The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 UNIT BERUNIFORM BSMM - SITI AMIRA BINTI SAMSUDDIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 664-13-amira, 2024-03-01 08:18:46

BUKU LOG BSMM

TUGASAN 1 UNIT BERUNIFORM BSMM - SITI AMIRA BINTI SAMSUDDIN

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN


RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BIL. MINGGU TARIKH HARI AKTIVITI 1 1 13/3/2024 RABU Pengurusan Dan Pentadbiran Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) - Mesyuarat Agung - Pelantikan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2024 - Pembentangan guru penasihat: a. Aktiviti tahunan b. Pakaian seragam ahli dan guru penasihat 2 3 27/3/2024 RABU Sejarah Unit Beruniform - Riwayat hidup pengasas pertubuhan (sejarah pengasas) - Sejarah penubuhan dan perkembangan unit beruniform 3 5 10/4/2023 RABU Struktur dan Organisasi Pertubuhan (1/2) - Peringkat antarabangsa - Peringkat kebangsaan 4 7 24/4/2023 RABU Struktur dan Organisasi Pertubuhan (2/2) - Peringkat sekolah - Pengenalan: a. Logo pertubuhan b. Cogan kata pertubuhan c. Lagu pertubuhan d. Bendera pertubuhan


5 9 1/5/2024 RABU Perlembagaan Pertubuhan - Pengenalan tujuan, peranan, perkhidmatan, visi dan misi BSMM - Pengenalan prinsip-prinsip asas unit beruniform BSMM ● Pertandingan Kuiz BSMM 6 11 15/5/2024 RABU Pengenalan kepada Jenis-jenis Penyakit - Pertandingan mewarna poster 7 13 29/5/2024 RABU Pengenalan kepada Jenis-jenis Ubat - Ceramah fungsi dan kegunaan ubat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - Pertandingan teka silang kata 8 15 12/6/2024 RABU Asas Pertolongan Cemas (1/2) - Prinsip asas dan tujuan Bantu Mula - Pengenalan kepada alat-alat pertolongan cemas dan kegunaannya. - Kaedah merawat kecederaan seperti: a. Luka ringan b. Hidung berdarah c. Pengsan 9 17 26/6/2024 RABU Asas Pertolongan Cemas (2/2) - Pengenalan Kain Pembalut Segitiga - Pengenalan kepada balutan Anduh Besar 10 19 10/7/2024 RABU Asas Kawad Kaki - Latihan: a. Kawad kaki b. Hukuman kawad kaki


11 21 24/7/2024 RABU Pertandingan Kawad Kaki - Pertandingan antara unit beruniform sempena perhimpunan minggu kokurikulum 12 23 7/8/2024 RABU Ikatan dan Simpulan (1/2) - Pengenalan jenis ikatan dan simpulan - Fungsi dan kegunaan jenis ikatan dan simpulan, iaitu: a. Bunga Geti b. Simpul Manuk c. Ikatan Balak 13 25 21/8/2024 RABU Ikatan dan Simpulan (2/2) - Fungsi dan kegunaan jenis ikatan dan simpulan, iaitu: a. Buku Sila b. Tindih Kasih - Pertandingan membuat Ikatan dan Simpulan (Buku Sila dan Tindih Kasih) 14 27 4/9/2024 RABU Persediaan perkhemahan - Asas pertolongan cemas - Ikatan dan Simpulan


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Mata Pelajaran Unit Beruniform - Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Unit Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Bilangan Peserta 24 orang Tarikh 21/8/2024 Masa 2:00 PM - 4:00 PM (2 jam) Tajuk Simpulan Hasil Pembelajaran Mempelajari cara dan teknik membuat dua jenis simpulan iaitu simpulan buku sila dan tindih kasih serta kegunaannya pada situasi tertentu. Objektif Pembelajaran Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: a. Psikomotor: membuat dua jenis simpulan iaitu simpulan buku sila dan tindih kasih dengan menggunakan cara dan teknik yang tepat. b. Kognitif: menyatakan secara lisan berkaitan dengan teknik, fungsi dan kegunaan simpulan buku sila dan tidih kasih mengikut situasi tertentu dengan tepat. c. Afektif: Mempamerkan semangat bekerjasama, minat serta kesungguhan sepanjang melaksanakan aktiviti. Pengetahuan Sedia Ada Murid telah diberikan pendedahan awal berkaitan beberapa jenis simpulan dan ikatan melalui bahan bercetak seperti nota seminggu lebih awal sebagai pembelajaran kendiri Bahan Bantu Mengajar 1. Tali 2. Komputer riba 3. Pembesar suara 4. LCD


5. Klip video 6. Tayangan slaid Strategi / Kaedah Soal jawab, demonstrasi, perbincangan dan koperatif Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Lembaran kerja dan aktiviti berkumpulan Pengisian 1. Ilmu: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Moral 2. Nilai Murni: Bekerjasama, berdikari, prihatin, toleransi dan bertanggungjawab 3. EMK: Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Elemen Kreativiti dan Inovasi


AKTIVITI PEMBELAJARAN Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (10 minit) Fungsi dan kepentingan tali dalam aktiviti perkhemahan 1. Nyanyian lagu dan ikrar BSMM 2. Guru mengambil kehadiran murid 3. Guru menerangkan berkaitan aktiviti pembelajaran hari ini. 4. Seterusnya, guru akan memberi seutas tali kepada setiap murid 5. Guru akan memaparkan gambar berkenaan satu situasi perkhemahan dengan menggunakan bantuan tayangan slaid agar menarik tumpuan murid terhadap topik pada hari ini. Contoh gambar: 6. Sesi soal jawab diadakan berkaitan dengan kegunaan dan kepentingan tali berdasarkan gambar yang telah dipaparkan 7. Guru membuat hubungkait jawapan murid dengan topik yang akan dipelajari. BBM: Komputer riba, LCD, slaid dan pembesar suara Strategi/Kaedah: Soal jawab


Langkah 1 (20 minit) Pengenalan - Simpulan tanpa penggunaan kayu iaitu simpulan buku sila dan tindih kasih - Cara dan teknik membuat simpulan - Fungsi atau kegunaan simpulan 1. Aktiviti diteruskan dengan tindakan guru menunjukkan satu contoh simpulan yang telah siap. 2. Seterusnya, guru menayangkan satu video berkenaan cara membuat simpulan Buku Sila yang diperoleh daripada sumber Youtube. Pautan: https://youtu.be/XZ6lykaXGCU ?feature=shared 3. Guru membuat satu demonstrasi tentang cara-cara membuat simpulan Buku Sila dengan betul. 4. Ketika guru sedang melakukan demonstrasi, murid haruslah mengikuti setiap langkah dalam membuat simpulan tersebut dengan menggunakan tali yang telah dibekalkan pada awal aktiviti. 5. Guru memberi penerangan berkaitan dengan fungsi dan kegunaan jenis simpulan tersebut. 6. Ulang langkah 1 hingga 5 untuk menerangkan cara dan fungsi simpulan Tindih Kasih. BBM: Komputer riba, LCD, klip video, tali dan pembesar suara. Contoh cara ikatan buku sila dan tindih kasih: Buku Sila Tindih Kasih Strategi/Kaedah: - Demonstrasi - Pembelajaran berpusatkan guru Nilai: Tumpuan Langkah Perkembangan 1. Murid dibahagikan kepada BBM:


2 (30 minit) - Murid membuat simpulan tanpa demonstrasi oleh guru. empat kumpulan, enam orang bagi setiap kumpulan. 2. Guru memberikan arahan kepada setiap kumpulan untuk menguasai satu jenis simpulan. Pembahagian jenis simpulan bagi setiap kumpulan: Kumpulan 1 dan 3: Simpulan Buku Sila Kumpulan 2 dan 4: Simpulan Tindih Kasih 3. Seterusnya, guru akan memberi arahan kepada setiap kumpulan untuk melantik seorang wakil (ketua kumpulan). 4. Setiap ketua kumpulan perlulah kekal pada stesen kumpulan masing-masing, manakala ahli kumpulan yang lain akan bergerak ke stesen kumpulan lain untuk mempelajari semula simpulan daripada kumpulan lain. Pergerakan setiap kumpulan: K1 K2 K3 K4 Tali dan kertas Strategi/Kaedah: - Pembelajaran berpusatkan murid - Perbincangan Nilai: - Bekerjasama - Tanggungjawab


5. Seterusnya, ahli kumpulan akan kembali semula ke stesen kumpulan masing-masing lalu menunjukkan cara yang telah dipelajari kepada ketua kumpulan masing-masing. Langkah 3 (30 minit) Aktiviti: - Pertandingan membuat simpulan - Penerangan fungsi dan kegunaan simpulan 1. Satu pertandingan membuat simpulan akan diadakan dengan menggunakan kumpulan yang telah ditetapkan pada aktiviti sebelumnya. 2. Guru akan meminta murid untuk berada dalam satu barisan mengikut kumpulan masing-masing. 3. Murid yang berada di hadapan akan memulakan simpulan Buku Sila dan diikuti dengan ahli kumpulan yang lain secara bergilir-gilir. 4. Kumpulan yang semua ahlinya sudah menghabiskan simpulan dalam catatan masa yang paling awal dan menggunakan teknik yang betul akan dikira sebagai pemenang. 5. Kumpulan pemenang dikehendaki menghantar seorang wakil untuk Kedudukan setiap kumpulan BBM: Tali Strategi/Kaedah: - Pembelajaran berpusatkan murid - Koperatif Nilai: - Kerjasama - Penglibatan secara menyeluruh


menerangkan cara dan teknik membuat simpulan Buku Sila seterusnya menjelaskan fungsi dan kegunaan simpulan tersebut. 6. Langkah 1 hingga 5 diulang dengan melakukan simpulan Tindih Kasih. Namun, jika kumpulan yang sama memenangi pusingan ini, maka kumpulan lain dikehendaki untuk melaksanakan penerangan berkaitan jenis simpulan ini. Langkah 4 (20 minit) Latihan Pengukuhan 1. Guru akan melaksanakan latihan pengukuhan dengan memberi kertas soalan kuiz kepada setiap murid. Contoh soalan kuiz: a. Susunkan semula cara-cara untuk melakukan simpulan Buku Sila. b. Padankan nama simpulan kepada gambarnya dengan betul. c. Nomborkan susunan teknik-teknik membuat simpulan Tindih Kasih mengikut urutan yang BBM: Kertas soalan kuiz Strategi/Kaedah: - Penyoalan Nilai: - Penglibatan secara menyeluruh - Tekun


betul. d. Nyatakan fungsi dan kegunaan simpulan Buku Sila. e. Tandakan (✓) pada kegunaan simpulan Tindih Kasih dalam sesuatu situasi. 2. Murid diminta untuk menjawab kuiz tersebut secara individu dalam masa yang ditetapkan. 3. Pada akhir sesi ini, murid dikehendaki menghantar kertas soalan kuiz yang sudah dijawab kepada guru. Penutup (10 minit) Rumusan 1. Guru membuka peluang kepada murid untuk mengajukan soalan jika terdapat sebarang kemusykilan. 2. Guru membuat kesimpulan secara menyeluruh. 3. Guru meminta murid untuk membuat refleksi di ruangan Jamboard yang telah disediakan. Pautan Jamboard: https://jamboard.google.com/d /1bB7ppXiLiv-ebgVctpJeUIoP ErDeMpjs9pFOihlqros/edit?us p=sharing Strategi/Kaedah: Penyoalan


SUMBER RUJUKAN


SUMBER RUJUKAN Ibn Abdullah. (2016, Disember 5). Sejarah Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. SlideShare. https://www.slideshare.net/drhapizi/sejarah-bsmm-69819835 International Committee of the Red Cross. (2021). Mempromosi Penghormatan terhadap Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa. ICRC. https://www.icrc.org/sites/default/files/wysiwyg/Worldwide/asia/Malaysia/ihl_handbook_fo r_malaysian_parliamentarians_malay.pdf Khaliesah. (2021, Mac 3). Asas Kawad Kaki. SlideShare. https://www.slideshare.net/KhaliesahKamarulzama/asas-kawad-kaki Nur Falihin. (2023, Mac 22). Bulan Sabit Merah Malaysia. SlideShare. https://www.slideshare.net/einezz/bsmmpdf Nurul Maizatul Sofea Mohd Rodzi. (2021). Buku Log Bulan Sabit Merah Malaysia. Google Sites. https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/buku-log-digital-sofea/halaman-utama?a uthuser=0


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version