´+DUDSDQ VD\D DJDU ODPDQ
H EXOHWLQ LQL PHPEHUL LPSDN \DQJ
EHUPDQIDDW NHSDGD VHPXD SLKDN
WHUXWDPD VHNDOL NHSDGD
SHODMDU ,.0 638 VHQGLUL
$NKLU NDWD
VHODPHODPDW PHOD\DUL
V
ODPDQ H EXOHWLQ LQL
VHPRJD VDOXUDQ
DOWHUQDWLI LQL DNDQ
OHELK PDQWDS GDUL
VHPDVD NH VHPDVDµ
KELUARAN JULAI-OGOS 2019 #EDISI 1
KATA ALUAN PENGARAH
KATA ALUAN PENGARAH
PENGARAH IKM SPU
Salam Sejahtera.
Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurniaNya saya
diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam e-
buletin ini. Terlebih dulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan
tahniah kepada jawatankuasa editor di atas pelancaran e-buletin.
Penghargaan yang tidak terhingga dihulurkan kepada semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga e-buletin ini
diterbitkan dengan jayanya. Tujuan e-buletin diterbitkan adalah untuk
memudahkan dan memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan
maklumat dari sumber dengan kemungkinan perspektif yang unik, asli dan
bahkan global.
Harapan saya agar laman e-buletin ini memberi impak yang bermanfaat
kepada semua pihak terutama sekali kepada pelajar IKM SPU sendiri.
Akhir kata, selamat melayari laman e-buletin ini, semoga saluran alternatif ini
akan lebih mantap dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“LUAR BANDAR SEJAHTERA”
SUPARDI BIN AMALUDIN
Pengarah
Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara
Pulau Pinang
MS 1
KELUARAN JULAI-OGOS 2019 #EDISI 1
ENGAGEMENT MARA
ENGAGEMENT MARA
BERSAMA KAUNSELOR
BERSAMA KAUNSELOR
Oleh EQBAL Pejabat MARA Negeri Pulau Pinang
dan Institusi Kemahiran MARA
Seberang Perai Utara telah
menganjurkan Program
Engagement MARA Bersama
Kaunselor Negeri Pulau Pinang
2019 pada tarikh 7/8/2019
bertempat di dewan besar IKM
Seberang Perai Utara
(SPU).
Program ini diadakan
bagi memberikan
pendedahan kepada para
kauselor sekolah
menengah seluruh
Pulau Pinang tentang
peluang melanjutkan
pengajian yang ditawarkan di
Institut Pendidikan MARA
(IPMA).
MS 2
KELUARAN JULAI-OGOS 2019 #EDISI 1
KEMPEN DERMA DARAH
KEMPEN DERMA DARAH
Oleh HAKIMI
Pada 9/7/2019 program
kempen derma darah
anjuran Hospital
Seberang Jaya bersama
IKM Seberang Perai Utara
bertempat di dewan
IKM SPU.
Ramai pelajar dariada setiap
semester dan para pensyarah
yang sukarela untuk
menderma darah
mereka dalam kempen
ini.
Para penderma
mendapat makanan
dan minuman setelah
menderma.Kempen ini
adalah wajar untuk
diadakan pada setiap
semester.
MS 3
KELUARAN JULAI-OGOS 2019 #EDISI 1
PENDAFTARAN
PENDAFTARAN
PELAJAR KANAN
PELAJAR KANAN
Oleh Nurhilmi
Langkah kaki kanan kami melangkah melalui
pintu gerbang IKM SPU pada 1 Julai bagi sesi
(Julai-Disember) 2019 seramai 55 orang
pelajar kanan dan 57 orang pelajar sem 1
yang telah berdaftar sebagai ahli keluarga baru
IKM SPU bagi program
Diploma Teknologi Kejuruteraan
Elektrik Domestik Dan Industri (DED) dan
juga program Diploma Elektrik Kuasa(DEP)
HALAQAH QUR
HALAQAH QURANAN
Oleh IKHMAL Pada setiap hari selasa antara waktu solat
Maghrib hingga waktu Isyak semua pelajar
IKM SPU mengikuti program Halaqah Al-Quran.
setiap pelajar dibahagikan kepada 22 kumpulan
setiap kumpulan mempunyai lima hingga tujuh
orang. Setiap kumpulan perlu membaca satu
juzuk Al-Quran dan meneruskan bacaan juzuk
seterusnya sekiranya telah tamat juzuk yang
sebelumya. Program ini dikendalikan oleh Ustaz
Abdussamad. program ini diwujudkan bertujuan
bagi membiasakan pelajar membaca Al-Quran
setiap seminggu sekali.
MS 4
KELUARAN JULAI-OGOS 2019 #EDISI 1
MAJLIS APRESIASI
MAJLIS APRESIASI
KECEMERLANGAN AKADEMIK
KECEMERLANGAN AKADEMIK
Oleh NURHILMI
Pada 26/7/19 IKM Seberang Perai Utara
telah mengadakan Majlis Apresiasi
Kecemerlangan Akademik (MAKA)
Pada hari yang bersejarah tersebut
seramai 17 orang pelajar telah
mendapat Anugerah Pengarah (AP)
bagi peperiksaan akhir Semester Pengarah sedang memberikan
(Januari-Jun) 2019. Sehubungan itu ucapan perasmian majlis
majlis juga dituruti dengan ucapan
penghargaan daripada Pengarah
dan Timbalan Pengarah IKM SPU
yang menyatakan sukacitanya pihak
IKM dengan prestasi semua pelajar
yang berjaya mengekalkan
keputusan kecemerlangan.
MS 5
KELUARAN JULAI-OGOS 2019 #EDISI 1
KURSUS PLC
KURSUS PLC
Pada 7-8/9/2019 pelajar DCS sem 4 dan
pensyarah bahagian teknikal telah
menyertai kursus PLC (Programmable
Logic Controller) bersama dengan
Syarikat FESTECH. Kursus ini mengajar
cara memprogram sesuatu litar
dengan menggunakan sistem PLC untuk
memudahkan cara pengawalan,dengan
menggunakan sistem ini, litar tidak
memerlukan kabel yang banyak bagi
pengawalan sesuatu sistem dan pendawaian,
tidak memerlukan masa yang banyak dan
membantu dari segi aspek
keselamatan sesuatu sistem. Oleh IKHMAL
CERAMAH AADK
CERAMAH AADK
Oleh IKHMAL
Pada 24/7/2019 IKM SPU telah mengadakan
program bersama AADK untuk pelajar
DED dan DEP sem 1. Program ini diadakan
bertujuan untuk mendedahkan pelajar
tentang keburukan dadah yang disalahguna
oleh golongan remaja,bujang,malah
golongan yang sudah berkahwin.
Penceramah memberi penerangan ,dadah
juga dapat menghancurkan kebahagiaan
sebuahkekeluargaan, para pelajar juga dapat
mengenali jenis-jenis dadah,cara-cara
mencegah,dan mendalami kesan-kesan
pengambilan dadah.
MS 6
KELUARAN JULAI-OGOS 2019 #EDISI 1
IDEATION LAB for IPMA
IDEATION LAB for IPMA
Oleh Mursyidi
Pada 26/7/19 seramai 3 orang peserta telah mewakili
IKM SPU dalam pertandingan (ideation lab for IPMA
techno biz hub –
gear up future proof biz )
dan berkampung di German
Malaysian Institute selama
4 hari 3 malam. Selama 3 hari
para peserta di beri pendedahan
dalam memikirkan idea baru dalam
perniagaan.kebanyakkan yang
memberi penerangan ialah dari
kalangan golongan yang sudah
berjaya dalam perniagaan melalui
aplikasi dan selepas 3 hari diberi
pendedahan kepada semua
peserta mereka dikehendaki
bertanding dalam membentangkan
idea baru mereka.Seorang peserta
dari IKM SPU telah menjuarai
pertandingan tersebut dan
seorang lagi mendapat tempat ketiga dan membawa pulang wang
tunai sebanyak RM200 dan tempat ketiga sebanyak RM100
Johan – Muhammad Mursyidi bin Zakaria
Tempat 3 - Ahmad Hafidzul Hakem bin Md Januri
Nama peserta- Muhammad Mursyidi bin Zakaria
Ahmad Hafidzul Hakem bin Md Januri
Muhammad Yasziq bin Yusof
MS 7
KELUARAN JULAI-OGOS 2019 #EDISI 1
RELA IKM SPU
RELA IKM SPU
2/7/19
Pendaftaran RELA pelajar
Sem 1 dan 2
9/7/19
Pengenalan RELA kepada
pelajar sem 1 dan 2
16/7/19
kelas teori menyelamat
PROGRAM SANTUN BUDI RELA
20/7/19
Program Santun Budi
RELA bersama
pelajar sem 2
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT RELA 23/7/19
Latihan kawad pelajar
sem 1 dan 2
30/7/19
majlis Pemakaian Pangkat
RELA peringkat
LATIHAN MENEMBAK RELA Pulau Pinang
MS 8
KELUARAN JULAI-OGOS 2019 #EDISI 1
3/8/19
Pemilihan kawad
6/8/19
Latihan kawad
17/8/19
Latihan menembak
RELA di pusat RELA
wilayah utara
20/8/19
Latihan kawad RELA
29/8/19
Raptai kawad
30/8/19
Penyampaian hadiah
kawad RELA
31/8/19
Kawad Kemerdekaan
MS 9
KELUARAN JULAI-OGOS 2019 #EDISI 1
XPDC GUNUNG
XPDC GUNUNG JERAIJERAI
Oleh Bukhari
Pada 1/9/19 seramai lapan orang pelajar
IKM SPU terdiri daripada sem 3 dan 4
mengadakan XPDC mendaki Gunung Jerai,
Kedah. Mereka mula mendaki pada jam
8.00 pagi, pelbagai aktiviti yang dilakukan
antaranya melawat telaga Tok Sheikh,mandi
dan memasak
di kawasan air
terjun dan
sebagainya.
XPDC mereka
ditamatkan pada
jam 5.00 petang
FIT MALAYSIA
FIT MALAYSIA
Oleh Bukhari
Pada 21/7/19 seramai tujuh orang pelajar
IKM SPU menyertai Program FIT Malaysia
yang dianjurkan oleh Kementerian Belia
dan Sukan bertempat di Kompleks Sukan
dan Rekreasi MPSP, Jalan Betek,
Bukit Mertajam. Program tersebut
dirasmikan oleh Menteri
Belia dan Sukan,
Yang Berhormat
Syed Saddiq. Seramai
enam orang pelajar
menyertai acara 5km
Fun Run manakala
seorang lagi menyertai
30km Fun Ride
berbasikal.
MS 10