BUKU LOG BSMM Nama: Siti Amira Binti Samsuddin Unit: Bahasa Melayu 6 Nombor IC: 030608-01-1072 Nama Pensyarah: Kristil Tan Ai Teng Tarikh Hantar: 22 Februari 2024
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
1 ISI KANDUNGAN Biodata Pelajar 2 Sejarah Pengasas dan Penubuhan 3 Pembangunan Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan 4 Undang-undang Kemanusiaan 5 Prinsip-prinsip Asas Pergerakan 6 Sejarah Penubuhan di Malaysia 7 Pengurusan dan Pentadbiran 8 10 11 12 Laporan Aktiviti Mingguan Rancangan Pengajaran Tahunan Rancangan Pengajaran Harian Sumber Rujukan 9 Takwim Tahunan Sekolah
BIODATA PELAJAR
BIODATA PELAJAR 2021142340347 08 JUN 2003 LOT 1889, JLN. PETANIAN, KG. TENANG, 85300 LABIS, JOHOR [email protected] PISMP JUN 2021 (B) BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH SITI AMIRA BINTI SAMSUDDIN TAHUN 2 SEMESTER 2 KRISTIL TAN AI TENG NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN TARIKH LAHIR ALAMAT TETAP E-MEL AMBILAN PENGKHUSUSAN TAHUN & SEMESTER NAMA PENSYARAH
SEJARAH PENGASAS DAN PENUBUHAN
SEJARAH PENGASAS Peperangan di Solferino yang melibatkan 35 000 - 40 000 mangsa Nama: Jean Henry Dunant Tarikh Lahir: 8 Mei 1828 Gelaran : Bapa Palang Merah Pekerjaan: Ahli perniagaan Terlibat dalam penubuhan YMCA dalam tahun 1855 Beliau telah menyaksikan peperangan di Solferino di antara tentera Perancis dan Slovenia menentang Austria. Sumbangan: Membantu yang sakit dan cedera dengan pertolongan penduduk Castaglioni Peperangan di Solferino telah dibukukan oleh Henry Dunant dalam “The Memory of Solferino”. Buku ini mencadangkan: Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa untuk membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan. Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari manamana pasukan hendaklah dibantu. HENRY DUNANT
SEJARAH PENUBUHAN PENUBUHAN JAWATANKUASA BERLIMA (1863) Menubuhkan Persatuan-persatuan Kebangsaan sebelum tercetusnya peperangan. Sukarelawan dan peralatan mereka hendaklah dikelolakan sebagai satu pasukan pembantu tentera. Semasa berlaku peperangan, mereka hendaklah dengan secepat mungkin membantu unit-unit perubatan tentera. 1. AHLI-AHLI JAWATANKUASA BERLIMA (1863) 2. General G.H. Dufour (Presiden Pertama) Gustave Maynier (Presiden Kedua) Henry Dunant (Setiausaha) Dr. Th. Maunoir (Pegawai Perubatan) Dr. Louis Appia (Pakar Bedah)
SEJARAH PENUBUHAN Idea untuk menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh Henry Dunant (pengasas) ketika beliau sedang berada di kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Ketika itu, tiada perkhidmatan perubatan bagi membantu dan memberikan rawatan kepada tentera-tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang mengalami kecederaan. Beliau telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “The Memory Of Solferino” yang menceritakan berkaitan dengan peristiwa peperangan di kawasan tersebut. Dengan bantuan daripada beberapa individu yang berminat, beliau telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bertujuan bagi membantu golongan yang mengalami kecederaan. Ini dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang seperti di atas. Lambang tersebut dipilih bagi memberikan penghargaan kepada Switzerland yang mempunyai persmaan dengan bendera negara tersebut. 1876 (Perang Rusia-Turki): Turki telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan negara Islam yang lain.
PEMBANGUNAN KONVENSYEN GENEVA DAN PROTOKOL TAMBAHAN
KONVENSYEN GENEVA Pertama (1864) Kedua (1907) Ketiga (1929) Keempat (1949) Palang Merah sebagai emblem perlindungan Perlindungan diberikan kepada askar-askar yang mengalami kecederaan dan jatuh sakit di daratan Memberi perlindungan kepada pegawai perubatan. Sambungan daripada Konvensyen Geneva Pertama Melindungi askar-askar lautan yang mengalami kecederaan dan jatuh sakit Peraturan ini turut melindungi kapal hospital. Memberi perlindungan kepada tahanan perang Diberi rawatan dan perlindungan yang standard Diberi kebebasan untuk menjalani kehidupan seperti biasa Diberi hak untuk menerima berita daripada keluarga. Melindungi orang awam dan harta benda mereka Diberi kebebasan untuk menjalankan aktiviti kehidupan hariannya Penduduk awam dipindahkan jika tempat tinggal telah dijajah oleh musuh.
PROTOKOL TAMBAHAN PROTOKOL TAMBAHAN I - 1977 Memberi perlindunagn tambahan sewaktu konflik bersenjata antarabangsa Membentuk peraturan yang melindungi golongan wanita dan kanak-kanak. 1. Mengehadkan penggunaan senjata 2. 1. PROTOKOL TAMBAHAN II - 1977 2. Protokol ini telah diaplikasikan semasa konflik bersenjata bukan antarabangsa Protokol ini telah meluaskan tahap tanggungjawab askaraskar dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa.
UNDANGUNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)
PENGENALAN UUKA Merupakan satu set peraturan yang bertujuan bagi mengehadkan kesan konflik bersenjata ke atas manusia dan objek-objek awam. Dikenali sebagai undang-undang peperangan datau undang-undang konflik bersenjata. Mesej-mesej utama: Dilarang menyerang orang yang tidak terlibat atau sudah tidak lagi terlibat dalam konflik bersenjata. Dilarang menggunakan senjatasenjata yang tidak boleh membezakan antara irang awam dan kombatan atau senjata yang mengakibatkan penderitaan dan kerosakan yang tidak munasabah.
Menurut ICRC, UUKA menetapkan golongan yang sakit dan segera, tanpa mengira sama ada orang awam ataupun pejuang, perlulah diberikan rawatan tanpa sebarang kelewatan dan tidak boleh didiskriminasikan. Pihak-pihak yang terlibat dalam konflik tersebut perlulah sentiasa menghormati dan melindungi kakitangan, kenderaan dan kemudahan perubatan serta memberikan bantuan yang diperlukan kepada mereka pada setiap masa. Matlamat: Mengelakkan kemusnahan yang teruk akibat peperangan Undang-undang kemanusiaan sedunia Mengenakan tindakan yang sewajarnya pada yang ingkar peraturan.
Keganasan terhadap nyawa seseorang, khususnya pembunuhan, pencacatan, layanan kejam dan penyiksaan. Pengambilan mereka sebagai tebusan. Pencabulan terhadap maruah individu, khususnya layanan yang memalukan dan berbentuk penghinaan. Penjatuhan hukuman dan pelaksanaan hukuman mati tanpa penghakiman terlebih dahulu oleh sebuah mahkamah yang ditubuhkan secara sah dan teratur, yang telah memberi kesemua jaminan perundangan yang diakui dan diterima oleh semua yang bertamadun. PERATURAN ASAS DALAM UUKA
PRINSIPPRINSIP ASAS PERGERAKAN
Meliputi seluruh dunia. Semua mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama untuk saling membantu antara satu sama lain KETUNGGALAN Terdapat hanya satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya yang meliputi seluruh negara. Merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan untuk mencari keuntungan. KEBERKECUALIAN Mendapatkan kepercayaan orang ramai terhadapnya. Tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi. KEBEBASAN Tetap menjaga kebebasan dalam segala kegiatan supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan, walaupun hanya merupakan badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam. KHIDMAT SUKARELA PRINSIPPRINSIP ASAS PERGERAKAN KESAKSAMAAN Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatan. Meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius. KESEJAGATAN KEMANUSIAAN Melindungi nyawa dan kesihatan serta hormatmenghormati sesama manusia. Memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.
SEJARAH PENUBUHAN BSMM DI MALAYSIA
PENGENALAN Persatuan Bulan Sabit Malaysia (kini, Bulan Sabit Malaysia) merupakan satu pertubuhan sukarela yang telah ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini telah mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 iaitu selepas 9 tahun penubuhannya. Pertubuhan ini juga telah mendapatkan pengiktirafan daripada Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. 1948: Permulaan penubuhan apabila sudah tertubuhnya Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Melalui cawangan-cawangan PBSM, kegiatan PBSM telah mula disebarluaskan ke negeri-negeri lain di Malaysia. 1950: Negeri Pulau Pinang telah menjadi negeri pertama di Malaysia yang telah membuka cawangan PBSM. 1957: Cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. 4 Julai 1963: Mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Palang Merah Antarabangsa. 24 Ogos 1963: Menjadi ahli badan antarabangsa. 17 September 1963: Penggubalan Akta Persatuan Palang Merah di Malaysia (Penswastaan) sususlan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Akta 1965 telah mengambil tindakan untuk menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dengan cawangan Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak di bawah Persatuan Palang Merah Malaysia. 5 September 1975: Pembentangan hasrat Akta 1965 di Parlimen dan seterusnya digazetkan. Sejarah penubuhan PBSM diteruskan dengan penukaran nama persatuan sejajar dengan kebenaran penukaran nama akta.
RINGKASAN SEJARAH PENUBUHAN BSMM DI MALAYSIA Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu Cawangan Palang Merah British. 1948 1 Mei 1961: Rang Undangundang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibacakan di Parlimen. 1961 4 Julai 1963: Pengiktirafan secara rasmi diberikan kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sebagai satu Persekutuan Palang Merah. 1963 Ditubuhkan di Pulau Pinang (1950), Perak, Terengganu dan Selangor (1951), Melaka, Johor dan Pahang (1952). 1950 - 1952 16 April 1962: Penguatkuasaan Akta Persekutuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) Akta 1961 (No.4 tahun 1962). 1962 Parlimen telah meluluskan Akta Persatuan Palang Merah (Akta No. 47 tahun 1965), iaitu selaras dengan penubuhan Malaysia. 1965 21 Ogos: Penukaran nama Palang Merah kepada Bulan Sabit Merah dan telah diwartakan pada 4 September 1975. 1975
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DI SEKOLAH 1.Struktur dan Organisasi BSMM 2.Jenis Keahlian BSMM 3.Pakaian Seragam BSMM 4.Logo BSMM 5.Lagu BSMM 6.Ikrar BSMM
JAWATANKUASA EXECUTIVE STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG UNIT PASUKAN KEBAJIKAN BANTUAN SUKARELA LAIN-LAIN UNIT BELIA LINK JAWATANKUASA KEBANGSAAN URUSETIA KEBANGSAAN URUSETIA CAWANGAN URUSETIA CABANG
PENGERUSI (KETUA JABATAN) STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT IPG GURU PENASIHAT PRESIDEN (PELAJAR) NAIB PRESIDEN (PELAJAR) SETIAUSAHA BENDAHARI KOMANDER PENOLONG SETIAUSAHA PENOLONG BENDAHARI PENAUNG (PENGARAH) KUARTER MASTER KETUA PATROL / BIRO
PENGERUSI (GURU BESAR) STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH (GURU) NAIB PENGERUSI 2 (GPK PENTADBIRAN) NAIB PENGERUSI 3 (GPK HEM) NAIB PENGERUSI 1 (GPK KOKURIKULUM) NAIB PENGERUSI 4 (GPK KPKP) PENYELARAS B. BERUNIFORM GURU PENASIHAT BSMM 1 GURU PENASIHAT BSMM 2 GURU PENASIHAT BSMM 3
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH (MURID) PENGERUSI (PELAJAR) NAIB PENGERUSI (PELAJAR) SETIAUSAHA BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA PENOLONG SETIAUSAHA PENOLONG BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA TAHUN 4 AHLI JAWATANKUASA TAHUN 5 AHLI JAWATANKUASA TAHUN 6
JENIS KEAHLIAN BSMM AHLI BIASA Yuran tahunan = RM 2 Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang. Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang. AHLI BELIA AHLI SEUMUR HIDUP AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP PASUKAN BANTUAN SUKARELA Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Kanak-kanak. Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda. Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela. Permohonan adalah di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan. Yuran = RM 500 Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup diberikan tidak lebih daripada 4 orang setiap tahun. Bayaran yuran adalah RM 2 setahun, namun digalakkan untuk membayar yuran sekaligus untuk tempoh masa 5 tahun.
PAKAIAN SERAGAM - UNIFORM BSMM NO.2
PAKAIAN SERAGAM - UNIFORM BSMM NO.3
PAKAIAN SERAGAM (KERJA) - UNIFORM BSMM NO.3
PAKAIAN SERAGAM - UNIFORM BSMM NO.4
PAKAIAN SERAGAM - UNIFORM KORPORAT BSMM
PAKAIAN SERAGAM - UNIFORM MUFTI BSMM
PAKAIAN SERAGAM - UNIFORM MUFTI BSMM
PAKAIAN SERAGAM - UNIFORM MUFTI BSMM
LOGO BSMM Berasal daripada lambang palang merah yang sudah diiktiraf oleh Persidangan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1929. Lambang ini berfungsi sebagai pelindung kepada pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan bagi mengelakkan mereka diserang ketika peperangan.
LAGU BSMM Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah dan Bersemangat
IKRAR BSMM BAHAWA KAMI, AHLI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, BERIKRAR, AKAN TAAT SETIA KEPADA, DULI YANG MAHA MULIA, SERI PADUKA BADINDA YANG DIPERTUAN AGONG, SERTA PEMERINTA-PEMERINTAH DI NEGERI KAMI, BERDASARKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA. BAHAWA KAMI BERIKRAR, AKAN SENTIASA PATUH PADA PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG, SERTA ARAHAN PERSATUAN WALAU DIMANA JUA KAMI BERADA. BAHAWA KAMI BERIKRAR, AKAN SENTIASA MEMBERI KHIDMAT SUKARELA, KEPADA YANG SAKIT DAN MENDERITA, DIWAKTU AMAN ATAU BENCANA, BERDASARKAN PRINSIP-PRINSIP BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT: KEMANUSIAAN KESAKSAMAAN KEBERKECUALIAN KEBEBASAN KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KESEJAGATAN
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN Minggu: 1 Tarikh: 10 Januari 2024 Masa: 5.00 - 7.00 PM Tempat: Dewan Tun Fatimah, IPGK Perempuan Melayu Kehadiran: 25 orang Pengisian Aktiviti - Taklimat Kursus Perjumpaan kali pertama ini telah mendedahkan kepada pelajar tentang isi kandungan Maklumat Kursus (MK) bagi subjek ini iaitu Kokurikulum - Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia I (MPU3451a). Penjelasan berkaitan MK telah dilaksanakan oleh pensyarah subjek ini iaitu Madam Kristil Tan Ai Teng. Penerangan beliau juga meliputi tentang perjalanan kursus ini dengan memberikan gambaran tentang perkara yang bakal dipelajari sepanjang kursus ini berlangsung pada minggu-minggu akan datang. Beliau juga memaparkan tayangan slaid berkenaan dengan perancangan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tempoh pembelajaran kursus ini. Seterusnya, perjumpaan kali pertama ini turut melaksanakan pemilihan ahli jawatankuasa bagi unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) ini. Refleksi Sepanjang perjumpaan ini berlangsung, saya memberikan tumpuan sepenuhnya ketika penjelasan diberikan oleh pensyarah. Gambar 1
Minggu: 2 Tarikh: 17 Januari 2024 Masa: 3.00 - 5.00 PM Tempat: Anjung Ilmu, IPGK Perempuan Melayu Kehadiran: 25 orang Pengisian Aktiviti - Pengenalan Sejarah BSMM Perjumpaan kali kedua ini telah mendedahkan kepada pelajar berkaitan dengan aspek-aspek penting yang terdapat dalam unit beruniform BSMM ini. Aspek-aspek ini meliputi sejarah pengasas dan penubuhan pergerakan Palang Merah, Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA), prinsip asas pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, Sejarah BSMM di Malaysia, pemakaian uniform BSMM, lagu, logo dan ikrar BSMM. Perkara ini telah didedahkan melalui penjelasan daripada pensyarah subjek ini iaitu Madam Kristil Tan Ai Teng dengan bantuan tayangan slaid. Semasa penjelasan diberikan, sesi soal jawab berkaitan sesuatu tajuk seperti Prinsip Asas Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah turut dilaksanakan bagi menguji tahap kefahaman kami. Refleksi Sepanjang perjumpaan kali kedua ini, saya memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika penjelasan sedang diberikan oleh pensyarah yang mengajar serta mencatat perkara-perkara penting. Gambar 2
Minggu: 3 Tarikh: 24 Januari 2024 Masa: 8.00 - 10.00 AM Tempat: Tapak Latihan Kawad Kaki Kehadiran: 25 orang Pengisian Aktiviti - Arahan Kawad Perjumpaan kali ketiga pula dimulakan dengan aktiviti kawad kaki. Kami semua berkumpul di kawasan yang telah ditetapkan pada jam 8 pagi setelah menerima arahan daripada komander untuk masuk ke dalam baris. Semasa kami di dalam baris, pensyarah mengajar memberikan penjelasan berkaitan dengan arahan yang perlu digunakan oleh ketua platun dalam kawad kaki yang bermula dari “Masuk baris” hingga “Bersurai”. Seterusnya, pensyarah memanggil seorang ketua platun secara sukarela untuk melatih memberikan arahan kepada ahli pasukan. Selepas itu, terdapat penukaran ketua platun bagi memberikan peluang kepada pelajar untuk mendapat pengalaman dalam memberikan arahan kepada ahli pasukan. Selepas satu jam, pensyarah mengajar melantik lima orang ketua platun untuk mengetuai lima kumpulan kecil bagi melatih arahan kawad. Refleksi Melalui perjumpaan kali ketiga ini, saya dapat mempelajari arahan-arahan yang perlu digunakan oleh ketua platun ketika dalam kawad kaki. Saya juga dapat mengetahui pergerakan kawad kaki dan memperbaikinya ketika melaksanakannya. Gambar 3
Minggu: 3 Tarikh: 25 Januari 2024 Masa: 8.00 - 12.00 tengahari Tempat: SJK (C) Bukit Beruang, Melaka Kehadiran: 25 orang Pengisian Aktiviti - Lawatan ke SJK (C) Bukit Beruang Pengisian bagi perjumpaan kali keempat ini bertujuan untuk mengadakan lawatan ke sekolah yang terpilih iaitu SJK (C) Bukit Beruang, Melaka bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan perancangan takwim tahunan serta pengurusan dan pentadbiran unit beruniform BSMM di sekolah tersebut. Sebelum kami bertolak ke sekolah tersebut, kami bersama dengan unit beruniform BSMM daripada kelas lain diminta untuk berkumpul di Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang (PGL) bagi sesi taklimat ringkas berkaitan perjalanan serta tentatif aktiviti di sekolah yang dipilih. Setelah diberikan taklimat, kami bergerak ke sekolah yang dipilih bersama dengan pensyarah mengajar iaitu Madam Kristil Tan Ai Teng. Apabila sudah tiba di sekolah, kami diminta untuk berkumpul di bilik mesyuarat bagi sesi perkongsian berkaitan dengan takwim serta pengurusan dan pentadbiran unit beruniform BSMM di sekolah tersebut. Perkongsian telah diberikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelaras Badan Beruniform serta guru-guru penasihat bagi unit beruniform BSMM SJK (C) Bukit Beruang. Selepas sesi perkongsian, diteruskan pula dengan ucapan daripada Guru Besar sekolah tersebut dan diakhiri dengan jamuan makan. Refleksi Sepanjang perjumpaan kali keempat ini yang bertempat di SJK (C) Bukit Beruang, Melaka, saya memperoleh ilmu baharu berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran unit beruniform di sekolah ini. Saya juga menyedari bahawa setiap sekolah tidak mempunyai sistem pengurusan dan pentadbiran unit beruniform yang sama kerana faktor bilangan murid, persetujuan ibu bapa, kekangan masa serta perancangan takwim tahunan sekolah itu sendiri. Gambar 4
Minggu: 4 Tarikh: 31 Januari 2024 Masa: 8.00 - 10.00 AM Tempat: Tapak Latihan Kawad Kaki Kehadiran: 25 orang Pengisian Aktiviti - Kawad Statik Pada perjumpaan kali ini, kami berkumpul di tapak latihan kawad kaki tepat pada jam 8.00 pagi untuk melaksanakan aktiviti kawad kaki statik. Ia merangkumi pergerakan dan bahasa hukuman yang perlu digunakan ketika menjalankan kawad kaki statik. Apabila sudah cukup ahli pasukan, ketua platun memanggil kami untuk masuk baris bagi memulakan aktiviti kawad kaki statik. Ketika sudah berada dalam barisan, kami melakukan kawad statik yang mengandungi pergerakan seperti sedia, senang diri, rehatkan diri, masuk baris, membetulkan baris, pandang depan, bergerak ke kanan, bergerak ke kiri, menghadap ke hadapan / belakang dan keluar baris. Refleksi Melalui perjumpaan kali ini, saya memperoleh ilmu baharu berkenaan kawad kaki statik seterusnya menambahbaik pergerakan ketika berkawad. Gambar 5
Minggu: 5 Tarikh: 7 Februari 2024 Masa: 5.00 - 7.00 PM Tempat: Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang (PGL) Kehadiran: 25 orang Pengisian Aktiviti - Kawad Asas Pada perjumpaan kali keenam pula, pengisian utamanya ialah melaksanakan kawad asas, paras dan istiadat dalam perhimpunan dan penerimaan sijil. Seperti yang diketahui, aktiviti kawad dilaksanakan adalah bagi membentuk anggota yang mampu bekerjasama dalam satu kumpulan serta merupakan satu perkara asas dalam membentuk anggota yang mempunyai tatatertib dan taat setia. Sebelum melaksanakan kawad kaki asas ini, pensyarah mengajar meminta kami berkumpul di kawasan yang telah ditetapkan tepat jam 5 petang setelah menerima arahan daripada ketua platun untuk masuk ke dalam baris. Refleksi Semasa menjalankan aktiviti kawad kaki pada perjumpaan kali keenam ini, saya mendapati terdapat beberapa pergerakan di dalam kawad kaki yang perlu dibetulkan dan ditambahbaik agar membentuk keseragaman dalam sesebuah pasukan kawad. Gambar 6
Minggu: 7 Tarikh: 21 Februari 2024 Masa: 8.00 - 10.00 AM Tempat: Rapak Latihan Kawad Kaki dan Bilik Kuliah KDP Kehadiran: 25 orang Pengisian Aktiviti - Kawad dan Kelas Teori Pada perjumpaan kali ketujuh ini, kami meneruskan aktiviti mingguan kami dengan melaksanakan aktiviti kawad kaki asas. Sama seperti perjumpaan pada minggu sebelumnya, kami diminta untuk berkumpul di kawasan yang telah ditetapkan untuk melaksanakan aktiviti kawad kaki. Pensyarah mengajar juga telah menjelaskan perkara berkaitan dengan tugasan amali yang terdapat dalam pentaksiran berterusan subjek ini. Pembelajaran pada perjumpaan kali ini telah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu satu jam diperuntukkan untuk aktiviti kawad kaki dan satu jam lagi untuk aktiviti kuliah. Refleksi Pada perjumpaan kali ini, saya telah mencatat perkara-perkara yang penting berkaitan dengan pelaksanaan tugasan amali pentaksiran berterusan bagi subjek ini. Gambar 7
TAKWIM TAHUNAN SEKOLAH