MODUL 3
ULANGKAJI BERFOKUS
942/1
BAHAGIAN B (ASM )
GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA
1.0 PENDUDUK
BIL TAJUK HALAMAN
1 1.1 Konsep penduduk
1.1.1 Penduduk sebagai sumber 2- 6
1.1.2 Penduduk sebagai agen
perubahan.
2 1.2 Taburan penduduk 7-20
1.2.1 Taburan penduduk dunia mengikut
wilayah
1.2.2 Kemahiran amali
3 1.3 Pertumbuhan penduduk
1.3.1 Pertumbuhan penduduk dunia 21 -51
1.3.2 Faktor pertumbuhan penduduk
1.3.3 Kemahiran amali
1.3.4 Kesan pertumbuhan penduduk
1.3.5 Kemahiran amali
1.3.6 Penduduk dan pembangunan
4 1.4 Migrasi 51-66
1.4.1 Kemahiran amali
5 1.5 Penduduk dan sumber alam
1.5.1 Pengenalan umum komponen alam
sekitar fizikal 66-74
1.5.2 Alam sekitar sebagai sumber alam
1.5.3 Daya tampung persekitaran fizikal
1|Page
1.0 PENDUDUK
1.1 Konsep penduduk
Penduduk merujuk kepada manusia yang tinggal dalam sesuatu satu kawasan ke satu
kawasan yang lain.
1.1.1 Penduduk sebagai sumber manusia (tenga kerja).
Penduduk yang berada dalam lingkungan umur 15-64 tahun (umur bekerja)
SUMBER MANUSIA BOLEH DIUKUR BERDASARKAN:
(a) kuantiti
Kuantiti seperti jumlah, bilangan atau saiz penduduk di sesebuah negara.
Saiz penduduk adalah berbeza mengikut negara.
Negara yang mempunyai penduduk yang ramai seperti China, India, Indonesia akan
membekalkan tenaga buruh yang ramai.
Negara yang mempunyai penduduk yang sedikit seperti Kanada, New Zealand dan Sweden
mempunyai taraf hidup yang tinggi dan bertaraf negara maju.
(b) Struktur umur dan jantina
1) Umur
Kategori penduduk produktif dan tidak produktif berkait rapat dengan umur penduduk
Penduduk muda (0-14 tahun) dan tua (65 tahun ke atas) tidak produktif kerana perlu
ditanggung manakala penduduk dewasa (15 hingga 64 tahun) menyumbang secara
produktif kepada ekonomi negara.
2) Jantina
Jantina penduduk dilihat dari sudut nisbah antara bilangan lelaki dan wanita
Bagi kebanyakan negara membangun yang ekonominya berasaskan sektor primer yang
memerlukan kekuatan teanga fizikal manusia, keperluan tenaga kerja lelaki lebih besar
berbanding perempuan
Bagi negara yang lebih maju yang bergantung kepada sektor pembuatan dan
perkhidmatan yang kurang guna tenaga fizikal, keperluan ke atas tenaga lelaki dan wanita
adalah hampir sama
Di Malaysia, aspek jantina penduduk juga dikaitkan dengan jenis ekonomi. Sebagai
contohnya, industri berat yang memerlukan kekuatan tenaga fizikal manusia lazimnya
mengupah lebih ramai pekerja lelaki. Contohnya kilang memasang kereta di Shah Alam
Selangor. Manakala industri yang berintensifkan buruh yang memerlukan tahap
ketekunan dan kehalusan yang tinggi lazimnya mengupah ramai pekerja wanita.
Contohnya kilang produk barangan elektrik dan elektronik di Bayan Lepas, Pulan Pinang.
(c) Kualiti
Merujuk kepada ciri-ciri positif yang perlu dimiliki penduduk untuk membolehkannya menjadi
tenaga kerja yang berguna kepada negara.
2|Page
PENGUKURAN BERDASARKAN KUALITI
1.Taraf pendidikan
kualiti pendidikan diukur melalui kelulusan akademik yang tinggi, celik huruf dan mahir dalam
teknologi maklumat.
Tahap pendidikan yang tinggi akan menyediakan tenaga kerja yang berpengetahuan dapat
membentuk pekerja dan masyarakat yang berkualiti
Pekerja dan masyarakat yang berkualiti akan dapat mempengaruhi pembangunan sesebuah
negara.
Tahap pendidikan seperti pra sekolah, rendah, menengah pendidikan tinggi (kolej, maktab
dan universiti awam dan swasta).
2.Taraf kesihatan
Penduduk yang sihat mempunyai daya tahan yang tinggi, produktif, kompetitif , kuat bekerja,
sihat dan cergas fizikal dan mental.
Tahap kesihatan penduduk dikaitkan dengan penurunan kadar kematian dan peningkatan
jangka hayat
Tahap kesihatan yang tinggi berkait dengan kemudahan kesihatan yang baik seperti hospital,
poliklinik dan klinik, bilangan doktor yang cukup, ubat dan kemudahan perubatan yang moden.
Tahap kesihatan yang tinggi juga dipengaruhi oleh peningkatan kualiti hidup iaitu amalan dan
gaya hidup sihat seperti amalan pemakanan yang seimbang dan penjagaan kesihatan
3. Berkemahiran
Kemahiran dan kecekapan yang khusus dalam sesuatu bidang seperti teknik dan vokasional,
kejuruteraan, rekacipta, sains perubatan perkhidmatan, pengurusan dan profesional.
Kemahiran diperolehi daripada pengalaman, latihan lanjutan dan perkongsian kepakaran.
Kemahiran tinggi meningkatkan daya cipta dan inovasi baru.
Budaya R&D dikembangkan oleh tenaga pakar.
Ekonomi kuarterner dan kuiner berkembang melalui eksport inovasi dan kepakaran ke luar
negara.
4.Sikap/nilai insaniah/pemikiran
Berdisiplin sikap positif, bermotivasi, mudah menerima pembaharuan, inovasi, dan
mempunyai nilai murni yang tinggi.
Selain itu, mempunyai daya kepimpinan, boleh bekerjasama, cekap, amanah, kebolehan
berkomunikasi, bersikap terbuka, bermobiliti tinggi dan lain-lain merupakan penduduk yang
berkualiti.
3|Page
1.1.2 PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
PERANAN MANUSIA SEBAGAI AGEN PERUBAHAN MELALUI AKTIVITI SOSIOEKONOMI
(a) Perubahan Sosioekonomi
( i ) Ekonomi
Penduduk menjadi sumber tenaga yang penting dalam usaha menukarkan sektor ekonomi
tradisional seperti pertanian dan penternakan kepada sektor ekonomi moden seperti
perindustrian dan perkhidmatan.
Penduduk berperanan sebagai tenaga kerja dan pengguna yang mewujudkan kepelbagaian
ekonomi di sesebuah negara.
Juga berperanan mengembangkan jumlah permintaan dan penawaran barangan.
( ii ) Sosial
Mewujudkan dan mengembangkan infrastruktur sosial seperti sektor pendidikan, kesihatan
dan infrastruktur asas seperti telekomunikasi dengan adanya penduduk yang mencukupi dan
berkualiti mempengaruhi revolusi teknologi perhubungan dan telekomunikasi seperti satelit,
Sistem Penentuan Global (GPS), remote sensing dalam Sistem Informasi Geografi (GIS).
Kaedah menyampaikan ilmu di peringkat sekolah dan universiti telah banyak menggunakan
kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT).
Dalam bidang kesihatan pula, hasil kajian dan penyelidikan para saintis, pelbagai penemuan
baharu kaedah perubatan, ubat-ubatan dan peralatan perubatan dihasilkan
Faktor ini membantu meningkatkan mutu kesihatan dan menjadikan jangka hayat semakin
tinggi serta menyumbang kepada pertambahan jumlah penduduk dunia hari ini.
Perkembangan jaringan pengangkutan misalnya telah memberi kemudahan kepada
penduduk pedalaman memasarkan hasil mereka.
Di Bandar pula, kepelbagaian jenis sistem pengangkutan seperti jalan raya, perkhidmatan
LRT dan Monorel meningkatkan kemajuan dan pembangunan serta menjadi fokus migrasi
penduduk.
( b ) Perubahan landskap fizikal
( i ) Manusia sebagai pengubah sistem geomorfologi
Aktiviti pembinaan lebuh raya telah menyebabkan bukit dipotong, ditarah, diteres dan dikorek.
Aktiviti ini menyebabkan cerun terdedah kepada agen luluhawa, hakisan, tanah runtuh dan
menjadi punca banjir lumpur.
Kerja-kerja melombong bijih timah, emas, kuprum dan besi telah menyebabkan terbentuknya
tasik dan lombong yang pelbagai saiz.
Tanah di kawasan perlombongan menjadi gersang, profil tanah yang terbalik, struktur tanah
longgar dan pemendapan berlaku
Kawasan bekas lombong bijih timah dan lombong pasir memperlihatkan kesan-kesan lekukan
dan tasik buatan manusia di sekitarnya.
Aktiviti pertanian seperti pembukaan atau penerokaan tanah baru, pembajakkan,
penebusgunnan tanah, pembakaran dalam sistem pertanian pindah telah menjejaskan
kesuburan tanah dan berlakunya hakisan percikan air hujan.
4|Page
(ii) Manusia sebagai pengubah sistem hidrologi
meluruskan, mendalamkan, mengepam dan mengalihkan aliran sungai serta menambak laut,
membina tasik,kolam dan menimbus takungan air semulajadi mengganggu keseimbangan
kitaran hidrologi melalui proses penyahutanan, penurapan muka bumi dalam proses
pembandaran.
Aktiviti perindustrian yang dijalankan telah menyebabkan pencemaran air.
Kawasan tadahan hujan musnah telah menyebabkan resapan air tanih kurang, isipadu akuifer
kurang, mata air sungai terjejas, isipadu badan air terjejas.
(iii) Manusia sebagai pengubah sistem atmosfera
Manusia telah mengubah unsur-unsur seperti bahangan, kerpasan, suhu melalui pelbagai
aktiviti seperti perindustrian, pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan bermotor,
pembakaran terbuka, penggunaan alat penghawa dingin, penurapan muka bumi dan lain-lain.
Penggunaan penghawa dingin dan pendingin beku telah melepaskan gas CFC menyebabkan
berlakunya penipisan lapisan ozon.
Aktiviti manusia yang membebaskan gas karbon dioksida telah menyebabkan kejadian
pencemaran udara, hujan asid dan kesan rumah hijau.
(iv) Manusia sebagai pengubah sistem ekologi
Aktiviti penebangan hutan untuk membina empangan, pertanian dan pembandaran telah
mengubah landskap hutan primer kepada hutan sekunder dan hutan tanaman.
Ekosistem akuatik diganggu melalui proses penimbusan paya, tasik, alur-alur sungai,
pemusnahan hutan bakau.
Ekosistem hutan terjejas dan terganggu seperti kepupusan dan kemusnahan biodiversiti flora
dan fauna hutan, kepupusan pelbagai spesies pokok hutan, herba, binatang liar, serangga
hutan.
(c) Perubahan landskap budaya (alam sekitar manusia)
(i) Pembinaan petempatan
Pada musa dahulu, persekitaran manusia terbatas kepada sebuah kawasan petempatan yang
kecil kerana keperluan manusia tidak kompleks.
Tetapi kini kehidupan manusia berubah menjadi begitu kompleks.
Keadaan ini bergantung kepada tahap teknologi dan kemajuan budaya yang dicapai oleh
sesebuah masyarakat.
Kini wujud bangunan kediaman seperti rumah flat, kondominium, banglo dan taman
perumahan
Topografi fizikal berubah dari hutan, tanah tinggi, lombong dan paya ditebus guna menjadi
kawasan petempatan.
(ii) Aktiviti pertanian
aktiviti pertanian lebih tersusun dan terancang seperti ladang dan kebun kecil.
Taman baharu seperi kelapa sawit, getah, teh, kelapa dan sayur-sayuran.
5|Page
(iii) Aktiviti perindustrian
Wujud bangunan kilang, jaringan pengangkutan dan sistem telekomukasi .
(iv) Perbandaran
Pembinaan dan perkembangan bandar, peluasan sempadan, kemudahan asas dan sosial,
bangunan pejabat, gedung perniagaan, medan letak kereta berbayar di bandar.
(v) Guna tanah
Exploitasi hutan, tanah tinggi, dan tasik untuk kawasan pertanian, perumahan, lebuh raya,
pelancongan, padang golf, hotel, taman tema air, taman reakreasi perlombongan, akuakultur
dan lain-lain.
(vi) Pengangkutan
Tebus guna landskap fizikal untuk pembinaan lebuh raya, lapangan terbang, pelabuhan dan
lebuh raya.
Langkah untuk meningkatkan kualiti penduduk sesebuah negara
1.Menambahbaik institusi pendidikan dan latihan
Meningkatkan taraf pendidikan dengan membina lebih banyak institusi pengajian tinggi
seperti Kolej, Kolej Universiti dan Universiti di seluruh negara.
Selain itu, memperbanyakkan bilangan tenaga kerja professional seperti saintis dan jurutera.
2. Meningkatkan akses kesihatan dan perubatan
Kerajaan juga membina hospital, pusat kesihatan dan klinik desa baharu di seluruh negara,
Ini telah meningkatkan kemudahsampaian untuk mendapatkan rawatan terutamanya di
kawasan kurang membangun juga diberi perhatian khusus contohnya di Klinik Desa yang
dibina berdekatan dengan petempatan penduduk.
3. Memperbanyak kempen menjaga kesihatan
Menggalakkan gaya hidup sihat untuk meningkatkan kesedaran rakyat akan kepentingan
menjaga kesihatan.
4. Meningkatkan kemudahan infrastruktur/ perhubungan/ telekomunikasi
Melalui perubatan dan pembinaan jalan raya atau lebuh raya.
Dengan adanya jalan raya senang pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
5. Dasar kerajaan
Berkaitan dengan pendidikan seperti penempatan Institusi Pengajian Tinggi di serata
Malaysia atau mengalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
6.Meningkatkan kemudahan hospital
Kerajaan berusaha menambahbaik atau menaiktaraf peralatan atau menambah kemahiran
doktor dalam meningkatkan kualiti penduduk.
Usaha ini memastikan rakyat Malaysia mendapat perkhidmatan rawatan dan kesihatan yang
berkualiti
7.Peningkatan dan penambahbaikan kemahiran atau latihan
Kerajaan berusaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja negara dengan mewujudkan
institusi kemahiran seperti Kolej Vokasional dan politeknik serta Institusi MARA
6|Page
1.2 TABURAN PENDUDUK
Sebaran penduduk atau corak agihan penduduk di atas permukaan bumi yang tidak sekata.
Taburan ini boleh dibahagikan kepada kawasan berpenduduk padat, kawasan berpenduduk
sederhana padat dan kawasan berpenduduk jarang.
KEPADATAN PENDUDUK
Nisbah antara jumlah penduduk di sesebuah kawasan berbanding dengan keluasan kawasan
yang diwakilinya.
Formula pengiraan kepadatan penduduk
Kepadatan penduduk = Jumlah penduduk (orang)
Luas Kawasan (km²)
Hitung Kepadatan Penduduk Mengikut Wilayah di Malaysia Pada Tahun 1996
Wilayah Negeri Keluasan ((km²) Jumlah penduduk Kepadatan penduduk
Utara (000’ orang ) (orang/(km²)
Tengah Perlis 795
Selatan Kedah 9426 217.9 274.9
Timur Pulau Pinang 1030 1778.2 188.65
Malaysia Perak 21005 1416.9 1375.63
Timur Selangor 7955 2194 164.45
WP KL 243 4498.1 565.44
Negeri Sembilan 6643 1506.8 6200.82
Melaka 1651 913.3 137.48
Johor 18986 687.1 416.17
Kelantan 14920 2959.4 155.87
Terengganu 12955 36.04
Pahang 35965 453 74.57
Sabah 74398 966.1 38.16
1372.5 37.57
Sarawak 124450 2795.1
17.79
2214.3
TABURAN PENDUDUK DUNIA MENGIKUT KEPADATAN
(a) Taburan penduduk dunia mengikut benua
(i ) Benua Asia
Lebih daripada 60% penduduk dunia tinggal di Benua Asia
Daripada jumlah ini, penduduk negara China dan India merangkumi 40% daripada jumlah
penduduk.
Separuh daripada jumlah penduduk dunia yang berjumlah 7 bilion orang tinggal di China,
India, Pakistan, Jepun dan Indonesia.
Kawasan paling padat penduduk dunia terletak di Asia Timur iaitu di China, Jepun dan Korea.
Taburan dan kepadatan peduduk di benua Asia ialah kesemua kawasan tumpuan penduduk
terletak kawasan tanah pamah dan juga di lembah- lembah sungai utama seperti Dataran
Indo Ganges dan Dataran Huang Ho.
7|Page
( ii ) Benua Eropah
Dianggarkan 11% daripada penduduk dunia tinggal di Benua Eropah.
Kawasan berpenduduk padat di Eropah menganjur dari Kepulauan British hingga ke Soviet
Rusia dan sebahagian besar kawasan di Jerman, Poland, Belanda, Belgium, Perancis dan Utara
Itali.
Di Eropah, kawasan berpenduduk padat terletak di kawasan yang agak berbukit iaitu di
kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi.
( iii ) Benua Amerika Utara
Penduduk tertumpu di Bandar raya utama manakala kawasan luar bandar berpenduduk
jarang.
Sebanyak 8% penduduk dunia tinggal di Amerika Utara.
Kawasan penduduk padat di Amerika Syarikat tertumpu di sepanjang pinggir pantai timur
yang menganjur dari Boston hingga ke Washingston, tasik-tasık besar seperti di Chicago,
Detroit, Cleveland dan Pittsburgh.
Di Kanada pula, tumpuan penduduk padatnya di sekitar St. Lawrence dan tasik-tasik besar
seperti di Montreal, Toronto, Ottawa dan Quebec.
( iv ) Benua Amerika Selatan
Amerika selatan menyumbang 5.3 % daripada jumlah penduduk dunia.
Tidak terdapat kawasan yang dapat dikatakan betul-betul padat seperti mana yang terdapat
di Asia Tenggara atau Eropah.
(v) Benua Australia /Oceania
21 juta atau 0.3% penduduk dunia tinggal di benua Australia.
Tidak terdapat kawasan yang dapat dikatakan betul-betul padat seperti mana yang terdapat
di Asia Tenggara atau Eropah.
(vi) Benua Afrika
Penduduk di Afrika berjumlah 840 juta orang atau 12 % daripada jumlah penduduk dunia.
Hanya di Afrika utara terdapat satu kawasan yang padat penduduknya, iaitu di Lembah Sungai
Nil dan deltanya.
(B) TABURAN PENDUDUK DUNIA MENGIKUT GARIS LINTANG
Didapati kurang daripada 10% penduduk tinggal di hemisfera selatan.
Hampir 50% penduduk dunia tinggal antara garis hintang 20ᵒU hingga 40ᵒͦ U dan 30%
penduduk dunia tinggal antara garis lintang 40ᵒU hingga 60ᵒU.
Kurang daripada 0.5% penduduk dunia tinggal di kawasan garis lintang melebihi 60ᵒU.
Hampir 80% penduduk dunia tinggal antara garis lintang 20ᵒU hingga 60ᵒU
8|Page
(C) TABURAN PENDUDUK DUNIA MENGIKUT KEBENUAAN DAN KEPULAUAN
Lebih ramai penduduk dunia tinggal di kawasan kebenuaan berbanding dengan kepulauan
Di kawasan benua, jumlah penduduk akan semakin berkurangan apabila menghala ke
kawasan pedalaman.
Tiga per empat daripada penduduk dunia tinggal dalam lingkungan 1000 km dari pinggir
laut.
Penduduk dunia lebih tertarik untuk tinggal di pinggir laut berbanding dengan kawasan
pedalaman.
Terdapat juga pulau-pulau yang berpenduduk padat seperti kepulauan British, Jepun, Sri
Lanka, Indonesia, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.
Hal ini disebabkan oleh faktor saiz, letakan keadaan geografi, kesuburan tanih, sejarah dan
sumber ekonomi yang wujud di kawasan kepulauan.
(D) TABURAN PENDUDUK DUNIA MENGIKUT KETINGGIAN TEMPAT
Jumlah dan kepadatan penduduk semakin berkurung apabila ketinggian sesuatu tempat
bertambah.
Manusia tidak dapat tinggal di kawasan tanah tinggi kerana keadaan tekanan atmosfera dan
tekanan oksigen yang kurang.
Faktor ini boleh membahayakan nyawa manusia.
Terdapat beberapa buah bandar yang terletak di kawasan tanah tinggi yang berpenduduk
padat.
Antaranya Addis Ababa (2450 meter dari aras laut), La Paz (3650 meter deri aras laut), Quito
(2800 meter dari aras laut), Bogota (2640 meter dari aras laut) dan Bandaraya Mexico (2240
meter dari aras laut)
( E ) TABURAN PENDUDUK DUNIA MENGIKUT KAWASAN
( i ) Kawasan berpenduduk padat
Kawasan perindustrian di Manchester, United Kingdom di England, Saar dan Ruhr di Jerman,
Yokohama, Kobe dan Tokyo di Jepun, serta rangkaian Tasik-tasik besar hingga New York
melalui Pinsburgh di Amerika Syarikat
Kawasan pertanian di Lembangan Chang Jiang(China), Lembangan Indus Ganges (India),
Dataran Kanto (Jepun), Lembangan Nil (Mesir).
Bandar Bandar utama yang maju dengan sektor industri dan perkhidmatan di Tokyo (Jepun),
London (England), New York ( Amerika Syarikat) dan Jakarta (Indonesia)
( ii ) Kawasan berpenduduk sederhana padat
Hutan sederhana sejuk, hutan Taiga di Eurasia, dan hutan pokok tirus di Kanada
Kawasan padang rumput hawa sederhana seperti Steppe, Prairie, Veld dan Pampas
Kawasan Mediterranean Eropah, Afrika Selatan dan sebahagian besar Asia Tenggara.
9|Page
( iii ) Kawasan berpenduduk jarang
Kawasan kutub di Artik dan Antartika
Kawasan Tudra di Greenland
Hutan Khatulistiwa dan Tropika
Kawasan pergunungan tinggi di Banjaran Himalaya dan Rocky
Kawasan gurun panas di Gurun Sahara (Afrika), Gurun Mohave, Gurun Kalahari dan Gurun
Atacama . Lembangan Amazon (Brazil), Lembangan Congo dan kawasan pedalaman Asia
Tenggara
TABURAN PENDUDUK DI ASIA TENGGARA
1) Indonesia
2) Filipina
3) Malaysia
4) Vietnam
5) Singapura
6) Thailand
7) Brunei
8) Myanmar
9) Kemboja
10) Laos
11) Timor Leste
( i )Kawasan berpenduduk padat
Kawasan yang subur untuk pertanian di Delta Sungai Mekong (Indo China), Delta Irrawady
(Myanmar), Delta Sungai Chao Phraya (Thailand), Pulau Jawa (Indonesia)
Bandar-bandar besar seperti Jakarta (Indonesia), Manila (Filipina), Bangkok (Thailand), Kuala
Lumpur (Malaysia)
Kawasan paling padat penduduk di Asia Tenggara ialah Pulau Jawa, iaitu kira-kira 979 orang
per km² pada tahun 2010
( ii ) Kawasan berpenduduk sederhana padat
Kawasan tanah pamah yang beralun yang terdapat aktiviti pertanian seperti getah dan kelapa
sawit
Kawasan pesisir pantai yang terdapat aktiviti perikanan
Kawasan bandar sederhana dan kecil
(iii) Kawasan berpenduduk jarang
Kawasan pedalaman yang berbukit- bukau dan bergunung-ganang di Banjaran Titiwangsa
(Malaysia), Banjaran Borneo (Sumatera, Indonesia)
Kawasan berpaya dan berhutan tebal misalnya di Sumatera, Indonesia.
10 | P a g e
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KETIDAKSEIMBANGAN TABURAN PENDUDUK
WILAYAH DUNIA
(A) Faktor alam sekitar fizikal yang mempengaruhi ketidakseimbangan taburan penduduk dunia
1. Bentuk muka bumi
Keadaan bentuk muka bumi yang rata, bertanah pamah, bercerun landai dan subur
merupakan kawasan tumpuan penduduk dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Hal ini demikian kerana kawasan ini mempunyai tanah yang subur, bersaliran baik dan amat
sesuai untuk aktiviti pertanian, lebih mudah dihubungi, kadar ketersampaian tinggi, mudah
dibina jaringan pengangkutan dan telekomunikasi, tapak bina petempatan dan bandar, tapak
bina pelbagai kemudahan asas.
Contohnya di Lembangan Hwang Ho (China) dan Dataran Indus (India).
Kawasan pedalaman, tanah tinggi dan bergunung-ganang jarang didiami penduduk
Begitu juga kawasan yang berpaya, berhutan tebal seperti di Lembangan Amazon dan
Lembangan Kongo kerana menyukarkan kegiatan manusia seperti pertanian, petempatan,
komunikasi dan pengangkutan.
2. Iklim
Kawasan iklim sejuk di kawasan tundra dan kutub serta iklim terlampau panas di gurun
mempunyai penduduk yang sangat jarang.
Ini menyebabkan tanaman tidak boleh hidup di bawah keadaan yang terlampau panas dan
sejuk.
Kawasan ini tidak sesuai untuk kediaman manusia.
Di kawasan tundra yang beriklim sejuk, bangsa Eskimo mampu beradaptasi dengan baik,
manakala di kawasan gurun panas Afrika pula orang-orang Bushmen boleh beradaptasi
dengan iklim tersebut.
Ini kerana ciri-ciri fisiologi yang dimiliki mereka membolehkannya beradaptasi dengan mudah
di kedua-dua jenis iklim yang melampau itu sedangkan bangsa lain amatlah sukar.
Kawasan Asia yang mengalami iklim panas dan lembap seperti iklim tropika lembap dan iklim
khatulistiwa merupakan kawasan berpenduduk padat kerana curahan hujan, suhu dan
kelembapan udara amat menggalakkan pertumbuhan tanaman dalam aktiviti pertanian
seperti padi sawah.
3. Keadaan tanah tanih
Keadaan tanah tanih yang subur sseperti tanah alluvium , tanah hitam prairie, tanah gunung
berapi dan chernozem merupakan kawasan pertanian yang utama di dunia.
Dengan ini boleh menampung jumlah penduduk yang ramai.
Contohnya tanah lava bes dari gunung berapi di Pulau Jawa ( Indonesia), tanah chernozem di
Dataran Punjab (India), tanah loess di Lembangan Hwang Ho (China).
Keadaan tanah tanih yang tidak subur seperti podzol di kawasan iklim sejuk, tanah seirozem
dan hardpan ( tanah kematu) di kawasan tropika kering merupakan kawasan berpenduduk
jarang kerana tidak sesuai untuk dijalankan sebarang aktiviti pertanian.
4. Pengaruh Saliran
Tebing-tebing sungai menjadi lokasi penting kepada petempatan penduduk dunia semenjak
zaman petempatan awal dan terus berkembang hingga ke hari ini.
Penting dalam membekalkan tanah lanar dan pengairan untuk aktiviti pertanian padi sawah,
alat pengangkutan dan perhubungan, sumber rezeki, pusat-pusat pelabuhan dan
perkapalan.
Contohnya tebing Sungai Chao Phraya (Thailand) dan Surigai Mekong (Indo China)
11 | P a g e
5.Taburan sumber alam
Taburan sumber alam adalah tidak seragam, terdapat kawasan kaya dengan pelbagai
sumber dan kawasan yang kekurangan sumber.
Kawasan yang mempunyai kepelbagaian sumber seperti bijih timah, bijih besi, emas, gas asli
dan petroleum akan dimajukan dengan pelbagai kemudahan asas oleh kerajaan.
Seterusnya kawasan ini akan menjadi lokasi tumpuan penduduk.
FAKTOR-FAKTOR ALAM SEKITAR MANUSIA YANG MEMPENGARUHI TABURAN
PENDUDUK DUNIA
1.Jenis kegiatan ekonomi
Kawasan-kawasan perindustrian utama di setiap negara mempunyai kepadatan penduduk
yang tinggi.
Ini disebabkan oleh terdapatnya peluang pekerjaan yang banyak dan kemudahan sosial yang
lebih baik.
Contohnya kawasan perindustrian Ruhr di Jerman dan Damodar di India.
Kawasan pertanian yang subur juga mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Hampai 2/3 penduduk dunia tinggal di kawasan pertanian yang subur seperti Delta Indus di
Ganges, India dan Jawa Tengah di Indonesia.
Bagi masyarakat yang menjalankan corak ekonomi primitif seperti pertanian pindah,
memburu dan mengumpul hasil hutan, kepadatan penduduk yang terdapat di kawasan ini
adalah jarang.
Hal ini demikian kerana produktiviti ekonomi yang dihasilkan sangat terhad sehinggakan tidak
mampu menampung keperluan penduduknya.
Antara masyarakat yang mengamalkan cara hidup sebegini adalah seperti orang-orang Indian
di Lembangan Amazon dan orang-orang asli di Asia Tenggara.
Jumlah penduduk yang tinggal di kawasan ini adalah di sekitar 0 hingga 2 orang untuk satu
kilometer persegi.
2. Pembandaran
Semakin tinggi kadar pembandaran yang dialami oleh sesuatu kawasan maka jumlah
penduduknya juga akan turut bertambah.
Keadaan ini berlaku disebabkan terdapatnya peluang pekerjaan, perkhidmatan, kemudahan
sosial yang moden di bandar.
Ini akan mendorong penduduk berpindah ke kawasan bandar.
Pertambahan penduduk yang berlaku di bandar juga disebabkan oleh faktor pertumbuhan
secara semula jadi.
Kepadatan penduduk di bandar-bandar besar atau bandaraya biasanya adalah tinggi iaitu
melebihi 1000 orang per km².
Contoh Bandar-bandar utama dunia yang mempunyai penduduk padat seperti Tokyo (Jepun),
New York (Amerika Syarikat) dan Bangkok (Thailand)
12 | P a g e
3. Pengangkutan
Jaringan pengangkutan yang moden dan lengkap di sesuatu kawasan akan membolehkan
kadar ketersampaian antara satu tempat dengan tempat lain menjadi lebih singkat dan cepat.
Keadaan ini membolehkan masa dan kos pengangkutan barangan dan manusia dapat
dijimatkan.
Sebagai contohnya, satu per lima daripada jumlah penduduk di Wilayah Utara Australia tinggal
di Darwin dan Alice Spring kerana di kawasan tersebut terletaknya stesen kereta api terbesar
Australia.
Sistem pengangkutan juga berperanan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi
sesebuah kawasan.
Contohnya kawasan pertanian dan perlombongan, hasil-hasil pengeluaran akan diangkut
keluar samada melalui jalan darat atau jalan air ke kilang atau pelabuhan.
4. Demografi (kependudukan)
Demografi mempengaruhi taburan penduduk dunia melalui proses kadar kelahiran dan kadar
kematian di sesuatu kawasan.
Kawasan yang mempunyai kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah
seperti negara sedang membangun boleh menyebabkan kadar pertumbuhan penduduk yang
pesat dan kepadatan penduduk yang tinggi.
Contohnya negara-negara di China, India dan Indonesia
5. Sejarah awal petempatan dan perkembangan tamadun manusia
Banyak bukti telah menunjukkan bahawa kawasan yang lebih awal diterokai mempunyai
penduduk yang padat.
Contohnya penerokaan tanah untuk pertanian dan petempatan yang terawal di Lembah Nil
Lembangan Hwang Ho, Delta Irrawady menyebabkan kawasan ini padat didiami penduduk.
Sejarah awal menunjukkan kawasan delta, tebing sungai dan pesisir pantai menjadi pilihan
penduduk untuk dijadikan petempatan kerana terdapat sumber makanan dan jalan
pengangkutan.
6.Dasar kerajaan/Governan
Perubahan dasar-dasar kependudukan yang dilakukan oleh kerajaan di sesebuah negara akan
mempengaruhi taburan penduduknya.
Contohnya pembinaan bandar baru dan kawasan perindustrian di Shah Alam dan Petaling Jaya
di Selangor, Malaysia telah mengakibatkan kawasan itu menjadi padat penduduk.
Di sesetengah negara kerajaannya berperanan untuk mengurangkan kepadatan penduduk di
sesetengah kawasan yang sudah terlalu padat penduduk menerusi program transmigrasi.
Misalnya rancangan transmigrasi oleh kerajaan Indonesia bertujuan untuk memindahkan
penduduk di kawasan yang padat di Pulau Jawa ke Sumatera, Sulawesi dan Kalimantan yang
jarang penduduk.
Di Malaysia melalui FELCRA, FELDA dan KEJORA bertujuan memindahkan pendudak ke
kawasan baru diteroka.
Kemasukan peneroka ke tanah-tanah rancangan ini menyebabkan perubahan kepadatan
penduduk daripada jarang kepada sederhana padat.
13 | P a g e
TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA
(1) Kawasan berpenduduk padat
Kawasan yang rata dan subur sesuai untuk kegiatan ekonomi seperti pertanian,
perlombongan, perindustrian, dan perkhidmatan.
Dataran Kedah-perlis, Pulau Pinang dan Seberang Perai, Lembah Kinta (Perak) Lembah Klang
(Selangor), Seremban (N.Sembilan), Bandaraya Melaka (Melaka), Johor Bahru (Johor) di pantai
barat semenanjung Malaysia berpenduduk padat
Delta Kelantan, Kuala Terengganu, Sekitar Bandar Kuantan Pahang di pantai timur
semenanjung Malaysia.
Bandar-bandar utama seperti Bandaraya Kuala Lumpur, Bandaraya Ipoh (Perak), dan
bandaraya Pulau Pinang.
Sabah dari Sarawak seperti di Kuching, Sibu, Miri, Bintulu, kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
(ii) Kawasan berpenduduk sederhana padat
Kawasan penanaman getah dan kelapa sawit, pesisir pantai, bandar kecil dan sederhana serta
kawasan rancangan kemajuan tanah. (Felda )
Pantai barat semenanjung Malaysia di sekitar Kulim dan Jitra (Kedah), Teluk Intan (Perak),
Sepang(Selangor), Port Dickson (Negeri Sembilan), Jasin (Melaka), Muar (Johor).
Pantai timur semenanjung Malaysia di Daerah Bachok (Kelantan), Daerah Marang
(Terengganu), Daerah Jerantut (Pahang).
Sabah dan Sarawak seperti di Samarahan, Sri Aman, Limbang, Semporna, Tuaran dan
Keningau.
Kawasan tanah rancangan FELDA seperti JENGKA, KETENGAH, KEJORA, KESEDAR dan DARA
(iii) Kawasan berpenduduk jarang .
Kawasan pedalaman yang bergunang ganang, berhutan tebal, kawasan paya, kampung-
kampung tradisional dan petempatan orang asli .
Kawasan Banjaran Bintang, Banjaran Keledang, Banjaran Tahan serta rabung Banjaran
Titiwangsa di Semananjung Malaysia.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA
Faktor-faktor alam sekitar fizikal yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia
1.Saiz/keluasan negeri
Saiz negeri menentukan taburan dan kepadatan penduduk
Negeri luas pola taburannya berselerak dan jarang kepadatan rendah seperti Pahang dan
Sarawak.
Negeri kecil taburannya padat atau kepadatan tinggi seperti WP Kuala Lumpur, Perlis, Pulau
Pinang, Melaka.
14 | P a g e
2. Bentuk muka bumi
Kawasan yang lebih landai, pamah dan rata serta bertanah subur sesuai untuk kegiatan
pertanian lazimnya berpenduduk padat.
kawasan bertanah aluvium amat sesuai untuk tanaman padi telah menjadi tumpuan
penduduk seperti di Dataran Kedah-Perlis, Delta Kelantan dan Dataran Kerian.
Kawasan pedalaman yang berbukit-bukau, bergunung-ganang dan berhutan tebal
berpenduduk jarang seperti di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Biasanya terdiri daripada orang-orang asli.
3.Sumber alam
Kawasan yang mempunyai banyak sumber alam akan menjadi tumpuan penduduk
Lembah Klang dan Lembah Kinta kaya dengan sumber bijih timah pada abad ke-19 telah
menyebabkan penghijrahan masuk beramai-ramai buruh cina ke kawasan ini.
Kawasan Paka dan Kertih di Terenganu juga menjadi tumpuan kerana terdapatnya sumber
petroleum dan gas asli.
Manakala negeri yang kurang sumber mineral tidak menjadi tumpuan penduduk, contohnya
pedalaman Sabah dan pedalaman Sarawak.
Faktor-faktor alam sekitar manusia yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia
1. Ekonomi
Kawasan yang mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi akan menjadi tumpuan penduduk
kerana banyak peluang pekerjaan dan tawaran gaji yang lumayan kepada penduduk
Kawasan ekonomi moden yang maju seperti kawasan perindustrian seperti Shah Alam di Kuala
Lumpur dan Bayan Lepas di Pulau Pinang menjadi kawasan berpenduduk padat.
Ekonomi pertanian di luar bandar yang tidak menjanjikan pendapatan lumayan mengalami
migrasi ke luar.
Taburan penduduknya jarang, contohnya di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung
Malaysia, Sabah, dan Sarawak.
2.Sosial
Bandar-bandar besar dan moden yang lengkap dengan pelbagai kemudahan, Institusi
Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, hospital, sistem pengangkutan dan perhubungan yang
baik menyebabkan penduduk tertumpu di kawasan ini.
Contohnya Bandaraya Kuala Lumpur.
Kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak berpenduduk jarang kerana kekurangan
kemudahan infrastruktur dan sosial.
3. Dasar kerajaan / governan
Hanya tertumpu di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia sahaja yang meliputi
rancangan pembangunan bandar, pembangunan industri, pembangunan pertanian dan lain-lain.
kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia hanya dibangunkan selepas tahun 1970-an
apabila kewangan negara telah bertambah kukuh.
Kerajaan Malaysia mempengaruhi taburan penduduk melalui penubuhan Rancangan
Pembangunan Wilayah seperti JENGKA, KETENGAH dan KESEDAR.
Penduduk dari pelbagai kawasan di seluruh negara ditempatkan di kawasan ini untuk bergiat
dalam aktiviti pertanian seperti penanaman getah dan kelapa sawit secara ladang.
15 | P a g e
Kawasan asalnya yang berpenduduk jarang akhirnya menjadi kawasan yang berpenduduk
sederhana padat.
Kerajaan Malaysia melalui Plan Induk Perindustrian Negara (PIP) mewujudkan kawasan
perindustrian baharu seperti Kawasan perindustrian Nilai di Negeri Sembilan.
Kawasan ini dahulunya jarang penduduk tetapi kini semakin sederhana padat.
Pembinaan bandar baharu seperti bandar Baru Nilai dan Pusat pentadbiran baharu seperti
Putrajaya menyebabkan semakin ramai penduduk berhijrah ke kawasan ini.
4.Faktor pengangkutan dan perhubungan
Sistem pengangkutan dan jaringan pengangkutan yang berbeza antara
wilayah/negeri/kawasan telah menyebabkan taburan penduduknya berbeza.
Kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak taburan penduduknya jarang kerana darjah
ketersampaian dan mobiliti yang rendah untuk ke kawasan ini.
Sebagai contoh, kawasan seperti Bario di Sarawak hanya dapat dihubungi melalui jalan udara
sahaja.
Kawasan bandar besar dan pinggir bandar mempunyai taburan penduduk padat kerana
darjah ketersampaian yang tinggi seperti adanya lebuhraya, jalanraya, sistem pengangkutan
moden dll.
5. Kesan penjajahan
Penjajah hanya memajukan kawasan yang mempunyai sumber.
contohnya di Negeri Perak dan Selangor yang kaya dengan sumber bijih timah.
Pelaksanaan Dasar Pecah dan Perintah oleh penjajah telah mengasingkan kaum mengikut
ekonomi iaitu Kaum melayu diletakkan dalam sektor pertanian tradisional di luar bandar,
Kaum cina diletakkan dalam sektor perlombongon dan perniagaan di bandar dan Kaum India
diletakkan dalam sektor perladangan di ladang-ladang getah.
KESAN AKIBAT DARIPADA KETIDAKSEIMBANGAN TABURAN PENDUDUK
TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL DI MALAYSIA
KESAN NEGATIF
1.Tekanan terhadap sumber alam khususnya sumber tanah
Kepadatan penduduk yang tinggi di bandar-bandar besar menimbulkan persaingan guna
tanah meningkat dan saiz tanah untuk sesuatu kegiatan ekonomi semakin sempit
Perebutan guna tanah untuk petempatan, perindustrian, pengangkutan, perniagaan
menyebabkan saiz tanah menjadi semakin berkurangan dan harga tanah meningkat.
Di sesetengah kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia khususnya di Selangor dan Perak
banyak kawasan tanah pertanian ladang getah dan kelapa sawit telah diambil alih untuk
dijadikan estet perindustrian dan juga estet perumahan bagi menampung keperluan
penduduk yang ramai di kawasan tersebut.
Akibatnya tekanan terhadap tanah pertanian meningkat dan saiz tani semakin sempit
sehingga boleh menjejaskan produktiviti pertanian
2.Kepupusan dan kemerosotan sumber alam.
Bagi kawasan yang padat penduduk sumber-sumber alam seperti hutan, air bersih, tanah dan
mineral akan diancam kepuasan dan semakin berkurangan akibat eksploitasi yang berlebihan
bagi menampung keperluan dan permintaan penduduk.
Misalnya bijih timah di pantai barat Semenanjung Malaysia sudah hampir pupus.
16 | P a g e
Tumpuan kaum cina di kawasan perlombangan semenjak abad ke-19 lagi menyebabkan
sumber-sumber bijih timah dieksploitasi secara berteruan.
Bijih timah dikelaskan sebagai sumber alam yang tidak boleh diganti.
Oleh itu, kadar eksploitasi yang berlebihan menyebabkan stoknya akan habis.
Sumber-sumber hutan terpaksa dinyahkan untuk pembinaan kawasan perumahan dan
industri bagi menampung keperluan penduduk.
Akibatnya, hutan kehilangan sumber flora dan faunanya, kemusnahan rantaian makanannya,
ekosistemnya serta kehilangan habitat dan biodiversitinya.
3.Pencemaran sumber alam
Sumber air tercemar di kawasan tumpuan penduduk.
Misalnya pencemaran air di Sungai Gombak dan Sungai Klang akibat tumpuan setinggan di
sepanjang tebingnya.
Sumber air tercemar melalui pembuangan sisa domestik seperti sampah sarap, enfluen
industri dll.
Kadar pencemaran ini serius di bandar-bandar yang pesat dan pada penduduknya seperti
Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Georgetown, Johor Bahru dan Ipoh
Sumber udara di bandar tercemar akibat pelepasan bahan-bahan pencemar khususnya
karbon monoksida, sulfur monoksida, karbon dioksida, hidrokarbon di samping partikel-
partikel terampai seperti debu, habuk, asap, jelaga oleh industri dan kenderaan.
Jika kepekatan partikel terampai tinggi khususnya dalam keadaan udara kering maka
atmosfera di bandar akan diselaputi jerebu.
Masalah ini banyak berlaku di Kuala Lampar, Shah Alam dan Petaling Jaya
4. Kerosakan sumber alam
Merujuk kepada kejadian tanah runtuh, tanah mendap, banjir kilat, dan banjir lumpur yang
sering berlaku di kawasan yang berpenduduk padat.
Sumber tanah mengalami hakisan dan runtuhan akibat penerokaan yang terlebihan oleh
penduduk khususnya dalam proses pembinaan petempatan, kaki bukit dan cerun dipotong.
ditarah dan diratakan.
Kesannya cerun menjadi tidak stabil dan mengundang hakisan dan tanah runtuh.
Sebagai contohnya, kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa dan Highland
Towers di Kuala Lumpur
5.Pembaziran sumber alam
Bagi kawasan yang jarang penduduk maka sumber-sumber yang ada akan terbiar begitu
sahaja kerana kekurangan tenaga buruh untuk mengusahakannya, misalnya sumber tanah.
Banyak kawasan luar bandar di Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang mengalami
masalah tanah terbiar tanpa diusahakan.
Sumber-sumber pertanian dan perikanan mengalami krisis tenaga akibat migrasi golongan
muda secara beramai-ramai ke bandar-bandar besar untuk bekerja dalam sektor
perindustrian dan perkhidmatan.
Sebagai contohnya, Malaysia mengalami krisis tenaga buruh dalam sektor perladangan getah
dan kelapa sawit hingga terpaksa menggunakan tenaga buruh import dari Indonesia
17 | P a g e
KESAN POSITIF
1. Pembangun sumber alam meningkat
Di kawasan yang berpenduduk padat, sumber alam dapat dibangunkan dengan sepenuhnya
kerana mempunyai tenaga buruh yang mencukupi.
Sebagai contohnya sumber bijih timah dapat dimajukan pada masa lalu kerana adanya
kemasukan pelombang cina ke kawasan lombong
2. Mengurangkan tekanan terhadap sumber alam dan meningkatkan produktiviti
Tekanan terhadap sumber alam khususnya tanah pertanian di kawasan luar bandar dapat
dikurangkan apabila berlakunya migrasi keluar penduduk.
Kepadatan penduduk yang rendah membolehkan saiz tani per individu menjadi lebih besar
dan ini mendorong kepada peningkatan produktiviti perkapita.
Hal ini membolehkan pendapatan boleh guna, kuasa beli dan simpanan penduduk luar bandar
bertambah dan taraf hidup serta kualiti hidup penduduk meningkat.
KESAN AKIBAT DARIPADA KETIDAKSEIMBANGAN TABURAN PENDUDUK
TERHADAP SOSIOEKONOMI (ALAM SEKITAR MANUSIA) DI MALAYSIA
1.Ketidakseimbangan kemajuan kawasan
Kawasan berpenduduk padat menyediakan tenaga kerja yang ramai dan saiz pasaran yang
besar untuk memajukan ekonomi setempat. Sebagai contohnya, koridor pantai barat lebih
maju kerana memiliki penduduk yang ramai berbanding dengan koridor ekonomi pantai timur
serta Sabah dan Sarawak.
Kawasan ini lebih maju berbanding dengan kawasan lain dari segi pembangunan infrastruktur,
pengangkutan dan perhubungan, kemudahan pendidikan tertiari dan hospitaliti
2. ketidakseimbangan pendapatan perkapita dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
Pendapatan perkapita mengambil kira jumlah keseluruhan pendapatan sesebuah kawasan
atau negeri dibandingkan dengan jumlah penduduknya.
Kawasan berpenduduk padat lazimnya memiliki pendapatan perkapita yang lebih tinggi
kerana hasil pendapatannya datang dari pelbagai sumber ekonomi moden seperti perniagaan,
perdagangan, perkilangan dan perkhidmatan
Kawasan berpenduduk jarang lazimnya berpendapatan perkapita yang rendah kerana
hasilnya pendapatannya datang dari sektor ekonomi tradisional seperti pertanian, perikanan
dan perhutanan
Sebagai contohnya, negeri yang KDNK perkapita tertinggi pada tahun 2010 ialah Kuala Lumpur,
iaitu RM 31 197.
Hal ini demikian kerana Kuala Lumpur ialah negeri yang terpadat dan termaju di Malaysia
3. Ketidakseimbangan saiz dan kuasa beli pasaran antara kawasan
Kawasan berpenduduk padat seperti Kuala Lumpur, Ipoh biasanya memiliki saiz pasaran yang
luas dan kuasa beli yang tinggi berbanding dengan kawasan berpenduduk jarang.
Kuasa beli pengguna bergantung kepada pendapatan perkapita penduduk
Penduduk bandar yang berpendapatan tinggi memiliki kuasa beli yang tinggi berbanding
dengan penduduk luar bandar
4. Ketidakseimbangan darjah ketersampaian pengangkutan dan telekomunikasi
Darjah ketersampaian ( mudah dan cepat) bergantung kepada tahap pengangkutan yang ada
dan kepadatan serta kelebaran jaringan pengangkutan di sesebuah kawasan.
18 | P a g e
Sistem pengangkutan yang moden di bandar seperti komuter, monorel, LRT dan ERL serta
jaringan lebuh raya membolehkan darjah ketersampaian lebih tinggi berbanding dengan
kawasan luar bandar
Kawasan yang berpenduduk padat di bandar akses kepada jalur lebar lebih laju berbanding
dengan kawasan berpenduduk jarang di luar bandar
5.Ketidakseimbangan kualiti hidup
Kualiti hidup merujuk kepada kesejahteraan sosial yang mendasari kehidupan seharian
penduduk seperti keselesaan, keselamatan, kesihatan, dan tahap pendidikan.
Di kawasan berpenduduk padat (bandar), indeks keselesaan dan keselamatan lebih rendah
berbanding luar bandar kerana dibelenggu dengan masalah kesesakan lalu lintas, kadar
jenayah yang tinggi dan pencemaran alam sekitar yang boleh menjejaskan kesihatan.
Kawasan berpenduduk padat juga mengalami kos hidup yang tinggi yang membebankan
penduduk seperti kos untuk hartanah atau pemilikan rumah, bayaran tol dan bayaran letak
kereta serta perkhidmatan bandaran.
Penduduk bandar memliliki tahap kesihatan dan pendidikan yang lebih tinggi berbanding
dengan luar bandar kerana penduduk bandar mampu untuk memperoleh kemudahan
pendidikan den kesihatan yang lebih baik khususnya menerusi sektor swasta.
FAKTOR KETIDAKSEIMBANGAN TABURAN PENDUDUK DI PANTAI BARAT DAN
PANTAI TIMUR SEMENANJUNG
Faktor Pantai Barat Pantai Timur
sempit
1. Keluasan tanah luas dan lebar memudahkan
pamah pembangunan Tanah subur terhad, banyak
kawasan hutan dan berpaya
2. Kesuburan tanih banyak tanih subur seperti Dataran ( Tasik Bera, Tasik Chini )
Kedah, Dataran Tanjung Karang
3. Ekonomi Banyak peluang pekerjaan dalam Kawasan perindustrian
perindustrian. Zon Perdagangan bertumpu di bandar besar
Bebas (ZPB ) diwujudkan seperti sahaja seperti Kota Baharu,
Bayan Lepas, Johor dan Klang Kuantan dan Kuala
dengan tawaran gaji yang tinggi. Terengganu.
4. Sejarah lebih awal dimajukan oleh penjajah tiada penemuan awal sumber
(British ) akibat penemuan bijih timah mineral
5. Sosial banyak institusi Pendidikan sebagai kurang kemudahan-kemudahan
satu tarikan pusat pelancongan, sosial.
perkhidmatan, perhubungan,
kemudahan asas yang baik.
6. Politik Tumpuan lebih kepada pantai Barat.
Pelabur lebih berminat di Pantai
Barat kerana banyak infrastruktur.
19 | P a g e
LANGKAH-LANGKAH MENYEIMBANGKAN TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA
a) Membangunkan kawasan luar Bandar
kerajaan boleh mendirikan kilang di kawasan luar bandar untuk mengelakkan tumpuan
penduduk di kawasan bandar dan dapat menyeimbangkan taburan penduduk antara kawasan
bandar dengan luar bandar.
b) Menyediakan kemudahan pembandaran di kawasan luar bandar
Memajukan kemudahan pengangkutan dan perhubungan di kawasan luar bandar untuk
meningkatkan darjah ketersampaian.
menyediakan kemudahan rekreasi dan sukan mengikut keperluan penduduk setempat
c) Membina pusat-pusat pengajian tinggi di luar bandar.
membuka kampus-kampus cawangan baru di kawasan luar bandar dan juga membina
beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi awam di kawasan luar bandar seperti Universiti
Utara Malaysia: (UUM) di utara Kedah.
Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan penghijrahan penduduk ke kawasan bandar dan
dapat menyeimbangkan taburan penduduk.
membina kemudahan pendidikan menengah dan IPT khususnya di kawasan luar bandar-naik
taraf
d) Mengadakan rancangan- rancangan pembangunan wilayah-pembukaan wilayah baru
Pembangunan koridor ekonomi-taburan penduduk tertumpu dijaluran /koridor yang
dimajukan contohnya Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Koridor
Pantai Timur (ECER)
e) Memodenkan sektor pertanian
Modenisasi dalam sektor pertanian seperti penggunaan teknologi moden melalui
penggunaan jentera, baja kimia, racun serangga dan pertanian bersepadu dapat menarik
golongan muda dalam sektor pertanian dan seterusnya menggelakkan berlakunya
penghijrahan keluar golongan ini
f). Membawa industri ke kawasan luar bandar.
Memajukan Industri Kecil dan Sederhana bagi melahirkan usahawan desa di bawah skim
kredit mikro.
Kawasan yang berpotensi dikenalpasti untuk dibina kilang pembuatan atau kilang
pemerosesan dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai zon bebas cukai (FTZ), dibina
kemudahan asas yang lengkap, dan diberi insentif pelaburan untuk menarik pelabur
membina industrinya.
Contohya di Paka, Terengganu dan Gebeng Kuantan (Pahang)
20 | P a g e
1.3 PERTUMBUHAN PENDUDUK
Proses perubahan bilangan penduduk iaitu peratus perubahan penduduk tahunan sesebuah
negara berdasarkan kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi sama ada perubahan itu
positif atau negatif.
Formula pertumbuhan penduduk = pertambahan penduduk + Migrasi Bersih
( lahir-mati) (masuk-keluar )
Pertambahan atau perubahan penduduk
Perubahan atau perbezaan relatif jumlah penduduk tahun semasa dengan tahun sebelumnya.
Penduduk bertambah sama ada banyak atau sedikit hasil daripada kadar kelahiran melebihi
kadar kematian dan kadar migrasi bersih positif.
Contoh: Penduduk Malaysia bertambah pada 2007 berbanding 2006 akibat pertumbuhan
penduduk semula jadi yang positif dan migrasi bersih yang positif.
1.3.1 Pertumbuhan Penduduk dunia
Arah alir penduduk dunia meningkat dengan mendadak selepas Perang Dunia Kedua (1950) hingga
kini.
Tahun Bilangan Penduduk Dunia
1750 791 juta
1900 1650 juta
1950 2520 juta
1975 4 bilion
1990 5.3 bilion
2010 6.8 bilion
2025 8.5 bilion
2100 14.2 bilion
penduduk dunia bertambah lebih 2 kali ganda sejak 1960 dan 95% daaripada pertambahan
ini berlaku di negara-negara sedang membangun yang mundur, miskin dan kekurangan
kemudahan asas ( perumahan, pekerjaan, perubatan dan kekurangan zat makanan).
KADAR DAN ARAH ALIRAN PERTUMBUHAN PENDUDUK DUNIA IKUT WILAYAH.
Wilayah Pertumbuhan penduduk
Asia Meningkat dengan mendadak
Afrika Meningkat dengan mendadak
Eropah Gradual/perlahan
Amerika Utara Gradual/perlahan
Amerika Selatan Meningkat dengan mendadak
Oceania Meningkat dengan mendadak
Tidak semua wilayah mengalami pertumbuhan yang mendadak.
Arah alir pertumbuhan penduduk di benua Asia merupakan separuh daripada pertumbuhan
penduduk dunia.
21 | P a g e
PERTUMBUHAN PENDUDUK DI NEGARA SEDANG MEMBANGUN
mengikut anggaran penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 97% daripada
pertambahan penduduk dunia berlaku di negara sedang membangun terutamanya di Wilayah
Asia, India dan China masing-masing menyumbangkan 21% dan 15% daripada keseluruhan
penduduk dunia.
2/5 orang penduduk dunia tinggal di China dan India.
PERTUMBUHAN PENDUDUK DI NEGARA MAJU.
Arah aliran penduduk negara maju khususnya Benua Eropah dan Amerika Utara tidak sama
dengan negara-negara benua Asia.
Pertumbuhan penduduk pesat berlaku sebelum Zaman Revolusi Perindustrian, secara gradual
( meningkat secara perlahan-lahan ) selepas Revolusi Perindustrian dan perlahan (0.1% - 0.2%)
kini.
PERTUMBUHAN PENDUDUK DI MALAYSIA
Tahun 1950-an hingga 1990-an, pertumbuhan penduduk di Malaysia mengalami keadaan turun
naik (tidak stabil ).
Mulai tahun 1990-an, pertumbuhan Malaysia menunjukkan penurunan secara perlahan hingga
kini.
KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK.
merujuk kepada satu angka yang dapat menunjukkan suatu arah pertambahan penduduk
sama ada pesat, perlahan, statik atau berkurang di sesebuah negara pada satu tempoh
tertentu.
angka ini diukur dalam unit peratus atau per seribu orang penduduk.
KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK DAPAT DIBAHAGIKAN KEPADA DUA IAITU:
a) Pertumbuhan semulajadi ( kelahiran – kematian )
b) Pertumbuhan penduduk ( Kelahiran-kematian + migrasi bersih )
Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk
( i ) Kadar kelahiran
(ii ) Kadar kematian
(iii) Migrasi bersih
22 | P a g e
Jadual 1 : Pertumbuhan Penduduk Bandar mengikut wilayah utama di Malaysia 1980-2000
Wilayah Penduduk Bandar (000’) Purata Kadar
Pertumbuhan
Utara (Kedah, Perlis, & Pulau 1980 1991 2000 Tahunan ( %)
Pinang ) (000’) % (000’) % (000’) % 1980/91 1991/00
Tengah ( Selangor, Kuala
Lumpur, dan Perak ) 598.7 28.2 1281.4 50.2 1786.9 59.6 6.92 3.69
Selatan ( Johor, Negeri
Sembilan dan Melaka ) 2238.8 54.7 3887.7 73.1 6203.1 85.3 5.02 5.19
Timur ( Kelantan,
Terengganu dan Pahang) 840.6 25.1 1487.5 45.5 2142.4 53.6 5.19 4.05
Sabah dan Sarawak
Malaysia 667.5 31.0 1059.6 35.4 1324.8 38.9
407.3 18.8 1193.0 35.3 1952.1 43.8
4700.9 34.2 8947.2 51.1 58.8
13409.
3
Berdasarkan jadual 1 di atas, kira purata pertumbuhan tahunan penduduk Bandar
mengikut wilayah-wilayah utama di Malaysia.
Sila isikan jawapan dengan memenuhkan ruangan yang disediakan dalam jadual 1.
Gunakan persamaan berikut sebagai asas /model pengiraan
Purata kadar pertumbuhan tahunan (r) = 1/n Log e (Pn/Po) x 100
Di mana ….r adalah purata pertumbuhan tahunan (%)
……………. Pn adalah penduduk pada tahun akhir /kini
……………….Po adalah penduduk pada tahun awal/ asas
……………….N adalah bilangan tahun yang dikira.
Contoh pengiraan r bagi tahun 1980-1991 wilayah utara:
= 1/11 Log e 1218400/ 598700 x 100
= ………………………
23 | P a g e
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN PENDUDUK
( I ) KADAR KELAHIRAN
Kadar kelahiran ialah jumlah kelahiran bayi bagi setiap 1000 orang penduduk setahun.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran
1. Amalan perkahwinan di usia muda
Kebanyakkan wanita di negara sedang membangun kahwin pada usia yang muda sekitar
bawah atau awal 20an menyebabkan kadar kelahiran yang tinggi.
Tahap kesuburan wanita pada usia muda adalah tinggi.
Tahap kesuburan wanita ialah antara umur (15-45 tahun).
Amalan kahwin awal, kecenderungan untuk kelahiran bertambah sebelum tamat kesuburan.
Contohnya di negara yang taraf pendidikan penduduk masih rendah seperti India, Indonesia,
Bangladesh dan Filipina.
2.Kemakmuran ekonomi
Perkembangan dan kemajuan ekonomi di sesebuah negara seperti peningkatan pendapatan
perkapita, peningkatan peluang pekerjaan, peningkatan taraf hidup dan kuasa beli meningkat
alan meningkatkan saiz ahli keluarga.
Kualiti hidup penduduk di sesetengah negara meningkat.
Pendapatan perkapita meningkat mampu untuk menyara keluarga yang ramai.
3. Peningkatan kemudahan kesihatan
Taraf kesihatan yang lebih baik akibat kemajuan dalam sistem perubatan dan pembinaan lebih
banyak kemudahan kesihatan di luar bandar telah meningkatkan kadar pertumbuhan
penduduk kerana kadar kematian bayi dapat dikurangkan.
Peningkatan kemudahan kesihatan seperti hospital dan klinik, sistem dan peralatan perubatan
moden serta bilangan doktor.
Menyebabkan kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian bayi menurun.
Pelbagai penyakit di peringkat bayi dapat diubati seperti hepatitis B.
4. Program perancangan keluarga
Program perancangan keluarga seperti penggunaan pil perancang keluarga, penggunaan
kondom dan teknik IUD.
Di sesetengah negara, program perancangan keluarga didapati gagal disebabkan oleh taraf
Pendidikan yang masih rendah.
4. Agama
Pengarah agama dan adat juga merupakan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan
penduduk Penduduk beragama Islam di Malaysia, India, Bangladesh, dan Arab Saudi tidak
mengamalkan amalan perancangan keluarga kerana dilarang agama.
Agama Islam dan Kristian melarang umatnya menyekat kelahiran dan membunuh zuriat.
Adat untuk memperoleh anak lelaki sebagai pewaris keluarga dalam kaum cina juga
menyebabkan peningkatan kadar kelahiran.
Suku kaum batak di Indonesia berbangga jika memiliki anak yang ramai,
24 | P a g e
6.Taraf pendidikan
Golongan wanita yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya akan lewat berkahwin dan
menyebabkan tahap kesuburan mereka rendah dan mengurangkan kadar kelahiran di
sesebuah negara.
Manakala penduduk yang berpendidikan rendah dan tidak bekerja biasanya cepat berkahwin
dan meningkatkan kadar kelahiran
7.Keperluan buruh/tenaga manusia dari kalangan ahli keluarga.
Di sesetengah negara seperti India tenaga buruh untuk sektor pertanian datangnya daripada
ahli keluarga.
Ini telah menggagalkan program kawalan penduduk dan perancangan keluarga.
Anak yang ramai menyebabkan kos buruh menjadi lebih murah.
Kelahiran meningkat sebagai persediaan buruh masa hadapan.
8. Kestabilan politik dalam jangka masa panjang
Kestabilan politik dalam jangka masa panjang dapat membantu mempengaruhi pertumbuhan
penduduk.
Kestabilan politik akan menarik kedatangan pelabur dan membuka peluang pekerjaan kepada
penduduk yang seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk.
Peningkatan pendapatan penduduk akan meningkatkan daya tampung keluarga dan
cenderung mempunyai anak yang ramai.
9.Dasar kerajaan
Dasar kerajaan mempengaruhi pertambahan dan pengurangan penduduk.
Contohnya negara Malaysia yang mengamalkan prinsip menggalakkan kadar kelahiran dengan
memperkenalkan "Dasar 70 Juta Penduduk” menjelang 2100.
Galakan kelahiran ini dijalankan melalui peningkatan jumlah pengeluaran makanan,
kemudahan cuti bersalin, kemudahan rawatan percuma, rebat cukai pendapatan dan lain-lain.
Tujuan utama dasar ini ialah untuk meningkatkan bilangan tenaga buruh di samping
meluaskan pasaran barangan tempatan.
Di samping itu, dasar ini bertujuan untuk keselamatan negara dengan mempunyai rakyat yang
ramai dan negara yang kuat dari segi pertahanan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR KELAHIRAN TINGGI (NEGARA
MEMBANGUN)
1. Kadar kesuburan atau kadar fertiliti tinggi
Perkahwinan di usia muda sekitar 20-an menyebabkan perolehan anak yang ramai kerana
kesuburan wanita yang tinggi.
2. Kegagalan program perancangan keluarga
Program ini bertujuan untuk mengurangkan kelahiran melalui kempen pencegahan dan
penjarakan kelahiran melalui penggunaan kondom, pil perancang keluarga dan teknik IUD
untuk mengikat saluran peranakan wanita gagal disebabkan tahap pendidikan yang rendah
dalam kalangan wanita.
3. Tahap kesihatan yang baik
Penjagaan kesihatan ibu dan bayi dapat mengurangkan risiko kematian ibu dan bayi.
4. Dasar kerajaan
Menggalakkan bilangan penduduk yang ramai untuk pembangunan ekonomi seperti Dasar 70
juta penduduk di Malaysia.
25 | P a g e
China melaksanakan dasar saiz keluarga kecil iaitu satu keluarga dua anak.
5. Tahap pendidikan yang rendah
Wanita-wanita sukar menerima amalan dan teknik pencegah kehamilan khususnya penduduk
di pedalaman Indonesia, Kemboja dan Vietnam disebabkan tahap pendidikan yang rendah.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR KELAHIRAN RENDAH (NEGARA MAJU)
1. Kadar fertiliti rendah/kesuburan
Perkahwinan di usia yang lewat iaitu pada usia lewat 30-an telah mengurangkan kadar
kesuburan wanita
2.Amalan perancangan keluarga
Amalan perancangan keluarga berjaya dilaksanakan bagi mengehadkan bilangan ahli
keluarga kerana kesibukan tugas atau kos hidup yang tinggi.
3. Taraf pendidikan meningkat
Wanita yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya lebih suka hidup membujang.
4.Dasar kerajaan
Dasar kerajaan mengehadkan bilangan anak untuk mengelakkan kesesakan tempat tinggal
seperti di Jepun dan Singapura (sekitar 1970).
5.Pemodenan nilai gaya hidup
Gaya hidup moden masa kini hanya mementingkan bilangan keluarga kecil dan tiada
keinginan untuk memiliki bilangan keluarga yang besar kerana ini akan menyukarkan
pergerakan masyarakat moden dan mudah bergerak dalam urusan harian mereka.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN PENDUDUK
(II) KADAR KEMATIAN
Kadar kematian ialah jumlah kematian bagi setiap 1000 penduduk dalam setahun
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR KEMATIAN
1. Pemakanan yang mencukupi, berat dan seimbang
Peningkatan taraf hidup membolehkan penduduk menikmati makanan berat dan dapat
meningkatkan kesihatan mereka dan dapat mengurangkan kadar kematian.
Kemampuan penduduk mengambil makanan tambahan yang mengandungi vitamin, kalsium,
zink dan sebagainya dapat meningkatkan daya tahan penyakit dalam kalangan penduduk
2.Taraf pendidikan meningkat
Peningkatan taraf pendidikan membolehkan penduduk mengetahui dan memahami tentang
bahaya beberapa jenis penyakit seperti AIDS, hepatitis B, malaria, tibi dan sebagainya.
Bekalan makanan yang mencukupi dan, amalan pemakanan seimbang, kempen makanan
berzat, amalan pemakanan yang baik bagi ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak dapat
menghindarkan penduduk daripada jangkitan penyakit yang seterusnya boleh mengurangkan
kadar kematian.
3.Taraf kesihatan yang lebih baik
Negara maju yang mempunyai taraf kesihatan yang tinggi akan menyebabkan kadar kematian
yang rendah
Manakala negara membangun atau mundur akan mengalami kadar kematian yang tinggi
kerana taraf kesihatan yang rendah.
26 | P a g e
Peningkatan kemudahan kesihatan yang moden seperti kemudahan hospital, ubat dan
peralatan moden, doktor dapat mengurangkan kadar kematian terutamanya bayi dan orang
tua.
4. Dasar kerajaan
Kerajaan telah melancarkan beberapa program menerusi media cetak dan media elektronik
tentang kesihatan dan melancarkan kempen anti merokok, kencing manis dan penyakit
jantung.
5.Kemajuan dalam sisten perubatan
Penemuan vaksin baru untuk mencegah jangkitan penyakit-penyakit tertentu seperti hepatitis
B, malaria dan tibi telah berjaya mengurangkan kadar kematian.
Penduduk juga berkemampuan menerima rawatan di hospital bagi mengubat penyakit
berbahaya seperti penyakit jantung, buah pinggang, kencing manis dan penyakit barah.
6. Bencana alam
Bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan tunami akan meragut nyawa
secara besar-besaran.
Sebagai contohnya, bencana tsunami yang melanda Acheh pada Disember 2004 telah
meragut lebih daripada 100 000 nyawa.
7.Kestabilan politik
Negara-negara yang sering berlaku kekacauan dan pergolakan seperti pergolakan politik dan
etnik akan meningkatkan kadar kematian.
Hal yang sama dengan peperangan.
Sebagai contohnya, peperangan di Vietnam dan Kemboja pada tahun 70-an telah
mengorbankan lebih daripada satu juta nyawa
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KADAR KEMATIAN TINGGI (NEGARA
MEMBANGUN)
1. Taraf hidup yang rendah
kurang zat makanan, penjagaan kesihatan yang tidak baik
2. Taraf kesihatan yang rendah
banyak wabak penyakit yang merebak dan tidak dapat dikawal
3. Ketidakstabilan Politik
Perang Saudara, pencerobohan
4. Adat/agama
adat yang menggalakkan suami mati isteri membunuh diri (sistem sutee di India )
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR KEMATIAN RENDAH (NEGARA
MAJU)
1. Taraf hidup tinggi
makanan berzat, seimbang, kesedaran penjagaan kesihatan
2. Taraf perubatan dan kesihatan moden
banyak penyakit berbahaya boleh diubati dengan kaedah rawatan moden
3. Dasar kerajaan
membasmi penyakit dari awal-imunisasi
4. Pendidikan kesihatan sejak dari sekolah tentang amalan hidup sihat
27 | P a g e
Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk
III) MIGRASI
Kadar migrasi bersih turut mempengaruhi pertumbuhan penduduk di sesebuah negara.
Sebagai contohnya, pertumbuhan penduduk di Malaysia adalah positif kerana menerima
masuk penduduk asing samada dari Indonesia, Bangladesh dan Myanmar.
Kesannya kadar kelahiran bertambah dan pertumbuhan penduduk meningkat apabila
penduduk tempatan berkahwin dengan rakyat asing tersebut.
Soalan
Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 1987 ialah 16504101 orang. Bilangan kelahiran ialah 486871
orang dan bilangan kematian ialah 75461 orang. Jumlah imigrasi ke Malaysia pada tahun 1987 ialah
10000 orang manakala emigrasi pada tahun berkenaan ialah 5000 orang.
Mengira:
(i) Kadar kelahiran
Jumlah kelahiran dalam setahun x 1000
Jumlah penduduk
= 486871 x 1000
16504101
= 29.50 setiap 1000 orang.
Peratus kadar kelahiran = 29.50 x 100
1000
= 2.95%
(ii) Kadar kematian
Jumlah kematian dalam setahun x 1000
Jumlah penduduk
= 75461___ x 1000
16504101
= 4.57 setiap 1000 orang.
Peratus kadar kematian = 4.57 x 100
1000
= 0.46%
(iii) Migrasi bersih
= Imigrasi – emigrasi
= 10,000 – 5,000 = 5000 orang
(iv) Kadar migrasi bersih
= Migrasi bersih x 100
Jumlah penduduk
= 5000 x 100
16504101
= 0.03%
28 | P a g e
(v) Pertumbuhan semula jadi
= Kelahiran – kematian
= 486871 – 75461
= 411410 orang
(vi) Kadar pertumbuhan semulajadi
= Peratus kadar kelahiran – Peratus kadar kematian
= 2.95% - 0.46%
= 2.49 %
(vii) Pertumbuhan penduduk
= Kelahiran – kematian + migrasi bersih
= 486871 – 75461 + 5000
= 416410
(vii) Kadar pertumbuhan penduduk
= Pertumbuhan semulajadi + migrasi bersih x 100
Jumlah Penduduk
= 411410 + 5000 x 100
16504101
= 4164410 x 100
16504101
= 2.52%
1.3.2 (e) Menilaikan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk :
i) Kadar kelahiran dan Kadar Kematian
Sosial
Perkembangan dan kemajuan tahap kesihatan penduduk, makanan
seimbang,rawatan , ibu mengandung, bersalin di hospital, rawatan pakar,
rawatan susulan bayi, peralatan moden, ubatan moden dan program
imunisasi dan kawalan penyakit berjangkit.
Keberkesan amalan perancang keluarga
Perkahwinan di usia muda, kesuburan tinggi
Agama Islam menggalakkan umatnya mempunyai anak ramai / ramai umat
dan mengharamkan pengguguran kandungan.
Ekonomi
Perkembangan dan kemajuan ekonomi
Peluang pekerjaan yang mudah, banyak dan meluas
Pendapatan perkapita meningkat
Kuasa beli meningkat
Migrasi
Migrasi daripada negara jiran Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam
secara sah atau haram meningkatkan jumlah penduduk.
29 | P a g e
Dasar kerajaan
Dasar 70 juta penduduk
Insentif rebet cukai pendapatan, cuti bersalin, rawatan ibu mengandung dan
bersalin percuma
Kestabilan politik
Negara aman, tenteram dan makmur akan meningkatkan kadar lahir dan
pertumbuhan penduduk
1.3.3 Kemahiran amali
Mengira, melukis, dan mempersembahkan data perubahan dan pertumbuhan penduduk
dalam bentuk jadual dan gambarajah
Graf Garis:
i) Kadar kelahiran
ii) Kadar kematian
iii) Kadar migrasi bersih
iv) Kadar pertumbuhan penduduk
(g) Mentafsir data dalam jadual dan gambarajah berkenaan :
Menerangkan : -
Ciri
Pola
Trend
1.3.4 KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK
(h) Mengenal Pasti Kesan Positif Dan Kesan Negatif Pertumbuhan Penduduk Malaysia
Terhadap Ciri Demografi Dan Status Ekonomi
Kesan Positif
i) Ciri demografi
Kadar Kelahiran masih tinggi,
golongan muda yang ramai,
golongan muda lebih ramai daripada golongan dewasa.
ii) Status sosioekonomi
Nisbah tanggungan golongan dewasa menanggung golongan tua adalah kecil.
Golongan muda yang ramai, pelapis dan aset tenaga kerja pada masa hadapan.
Mempercepatkan pembangunan sumber alam
Meluaskan saiz pasaran domestik (barangan keperluan golongan muda dan dewasa).
Menjamin tenaga kerja anggota keselamatan dalam negara (polis) dan tenaga kerja menjaga
kedaulatan negara (tentera)
30 | P a g e
Kesan Negatif :
i) Ciri demografi
Kadar kelahiran tinggi
golongan muda yang tidak produktif adalah tinggi berbanding dengan golongan dewasa yang
produktif.
ii) Status sosioekonomi
Nisbah tanggungan golongan dewasa menanggung golongan muda yang tidak produktif
adalah tinggi.
Pembangunan sumber terjejas kerana kekurangan tenaga profesional dewasa.
Mengurangkan saiz pasaran domestik barangan keperluan golongan dewasa kerana jumlah
golongan dewasa yangs sedikit.
1.3.4 MEMBANDINGKAN KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK TERHADAP DEMOGRAFI DAN
SOSIOEKONOMI NEGARA SEDANG MEMBANGUN DAN NEGARA MAJU
Negara Sedang Membangun Negara Maju
Demografi Demografi
Kadar kelahiran tinggi Kadar kelahiran rendah
Kadar kematian mula menurun Kadar kematian rendah
Saiz penduduk terlalu besar Saiz penduduk kecil
Golongan muda lebih ramai daripada golongan dewasa lebih ramai daripada
golongan dewasa dan tua. golongan muda
Nisbah tanggungan golongan dewasa golongan dewasa dan tua
Nisbah tanggungan golongan dewasa
terhadap golongan muda adalah tinggi
Nisbah tanggungan golongan dewasa kepada kepada golongan muda adalah
rendah.
terhadap golongan tua adalah rendah
disebabkan kadar kematian yang tinggi
Beban kepada kerajaan
Sosioekonomi Sosioekonomi
Kekurangan golongan dewasa yang Golongan dewasa yang ramai menjadi
produktif sebagai tenaga kerja pelbagai aset tenaga kerja pelbagai sektor
sektor ekonomi. ekonomi.
Kekurangan golongan dewasa yang Golongan dewasa yang ramai
produktif sebagai anggota keselamatan membangunkan sumber alam.
dan tentera. Kadar pengangguran yang rendah
kuasa beli rendah disebabkan peluang pekerjaan yang
kekurangan tempat tinggal- wujud banyak.
kawasan setinggan. Taraf hidup penduduk yang tinggi.
kekurangan peluang pekerjaan Saiz pasaran domestik keperluan
menyebabkan pengangguran tinggi. dewasa tinggi dan kuasa beli yang
kekurangan kemudahan asas. tinggi.
kekurangan kemudahan perubatan menguatkan pertahanan sesebuah
Taraf Pendidikan rendah-anak-anak negara.
terpaksa bekerja. pendapatan perkapita yang tinggi.
Taraf hidup rendah (kadar kemiskinan Segala kemudahan seperti hospital,
tinggi ) sekolah,tempat rekreasi, perhubungan
masalah sosial dan perumahan disediakan oleh
kerajaan.
31 | P a g e
migrasi secara besar-besaran dari luar Taraf Pendidikan tinggi.
bandar ke bandar. kemudahan perubatan yang moden.
tekanan terhadap tanah – kekurangan
makanan
Namun pada masa hadapan, apabila golongan
muda membesar menjadi
membekalkan tenaga kerja yang
mencukupi
aset membangunkan sumber alam
memperluaskan saiz pasaran domestik
bagi barangan keperluan golongan
muda dan dewasa.
menguatkan pertahanan sesebuah
negara seperti menjadi polis dan
tentera.
1.3.4. J. Menjelaskan proses penuaan penduduk dan kesannya terhadap ciri demografi serta
status sosioekonomi sesebuah negara.
1) Konsep proses penuaan
Proses peningkatan jangka hayat penduduk sesebuah negara yang berusia 65 tahun ke
atas.
2. Jangka hayat penduduk ialah jangkaan umur manusia hidup di sesebuah negara.
Faktor-faktor jangka hayat penduduk
1.Penurunan kadar kematian
a. Peningkatan jangka hayat disebabkan oleh penambahbaikan dalam kesihatan warga tua.
b. Kemudahan dan akses kesihatan yang moden seperti hospital, poliklinik, klinik desa,
peningkatan jumlah pengawal perubatan dan jururawat akan memudahkan penduduk mendapat
rawatan dengan cepat dan berkesan.
2.Kemajuan teknologi perubatan moden
Kemajuan teknologi perubatan moden mampu mengawal pelbagai jenis penyakit kronik sepeti
jantung, barah, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain dalam kalangan orang dewasa atau tua.
Kemajuan kesihatan berlaku apabila pertambahan bilangan doktor biasa, doktor pakar, jururawat
dan kakitangan sokongan yang terlatih untuk merawat pelbagai penyakit kronik.
Peningkatkan kemudahan hospital pakar seperti Institut Jantung Negara, Pusat Perubatan
Universiti Malaya dan hospital-hospital swasta mampu memberi kemudahan perubatan kepada
penduduk untuk mendapat tempat rawatan yang terbaik.
3.Keberkesanan kawalan penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia berjaya mengawal pelbagai wabak penyakit berbahaya yang
boleh membawa maut seperti denggi, SARS, taun, kencing tikus, selsema burung dan lain-lain.
Kawalan dijalankan melalui kaedah pencegahan, pembasmian dan rawatan rebakan semasa
sesuatu penyakit.
Kesannya kadar kematian penduduk akibat wabak penyakit boleh dibendung dan seterusnya
akan meningkatkan jangka hayat penduduk.
32 | P a g e
4.Amalan pemakanan berat dan seimbang
Pengetahuan dalam kalangan golongan tua mengenai diet pemakanan, jenis dan menu
makanan semakin bertambah kerana penyebaran maklumat yang dijalankan melalui media
massa, media elektronik dan penerangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Keadaan tersebut mendorong penduduk untuk melakukan amalan pemakanan yang berzat,
makan makanan yang kurang bergaram, kurang berlemak dan kurang gula.
5.Kesedaran penjagaan kesihatan
Kempen kesedaran dan pendidikan tentang penjagaan kesihatan menyebabkan kesihatan
penduduk semakin meningkat.
Peningkatan kesedaran juga berlaku dalam penjagaan kesihatan fizikal seperti amalan gaya
hidup sihat dengan aktiviti bersenam, tidak merokok, penjagaan jantung, mengurangkan
makanan bergula dan berkolestrol.
6.Peningkatan kualiti hidup
Pendapatan per kapita penduduk semakin bertambah menyebabkan penduduk mampu
memperolehi perkhidmatan kesihatan yang terbaik di dalam dan luar negara seperti
perkhidmatan perubatan di hospital swasta.
Peningkatan tahap pendidikan penduduk dengan mengambil insurans kesihatan untuk
mendapat rawatan terbaik
7. Persekitaran yang kondusif dan selesa
Kawasan kediaman yang selesa dan persekitaran yang bersih serta tidak mengalami
pencemaran akan meningkatkan kualiti hidup.
Persekitaran yang bersih dapat mengelakkan risiko penyakit kanser, asma dan jangkitan
penyakit lain terutama yang mudah menyerang warga tua.
Kesan proses penuaan penduduk terhadap demografi
1. Kadar kematian yang rendah dan penurunan kadar kelahiran
2. Jangka hayat penduduk tinggi melebihi 65 tahun
3. Jantina wanita lebih ramai berbanding lelaki.
4. Nisbah tanggungan golongan dewasa dan kerajaan menanggung golongan tua yang ramai.
Kesan penuaan penduduk terhadap sosioekonomi
1. Peningkatan kos untuk menampung sistem sokongan warga emas
Penyediaan rumah kebajikan, kos pengurusan, kos rawatan dan penjagaan yang sempurna
oleh kerajaan, swasta dan NGO.
Penyediaan perkhidmatan pengangkutan dan kemudahan awam yang khusus.
33 | P a g e
2. Beban kewangan kerajaan bertambah
Peningkatan bajet kerajaan membayar pencen, KWSP, perkhidmatan kesihatan ganjaran dan
lain-lain
Kerajaan juga mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk memberi hak keistimewaan
kepada warga emas seperti rebat perkhidmatan dan peningkatan subsidi.
3. Nisbah tanggangan golongan dewasa semakin meningkat
Golongan tua mudah tidak produktif
Golongan dewasa terpaksa menanggung khususnya kos perubatan
Kadar pencen tidak cukup untuk menanggung kos hidup yang semakin bertambah.
4. Kemerosotan nilai murni masyarakat
Merosotnya nilai tanggungjawab sosial golongan muda dan dewasa terhadap warga emas
disebabkan oleh tekanan hidup akibat kos hidup yang semakin meningkat di bandar.
Golongan tua akan dihantar dan dibiarkan di rumah-rumah kebajikan.
Nilai murni hidup merosot.
5. Tenaga profesional meningkat
Warga tua yang masih sihat, berpengalaman dan produktif masih mampu menyumbang
tenaga dalam bidang profesional di peringkat pengurusan tertinggi seperti dalam bidang
pendidikan, kedoktoran dan kejuruteraan.
Tempoh perkhidmatan dilanjutkan.
Contoh pensyarah universiti bekerja sehingga umur 65 tahun.
Ekonomi di peringkat kuarterner dan kuiner boleh dibangunkan.
6. Meningkatkan golongan miskin dalam negara
Bayaran pencen dan KWSP tidak mampu menampung kos hidup yang tinggi terutama sekali
di bandar.
Sesetengahnya masih menampung kos persekolahan atau pengajian anak.
7.Sektor perkhidmatan sokongan atau pelaksana dipenuhi
Perkhidmatan kawalan keselamatan untuk menjaga bank, pusat-pusat perniagaan dan kedai
emas dapat dipenuhi.
Perkhidmatan kebersihan kawasan di premis kerajaan atau swasta juga dapat dipenuhi oleh
warga tua.
34 | P a g e
1.3.5 KEMAHIRAN AMALI
PIRAMID PENDUDUK
Graf bar yang digunakan untuk menggambarkan struktur penduduk mengikut umur dan
jantina penduduk sesebuah negara.
TAFSIRAN ATAU GAMBARAJAH DARI PIRAMID PENDUDUK
1. Ciri kadar kelahiran, kadar kematian dan kadar pertumbuhan semulajadi penduduk
2. Komposisi jantina: jumlah penduduk lelaki dan perempuan
3. Struktur umur penduduk:
(a) muda (0 hingga 14 tahun)
(b) (dewasa ( 15 hingga 64 tahun)
(c) tua (melebihi umur 65 tahun)
4. Jangka hayat berdasarkan puncak piramid lebar atau tajam.
5. Nisbah tanggungan: kaitan antara jumlah penduduk dewasa berbanding penduduk muda dan tua
6. Bekalan tenaga buruh: tenaga produktif
7. Tahap pembangunan ekonomi sesebuah negara samada mundur, maju atan sedang membangun.
8. Taraf sosial penduduk dan indikator kualiti hidup seperti taraf kesihatan, taraf pendidikan,
pencapaian kemudahan asas, beban kerajaan dan lain-lain.
BENTUK PIRAMID PENDUDUK
1. PIRAMID PROGRESIF
Dialami oleh negara mundur dan negara sedang membangun.
Contoh: Bangladesh, Afrika, Brazil dan India
Ciri demografi
1. Tapak yang lebar
Tapak yang lebar menggambarkan golongan muda adalah ramai hasil daripada kadar
kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah.
Bilangan dan peratus penduduk dalam kumpulan umur muda di bawah 1 tahun adalah
tinggi.
35 | P a g e
Kadar kelahiran yang tinggi menyebabkan kadar pertumbuhan penduduk negara menjadi
pesat.
Jika pertumbuhan penduduk negara yang pesat ini tidak diikuti oleh pertumbuhan
pengeluaran ekonomi negara tersebut pasti akan menghadapi berbagai-bagai masalah
akibat lebihan penduduk.
Negara Malaysia pada tahun 1950-1960 mengalami piramid progresif.
2. Puncak yang tajam pada piramid yang rendah
Puncak yang tajam menunjukkan kadar kematian tinggi dan golongan tua adalah sedikit.
Jangka hayat penduduk adalah rendah.
Menggambarkan kurangnya bilangan orang yang hidup hingga mencapai umur tu lebih
daripada 65 tahun.
Kekurangan kemudahan kesihatan menyebabkan ramai penduduk mati disebabkan wabak
penyakit.
Penjagaan kesihatan yang kurang baik juga menyebabkan penduduk mudah dijangkiti
penyakit yang boleh menyebabkan kematian.
Kadar kematian yang tinggi di kalangan orang dewasa turut membayangkan jangka hayat
penduduk yang rendah.
3. Cerun yang cekung
Cerun yang cekung menunjukkan orang dewasa tidak ramai.
Menggambarkan bilangan orang dewasa yang tidak seimbang dengan bilangan kanak-kanak.
Ini menunjukkan peratus orang dewasa yang kurang berbanding kanak-kanak.
Dalam keadaan ini, penduduk yang ditanggung khususnya kanak-kanak lebih ramai daripada
penduduk dewasa yang aktif.
4.Nisbah tanggungan
Nisbah tanggungan golongan dewasa terhadap golongan muda adalah tinggi
5.Nisbah jantina
Nisbah lelaki dan perempuan umur muda dan dewasa hampir seimbang.
Manakala jantina perempuan lebih ramai daripada lelaki di peringkat usia 65 tahun ke atas.
Kesan ciri kependudukan piramid penduduk progresif terhadap sosiekonomi
(a) Beban kepada kerajaan
Kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk kemudahan golongan muda dengan menyediakan
kemudahan kesihatan seperti klinik desa dan hospital, keperluan pendidikan biasiswa dan
kemudahan riadah untuk golongan muda.
(b) Tahap pembangunan ekonomi yang rendah
Kebergantungan kepada sektor ekonomi primer-pertanian intensif .
Kebergantungan kepada teknologi tradisional-cangkul, haiwan dan tenaga manusia
Pembangunan sumber alam amat perlahan .
Sumber yang banyak hanya tersimpan sebagai stok
36 | P a g e
(c) Tahap pembangunan sosial yang rendah
Kesan daripada tahap kesihatan dan pendidikan yang rendah .
Namun sesetengah negara mencatat peningkatan seperti negara di Asia Tenggara
Pembangunan sektor ekonomi moden mula berkembang
Pembangunan sosial mula meningkat
2. PIRAMID REGRESIF
Mewakili negara maju dan moden seperti USA, United Kingdom, Denmark, Sweden
Ciri-ciri piramid regresif
1. Tapak yang sempit
Tapak yang sempit menunjukkan kadar kelahiran rendah dan golongan muda adalah sedikit.
Menggambarkan kadar pertambahan penduduk sering negatif akibat dasar kependudukan
yang liberal.
Ini juga menjelaskan amalan meluas pencegahan kehamilan di negara-negara ini.
Kecenderungan penduduk untuk mempunyai keluarga kecil, pasangan muda yang berkahwin
lewat dan melambatkan keinginan untuk mempunyai anak dan pemandulan telah
merendahkan kadar kelahiran.
2. Cerun yang cembung
Menggambarkan penduduk dewasa yang ramai berbanding golongan muda.
Keadaan ini menunjukkan kadar kematian dalam kalangan golongan dewasa adalah rendah.
Taraf penjagaan kesihatan yang tinggi menyebabkan sebahagian besar penduduk boleh
mencapai umur tua iaitu lebih daripada 65 tahun.
3. Puncak yang lebar
Puncak piramid yang lebar menunjukkan kadar kematian rendah dan golongan tua yang
ramai.
Jangka hayat penduduk adalah tinggi.
Ini menunjukkan penduduk tua semakin ramai di mana sekurang-kurangnya dua peratus
penduduk hidup sehingga umur 30 tahun.
Keadaan ini boleh dikaitkan dengan pencapaian yang baik dalam bidang kesihatan dan
pembangunan penduduk.
37 | P a g e
4.Nisbah tanggungan
Nisbah tanggungan golongan dewasa terhadap golongan muda adalah rendah
Manakala beban kerajaan terhadap golongan tua adalah tinggi.
Kerajaan terpaksa membayar pencen, membina rumah kebajikan, menanggung kos
perubatan, rawatan dan sebagainya.
5. Jantina
Jantina perempuan lebih ramai daripada lelaki di peringkat usia 65 tahun ke atas
Kesan
nisbah tanggungan rendah
pendapatan per kapita tinggi
taraf hidup meningkat
kadar pengangguran rendah
tahap sosioekonomi tinggi
teknologi yang tinggi (dalam industri untuk menampung kekurangan tenaga buruh)
3. PIRAMID PERANTARAAN
Ciri demografi
Berbentuk hampir tegak atau tegak, perbezaan penduduk mengikut kumpulan umur muda,
dewasa dan tua adalah tidak ketara/stabil.
Kadar kelahiran sangat rendah, golongan muda sangat sedikit, tapak piramid sangat sempit .
Kadar kematian sangat rendah, golongan tua yang ramai, jangka hayat penduduk tingi,
puncak piramid lebar.
Umur-golongan dewasa ramai berbanding daripada golongan kanak-kanak .
Jantina-perempuan lebih ramai daripada lelaki di peringkat usia 65 tahun ke atas.
Ciri sosioekonomi
Golongan tua yang ramai tidak produktif dari segi ekonomi, tidak menyumbang kepada
ekonomi .
Peningkatan bekalan tenaga profesional dalam negara, pensyarah, doktor, penyelidik,
peguam, hakim, jurutera, ahli farmasi
peningkatan kos perbelanjaan dan pengurusan sokongan warga emas .
Peningkatan bajet kerajaan membayar pencen, KWSP, perkhidmatan kesihatan.
Kemerosotan nilai murni masyarakat-hantar ibu bapa ke rumah kebajikan dan diabaikan
38 | P a g e
Latihan
Jadual di bawah menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia pada tahun 1997.
Kumpulan Umur Lelaki ( 000 orang ) Perempuan ( 000 oang)
0-9 2612 2455
10-19 2357 2225
20-29 2017 1876
30-39 1653 1584
40-49 1168 1111
50-59 684 656
60-69 386 414
206 261
70 dan lebih
Berdasarkan jadual di atas, Lukis rajah yang sesuai untuk menggambarkan struktur umur dan jantina
penduduk Malaysia bagi tahun 1997.
Model Peralihan demografi
Graf garis yang menggambarkan transisi perubahan penduduk sesebuah negara pada kadar
kelahiran, kematian, kadar pertumbuhan penduduk semulajadi.
i) Peringkat 1
Kadar kelahiran tinggi disebabkan oleh keperluan terhadap tenaga kerja dalam sektor
pertanian.
Kadar kematian juga tinggi disebabkan oleh taraf kematian yang rendah dan serangan wabak
penyakit
Kadar pertumbuhan semulajadi tahap ini adalah rendah disebabkan peningkatan kadar
kelahiran dan kematian
Negara tahap ini seperti Kenya, Somalia, Euthopia dan lain-lain negara mundur.
39 | P a g e
ii) Peringkat II
Kadar kelahiran masih lagi tinggi disebabkan oleh keperluan terhadap tenaga kerja dalam
sektor pertanian dan ketiadaan amalan perancangan keluarga.
Kadar kematian menurun secara mendadak disebabkan oleh peningkatan taraf kesihatan,
perubatan yang baik dan bekalan makanan yang cukup.
Kadar pertumbuhan semulajadi tahap ini adalah tinggi disebabkan peningkatan kadar
kelahiran dan pengurangan kadar kematian
Negara tahap ini adalah terdiri daripada negara membangun seperti Thailand, Vietnam,
Indonesia dan lain negara membangun
iii) Peringkat III
Kadar kelahiran menurun secara mendadak disebabkan oleh amalan perancangan keluarga,
masyarakat yang semakin maju dan ramai golongan wanita yang bekerjaya dan berkahwin
lewat.
Kadar kematian terus menurun disebabkan oleh kemajuan dalam bidang perubatan seperti
pengenalan vaksin untuk penyakit berbahaya dan peralatan perubatan moden.
Kadar pertumbuhan semulajadi penduduk adalah rendah disebabkan oleh pengurangan
kadar kelahiran dan kematian.
Negara yang berada pada tahap ini ialah negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat,
Perancis dan negara-negara Eropah.
PENDUDUK LEBIHAN
Suatu keadaan di mana jumlah penduduk melebihi daya tampung sumber alam yang ada di
sesebuah negara atau kawasan.
Penduduk bergantung kepada sumber-sumber yang sedia ada menyebabkan pengeluaran per
kapita yang rendah.
Sumber-sumber yang ada tidak dapat menampung jumlah penduduk yang ada.
Jenis-jenis lebihan penduduk
1. Lebihan penduduk mutlak
Lebihan penduduk mutlak yang bermakna sumber alam yang amat sedikit atau sudah habis
digunakan.
Wujud apabila usaha-usaha pengeluaran telah dilakukan sehingga ke had mutlak yang
maksimum sedangkan taraf kehidupan masih lagi rendah.
Sebagai contohnya, lebihan mutlak dialami oleh negara-negara seperti Ethophia, Sudan dan
Afrika Utara.
Negara berkenaan menghadapi masalah kebuluran, kelaparan, putaran kemiskinan yang ganas
dan kemeralatan hidup (kemiskinan mutlak).
2. Lebihan penduduk relatif.
Lebihan penduduk relatif iaitu sumber alam masih ada/masih banyak tetapi keupayaan
teknologi membangun/menjana sumber tersebut adalah rendah sehingga aras dan keperluan
penduduk tidak boleh ditampung.
40 | P a g e
Lebihan relatif dialami oleh negara-negara sedang membangun seperti Indonesia, Filipina,
Vietnam dll.
Kesannya penduduk terus miskin, daif, mundur dan taraf serta kualiti hidupnya rendah.
Ciri-ciri demografi penduduk lebihan
1. Kadar kelahiran dan kadar kesuburan yang tinggi
2. kadar kematian masih tinggi tetapi mula nampak penurunan
3. Nisbah tanggungan tinggi terutama golongan kanak-kanak
4. Jangka hayat penduduk pendek
SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA PENDUDUK LEBIHAN
a) Kadar Kelahiran yang tinggi dan Kadar Kematian yang rendah disebabkan oleh:
1) Peningkatan kemudahan kesihatan (hospital/klinik), sistem dan peralatan perubatan moden
serta doktor menyebabkan kadar kematian bayi menurun-pelbagai penyakit dapat diubati
seperti hepatitis B.
2) Kegagalan / kurang berkesan program perancangan keluarga untuk menjarakkan kelahiran -
akibat pendidikan yang rendah, status ekonomi, pemikiran (konservatif) di sesetengah
masyarakat.
3) Faktor sosial-agama, adat, status quo masyarakat (kebanggaan dan kekuasaan memiliki
bilangan anak ramai atau saiz keluarga besar)
4) Kahwin awal. Perkahwinan pada usia muda meningkatkan kadar fertiliti. Tahap kesuburan
wanita ialah antara umur (15-45 tahun). Amalan kahwin awal, kecenderungan untak kelahiran
bertambah sebelum tamat kesuburan.
5) Keperluan buruh/tenaga manusia. Di sesetengah negara seperti India tenaga buruh untuk
sektor pertanian datangnya daripada ahli keluarga. Anak yang ramai kos buruh menjadi lebih
murah.
6) Kualiti hidup penduduk di sesetengah negara meningkat. Pendapatan perkapita meningkat
mampu untuk menyara keluarga yang ramai. Amalan pemakanan berzat/seimbang dan
penjagaan kesihatan yang baik meningkatkan jangka hayat penduduk.
7) Teknologi pengeluaran masih rendah dan faktor kerajaan/Governan. Di sesetengah negara
teknologi untuk meneroka,menjana dan mempelbagaikan sumber pengeluaran yang ada bagi
menampung keperluan penduduk masih rendah. Sumber terbiar sebagai stok atau diguna
secara membazir. Keperluan makanan, tempat tinggal dan pekerjaan penduduk tidak dapat
dipenuhi. Banyak berlaku di negara yang mengalami lebihan penduduk mutlak
8) Kelemahan kerajaan/faktor politik. Ketidakcekapan kerajaan untuk mengawal kelahiran
menyebarkan inovasi/pendidikan kekeluargaan, masalah ketidakstabilan politik/negara
bergolak yang menyebabkan dasar kependudukan tidak dapat dilaksanakan. Contoh di Sudan.
KESAN LEBIHAN PENDUDUK TERHADAP STATUS SOSIOEKONOMI
Kesan positif
1.Menjadi aset untuk membekalkan tenaga kerja
Pertumbuhan penduduk yang pesat dapat menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk
sesebuah Negara.
Contohnya tenaga kerja yang diperlukan dalam beberapa sektor ekonomi seperti pertanian,
perindustrian dan perkhidmatan
41 | P a g e
2.Dapat memperluaskan saiz pasaran domestik
Peningkatan pasaran tempatan dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada negara
lain.
Sebagai contohnya, pasaran barangan tempatan di China sangat luas kerana jumlah
penduduknya yang ramai (lebih daripada 1.3 bilion)
3.Menguatkan pertahanan Negara
Jumlah penduduk yang ramai dapat menambah bilangan anggota keselamatan.
Sebagai contohnya, Indonesia merupakan negara terkuat dalam aspek pertahanan di rantau
Asia Tenggara.
Kesan negatif
1. Masalah pengangguran dan kemiskinan bandar
Pertumbuhan penduduk yang pesat menyebabkan peluang pekerjaan tidak dapat
menampung jumlah penduduk yang ramai.
Pengangguran menyebabkan peningkatan golongan miskin di bandar seperti bandaraya
Manila, Filipina dan Bandaraya Jakarta di Indonesia.
2.Beban kepada kerajaan
Peruntukan kerajaan terpaksa diberikan kepada kemudahan asas seperti pendidikan,
kesihatan, jaringan perhubungan dan lain-lain untuk menampung jumlah pendadak yang
ramai.
Beban kerajaan bertambah-terpaksa berhutang dengan bank dunia dan IMF
3. Tekanan terhadap sumber alam
Persaingan guna tanah untuk pertanian, petempatan, pembangunan prasarana menyebabkan
sumber yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang begitu ramai
Contohnya sumber tanah. Sumber tanah yang tidak mencukupi menyebabkan bertambahnya
golongan merempat.
4.Kemerosotan atau kepupusan sumber
Sumber alam terutamanya sumber yang tidak boleh diperbaharui digunakan sepenuhnya
untuk menampung keperluan penduduk yang ramai.
Hal ini mengakibatkan sumber diancam kepupusan.
Sebagai contohnya, sumber hutan diteroka untuk dijadikan tapak petempatan dan pertanian.
5.Pencemaran dan kerosakan sumber
Sumber air tercemar akibat daripada pembuangan sisa domestik oleh penduduk ke dalam
sungai seperti Sangai Gombak dan Sungai Klang.
Udara tercemar akibat daripada pertambahan kenderan yang melepaskan pelbagai jenis
bahan pencemar kan udara
6.Kekurangan bekalan sumber makanan
Saiz pertanian yang semakin sempit boleh mengkibatkan penurunan pengeluaran makanan,
Produktiviti pertanian rendah apabila tanah terlalu kerap digunakan untuk pertanian dan
bekalan makanan berkurangan.
Contohnya di Pulau Jawa. Sumber makanan semakin terhad berbanding dengan bilangan
penduduk yang ramai memungkinkan berlakunya krisis makanan dan kebuluran.
7. Kesan sosial
Pertumbuhan penduduk yang pesat menyebabkan kemudahan kesihatan yang tidak
mencukupi.
42 | P a g e
Contohnya hospital dan klinik yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah penduduk
yang begitu ramai.
Kadar kematian tinggi terutamanya di kawasan pedalaman khususnya kematian di kalangan
bayi.
Amalan perubatan tradisional masih berleluasa di kalangan masyarakat.
Taraf pendidikan juga rendah akibat pertumbuhan penduduk yang pesat.
Pertumbuhan penduduk yang pesat menyebabkan tidak semua rakyat berpeluang mendapat
pendidikan.
Kesannya menyebabkan kadar buta huruf dan buta ICT yang tinggi.
Contohnya di Indonesia, India dan Bangladesh kadar jenayah seperti mencuri
merompak,samun meningkat demi survival kehidupan.
Gejala sosial seperti pengedaran dan penyalahgunaan dadah, pelacuran juga meningkat bagi
meringankan beban hidup.
8.Migrasi ke luar negara
Kepesatan pertumbuhan penduduk dan tekanan yang dihadapi menggalakkan migrasi
penduduk ke negara lain.
Sebagai contohnya, kebanjiran pendatang tanpa izin Indonesia dan Filipina ke Malaysia.
Negara destinasi juga mengalami kesan buruk akibat daripada kemasukan migran.
Sebagai contohnya, di Malaysia berlaku masalah sosial dan persaingan untuk mendapatkan
kerja antara migran dengan rakyat tempatan
MASALAH PENDUDUK LEBIHAN.
1) Golongan penduduk muda yang tinggi membebankan penduduk dewasa
2) Kemiskinan semakin meningkat kibat penduduk yang ramai sumber pendapatan tidak
mencukupi, tanah pertanian yang dikerjakan tidak dapat menampung keperluan penduduk yang
ramai.
3) Pertambahan tanggungan atau beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas seperti
pendidikan, kesihatan bagi menampung keperluan penduduk muda.
4) Kekurangan peluang pekerjaan kerana penduduk ramai pekerjaan terhad menyebabkan
berlakunya pengangguran.
5) Kepadatan penduduk bandar tinggi menyebabkan berlaku kesesakan seperti setinggan dan
masalah sosial
6) Taraf hidup rendah kerana negara tidak maju
7) Taraf pendidikan rendah kerana tidak semua rakyat dapat menikmati peluang pendidikan dan
kadar buta huruf tinggi.
8) Kekurangan makanan sehingga berlaku kebuluran kerana hasil pengeluaran makanan tidak dapat
menampung jumlah penduduk.
9) Masalah perumahan yang tidak mencukupi
10) Kurang kemudahan kesihatan, perubatan dan pendidikan.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH LEBIHAN PENDUDUK
1.Dasar kerajaan
Kerajaan menjalankan dasar mengehadkan bilangan anak dalam sesebuah keluarga.
Langkah ini melibatkan peruntukan undang-undang, akta dan denda.
Contohnya di negara China yang mengehadkan bilangan satu anak bagi setiap keluarga.
Keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak akan dikenakan cukai dan denda
yang tinggi, serta menarik balik kemudahan kerajaan.
43 | P a g e
2.Amalan perancangan keluarga
Amalan perancangan keluarga seperti pencegahan kehamilan menggunakan pil perancang,
kondom dan menjarakkan kelahiran.
3. Menaikkan had umur boleh kahwin
Menaikkan had umur boleh kahwin dari belasan tahun kepada umur 20-an atau 30-an ke atas.
Langkah ini dapat mengurangkan kadar fertiliti wanita kerana semakin berusia seorang wanita,
kadar kesuburannya semakin menurun.
Ini dapat mengurangkan kadar kelahiran dan pertumbuhan semula jadi penduduk.
4.Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Peningkatan penyelidikan dan pembangunan membolehkan sumber-sumber alam di
sesebuah negara diteroka dan dibangunkan dengan lebih cekap untuk menampung jumlah
penduduk.
5. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
Kegiatan ekonomi di sesebuah negara perlu dipelbagaikan untuk mengelakkan
kebergantungan kepada sektor pertanian sahaja.
Usaha mempelbagaikan kegiatan ekonomi seperti mengembangkan sektor perkhidmatan,
perniagaan dan perdagangan dapat meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup
6. Penghijrahan keluar
Penghijrahan keluar penduduk dapat mengurangkan masalah lebih penduduk di sesebuah
negara.
Contohnya penghijrahan keluar penduduk Indonesia ke negara luar dapat mengurangkan
masalah lebih penduduk yang pesat di negara tersebut
7. Menggalakkan kemasukan pelabur asing
kemasukan pelabur asing akan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk melalui
pembukaan kilang perindustrian.
Dengan ini masalah pengangguran akibat lebihan penduduk dapat diatasi
8.Memodenkan kegiatan ekonomi
Kegiatan pertanian dimodenkan seperti kegiatan pertanian berasaskan jentera supaya
produktiviti meningkat dan dapat menampung masalah kekurangan bekalan sumber
makanan akibat pertumbuhan penduduk yang pesat
PENDUDUK KURANGAN
Satu keadaan di mana bilangan penduduk yang ada terlalu kecil untuk mengusaha dan
menggunakan sumber alam yang banyak, atau dalam keadaan di mana sumber alam masih
boleh menampung jumlah duduk yang ramai tanpa menjejaskan paras kesejahteraan
penduduk yang ada.
Sumber yang banyak untuk dimajukan tetapi tidak mempunyai penduduk secukupnya untuk
mengeksploitasi, sumber-sumber tersebut
44 | P a g e
CIRI-CIRI DEMOGRAFI PENDUDUK KURANGAN
1) kadar kelahiran menurun dan rendah dan kadar kesuburan mula merosot
2) Kadar kematian kekal rendah
3) Nisbah tanggungan tinggi terutama golongan tua
4) Jangka hayat penduduk tinggi
SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA PENDUDUK KURANGAN
1. Kesan pelaksanaan polisi saiz keluarga kecil.
Pelaksanaan dasar saiz keluarga kecil di Singapura sekitar tahun 1980-an telah menyebabkan
masalah kurang penduduk hari ini.
Polisi ini menjadikan setiap pasangan cenderung untuk memiliki satu atau dua orang anak
sahaja.
2. Faktor sosial
Penyediaan infrastruktur sosial terutama sekolah telah membuka ruang pendidikan tanpa
mengira batas jantina.
Taraf pendidikan yang tinggi di kalangan wanita telah mengubah sikap mereka terhadap
perkahwinan, keluarga dan anak.
Di Asia, terdapat peralihan pendirian minda yang hebat terutama sekali dikalangan wanita
muda.
Wanita Jepun misalnya telah mula mengetepikan aspirasi lama untuk berkahwin secepat
mungkin dan mirip ke arah tidak mengambil endah soal itu, malah, memiliki dan menjaga anak
juga dianggap sebagai satu beban.
umur perkahwinan pertama bagi penduduk Jepun ialah 27 bagi wanita dan 30 bagi lelaki.
Jelasnya, kecenderungan penduduk untuk mempunyai keluarga kecil, pasangan muda yang
berkahwin lewat dan melambatkan keinginan untuk mempunyai anak telah menyebabkan
kadar kelahiran menurun terutama di Eropah, Amerika Selatan dan Asia
3. Faktor ekonomi.
Pertumbuhan ekonomi yang pesat meningkatkan keperluan terhadap tenaga buruh.
Keadaan ini memerlukan wanita dilibatkan secara langsung dalam ekonomi moden.
Di Malaysia, penyertaan tenaga buruh wanita adalah 33.5 peratus dari keseluruhan tenaga
kerja tahun 2000.
Penyertaan tenaga buruh wanita dalam pekerjaan formal, di samping proses-proses
pemodenan yang lain, telah menyederhanakan kadar kelahiran terutama di kalangan
penduduk bandar.
4. Faktor dasar kerajaan.
Dasar-dasar kependudukan tentang amalan merancang keluarga yang semakin liberal telah
menyebabkan kadar kelahiran menurun.
Misalnya dasar kerajaan terlalu longgar berhubung pengguguran anak dan pemandulan, dan
pencegahan kehamilan secara meluas telah merendahkan kadar kelahiran.
45 | P a g e
KESAN TERHADAP STATUS SOSIOEKONOMI
Kesan positif
1. Sumber alam masih banyak
Sumber yang ada berupaya untuk menampung dan memenuhi keperluan penduduk.
Tekanan terhadap sumber alam berkurangan, sumber tidak diancam kepupusan atau
kehabisan malah dapat dieksport ke luar negara.
2. Kadar pengangguran yang rendah
Kadar pengangguran yang rendah kerana negara kurang penduduk mempunyai banyak
peluang pekerjaan dengan kadar upah yang tinggi.
Taraf hidup penduduk meningkat dan kemiskinan berkurangan serta persaingan dan
pengangguran boleh diatasi.
3. Kualiti hidup yang tinggi
Berupaya untuk memperbaiki taraf sosial penduduk seperti peningkatan kualiti pendidikan,
pembasmian buta huruf, meningkatkan kualiti kesihatan, mewujudkan rangkaian
perhubungan dan pengangkutan, kemudahan-kemudahan asas dan sebagainya.
4. Tempat tinggal yang selesa
Penduduk di negara kurang penduduk dapat memiliki rumah yang besar dan lengkap.
Hal ini demikian kerana mereka mempunyai tanah yang luas dan ahli keluarga yang kecil.
5. Sistem perubatan yang moden
Negara kurang penduduk mempunyai perkhidmatan kesihatan yang baik dan pelbagai
peralatan perubatan moden
Hal ini menyebabkan kadar kematian penduduk di negara tersebut rendah.
Kesan Negatif
1. Kekurangan tenaga buruh
Kekurangan tenaga buruh untuk memajukan sumber-sumber ekonami.
Sesetengah sektor mengalami krisis tenaga sehingga terpaksa mengimport tenaga buruh
asing untuk memenuhi keperluan tenaga kerja
Sebagai contohnya, Singapura terpaksa bergantung kepada tenaga buruh dari negara
Malaysia dan Indonesia untuk menggerakkan sektor perindustrian di negara berkenaan.
Manakala sesetengah sumber alam pula terbiar membazir seperti sumber tanah dan
sesetengahnya tertinggal sebagai stok sumber sahaja.
2.Saiz pasaran domestik kecil
Saiz pasaran domestik terhad, ekoran daripada jumlah penduduk yang sedikit, dan keluasan
pasaran yang kecil.
Di samping itu, kuasa beli penduduk pula rendah maka pasaran barangan dan perkhidmatan
sukar dikembangkan.
46 | P a g e
3. Pertahanan negara terancam
Kesukaran untuk mewujudkan pertahanan negara yang kukuh kerana saiz anggota tentera
yang sedikit.
Sesebuah negara mudah terancam.
MASALAH-MASALAH PENDUDUK KURANGAN
1) Taburan penduduk tidak sekata-kawasan luar bandar kurang penduduk, penduduk tertumpu di
kawasan bandar, kerajaan sukar menyediakan kemudahan asas di luar bandar kerana
penduduknya yang sedikit.
2) Sumber kurang dimajukan kerana kekurangan tenaga kerja-hanya sumber yang mendatangkan
keuntungan sahaja dimajukan-sumber lain terbiar dan membazir seperti menjadi tanah terbiar
atau menjadi stok sumber sahaja.
3) Perkembangan ekonomi yang perlahan kerana masalah kekurangan tenaga kerja.Contohnya
perkembangan sektor perindustrian
4) Kekurangan tenaga kerja menyebabkan sesebuah negara terpaksa bergantung kepada buruh
asing untuk membangunkan ekonomi negara. Kebergantungan kepada buruh asing
menyebabkan berlakunya pengaliran keluar wang negara ke negara luar.
5) Saiz pasaran domestik terhad- jumlah penduduk sedikit, kuasa beli penduduk rendah maka
pasaran barangan dan perkhidmatan sukar dikembangkan.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH KURANGAN PENDUDUK
1. Galakan untuk menigkatkan kadar kelahiran
Galakan untuk meningkatkan kadar kelahiran dalam kalangan penduduk dengan memberi
insentif seperti kemudahan cuti bersalin, pengurangan dan rebat cukai pendapatan dan
rawatan kesihatan percuma
Contohnya di negara Singapura telah memansuhkan polisi satu keluarga dua orang anak
supaya kadar kelahiran di negara tersebut dapat ditingkatkan.
2. Program sosial
Program mencari jodoh bagi mereka yang telah lanjut usia
3. Mengurangkan had umur berkahwin
Perkahwinan pada usia lewat akan mengurangkan kadar kelahiran kerana penurunan kadar
kesuburan.
Oleh itu, had umur boleh kahwin patut diturunkan, iaitu dari usia 30-an kepada usia 20-an.
Langkah ini akan menggalakkan perkahwinan pada usia muda dan kemampuan untuk
melahirkan anak yang ramai akan meningkat.
4. Meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk
Peningkatan pendapatan perkapita akan meningkatkan taraf hidup penduduk dan
seterusnya meningkatkan kadar kelahiran.
47 | P a g e
Pendapatan penduduk dapat ditingkatkan dengan meningkatkan gaji minimum, memberikan
bonus yang lebih, mengurangkan cukai pendapatan dan sebagainya.
Ini kerana peningkatan pendapatan perkapita penduduk dapat menampung saiz keluarga
yang besar setelah penambahan bilangan anak.
PENDUDUK OPTIMUM
Suatu keadaan yang seimbang antara jumlah penduduk dengan sumber-sumber pengeluaran
yang ada berbanding dengan tempoh sebelum atau selepasnya.
Segala sumber seperti sumber alam, sumber manusia, sumber ekonomi, modal dan teknologi
telah dijana sepenuhnya untuk mencapai tahap pembangunan sosioekonomi yang paling
tinggi seterusnya mampu menampung aras penduduk di dalam sesebuah negara. Contoh:
Negara Jepun dan Sweden.
CIRI-CIRI NEGARA YANG MENCAPAI PENDUDUK OPTIMUM.
1. Kadar kelahiran rendah
2. Jangka hayat tinggi disebabkan banyak kemudahan kesihatan dan kemajuan yang dicapai dalam
perubatan. Sebagai contohnya, kadar kematian di negara Jepun sebanyak 0.5% setahun.
2) Kualiti hidup penduduk tinggi disebabkan pembangunan ekonomi pada tahap yang maksimum
3) Kuasa beli tinggi kerana pendapatan perkapita penduduk yang tinggi
4) Tingkat teknologi tinggi. Kegiatan industri berasaskan jentera dan hanya sedikit sahaja
menggunakan tenaga manusia.
5) Pendapatan perkapita tinggi membolehkan rakyat menikmati pelbagai kemudahan seperti
perkhidmatan.
6) Pemuliharaan alam sekitar.
SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA PENDUDUK OPTIMUM
1. Kejayaan program kependudukan
Program-program kependudukan seperti perancangan keluarga menyebabkan pertambahan
bilangan penduduk sejajar dengan jumlah sumber yang ada.
2. Kemajuan dalam sains dan teknologi.
Kemajuan sains dan teknologi menyebabkan sumber dapat dimanfaatkan dan dimajukan
supaya dapat menampung bilangan penduduk yang ada.
Misalnya teknologi dalam bidang pertanian dapat menghasilkan bekalan makanan yang
mencukupi.
48 | P a g e
KESAN
1. Taraf hidup penduduk tinggi
Taraf hidup penduduk yang tinggi ekoran perkembangan pesat ekonomi.
Kegiatan ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain menyediakan pekerjaan
yang menawarkan gaji yang lumayan, meningkatkan pendapatan per kapita dan
meningkatkan taraf sosial penduduk.
2. Tiada pengangguran
Kemajuan ekonomi menyebabkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk
menyebabkan tiada pengangguran berlaku.
3. Pembangunan yang rasional/mapan
Semua program pembangunan dilaksanakan dengan berkesan dan dapat dinikmati oleh
semua penduduk.
4. Penggunaan sumber alam yang wajar.
Sumber alam dimaju dan dimanfaatkan memenuhi keperluan penduduk dan pada masa
yang sama terdapat usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber supaya sumber
tidak habis.
5. Struktur demografi yang seimbang.
Misalnya pertumbuhan penduduk kekal pada paras pergantian semula populasi.
ARAH ALIR PERTUMBUHAN PENDUDUK, LEDAKAN PENDUDUK, KONSEP PERTUMBUHAN
PENDUDUK SIFAR
1. Pertumbuhan negatif - kadar kematian melebihi kadar kelahiran
2. Pertumbuhan sifar - kadar kematian sama dengan kadar kelahiran
3. Pertumbuhan positif - kadar kelahiran lebih kadar kematian
4. pertumbuhan abnormal - kadar kelahiran dan kematian terganggu akibat peperangan
KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT TERHADAP KAWASAN BANDAR
Kesan positif
1. Membekalkan tenaga kerja untuk pelbagai sektor di bandar-pembinaan, perindustrian, perdagangan dll
2. Mempercepatkan pembangunan ekonomi bandar
3. Pasaran yang luas/kuasa beli penduduk bandar tinggi
4. Kemudahan prasarana yang mencukupi untuk menampung perkembangan penduduk bandar
seperti pusat membeli belah, kemudahan pengangkutan awam, kemudahan riadah, hospital dll
untuk menampung penduduk yang semakin bertambah.
49 | P a g e
Kesan negatif
a. Tekanan terhadap sumber tanah-persaingan penggunaan sumber tanah untuk petempatan,
perindustrian, perdagangan dll
b. Kesesakan tempat tinggal-setinggan
c. Masalah pengangguran- penduduk ramai - peluang pekerjaan sedikit
d. Taraf hidup yang rendah - golongan yang tidak mampu bersaing kerana pendidikan rendah
e. Pencemaran alam sekitar- air, udara, sampah sarap - kesan kepada penduduk-kesihatan
f. Masalah dalam penyediaan kemudahan asas-kesesakan lalu lintas
g. Masalah sosial- penyakit-penyakit sosial seperti jenayah, pelacuran penyakit-penyakit denggi
malaria dll
KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT TERHADAP KAWASAN LUAR BANDAR
Kesan positif
1) Menggalakkan industri perlombongan kerana tenaga kerja yang cukup-perlombongan emas,
berlian, batu arang dll
2) Mempercepatkan pembangunan kawasan luar bandar bila sumber dapat dimajukan-proses
pembandaran akan berlaku dengan cepat menjadikan kawasan luar bandar sebagai bandar
Kesan negatif
1) Tekanan terhadap tanah pertanian-saiz tanah pertanian semakin sempit penduduk semakin
ramai tanah menjadi tidak ekonomik.
2) Hasil pertanian semakin berkurangan penduduk ramai, penduduk menjadi miskin dan
mengalami masalah kekurangan makanan dan kebuluran.
3) Pencerobohan ke atas kawasan hutan simpan untuk menjadikan kawasan pertanian
mengancam hidupan liar.
4) Pengangguran meningkat - nisbah tanggungan tinggi menyebabkan kadar kemiskinan meningkat.
1.3.6 PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN
KAITAN PERTUMBUHAN PENDUDUK DENGAN TAHAP PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI ANTARA
WILAYAH DUNIA ATAU SESEBUAH NEGARA
PERINGKAT I : MASYARAKAT PERTANIAN
Negara yang berada pada tahap ini adalah negara mundur dan ekonominya berasaskan
kepada pertanian.
Ekonomi yang berasaskan pertanian menyebabkan keperluan terhadap tenaga kerja adalah
tinggi yang menyebabkan kadar kelahiran adalah tinggi.
Kegiatan pertanian yang berorientasikan buruh menyebabkan pengeluaran makanan terhad
dan penerokaan sumber alam yang terbatas disebabkan tingkat teknologi yan masih rendah
dan bergantung kepada teknologi tradisional.
Pengeluaran makanan terhad menyebabkan kebuluran dan meningkatkan kematian.
Pembangunan sosial adalah rendah yang digambarkan melalui kadar kematian yang tinggi,
tahap pendidikan rendah dan kadar kemiskinan tinggi.
50 | P a g e