah prospek adalah:
Total Prospek = MAX REACH x CONVERSION = 900 000 x 25% = 225 000
dan ambil kira 60% akan convert maka
Total Customer = Prospek x 60% = 225 000 x 60% = 135 000 orang.
135 000 customer tu sudah boleh buat kita jadi jutawan!
Kiraan ini adalah berdasarkan andaian sahaja untuk mempermudahkan pembelajaran
dan pemahaman. Logik tidak terpakai di sini.
Pada hakikat dunia sebenar, angka sebenar tentulah lebih menyedihkan.
Cara Kira Kos & Margin – Cost Per Sales
Rahsia Penting: Kumpul Customer, BUKAN SALES
Ramai usahawan baru mengecam FB Ads, MAHAL SANGAT! Kenapa CostPerCust
mencecah RM 55! Nak Untung macamana? Makan apa?!
Tarik nafas dan hembuskan. Ulang tiga kali. Mesti bertenang di posisi tuan-puan
sekalian. Baru kita mampu berfikir secara realisitik dan emosi.
Angka itu TIDAK SALAH. FB Ads pun tidak bersalah. Yang silap kerana mindset kita
penuh dengan amarah dan membuat kita tidak berfikir dengan betul.
Page | 78
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Angka tersebut jadi sangat mahal apabila kita hanya anggap sekali itu sahaja customer
itu datang dan beli.
Kenapa pula kita berfikir sedemikian? Teruk sangatkah produk kita hingga lepas
membeli sekali, pelanggan jadi benci dan langsung ‘banned’ daripada membeli lagi?
Adakah kerana kita sendiri memang berniat mahu ‘scam’ mereka?scammer hanya
scam mangsa sekali dan tidak berulang-kali. Biasanya bila dapat scam duit dia terus lari.
Tentulah tidak sama sekali!
Kita harus yakin terhadap produk kita bahawa ia produk terbaik. Keyakinan dan
kejujuran kita sebagai peniaga online juga penting yang focus membawa produk yang
mendatangkan kebaikan kepada pelanggan. Keyakinan diri kita bahawa gabungan
produk yang baik dan dan perkhidmatan semasa dan selepas jualan yang baik akan
membuat pelanggan membeli secara berulang.
Jadi tiada alasan untuk kita dengan CostPerCust yang tinggi!
Pembelian berulang inilah yang mendatangkan keuntungan berganda-ganda dengan
hanya berbelanja CostPerCust sekali sebanyak RM55.
Malah kalau kita lihat namanya itu pun kita sepatutnya sudah boleh nampak: Cost Per
CUSTOMER. Bukannya Cost Per Sale.
(Cost Per Customer != Cost Per Sale)
Bermaksud: Sekali mereka jadi customer kita, selamanya mereka jadi customer kita.
Juga bermaksud: CostPerCust kita hanya keluarkan sekali sahaja ke atas customer
tersebut!
Yang menjadi isu adalah apabila kita hanya duduk goyang kaki tunggu mereka datang
kemudian hari dan repeat sales tanpa membuat apa-apa. Tentu sahaja mereka tidak
Page | 79
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
datang. Pokok durian pun lepas kita menuai hasil perlu membuat pruning dan baja.
Inikan pula manusia.
Kita perlu tarik perhatian dan tarik minat mereka untuk membeli lagi dengan tawaran
lain lebih menarik. Bagi mereka alasan untuk datang dan terus membeli. Untuk kita
boleh berbuat demikian kita perlu ada kapasiti untuk menghubungi mereka.
MELALUI:
Wasap, Emel, Messeger, mungkin juga melalui teknik FB Ads retarget, terpulang
kepada kreativiti masing-masing.
Kesemua maklumat hubungan mereka itu perlu kita simpan dan jaga dengan selamat
dalam sistem Customer Database. Sebab itulah Customer Database adalah aset
sebenar bisnes kita.
Customer Database adalah tapak asas untuk kita bina bisnes kita. Semakin besar jumlah
Customer dalam Database maka semakin membesarlah bisnes kita.
Semudah itu.
Bagaimana kita nak besarkan Customer Database? Sentiasa teruskan kejar Customer
baru dengan bajet CostPerCust yang tidak kedekut.
Kerana akhirnya, berapa sangatlah CostPerCust RM 55 itu berbanding RM ribu-ribu
yang mereka belanjakan sepanjang mereka membeli dengan kita di masa akan datang!
Itulah rahsia Penting dalam kira bajet FB Ads: Kita sebenarnya keluarkan kos customer
one off sahaja.. Apabila kita close deal dengan customer, jaga mereka elok-elok.
Cukup masa khususnya hujung bulan boleh blast iklan jualan lagi berulang-kali.
Cuma kali itu, kita kira bajet tersebut bawah payung Cost Per Sale. Bukan lagi Cost Per
Customer.
Page | 80
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Kerja-kerja tarik Customer Baru sepatutnya diasingkan bajet, malah ahli pasukannya
juga daripada kerja-kerja tarik Repeat Sales. Barulah nampak jelas yang kita ini faham
sungguh dengan konsep dan model Sales Funnel kita.
Penutup
Itulah dia segalanya tentang cara-cara mengira berapakah bajet untuk kempen FB ads
kita. Ianya tentu sahaja tidak akan sama antara kempen-kempen kita. 2 faktor
pengehad yang memainkan peranan penting adalah jumlah Reach audience dan juga
Frequency yang kita mahu sasarkan. Semakin tinggi Reach maka semakin tinggi kos
kita. Semakin tinggi Frequency juga semakin tinggi kos kita.
Namun, semakin tinggi kos juga bermakna potensi jualan juga semakin tinggi. Maka
kita harus timbang-tara takat manakah kos yang kita rasa berbaloi dengan pulangan
bergantung pada cara pengiraan yang menunjukkan hasil minimum VS hasil maksimum.
Notabisnes sendiri sentiasa menggunakan ROI sebagai angka pemutus. Iklan akan
diteruskan selagi ROI lebih tinggi daripada 2. Makin tinggi ROI makin kita naikkan bajet.
(ROI > 2 = LIKE)
Juga kita telah sedar bahawa CostPerCust yang tinggi tidak memberikan masalah
kerana jualan kita bukan terhad pada jualan pertama semata-mata. Once a customer
always a customer. Mereka akan kekal membeli berkali-kali dengan nilai yang berkali
ganda daripada CostPerCust.
Cuma usahawan perlu bina kempen berasingan khusus untuk kejar repeat sales.
Jika tuan-puan sudah baca hingga ayat ini, jelas nyata tuan perlu simpan artikel ini
sebagai rujukan akan datang.
Page | 81
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
BAB 10: STORY TELLING DALAM KONTEN POST ENGAGEMENT
Konten Story Telling yang Memikat Fan Facebook Anda
Jika posting di fanpage hanya mempunyai reaksi dan interaksi minima, ada baiknya
kita kerap berkunjung ke newsfeed Facebook. Perhatikan mood dan selera teman-
teman Facebook kita.
Teliti apa yang kerap mereka share, jenis posting yang berulang-ulang di posting, tag
foto atau posting-posting dari fanpage yang lebih besar atau lebih ramai.
Dengan membuat pengamatan secara teliti di peringkat awal, kita akan mula kenal
selera audiens kita. Ini juga sekaligus memberi idea insight baru tentang viral konten di
Facebook.
Menurut sebuah study tentang #Socialmedia, rata- rata audiens memerhatikan konten
yang muncul di newsfeed mereka selama 8 saat. Masa sangat terhad, bukan?
Jadi, tentu saja jika konten kita jangan melulu tentang diri kita (produk kita), audiens
akan bosan dan mengelak melihatnya. Persiapan dalam menyajikan konten akan
membuat audiens lebih memperhatikan konten kita dan setia menunggu postingan kita.
Konten Storytelling Terlajak Laris di Facebook
Apakah konten yang terlajak laris itu? Ayat terlaris membuat kita berdebar.
Konten ‘story telling’ bermakna mengajak audiens untuk mendengarkan cerita atau
menceritakan suatu kejadian atau peristiwa.
Dengan kekemasan story telling, status yang kita buat menjadi terdengar akrab dan
nyaman untuk audiens, sehingga mereka pun tidak akan segan untuk berinteraksi
dengan konten yang kita postkan.
Jadi bagaimana cara memulakan teknik story telling di Facebook? Dan bagaimana
pula jika kita tidak petah bercerita?
Page | 82
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Namanya menulis dan bercerita itu sangat memerlukan latihan. Hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih. Dan jika kita merasa agak kesukaran gunakanlah tips
menciptakan konten story telling Facebook ini. Semoga bermanfaat!
1. Story Telling Bukan Berarti harus Konten yang Panjang
Membuat konten story telling bukan bererti kita sedang belajar membuat cerita
pendek. Buatlah konten yang mengajak audiens berbicara, meskipun tidak
terlalu panjang tapi efektif dan membuat mereka memperhatikan konten kita.
Konten yang terlalu panjang menyebabkan audiens malas membaca sehingga
ke penghujung konten.
2. Gambar yang Jelas, dan Menarik
Jangan sesekali meremehkan penggunaan gambar di Facebook. Penggunaan
gambar di konten sosial media terbukti mampu meningkatkan interaksi fan di
Facebook sebanyak lebih dari 80%.
Jika sebelumnya kita terbiasa untuk tidak menggunakan media gambar, mulai
dari sekarang gunakanlah gambar yang jelas dan menarik.
Berapa ukuran ideal untuk gambar yang bagus di postingan Facebook? Untuk
postingan berupa gambar, ukuran yang disarankan Facebook adalah
470×470 pixel.
Jika kita ingin membuat konten storytelling yang berkaitan dengan produk kita,
maka kita perlu menggunapakai foto produk dan ditambah dengan testimoni dari
pembeli yang berpuashati dengan produk kita.
Tambahkan sedikit teks tentang testimoni tersebut sehingga secara tidak
langsung posting kita juga mendorong audiens untuk bertambah yakin bahawa
bahawa produk kita benar-benar berkualiti untuk mereka semakin percaya.
Page | 83
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
3. Sesekali Sajikan Konten Video
Sekitar tahun 2014, Hootsuite pernah mengadakan survey tentang konten yang
paling banyak di share di Facebook pada tahun 2014. Sebanyak 8 dari 10 konten
yang paling banyak di-share, adalah konten yang menyajikan video.
Mereka juga memerhatikan bahawa konten berbentuk video di Facebook
memiliki potensi sharing 12 kali ganda lebih banyak daripada konten dengan
format gambar dan teks.
Tidak hairanlah kini jenama-jenama besar kini mulai banyak menggunakan video
di dalam kempen iklan mereka. Jadi, tentu saja kita pun ingin posting kita berjaya,
bukan? Jadi, belajarnya menggunakan posting video.
4. Gunakan Caption yang Menarik
Tanpa caption atau copywriting yang menarik, foto dan video yang interaktif akan
kelihatan kosong dan tergantung.
Hakikatnya dengan caption yang menarik dan hidup, akan membantu
konten storytelling kita semakin menarik untuk dilihat. Terutamanya jika konten
bergambar yang kita sajikan lebih dari 2-3, tanpa caption, maka akan terasa ada
yang kekurangan dalam konten tersebut. Merugikan, bukan?
5. Rujukan Konten Storytelling boleh dari pengalaman diri sendiri dan
pengalaman orang lain
Ini yang sangat penting untuk diingat. Konten storytelling kita boleh merujuk
kepada pengalaman semua orang. Jika kita tidak melalui pengalaman tersebut,
elak menyebutnya di dalam konten. Konten storytelling yang dibuat-buat akan
nampak jelas dan tergantung kerana ia tidak datang dari pengalaman yang
dilalui sendiri.
Page | 84
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Konten storytelling boleh diambil dari inspirasi dari orang terkenal, cerita selebriti,
sinopsis film, komen kita tentang berita atau peristiwa terkini, trending topik dan
masih banyak lagi.
Pelbagaikan rujukan dengan kembangkan kreatitiviti mencari idea diluar kotak.
Semakin kreatif kita dalam menciptakan konten story telling yang menggigit
semakin minat pembaca singgah membaca konten storytelling kita.
6. Konten gambar atau video kita mungkin akan diciplak
Terus terang, ini sukar untuk dicegah dan kita tidak perlu berkecil hati. Yang
mampu kita lakukan adalah dengan meminta si #fanpage yang mencetak-
rompak konten kita untuk meletak nama kita sebagai sumber atau pemilik
gambar. Contoh, Kredit gambar kepada Ali Bin Abu.
Untuk tambahan, untuk melindungi konten kita, biasakan untuk
memberi watermark atau identiti di gambar milik kita.. Pemberian watermark atau
identiti fanpage/ profil kita juga dapat meningkatkan populariti fanpage secara
tidak langsung.
Page | 85
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
CONTOH STORYTELLING TEKS:
Pak Abu seorang pesawah padi. Dia tidak ingin anaknya Zamri menurut jejak
langkahnya menjadi pesawah padi yang membanting tulang sehingga hampir
dimamah usia.
Meskipun, hasil padi tidak begitu memuaskan pada tahun itu, namun ia bertekad
segala keperluan anaknya untuk berjaya dalam dalam akademik tidak akan
dikorbankan. Zamri tahu dan terharu ayahnya bekerja keras untuknya. Sesekali
dia membantu ayahnya di sawah walaupun kadang ditegah oleh Pak Abu kerana
tidak mahu dia terlalu letih untuk menelaah pelajaran.
Meskipun Pak Abu seorang pesawah dia tidak mahu ketinggalan di dalam arus
pembangunan. Segala teknologi yang mampu dimilikinya seperti telefon pintar
usahakan untuk kegunaan keluarga dan Zamri khususnya.
Suatu hari Pak Abu mendapat suatu wasap dari rakan sekampung yang sering
terdengar Pak Abu inginkan anaknya mencapai tahap akademik yang terbaik.
Wasap itu mengandungi nota-nota buku latihan. Pak Abu walaupun tidak
bersekolah tinggi sekadar sekolah rendah memahami betapa sukarnya
mendapatkan nota-nota seperti itu suatu ketika dahulu. Hari ini dengan sekali
petik semuanya diperolehi di hujung jari.
Wasap itu berbunyi:
TEMPAHAN PEMBELIAN BUKU LATIHAN UPSR 2021 TELAH DI BUKA.!!!!
Set Soalan Latihan UPSR 2021 keluaran Berita Harian akan siap pada
pertengahan April ini. Bagi mendapatkan Buku Soalan Latihan UPSR
inituan/puan perlu membuat bayaran tempahan terlebih dahulu. Penghantaran
akan dibuat sebaik sahaja stok sampai pada pertengahan April 2021.
Page | 86
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Semua soalan adalah yang terbaharu. Tiada soalan ulangan. Soalan yang dibina
menepati format baharu UPSR.
Ramai guru menggunakan Set SoalanLatihan UPSR BH sebagai latihan di
sekolah. Soalan dalam buku ini mempunyai tahap kesusahan hampir sama
dengan soalan UPSR.
Berminat!!!
Untuktempahan / pertanyaan
SilaWhatsappke 010xxxxxxx
SilaWhatsappke 010xxxxxxx
SilaWhatsappke 010xxxxxxx
Atau
Jomwhatsappsaya, klikterus di sini ->http://upsr2021.wasap.my/
Pak Abu tidak berfikir duakali, dia berbincang dari hati ke hati dengan Zamri untuk
menempahnya dan berpesan agar Zamri belajar bersungguh-sungguh.
Page | 87
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
BAB 11: FUNGSI WASAP.MY DAN TUJUANNYA
CARA MEMBUAT DIRECT LINK TERUS KE WHATSAPP DENGAN www.wasap.my
Sikap masyarakat hari ini termasuklah saya sendiri sentiasa mencari jalan mudah untuk
melakukan sesuatu. Tidak terkecuali dalam menyalin sesuatu nombor telefon untuk
didail atau di whatsapp. Sesetengah kita mempunyai sikap malas untuk menyalin
nombor. Apatah lagi nombor telefon bimbit yang sekurang-kurangnya mempunyai 10
nombor yang mungkin berbeza. Lumrah manusia.
Perkara ini mempunyai kesan positif dan negatif. Kesan negatifnya, boleh
menyebabkan pengguna menjadi malas atau berat tulang. Daripada sudut positif, ia
mampu mempermudahkan sesuatu tugas.
Dalam urusan perniagaan atau sales, konsep mempermudahkan tugas-tugas prospek
kearah untuk melanggani produk atau perkhidmatan mereka adalah tindakan yang
sangat baik.
Page | 88
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Sudah menjadi trend ketika ini seorang peniaga bisnes atas talian akan meletakkan
satu link apabila ditekan akan terus boleh menghantar whatsapp. Ini bertujuan untuk
memudahkan prospek yang berminat dengan produk atau perkhidmatan kita agar
semuanya dipermudahkan.
Untuk itu kita lihat bagaimana peniaga-peniaga online membuat link whatsapp dan bila
ditekan boleh terus ke whatsapp kita. Tiada keperluan untuk menyalin nombor.
Pertama sekali kita perlu berdaftar dengan wasap.my. Mereka adalah pemilik applikasi
ini. Untuk mendaftar, kita masuk ke Google. Dan taip seperti di bawah:
Taip link ni :
http://www.wasap.my/
Kotak di bawah akan muncul seperti di atas. Yang masuk kali pertama sila tekan
DAFTAR PERCUMA SEKARANG. Ikuti arahannya dan login masuk ke Wasap.my
dengan Nama Pengguna (Username) dan katalaluan (username) yang telah didaftarkan.
SAMBUNG
Cuma letakkan nombor anda di belakang link tu contohnya :
http://www.wasap.my/+6010XXXXXXX
Kalau nak ada text semasa whatsapp, edit jadi macam ni :
http://www.wasap.my/+6010XXXXXXX/Naktanyaharga
Page | 89
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
http://www.wasap.my/+6[NoTelefonAnda]/[AyatAnda]
http://manage.wasap.my/
Salam sejahtera
Pastinya tadi dah komen kat post kan?
Kemudian...
+ Komen di'like'.
+ Komen di'reply'.
+ Ada gambar pada komen.
+ Dapat pula PM ni.
Semua ini berlaku secara automatik.
Sistem yang buat bukan manusia.
Page | 90
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Beginilah cara sistem FB AutoReply berfungsi.
Jimat masa kita tak perlu nak reply manual dah.
Berminat?
Daftar SEGERA Jimat RM75.00.
KLIK >> http://fbautoreply.wasap.my
Page | 91
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
BAB 12: COPYWRITING
Copywriting adalah suatu yang tidak asing dalam perniagaan. Usahawan berjaya
menitikberatkan penggunaan copywriting dalam memastikan produk atau servis
ditawarkan mendapat sambutan oleh pelanggan.
Copywriting boleh bertindak sebagai ayat “magis” yang dapat menarik perhatian
prospek anda untuk membuat pembelian. Walau apa sahaja ayat gelaran
untuk copywriting objektifnya hanya tertumpu kepada untuk memberikan keyakinan
kepada prospek pelanggan untuk membeli. Untuk itu idea untuk diletakkan
dalam copywriting perlulah menarik dan unik untuk pelanggan dapat melihat
kelainannya.
Page | 92
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Proven Headline
Tajuk utama (headline) kepada copywriting memainkan peranan kerana kebanyakan
orang memulakan pembacaan daripada headline. Headline yang terbukti keberkesanan
daripada pelanggan terdahulu akan menambahkan keyakinan prospek baharu untuk
turut menjadi sebahagian daripada mereka yang menggunakan produk atau servis
anda.
Proven headline bukan sahaja mempunyai daya tarikan yang tersendiri bahkan ia juga
bakal menimbulkan rasa ingin tahu kepada prospek pelanggan kerana jika sudah ada
bukti apa lagi yang perlu diragui? Jadi, penting untuk anda membuat kajian terlebih
dahulu sebelum merangka headline copywriting anda.
Page | 93
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Tunjukkan Testimoni
Testimonial adalah sebagai salah satu cara untuk membuktikan sesuatu. Untuk para
peniaga testimoni ini melibatkan kaedah untuk memperlihatkan keberkesanan produk
atau perkhidmatan anda terhadap prospek pelanggan. Testimoni ini boleh didapati
daripada pelanggan yang sudah menggunakan produk anda. Boleh
minta feedback daripada mereka tentang pengalaman penggunaan (user experience).
Hasil daripada testimoni yang diberikan inilah dapat menjadi penguat kepada produk
dan servis anda yang efektif. Kebiasaannya para usahawan dinasihatkan sekurang-
kurangnya 3 testimoni. Ini memadai kerana tidak terlalu berlebihan atau sedikit.
Pentingnya testimoni pengguna bukan sekadar untuk memuji-muji sesuatu produk
bahkan ia menunjukkan kepuasan atau ketidakpuasan pelanggan.
Sediakan Tutorial / Cara Penggunaan
Bagi usahawan yang menjual barangan produk fizikal elemen yang boleh ditambah
dalam copywriting anda adalah dengan menyediakan beberapa tutorial berkenaan
produk. Ia dapat memberikan peluang untuk prospek pelanggan mengetahui produk itu
secara holistik berbanding hanya ditunjukkan secara fizikal (display).
Bahkan dengan tutorial seperti cara penggunaan memungkinkan untuk pelanggan cara
menggunakan produk secara tepat. Boleh juga sertakan user manual kepada
pelanggan anda jika perlu.
Berikan Jaminan
Prospek pasti akan lebih tertarik jika anda menawarkan jaminan atau waranti terhadap
produk. Dengan adanya jaminan atau waranti ini dapat menyelamatkan pengguna
daripada misalnya situasi kerosakan. Kebiasaannya ia melibatkan produk teknologi
seperti gajet, jam dan yang berkaitan. Pelanggan akan diberikan tempoh jaminan
antara 6 bulan, setahun dan sebagainya.
Dengan adanya waranti pengguna akan lebih yakin untuk membeli produk dengan
peniaga yang memberikan jaminan kerosakan dan keberkesanan.
Page | 94
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Selalu diingatkan bahawa copywriting adalah senjata utama untuk perniagaan dan
teknik pengiklanan. Oleh itu sentiasa kemaskini kandungan copywriting anda mengikut
peredaran masa dan situasi. Tambah baik copywriting anda agar menarik dan sentiasa
relevan pada mata dan hati pelanggan
Page | 95
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
BAB 13: PEMBUNGKUSAN DAN PENGIRIMAN
Pembungkusan bergantung kepada jenis produk dijual. Walau bagaimanapun, yang
baru bermula dengan bisnes online, produk yang dijual digalakkan yang kering atau
menggunakan botol plastik yang sederhana besar.
Pemilihan produk penting agar kita tidak menggunakan plastik pembungkusan yang
terlalu mahal. Sewaktu memulakan perniagaan, terutama sesuatu yang masih baru
kepada kita, perlulah kita meminimakan kos serendah yang boleh.
Pada bab ini, penghantaran yang disentuh adalah menggunakan pos laju. Banyak
perkhidmatan penghantaran yang lain seperti Citilink, GD Express dan banyak lagi.
Poslaju dipilih kerana ia mempunyai banyak cawangan di Malaysia dan kos
penghantaran agak rendah.
Semasa menentukan harga penghantaran, sebaiknya harga penghantaran diberikan
angka bulat seperti RM10.00 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak dan RM15 ke
Semenanjung Malaysia. Sila dapatkan harga terkini dipejabat post sebelum membuat
post engagement jualan di Facebook.
Page | 96
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Page | 97
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Pastikan pelanggan memberikan nama, alamat, poskod dan no panggilan dan whatsap
yang betul sebelum membuat pengiriman. Semua maklumat tersebut perlu diisi pada
borang penghantaran poslaju yang akan dilekatkan kepada sampul penghantaran.
Page | 98
VOLUME 4: FESBUK JADI DUIT (PUKAU OTAK FIKIR LUAR KOTAK)
Slip salinan pengiriman poslaju yang direkodkan oleh kerani akan memberikan kita slip
salinan. Pada slip salinan penghantaran tersebut terdapat Tracking No. Tracking no ini
harus di wasap atau diberikan kepada pelanggan untuk mereka mengesan perjalanan
produk yang mereka pesan.
Page | 99