The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2022-03-05 21:26:49

Jelajah Dunia A + B

Jelajah Dunia A + B

Ayat Susunan Biasa

Sarah sedang makan nasi di dapur.

Subjek Predikat

Ayat Susunan Songsang

Sedang makan nasi di dapur Sarah.

Predikat Subjek

Ayat Susunan Biasa

Kek itu sangat enak.
Subjek Predikat

Ayat Susunan Songsang

Sangat enak kek itu.
Predikat Subjek

Ayat Susunan Biasa

Kek sangat cantik dengan foto Zara.

Subjek Predikat

Ayat Susunan Songsang

Dengan foto Zara kek sangat cantik.

Predikat Subjek

Ayat Susunan Biasa

Foto Farah dicetak di atas filem nipis.

Subjek Predikat

Ayat Susunan Songsang

Dicetak di atas filem nipis foto Farah.

Predikat Subjek

Anda telah
selesai mempelajari
Ayat Susunan Biasa

& Songsang
dengan jayanya!



Ingin pelajari peribahasa?
Klik awan di bawah!

Simpulan Perumpamaan
Bahasa Bidalan

Pepatah

Kata-kata
Hikmah

menghulurkan tangan
- memberi pertolongan

cari jalan
- berikhtiar menyelesaikan
sesuatu perkara

besar hati
- bangga dan gembira

Contoh Ayat:
1. Kamarul cuba cari jalan untuk

keluar dari gaung yang dalam itu.
2. Datuk berasa besar hati apabila

tahu cucunya akan pulang ke
kampung.

seperti kacang lupakan kulit
- tidak mengenang jasa dan
budi orang lain

bagai aur dengan tebing
- hidup bekerjasama dan
bermuafakat

bagai bulan jatuh ke riba
- mendapat untung yang besar

Contoh Ayat:
1. Penduduk kampung ini mengamalkan sikap

tolong-menolong bagai aur dengan tebing.
2. Kejayaannya memenangi wang sejuta

ringgit itu dirasakan bagai bulan jatuh ke
riba.

di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan

- jika ada azam , apa-apa yang dihajati
boleh tercapai

bagaimana acuan,
begitulah kuihnya
- sesuatu itu mengikut asalnya,
anak mengikut baka ibu bapanya

berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing

- sikap bekerjasama dalam
membuat sesuatu perkara

Contoh Ayat:
1. Walaupun Aiman cacat, namun dia tidak

pernah berputus asa untuk belajar kerana di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
2. Lili mengikuti bidang perubatan kerana ingin
mengikut jejak ayahnya yang bekerja sebagai
seorang doktor. Bak kata pepatah, bagaimana
acuan, begitulah kuihnya.

indah khabar daripada rupa

- penceritaan yang diceritakan
berlebih-lebihan dari penceritaan asal

nasi sudah menjadi bubur

- sudah terlanjur, tak dapat
diubah lagi

melentur buluh biarlah dari
rebungnya

- mendidik anak biarlah ketika kecil
kerana lebih mudah untuk dibentuk

Contoh Ayat:
1. Zainab amat kecewa apabila telah sampai ke

pantai tersebut kerana pantai tersebut
hanyalah indah khabar daripada rupa.
2. Amir menyesal kerana sikapnya yang malas
belajar menyebabkan dia gagal dalam
peperiksaan, namun nasi sudah menjadi
bubur.

bersatu teguh, bercerai roboh

- persefahaman dalam sesebuah
masyarakat dapat membuahkan
kejayaan manakala perbalahan akan

menyebabkan perpecahan

malang tidak berbau

- kecelakaan yang terjadi
secara tiba-tiba

Contoh Ayat:
1. Seluruh rakyat Malaysia hendaklah saling

bertolak ansur dan bersatu padu kerana
bersatu teguh, bercerai roboh.
2. Pak Meon berpesan kepada anaknya Karim
supaya sentiasa berwaspada ketika
menunggang motosikal kerana malang tidak
berbau.

Anda telah
selesai

mempelajari
Peribahasa
dengan jayanya!

Penebangan Hutan

Penebangan hutan ialah kegiatan
penghapusan hutan atau pokok-
pokok dari suatu kawasan tanah
yang kemudian ditukar kepada
penggunaan bukan hutan
seperti pertanian, penternakan,
atau kawasan bandar.

Kegiatan ini paling tertumpu berlaku di hutan hujan tropika
yang merangkumi kira-kira 31% permukaan tanah di bumi
terlitup serta merupakan habitat separuh daripada spesies
tumbuhan dan haiwan seluruh dunia.

Penebangan hutan merupakan
penyumbang utama perubahan iklim.

Punca Penebangan Hutan

Industri kayu

Peningkatan permintaan
produk kayu murah akan
mendorong perusahaan
kayu untuk terus
melakukan penebangan
hutan.

Karbon yang dihasilkan
dari proses penukaran
kayu menjadi produk kayu
juga turut menyumbang
pelepasan karbon
terhadap alam sekitar.

Punca Penebangan Hutan

Pembinaan Jalan Raya

Aktiviti ini memerlukan proses
penerokaan hutan bagi
membina jalan raya bagi
menghubungkan sesuatu
tempat dengan suatu tempat.

Aktiviti ini menyumbang kepada
kejadian tanah runtuh akibat
daripada struktur tanah yang
longgar dan tidak stabil ekoran
daripada kehilangan
cengkaman akar pokok.

Kesan Penebangan Hutan

Hakisan tanih akan terjadi dan struktur tanih terganggu
mengakibatkan tanah runtuh terutamanya di bahagian
cerun apabila hujan lebat berlaku kerana ketiadaan akar
dan litupan pokok-pokok atau tumbuh-tumbuhan untuk
menyokong atau menguatkan struktur tanah yang telah
longgar.

Banjir berpotensi
berlaku kerana air
larian di bahagian
cerun tidak dapat
disekat oleh sistem
akar.

Kesan Penebangan Hutan

Kawasan tadahan air hujan akan
terganggu disebabkan penebangan
pokok-pokok yang berfungsi sebagai
medium penyimpanan air semula jadi.

Hidupan liar terganggu dan menyebabkan hidupan liar
menjadi pupus kerana kawasan perlindungan dan
pembiakan (habitat) terjejas serta terancam.
Contoh hidupan liar yang terjejas: Gajah, Harimau, Tapir

Klik sini untuk menonton
berita mengenai
penebangan hutan yang
berlaku di negara kita.

Hujan Asid

Hujan asid ialah hujan yang
mempunyai nilai pH kurang
daripada 5 yang mengandungi gas
sulfur dioksida dan nitrogen oksida
yang terlepas di udara bercampur
dengan air hujan untuk membentuk
asid sulfurik dan asid nitrik.

Hujan asid secara semula jadi
adalah berasid.

Faktor Hujan Asid

Kejadian hujan asid boleh berpunca daripada aktiviti
manusia ataupun berlaku secara semula jadi.

Faktor semula jadi

Letupan gunung berapi
yang membebaskan gas
sulfur dioksida, nitrogen
dioksida dan karbon
monoksida.

Kebakaran hutan secara
semula jadi akibat cuaca
terlalu panas iaitu
kejadian el-nino
mengakibatkan gas-gas
pencemar seperti gas
nitrogen terbebas.

Faktor Hujan Asid

Faktor daripada kegiatan manusia

Kegiatan industri : Menghasilkan sulfur dioksida
dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di
kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu
rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur
dioksida yang banyak ke atmosfera.

Kegiatan pertanian : Pembakaran terbuka yang
dilakukan oleh petani-petani untuk membakar plastik
baja dan sisa kayu akan membebaskan sulfur
dioksida.

Langkah Mengatasi Hujan Asid

Tasik yang tercemar boleh
dipulih melalui liming di
mana batu kapur
merupakan bahan utama
dan diletakkan ke dalam air
tasik yang berasid untuk
dineutralkan.

Kilang-kilang mengehadkan
pelepasan gas pencemar
udara ke atmosfera dengan
menggunakan bahan api
yang rendah kandungan
sulfur


Click to View FlipBook Version