Jelajah Dunia A + B
Pembelajaran Perisian Penerapan
Bahasa Melayu KBAT dan ilmu
menerusi buku
cerita interaktif. STEM penjagaan
alam
Klik ikon berikut untuk menuju
ke bahagian yang diingini.
Bumi Sakit
Jenayah Manusia
Bahaya Hujan Asid
Sayangi Planet Kita
Latihan
Komen / Konsultasi
Bumi Sakit
Adakah anda tahu bumi
kita sedang mengalami
kesakitan?
Suhu bumi kita
semakin meningkat,
udara semakin tidak
segar, air semakin
keruh, sampah ada di
merata-rata…
Munsyi Cilik Uji Minda
Apa yang
sudah terjadi
dengan bumi
kita?
Jika anda ingin tahu apa
yang sedang berlaku,
mari kita melihatnya
bersama-sama.
Jenayah
Manusia
Apa…apa yang
telah berlaku di
sini?
Sepertimana yang
kamu lihat, pokok-
pokok di hutan ini telah
ditebang agar manusia
dapat memperoleh
bahan binaan atau
bahan bakar.
Tekan ikon ini
untuk mengetahui
isu ini dengan
lebih lanjut.
Munsyi Cilik Uji Minda
Sang Kancil!
Saya ternampak
Sang Harimau di
situ. Mari kita
bertemu dengan
dia.
Sang Harimau,
kamu seperti dalam
kebingungan. Apa
yang kamu sedang
carikan?
Saya sedang cari anak
saya. Kami telah
terpisah sewaktu
manusia menceroboh
dan musnahkan rumah
kami.
Maka, Burung Hantu dan Sang
Kancil membuat keputusan untuk
membantu Sang Harimau mencari
anaknya.
Jangan risau Sang
Harimau, kami
akan cuba bantu
kamu untuk
mencari anak
kamu.
Punca Munsyi Cilik Uji Minda
Penebangan Hutan
Setelah sekian lama mencari,
anak Sang Harimau tetap tidak
dijumpai.
Tiba-tiba, mereka terdengar suara
tangisan. Lalu mereka ikuti suara
itu.
Suara tangisan semakin kuat dan
mereka ternampak anak Sang
Harimau sedang meraung di situ.
Wahai anakku,
jangan takut!
Ayah ada di sini.
Jangan risau, Ayah, kita sudah
ayah akan cuba kehilangan rumah
kita. Bagaimanakah
cari jalan. dengan kehidupan
kita selepas ini?
Akhirnya, Sang Harimau dan anaknya
terpaksa berpindah untuk meneruskan
kehidupan mereka. Sebelum berpindah,
Sang Harimau berterima kasih kepada
Burung Hantu dan Sang Kancil kerana
membantu dia mencari anaknya dan
bukannya seperti kacang lupakan kulit.
Kesan Munsyi Cilik Uji Minda
Penebangan Hutan
Bahaya Hujan
Asid
Burung Hantu dan Sang Kancil
teruskan perjalanan mereka untuk
bertemu dengan Si Arnab.
Apabila mereka melalui sebuah
tasik, mereka mendapati terdapat
sesuatu yang aneh.
Fikirkan
Cuba fikirkan apakah impaknya sekiranya semua
hidupan laut sudah pupus.
Mereka ternampak ikan-ikan
timbul di permukaan tasik
yang mereka lalui.
Mereka berasa tidak
tenteram namun masih
meneruskan perjalanan
mereka.
Dalam perjalanan mereka, mereka
juga mendapati sesuatu yang
tidak kena dengan pokok-pokok di
dalam hutan.
Akhirnya, mereka bertemu dengan
Si Arnab.
Hai, Si Arnab!
Hai, Burung
Hantu dan
Sang Kancil!
Apa dah
terjadi di sini?
Sepertimana
yang kamu lihat,
pokok-pokok di
sini telah mati.
Ini adalah Kalau kamu ingin
kesan daripada mengetahui
kejadian hujan
apakah kejadian
asid. hujan asid,
tekanlah ikon ini.
Adakah kalian
perasan ikan-
ikan di tasik juga
telah mati?
Ya,
mengapakah
hal ini boleh
terjadi?
Mari tekan ikon ini
untuk mengetahui
mengapa
berlakunya kejadian
ini.
Akhirnya kami
faham tentang
kejadian aneh
yang kami
nampak tadi!
Untuk mengelakkan
kejadian ini berlaku,
mari kita dengar
apa yang Si Arnab
katakan.
Mari tekan ikon ini
untuk mengetahui
langkah mengatasi
kejadian hujan asid.
Sayangi Planet
Kita
Sepanjang perjalanan ini, Burung Hantu
dan Sang Kancil telah menambah banyak
ilmu pengetahuan mengenai isu alam
sekitar yang berlaku di bumi kita.
Bumi kita Marilah kita sama-
sedang sakit.
sama
Sedarlah
manusia, jangan mendeklamasikan
sajak “Harapan
menyakitinya
lagi! Terakhir Alam
Kita”.
Harapan Terakhir Alam Kita
Wahai alamku Penghuni bumi…
Tidak pernah ku lihat kau sedih begini Hapuskanlah sikap halobamu
Tidak ku sangka, kau juga berperasaan Tahanlah nafsumu
Rasa sakit tidak tertanggung Jangan lagi mencabuli sumber alam kita
Rasa hampa tidak terkata Dengarlah rintihan alam kita
Pasti sudah lama kau pendamnya hingga kau Jangan mengecewakan mereka lagi.
mulai membusuk.
Penghuni bumi...
Wahai alamku Sedarlah, insaflah
Jangan kau risau Mari kita sama-sama
Simpanlah dahulu ucapan selamat tinggalmu Memulih mana yang tercemar
Bertahanlah Mengekang mana yang belum ternoda
Sehingga kami selamatkanmu Sebelum kita meninggalkannya
Kerana hidupmu tanggungjawab kami. Harapan ini hanya kita yang mampu makbuli
Janganlah kita sesekali hancurkannya.
Wahai alamku
Percayalah
Hidup baharumu pasti akan tiba
Janji ini tidak akan ku mungkiri
Bertahanlah
Akan ku pakaikan baju cantik untukmu
Agar semua makhluk terpegun akan
kecantikanmu
Tiada lagi yang berani mengotorkan engkau.
Aktiviti
Membuat rakaman audio dengan mendeklamasikan sajak
di atas untuk dihantar kepada guru menerusi WhatsApp.
Masa depan alam sekitar, kualiti
kehidupan sejagat dan
kesejahteraan generasi masa
hadapan terletak di tangan kita.
Jika kita masih tidak sedar akan kepentingan
alam sekitar terhadap hidup kita, maka
generasi masa depan tidak berpeluang untuk
menikmati keindahan alam yang kita sedia
ada sekarang.
Fikirkan
Cuba ramalkan apakah yang akan berlaku pada masa 10
tahun yang akan datang sekiranya isu alam sekitar ini
berlaku secara berterusan.
Klik ikon berikut untuk
menyelesaikan setiap latihan.
Kata Adjektif
Peribahasa
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Ayat Susunan Biasa dan
Ayat Susunan Songsang
Komen / Konsultasi
Sekiranya anda ada sebarang
pertanyaan, sila hubungi kami.
Cikgu Sit
Cikgu Ong
Klik ikon ini untuk melakukan
perbincangan bersama guru dan
rakan-rakan.
Marilah kita
belajar…
Kata
Adjektif
Klik kata adjektif yang
anda ingin pelajari.
Sifat
Warna
Bentuk Ukuran
Jarak Waktu
Perasaan
Cara
Pancaindera
1) Kata Adjektif Sifat
Jenis kata yang membawa pengertian sifat
atau keadaan sebagai keterangan.
Cantik Rajin
Sihat Baik
Contoh Ayat:
Pelakon itu akan berkahwin dengan
seorang pramugari yang cantik.
2) Kata Adjektif Warna
Jenis kata yang membawa pengertian
warna sebagai keterangan.
Kelabu Merah
Biru Jingga
Contoh Ayat:
Ibu membeli beg tangan berjenama
berwarna kelabu.
3) Kata Adjektif Bentuk
Jenis kata yang membawa pengertian rupa
bentuk sebagai keterangan.
Bulat Kecil
Bujur Bundar
Contoh Ayat:
Meja di ruang tamu Puan Suraya
berbentuk bulat.
4) Kata Adjektif Ukuran
Jenis kata yang membawa pengertian
ukuran sebagai keterangan.
Tebal Tinggi
Panjang Nipis
Contoh Ayat:
Lilian telah habis membaca novel yang
tebal itu.
5) Kata Adjektif Jarak
Jenis kata yang membawa pengertian
konsep ruang antara dua bentuk atau
keadaan sebagai keterangan.
Dekat Jauh
Hampir Nyaris
Contoh Ayat:
Rumah Razali dekat dengan
Perpustakaan Awam Sentosa.
6) Kata Adjektif Cara
Jenis kata yang membawa pengertian
keadaan kelakuan atau ragam sebagai
keterangan.
Gopoh Pantas
Lambat Cermat
Contoh Ayat:
Kita tidak boleh gopoh semasa
menjawab soalan peperiksaan.
7) Kata Adjektif Waktu
Jenis kata yang membawa pengertian
konsep masa sebagai keterangan.
Malam Pagi
Baharu Kerap
Contoh Ayat:
Abang masih belum pulang walaupun
sudah lewat malam.
8) Kata Adjektif Perasaan
Jenis kata yang membawa pengertian
konsep perasaan sebagai keterangan.
Sayang Takut
Benci Geram
Contoh Ayat:
Wendy amat sayang akan kucing-
kucing peliharaannya.
9) Kata Adjektif Pancaindera
Jenis kata yang membawa pengertian
konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh
atau gabungan kelima-lima indera sebagai
keterangan.
Masam Lembut
Kelat Wangi
Contoh Ayat:
Rasa buah itu masam dan kelat kerana
belum masak.
Tahniah!
Anda telah selesai
mempelajari Kata
Adjektif dengan
jayanya!
Fahami…
Ayat Aktif
&
Ayat Pasif
Ayat Aktif & Ayat Pasif
Ayat Aktif dan Ayat Pasif ialah
dua bentuk ayat yang berlainan
tetapi pada dasarnya membawa
maksud yang sama.
Ayat Aktif
Maksud
❑Ayat yang mengutamakan pelaku
sebagai subjek dan biasanya
mengandungi kata kerja yang
berawalan meN-
Contoh Ayat:
1. Saya membeli roti canai.
2. Kami sedang mendengar radio.
3. Kakak menggoreng ikan.
4. Awak perlu menyiapkan kerja itu.
Ayat Pasif
Maksud
❑Ayat yang mengutamakan objek dan biasanya
mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata
kerja yang berawalan di- serta diikuti dengan
kata sendi nama oleh
Contoh Ayat:
1. Roti canai saya beli.
2. Radio sedang kami dengar.
3. Ikan digoreng oleh kakak.
4. Kerja itu perlu awak siapkan.
Ayat pasif terbahagi
kepada tiga:
Klik kotak berikut untuk
mempelajari jenis ayat pasif
1. Ayat Pasif Diri Orang Pertama
2. Ayat Pasif Diri Orang Kedua
3. Ayat Pasif Diri Orang Ketiga
Ayat Pasif Diri Orang Pertama
Ayat yang kata kerjanya tidak
mempunyai imbuhan awalan dan
didahului dengan kata ganti nama diri
orang pertama seperti saya, kami, kita
dan sebagainya.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Orang
Pertama
1. Saya menyepak
bola itu. 1. Bola itu saya sepak.
2. Kami membaiki 2. Jambatan itu kami
jambatan itu. baiki.
3. Saya membaca 3. Buku cerita saya
buku cerita di baca di pusat
pusat sumber. sumber.
Ayat Pasif Diri Orang Kedua
Ayat yang kata kerjanya tidak
mempunyai imbuhan awalan dan
didahului dengan kata ganti nama diri
orang kedua seperti kamu, engkau,
kalian dan sebagainya.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri
Orang Kedua
1. Awak telah 1. Baju itu telah
membasuh baju awak basuh?
itu?
2. Kamu perlu 2. Pinggan itu perlu
mencuci pinggan kamu cuci.
itu.
3. Kalian perlu 3. Tugasan yang
menyiapkan diberikan perlu
tugasan yang kalian siapkan.
diberikan.
Ayat Pasif Diri Orang Ketiga
Ayat yang kata kerjanya berawalan di-
dan diikuti kata sendi oleh serta kata
ganti nama diri orang ketiga seperti
dia, beliau, baginda dan sebagainya.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri
Orang Ketiga
1. Mereka
menziarahi 1. Pesakit itu
pesakit itu. diziarahi oleh
mereka.
2. Encik Amirul
menebang 2. Pokok itu
pokok itu. ditebang oleh
Encik Amirul.
3. Ibu menanak
nasi di dapur. 3. Nasi ditanak
oleh ibu di
dapur.
Bagi ayat pasif dengan kata imbuhan
di-, kata sendi nama oleh boleh
digugurkan tanpa menjejaskan makna
atau struktur ayat.
Perhatikan ayat-ayat di bawah.
1. Pokok bunga itu ditanam oleh
Sarah.
Pokok bunga itu ditanam
Sarah.
(oleh boleh digugurkan)
2. Radio itu dibaiki oleh Amin.
Radio itu dibaiki Amin.
(oleh boleh digugurkan)
Bagusnya!
Anda telah selesai
mempelajari
Ayat Aktif &
Ayat Pasif
dengan jayanya!
Jom Belajar
Ayat Susunan
Biasa
&
Ayat Susunan
Songsang
Ayat Susunan Biasa
✓Susunan biasa ayat dalam bahasa
Melayu ialah subjek + predikat.
✓Subjek di depan predikat.
✓Contoh: Ayah memandu kereta.
Subjek Predikat
Ayat Susunan
Songsang
✓Ayat yang susunannya berlawanan
dengan ayat susunan biasa.
✓Predikat mendahului subjek.
✓Contoh: Memandu kereta ayah.
Predikat Subjek
Perbezaan Ayat Susunan
Biasa Dan Songsang
Ayat Susunan Biasa
Subjek di hadapan
Predikat di belakang
Ayat Susunan Songsang
Predikat di hadapan
Subjek di belakang
Ayat Susunan Biasa
Puan Zurah pembuat pelbagai jenis kek.
Subjek Predikat
Ayat Susunan Songsang
Pembuat pelbagai jenis kek Puan Zurah.
Predikat Subjek
Ayat Susunan Biasa
Firash menonton televisyen di ruang tamu.
Subjek Predikat
Ayat Susunan Songsang
Menonton televisyen di ruang tamu Firash.
Predikat Subjek