The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-60300280, 2022-08-09 09:39:16

MODUL 3 ASM NOTA PENDUDUK

MODUL 3 ASM NOTA PENDUDUK

Peringkat II: Peringkat awal perindustrian

Sumber ekonomi negara berubah dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pertanian.
Sektor perindustrian dan perkhidmatan mula berkembang.
Sumber ekonomi telah berkembang disebabkan peningkatan teknologi membolehkan
pembangunan sumber alam meningkat.
Pendapatan perkapita semakin meningkat, peluang pekerjaan bertambah dan taraf hidup
penduduk meningkat.
Pembangunan sosial meningkat seperti kemudahan pendidikan, kemudahan kesihatan dan
pembandaran semakin berkembang.

Peringkat III: Peringkat perindustrian

Kadar kelahiran dan kematian menurun dan pertumbuhan penduduk hampir sifar.
Negara yang berada pada tahap ini adalah negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis,
Jepun dan lain-lain.
Pendapatan negara bergantung kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan.
Sumber alam dijana dengan berkesan kerana kemajuan teknologi
Pembangunan sosial tinggi seperti kemajuan kesihatan yang meningkatkan jangka hayat,
kemajuan sistem pendidikan dan kadar celik ICT yang tinggi.
Masyarakat pada tahap ini bermaklumat dan taraf hidup penduduk yang tinggi.
Kadar pembandaran adalah tinggi dan sebahagian besar penduduk tinggal di bandar

1.4 MIGRASI

Pergerakan atau perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat tinggal yang lain
untuk menetap di kawasan baru dalam jangka masa tertentu yang melibatkan perubahan
ruang dan masa.

Pola migrasi

(a) Migrasi Kekal

Migrasi yang bermastautin di sesuatu tempat yang baru untuk jangka masa panjang atau
petempatan kekal, bertukar warganegara, perkahwinan dan pekerjaan.

(b) Migrasi Musiman

Aliran pergerakan migran pada musim tertentu dalam setahun.
Misalnya musim menuai padi, musim durian, penternak lembu dan biri-biri di Norway
mengikut musim panas (pergunungan) dan musim dingin (kawasan panas)

(c) Migrasi Sementara

Perpindahan migran hanya untuk suatu tempoh masa tertentu dan akan balik semula ke
tempat asalnya.
Contohnya migrasi pelombong, pembalak dan buruh binaan, pelarian perang, bencana alam,
melanjutkan pelajaran, menunaikan haji.

51 | P a g e

Ciri Migrasi
a. Melintasi sempadan mukim, daerah, bandar, luar bandar, negeri, negara dan benua dan

perubahan kediaman samada secara kekal atau separa kekal
b. Migran yang berpindah lebih daripada 6 bulan di sesuatu tempat sebelum kembali ke tempat

asalnya.

Jenis Migrasi
1. Migrasi dalaman( antara tempat dalam sesebuah negara)

Perpindahan penduduk yang melintasi sempadan di dalam sesebuah negara sahaja seperti
sempadan daerah, sempadan antara bandar dengan luar bandar, sempadan antara negeri
dan sempadan antara bandar.

Arah Aliran Migrasi Dalaman

(a) Migrasi desa ke bandar
Dilakukan oleh golongan muda dan dewasa.
Faktor yang mempengaruhi:

Tempat tuju (Tarikan) Tempat asal (Tolakan)
Peluang pekerjaan yang banyak dalam Kekurangan peluang pekerjaan. Hanya
sektor perindustrian, perniagaan dan bergantung kepada sektor pertanian
perkhidmatan dengan gaji tinggi dan yang perlu dilakukan dalam suasana
tempat kerja yang selesa panas dan hujan
Pendidikan-melanjutkan pelajaran ke Kekurangan kemudahan sosial seperti
Institusi Pengajian Tinggi yang terletak sekolah, IPT, hospital dan kemudahan
di bandar. lain.
Kemudahan pembandaran yang lebih Kekurangan kemudahan asas seperti
baik seperti perubatan, hiburan, bekalan air, elektrik, telefon dan
pengangkutan moden dan kemudahan pengangkutan cekap.
telekomunikasi Kawasan mundur-kurang kemudahan
Pendapatan atau gaji yang tinggi dan asas dan kemudahan awam.
tetap. Pendapatan kecil dan tidak tetap.

(b) Migrasi bandar ke bandar

Pola migrasi ini berlaku secara berperingkat iaitu dari bandar kecil ke bandar sederhana, dari
bandar sederhana ke bandar besar.
Faktor yang mempengaruhi:

Tempat tuju (Tarikan) Tempat asal (Tolakan)
Melanjutkan pelajaran ke Institusi Tiada kemudahan pendidikan tinggi
Pengajian Tinggi Kekurangan peluang pekerjaan di
Mencari peluang pekerjaan-tarikan bandar kecil
upah yang lebih tinggi
Pertukaran tempat kerja ke pejabat
cawangan
Mengembangkan perniagaan .
Bandar yang lebih besar dan moden
Mengelakkan kesesakan lalu lintas dan
kesesakan petempatan

52 | P a g e

(c) Migrasi bandar ke desa/Bandar ke pinggir bandar

Migrasi jenis ini berlaku terutama dalam kalangan golongan pesara yang ingin menghabiskan
usia tua mereka di desa yang lebih aman dan nyaman.
Faktor yang mempengaruhi:-

Tempat tuju (Tarikan) Tempat asal (Tolakan)

Dari bandar ke desa (dilakukan oleh golongan pesara)

Keindahan alam sekitar, udara segar, Alam sekitar yang tercemar
bersih, tiada kesesakan, tenang dan Kesesakan
selesa. kos hidup yang tinggi
Kos hidup yang lebih rendah kerana
pendapatan golongan pesara berkurang
dan hanya bergantung kepada pencen

Dari bandar ke pinggir bandar (golongan berpendapatan sederhana dan rendah)

Kecekapan sistem pengangkutan telah Nilai hartanah dan kos kediaman yang
meningkatkan darjah ketersampaian tinggi
antara pinggir bandar dengan bandar
menjadi tinggi Contohnya lebuh raya,
komuter dan aliran transit ringan (LRT)
Pembandaran moden di pinggir bandar.
Pinggir Bandar telah berubah menjadi
bandar baharu di pinggir bandar utama
seperti Bandar Selayang dan Gombak di
Kuala Lumpur.

(d) Migrasi desa ke desa

Migrasi penduduk dari kampung tradisional ke tanah rancangan di bawah Program
Pembangunan Wilayah yang dirancang pada tahun 1970-an.
Dilaksanakan oleh kerajaan seperti FELDA dan FELCRA
Sebahagian besar penduduk luar bandar dari setiap negeri di Semenanjung Malaysia
berhijrah ke tanah rancangan JENGKA, DARA, KETENGAH, KEJORA dan KESEDAR

Faktor yang mempengaruhi:

Tempat tuju (Tarikan) Tempat asal (Tolakan)
Peluang pekerjaan dengan pendapatan kekurangan tanah
lebih tinggi penduduk yang ramai
Kemudahan yang lebih baik disediakan kekurangan kemudahan
oleh kerajaan seperti kemudahan asas
dan sosial
Banyak sumber seperti tanah pertanian
yang subur

53 | P a g e

(e) Transmigrasi
Migrasi yang dirancang oleh kerajaan.
Ia bertujuan untuk mengurangkan masalah kepadatan penduduk ya terlalu tinggi di satu-
satu kawasan.
Contohnya di Indonesia, kerajaan Indonesia memindahkan penduduk di Pulau Jawa yang
berpenduduk padat ke Pulau Sumatera dan Kalimantan sejak tahun 1930-an
Di Negara Malaysia, ancaman pengganas komunis tahun 1960 an semasa darurat telah
mewujudkan Kampung Baru Dasar kerajaan untuk memajukan kawasan luar Bandar.

Isipadu aliran
Isipadu aliran merujuk kepada jumlah atau bilangan penghijrah sama ada ramai atau sedikit
yang berhijrah dari satu tempat ke satu tempat dalam sesebuah negara.
Arah aliran migrasi di Malaysia adalah sama seperti negara sedang membangun yang lain,
Sebahagian besar migrasi melibatkan migrasi dari desa ke bandar.
Bandar utama atau ibu negara menjadi tumpuan aliran migran.
Walaupun ada migran yang berhijrah ke tempat lain, jumlahnya tidak banyak jika
dibandingkan dengan migrasi desa ke bandar.

Komposisi Aliran
Komposisi aliran migran merangkumi
(a) Jantina

Hari ini pelajar perempuan lebih banyak daripada pelajar lelaki di Institut Pengajian Tinggi di
Malaysia.
Ini suatu trend baharu dalam migrasi pelajar ke IPT
Selepas berkahwin, pengantin perempuan akan berpindah mengikut suaminya.
Jadi sebahagian daripada penduduk yang berpindah kerana faktor perkahwinan adalah
dalam kalangan perempuan.

(b) Umur
Sebahagian besar melibatkan mereka yang tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang memasuki
pasaran kerja.
Selepas tamat persekolahan, mereka berhijrah mencari pekerjaan memandangkan tempat
asal mereka kurang peluang pekerjaan
Golongan tua pula secara relatifnya kurang terlibat dalam migrasi berbanding golongan belia
mahupun dewasa.

54 | P a g e

( C ) Taraf pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia memberi peluang kepada pelajar cemerlang dari luar
bandar untuk melanjutkan pengajian di IPTA, Kolej Matrikulasi dan sekolah berasrama
penuh di serata negara.
Selain itu, politeknik dan sekolah vokasional juga melibatkan migrasi golongan pelajar.

Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman

Faktor ekonomi

Peluang pekerjaan yang luas dalam sektor perindustrian di bandar-bandar besar.
Penawaran gaji dan kemudahan pembandaran menarik ramai golongan belia berhijrah ke
kawasan bandar.
Kegiatan ekonomi berasaskan pertanian di kawasan luar bandar menawarkan gaji yang
rendah mendorong belia berhijrah ke bandar

Faktor sosial

Kemudahan asas yang lengkap di bandar seperti bekalan air, elektrik dan kemudahan
telekomunikasi mendorong penghijrahan desa ke bandar.
Pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Timur dan Lebuh Raya Pantai Timur
meningkatkan keterampaian penduduk ke bandar.
Kemudahan pengangkutan seperti bas dan keretapi memudahkan lagi pergerakan penduduk
Pusat pengajian tinggi yang terdapat bandar seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Universiti Putra Malaysia mendorong pelajar desa berhijrah ke bandar.
Kemudahan pembandaran seperti kemudahan kesihatan, hiburan, pasar raya, kemudahan
kewangan menarik ramai golongan muda berhijrah ke bandar.

Dasar kerajaan

Pembangunan wilayah melalui agensi kerajaan seperti KEJORA, KESEDAR, KETENGAH,
JENGKA DARA menyebabkan berlakunya penghijrahan penduduk ke tanah rancangan yang
dibuka.
Pembandaran yang berlaku di pinggir bandar Kuala Lumpur seperti Cheras, Ampang dan
Gombak menyebabkan penghijrahan dari satu bandar ke satu bandar yang lain.
Kewujudan koridor pembangunan wilayah seperti koridor Pembangunan Wilayah Timur,
Koridor Pembangunan Wilayah Utara dan Wilayah Iskandar menyebabkan banyak projek
pembangunan berskala besar.

Sumber alam

Kawasan yang kaya dengan sumber alam seperti bijih timah, petroleum dan gas asli
menyediakan banyak peluang pekerjaan dan menarik ramai penduduk berhijrah ke kawasan
tersebut.

55 | P a g e

Politik
Peperangan atau kekacauan menyebabkan pelarian seperti perang di negara-negara Arab

Bencana alam

Kawasan yang mengalami bencana alam seperti banjir besar dan tsunami menyebabkan
kerajaan memindahkan penduduk ke kawasan yang lebih tinggi.
Contohnya perpindahan ketara yang berlaku akibat tsunami di Acheh pada tahun 2004,
mangsa tsunami dipindahkan ke kawasan petempatan baru.

KESAN MIGRASI DALAMAN TERHADAP KAWASAN DESTINASI

Kesan Positif
1. Kemajuan ekonomi

Migrasi masuk penduduk menyebabkan pertambahan tenaga kerja dalam sektor ekonomi
seperti pertanian, pembinaan, perindustrian dan perkhidmatan.
Pertambahan tenaga buruh akan dapat memajukan sumber di kawasan yang dituju seperti
sumber tanah dan sumber mineral.
2. Kemajuan infrastruktur

Kemajuan infrastruktur bagi memenuhi keperluan penduduk yang bertambah disebabkan
migrasi masuk seperti perumahan, bekalan air, elektrik, pengangkutan dan perhubungan.
Keperluan penduduk juga akan melibatkan kemudahan pendidikan, hospital dan kawasan
rekreasi

3. Meningkatkan saiz pasaran
Pertambahan jumlah penduduk di kawasan yang dituju seperti bandar akibat migrasi masuk
akan meningkatkan saiz pasaran barangan.
Kemajuan ekonomi menyebabkan pendapatan per kapita penduduk bertambah seterusnya
meningkatkan kuasa beli pengguna.

4. Mewujudkan keseimbangan kaum.
Penghijrahan penduduk Melayu ke bandar-bandar seperti Kuala Lumpur dan Ipoh dapat
mengimbangkan kaum di bandar-bandar tersebut.

5.Proses pembandaran

Penghijrahan penduduk ke kawasan bandar menyebabkan peningkatan kawasan
petempatan, infrastruktur dan beberapa kemudahan perkhidmatan.
Pertambahan infrastruktur dan kemudahan perkhidmatan menyebabkan saiz bandar
semakin besar.
Contohnya rebakan bandar raya Kuala Lumpur ke Petaling Jaya, Cheras, Gombak dan Shah
Alam.

56 | P a g e

6. Pembauran inovasi

Migrasi masuk golongan berpendidikan tinggi dan profesional ke kawasan bandar akan
menjadi penggerak pembangunan sosioekonomi kawasan bandar seperti penyebaran
inovasi dan teknologi hasil penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan.
Perpindahan golongan profesional ke luar bandar selepas bersara menyumbangkan idea
kepada penduduk luar bandar.

Kesan Negatif

1. Kesesakan di bandar

Kesesakan berlaku kerana pertambahan penduduk menyebabkan pertambahan kediaman,
kenderaan dan jaringan pengangkutan.
Pertambahan penduduk juga akan menyebabkan kesesakan penduduk dan kesesakan lalu
lintas di bandar pada waktu puncak pagi dan petang.

2. Kadar pengangguran meningkat

Golongan yang berhijrah berpendidikan rendah atau tidak berpengalaman untuk bekerja
menyebabkan mereka tidak dapat bersaing untuk mendapatkan pekerjaan di bandar atau
hanya menjawat jawatan yang rendah seperti buruh kasar atau buruh binaan.
Peluang pekerjaan yang sedikit berbanding pertambahan penduduk di bandar menyebabkan
kadar pengangguran meningkat dan kemiskinan berlaku.

3. Kewujudan kawasan setinggan

Pertambahan bilangan penduduk yang berpindah ke bandar menyebabkan wujud masalah
petempatan.
Kekurangan rumah kos rendah dan nilai rumah yang tinggi di bandar tidak mampu dibiayai
oleh sebahagian besar penduduk yang berpendapatan kecil menyebabkan mereka terpaksa
mendirikan petempatan setinggan di atas tanah kerajaan dan swasta.
Rumah-rumah setinggan yang dibina tidak mempunyai sistem perparitan dan pembentungan
yang sempurna akan menimbulkan masalah pencemaran dan mudah dijakiti penyakit
berjangkit seperti malaria, taun dan denggi.

4. Masalah sosial

Pertambahan bilangan penduduk di bandar dan penawaran kerja yang terhad akan
menyebabkan berlaku masalah kemiskinan bandar.
Kos hidup yang semakin meningkat di bandar mendorong mereka yang menganggur
melakukan masalah sosial seperti kecurian, pelacuran, pecah rumah , penagihan dadah dan
sebagainya.

5. Tekanan terhadap sumber alam khususnya tanah
Pertambahan penduduk yang pesat akibat migrasi akan menyebabkan perkembangan
kegiatan ekonomi, petempatan, kemudahan asas dan lain-lain.
Perkembangan bandar yang pesat akan menyebabkan berlakunya persaingan guna tanah.
Kepadatan guna tanah akan menyebabkan tekanan terhadap tanah dan harga tanah akan
semakin meningkat.
Kos untuk perumahan juga akan meningkat.

57 | P a g e

5. Pencemaran sumber alam

Pertambahan penduduk di bandar-bandar besar akan menyebabkan berlakunya
pencemaran udara, air dan tanah.
Pencemaran air dan udara berlaku disebabkan oleh pembuangan sisa-sisa industri, sampah
sarap dan penggunaan kenderaan bermotor

6. Kerosakan dan kepupusan sumber alam

Penerokaan tanah untuk pembinaan kawasan perumahan terutamanya di kawasan tanah
tinggi menyebabkan berlakunya kerosakan sumber seperti tanah runtuh dan kemusnahan
sumber hutan.
Pembersihan hutan untuk petempatan, industri dan pembandaran akan menyebabkan
kepupusan sumber hutan terutamanya di kawasan pinggir bandar.

KESAN MIGRASI DALAMAN TERHADAP KAWASAN ASAL

Kesan Positif

1. Mengurangkan tekanan penduduk terhadap sumber

Migrasi keluar penduduk akan mengurangkan tekanan terhadap sumber alam terutamanya
tanah untuk pertanian di luar bandar.
Kepadatan penduduk yang berkurangan akan menyebabkan peluang pekerjaan yang
mencukupi di luar bandar.
Kadar pengangguran dan kemiskinan di luar bandar dikurangkan dan pendapatan per kapita
penduduk serta taraf hidup penduduk akan meningkat.

2. Peningkatan kuasa beli

Penduduk yang berhijrah ke bandar akan menghantar wang ke desa menyebabkan
pendapatan dan tabungan penduduk desa bertambah.
Pertambahan tabungan akan meningkatkan kualiti hidup penduduk desa dan kuasa beli
meningkat.

3. Pemindahan kepakaran/idea dan teknologi

Golongan profesional yang bersara dari perkhidmatan membawa idea baru dan teknologi
bagi kegiatan pertanian dan IKS yang boleh meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil ekonomi
penduduk desa.
Idea-idea baru juga dapat diterapkan kepada penduduk desa dan boleh berlaku perubahan
dari segi sosial, politik dan budaya dan gaya hidup

4. Mengurangkan masalah pengangguran

Masalah pengangguran di kawasan asal dapat dikurangkan apabila penduduk berpindah
keluar untuk mencari pekerjaan.
Contohnya golongan belia dari negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis berhijrah ke
pantai barat semenanjung Malaysia, khususnya di Lembah Klang untuk mencari pekerjaan
kerana kesukaran mendapatkan pekerjaan di negeri-negeri tersebut
Emigrasi belia ini sekurang-kurangnya mengurangkan kadar pengangguran di tempat asal
mereka.

58 | P a g e

Kesan negatif
1. Kekurangan tenaga kerja di luar bandar

Penghijrahan golongan muda ke bandar menyebabkan kekurangan tenaga kerja di desa
terutamanya dalam sektor pertanian dan perikanan.
Banyak berlaku pembaziran sumber seperti tanah yang tidak diusahakan menyebabkan
pembangunan menjadi lambat.
Produktiviti pertanian di luar bandar akan merosot.

2. Struktur penduduk tidak seimbang
Ketidakseimbangan struktur umur penduduk berlaku disebabkan penghijrahan golongan
dewasa ke kawasan bandar menyebabkan penduduk desa sebahagian besar terdiri daripada
golongan tua dan golongan muda
Taburan penduduk akan menjadi sederhana padat atau jarang.

USAHA KERAJAAN UNTUK MENGURANGKAN MIGRASI LUAR BANDAR KE
BANDAR
1. Penyelerakkan industri ke kawasan luar bandar

Langkah penyelerakkan industri ke kawasan luar bandar bagi menyediakan peluang
pekerjaan kepada penduduk luar bandar dan seterusnya mengurangkan migrasi ke bandar.
Sebagai contohnya, penempatan kilang membuat sabun dan lilin di kawasan FELDA.

2. Pembangunan bandar di kawasan luar bandar
Kegiatan menaik taraf bandar dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti bank,
pejabat pos, pejabat kerajaan dan sebagainya.
Penyediaan kemudahan ini dapat mengurangkan penghijrahan penduduk ke bandar kerana
mereka boleh mendapatkan perkhidmatan dan pekerjaan di kawasan berhampiran.

3. Pembinaan institusi pengajian tinggi di luar bandar
Pembinaan institusi pengajian tinggi di kawasan luar bandar dapat mengelakkan
penghijrahan pendak desa ke bandar untuk melanjutkan pelajaran.
Contohnya pembukaan kampus UITM di luar bandar

4. Peningkatan kemudahan sosial di luar bandar
Penyediaan kemudahan sosial di kawasan luar bandar seperti klinik, sekolah, bekalan air dan
elektrik.
Tempat rekreasi dan kemudahan telekomunikasi membolehkan penduduk di kawasan luar
bandar menikmati kemudahan seperti penduduk bandar.
Migrasi desa ke bandar dapat dikurangkan.

59 | P a g e

MIGRASI ANTARABANGSA

Mobiliti penduduk merentasi sempadan antarabangsa sama ada sempadan antara negara
atau antara benua dalam tempoh tertentu yang bersifat tetap atau sementara.

Arah alir migrasi antarabangsa

(a) Migrasi antara negara

Migran berpindah dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain.
Contohnya migrasi masuk buruh asing dari Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina,
Bangladesh dan India ke Malaysia pada masa kini.
Migrasi pelarian dari Myanmar dan Vietnam ke Malaysia

(b) Migrasi antara benua

Melibatkan migrasi dan satu benua ke satu benua yang lain.
Contohnya, migrasi hamba abdi dari Benua Afrika ke Benua Eropah pada abad ke 19.
Migrasi penjajah dari Benua Eropah ke Benua Afrika, Benua Amerika dan Benua Australia
pada abad ke 19.
Migrasi golongan cerdik pandai dan professional dari Asia ke Benua Eropah, Benua Amerika
dan Benua Australia.

ISIPADU ALIRAN MIGRASI ANTARABANGSA

Isipadu dan aliran migrasi berbeza mengikut negara dan kawasan.
Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti pendidikan, komunikasi, polisi dan dasar
imigresen di negara maju turut mempengaruhi migrasi antarabangsa.
Malaysia menjadi destinasi utama migran dari Indonesia dan Selatan Thailand disebabkan
faktor persamaan bahasa, budaya dan agama.
Migran dari India juga menjadikan Malaysia destinasi mereka kerana persamaan bahasa di
samping peluang pekerjaan yang banyak.
Migrasi dari Malaysia khusasnya rakyat Johor dan Melaka ke Singapura juga banyak
Selain faktor persamaan bahasa, budaya dan tawaran upah yang lebih tinggi, adanya tali
persaudaraan antara migran dengan rakyat Singapura juga menggalakkan migrasi.

KOMPOSISI ALIRAN MIGRASI ANTARABANGSA

(a) Jantina

Tidak ada fakta khusus yang dapat membezakan migran antarabangsa dari aspek jantina,
terutamanya dalam kalangan yang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar kalangan migran profesional dan pakar terdiri
daripada lelaki
Kebanyakan migran yang bekerja sebagai pembantu rumah pula ialah perempuan.
Dari segi sejarah, kaum lelaki lebih banyak berhijrah berbanding kaum perempuan,
terutamanya di negara sedang membangun.

60 | P a g e

(b) Umur

Migrasi antarabangsa dari negara sedang membangun ke negara maju sebahagian besarnya
terdiri daripada pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat universiti.
Manakala migran daripada kalangan profesional dan pakar pula terdiri daripada golongan
dewasa yang sudah berumah tangga.

(C) Taraf pendidikan

Dalam kalangan negara miskin, didapati kaum perempuannya tidak mendapat peluang yang
sama dalam Pendidikan.
Oleh sebab tidak berpeluang mendapat pelajaran, mobiliti kaum perempuan terhad.
Migran yang terlibat dalam kerja-kerja yang menggunakan banyak tenaga fizikal tidak
mempunyai pendidikan tinggi.
Contohnya, migran Indonesia yang bekerja dalam sektor pembinaan dan sebagai pembantu
rumah di Malaysia tidak berpendidikan tinggi.
Sebaliknya, kalangan profesional seperti doktor, jurutera dan arkitek yang berhijrah ke
Australia, New Zealand dan Kanada adalah daripada kalangan yang berpendidikan tinggi.

FAKTOR MEMPENGARUHI MIGRASI ANTARABANGSA

Penolak tempat asal

1. Ekonomi

Kekurangan peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih rendah disebabkan nilai mata wang
yang lebih rendah seperti di Indonesia menyebabkan mereka berhijrah ke Malaysia.
Kekurangan peluang pekerjaan telah menyebabkan kadar pengangguran dan kadar
kemiskinan yang tinggi.

2. Peperangan dan ketidakstabilan politik

Peperangan dan ketidakstabilan politik dalam sesebuah negara telah menyebabkan migrasi
antarabanga berlaku.
Namun begitu, status migran dikenal sebagai pelarian. Contohnya peperangan di Vietnam
pada tahun 1974 menyebabkan penduduknya mencari perlindungan di negara- negara dunia
ketiga.
Kekacauan di wilayah Mindanao dan di Selatan Filipina telah mendorong sebilangan
penduduknya berhijrah ke Sabah.
Berlaku peperangan di Negara China dan kekacauan politik telah mendorong penduduk
China untuk berhijrah ke Malaysia.

3. Sosial

Kekurangan kemudahan pendidikan seperti Institusi Pengajian Tinggi menyebabkan
penduduk berhijrah keluar untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.
Contohnya penduduk di Indonesia berhijrah ke Negara Malaysia untuk melanjutkan
pelajaran di pusat-pusat pengajian tinggi.

61 | P a g e

4. Bencana Alam

Penduduk emigrasi ke negara lain untuk mengelakkan bencana alam seperti negara Jepun
dan Indonesia.
Contohnya tsunami, banjir, angin taufan dan gempa bumi serta letusan gunung berapi.
Misalnya letusan gunung berapi yang berlaku di Pinatubo, Filipina menyebabkan penduduk
berpindah keluar dari kawasan tersebut.

TARIKKAN KAWASAN TUJU

1. Faktor ekonomi

Tarikan peluang pekerjaan yang banyak di sesebuah negara yang dituju dengan tawaran gaji
yang lebih lumayan.
Gaji yang ditawarkan lebih tinggi berbanding dengan negara asal
Nilai mata wang negara yang dituju lebih tinggi berbanding dengan negara asal
menyebabkan pendapatan mereka tinggi.
Contohnya dalam sektor pertanian, perkhidmatan dan pembinaan, kekurangan buruh dapat
diatasi dengan kemasukan buruh asing dari negara jiran.
Contohnya Malaysia mengimport tenaga buruh asing dari Indonesia, Bangladesh dan
Myanmar,

2. Faktor sosial

Kemudahan sosial yang banyak dan berkembang dengan pesat telah menjadi tarikan
kemasukan migran antarabangsa ke sesebuah negara seperti ke Malaysia.
Terdapat pelbagai kemudahan asas pendidikan pengangkutan dan perhubungan
menyebabkan Malaysia menjadi destinasi migran antarabangsa.
Migran yang datang ke Malaysia akan dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik
berbanding negara asal melalui kemudahan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
hingga ke peringkat Doktor Falsafah.
Terdapat banyak institusi pendidikan tinggi awam dan swasta seperti Universiti Sains
Malaysia dan Universiti Malaya kemudahan kesihatan yang baik juga menjadi daya tarikan
seperti Institut Jantung Negara, Hospital Universiti dan Hospital Kuala Lumpur.

3. Dasar kerajaan.

Kerajaan menggalakkan kemasukan buruh asing untuk memenuhi kekurangan tenaga kerja
dalam sektor pembinaan dan perladangan.
Kerajaan memudahkan urusan pengeluaran permit kerja, visa, dan kadar bayaran yang
rendah serta sentiasa berunding dengan negara jiran seperti Indonesia bagi urusan tenaga
buruh.
Kerajaan juga menggalakkan kemasukan pelajar dari luar negara untuk melanjutkan
pelajaran di Malaysia dengan peningkatan jumlah universiti awam dan swasta.

62 | P a g e

4. Faktor politik

Keadaan politik yang stabil di Malaysia menggalakkan kemasukan warga asing ke Malaysia.
Kehidupan yang lebih selamat dan terjamin yang terdapat di Malaysia.
Contohnya, ketidakstabilan dan kekacauan politik yang berlaku di Thailand selatan dan
Selatan Filipina telah mendorong penduduk negara jiran tersebut berhijrah ke Malaysia.

5. Bencana alam

Malaysia bebas daripada bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan
ribut taufan.
Gempa bumi dan ribut taufan di negara seperti Bangladesh, Filipina dan Indonesia
mendorong penduduknya berhijrah ke Malaysia.

6. Ketersampaian

Negara-negara seperti Thailand, Filipina dan Indonesia bersempadan dengan Malaysia
memudahkan lagi pergerakan penduduk negara tersebut masuk ke Malaysia.
Kemudahan sistem pengangkutan yang cekap seperti pengangkutan udara, feri dan
pengangkutan darat membolehkan darjah ketersampaian ke Malaysia adalah mudah, cepat
dan kosnya murah.
Contohnya, penduduk Indonesia dan Filipina boleh memasuki Malaysia melalui jalan laut
seperti feri dan bot

7. Faktor budaya dan talian persaudaraan

Persamaan adat resam, agama dan budaya antara Malaysia dengan Indonesia menyebabkan
proses asimilai mudah berlaku antara migran dengan penduduk tempatan.
Bahasa yang hampir sama digunakan antara penduduk Malaysia, Selatan Thailand dan
Indonesia memudahkan mereka berkomunikasi.
Kebanyakan penduduk di Malaysia mempunyai pertalian persaudaraan yang wujud sejak
sekian lama seperti masyarakat Jawa di Malaysia dengan komuniti Jawa di Indonesia.

KESAN-KESAN MIGRASI ANTARABANGSA TERHADAP KAWASAN ASAL

Kesan positif

1. Pengaliran masuk mata wang asing

Migran yang berpindah ke luar negara akan menghantar balik wang ke negara asal
Ini akan meningkatkan pendapatan negara asal migran dari segi tukaran mata wang asing.

2. Mengurangkan masalah pengangguran

Masalah pengangguran dapat dikurangkan walaupun tidak dapat diatasi sepenuhnya dan
dapat mengurangkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan di negara asal migran akibat
penghijrahan keluar penduduk

3. Menyelesaikan masalah lebihan penduduk

Kepadatan penduduk yang tinggi dan masalah lebihan penduduk seperti di Pulau Jawa dapat
dikurangkan dengan migrasi penduduk ke luar negara.

63 | P a g e

Keadaan ini membantu meringankan beban kerajaan Indonesia dari segi kemudahan asas
Seterusnya, perbelanjaan negara dapat dijimatkan.

4. Meningkatkan kemahiran penduduk
Kemahiran yang dipelajari semasa berada di luar negara dapat diaplikasikan oleh migran
apabila mereka balik semula ke negara asal.
Misalnya, setelah tamat kontraknya, rakyat Indonesia yang bekerja dalam kilang membuat
tauhu di Malaysia dapat membuka perusahaan membuat tauhu di tempat asal mereka
menggunakan pengalaman yang ada.

Kesan negatif

1. Pengaliran keluar tenaga mahir
Migrasi golongan yang professional dan tenaga mahir ke luar negara merupakan satu
kerugian besar untuk negara asal migran.
Hal ini disebabkan kerajaan negara mereka telah banyak memperuntukkan wang untuk
pendidikan dan latihan untuk mereka.
Migrasi keluar golongan ini biasanya berlaku dari negara sedang membangun ke negara
maju yang menawarkan gaji yang lumayan.

KESAN-KESAN MIGRASI ANTARABANGSA TERHADAP KAWASAN TUJU

Kesan positif

1. Pembangunan ekonomi negara.
Kemasukan migran menyebabkan berlakunya pembangunan ekonomi negara seperti sektor
pertanian, pembinaan dan pembuatan.
Kemasukan golongan profesional dan tenaga pakar dalam sektor perkhidmatan seperti
doktor dan pensyarah membawa kemajuan dalam sektor perkhidmatan.
Perkembangan ekonomi dalam pelbagai sektor menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) negara meningkat.

2.Perluasan pasaran domestik
Pertambahan penduduk akibat kemasukan warga asing akan meningkatkan pasaran dalam
negara.
Kuasa beli domestik bertambah.
Ekonomi berkembang disebabkan oleh perbelanjaan yang dilakukan oleh warga asing.

3.Pemindahan teknologi
Pemindahan teknologi berlaku akibat kemasukan tenaga kerja mahir ke Malaysia.
Contoh teknologi yang dibawa seperti elektronik, automotif, aeroangkasa dan sebagainya.
Negara akan dapat menjimatkan kos penghantaran pekerja ke luar negara.

64 | P a g e

4. Mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja

Bagi negara yang kurang penduduk seperti Kanada, Australia, Sweden dan Singapura,
kemasukan tenaga kerja akan dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja.
Kerajaan Singapura kini mengalakkan rakyat negara asing bermaustatin di negara tersebut
untuk mengimbangi penduduknya yang semakin kurang.
Penduduk Singapura yang berpendidikan tinggi berhijrah setiap tahun menjadikan masalah
ini semakin meruncing.
Tanpa adanya imigrasi dari luar, negara tersebut akan menghadapi kesukaran dalam
membangunkan sumber manusianya.

Kesan negatif

1. Peningkatan masalah sosial

Kemasukan migran asing terutama yang tidak mahir atau kurang berpendidikan akan
meningkatkan masalah jenayah seperti pecah rumah, samun, merompak, pengedaran dadah
penyebaran wabak penyakit seperti AIDS dan pelacuran.
Peningkatan masalah sosial akan menjejaskan keselamatan penduduk tempatan dan imej
sesebuah negara.

2. Kewujudan setinggan

Peningkatan kemasukan migran asing akan menyebabkan peningkatan jumlah penduduk
terutama di bandar.
Kemudahan perumahan tidak mampu menampung jumlah penduduk yang semakin
bertambah dan harga rumah pula akan semakin meningkat.
Pendatang yang tidak mampu untuk menyewa rumah disebabkan kadar sewa yang tinggi
akan membina rumah secara haram di atas tanah rizab.
Ketiadaan kemudahan pembentungan dan sistem saliran yang tidak sempurna akan
menyebabkan kawasan setinggan mengalami pencemaran air, udara dan bau.

3. Persaingan peluang pekerjaan dengan buruh tempatan

Kemasukan migran asing akan menyebabkan persaingan berlaku dalam sektor perniagaan,
pertanian, pembinaan dan perkhidmatan.
Gaji tenaga kerja asing yang lebih murah menyebabkan majikan lebih gemar mengambil
pekerja asing berbanding dengan penduduk tempatan.
Ini telah menyebabkan pengangguran berlaku dalam kalangan penduduk tempatan akibat
hilang peluang pekerjaan.
Contohnya, migran dari Indonesia dan Pakistan akan bersaing dengan penduduk tempatan
dalam aktiviti menjaja seperti makanan, barang keperluan harian, permaidani dan barang
perhiasan.

65 | P a g e

4. Pengaliran keluar wang negara

Pengaliran keluar wang negara berlaku apabila migran menghantar balik wang ke negara
asal.
Hal ini ak merugikan negara destinasi migran.
Sebagai contohnya, Bank Indonesia melaporkan sebanyak USD 1 bilion telah dihantar pulang
oleh warga Indonesia di Malaysia pada suku ketiga tahun 2011.

5. Kekurangan kemudahan asas

Pertambahan pendatang asing meningkatkan permintaan terhadap kemudahan kesihatan
dan perumahan.
Permintaan yang tinggi menyebabkan kemudahan asas yang tidak mencukupi.

1.5. PENDUDUK DAN SUMBER ALAM

SUMBER ALAM

Sumber alam merupakan sumber asli atau sumber semula jadi yang terdapat di dalam alam
sekitar fizikal yang dihargai dan bermanfaat bagi manusia.
Manusia memerlukan sumber alam untuk kehidupan seperti air, udara, makanan, pakaian,
perkakas dan tempat kediaman.

Jenis-jenis sumber alam

1. Sumber alam yang boleh diperbaharui

Sumber alam yang boleh diperbaharui ialah sumber yang berterusan atau tidak pupus
seperti hutan, air dan udara.
Ia digunakan berkali-kali dan tidak boleh diganti.
Sumber alam yang boleh dibaharui terbahagi kepada dua iaitu
(i) Sumber alam yang berterusan dan tidak akan pupus seperti udara, air, angin, ombak dan

solar.
(ii) Sumber alam yang boleh diganti semula setelah digunakan seperti sumber hutan,

padang rumput, tanah pertanian, sumber perikanan dan sumber biomas. Sekiranya
eksploitasi melebihi had seperti ikan dan hutan sebagai sumber yang boleh diperbaharui
pasti akan pupus.

2. Sumber alam yang tidak boleh diperbaharui.

Sumber alam yang tidak boleh diperbaharui ialah sumber alam yang akan habis atau pupus
apabila digunakan secara berterusan dan tidak boleh diganti semula
Contohnya petroleum, gas asli dan arang batu.
Sumber alam yang tidak boleh diperbaharui terbahagi kepada dua iaitu:
( i ) Sumber yang boleh dikitar semula.

a) Terdiri daripada emas, besi, perak, tembaga, bauksit, kaolin, granit, timah dan
marmar .

66 | P a g e

b) Sesetengah daripada mineral ini dapt dilebur dan diguna semula walaupun tidak
dapat dibentuk dalam keadaan semula jadi.

c) Kitar semula adalah satu cara atau kaedah untuk melambatkan sumber-sumber
tersebut habis.

(ii) Sumber yang tidak boleh dikitar semula
a) Terdiri daripada arang batu, petroleum dan gas asli.
b) Sumber ini tidak boleh diperbaharui setelah habis digunakan.

KOMPONAN ALAM SEKITAR

1. Biosfera (Sistem ekologi)
Biosfera terdiri daripada semua organisma hidup di bumi seperti manusia, tumbuh-
tumbuhan, haiwan dan mikoorganisima.
Sistem biosfera bergantung kepada sistem yang lain seperti atmosfera, litosfera dan
hidrosfera bagi membentuk persekitarannya
Biosfera terdiri daripada beberapa buah ekosistem.
Ekosistem ialah hubungan di antara organisma hidup dengan alam sekitarnya.
Contoh ekosistem seperti hutan, tasik, kolam, hutan bakau dan laut.

( 2 ) Litosfera (Sistem geomorfologi)

Litosfera merupakan lapisan kerak bumi yang terdiri daripada batuan, mineral dan
tanah.
Litosfera terdiri daripada pelbagai bentuk muka bumi seperti gunung-ganang, bukit
bukau, lembah, daratan, pinggir pantai dan lain-lain.
Beberapa proses geomorfologi berlaku di dalam sistem litosfera seperti hakisan,
luluhawa, pengangkutan, pemendapan dan pergerakan jisim.

( 3 ) Hidrosfera (Sistem hidrologi)

Hidrosfera merujuk kepada semua komponen air yang terdapat di bumi seperti
lautan, tasik, kolam, sungai, paya dan air bawah tanah.
Air di bumi boleh wujud dalam tiga bentuk iaitu-cecair, pepejal dan gas.

( 4 ) Atmosfera
Lapisan udara yang mengelilingi bumi terdiri daripada pelbagai jenis gas dan zarah-
zarah bukan gas.
Lapisan atmosfera melekat pada permukaan bumi dan bergerak bersama-sama
dengan bumi disebabkan tarikan graviti.
Contoh gas yang terdapat di dalam atmosfera seperti nitrogen 78%, oksigen 21%,
gas argon 0.9%, karbon dioksida 0.03% dan gas-gas lain 0.07%.
Zarah bukan gas seperti wap air, debu dan asap.
Lapisan atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan seperti
a) Troposfera
 Merupakan lapisan yang paling dekat dengan permukaan bumi.
 90% daripada udara terdapat di la troposfera yang membolehkan
kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

67 | P a g e

 Wap udara yang penting bagi kejadian fenomena cuaca seperti awan,
hujan, salji, kabus dan kabut terdapat di lapisan Troposfera.

b) Stratosfera
 Gas ozon yang menyerap sinaran ultraungu dari matahari terdapat di
lapisan ini.
 Lapisan yang melindungi tumbuh-tumbuhan dan manusia daripada
pancaran ultraungu.
 Kapal terbang supersonik menggunakan ruang stratosfera sebagai laluan
penerbangannya.

c) Mesosfera
Meteorit atau tahi bintang yang memasuki kawasan ini akan terbakar dan

hancur apabila memasuki lapisan ini.

d) Termosfera
Terdiri daripada gas-gas bercas yang dikenali sebagai ion yang boleh

memantulkan gelombang radio

1.5.2. KEPENTINGAN ALAM SEKITAR FIZIKAL KEPADA MANUSIA.

1. Atmosfera

Unsur-unsur yang terkandung di dalam atmosfera seperti suhu, cahaya matahari dan
kelembapan udara
Tenaga suria penting untuk aktiviti manusia seperti pengeringan produk IKS, aktiviti
pertanian, perikanan dan pelancongan.
Hujan penting bagi aktiviti pertanian seperti penanaman dan pengairan.
Tiupan angin penting bagi aktiviti pelancongan dan pengangkutan.

2. Hidrosfera

Unsur penting hidrosfera ialah lautan, sungai, tasik, paya dan air bawah tanah.
Sungai, laut dan tasik penting sebagai kawasan perikanan kerana kaya dengan
pelbagai spesies ikan
Lautan, sungai dan air bawah tanah sebagai sumber bekalan air kepada manusia
bagi kegunaan domestik, industri perikanan, sebagai jalan pengangkutan dan
perhubungan, pelancongan, pertanian, menjana kuasa hidroelektrik dan
perlombongan

3. Biosfera

Terdiri daripada pelbagai jenis sposies flora dan fauna.
Biosfera penting kepada alam sekitar fizikal seperti mengekalkan keseimbangan
sistem, mengawal hakisan tanah dan gerakan jisim, menyederhanakan suhu dan
mengekalkan kelembapan udara serta sebagai habitat pelbagai spesies flora dan
fauna.
Biosfera penting bagi manusia untuk pembalakan, makanan, hasil hutan, perubatan,
pelancongan dan kawasan tadahan sir.

68 | P a g e

4. Litosfera

Contoh unsur yang terdapat di dalam litosfera seperti mineral dan tanah.
Litosfera penting bagi manusia untuk kegiatan seperti perlombongan, pertanian,
pelancongan, petempatan dan sebagainya.

DAYA TAMPUNG SUMBER ALAM DALAM KONTEKS KESEIMBANGAN EKOSISTEM

Keupayaan persekitaran fizikal di sesebuah kawasan dalam menampung atau
memenuhi sumber alam yang diperlukan oleh penduduk di sesebuah kawasan
seperti air permukaan, air bersih, udara bersih, tanah pertanian, mineral dan hutan

Faktor-faktor yang mempengaruhi daya tampung sumber alam

1. Kuantiti dan kualiti sumber alam

Negara yang mempunyai sumber alam yang banyak dapat menampung keperluan
penduduknya tempoh yang lama.
Contohnya sumber tanah, hutan dan mineral yang banyak.
Sebagai contohnya, Malaysia mampu untuk menampung keperluan makanan kerana
adanya sumber tamah yang subur untuk pertanian.
Hal ini berbeza dengan Ethiopia sumber tanah di negara tersebut tidak subur dan
tidak sesuai untuk dijalankan kegiatan pertanian.
Keadaan ini menyebabkan krisis kekurangan makanan di Ethiopia

2. Teknologi

Penggunaan teknologi moden membolehkan pengeluaran sumber dengan cepat dan
dalam kuantiti yang banyak.
Contohnya sumber hutan dan sumber mineral.
Penggunaan teknologi yang rendah menyebabkan daya tampung sumber alam yang
rendah.
Sebagai contohnya, sumber hutan di Kalimantan dan Sumatera tidak mampu
dibangunkan dengan cekap kerana tahap teknologi yang rendah.
Hal ini menyebabkan sumber hutan tersimpan sebagai stok sumber walaupun
penduduk memerlukannya untuk menampung kehidupan.

3. Pengurusan sumber alam yang cekap dan sistematik

Pengurusan sumber alam yang cekap penting bagi mengelakkan pembaziran
sumber dan daya tamppung sumber sentiasa berterusan untuk generasi akan datang
Contohnya penanaman semula hutan.

4. Jumlah penduduk

Jumlah penduduk yang ramai menyebabkan daya tampung sumber alam semakin
rendah
Contohnya sumber tanah.
Pengawalan pertumbuhan penduduk perlu dilakukan bagi memastikan sumber alam
dapat menampung keperluan penduduk.

69 | P a g e

5. Keseimbangan ekosistem dapat menjamin daya tampung sumber alam yang
berterusan (kelestarian Sumber)

Usaha-usaha bagi mewujudkan keseimbangan di antara ekosistem dengan daya tampung
sumber alam melalui :

i. Pengurusan yang sistematik

Pengurusan merupakan proses melindungi, mengawal selia dan memelihara sumber
alam supaya berterusan.
Pengurusan ekosistem yang sistematik dan berhemah bagi mengekalkan ekosistem.
Contohnya menghadkan pengeluaran sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti
petroleum, bijih timah, bijih besi dan sebagainya agar tidak berlaku kepupusan.

ii. Penggunaan sumber tenaga gantian

Membangunkan sumber tenaga gantian kepada tenaga fosil seperti tenaga solar,
tenaga biomas, tenaga angin dan tenaga ombak.
Penggunaan sumber tenaga gantian bagi memastikan daya tampung tenaga fosil
yang berterusan.

iii. Pembangunan lestari

Pembangunan lestari merujuk kepada pembangunan yang tidak merosakkan alam
sekitar.
Pembangunan yang digabungkan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.
Pemeliharaan merujuk kepada usaha menjaga dan melindungi alam sekitar daripada
kerosakan atau kemusnahan akibat pembangunan atau eksploitasi oleh manusia
secara keterlaluan dan secara tidak terancang.
Kaedah pemeliharaan akan menyebabkan keseimbangan ekosistem dikekalkan dan
tidak menunggu proses baik pulih.
Contohnya mengadakan hutan simpan kekal agar khazanah sumber alam dapat
dikekalkan.
Pembangunan yang disertai dengan pemuliharaan iaitu usaha membaik pulih
sumber seperti air, hutan,tenaga, udara,mineral yang terjejas atau rosak.

KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR

1. Pencemaran udara

Pertambahan gas karbon monoksida, karbon dioksida dan partikel terampai (PM10) kesan
daripada pertambahan kenderaan bermotor dan kilang yang boleh menyebabkan
pencemaran udara dan jerebu

2. Pencemaran air

Pencemaran air berlaku kesan pembuangan sisa kumbahan, sisa-sisu industri, baja kimia,
racun serangga dan sampah sarap ke dalam sungai yang menyebabkan air tercemar dengan
sisa pepejal dan kandungan bakteria e-coli.
Pembuangan sisa industri seperti sisa pemprosesan dan pembuatan ke dalam sungai akan
menyebabkan sungai tercemar dengan sisa toksid dan kandungan BOD meningkat.

70 | P a g e

3. Pencemaran bunyi dan bau
Pencemaran bau dari tapak pelupusan sampah.
Pencemaran bunyi dari kenderaan dan penggunaan mesin dan jentera di kilang

4. Peningkatan suhu setempat.

Penebangan hutan untuk membina petempatan, pembandaran dan pengangkutan
menyebabkan berlakunya peningkatan suhu setempat disebabkan pertambahan gas karbon
dioksida dalam udara.
Peningkatan suhu juga disebabkan pembebasan tenaga haba daripada metabolisme badan
manusia dan asap yang dilepaskan oleh kenderaan bermotor dalam bandar.

5. Banjir kilat

Penurapan permukaan bumi dengan tar, aspalt dan simen telah mengurangkan proses
resapan air ke dalam tanah.
Penurapan permukaan bumi telah meningkatkan halaju air larian permukaan semasa hujan
lebat yang akan mengalir masuk ke sistem saliran dan perparitan.
Parit dan sistem saliran yang tidak mampu menampung air berkenaan akan melimpah
keluar sehingga berlakunya banjir kilat sikap penduduk membuang sisa domestik ke dalam
sistem perparitan dan saliran menyebabkan saliran tersumbat.
Keadaan tersebut mempercepatkan berlakunya kejadian banjir kilat.

6. Hakisan tanah dan tanah runtuh

Penebangan hutan untuk membina petempatan dan pengangkutan di kawasan cerun telah
melonggarkan struktur tanah dan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada
hujan.
Pemotongan bukit untuk pembinaan lebuh raya meningkatkan sudut cerun dan
mempercepatkan tanah runtuh.

7. Gangguan sistem hidrologi

Penyahutanan bagi membina petempatan dan pertanian mengurangkan proses resapan dan
mengurangkan simpanan air bawah tanah.
Kekurangan air bawah tanah menyebabkan air di empangan dan sungai semakin
berkurangan dan akan menjejaskan sumber bekalan air bersih.

8. Kemusnahan ekosistem

Penyahutanan menyebabkan berlakunya kemusnaban habitat haiwan dan rantaian
makanan terjejas.
Kemusahan habitat haiwan dan rantaian makanan terjejas menyebabkan berlakunya
kepupusan spesies flora dan fauna.
Kehilangan habitat menyebabkan haiwan melakukan penghijrahan ke habitat yang baru.
Hidup atau mati haiwan tersebut bergantung kepada persaingan di tempat yang baru.
Haiwan yang kuat akan hidup manakala haiwan yang kalah dalam persaingan akan mati.

71 | P a g e

Langkah-langkah bagi mengurangkan masalah lebihan dan kurangan
penduduk serta kekurangaan sumber alam

Langkah Perundangan

(a) Penguatkuasakan undang-undang

Penguatkuasaan terhadap aktiviti-aktiviti manusia melalui hukuman denda, kompaun,
menyita premis, penjara terhadap aktiviti yang menyumbang kepada kerosakan sumber
alam.

(b) Perundangan

Mewujudkan atau memperkasakan akta yang berkaitan dengan sumber alam.
Contohnya Akta Kualiti Alam Sekitar 1979 menghalang kemerosotan alam sekitar dan
meningkatkan kualiti alam sekitar.
Akta Pemuliharaan Tanah 1960 untuk mencegah hakisan tanah.
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
Akta Perhutanan Negara 1984 untuk mengawal kegiatan pembalakan

(c) Pemantauan

Pemantauan yang lebih kerap oleh pihak berkuasa tempatan.
Contohnya Jabatan Kerja Raya untuk mamantau cerun-cerun yang berisiko tinggi seperti di
sepanjang jalan raya atau lebuh raya.
Jabatan Alam Sekitar memantau aktiviti yang merosakkan kualiti alam sekitar.

Langkah Bukan Perundangan

1. Mengawal pencemaran udara

Memasang alat penapis asap pada cerobong asap kilang dan ekzos kenderaan untuk
mengurangkan pengeluaran bahan pencemar seperti asap melalui sistem penapisan.
Mengurangkan penggunaan bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu yang
boleh mengeluarkan asap yang mengandungi bahan pencemar seperti gas karbon dioksida
dengan membangunkan sumber tenaga gentian seperti tenaga solar atau penggunaan
kereta hybrid.
Menggunakan kaedah tebang reput bagi mengelakkan pembakaran secara terbuka dalam
sektor pertanian. Kitar semula bahan buangan seperti kertas, tin aluminium dan kaca bagi
mengelakkan pembakaran sampah secara terbuka.

2. Mengawal tanah runtuh dan hakisan
Menanam tanaman tutup bumi seperti rumput dan pokok buluh di kawasan cerun yang
sudah diteroka oleh manusia dapat melindungi tanah daripada agen hakisan khususnya
air hujan.
Ditutup dengan sungkupan plastik di kawasan cerun yang baru diteroka dan tidak stabil
supaya air hujan yang jatuh ke permukaan bumi tidak terus menimpa tanah sebaliknya
mengalir di permukaan plastik tersebut

72 | P a g e

Membina tembok konkrit di kaki cerun bukit yang berisiko nuntuh untuk menahan cerun
daripada runtuh dengan menggunakan kaedah tembok konkrit atau gabion (batu dalam
sangkar dawai).
Mewujudkan sistem perparitan di cerun yang diteres supaya aliran air dapat dapat bergerak
menuruni cerun.
Pertanian di lereng bukit dibina teres bertangga untuk memperlahankan air larian
permukaan semasa menuruni cerun. Oleh itu, hakisan tanih dapat dikurangkan dengan
mengelakkan pergerakan air secara meluas di permukaan cerun.

3. Mengawal pencemaran air

Merawat sisa kumbahan sebelum dilepaskan ke dalam sistem saliran supaya pencemaran
sungai dan laut tidak berlaku.
Memasang perangkap sampah di dalam sungai.
Merawat air yang telah tercemar sebelum disalurkan ke dalam sungai supaya pencemaran
sungai dan laut tidak berlaku.

4. Mengawal kepelbagaian biologi

Mewujudkan hutan simpan supaya tidak diteroka oleh pelbagai aktiviti manusia.
Mengawal flora dan fauna.
Penanaman semula hutan yang telah ditebang dengan menanam pokok yang cepat matang
seperti yemane, akasia dan batai. Pokok ini boleh ditebang dalam jangka masa 15 tahun
bagi menghasilkan kayu gergaji.
Mengadakan rawatan sivilkultur dengan tujuan mendapatkan penghasilan maksimum dari
kawasan hutan. Hal ini membolehkan hutan menghasilkan balak yang bermutu tinggi dalam
jangka masa 30-50 tahun.
Mengadakan penebangan terpilih di mana ukur lilit pokok yang diameter melebihi 45cm ke
atas boleh ditebang.

5. Mengurangkan peningkatan suhu

Penanaman semula hutan. Pokok menyederhanakan suhu melalui proses fotosintesis
dengan menyerap gas karbon dioksida dan melepaskan gas oksigen.
Membangunkan tenaga mesra alam seperti tenaga solar, hidroelektrik, angin dan biomas
Mengurangkan pembebasan gas CFC

6. Pendidikan alam sekitar

Pendidikan alam sekitar disampaikan kepada pelajar melalui pendidikan formal di sekolah.
Pendidikan di peringkat sekolah dan IPTA boleh diterapkan melalui mata pelajaran sains,
biologi dan geografi.
Kursus berkenaan dengan alam sekitar boleh dijalankan di IPTA

73 | P a g e

7. Kempen kesedaran
Kempen kesedaran dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan kerjasama
daripada kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan melalui media cetak dan media
elektronik seperti televisyen, radio, internet, katalog dan risalah.
Tujuan kempen ini dianjurkan adalah memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan kelestarian sumber alam kepada generasi kini dan generasi akan datang.
Contoh kempen yang boleh diadakan seperti kempen berkongsi kereta bagi penduduk pergi
ke destinasi yang sama.
Kempen menggunakan pengangkutan awam seperti Aliran Transit Ringan (LRT) yang tidak
mengeluarkan asap yang mengandungi bahan pencemar.

74 | P a g e


Click to View FlipBook Version